Khamis, 10 Oktober 2013

Audit: Orang bijak buat bodoh untuk lepaskan diri - Tony Pua

Tony Pua 
SHAH ALAM – Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua memberitahu isu penyelewengan sering dikaitkan kurang kecekapan ekoran pihak yang terlibat bijak ‘buat bodoh’.

Akhirnya, pihak tersebut hanya menerima surat teguran daripada pihak atasan atas kurang kecekapan tersebut.

Beliau berkata demikian di pentas Wacana Sinar Harian siri ke-24 berjudul ‘Laporan Audit: Tiris atau Terlepas Pandang’, hari ini.

Pentas wacana turut menampilkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang;, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC),Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed .

“Orang yang paling bijak dalam perkara penyelewengan adalah pihak yang selalu menjawab 'oh macam itu ya. Saya tak tahulah. Saya bodoh dalam perkara ini'.

10% penduduk Malaysia diramal sakit mental menjelang 2020


Keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan untuk memastikan kesihatan mental warga tua terjamin dengan memberi sokongan yang positif untuk mereka menjalani hidup dengan lebih sihat.  
Keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan untuk memastikan kesihatan mental warga tua terjamin dengan memberi sokongan yang positif untuk mereka menjalani hidup dengan lebih sihat. Kira-kira 10% daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini diramal mengalami penyakit mental menjelang 2020.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata pertambahan populasi penduduk berusia 50-an dan ke atas menjelang 2020 akan memberi implikasi terhadap sistem penjagaan dan pemberian perkhidmatan kesihatan seperti kesihatan mental dan fizikal.
"Golongan usia 50-an dan ke atas akan menghadapi kemerosotan tahap kesihatan akibat penyakit kronik, rasa sunyi akibat terpinggir daripada keluarga dan masyarakat, hilang minat akibat hilang pekerjaan serta masalah kewangan akibat kos sara hidup yang tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Psikologi Pekhidmatan Awam sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Peringkat Kebangsaan kali ke-19 di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di sini, hari ini.
  

Ahli PAS diseru sertai himpunan Bantah TPPA esok


KUALA LUMPUR: PAS meminta ahlinya turut sama hadir memberi sokongan kepada himpunan Bantah Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) esok.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, komitmen perlu ditunjukkan oleh semua rakyat negara ini dengan membantah pelaksanaan perjanjian TPPA bagi menyelamatkan ekonomi negara.

"Saya hari ini menyeru ahli PAS untuk hadir turut sama berhimpun bantah TPPA sebagai tanda sokongan penentangan kita kepada pelaksanaannya.

"Sebagai rakyat Malaysia kita perlu hadir dan memberi komitmen tanpa belah bagi membantah perjanjian tersebut sebagai jalan untuk menyelamatkan ekonomi negara," ujarnya kepada Harakahdaily.

Audit: Tindakan dengan surat amaran sahaja


 SHAH ALAM: Kerajaan tidak pernah berazam untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dengan penyelewengan terutama dalam jabatan kerajaan sehingga  berlaku ketirisan yang berulang setiap tahun.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, 95 peratus tindakan yang diambil jika mereka atau jabatan kerajaan terlibat dengan penyelewengan hanya dengan memberi surat teguran sahaja.

Katanya, jika tiada tindakan tegas yang dikenakan kepada mereka maka sampai bila-bila pegawai atau mungkin ketua jabatan akan terus cuai.

"Jika berlaku kerap kali sudah pasti rakyat akan mencurigai sama ada semua yang terlibat iaitu daripada pegawai hingga ketua jabatan," katanya dalam wacana di Karangkraf,  `Laporan Audit: Tiris atau Terlepas pandang'.

Beliau menegaskan, ekoran laporan audit yang mencurigakan rakyat mahu pihak kerajaan mengambil tindakan tegas menghapuskan masalah ketirisan yang berlaku dalam jabatan kerajaan.

"Kita harap penguatkuasaan jalankan proses siasatan dengan lebih terperinci supaya pihak yang bersalah menjadi contoh kepada pihak lain," tegasnya.

Tak bayar Tekun tak apa, gagal bayar PTPTN diburu


KUALA LUMPUR: Dakwaan kerajaan bahawa Program Transformasi Ekonomi Negara (ETP) dan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah untuk memastikan kekayaan negara dikongsi bersama dilihat bercanggah dengan situasi yang berlaku.

