Sabtu, 12 Oktober 2013

Pas belum boleh laksana hudud kerana penentu di tangan Kerajaan Persekutuan

Abdul Hadi Awang 
SHAH ALAM – Pas masih belum boleh melaksanakan hukuman hudud walaupun beberapa kali melakukan perbincangan dan memperjuangkannya untuk direalisasikan di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bidang kuasa yang terhad menyebabkan hasrat itu masih tertunda untuk ditunaikan.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyatakan Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya PR menang di Putrajaya pada PRU13 Mei lalu walaupun ditentang parti komponennya, DAP.

“Walaupun kita memerintah Kelantan dan Selangor serta pernah memerintah Terengganu, tetapi kuasa penentu masih di tangan Kerajaan Persekutuan.

“Sebab itu kita perlukan semua kesepakatan dan syarat melaksanakan undang-undang Islam, ia mesti lengkap terlebih dahulu,” katanya.

Pemilihan Umno Kecoh: Pengundi hantu dan wanita hempas mikrofon

Pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno hari ini merakamkan peristiwa luar jangkaan apabila calon Ketua Wanita Bahagian Petaling Jaya Selatan, Norkhaila Jamaluddin mendakwa wujud pengundi hantu dalam pemilihan bahagian itu.

Lawannya iaitu penyandang jawatan, Munaliza Hamzah menang jawatan tersebut dengan 198 undi berbanding Norkhaila yang mendapat 196 undi.

Menurut Utusan, Norkhaila mendakwa jumlah kehadiran perwakilan adalah seramai 389 orang sedangkan jumlah undi yang diterima adalah 401 undi termasuk 7 undi rosak.

"Jadi mana pengundi hantu itu dan saya kata ada penipuan besar di sini.

"Jadi saya harap perkara ini dapat diselesaikan kerana dengan cara beginilah orang fed up (bosan) dengan Umno ini," katanya kepada pemberita.

Beliau dilapor akan membuat bantahan pada malam ini untuk dihantar kepada Umno Selangor dan Umno Malaysia.

Di Gua Musang pula, seorang perwakilan dalam pemilihan Wanita dilaporkan bertindak menghempaskan mikrofon ke lantai apabila senarai pencalonan cawangannya tidak diterima dan ditolak.

Berita Yang Disembunyikan Oleh TV3

Kalau Umno, UiTM boleh bantu......

Menyedihkan ..bila UMNO buat pemilihan atau program .student UiTM  boleh bantu atas alasan mereka perlu dilatih dari segi proses pengendalian pemilihan ,kalau bantu parti PR kena buang kampus...

Wanita UMNO Gua Musang Mengamok Baling Mikrofon


Inilah budaya wanita UMNO Gua Musang Kecoh Sebentar Tadi Sehingga Ada Perwakilan Baling Mikrofon Kepada Pengerusi Majlis sebab tak dapat 'meragut rumput' di padang Wasatiyyah-UMNO....

Dah Jatuh Miskin Terpaksa Curi Bekalan Elektrik...!!!


Pinda Perlembagaan tetapi tidak ikut syariat Islam


SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali berkata, Perlembagaan negara sering dipinda melalui Rang Undang-undang yang diluluskan di parlimen tetapi penggubalan tersebut tidak menjurus kepada syariah Islam yang menyeluruh.

Menurut beliau, walaupun kerajaan negeri diberi kuasa melaksanakan syariat Islam di negeri masing-masing tetapi ia tidak boleh mengatasi kekuatan Perlembagaan negara.

Sehingga katanya, Kelantan dan Terengganu (ketika memerintah) telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah bagi membolehkan hukuman itu dilaksanakan, namun ia terhalang dengan adanya sekatan dari kerajan Persekutuan.

"Kerajaan Persekutan menggunakan alasan Enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan negeri tidak boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan," tegasnya ketika merasmikan Seminar Perlaksanaan Syariah Islam 56 Tahun Merdeka', di Unisel, Shah Alam.

Sungai Limau: PAS Kedah senarai pendek lapan calon

PAS Kedah menyenarai pendekkan lapan nama calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau untuk dipertimbangkan kepimpinan PAS Pusat.
  
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata calon PAS untuk PRK DUN Sungai Limau akan diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada malam 21 Oktober, di Pekan Sungai Limau, Yan.
  
"Difahamkan Barisan Nasional (BN) umum calon pada 21 Oktober sebelah siang. Kita pula sebelah malam. Kesemua lapan senarai calon kita berkelayakan. Kesemua mereka anak didik Ustaz Azizan (bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak)," katanya dalam sidang media di Kompleks PAS Kedah dekat sini hari ini.
  

Jentera PAS bersemangat pertahan Dun Sungai Limau


ALOR SETAR: PAS tidak mengganggap mempertahankan kemenangan N20 Dun Sungai Limau yang telah dimenangai PAS sejak 1995, satu perkara mudah walau pun banyak pihak melabelkan Dun berkenaan adalah kubu kuat PAS.

"Bagi kami ianya merupakan satu cabaran dan Umno Barisan Nasional juga akan mencuba sedaya upaya untuk menang dalam piliharaya kecil ini. Sejarah telah membuktikan kepada kita, sebelum 1995, kemenangan PAS dan Barisan Nasional silih berganti.

"Oleh itu, kami PAS khususnya dan jentera piliharaya Pakatan Rakyat amnya akan berusaha bekerja bersungguh-sungguh untuk mempastikan N20 Dun Sungai Limau tetap menjadi hak milik PAS," ujar Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar kepada pemberita dalam sidang media di Kompleks PAS, sejurus selesai mesyuarat AJK Perhubungan PAS negeri.

Menurut beliau lagi, persiapan piliharaya kecil berkenaan telah disusun sehari selepas kematian Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dan penyusunan telah diatur dengan kemas dan terperinci.

Selangor disaran mula pelaksanaan syariah Islam


SHAH ALAM: Isu tahaluf siyasi menjadi bahan utama ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 tetapi ia senyap apabila Pakatan Rakyat dapat mengekalkan kemenangan di Selangor.

Menurut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, begitu juga dengan isu perlaksanaan syariah Islam yang ditimbulkan akan selesai apabila Selangor memulakan langkah melaksanakan syariah Islam.

