Jumaat, 11 Oktober 2013

Audit: Mahathir juga tuju kepada Najib letak jawatan


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya menyuruh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan apabila meminta menteri-menteri yang dilihat gagal dalam laporan Ketua Audit Negara meletak jawatan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz.

"Apabila Dr Mahathir meminta menteri-menteri yang dilihat gagal dalam laporan Ketua Audit Negara 2012 meletakkan jawatan, beliau sebenarnya menujukan kenyataan itu kepada Najib," katanya.

Najib, kata Mahfuz, ialah orang yang bertanggungjawab melantik menteri-menteri berkenaan.

"Sebab itulah saya kata Dr Mahathir sebenarnya meminta Najib meletakkan jawatan kerana kesilapan melantik menteri-menteri yang tidak beramanah dan tidak cekap bekerja.

"Kesilapan mereka adalah kesilapan Najib sebagai Perdana Menteri yang melantik mereka," kata beliau.

Tolak TPPA, fikir tindakan seterusnya - Husam


KUALA LUMPUR: Bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tidak harus berakhir dengan himpunan di KLCC hari ini sahaja.

Sebaliknya kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, semua pihak harus berfikir mengenai tindakan seterusnya bagi memastikan Malaysia menolak TPPA yang akan menjejaskan kedaulatan negara.

"PAs menyokong sepenuhnya usaha anak muda yang menggerakkan himpunan untuk membantah TPPA dan PAS minta semua ahli turun ke himpunan esok

"Tapi langkah kita tak harus berhenti esok. Saya tak suka buat sesuatu benda di mana ia tak siap, tak sempurna.

"Kita hanya bantah kemudian ia (TPPA) berjalan. kita kena berfikir secara kreatif, di luar kotak bagaimana nak tamatkan apa yang kita tak kehendaki. Kalau hanya bantah tapi tak ada keputusan yang konkrit pun tak guna," katanya sewaktu berucap di Pentas Perdana Anti TPPA di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

PAS desak kerajaan keluarkan Kertas Putih TPPA

Calon Umno yang bertanding dalam pemilihan parti membisu seribu bahasa tanpa membantah TPPA.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memaklumkan bahawa ahli parlimen PAS akan mengusulkan agar kerajaan mengeluarkan Kertas Putih berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Calon Umno yang bertanding dalam pemilihan parti turut menerima tempias Salahuddin kerana membisu seribu bahasa tanpa membantah TPPA.
“Kita akan desak kerajaan keluarkan Kertas Putih berkaitan TPPA yang dirahsiakan. Kita kesal kerana calon Umno yang bertanding tidak bercakap mengenai isu ini,” kata beliau.
Perarakan bantahan yang bermula di Masjid As-Syarikin, KLCC pada pukul 2.30 tengahari bertujuan untuk membantah usaha Amerika Syarikat (AS) yang mahu Malaysia menandatangani TPPA
Ia juga diadakan untuk membantah dominasi politik dan ekonomi AS.
Protes hari ini diadakan bersempena dengan lawatan dua hari Setiausaha Negara AS, John Kerry.
Beliau menggantikan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk menghadiri Persidangan Keusahawanan Global ke 4 yang bermula di ibu negara hari ini.
Kerry turut menyatakan hasrat untuk melihat TPPA  termeterai di antara Malaysia dan AS.

WATCH OUT GUYS, TALK OF GST IS REAL! Brace yourself for hard times ...