Sebagai contoh, pengakuan Pengarah Eksekutif (CEO) Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), Datuk Abdul Rahim Hassan bahawa Tekun ditubuhkan bagi membantu ahli Umno membuktikan kerajaan tidak adil dalam mengagihkan kekayaan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program-program yang dirancang hanya sempurna di atas kertas namun gagal dilaksanakan di peringkat akar umbi.

"Memanglah projek-projek dibuat atas nama rakyat tapi apabila turun ke bawah  projek-projek ini memang diberi kepada kumpulan Umno yang berkepentingan dan kroni mereka," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Tuan Ibrahim juga mempersoal sikap berdiam diri kerajaan terhadap peminjam Tekun yang gagal membayar balik pinjaman.

“Saya berani tampil kerana tidak buat salah,” kata Ketua Audit Negara


Selepas pendedahan kontroversi skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), nama Tan Sri Ambrin Buang (gambar) mula dikenali rakyat Malaysia kerana berjaya mengesan kewujudan skandal berkenaan dalam buku audit tahunan kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Program Wacana Sinar Harian hari ini bertempat di Shah Alam menampilkan Ambrin buat pertama kalinya di khalayak selepas Laporan Ketua Audit Negara 2012 dikeluarkan bulan lalu di Parlimen.
"Saya berani tampil hari ini kerana saya tidak melakukan sebarang kesalahan," kata Ambrin ketika ditanya pemberita selepas tamat program Wacana Sinar Harian bertajuk Laporan Audit Negara: Tiris atau Terlepas Pandang di Ibu Pejabat Karangkraf berkenaan.
"Ramai yang tidak tahu macam mana kita buat kerja. Audit ini neutral, kita bebas," kata Ambrin.
Kehadiran Laporan Ketua Audit Negara mula dinanti rakyat Malaysia selepas pendedahan kes NFC yang mengaitkan keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan wang dana kerajaan bernilai RM250 juta.
Ambrin ketika wacana berkenaan berlangsung berkata, beliau menganggap audit umpama lagu "Kisah dan Taulada" nyanyian A. Halim, penyanyi yang terkena sekitar tahun 60-an.
"Kita audit kisah supaya jadi tauladan. Bayangkan kalau audit tak masuk, benda yang tak elok tu biar macam itu sahaja," katanya.

PAC memang tak ada gigi, kata Tony

Tony Pua 
SHAH ALAM – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memang tidak ada gigi, kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pada sesi penggulungan Wacana Sinar Harian siri ke-24, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada jawatankuasa itu yang tidak dapat bertindak terhadap mana-mana kes penyelewengan.

“Secara keseluruhannya, saya nak mengatakan bahawa memang benar PAC tidak ada gigi.

“PAC hanya boleh mengaum. Kita boleh buat bising banyak-banyak tetapi kita tak ada kuasa,” katanya pada wacana berjudul ‘Laporan Audit: Tiris atau Terlepas Pandang’ yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

Pentas wacana turut menampilkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Nur Jazlan Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Selangor: Enam beradik ditinggal ibu bapa akan dipelihara pihak ketiga

rodziah pc green 20 jul 01
SHAH ALAM 10 OKT: Enam beradik ditinggalkan ibu bapa di Jalan Bukit Panjang, Kuala Selangor sejak beberapa hari lalu, mendapat pembelaan Kerajaan Selangor, kata  Rodziah Ismail.
Dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita itu berkata, mereka ditempatkan dalam penjagaan sementara pihak ketiga.
“Kejadian itu benar. Ibu bapa mereka abaikan tanggungjawab. Jadi, kita memohon perintah mahkamah supaya enam anak itu diberi kepada pihak yang lebih bertanggungjawab,” katanya
Hak penjagaan mereka dijangka diputuskan Mahkamah Kanak-Kanak Kuala Selangor esok.
Rodziah yang mengunjungi rumah mereka selepas pendedahan media berkata, isu  pendidikan akan diberi perhatian berikutan mereka tidak pernah bersekolah.
“Anak sulung berusia sembilan tahun tidak pernah ke sekolah walaupun kerajaan membina rumah mereka di bawah kelolaan Lembaga Zakat Selangor (LZS),” katanya.
Rodziah berkata, ibu bapa mereka pula akan dibawa ke pihak berwajib untuk sesi kaunseling supaya timbul kesedaran dan tidak mengabai tanggungjawab.
Katanya, kerjasama masyarakat diperlukan dengan memiliki sensitiviti tinggi supaya melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Pesalah Laporan Ketua Audit Negara patut bayar balik kerugian

