Isnin, 14 Oktober 2013

Korban melampaui daging & darah



 
Insya-Allah esok kita akan menyambut Aidiladha Al-Mubarak. Apa yang signifikan dalam sambutan hari kebesaran ini, acara korban dilakukan semata-mata untuk mendapat pahala daripada Allah taala.

Umat Islam seluruh dunia akan melakukan aktiviti korban sebagai manifestasi pembuktian ikhlas kita dengan Allah melalui penyembelihan.

Seluruh dunia bakal menyaksikan tumbangnya ribuan haiwan yang bakal dikorban kerana Allah. Kita mulakan korban dengan kalimah Allahu akbar dan kasih sayang kerana Allah.

Semua kita mengetahui bahawa dalam majlis korban, bukanlah daging dan darah yang diinginkan Allah, tetapi keikhlasan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi hubungan hamba dan Pencipta.

Bagaimana ikhlas mampu menjadi asas pembinaan takwa? Pertama, korban ditandai dengan kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Relevankah lagi Umno-BN tadbir negara?

Oleh RAYUSA
PARTI Umno tentu bermatimatian untuk memenangi pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, 4 November depan demi menjaga “air muka” Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir yang baharu berkuasa.


Namun, meskipun sedang “berusaha,” antaranya dengan tidak menaikkan sekali lagi harga petrol RON95 (meskipun telah bercadang begitu), diharap Laporan Ketua Audit Negara 2012, 1 Oktober lalu mampu membunuh impian tersebut. Walaupun laporan tersebut menyesakkan nafas, bagi Pakatan Rakyat dan penyokong, ia tambah memperkuat alasan dan kemunasabahan bahawa Umno-BN tidak layak terus mentadbir negara.
Empat hari kemudian, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi meneliti dan mengkaji laporan berkenaan.
Meskipun baik, diharap penubuhan jawatankuasa itu yang Dr Ali sendiri menjadi pengerusinya, serta dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Peguam Negara, pegawai SPRM, Kementerian Kewangan Malaysia dan PDRM bukan kerana tidak percaya atau menolak kenyataan.
Difahamkan jawatankuasa itu akan mengambil tindakan susulan, termasuk tindakan tegas ke atas mereka yang didapati terlibat dalam sebarang salah laku serta penyelewengan dalam sistem tadbir urus kewangan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.
Diharap jawatankuasa tersebut tidak “memilih bulu.” Dalam masa sama, rakyat juga perlu berfikir sedalam-dalamnya adakah Umno-BN masih relevan menjadi kerajaan!

Zahid Hamidi, King Ghaz Jr?

Oleh ALI BUKHARI AMIR
“DEMI sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata.” (maksud Surah An- Naml, ayat 21)
Tabiat marah-marah penguasa ke atas wartawan ini bukan tiada asasnya di dalam al-Quran.


Seorang raja teragung bertaraf nabi pada zaman nan silam, Raja Sulaiman a.s pernah mengugut akan menyembelih ‘seekor wartawan’; burung Hud Hud jika burung itu gagal menyatakan alasan yang jelas berhubung ketidakhadirannya dalam sebuah perbarisan pada suatu pagi. Dalil tentang wujudnya darjat ‘kepemberitaan’ burung Hud Hud ini dirujuk pada ayat selepasnya, “Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata: ‘Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba’ dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya. (Surah An- Naml, ayat 22)
Jelas, Hud Hud adalah ‘wartawan’ pembawa khabar berita yang benar, ‘naba’in yaqiinin’ (khabar berita yang diyakini kebenarannya) dan kebenaran berita itu yang menyelamatkan dirinya daripada menjadi korban sembelihan oleh penguasa negara.

Orang muda, masa depan Pas

Jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat antara yang dijangka akan mencuri tumpuan ramai pada Muktamar Pas ke-59, bulan hadapan. Ini kerana siapa yang mendudukinya, dianggap mampu menjadi bayangan akan kepimpinan parti itu pada masa akan datang. Dalam situasi semasa Pas, ada pihak meramalkan proses peralihan kepimpinan dalam parti itu. Banyak pihak mengintai peluang merebut jawatan itu.

Penyandang jawatan itu kelak akan menentukan sama ada kesinambungan corak kepimpinan Pas pada hari ini akan diteruskan atau menggunakan pendekatan berbeza. Sejarah lalu memperlihatkan, individu yang pernah menyandang jawatan ini bukan calang-calang orang antaranya Datuk Mustafa Ali, Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub. Penyandangnya, Nasrudin Hassan pula menerajui Pemuda Pas sejak 2009 dan beliau antara individu yang disebut-sebut antara bakat yang dijangka mampu mewarisi kepimpinan Pas suatu hari nanti.

Wartawan SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN dan NURULFATIHA MUAH mendapatkan pandangan Nasrudin mengenai kedudukannya dalam Pas dan hala tuju parti itu dalam agenda memperjuangkan Islam.


Pada muktamar nanti, adakah YB mahu mempertahankan jawatan atau bertanding di peringkat lebih tinggi?

Sehingga hari ini, saya belum buat keputusan. Saya tunggu semua mesyuarat agung Pemuda Pas kawasan dan negeri selesai kerana tidak mahu mengganggu konsentrasi fokus Pemuda bermesyuarat yang akan berakhir pada 10 November ini. Selepas tarikh itu, baru saya nyatakan pendirian.
Peguam, Zulhazmi Shariff paling awal menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Pas. Apa pandangan YB?

Scores killed following carbomb explosion in town held by Syrian rebels near Turkish border

Firing Line: Syrian locals take up arms to fight extremists

LIVE BLAST: Twin Damascus explosions caught on Syrian TV

KAN DAH KENA: PERWAKILAN UMNO BERTARAF HANTU MENGUNDI SEMASA PEMILIHAN PEMUDA UMNO!!