"Selangor negeri orang cerdik pandai, ada pakar-pakar duduk di sini, banyak universiti di sini, buat perlaksanaan Islam ini, Insya Allah berjaya," katanya ketika menutup Seminar Syariah Islam, di sini, petang ini.

Beliau turut menyentuh tentang kewajiban umat Islam perlu melaksanakan syariat Islam kerana ia menjadi `pasport' manusia untuk duduk di bumi ini.

"Mana-mana orang yang tidak redha dengan hukuman Allah, boleh pergi ke bumi Amerika, bumi Jepun tetapi semua bumi itu milik Allah," tegasnya.

IS IGP TRYING TO SET UP SURENDRAN'S MURDER? Why ask for indemnity - Azmin

I refer to the IGP's challenge to KEADILAN Vice President, YB N. Surendran to accompany the police on a 'shoot out' with alleged criminals.
This is an irresponsible and unacceptable challenge by Tan Sri Khalid Abu Bakar to a sitting Member of Parliament who has raised legitimate concerns on the 'shoot first' policy of the Home Minister.
IS IGP TRYING TO SET UP SURENDRAN'S MURDER? Why ask for indemnity - AzminInstead of issuing such challenges, the IGP should address the concerns of all Malaysians over the shocking admissions made by Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi over the past week. His statements are tantamount to an admission that suspects were being deliberately shot dead by police.
Indemnity - what is this?
Further, it is very disturbing that the IGP has asked N. Surendran to sign an indemnity absolving the police for any 'mishaps' that may happen when he accompanies the 'shoot- out' team.
Is the IGP asking N. Surendran to sign his own death-warrant ? Why are the police so quick to absolve themselves of liability, although the IGP himself had made the offer to N. Surendran ?

Home Ministry: Bukit Aman to blame for fund shortage

Home Ministry says IPDs and IPKs have themselves to blame for the shortage of funds in their respective departments as all allocations have been forwarded to the police headquarters.

PETALING JAYA: The Home Ministry (KDN) has shifted the blame to Bukit Aman for the shortage of funds in police departments.
An officer told FMT that the ministry was not responsible for lack of funds in police departments, which had forced officers to foot fuel and repair bills out of their own pockets due to inadequate patrol cars.
“It is impossible. All the allocated funds from KDN have been channeled to Bukit Aman,” a public relations officer, who only gave his name as Marwan, told FMT.
“Maybe it’s taking a long time to process their claims. But there is no reason why they cannot claim from their respective IPDs (district police stations) and IPKs (state police contingents),” he added.
Yesterday, it was reported that many officers in the Klang Valley are dealing with challenging situations such as patrolling in damaged police cars and ill-equipped stations for lack of funds.
This is despite the announcement made by Prime Minister Najib Tun Razak that RM442 million would be allocated in Budget 2013 for the overall development of the police force.

Benarkah umat Islam tidak senstif isu rasuah?

Oleh MOHAMAD SABU
http://www.malaysia-chronicle.com/media/k2/items/cache/e43a58a1cd476ed6ddd50a7ff8ce1f51_XL.jpgMASJID Cordoba (atau Cordova) adalah masjid terbesar di dunia sebelum Masjidil Haram diperbesarkan. Sekarang masjid di Cordoba dan kerajaan Andalusia hanyalah menjadi bahan sejarah yang dicatat oleh ahli-ahli sejarah Timur atau Barat tentang kehebatan pentadbiran kerajaan Islam yang pernah menguasai rantau yang kini dikenali sebagai negara Sepanyol dan Portugal.

Tokoh terkenal seperti Al Farabi, Ibnul Rujh, Ibnu Khaldun adalah antara nama yang terukir dalam sejarah peradaban kerajaan Islam di Sepanyol. Kita yakin kerajaan yang boleh bertahan lebih 700 tahun itu, sudah tentu meninggalkan satu tatacara pemerintahan, integriti dan etika yang tinggi.

Begitulah juga kerajaan Islam di India, yang pernah memerintah lebih 700 tahun. Kejatuhan sesebuah kerajaan selalunya melalui ciri yang sama, seperti kejatuhan kerajaan Namrud, kejatuhan kerajaan Firaun, kejatuhan kerajaan Rom, kejatuhan kerajaan Islam juga tidak terkecuali melalui ciri dan tabiat yang sama.

Antaranya, pemerintah telah membuat perlonggokan harta kepada pemimpin dan keluarga pemimpin, manakala ulama atau pun golongan alim menjadi pengampu kepada pemerintah, rakyat sudah merasakan tidak terpanggil untuk mempertahankan pemerintah yang asyik mengumpulkan harta untuk pemimpin dan keluarga mereka.

Ini berlaku di zaman penghujung pemerintahan Islam di Sepanyol, pemerintahan Islam di India dan pemerintahan Uthmaniyah di Turki. Sebab itulah di Turki, peninggalan Istana To'kapi dan kemewahannya, manakala di India dengan Taj Mahal dan beberapa istana yang begitu hebat di tengah-tengah kemiskinan rakyat yang diperintah oleh mereka.

Al-Quran dan Hadis yang menjadi rujukan, iaitu dengan kata lain al-Quran dan Sunnah yang dirujukkan kepada umat Islam, dan juga untuk melahirkan hukum dan sebagainya melalui ijmak ulama dan qias, telah digunakan pakai oleh negara atau pun pemerintahan Islam sejak daripada kerajaan Madinah, kerajaan Khulafa Ar-Rashidin sampailah pemerintahan yang terakhir, iaitu kerajaan Uthmanyiah.

Prinsip “Check and Balance” perlu di antara SPRM dan Jabatan Peguam Negara

Lau Weng San

Kuasa pendakwaan harus terus diletakkan kepada Jabatan Peguam Negara sungguhpun terdapat kekurangan dalam penyampaian Jabatan Peguam Negara.

Permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya kuasa pendakwaan diberi kepada SPRM untuk menjalankan pendakwaan terhadap orang kena tuduh (OKT) yang melanggar undang-undang pencegahan rasuah tidak wajar kerana ini bercanggahan dengan prinsip “check and balance” atau prinsip penyemakan dan pemantauan terhadap agen penyiasatan.

SPRM ialah sebuah agen kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja penyiasatan kes jenayah rasuah manakala Jabatan Peguam Negara ialah sebuah agen kerajaan yang menjalankan tugas pendakwaan. Kedua-dua fungsi ini perlu diasingkan supaya tidak berlaku pertindihan dan pemusatan kuasa di satu-satu agensi kerajaan.