SHAH ALAM 10 OKT: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed mahu ketua jabatan bertanggungjawab terhadap hasil Laporan Ketua Audit Negara 2012.
auditBeliau mencadangkan Kerajaan Pusat meminda undang-undang bagi mengelakkan pesalah yang menyebabkan ketirisan, terlepas.
“Perkara ini kena siasat. Jika bersalah minta mereka bayar balik sebab itu duit rakyat. Perkara itu sepatutnya diambil tindakan pada peringkat pekerja dan ketua jabatan.
“Jangan serahkan bulat-bulat pada SPRM,” katanya pada Wacana Sinar yang bertajuk Laporan Audit: Tiris atau Terlepas Pandang.
Abu Kassim turut mencadangkan kerajaan mewujudkan sistem pembelian barangan secara selaras untuk digunapakai oleh setiap jabatan.
“Kerajaan perlu buat pangkalan data untuk semua jabatan guna harga pasaran yang sama. Jangan sampai satu barang harga naik berganda-ganda.
“Ini yang perlu kerajaan ubah. Kalau tahu harga itu tidak munasabah, jangan ambil. Cari harga lain,” katanya.

Selangor pertimbang peruntukan kepada Adun BN

Nik NazmiKUALA LUMPUR 10 OKTOBER: Kerajaan Selangor mempertimbang untuk menyalurkan beberapa peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Barisan Nasional (BN) dan ia masih di peringkat cadangan, kata Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurutnya, buat masa ini Adun Pakatan Rakyat menerima peruntukan kawasan bagi pembangunan dan sosial berjumlah RM600,000 dan peruntukan staf serta pejabat RM120,000 setahun.
“Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN telah cadangkan untuk berikan peruntukan staf dan pejabat juga kepada Adun BN,” kata Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.
Bagaimanapun, beliau berkata, peruntukan tersebut dipertimbang sekiranya Kerajaan Pusat bersetuju memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat.

Pembangunan: Kenyataan Mukhriz bersifat ugutan


KUALA LUMPUR: Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berpendapat kenyataan Menteri Besar Kedah yang menawarkan pembangunan di Sungai Limau sekiranya Barisan Nasional (BN) sebagai tidak wajar dan bersifat ugutan.

Jelasnya, kenyataan tersebut turut membukti BN di bawah pentadbiran Datuk Mukhriz Mahathir tidak akan membuat pembangunan di kawasan tersebut sekiranya BN kalah pada PRK nanti.

"Sebagai seorang Menteri Besar kenyataan tersebut tidak wajar dikeluarkan, kalau nak pembangunan kena pastikan BN menang dan kalau BN kalah sudah pasti tidak akan ada pembangunnan.

"Ini merupakan politik ugutan kepada pengundi Dun Sungai Limau, kenapa mereka perlu ditakutkan dengan kenyataan sedemikian, sebagai sebuah kerajaan yang memerintah melaksanakan pembangunan adalah tanggungjawab.

"Kalau itu pendapat Muhkriz, pentadbiran beliau tidak jauh bezanya dengan pemerintahan BN di Terengganu yang tidak mahu membuat pembangunan di kawasan yang mereka kalah," jelasnya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS.

Sanjeevan hanya disoalsiasat tweet 'peluru polis', tidak kes dia ditembak...!!

Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan memberi kenyataan kepada polis hari ini berhubung tweet kontroversinya pada 30 September yang mendakwa kemungkinan polis terlibat dalam kejadian dia ditembak Julai lalu.

NONESanjeevan, yang berkerusi roda, memberi kenyataan di balai polis Tropicana di Petaling Jaya selama kira-kira 35 minit hari ini.

Beliau telah menulis tweet bahawa peluru yang dikeluarkan oleh doktor dari badannya dikatakan dari jenis .38 Smith & Wesson, jenis senjata yang biasa digunakan oleh pihak polis.

Walaupun polis menyiasat mengenai tweet tersebut, tetapi Sanjeevan dan keluarganya kecewa polis tidak menyiasat kejadian tembakan di Bahau, yang hampir meragut nyawanya.

