Selasa, 15 Oktober 2013

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Khutbah Hari Raya Aidiladha 1434H

Ong: Pemimpin MCA jangan "syok" sendiri

Jim Rogers: US is exceptional...it's largest debt nation in the world!

Feature: Silencing an independent Egyptian voice

Binatang dikorban, apa kaitan pengorbanan manusia


Wahai anakku,
Engkau pernah bertanya erti pengorbanan. Apa erti pengorbanan sebenarnya pada seseorang manusia terutamanya di Hari Raya Adiladha?
Apakah cukup sekadar menyembelih binatang-binatang ternakan? Yang dikorbankan itu binatang, apa pula kaitannya dengan pengorbanan manusia?

Wahai anakku,
Aktiviti menyembelih haiwan al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) dinamakan Qurban atau Udhiah.
Ia sebenarnya bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Antara salah satunya ialah untuk kamu memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

Wahai anakku,
Dalam aktiviti Qurban, kamu juga dapat menghayati nikmat bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah. Malah, kerana banyaknya aktiviti menderma untuk golongan fakir miskin, aktiviti Qurban ini juga dapat menanamkan rasa kasih sayang antara si kaya dengan si miskin.

Wahai anak kesayanganku, fadhilat yang kamu akan dapat daripada ibadah korban amat besar. Kamu akan dapat menambah amal kebajikan:

Media Antarabangsa Dedah Tujuan Umno Mengharamkan Kalimah Allah Kepada Penganut Kristian


Keputusan Mahkamah Rayuan menghalang penganut Kristian daripada menggunakan kalimah Allah dilihat sebagai usaha Umno memenangi semula sokongan orang Melayu menurut BBC dalam ruangan komentarnya semalam.
Wakilnya, Jennifer Pak yang hadir ketika keputusan dibacakan mahkamah menjelaskan bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana populasi penganut Kristian di Malaysia hanyalah 9%.
"Ramai yang percaya isu ini tercetus daripada pertelingkahan di antara Umno dan PAS tetapi isu sama juga yang dimainkan semasa dan selepas pilihanraya.
"Katanya, bukan semua umat Islam menyokong keputusan kerajaan untuk menghalang Kristian menggunakan kalimah itu tetapi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang terlalu bersemangat menyokong usaha itu.
Sementara itu, sebuah akhbar di Emiriah Arab Bersatu (UAE), The National terkejut dengan keputusan yang dibacakan oleh Mahkamah Rayuan semalam."Keputusan mahkamah Malaysia bukan sahaja bercanggah dengan amalan beragama tetapi sejarah kalimah itu sendiri. 

‘Jauhi program Anwar’ amaran kerajaan BN kepada pelajar Malaysia di Australia

AmaranADELAIDE, AUSTRALIA 15 OKT: Kerajaan memberi amaran kepada pelajar Malaysia di Australia agar ‘menjauhkan diri’ dari menghadiri sesi awam bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’.
Surat amaran tersebut dikeluarkan pegawai penasihat pelajar, Sharezan Md Sheriff dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dipercayai kepada semua penerima biasiswa JPA.
“Jauhkan diri anda dari menyertai aktiviti ini. Saya tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang terlibat.
“Anda bijak untuk berfikir daripada melakukan aktiviti yang boleh menyulitkan anda mengekalkan gred yang menyebabkan biasiswa daripada ditarik semula.
“Anda cukup tahu apa yang ditandatangani,” kandungan surat amaran dipetik dan dikirmkan kepada Keadilandaily.

Penerbitan terdahulu menggunakan kalimah Allah akan ditarik balik - Menteri

Allah not exclusive to Muslims, government declares ban only applies to Herald

The ban on the use of the word Allah only applies to the Catholic weekly, Herald, and not other Christian publications or the Al-Kitab, the Bahasa Malaysia bible which is widely used in Sabah and Sarawak, said Deputy Home Minister Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (pic).
He said the Cabinet decision to allow the use of Allah in Bahasa Malaysia or native language bibles in Sabah and Sarawak and the assurance given by Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud in 2011 still stand, thereby suggesting that the government does not believe that the word is exclusive to Muslims.
But the issue (the ban on the word Allah in the Herald) is not over yet, he added, and believed there would be an appeal to the Federal Court.
He added that the decision made by the Federal Court later could change all that.
However, he said the Federal Court ruling could still be over-ridden by a political decision.
“Decisions made by the courts are case laws. Even though they become part of the law of the country, they are normally not enforceable.
“That means you can't get the police or other agencies to enforce them. They are not statute laws (laws passed by parliament),” he told reporters after joining his constituents in Kampung Tabuan Hilir in the slaughtering of cows and distribution of meat to the poor in conjunction with Hari Raya Aidil Adha.