With the economy spewing and sputtering, there is a widespread fear and belief in the country that the Barisan Nasional (BN) government is set to impose a Goods & Services Tax (GST) that is set to witness the disposable incomes of the majority of Malaysians drop further.
Since it was discovered that only 16 per cent of Malaysian workers pay taxes, the BN government has come up with this cunning of GST to ensure that everyone contributes to the financial coffers of the country.
With about 82 per cent of the workforce in the low income group, earning less than RM2, 000 a month, all this is really a smack in the face for those of us who harbor the Malaysian dream of becoming a high income nation.
When a boisterous and buoyant Najib Tun Razak became prime minister, he promised to make Malaysia a high income nation. What we have since been witness to is that the nation is not becoming a high income country but beset by heavy taxes on the people.
Besides this, of greater concern, despite contradictory views by the Malaysian Employers Federation (MEF), the wages and salaries of the workforce have not risen in harmony with the cost of living and inflationary trends.
Except perhaps for the government sector, where the BN government takes great pains to ensure civil servants are buffered and cushioned from the effects of an economy that has been witnessing a price spiral ever since Najib took over the reins of power.
This imbalance between the public and the private sector, where the private sector is responsible for producing the greater level of productivity is beginning to cause Malaysians as consumers to wonder how long they will be able to sustain their present standard of living.
It does not help that the Third Force or migrant workers are competing with the locals for a greater share of the economic pie. This unbridled, uncontrolled arrival of streams of migrant workers arriving on our shore has heated up the competition.
This means the Malaysian private sector workers is under great threat and stress from all sides and now with the expected imposition of GST they are most certainly going to become under a greater amount of hardship and suffering.
Brace yourself for hard times Malaysians
Having to butter their bread is now becoming a hard, harsh issue for Malaysians and more and more are declaring bankruptcy in the form of mounting household debts. While the latest household debt level is not available from Bank Negara Malaysia, Malaysians can be assured the figures are worrisome and have increased.
All people have to do is cross-check with neighbors, colleagues, family members and friends and relatives and discover the honest truth that most Malaysians are under dire stress from having to cope with credit card debt, housing and personal loans and business gone awry.
The reason for this, for the Malaysian consumer being put under great stress, is due to the haphazard and short-sighted financial policies and planning of the Malaysian finance ministry. The shifting policies of the ministry, acting according to their whims and fancies, have not helped ease the plight of Malaysians.

NGO desak Najib gantung tugas Ahmad Shabery

Menteri itu telah berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa konsert yang dihidangkan kepada para belia dengan pakaian menjolok mata dibayar oleh penaja, dakwa Jingga 13.

PETALING JAYA: NGO propembangkang iaitu Jingga 13 mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggantung tugas Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ekoran wujud perbelanjaan melampau dan tidak berhemat seperti Laporan Ketua Audit Negara.
Sebagai menteri Belia dan Sukan ketika itu, Ahmad Shabery tidak perlu bersikap “menegakkan benang basah” tetapi mengambil sikap bertanggungjawab terhadap pendedahan yang di buat berkaitan pembiayaan RM1.6 juta wang rakyat untuk konsert K-Pop.
Tiga kumpulan K-Pop yang membuat persembahan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.
Jingga 13 mendakwa perbelanjaan Himpunan Sejuta Belia 2012 dari 23 hingga 27 Mei 2012, di Putrajaya sejumlah RM67.6 juta.

‘Macam kaduk naik junjung’, macam mana rakyat tak marah?

Aspan Alias

“It’s scary!” kata seorang rakan saya yang sememangnya seorang yang serius dalam hidup beliau apabila beliau bercakap mengenai keadaan negara pada hari ini. “What is frightening you bro?” tanya saya kepadanya  semasa beliau minum kopi di Bangsar Village dua hari lepas.

Katanya dia takut dengan masa depan negara yang tidak terurus dengan betul mengikut taraf sebuah negara yang mengaku akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Politiknya tidak menentu, keselamatan negara tidak meyakinkan dan segala-gala urusan samada perniagaan dan lain-lain sudah tidak mempunyai budaya lagi.

Isu rasis amat menakutkan sesiapa yang faham tentang semua ‘consequence of events’ jika cara permainan politik negara sekarang ini masih tidak berubah. Perhubungan di antara kaum tidak sebaik dahulu dan semua pemimpin politik di setiap peringkat bercakap tentang perkauman yang menebal.

“The image of our political leaders is contemptible and inconceivable” katanya lagi dengan serius. “These deluded leaders have got to go if we still think that we deserve good administrators. Leaders like Zahid, Ali Rustam should be done with and everyone of their like shouldn’t be anywhere within the government.” Beliau terus merungut dengan penuh sesalan. “What we are having now is not a government,” membentak.