Ingatkan hantu berkeliaran semasa PRU dan PRK ... rupa-rupanya hantu juga turut bangkit untuk menjadi perwakilan UMNO.

Dulu semasa Pakatan Rakyat bangkitkan isu pengundi UMNO .. bukan main lagi riuh rendah gegak gempita bising satu dunia kononnya para pemimpin Pakatan Rakyat mereka cipta isu .... Nah!!!! sekarang orang UMNO sendiri dedahkan kepada dunia betapa ada perwakilan hantu di UMNO Bahagian Gelang Patah, negeri tempat kelahiran UMNO.

JOHOR NEGERI KELAHIRAN UMNO MAKA MUNGKIN DISITU JUGA LAHIR MEMBIAKNYA HANTU-HANTU.

UMNO DENGAN HANTU TIDAK DAPAT DIPISAHKAN. ... DARI PERANGAI HANTU SAMPAILAH MENJADI PERWAKILAN HANTU.

'Umno lingkup jika MT hanya cium tangan PM'

'Spesis Pengampu'

Zionis Al-Sisi hadapi tekanan jiwa, ambil pil penenang


KUALA LUMPUR: Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dilaporkan mengalami tekanan jiwa dan terpaksa mengambil penenang.

Memetik daripada facebook #prihatinmesir Al-Sisi dikatakan tidak tidur di rumahnya, tidak menaiki kenderaannya, tidak menggunakan handphone dan memakai baju kalis peluru 24 jam.

Perkara itu ditulis oleh Kolenal Omar Afifi, bekas pegawai keselamatan Mesir yang tinggal di Amerika di dalam facebooknya, semalam.

Berikut petikan itu.

Kolenal Omar Afifi bekas pegawai keselamatan Mesir yg tinggal di Amerika menulis dlm facebooknya, menegaskan bhw Sisi menghadapi tekanan jiwa, hidup dlm ketakutan, mengambil pil penenang, tidak tidur di rumahnya, tidak menaiki kenderaannya, tidak menggunakan handphone dan memakai baju kalis peluru 24 jam.

Penting:

Dua hari lepas Sisi menukar majoriti bodyguardnya dengan bodyguard baru dari kalangan ahli keluarganya dengan memberikan harta, keistimewaan, rumah, kereta dan pelbagai lagi.

Sisi juga menukarkan tempat tidurnya setiap hari di banglo khas pasukan keselamatan dan perisikan perang dan banglo rahsia di kawasan tentera.
Siapapun di kalangan bodyguardnya tidak mengetahui di mana tempat beliau akan tidur kecuali setelah sampai di tempat tersebut.

Bagi UMNO, rasuah,salahguna kuasa bukanlah satu dosa tapi satu hak pemimpin depa...

Kemenangan pemimpin terpalit skandal petanda UMNO hidapi sindrom beku,jumud...

Kemenangan pemimpin terpalit skandal dana awam dan politik wang dalam Pemilihan Umno 2013 menunjukkan ahli parti itu tidak menganggap perbuatan salahguna kuasa dan rasuah sebagai satu dosa, sebaliknya menganggapnya sebagai hak pemimpin mereka.

Menurut pengananalis politik, Dr Maszlee Malik, kemenangan pemimpin dari golongan itu sekaligus membuktikan Umno bukan sahaja masih takut hendak berubah, malah turut dilanda sindrom beku dan jumud.

“Masalahnya mereka tak anggap rasuah itu sebagai rasuah tetapi anggap sebagai hak pemimpin Umno dan mana-mana Menteri dan ini menyebabkan pemimpin terus bertindak sewenang-wenangnya.

“Mereka sudah selesa dalam keadaan ini, jadi mengapa mereka perlu berubah?” Soal pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu ketika dihubungi TV Selangor.

Ezam akan ambil tindakan terhadap macai yang pukul macai..ha..ha..ha...dimanapun Sd Johari duduk tetap kena belasah...!!

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Ezam Mohd Nor tidak menolak kemungkinan ahli Umno yang terlibat dalam pergaduhan dan mencederakan perwakilan lain boleh dipecat serta merta sebagai ahli kerana ia menjejaskan imej parti itu.

Beliau menegaskan, tindakan tegas akan diambil tanpa mengira status dalam parti kerana Umno tidak boleh menerima budaya dalam perjuangan parti.

"Kita akan ambil keputusan yang tegas dan mungkin memecat mana-mana ahli yang terlibat dalam kes sebegini, siapa pun, kita tidak kira siapa.

"Sesiapa pun yang masuk parti dan perjuangan ini, kena letakkan nama baik perjuangan mengatasi segala-galanya.

"Kalau kita emosi dan sanggup mencemarkan imej parti seperti ini, kita tidak boleh kompromi," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, lewat malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut insiden seorang perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja yang dicederakan oleh bekas calon Ketua Pemuda Umno bahagian itu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan tersebut.

Perutusan Aidiladha Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim

khalid_ibrahimAssalamualikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh
Muslimin dan Muslimat yang Dikasihi Allah;
Saban tahun, bermula dari tergelincirnya matahari pada 9 Zulhijah hingga terbit fajar 10 Zulhijah, jutaan tetamu Allah sedang berkumpul di Padang Arafah untuk berwukuf dan melakukan amal-amal makruf sebagai pelengkap mengerjakan rukun Islam yang kelima, iaitu menunaikan haji di Makkah Al-Mukarramah.
Setiap tetamu Allah pada musim haji, tidak mengira bangsa atau keturunan, tidak mengira kedudukan, tidak mengira jantina; yang miskin, yang kaya, yang cacat anggota tubuh, yang cacat penglihatan, semuanya terikat dengan rukun, syarat dan tertib mengerjakan rukun Islam yang kelima itu agar mendapat haji mabrur.
Pada tahun 2013 ini, kita di Malaysia menyambut Hari Raya Haji atau Aidiladha pada Selasa, 15 Oktober. Umat Islam di seluruh dunia, dan kita di Malaysia dituntut supaya berkorban ternakan seperti lembu, kambing, bebiri atau unta, menurut kemampuan. Ibadah korban hendaklah dilakukan pada tarikh berwukuf di Padang Arafah, atau terakhir pada hari keempatnya. Marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahuwataala yang memberi kita kesempatan untuk bersama meraikan hari mulia ini.
Kita maklum, ibadah korban mempunyai maksud yang mulia dan berkait secara langsung dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam dalam menjalankan perintah Allah dan kesabaran yang tinggi, Nabi Ismail Alaihissalam.

