Sabtu, 19 Oktober 2013

Zahid, Shafie, Hishammuddin kekal Naib Presiden Umno, Mukhriz gagal

Lambaian kemenangan daripada Zahid yang berjaya mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno. - Gambar The Malaysia Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Oktober, 2013. 
Lambaian kemenangan daripada Zahid yang berjaya mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno. - Gambar The Malaysia Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Oktober, 2013.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno bagi Penggal 2013-2016 selepas memperoleh 166, 152 dan 92 undi.
Sehingga jam 11.45 malam, 167 daripada 191 bahagian Umno seluruh negara sudahpun mengeluarkan keputusan pemilihan secara tidak rasmi.
Sementara Datuk Mukhriz Mahathir yang menjadi pencabar terdekat Hishammuddin hanya mendapat 77 undi setakat ini walaupun dilihat sebagai salah seorang calon popular.
Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam tujuh undi serta Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mendapat lapan undi.
Ahmad Zahid dan Shafie dikatakan menerima sokongan daripada majoriti bahagian Umno, manakala Hishammuddin dan Mukhriz bersaing sengit merebut tempat ketiga jawatan itu.
Keputusan penuh bagaimanapun dijangka akan diumumkan tengah malam ini.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sudahpun berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mendengar sendiri pengumuman rasmi pemilihan parti Melayu terbesar itu.
Dalam pemilihan Umno pada 2009, Zahid mendapat tempat pertama bagi jawatan naib presiden diikuti oleh Hishammuddin dan Shafie.-

Pemilihan UMNO: Saya kalah dan redha kerana tidak amal politik wang, kata Saifuddin

Post Pic
SHAH ALAM: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah percaya kegagalannya mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh adalah kerana beliau tidak mengamalkan politik wang.
 
Saifuddin melalui laman mikro Twitternya berkata beliau akur dengan keputusan itu namun kesal dengan kaedah baru pemilihan yang masih tidak dapat membendung politik wang dalam Umno.
 
"Kaedah baru pemilihan ada 2 matlamat: pendemokrasian + basmi politik wang. Pendemokrasian: ya. Politik wang: ?
 
"@suffikamari saya redha, sebab saya tak main politik wang :).
 
"@RajaMohdShahrim saya kalah. Tp saya redha sebab saya tak main politik wang," katanya yang dipetik menerusi akaun Twitternya.
 
Saifuddin sebelum ini mengumumkan beliau gagal mempertahankan kerusi Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh.
 
Beliau tewas kepada Azmi Mat Ludin yang kini dipilih untuk menjawat jawatan itu.
 
"Saya mengucapkan tahniah kepada Azmi Mat Ludin yang dipilih Timbalan Ketua Umno Temerloh yang baru. 
 
"Saya akur keputusan perwakilan," katanya.

Penyandang Naib Presiden Umno kekal walau diasak hebat Mukhriz




 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan beliau mengekalkan jawatan naib Presiden Umno selepas memperolehi 78 undi.

Beliau membuat pengumuman tersebut dalam ucapan penggulungan mesyuarat Umno bahagian Bagan Datoh, lapor Berita Harian.
Sehingga jam 10.00 malam ini, undi untuk Zahid sudah bertambah menjadi 153.
Setakat ini, dua lagi penyandang - Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein masing-masing mendapat 142 dan 84 undi.
Keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut:1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - 153
2. Datuk Seri Shafie Apdal -142
3. Datuk Seri Hishammuddin Hussein -84
4. Datuk Mukhriz Mahathir -69
5. Tan Sri Isa Samad -8
6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam - 7

PRK Sg Limau: Dendam UMNO Kepada PAS


Kuin telah siap 100% utk pelajar2 duduki.tapi ini yg di katakan umno ni jadi pemimpin bodoh sombong dan dendam. Zaman Tan sri ust azizan jdi MB kedah tak ada seorang pun kakitanggan pelantikan politik di pecat atau tak di bayar gaji. semuanya berjalan lancar utk rakyat ,walau pun ada 2.3 orang yg buat kacau di kuin.ada talibarut umno dlm kcs yg buat kacau tahan gaji pegajar dan pekerja kuin tapi ust azizan tenang menyelesaikannya

Inilah bodoh sombongnya melayu umno.
Bangunan kuin yg indah gah bediri utk rakyat pun mereka nak jual inilah pemikiran sempit umno utk melayu. Kuin di pindahkan kembali ke a.setar yg boleh muat 3000 pelajar di isi dgn  7 ribu org pelajar berbanding kuin di kuala ketil yg boleh muat pelajar hampir belasan ribu pelajar.
Bengapnya pemimpin2 umno ..insaniah atau kuin utk anak2 melayu itu pun mereka nak jual...
subhanallah..pemikiran melayu umno yg tak mahu org melayu di beri kemudahan...
semoga allah melaknat mereka yg jadi pengkianat pd anak melayu kedah.

Teori mudah pertahan kerusi PAS di Sungai Limau

Oleh Zulkifli Yahya
SAYA pernah mendedahkan sebuah kajian yang dibuat oleh sebuah badan profesional beberapa minggu sebelum parlimen dibubarkan untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Perihal di seluruh negara, secara umumnya sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat merosot sebanyak empat peratus berbanding enam bulan sebelumnya.


