Jumaat, 18 Oktober 2013

Henti segera taktik kotor, kata Pemangku Presiden Gerakan

Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn (gambar) berkata beliau amat bimbang dengan taktik keji dalam kempen menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) terhadap calon-calon tertentu yang bertanding bagi jawatan utama dalam pemilihan parti, Sabtu depan.
  
Menyifatkan taktik memburuk-burukkan calon sebagai tidak sihat, beliau berkata serangan peribadi terhadap calon tidak pernah berlaku dalam parti khususnya sebelum proses penamaan calon.
  
"Saya terkejut ia berlaku sebaik sahaja saya mengumumkan tidak akan bertanding jawatan presiden pada Selasa lepas. Ini adalah taktik kotor dan ia perlu dihentikan segera.
  
"Daripada fakta yang kita kumpul, kempen kotor itu dijalankan oleh penyokong-penyokong yang taksub dan bukan oleh mana-mana pemimpin parti," katanya kepada Bernama hari ini tanpa menamakan calon pemimpin yang menjadi mangsa kempen tersebut.
  
Bagaimanapun, naib presiden dan pemangku setiausaha agung parti, Datuk Mah Siew Keong ketika mengumumkan hasratnya bertanding jawatan presiden hari ini berkata beliau menjadi mangsa kempen kotor itu oleh penyokong-penyokong yang taksub dengan pemimpin-pemimpin tertentu.
     
Chang berkata proses pemilihan parti dijalankan secara adil dan telus dengan tumpuan diberikan kepada manifesto, integriti dan kemampuan calon untuk bekerja demi parti.

Zairil: Petronas rugi RM1.1b untuk Prince Court

SHAH ALAM – Petronas rugi RM1.1 bilion dalam tempoh 10 tahun ini selepas mensubsidikan sebuah hospital swasta mewah, dakwa Timbalan Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari.

Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera turut mendakwa Petronas tidak diaudit oleh Ketua Audit Negara sedangkan ia merupakan salah satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbesar.

“Selain minyak dan gas, Petronas telah menceburi perniagaan dalam sektor hartanah serta penjagaan kesihatan melalui  hospital mewah, Prince Court Medical Centre yang terletak di Kuala Lumpur.

"Kerugian sebanyak RM1.1 bilion menunjukkan Petronas tidak sepatutnya terlibat dalam perniagaan seumpama itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Dakwa Zairil, kos pelaburan sebanyak RM544 juta itu tidak meraih apa-apa keuntungan.

Umno rasuah dari dulu, setuju dengan Mahathir

Saya bersetuju dengan Dr Mahathir yang politik wang sememangnya satu fenomena lama dalam UMNO. Ia berlaku semasa beliau menjadi Presiden parti itu lagi, tetapi mereka tidak akan mengaku menerima atau memberi wang dalam pengundian itu. Jarang-jarang saya bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir ini, tetapi isu politik wang sekarang ini saya bersetuju dengan beliau. Politik wang masih berlaku tetapi tidak mempunyai bukti untuk diketengahkan.
Anak beliau sendiri sedang bersaing untuk menjadi Naib Presiden kali ini. Oleh kerana hanya dengan membayar undi baru mendapat undi dari perwakilan maka ada kita mendengar Mukhriz juga dikatakan memberi undi di Sabah dan beberapa tempat yang lain, tetapi bak kata bapanya sendiri adalah susah untuk membuktikan permainan politik wang ini dan kita mendengar juga Mukhriz sendiri tidak dapat mengelak dari bermain cara politik yang sama.
Dr Mahathir juga membayangkan yang semasa beliau menjadi Presiden UMNO, salah seorang atau lebih dari Timbalan-Timbalan yang ramai itu bermain dengan politik wang. Ini memang berlaku dari dulu lagi dan beliau tidak dapat mengawalnya.
Semuanya itu saya bersetuju dengan Dr Mahathir. Tetapi saya akan lebih bersetuju jika Dr Mahathir memahami yang politik wang ini bukan sahaja berlaku dalam masa pemilihan. Politik wang ini sudah berlaku setiap waktu dan setiap tempat.

14 AJK Wanita Kalabakan letak jawatan bukan sebab kekalahan Hamisa, kata Suriani

Empat belas anggota jawatankuasa (AJK) Wanita Umno Bahagian Kalabakan yang meletak jawatan selepas menang pada pemilihan 12 Oktober lalu menyangkal dakwaan yang mengaitkan isu itu dengan kekalahan Ketua Wanita Bahagian Datuk Hamisa Samat dalam pemilihan tersebut.
  
Menurut jurucakap AJK berkenaan Suriani Lamai, mereka meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan proses pemilihan kepimpinan Wanita bahagian itu yang didakwa mereka ada campur tangan 'pihak luar'.
  
Dalam kenyataan di sini hari ini, Suriani berkata kesemua 14 AJK berkenaan sependapat dan bersetuju bahawa kalah dan menang dalam pemilihan Umno adalah perkara biasa, namun mahu semua pihak menghormati tataetika yang telah digariskan Jawatankuasa Pemilihan Umno (JKPU).
  
Mengulas mengenai pemilihan semula kepimpinan wanita Umno Kalabakan seperti termaktub dalam  Fasal 15.8 dan 12.11 Perlembagaan Umno, Suriani berkata perkara itu harus diputuskan oleh Umno Pusat.
  
Mengenai kenyataan Ketua Umno Bahagian Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh semalam berhubung pemilihan semula jawatankuasa Wanita yang baharu bagi menggantikan 14 AJK terbabit, Suriani berkata pemilihan sepatutnya melibatkan semua jawatan termasuk ketua dan naibnya.

BENDA AJAIB MUNCUL DI KEDAH.....

Sakan jugak Kedah dah ada benda-benda yang pelik masa BN perintah dengar kata depa nak buat pelabuhan kut dengan projek RM7 bilion.....kalau hangpa tak caya baca dalam wikipedia dibawah.......

Sg Limau : Ada Jambatan di bina menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Bunian..!!


Hasil buah tangan projek KERAJAAN UMNO BN yang memerintah KEDAH.... memandangkan penduduk Pulau Bunting seramai 30 ribu orang maka telah di bina satu Jambatan dianggarkan kos RM7 bilion?  ( ikut kenyataan sejarah di web wikipedia)  untuk kesenangan penduduk di pulau berhubung dengan tanah besar...

Hebat UMNO BN buat projek...

Anwar diberi penghormatan berkhutbah di Masjid Adelaide


Walaupun Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak, siang malam pagi petang tanpa kira waktu dan masa terus menerus serang dan hentam Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai isu reka cipta seperti ejen asing, boneka Amerika, peliwat, pengkhianat dan sebagainya namun beliau tetap diberi penghormatan oleh para pegawai Masjid Abu Bakar Adelaide, Australia untuk menjadi Khatib menyampaikan kutbah solat Jumaat.

Suatu penghormatan yang amat jarang diberikan oleh para pegawai masjid berkenaan untuk pemimpin luar negara.

Paling menkjubkan sekali apabila ribuan penuntut dan rakyat Malaysia turun beramai-ramai ke Masjid Abu Bakar Adelaide, Australia untuk mendengar sendiri kutbah yang disampai oleh DSAI dalam Bahasa Inggeris.

Program Pendemokrasian Rakyat terus diperhebat

amirudin shari
SHAH ALAM 18 OKT : Program Pendemokrasian Rakyat bagi meningkatkan pendaftaran pemilih baru untuk pilihan raya akan terus dipergiatkan di seluruh Selangor walaupun Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru berlangsung, pada 5 Mei lalu.
Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shari, berkata pimpinan Pakatan Rakyat merancang untuk lebih agresif mendekati pengundi dengan memberikan penerangan kepada rakyat di peringkat akar umbi.
Katanya, langkah itu diambil dalam usaha memastikan rakyat memperolehi maklumat yang tepat berkenaan isu semasa politik daripada diselewengkan kumpulan perkauman seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dalam penentuan agenda politik negara.

