Isnin, 21 Oktober 2013

Sg Limau: Sah Sohaimi lwn Azam

PAS malam ini mengumumkan bekas guru Azam Samad sebagai calon pilihan raya kecil Sungai Limau, bagi berdepan dengan calon BN Ahmad Sohaimi Lazim.

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mengumumkan keputusan di Kampung Sungai Limau Dalam sebentar tadi.

Siang tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Sohaimi, bekas pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) sebagai calon dalam pilihan raya kecil 4 November depan.

Cakap-cakap yang menyebut nama mereka sudahpun berlegar sejak awal hari ini, sebelum Muhyiddin membuat pengumuman tersebut pada jam 6.15 petang ini di Gurun, Kedah.

Ustaz Azam Samad calon PAS PRK Sg Limau


Ustaz Azam berucap pada Majlis Pengumuman Calon N20 Sungai Limau, malam ini.

JERAI: Ketua Pemuda PAS Jerai, Ustaz Azam Samad diumumkan sebagai calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Pengumuman dibuat Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kira-kira jam 10 malam ini di majlis pengumuman calon di sini.

Ustaz Azam yang juga bekas guru bakal berdepan calon BN Ahmad Sohaimi Lazim.

Ustaz Azam ketika memberikan ucapan sulung malam ini berkata, beliau akan memikul amanah yang diberikan ini sebaik mungkin.

Beliau menegaskan, azamnya untuk meneruskan agenda bekas Menteri Besar Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak sebelum ini.

Beliau juga berharap seluruh jentera Pakatan Rakyat khususnya PAS untuk bekerja keras mengekalkan kemenangan di kerusi tersebut.

Ustaz Azam turut menyeru agar semua pihak menghadapi pilihan raya kecil kali ini dengan penuh harmoni.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober ini sebagai hari penamaan calon, manakala 4 November depan sebagai hari mengundi.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong ekoran kematian bekas menteri besar Kedah Tan Sri Ustaz Azizan Razak kerana komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 26 September lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi.

USTAZ MOHD AZAM SAMAD CALON PAS PRK DUN SG LIMAU


Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai Ustaz Mohd Azam Samad (gambar) diumumkan secara rasmi sebagai calon PAS bagi PRK Dun Sg Limau.

Beliau yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan merupakan Pengarah Jabatan Pasti Kedah. Seorang pendidik, Ketua Pemeriksa STAM dan penggubal kertas peperiksaan STAM Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam majlis ceramah pengumuman calon di Sungai Limau malam ini.
Penamaan calon akan diadakan pada 23 Oktober dan pengundian pada 4 November.

23 tahun Kelantan berjaya harungi halangan


KOTA BHARU: Tanggal 21 Oktober 1990 Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan. Dan hari ini genap 23 tahun sejarah itu berlalu.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, bermula detik tersebut satu permulaan era berlaku di negeri Serambi Mekah.

“Kelantan serta merta menjadi perhatian, bolehkah Islam mentadbir? Sebaliknya selangkah demi selangkah kita menapak ke hadapan.

“Dalam tempoh 23 tahun Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya mengharungi pelbagai halangan dan karenah dengan jayanya serta meletakkan asas kukuh dan haluan yang jelas.

“Beliau telah meninggalkan satu laluan. Hutan rimba ditebas, semak samun diracun ke akar umbi, rakyat ditanamkan keyakinan cara mentadbir dan memerintah berpandukan hukum syariat,” katanya.

Belia berucap pada sambutan 23 tahun dasar Membangun Bersama Islam di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan, Abdullah Ya’kub, Pegawai Kewangan, Datuk Faudzi Che Mamat, anggota-anggota Exco dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nik Kazin Nik Yusof serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

MB Kedah kata tak akan hukum pengundi Sg Limau



Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir memberi jaminan bahawa kerajaan negeri tidak akan menghukum pengundi DUN Sungai Limau jika BN tidak berjaya merampas kembali kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 4 November.

Tanpa menamakan mana-mana individu, beliau berkata sesetengah pihak sebelum ini mendakwa beliau tidak akan membawa sebarang pembangunan di kawasan tersebut sekiranya BN gagal merampas semula kerusi tersebut.

Dalam ucapannya selepas pengumuman calon BN bagi pilihan raya kecil kawasan berkenaan petang ini, Mukhriz berkata kemenangan BN di kawasan tersebut akan mengukuhkan kerjasama di antara kerajaan BN negeri dan kerajaan Persekutuan.

"Sudah tentu kerjasama antara kita dan Pusat akan direalisasikan dan menyaksikan kita dan pusat ini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

"Tidak ada unsur ugutan dan apabila BN berjanji kita akan menepati janji," katanya sewaktu berucap kepada lebih 1,000 penyokong parti tersebut di Bilik Gerakan Pusat BN Sungai Lentang, Gurun, Kedah petang ini.

Selangor berhemah bukan kedekut



Kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim (TSKI) sangat mementingkan kestabilan kewangan negeri dalam usaha meneruskan kecemerlangan pentadbiran negeri.

TSKI juga telah menyediakan beberapa perancangan terperinci untuk menggunakan wang rizab negeri yang dikumpul sejak menerajui Selangor hasil dari amalan berbelanja secara berhemah dan tertib.

Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan gagal menghormati semangat federalisme lantas banyak pembangunan prasarana di Selangor tidak mendapat peruntukan sewajarnya dari Persekutuan.

Meskipun Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dari segi kutipan hasil cukai iaitu melebihi 23% pada 2012, namun agihan peruntukan untuk pembangunan ke negeri ini tidak setimpal.

Tanggungjawab menyediakan prasarana di negeri ini sentiasa diabaikan walaupun tanggungjawab itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan yang bermewah mengutip pelbagai bentuk cukai.

Selaku sebuah kerajaan negeri yang bermaruah, kerajaan Selangor tidak akan meminta sedekah untuk melaksanakan pembangunan di negeri ini tetapi telah sedaya upaya bersiap sedia dengan menyediakan kedudukan ekonomi dan kewangan yang kukuh.

Walaupun Kerajaan Persekutuan telah berjanji untuk membina jambatan ketiga di Klang bagi mengurangkan kesesakan lalulintas, apatah lagi upacara memecah tanah bagi projek tersebut telahpun disempurnakan dengan gilang gemilang, namun setelah kalah dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 yang lalu satu batang cerucuk pun tidak kelihatan hingga ke hari ini.

Kesian Ali Rustam, dulu Cina “kencing” dia, sekarang Umno Melaka pula


Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mungkin antara ahli politik paling bernasib malang di negara ini. Walaupun bintang politiknya pernah menyinar, berjaya memimpin negeri Melaka selama 13 tahun dan cerita-cerita kejayaannya membangunkan negeri itu sering menjadi sebutan, tetapi kebelakangan ini bintangnya sering saja diselaputi kabus tebal.
Ini menjadikan laluannya untuk terus mendaki ke puncak seakan-akan sudah tersekat, meskipun semangat dan keghairahannya dalam usia 64 tahun sekarang ini tidak pernah padam. Namun kekalahannya dalam pertandingan Naib Presiden Umno baru-baru ini dengan hanya mengutip 7 undi, barangkali merupakan petunjuk yang jelas kepadanya bahawa memilih jalan persaraan adalah pilihan yang terbaik selepas ini.
Ali Rustam sebelum ini diramalkan oleh banyak pihak mampu memberi cabaran dalam persaingan Naib Presiden ini berikutan beliau pemimpin yang peramah, pemurah serta prihatin kepada akar umbi. Di mana saja ada kenduri, jemputan rumah terbuka, kematian dan sebagainya, kelibatnya jarang tidak kelihatan. Jemputan yang diterimanya daripada kawan dan akar umbi Umno dari utara, pantai timur, selatan tanah air serta Sabah juga jarang dihampakannya.
Beliau sebolehnya cuba memenuhi semua jemputan yang diterimanya sehingga apabila melihat beliau selalu ada di merata-rata negeri, ramai yang musykil dan bertanya, bilakah sebenarnya beliau mempunyai masa untuk tidur dan berehat?

Tiada kekosongan kerusi Exco untuk wakil MCA, kata MB Pahang


Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) berkata tiada kekosongan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang untuk diisi oleh MCA.
Bagaimanapun kata Menteri Besar Pahang itu kerajaan negeri akan mengatur semula perjawatan di peringkat majlis perbandaran dan majlis daerah bagi membolehkan wakil MCA dilantik ke jawatan itu.
"Begitu juga untuk jawatan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) terutama di kampung-kampung baharu Cina, kita akan ambil orang MCA," katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini.
Beliau mengulas keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA semalam yang meluluskan resolusi membenarkan anggota parti menerima pelantikan jawatan peringkat kerajaan negeri.
EGM itu meluluskan dua resolusi yang membenarkan anggota menerima pelantikan sebagai anggota Dewan Negara atau sebarang jawatan dalam kerajaan seperti anggota Lembaga Pelawat Hospital dan syarikat milik kerajaan (GLC).
Pengerusi EGM Datuk Yip Phooi Hong berkata anggota juga boleh menerima pelantikan jawatan di peringkat kerajaan negeri, Exco, anggota majlis, ketua masyarakat atau sebarang jawatan bersesuaian.
Adnan berkata kerajaan negeri Pahang mengalu-alukan kehadiran semula wakil-wakil kaum Cina yang pastinya akan memudahkan apabila pelantikan semua diadakan.

Nasruddin: Syariah laws are better

Syariah law should be given a chance to deal with criminals as our existing laws have failed, says the PAS MP.