Apa yang mengejutkan dalam kajian tersebut adalah kemerosotan sokongan Melayu terhadap Pakatan berlaku paling teruk di Kedah, iaitu sebanyak 9 peratus! Jika pada September 2012 sokongan Melayu untuk Pakatan ialah 53 peratus, namun Mac 2013 sokongan merosot tinggal 44 peratus sahaja. Mengikut kajian tersebut, kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang mampu dimenangi oleh Pakatan Rakyat di Kedah cuma 14.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar melahirkan kebimbangan Pakatan akan kalah di Kedah jika perkara tersebut tidak berjaya diatasi.

Berikutnya, Penerangan PAS Kedah mengambil tanggung jawab menghimpunkan semua tenaga penerangan bagi memberi taklimat khusus menangani isu kemerosotan sokongan Melayu.

Datuk Mahfuz Omar ketika membentangkan hasil kajian itu menjelaskan, antara faktor utama kemerosotan sokongan Melayu adalah pemberian BR1M 2.0. Namun di Kedah, katanya, terdapat faktor-faktor khusus yang menambah penolakan terhadap Pakatan. Isu terbesarnya ialah 'penebangan balak secara rakus'. Kali pertama dalam sejarah negara, isu alam sekitar mendapat perhatian dari masyarakat Melayu.

Isu lain adalah kepimpinan PAS yang dilihat berpecah dan kemelut Kolej Universiti Insaniah (Kuin). Maknanya, isu khusus dalam pentadbiran Kedah yang menyumbang penolakan orang Melayu terhadap kerajaan negeri. Soal sama ada kerajaan benar-benar gagal adalah persoalan lain, namun BN yang menguasai segenap media berjaya membina persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan negeri.

Dipendekkan cerita Pakatan hilang negeri Kedah dalam PRU13 angkara kehilangan undi Melayu dalam jumlah yang besar.

Dalam ranking kekuatan kerusi PAS di Kedah, Sungai Limau berada di tempat kedua selepas Tokai (di zaman Almarhum Ustaz Fadzil Noor dikenali sebagai Bukit Raya). Sewaktu PAS Kedah tinggal 'batu nisan' pada PRU tahun 1995, dua kerusi yang tinggal itu ialah Sala (sekarang Sungai Limau) dan Bukit Raya. Ertinya kedua-dua kerusi tersebut benar-benar kerusi yang dimenangi dengan undi teras ahli dan penyokong PAS.

Jakim anggap SIS, Astora Jabat dokong 'liberalisme'

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganggap NGO hak wanita Sisters in Islam (SIS), aktivisnya Zainah Anwar dan bekas pengarang Al Islam terbitan Utusan Astora Jabat sebagai pendokong fahaman 'liberalisme' dan 'pluralisme'.

Pengumuman itu dibuat Penolong Pengarah Akidah, Bahagian Penyelidikan Jakim Mohd Aizam Mas'od pada forum "Ancaman Liberalisme oleh kumpulan-kumpulan hak asasi di PBB" di Kuala Lumpur hari ini.

jag press conference 231205 zainah anwar weirdMenurutnya, Zainah (kiri) menerusi tulisannya dalam New Straits Times pada 2006 memperolok-olokkan fatwa pengharaman fahaman liberalisme dan pluralisme oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK).

"Jadi dia buat ayat-ayat yang provokatif untuk menyatakan fatwa ini buat satu ayat yang tidak tepat dan tergopoh gapah," katanya.

Astora Jabat pula dakwa Aizam, mempertikaikan ijtihad dengan berkata, ia bukan hukum Allah kerana hukum Allah itu hanya dikira yang qatie atau muktamad sahaja.

Manakala SIS pula didakwa cuba mendapatkan hak menjatuhkan talak untuk perempuan dan menyamaratakan nisbah pembahagian harta pusaka di antara lelaki dan perempuan.

"Kalau kita biarkan suara-suara mereka ini tanpa tentangan mungkin mereka akan diberi tempat yang istimewa yang melibatkan penggubalan polisi, dasar dalam negara.

Agong ada kuasa veto sekat PCA – Aziz Bari

KUALA LUMPUR 19 OKT: Yang Dipertuan Agong boleh menggunakan kuasanya untuk menyekat pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang  diluluskan oleh parlimen dan dewan negara, kata Pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari.
Semalam, Pengerusi DAP,  Karpal Singh menyerahkan memorandum kepada Istana Negara memohon agar Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan Rang Undang-undang untuk meminda akta berkenaan.
“Tindakan Karpal itu betul sebab masih ada peluang dan ruang untuk memohon Agong campur tangan
“Oleh kerana Rang Undang-undang (bill) PCA ini banyak masalah dan mencabul hak asasi, Agong mempunyai peranan dan tanggung jawab untuk menyekatnya. Ini  kerana Umno-BN menggunakan kuasa majoriti mereka di dalam dewan rakyat dan dewan negara,”
“Agong boleh veto rang undang-undang PCA yang telah diluluskan oleh parlimen,” ujarnya kepada Keadilandaily.

'Akhirnya kita hidup dalam kerukunan palsu'

Pemerintah tiada keazaman politik yang kuat untuk menyemai kerukunan antara agama dan bangsa sehingga kes yang berpotensi mencetuskan pergaduhan sentiasa berulang, Ketua Pemuda PAS Johor.

NONE"Akhirnya, rakyat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia hidup dalam 'kerukunan palsu'," kata Suhaizan Kaiat (kiri).

"Dibelakangnya tersimpan seribu satu sangkaan buruk, prejudis, kebencian dan permusuhan yang disembunyikan."

Beliau merujuk rakaman ketidakpuasan hati seorang pemanggil Hindu dengan guru besar di sebuah dekat ibu negara yang mempertikaikan tindakan sekolah melakukan melakukan upacara korban lembu di sekolah.