Amaran Buat Perkasa: Keputusan mahkamah tidak terpakai di Sabah dan Sarawak, kata Wan Junaidi


Perkasa disaran tidak membabitkan negeri di Malaysia Timur terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam.Perkasa disaran tidak membabitkan negeri di Malaysia Timur terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam.Larangan penggunaan kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan semalam hanya terpakai kepada akhbar mingguan Katolik, Herald dan bukannya kepada penerbitan Kristian lain atau Bible dalam bahasa Melayu, Al-Kitab yang digunakan di Sabah dan Sarawak, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata keputusan Kabinet membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Al-Kitab di Sabah dan Sarawak serta jaminan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 2011 masih terpakai.
Katanya, isu ini masih belum selesai dan beliau percaya kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.
"Saya percaya akan ada lagi semakan kehakiman."
Wan Junaidi berkata keputusan oleh Mahkamah Persekutuan kelak akan mengakhiri segala perkara berbangkit.
Katanya, keputusan Mahkamah Persekutuan nanti akan dipolitikkan oleh pihak tertentu.
"Keputusan yang diputuskan mahkamah adalah berpandukan Perlembagaan dan tidak menerima tekanan daripada sesiapa.
"Bermakna polis atau agensi lain tidak mempengaruhi keputusan mereka," katanya ketika ditemui dalam satu acara penyembelihan korban di Tabuan Hilir, Sarawak.

Anwar: Insaf erti pengorbanan dalam mencapai darjat taqwa

Anwar-hari-rayaKUALA LUMPUR 15 OKT: Ibadah korban adalah iktibar dalam usaha menjiwai erti ketaatan perintah Allah untuk mencapai darjat kemuliaan manusia.
Dalam ucapan sempena sambutan hari raya Aidil-Adha hari ini, Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ibadah qorban adalah ujian kesabaran dalam melaksanakan perintah-Nya.
“(Salam) Eiul Adha, mubarak. Menginsafi erti pengorbanan dan kesucian pengabdian kepada Allah.
“Merintih lantaran kekerdilan dalam mencapai derajat taqwa,” tulis Anwar dalam ucapan Aidil-Adha di laman twitternya.
Justeru, rakyat Malaysia diseluruh negara dianjur menyemai semangat pengorbanan dan menjalin silaturahim dalam usaha mengangkat martabat rakyat.
Anwar akan berada di Cherok To’ Kun esok di kawasan parlimennya di Permatang Pauh untuk sambutan hari raya Aidil-Adha.
Manakala pada sebelah petangnya, dijadualkan satu pertemuan bersama Majlis Pimpinan KEADILAN Pulau Pinang di Yayasan Aman, Permatang Pauh.

MTUC cadang tiga perkara utama untuk Belanjawan 2014

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan tiga perkara utama berkaitan kepentingan rakyat untuk dipertimbangkan kerajaan dalam Belanjawan 2014, termasuk tidak melaksanakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
  
Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan berkata pelaksanaan GST akan memberi impak kepada golongan berpendapatan rendah dengan mengambil kira kos barangan dan perkhidmatan pengguna yang semakin meningkat saban tahun.
  
"Pengguna perlu menanggung cukai penggunaan jika GST dilaksana dan ia pasti akan membebankan golongan berpendapatan rendah meskipun bayarannya adalah kecil," katanya ketika dihubungi Bernama.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dilapor berkata kerajaan sedang menjalankan kajian berkaitan GST bagi menilai impak terhadap kadar inflasi dan kaedah terbaik pelaksanaannya.
  
