Sabtu, 26 Oktober 2013

Sg Limau: Lensa Kempen Ust Azam - 26-10-2013



























Habuan PRK: TPM umum RM1.8 juta lagi bantuan di Sg Limau

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian bantuan sekurang-kurangnya sebanyak RM1.8 juta lagi kepada penduduk Sungai Limau petang tadi.

sungai limau by election 261013 muhyiddin meet with the people sessionIa diumumkan pada majlis 'Himpunan peladang, penternak dan nelayan Mada 2013' di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) petang tadi.

Bantuan itu adalah dalam bentuk Insentif Bantuan Projek Azam Tani Mara sebanyak RM802,700 untuk kira-kira 107 orang serta bantuan tambahan sebanyak RM1 juta dari Yayasan Felda kepada 200 penduduk untuk memperbaiki rumah mereka.

Di majlis yang sama, Muhyiddin turut mengagihkan bantaun zakat dari Agrobank kepada penduduk setempat berjumlah RM19,700; 70 set pembesar suara mudah alih untuk kegunaan NGO serta bantuan 'touch point' dalam bentuk dua anak pokok, 10 kilogram baja, serta 20 ekor anak ayam kepada sebahagian hadirin majlis.

Bajet 2014: Tiada pelan konkrit untuk OKU

Kuala Lumpur: Sekretariat Prihatin OKU, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Parti Islam Semalaysia melalui pengerusinya Mohammad Faizal Che Yusof, meminta kerajaan menunjukkan kesungguhan membantu golongan OKU.

“Selain sejumlah peruntukan sebanyak RM441 juta, kami dapati tiada sebarang pengumuman berkaitan langkah-langkah strategik untuk dilaksanakan bagi memacu pembangunan OKU yang menyeluruh di Negara ini.” Demikian ulasnya dalam kenyataan media yang dihantar kepada harakahdaily.

Yang perikut adalah kenyataan penuh Sekretariat Prihatin OKU

Pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia dalam pembentangan belanjawan 2014 berkaitan Orang Kurang Upaya adalah suatu menifestasi peri pentingnya suara OKU yang terus bersatu mengatasi kefahaman politik dan anutan agama.

Pentadbiran kerajaan yang ada pada hari ini harus menunjukkan iltizam yang sepenuhnya sebagaimana janji yang diumumkan dalam belanjawan 2014 iaitu melihat pembangunan OKU berdasarkan potensi OKU dan keperluan sebenar OKU yang pelbagai katagori.

Bajet 2014 : Batalkan penubuhan Yayasan Hijau Malaysia

Piarapakaran S

 Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
Pelaksanaan GST bagi bekalan tenaga elektrik perlu dikaji semula oleh kerajaan. Ini disebabkan, komponen kos daripada Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement - PPA) bagi Penjana Bebas (IPP) Generasi Pertama dan Kedua masih ditanggung oleh tarif elektrik semasa.
Berdasarkan perbincangan Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) baru-baru ini, ST tidak akan melakukan rundingan semula bagi PPA generasi kedua.
Rundingan semula bagi PPA generasi pertama bermula dari tahun 2007 dan telah gagal sepenuhnya untuk mengurangkan impak PPA yang sebenar kepada tarif elektrik. PPA generasi pertama (kecuali beberapa IPP yang mendapat sambungan PPA) dijangka tamat menjelang tahun 2016. Manakala, PPA generasi kedua pula dijangka tamat di antara tahun 2020 hingga 2024.
Pada masa yang sama, ST mesti melaksanakan penetapan tarif elektrik yang telus dengan penglibatan semua pihak berkepentingan. Cadangan-cadangan penambahbaikan sistem penetapan tarif serta industri elektrik negara telah beulang kali diberikan kepada ST dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) oleh AWER sejak tahun 2011.
Penyusunan semula peruntukan guna tenaga dalam sektor pengangkutan
AWER mengalu-alukan pelaksanaan projek-projek Pengangkutan Awam yang akan menyumbang secara positif dalam peruntukkan guna tenaga (sumber tenaga). Ini kerana perubahan daripada penggunaan kenderaan persendirian ke pengangkutan awam hanya boleh dipercepatkan dengan jaringan pengangkutan awam yang bersepadu.
AWER menyeru kerajaan untuk membangunkan Pelan Pengangkutan Awam Jangka Panjang untuk memastikan pembangunan pengangkutan awam yang terancang dengan sasaran-sasaran yang terperinci. Pada masa yang sama, AWER juga menyeru kerajaan untuk melaksanakan Piawaian Minima Prestasi Tenaga (MEPS ) dan pelabelan kecekapan tenaga mandatori untuk kenderaan bagi kedua-dua kegunaan peribadi dan komersil.
Mekanisme pelabelan ini akan membolehkan pembelian kenderaan yang cekap dalam penggunaan bahan api dan membantu mengurangkan penggunaan bahan api serta menjadi lebih mesra alam. Ini juga akan membantu program rasionalisasi subsidi bahan api secara berperingkat.
Margin Simpanan (Reserve Margin) bekalan air terawat kurang daripada 20% di seluruh negara