Rakaman itu kini tersebar meluas di Internet. Malaysiakini tidak mendedahkan nama sekolah itu buat masa ini sementara menunggu reaksinya terlebih dahulu.

Dalam kenyataanya semalam, Suhaizan berkata, isu itu bukan sahaja sering timbul, bahkan perbincangan sihat juga lazimnya dilihat sebagai 'ancaman' kepada agama dan bangsa lain.

'Islam tak terancam, tapi mahkamah gambarkan begitu'


Keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan kerajaan mengharamkan kalimah Allah untuk orang Kristian demi keselamatan atas alasan Islam sedang terancam, ditolak mentah-mentah oleh pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

"Islam di Malaysia tidak terancam. Sebaliknya makin berkembang sehingga sekarang 60 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia beragama Islam, (dan) media serta kerajaan turut melindungi Islam.

"Ia (keputusan mahkamah) karut jika kamu lihat kepada angka-angka.

"Apa yang kita bimbangkan? Apa ancamannya jika orang Islam terdedah kepada agama lain...? Ia (ancaman) tidak ada," tegas ahli akademik itu.

NONEAbdul Aziz berkata, tiga hakim yang mendengar perkara itu telah mengherotkan makna dan niat dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara itu menetapkan Islam sebagai agama rasmi tetapi penganut agama lain diberikan kebebasan beragama mengikut kepercayaan masing-masing dengan aman dan harmoni.

"Mahkamah Rayuan tidak menyelesaikan masalah itu, sebaliknya mencipta masalah baru. Ia akhirnya menyebabkan menteri kabinet dari Sabah dan Sarawak terpaksa menenangkan rakyatnya."

Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, dan kini Universiti Selangor, berkata, keputusan mahkamah itu secara tidak sengaja mengehadkan hak-hak masyarakat minoriti dalam negara ini.

Pas yakin isu kalimah ALLAH tidak jejas undi

KUALA LUMPUR - Di sebalik kemelut isu kalimah ALLAH yang kembali meruncing mutakhir ini, Pas yakin ia tidak akan menjejaskan peluang parti itu pada PRK Dun Sungai Limau, 4 November depan.

Walau bagaimanapun, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menolak isu kalimah ALLAH akan dijadikan modal kempen Umno menjelang PRK kedua selepas PRU13 itu.

"Kalau PRU lalu mereka telah guna, kita menang, Insya-ALLAH di PRK Sungai Limau kita akan menang," katanya pada Sinar Harian, di program Hi-Tea Ameerah Fan Club, di sini, hari ini.

Rabu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perikatan itu tetap dengan pendirian bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

Pendirian itu sekali gus bercanggah dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan untuk tidak membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan kalimah ALLAH dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

Isu Allah gugat status Negara Islam berimej 'moderate' Malaysia

 KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa Malaysia boleh dilihat sebagai sebuah negara Islam yang agresif berikutan keputusan mahkamah yang kontroversi mengharamkan bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada tuhan.
Beliau menggesa kumpulan Melayu-Muslim yang ada kaitan dengan Perdana Menteri Umno Datuk Seri Najib Razak untuk tidak melibatkan diri dalam "isu kebencian" yang boleh menjejaskan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang membawa imej kesederhanaan.
"Ramai telah menyuarakan kebimbangan,termasuk editorial di Timur Tengah, yang paling mengejutkan, Dubai dan akhbar di Qatar yang telah juga memberi amaran. Oleh itu, rakyat dinasihati untuk bertenang, membincangkan perkara itu dengan berilmiah dan bukan mengutuk mereka yang mempunyai pendapat berbeza dengan keputusan mahkamah sambil merujuk kepada kenyataan Mufti (ketua ulama) Johor," kata Anwar dalam satu sidang akhbar pada Khamis.
Mufti atau Ketua ulama Johor telah menggemparkan semua apabila dia mengisytiharkan bahawa sesiapa yang mempertikaikan larangan itu akan jatuh murtad. Jika ya, hukuman itu akan meliputi Sheikh Yusuf Qaradawi, salah seorang intelektual dalam Ikhwanul Muslim, kata Anwar.
"Bagaimana langkah seterusnya, apakah kedudukan Sheikh Qaradawi yang menjadi pengerusi Dunia Islam atau Majlis Ulama. Pendiriannya adalah Allah adalah Tuhan bagi orang Islam, Kristian, orang-orang Arab, Parsi dan dalam ayat pertama Al-Quran menyebut Allah adalah Tuhan alam semesta, Tuhan manusia, tuhan di dunia. Jadi itu amat sukar untuk dinafikan.. Itu adalah pandangan beliau, kita menghormati pandangan beliau dan mereka yang berbeza pendapat tidak seharusnya mencela. Saya fikir ini adalah konsensus kami (dalam Pakatan) – fikirkan dengan baik, jangan mengeksploitasikannya dengan debat penuh kebencian yang tidak memberi manfaat kepada kita sama sekali," katanya.
Reaksi dari negara-negara Islam nampaknya negatif
Mahkamah Rayuan Malaysia pada Isnin memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri pada majalah Katolik, Herald, adalah sah, mengharamkan majalah itu daripada menggunakan perkataan Allah dalam edisi bahasa Melayunya .
Penghakiman itu bagaimanapun mungkin bersifat menyeluruh dan ramai pakar undang-undang di negara ini termasuk peguam-peguam bagi Gereja telah memberi amaran bahawa larangan itu bukan hanya khusus kepada Herald tetapi untuk semua penerbitan Kristian dan bahan ibadah. Mereka berkata Mahkamah Rayuan telah menjadikan kalimah Allah eksklusif untuk Islam sahaja.

