Selasa, 22 Oktober 2013

"KEKAL" Sungai Limau











Sg Limau: Arahan untuk peserta penamaan calon.


Sg.Limau: Ust Azam Abd. Samat pilihan tepat

Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 diluluskan dewan rakyat

Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 yang memperuntukkan hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang melakukan jenayah seksual, jenayah terancang serta mencederakan pasangan masing-masing, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun, dua fasal iaitu Fasal 5 berhubung kesalahan menggunakan, mengiktiraf dan mempromosi bendera kebangsaan selain daripada bendera Malaysia dan Fasal 33 yang memperuntukkan kesalahan vandalisme dikeluarkan daripada rang undang-undang itu.
Rang undang-undang itu mula dibahas sejak semalam selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri membentangkannya untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.
Nancy ketika menggulung rang undang-undang itu berkata pindaan terhadap Kanun Keseksaan merupakan kesinambungan daripada Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang antara tujuan utamanya ialah memerangi jenayah terancang.
"Melalui pindaan itu, ia memantapkan lagi usaha pihak berkuasa untuk memerangi jenayah terancang dengan lebih komprehensif kerana kita mempunyai ekosistem (perundangan) yang berkesan.
"Lihatlah pindaan ini daripada sudut perspektif yang sihat dan lebih progresif. Sebenarnya, kita sentiasa menerima pandangan daripada pihak pembangkang," katanya.

Allah bermaksud tuhan, semua jenis tuhan, kata sarjana agama


Sarjana agama terkemuka dari Amerika Syarikat Reza Aslan turut sepakat dalam kritikan terhadap larangan penggunaan kalimah Allah di Malaysia dan mengatakan keputusan Mahkamah Rayuan minggu lalu merupakan satu keputusan politik.
Dalam satu wawancara bersama radio BFM, Reza (gambar) menegaskan, penganut Kristian menggunakan kalimah Allah yang membawa maksud Tuhan dalam bahasa Arab dan ianya bukanlah satu ancaman kepada Islam.
"Pengganas Taliban meletakkan bom bersama Al-Quran dan membawanya ke sebuah masjid di Pakistan pada Hari Raya Korban. Inilah ancaman kepada Islam," katanya.
Minggu lalu, seorang Gabenor di Afghanistan terbunuh selepas sebutir bom yang diletakkan berhampiran Al-Quran meletup semasa beliau sedang menyampaikan ucapan Aidiladha.
Reza yang menulis buku “No God But God: The Origins, Evolution, and Future of Islam” hairan dengan keputusan Mahkamah Rayuan di Malaysia kerana kalimah Allah merupakan istilah merujuk kepada Tuhan, “sebarang jenis Tuhan”.
"Allah daripada perkataan Al-Ilah. Itulah asal perkataannya. Al-Ilah bermaksud Tuhan. Allah bukan nama Tuhan. Sesiapa yang fikir Allah adalah nama Tuhan bukan sahaja silap tetapi bertentangan dengan Al-Quran itu sendiri.
"Ini bukan satu interpretasi. Ia fakta sejarah," katanya.

Apakah Najib Telah Murtad...???


Bantah GST di laluan masuk parlimen Jumaat ini

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan himpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sempena pembentangan Bajet 2014, Jumaat ini.

Himpunan yang akan diadakan di laluan masuk bangunan Parlimen itu akan diadakan pada jam 3 petang.

DPPM dalam satu kenyataan menyebut antara agenda yang akan diadakan pada himpunan itu ialah pidato daripada wakil-wakil parti politik dan NGO, flashmob, dan penyerahan memorandum kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Selepas selesai penyerahan memorandum tersebut, satu sidang media juga dijadualkan akan diadakan.

Sehubungan itu, DPPM menyeru orang ramai agar menyertai himpunan tersebut bagi menyatakan pendirian terhadap pelaksanaan GST yang membebankan.

Isu kontroversi GST ini akan dimasukkan ke dalam Bajet 2014 yang akan dibentangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pelaksanaan GST ini disifatkan membebankan rakyat, khususnya kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

Menghalal Cara: GST boleh jadikan harga barangan dan perkhidmatan lebih murah kata pengampu..!!!

Rakyat Malaysia boleh menikmati barangan dan perkhidmatan yang lebih murah bagi banyak keperluan asas sekiranya kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada.
Cukai itu, yang dijangka dilaksanakan pada 2015, akan menyaksikan cadangan kadar 4% bagi menggantikan kadar 10% bagi cukai jualan dan 5% cukai perkhidmatan yang diguna pakai sekarang.
GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan di semua tahap rantaian bekalan.
Sekiranya dilaksanakan, 40 keperluan makanan asas, termasuk beras, gula, susu tepung dan tepung akan disenaraikan sebagai barangan sifar cukai, manakala perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan, mungkin diklasifikasikan sebagai dikecualikan cukai.
Kebanyakan barangan ketika ini dikenakan cukai di bawah SST dan peralihan kepada GST akan meringankan beban golongan miskin, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, dipetik sebagai berkata.
GST akan memastikan harga barangan tidak akan meningkat.
Selain itu, tidak semua produk akan dikenakan cukai penuh di bawah cadangan GST kerana produk tertentu akan dikenakan hanya separuh daripada kadar GST
"GST suatu yang perlu, ia bukan satu pilihan," kata Mohd Irwan Serigar sambil menambah sekiranya rejim cukai baharu itu dilaksanakan, kerajaan yakin dapat mengurangkan defisit fiskal keluaran dalam negara kasar pada 2015 dan mencapai lebihan menjelang 2020.

Kongsi habuan, prosedur lemah?

Oleh DR DZULKEFLY AHMAD
WACANA Sinar Harian bertajuk “Laporan Audit: Tiris atau Terlepas Pandang”, 10 Oktober lalu me maparkan beberapa hakikat sekali gus mengesahkan kegusaran rakyat tentang kedudukan tadbir urus atau tatakelola bagi kementerian, jabatan kerajaan ser ta badan-badan Persekutuan. 