Kedua-dua fungsi ini juga perlu diasingkan supaya kuasa pendakwaan iaitu Jabatan Peguam Negara boleh melihat keseluruhan kes yang dibawa oleh kuasa penyiasatan dengan lebih menyeluruh, objektif dan professional supaya kes pendakwaan yang dibawa ke mahkamah ialah kes yang “water tight”, iaitu kes yang mempunyai asas yang kukuh untuk menang di mahkamah (keupayaan Jabatan Peguam Negara untuk mencapai tahap ini merupakan satu lagi isu yang perlu dibincang secara berasingan).

Kenaikan Kos: Harga ais RM3 satu plastik

Harga ais RM3 satu plastik  
Pengusaha kilang ais kiub mengadakan mesyuarat bagi menyelaraskan harga ais di negeri ini.
KOTA BHARU - Persatuan Pengusaha Kilang Ais Kelantan menyelaraskan harga pasaran ais RM3 satu plastik di Kelantan sejak 5 Oktober lalu disebabkan beberapa faktor termasuk bahan api, gaji minimum dan kenaikan kos bahan plastik.

Pengerusi persatuan itu, Wan Rosdi Wan Yusoff berkata, penyelarasan harga ais itu mendapat persetujuan daripada 15 kilang di negeri ini dan kenaikan berkenaan berkuat kuasa kelmarin.

“Sabtu lalu, harga ais diumumkan naik sebanyak 50 sen di negeri ini, namun beberapa masalah timbul termasuk harganya tidak diselaraskan dan berbeza dengan jualan dari RM2.50 hingga RM3.

“Masalah kekeliruan ini masih berlaku dalam kalangan agen di kawasan Kota Bharu, Bachok dan Tumpat, manakala di tempat lain seperti Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah, masalah harga sudah selesai,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Aset RM1 bilion: Siasat sumber kewangan anak Taib Mahmud

KUCHING 12 OKT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat aset dimiliki Mahmud Abu Bekir, iaitu anak kepada ketua Menteri Sarawak, tegas Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng.
Ia ekoran pendedahan bekas isteri Mahmud, Shahnaz Majid bahawa anak Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu memiliki aset lebih RM1 bilion.
“RM1 bilion itu cukup besar dan menimbulkan persoalan dari mana Bekir mendapat aset sebanyak itu,” kata Micheal kepada Suara Keadilan.
Semalam, Shahnaz dalam kes tuntutan mutaah RM100 juta memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa perkara itu diketahuinya melalui akauntan lantikannya.
Selain itu beliau juga mendakwa Bekir mempunyai pegangan dalam 49 syarikat di Malaysia dan 20 daripadanya sudah diaudit.

Belanjawan lebihan di zaman Anwar, defisit teruk zaman Najib

AzrulPETALING JAYA 12 OKTOBER: Malaysia dilaporkan menikmati belanjawan lebihan (surplus) antara tahun 1993 hingga 1997, iaitu semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Kewangan, kata Pengarah Eksekutif Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin.
Beliau berkata, dalam tempoh itu negara berjaya mencatat lebihan RM6.6 bilion, iaitu nilai tertinggi yang pernah dicapai dalam bajet tahunan.
Bagaimanapun katanya, prestasi kewangan negara menjunam ke paras defisit yang teruk pada tahun 2009 semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan.
“Defisit paling teruk pernah dicatatkan pada tahun 2009 iaitu sejumlah RM47.4 bilion manakala dari segi peratusan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah 9.7 peratus.
“Sejak 2009, kita lihat perbekalan tambahan paling kurang dua kali setahun hingga menyebabkan perbelanjaan keseluruhan meningkat hampir RM260 bilion sehingga kini,” katanya, lapor Media Selangorku.
Azrul Azwar berkata demikian pada Forum Laporan Audit Negara: Kepincangan Urustadbir, Ketirisan dan Rasuah di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini malam tadi.
Laporan Audit yang dibentangkan baru-baru ini menunjukkan beberapa pembaziran dan ketirisan melampau antaranya, projek menambahbaik Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu; projek mewujudkan Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; projek pembentungan negara dan kelewatan mengutip cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pembaziran RM6.96 juta UTHM, apa tindakan..??


KUALA LUMPUR: Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, terdapat 3 projek yang gagal dibangunkan dengan memuaskan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat sehingga melibatkan pembaziran RM6.96 juta.

Menurut Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat, berdasarkan kepada semakan Audit terhadap laporan kecacatan dan kerosakan, terdapat 107 daripada 210  kecacatan pada bangunan belum dibaiki setelah akhir tempoh tanggungan kecacatan (DLP).

“UTHM bakal menanggung kos penyelengaraan yang tinggi selepas ini. Ini merupakan kos berpanjangan yang terpaksa ditanggung oleh UTHM,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, anak muda khususnya pelajar-pelajar UTHM adalah pihak yang menerima akibat secara langsung daripada kelemahan ini.

Menurutnya lagi, jika duit RM6.96 juta digunakan untuk menanggung kos pembelajaran pelajar universiti  maka seramai 232 orang dapat dibiayai (andaian RM30,000 bagi setiap pelajar).

Jumlah itu, ujarnya cukup untuk membantu 1,392 pelajar kemahiran dengan andaian kos RM5,000 setiap seorang, juga boleh membantu 696 anak muda yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan andaian RM10,000 setiap seorang.

Berikut kenyataan beliau.

Dalam Laporan Audit 2012, terdapat 3 projek yang  gagal dibangunkan dengan memuaskan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat sehingga melibatkan pembaziran RM6.96 juta. Projek tersebut adalah seperti berikut:

Ahli politik antara punca budaya samseng.??

NGO Jingga 13 percaya kerajaan tidak akan mampu menangani jenayah yang semakin menakutkan itu.

Samseng mengapa berleluasa?