Naik Lagi: SPAD kemuka cadangan tambang baharu teksi tahun depan

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengemukakan kertas cadangan kadar tambang baharu perkhidmatan teksi untuk seluruh Semenanjung kepada Kabinet pada suku pertama tahun depan berikutan kenaikan pelbagai kos pada masa ini.
  
Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar (gambar) berkata kadar baharu itu akan ditentukan selepas SPAD mengambil kira hasil kajian, melakukan semakan secara holistik serta mendapatkan input serta maklum balas daripada pihak terlibat dalam sektor itu.
   
"Kadar itu juga mengambil kira komponen teksi iaitu kenderaan, peralatan, bahan api, penyenggaraan, 'overhead' dan kos buruh selain kos sara hidup dan kualiti perkhidmatan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Interaksi Bersama Pengguna dan Industri Teksi - Kajian Kadar Tambang Teksi di sini, hari ini.
  
Program itu dihadiri wakil persatuan-persatuan pemandu teksi, persatuan pengguna, aktivis masyarakat serta kementerian pengangkutan dan pelancongan.
  

Politik Wang: Rujuk lembaga disiplin Umno dulu - SPRM

Segala "tohmahan" berkaitan pemilihan Umno patut disalurkan kepada lembaga disiplin parti itu terlebih dahulu sebelum dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata timbalan ketua pesuruhjayanya.

Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, sekiranya Lembaga Disiplin mendapati tohmahan itu mempunyai bukti rasuah, perkara itu boleh dirujuk kepada SPRM untuk tindakan mengikut undang-undang.

NONE"Berdasarkan pengalaman lalu maklumat yang dirujuk kepada SPRM lebih kepada perlanggaran kod etika parti. Oleh itu amatlah wajar perkara ini diteliti oleh jawatankuasa disiplin parti masing-masing," kata Mohd Shukri.

Dalam kenyataannya hari ini, SPRM juga menegaskan bahawa perkara itu tidak tertakluk kepada Umno semata-mata tetapi juga turut merangkumi pemilihan parti-parti politik lain di Malaysia.

Mohd Shukri berkata, pihaknya juga tidak pernah membuat kenyataan tidak menyiasat aduan berkaitan politik wang dalam kemeriahan pemilihan Umno sekarang, seperti dilaporkan media.

SPRM sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa suruhanjaya itu menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk menyemak dan menapis aduan-aduan melibatkan politik wang terlebih dahulu.

Justeru, sekiranya ada bukti unsur rasuah, jawatankuasa disiplin boleh merujuk kepada SPRM untuk diambil tindakan yang sewajarnya mengikut skop Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Palace urged not to assent PCA

Wanita Umno sanjung pemimpin jantan..!!

Akta lalai dan bodoh: BN sambut baik, PR mahu SPRM kemaskini beberapa akta

EGM MCA putuskan untuk sertai semula barisan kabinet

Campur tangan EGM: Liow nafi nakwaan Chua

Dr M to Malays: Grow a spine, stop blaming others

Gerakan: Mah Siew Keong to go for presidency

Liow: Motion darkest moment in my life

"Kalau Rasa Tak Boleh Memimpin, Bagitahu Terus Tak Boleh!" - Dr Abu Hassan Hasbullah

Kalimah Allah: PAS nafi pemimpinnya bercanggah pendapat

Minta Simpati: Anak saya bukan orang pilihan, keluh Mahathir

Sehari sebelum pemilihan Majlis Tertinggi Umno esok, bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengagak nasib anaknya Mukhriz, yang bersaing untuk kerusi naib presiden, mungkin tidak terpilih.

NONE"Saya dapati bahawa dalam Umno, perwakilan memilih orang yang dilihat menjadi pilihan presiden. Seperti pada zaman saya, sesiapa yang menentang saya tidak boleh memang...

"Peluangnya (Mukhriz) 50-50, atau mungkin kurang dari 50 peratus. Dia bukan orang pilihan... orang ramai tidak suka perubahan," katanya kepada pemberita.

Sebelum ini dalam ucapannya di acara Dewan Perniagaan Melayu, presiden Umno paling lama itu mengakui bahawa dalam pemilihan Umno, wang ringgit memainkan peranan.

"Rasuah bermaharajalela. Ia memenatkan kerana wang turun ke bawah.

Jika wang tidak turun ke bawah, maka (kamu) tidak akan terpilih," jawabnya kepada soalan daripada hadirin.

Mengulas lanjut dalam sidang media, Dr Mahathir berkata, walaupun perwakilan berjumlah 150,000 orang, "ada sesetengah pihak yang mampu (memberikan wang)".

Dr Mahathir: Jangan halang penganut Kristian di Sabah dan Sarawak guna “Allah”

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  menyifatkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu dihalang daripada menggunakan kalimah Allah kerana mereka telah lama menggunakan kalimah itu sebagai rujukan kepada tuhan.
Beliau berkata semasa menjadi perdana menteri, sememangnya halangan tersebut tidak timbul dan penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah di dua negeri itu.
"Kita berpendapat mereka yang telah menggunakan kalimah itu di Sabah dan Sarawak, boleh terus menggunakannya kerana mereka telah lama menggunakan kalimah tersebut.
"Tetapi, ada pihak yang mahu membawa kalimah itu di Semenanjung untuk apa? Mereka di sini tak pernah guna pun. Ini adalah usaha mewujudkan ketegangan di antara kumpulan agama. Untuk apa? Kes ini telah dibesar-besarkan.
"Mereka di Sabah dan Sarawak guna kalimah itu sebelum ini, kita tak cakap apa pun," katanya dalam satu sidang media selepas majlis sambutan Aidiladha di Kuala Lumpur hari ini.

Jakim: Tolak hak asasi yang bercanggah Islam

Orang Islam perlu menolak hak asasi manusia yang bercanggah dengan ajaran Islam, seru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam teks khutbah yang diedarkan ke masjid-masjid di Wilayah Persekutuan hari ini.

Dalam khutbah yang sama, Jakim turut menggesa agar tindakan tegas dikenakan terhadap penyokong hak asasi yang "mencemar dan menghina agama Islam".

Jakim merujuk kepada Comango, gabungan NGO Malaysia yang menyerahkan laporan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum sesi Penilaian Berkala Sejagat (UPR) rekod hak asasi Malaysia Khamis depan.

friday prayer with imam giving the khutbah 070205"Berdasarkan kepada maklumat yang diterima terdapat beberapa laporan yang dihantar secara berasingan kepada majlis tersebut oleh gabungan lebih 54 NGO dari negara ini atas nama Comango yang ternyata jelas akan menggugat kedaulatan Islam di negara ini," khutbah itu dipetik.

Comango dalam sidang medianya semalam menafikan dakwaan yang laporannya kepada PBB akan memperkecilkan kedudukan Islam di negara ini.

Dalam khutbah sama, Jakim menegaskan kumpulan pejuang hak asasi yang sama berjuang untuk golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual dan mak nyah yang perlakuannya dianggap menyimpang daripada Islam.

PAS: Jadikan keputusan 10-4 di Sungai Limau


YAN: Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Dato' Ir Amiruddin Hamzah (gambar) menggesa pengundi dalam kawasan ini menjadikan skor terbaru untuk keputusan pilihanraya Dun Sungai Limau sebagai 10-4.

Berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat untuk PRK Sungai Limau, Amiruddin memberitahu, sejak pilihan raya umum diadakan pada 1955 sehingga 2013, Sungai Limau yang dahulunya dikenali sebagai Sala telah mencatatkan 9 kemenangan untuk PAS dan hanya empat kemenangan untuk BN.