Najib: Potongan subsidi gula baik untuk kehidupan seks anda...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuatkuasa hari ini, dengan mengingatkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang.

Berucap merasmikan persidangan perwakilan nasional Gerakan hari ini, beliau berkata, ia merupakan tambahan kepada simpton akibat kencing manis, sepertimana yang dinyatakan dalam ucapan bajet semalam, seperti kabur penglihatan, gangren dan pergantungan kepada mesin dialisis.

Beliau kemudiannya mengkritik kecenderungan pembangkang untuk
menentang apa juga inisiatif kerajaan tanpa mengambil kira akibatnya, dan berkata bangkangan seumpama itu adalah tidak membina.

Pemansuhan subsidi gula berkuatkuasa hari ini diumumkan dalam ucapan bajet Najib semalam, membabitkan kenaikan harga 34 sen sekilogram.

"Sayapun sudah belajar minum teh tanpa gula. Anda boleh berubah demi kebaikan diri sendiri," katanya.

Potong subsidi gula tetapi bukan dengan alasan yang bukan-bukan..!!

Malaysia menyertai kebanyakan negara-negara di dunia dengan menghapuskan subsidi gula hari ini – yang merupakan salah satu subsidi yang pelik yang pernah diperkenalkan dalam negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semalam, tindakan ini dibuat kerana 2.6 juta rakyat Malaysia di bawah 30 tahun, atau 8% daripada penduduk, mengalami kencing manis atau diabetes.
Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga menyertai beliau untuk mewajarkan tindakan ini apabila berkata, gula punca utama diabetes di negara ini.
Doktor, termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, bagaimanapun dengan cepat menolak sebab itu sebagai kelaziman punca diabetes di negara ini.
Hari ini, Najib terus mempertahankan tindakan memotong subsidi itu dengan pergi lebih jauh lagi apabila berkata gula bukan sahaja punca kabur penglihatan, gangren dan bergantung kepada mesin dialisis, pengambilan gula yang berlebihan juga boleh menjejaskan tenaga batin lelaki.
Sepatutnya, jika kerajaan mahu mengurangkan atau menghapuskan subsidi, ia juga bagus dan baik kerana kita sepatutnya bergantung kepada ekonomi pasaran dan rakyat Malaysia perlu membayar harga sebenar bagi barangan dan perkhidmatan sebagaimana yang dibayar dunia.
Tetapi apa yang berlaku adalah Malaysia terpaksa mewajarkan pemotongan subsidi dengan alasan perubatan yang bukan-bukan.
Memakan makanan yang banyak karbohidrat dan gaya hidup tidak aktif adalah punca kenaikan kes kencing manis di negara ini. Gula hanyalah satu faktor yang menyumbang dan ia sebenarnya adalah karbohidrat.
Tidak ada sebab jelas untuk menyalahkan gula apabila terkena kencing manis dan angka itu kini boleh hilang kerana gula naik harga. Subsidi itu hanya 34 sen, yang sememangnya ia boleh dibayar sendiri oleh pengguna.
Persoalannya kini adalah kenapa kerajaan gagal untuk menerangkan kepada rakyat mengapa tindakan ini perlu diambil untuk kepentingan ekonomi kita?
Apa yang perlu diterangkan adalah, Malaysia perlu memberikan penjelasan yang rasional tentang subsidi dan mengurangkan defisit fiskal atau penarafan kredit berdaulat adalah berisiko? Juga, berapa jumlah subsidi gula sebenarnya?