Ternyata seperti yang diterang kan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bahawa banyak aduan yang dibuat meskipun jelas tidak munasabah seperti membeli komputer pada harga RM20,000 walhal hanya RM4,000 di pasaran. SPRM hanya mempunyai bidang kuasa pemberian dan penerimaan rasuah, tuntutan palsu dan pemberian projek kepada kroni. Maka kalau prosedur diikuti, SPRM tidak boleh bertindak.
Kalau atas kelalaian atau kebodohan, kes tersebut tidak boleh dianggap jenayah dan tidak boleh dituduh di mahkamah.
Dalam kes menipu, yang salah ialah prosedur dan iaperlu dan mesti diperbaiki.
Persoalannya, mengapakah pro sedur itu tidak diperbaiki sehingga berlaku ketirisan yang menelan jutaan ringgit wang rakyat?
Lebih parah, gejala yang me rugikan hak rakyat itu berulang setiap tahun. Sukar untuk mengelak daripada persepsi umum yang mendakwa bahawa dalam ke tirisan seperti ramai yang “berkongsi habuan”. Ia se macam satu “rompakan” yang memberi manfaat kepada banyak pihak.
Dengan wujudnya audit dalaman, yang sepatutnya datang sebelum pihak Ketua Audit Negara, agak hairan juga bagaimana masih boleh tiris dan pelik sehingga gagal dikesan oleh ketua jabatan.
Pegawai, ketua jabatan dan pihak audit dalaman pun sukar mahu dibebaskan dari ‘tuduhan’ yang mereka juga turut culas dan tidak bertanggungjawab.
Mungkin sudah sampai waktunya supaya aspek kelalaian dan “kebodohan” yang tidak boleh dianggap jenayah serta boleh dihukum itu perlu kepada satu perundangan dan akta.
Hal ini penting bagi memperuntukkan hukuman seperti negara- negara lebih maju. Tenyata bagi kebejatan seperti ini dalam tadbir urus kerajaan yang telah berlangsung sekian lama, maka hanya hukuman yang berat sahaja mampu menakutkan pegawaipegawai kerajaan ini seperti pemecatan atau dikenakan surcaj.

Apabila blogger BN UMNO cuba fitnah calon PAS Sg Limau, tapi terserlah pula kebodohannya dan bangang tahap melantun!!!


http://mymedialab.blogspot.com/2013/10/prksglimau-calon-pas-kantoi-ijazah-amal.html
di jawab oleh Ust Nazmi Karim

Kenapa lah suka sangat sesetengah orang menimbulkan fitnah ye...


Ada ke istilah diploma talaqqi? hahaha sudah kantoi la tambi. Get yourself educated first la tambi sebelum post kat sini.

talaqqi tu salah satu dari kaedah belajar ilmu agama dey! maksudnya belajar secara face to face dengan guru! bukannya Diploma talaqqi. Ada faham tak dey ???!

Biodata beliau :

PR muafakat pertahan kemenangan DUN Sungai Limau

SHAH ALAM 22 OKT: Pakatan Rakyat (PR) menzahirkan permuafakatan dalam mempertahan kemenangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Pilihan Raya Kecil (PRK), pada 4 November ini.
Pendirian itu dilihta melalui permuafakatan pemimpin PKR yang berkampung di Sungai Limau mulai semalam untuk memberi sokongan penuh kepada calon PAS, Azam Samad, pada hari penamaan esok.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Dr Mansor Othman antara pemimpin yang menyertai ceramah perdana dan majlis pengumuman calon di Markas Utama PAS Jerai, malam tadi.
Menurut laporan Keadilan Daily, Azmin bersama Ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin; Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin; Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung bergandingan dalam program Ramah Mesra Bersama Aktivis dan Anggota Cabang Alor Setar dan Kuala Kedah di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri, kira-kira jam 3 petang tadi.

Habuan PRK: Peruntukan tambahan RM1.2 juta bangun prasarana di Yan

Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM1.2 juta untuk daerah Yan bagi pelaksanaan beberapa projek kecil seperti pemasangan lampu jalan, penurapan jalan dan pembinaan jambatan yang akan dilakukan serta-merta.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata peruntukan itu yang turut meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, dimohon oleh beberapa pihak sebelum ini termasuk pemimpin setempat.

"Projek-projek kecil itu harus diselesaikan dalam tempoh tiga bulan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program turun padang di Pekan Simpang Tiga, dekat Yan hari ini.

NONETurut hadir Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kedah Badrol Hisham Hashim serta Dr Ahmad Sohaimi Lazim, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Limau.

Beliau berkata kerajaan sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.79 juta untuk daerah Yan tahun ini, termasuk RM800,000 bagi membina 24 unit ruang niaga di kawasan itu.

"Sejumlah RM1.5 juta juga telah disalurkan kepada Majlis Daerah Yan melalui pemberian geran tahunan iaitu sebanyak RM71,000 dalam bentuk sumbangan membantu kadar dan RM93,204 sebagai pemberian bantuan persekutuan bagi pembiayaan bil elektrik pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

Berita Harian cuba musnahkan kerjaya politik Husam, kata penganalisis


Kritikan terbuka Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar) ke atas pentadbiran kerajaan negeri Kelantan merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi dan ia tidak seharusnya diperbesarkan dan digambarkan secara negatif, kata pengkaji politik Dr Kamarul Zaman Yusoff.
Kamarul membidas laporan Berita Harian yang mengatakan kononnya Husam diminta memberi penjelasan kepada pucuk pimpinan PAS ekoran kenyataannnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dalam satu perjumpaan hari ini.
"Bagi saya, ia tindakan penakut tidak amanah dan tidak beretika apabila seorang sumber dalaman PAS yang cuba menyerang dengan secara terbuka ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kamarul yang mempunyai Ijazah Sarjana melalui tesis “PAS di bawah Kepimpinan Ulama” berkata, perbuatan sumber mendedahkan perjumpaan yang berlaku hari ini kepada media juga disifatkan pendedahan berat sebelah yang tidak adil.
“Dalam laporan tersebut sumber cuba mengkritik Husam dengan berkata Husam sebagai bekas Exco kanan negeri sepatutnya lebih memahami dan mengikut prosedur teguran ketika dalam Sidang Dewan Rakyat (DUN).
“Namun adakah sumber itu sendiri mengikut prosedur yang betul mendedahkan perjumpaan tanpa kebenaran pemimpin parti kepada media?” soalnya.
Pengkaji politik itu berkata lagi, laporan tersebut cuba memberi gambaran buruk dan memusnahkan kerjaya politik Husam seolah-olah pemimpin itu melakukan kesalahan dan bakal dihukum kerana kritikan terbuka.