Beliau berkata pelaksanaan GST bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan merupakan satu daripada pendekatan jangka panjang kerajaan bagi meningkatkan hasil pendapatan negara.

Rakyat lihat rasuah macam dengar alunan muzik

TASEK GELUGOR: Umat Islam hari ini melihat rasuah, penyelewengan kerajaan, penindasan terhadap rakyat tidak ubah seperti mendengar alunan muzik
di corong radio.

Demikian intipati khubah Aidil Adha yang disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Surau Kampung Baru, Tasek Gelugor pagi tadi.

Menurutnya lagi, walaupun mengetahui indeks rasuah di Malaysia meningkat rakyat tidak mempedulikannya malahan terus memberikan mandat Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah.

Tabiat tersebut katanya, macam dengar lagu atau muzik pada mulanya sedap dan terikut mendendangkanya tetapi apabila agak lama sudah muak.

Tetapi, katanya apabila muncul lagu baru lagu lama terus dilupakan.

"Tabiat rakyat Malaysia terutamanya umat Islam bagaikan dengar irama lagu bila muncul lagu baru ramai yang minat tetapi bila dah lama masing-masing buat tak tahu," tegasnya.

PAS: Pertahan kemenangan tradisi Dun Sungai Limau


KUALA LUMPUR: Aidil Adha kali ini disambut dalam suasana parti berhadapan dengan pilihanraya kecil Sungai Limau, yang tentunya menjadi fokus bagi mempertahankan kemenangan tradisi di Dun tersebut.

“Aidil Adha menuntut pengorbanan setiap dari kita bagi menzahirkan ketaatan kepada Allah, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, pengorbanan dengan simbolik penyembelihan binatang korban adalah menifestasi ketaatan kepada Allah dan kesediaan kita sebagai hamba bagi mematuhi perintah Allah.

Jelasnya, pengorbanan harta adalah latihan diri ke arah pengorbanan diri dan nyawa demi mendaulatkan agama Allah.

Beliau berkata, perjuangan bagi menegakkan keadilan dan kemakmuran berteraskan amar ma'ruf nahi munkar (al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'kar) menuntut pengorbanan besar rakyat negara ini.

“Dalam menghadapi kemelut kegawatan ekonomi, sosial, kepimpinan dan nilai sejagat, kita perlu meningkatkan gerakerja, memantapkan organisasi serta meningkatkan daya juang bagi melakukan perubahan besar ke arah sebuah negara yang baik serta mendapat pengampunan Allah (بلدة طيبة ورب غفور),” ujarnya dalam satu kenyataan.

Israeli PM keen to keep pressure on Iran

Days away from collapse: 'US default could bring global chaos'

Iran and world powers begin nuclear talks

Obamacare: Reporting or distorting?

AES terus jadi beban kepada rakyat


Kerajaan memutuskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebelum ini, diselenggarakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sejauh mana keberkesanan sistem itu dapat dilaksanakan apabila berlaku pengambil alihan ini? Wartawan Harakah, NYZA AYOB mendapatkan butiran lanjut mengenai isu ini bersama peguam Kempen Anti Saman Ekor (Kase) Zul Hazmi Sharif (gambar) baru-baru ini.
HARAKAH: Kerajaan memutuskan serah operasi AES daripada JPJ kepada PDRM. Apakah ini boleh menyelesaikan segala isu bersangkutan dengan AES sebelum ini?

ZUL HAZMI SHARIF: Kerajaan menyerahkan operasi JPJ kepada PDRM  kononnya menilai semula AES. Apabila Dato' Seri Hishamudin Hussin umumkan perkara ini, ia bukannya penyelesaian. Ia hanya mengalih isu daripada satu masalah kepada satu perkara yang lain. Ia bukan menyelesaikan masalah tetapi merumitkan. Tetapi rakyat ramai yang tidak tahu. Mereka ingat ia penyelesaian masalah. Kenapa saya kata bukan penyelesaian? JPJ adalah kerajaan. Apabila dia mengatakan kerajaan mengambil alih AES, diserahkan kepada PDRM, itu bukan kerajaan ambil alih. Memang daripada awal lagi pelaksanaan AES dikendali kerajaan, bukan swasta. Yang melibatkan swasta hanya pemasangan kamera dan penyediaan sistem. Pelaksanaan dan operasinya adalah kerajaan. Jika dilihat pada FAQ AES yang ada dalam web site JPJ, agensi yang bertanggung jawab terhadap AES adalah Kementerian Pengangkutan. Macam mana boleh kata kerajaan ambil alih sedangkan daripada awal memang dikendali Kementerian Pengangkutan?