Sg Limau: Jangan Sampai Terlupa Sedekahkan Al Fatihah Untuk Roh Ustaz Azizan...

Berbanding banyak pilihanraya kecil sebelum ini, pilihanraya kecil DUN Sungai Limau ini agak pelik dan sedikit luar biasa. Dalam pilihanraya kecil ini, nama Allahyarham Ustaz Azizan Razak, bekas ADUN kawasan itu selama lima penggal dan juga bekas Menteri Menteri Besar Kedah, begitu dijadikan sandaran untuk mendapatkan undi.

Jika hanya PAS yang berbuat demikian, tidaklah terasa pelik dan luar biasa kerana Ustaz Azizan memang pemimpin parti itu, tetapi UMNO dan BN juga cuba "tumpang sekaki" mahu menggunakan nama bekas MB Kedah itu.

Sebagaimana yang diakui sendiri oleh MB Kedah, Mukhriz Mahathir bahawa beliau bersama calon BN, Ahmad Suhaimi Lazim telah mengunjungi balu Allahyarham untuk memohon restu sebelum namanya diumumkan kepada orangramai pada 21 Oktober lalu. Tidak diragui bahawa barangkali ini pertama kali dalam sejarah UMNO dan BN, mereka memohon restu daripada keluarga pemimpin parti yang bakal dilawan dan dianggap musuhnya dalam pilihanraya.

Meskipun kunjungan itu tiada gambar yang disebarluaskan tetapi Mukhriz mendedahkannya sebagai membidas tindakan Pas membawa calonnya mengunjungi ayah Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga Ketua UMNO Jerai yang memang ahli Pas kawasan itu dan kemudian dilihat sama-sama berdoa agar kemenangan pada 4 Oktober ini memihak kepada Pas.

Blog ini sebelum ini mendedahkan bahawa faktor keluarga Ustaz Azizan akan menjadi rebutan antara PAS dan BN dalam pilihanraya kecil pada 4 Oktober ini memandangkan kaum keluarga, saudara-mara dan mereka yang ada pertalian darah dengannya merupakan kelompok pengundi yang agak besar di DUN Sungai Limau.

Antara faktor kejayaan PAS dan Ustaz Azizan berjaya memenangi DUN itu sejak 1995 tanpa tergugat ialah kerana hubungan baik ustaz Azizan dengan semua yang mempunyai pertalian darah dengannya, manakala UMNO dan BN pula gagal menembusinya.

Walaupun diakui faktor kekeluargaan Azizan sebagai asas penting untuk memenangi pilihanraya tetapi tindakan UMNO memohon restu untuk calon BN tetap dianggap melampaui kebiasaan sedangkan ketika bekas MB itu terlantar di hospital sehinggalah saat pengkebumiannya, sudah begitu ramai pemimpin UMNO dan BN yang menunjukkan simpati dan keprihatinan terhadap keluarga beliau.

Gula: Kenyataan Muhyiddin tidak beradab, PAS desak mohon maaf

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar meminta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada keluarga Tan Sri Azizan Razak dan pengundinya di Sungai Limau kerana keceluparan mulutnya.
Bagi beliau, adalah amat tidak wajar dan tidak beradab untuk Muhyiddin mengaitkan orang yang telah mati demi menyokong tindakan kerajaan menaikkan harga gula.
"Ia merupakan satu kenyataan tidak beradab dan tidak berakhlak dari seorang Timbalan Perdana Menteri. Beliau begitu tergamak mengaitkan seorang yang telah tiada dan orang itu mempunyai hubungan rapat dengan penduduk selama lima penggal.
"Saya nak beritahu pada Muhyiddin itu bukan adab penduduk Sungai Limau cara percakapan beliau, seolah cuba untuk memburukkan Allahyarham kononnya tidak menjaga kesihatan sehingga memudaratkan.
"Kita mahu dia (Muhyiddin) tarik balik kenyataan dan minta maaf pada balu arwah, keluarga dan juga seluruh pengundi Sungai Limau,"katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Muhyiddin mengaitkan Azizan apabila cuba memberikan keyakinan bahawa pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen yang menyebabkan harga gula kini adalah RM2.84 sen.
Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir Azizan terpaksa memotong kedua-dua kakinya akibat komplikasi kencing manis.
"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan gula, tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).
"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong," kata Muhyiddin di majlis pertemuannya bersama guru dan ibubapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi.