Silap Mata PAU: Sistem ‘electoral college’ menguntungkan penyandang?

Tempoh kempen yang terhad membuatkan pencabar jawatan tidak ada masa untuk menjelajah ke seluruh negara.

PETALING JAYA: Ketiga-tiga sayap Umno sudah pun bersidang pada 12 Oktober lalu. Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Sharizat Jalil berjaya mempertahankan kerusi sebagai Ketua Pemuda dan Ketua Wanita manakala pergerakan puteri memiliki ketuanya yang baru, Mas Ermieyati Samsuddin.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan meraih 99 peratus undi (189 undi) apabila keputusan Pasir Gudang ditangguhkan manakala Pensiangan membuat keputusan tidak mahu mengundi sesiapa. Khairy mengalahkan lima pencabar Akramsyah Sanusi, Syed Rosli Syed Harman, Abd Karim Ali dan Irwan Ambak. Mereka berempat tidak mendapat sebarang undi.
Mengulas kekalahan ini, Syed Rosli mencadangkan supaya pada pemilihan tahun 2016, sistem “electoral college” tidak digunakan lagi. Katanya, sistem ini menguntungkan penyandang jawatan.
Tempoh kempen yang terhad membuatkan pencabar jawatan tidak ada masa untuk menjelajah ke seluruh negara. Untuk menang, setiap calon memerlukan 96 undi.Maknanya mereka perlu menemui 96 ketua pemuda bahagian.
Sebaliknya penyandang jawatan seperti Khairy bebeas menjelajah ke seluruh negara berselindung di sebalik program kementerian.
Pada mulanya jawatankuasa pemilih kata calon-calon tidak boleh berkempen menemui setiap perwakilan tetapi di saat-saat akhir calon-calon dibolehkan berkempen pula tetapi ia sudah terlambat bagi calon-calon untuk bergerak menemui perwakilan di seluruh negara.

Kalimah Allah : Bukan alasan wujudkan ketegangan agama

isu kalimah allah
SHAH ALAM 14 OKT : Keputusan Mahkamah Rayuan menghalang Gereja Katolik daripada menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald bukan alasan mana-mana pihak mewujudkan ketegangan agama, permusuhan dan kebencian.
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata ketegangan yang berlaku berhubung isu kalimah Allah yang menggunakan pendekatan rasis dan ekstrem dihentikan segara agar suasana tidak bertambah tegang.
Katanya, perlu diadakan pertemuan lebih kerap antara pimpinan agama, politik dan badan bukan kerajaan bagi mempertingkatkan toleransi dan hormat menghormati antara pelbagai agama di negara ini.
“Sebelum ini kurang berlaku pertemuan yang untuk mengurangkan rasa kecurigaan antara satu sama lain.
“Jika banyak pertemuan diadakan sudah pasti suasana agak tegang ini dapat dikurangkan,” kata Dr Manuty ketika dihubungi TVSelangor.
Kata Dr Manuty, dialog antara agama perlu diperbanyakkan bertujuan untuk memperbaiki ruang toleransi yang dibenarkan agar lebih memahami antara satu sama lain.

Kaum ibu pula bantah Lynas


KUALA LUMPUR: Satu lagi badan bukan kerajaan (NGO) muncul bagi menyatakan bantahan terhadap operasi kilang Lynas di Gebeng, Kuantan.

NGO diberi nama Kaum Ibu Kuantan dan Balok itu menentang keras  tindakan kerajaan mengeluarkan lesen import kepada Lynas untuk membawa masuk nadir bumi dari Australia Barat yang dijadual tiba di Pelabuhan Kuantan pada 16 Oktober ini.

"Kami, kaum ibu dari Kuantan dan Balok , ingin menyuarakan rasa sedih dan marah kami di atas kegagalan kerajaan Malaysia untuk menutup kilang Lynas daripada beroperasi dengan mengeluarkan Lesen Operasi Sementara (TOL) pada bulan Januari 2012; dan sekarang mengeluarkan lesen mengimport kepada Lynas untuk membawa masuk nadir bumi dari Western Australia yang dijangka tiba di Pelabuhan Kuantan pada awal pagi 16 Oktober 2013," kata jurucakap kumpulan terbabit,  Rahimah Abdul Majid  dan Nurhaniza Ali.

Dalam satu kenyataan media, mereka berkata, risiko dan bahaya dari hasil pemprosesan nadir bumi adalah terbukti serius terhadap kesihatan, alam sekitar, kesejahteraan dan industri tempatan terutamanya industri perikanan dan pelancongan.

Politik penaungan punca Umno terus berkuasa


KOTA BHARU: Amalan politik penaungan yang menjadi pegangan Umno membolehkan parti itu terus menguasai pentadbiran negara sejak merdeka sehingga sekarang.

Penganalisis politik dari UKM, Prof Madya Datuk Dr Muhamad Agus Yusof berkata, politik penaungan menggunakan sepenuhnya kuasa wang bagi menguasai rakyat.

“Kerana amalan penaungan menyebabkan Umno terus boleh berkuasa di negara ini,” katanya pada program Sembang Politik anjuran sebuah NGO di sini malam tadi.

Turut bertindak sebagai penalis Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dari UMK, manakala anggota parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah bertindak sebagai moderator.