Pakatan, beware!

Factionalism in Pakatan parties must be stamped out before it damages them from within.

While the main focus for Pakatan Rakyat now is to be a good and strong opposition by speaking out against the government’s mismanagement, Pakatan must also go back to the drawing board and learn from history not to repeat the blunders they made in the 13th general election and the biggest blunder was none other than deciding the candidates list at the 11th hour.
In January this year, everyone had already known that GE13 would be held within the next few months. Therefore by end of February, the list of candidates should have been finalised instead of waiting for finalisation to be done only after Prime Minister Najib Tun Razak had dissolved Parliament.
The way Pakatan decided upon the candidates list was akin to recruiting soldiers only after the war has been declared. Pakatan should have an army ready beforehand, all set for the war.
As of now, the next general election is still a long way off and this gives Pakatan time to lay the groundwork for the future polls.
However recently for the past few weeks, a local English daily has highlighted the issue of factionalism within DAP. While DAP leaders may not believe everything churned out by this daily, it still pays to look at this issue with grave concern as factionalism also played a role in the candidates list prior to GE13.
This means that factionalism must be stamped out before it damages the party from within.
For GE14, in regard to Penang and Perak, DAP should field Malay candidates for their state seats. Long-serving Malays should be given a chance to prove that they can also serve the rakyat well and DAP should end these Malay grouses by putting more Malays in the race.
Seats for Malay candidates must be identified in ample time so as to allow them to do the groundwork before the polls.

Tanpa Umno, apalah nasib nelayan… (Bahagian 1)

Mahdzir Ibrahim

Salah satu kawasan kejiranan masyarakat nelayan. Gambar ihsan penulis.Salah satu kawasan kejiranan masyarakat nelayan. Gambar ihsan penulis.Setiap kali musim pilihanraya atau pemilihan parti, Umno akan jadi juara Melayu sejati, juara yang dizahirkan dengan slogan.
Saya tidak berminat untuk berbincang tentang aktiviti kepartiannya, sebaliknya apa yang ingin saya utarakan disini adalah Umno sebagai parti yang memerintah (baca: kerajaan). Maka, isunya, apa kerja Umno sebagai kerajaan?
Dana dan bantuan
Selama ini, kita dapat lihat limpahan dana untuk membantu rakyat khususnya golongan Bumiputera. Antaranya agensi Tekun. Setiap tahun menerusi Tekun sahaja, sekitar RM300 juta didanakan untuk membantu ekonomi Bumiputera dan usahawan Melayu.
Malah pengumuman Perdana Menteri untuk memperkasa ekonomi Bumiputera baru-baru ini, tambahan sebanyak RM700 juta lagi diperuntukan untuk Tekun sahaja, tidak termasuk agensi-agensi lain.
CEO Tekun baru-baru ini mengesahkan bahawa dana ini untuk ahli Umno sahaja, tanpa mempedulikan dari mana sumber dana itu datang.
Dengan pelbagai dana dan bantuan, umumnya kita akan merasa bahawa kaum Melayu seharusnya tidak perlu lagi merasa risau dan susah mengenang nasib mereka. Malah dengan limpahan dana-dana ini pastinya mereka akan segera dapat keluar dari kepompong kemiskinan menuju kemajuan yang diimpikan.
Namun, adakah dengan pelbagai dana yang diberi boleh menjadi indikasi yang jelas untuk merujuk prestasi kerja Umno sebagai kerajaan berbanding dengan slogan-slogan hebatnya?
Jika kita lihat dalam konteks pembangunan sosio-ekonomi negara, nisbah pecahan populasi penduduk Malaysia adalah majoriti kaum Melayu lebih dari 50 peratus, maka secara tidak langsung kaum Melayulah yang paling ramai memburuh dalam banyak sektor, antaranya sektor pertanian dan perikanan.

Kerajaan Pusat abai BERSIH 3.0 dalam laporan PBB

SHAH ALAM, 19 OKT : Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) kecewa terhadap Kerajaan Pusat menafikan serangan ke atas orang ramai dan petugas media semasa perhimpunan itu dalam laporan hak asasinya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), baru-baru ini.
polis bersihAhli jawatankuasa pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, Kerajaan Pusat seharusnya berani mengaku salah dan bertanggungjawab terhadap keganasan yang berlaku ke atas orang awam selain berusaha memperbaiki hak asasi manusia.
Beliau turut menyifatkan pembentangan laporan dari pihak Kerajaan Pusat itu sebagai sesuatu yang ‘ringkas’ dan kosong kerana ia tidak menyentuh isu hak asasi manusia secara menyeluruh.
“Kita merasa kecewa kerana memang berlaku keganasan semasa perhimpunan itu apabila polis bertindak memukul wartawan dan orang ramai yang berhimpun secara aman.
“Kalau hendak hantar laporan, Kerajaan mesti ambil tanggungjawab dan mengaku sekiranya membuat kesalahan. Kami kecewa kerana Kerajaan janji pelbagai perkara tetapi gagal menunaikannya,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Malaysia has stopped providing crime statistics to the UN, says The New York Times


The Malaysian government stopped submitting crime statistics to the United Nations, according to a New York Times report.
The publication said that the official dealing with gathering crime statistics at the organisation had confirmed the information.
“The Malaysian government has also stopped providing crime statistics to the United Nations, according to Enrico Bisogno, the official responsible for compiling crime data at the United Nations Office on Drugs and Crime,” said the report.
Not only that, the NYT brought up the issue of manipulation of statistics by government officials.
“Critics note that, after years of providing the public with data on murders, rapes, thefts and other crimes, the government has changed the way it presents crime statistics, focusing on what it calls “index crimes” rather than giving a detailed accounting,” it added.
The NYT, however, managed to get the official breakdown of statistics that showed homicide cases had remained afloat at about 600 a year.
“The data also show wide swings in some categories of crime, including a reduction in robberies using a firearm to 17 cases in 2012, from 722 cases nationwide in 2000. Another category, gang robbery, fell to 110 cases in 2012, from a high of 1,809 in 2010,” it said.