JPJ bertanggung jawab melaksana AES secara langsung...

MIROS bertanggungjawab dalam lokasi pemasangan kamera. JKJR pula bertanggung jawab dalam advokasi dan kempen kesedaran jalan raya mengenai AES. Jadi, di sini secara jelas menunjukkan AES hak milik kerajaan. Cuma sekarang peralihan tugas daripada JPJ kepada PDRM.

Sehingga kini kerajaan enggan dedahkan jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada syarikat terbabit, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn bhd sedangkan rakyat perlu tahu perkara ini.

KPN tidak profesional, macam pemimpin Umno


KUALA LUMPUR: Cabaran yang dibuat Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mencabar Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran supaya turut menyertai operasi pasukan polis untuk menggempur penjenayah berbahaya adalah suatu tindakan yang tidak profesional dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bertaraf Ketua Polis Negara (KPN).

“Sebagai seorang penjawat awam, Khalid seharusnya bersikap matang dan terbuka terhadap sebarang kritikan yang dibuat ke atas pasukan polis yang berada di bawah kendaliannya,” ujar Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi dalam satu kenyataan.
.
Katanya, adalah menjadi tanggungjawab seorang Ahli Parlimen seperti Surendran untuk membangkitkan isu yang berkait dengan kepentingan umum apatah lagi yang membabitkan soal nyawa dan keselamatan rakyat.

“Dalam hal ini, kami tidak langung mempersoalkan tugas hakiki polis menjaga keselamatan negara. Tetapi apabila Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas PDRM iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyebut dengan jelas bahawa polis akan mengamalkan polisi menembak terlebih dahulu (shoot first) terhadap suspek penjenayah.

“Ini adalah suatu yang perkara yang menakutkan dan turut memungkinkan mereka yang tidak bersalah akan menjadi mangsa di hujung senjata pasukan polis,” katanya lagi.

Maka, menurut beliau rakyat Malaysia apatah lagi seorang Ahli Parlimen berhak untuk mempersoalkan ‘arahan’ yang diberi Menteri Dalam Negeri tersebut.  

Kambing guna helah elak jadi korban

 Menyamar jadi harimau......

Penganalisa: Sistem Pemilihan Umno Tidak Cermikan Suara Akar Umbi

Prof Datuk Mohamad Abu BakarSHAH ALAM,  15 OKT: Sistem pemilihan “satu bahagian satu undi” yang dipraktikkan dalam Pemilihan Umno 2013 tidak menzahirkan kehendak majoriti ahli akar umbi parti itu.
Penganalisa politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata melalui sistem seperti itu, pemimpin yang menang perebutan jawatan tidak semestinya menang dari segi undi popular.
Ini berbeza dengan sistem pemilihan “satu ahli satu undi” yang diamalkan PKR dan memberi kuasa kepada setiap ahli untuk memilih pemimpin mereka hingga ke peringkat tertinggi.
“Saya tak begitu pasti sejauh mana sistem ini mampu memberi kesan transformasi pemilihan.
“Cuma yang digembar-gemburkan kononnya suatu suasana yang lebih demokratik sudah menjalar dalam kepimpinan dan pemilihan Umno tetapi apakah perasaan peringkat yang berbagai itu benar-benar dapat disalurkan dari segi pemilihan akhir, itu sukar untuk disukat,” kata pensyarah Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM) itu.