Negara Defisit: Bajet JPM melonjak ke paras paling tinggi...berjimat-cermat..!!!

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk mengekang defisit negara, namun belanjawan jabatannya sendiri telah melonjak ke paras tertinggi.

Menurut Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, anggaran bajet Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada tahun depan berjumlah RM16.45 bilion, dengan perbelanjaan operasi RM5.86 bilion dan perbelanjaan pembangunan RM10.58 bilion.

putrajaya aerial view 02 201106Jumlah itu adalah peruntukan tertinggi kepada JPM, dan memecahkan rekod sebelum ini iaitu bajet RM15.62 bilion pada 2011.

Perbelanjaan JPM pada tahun-tahun sebelumnya ialah RM6.91 bilion (2008), RM10.19 bilion ( 2009), RM11.88 bilion (2010), RM15.62 (2011 ), dan RM13.721 bilion (2012).

Peruntukan bajet 2014 bermakna JPM telah, buat kali pertamanya dalam tempoh tiga tahun, mengatasi kementerian pertahanan  dengan bajet 2014 sebanyak RM16.1 bilion.

Bajet bagi kementerian pendidikan bagi 2014 ialah RM54.6 bilion, manakala kementerian kesihatan di tempat kedua dengan RM22.16 bilion.

Antara perkara yang mengambil sebahagian besar bajet JPM adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( RM779 juta), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (RM631 juta) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( RM367 juta).

Ketika membentangkan Bajet 2014 semalam, Najib berkata negara mensasarkan untuk terus mengurangkan defisit daripada 4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK ) tahun ini kepada 3.5 peratus tahun depan.

Sidang Media PRK Sg Limau: Mukhriz takutkah?

Gula: Najib kata lemah tenaga batin, Muhyiddin kata jangan jadi macam Azizan

Bagi mempertahankan pemotongan 34 sen subsidi gula, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pengambilan gula berlebihan boleh mengurangkan tenaga batin untuk lelaki.
"Saya rasa jika bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berada di sini, beliau akan menerangkan dengan cara yang lebih berwarna-warni," kata Najib ketika merasmikan Perhimpunan Agung Gerakan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini.
Harga gula naik 34 sen hari ini menjadikan harganya RM2.84.
Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyokong langkah kerajaan itu mengingatkan semua pihak agar jangan sampai terjadi kepada mereka apa yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak akibat mengambil gula terlalu banyak.
Menurutnya, tindakan kerajaan memotong subsidi itu untuk kepentingan orang ramai.
Allahyaraham Azizan terpaksa menjalani memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis. Bekas Menteri Besar Kedah itu meninggal dunia pada 26 September lalu.
"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tetapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).
"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.
"Jadi kerajaan umum tidak ada subsidi umum tidak ada gula adalah keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya dalam ucapan di majlis pertemuan bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi.

Mah tewaskan Teng untuk jadi presiden baru Gerakan




 
Pemangku Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Mah Siew Keong menewaskan pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Chan Yeow untuk menjadi presiden baru parti itu, demikian menurut keputusan tidak rasmi.

Mah dikatakan memperolehi 1,086 undi manakala Teng mendapat 577 undi dalam pemilihan yang berlangsung hari ini.

Keputusan tidak rasmi itu juga menunjukkan Pengerusi Gerakan Kedah, Dr Cheah Soon Hai mengalahkan pengerusi bahagian Kepong, Ma Woei Chyi untuk jawatan timbalan presiden.

Keputusan rasmi pemilihan pucuk pimpinan Gerakan hari ini dijangka diketahui sekitar jam 5 petang ini.

Muhyiddin on sugar subsidy: Less sugar can prevent diabetes complications like Azizan's

Muhyiddin: Kitab mana kata sokong Umno akan masuk neraka?

Sg Limau: Ustaz Azam puashati respon pengundi

Ust Azam sasar jumpa semua pengundi Sg Limau

JERAI: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau Mohd Azam Abd Samat berazam untuk bertemu dengan semua pengundi di Dun tersebut sebelum hari mengundi pada 4 November ini. Beliau optimis, dengan bantuan jentera PAS dan Pakatan Rakyat, kempen menyeluruh terhadap semua pengundi dapat dilaksanakan mengikut jadual.

