Jumaat, 25 Oktober 2013

Bajet 2014 : Reaksi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

Lebih Banyak Dana Dirompak Jika Laksana GST

Bajet 2014: GST, Kurang Subsidi Wujudkan Kesan Berantai

Abdul Khalid : Tubuhkan suruhanjaya bagi tingkatkan keupayaan kerajaan

mb khalid ibrahim kongres ke 9 PKR 04
KUALA LUMPUR 25 OKT : Kerajaan Pusat perlu menubuhkan satu suruhanjaya bebas untuk melaksanakan kajian agar kos pentadbiran dan birokrasi dalam kerajaan dapat dikurangkan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia perlu kerana didapati setiap tahun terdapat kenaikan perbelanjaan kerajaan dan pada masa yang sama tidak menunjukkan hasil peningkatan.
“Belanjawan ini masih menunjukkan bahawa cara dan strategi bajet Kerajaan BN masih berada di tahap yang lama.
“Oleh sebab itu kita perlu mengkaji semula bagaimana bukan sahaja hasil dapat ditingkatkan tapi kos dan perbelanjaan dapat disekat daripada banyak meningkat,” kata Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak di Parlimen di sini.
Abdul Khalid berkata, beliau menentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan sehingga pendapatan rakyat dipertingkatkan dan berlakunya pengagihan kekayaan negara dengan adil.
“Jadi kalau kos sudah lima peratus dapatan kerajaan hanya bertambah satu peratus, Kalaupun kita nak laksanakan, kita punya kadar mesti untuk meningkatkan pendapatan bukan untuk pengurusan GST,” kata Abdul Khalid.

Bajet 2014 gagal perbetul ketirisan berbilion wang rakyat

KUALA LUMPUR 25 OKT : Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal untuk memperbetulkan ketirisan puluhan bilion wang rakyat daripada berlaku, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, pengumuman Kerajaan Pusat untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada bermula 1 April 2015 pada kadar 6 peratus hanya akan menambahkan bebanan rakyat.
“Tidak ada pertimbangan untuk memperbetulkan soal kebocoran, ketirisan puluhan bilion, tidak ada soal pembaziran hendak dibetulkan dan juga memperbaiki pengurusan Kerajaan.
“Yang terpaksa mereka lakukan kerana kedudukan fisikal yang lemah ialah percukaian. GST hanya akan membebankan rakyat bawahan dan akan menambahkan pelebaran jurang kaya dan miskin.
“Keduanya kenaikan harga gula, dengan hujah yang cukup lemah dan remeh sekali,” kata Anwar ketika ditemui di luar Dewan Rakyat hari ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, pelaksanaan GST hanya menyebabkan rakyat yang tidak pernah membayar cukai akan terpaksa membayar cukai.

Bajet 2014: Pimpinan PR bidas pelaksanaan GST, gagal penuhi aspirasi rakyat

Haji Abdul Hadi AwangKUALA LUMPUR 25 OKT : Kebimbangan Pimpinan Pakatan Rakyat berhubung pengurangan subsidi dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akhirnya terjawab setelah pembentangan Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Secara keseluruhan, pimpinan PR membidas bajet yang dibentangkan dan beranggapan pembentangan kali ini tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan aspirasi rakyat.
Berikut adalah reaksi ringkas daripada beberapa Ahli Parlimen PR:
Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang :
Fuziah Salleh“Keseluruhannya pembentangan bajet ini tidak mengambil kira rakyat. Yang diambil kira hanyalah kewangan untuk kerajaan yang tidak seimbang antara kenaikan cukai dan pendapatan untuk menangani masalah inflasi.”
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh :
“Saya tertarik dengan Yayasan Hijau dan saya kira tugas pertama mereka adalah menutup Lynas.
nurul izzah“Saya melihat peruntukan wanita begitu sedikit, hanya RM100 juta dan ini amat tidak memadai. Tambah pula tidak ada program wanita, sama seperti tahun lepas program untuk pengarah wanita dan sebagainya berbanding dengan apa yang kita cadangkan dalam Belanjawan Pakatan Rakyat.”

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar :
“Bajet kali ini tidak ada benda baru. Kita bimbang Malaysia akan menjadi ‘Shopping and Fesyen Heaven’ dengan hasrat kerajaan untuk menarik pelancong datang untuk membeli belah di Malaysia.
“Apa yang penting adalah pembangunan infrastruktur terutama di Sabah dan Sawak kita dapat lihat dan tidak hanya sekadar cakap-cakap semata-mata,”.