KUALA LUMPUR: The government should give Islamic law a chance and ensure all future legislation in Malaysia are syariah-compliant, said PAS MP Nasruddin Hassan Tantawi today.
He said this while debating the amendments to the Penal Code (Amendments) Bill 2013 at the Parliament.
“It seems those jailed under the existing laws are not repenting. Next time, the government should bring more experts on syariah laws while drafting legislation.
“If we don’t have one in the country, bring experts from other countries. The federal government should assist state governments to implement syariah laws in the states,” said the Temerloh MP.
In his argument, Nasruddin said that the government need to look into why those jailed under the existing laws are not repenting despite serving years in jail.
Citing the Emergency Ordinance (EO) which was repealed last year, Nasruddin said that those released from detention seemed to go back to a life of crime despite the jail term.
“Since two years detention without trial did not work, there is no need to bring it back. This is where Islamic laws should be given a chance to handle criminals,” said the Pas Youth leader.

Umno sukar berubah kerana pemimpinnya 'kebal'

SHAH ALAM - Berdasarkan keputusan pemilihan Umno yang baru sahaja berlalu, PKR menyifatkan sukar untuk membawa sebarang perubahan dalam parti itu.

Hal ini kerana menurut Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, kebanyakan penyandang lama kekal dalam parti di mana mereka ini pasukan pilihan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pemilihan Umno yang baru sahaja selesai  mengesahkan apa yang diramalkan. Tiada sebarang perubahan bagi parti tersebut.

“Dengan kebanyakan penyandang lama mengekalkan kedudukan dan jawatan mereka serta pasukan pilihan Najib Razak kekal berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Adun Seri Setia itu juga, Najib perlu menggunakan mandat yang diberikan untuk mengubah negara, namun ia dilihat sukar berlaku.

"... kita melihat kepada rekodnya sepanjang empat tahun sebelum ini, nyata sekali amat sukar untuk sebarang perubahan berlaku,” katanya.

Dulu Kalah Salahkan Cina, Sekarang Kalah Ali Rustam Nak Salahkan Siapa?

Keputusan pemilihan Umno tamparan buat Ali Rustam

Lima daripada enam bahagian di Melaka didapati menolak bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai naib presiden pada pemilihan Umno di negeri itu Sabtu lalu.

Selain Masjid Tanah, Alor Gajah, Kota Melaka dan Jasin, bahagian Tangga Batu diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron sendiri turut tidak memilih Mohd Ali, lapor Berita Harian hari ini.

Laporan itu menyebut, Mohd Ali – bekas pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka selama 13 tahun – mendapat tamparan hebat apabila bahagian Bukit Katil yang diketuainya, tidak memberikan sokongan mutlak.

Mohd Ali menjadi pilihan kedua dalam senarai calon naib presiden yang diputuskan oleh bahagian tersebut.

Laporan juga menyatakan perwakilan semua enam bahagian secara keseluruhannya sepakat meletakkan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai pilihan pertama dan Datuk Muhkriz Mahathir pula pilihan ketiga.

Manakala lima bahagian lagi mengundi Datuk Shafie Apdal sebagai pilihan kedua.

Laporan itu juga menyebut, bagi jawatan Majlis Tertinggi, semua bahagian – Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Kota Melaka, Jasin dan Bukit Katil sepakat memberi undi tertinggi kepada Idris.

Ali dapat 7 undi

Najib, Muhyiddin usaha bendung kemarahan Mahathir


KUALA LUMPUR: Anak Tun Dr Mahathir Mohamad tewas. Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir tewas meskipun ibunya terpaksa memberikan wawancara yang amat jarang untuk berkempen untuk anaknya.

Ini menyebabkan Mahathir marah walaupun beliau berkata sudah menjangkakan kekalahan Mukhriz.

Tapi itu tidak menyebabkan Mahathir menjadi lebih marah. Yang bakal membuat Mahathir 'meletup' adalah hakikat bahawa anaknya kini ketinggalan berbanding Khairy Jamaluddin, orang yang paling tidak disukainya dalam Umno.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengawal kemarahan ini.

Kemarahan Mahathir perlu dikawal daripada 'meletup'.

Pertama mereka kena yakinkan beliau bahawa tiada arahan spesifik kepada perwakilan untuk mengekalkan ketiga-tiga Naib Presiden.

Najib menafikan bahawa beliau ada campurtangan. Beliau juga menegaskan undi adalah sulit dan ia adalah hak setiap perwakilan.

"Tak ada, ini (melibatkan) 150,000 perwakilan, macamana nak campur tangan? Undi semua adalah sulit. Semua orang boleh beri pandangan di semua peringkat tetapi akhirnya undi itu adalah undi sulit dan ia hak setiap perwakilan," tegasnya.

PAS keluar dari kebiasaan malam tadi, berbincang soal muzik dan cetak rompak


Mat Sabu menyalahkan etika orang Melayu sebagai sebab mengapa cetak rompak boleh hidup. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2013.Mat Sabu menyalahkan etika orang Melayu sebagai sebab mengapa cetak rompak boleh hidup. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 Oktober, 2013.PAS keluar dari kebiasaannya malam tadi apabila berbincang soal seni dan budaya sambil berdialog bagaimana mahu melawan budaya cetak rompak yang menzalimi industri muzik tempatan.
Dengan diketuai sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mereka berbincang bagaimana mahu meningkatkan industri ini di samping meletakkan industri muzik di jalan yang tepat.
Bersama mereka adalah para penyanyi, pelakun, pembuat filem, budayawan, karyawan termasuk kartunis dan penyair tanah air.
Antaranya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, tokoh sains dan matematik Profesor Shahrir Mohd Zin, budayawan Dinsman, penyanyi Mel dari kumpulan Wing, kartunis Zunar dan lain-lain nama besar lagi.
Turut serta adalah pelakon Abby Abadi dan suaminya serta penyanyi Wan Aisyah.
Antara pemimpin PAS yang menyertai dialog budaya ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib-naib Presiden Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar di samping dua exco kerajaan negeri Selangor.
Mel, Zua dari kumpulan XPDC dan juga Blank dari kumpulan rock Gamma telah membuat persembahan secara live di depan para pimpinan PAS termasuk Abdul Hadi.
"Budaya adalah fitrah manusia," kata Abdul Hadi yang menyokong aktiviti kebudayaan yang tidak bercanggah dengan Islam.
Namun, katanya, ada juga kebudayaan yang digunakan sebagai alat untuk merosakkan nama baik Islam.
"Misalnya filem Semerah Padi lakunan P Ramlee yang dibuat semasa zaman penjajahan dahulu. Ia sengaja memberikan nama tidak baik kepada hukum hudud," kata Abdul Hadi kesal kerana filem itu tidak memberikan gambaran yang betul tentang syariat Islam sehingga menakutkan orang terhadapnya.
"Mana ada mereka gunakan keperluan empat saksi untuk jatuhkan hukuman hudud?" kata beliau merujuk kepada filem yang memberikan gambaran salah tentang perundangan Islam itu.
Mohamad Sabu pula bercakap soal cetak rompak yang sangat tidak menghormati hak cipta dan karya seni negara.
"Ini semua berlaku kerana kita orang Melayu dan Islam hilang etika," kata Mohamad yang kesal dengannya.

Bersedialah, subsidi tertentu mungkin diturunkan sebagai hadiah BN selepas PRU13....

KOTA BHARU - Kerajaan berkemungkinan menurunkan subsidi tertentu dalam Belanjawan 2014, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.

"Bersedialah menghadapi kemungkinan subsidi diturunkan. Saya tidak mahu nyatakan, biarlah PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkannya," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan kursus Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil 2013 di sini hari ini.

Hasan berkata pembentangan Belanjawan 2014 Jumaat ini akan tetap memberikan keutamaan kepada hak pengguna walaupun bakal memberikan kejutan tertentu.

"Kita akan lindungi pengguna dan mereka akan sentiasa kita lindungi. Pada bajet itu sama-sama kita tunggu, bermacam-macam pendekatan kita ambil.

"Bajet ini adalah bajet rakyat. Persatuan pengguna diambil pandangan. Kita pergi ke peringkat akar umbi dan buat dialog bajet dengan pengguna," katanya.

Pakatan cadang RM3 bilion untuk Caruman Wanita

KUALA LUMPUR: Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 memperuntukan sejumlah RM1,200 setahun bagi setiap ibu bekerja untuk membiayai caj perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Perkara tersebut dinyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mengumumkan Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 di Bangunan Parlimen hari ini.

"PR amat menghargai sumbangan wanita untuk pembangunan negara. Kaum wanita akan diberikan insentif berikut untuk menggalakkan mereka terus menyumbang kepada ekonomi negara," katanya.

Pakatan juga memperuntukkan sebanyak RM3 billion setahun kepada Skim Caruman Wanita Nasional (SCWN) iaitu suatu bentuk jaringan keselamatan sosial komprehensif bagi isteri terutamanya suri rumah-suri rumah.

"Kerajaan PR akan menyumbang RM600 setahun tanpa mengira tahap sumbangan suami (suami mencarum bagi pihak isteri pada kadar minimum RM120 hingga RM1,200 setahun) dan SCWN ini boleh dikeluarkan apabila berlaku kematian pasangan, perceraian, hilang upaya kekal dan hilang kekal pendapatan," katanya.

Pakatan: Lebuhraya Pan-Borneo perlu disegerakan


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo yang menyambungkan bandar-bandar di Sabah dan Sarawak disegerakan pembinaannya seawal 2014.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lokasi kemalangan perlu dikenal pasti untuk diperbaiki dan penyelenggaraan yang berkala juga perlu dilakukan di jajaran lebuhraya berkenaan.