Orang seperti saya dan ramai yang lain di bawah ini faham maksud rakan saya tadi. Maksud beliau ialah ‘uncertainties’ yang dirasai oleh rakyat kerana mereka tidak nampak apa-apa perubahan kepada kerajaan selepas diberi sambungan mandat dalam pilihanraya lalu.

Dedah kandungan TPPA, biar rakyat nilai


KUALA LUMPUR: PAS mengesa agar kerajaan mendedahkan isi kandungan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) agar ia dapat diteliti oleh rakyat.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika berucap pada himpunan bantah TPPA di hadapan Masjid Al-Syakirin, KLCC hari ini mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil serius dengan desakan rakyat agar menolak TPPA.

"Kita berada di sini sebagai mewakili rakyat Malaysia untuk menentang perjanjian TPPA dan seterusnya menentang pelaksanaannya di negara ini.

"Kita gesa agar kerajaan di bawah kepimpinan Najib membuat pendedahan kesemua perjanjian dan ini penting untuk rakyat teliti serta mengetahui apa kandungan mahupun muslihat disebaliknya," ucap beliau.

Beliau turut melahirkan kekesalan apabila pimpinan Umno terus berdiam diri dalam soal TPPA walaupun ia secara langsung dilihat mengugat ekonomi negara.

TPPA: Anwar kecam pemimpin Umno tunduk kepada arahan AS

KUALA LUMPUR 11 OKT: Sikap pemimpin Umno BN yang taat dengan arahan Amerika Syarikat (AS apabila bersetuju dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menyebabkan masa hadapan negara tergadai.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia menjadi semakin bermasalah apabila Datuk Seri Najib Razak bertemu dengan Presiden Barack Obama tahun lalu dan memberikan pengakuan menyokong TPPA.
“TPPA menunjukkan AS dan negara kaya tidak konsisten dalam rundingan, apabila dengan Eropah lebih telus dan terbuka dengan semua isi perjanjian dikemukakan, tetapi dengan Malaysia dilarang untuk umum,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam pidatonya semasa Program Bantah TPPA di Padang Kelab Sultan Sulaiman Shah di sini.

Audit: Bazir wang rakyat, dapat surat teguran sahaja?


Tony Pua 

SHAH ALAM – Prosedur yang lemah dan tidak dipatuhi menjadi antara faktor penyelewengan dan ketirisan berlaku dalam kerajaan, dakwa Tony Pua.

Itulah perbezaan paling ketara dalam sektor swasta dan kerajaan kata Setiausaha Publisiti DAP itu.

“Saya rasa yang berbeza antara swasta dan pihak kerajaan adalah jika perkara sebegini berlaku, pegawai-pegawai dan kakitangan tersebut, sudah pun dipecat.

“Tak mungkin bekerja lagi dalam syarikat tersebut,” katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-24 berjudul ‘Laporan Audit: Tiris atau Terlepas Pandang’, semalam.

Anak Taib Mahmud miliki aset RM1 bilion..??

KUALA LUMPUR - Shahnaz A Majid memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa  bekas suaminya Mahmud Abu Bekir Abdul Taib mempunyai aset bernilai RM916 juta dan RM1.33 bilion di Kuala Lumpur.

Abu Bekir merupakan anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Memberi keterangan dalam kes tuntutan mutaah RM100 juta, Shahnaz berkata, beliau tahu mengenai jumlah itu apabila mengupah akauntan berwibawa untuk menilainya nilai aset itu.

Katanya, akauntan itu akan memberi keterangan kepada mahkamah selepas ini.

Sementara itu, Shahnaz juga berkata, Abu Bekir mempunyai pegangan dalam 49 syarikat di Malaysia dan 20 daripadanya sudah diaudit.

Antara syarikat yang dinamakannnya, Achijaya Communications Sdn Bhd, Bumi Time Extra Sdn Bhd dan Cahaya Mata Sarawak Bhd.

