Datuk Seri Hishammuddin Hussein kini mungkin boleh menghela nafas panjang, apabila terselamat dari gasakan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dalam perebutan jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu semalam.
NONEBerdasarkan keputusan rasmi Mukhriz kalah tipis dengan meraih 91 undi, berbanding 100 undi yang diperolehi Hishammudddin.
Keputusan awal yang diperolehi sejak petang semalam menunjukkan Mukhriz mengekori rapat Hishammuddin dalam pungutan undi.
Mukhriz meraih sokongan mendadak dari sebahagian besar perwakilan Ini dilihat sebagai isyarat bahawa akar umbi Umno kini lebih matang dalam memilih pemimpin yang berani dan tegas dalam membuat keputusan.
Perkembangan itu berlaku ketika Hishammuddin bergelut dengan tanggapan sebagai pemimpin yang “lembik” - satu label yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh menteri pertahanan itu.

Kemaraan Mukhriz itu sedikit sebanyak tetap terjejas apabila timbul tuduhan di saat akhir, bahawa menteri besar Kedah itu terlibat dengan politik wang dalam pemilihan kali ini.

Dakwaan yang ditimbulkan oleh satu portal berita itu muncul sehari sebelum hari pemilihan, namun ditarik balik apabila Mukhriz mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang.
Kurang popular
Tulisan pengarang akhbar Mingguan Malaysia milik Umno hari ini malah melihat perkembangan tersebut diatur oleh “tangan-tangan ghaib” pihak tertentu di belakang portal berita berkenaan.

NONEDari satu sudut lagi, kemerosotan sokongan terhadap Hishammuddin menunjukkan bahawa ahli parlimen Sembrong itu dilihat semakin kurang popular berbanding pemimpin muda yang berusia 49 tahun itu.
Pada pemilihan 2009, Hishammuddin menduduki di tangga kedua bagi dengan mendapat 1,515 undi daripada 2,500 perwakilan yang hadir.
Zahid menduduki tangga pertama dengan 1,592 undi dan Shafie memperolehi 1,445 undi di tangga ketiga.

Bagaimanapun, pada pemilihan kali ini - selepas pindaan perlembagaan parti - kedudukan Hishammuddin dan Shafie bertukar.
Daripada 146,500 perwakilan di seluruh 191 bahagian, Hishammuddin hanya mendapat sokongan 100 bahagian, manakala Shafie berada di tempat kedua dengan 174 undi.
Bagi Mukhriz pula, perwakilan Umno seluruh negara juga dilihat menunjukkan sikap lebih matang dalam memilih pemimpin yang mampu memenuhi aspirasi baru akar umbi apabila memberi anjakan sokongan kepada menteri besar Kedah itu.
Lanskap politik baru