Program itu merupakan penampilan pertama Dr Abu Hassan sejak bertugas sebagai dekan di UMK Kampus Bachok.

Sebelum itu seorang peserta memberitahu beliau bimbang budaya mengumpankan rakyat dengan pelbagai bantuan termasuk BR1M bagi membolehkan parti terbabit kekal di tampuk kuasa.

Malaysia perlu laksana GST untuk kurangkan defisit bajet, kata pakar ekonomi

Malaysia perlu melaksanakan sekatan perbelanjaan dan meningkatkan perolehan cukai sebagai sebahagian daripada  usaha untuk mengurangkan defisit bajet, kata Dr Shane Oliver, Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Pakar Ekonomi di AMP Capital Investors.

"Secara idealnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak patut menyasarkan untuk mengurangkan defisit bajet secara berperingkat, bukan secara tiba-tiba untuk mengelakkan pertumbuhan ekonomi terjejas, tetapi mencukupi untuk memberi keyakinan kepada pelabur.

"Ini patut dilaksanakan dengan satu campuran sekatan perbelanjaan dan peningkatan perolehan cukai," katanya kepada Bernama.

Mengenai sekatan perbelanjaan, Oliver berkata kerajaan patut menumpukan kepada perbelanjaan sebanyak mungkin kepada meningkatkan prasarana kerana ini akan mendorong pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Part 2 | Perbahasan Belanjawan Kelantan 2014 | YB Hj Zulkifli | 8 Okt 2013

Part 1 | Perbahasan Belanjawan Kelantan 2014 | YB Hj Zulkifli | 8 Okt 2013

Penggulungan Belanjawan Kelantan 2014 (tariff air dan AKSB) | YB Hj Hanifa Ahmad | 9 Okt 2013

Penggulungan Belanjawan Kelantan 2014 (lebuhraya rakyat) | YB Hj Hanifa Ahmad | 9 Okt 2013

Penggulungan Belanjawan Kelantan 2014 | Ust Ahmad Yakob | 9 Okt 2013

Sidang Media selepas Perbahasan Belanjawan Kelantan 2014 - Dato' Husam Musa

Perbahasan Belanjawan Kelantan 2014 | Dato' Husam Musa | 8 Okt 2013

Kunjungan Dato' Dr Agus Yusoff ke Pejabat MB & TMB Kelantan

Egypt: Another era of military rule?

Perutusan Aidiladha Presiden PKR


SABAN tahun 10 Zulhijah adalah hari untuk umat Islam memperingati dan menyambut hari yang berbahagia. Bulan Zulhijah ini adalah bulan yang memiliki keutamaan tersendiri.

Alhamdulillah, kita terus memanjatkan syukur atas kurniaan nikmat oleh Allah S.W.T yang memberikan terus kekuatan ukhwah umat untuk menikmati bulan Zulhijah, terutamanya 10 hari pertama.

At-Tarmidzi meriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tiada sebarang haripun dari hari-hari yang paling disukai oleh Allah dilakukan ibadat di dalamnya dari sepuluh hari Zulhijjah, setiap hari puasa di dalam tempoh itu menyamai menghidupkan setahun dan menghidupkan malamnya seumpama menghidupkan Lailatul Qadar.”

Ibadah korban adalah tanda syukur  kepada Allah atas nikmatnya serta mewujudkan semangat kerjasama, perkongsian dan tolong menolong dalam masyarakat.  Disamping amalan sedekah dan ziarah terus dikekalkan. Inilah indahnya Islam apabila ibadah korban itu dapat dihayati dengan keikhlasan.

Justeru, marilah kita menginsafi dan redha dengan ganjaran ibadah korban ini. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar seperti kisah Siti Hajar dan Ibrahim a.s yang sabar dengan ujian Allah, lalu dikurniakan Allah satu mukjizat kepada sekalian manusia iaitu air zam zam yang tidak pernah putus bekalan hingga saat ini.

Ayuh kita raikan Eidul Adha ini dengan keikhlasan dan memaknai pengorbanan untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.

Selamat Hari Raya Eidul Adha.

Dr Wan Azizah Wan IsmailPresiden
Parti KEADILAN Rakyat

Seri : Gelang Patah tentukan naib ketua Pemuda Umno?




 
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mencadangkan agar hasil undian bahagian Pemuda Gelang Patah diguna dalam menentukan siapa Naib Ketua Pemuda Umno pusat, susulan dua calon bagi jawatan itu memperoleh bilangan undi yang sama.

Beliau membayangkan kemungkinan timbulnya pertikaian melibatkan pihak berkenaan jika kaedah kiraan undi popular diguna untuk menyelesaikan situasi itu.

"Kalau kita boleh kira undi di bahagian Gelang Patah, tidak perlu undi popular. Kalau (guna kaedah) undi popular, ia akan wujud pertikaian. (Lebih) senang kalau kita dapat selesaikan (melalui kiraan undi di Gelang Patah)," katanya.

Khairy (kiri) berkata demikian kepada pemberita pada sidang media bersama-sama calon Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas program Rangkaian Sahabat Muda di Kuala Lumpur malam ini.

Sebanyak 191 Pergerakan Pemuda Umno bahagian mengadakan mesyuarat kelmarin kecuali bahagian Gelang Patah yang ditangguhkan susulan masalah dalaman.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali ketika mengumumkan keputusan lanjut pemilihan tiga sayap Umno di Menara Dato' Onn malam tadi, berkata Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan Harun masing-masing memperoleh 73 undi daripada 190 bahagian.

PAS:Jangan Biarkan Serigala Memakai Serban

Oleh ramziredang

"Mahathir sering menyindir dan mengeluh, hanya tinggal orang orang bodoh sahaja di dalam UMNO kerana semua doktor, enjineer dan para profesional beralih kepada PAS. Kata kata Mahathir ini disahkan lagi dengan kemenangan Shahrizat mempertahankan Ketua wanita UMNO. Namun sebaliknya pula yang berlaku di dalam PAS, para ulama ingin mengundur ke belakang dan mula berfikir terbalik. Mereka merasa kehadiran para profesional di dalam PAS mengancam kedudukan mereka.