"Saya menyeru pengundi Sungai Limau memberi satu lagi kemenangan untuk PAS dalam PRK ini bagi menjadikan kedudukan 10-4," ujarnya.

Beliau berkata, walaupun perkara tersebut menjadi tekad PAS untuk PRK kali ini namun ia bukanlah perkara yang boleh dianggap mudah untuk dicapai kerana BN pasti akan turun dengan jentera kerajaan yang luarbiasa.

PAS: Bincang isu kalimah ALLAH secara ilmiah

Tuan Ibrahim Tuan Man 
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mencadangkan supaya isu penggunaan kalimah ALLAH dibincangkan secara ilmiah bagi mengelakkan kekeliruan.

Menurutnya, perbincangan itu boleh dilaksanakan bersama pimpinan agama dan politik agar keharmonian masyarakat dapat dipelihara.

"Apa yang menarik ialah pada dakwaan sesetengah pihak semata-mata untuk menakut-nakutkan orang Melayu bahawa jika penganut Kristian guna nama ALLAH, ada orang Islam yang terasa keliru.

"Bukankah, sepatutnya kekeliruan tersebut berlaku di kalangan masyarakat Kristian?

"Penyelesaian menyeluruh mesti dicari untuk membendung perkara ini daripada diambil kesempatan oleh mana-mana pelampau agama dan bangsa untuk memecahkan perpaduan antara rakyat Malaysia demi tujuan politik semata-mata," katanya pada satu kenyataan di laman Facebooknya, hari ini.

Ada Berani: Najib dan Taib perlu isytihar harta bukti Ketelusan dalam kepimpinan


Najib dan TaibSHAH ALAM 18 OKT: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menegaskan tidak adil jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud tidak mengisytiharkan harta mereka dengan alasan sudah terlalu lama dalam politik.
Johari berkata, pengisytiharan itu perlu dilakukan memandangkan rakyat sudah mengetahui pendapatan ahli politik seperti Menteri Besar dan Ahli Parlimen terutama membabitkan Pakatan Rakyat.
Katanya, tidak menjadi masalah jika pemimpin politik mempunyai harta yang banyak dengan syarat mereka mampu menjelaskan kaedah perolehan harta terbabit.
“Pasti tidak adil jika mereka tidak mengisytiharkan harta yang dimiliki. Apa yang perlu ditakutkan jika dia ada RM50 juta dan boleh menjelaskan kepada umum dari mana dia dapat sumber itu.
“Keengganan pemimpin mengisytiharkan harta menyebabkan timbul prasangka bahawa mereka sedang menyembunyikan sesuatu. Saya rasa ketakutan untuk mengisyitiharkan harta mesti ada landasannya,” katanya ketika dihubungi TV Selangor, di sini, hari ini.

Miskin Bandar: Pelajar makan cicak kerana terlalu lapar - Iskandar


SHAH ALAM: Percayakah anda jika diberitahu ada pelajar Melayu di sebuah sekolah rendah di ibu kota Kuala Lumpur terpaksa mencari cicak untuk dimakan semasa waktu rehat kerana terlalu lapar sedangkan beliau tidak dibekalkan wang dan makanan ke sekolah lantaran kesempitan hidup keluarga (kanan, gambar hiasan).

"Ketika pelajar lain ke kantin, pelajar malang ini mencari cicak untuk dimakan," kata Yang Dipertua PAS Pandan, Iskandar Abdul Samad.

Kisah ini diceritakan Iskandar kepada Harakahdaily tatkala diminta mengulas entri beliau di laman blognya baru-baru ini.

Iskandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa tetap Perumahan, Pengurusan bangunan dan Peneroka Bandar Selangor diwawancara Harakahdaily di pejabatnya, di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.

Menurut Iskandar, menyedari kejadian tersebut, guru di sekolah berkenaan segera memasukkan nama pelajar terbabit dalam senarai Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah.

"Hanya setelah peristiwa itu, barulah guru-guru sekolah tersebut tahun betapa melaratnya keluarga pelajar tersebut. Memang ada keluarga yang hidup susah tetapi tidak mahu meminta-minta," ujarnya.

Politik wang: Umno boleh rujuk kepada SPRM


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk menyemak dan menapis aduan-aduan melibatkan politik wang terlebih dahulu.

“Justeru, sekiranya ada bukti wujudnya unsur rasuah, jawatankuasa disiplin boleh merujuk kepada SPRM untuk diambil tindakan,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Kenyataan beliau sebagaimana di bawah.

Merujuk kepada laporan media kebelakangan ini dan kenyataan Transparency International Malaysia (TI-M) yang dikeluarkan hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menegaskan bahawa SPRM sama sekali tidak pernah membuat kenyataan mengatakan tidak menyiasat aduan-aduan berkaitan dengan politik wang, yang menjadi perhatian di sebalik suasana pemilihan Umno yang sedang berlangsung sekarang.

Pendirian SPRM ialah segala tohmahan berkaitan isu pemilihan wajar disalurkan kepada Lembaga Disiplin Umno terlebih dahulu.

Menjelang Hari Pengundian, Seperti Sudah Ada Arahan Agar Penyandang Naib Presiden Dikekalkan

Dengan tempoh kempen yang semakin singkat dan detik membuang undi hanya tinggal beberapa jam saja lagi, sudah mula bertaburan di sana-sini cai atau senarai calon yang harus dipilih oleh para perwakilan dalam pengundian Sabtu ini. Walaupun cai itu melibatkan calon Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi, tetapi dipercayai fokusnya ialah bagi jawatan Naib Presiden UMNO.

Dalam cai itu, calon Naib Presiden yang harus dipilih ialah calon 01,02 dan 03 iaitu Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Shafie Apdal manakala bagi MT ianya bercampur-campur antara pemegang jawatan dalam kerajaan, calon baru pertama kali bertanding dan pemimpin muda.

Beberapa perwakilan daripada pelbagai bahagian dipercayai sudah menerima cai itu sejak malam semalam lagi, suatu fenomena yang menggambarkan seolah-olah ada usaha terancang untuk memastikan ketiga-tiga penyandang jawatan itu dapat mengekalkan jawatan mereka.

Walaupun tidak dapat dipastikan pihak yang bertanggungjawab, beredarnya cai-cai itu memperlihatkan perebutan jawatan Naib Presiden ini tidak lagi dilihat terbuka atau berdasarkan penilaian penilaian kewibawaan calon-calon yang bertanding, sebaliknya lebih terarah menjadi pertarungan antara penyandang dan penentang. Sudah pasti juga blok undi menjadi sukar dielakkan.

Menjelang hari pengundian pada hari Sabtu, adalah dipercayai lebih banyak cai yang sama diedarkan ke pelbagai UMNO bahagian lagi untuk kemudahan para perwakilan membuat pilihan. Ia juga dipercayai akan turut diedarkan ke seluruh negara.

Tak etika lantik senator musim pemilihan Umno




 
Tidak semua ahli Umno membaca serta menitik beratkan apa yang termaktub dalam perlembagaan parti sendiri.

Ada di kalangan pemimpin yang merasakan menjadi penggerak parti jadi tetapi perlembagaan Umno sendiri seolah-olah sudah menjadi perkara kedua dalam perjuangan.

Menjelang pemilihan Umno, terdapat pemimpin bahagian yang dilantik sebagai senator.

Ini menjadi petunjuk bahawa tataetika ahli, seperti yang termaktub dalam perlembagaan dipermain-mainkan.