Lip Eng gesa jelas isu jawatan, gaji bekas menteri


Lim Lip Eng 

Ahli Parlimen Segambut-DAP, Lim Lip Eng hari ini menggesa kerajaan menjelaskan fungsi setiap tujuh individu yang berkaitan dengan parti itu dilantik ke jawatan awam.

Menurutnya, jawatan awam itu dipercayai duplikasi kepada jawatan lain seperti duta di India dan China di mana ada lantikan duta khas yang menerima gaji bulanan sama seperti jawatan menteri.

Tambahnya, bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Datuk Seri Shahrizal Abdul Jalil yang meletak jawatan juga telah dilantik menjadi Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita menjadi tanda tanya mengenai fungsi sebenar jawatan tersebut memandang kementerian berhubung perkara itu telah wujud.

"Saya percaya ramai lagi bekas menteri yang memegang jawatan dan dibayar gaji oleh kerajaan dan tidak dimasukkan ke dalam senarai (jawapan bertulis Menteri di jabatan Perdana Menteri).

"Dan ramai juga ahli politik yang dilantik dalam syarikat gergasi kerajaan (GLC).

Apa Kes Bekas Menteri Terima Jawatan,Gaji Besar..???

Gantung tugas, siasat Zahid bawah kanun keseksaan

n_surendranKUALA LUMPUR 11 OKT:  Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengaku polis menembak lima suspek penjenayah di Pulau Pinang, Ogos lalu tanpa sebarang amaran.
Menurut Surendran, dalam satu temubual dengan Astro Awani semalam, Zahid berkata polis percaya lima suspek itu mempunyai senjata dan bertindak menembak mereka.
“Tindakan polis itu adalah pembunuhan kejam dan dirancang. Polis hanya boleh melepaskan tembakan jika nyawa mereka atau orang ramai terancam,” tegasnya.
Katanya, kenyataan Zahid itu berbeza dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis ditembak terlebih dahulu lalu oleh suspek terbabit.
“Siapakah yang bercakap benar? Nampaknya pihak berkuasa terperangkap dengan penipuan dan kenyataan mereka yang bercanggah. Zahid, Khalid dan kerajaan menggalakkan perlakuan jenayah di kalangan anggota polis,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zahid: Tiada tembakan amaran dalam SOP polis

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata polis mempunyai standard prosedur operasi (SOP) yang tersendiri dan menegaskan tiada dalam SOP tersebut menyatakan polis mesti melepaskan tembakan amaran terlebih dahulu.

"Polis mempunyai SOP-nya yang tersendiri. Tidak ada dalam SOP itu menyatakan mesti tembak amaran dulu. Yang pertama, gengster itu lari dulu. (Itu) kalau tidak ada senjata.

zahid hamidi malacca melaka 061011"Yang keduanya, kalau ada senjata, polis mati dulu," katanya dalam wawancara dengan IMRTV yang dimuat naik ke Internet semalam.

Sehubungan itu, beliau menegaskan maklumat inteligent penting bagi memastikan sasaran selepas mendapat maklumat bahawa penjenayah terbabit dikenalpasti memiliki senjata dan menjadi samseng.

"Saya cuma kata gengster mesti dihapuskan. Jadi terpulang kepada ketua polis negara, ketua polis negeri, pengarah CID, (bahagian) siasatan jenayah untuk melakukannya. Jadi, asalkan SOP-nya diikuti," katanya.

Tanpa menyebut nama, beliau dipercayai merujuk pendedahan Malaysiakini berhubung kenyataannya kontroversinya mengenai isu "tembak dulu" suspek penjenayah dalam sebuah majlis di Melaka pada Sabtu lalu.

Dalam wawancara itu juga, Zahid yang juga naib presiden Umno turut menasihatkan sebuah "portal berita" supaya tidak meracuni pemikiran rakyat dan tidak memutarbelitkan fakta.

'Mereka lanyak saya'

PKR kemuka bukti tembak suraikan demo Murum kepada Suhakam



Biro Alam Sekitar PKR hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi menggesa badan itu menyiasat cara polis menyuraikan hadangan masyarakat Penan berhampiran tapak empangan Murum, Sarawak pada 3 Oktober lalu.