Beliau berkata demikian sewaktu mengumumkan Balanjawan Pakatan Rakyat 2014 di Bangunan Parlimen hari ini.

"Pakatan Rakyat  percaya peningkatan penyambungan sama ada dari segi perhubungan seperti internet, mahupun perhubungn fizikal seperti lebuh raya adalah amat perlu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang, mampan dan inklusif," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Keputusan saman AES sebelum 18 September dibentangkan di Kabinet minggu depan

Pembayaran separuh atau pulangan separuh bayaran antara opsyen yang akan dibentangkan oleh Kementerian Pengangkutan kepada Kabinet berhubung isu saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dibayar sebelum 18 September.
Pemangku Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata selain itu ada beberapa opsyen lain yang akan diusulkan kepada Kabinet minggu depan untuk memberi keadilan dan atas kepentingan awam mengenai isu saman sebelum tarikh itu.
"Opsyen berkenaan kita telah kaji akibatnya. Antaranya, kalau hendak kurangkan kadar apa, tempoh mana, jadi bagaimana mereka yang telah membayar awal.
“Orang terlepas pandang betapa susahnya perkara yang melangkaui beberapa kementerian," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan AES di kementeriannya di Putrajaya hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Najib: Kristian Sabah dan Sarawak boleh guna kalimah Allah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah tidak melibatkan amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.
Najib berkata perkara yang terkandung dalam resolusi 10 perkara peringkat kabinet pusat itu akan dikekalkan di kedua-dua negeri.
"Baru-baru ini apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai kalimah Allah, ia tidak menyentuh sama sekali mengenai amalan Kristian di Sabah dan Sarawak, malah 10 points agreement masih dikekalkan," katanya.
Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berucap demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-28 di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Kota Kinabalu hari ini.
Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan bahawa Herald, penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah pada 14 Oktober untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan.
Turut hadir pada majlis itu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

MUSIBAH Itu KAFARAH Dosa Atau Ada HIKMAH Di Sebaliknya? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Jual Barang Tiruan 'Online' Lebih Murah Daripada 'Original' - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Guna Skybox/Openbox Untuk Menonton ASTRO - Ustaz Azhar Idrus

PRK Sg Limau: Pensyarah UPSI diumum calon BN

Bajet 2014 : PR Tawar Reformasi Fiskal Sebelum 2018

Pembentangan Ringkasan Belanjawan Pakatan Rakyat- Anwar Ibrahim

Pembentangan Ringkasan Belanjawan Pakatan Rakyat- Lim Guan Eng

Belanjawan Alternatif PR 2014 : Tangguh GST mampu atasi beban rakyat

Pembentangan Ringkasan Belanjawan Pakatan Rakyat- Kamaruddin Jaafar

Belanjawan PR 2014 : Anggar unjuran pertumbuhan ekonomi 5.2 peratus

Shadow budget targets 5.2pct growth, 3.2pct deficit

Pakatan Rakyat bentang bajet beku elaun Menteri, Ketua Jabatan untuk atasi defisit

Azalina berang dengan cadangan pindaan Kanun Keseksaan 2013 oleh Kerajaan

Perkasakan Kanun Keseksaan Terhadap Keganasan Wanita

(Adelaide) Anwar Ibrahim: The Ruling Establishment Have To Resort To Racism & Religious Bigotry

(Adelaide) Anwar Ibrahim: Our Students Should Not Be Intimidated

Tangan Ghaib Di Belakang Jamalul Kiram III

Tak boleh leka dengan kematian 'Sultan Sulu', kata Zahid

Zahid: 'Allah' ban only for 'The Herald'

PAS MP Kamaruddin Jaffar on Shadow Budget 2014

DAP's Lim Guan Eng on Shadow Budget 2014

Bajet 2014 Pakatan Rakyat: Anwar unveils Shadow Budget (Malay)

DAP Kuching Bahas Rang Undang2 Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013- 1

PAS Sepang Bahas Rang Undang2 Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013

BN Kinabatangan Desak Menteri Tarik Balik Dan Bantah Rang Undang2 Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013

DAP Puchong Bahas Rang Undang2 Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013

PAS Temerloh Bahas Rang Undang2 Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 (2)

PAS Temerloh Bahas Rang Undang2 Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 (1)

DAP Seputeh Bahas Rang Undang2 Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013

Tiga teras utama Belanjawan Pakatan Rakyat

DAP Bukit Gelugor Bahas Rang Undang2 Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013

Menteri: Hukuman penjara kerana kes kibar Sang Saka

Penal Code amendment to punish those who insult Jalur Gemilang

Tak Sama Tapi Serupa: Bukan politik wang, tapi kos jentera - Nur Jazlan




Calon Majlis Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed menafikan beliau tewas dalam pemilihan Umno ekoran masalah pembelian undi, selepas memberi amaran berhubung 'politik wang' sebulan sebelumnya.

Nur Jazlan hari ini menjelaskan, wang yang dirujuknya sebelum ini merupakan kos menggerakkan jentera dan bukan imbuhan untuk undi.

"Saya kalah kerana kurang berkemampuan dalam jentera berbanding mereka yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mereka (menteri dan timbalannya) boleh pergi ke mana saja untuk berkempen tetapi saya tidak mampu, jentera mahal. Ia bayar wang untuk orang berkempen, bukan bayar untuk undi."

Bawah sistem sekarang, kata Nur Jazlan, sangat sukar bagi orang baru sepertinya untuk menang kerana "kos masuk" tinggi.

Nur Jazlan pada September lalu menganggarkan kos untuk selamat di sesebuah kawasan bernilai RM200,000 dan menjadikan kos untuk kerusi naib presiden sebanyak RM13,000,000, untuk selamat di 64 bahagian.

PKR Padang Serai Bahas Rang Undang2 Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 - 3

Anwar unveils Pakatan's Shadow Budget for 2014 (English)

PRK Sg Limau: Azam Samad lwn Suhaimi Lazim



 
Ketua Pemuda PAS Jerai Azam Samad dan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ahmad Suhaimi Lazim daripada BN disebut-sebut dicalonkan mewakili parti masing-masing pada pilihan raya kecil DUN Sungai Limau 4 November depan.

Sumber-sumber PAS dan BN memaklumkan perkara itu kepada Malaysiakini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual mengumumkan calon mereka di Markas Penerangan Sungai Limau - bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau - pada jam 9 malam ini.

Manakala Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dijangka mengumumkan calon BN di Bilik Gerakan Pusat berdekatan Bernas di Sungai Lentang, dalam kawasan itu jam 5 petang ini.

PR tunda bentang bajet 2014, elak diciplak kerajaan BN seperti selalu

Pakatan Rakyat (PR) akan mengumumkan laporan lengkap Belanjawan PR 2014 sehari sebelum kerajaan Barisan Nasional membentangkan Bajet 2014 pada Jumaat ini.
 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu terpaksa diambil bagi mengelakkan kerajaan BN "menciplak" idea dan rangka belanjawan pembangkang seperti mana yang berlaku pada tahun lalu.
 
"Butiran terperinci (Belanjawan PR) akan disiapkan dalam tempoh tiga hari kerana sebelum ini kita pernah siapkan seminggu lebih awal namun ia telah dicuri oleh kerajaan BN tanpa memaklumkan hal tersebut.
 
"Kami tidak kisah jika kerajaan Datuk Seri Najib mengambilnya dan berterima kasih dengan cadangan PR itu, tetapi kami tidak lihat perkara itu dilakukan sebaliknya," katanya kepada pemberita semasa membentangkan Pra-Belanjawan PR 2014 di Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Jelas Anwar, Belanjawan Alternatif 2014 PR akan memperkenalkan reformasi fiskal dalam memastikan pencapaian defisit fiskal bajet pada kadar tiga peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dapat dicapai menjelang 2015.

Selain itu katanya, langkah itu membolehkan Malaysia mencapai lebihan bajet selewat-lewatnya pada 2018 sekali gus negara berupaya mengatasi kemelut hutang pada masa akan datang.

Ringkasan Bajet Pakatan Rakyat 2014 (DAP)


Setiausaha Agung DAP
1. Perkembang jaringan PERKESO
Pada waktu ini, terdapat terlalu sedikit bilangan skim insurans alternatif untuk pekerja berpendapatan rendah yang mempunyai sistem baik yang melindungi pekerja, manakala PERKESO hanya meliputi kemalangan yang berlaku apabila pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja dan sewaktu bekerja. Oleh itu, Pakatan Rakyat mencadangkan satu skim insurans 24-jam, terutama bagi kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja; Kerajaan Persekutuan, majikan, dan pekerja akan masing-masing menyumbang tambahan RM1 sebulan.
2. Pendidikan:
(a) merapatkan jurang pendidikan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, dan juga komuniti Orang Asli, dengan melatih guru-guru dari kalangan komuniti setempat;
(b) pertingkat kualiti kemudahan pendidikan dan juga pendidik dengan menubuhkan 5 Sekolah Menengah Vokasional dan Teknikal, dan mewujudkan Pasukan Perekrutan Perguruan ('Teacher Recruitment Unit & Specialist Team, TRUST) untuk menzahirkan objektif pengambilan guru-guru dari 30% teratas setiap kohort;

Ringkasan Bajet Pakatan Rakyat 2014 (PAS)