Di bawah, saya gariskan beberapa petikan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengenal bagaimana perlembagaan tersebut dilanggar oleh kepimpinan Umno sendiri:

PERKARA 2

Politik Wang: Dr Mahathir akui ‘salur’ RM200 untuk menang di peringkat bahagian



Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengakui politik wang masih berleluasa dalam Umno dan mengakui perwakilan yang mengundi pada pemilihan kali ini didalangi dengan kerenah politik wang.

Beliau berkata rakyat tidak perlu berharap kerajaan untuk membetulkan sistem sedia ada kerana mereka masih tidak mampu memperbaiki kelemahan dalam Umno.

"Saya dapati budaya rasuah masih berleluasa dan mereka yang mengundi dalam pemilihan hanya didorong oleh kerenah politik wang.

"Saya sendiri semasa bertanding di peringkat bahagian Umno terpaksa menyalurkan RM200 seorang. Jadi anda boleh bayangan berapa banyak yang telah dihabiskan sehingga saya menjadi Perdana Menteri," katanya dalam Majlis Sambutan Aidiladha di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir turut menyifatkan perpaduan yang lemah di kalangan orang Melayu menyebabkan suara mereka kurang didengari akibat suara orang Melayu yang terpecah kepada parti Umno, PKR dan PAS.

Selangor tekad tambah rumah mampu milik

Konsert K Pop SPRM diminta siasat Shabery Cheek

'PAS should improve ties with Pakatan' - Dr Dzul

Saya setuju ISA & PCA di Malaysia - Dr Agus Yusoff

(GST Forum) Dzulkefly Ahmad: Govt Wants A New Revenue Model, Mestilah Rakyat Didahulukan

(GST Forum) Tony Pua: GST Creates Moral Hazard For Govt To Continue Its Irresponsible Spending Spree

(GST Forum) Nurul Izzah: Government Cannot Just Bulldoze This New Taxation Regime

Politik wang letak Umno di takuk lama, kata Tok Pa

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata parti Melayu itu kekal di takuk lama sekiranya politik wang masih digunakan oleh segelintir calon untuk meraih undi perwakilan dalam pemilihan Sabtu ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, selain tiada kemajuan yang dapat ditunjukkan, Umno juga bakal rosak kerana calon gagal mematuhi peraturan terutamanya melibatkan politik wang.
Ini kerana, katanya, matlamat asal Umno menukar sistem pemilihan yang memberi kelayakan kepada lebih 145,000 perwakilan mengundi adalah untuk mengelakkan rasuah dan politik wang.
"Matlamat utama pertukaran sistem kali ini ialah untuk membanteras dan mengelakkan politik wang. Matlamat kedua ialah meningkatkan ketelusan dalam proses pengundian termasuk pendekatan kempen yang digunakan.
"Sekiranya dua perkara tersebut dapat dilakukan maka tercapai perubahan dalam kaedah pemilihan baru, tetapi jika ia tidak dipatuhi maka rosaklah parti ini," katanya kepada media di Petaling Jaya, Selangor, pagi ini.
Mustapa berkata, beliau berharap perwakilan menggunakan dua perkara itu sebagai asas dan habuan dalam memilih calon pada Sabtu ini.

Boleh Percaya Ke..??: GST mungkin tak dilaksana dalam bajet 2014 - Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan membayangkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dilaksanakan pada Bajet 2014.
  
Menurut Ahmad kerajaan pada dasarnya bersetuju melaksanakan GST, namun masih belum memutuskan bila dan berapa kadar peratusan cukai yang akan dikenakan pada peringkat awal pelaksanaannya.
  
"Bila nak dibuat, berapa peratus, kita tak tahu, tapi sudah dinyatakan dalam jawapan-jawapan rasmi bahawa kita akan laksanakan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran awal 'Mengumpul Dana Membina Madrasah Integrasi Islam Malaysia' di ibunegara hari ini.
  
Ahmad berkata sistem cukai yang digunakan oleh kerajaan ketika ini kurang berkesan dan ketinggalan zaman.
  
Katanya GST merupakan sistem cukai yang lebih adil dan cekap berbanding sistem dua cukai ketika ini, iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

"Kita nak satukan (kepada GST) supaya lebih cekap dan berkesan," katanya.

NST, SPRM diarah bayar RM150,000 kerana memfitnah peguam



 
The New Straits Times (NST) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masing-masing diperintahkan membayar RM150,000 kepada peguam Rosli Dahlan kerana memfitnahnya dalam isu dikenali sebagai skandal "Copgate".

NST dan SPRM disaman atas dakwaan merosakkan reputasi Rosli dengan mengaitkannya dengan skandal RM27 juta Copgate yang menyaksikan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusuff disiasat dan kemudian dibebaskan.

Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Badjenid mendapati NST dan SPRM bersalah memfitnah dan memerintahkan kedua-duanya masing-masing membayar kos RM30,000.

Rosli sebelum itu mengambil tindakan undang-undang terhadap The Star dan Utusan Malaysia tetapi kedua-dua akhbar tersebut telah memohon maaf kerana memfitnah pada 2007.

Jangan Ketawa: Pilih calon pemimpin Umno yang bersih rasuah, tidak ego, kata Perkasa


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggariskan beberapa ciri kepada perwakilan Umno yang bakal memilih calon naib presiden dan 25 ahli Majlis Tertinggi (MT) parti terbesar Melayu itu esok.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar), berkata pemimpin Umno yang layak untuk dipilih adalah daripada kalangan mereka yang bersih daripada rasuah dan persepsi rasuah itu sendiri.
"Seorang pemimpin Umno itu juga perlu terdiri daripada mereka yang sanggup mempertahankan Islam, Melayu, institusi raja dan negara.             
"Perwakilan perlu memilih calon yang hidup bersederhana, tidak terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan mempunyai nilai akhlak mulia.” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Ibrahim berkata, Perkasa membenci pemimpin Umno yang ego, angkuh dan merasakan diri bijak daripada orang lain.
Katanya, mereka yang mahu bergelar naib presiden dan ahli MT Umno perlu berani melakukan transformasi dalam parti setelah pengundi mula tidak memilih Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
"Perwakilan Umno perlu sedar mengapa selama ini rakyat menolak Umno dalam beberapa pilihan raya umum sebelum ini.

‘Why certain ‘Ibrahims’ are useless’

Perkasa chief gives his take on why he would make a better PM than Anwar and that people like the Selangor MB and former law minister Zaid cannot be trusted

SHAH ALAM: Perkasa chief Ibrahim Ali has declared himself a better fit to become the prime minister of Malaysia than Opposition Leader Anwar Ibrahim.
The controversial Malay right-wing group leader told an audience of about 500 Perkasa members last night that only “crazy people” would support Anwar Ibrahim as prime minister given the latter’s “sinful indulgences”.
This was despite the fact that during the May 5 polls, more than 51% of the electorate voted for Pakatan Rakyat, and, by virtue of that, Anwar Ibrahim as candidate for prime minister.
“There is nothing wrong in changing the government, but unfortunately in Malaysia, PKR cannot be an alternative (to Umno).
“PAS cannot replace Umno. Anwar cannot become prime minister,” Ibrahim said in his speech at the Perkasa Selangor Conference 2013 here last night.
“Do you want him to become Prime Minister? Him and all his sins… Only crazy people would support him. I’d make a better prime minister than him!” said Ibrahim, to roars of approval and cheers of “yes!” from the Malay audience.

M’sian govt’s paranoia makes news Down Under

It is vital for the students to feel free to attend the Anwar Ibrahim event, says Adelaide Festival of Ideas director Sophie Black.