Oleh Fariz Musa
PETALING JAYA: Jingga 13 amat tertarik dengan situasi budaya samseng yang begitu menular di kalangan masyarakat Malaysia mutakhir ini.
Tidak sesiapa yang mampu menafikan antara faktor ialah masalah kenaikan sara hidup yang semakin meningkat ekoran kegagalan kerajaan Umno/BN mengawal kenaikan harga minyak, barangan makanan dan keperluan hidup malah pendapatan bulanan yang tidak setimpal.
Ia dibebani pula  isu pengangguran, kurangnya pendidikan yang berteraskan nilai dan moral, akhlak dan agama kerana kesibukan mengejar prestasi akademik dan realistik duniawi, serta kesibukan mencari pengisian harga kehidupan mampu menjana budaya samseng yang turut mengundang rasa sebal dan tidak selesa terutamanya keselamatan yang semakin tidak terjamin.
Namun ada lebih menyedihkan di antara ahli-ahli politik turut mendidik ke arah memupuk budaya samseng tanpa rasa kekok dan bersalah.Malah ada yang memperlihatkan gaya samseng dan kejam, mengugut, lebih ketara mengiktiraf kelompok dan kumpulan tertentu agar dilihat berkuasa dan kebal.
Tindakan ala samseng Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengugut dan ‘menunjukkan kuasa’  terhadap wartawan dan media tempohari memberikan gambaran negatif seorang yang bergelar menteri yang sepatutnya tidak bertindak ‘songsang’ sedemikian rupa.
Sebagai Menteri Dalam Negeri seharusnya beliau adalah lebih bersikap profesional dan menunjukkan kredebiliti yang mampu mendidik rakyat bukannya bersikap seperti seorang ‘ketua samseng’.
Budaya samseng
Jingga 13 yakin rakyat Malaysia menolak budaya ala samseng yang ditonjolkan oleh seorang yang bergelar menteri. Memperlihat itukah tahap kematangan seorang menteri khusus menjaga kementerian yang sangat penting dalam menjamin keselamatan dan keamanan dalam negara tetapi bersikap “tidak menghormati undang-undang” seperti diungkapkan oleh  pengarang veteran The Sun, R Nadeswaran dalam kolumnya .

Yang tidak diketahui Utusan mengenai DAP

Oleh Liew Chin Tong

dap utusan
PEMBOHONGAN dan logik merepek disuap kepada pembaca Utusan Malaysia dan penonton TV3 demi menghalang orang Melayu daripada memahami DAP. Di sini saya senaraikan beberapa hal yang UMNO, Utusan Malaysia dan TV3 patut tahu mengenai DAP.
Pertama sekali, adakah sistem pemilihan UMNO itu lebih cemerlang berbanding DAP?
najibSangat kelakar melihat hamburan cercaan yang dilempar Utusan Malaysia dan TV3 baru-baru ini terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana tidak mendapat bilangan undi paling banyak pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan kenapa saya, calon yang menerima undi paling banyak, sepatutnya diberikan jawatan Setiausaha Agung serta merta.
Asas kepada sangkaan ini pastilah bahawa sistem pemilihan parti DAP itu cacat dan tidak demokratik. Namun sistem yang tidak sama dengan UMNO tidak semestinya rosak. Setiap jenis sistem pemilihan hadir dengan sebab tersendiri yang memerlukan analisis mendalam.
UMNO mempunyai sistem yang pura-pura membenarkan pemilihan jawatan penting. Di atas kertas memang ia kelihatan demokratik. Tetapi sejarah menunjukkan bahawa hanya dua kali Presiden UMNO harus berdepan pencabar; pada 1978 Tun Hussein Onn dicabar Sulaiman Palestine manakala pada 1987 Tun Dr Mahathir Mohamad dapat bertahan dengan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah dengan kelebihan hanya 43 undi.
Sejarah Malaysia pastinya akan jauh berbeza sekiranya Tengku Razaleigh memenangi pemilihan UMNO. Atau sekiranya UMNO menyediakan jalan yang lebih mudah untuk mencabar presiden, beberapa pemimpin terbaik UMNO mungkin akan dapat bergilir memberi khidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri yang tidak kita dapatkan, antara lain kerana sistem pemilihan UMNO adalah sangat bias kepada penyandang jawatan Presiden.
Akhirnya Presiden UMNO hanya boleh digantikan melalui rampasan kuasa parti. Ternyata, Dr Mahathir ada peranan dalam mencurangi perkhidmatan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi. Tun Razak meninggal dunia terlalu awal sewaktu menjawat jawatan berkenaan. Kini kita menanti untuk melihat serangan Mahathir beralih kepada Datuk Seri Najib Razak, terutamnya kalau Datuk Mukhriz Mahathir gagal memenangi jawatan Naib Presiden.

Mereka bersatu hanya semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja

Keputusan pemilihan bagi sayap UMNO akan diketahui malam ini, mungkin lewat malam. Saya tidak sedar waktu dan hari pemilihan bagi sayap UMNO khususnya Pemuda berlaku hari ini. Pertandingan Pemuda tidak mendapat perhatian saya kerana umum sudah yakin yang Khairy Jamaluddin akan menang agak besar kali ini.

Saya menjangkakan kemenangan bagi Khairy ini dua bulan dahulu lagi. Khairy ‘is the noticeable victor’ dan itu pun yang sepatutnya berlaku. Justeru tidak payah memberikan komen panjang tentang pertandingan Pemuda. Bagi saya pada hakikatnya tidak ada pertandingan dalam sayap Pemuda itu.

Ramai Pemuda yang saya temui berkata, mereka sudah muktamad akan memberikan kemenangan kepada Khairy Jamaluddin. Proses pengundian hari ini hanyalah proses ‘formality’ sahaja. Khairy akan menang. Bak kata adat, ‘perundingan berlaku dalam gelap, adat berlalu dalam terang’.

Saya tidak faham tentang apa yang berlaku dalam sayap Wanita. Ada yang mengatakan yang Shahrizat akan menang dan mempertahankan jawatan Ketua Wanita Malaysia kerana beliau mendapat sokongan padu dari Perdana Menteri. Tetapi tidak kurang ramai yang mahukan kemenangan itu di perolehi oleh orang lain memandangkan Shahrizat mempunyai ‘baggage’ yang besar untuk di pikul bersama oleh parti dalam menghadapi pilihanraya nanti. Shahrizat bagi puak-puak ini adalah beban besar untuk parti.

Puteri UMNO sememangnya saya tidak dapat memberikan pandangan kerana sayap ini nampaknya ramai yang berbakat tetapi bakat mereka akan menjadi tumpul oleh kerana budaya negatif yang jelas dalam UMNO itu. Sayap ini sememangnya terlalu jauh dari mengetahui apakah dia UMNO itu dan apa yang perlu ada dalam parti itu. Diantara pemimpin Puteri yang jelas hanyalah perebutan jawatan dan tidak tahu samada mereka tahu apa dia perjuangan dan kehendak moral parti itu.