Bertitik tolak dari pemikiran ulama yang merasa terancam inilah maka keluar keputusan 'pemimpin dalam PAS biarlah dari kalangan ulama'. Kononnya, yang teratas kenalah fakih, tahu tentang hukum hakam dan alim dalam bidang agama.
Sepintas lalu bunyinya macam betul, tetapi sejarah di dalam PAS membuktikan ianya salah. Sejarah di dalam PAS sendiri membuktikan, pemimpin yang berkelulusan agama, fakih atau alim, tidak semestinya membawa kebaikan kepada PAS semata, contohnya Nakhaie Ahmad atau yang paling lewat, bekas timbalan presiden PAS sendiri, Nasharudin M Isa.
Nasharudin Mat Isa sendiri adalah contoh terbaik, 'dari golongan ulama' tetapi lebih memilih menikam prinsip perjuangan. Beliau juga contoh terbaik golongan ulama yang tidak wala' keputusan pimpinan. Berbagai amaran telah diberi kepada beliau oleh pucuk pimpinan tetapi dengan ke'fakih'an beliau, beliau memilih untuk ingkar.Maka dimanakah relevannya, kepimpinan teratas perlulah dari golongan ulama?
Malah jika kita pergi kepada lebih awal tahun tahun perjuangan PAS, Dr Burhanuddin Al helmy adalah watak penting dalam memperkasakan peranan PAS dalam arus politik tanah air. Walaupun Dr burhanuddin mendapat pendidikan awal dari sekolah agama, namun pendidikan tingginya dalam bidang sastera dan falsafah di universiti Alighrah, India. Beliau digambarkan sebagai 'nasionalis radikal dan pemikir islam'. Dengan semangat beliau yang cintakan Islam maka PAS berjaya mengukir nama dalam sejarah politik Islam.

Spesis Lembu: Perwakilan Kemaman ‘dicucuk hidung’?

Senarai itu akan diedar sewaktu para perwakilan mendaftar nanti,
KEMAMAN: Para perwakilan Umno Bahagian Kemaman akan ‘dicucuk hidung’ supaya mengundi 20 orang calon ahli majlis tertinggi Umno yang direstui oleh Umno Bahagian.
Menurut Setiausaha Umno Bahagian Kemaman, Rosli Ahmad atau Si Pendek , senarai itu akan dikeluarkan pada pagi 19 Oktober untuk memudahkan 900 orang perwakilan mengundi calon-calon ahli majlis tertinggi.
“Senarai itu akan diedar sewaktu para perwakilan mendaftar nanti,” katanya ketika berucap di rumah bekas ADUN Chukai, Datuk Mohamad Awang Tera  (gambar) malam tadi di majlisperjumpaan dengan perwakilan Umno dari DUN Chukai.
Si pendek  turut berkata pengiraan undi akan dibuat di tempat lain supaya tidak mengganggu perjalanan persidangan  perwakilan Umno Bahagian di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) pada Sabtu ini.
Menurut seorang perwakilan, apa motif pengiraan undi dibuat di tempat lain.
“Adakah si pendek merancang penipuan mengira undi seperti berlaku pada calon Ketua Pemuda semalam, Along?” soal perwakilan yang enggan namanya disebut.
Semalam Hazarul Ifdaz (Along) kalah teruk kepada Fikri Ibrahim (Bulat). Bulat mendapat 302 undi manakala Along mendapat 67 undi. Bulat menang dengan majoriti 235 undi.

Najib perlu bertindak cepat jika beliau seorang yang bertanggungjawab....

Aspan Alias

Tidak dapat saya berhenti untuk menulis tentang isu perubahan yang sering di janjikan oleh UMNO dan Najib serta Muhyiddinnya. Pemimpin-pemimpin utama UMNO khususnya Najib, begitu fasih dan lancar menyebut istilah perubahan dan menyanyikan lagu transformasi dan sebagainya.

Fasih dan lancarnya menyebut tentang perjuangan, perubahan dan transformasi itu sefasih seorang tok lebai membaca ayat Yassin dan Al-fatihah. Lunaknya nyanyian mereka sama seperti Datuk SM Salim menyanyikan lagu Pasir Roboh dan Sharifah Aini menyanyikan lagu Bunga Tanjung.

Tetapi, mana dia perubahannya? Sampai ke hari ini tidak ada perubahan dan tidak nampak kesan dari janji-janji dan nyanyian lunak Najib dan barisan pimpinannya. Rupa-rupanya selama ini Najib dan barisan kepimpinan UMNO hanya menyanyikan lagu-lagu sahaja tanpa menghayati apa yang terkandung di dalam barisan lirik-lirik lagu yang penuh dengan makna dan nilai kata-kata dalam lagu-lagu tersebut.

Mereka hanya tahu menyanyikan lagu UMNO sahaja, dan mereka terus bersatu seperti kehendak lirik lagu itu. Mereka bersatu dan berganding bahu seperti yang terkandung dalam lagu itu. Mereka terus bersatu tetapi hanya semasa menyanyikan lagu itu sahaja. Selepas itu mereka berpecah dan galakan untuk perpecahan itu dilakukan oleh pemimpin besar dan ‘Warlords-Warlords’ dalam UMNO itu sendiri.

Mana pemikiran progresif Khairy?


KUALA LUMPUR: Dakwaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa kejayaannya mempertahankan jawatan membuktikan pemikiran progresif berjaya mengatasi kuasa konservatif di dalam parti itu dipersoalkan seorang pemimpin muda PKR.