Datuk Nazak & Antutuya Bunuh Diri

Bajet BN 2014 hanya tambah beban rakyat

KUALA LUMPUR 25 OKT : Gagal memperbetulkan ketirisan puluhan bilion wang rakyat. Itu adalah intipati Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, tegas Anwar, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 pada kadar 6 peratus hanya akan menambahkan bebanan rakyat.
“Tidak ada pertimbangan untuk memperbetulkan soal kebocoran, ketirisan puluhan bilion, tidak ada soal pembaziran hendak dibetulkan dan juga memperbaiki pengurusan Kerajaan.
“Yang terpaksa mereka lakukan kerana kedudukan fisikal yang lemah ialah percukaian. GST hanya akan membebankan rakyat bawahan dan akan menambahkan pelebaran jurang kaya dan miskin,” kata Anwar selepas pembentangan bajet oleh Datuk Seri Najib Razak di parlimen.
Keduanya tambah Anwar, kerajaan menaikkan harga gula, dengan hujah yang cukup lemah dan remeh sekali.

Bajet 2014 tidak ambil kira keperluan rakyat


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melihat Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil kira keperluan rakyat tetapi lebih menguntungkan pihak kerajaan BN.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, pembentangan tersebut amat tidak seimbang antara kenaikan cukai dengan pendapatan rakyat serta masalah inflasi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar menegaskan tidak ada sebarang perubahan dan pembaharuan yang besar diumumkan dalam pembentangan Bajet 2014.

Dalam pengumuman Bajet tersebut diumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen dan akan dimansuhkan berkuatkuasa esok.

GST rompak duit rakyat, Pemuda PAS serah memo


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyerahkan memorandum membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Memorandum tersebut diserahkan di hadapan laluan masuk ke Parlimen, dalam masa yang sama lebih seratus orang hadir berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan GST yang dijangkakan akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perbentangan Bajet 2014.

Mahfuz dalam ucapan ringkas beliau menjelaskan pelaksanaan GST adalah satu yang tidak wajar dalam keadaan sekarang apabila rakyat dilihat berada dalam kesempitan ekonomi yang teruk.

Katanya lagi, jika kerajaan masih lagi berkeras untuk melaksanakan GST ia dilihat sebagai merompak duit rakyat tanpa kerelaan mereka.

Hadiah PRU13: Harga gula naik mulai esok

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

NONENajib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.

Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.

- Bernama

Bajet 2014 hukum rakyat

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 hari ini yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik.

"Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata ketua pembangkang.

Anwar juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap menyebelahi syarikat dan "orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.

"Cukai lebih rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat, dalam masa yang sama kamu kenakan cukai umum yang akan jejaskan segmen besar masyarakat. Ini paradoks."

Hadiah PRU13: GST akhirnya terlaksana, pada 6% bermula April 2015

Selepas beberapa tahun spekulasi, kerajaan akhirnya memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula secara rasmi pada April 2015, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2014 sebentar tadi.
Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat, petang tadi.Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat, petang tadi.Najib berkata, GST akan menggantikan dua jenis cukai iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dan ini adalah masa yang terbaik untuk melaksanakan GST kerana kadar inflasi adalah minimum dan terkawal di paras dua peratus.
“Lebih 160 negara di dunia melaksanakan GST. Ini menunjukkan bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan.
“Sekiranya GST ini memudaratkan rakyat dan negara, masakan majoriti negara di dunia menggunapakai sistem percukaian ini,” katanya di Dewan Rakyat, petang tadi.
Najib yang juga menteri kewangan berkata, GST akan dikuatkuasakan 17 bulan daripada hari ini dengan kadar enam peratus itu antara yang paling rendah dalam kalangan negara Asean.
“Dalam bahasa mudahnya, untuk difahami oleh semua, dalam sistem GST ini, pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.
“Realitinya juga, perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung sama ada ia adalah barangan asas atau tidak,” katanya.

Belanjawan 2014: Demo Anti GST Depan Parlimen -2

Belanjawan 2014: Demo Anti GST Depan Parlimen -1

Belanjawan 2014: Apa kata MP PR?

Hadiah PRU13: Subsidi gula dimansuhkan mulai esok

Hadiah PRU13: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6 peratus diperkenal 2015

GST to start at 6 percent from April 2015

Budget disappoints Pakatan MPs - 'Where is the gov't's responsibility?'

Anwar reacts to 2014 Budget - 'Gov't punishing the people'

Sg Limau: Lensa Kempen Ust Azam - 25-10-2013












Sg Limau: Jangan main isu perkauman

Sg Limau: Visi Ustaz Azam

 

Sg Limau: Lensa Kempen Ust Azam - 24-10-2013