Presiden PAS
1. Skim Insuran Luar Bandar
Pakatan Rakyat mencadangkan diwujudkan Skim Insuran Luar Bandar atau secara lebih khusus, Skim Insuran Petani, Nelayan dan Penternak (SIPNP) yang lebih komprehensif supaya golongan ini boleh menangani impak ketidaktentuan cuaca, perubahan musim dan kejadian di luar jangka yang lain ke atas sumber pendapatan dan kelestarian hidup supaya mereka tidak terjerumus ke dalam kancah kemiskinan. Misalnya, di bawah Skim Insuran Nelayan yang sedia ada, pampasan untuk nelayan yang meninggal dunia dan elaun masuk wad hospital disediakan. Namun, skim ini mengetepikan risiko lain yang mungkin dihadapi kaum nelayan seperti hasil tangkapan berkurangan ketika musim tengkujuh melanda, seterusnya akan menyumbang kepada kemudaratan kesihatan dan keselamatan nelayan terjejas. Perubahan musim turut menyebabkan hasil pertanian dari aktiviti menoreh getah atau bekebun terjejas. Kejadian di luar jangka seperti serangan wabak penyakit ke atas tumbuhan dan haiwan ternakan juga akan menjejaskan pendapatan golongan ini.
Pakatan Rakyat mencadangkan SIPNP ini diwujudkan berdasarkan ‘pendekatan kawasan’ bagi kerugian yang disebabkan oleh perubahan musim serta ‘pendekatan individu’ bagi kerugian yang disebabkan oleh bencana alam dan serangan wabak penyakit. Berdasarkan statistik tahun 2009, terdapat seramai 1,349,000 orang petani dan 121,000 orang nelayan. Dengan andaian pendapatan bulanan purata sebanyak RM3,000 iaitu pendapatan tahunan berjumlah RM36,000 dan berdasarkan kadar 3% daripada jumlah hasil setahun, premium tahunan hanya berjumlah RM1,080. Andaikan premium setahun adalah RM1,000, ia dikongsi secara samarata di antara petani/penternak/nelayan dengan kerajaan iaitu RM500 daripada petani/penternak/nelayan dan RM500 daripada kerajaan. Andaikan 50% petani/penternak/nelayan menyertai skim ini, maka kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan adalah: 735,000 petani/penternak/nelayan X RM500 setahun = RM 367,500,000 setahun
2. Pertahanan

PR projects higher GDP growth of 5.2% in 2014 due to rosier global economy,deficit of 3.2%

KUALA LUMPUR - Malaysia's Opposition has unveiled a shadow Budget for 2014 ahead of the government's Friday presentation by Prime Minister Najib Razak.
In the Pakatan Rakyat's Shadow Budget 2014, Opposition Leader Anwar Ibrahim projected economic growth of 5.2% for the year ahead versus 4.5% to 5% in 2013, basing his forecast on an overall lift in the global economy.
Anwar, a former star Finance Minister, also put Malaysia's problematic fiscal deficit at 3.2% of GDP or RM34 billion.
PR projects higher GDP growth of 5.2% in 2014 due to rosier global economy,deficit of 3.2%According to the Opposition chief, the deficit forecase was based on an estimated revenue of RM228 million versus expenditure of RM262 billion, after factoring in a 10% fall in operating expenditure excluding emoluments.
He is also valuing the 2014 gross domestic product at RM1,055 billion.
Anwar was speaking at a joint press conference with Lim Guan Eng, the DAP secretary-general and Penang Chief Minister, and Kamaruddin Jaafar, the senior PAS leader and MP for Tumpat.
The Pakatan coalition made it clear they would reject any proposal by the Najib administration to include GST, or goods and services tax.
"There will be a deficit. That cannot be avoided. We will have to reduce expenditure and corruption before we go to the people for GST," Anwar said during question-and-answer at the press conference, stressing that the coalition would not impose GST but instead resort to austerity measures to trim the fat.
"You see you can only introduce GST if there is a an increase in real wages, but that is not the case now," said Guan Eng.

Pakatan Rakyat jamin perbelanjaan efisyen dan teratur

anwar belanjawan PR 2014KUALA LUMPUR 21 OKT: Pakatan Rakyat (PR) menganggarkan penjimatan sekurang-kurangnya RM20 hingga RM30 billion sekiranya semua pembaziran dan penyelewengan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 dapat dihentikan.
Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bagi menjamin perbelanjaan kerajaan yang lebih efisyen dan teratur, PR akan mengambil tindakan tegas terhadap kementerian yang terbabit dalam salah laku serta pembaziran seperti dilaporkan.
Beliau berkata, pembaziran perbelanjaan yang dikenal pasti adalah membabitkan Kementerian Pelajaran Malaysia berjumlah RM2.051 billion dari tahun 2010 ke 2012 yang digunakan untuk membayar pengawal tidak bersenjata bagi mengawal sekolah dan institusi pengajian tinggi daripada jumlah RM3.689 bilion peruntukan yang disalurkan.
“Walaupun berniat baik, namun ketiadaan sistem pemantauan mengakibatkan pengawal yang berumur dan tidak disahkan latar belakang dibenarkan bertugas.

Belanjawan Alternatif PR 2014: Anggar unjuran pertumbuhan ekonomi 5.2 peratus

anwar belanjawan PR 2014KUALA LUMPUR 21 OKT : Pakatan Rakyat (PR) menganggarkan unjuran pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus tahun hadapan dengan nilai defisit negara bersamaan kadar 3.2 peratus bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata belanjawan alternatif PR sentiasa mempunyai anggaran defisit lebih rendah daripada Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, defisit Kerajaan BN dianggarkan antara 3.8 hingga 4 peratus ekoran kegagalan mereka menangani gejala rasuah dan ketirisan.
“PR meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun 2014 pada kadar 5.2 peratus berbanding 4.5 hingga lima peratus pada 2013 berdasarkan ramalan peningkatan ekonomi global.
“PR menganggarkan pendapatan negara sebanyak RM228 bilion, manakala anggaran perbelanjaan pula RM262 bilion dengan pengurangan sebanyak 10 peratus bagi perbelanjaan operasi tidak termasuk emolumen,” katanya dalam sidang media pembentangan Belanjawan Alternatif PR 2014, di Parlimen, hari ini.

Penghargaan peranan wanita dizahirkan dalam Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat (PR) 2014

anwar belanjawan PR 2014
KUALA LUMPUR 21 OKT : Peranan dan sumbangan wanita terhadap pembangunan ekonomi negara bakal diraikan melalui peruntukan atau insentif khas yang menjadi salah satu agenda utama dalam Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat (PR) 2014 yang dibentangkan hari ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata setiap ibu bekerja bakal menerima peruntukan sebanyak RM1,200 setahun untuk membiayai caj perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di bawah 12 tahun.
Katanya, PR juga akan memperuntukkan RM3 bilion setahun bagi Skim Caruman Wanita Nasional (SCWN) iaitu satu bentuk jaringan keselamatan sosial komprehensif bagi golongan isteri terutama suri rumah.

Chua Soi Lek kena rejek

Nampaknya Liow Tiong Lai sudah pasti akan bertanding jawatan Presiden MCA Disember ini. Penolakan usul mencela Timbalan Presidennya Liow Tiong Lai yang di usahakan oleh Chua Soi Lek semalam juga menunjukkan yang CSL akan rebah jika Liow Tiong Lai menandingi beliau dalam pemilihan parti Disember ini. Tindakan perwakilan menolak usul yang di rancang oleh Chua Soi Lek itu telah memberikan keputusan awalan dalam pemilihan parti itu nanti jika pertandingan itu melibatkan Liow Tiong Lai.
Tiong Lai telah mendapat kemenangan awal jika beliau menandingi CSL dalam perhimpunan agung parti itu Disember ini. Pendeknya CSL lah yang memberikan markah awalan yang tinggi kepada Tiong Lai untuk menandingi beliau nanti. Senjata CSL untuk menjatuhkan Tiong Lai buat selama-lamanya itu telah memakan tuan. Sekarang CSL lah yang sepatutnya mengundurkan diri seperti yang beliau janjikan sebelum PRU dahulu. Lagi pun keputusan yang beliau akan dapati jika beliau masih bertahan telah pun kita lihat semalam.
CSL akan tamat riwayat politiknya hujung tahun ini. Jika CSL tidak lagi berada di dalam kepimpinan parti itu, MCA akan pasti menampakkan hasil yang positif selepas CSL berada di luar kepimpinan parti itu nanti. Penolakan usul yang di rencanakan oleh CSL in menandakan Presiden parti itu sekarang sedang menunggu waktu persaraannya. Persepsi buruk terhadap MCA akan berkurangan kerana yang membebankan parti itu sejak beberapa tahun dahulu ialah kerana Presidennya sendiri.

‘Perang proksi’ Mukhriz dengan Khairy berterusan


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tentu kecewa dengan kekalahan anaknya, Datuk Mukhriz untuk merebut salah satu tempat Naib Presiden Umno.

Dengan kekalahan itu menyebabkan Mukhriz ketinggalan satu langkah daripada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana kedudukan ketua sayap parti adalah setara dengan Naib Presiden.

“Dengan kedudukan sekarang, Mukhriz ketinggalan satu langkah daripada Khairy,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily.

Beliau berpandangan tindakan Mukhriz yang dilihat sebagai proksi bapanya bertanding Naib Presiden Umno adalah sebagai usaha untuk ‘menyekat’ karier politik Khairy Jamaluddin.

Ini, katanya kerana Khairy juga dilihat sebagai proksi kepada bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Khairy berada satu langkah di hadapan kerana menang Ketua Pemuda Umno, sementara Mukhriz pula ketinggalan kerana kalah untuk merebut Naib Presiden Umno,” katanya lagi.