HARGA IKAN NAIK: HADIAH TERBAIK DARI PARA PENYOKONG DAN AHLI UMNO TERENGGANU!

Sudah pasti laporan akhbar Sinar Harian hari ini atas tajuk HARGA IKAN NAIK 30 PERATUS membawa suatu kegembiraan dan senyuman kepada para penyokong, pendokong dan ahli UMNO di negeri Terengganu yang siang malam bertungkus lumus dan berhempas pulas memenangkan UMNO pada PRU 13 lalu.

Hasil kerja kuat itu bukan saja harga petrol RON95 dan Diesel naik 20 sen seliter tetapi kesan rantaiannya kini harga ikan naik 30 peratus.

Itu belum lagi kenaikan harga kebanyakkan barang-barang keperluan selepas pembentangan bajet 2014 oleh Najib Razak tidak lama lagi.

Seperti kata-kata keramat Najib ...U help me I help U.

Kamu undi dan sokong saya bermati-matian .. maka saya akan balas segala jasa baik kalian dengan menaikkan harga barang-barang keperluan.

Ulang tahun ke-23 Kelantan Membangun Bersama Islam

 Wan Nik Wan Yussof,
TANGGAL 21 Oktober 2013, genap 23 tahun Kelantan ditadbir berpandukan dasar Membangun Bersama Islam. Suatu tempoh yang cukup untuk berbangga dengan kejayaan yang dicapai. Di samping tidak harus dilupakan juga pahit getir cabaran yang dihadapi sepanjang kepimpinan ulama menerajui kerajaan negeri Kelantan. 


Namun, ulang tahun ke-23 kali ini agak signifikan kepada kerajaan dan rakyat negeri Kelantan. Ia berikutan perubahan pucuk kepimpinan ulama daripada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada kepimpinan baru yang diamanahkan kepada Ustaz Haji Ahmad Yakob. Sebelumnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dipilih sebagai Menteri Besar Kelantan selepas PAS bersama-sama Angkatan Perpaduan Ummah meraih kemenangan besar pada pilihan raya umum 21 Oktober 1990. Sementara pada pilihan raya umum ke-13 (5 Mei 2013) yang lalu, Tuan Guru telah bersara selepas 22 tahun 6 bulan 14 hari berkhidmat. Sepanjang khidmatnya, Tuan Guru telah menampilkan kepimpinan yang berjaya memartabatkan dasar dan peraturan Islam dalam kerajaan negeri mahupun di kalangan rakyat Kelantan.
Ketika Tuan Guru menerima amanah selaku Menteri Besar, beliau berusia 59 tahun dan pada tarikh persaraan (5 Mei lalu) usianya 82 tahun. Satu usia yang cukup matang bersama-sama dengan pengalaman kepimpinan ulama yang diterajuinya di peringkat kerajaan negeri mahupun peringkat parti Islam (PAS).
Justeru Ustaz Ahmad adalah penerus dan pewaris amanah kepimpinan ulama yang cukup layak. Beliau adalah pelapis yang rapat dengan Tuan Guru sejak mula-mula PAS bangkit memperkenalkan kepimpinan ulama (1982).
Pengalaman Ustaz Ahmad bersama-sama pentadbiran Tuan Guru (menyertai kabinet kerajaan negeri) telah bermula setelah beliau dipilih sebagai ahli Dewan Negeri Kelantan pada pilihan raya umum 1995 mewakil Dun Pasir Pekan. Kemudian dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 1997, iaitu selepas pembubaran parti Semangat 46 yang membawa keluarnya Angkatan Perpaduan Ummah dari kabinet kerajaan negeri.
Bakat dan kepimpinan Ustaz Ahmad mendapat perhatian Tuan Guru yang kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar selepas pilihan raya umum 2004. Beliau menggantikan Ustaz Abdul Halim Abd Rahman yang telah bertanding di parlimen Pengkalan Chepa.

OKU terus dibantu pada Belanjawan 2014 Selangor

rodziah oku
SHAH ALAM, 19 OKT : Kerajaan Negeri akan melaksanakan Skim Bantuan Khas Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai galakan kepada golongan itu supaya mampu berdikari meningkatkan taraf hidup lebih baik.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, pelaksanaan skim itu akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 pada November depan yang menyediakan pelbagai program bagi memberi manfaat kepada OKU untuk jangka masa panjang.
Kata Rodziah, skim ini bermatlamat memberikan peluang sama rata kepada semua pihak dengan harapan agar golongan itu juga dapat bersama-sama mencapai kejayaan.
“OKU diberikan halatuju jelas masa depan mereka sejurus selepas tamat belajar dengan mengambil contoh skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) yang berjaya menghasilkan usahawan dengan pinjaman kecil-kecilan.