Kapal bawa REO Lynas dari Australia tiba di Kuantan malam ini

KUANTAN 15 OKTOBER: Kapal yang membawa REO Lynas (rare earth oxides) dari Australia kini berada di perairan Singapura dan dijangka tiba di pelabuhan Kuantan malam ini.
“Kapal membawa REO Lynas dari Austrlia dah sampai ke perairan Singapura.
“Jom kumpul di Gebeng malam ni,” tulis ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh di twitter, kira-kira jam 10 pagi tadi.
Kapal bawa REO Lynas di perarian Singapura, dijangka tiba di Kuantan malam ini
Kapal bawa REO Lynas di perarian Singapura, dijangka tiba di Kuantan malam ini
Manakala di facebook Fuziah Salleh, beliau menyeru orang ramai termasuk aktivis alam sekitar untuk berhimpun di pelabuhan Kuantan bersama kumpulan SMSL (Save Malaysia, Stop Lynas) dan Gabungan Membantah Lynas (SLC).
“Pandu kereta anda ke sana dan bunyikan hon,” kata Fuziah.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu, Lee Chean Chung memaklumkan, pihaknya menyeru orang ramai berhimpun di Pusat Komuniti DUN Semambu di Jalan Haji Ahmad jam 9.15 malam ini.

Tugas polis tangani jenayah, laksana syor Suruhanjaya

jenayah_salah_siapaKUALA LUMPUR 15 OKT: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, kritikan utama Pakatan Rakyat ialah kelemahan profesionalisme PDRM seperti yang dibangkitkan Suruhanjaya Siasatan Diraja Polis sejak 2004. 
“Cabaran KPN kepada seorang pembuat undang-undang tak profesional, bercanggah dengan hak rakyat Malaysia untuk berasa aman dan dilindungi daripada jenayah,” kata Nurul dalam kenyataan.
Tambahnya, kebimbangan rakyat Malaysia terhadap jenayah dikongsi bersama, tidak mengira fahaman politik.
Dalam pada itu, Nurul turut mempersoalkan prosedur operasi yang dilakukan polis, berbanding statistik jenayah yang menunjukkan penurunan.
“Pada 2010, polis mengatakan ada penurunan tujuh peratus, 2011 (9%) dan antara bulan Januari hingga Jun 2012 (5.13%).
“Persoalannya, mengapa pemerintah secara jelas mengabaikan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja Polis (2004) untuk neningkatkan fasiliti PDRM? soal Izzah.

DAP beri amaran keras kepada media pro-kerajaan BN dan ahli ingkar


DAP melancarkan perang ke atas media pro-kerajaan Barisan Nasional (BN) dan ahli ingkar yang mempunyai tujuan untuk mensabotaj parti, kata Setiausaha Agung, Lim Guan Eng (gambar).
Parti tersebut telah mengarahkan Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban, untuk menyiasat dan mengambil tindakan disiplin ke atas ahli parti tetapi mempuyai "hati BN" yang mahu memusnahkan dan mensabotaj DAP.
"Loke akan menghantar aduan rasmi dan jika mempunyai asas untuk tindakan susulan, isu tersebut akan dibawa ke jawatankuasa disiplin yang diketuai Timbalan Pengerusi DAP dan juga MP Cheras, Tan Kok Wai," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Lim juga berkata, Pengerusi Biro Undang-undang DAP dan juga MP Puchong, Gobind Singh Deo bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang dikuasai BN seperti New Straits Times dan Utusan Malaysia, yang terus memfitnah parti.

Dr Morsi Tetap Tolak Kudeta



Keluarga presiden yang digulingkan, Muhammad Mursi, kembali mengaskan melalui surat pernyataan rasmi menjelang Idul Adha baahwa mereka akan tetap pada pendirian awal menolak kudeta tentera. Mereka menolak segala bentuk kompromi dan perundingan, demikian republika dipetik.

"Surat pernyataan yang dibacakan oleh Osama Mursi mewakili keluarga Mursi pada Ahad itu menegaskan bahwa Presiden Mursi tetap pada pendiriannya sebagai presiden yang sah," demikian kenyataan rasmi Ikhwanul Mulimin, Rab'ah Today, seperti dikutip MINA.

Keluarga Mursi juga menegaskan bahwa mereka tidak akan berundur untuk memperjuangkan kesahihan kepemimpinan Mursi sekalipun nyawa menjadi taruhannya.

Guan Eng declares war on DAP members who wear ROCKET BADGES but have BN HEARTS!