BN bulldozes through Penal Code amendments

Despite removing clauses on penalising vandals and those desecrating flags, the government rushes through an amendment that will penalise civil servants for disclosing information to the public.

KUALA LUMPUR:  The amendments to the Penal Code was passed for a third reading despite Pakatan Rakyat MPs objection to a provision that curtails freedom of information.
Clause 11 under the Penal Code (Section 203 A) would prohibit civil servants from disclosing information to  the public or face a fine not exceeding RM1 million, a prison term not exceeding one year, or both.
Defending the amendment, de facto law minister Nancy Shukri said that the law will only be used if the situation threatens national security.
However, PKR MP N Surendran questioned the words used in the clause, asking how would the government define the severity of the information disclosed.
Despite a barrage of questions posed by Pakatan leaders, Nancy wounded up her speech without allowing more queries to be posed, prompting PKR MP, Lim Tze Tzin to call for the legislation to be referred to a select committee.
“I urge the Speaker to refer the law to a select committee under Standing Ordeer 54 (2),” said Lim.
Dewan Rakyat deputy speaker Ronald Kiandee then called for a block vote on the matter and the Barisan Nasional controlled house voted against it, prompting the speaker to pass the legislation for a third reading.
Earlier today, Nancy urged the people to give the government the benefit of the doubt and let the proposed amendments be passed first.
“It is because we are the implementors. Only when we are the implementors, we can see how serious the matter is.
“So I urge the opposition and everybody to understand us and give it a go first,” said the minister.
Worse than OSA

(3) MP Bahas Peringkat JK (D.R. 9/2013) Rang Undang2 Kanun Keseksaan

(2) MP Bahas Peringkat JK (D.R. 9/2013) Rang Undang2 Kanun Keseksaan

(1) MP Bahas Peringkat JK (D.R. 9/2013) Rang Undang2 Kanun Keseksaan

Sampai bila dok nak kena tipu dengan BN, wahai Macai..??

SAMPAI BILA...??? DOK ULANG BENDA YANG SAMA PUN MASIH DOK PANGKAH SITU LAAA.. SEDAQ DIRI DITIPU OLEH BN TAHU DIRI DITIPU OLEH BN..TAPI TETAP DOK JADI MACAI SITU LAA....
BN OH BN MANDREM APA YANG HANGPA PAKAI NIE..???

Dewan Rakyat: RM52 bilion saham Bumiputera hilang isu ‘remeh’

KUALA LUMPUR 22 OKT: Dewan Rakyat menolak pertanyaan jawab lisan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, berhubung isu kehilangan RM52 bilion saham yang sepatutnya diberikan kepada bumiputera dengan anggapan perkara itu ‘remeh’ dan ‘dangkal’.
Penolakan itu dinyatakan dalam surat dengan alasan pertanyaan tidak boleh mengandungi hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, pujian, kejian, kalimah mengelirukan, menyindir, menyakitkan hati atau perkara dangkal dan meminta penerangan berkenaan perkara remeh.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata alasan bagi menolak soalan itu adalah tidak munasabah dan bertentangan dengan prinsip demokrasi.
“Apa yang berlaku ini mencemar perjalanan Parlimen sebagai badan tertinggi dalam kerajaan. Kalau mereka (Dewan Rakyat) ada masalah dengan soalan ini, mereka boleh tapis atau keluarkan ayat yang menyakitkan hati.
“Tetapi isu hilang saham bukan remeh jadi mengapa soalan itu ditolak dengan alasan sama. Mereka sendiri beri alasan yang remeh pada pertanyaan yang dikemukakan,” katanya dalam sidang media, di lobi Parlimen, hari ini.
Guan Eng sebelum ini meminta kerajaan menjelaskan faktor Suruhanjaya Siasatan DiRaja tidak ditubuhkan bagi menyiasat skandal terbesar di Malaysia berkenaan kehilangan RM52 bilion saham yang sepatutnya diberikan kepada bumiputera.

KEADILAN muafakat pertahan kemenangan PAS di DUN Sg Limau

prkn20SUNGAI LIMAU 22 OKT: Pakatan Rakyat muafakat mahu mempertahan kemenangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu 5 November ini.
Pendirian itu dizahirkan melalui permuafakatan pemimpin KEADILAN yang berkampung di Sungai Limau mulai semalam untuk memberi sokongan penuh kepada calon PAS, Azam Samad pada hari penamaan esok.
Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Dr Mansor Othman antara pemimpin yang menyertai ceramah perdana dan majlis pengumuman calon di Markas Utama PAS Jerai malam tadi.
Kira-kira 3 petang tadi, Azmin, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin; Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin; Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung bergandingan dalam program Ramah Mesra Bersama Aktivis dan Anggota Cabang Alor Setar dan Kuala Kedah di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri.