Ahli Dewan Negeri (Adun) Seri Setia yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad bertanyakan pendirian Khairy ketika isu-isu sensitif dan perkauman dihangatkan oleh para pemimpin Umno.

"Ketika Zahid Hamidi memainkan sentimen kaum ketika berbicara mengenai jenayah dan gangsterisme, dan menyokong dasar tembak untuk membunuh bagi polis, mengapa Khairy tidak mengkritik Zahid?

"Apabila calon Naib Presiden Umno dan pengganti Khairy sebagai Pengerusi PUNB Ali Rustam membuat kenyataan perkauman terhadap masyarakat Cina, di manakah Khairy?" soal Nik Nazmi.

Menurut beliau, percubaan Khairy untuk memaparkan imej yang lebih terbuka dan sederhana hanya timbul selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Wanita Umno tak kisah tabung negara dirompak lagi?

ZuraidaKUALA LUMPUR 14 OKT:  Wanita Umno masih tidak sedar kesan buruk apabila memilih semula Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai ketua mereka, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.
“Malang bila wanita Umno masih tidak sedar implikasi mengembalikan semula Shahrizat Jalil sebagai ketua.
“Ini berkenaan memilih pemimpin yang bersih dan bertanggungjawab untuk memimpin negara.
“Jika kerosakan ini dibenar berterusan, tabung negara kita akan dirompak lagi tanpa memikirkan tentang masa depan anak-anak kita,” kata Zuraida dalam kenyataan.
Shahrizat menang kerusi Ketua Wanita pada pemilihan Umno 12 Oktoberm lalu dengan menewaskan Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman Palestin.
Tambah Zuraida, Shahrizat sepatutnya meminta maaf kerana pengilbatan ahli keluarganya dalam skandal NFC.
Beliau mempersoalkan apakah cukup dengan menidakkan pengetahuan bahawa suami Shahrizat mengambil RM81 juta dari akaun NFC untuk membeli dua kondominium mewah di Bangsar.
“Jika Sharizat yakin dirinya tidak terbabit dalam skandal tersebut, dia sepatutnya menyaman suaminya kerana mencemarkan namanya,” kata Zuraida.

Annuar Musa tegur 'Ali Baba' bumiputera




 
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Annuar Musa mendesak kontraktor bumiputera supaya tidak menjadi 'Ali Baba' dengan memberikan projek eksklusif berdasarkan kaum yang diperoleh daripada kerajaan kepada pihak lain.

Perkara itu tidak harus dilakukan hanya kerana mereka tidak mempunyai wang yang banyak untuk menjalankannya projek, katanya dalam sidang media di ibu pejabat MARA awal petang ini.

'Ali Baba' merujuk kepada bumiputera yang memberikan projek yang diperolehnya kepada bukan bumiputera untuk menguruskannya bagi keuntungan segera.

Annnuar berkata, bagi membendung amalan itu, sejajar dengan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, Annuar berkata, MARA akan memperluaskan Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SpiKE) bagi membantu masalah dana bumiputera.

Khairy menang kerana Mahathir, bagaimana nasib Zahid?

Timmy Say

Khairy Jamaluddin berjaya mengekalkan jawatan Ketua Pemuda Umno dengan cemerlang. Beliau membolot kesemua undi bahagian untuk jawatan ini.

Khairy sering dilihat sebagai manusia paling bijak di dalam Umno kerana hujah dan kehebatan debatnya. Bukan itu sahaja, kehebatannya diserlahkan lagi oleh sijil pengajian Oxfordnya.

Ketika pemilihan Umno dulu, dengan kuasa Tun Abdullah Badawi yang seperti matahari terbenam, Khairy masih berjaya mengalahkan Mukhriz yang disokong Dr Mahathir walaupun diberi amaran atas dakwaan politik wang oleh Jawatankuasa Disiplin Umno.

Khairy bernasib baik ketika itu berbanding nasib yang dialami bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang hilang kelayakan bertanding.

Menurut Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, jawatankuasa disiplin gagal mengaitkan ejen-ejen yang didapati bersalah bermain politik wang dengan Khairy, tidak seperti ejen Mohd Ali.

“Ejen Mohd. Ali iaitu Saadun Basirun adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri. Jadi apa yang dilakukan oleh Saadun ialah memberi duit, maka Mohd. Ali perlu beri penjelasan. Dan penjelasan yang diberikan oleh beliau tidak memuaskan hati dan tidak munasabah.

"Mengenai Khairy pula tidak ada kaitan jelas kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang dikatakan ejen beliau. Sukar untuk mengaitkan ejen terbabit dengan Khairy,” kata Ahmad Rithaudeen ketika itu.

Namun ketika itu, ada yang kata Khairy terlepas kerana beliau ialah menantu Pak Lah.

Annuar Musa: Umno tidak lama jika pemimpin hanya berani cium tangan presiden

Calon bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno Tan Sri Annuar Musa menegaskan Umno tidak mampu mempertahankan kegemilangan parti itu sekiranya masih berada pada tahap yang sama.

Menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu, biarpun terdapat transformasi dalam sistem Umno, namun ia akan menjadi sia-sia sekiranya tiada perubahan sikap pemimpin parti itu.

Katanya, Umno kini melalui satu proses transisi di mana rakyat Malaysia kini semakin bijak menilai pemimpin dan parti itu.

"MT haruslah dibarisi pemimpin yang bebas dalam soal politik dan tidak ada kompromi dalam semangat perjuangan.

"Sekiranya ahli MT takut bersuara hanya berani mencium tangan Presiden maka tidak lama lah Umno di negara ini, kata beliau dalam sidang media di Kompleks Mara, Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, paling penting ahli MT dinilai dari tahap prestasi dan pencapaian bukannya hanya dilihat semasa kempen pemilihan.

"Bila bertanding berbalik kepada dasarnya menawarkan diri untuk apa saya lebih senang dinilai dari pencapaian saya dan selepas itu terpulang kepada perwakilan untuk membuat keputusan,” katanya.