Guan Eng declares war on DAP members who wear ROCKET BADGES but have BN HEARTS!
DAP National Organising Secretary Sdr Anthony Loke and DAP Legal Bureau head Sdr Gobind Singh Deo have been respectively directed to investigate and take disciplinary action against party members “wearing Rocket badges but have BN hearts” who try to destroy and sabotage DAP as well as take legal action against BN-controlled media who persist in defaming DAP with lies.
The MP for Seremban and State Assemblyman for Chenaah Sdr Anthony Loke will then be requested to submit a formal complaint, if there is a basis for futher action, to the party’s Disciplinary Committee headed by DAP Deputy Chair and MP for Cheras Sdr Tan Kok Wai. At the same time Sdr Gobind will study the statements published by the BN-controlled media to file defamation suits immediately to protect the party from being subjected to further attacks that may give opportunities for any harsh or oppressive action by the Registrar of Societies(ROS).
International accounting firm - don't play play
DAP had created history by being the first political party in Malaysia to appoint an international accounting firm to monitor the entire re-election process from the issuance of notices to delegates to the counting process. This party re-election on 29 September 2013 was forced upon the DAP by the ROS who had refused to give any reason for doing so.
The party leadership was forced to accept this directive and conduct re-elections to avoid further action by the ROS, including de-registration of the DAP. However those DAP members aligned to the ROS who had asked the party to conduct re-elections then suddenly changed their position by trying to stop the re-elections by filing a court injunction. In a decision on 27 September 2013, the Kuala Lumpur High Court threw out the application by a party member aligned with ROS, and allowed DAP to proceed with the re-elections to elect 20 Central Executive(CEC) members.
The party re-elections was successfully conducted on 29 September 2013 and the same team of 20 CEC members was voted in similar to the one at the last Party Congress on 15 December 2012. In other words the DAP party re-elections and the CEC is both lawful and legitimate because it has been validated both by the courts but most importantly democratically elected by the party delegates.

Dilema ‘Melayu Popular’

Ridhuan Tee


Saya harap rakan saya berbangsa Melayu tidak salah faham membaca artikel ini. Saya tidak memandang rendah kepada orang Melayu. Pada saya, semua bangsa dijadikan Allah SWT mempunyai kekuatannya tersendiri. Tidak ada istilah Melayu malas, bangsa lain rajin dan sebagainya, sebagaimana yang dipersepsikan. Semua bergantung kepada diri sendiri seperti kata-kata Pendita Za’ba, rupa tidak boleh berubah, tetapi perangai boleh diubah. Terpulang kepada kita, nak pilih yang mana!

Kebelakangan ini, terlalu banyak sangat ‘kelemahan’ Melayu sama ada yang saya lihat sendiri atau didedahkan. Saya yakin Melayu tahu dan memahaminya. Tetapi Melayu sengaja membiarkannya. Dalam apa jua bidang, Melayu bermasalah. Dalam politik, mereka saling tikam-menikam walaupun sesama parti. Saling fitnah-menfitnah, jatuh-menjatuh dan sebagainya. Dalam ekonomi, saling dengki-mendengki melihat orang lain berjaya. Bila tidak puas hati, berlaku santau-menyantau. Mereka tidak faham falsafah korban, walaupun tiap-tiap tahun menyambut hari raya korban.


Pendek kata, dalam apa jua profesion, Melayu bermasalah. Dalam perjawatan awam (juga swasta), politik untuk naik pangkat,. Oouuhhh! dahsyat. Untuk mencapai matlamat itu, maka kerjanya, membodek sepanjang masa untuk naik, walaupun kualiti kerja macam tahi.


Itu belum sebut lagi masalah sosial yang lain seperti gejala sosial remaja, dunia hiburan para artis, dadah, dedah, gejala tak solat, masalah keluarga, perceraian dan lain-lain. Berdasarkan statistik, setiap lima belas minit, akan lahir anak luar nikah dan pasangan Melayu bercerai. Semuanya ini ada kaitan dengan sikap Melayu itu sendiri dan kaitannya dengan mahu menjadi popular.


Mudah sahaja untuk menjadi popular di negara ini. Tidak perlu belajar tinggi-tinggi atau masuk universiti. Cukup sekadar masuk industri hiburan, tonjolkan kontroversi atau masuk pertandingan menyanyi, melawak, menonjol dalam sukan dan lain-lain berkaitan. Popularlah.