GST dikena walau belum dilaksana

KUALA LUMPUR, 22 OKT : Sebuah syarikat pengurusan tempat letak kereta di Pasar Borong Kuala Lumpur didakwa mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan tambahan enam peratus kepada orang ramai meskipun belum dilaksanakan lagi Kerajaan Pusat.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, mendakwa syarikat, SportsIn Sdn Bhd itu mula mengenakan GST kepada pengguna tempat letak kereta di situ kira-kira satu setengah tahun lalu.
Tian berkata, banyak syarikat tempat letak kereta di sekitar Lembah Klang juga mula melakukan perkara sama walaupun Kerajaan Pusat pernah mengatakan GST tidak akan dilaksanakan dalam bajet 2014.
“Persoalannya, adakah GST ini sampai kepada Kerajaan? Adakah Kerajaan mempunyai rekod penerimaan GST ini?
“Adakah DBKL menjalankan pemeriksaan audit ke atas syarikat ini? Jika ya, bagaimana perkara ini boleh terlepas?” soalnya yang juga Naib Presiden PKR di lobi Parlimen hari ini.
Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai terutamanya di kawasan bandar supaya menyemak resit pembelian masing-masing selepas membuat pembayaran untuk sesuatu barangan atau perkhidmatan.
Beliau turut meminta orang ramai yang mengesan perkara itu supaya membuat aduan kepada pihak berkuasa dengan kadar segera.
“Kerajaan digesa supaya mengambil serius perkara ini dan syarikat yang didapati mengenakan GST mesti dihukum,” katanya.

Syed Rosli dakwa Umno gagal bawa transformasi

Umno sudah rosak dan menunggu masa untuk dikapankan sahaja.

PETALING JAYA: Transformasi yang cuba dibawa oleh Presiden Umno kelihatan gagal di dalam pemilihan Umno kali ini kerana hanya Ketua Puteri Pusat bertukar tangan
Menurut bekas calon Ketua Pemuda, Syed Rosli Syeh Harman Al Jamalulail, tak ada makna transformasi sedangkan yang lain masih kekal menyandang baik dari sayap hingga ke Naib Presiden Umno.
Beliau tewas kepada penyandang jawatan, Khairy Jamaluddin dalam pertandingan 12 Oktober lalu. Beliau bersama tiga calon lain, Akramsyah Sanusi, Irwan Ambak dan Abd Karim Ali gagal mendapat sebarang undi manakala Khairy mendapat 189 undi.
“Sebagai contoh adakah seorang pencuri boleh bertukar menjadi Ustaz dalam masa singkat?,” soalnya dalam kenyataannya kepada FMT.
Katanya, itulah contoh mudah yang beliau gambarkan. Umno sudah rosak dan menunggu masa untuk dikapankan sahaja.

Cadangan panjang untuk Kelantan

Dr Mohamad Agus Yusof

Bersama ini saya sertakan senarai panjang permintaan kawan-kawan yang saya susun serta berikan kepada kerajaan negeri untuk semakan dan penilaian lanjut semua. Permintaan kawan-kawan supaya saya sampaikan komen, permintaan dan cadangan kepada kerajaan negeri saya lakukan dan diterima dengan baik oleh Menteri Besar (MB) dan timbalannya (TMB), kita dan mereka menyampaikan ucapan terima masih kepada usaha kita.
Hasil daripada usaha kita ini, ada tiga pelabur berjumpa saya secara peribadi dan meminta kerjasama saya untuk menolong mereka mendapatkan tapak tanah bagi membina kilang yang dapat menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 700 jawatan kepada rakyat Kelantan dan seorang lagi mahu membina hotel tiga bintang di Bachok. Seorang lagi memohon tanah untuk mengusahakan pertanian di Loging.
Saya menilai hanya dua projek yang saya sebutkan awal sahaja reliable dan saya sampaikan hal ini kepada kedua-dua MB dan TMB. Mereka menyambut baik dan meminta pelabur tersebut memohon melalui saluran yang betul dan berjanji akan meminta UPEN menilai hal ini dengan cepat dan cekap.
Selepas ini, saya akan lanjutkan usaha ini dengan kerajaan pusat pula dan akan berjumpa dengan Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam masa yang terdekat bagi menyampaikan hasrat rakyat Kelantan kepada kerajaan pusat pula. Saya akan meminta soalan yang sama daripada kawan-kawan semua nanti.
Akhirnya, marilah kita sama-sama berperanan memajukan negeri kita. Terima kasih atas semua kerjasama yang diberikan.
Pengurusan kerajaan tempatan
1. Kebersihan bandar teruk sangat. Kutipan sampah sarap tidak terurus. Cadang sediakan banyak tong sampah dan belikan lori sampah.
2. Tandas awam kotor dan tidak terurus. Tidak menggambarkan Kelantan sebagai sebuah negeri Serambi Mekah.
3. R&R Gua Musang kotor sebagai tempat makan dan singgahan. Tandasnya juga tidak terjaga. Tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pintu masuk ke Kelantan.
4. Tempat buang sampah dan tong sampah di bandar tidak disediakan.
5. Restoran dan kedai makan kotor. Contohnya, medan selera belakang pantai timur. Tempat makan memang ramai, tetapi persekitarannya tidak bersih dan penuh dengan tikus dan lalat. Tempat parkir juga teruk dengan jalan yang berlubang hingga apabila hujan, air bertakung.
6. Sistem perparitan bandar yang kotor dan tersumbat dan berbau busuk. Apabila hujan pula, air mudah melimpah jalan. Lihat HUSM.
7. Papan tanda yang uzur. Mohon kerajaan negeri melengkapkan papan tanda di jalan-jalan utama, khususnya pintu masuk ke Kelantan seperti di Gua Musang.
8. Ceriakan landskap Kota Bharu dan bandar utama. Sekurang-kurangnya tanam rumput di sepanjang jalan dan bersihkan kawasan tepian jalan secara berkala, terutama di laluan utama yang sentiasa dilalui oleh pengunjung luar. Misalnya, di Kota Bharu, tidak ada pokok bunga yang sedap mata memandang. Kalau ada pun sedikit sahaja dekat dengan bulatan jam saja. Di Rantau Panjang paling kotor dengan sampah yang bersepah.
9. Kerajaan negeri perlu perbaiki kelemahannya jika mahukan rakyat membayar cukai pintu dan lainnya.
10. Perancangan bandar lemah dengan pembinaan rumah dan taman perumahan yang tidak tersusun.
11. Kerajaan negeri perlu sediakan ruang penjaja kecil yang lebih tersusun, selesa dan kemas kerana kawasan pasar Siti Khadijah sudah padat. Bersihkan juga kipas angin dan longkang di Pasar Siti Khadijah.
12. Sediakan tong sampah bagi setiap taman perumahan. Rakyat tidak puas hati kerana cukai pintu kena bayar, tapi tong sampah dan lampu jalan tidak disediakan.
13. Rakyat cadangkan penguatkuasaan ke atas kebersihan dilakukan seperti di Singapura. Mesti saman biarpun RM5.