Mahkamah Rayuan larang Herald guna kalimah Allah

Dalam Kenangan: Nostalgia Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak

'Saya mengaku tidak hadir mesyuarat, Minta Maaf Tok Guru' - Dato Husam Musa

Pantun Lembu...!!!

PENCABAR KJ ENGGAN TERIMA HAKIKAT YANG BELIAU TIDAK MENDAPAT SOKONGAN LANGSUNG?




Inilah akibatnya apabila masuk terjun bertanding merebut jawatan langsung tidak mau mencermin diri terlebih dulu .. enggan ukur baju badan sendiri ... hajat tinggi nak pakai topi besar sedangkan kepala bersaiz kecil.

Tidak pernah dalam sejarah pertandingan merebut jawatan, bahagian sendiri tidak berikan sokongan dan undi.

Mustahil dia tidak tahu tahu dan dapat menghidu sama ada bahagian sendiri tidak sokong atau tidak.

Jadi amat jelas kemasukkan beliau bertanding mencabar KJ merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia seolah-olah didorong atas kononnya mendapat sokongan dan restu Tun Mahathir dan anak kepada bekas Setiausaha Agung UMNO yang terkenal satu dunia sebagai penyokong paling setia dan totok Tun M.

Lagi cukup menghairankan apabila beliau diberi sokongan padu dari kalangan ahli-ahli PERKASA.

Nampaknya suara PERKASA dalam Pemuda UMNO lebih teruk dari tong kosong .. bunyi berdentum dentam bukan main kuat lagi tapi habut pun tarak.

Yuran klinik naik lagi?

doktor
PADA Ogos tahun ini, golongan doktor klinik swasta dan hospital yang diwakili Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr N K S Tharmaseelan meminta yuran khidmat rundingan dinaikkan sebanyak 30 peratus. Langkah rayuan MMA ini berikutan langkah kerajaan yang hanya mencadangkan peningkatan 14 peratus pada tahun lepas.

Beliau tidak berpuas hati kerana orang ramai sanggup membayar khidmat menggunting rambut atau makan yang lebih tinggi daripada kos rawatan perubatan. Beliau juga membandingkan kos pemeriksaan tukang paip yang mengenakan caj antara RM50 hingga RM100 untuk setiap pemeriksaan yang didakwa melebihi caj pemeriksaan doktor ke atas pesakit.

Pada pandangan penulis, bukan semua orang pergi ke salon semata-mata untuk membayar kos menggunting rambut yang mahal. Jadi, menyatakan caj menggunting rambut adalah lebih mahal daripada yuran perkhidmatan perundingan (termasuk kos ubat-ubatan) pengamal perubatan am (general practitioner) adalah perbandingan yang tidak sesuai kerana ia adalah bentuk generalisasi (mengumumkan semua perkara). Realiti tidak begitu.

Nasib gulung tikar

Begitu juga apabila presiden MMA menyatakan caj harga makanan yang lebih mahal daripada caj perkhidmatan perundingan pegamal perubatan umum. Seperti pembaca sedia maklum, bukan semua orang mampu membayar lebih RM50 untuk seorang sekali makan.

Penulis tiada kena mengena dengan MMA. Namun penulis adalah antara pengguna yang peka dengan perkembangan ekonomi semasa. Penulis bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden Persatuan Pentadbir Tuntutan Perubatan Pihak Ketiga Malaysia (TPA), Paul Cheok iaitu jumlah pesakit semakin bertambah.

Beliau menjelaskan realiti tersebut atas dasar ketidaksetujuannya terhadap permintaan presiden MMA untuk menaikkan caj pembedahan. Pertambahan bilangan pesakit berkunjung sama ada ke hospital/klinik awam atau swasta dipercayai bertambah secara berkadar terus dengan pertambahan bilangan penduduk negara.

Jadi, pada hemat penulis kenaikan caj perkhidmatan perundingan dicadangkan Kementerian Kesihatan sebanyak 14.5 peratus adalah wajar.

‘Phantom delegates’ in Gelang Patah, claims Khaled


MERSING: The Johor Umno liaison committee has handed over a report on claims of ‘phantom delegates’ at the Gelang Patah Youth division delegates meeting and elections to the Central Election Committee, said its chairman Mohamed Khaled Nordin today.
“We’ve sent a report to the Umno headquarters and I’m sure Umno Youth chief Khairy Jamaluddin will decide on the matter. It’s up to the headquarters to decide on the validity of the meeting,” he said when met after the launch of the East Coast Economic Region (ECER) empowerment programme, here.
Commenting on the trouble which had caused the Gelang Patah Umno Youth division meeting to be postponed, he said the ‘phantom delegates’ issue came up when the number of delegates announced by Permanent Chairman Sahid Amun did not tally with the number of votes.
“I was given to understand that after his announcement there were more delegates registered. He made the announcement early in order to start the meeting,” he said.
The problem started when it was found that there were 194 delegates present but 205 ballot papers received. The former division chief Noorisham Ismail was also punched in the face by a candidate’s supporter.

Tak Tipu Bukan Umno Ler: Along akan lapor kepada Lembaga Disiplin Umno hari ini

Beliau hairan bagaimana pengiraan undi dibuat di dua tempat yang berasingan.