PETALING JAYA: Malaysian students studying in Australia being ‘warned off’ from attending an Anwar Ibrahim talk in Adelaide this Saturday has made it to international news.
Australian Broadcasting Corporation’s (ABC) national flagship current affairs programme 7.30 interviewed the opposition leader himself, Adelaide Festival of Ideas director Sophie Black and Australian senator Nick Xenophon on the matter.
Black expressed her concerns for the students, saying it was important for them to feel confident and to feel that they can attend the event without consequences.
“It’s absolutely vital that they can feel free to attend something like this, that they can sit in the audience of someone that they admire and listen to them speak,” she said.
On Oct 14, students were warned from attending the event titled “Festival of Ideas – Dissent and Democracy: An Audience with Anwar Ibrahim”, and were told that they will face stern action and may lose their scholarships if they ignored the warning.
In an email, student advisor Shahrezan Md Sheriff who works at the Malaysian consulate in Sydney warned students on scholarships not to attend the festival session.

SPRM perlu segera bertindak atasi politik wang dalam Umno

SPRM Siasat Umno
SHAH ALAM 18 OKT : Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu proaktif dan berani tanpa terperangkap di bawah kongkongan Umno dalam menyiasat dakwaan berlakunya politik wang membabitkan tiga penyandang jawatan Naib Presiden parti berkenaan.
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata beliau menyambut baik gesaan Transparency International Malaysia (TI-M) yang menggesa SPRM campur tangan dan mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan amalan politik wang yang berlaku dalam Umno.
Katanya, SPRM tidak boleh menganggap masalah politik wang itu sebagai masalah dalaman yang berlaku dalam Umno sahaja kerana kesannya akan memudaratkan masa hadapan negara jika tidak dibendung dalam kadar segera.
Sebelum ini, Presiden TI-M, Datuk Akhbar Satar, berkata pihaknya menerima maklum balas terdapat jumlah wang diguna dan diedarkan pada program ‘khas’ yang dianjurkan bagi tiga Naib Presiden yang turut memegang jawatan kabinet kerajaan.

GST dan kesannya kepada rakyat

SOAL Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal disentuh dalam Bajet 2014 menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini.

Bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung GST, Sinar Harian Online berpeluang menemu bual Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Ikuti temu bual kami bersama beliau bagi memberi sedikit pemahaman kepada orang awam berhubung GST.

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah GST itu sebenarnya?

WAN SAIFUL: GST adalah satu bentuk cukai yang dikenakan ke atas setiap barang dan perkhidmatan yang kita beli. Ia bukan satu perkara baru sebenarnya. Lama dah ada tapi kita tak perasan. Kita panggil sebagai cukai jualan dan cukai perkhidmatan.
Apa yang dicadangkan oleh pihak kerajaan, ialah untuk menyatukan dua bentuk cukai menjadi Goods and services tax (GST).

Sebelum ini, kadar yang dikenakan sebenarnya agak tinggi juga. Satu 6 peratus (%), satu lagi 10%. Tapi apabila GST diperkenalkan ataupun jika GST diperkenalkan, kalau tak silap saya, kadar cukai yang sedang dibicarakan sekarang 4% lebih kurang. Jadi, kalau satu lagi cara kerajaan nak mempelbagaikan sumber pendapatan, yang mana semua orang sepatutnya kena bayarlah.

SINAR HARIAN ONLINE: Jadi, berapa sebenarnya kadar yang sesuai dikenakan jika ia mahu dilaksanakan?

WAN SAIFUL: Untuk menentukan kadar cukai ini sebenarnya, bukan satu proses yang mudah, yang boleh kita kata, okey 5%. Ia bukan seperti itu. Yang pastinya, banyak perkiraan. Kadang-kadang bukan perkiraan ekonomi semata-mata. Ada juga perkiraan politik yang perlu diambil kira. Contohnya, katalah kadar yang sepatutnya bila dikira dari segi ekonomi sepatutnya 10%. Kemudian, timbul persoalan dari segi politik. Adakah 10% ini akan menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan kerana tiba-tiba mengenakan cukai tersebut. Maka, kerajaan kena ambil kira dua-dua perkara. Jadi, hubungan antara politik dengan ekonomi tidak dapat dinafikan dan ia satu fakta.

Saya rasa, mahu atau tidak mahu ia akan bermula dengan satu kadar yang rendah. Tetapi jika dilihat dari negara-negara yang lain, sebenarnya kadarnya lebih tinggi. Di UK sekarang tak silap saya lebih kurang 20%, di AS kadarnya berbeza mengikut negeri. Kadar itu suatu perkara yang berbeza-beza antara satu negara dengan negara lain.

Yang hampir pasti adalah sekali dimulakan, setiap tahun pasti akan naik. Kalau tak naik tahun ini, pasti naik tahun depan. Cukai ini, sekali wujud mesti akan naik. Jadi, saya jangkakan apabila dimulakan, saya hampir pasti akan dimulakan, ia akan bermula dengan kadar yang rendah. Yang sekarang disebut-sebut oleh orang ramai adalah 4%.

SINAR HARIAN ONLINE: Apa impak pelaksanaan GST kepada kerajaan?

PRU14: Umno Selangor jalin kerjasama dengan Perkasa

SHAH ALAM - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata Umno Selangor akan bekerjasama dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor dalam usaha meningkatkan jumlah pengundi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata kerjasama itu juga untuk membolehkan Barisan Nasional (BN) menawan kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Selain kerjasama Perkasa, kita juga memerlukan usaha rakan-rakan komponen BN bagi membantu meningkatkan pengundi-pengundi dari kaum lain," katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Tahunan Perkasa Selangor, yang turut dihadiri Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, di sini malam tadi.

Noh berkata terdapat 49 peratus pengundi Melayu di Selangor manakala bakinya pengundi bukan Melayu.

Beliau berkata usaha meningkatkan pengundi-pengundi BN akan digerakkan mulai tahun hadapan setelah semua parti komponen menyelesaikan pemilihan parti masing-masing tahun ini.

Sementara itu, Ibrahim berkata Perkasa telah menubuhkan Jawatankuasa Pendaftar Pemilih bagi meningkatkan jumlah pengundi Melayu.

Hishammuddin doesn't want to meet victims' families

Auditor-General: We have rules but department heads don't enforce

Kelemahan Kelantan berbanding negeri Pakatan yg lain - Dr Agus Yusoff

Penjenayah Jalani Hukuman Gantung Didapati Masih Hidup..!!

alt
TEHRAN 18 Okt. - Ketua badan kehakiman Iran, Ayatollah Sadeq Larijani, akan membuat keputusan hari ini berhubung kes seorang pengedar dadah yang telah menjalani hukuman gantung, namun masih lagi hidup selepas menjalani hukuman di tali gantung.

Penjenayah tersebut yang dikenali sebagai Alireza M, 37, disahkan mati oleh doktor selepas 12 minit di gantung dalam sebuah penjara di timur laut Iran.

Namun, pada keesokan harinya kakitangan bilik mayat di bandar Bojnourd mendapati penjenayah berkenaan masih lagi hidup.

Beliau kini beransur pulih di hospital, pada ketika pakar undang-undang berbeza pandangan sama ada dia perlu menjalani hukuman gantung buat kali kedua atau tidak. - AFP

Mukhriz Kutip 20 Artis Untuk Kempen PRK Sungai Limau



Nampak UMNO dah tiru pendekatan yang digunakan PAS sebelum PRU13..hahaha....


Entah berapa la upah setiap seorang artis yang dijemput Mukhriz ni..???

Sebelum ni puak UMNO Munafiqun bukan main mengutuk dan menghina artis-artis yang bersama Pakatan Rakyat,macam-macam cemuhan diberi kepada artis-artis yang naik pentas PR. Artis dipergunakan PAS,artis dah tak laku,artis hanya mahu upah saja... macam-macam puak UMNO kutuk...