Pulak Dah: Tiada pistol polis jatuh dalam laut, kata Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini tidak menyatakan "terjatuh ke dalam laut" menjadi punca kehilangan senjata api polis, sebaliknya terdapat lima faktor lain menyebabkan kehilangan tersebut.
Ahmad Zahid dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang menjelaskan, antara punca kehilangan senjata api berkenaan termasuklah kenderaan polis dipecah dan senjata api tertinggal di dalam kereta, diragut atau disamun, tercicir semasa menjalankan tugas, kehilangan dalam tandas, dan juga kehilangan dalam pejabat.
"Daripada 44 senjata api yang hilang berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012, tujuh daripadanya telah dijumpai," kata Ahmad Zahid dalam jawapan bertulisnya yang diperolehi di Parlimen.
"Secara keseluruhannya, kategori senjata api yang hilang adalah dari senjata ringan (pistol dan revolver) yang boleh diletakkan di badan," katanya dalam jawapan bertulis tersebut.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa menanggung kerugian sehingga RM1.33 juta apabila aset termasuk senjata api, gari, dan kenderaan dilaporkan hilang.
Pendedahan tersebut menimbulkan respon negatif pelbagai pihak yang turut mempertikaikan keupayaan pasukan keselamatan berkenaan mengawal ketenteraman awam memandangkan berlakunya kehilangan harta benda mereka sendiri.
Dalam respon balas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun tidak menolak kemungkinan senjata api berkenaan "terjatuh dalam laut semasa operasi".

Menteri di JPM gulong (D.R. 9/2013) Rang Undang2 Kanun Keseksaan

PKR Kapar Bahas (D.R. 9/2013) Rang Undang2 Kanun Keseksaan

PKR Bayan Baru Bahas (D.R. 9/2013) Rang Undang2 Kanun Keseksaan

DAP Kulai Bahas (D.R. 9/2013) Rang Undang2 Kanun Keseksaan

Angry Mahathir won't be good for Malaysia, warns Khalid Samad

Dewan Rakyat tolak soalan kemana saham RM52 bilion bumiputera lesap

PKR Batu Pahat Bahas (D.R. 9/2013) Rang Undang2 Kanun Keseksaan

Raja-raja patut bertitah isu kalimah Allah'



 
Raja-raja Melayu patut bertitah menyatakan pandangan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan dalam isu kalimah 'Allah', kata pakar perlembagaan.

NONEIni kerana, menurut Dr Abdul Aziz Bari (kiri), perkara itu berkait dengan kebebasan asasi seperti kebebasan beragama dan pentadbiran Islam yang tertakluk bawah bidang kuasa negeri.

Katanya, kementerian dalam negeri mengenakan larangan penggunaan 'Allah' dalam mingguan Katolik berbahasa Malaysia menggunakan alasan ketenteraman dan keselamatan awam.

Bagaimanapun, beliau membangkitkan kes Mamat Daud pada 1998 di Mahkamah Agung apabila "ketenteraman awam" terpaksa memberi laluan kepada faktor-faktor lain.

"Kerajaan kalah kes itu kerana memasukkan alasan ketenteraman awam untuk mendakwa pihak yang menganjurkan solat berasingan di Terengganu dan isu dua imam ditolak oleh mahkamah tertinggi," katanya.

"Oleh itu, kita perlu mendengar apa yang hendak dititahkan oleh raja-raja berhubung kes The Herald bagi mengetahui pendirian mereka.

NONE"Bawah perlembagaan, mereka ketua agama Islam dan mereka patut menggunakan kuasa mereka. Raja-raja tidak terikat dengan nasihat kerajaan."

Raja-raja Melayu patut bertitah melalui Majlis Raja-Raja Melayu sama ada kesemua sembilan anggotanya mempunyai pandangan yang sama.

"Kita tunggu dan dengar apa Raja-Raja nak titah; tak perlu kita sangsi kemampuan mereka. Kita kena objektif.

"Bila mereka sudah buka mulut nanti, barulah kita buat komen.

"Sekarang elok kita tunggu dan kita kena profesional dan objektif," katanya.

K-Pop: Jawatankuasa perlu ambil tanggungjawab bersama


KUALA LUMPUR 22 OKT : Isu perbelanjaan RM1.6 juta bagi membayar artis K-Pop tidak harus ditanggung bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kerana keputusan itu dibuat secara bersama membabitkan penubuhan jawatankuasa.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata pihak bertanggungjawab tidak boleh mengelak daripada kesalahan mereka dengan mengalihkan tanggungjawab kepada keputusan jawatankuasa.
Tony Pua Wancara 01Beliau berkata, jika benar keputusan berkenaan diputuskan secara jawatankuasa tanpa sebarang pimpinan daripada sesiapa, tindakan perlu diambil ke atas semua ahli yang mengambil bahagian dalam jawatankuasa terbabit.
“Jawapan kementerian menunjukkan pihak jawatankuasa yang membuat keputusan untuk menjalankan konsert terbabit pada Hari Belia walaupun tiada sebarang komitmen kukuh diberikan pihak penaja.
“Ini adalah satu keputusan tidak bertanggungjawab dan tindakan disiplin atau surcaj perlu diambil,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata, kerajaan akan terus dipersalahkan dan tidak serius dalam menangani isu terbabit jika pihak swasta yang kononnya berjanji untuk menaja program itu tidak dihukum.
Katanya, maslaah sama akan terus berlaku membabitkan kementerian yang menyebabkan peruntukan bajet setiap tahun tidak dipatuhi dan memerlukan belanjawan tambahan untuk membiayai perbelanjaan melampau.
Beliau berkata, kementerian bertanggungjawab juga perlu mendesak supaya kos dikembalikan kepada kerajaan memandangkan syarikat yang terbabit untuk menaja konsert memberikan komitmen kukuh, sebelum acara berlangsung.