Justeru, pada beliau battle of the proxy (peperangan proksi) antara Khairy dengan Mukhriz boleh berlaku dalam jangka yang panjang.

'Umno tak selalu bertindak demi kepentingan Islam'

Walaupun kerajaan pimpinan Umno dilihat bertindak demi kepentingan Islam dalam kes The Herald, kes-kes sebelumnya menjukkan sebaliknya, kata Dr Abdul Aziz Bari.

Pakar perlembagaan itu berkata, semuanya berubah selepas Umno dan BN hilang penguasaan dua pertiga dalam Parlimen dalam pilihan raya umum 2008.

NONE"Kerajaan Umno berlagak seperti orang Islam yang dilahirkan kembali dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes The Herald, sedangkan ia tidak kurang peduli berhubung hak orang Islam mengamalkan agama mereka," dakwanya.

Abdul Aziz (kiri), sekarang mengajar di Universiti Selangor, membangkitkan kes Meor Atiqulrahman Ishak dan dua lagi melawan Kementerian Pendidikan, yang menyaksikan dua kanak-kanak dimalukan dan dikeluarkan daripada SK Serting, Negeri Sembilan pada 1997 kerana memakai serban.

Murid itu dibuang atas alasan tidak mengikuti peraturan yang dibuat "demi kepentingan dan kesejahteraan warga sekolah dan masyarakat sekitar".

Bapa mereka Syed Ahmad Johari Syed Mohd mencabar arahan Bahagian Pendidikan Deerah melalui semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Seremban dan menang.

Mahkamah mengisytiharkan peraturan itu bercanggah dengan perlembagaan.

Pindaan Kanun Keseksaan: Hukuman penjara kerana kes kibar Sang Saka - Menteri



 
Kerajaan menjelaskan bahawa cadangan pindaan ke atas Kanun Keseksaan untuk mengenakan hukuman penjara ke atas individu yang menghina Jalur Gemilang dirangka ekoran perbuatan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang kemerdekaan pada Ogos lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata ia merupakan kejadian yang “amat menyedihkan” kerana tidak boleh dikenakan hukuman mengikut Kanun Keseksaan sedia ada.

Katanya, tindakan berkenaan merupakan satu penghinaan kepada maruah negara tetapi tindakan tidak boleh diambil kerana tiada peruntukan undang-undang.

“Ia sangat menyedihkan,” katanya

Cadangan pindaan itu mempertunkkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 15 taun bagi kesalahan memijak Jalur Gemilang atau mengibar bendera selain Jalur Gemilang untuk mewakili Malaysia.

Bajet Pakatan: RM30 billion boleh dijimatkan jika penyelewengan dihentikan

Pakatan Rakyat meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun 2014 pada kadar 5.2% berdasarkan kepada ramalan peningkatan ekonomi global.

Oleh Anwar Ibrahim
Saya selaku Ketua Pembangkang mahu membentangkan Bajet Pakatan Rakyat 2014 yang mana ringkasannya adalah seperti berikut:-
A. Ramalan Ekonomi Global
Ekonomi global pada 2014 diramalkan akan meningkat berbanding 2013. Ramalan IMF (4.0% vs 3.3%), World Bank (3.0% vs 2.2%) dan OECD (4.0% vs 3.1%).   Namun begitu, realiti ekonomi global yang agak rapuh dan tidak menentu pada ketika ini (seperti yang akan dinyatakan di bawah) boleh membawa risiko untuk  ramalan di atas diubah kepada kadar yang lebih rendah berdasarkan:-
  • Ketidaktentuan dalam penyelesaian permasalahan hutang Negara Amerika Syarikat (debt ceiling, quantitative easing)
  • Kemelesetan ekonomi dan kadar pengangguran yang tinggi di Eropah yang berterusan disebabkan oleh langkah-langkah penjimatan (austerity measures)
  • Prestasi ekonomi China yang kurang memberangsangkan serta kelembapan pemulihan ekonomi India
Pakatan Rakyat meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun 2014 pada kadar 5.2% (berbanding 2013 pada kadar 4.5% hingga 5%), berdasarkan kepada ramalan peningkatan ekonomi global.
B. Anggaran Defisit
Pakatan Rakyat menganggarkan defisit Negara untuk 2014 pada RM 34 billion bersamaan kadar 3.2% GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar). Aggaran ini dibuat berdasarkan:
  • Anggaran pendapatan Negara sebanyak RM 228 billion
  • Anggaran perbelanjaan Negara sebanyak RM 262 billion dimana pengurangan sebanyak 10% pada perbelanjaan operasi (OPEX) tidak termasuk emolumen
  • Anggaran KDNK sebanyak RM 1,055 billion berdasarkan unjuran pertumbuhan sebanyak 5.2% untuk 2014
Sejak Pakatan Rakyat menyediakan Belanjawan alternatif, anggaran defisit PR adalah selalunya lebih rendah daripada BN. Defisit sebenar kerajaan BN adalah dianggarkan lebih tinggi dari 3.2% (dianggarkan sebanyak 3.8% hingga 4%) disebabkan kegagalan mereka menangani rasuah dan ketirisan
C. Teras Belanjawan Pakatan Rakyat (PR)
Belanjawan PR kali ini dirangka berdasarkan kepada 3 teras utama iaitu:-
1.    Pengukuhan Kedudukan Fiskal Negara dan Pemerkasaan Kewangan Awam
2.    Pembangunan Ekonomi yang Seimbang, Inklusif dan Mampan
3.    Peningkatan Kesejahteraan dan Kualiti Hidup Rakyat
Teras 1: Pengukuhan Kedudukan Fiskal Negara dan Pemerkasaan Kewangan Awam
Pengukuhan kedudukan fiskal Negara adalah amat penting dalam memastikan kesinambungan kedudukan kredit Negara yang kini dihadapi kemungkinan penurunan taraf (sovereign downgrade) akibat penambahan defisit dan hutang negara yang membarah semenjak 2009.

Ringkasan Bajet Pakatan Rakyat 2014

Ramalan Ekonomi Global
Ekonomi global pada 2014 diramalkan akan meningkat berbanding 2013. Ramalan IMF (4.0% vs 3.3%), World Bank (3.0% vs 2.2%) dan OECD (4.0% vs 3.1%).
Namun begitu, realiti ekonomi global yang agak rapuh dan tidak menentu pada ketika ini (seperti yang akan dinyatakan di bawah) boleh mem cvchbawa cew3e4yrisiko untuk  ramalan di atas diubah kepada kadar yang lebih rendah;
i. Ketidaktentuan dalam penyelesaian permasalahan hutang Negara Amerika Syarikat (debt ceiling, quantitative easing)
ii. Kemelesetan ekonomi dan kadar pengangguran yang tinggi di Eropah yang berterusan disebabkan oleh langkah-langkah penjimatan (austerity measures)
iii. Prestasi ekonomi China yang kurang memberangsangkan serta kelembapan pemulihan ekonomi India
Pakatan Rakyat meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun 2014 pada kadar 5.2% (berbanding 2013 pada kadar 4.5% hingga 5%), berdasarkan kepada ramalan peningkatan ekonomi global.
Anggaran Defisit
Pakatan Rakyat menganggarkan defisit Negara untuk 2014 pada RM 34 billion bersamaan kadar 3.2% GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar). Aggaran ini dibuat berdasarkan:
i. Anggaran pendapatan Negara sebanyak RM 228 billion
ii. Anggaran perbelanjaan Negara sebanyak RM 262 billion dimana pengurangan sebanyak 10% pada perbelanjaan operasi (OPEX) tidak termasuk emolumen
iii. Anggaran KDNK sebanyak RM 1,055 billion berdasarkan unjuran pertumbuhan sebanyak 5.2% untuk 2014
Sejak Pakatan Rakyat menyediakan Belanjawan alternatif, anggaran defisit PR adalah selalunya lebih rendah daripada BN. Defisit sebenar kerajaan BN adalah dianggarkan lebih tinggi dari 3.2% (dianggarkan sebanyak 3.8% hingga 4%) disebabkan kegagalan mereka menangani rasuah dan ketirisan
Teras Belanjawan Pakatan Rakyat (PR)
Belanjawan PR kali ini dirangka berdasarkan kepada 3 teras utama:
a) Pengukuhan Kedudukan Fiskal Negara dan Pemerkasaan Kewangan Awam
b) Pembangunan Ekonomi yang Seimbang, Inklusif dan Mampan
c) Peningkatan Kesejahteraan dan Kualiti Hidup Rakyat
Teras 1: Pengukuhan Kedudukan Fiskal Negara dan Pemerkasaan Kewangan Awam
Pengukuhan kedudukan fiskal Negara adalah amat penting dalam memastikan kesinambungan kedudukan kredit Negara yang kini dihadapi kemungkinan penurunan taraf (sovereign downgrade) akibat penambahan defisit dan hutang negara yang membarah semenjak 2009.
Bajet alternatif 2014 PR adalah suatu usaha untuk memperkenalkan reformasi fiskal yang akan memastikan pencapaian defisit bajet pada kadar 3% GDP pada 2015 dan seterusnya mencapai lebihan bajet (budget surplus) selewat 2018. Reformasi fiskal ini dijangka akan membolehkan Malaysia:
i) Keluar dari kemelut hutang yang kini melebihi RM 500 billion dan kos pembayaran hutang yang melebihi RM 20 billion setahun
ii) Menjamin ekonomi yang berdaya tahan dan anjal dalam menghadapi persekitaran ekonomi global yang semakin mencabar dan tidak menentu
iii) Beralih dari pertumbuhan ekonomi yang berasaskan pinjaman kepada pertumbuhan ekonomi yang dijanakan oleh aktiviti perbelanjaan kerajaan
Bagi menjamin PERBELANJAAN kerajaan yang lebih efisyen dan teratur, PR akan:

Tiga teras utama Belanjawan Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 yang diumumkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi fokus kepada tiga teras utama.