Pengerusi biro, Lee Chean Chung percaya tembakan yang dilepaskan ke udara oleh polis bagi menyuraikan hadangan tersebut adalah salah bawah Seksyen 15(3) Kanun Acara Jenayah.

Menurut beliau, pihaknya mempunyai bukti tentang kejadian itu dan akan menyerahkannya kepada Suhakam apabila mereka mula membuka kertas siasatan terhadap insiden itu.

NONE"Saya dimaklumkan ada bukti dan rakaman atas kejadian yang berlaku hari itu.

"(Bukti ini) akan diberikan dan kami akan beri kerjasama sepenuhnya," kata anggota dewan undangan negeri Semambu itu selepas berjumpa Suhakam pagi tadi.

Menurut Chean Chung (kanan), laporan mereka diterima Penolong Setiausaha Laporan Suhakam, Shahizad Sulaiman.

Calon PKR bagi Parlimen Baram dalam pilihan raya umum lalu, Roland Engan yang turut hadir di ibu pejabat Suhakam pagi tadi menzahirkan kerisauannya tentang proses takungan empangan Murum.

Hujan tak halang demo bantah TPPA KLCC

Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi | Kuliah Jumaat 11 Okt 2013

Himpunan Protes Perjanjian TPPA KLCC

TPPA perjanjian rahsia kerajaan BN dgn Amerika??

Video Himpunan bantah TPPA KLCC

Police, Hindu Sangam to use religion to curb gansterism

CID chief: Never heard of 'shoot first' policy in 40 years of service

Police: 'Blatant lie' that we're not investigating MyWatch shooting

Police: No VIPs in gangs - but we'd arrest even a minister

Pengarah CID nafi ada arahan 'tembak dulu' penjenayah

Penan belum pindah tapi empangan Murum mula takung air

Rakyat mahu PM dedah kandungan TPPA

Anas: 'TPPA is a myth of free trade'

Calon muflis, betapa tenatnya Umno

Mukhriz tak patut ugut pengundi

Adam Adli: Najib Bukan Pemimpin Yang Berani Bercakap Tidak Kepada Negara Besar

When grassroots fear the 'superiority' of the non-Bumis, racist politicking is a SURE-WIN

There is no denying the fact that affirmation programs have failed miserably in Malaysia. By and large there are quite a number of reasons why this is so. But for Malaysian prime minister Najib Tun Razak to defend his new agenda for bumiputras is wrong because he is on the wrong track.
The Bumiputra Economic Empowerment Agenda as outlined by Najib is set to witness another scenario of where it fuels corruption and the final outcome will be that the large majority of bumiputras remain in square one while the minority bumiputra elite continue to grow more prosperous.
In what is seen as a complete reversal and betrayal of Najib’s “Satu Malaysia” concept, just prior to Malaysia Day, the BN government announced a slew of initiatives in a grand, affirmative action plan exclusively for bumiputras.
This was to thank the bumiputras for supporting the government and standing by BN in the 13th GE which was a clear slap in the face by Najib for the Chinese and Indians who went out on a limb to support Pakatan Rakyat.
This immature move by the BN government which continues to reek of their lop-sided justice in practicing partisan politics has sparked outrage and inflamed the fires of race relations as this is a sheer case of racism being practiced against the minority races.
Najib has now gone out on a limb to defend his move and assure the non-bumi’s that they will also be taken care of by the BN government. However, his assurances have not gone down well with the non-bumi’s and even bumiputras at large are beginning to question his motives at this juncture.
Where is the “inclusive nature” of the Satu Malaysia concept in this hare-brained scheme? Why the need to segregate the races? Is not this a sheer case of practicing racism similar to apartheid? Why can’t any affirmation program be on a broad scale as to include the whole spectrum of Malaysians irrespective of race and religion?
This new gambit by Najib is a clear affront to all right-thinking Malaysians including bumiputras. The new scheme is set to prolong the agony and frustrations of all Malaysians and witness BN-UMNO being about the sole beneficiary as it was with the New Economic Policy (NEP) and the New Economic Model (NEM).
The questions non-bumis are asking

‘Why I had to leave Malaysia’

Malaysia Truly Asia…what about Malaysia being TRULY Malaysia first?