Apa jampi Najib kurangkan pengkadaran Fitch?

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
RASANYA Akademi Diraja Sweden telah melakukan kesilapan apabila menamakan tiga orang profesor Amerika Syarikat sebagai penerima Hadiah Nobel bidang Ekonomi untuk tahun ini. Hadiah tersebut sepatutnya diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, Najib Tun Razak.

Apa yang ditemui menerusi kajian seumur hidup oleh tiga tokoh akademik berkenaan mengenai pergerakan harga saham dan bon rasanya jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan kebolehan Najib yang mengaku boleh menghasilkan kesaktian ekonomi makro dalam beberapa kelip mata. Bukanlah rahsia lagi di mana firma pengkadaran antarabangsa Fitch telah menurunkan pengkadaran ekonomi Malaysia dari ‘A’ kepada ‘-A’ sejak Julai lalu dan mengulangi penekanan tindakan tersebut September lalu di sebalik keputusan mendadak kerajan Malaysia mengurangkan lagi subsidi minyak kepada rakyat.
Namun tentu sekali, cara Najib dan para hulubalangnya berpidato menggambarkan Malaysia seolah-olah dikadarkan dalam kategori ‘AAA’. Hakikatnya, sebagaimana diketahui dunia, adalah indah khabar dari rupa. Kenyataan Fitch September lalu dan melihat kepada perkembangan ekonomi Malaysia yang tidak sukar diramalkan atau dibuat unjuran, mudah untuk mengagak betapa prestasi ekonomi Malaysia berprospek untuk jatuh dari pengkadaran ‘A’ kepada pengkadaran ‘BBB’ atau lebih rendah.
Minggu lalu, di ambang pemilihan Umno dan keselesaan meneruskan kedudukannya selaku Presiden dan di sebalik perwatakan yang agak tenang, terlindung kesangsian tatkala diwawancara di pejabatnya di Putrajaya oleh Bloomberg, syarikat perdana berita ekonomi dan perniagaan antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat.

Dendam Politik: Tiada PPD di kawasan BN kalah- Ahmad Said

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah pertandingan kebersihan dan keindahan kampung peringkat negeri Terengganu 2013 di Kampung Banggol Pak Ali dekat sini semalam.

MARANG: Umno Terengganu tidak akan melantik Pegawai Pembangunan DUN (PPD) di 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pembangkang berikutan lapan PPD yang dilantik sebelum ini seolah-olah tidak diterima rakyat.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata Umno sebelum ini melantik PPD di kawasan DUN yang dimenangi pembangkang bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan dan sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat.
“Bagaimanapun kami nampak rakyat tidak menerimanya dengan baik berikutan kawasn-kawasan DUN berkenaan mengalami kekalahan berterusan, malah ia lebih buruk,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah pertandingan kebersihan dan keindahan kampung peringkat negeri Terengganu 2013 di Kampung Banggol Pak Ali dekat sini semalam.
Mengenai pertandingan kebersihan dan keindahan kampung, Ahmad berkata kerajaan membelanjakan RM1.3 juta untuk menjayakan program berkenaan.
Beliau berkata sebanyak 43 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negeri itu mengambil bahagian dalam pertandingan yang terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori Dalam Operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kategori Luar Operasi PBT.
Pada majlis itu Kampung Banggol Pak Ali di sini diumumkan pemenang tempat pertama bagi kategori luar operasi PBT manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi Kampung Lingai (Batu Rakit) dan Kampung Tok Dor (Hulu Terengganu).
Bagi kategori dalam operasi PBT Kampung Medan Jaya di sini mendapat tempat pertama, Kampung Padang Jambu (Dungun) tempat kedua dan Kampung Che Kundur (Kuala Terengganu) tempat ketiga.
Pemenang tempat pertama bagi kedua-dua kategori itu masing-masing menerima wang tunai RM25,000 manakala RM250,000 pula hadiah sampingan untuk projek pembangunan.
Bagi pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM15,000 dan RM10,000 manakala hadiah sampingan untuk projek pembangunan pula masing-masing bernilai RM150,000 dan RM100,000.
- Bernama

PKR Kuantan Bahas (D.R. 9/2013) Rang Undang2 Kanun Keseksaan - 2

PKR Kuantan Bahas (D.R. 9/2013) Rang Undang2 Kanun Keseksaan - 1

Hazizul Hakim menang cipta logo Muktamar PAS ke-59



 KUALA LUMPUR: Pertandingan mencipta logo Muktamar Tahunan PAS ke-59 mendapat sambutan penyertaan di luar jangkaan.

Setiausaha penganjur, Shuhaimi Embong memberitahu pihak jawatankuasa terpaksa melakukan beberapa saringan dan mengambil masa hampir sebulan untuk menilai setiap penyertaan sebelum keputusan pemenang dapat diumumkan.

“Terdapat seramai 117 peserta yang hantar penyertaan. Hanya 114 sahaja yang dikira sah dan terdapat 3 peserta lagi peserta diterima melewati jam 12 malam pada 25 September 2013  selepas penyertaan ditutup tak diambil kira penyertaannya,” katanya yang juga Pengarah IT PAS Pusat.

Katanya, setelah 3 pusingan saringan dilakukan oleh jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa pemilih pertandingan logo telah berpuas hati untuk memutuskan Hazizul Hakim Mohd Jais sebagai pemenang dalam mesyuarat panitia induk malam tadi.