Berita Yang Digelapkan: Anwar khutbah di Masjid Australia, forum di Universiti Adelaide

ADELAIDE (AUSTRALIA) 19 OKT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan oleh Persatuan Islam Australia Selatan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Abu Bakar Assidiq, Adelaide di Australia semalam.
Jemaah penuh mendengar khutbah disampaikan Anwar.
Jemaah penuh mendengar khutbah disampaikan Anwar.
Masjid itu yang terletak di 52-54 Wandana Avenue Gilles Plain antara pusat komuniti Muslim paling aktif di ibu negeri selatan Australia itu.
Ini merupakan pengiktirafan yang jarang diberikan oleh pegawai masjid kepada pemimpin luar negara.
Khutbah dengan tajuk Kebangkitan Dunia Islam, Peranan Minoriti Muslim dalam masyarakat Barat disampaikan Anwar dalam Bahasa Inggeris.
Dalam lawatannya, Anwar dijemput menjadi panel pada forum di Festival Idea, Perbezaan Pendapat dan Demokrasi yang berlangsung di Dewan Universiti Adelaide hari ini.

Polemik 'Allah' merebak ke dunia Islam

Rumah siap pahat berbunyi.

Itulah yang terjadi di dunia-dunia Islam dalam isu kalimah 'Allah' walaupun Mahkamah Rayuan sudah lima hari membuat keputusannya.

"Sekarang, sebagai Muslim, saya akan jujur dengan rakyat Malaysia yang membuat keputusan ini dan yang menyokongnya: Ini keputusan paling tidak logik, tanpa sedar dan keanak-anakan yang pernah saya dalam hidup saya.

"Ia karut semata-mata," tulis kolumnis harian Turki Hurriyet Daily News hari ini.

Mustafa Akyol yang berpengalaman dalam beberapa akhbar tempatan dan antarabangsa berkata, keputusan berhubung kes The Herald mengelirukan umat Islam serta amat salah, tidak Islamik dan tidak rasional.

"Kenapa? Pertama sekali, perkataan 'Allah' bermaksud 'Tuhan' dalam bahas Arab, dan dia tidak eksklusif untuk Islam," tulisnya lagi.

Mufti: Kenapa hakciptakan 'Allah'?

Rabu lepas, editorial harian Pakistan Daily Times menyelar penghakiman itu sebagai sesuatu yang sedih yang dibuat menjelang sambutan suci Hari Raya Aidiladha.
NONE
"Masalah dengan umat Islam hari ini mereka melayan Islam seperti entiti tidak selamat dan perlukan penjagaan, perhatian dan perlundungan khas agar tidak dicemari dan pudar...

"Siapa yang memberikan umat Islam bebebasan menghakciptakan kalimah Allah? Itu adalah nama-Nya, dan Dia Tuhan seluruh alam, seperti firmannya dalam kitab suci," tulis mufti Abdul Aziz al Sheikh dalam komennya yang turut menyebut tentang insiden keganasan di Syria dan Pakistan.

Akhbar Emirates Arab Bersatu (UAE) The National (kiri) menjadi yang pertama memberikan reaksi melalui lidah pengarangnya pada hari yang sama keputusan dibuat dengan berhujah kalimah Allah tidak ekslusif untuk Islam.

Sementara harian Indonesia Jakarta Post pula menyebut: "Bolehkan orang Islam, yang mengaku beriman kepada Tuhan yang Maha Kuasa, dengan sungguh-sungguh menuntut eksklusiviti untuk Tuhan?|

"Mereka yang menuntut eksklusiviti untuk Tuhan melemahkan iman mereka sendiri," tulis Endy M Bayuni pada Khamis.

PERKASA: Ada juga Arab jahil

Bagaimanapun, di negara ini, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali (bawah) dalam sebuah akhbar Inggeris semalam menyelar kritikan terhadap keputusan itu dengan berhujah, terdapat juga orang Islam yang jahil di negara Arab dan di Indonesia semuanya tidak mustahil.

Kempen Sampai Naik Meluat & Bidaan Pada Tahap Tertinggi...

Oleh ROZAID A. RAHMAN
(rozaid@thestar.com.my)

KHABARNYA, laporan daripada ejen-ejen dan kawan-kawan sama ada yang bertanding atau tidak bertanding ialah calon-calon untuk kerusi naib presiden Umno, Majlis Tertinggi (MT) dan kepimpinan bahagian masih giat berkempen (secara sihat dan tidak sihat) untuk menang dalam pemilihan parti itu pada Sabtu.


Di bahagian, para panglima perang yang telah bertahan pada jawatan yang sama sejak berkurun lamanya enggan melepaskan jawatan dan sedang berjuang untuk mempertahankannya sehingga "ke titis darah terakhir". Malah ada muka lama yang telah sekian lama berpencen mahu kembali menyandang jawatan yang suatu ketika dahulu mereka lepaskan sama ada secara sukarela atau dalam keterpaksaan kepada orang lain.
Muka baru pula merasakan inilah masanya untuk mereka bertapak kukuh di bahagian agar masa depan karier politik mereka terus maju ke hadapan.
Tapi yang pasti, mempertahankan jawatan adalah jauh lebih sukar dan payah daripada merampasnya dari tangan orang lain.
Yang paling ketara ialah calon-calon yang menyandang jawatan di peringkat nasional sama ada sebagai menteri, timbalan menteri, pengerusi agensi dan apa sahaja, mengambil iklan sebesar yang mungkin di dalam media-media cetak utama negara dengan harapan, kerja mereka dibaca, dihayati dan diiktiraf oleh para perwakilan yang bakal mengundi.
Ada yang menggunakan strategi yang lebih ke hadapan dengan membeli naskhah akhbar di mana cerita atau rencana pengiklanan mereka tersiar dan mengedarkannya secara percuma di bahagian-bahagian.
Ada seorang menteri itu, wajahnya sama ada dalam bentuk iklan atau rencana iklan yang ditempah oleh sama ada kementerian atau agensi di bawah kementeriannya boleh dikatakan keluar setiap hari di dalam akhbar.
Malah tidak cukup dengan satu agensi, kadang-kadang sampai dua agensi yang berlainan mengambil iklan dalam satu hari di dalam akhbar.