Nah...!!! sekarang apa macam beb..??? Mukhriz terpaksa mengutip beberapa orang artis untuk berkempen bagi pihak UMNO Munafiqkun di Sungai Limau nanti.
Konon-nya seramai 20 orang artis veteran dan baharu bergabung tenaga akan berkempen untuk Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Kedah melalui Program Ziarah Syukur yang akan diadakan pada 4 November depan.

Inilah perangai jijik UMNO Munafiqkun...dulu kutuk artis kalau main politik,sekarang sudah ludah mau jilat balik ke..???

Terfikir juga....berapa puluh ratus ribu juta ringgit upah artis berkempen untuk UMNO...sebab pernah seorang bekas artis kata kalau dulu kurang-kurang RM50ribu sorang....

Fuhh...!!! itu dulu...sekarang..!!! banyak tu...!!! Takpa....Mukhriz tu anak Tun M.....hahaha....

PRK Sg Limau: BN menang jika PR pecah - Bang Mat

mat sabu 
ALOR SETAR - Pas perlu mempertahan kerusi Dun Sungai Limau tanpa mengira siapa calon yang diketengahkan pada pilihan raya kecil (PRK) itu.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, semua jentera parti sama ada dari Pusat mahupun negeri wajar memberi tumpuan sepenuhnya supaya kawasan itu tidak jatuh ke tangan pihak lawan.

“Jika kalah di Dun Sungai Limau, jangan mimpi nak ambil alih semula Kedah,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-34 Pas kawasan Alor Setar.

Menurutnya yang juga mesra dengan panggilan Mat Sabu, seluruh jentera termasuk sayap parti akan berkampung di Dun Sungai Limau bagi memastikan kawasan yang dianggap tradisi Pas itu kekal milik parti itu.

“Sekali dua ada bertukar tangan antara Pas dan BN tetapi Pas lebih banyak menang di kawasan itu. Selepas lima penggal Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak mempertahan kawasan itu, wajar untuk kita berjuang berhabis-habisan teruskan tradisi itu,” katanya.

Sewaktu 'Allah' tiada muncul di bibirmu

Suatu hari tiba-tiba Ronasina, si kartunis itu, melontarkan pertanyaan penuh filsafat. Dan sekali gus pernyataan politik dan budaya. Juga, satu testamen agama.

"Budak ini panggil tuhan dia apa?" tulis bapanya Mohd Affandi Ramli, si kartunis itu, di Twitter dengan melampirkan wajah penuh mentah An-Nur.

Kata-kata ini tiada makna segera lagi kuat jika kita tidak mengenali Ronasina, penerbit majalah Posto, dengan anak kecilnya yang mengalami kelumpuhan otak, cerebral palsy.

NONEBaru-baru ini beliau terpaksa membawa harapan anak ini kepada timbalan perdana menteri di Dewan Rakyat, menarik tangan keprihatinan kerajaan dalam masalah pendidikan bagi mereka yang alami cerebral palsy (kanan).

"Segera! Anak kami perlu sekolah!" memorandum kumpulan Hope2 Walk itu menjerit.

Kenalan ini, yang saya tidak pernah cuba mengenalinya dengan akrab, mencetuskan sisi lain polemik 'Allah' itu milik siapa, orang Islam sahaja atau turut dikongsikan dengan umat Kristian.

Barang kali si bapa tertanya-tanya kenapa manusia, yang boleh bertutur, asyik bertekak siapa yang layak memiliki nama 'Allah'.

Bagaimana nasib insan yang tidak mampu berkata-kata atau nyawa yang tidak mampu berrasional seperti selayaknya manusia normal?

Di luar bahasa, di luar akal

Lalu saya, seperti obsesi selama bertahun-tahun, menjawab:

Tuhan tidak ada pada nama sebab semua kata-kata, alat kesedaran diri, menipu. Kita temui-Nya di luar kesedaran, supra-rational.

"Bahasa hanya alat ciptaan manusia. Tuhan juga berkata-kata dalam bahasa manusia untuk kita kenali. Tapi hadir-Nya di luar bahasa," tambah saya di Twitter.

Bahasa itu rekaan rasional manusia untuk memudahkan komunikasi. Walaupun sungguh bertenaga, termasuk untuk tujuan menjahamkan, bahasa tetap juga mengandungi kelemahannya.

Ia hanya perwakilan hasrat hati, pergolakan akal dan kecelaruan dunia di sekeliling kita; alat propaganda politik dan sekali gus luahan resah batin.

Ia hanya pinjaman yang bersifat sementara, kenderaan rasional yang membawa makna dari individu kepada individu lain. Makna yang terbatas, yang mengelirukan dan yang boleh disalahtafsirkan.

Oleh itu, bahasa, biarpun alat kesedaran diri, tidak pernah cukup untuk mencapai kedalaman rohani, termasuk pengalaman bertuhan.

Kalimah Allah: Siapa yang keliru sekarang?

MAHKAMAH Rayuan pada Isnin lepas memutuskan penerbitan mingguan Herald: The Catholic Weekly edisi Bahasa Melayu tidak boleh menggunakan kalimah Allah dengan alasan, antara lain, kerana ia boleh menyebabkan umat Islam di negara ini keliru.

Tiga hakim yang mendengar rayuan itu berpendapat bahawa Allah bukanlah sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian. Seorang daripada mereka menambah bukan saja orang Islam akan keliru tetapi orang Kristian pun boleh keliru sama.

Ini kerana konsep ketuhanan Allah dalam Islam sama sekali berbeza dengan konsep ketuhanan tiga serangkai — tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus — yang dianuti dalam Kristian.

Tetapi selepas membaca keputusan tiga hakim itu serta meneliti reaksi yang diberikan oleh pelbagai pihak dan meninjau pula rentetan episod polemik kalimah Allah ini sejak ia berbangkit pada 2007, ada beberapa hal yang boleh mendatangkan keliru.

Bukan saja orang Islam dan Kristian di negara ini yang keliru; daripada pelbagai reaksi yang terbit di media antarabangsa, kita boleh nampak masyarakat dunia pun keliru.

Pertama, isu ini mula berbangkit pada 1986 apabila Kementerian Dalam Negeri melarang beberapa perkataan dipakai dalam penerbitan bukan Islam. Selain Allah, tiga perkataan lain yang eksklusif untuk Islam ialah solat, Baitullah dan Kaabah.

Sebelum Menteri Dalam Negeri mengenakan syarat kepada Herald pada 2007 untuk tidak menggunakan kalimah Allah dalam edisi Bahasa Melayunya, penerbitan mingguan itu sudah beberapa kali menerima surat tunjuk sebab, teguran dan amaran.

Kalimah Allah: Apa selepas ini?


Tarikh 14 Oktober 2013 akan diingati oleh semua pihak kerana ia jatuh pada 9 Zulhijjah ketika para jemah haji berwukuf dan mereka yang di luar Arafah bersiap untuk menyambut Aidiladha.

Pada hari yang sama Mahkamah Rayuan menetapkan penghakiman rayuan dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa majalah Kristian The Herald tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

hari raya haji, slaughtering of cows, korbanPenghakiman ini mendapat perhatian antarabangsa kerana Malaysia menjadi negara unik yang mengharamkan perkataan ini digunakan oleh penganut Kristian.

Saya dihujani soalan daripada pemberita tempatan dan luar negara meminta respons keputusan mahkamah Malaysia.

Hari wukuf itu saya sibuk melayan soalan dan telah kemaskini status perkembangan terkini isu kalimah Allah dalam media sosial saya.

Saya juga dimaklumkan respons awal kelompok ekstrim kanan mahu melebarkan keputusan ini ke Sabah dan Sarawak kerana penganut Kristian sana menggunakan Bible yang tertera di dalamnya kalimah Allah sebagai terjemahan dari perkataan "Elohim".