London Lookout
“Lima tiga pound,” says the souvenir vendor in busy Oxford Street London. That many Malaysians throng to England’s capital.
The bargain hunters are mainly tourists travelling in groups or two in one holiday makers who’ve either just settled or visited their children studying here.
You can clearly tell them apart from the upper crusts…and the newly minted Malaysian elites who waltz into the city. The upper crusts, including seasoned business classes, will not be posing in front Selfridges or Harrods for ‘say cheese’ pictures. That’s reserved for the majority of the citizenry…as well as benefactors of ill-gotten wealth who simply cannot hide their simple natures, even in their posh new lifestyles.
Then there’s the section of Malaysians who have made Britain their adopted home. They watch. They feel. And they still talk about ‘back home’. Home is still Malaysia, even for those forced into giving up their citizenship.
Raven, in his 40’s now, came to England to study while in his 20’s, met a beautiful French lady and eventually married her in 1997. Thankfully, his wife Phillipa liked Malaysia and was agreeable to settling down in her husband’s birthplace. As the first born son with filial obligations Raven couldn’t be happier and he quickly got a lecturing job in KL.
Six years and two children later Phillipa was still with her social visa, which meant annual renewal and no right to work to support her husband. Besides being a trained accountant she was also a qualified French teacher…both skills she was eager to use but vehemently being denied by her host country.
As for her PR application, which she was eligible for after five years, the response was always the same…‘there’s a long wait…. more than 20,000 people waiting, this could take 20 years’.
Today, sitting in the cosy lounge of his own three-bed flat in south London, Raven laughs as he remembers. “How can I forget those days lah? It was always ‘ini susah ni, ada banyak fail encik’. And then the most frustrating thing is when you see obviously Indonesian looking people excitedly showing off their new ICs! Ask them how long they’ve been in the country and they tell you a year and a half!”

JANGAN SALAHKAN CINA: Anwar ingatkan Zahid, Ali Rustam jangan guna isu perkauman untuk raih undi r

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pemimpin Umno yang telah baru-baru ini tajuk berita dengan kenyataan keterlaluan yang jelas perkauman.
"Dulu saya sudah kata pada 31 Ogos apabila saya ajak berdialog isu perkauman dan ketaksuban agama yang sudah menjadi semakin meruncing. Pemilihan Umno bukan berkaitan tentang tadbir urus atau kebajikan orang Melayu tetapi mereka mainkan isu perkauman, " kata Anwar dengan nada marah di sidang akhbar pada hari Rabu.
"Kenapa salahkan orang Cina atau pembangkang Siapa yang membazirkan wang, merompak kayu balak, yang menggelapkan berbilion-bilion ringgit melalui kontrak untuk keluarga dan kroni mereka? Siapakah orang-orang Melayu yang paling kaya? Mereka adalah ahli keluarga pemimpin UMNO. Siapa yang berjaya mendapatkan kontrak Petronas, kontrak-kontrak yang besar? Mengapa salahkan Cina atau pembangkang atau orang lain? Kenapa kita tidak boleh belajar untuk bekerjasama dan menghadapi ini dengan cara baik? "
Anwar telah ditanya sama ada beliau merasakan pemimpin Umno seperti Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi dan bekas Ketua Menteri Melaka Ali Rustam telah menjadi keterlaluan dalam mengkritik dan menyalahkan orang Cina di atas pelbagai masalah yang melanda negara ini termasuk jenayah yang semakin meningkat, dan bagi Ali Rustam, termasuk kekalahannya di kerusi Parlimennya di Bukitl Katil.
Perasaan marah dan kecewa di kalangan kaum minoriti
Komen-komen yang keterlaluan oleh kedua-dua pemimpin Umno yang kedua-duanya berlumba-lumba untuk merebut kerusi naib presiden pada 19 Oktober pada pemilihan Umno telah mencetuskan tindak balas publisiti negatif untuk negara serta menyemarakkan kebencian mendalam dan kemarahan di kalangan kaum minoriti.
"Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan dalam ucapannya di Melaka pada 6 Oktober 2013, yang menampakkan sikap tidak peduli kepada hak untuk hidup dan hak-hak penduduk minoriti di negara ini," kata NGO antarabangsa yang menjadi pemerhati Hak Asasi Manusia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mereka hari ini.