Politik wang Umno, perlu ada bukti kukuh, kata Megat Najmuddin

"Cakap semua orang boleh cakap, bukti itu yang penting," kata Pengerusi Tribunal Disiplin Umno Malaysia, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas (gambar) mengenai dakwaan kononnya terdapat politik wang dalam pemilihan pucuk pimpinan parti yang sedang berlangsung.
  
Beliau berkata jika dilihat dari segi undang-undang, sukar untuk disabitkan seseorang dengan dakwaan rasuah kecuali ada bukti kukuh dan saksi-saksi mempunyai kredibiliti.
  
"Kalau saksi itu sendiri tidak berwibawa, nanti dia mudah dipesongkan oleh peguam di bilik mahkamah sehingga kes tidak sangkut akhirnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Beliau tidak menafikan ada beberapa kes salah laku yang sedang disiasat oleh tribunal dan kes biasanya mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk diselesaikan.
  
"Jika wujud perlakuan jenayah dan rasuah, kita akan laporkan pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).  

Sah, UMNO Alergik Dengan Undi Popular

Jawatankuasa Pemilihan UMNO akhirnya membuat pusingan u-turn berhubung keputusan untuk menentukan pemenang bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO yang tergantung sejak seminggu lalu berikutan jumlah undi yang diperolehi oleh dua calonnya iaitu Khairul Azwan Harun dan Jamawi Jaafar terikat dengan kedudukan 73-73 pada pemilihan 12 Oktober lalu.

Selepas keputusan seri itu, Jawatankuasa Pemilihan kemudiannnya memutuskan pengiraan berdasarkan jumlah undi popular akan dilakukan untuk menentukan pemenang sebenar. Bagaimanapun semalam, kaedah undi popular itu tidak jadi dikira tetapi pengundian semula tiga bahagian pula akan dilakukan.

Berikutan pendirian JK Pemilihan mahu mengira undi popular untuk menentukan pemenang itu, Khairy Jamaluddin yang baru menang sebagai Ketua Pemuda UMNO dengan meraih 189 undi telah meluahkan rasa tidak setujunya dengan kaedah itu, sebaliknya mahukan pemenang ditentukan melalui undi daripada Pemuda Gelang Patah yang belum bermesyuarat.

KJ juga dilaporkan telah membawa isu itu kepada pengetahuan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor untuk dipersetujui.

Pendirian KJ itu telah mencetuskan dakwaan bahawa beliau menolak kaedah undi popular kerana lebih cenderung mahukan Khairul Azwan yang juga Ketua Pemuda UMNO Perak sebagai naibnya. Walaupun terikat dengan undi 73-73 tetapi jika pengiraan dilakukan berdasarkan undi popular, kelebihan pastinya memihak kepada Jamawi kerana beliau mendapat banyak sokongan daripada Pemuda bahagian-bahagian di Sabah yang mempunyai jumlah perwakilan cawangan lebih ramai.

Kerajaan BN berjiwa fakir, halang pelajar berjumpa Anwar di Australia

Pimpinan yang terbaik ialah pimpinan yang mempunyai ‘magnanimity’ yang tinggi dan tidak mempunyai jiwa fakir. Pemimpin yang terbaik ialah pemimpin yang berjiwa besar, bukannya pemimpin yang bercakap besar atau garang. Sekarang ini zaman kemajuan dan bukan lagi zaman batu dalam mana siapa yang mempunyai otot yang paling besar dan keras merekalah yang berkuasa.
Arahan kerajaan agar pelajar-pelajar Malaysia tidak menghadiri program Adelaide Festival of Ideas yang bermula hari ini amat memalukan dan melambangkan kemiskinan  serta kefakiran jiwa pimpinan kerajaan. Ini di sebabkan kerajaan tidak mahu pelajar kita di Australia berjumpa dan mendengar ucapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang di jangka berucap malam ini.
Saya secara peribadi memprotes tindakan penguasa pelajar di Australia yang bertindak seperti tuan kepada kandang kerbau dan kambing. Mereka menganggap pelajar kita ibarat kambing yang hanya di halau untuk masuk dan keluar kandang mengikut kemahuan tuannya. Kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya ialah kerana jiwa miskin dan terlalu kecil tidak mempunyai keyakinan diri yang terlalu menonjol.
Anwar ada hak untuk bertemu dan di temui oleh sesiapa termasuk pelajar dan orang awam yang lain. Ini adalah demokrasi. Pelajar merupakan gulungan yang sedang dalam latihan berfikir. “Scroll’ yag mereka terima semasa konvo itu hanyalah untuk mengesahkan yang semua mata pelajaran yang mereka pelajari telah tamat di lalui dan lulus peperiksaan.