Pemimpin PAS Pusat ke Kelantan selesaikan kemelut

Pucuk pimpinan utama PAS berkumpul di Kota Bharu, Kelantan hari ini untuk berbincang dengan pimpinan parti negeri itu ekoran suasana yang tidak berapa baik di negeri itu selepas berlakunya perubahan dalam pimpinan negeri.
Pertemuan antara Dewan Harian PAS yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dengan Lajnah Politik PAS Kelantan yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 bermula jam 2 petang ini.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah Nik Aziz akan menyertai pertemuan ini kerana semalam beliau masih di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian kerana mendapat rawatan.
Pertemuan ini diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang 10 Oktober lalu berikutan kejadian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan 8 dan 9 Oktober sebelum itu yang menyaksikan bekas Exco, Datuk Husam Musa (gambar) menyerang dasar kerajaan negeri.
Dalam mesyuarat itu, ada AJK PAS Pusat yang membangkitkan peristiwa di DUN Kelantan. Namun oleh kerana ketiadaan wakil kerajaan Kelantan khasnya Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, pertemuan ini terpaksa diadakan.

“Saya akan berjuang bermati-matian,” Nazri beri amaran kepada sekolah Cina


Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sedia berbincang dengan pentadbiran sekolah Cina mengenai isu tapak sekolah. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 Oktober, 2013.Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sedia berbincang dengan pentadbiran sekolah Cina mengenai isu tapak sekolah. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 Oktober, 2013.Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjemput pentadbiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Woo di Jalan Pasar untuk bertemu dengannya bagi membincangkan dengan lebih lanjut tawaran sewa di tapak sekolah itu.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, berkata pihak pentadbiran sekolah perlu mengakui tapak  sekolah itu adalah tanah kerajaan bagi membolehkan langkah perbincangan seterusnya dilakukan.
"Itu tanah kami. Mereka perlu mengakui itu tanah kami dan seterusnya kita boleh berbincang tentang sewa.
"Kami bukanlah terlalu rumit. Jangan bertegas kata tanah gelanggang bola keranjang itu milik mereka, saya akan berjuang bermati-matian.
"Saya sangat bertimbang rasa. Jangan ajar saya. Saya tahu apa yang ingin dilakukan," katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

K’jaan akur, tarik balik pindaan hukuman hina bendera, vandalisme

SurenKUALA LUMPUR 22 OKT: Kerajaan menarik balik dua klausa dalam cadangan pindaan Kanun Keseksaan berhubung perbuatan menghina bendera Jalur Gemilang dan juga perbuatan vandalisme.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran mengesahkan perkara tersebut apabila menerima notis penarikan balik dua klausa berkenaan selepas perbahasan di Dewan Rakyat semalam.
“Memang kami menolak penghinaan terhadap Jalur Gemilang, tetapi kami menolak hukuman yang terlalu berat kepada sesiapa yang dikatakan menghina negara,” kata Naib Presiden KEADILAN itu pada sidang media di Parlimen hari ini.
“Kita tidak boleh menggunakan paksaan terhadap rakyat,” katanya yang turut menghargai penarikan semula dua klausa berkenaan, Klausa 5 dan 33 dalam Kanun Keseksaan.
Klausa 5 dalam rang undang-undang yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua semalam antara lainnya menggariskan hukuman penjara mandatori 15 tahun dan denda untuk kesalahan memijak Jalur Gemilang atau apa-apa bendera negara lain dengan niat untuk menghina.
Klausa 55 pula menyatakan bahawa individu yang mengambil bahagian dalam perbuatan vandalisme, termasuk memasang kain rentang dan poster haram, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

PAS tetap pertahan kerusi DUN Sungai Limau yang didominasi sejak 1995 dan waspada kempen fitnah jahat BN

JERAI, 22 OKTOBER: Kemenangan calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samad pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah penting sebagai mesej jelas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) bahawa rakyat mahukan perubahan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ketika berucap malam tadi mengingatkan bahawa UMNO-BN akan terus menggunakan taktik kotor dan lapuk dengan memainkan sentimen perkauman dan agama untuk menakut-nakutkan orang Melayu.
lks (13)Beliau juga mencabar UMNO/BN untuk mengemukakan bukti bahawa DAP anti Islam dan anti Melayu seperti yang sering dipropagandakan media dan pemimpin mereka.
“Sampai sekarang tidak ada bukti ditunjukkan. Di kawasan Cina mereka kata DAP menjadi alat PAS, di kawasan Melayu pula mereka kata PAS menjadi alat DAP. Siapa yang gunakan siapa?
“Bagaimanapun, itu semua tidak benar. Pengundi perlu berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan kempen fitnah BN terhadap rakan parti di dalam Pakatan Rakyat (PR),” katanya.
Sambil menaruh harapan bahawa PAS mampu mempertahankan DUN Sungai Limau, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, tema ‘kekal’ yang akan digunakan PAS untuk PRK ini sangat bertepatan pada masanya.
“Kami yakin PAS dengan calon yang dipilih ini akan kekal mempertahan di kerusi DUN Sungai Limau.
“Kemenangan kami merupakan satu isyarat yang amat jelas untuk kita membuat perubahan pada PRU-14 nanti,” ujar beliau.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pula berkata, kemenangan PAS pada PRK DUN Sungai Limau amat penting sebagai isyarat supaya kerajaan BN tidak terus membebankan rakyat.
Katanya, kemenangan ini juga merupakan satu ‘amanah kedamaian’ yang berterusan setelah sekian lama diperjuangkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak.

Sg Limau: Perjuangan Ustaz Azizan perlu diteruskan

Ini diakui sendiri mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang melihat pentadbiran Azizan lebih telus dan bersih 

JERAI: Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata adalah menjadi satu tanggungjawab yang besar untuk PAS kekal di Sungai Limau dengan tujuan menghargai apa yang telah dibawa oleh Ustaz Azizan sebelum ini.
Katanya, banyak agenda yang dibawa oleh Allahyarham bermula dari dulu sehinggalah tahun 2008, yang telah menunjukkan satu perubahan baru pada pemerintah Pakatan Rakyat di Kedah.
“Perjuangan Ustaz Azizan perlu diteruskan dan kita lihat banyak agenda yang telah beliau lakukan sejak dari dulu sehingga 2008.
“Selepas PAS memerintah Kedah, Ustaz Azizan bersama barisan kepimpinan beliau telah menjadi sebuah kerajaan yang telus tanpa ada sebarang amalan rasuah.
“Ini diakui sendiri mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang melihat pentadbiran Azizan lebih telus dan bersih,” jelasnya.
Sehubungan dengan itu beliau berkata PAS akan menggunakan slogan ‘Kekal’ sebagai tema kempen menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau pada 4 November nanti.
Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena memberitahu, ‘Kekal’ membawa misi yang cukup jelas dalam memastikan legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak dapat diteruskan.