"Pendekatan kita, kita akan berjumpa dengan seluruh pengundi di Dun Sungai Limau.

"Kita harap kempen yang kita laksanakan ini akan dapat diteruskan dan kita doa moga Allah beri kesempatan untuk tempoh yang ada ini dengan memberi cuaca yang baik, kesihatan yang baik kepada seluruh jentera dan juga kesihatan yang baik kepada wartawan yang membuat liputan," kata beliau pada sidang media di Markaz Induk PAS PRK Sungai Limau, di Batu 15, hari ini.

Azam juga berkata, beliau yakin pengundi Sungai Limau celik maklumat dan dapat melihat usaha-usaha baik yang dilaksanakan PAS sewaktu di bawah Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak.

"Kita tahu semua pengundi di sini merupakan mereka yang bijak membuat pilihan yang telah pun didedahkan dengan maklumat yang bukan sahaja merujuk kepada maklumat sehala tetapi pelbagai maklumat," katanya yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK).

Ustaz Azam pilihan tepat pengundi Sg Limau

JERAI: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyeru seluruh pengundi di Dun Sungai Limau memberikan sokongan kepada calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Menurut Ketua DPPNK Mohd Nasir Zakaria, Azam merupakan ikon baru anak-anak muda yang konsisten dalam perjuangan memartabatkan Islam dan membela nasib rakyat di semua peringkat.

"Ustaz Azam seorang bekas guru yang berwibawa, pemimpin pemuda dan anak jati Sungai Limau telah terbukti keterampilannya sebagai seorang pemimpin berakhlak mulia, berpelajaran tinggi, dan berwibawa untuk dipilih oleh pengundi Dun Sungai Limau tanpa ragu-ragu lagi," kata beliau pada sidang media di Markaz Induk PAS PRK Sungai Limau, Batu 15, hari ini.

Beliau juga berkata, DPPNK amat berbangga dan gembira atas pemilihan Azam sebagai calon PRK kali ini yang dilihat menghasilkan momentum kuat dalam kalangan anak-anak muda untuk terus memberi sokongan padu kepada PAS.

"DPPNK merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada para pimpinan parti kerana memilih calon bagi PRK Sungai Limau daripada kepimpinan DPPNK sendiri," katanya.

Sg Limau: Kaitkan Azizan dan harga gula, kempen tidak berakhlak

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan kempen yang tidak berakhlak dan tidak beradab.

Muhyiddin hari ini cuba mempertahankan pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan mengaitkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang terpaksa memotong kakinya akibat kencing manis.

Jelas Mahfuz, kenyataan Muhyiddin itu tidak berakhlak khususnya kepada ahli keluarga Allahyarham iaitu isteri dan anak-anaknya.

"Kenapa hendak kaitkan keputusan pemotongan subsidi gula dengan Allahyarham yang potong kaki.

"Jangan guna orang yang dah mati untuk menghalalkan mereka menaikkan harga gula," tegas Mahfuz kepada Harakahdaily.

Katanya, Muhyiddin langsung tidak ada rasa hormatkan isteri dan ahli keluarga Allahyarham.

Justeru, Mahfuz menggesa Muhyiddin memohon maaf kepada isteri dan anak-anak Allahyarham serta seluruh pengundi Sungai Limau yang rata-rata begitu rapat dengan Allahyarham.

Sungai Limau belum panas…

Penduduk mendakwa suasana yang berlalu sekarang seperti tidak seperti pilihan raya kecil seperti selalunya yang sibuk dengan kempen.