"Mereka sedang menyiasat mengenai tweet tersebut tetapi setakat ini mereka tidak mengambil apa-apa kenyataan dari saya tentang kejadian tembakan itu," katanya.

Peguam Latheefa Koya, yang menemani Sanjeevan apabila kenyataannya dirakam hari ini, memberitahu pemberita bahawa tindakan polis itu merupakan satu gangguan terhadap Sanjeevan.

Audit report: 'No incentive for ministries to stop wasting money'

MACC chief: We don't let anyone interfere with our investigations

Mahfuz dilantik Pengarah JK Induk PRK Sg Limau


KUALA LUMPUR: PAS hari ini melantik Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat harian PAS Pusat di Pejabat Agung PAS hari ini.

Mahfuz yang juga  Pesuruhjaya PAS Kedah ketika ditemui menyifatkan pelantikan tersebut sebagai satu tugas  berat namun sedia memikul tanggung jawab dan amanah yang diberikan parti bagi memastikan kemenangan dapat dikekalkan.

"Walaupun ia merupakan satu tugas yang amat berat, saya akan pikul tanggung jawab dan amanah yang diberikan parti bagi memastikan PAS mengekalkan kemenangan di Dun Sungai Limau.

"Tanggung jawab yang cukup besar, apatah lagi kita dalam keadaan mempertahankan kemenangan kerusi tersebut, saya akan lakukan sebaik mungkin," jelasnya.

Menurut beliau, PAS Kedah  telah pun membuat persiapan  rapi bagi menghadapi pilihanraya kecil pada 4 November nanti.

"Di peringkat negeri, PAS telah menubuhkan Jawatankuasa Operasi dan kita telah melakukan kerja-kerja asas seperti mengumpul maklumat dan jentera yang telah kita perolehi pada pilihan raya umum lalu.

"Kita juga telah membentuk dan mengarahkan PAS Negeri Kedah yang akan menjadi pembantu kepada 19 kawasan peti undi, termasuk juga mengadakan pertemuan antara wakil-wakil PAS kawasan dan Unit Peti Undi (UPU)," sambungnya.

Betapa tenatnya Umno, calon diisytihar muflis


KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini digesa membuat penilaian yang rasional tentang betapa tenatnya Umno pada hari ini apabila calon-calon bagi pemilihan parti itu turut disenaraikan muflis oleh Jabatan Insolvensi.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, apa yang berlaku ini adalah manifestasi bahawa ternyata Umno memang bermasalah hasil daripada ramai calon mereka yang terpaksa melalui tapisan kerana muflis.

"Mereka (calon) yang menawarkan diri untuk memegang jawatan dalam parti merupakan mereka yang tidak layak dan berwibawa, sekali gus dijadikan pemimpin untuk generasi muda pada hari ini," katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS hari ini.

Tambahnya, Umno tidak perlu lagi lantang untuk bercakap soal memperkasakan ekonomi Melayu sedangkan di kalangan mereka pun tidak mampu memelihara diri sendiri sehingga diisytihar muflis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas calon-calon pemilihan Umno pada kali ini diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi.

SPRM: Kebodohan, kecuaian tidak boleh didakwa

Undang-undang negara ini tidak boleh mendakwa "kecuaian dan kebodohan" sebagai kesalahan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Katanya, ini berbeza dengan negara-negara maju yang mempunyai kesalahan salah laku awam yang membolehkan pihak yang cuai dan menyebabkan kerugian wang rakyat didakwa.

NONE"Tetapi malangnya di sini kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana cuai, kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana bodoh," kata Abu Kassim ketika mengulas berhubung tindakan yang boleh diambil SPRM ekoran penemuan laporan audit.

Bercakap dalam forum berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Shah Alam hari ini, Abu Kassim (gambar atas, bertali leher) berkata, SPRM tidak boleh bertindak secara automatik dalam perkara itu.

Sebaliknya, kata beliau, ketua jawatan berkaitan harus bertanggungjawab dengan menyiasat dan membetulkan perkara itu sebelum dibentangkan kepada Parlimen.

Ini kerana tiada yang tidak diketahui oleh ketua jawatan ketika audit dan sebelum laporan dilengkapkan, tambahnya.

"Jangan tinggalkan kepada SPRM untuk menyelesaikan masalah. Kami pihak luar," kata Abu Kassim.