Ustaz Hadi, 66 – Antara ombak dan perjuangan

Oleh Abd Shukur Harun
Secara kebetulan Ahad lalu saya turut menyaksikan dua acara sederhana menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-66, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Siangnya di majlis penutup Konvensyen Tanah dan malamnya pada akhir Majlis Dialog Antara Budayawan dan Pimpinan PAS anjuran Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, di sebuah hotel di Shah Alam juga.

Walaupun sihat tetapi beliau kelihatan letih kerana memenuhi jadual kerja yang padat setiap hari sebagai pemimpin utama PAS. Beliau telah menghabiskan masanya lebih setengah abad dalam perjuangan Islam. Bermula sebagai pemimpin pelajar Islam di Timur Tengah, kemudian dengan Abim di Terengganu, seterusnya melangkah jauh melibatkan dirinya sepenuh dengan PAS.

Pada 1976, setelah tamat belajar di Madinah dan Mesir dan pulang ke tanah air beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Kemudian beliau memegang jawatan Timbalan Presiden PAS setelah Datuk Fadzil Mohd Noor (Almarhum) dipilih menjadi Presiden PAS.

Ustaz Hadi telah dilantik sebagai pemangku Presiden pada Jun 2002, ekoran Datuk Fadzil menjalani pembedahan pintasan pembuluh jantung yang kemudian meninggal dunia beberapa hari kemudian. Ustaz Hadi dipilih sebagai Presiden PAS pada pemilihan dalam Muktamar Agung ke-49 PAS 2003 hinggalah sekarang.

Beliau dilahirkan di Marang, Terengganu, sebuah perkampungan nelayan dan sebab itu beliau kenal benar dengan desir ombak dan gelombang, perahu nelayan. Apabila ada kekosongan waktu, Ustaz Hadi pergi ke laut memancing ikan justeru itu sebahagian dari dunianya. Demikianlah laut, kehidupan dan perjuangan mewarnai penghidupan pemimpin ini.

Pakatan: Alternative budget figures possible with wastage cuts

Don't UMNO-NIZE everything - Nurul tells Najib

DAP Bagan Bahas (D.R. 9/2013) Rang Undang2 Kanun Keseksaan

'Jaga molek negeri kito', pesan Tok Guru

KOTA BHARU – “Kena jaga molek negeri kito, jangan ado daripada kito hok wak kuca (buat kacau), jangan, dosa besar, jaga molek suasana dan keadaan negeri hok kita pelihara ini,” ucap Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Majlis Himpunan Rakyat sempena ulang tahun ke-23 pemerintahan Pas di negeri ini, semalam.

Nik Aziz berkata, pemerintahan berlandaskan Islam perlu dijaga bagi memastikan akidah dan kepercayaan umat Islam tidak terpesong daripada landasan sebenar agama suruhan ALLAH SWT.

Beliau yang kini menyerahkan tugas rasminya kepada Datuk Ahmad Yakob selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu hanya mengalas tanggungjawab sebagai Adun Chempaka selain jawatan sebagai Mursyidul Am Pas.

Majlis himpunan rakyat itu diadakan untuk memberi penghormatan kepada veteran ulama negeri dan bersempena sambutan kelahiran kerajaan “Membangun Bersama Islam” dengan tema Jasa Dikenang, Amanah Disandang.

Sg Limau: MB Kelantan tidak gentar saingan BN

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau tidak gentar walaupun BN menurunkan tokoh agama mereka untuk menawan Dun Sungai Limau, Kedah, pada pilihan raya kecil (PRK) ini.

Beliau sebaliknya menyambut baik pendekatan pimpinan Umno itu dan berharap persaingank merebut kerusi itu berlaku dalam suasana sihat.

“Kita tak ada masalah. Kita sambut baik dan ia merupakan pertemuan antara dua kumpulan ulama.

“Insya-ALLAH buat masa ini Pas Kelantan n bersiap sedia menghadapi PRK Dun Sungai Limau, dengan menghantar empat kumpulan jentera parti bagi memastikan kemenangan di kawasan terbabit,” katanya pada sidang media.

Ahmad yang juga Timbalan Ketua Ulama Pas Pusat, berkata, setiap daripada empat kumpulan itu mempunyai 25 wakil dan berharap mereka dapat membantu mengukuhkan kedudukan parti itu di Dun tersebut.

“Kita berharap jentera pilihan raya ini dapat membantu calon, di samping melancarkan gerak kerja Pas di kawasan itu, "  katanya.

Jentera PAS Selangor sedia gempur Sungai Limau

SHAH ALAM 22 OKT : PAS Selangor berkeyakinan tinggi untuk menggempur Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK), pada 4 November ini.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman, berkata jentera PAS Selangor sudah tiba di Sungai Limau sejak pengumuman calon yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam.
Katanya, seramai 15 orang ditempatkan di setiap kawasan DUN berkenaan mulai semalam sehingga tarikh pembuangan undi, awal bulan hadapan.
“Jentera PAS Selangor sudah mula tiba semalam di Sungai Limau dan kita sudah buat jadual untuk mereka sepanjang tempoh tertentu bagi membantu jentera PAS Kedah dalam mengekalkan kemenangan di DUN berkenaan,” katanya kepada TV Selangor, di sini, hari ini.
Abdul Rani berkata, beliau yakin PAS dapat mempertahankan kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abu Bakar, yang meninggal dunia, pada 26 September lalu.