Umno memperguna staf dan pelajar UITM dalam pengundian pemilihan..

Kalau tak salah menggunakan hak rakyat bukan umnolah namanya... selagi boleh depa akan pulun habis..seolah-olah macam harta mak bapak depa yang punya...


Pensyarah,staf & pelajar UITM dipergunakn dalam pengundian pemilihan Umno hari ini

MP: K'jaan BN bazir RM6.5b berdasarkan laporan audit

Kerajaan mungkin telah membazirkan kira-kira RM6.5 bilion dalam 64 kes yang dikaji dalam laporan audit 2012, kata Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming.

"Berdasarkan 64 kes yang dikaji dalam laporan itu, saya telah mengambil beberapa angka dari laporan itu, dan saya ekstrapolasi yang lain, dan inilah anggaran yang saya perolehi," katanya dalam forum mengenai laporan audit di Petaling Jaya malam tadi .

NONEOng (kiri) berkata RM6.5 bilion yang telah dibazirkan oleh kerajaan itu adalah dua kali ganda jumlah dana yang kerajaan boleh jimatkan dengan mengurangkan subsidi harga petrol sebanyak 20 sen.

"Daripada jumlah ini, kira-kira RM5.7 bilion telah dibazirkan oleh kerajaan persekutuan, manakala RM0.8 bilion lagi dibazirkan oleh badan-badan berkanun kerajaan," katanya.

Menurutnya lagi, kira-kira RM30 bilion daripada bajet tahunan negara boleh dikurang dan dijimatkan jika kerajaan lebih berhati-hati dalam perbelanjaannya.

Sementara itu, ahli ekonomi dari Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata hubungan antara ahli politik dan ahli perniagaan biasanya mungkin menyumbang kepada pembaziran dan isu tirisan yang dibangkitkan setiap tahun dalam laporan audit.

"Kemungkinan besar pembaziran itu merupakan satu agenda untuk memberi balik kepada ahli perniagaan (oleh ahli politik) atas sumbangan ahli perniagaan kepada mereka sebelum ini," tegasnya.

Tambahnya, itulah sebabnya mengapa perlu ada proses yang lebih telus tentang bagaimana parti politik dibiayai di negara ini.

Sidang Dewan Rakyat: Ke mana sebenarnya kita?

Oleh Mujahid Yusof Rawa
Perbahasan di Parlimen tiada yang luar biasa walaupun tajuk yang dibicarakan panas dan menggelegak. Sepanjang minggu akhir lapan hari bersidang, saya sentiasa mempersoalkan tentang apakah perkara baru yang hendak dibawa. Kami menjalankan rutin yang 'mengikat' kami dengan cara lama walaupun idea yang kami bawa menuntut pemunggahan cara kita memerintah negara in

Apabila akta yang dibawa tidak melihat secara keseluruhan cara kita menangani sesuatu perkara, maka apa yang diperbincangkan di Parlimen hanyalah memenuhi keperluan 'endorsement' walaupun Parlimen pada hakikatnya boleh mengurang atau menambah sesuatu cadangan daripada kerajaan yang memerintah. Ke manakah kita sebenarnya?
Akta diredah
Segala kehendak kerajaan tidak diperhalusi sebelum ia hendak dibawa ke perbahasan di Parlimen. Kerajaan mengharapkan majoriti yang diperolehi oleh parti pemerintah sebagai 'tiket' untuk meredah apa sahaja yang mereka perlukan.
Soalnya ialah bagaimana ditentukan sesuatu akta itu diperlukan? Cara BN ialah dengan mensensasikan sesuatu isu sebagai 'preamble' kepada sesuatu yang ia inginkan untuk diendorse oleh Parlimen. Contohnya isu PCA, atau Akta Pencegahan Jenayah yang dibawa secara redah untuk Dewan Rakyat meluluskan dalam masa yang singkat.
Media mensensasikan berita pembunuhan secara senjata api sebagai alasan bahawa ketua gengster kini sedang mengamuk lalu dikaitkan ia berlaku kerana pembatalan EO yang mengizinkan tahanan tanpa bicara. Tiba-tiba Ahli Dewan Rakyat diminta untuk membahas (tetapi sebenarnya meluluskan) PCA yang menjejaskan usaha langkah ke hadapan prinsip hukum di negara ini.
Tidak konsisten
Semasa perbahasan penghapusan ISA dan EO, semua pihak mengalu-alukan langkah ini termasuk pembangkang yang memperjuangkan isu mansuhkan ISA sejak dahulu lagi. Asas tuntutan penghapusan ini ialah ia menjejaskan satu prinsip keadilan iaitu 'tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya'.

Belanjawan Lebihan Di Era Anwar, Defisit Teruk Di Era Najib


PETALING JAYA, 12 OKT : Malaysia dilaporkan menikmati belanjawan lebihan (surplus) antara tahun 1993 hingga 1997, iaitu semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Kewangan, kata Pengarah Eksekutif Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin.
Beliau berkata, dalam tempoh itu negara berjaya mencatat lebihan RM6.6 bilion, iaitu nilai tertinggi yang pernah dicapai dalam bajet tahunan.
auditBagaimanapun katanya, prestasi kewangan negara menjunam ke paras defisit yang teruk pada tahun 2009 semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan.
“Defisit paling teruk pernah dicatatkan pada tahun 2009 iaitu sejumlah RM47.4 bilion manakala dari segi peratusan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah 9.7 peratus.
“Sejak 2009, kita lihat perbekalan tambahan paling kurang dua kali setahun hingga menyebabkan perbelanjaan keseluruhan meningkat hampir RM260 bilion sehingga kini,” katanya semasa sesi Forum Laporan Audit Negara : Kepincangan Urustadbir, Ketirisan dan Rasuah di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini malam tadi.

"Pekida bukan samseng, Tiga Line bukan ahli kami"

Kalau ahli kami buat salah, polis boleh tangkap, undang-undang tetap undang-undang tetapi banyak orang guna nama Pekida, kata bos Pekida.