Sekarang guna otot aje, tidak payah lagi guna otak

Cadangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, supaya UMNO mengadakan sesi perbahasan diantara mereka yang bertanding Naib Presiden nampaknya tidak di persetujui oleh pemimpin UMNO. Diantara yang menolak itu ialah Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda, dan seorang Menteri Kabinet. Alasannya ialah kerana tidak mempunyai cukup waktu untuk menggunakan pentas perbahasan sebagai cara berkempen terbaik dalam pemilihan parti tidak lama lagi.

Alasan tidak ada masa itu tidak tepat sebenarnya. Banyak mana masa yang diperlukan untuk berbahas itu. Adakan lah perbahasan itu di Angkasapuri dan dibuat secara terus menerus melalui Televisyen misalnya. Jika perbahasan itu diadakan secara terbuka melalui TV1, maka seluruh rakyat boleh bersama-sama melihat dan menyaksikan perbahasan itu.

Rakyat akan nampak dengan jelas tahap mana kemampuan pemikiran mereka yang sedang berbahas dalam perebutan jawatan Naib Presiden itu. Adakan perbahasan itu dalam Bahasa Melayu kerana mungkin ada diantara mereka yang bertanding itu tidak pandai berbahasa Inggeris. Syaratkan perbahasan itu mesti di adakan dalam Bahasa Melayu kerana mereka dan kita semua ini berbangsa Melayu.

Nak Mudah Menang Jawatan Dalam UMNO, Bergaduhlah Dengan Cina

Persaingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO kali ini mulai membahang panasnya. Sementara Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dilihat merupakan calon yang paling dikehendaki oleh majoriti perwakilan bagi menduduki kerusi nombor tiga itu dan Hishammuddin Hussein, seorang lagi anak bekas Perdana Menteri berada dalam kedudukan cemas dalam mempertahankan jawatannya, Zahid Hamidi pula terus meniti populariti terutama setelah menunjukkan permusuhan yang ketara dengan kaum Cina.

Jika sebelum ini ketegasan dan pendirian tidak berkomprominya dalam beberapa isu berkaitan keselamatan, jenayah, polis dan undang-undang telah mengangkat namanya, tetapi penampilan sikapnya yang berlebih-lebihan seperti mempertahankan "tiga line" tetapi tidak berkompromi dengan kaum lain, ternyata lebih meningkatkan imejnya.

Walaupun ketegasan Zahid itu menjerumuskannya ke kancah perkauman yang sebenarnya tidak begitu baik untuk sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia ini dan beberapa laporan polis juga sudah dibuat oleh DAP terhadapnya, tetapi gerafnya sama-sekali tidak menurun di hati para perwakilan UMNO. UMNO amat menyenangi sikap Zahid itu.

Dengan terdedahnya rakaman ucapan beliau di sebuah majlis tertutup di Melaka yang mengundang kecaman pelbagai pihak, Zahid hakikatnya berdiri makin kukuh dan semakin meninggalkan rakan-rakan penyandangnya untuk memenangi jawatan Naib Presiden UMNO ini.

Malah, dengan adanya laporan polis yang dibuat oleh DAP terhadapnya seolah-olah parti pembangkang itu turut sama berkempen membantu kemenangan Zahid.

Wacana Siri Ke- 24 Laporan Audit: Tiris Atau Terlepas Pandang

SPRM akan dedah hasil siasatan 15 kes berprofil tinggi

'Nothing sensational' in audit report remarks draws jeers

Akta lalai dan bodoh perlu digubal - Abu Kassim

Ambrin: Laporan audit umpama lagu 60-an




Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengibaratkan Laporan Ketua Audit Negara umpama "lagu 60-an lagu" yang mengandungi cerita dan moralnya.

Bercakap dalam satu forum mengenai laporan audit di ibu pejabat Karangkraf hari ini, Ambrin berkata Laporan Audit bertujuan untuk digunakan sebagai sebuah kisah moral untuk diikuti.

Ia mempunyai cerita, ia mempunyai pengajaran, kata Ambrin.

Beliau juga berkata adalah tidak adil untuk membuat kesimpulan daripada laporan tersebut kerana ia hanya satu sampel dan tidak mencerminkan amalan secara keseluruhan.

Audit: Kementerian Pendidikan minta penjelasan IPTA

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan memanggil pihak pengurusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berkenaan bagi memberi penjelasan mengenai ketirisan dalam pentadbiran masing-masing seperti yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
  
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, kementerian memandang serius perkara itu dan satu mesyuarat diadakan semalam bagi membincangkan perkara itu.
  
"Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Pendidikan (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan kita akan ambil tindakan sewajarnya dengan serta-merta.
  
"Kita akan menilai dan mencari punca mengapa ia berlaku dan mungkin kita kena ubah cara pemberian kerja, cara penyeliaan dilakukan dan sebagainya supaya ia tidak berulang," katanya kepada Bernama selepas merasmikan 'Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mapan (SDNS) Malaysia" di kampus Universiti Teknologi Malaysia di sini, hari ini.
  

Audit: Kerajaan BN hanya beri surat teguran tanpa tindakan


SHAH ALAM 10 OKT: Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan menyeluruh berikutan ketirisan dalam Laporan Audit Negara 2012 bagi mengelakkan ‘terlepas pandang’.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga tidak menolak pembabitan ramai pihak terlibat dalam isu itu dan mahu Kerajaan Pusat tidak bertoleransi terhadap pesalah.
audit 2012“Rakyat tidak boleh terima jika setiap tahun kecewa dengan Laporan Audit, dapat tahu ada pelbagai skandal.
“Mengapa berlaku setiap tahun, kata bekerja keras tapi masih berlaku. Soalan ini ada dalam fikiran ramai.
“Jawapan hanya sama. Saya pernah lima tahun berada dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), rumusannya mereka tiada azam untuk atasi masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar bertajuk Laporan Audit: Tiris atau Terlepas pandang yang turut disertai Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohammed.
Setakat ini, Tony berkata, kerajaan tidak pernah mengambil tindakan tegas untuk mengatasi masalah ketirisan, lebih-lebih lagi dalam jabatan kerajaan.
“Bila ditanya mengenai tindakan, 95 peratus jawapan hanya beri surat teguran.
Kalau tiada tindakan sampai bila-bila mereka tetap cuai. Kalau tidak ambil tindakan, mungkin juga ketua jabatan terlibat,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan menyeluruh agar pesalah dihukum dan dijadikan contoh kepada pihak lain.

Dewan Negara lulus Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013


Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, yang dibahaskan sejak semalam.
Rang undang-undang bagi meminda Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959, yang telah diluluskan di Dewan Rakyat, digubal kerana adanya keperluan bagi mengekang aktiviti jenayah berat dan jenayah terancang yang semakin meningkat.
Ia membenarkan penahanan tanpa perbicaraan bagi tujuan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar), ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di peringkat dasar, memberi jaminan bahawa pindaan PCA tidak akan digunakan terhadap musuh politik atau pihak yang berbeza pendapat.
"Saya memberi jaminan PCA ini ditujukan hanya kepada penjenayah sahaja. Ia tidak harus dimanupulasi kononnya untuk menyekat, menahan dan memenjara pihak yang berbeza pendapat dengan kerajaan. Ia adalah untuk mencegah jenayah," katanya.

SPRM tiada penyiasatan terpilih tetapi pendakwaan bukan kuasa kami, kata Abu Kassim


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menjalankan penyiasatan terpilih dan hanya fokus kepada kumpulan "kambing hitam", kata Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed (gambar).
Abu Kassim menegaskan "tiada jerung" yang mereka tidak siasat sekiranya menerima laporan, namun pendakwaan bukanlah di bawah bidang kuasa mereka, sebaliknya Jabatan Peguam Negara.
"Tiada jerung yang kita tidak siasat. Contohnya kes Kak Jat, kita dah siasat habis, tetapi tiada kes yang boleh mengaitkan beliau," katanya merujuk kepada isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang mengaitkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
"Kalau setakai 'pakai kot' kita boleh tuduh, memang sedap. Kita ikut peraturan. Kes PKFZ kita telah tuduh," katanya merujuk kepada bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Ka Ting yang telah dituduh di mahkamah terhadap isu Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ).
Abu Kassim turut menegaskan pihak ketua jabatan di setiap kementerian perlu mengambil tindakan terhadap perkara yang dibangkitkan oleh Laporan Audit Negara dengan melaksanakan saranan mereka.