UMNO bahagian Johor Bahru bantah keputusan pemilihan

Azrul Azwar Ahmad Tajudin: Laporan Audit Negara 2012

Ong Kian Ming: Laporan Audit Negara 2012

PAS mahu Dr Mahathir dedahkan siapa masuk Umno untuk kaya

PAS menuntut bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyatakan secara spesifik individu yang dimaksudkannya "menyertai Umno nak kaya".
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menegaskan, perkara itu perlu bagi membolehkan perwakilan Umno untuk mengenalpasti calon yang akan dipilih mereka pada 19 Oktober depan.
"Saya kata macam ini bukan sebab saya sayang Umno. Tapi bila mereka itu dipilih dari kalangan perasuah, kerajaan tidak akan bebas," katanya kepada The Malaysian Insider semalam.
"Apabila perasuah menjadi pemimpin, ekonomi negara sudah pasti hancur," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.
Dr Mahathir sebelum ini menggesa supaya Umno dibersihkan menjelang pemilihan parti kerana ramai yang menyertai parti itu dakwanya semata-mata mahu menjadi kaya.
Anak beliau, Datuk Mukhriz Mahathir, merupakan salah seorang calon naib presiden yang akan dipilih oleh perwakilan Umno seluruh negara hujung minggu ini.
Dr Mahathir yang merupakan bekas perdana menteri paling lama berkidmat itu turut menggesa supaya pemimpin baru dan muda diberikan peluang kerana langkah tersebut akan mampu membersihkan Umno.

KJ tolak undi popular kerana mahu Khairul Azwan jadi naibnya?


Keputusan muktamad siapa pemenang yang sebenar bagi jawatan Naib Ketua Pemuda Umno bakal ditentukan melalui undi popular. Ini berikutan dua calonnya iaitu Khairul Azwan Harun dan Jamawi Jaafar masing-masing memperolehi 73 undi daripada bahagian-bahagian yang membuat pilihan pada Sabtu lalu.
Berikutan itu, Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh Tajol Rosli memutuskan bahawa undi popular daripada 73 bahagian yang diperolehi oleh kedua-dua calon itu akan dikira bagi memutuskan siapa pemenang bagi jawatan kedua tertinggi dalam Pergerakan Pemuda Umno itu.
Oleh kerana ia melibatkan pengiraan jumlah undi yang banyak, maka proses penjumlahan itu hanya akan dibuat selepas Hari Raya Haji.
Namun belum pun lama pengumuman itu dibuat, Khairy Jamaluddin (KJ) yang sudah pun ditabalkan sebagai Ketua Pemuda Umno bagi penggal kedua dengan memperolehi 189 undi seakan tidak bersetuju dengan penentuan melalui undi popular itu, sebaliknya mahu penentuannya dibuat melalui undi daripada Pemuda Umno Gelang Patah yang tidak bermesyuarat pada 12 Oktober lalu berikutan wujudnya pertikaian dalaman sehingga menyebabkan ianya ditangguhkan.
Tarikh mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Gelang Patah akan dijalankan dalam masa yang terdekat ini, tetapi belum ditentukan tarikhnya.
Kenapa KJ menolak sistem undi popular dan mahukan penentuan dibuat melalui undi Gelang Patah?
Sejak keputusan pilihan raya lalu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kalah undi popular kepada Pakatan Rakyat, undi popular seperti hantu yang menakutkan bagi pemimpin-pemimpin Umno. Walaupun Umno melaksanakan sistem pemilihan daripada undi akar umbi tetapi sistem undi popular tidak digunakan, sebaliknya kaedah electoral college atau 1 bahagian 1 undi yang dipilih.
Tidak disangka pula KJ yang kelihatan gagah dan berani pun rupa-rupanya fobia juga dengan sistem undi popular ini. Seharusnya apabila Jawatankuasa Pemilihan sudah memutuskan mahu menentukan pemenang antara Khairul Azwan dan Jamawi melalui kaedah undi popular, KJ tidak perlu campurtangan lagi.

Hukum Nikah Dua Kali - Ustaz Azhar Idrus