Tiga teras tersebut adalah pengukuhan kedudukan fiskal negara dan pemerkasaan kewangan awam, pembangunan ekonomi yang seimbang, inklusif dan mampan serta peningkatan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

Menurut Anwar, belanjawan alternatif PR adalah satu usaha untuk memperkenalkan reformasi fiskal yang akan memastikan pencapaian defisit belanjawan pada kadar 3 peratus GDP pada 2015 dan seterusnya mencapai lebihan belanjawan selewatnya pada 2018.

"Reformasi fiskal ini dijangka akan membolehkan Malaysia keluar dari kemelut hutang yang kini melebihi RM500 billion dan kos pembayaran hutang yang melebihi RM20 billion setahun," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Selain itu katanya, reformasi fiskal ini akan menjamin ekonomi yang berdaya tahan dan anjal dalam menghadapi persekitaran ekonomi global yang semakin mencabar dan tidak menentu.

Belanjawan Pakatan sasar Malaysia nikmati belanjawan lebihan menjelang 2018

Pakatan Rakyat (PR) melalui Belanjawan Alternatif mereka akan membolehkan Malaysia menikmati kadar lebihan belanjawan selewat-lewatnya pada 2018 melalui reformasi fiskal yang dicadangkan pembangkang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).
Ketua Pembangkang itu berkata, antara teras utama Belanjawan Alternatif pembangkang adalah pengukuhan kedudukan fiskal negara dan pemerkasaan kewangan awam, pembangunan ekonomi seimbang, inklusif dan mampan, serta peningkatan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.
"Bajet alternatif 2014 PR adalah usaha untuk memperkenalkan reformasi fiskal yang akan memastikan pencapaian defisit bajet pada kadar tiga peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan seterusnya mencapai lebihan bajet selewat-lewatnya pada 2018," katanya pada sidang media intipati belanjawan pembangkang di Parlimen, hari ini.
Anwar berkata, reformasi itu bakal membolehkan Malaysia keluar daripada kemelut hutang yang kini melebihi RM500 bilion melalui kos bayaran pembayaran hutang melebihi RM20 bilion setahun.
"Bagi menjamin perbelanjaan kerajaan lebih efisyen dan teratur, PR akan melancarkan program rasionalisasi kos melalui pengurangan 10% perbelanjaan operasi.
"Ini akan dicapai melalui penangguhan sementara kenaikan elaun menteri Kabinet dan ketua jabatan kerajaan, pengajian polisi perbelanjaan kerajaan terutama dalam kontrak dan perolehan peralatan dan juga memperkemas mekanisme subsidi sasaran," katanya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, berkata tindakan keras akan diambil terhadap kementerian yang didapati terlibat dengan salah laku dan pembaziran seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara.
"PR menganggarkan sekurang-kurangnya RM20 hingga RM30 bilion dapat dijimatkan sekiranya pembaziran dan penyelewengan seperti yang dilaporkan dapat dihentikan," katanya.

Kerajaan BN pertahan Felda beli RM499.8juta hotel di London

Nilai hartanah di London sangat besar meningkat sekitar 115juta pound jadi atas kertas ia menguntungkan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertahankan tindakan Felda membeli hotel mewah bernilai hampir RM500 juta di London atas alasan ia mempunyai prospek pelaburan hartanah yang tinggi.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata, pembelian 198 unit apartment itu dibuat oleh anak syarikat (bukan unit amanah) iaitu Felda Investment Corporation (FIC).
Sekaligus menolak dakwaan Felda Global Ventures (FGV) mempunyai saham besar dalam urusan jual beli tersebut dan tidak ada kaitan dengan duit peneroka.
“Nilai hartanah di London sangat besar meningkat sekitar 115juta pound jadi atas kertas ia menguntungkan.
“Adakah pelaburan itu boleh mendatangkan hasil tak boleh nak jawab sebab Felda satu agensi yang sangat besar,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen DAP-Bagan Lim Guan Eng yang mahu penjelasan mengenai pembelian hotel di London yang tidak ada kaitan dengan aktiviti teras komoditi perladangan Felda sejak tahun 2000.

PKR Padang Serai Bahas Rang Undang2 Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013

PKR Padang Serai Bahas Rang Undang2 Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 [ 21 Okt 2013 ]

PKR: Kanun Keseksaan dipinda untuk sembunyi penyelewengan kerajaan


PKR membidas langkah kerajaan meminda peruntukan kerahsiaan dalam Seksyen 203A Kanun Keseksaan di Dewan Rakyat minggu ini yang dikatakan bertujuan menyembunyikan salah guna kerajaan dan tidak demokratik.
Naib Presiden PKR, N Surendran (gambar) mendakwa, pindaan tersebut akan menghalang penjawat awam daripada mendedahkan sebarang maklumat kepada umum dan berdepan hukuman penjara jika ingkar.
"Peruntukan ini akan mengheret pentadbiran negara ke dalam kerahsiaan penuh.
"Ia bertentangan dengan demokrasi umum," katanya yang juga Ahli Parlimen Padang Serai itu.
Surendran berkata, peruntukan itu hanya sesuai digunakan dalam negara autokratik seperti Korea Utara.
Beliau yang juga peguam hak asasi manusia, berkata pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu menyembunyikan salah guna kuasa dengan memperkenalkan peruntukan tersebut.
"Peruntukan ini jelas bertujuan menghalang umum daripada mendapat maklumat yang mungkin mendedahkan rasuah, skandal kewangan dan salah urus tadbir kerajaan BN.
"Ia ancaman kepada sebuah kerajaan yang telus dan demokrasi," katanya.
Surendran berkata, peruntukan tersebut lebih menekan berbanding OSA 1972 kerana tidak boleh mengeluarkan satu pun maklumat kecil kepada umum.
"Mengikut OSA, hanya bahan yang disahkan oleh menteri atau wakilnya yang diklasifikasikan sebagai rahsia sulit/terhad.

Kerajaan BN jamin penjualan saham koperasi Felda tidak jejas peneroka


Kerajaan memberi jaminan penjualan saham Felda Holdings Berhad (FHB) yang dimiliki Koperasi Peneroka Felda (KPF) kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH) tidak akan menjejaskan peneroka.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, berkata perjanjian berjumlah RM2.2 bilion itu akan mengutamakan kebajikan peneroka.
“KPF adalah koperasi terbaik dalam pengagihan dan operasi. Kami akan pastikan, ia menguntungkan kedua-dua pihak iaitu FGV dan KPF,” katanya menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Wang Rakyat: Sewa kenderaan rasmi Kerajaan Persekutuan RM8 juta sebulan

Kerajaan Persekutuan menanggung kos sewaan, selenggaraan dan pembaikan secara bulanan untuk kenderaan rasmi tersebut.

SEREMBAN:  Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong mendakwa Kerajaan Persekutuan membazirkan duit rakyat begitu sahaja apabila menyewa kenderaan rasmi dari sebuah konsesi sewa kereta dengan nilai sebanyak RM8 juta sebulan.
Ahli Parlimen Rasah itu berkata menurut jawapan bertulis yang beliau terima daripada Menteri Kewangan di Parlimen pada awal Oktober 2013, Kerajaan Persekutuan telah menandatangani perjanjian konsesi dengan Syarikat SPANCO Sdn Bhd untuk membekalkan kereta saloon sebagai kenderaan rasmi dan kenderaan jabatan kerajaan persekutuan secara sewaan.
Katanya lagi, justeru itu, Kerajaan Persekutuan menanggung kos sewaan, selenggaraan dan pembaikan secara bulanan untuk kenderaan rasmi tersebut.
“Pada masa ini, di peringkat Kerajaan Persekutuan, kereta rasmi yang diperuntukan kepada anggota pentadbiran, Hakim dan Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama Khas A ke atas dan setaraf adalah Proton Perdana Executive.
“Proton Perdana Executive yang disewa pada tahun 2008, 2009 dan 2010 masing-masing sebanyak 121 buah kereta, 105 buah kereta dan 35 buah kereta. Secara purata kos sewaan Proton Perdana Executive termasuk kos selenggaraan dan pembaikan adalah sebanyak RM4, 332.94 sebulan.
“Mulai tahun 2011, kenderaan rasmi bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama/Khas B dan C serta setaraf, diperuntukkan Proton Inspira.
“Proton Inspira baru yang disewa pada tahun 2011, 2012 dam 2013 masing-masing sebanyak  1, 124 buah kereta, 379 buah kereta dan 644 buah kereta. Secara purata,  kos sewaan Proton Inspira termasuk kos selenggaraan dan pembaikan adalah sebanyak RM3,238.20 sebulan.
“Jumlah Perdana Executive yang disewa sejak 2008 hingga 2010 adalah sebanyak 261 buah kereta. Selain itu, jumlah Proton Inspira yang disewa sejak 2011 hingga 2013 adalah sebanyak 2, 147 buah kereta.
“Secara keseluruhan, jumlah kereta saloon yang disewa untuk kenderaan rasmi adalah sebanyak 2, 408 buah kereta. Maksudnya, setiap bulan Kerajaan Persekutuan perlu membayar sebanyak RM8, 083, 312.74,” kata Teo.