Di sebalik kegembiraan golongan ekstrim kanan dan sebahagian orang Melayu, masyarakat Kristian Katolik pula bersedih dan marah bahawa hak mereka dikecewakan oleh keputusan panel tiga hakim.
Suasana raya untuk saya pada hari itu dipenuhi dengan pelbagai soalan.

NONEKe manakah dasar kebebasan agama hendak dibawa? Adakah negara kita kini dikuasai kelompok ekstrim kanan? Apakah masa depan hubungan antara agama akan dipengaruhi unsur rasis daripada kesucian agama itu sendiri?

Adakah ekstrimism agama akan subur?

Saya cuba bersikap jujur untuk menjawab persoalan di kepala saya. Kejujuran hanya boleh dipandu dengan prinsip dan prinsip terpandu dengan keilmuan, manakala keilmuan pula asasnya ialah objektiviti dan bukan sentimen.

Saya melihat sejak awal isu kalimah Allah ditunggangi prinsip yang salah maka kewajaran ilmu yang sepatutnya memandu prinsip dikuasai oleh sentimen lalu objektiviti tajuk menjadi tersasar dari perbincangan yang ilmiah dan mendasar.

Prinsip rahmat seluruh alam


Prinsip Islam dalam hubungan dengan bukan Islam terbina atas asas rahmatan lil ‘alamin (rahmat kepada seluruh alam).

Kesejahteraan yang Islam angkat dan usung mencakupi perlindungan kepada kebebasan beragama dan hak untuk agama lain melaksanakan keperluan agamanya.

DAP: Jika siling Hospital Serdang runtuh kali keempat, Subramaniam letak jawatan


Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika melawat siling runtuh di Hospital Serdang tahun lalu.Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika melawat siling runtuh di Hospital Serdang tahun lalu.DAP mencabar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam untuk meletakkan jawatan sekiranya siling di Hospital Serdang runtuh kali keeempat selepas insiden sebelumnya pernah mengakibatkan tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan cedera.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching, berkata keruntuhan siling di Hospital Serdang berlaku sebanyak tiga kali iaitu pada Januari 2011, Ogos 2012 dan September 2013.
“Saya mencabar Subramaniam untuk membuat akujanji seterusnya meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan jika siling di Hospital Serdang runtuh buat kali keempat.
"Subramaniam perlu menunjukkan beliau lebih berwibawa daripada bekas Menteri Kesihatan terdahulu, Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan mengambil langkah drastik untuk mengelak insiden yang sama berlaku sekali lagi.

PAC panggil dua kementerian, syarikat pelaburan negara berhubung Laporan Audit Negara 2012‎



Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil dua kementerian dan syarikat pelaburan negara untuk memberikan penjelasan berhubung pendedahan yang dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
The Malaysian Insider difahamkan antara yang akan dipanggil oleh jawatankuasa di bawah Parlimen itu adalah Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Khazanah Nasional Berhad selepas mesyuarat kedua PAC pada 23 Oktober depan.
Sumber yang enggan dikenali itu mengesahkan Khazanah dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung kelewatan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang menelan belanja sebanyak RM4 bilion berbanding peruntukan asal berjumlah RM1.6 bilion.
PAC juga akan menyoal Kementerian Kewangan berhubung isu Sistem Pendaratan Berpandu (ILS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang dilaporkan mempunyai 599 lubang di landasannya.
Manakala bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, PAC akan melihat berhubung isu pembelian empat peralatan pasukan Bomba untuk memecah dinding bangunan semasa operasi kebakaran, "Cobra Cutting Extinguisher E300" yang dibeli melalui rundingan terus bernilai RM1.68 juta.

TI-M gesa SPRM siasat dakwaan penyandang Naib Presiden Umno amal politik wang


Transparency International Malaysia (TI-M) mendakwa tiga penyandang Naib Presiden mengamalkan politik wang menjelang pemilihan parti itu esok dan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) campur tangan.
Presiden badan pemantau rasuah itu, Datuk Akhbar Satar (gambar), berkata pihaknya membuat dakwaan berkenaan selepas menerima beberapa maklum balas terhadap ketiga-tiga penyandang yang memegang jawatan menteri dalam Kabinet Datuk Seri Najib Razak.
"TI-M menerima banyak maklum balas mengenai terdapat sejumlah besar wang diedarkan tahun ini untuk membeli undi menjelang pemilihan Umno.
"Kami difahamkan penglibatan wang yang besar dan diedarkan pada program khas diadakan oleh penyandang Naib Presiden, yang juga memegang jawatan menteri kanan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, TI-M juga mempersoalkan peranan SPRM dalam menangani isu politik wang yang berlaku dalam Umno serta bukan hanya sekadar alasan masalah tersebut adalah masalah dalaman sesebuah parti.
"TI-M mahu tahu apakah tindakan SPRM dalam isu melibatkan politik wang ini.

Politik wang masih berleluasa dalam Umno

Dalam tempoh 48 jam sebelum pemilihan Umno 2013, perwakilan berkata wang ditaburkan dan ada kebimbangan mengenai kemungkinan manipulasi undi bagi memastikan kemenangan calon tertentu.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan sekutunya gigih berkempen untuk calon tertentu bagi merebut jawatan naib presiden terutama Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
“Persaingan sengit untuk menang semua jawatan. Ia seperti kejadian ‘ribut emas’,” kata seorang pejuang Umno kepada The Malaysian Insider sambil mendedahkan jumlah wang yang akan disalurkan pada pemilihan Sabtu ini.
Sebahagian 146,500 perwakilan daripada 191 bahagian menggunakan sistem pemilihan baru bagi memilih pemimpin mereka dalam pemilihan kali ini. Pemilihan di peringkat bahagian juga diadakan pada hari sama.
“Pastinya akan ada ‘hujan emas’ berlaku nanti,” kata seorang lagi sumber rasmi parti yang mendedahkan perwakilan akan mendapat kira-kira RM300 untuk setiap undi mereka.
Bagaimanapun, beliau tidak menamakan calon yang menggunakan wang untuk memenangi tiga jawatan naib presiden dan 25 ahli Majlis Tertinggi.

Hukum Baca 'GOSIP' Artis - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Bertudung Kerana Fesyen & 'Trend' Terkini - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Ikut Mazhab Lain - Ustaz Azhar Idrus

Tanda Rezeki BERKAT - Ustaz Azhar Idrus

Cara Solat Istisqa' (Solat Minta Hujan)..'Bawa Flowerhorn' - Ustaz Azhar Idrus

Patutkah Maafkan Orang Yang Tak Pernah Minta Maaf Dengan Kita? - Ustaz Azhar Idrus

PERWAKILAN PEMUDA UMNO BUTA HURUF ... TIDAK TAHU MEMBACA DAN MENULIS!

Bukan ada niat nak menghina maupun mengata .. tetapi ini adalah kisah fakta.

Sekurang-kurangnya 15 perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu dikesan buta huruf, sukar menulis nombor calon pilihan ketika proses pengundian kelmarin.

Yang dedahkan kisah ini bukannya dari Pakatan Rakyat tetapi Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian sendiri, Wan Abdul Rahman Wan Ismail.

Jadi memang betullah apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad betapa rakyat yang cerdik dihalang dari masuk UMNO .. Yang tinggal kini hanya yang kurang cerdik .. tetapi kes ini lagi teruk..sampai buta huruf.. langsung tidak tahu membaca dan menulis.

Itu hari ratusan ahli UMNO yang menawarkan diri untuk jadi ketua didapati muflis ... maksudnya yang tahu membaca dan menulis jadi muflis.

Patutlah mudah sangat ahli-ahli UMNO di tipu dan di perdayakan oleh para pemimpinnya.