Audit umpama lagu "kisah dan tauladan"

Wacana siri 24 
SHAH ALAM – Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menyifatkan laporan yang dibentangkan saban tahun sebagai 'kisah dan tauladan' yang perlu diberi perhatian semua pihak.

Beliau berkata, ketua jabatan orang yang paling berperanan dalam membawa perubahan.

''Kami di audit buat laporan macam lagu 60-an ‘Kisah dan Tauladan’.

“Audit (ambil) kesah supaya perkara itu dijadikan tauladan. Bayangkan kalau audit tidak masuk, benda bermasalah dibiarkan, ketirisan akan berlaku,” katanya.

Ketirisan, katanya, bukan hanya melibatkan perbelanjaan tetapi juga aspek lain termasuk pungutan hasil.

Menurut beliau, Jabatan Audit Negara menggariskan tiga perkara utama yang boleh menentukan perbelanjaan yang dikeluarkan itu bernilai.

“Kami gambarkan tiga perkara yang disebut sebagai 3E, ekonomi-efisien-efektif. Bagaimanapun dalam keadaan tertentu reflect 3E itu tidak ada, sebaliknya timbul pula 3P,  iaitu pemborosan-pembaziran-penyelewengan.

Zahid: Kenyataan 'tembak dulu' merujuk pada kes di P Pinang

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa bahawa kenyataannya "tembak dulu" merujuk kepada kes lima suspek ditembak mati oleh polis di Pulau Pinang pada 19 Ogos.

zahid hamidi astro awani 101011"Saya merujuk kepada apa yang berlaku di Pulau Pinang di mana lima
(suspek) penjenayah telah dibunuh oleh pihak polis, kerana menurut maklumat risikan, mereka itu ada senjata.

"Dan saya menyatakan bahawa apa yg dinyatakan oleh seorang timbalan menteri adalah tembakan amaran dahulu baru tembakan yang sebenarnya.

"Saya fikir itu bukan SOP yang ada pada pihak polis sebab semua (suspek) penjenayah ada senjata.

"Adakah pihak polis hanya boleh mempertahankan diri apabila telah ditembak? Kalau begitu keadaannya, tentu ramai polis yang mati disebabkan oleh tindakan yang demikian.

"Apa yang telah saya nyatakan (di Melaka) itu ialah soal kesiapsiagaan polis kerana maklumat awal melihat bahawa penjenayah mesti dibanteras.

"Bagi saya tidak timbul tembak dulu baru tanya. Itu satu kenyataan liar yang dibuat oleh mereka," kata Zahid.

Boleh Land: Cerita di sebalik pegawai JKM 'kejam'

Kisah di sebalik pegawai JKM 'kejam' 
 Gambar-gambar yang disebarkan menerusi blog dan beberapa laman berita atas talian.
KULIM - Seorang OKU dari Persatuan Kebajikan Setia Orang Kurang Upaya Kulim (PKSOKU) dikatakan nekad mendaki tangga dengan merangkak kerana mahu menyerahkan sendiri memorandum kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah itu pada 6 Oktober lalu.

Beberapa blog dan berita dalam talian melaporkan, OKU itu yang juga Pengerusi PKSOSU, K Genggataran, 53, berbuat demikian selepas pegawai JKM Daerah Kulim dikatakan enggan menemui mereka walaupun setelah menunggu lebih sejam.

Wang zakat bukan dana politik

Wang zakat merupakan hak milik golongan yang berhak menerimanya, justeru tidak boleh dijadikan sebagai modal perniagaaan.