KEMAMAN: Calon Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemaman, Mohd Hazarul Ifdaz Mohamad Rahim (Along) yang tidak puas hati dengan kekalahannya di tangan Fikri Ibrahim (Bulat) semalam akan melaporkan kepada Lembaga Disiplin Umno hari ini mengenai kemungkinan berlakunya penipuan sewaktu mengira undi semalam.
Katanya, beliau hairan bagaimana  pengiraan undi dibuat di  dua tempat yang berasingan.
“Saya rasa ada unsur-unsur penipuan,” katanya kepada FMT mengulas kekalahannya di tangan Setiausaha Kerja Umno Bahagian Kemaman, Bulat Sabtu lalu.
Bulat mendapat 302 undi manakala Along mendapat 67 undi. Bulat menang dengan majoriti 235 undi.
Mohd Fauzi Mat Adam menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Ketua Pemuda. Manakala 15 orang ahli jawatankuasa yang menang ialah  Amizu Mohd Noor ( 286 undi), Che Ku Mohd Sufian  Che Ku Long (285 undi),  Zaidi  Mat (277 undi),Zulkefli  Abu Bakar- (277 undi), Muhammad Faiz  Idris (270 undi).

Mahkamah Rayuan putuskan “Allah” hanya milik Islam


Gereja Katolik dihalang Mahkamah Rayuan dari menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald sebagai rujukan kepada tuhan bagi agama Kristian.
Keputusan diumumkan oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dalam keadaan mahkamah yang penuh padat.
Pihak gereja boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan sekiranya keputusan itu bercanggah dengan kepentingan umum.
Pada 10 September, panel mendengar hujah peguam kerajaan, Suzana Atan yang menyatakan keadaan akan menjadi tegang sekiranya kalimah Arab Allah dibenar untuk penerbitan mingguan Katolik Herald dalam bahasa Melayu.
Suzana memberi contoh selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan, terdapat beberapa insiden serangan ke atas beberapa rumah ibadat.
Katanya, kalimah Allah mengundang pelbagai kekeliruan kepada penganut agama Islam dan Kristian kerana kedua-dua agama mempunyai tafsiran berbeza mengenai kalimah itu.

Insiden baling mikrofon wanita Umno kes terpencil..ha.,ha..ha...kena kat dia dah..!!!

Pendedahan Eksklusif mengenai Lebuhraya Rakyat & Hasil Bumi Kelantan - Dato Husam Musa

Nasib baik Ku Li tak jadi lawan Najib…

Keputusan pemilihan bagi jawatan ketua sayap UMNO Sabtu lepas, yang menyaksikan Shahrizat Jalil, Khairy Jamaluddin dan Mas Ermieyati memenangi jawatan Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri, bukanlah suatu keputusan yang memeranjatkan. Ia boleh dikatakan keputusan yang sudah diduga oleh kebanyakan orang dan bukan lagi suatu berita besar.

Sebab itu, kemenangan mereka tidak diraikan dengan meriah sebagaimana selayaknya. Berbanding kemenangan melalui sistem lama, ia lebih jauh nampak gahnya. Kemenangan mereka adalah umpama kita mengetahui berita seekor anjing yang didapati menggigit tuannya. Kemenangan mereka hanya dilaporkan sebagai berita biasa saja. Ia tidak seperti kita mendapat berita mengenai seorang pemilik anjing yang didapati mengggit anjing peliharaannya.

Kemenangan mereka bukanlah kerana mereka cukup bagus, terutama bagi Shahrizat yang begitu dipertikaikan dan merupakan beban bagi UMNO dan BN menghadapi pilihanraya akan datang. Kemenangan mereka adalah kerana sistem pemilihan "electoral college" dipilih kerana ia mampu memberi kelebihan kepada penyandang dan sesiapa yang ada jawatan.
Dalam sistem ini, walaupun lebih ramai yang diberi hak mengundi tetapi akhirnya undi hanya dikira berdasarkan 1 bahagian 1 undi. Ia tidak mengguna pakai undi popular dan ini memang memberi kelebihan kepada calon yang ada jawatan, terutama dalam persaingan jawatan yang memerlukan seorang saja pemenang seperti Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda atau Ketua Puteri.

Dengan 1 bahagian dikira 1 undi, tidak banyak bahagian yang bersedia menunjukkan sikap penentangan secara terbuka, lebih-lebih lagi kepada calon yang ada jawatan. Mereka tidak mahu dicop sebagai penentang kepada kepimpinan kerajaan, lalu ia menyebabkan pimpinan bahagian akan turut berusaha memainkan peranan agar keadaan itu tidak berlaku.
Dengannya juga menyebabkan calon yang ada jawatan lebih mudah menawarkan imbuhan, bantuan atau pemberian projek kepada pemimpin daripada bahagian yang diketahui memberikan undi kepada mereka saja. Kalau pun ada bahagian yang sedia melawan arus, bilangannya tersangat kecil dan mungkin didorong oleh faktor-faktor yang lain yang lebih kuat.

Keputusan pemilihan sayap Umno tidak beri kelebihan pada PRU14

Walaupun pemilihan Umno peringkat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri melalui proses pemilihan demokratik pada Sabtu, ia bukanlah jaminan untuk parti itu selesa menghadapi pilihan raya umum ke-14 nanti (PRU14), kata penganalisis.

Mengambil perbandingan berdasarkan keputusan pilihan raya 5 Mei lalu, penganalisis melihat kemenangan status quo Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak memberikan sebarang kelebihan kepada Umno dalam berdepan dengan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya akan datang.

"Bagi saya, keputusan kali ini bukan satu lonjakan besar kepada Umno untuk menghadapi PRU14, memandangkan pemimpin yang memimpin kali ini masih sama seperti PRU13.

"Yang bergembira dengan keputusan ini adalah mereka di sebelah Pakatan Rakyat kerana sudah mengetahui kelemahan pesaing mereka... ini adalah lawan sama seperti PRU lalu," kata Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada The Malaysian Insider.

Dalam PRU13 lalu, Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak gagal merampas kembali penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan mendapat keputusan lebih buruk daripada pilihan raya umum 2008 semasa di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

PR Perlu Belajar Cara Demokrasi Umno - Khairy

Kalah Pemilihan Pemuda Umno Kota Raja Sd Johari Kena Belasah ...!!!

BOLEH TAK KATA BODO - USTAZ AZHAR IDRUS