Laporan Audit: Pakatan Rakyat mahu temui Najib


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat petang semalam memutuskan pertemua tersebut adalah penting bagi memastikan ketirisan dan penyelewengan yang dilaporkan itu dapat dihentikan dan tidak lagi berulang pada masa akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pertemuan tersebut akan membincangkan segala tindakan yang perlu diambil kepada mereka yang terlibat serta mencari satu mekanisma terbaik agar ia dapat diatasi daripada terus berulang.

"Apabila melihat laporan tersebut jelas menunjukkan pengurusan kewangan yang cukup lemah dalam pentadbiran agensi kerajaan.

"Perkara ini sentiasa berulang setiap tahun dan tidak ada satu pun tindakan diambil, atas kerisauan tersebut pada mesyuarat sebentar tadi kita telah mengulangi untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan mekanisma yang perlu diambil," jelasnya pada sidang media di ibupejabat PKR, petang semalam.

Mengapa saya mengkaji PAS?

Oleh LIEW CHIN TONG 
SAYA cuba mengimbas pengalaman bagaimana saya mengenali PAS.  Pada tahun 1993, saya menghadiri satu "Kem Perpaduan", bersifat "basuh minda (brainwash)" ala-Biro Tatanegara.  Kemudian kami sebagai pelajar sekolah menengah persendirian Cina dari Klang, bersama beberapa orang pelajar India secara kebetulan mengisi "kuota perkauman" untuk satu rombongan lawatan sambil belajar ke negeri Kelantan.

Apabila disebut lawatan sambil belajar, maka rombongan makan anginlah rupanya. 
Pada zaman itu, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat digambarkan sebagai orang jahat, dengan khabar angin bahawa Cina diharam makan babi di Kelantan, malah Kelantan adalah negeri paling miskin dan kebuluran.
Saya sebagai remaja mendapati realitinya agak berbeza dengan imej yang dipaparkan dalam media, apabila saya memijak di bumi itu sendiri.

Pada tahun 2000, saya bekerja sebagai setiausaha ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.  Giliran saya pula yang mengaturkan rombongan ke Kelantan dan Terengganu, sebagai salah satu usaha DAP untuk "memperbetulkan" imej PAS yang diputarbelitkan oleh BN di kalangan masyarakat Cina. 
Buat pertama kali saya bertemu dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang.  Pada masa itulah saya mengenali Hu Pang Chaw, Pengerusi Kelab Penyokong PAS.  Hubungan kami terjalin sehingga ke hari ini, dan beliau kini sudah menerajui Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Pada September 2001, saya berada di Australia untuk melanjutkan pengajian saya. 
Tiga peristiwa penting berlaku pada bulan sembilan itu.  Rumah yang saya sewa itu tidak memiliki televisyen.  Ketika serangan berlaku ke atas bangunan World Trade Centre pada 11 haribulan September 2001 saya sekadar "mendengar" bunyi bangunan kedua dilanggar melalui telefon, dalam satu panggilan daripada kawan Hong Kong saya. 

KALIMAH ALLAH: SAYANG NAMA ALLAH TAPI LANGGAR PERINTAH ALLAH? MANUSIA JENIS APA?

ISU kalimah Allah mula dihangatkan semula.  Kita sudah banyak kali ikuti penjelasan daripada beberapa tokoh agama yang bukan dari golongan 'terompah kayu', mereka berpendapat Orang-orang bukan Islam boleh gunakan kalimah Allah asalkan tidak disalahgunakan.  
Jika seseorang Non Muslim berkata kepada kita, "InsyaAllah, saya akan jumpa awak nanti".  Adakah kita mesti marahinya?  Adakah dia menghina kalimah Allah tersebut?  Andaikata ketika kita sedang sakit, rakan kita Non Muslim datang berziarah dan berkata, " Saya harap Tuhan Alla (Allah) akan sembuhkan penyakit awak", Adakah kita mesti marahi beliau dan mahukan beliau menggantikan kalimah Allah itu kepada Tuhannya?  Adakah beliau menghina nama Allah?
Tetapi, seandainya Non Muslim itu menyebut, "Allah" itu banyak anak...., "Allah" itu adalah patung ini...atau dia sebut "Allah" itu lah yang saya sembah sambil menunjukkan ke arah patung umpamanya, Maka jelas itu adalah bersalahan kerana menggunakan kalimah "Allah" secara yang tidak betul atau salah dengan sifat Allah yang sebenar.  Maka, waktu itu tindakan boleh diambil kerana menghina nama Allah, kecuali ia menterjemahkan kepada "God' Tuhan yang mereka yakini.

Isa Samad berharap undi Felda untuk menang pemilihan Umno

Calon Naib Presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Samad (gambar) yang berhadapan skandal dan tuduhan membabitkan Felda serta serangan penulis blog Umno mempertahankan langkah pelaburan yang diambil menguntungkan agensi itu dan peneroka, malah yakin akan membuat kejutan dalam pemilihan naib presiden Umno Sabtu ini.
Pengerusi Felda itu turut didakwa membuat laporan palsu kepada Bursa Malaysia berhubung peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Venture Berhad selain berdepan siasatan yang sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan pembelian kompleks apartmen mewah Felda bernilai £98 juta (RM497 juta).
"Biasalah, saya sudah lali dan masak dengan dakwaan dan tuduhan begini.
"Semakin hampir pemilihan Umno, macam-macamlah hendak dibangkitkan," kata Isa menolak tuduhan tersebut ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Pada masa sama, Isa optimis dengan peluangnya untuk memenangi jawatan Naib Presiden Umno walaupun berdepan dengan banyak nama besar.
"Insya Allah, peluang itu ada. Tunggu saja hari pemilihan nanti.
"Setakat ini respon yang saya dapat ke setiap tempat yang saya pergi sangat positif," katanya dan menambah beliau sudah melawat hampir seluruh lokasi peneroka Felda di seluruh negara untuk berkempen.
Harapan Isa untuk menang adalah sokongan padu 54 bahagian Umno yang mempunyai kawasan Felda di samping tapak sokongannya di Negeri Sembilan.
Isa berkata, isu pembelian dan pelaburan hartanah yang dilakukan oleh Felda tidak sewajarnya dipertikaikan kerana bukan hanya agensi itu mengambil langkah tersebut malah syarikat berkaitan kerajaan lain turut membuat pelaburan hartanah di luar negara.

Dakwa menghasut: Ali Rustam sedia bekerjasama dengan polis

Senator Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam (gambar) sedia bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan hasutan terhadapnya.
  
Beliau yang bertanding jawatan naib presiden Umno juga yakin siasatan polis itu tidak menjejaskan peluangnya dalam pemilihan Sabtu ini.
  
"Saya tidak kisah dengan tuduhan sedemikian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Pembiayaan Perniagaan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, di sini malam ini.
  
Terdahulu, polis mengesahkan satu kertas siasatan dibuka berhubung laporan Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana Lai Kuen Ban yang mendakwa Mohd Ali membuat kenyataan berbaur hasutan minggu lepas. – Bernama

In the Umno polls, money still talks, say warlords


In the last 48 hours before the 2013 Umno polls, delegates have been saying that money was being splashed around and there was fear that the votes could be manipulated to ensure certain people win.
The Malaysian Insider also learnt that victorious Wanita Umno leader Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil and her colleagues are campaigning heavily for some of the candidates in the vice-presidential race, particularly Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"The race is tight for all posts up for grabs. Let's just say there is a ribut emas (golden storm)," an Umno warlord told The Malaysian Insider, describing the amounts of money being distributed for tomorrow's election.
About 146,000 delegates in 191 divisions will vote in the first electoral-college style system to elect their national leaders. Umno will also hold divisional elections on the same day.
"There is definitely some hujan emas (golden storm) going on," another party official said, adding that delegates were getting as much as RM300 for their votes.