Jawatankuasa bawah KSN tidak bertindih fungsi PAC, kata SPRM



Jawatankuasa Bertindak yang ditubuhkan di bawah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa tidak bertindih dengan bidang kuasa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed (gambar).
Abu Kassim ketika sidang media di Auditorium Karangkraf Sinar Harian di Shah Alam berkata fungsi jawatankuasa yang turut dianggotai SPRM itu untuk melihat secara perspektif perkara dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
"Jawatankuasa itu turut dianggotai oleh Jabatan Peguam Negara, SPRM, polis, dan juga Ketua Audit Negara. Saya tidak melihat ia bertindih dengan fungsi PAC," katanya kepada pemberita.

Pesawat terhempas di Kudat, Sabah

Shahidan nafi beliau ahli Tiga Line, tapi akui adalah ayahanda Pekida

Sanjeevan tells all

Sanjeevan quizzed over 'police bullet' tweet

Saya tak pernah sokong kumpulan kongsi gelap, kata Zahid

PRK Sg Limau: PAS senarai 8 calon

Shahidan: Saya tak dengar Zahid kata dapat bukti kita tembak

Kepincangan Audit: Mahathir mahu menteri bertanggungjawab letak jawatan

Suhakam bantah kenyataan Zahid, langgar hak asasi manusia


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) membantah kenyataan yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang berkata "tembak dahulu" terhadap penjenayah yang disifatkan sebagai melanggar hak asasi manusia.
Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam, berkata pihaknya kesal dengan kenyataan itu dan ia boleh menyebabkan Malaysia akan menerima kritikan daripada pihak antarabangsa.
“Kita khuatir dengan apa yang dikatakan Zahid termasuk dengan tindakan kerajaan meluluskan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA ) akan menjejaskan rekod hak asasi Malaysia yang akan diteliti di bawah penilaian Pengkalan Sejagat (UPR) pada hujung bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kenyataan menteri itu bertentangan sepenuhnya dengan prinsip hak asasi manusia.
“Ia amat bercanggah dengan kenyataan Pengistiharan Hak Asasi Manusia (UDHR) Dan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak asasi manusia seperti perbicaraan adil serta perlindungan sama rata di sisi undang-undang.

Insinerator: Audit sahkan kebimbangan, bantahan CAP


KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah mendedahkan kelemahan dan prestasi yang kurang memuaskan insinerator-insinerator yang dibina oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah mengemukakan bantahan kami apabila kerajaan mencadangkan loji insinerator demikian yang menggunakan teknologi pembakaran secara autogenous (ACT) yang dibangunkan oleh XCN Technology Sdn Bhd.

“Pada tahun 2009, CAP telah memberi ulasan dan mengetengahkan kebimbangan kami ke atas Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling Terperinci (DEIA) empat buah projek insinerator yang dicadangkan iaitu di Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman dan Cameron Highlands,” kata Presidennya, SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan.

Berikut adalah kenyataan beliau.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah mendedahkan kelemahan dan prestasi yang kurang memuaskan insinerator-insinerator yang dibina oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

KDN abai permohonan MyKad warga emas walaupun JPN sokong

ic
KUALA KUBU BHARU 10 OKT: Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta meluluskan permohonan seorang warga emas untuk mendapatkan taraf kerakyatan dengan MyKad biru kerana dia didakwa memenuhi segala kelayakan ditetapkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, berkata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Hulu Selangor juga menyokong permohonan Hong Lee Lon itu.
Beliau berkata, wanita berusia 75 tahun yang juga ibu kepada 12 anak dan 20 cucu itu lebih tiga kali memohon MyKad biru tetapi ditolak KDN tanpa sebarang alasan.
“Pegawai JPN Hulu Selangor juga kasihan, mereka pun kenal dia. Mereka kata sokong dan permohonannya sudah dihantar ke KDN Putrajaya untuk diproses.

8 dalam senarai calon PAS di Sg Limau


 
PAS menyenarai pendek lapan calon untuk dicadangkan sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau pada 4 November depan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata senarai calon tersebut terdiri daripada anak tempatan dan pelbagai latar belakang telah dicadangkan oleh PAS Kedah dan PAS kawasan Jerai.

azlan"Kita telah menerima senarai calon-calon. Kita telah perincikan.

"Saya juga minta supaya jawatankuasa PAS pusat turun ke bawah perincikan lagi, supaya dipastikan calon yang terpilih boleh diterima pengundi... Seorang yang boleh menyambung tugas Allahyarham Azizan Abdul Razak," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Hadi berkata antara kriteria lain bagi calon yang akan dipilih adalah bersih daripada amalan rasuah dan mampu bertugas untuk rakyat.