Pilihan raya kecil DUN Sngai Limau masih belum panas meskipun hari penamaan calon telah berlalu sejak lima hari lalu.
Penduduk mendakwa suasana yang berlalu sekarang seperti tidak seperti pilihan raya kecil seperti selalunya yang sibuk dengan kempen.
Menurut mereka, apa yang berlaku ialah kunjungan pemimpin BN terutama Umno serta dari Pakatan Rakhat khussunya PAS.
“Umno dan PAS yang sibuk di sini, pemimpin dari kaum lain tidak nampak muka lagi, kalau ada pun seorang dua sahaja.
“Mungkin dua atau tiga hari sebelum mengundi iaitu 4 November depan, Sungai Limau akan sesak dengan kenderaan dari luar daerah ini.
“Ketika itulah kedua-dua pihak (Umno dan PAS) akan mengeluarkan semua isu untuk mendapatkan undi,” kata Abdullah Hashim, penduduk Sungai Limau.
Pilihan raya kecil kedua
Pilihan raya kecil Sungai Limau adalah yang kedua selepas Kuala Besut bagi tahun 2003 ini.
Bagaimanapun, seorang penduduk lain – Zulkifli Ishak – berkata, jalan di sekitar Sungai Limau terutama pada sebelah petang dan malam.
Beliau menambah, ceramah berkelompok sudah mula diadakan oleh kedua-dua belah pihak terutama waktu malam.
“Semua kampung akan ada bendera dan banting besar, tetapi saya tengok lebih banyak bendera PAS berkibar.
“Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS, tidak hairanlah bendera PAS bersaiz besar lebih banyak,” tambah beliau lagi.
Menjelang hari mengundi Rabu depan, penduduk tempatan berkata, kenderaan akan bertali arus di sepanjang jalan Sungai Limau.
Manakala pada waktu malam mereka berkumpul mendengar ceramah, penyokong PAS akan ke tempat parti itu begitu juga sebaliknya.

Sg Limau: Isteri Almarhum Tan Sri Azizan nafi dakwaan blog pro Umno

Isteri Azizan nafi dakwaan blog  
Blog Pro-Umno yang didakwa mendedahkan pembohongan Mohd Azam.
ALOR SETAR - Calon Pas bagi PRK Dun Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat diakui mempunyai pertalian saudara bau-bau bacang dengan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Perkara ini disahkan sendiri oleh isteri Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah ketika dihubungi, semalam.

Faekah berkata, hubungan kekeluargaan antara Azizan dan Mohd Azam adalah pada sebelah moyang yang merupakan sepupu.

“Sepupu Azizan yang juga anak kepada Tok Ndak Nab (Zainab) di Sungai Limau mengesahkan hubungan itu. Tok Ndak Nab dan bekas Adun Sungai Limau, Ahmad Awang adalah dua beradik, di mana Ahmad adalah bapa saudara Azizan,” katanya.

Menurutnya, pertalian itu wujud di sebelah keluarga lelaki moyang Azizan dengan moyang Mohd Azam.

“Hanya Azizan yang menetap di Sungai Limau selepas aktif dalam politik, tidak dinafikan Azizan mempunyai ramai saudara mara di situ,” katanya.

Faekah berkata, Mohd Azam adalah seorang pemimpin yang baik dan beliau sering berada di pejabat Pas kawasan Jerai ketika aktif bersama Pemuda Pas.

“Sejak Mohd Azam belum berkahwin, dia memang rapat dengan Azizan. Saya dan ahli keluarga tidak pernah keluarkan kenyataan dakwa Mohd Azam berbohong mengenai perkara itu,” katanya.

Sejak kelmarin, beberapa blog tempatan mendakwa Mohd Azam berbohong kerana tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Azizan, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan adik beradik Allahyarham, sebaliknya dikatakan mempunyai hubungan saudara dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Bajet 2014 gagal imbangi had maksimum hutang negara di bawah 55 peratus

SHAH ALAM 26 OKT : Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal untuk mengimbangi had maksimum hutang negara di bawah 55 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mengurangkan defisit sebanyak 3 peratus pada 2015.
hutangMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pendekatan yang diambil dalam Bajet 2014 untuk meningkatkan hasil negara melalui pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menaikkan cukai hartanah (RPGT) tidak menepati kehendak perubahan sebenar bagi memastikan kecekapan perbelanjaan dan rasionalisasi untuk mengurangkan keborosan dan ketirisan.
“Perbelanjaan operasi untuk kos rasionalisasi akan meningkat kepada 82.4 peratus pada 2014 daripada 80.2 peratus pada tahun ini,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan medianya.
Abdul Khalid berkata, Selangor akan mengambil kesempatan ke atas langkah untuk memperkayakan sektor perkhidmatan melalui Blueprint Sektor Perkhidmatan apabila kerajaan persekutuan merancang untuk melancarkannya pada tahun 2014.
Antara subsektor perkhidmatan untuk dipromosikan bahawa Selangor akan menjadi peneraju kepada sektor logistik, penerbangan, pelancongan dan industri berasaskan bio.
“Sebagai pusat pintu masuk ke Malaysia, Selangor akan memastikan pelbagai program dan aktiviti untuk meneroka peluang dalam industri pelancongan Malaysia dengan mensasarkan untuk menyambut 28 juta pelancong pada 2014 sempena Tahun Melawat Malaysia,” kata Abdul Khalid.