PETALING JAYA: Setiap kali isu mengenai samseng di kalangan Melayu muncul, nama Pekida akan dikaitkan, seolah-olah mereka mengenali NGO itu sebagai kumpulan samseng sekaligus menengelamkan matlamat penubuhan Pekida.
YDP Pekida Wilayah Persekutuan Datuk Roslan Dahaman menangis apabila orang ramai menganggap NGO yang diketuainya sejak lapan tahun lalu dituduh sebagai kumpulan samseng.
“Susah hendak menghapuskan tuduhan ini. Dari segi apa kata Pekida samseng? Yang buat orang lain, nama buruk Pekida. Kami berdaftar, samseng tidak berdaftar.
“Pekida tidak terbabit dengan kegiatan samseng…kita juga tidak melindungi ahli yang melakukan samseng.
“Undang-undang tetap undang-undang. Kami tidak ajar ahli buat jahat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur.
Roslan yang kini berumur 58 tahun juga menolak dakwaan ahli satu lagi kumpulan Melayu iaitu Tiga Line adalah ahli Pekida.

Muka depan The Star 'sudah melampau', kata Liow



 
"Ia sudah melampau, benar-benar sudah melampau. Ini benar-benar telah menyalahgunakan akhbar."

Begitulah reaksi Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berang dengan laporan muka depan akhbar milik MCA, The Star, yang memetik Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek merujuk kepada Liow sebagai 'He is weak', 'He is indecisive' dan 'He is not a fighter'.

"Dia (Chua) menggunakan muka depan akhbar itu untuk menyerang saya kerana dendam peribadi. The Star sepatutnya lebih profesional," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Liow, yang melihat tajuk muka depan akhbar tersebut melalui MMS dari Malaysiakini, kedengaran berang dengan laporan tersebut dan menuduh Chua menggunakan jentera parti untuk menyerangnya menjelang mesyuarat agung luar biasa (EGM) minggu depan.

Perlaksanaan undang-undang Islam tidak halang kerjasama PAS - PR



SHAH ALAM: Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, perlaksanaan undang-undang Islam tidak menghalang kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat termasuk rakan bukan Islam kerana mereka tidak terlibat dengan undang-undang tersebut sebaliknya mereka harus melihat undang-undang itu dilaksanakan terlebih dahulu.

Katanya, PAS menyatakan dasarnya secara terbuka manakala DAP turut menyatakan perjuangannya secara terbuka dengan berdialog maka PAS dapat bekerjasama dalam perkara yang ada persamaan tanpa menghalang dalam perkara yang berbeza.

Beliau turut menegaskan untuk melaksanakan undang-undang Islam kuasa politik  merupakan syarat utama untuk menggubal undang-undang dalam perlembagaan negara.

Katanya, undang-undang merupakan salah satu rukun dalam negara mengikut kaedah politik dan undang undang sebuah negara tidak boleh diikhtiraf  kecuali mempunyai lima syarat.

"Sebuah negara mesti mempunyai pemimpin iaitu kerajaan yang memerintah, negeri atau negara, rakyat, ada perlembagaan dan kedaulatan sebuah negara mesti bebas sepenuhnya," katanya dalam ucaptama `56 tahun Merdeka: Ke Mana Hala Tuju Syariah Islam di Malaysia', di Unisel, Shah Alam.

Kalimah Allah: Bukan Islam tidak boleh disekat, jangan salah guna, kata Presiden PAS


PAS menegaskan bahawa penganut agama bukan Islam tidak harus disekat daripada menggunakan kalimah Allah dalam mengamalkan kepercayaan mereka namun penggunaan tersebut tidak harus disalah guna atau disalah tafsir.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar), berkata tiada peruntukan undang-undang yang tidak membenarkan kaum lain untuk menggunakan kalimah Allah namun kebebasan yang diberikan tidak harus disalahgunakan kerana Allah adalah satu-satunya tuhan yang layak disembah bagi umat Islam.
“Kita tidak boleh melarang penganut bukan Islam untuk melaksanakan suruhan agama mereka kerana manusia seharusnya mempunyai kepercayaan terhadap tuhan.
“Kalimah Allah dalam perkataan Arab tidak boleh diterjemah ke dalam bahasa lain kerana tidak sama dengan perkataan ‘tuhan’. Oleh kerana itulah kalimah Allah itu sangat suci,” katanya ketika ditemui pemberita di Universiti Selangor hari ini.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah Jumaat semalam menggesa umat Islam bersatu-padu mempertahankan penggunaan kalimah Allah daripada disalahgunakan sempena keputusan kes tersebut yang akan didengar di Mahkamah Rayuan Isnin ini.

Blog pro Umno serang Isa, dakwa akan ada laporan polis


Peluang Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad (gambar) untuk memenangi jawatan naib presiden Umno semakin gelap apabila beliau diserang oleh blogger pro Umno, Rocky Bru hari ini.
Rocky atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan, yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, mendedahkan satu laporan polis akan dibuat terhadap Isa atas dakwaan membuat laporan palsu kepada Bursa Malaysia.
Ini berikutan tindakan Isa membuat laporan berkenaan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Venture Berhad, Tan Sri  Sabri Ahmad kepada Bursa Malaysia mengenainya.
Isa bersama dua lagi tokoh Umno, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam sedang berusaha untuk mendapatkan tempat dalam barisan naib presiden Umno.
Penyandang jawatan ini sekarang adalah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Ahmad Zahid dilihat paling ke depan diekori Shafie dan Mukhriz manakala Isa termasuk dalam tiga yang sedang mencuba untuk dipilih oleh perwakilan Umno yang akan membuat pengundian hujung minggu depan.

Evolusi Umno terhenti..

Hari ini perwakilan Umno di seluruh negara akan memilih pemimpin bagi sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.

Siapa yang dipilih akan memberikan isyarat tentang hala tuju parti Melayu terbesar itu bagi penggal ini sehingga menuju pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Pilihan Raya Umum 2008 dan Pilihan Raya Umum 2013 seharusnya memberikan pengajaran kepada Umno apabila menyaksikan gabungan Barisan Nasional (BN) yang mereka pimpin itu sudah tidak lagi mampu untuk mendapatkan kuasa majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Umno hidup sehingga hari ini dan masih lagi berkuasa sejak Malaysia merdeka kerana parti itu berevolusi mengikut perkembangan zaman.