Anwar Ibrahim: Friday Khutbah At Abu Bakar Mosque, Adelaide Australia

Anwar Ibrahim 'Disgusted' By Response To Student Threats

Karier politik Pak Lah tamat secara rasmi hari ini

Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) hari ini secara rasmi mengakhiri karier politiknya apabila tidak mempertahankan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Kepala Batas yang dipegang selama 35 tahun.
Kekosongan ini bakal diisi oleh pemenang yang bertanding jawatan itu diantara Datuk Seri Reezal Merican dan penyandang Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Hilmi Rashid.
Abdullah adalah perdana menteri Malaysia kelima yang berkhidmat dari 2003 hingga 2009.
Abdullah juga merupakan Presiden Umno dalam tempoh yang sama dan adalah ahli Parlimen Kepala Batas sejak tahun 1978.
Beliau tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2013 untuk memberi laluan kepada Reezal yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politiknya.

Pelajar Malaysia di Australia bantah arahan Putrajaya halang hadir program Anwar



Anwar kelihatan bercakap dengan para pelajar yang mengadakan tunjuk perasaan di Universiti Adelaide, hari ini. - Gambar ihsan Twitter Fahmi Fadzil, 19 Oktober, 2013. 
Anwar kelihatan bercakap dengan para pelajar yang mengadakan tunjuk perasaan di Universiti Adelaide, hari ini. - Gambar ihsan Twitter Fahmi Fadzil, 19 Oktober, 2013.

Sekumpulan pelajar Malaysia di Adelaide, Australia hari ini telah mengadakan bantahan ke atas arahan Putrajaya yang melarang mereka menghadiri program Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di sana.
Menurut agensi berita Australian Broadcasting Corporation (ABC), hampir sedozen pelajar mengadakan demonstrasi sambil memakai topeng dan memegang sepanduk sebagai tanda tidak akan tunduk kepada arahan oleh Putrajaya itu.
Bantahan tersebut diadakan berikutan arahan yang dikeluarkan oleh penasihat pelajar di Jabatan Penuntut Malaysia, Shahrezan Md Sheriff. Menerusi emelnya kepada semua pelajar Malaysia di sana khasnya kepada pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), beliau memberi amaran supaya tidak turut serta program Festival Perbezaan Pendapat, Idea dan Demokrasi di Universiti Adelaide hari ini, yang menampilkan Anwar sebagai salah seorang pemidato.
"Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemegang biasiswa JPA yang terlibat.
"Anda tahu dengan baik apa yang anda tandatangan (perjanjian biasiswa)," kata Shahrezan dalam emelnya kepada pelajar Malaysia di sana.

Politik wang adalah nyawa Umno - Teras


KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) merakamkan pernyataan bahawa keperluan yang mendesak jika bangsa Melayu mahu selamat ialah dengan merehatkan Umno.

“Rehatkan Umno dari kuasa yang sudah menguasai seluruh darah daging, urat nadi dan saraf Umno sehingga nyawanya perlu dipulih bukan setakat melalui ‘sistem sokongan’ dengan rawatan ICU, malah perlu kepada pembedahan major dan penggantian organ dan darah yang sangat kritikal,” ujar presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Katanya, alternatif perlu dicari dari wadah yang tidak dijangkiti oleh virus politik Umno.

Beliau menyatakan demikian sebagai repons kepada kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bahawa rasuah berleluasa di dalam pemilihan Umno.

Tambahnya, suatu ‘over haul’ total sekalipun , sukar dapat diharapkan dari pemilihan Umno di peringkat manapun.

“Wadah politik yang boleh mengganti Umno hanya boleh dihadirkan melalui wadah yang dipimpin oleh insan soleh dan berketerampilan kelas negarawan mukmin,” ujarnya lagi.

Berikut kenyataan penuh beliau.

“Korupsi berleluasa. Letih sebab duit banyak turun. Tak turun duit, tak dipilih," inilah pernyataan Tun Mahathir yang dilaporkan oleh media yang akhirnya menjelaskan inilah penyakit Umno yang hampir mustahil dikikis.

Berbelanja mewah ketika aliran tunai negara nazak

APABILA persoalan perkadaran Fitch dikemukakan kepada Perdana Menteri Najib Razak oleh Bloomberg yang mewawancaranya minggu lalu di Putrajaya, mudah untuk memahami mengapa firma berita antarabangsa itu berbuat demikian.

Ini kerana keputusan firma penarafan antarabangsa itu menurunkan pengkadaran kredit Malaysia dari A kepada –A adalah, secara relatifnya, merupakan suatu berita baru yang memalukan Malaysia dan perkembangannya turut diikuti di seluruh dunia kewangan antarabangsa.

Barangkali, tidak banyak pihak mahu mengambil tahu perihal kewangan Malaysia andai kata pemimpinnya tidak berlagak macam ahli sihir kewangan tersohor – datang apa sekalipun krisis ekonomi global yang menimpa kebanyakan negera, jangan kata Malaysia terkena impaknya, tempias pun tak kena.

Dan barangkali itulah tujuan Bloomberg mewawancara Najib –  mahu tahu dari mulut Najib sendiri apakah kesaktian dimilikinya.

Tentu sekali Najib sendiri berasa bangga diwawancara oleh firma pemberitaan maklumat kewangan perdana antarabangsa dan mungkin terkejut dengan pertanyaan sedemikian. Jika tujuan Najib bersetuju diwawancara disebabkan mahu menggilap imejnya sebagai ahli makro ekonomi tersohor seantero dunia, harapan itu cepat merosot sebaik wawancara dimulakan.