Bajet 2014 tingkat kos sara hidup rakyat - Mipas


KUALA LUMPUR: Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) amat kecewa dan sangat hiba dengan pengumuman Bajet 2014 kerana menambahkan beban kehidupan rakyat yang memang sudah sedia terbeban dengan kenaikan harga barangan.

Ini, kata Setiausaha Agungnya, S Barathidasan ditambah dengan pengisytiharan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April 2015 pada kadar sebanyak 6 peratus.

“Apabila kerajaan melaksanakan GST, maka kesannya cukup besar pada rakyat di kampung, orang miskin dan pendapatan rendah kerana apabila semua jenis cukai dikenakan terhadap barangan maka ia melibatkan semua lapisan rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, ujarnya kerana pelaksanaan GST hanya menyebabkan rakyat yang tidak pernah membayar cukai sebelum ini, akan terpaksa membayar cukai.

Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.

Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) amat kecewa dan sangat hiba dengan pengumuman Bajet 2014 kerana menambahkan beban kehidupan rakyat yang memang sudah sedia terbeban dengan kenaikan harga barangan tetapi ditambah dengan pengisytiharan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April 2015 pada kadar sebanyak 6 peratus.

Apabila kerajaan melaksanakan GST, maka kesannya cukup besar pada rakyat di kampung, orang miskin dan pendapatan rendah kerana apabila semua jenis cukai dikenakan terhadap barangan maka ia melibatkan semua lapisan rakyat kerana pelaksanaan GST hanya menyebabkan rakyat yang tidak pernah membayar cukai sebelum ini, akan terpaksa membayar cukai.

BN gagal tepati Aku Janji tambah BRIM sehingga RM1,200

Kerajaan Umno-BN gagal menepati Aku Janji yang dibuatnya sendiri sebelum Pilihan Raya Umumke-13 untuk menaikan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014 kepada RM1,200 apabila hanya mengumumkan pemberian sebanyak RM650 setahun.
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dan ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari mempersoal bantuan itu kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.
Pada Februari lalu – sebelum pilihan raya umum ke-13 – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata bantuan itu boleh ditambah kepada RM1,000 jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya.
Antara aku janji BN yang diumumkan sebelum PRU-13 adalah menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 bagi orang bujang setiap tahun bagi lima tahun akan datang.
“#Bajet2014 BR1M akan menaikkan (bantuan) kepada RM650. Saya ingat dulu TPM janjikan RM1,000,” kata Teo dalam tweet-nya lewat petang semalam.
Sementara Amiruddin pula berkata: “Janji ditepati! Janji BR1M RM1,000 dapat RM650,” kata beliau dalam tweet-nya.
Menurut pendapat di laman Facebook, Zulkifli Hasan berkata, setelah meneliti bajet 2014, analisis pakar ekonomi dan Aku Janji BN, terfikir adakah perlu ditubuhkan pasukan peguam untuk menyaman kerajaan pusat kerana tidak menunaikan Aku janji.
“Kerajaan Selangor di bawa ke mahkamah kerana didakwa gagal menunaikan manifesto. Kenapa tidak kerajaan pusat,” katanya.
Muhyiddin antara lain dilapor berkata BR1M akan diberi bukan sahaja untuk kali kedua, tetapi untuk masa ketiga, keempat, kelima, atau malah selama-lamanya jika BN menang kerajaan.

Sg Limau: TPM terdesak gesa ibubapa, guru sokong calon BN

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir bertemu dengan ibubapa pelajar dan guru sekolah-sekolah di sekitar daerah Kuala Muda dan Yan pagi ini.

Kira-kira 1,500 orang menghadiri majlis ini yang dinamakan 'Majlis Perjumpaan TPM merangkap menteri pendidikan bersama waris pelajar dan warga pendidik daerah Kuala Muda/Yan'.

Dalam ucapannya dalam kawasan Sekolah menengah Kebangsaan Sungai Limau itu,  Muhyiddin menggesa hadirin agar mengundi calon BN pada 4 November nanti.