Sejarah menyaksikan bagaimana apabila sosialisme dan komunisme popular di tanah air sekitar 60-an dahulu, Tun Abdul Razak Hussein yang mengambil alih kuasa daripada Tunku Abdul Rahman melaksanakan dasar-dasar sosialisme seperti Bank Rakyat, Felda dan banyak lagi.

Selepas berlakunya tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang menyaksikan pertumpahan darah antara kaum Melayu dan Cina, Abdul Razak dengan beraninya memulakan hubungan diplomatik dengan negara komunis China.

Tindakan Abdul Razak itu berjaya melunakkan kemarahan kaum Cina selepas 13 Mei dan menyebabkan Umno dan BN relevan pada ketika itu dan menang Pilihan Raya Umum 1974 dengan majoriti besar.

Sokongan yang diterima Abdul Razak bukan hanya daripada kaum Melayu, tetapi Cina dan India serta etnik lain.

Satu lagi contoh yang dapat dilihat adalah peristiwa politik di sekitar Pilihan Raya Umum 1999. Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan Umno terpaksa membayar harga kehilangan sokongan majoriti Melayu sehingga menyebabkan negeri Terengganu ke tangan PAS.

Penggulungan Belanjawan Kelantan 2014 | YB Ust Nassuruddin Daud | 9 Okt 2013

If Najib is really serious…

The prime minister ought to strike the whip at those leaders who are hellbent on derailing his 1Malaysia concept.

Racism and stupidity should be booted out of the Malaysian political scenario besides corruption and cronyism. Post GE13, we have been hearing statements such as ‘If you don’t like it here, you can leave’ and also threats of shutting down a certain Chinese newspaper.
This has gone on for far too long.
Here we have Prime Minister Najib Tun Razak trying to build up the image of Malaysia as a fair, just and moderate nation but his very own ministers are trying to derail his plans.
PM Najib should immediately censure them for issuing statements that jeopardise racial harmony and destroy the very fabric of the nation. Enough is enough. He must act tough with his own people who are working hard to portray the nation as a Third World Nation when we the citizens are trying hard to shed that image.
Although the threat of shutting down a particular Chinese newspaper will not be carried out, this threat coming from a senior minister nonetheless shows the type of mentality that the minister has.
Stereotyping criminals as belonging to a certain race is also a big blunder. How would this minister like it if one were to say, “Such and such a group of people are always the gullible voters?”.
Clearly the time has come for Najib to give a tongue-lashing to those in his cabinet who are hellbent on derailing his 1Malaysia concept. Or is this concept just a ploy to woo the non-Malay voters?
The BN government will definitely not be regarded in high esteem if the BN ministers continue to issue racist statements or harebrained statements that are illogical or factually incorrect or just plain stupid.

Dun Kelantan: Agenda belum selesai....

Sidang Dun: Agenda belum selesai - kel18 
KOTA BHARU - Persidangan Dun Belanjawan 2014 yang bermula Isnin dan berakhir Khamis lalu dihiasi dengan pelbagai cerita.

Sidang yang dikawal oleh bekas Adun Ayer Lanas, Abdullah Yakub ini sememangnya ditunggu-tunggu di atas pelbagai faktor termasuk perubahan kepimpinan negeri khususnya jawatan Menteri Besar yang kini ditunjangi Datuk Ahmad Yakob.

Semasa pembentangan Belanjawan oleh Ahmad, tiada perubahan atau agenda besar yang dibuat, melainkan kejutan pengurangan hasil kerajaan negeri. Sudah tentu ia bukan berita yang baik kepada kerajaan negeri yang sebelum ini diketahui mempunyai kantung yang kecil.

Alasan pengurangan kutipan premium tanah disebabkan tiada pemberian milik tanah secara berskala besar adalah berita baik, namun kerajaan negeri harus kreatif mencari hasil kewangan  dengan tidak bergantung kepada hasil tanah, hutan  dan galian semata-mata.

Dalam belanjawan 2014 yang berjumlah RM549.26 juta itu, beberapa sektor diberi penekanan. Peruntukkan RM72 juta  kepada Yayasan Islam Kelantan  (YIK) adalah menefistasi kerajaan negeri memberi penekanan kepada pendidikan sekali gus menutup ruang  dakwaan sekolah-sekolah di bawah YIK akan diserahkan kepada pusat.

Flashback: Dr M is father of racism -Nazri

Mahahtir Mohamad and Mahathirism

His politicisation of the education system with its lack of meritocracy has crippled two generations of Malaysians and god forbid if he succeeds in pushing his son to continue his legacy.

mahathir-in-tearsThe haughty Dr Mahathir Mohamad, Malaysia’s longest serving prime minister, will never express regret. Mahathir made a mess of Malaysia and now he acts the innocent. He played on the insecurities of the Malays to build his empire – political and financial – within a warped framework of “unity”.
Whatever has gone wrong with Malaysia, the solution is not more Mahathirism. Look where it got us and look at what this nation will become if Mahathir succeeds in pushing his son, Mukhriz into pole position.
The closest Mahathir came to admit that his policies had failed Malaysians, was on Sept 12, at the 30th anniversary luncheon of the Japanese Chambers of Trade and Industry Malaysia (Jactim). He said that the use of English, especially in science and mathematics, would help improve the standing of Malaysian public universities on the world stage.
When asked for his views about the Malaysian Education Blueprint 2013-2025, his curt reply indicated his displeasure at the omission of English in schools.
“Melayu mudah lupa”, for it was Mahathir in his role as the Minister of Education in the 70s, who effectively wiped English off the slate, in schools. Mahathir dismantled a century of British effort to provide education, and demolished the work of two centuries of dedicated mission school pioneers.
On October 7, Mahathir again expressed his concern at the lack of proficiency in English displayed by students, when he complained about the quality of graduates, who presented themselves for job interviews. In one case, he claimed that only seven out of the 333 potential job applicants in information technology, were suitable. The unsuccessful graduates did not know English and had asked for the interview to be conducted in Malay.
“Melayu mudah lupa” and it is disingenuous of Mahathir to feign ignorance, because he tinkered with the education system, as Minister for Education and later, as prime minister. Malaysian parents from the 70s onwards, have been on a roller-coaster ride with their children’s education, which flopped between English and Malay, several times.

Korban: Harga lembu mahal..!!