Ujian getir menunggu Mukhriz di Sg Limau



 KETIKA kedua-dua parti, Umno dan PAS sedang bersiap siaga menghadapi Perhimpunan Agung Umno dan Muktamar Sanawi PAS, Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 Sg Limau bakal menjengah selepas pemergian tokoh yang disayangi rakyat Kedah, Almarhum Tan Sri Ust Azizan Razak.
 
Rata-rata menjangkakan PRK kali ini sebagai medan ujian getir kepada MB Kedah yang baru, Dato' Paduka Mukhriz Mahathir dan juga Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar yang menggantikan Almarhum Tan Sri Azizan yang uzur selepas PRU-13. Ujian pertama ini penting bagi kedua-dua pihak bagi menunjukkan kebolehan masing-masing dalam menerajui kepimpinan parti di peringkat negeri Kedah.

Walau bagaimanapun, PAS dilihat memiliki kelebihan dan peluang yang cerah berbanding Umno dalam PRK kali ini kerana penyandang yang lepas, Almarhum Tan Sri Azizan memenangi kerusi Dun tersebut (13,294 undi)  dengan majoriti undi yang tinggi iaitu 2,774 undi berbanding sepupunya sendiri yang juga seorang arkitek, Ar. Mohd Fadzillah bin Mohd Ali yang mendapat 10,520 undi.

Penguasaan PAS dapat dilihat apabila memenangi 13 peti undi daripada 20 peti undi termasuk 1 peti undi pos yang sememangnya sinonim dimenangi oleh parti pemerintah. Ini merupakan isyarat jelas bahawa pengundi Dun Sg. Limau condong kepada PAS pada PRU-13 walaupun beberapa analisis lepas menyatakan Almarhum Ust Azizan bakal menghadapi cabaran getir apabila ditentang oleh sepupunya sendiri dan undi keluarga mereka akan berpecah.

pengundi berulang

Undi PAS juga dilihat kukuh apabila 9 daripada 13 peti undi yang dimenangi mampu menang di setiap saluran walaupun pengundi saluran 1 tinggi bilangannya iaitu 5,295 pengundi iaitu lebih 20% jumlah pengundi keseluruhan. Walaupun undi saluran 1 di peti-peti undi lain tidak memihak kepada PAS tetapi jumlah undi yang diterima tetap tinggi iaitu 2737 undi (melebihi 52% undi keseluruhan saluran 1). Ini menunjukkan para pengundi berulang tidak jemu-jemu menyokong PAS selama 5 penggal berturut-turut.

Ini merupakan fakta dan hakikat yang menjadikan UMNO dalam keadaan trauma dan buntu untuk merangka strategi merampas Sg Limau. Mereka perlu bekerja keras walaupun Parlimen Jerai dan dua Dun (Guar Cempedak dan Gurun) milik mereka pada PRU-13.
Selain itu, kekalahan Mukhriz Mahathir dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno sedikit sebanyak mencalarkan imej beliau sebagai MB Kedah yang baru. Kempen hebatnya seolah-olah tidak menyebelahinya walaupun banyak sepanduk beliau digantung di Pahang dan negeri Pantai Timur dengan natijah hanya memperoleh 91 undi, kurang 9 undi untuk mengatasi pencabar terdekatnya, Hishamuddin Tun Hussein yang memperoleh 100 undi.

Dewan Rakyat 21 Oktober 2013: Sesi Pertanyaan Jawab lisan

Pertahan Hak Rakyat, fokus Belanjawan Alternatif PR - Anwar

PRK Kampus: Selamat berkempen

Pilihan raya kampus (PRK) kembali mewarnai sesi pemilihan barisan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pemilihan yang diadakan sekali dalam setahun ini umpama suatu perayaan kepada mahasiswa untuk melihat sejauh mana wibawa dan berkualitinya calon yang bertanding untuk dijadikan pemimpin mereka. Ketika ini, sudah pasti proksi yang bertanding pasti sibuk untuk menamakan calon-calon yang bakal bertanding untuk mewakili mereka untuk memenangi hati bakal pengundi mereka.

Mahasiswa adalah insan yang terdidik dan kaya secara akademik dan harus juga peka terhadap persekitaranya. Kualiti semulajadi dalam diri mahasiswa ini harus dikekalkan agar identiti mahasiswa bitara terus disegani oleh masyarakat sebagai insan yang berilmu. Oleh itu, politik kampus harus diwarnai dengan perdebatan idea dan pandangan yang berasaskan ilmu yang benar.

Menurut Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, seorang sarjana Islam tersohor masa kini, “Ilmu adalah ketibaan makna kepada diri dan ketibaan diri kepada makna”. Oleh itu, perdebatan yang dianjurkan ketika berlangsungnya tempoh berkempen harus berasaskan kepada perdebatan yang bermakna dan memberi manfaaat kepada pendengarnya. Mahasiswa harus mempunyai kemampuan sebagai human transformer kepada mahasiswa di dalam kampus mahupun masyarakat sekitarnya.

Universiti harus menjadi tempat lahirnya pemimpin yang bercita-cita tinggi. Manifesto yang dicipta dan dirangka perlu melebihi isu memperjuangkan kebajikan pelajar. Isu sosio-masyarakat harus juga dimainkan oleh para calon yang bertanding. Mahasiswa seharusnya memainkan peranan mereka sebagai the conscience of the majority bagi membalas kepercayaan dan sanjungan tinggi masyarakat terhadap mereka selama ini.

Mulakan dengan yang ringan, pesan TGHH pada Ameerah

KUALA LUMPUR: Ketika menghadiri Majlis Hi-Tea Fan Club Ameerah Malaysia Dewan Muslimat PAS Pusat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkesempatan berdialog bersama lebih 100 anak muda wanita dari seluruh negara. Pelbagai soalan diutarakan yang berkisar soal politik sehinggalah soalan santai dan peribadi, Abdul Hadi yang mesra dipanggil Ayoh Chik tidak kekok untuk melayan setiap soalan yang diajukan oleh wanita-wanita muda itu. Ikuti sesi dialog yang berlangsung antara anak muda Ameerah dengan beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Bagaimana Karakter muslimat yang perlu ditonjolkan apabila terlibat dalam politik. Lembut, tegas atau bagaimana.


Nabi perintah letakkan sesuatu itu pada tempatnya dan bercakap dengan masyarakat mengikut bahasa yang difahami mereka. Penonjolan diri kepada masyarakat ialah bagaimana kita terjemahkan dakwah kita dan politik kita kepada masyarakat. Semua orang boleh terlibat sama ada dalam kalangan ulama atau profesional dan boleh terjemahkan dalam masyarakat mengikut kebolehan masing-masing. Oleh sebab itu, kita minta pelajar-pelajar PAS mancari ilmu habis-habisan tidak kira bidang apa sahaja. Pada masa yang sama gunalah bidang ini untuk masyarakat mengikut bidang masing-masing. Bukan semua orang kena bersyarah.

Apakah amalam yang paling disukai oleh Tuan guru Abdul Hadi Awang?


Yang paling saya sukai ialah apa sahaja amal yang kita buat mestilah ikhlas. Kalau kita menulis, menulislah dengan ikhlas, kalau kita bercakap, bercakaplah dengan ikhlas. Kerana ikhlas ini perkara yang tidak boleh beritahu orang. Ia lahir dari hati kita. Kita hendak tarik seseorang mestilah puaskan hati dia, hendak puaskan hati dia mesti ia lahir dari hati kita. Bukan terlibat dalam ceramah sahaja. Jadi nelayan, pergi ke laut pun sama. Yang penting kita praktikan amalan yang kita ada, untuk menarik orang mengamalkan ajaran Islam dengan sebaiknya. Kita kena mulakan amalan kita dengan ringan-ringan dahulu barulah diikuti yang berat. Kadang-kadang orang Umno yang atas pagar boleh ikut kita (PAS). Jangan 'start' dengan 'gear' lima terus, tidak boleh. Kena 'start' 'gear' satu biar mereka faham dahulu apa itu Islam Insya-Allah dengan sendiri mereka akan mula dekati kita.

Setiap kali pilihan raya boleh dikatakan harapan rakyat setinggi gunung untuk melihat pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat tetapi apabila keputusan diumumkan ramai pula rakyat Malaysia mengalirkan air mata kecewa. Pada hemat saya kita gagal dari segi strategi dan lemah dalam komunikasi terutama golongan atas pagar. Apakah strategi luar biasa yang difikirkan dari sekarang?

Kita kena ketahui bahawa PAS memilih demokrasi. Dalam persidangan antarabangsa parti Islam, mengatakan bahawa demokrasi adalah yang terbaik bagi parti Islam yang menghadapi rakyat sebangsa dan seagama. Demokrasi adalah sesuai untuk kita berdepan dengan umat kita sendiri. Berbeza kalau kita menentang musuh dari luar. Yang penting dalam pertarungan demokrasi kita dapat menguasai rakyat. Kita tidak boleh menang hanya dengan undi ahli PAS. Kita mesti menang dengan seluruh rakyat. Kita dapat undi daripada kalangan terpelajar kerana mereka mendapat maklumat sama ada di bandar dan di pinggir bandar termasuk yang mendapat maklumat itu adalah orang bukan Islam. Perubahan yang berlaku di sesebuah negara ialah di mana rakyat mestilah bermaklumat.

Teras saran naikkan cukai rokok dan arak


KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) bertegas supaya cukai eksais arak dan rokok dinaikkan sehingga ke tahap mengekang tabiat menagih arak dan rokok yang semakin tinggi di negara ini.