Habuan PRK: Muhyiddin umum RM1.2 juta untuk 12 sekolah di Sg Limau

Timbalan Perdana menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan RM1.2 juta akan disalurkan kepada 12 buah sekolah di sekitar Sungai Limau meliputi daerah Yan dan Kuala Muda.

Menurutnya, peruntukan itu adalah untuk beberapa projek yang perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah berkenaan.

"Saya cuma nak umumkan sejumlah RM1.2 juta untuk bantu 12 buah sekolah yang ada di sini.

"Saya tak perlu baca senarainya dan saya akan maklumkan pada exco dan menteri besar dan saya harap ia (projek) akan dilaksanakan," katanya ringkas pagi tadi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis pertemuannya bersama guru dan ibu bapa murid sekolah-sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi.

Sg Limau: TPM terdesak kaitkan Almarhum Tan Sri Azizan pertahan potong subsidi gula



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 semalam dan berkuatkuasa hari ini.

Menurutnya, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin
yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Azizan terpaksa menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis. Bekas menteri besar Kedah itu meninggal dunia pada 26 September lalu.

"Kita tak bagi lagi subsidi untuk gula.siapa setuju angkat tangan.

"Saya tak ambil gula tuan-tuan.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.

Mengapa PAS bantah GST?


KUALA LUMPUR: Kerajaan BN masih meneruskan kerja borosnya manakala memangsakan rakyat dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)  untuk meningkatkan pendapatan.

“Oleh itu, PAS tetap membantah pelaksanaan GST,” tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Katanya, pelaksanaan GST hanya boleh dilakukan apabila kerajaan mula bertanggungjawab untuk mengurangkan pengurusan operasi dan bukannya terus berboros dengan duit rakyat.

“Pengurangan subsidi dan kini GST bukan penyelesai kepada masalah ekonomi negara yang berpunca daripada sikap boros kerajaan berbelanja,” ujarnya lagi.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan langkah baru untuk menambahkan pendapatan negara.

Ia adalah cara mengambil duit daripada rakyat melalui cukai yang dikatakan saksama sebagai pendapatan kerajaan.

Peluasan asas cukai ini mustahak untuk Malaysia, dakwa sesetengah pihak kerana hanya kira-kira 10 peratus daripada penduduk yang bekerja membayar cukai pada masa ini.

PAS tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, kerana rata-rata rakyat sedang membayar cukai tersembunyi tanpa diketahui mereka.

Umpamanya pembelian kereta, semua rakyat yang mempunyai kereta sudah dikenakan cukai.

Dengan GST, mereka yang tidak mempunyai kereta dan tidak mempunyai pekerjaan tetap sehingga tidak layak membayar cukai pun dikenakan cukai atas setiap pembelian.

Lebih-lebih lagi, rakyat Malaysia tidak diberikan tempoh untuk menyesuaikan diri dengan GST apabila GST diumumkan pada kadar yang sebegitu tinggi pada 6 peratus.

Janji Dicapati: BN hanya suka potong subsidi dan naikkan cukai

KUALA LUMPUR, 26 OKTOBER: Tindakan kerajaan mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak mampu menyembunyikan kelemahan mereka mengawal perbelanjaan berlebihan dengan defisit yang masih kekal tidak berganjak.
Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, lebihan dalam kutipan cukai yang dinyatakan dalam Laporan Ekonomi 2013/14 sepatutnya membantu mengurangkan defisit kronik itu kepada 2.6 peratus tetapi sebaliknya kekal tidak berubah pada unjuran 4 peratus.
“Walaupun kerajaan mengumpul jauh lebih tinggi daripada hasil yang dijangkakan, defisit untuk 2013 kekal pada RM39.3 bilion.
“Ini bermakna hampir setiap sen pendapatan tambahan yang dikutip kerajaan terus segera dibelanjakan, bukannya menyumbang ke arah mengurangkan hutang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kerajaan semalam turut mengumumkan pelaksanaan GST yang akan bermula pada 6 peratus mulai 1 April 2015.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa dengan mengenakan GST, kerajaan akan dapat memperluaskan asas hasil dan menangani lebihan kronik berbelanja yang bermula sejak krisis kewangan Asia pada era 90-an.