Seperti dijelas dalam artikel  bertajuk  ‘ Wang zakat bukan dana pelaburan’ yang disiar dalam Free Malaysia Today pada 28hb September 2013 , wang zakat yang dibayar oleh orang ramai dari hasil perniagaan ,gaji dan nilai harta mereka wajib diagih terus kepada golongan yang memerlukan ia itu  dari pemberi kepada penerima atau melalui pihak ketiga seperti  Tabung Zakat  ataupun Tabung Baitulmal Sarawak yang hanya mewakili pihak pemberi .
Oleh yang demikian wang zakat merupakan hak milik golongan yang berhak menerimanya, justeru tidak boleh dijadikan sebagai modal perniagaaan atau dana pelaburan oleh pihak ketiga tersebut atas  apa2 jua alasan  seperti bagi menambah aset2  golongan yang miskin dan kurang bernasib baik.
Baitulmal telah menyalahguna kutipan wang ini untuk membina komplek Islam di Kuching yang menelan belanja berjumlah RM 90 juta dan Bangunan Makmur 11 yang dicadangkan dibina di Petrajaya yang berharga RM 253 juta .Pihak pengurusan Baitulmal juga  dipercayai menyalahgunakan duit zakat untuk berurus niaga dalam pasaran saham di Bursa Saham Malaysia dan rugi berjuta2 ringgit dalam perjudian tersebut.
Baru-baru  ini kami telah menerima laporan yang sahih bahawa berjuta-juta ringgit wang zakat  pernah dipergunakan sebagai dana pilihanraya oleh Pengerusi Baitulmal bagi membiayai perbelanjaan calon-calon  PBB dalam pilihanraya negeri .
Wang zakat tidak ada kaitan langsung dengan urusan politik .Oleh itu kutipan cukai khas ini tidak boleh dijadikan dana politik untuk membiayai kos pilihanraya mana-mana calon. Jelas tindak tanduk pengerusi Baitulmal telah jauh menyimpang dari hukum asas agama Islam .
Dipertikai

Khalid Samad: Malaysia Akan Dijajah Lagi

Husam Musa: Kita Hanya Dikontrol Oleh Satu Parti Yang Sangat Lemah

Perarakan anti TPPA di Kuala Lumpur hari ini


TPPA adalah perjanjian yang tidak adil, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim di sesi ceramah Bantah TPPA di Kelab Sultan Sulaiman. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Oktober, 2013.TPPA adalah perjanjian yang tidak adil, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim di sesi ceramah Bantah TPPA di Kelab Sultan Sulaiman. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Oktober, 2013.Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menganjurkan protes di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur hari ini bagi membantah Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) dengan perarakan akan bermula dari Masjid Kuala Lumpur City Center (KLCC) selepas solat Jumaat.
Ketua Penyelaras (SAMM) Kebangsaan, Badrul Hisham Shahrin mengumumkan perkara itu dalam ceramah Bantah TPPA di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur malam tadi.
Protes tersebut diadakan sempena lawatan Setiausaha Amerika Syarikat (AS), John Kerry yang menghadiri Persidangan Puncak Keusahawanan Global Ke-4.
Perhimpunan membantah TPPA itu sekali gus dilihat memperlekehkan amaran Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berkata, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang protes semasa kehadiran kali pertama Kerry ke Malaysia.
Badrul Hisham berkata, protes tersebut merupakan sebahagian daripada usaha menghalang kerajaan untuk menandatangani perjanjian TPPA yang disifatkan memperdagangkan negara pada AS.
Antara persoalan yang ditimbulkan pada ceramah itu ialah berhubung kerahsiaan rundingan kandungan TPPA yang enggan didedahkan kerajaan.

Anwar Ibrahim: Saya Menentang TPPA Pada Prinsip Atas Dasar Keadilan Kepada Rakyat

Sivarasa Rasiah: TPPA Ini Ada Implikasi Yang Serius

Hishamuddin Rais: Kerajaan Najib Adalah Kerajaan Haram Yang Dimenangi Dengan Cara Penipuaan

Tian Chua: Kerajaan Mahu Berunding Dengan Amerika Syarikat Tanpa Bertanggungjawaban Kepada Rakyat