Menurut Presidennya,  Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar), kerajaan tidak mengenakan kenaikan cukai eksais kepada rokok  sejak 2010 dan arak sejak 2005 sehingga usaha mencegah tabiat negatif berkait kedua-dua komoditi ini tidak berkesan.

"Demikian juga cukai eksais arak hanya dinaikkan pada 2005 yang telah menaikkan harga arak sebanyak  23.3 %  kepada RM7.40 seliter," ujarnya.

Menurut Azmi, rakyat Malaysia berbelanja USD500 juta setahun untuk arak menjadikannya antara 10 negara tertinggi di dunia yang minum arak dengan kadar 7 liter per kapita.

"Kini sepertiga mereka yang minum arak di Malaysia adalah mereka yang ketagih arak," kesal beliau.

Menurutnya, ketika cukai eksais rokok dinaikkan pada 2010 dan harga rokok naik antara 7.5% hingga 9% setiap kotak 20 batang , penjualan rokok telah menguncup hampir 3.5 % .

6 tahun Angkasawan Negara, mana hasil penyelidikan?


Hari ini genap 6 tahun kepulangan rakyat Malaysia pertama dari angkasa. Tanggal 21 Oktober 2007, Angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha selamat kembali ke Bumi selepas 10 hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Kapsul Soyuz TMA-10 mendarat di Arkylk, Kazakhstan pada pukul 2.37 petang waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia), selepas melalui perjalanan 3 jam 23 minit dari ISS.

Program yang didakwa menelan belanja ratusan juta ringgit tetapi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili ketika memberikan jawapan di Parlimen pada 6 Mei 2008 memaklumkan bahawa kos sebenar program angkasawan negara yang pertama ialah sebanyak RM39.11 juta.

Diberitakan bahawa sepanjang 10 hari semasa berada di ISS, Dr. Sheikh Muszaphar telah melakukan penyelidikan antaranya melibatkan sel kanser dan leukemia di stesen angkasa itu.

Penyelidikan yang diistilahkan sebagai ‘penyelidikan mikrograviti’ dikategorikan secara saintifiknya sebagai penyelidikan bermutu tinggi. Setelah kepulangan beliau ke bumi, dimaklumkan hasil penyelidikan tersebut telah dihantar ke Jepun untuk dianalisis.

Kalau pun kosnya bukan ratusan juta sebagaimana didakwa, hakikatnya hampir RM40 juta wang negara yang telah dibelanjakan adalah satu jumlah yang sangat besar.

Misterikah Undi Terlebih Berlaku Di Dalam Pemilihan UMNO?

Alias menunjukkan keputusan bagi jawatan timbalan yang dimenangi 
Nik Dir dengan undian sebanyak 533

MARANG – Pemilihan Umno Bahagian Marang kembali panas apabila lima calon bertanding jawatan ketua, timbalan dan naib membantah keputusan diumumkan Jawatankuasa Pemilihan parti (JKPU), di sini, malam kelmarin.

Bantahan itu dibuat disebabkan wujudnya lebihan undi sebanyak 34 bagi jawatan ketua Bahagian menjadikan jumlah keseluruhan 1,120 berbanding jumlah layak mengundi yang sepatutnya 1,086 kesemuanya.

Manakala bagi jawatan timbalan  lebihan undi sebanyak 23 apabila jumlah keseluruhan 1,109 berbanding jumlah perwakilan 1,086.

Sehubungan itu, satu memorandum bantahan dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali meminta jawatankuasa meneliti perkara tersebut, semalam.

Pemilihan  Umno Bahagian Marang, menyaksikan jawatan nombor satu bahagian dimenangi oleh exco kerajaan negeri, A Latif Awang  dan jawatan timbalan dimenangi Nik Dir Nik Wan Ku serta naib pula dimenangi Saiful Bahri Baharuddin.

Datuk Yahya Khatib Mohamad ketika ditemui membantah keputusan jumlah pengiraan undi dalam perebutan jawatan nombor satu bahagian itu yang dimenangi A Latiff yang juga anak saudaranya dan mendakwa terdapat unsur penyelewengan.

Pertembungan empat penjuru itu menyaksikan A Latif mendapat 596 undi, Yahya sebagai penyandang jawatan mendapat 437 undi, Datuk Dr Abdul Latif Awang mendapat 75 undi dan Zainal Alang Abdul Rahman tiada undi manakala 12 undi rosak.

Menurutnya, jumlah keseluruhan kertas undian diperoleh tiga calon bertanding jawatan itu termasuk rosak adalah 1,120 namun jumlah perwakilan bahagian yang hadir dan layak mengundi pada pemilihan hanya 1,086 orang sahaja.

“Ini jumlah pengundian ‘ajaib’ kerana kertas undi jadi lebih,” katanya ditemui Sinar Harian selepas mendapat keputusan tersebut daripada wakil yang dilantiknya.

Harga Minyak Naik Lagi 20 sen, Kenaikan Minyak Masak, Gula, Tepung, Gas Memasak Dan….

Kenaikan Harga Minyak
Agak senada dengan kenyataan Presiden Persatuan pengedar petroleum (KLIK SINI). Menjelang Pembentangan Bajet 2014 pada Jumaat ini. Sekejap rasanya masa berlaku, terbaru Penyelidik Alliance Research, Manokaran Mottain tampil mendedahkan hasil kajian menyeluruhnya bersama pasukannya mengenai halatuju dasar kerajaan Malaysia selepas ini.
Berdasarkan kajian, kerajaan akan mengumumkan lebih banyak mengumumkan pengurangan subsidi @ kenaikan harga tidak lama sahaja lagi. Antaranya…..
Dalam bahasa media arus perdana, istilah kenaikan digantikan kepada rasionalisasi. Sebenarnya sama sahaja mekanismenya. Cuma bunyinya agak “indah”.

Senarai Pengumuman Kenaikan Harga @ Pengurangan Subsidi @ Rasionalisasi Subsidi Untuk Rakyat Malaysia

  1. Kerajaan dijangka akan mengurangkan subsidi minyak sekaligus menyebajbkan kenaikan harga minyak naik sekali lagi sebanyak 20 sen bagi RON95 & 10 sen bagi diesel dalam tempoh 6 bulan daripada sekarang. Hampir pasti berlaku. Ini antara penyelesaian yang cuba diambil pihak kerajaan dek kerana hutang kerajaan Malaysia yang terus melambung tinggi (SEPERTI DI SINI) dan bagi memastikan sumber kewangan negara sentiasa mampan
  2. Barangan lain juga seperti minyak masak, gula, tepung, gas memasak akan naik tidak lama lagi dan terlepas daripada terkena tempias bahang pengurangan subsidi oleh kerajaan Malaysia selama ini
  3. Seterusnya, kerajaan akan mengumumkan tempoh masa yang lebih jelas pelaksanaan mekanisme Fuel Cost Pas Through (FCPT) bagi mekanisme ketetapan kenaikan tarif elektrik kepada anda semua di sini. Nantikan…

Sejarah Pembahagian Subsidi di Malaysia : Tahun 1990 VS 2013

  • Dahulu subsidi kerajaan kepada rakyat Malaysia pada tahun 1990 : RM494 juta @ 1.7% hasil kerajaan Malaysia
  • Sekarang subsidi kerajaan kepada rakyat Malaysia @ golongan kapitalis Malaysia (CONTOHNYA DI SINI) pada tahun 2013 : RM37.6 bilion @ 18.6% daripada hasil negara (RM24.8 bilion atau 11.9 peratus adalah subsidi minyak & gas)
Semuanya dilakukan supaya lebih ramai rakyat miskin di Malaysia mendapat manfaatnya. Itu kata di pihak kerajaan BN.

Buat Pakcik Nelayan, selamat hari jadi ke-66


Timmy Say

Sebelum ini, saya seperti bukan Islam yang lain mempunyai persepsi negatif terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang lebih dikenali sebagai Ayah Chik sejak mengikuti perkembangan politik dalam negara selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Media menggambarkan Ayah Chik sebagai seorang pemimpin Islam yang ekstrem dengan laungan jihadnya. Saya tidak memahami perkataan jihad ketika itu, tetapi yang diracunkan pada saya ialah perkataan jihad ini adalah untuk menentang orang bukan Islam.
Cukup tersilap. Jihad hanya maksud memperjuangkan agama Islam dengan jiwa raga dan demi Allah. Bukannya untuk menentang bukan Islam, tapi untuk menyelamatkan semua yang ditindas oleh kerajaan yang zalim. Itulah jihad Islam yang saya faham sekarang. Bukan lagi jihad yang ditakut-takutkan kepada saya melalui media perdana.
Persepsi saya terhadap Ayah Chik mula berubah melalui kenyataan-kenyataan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku sejak 2008.
Antaranya ialah kemunculan video bagaimana Ayah Chik sanggup terjun ke laut untuk menyelamatkan seorang hampir lemas di Pantai Rusila pada 2010.
Tiada ego, tiada terasa dirinya sebagai seorang VIP dan terlupa dirinya sebagai seorang presiden parti kedua terbesar Malaysia, itulah antara bacaan saya tatkala saya menonton video aksi Ayah Chik bertungkus-lumus cuba menyelamatkan satu nyawa dalam keadaan berkain pelikat tanpa memikirkan keadaan dirinya yang sudah tidak muda.
Kehebatan Ayah Chik menggulung Muktamar PAS ke-58 juga saya ingat sehingga hari ini. Ucapan ini jauh berbeza dengan ucapan Ayah Chik yang terdahulu – kali ini cukup ralik, cukup berazam dan cukup mempunyai roh dengan berselang-seli dengan klasik hiburan tersendiri.