Harga lembu mahal 
KUALA TERENGGANU – Harga lembu kebelakangan ini agak mahal sehingga mencecah RM3,800 seekor berbanding RM1,800 seekor lima tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Penternak Negeri Terengganu, Abdul Hamid Mohd Salleh berkata, antara punca kenaikan harga lembu itu disebabkan masalah kekurangan lembu di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, walaupun Terengganu mengalami masalah kekurangan lembu, bekalan mencukupi sempena musim perayaan tidak lama lagi.

“Walaupun kita mengalami masalah ini, untuk ibadah korban sempena Hari Raya Haji nanti, bekalan lembu di negeri ini mencukupi. Tambahan pula kita sendiri ada lembu tempatan.

“Mengenai bekalan lembu kita tiada masalah, sebab dua bulan lalu kita telah mengimport kira-kira 100 ekor lembu dari luar (Thailand). Cuma, harganya agak mahal. Bagi yang ingin membuat ibadah korban, ia sekitar RM450 hingga RM500 untuk sebahagian,” katanya.

Diabai Ibubapa: 6 beradik diserah kepada JKM

6 beradik diserah kepada JKM  
Wakil Pejabat Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rozaini Mohd Rosli (tengah) turut hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor, semalam.
KUALA SELANGOR - Enam beradik yang ditinggalkan ibu bapa sehingga kelaparan dan mendapat liputan meluas Sinar Harian minggu lalu akhirnya diperintah ditempatkan di Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur untuk jagaan sementara waktu.

Keputusan itu ditetapkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor sehingga mahkamah bagi kanak-kanak bersidang semula pada 18 November nanti.

Dalam pada itu, kedua ibu bapa enam beradik tersebut akan disoal siasat bagi kes pukul yang dilaporkan ibu mereka, Che Suwarti Che Pa, 31, terhadap suaminya.

Sebelum ini, mereka yang berusia tujuh bulan hingga sembilan tahun itu dijaga sementara ahli keluarga sebelah bapa, Mohd Roslan Ismail, 32, selepas dibenarkan JKM pada Rabu lalu.

Hishammuddin sudah terbayang kekalahannya..!!

Menjelang pemilihan sayap dalam Umno yang akan diadakan dalam tempoh beberapa jam dan seminggu lagi sebelum pemilihan peringkat ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dikatakan lembik dan paling mungkin kecundang dalam mempertahankan jawatannya, dilihat cuba menagih simpati supaya penyingkirannya itu tidak menjadi kenyataan.

Dengan cuba menggambarkan dirinya seorang yang tidak mementingkan kedudukan dan pemimpin yang teguh kesetiaannya, Menteri Pertahanan itu berkata, sama ada kalah atau menang pada 19 Oktober nanti, beliau akan terus kekal bersama Umno.

Walaupun seperti sudah dapat membayangkan kekalahannya, dalam tempoh kempen yang semakin suntuk dan arus penolakan kepadanya tidak banyak berubah, Hishammuddin ternyata masih mengharapkan ada rasa simpati daripada perwakilan.

Katanya, apa yang dimahukannya dalam pemilihan kali ini ialah perwakilan akar umbi Umno memberikan Presiden Umno saf kepimpinan Naib Presiden yang paling baik untuk memastikan negara terus melangkah mahu ke hadapan.

"Sekarang sudah suntuk, tak ada banyak masa untuk berkempen. Saya akan terus berjuang walau apa pun yang terjadi," tambahnya lagi.

IGP pelawa Surendran ikut ops berdepan penjenayah

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mempelawa Ahli Parlimen PKR, N Surendran untuk menyertai operasi polis berdepan dengan penjenayah.

Khalid membuat pelawaan tersebut melalui Twitter malam tadi.

Menurutnya, MP Padang Serai itu akan disediakan dengan perlindungan yang mencukupi dalam bentuk perisai badan sekiranya beliau menerima pelawaan tersebut.

Ketika dihubungi,  Surendran yang juga naib presiden PKR memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak pasti sama ada ketua polis negara itu serius dalam membuat pelawaan tersebut.

NONEBagaimanapun, Surendran (kanan) berkata beliau tidak ragu-ragu
untuk menerima pelawan tersebut.

"Jika beliau serius, maka saya bersedia untuk menerimanya," katanya sambil menambah bahawa beliau bersedia berdepan dengan risiko sepertimana yang dihadapi oleh anggota polis.

"Saya bersedia untuk melakukan ini demi kepentingan mewujudkan sistem keadilan jenayah yang lebih baik," katanya.

Surendran, seorang peguam yang menjadi ahli politik, lantang mengkritik pihak polis berkaitan dengan penggunaan kekerasan yang berlebihan.

Anwar kritik MB Selangor secara terbuka, puji Lim Guang Eng


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di forum laporan Ketua Audit Negara, malam tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Oktober, 2013.Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di forum laporan Ketua Audit Negara, malam tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Oktober, 2013.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di depan orang ramai malam tadi dan meminta beliau tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperolehi tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.
Sebaliknya, beliau memuji Ketua Menteri Pulau Pinang,  Lim Guan Eng yang disifatkannya berjaya membawa Pulau Pinang mencapai tahap prestasi terbaik.
Anwar mendakwa, setakat ini Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim menunjukkan prestasi yang membanggakan berbanding Menteri Besar Selangor ekoran kelemahan yang dilihat masih belum berjaya diatasi dalam pentadbiran Khalid.
"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap pretasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperolehi.

PAS lancar gerak kerja rasmi PRK Sungai Limau hari ini

PAS mula menggerakkan jenteranya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau apabila jentera pemudanya dilancarkan dengan rasminya hari ini.

Ia akan dilancarkan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang juga ahli Parlimen Temerloh di Markas Operasi Pemuda di hadapan sekolah kebangsaan Dulang, Yan, Kedah, malam ini.

Turut serta di majlis itu adalah Datuk Amirudin Hamzah, Pengarah Operasi pilihan raya ini.

Esok,  ulama PAS pula melancarkan markasnya yang terletak di Batu 18, Yan oleh Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mohd Khairudin Aman Razali.

Himpunan penuh jentera Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil ini pula akan diadakan pada hari Khamis, 17 Oktober depan di Dataran Surau Al Fatah, Pulau Nyior, Bukit Besar.

Mursi supporters rally in Cairo

Scattered anti-coup protests held in Egypt

U.S. still dealing with its own chemical weapons

Video captures air raids, clashes near Syrian chemical weapons site

Soi Lek to Liow: You quit, I quit..ha.ha..ha...!!!