Turut hadir dalam sidang media itu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, dua Naib Presiden Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Pembangkang DUN Kedah Datuk Amiruddin Hamzah.

Mahfuz dilantik Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil Sungai Limau, manakala Amiruddin dilantik Pengarah Operasi bagi pilihan raya kecil itu.

Setakat ini tiga calon disebut-sebut bakal dicalonkan iaitu Setiausaha Khas kepada Azizan, Muzaini Azizan, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad dan Ketua Pemuda PAS Jerai Azam Samad.

Yang mana dulu? Malaysian atau Melayu?

Ramai yang salah faham apabila kita perjuangkan Melayu, kononnya kita tidak hargai Malaysia, Malaysian.

Yang mana perlu dijuangkan dulu? Melayu atau Malaysian?

Saya percaya pada perjuangan supaya semua Malaysian berjaya. Malaysian yang berjaya bermakna setiap rakyat berbilang bangsa itu berjaya. Jika Malaysian yang berjaya bererti hanya Cina atau India atau lain-lain yang berjaya tetapi Melayu semakin lama semakin tertinggal ke belakang, ini tidak betul.

Oleh yang demikian, melihat masih ramai Melayu yang tertinggal, mengetahui hakikat orang bukan Melayu mendominasi ekonomi dan pendidikan, saya tekad perlu bantu untuk perjuangkan Melayu, berharap Melayu akan berubah dengan lebih baik, agar lebih banyak Melayu yang maju dengan harapan mereka ada tempat dalam definisi Malaysian berjaya.

Tidak adil bagi orang Melayu jika Malaysian berjaya tetapi mereka jauh ketinggalan di belakang. Tidak pula orang Melayu yang diminta berusaha untuk berjaya itu disuruh menidakkan hak orang lain, itu salah.

Jika penjenayah berparang, Hadi saran bersilat

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, boleh menembak penjenayah tetapi "perlu kena pada tempatnya".

NONE"Kita kena tahu dia penjenayah atau pun tidak. Kalau dia bersenjatakan parang sahaja, anggota polis kita banyak yang tahu silat. Cukuplah, sepadan dengan penjenayah itu.

"Penjenayah ada kecil besar," katanya ketika diminta mengulas berhubung kenyataan kontroversi "tembak dulu" oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini.

Diminta menjelaskan pendiriannya sama ada bersetuju atau tidak, Abdul Hadi menjawab:

"Tindakan (menembak) boleh, tapi kena pada tempatnya. Bukan tak boleh, (tapi) kena pada tempatnya," katanya sambil ketawa kecil.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan Zahid kerana "tidak membaca dan tidak mengetahui soalan yang dikemukakan" terhadap menteri tersebut.

Sen Yusof Husin Bahas RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemeluasan) 2013

Sen Khairiah bt Mohamed Bahas RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemeluasan) 2013

Dekolonisasi TPPA

Oleh Ismail Hashim Yahaya
Suatu agenda pembangunan kredibel seharusnya tidak mengandungi unsur bersifat rahsia, berbau penjajahan halus atau soft colonialism.Agenda pembangunan antarabangsa dapat menjaminkan suatu hubungan persahabatan sejagat ke arah menetapkan matlamat nominal dan penanda kesederhanaan.

Apa yang dimaksudkan di sini ialah jalinan persahabatan yang menggerakkan semangat politik ke arah transformasi pada tahap struktural dan keinstitusian.
Ini bermakna harus merumuskan semula dasar yang menindas negara sedang membangun dan miskin, dasar yang menguntung negara maju dan menzalimi negara miskin dan bukannya dasar yang merugi dan mempertanggungjawapkan beban yang harus dipikul melalui perjanjian perdagangan.
Oleh itu suatu proses dekolonisasi perlu dilaksanakan dengan memikirkan semula aspek pembangunan dan matlamatnya dengan mereka bentuk semula peraturan perdagangan, ekonomi dan politik serta merekayasa struktur instituisi, makroekonomi dan kerangka perdagangan di peringkat antarabangsa.
Sehubungan itu terdapat lima bidang penting dalam urus tadbir makroekonomi dan kewangan yang amat kritikal untuk diutarakan ke arah agenda pembangunan bermakna terutamanya dalam era pasca 2015 nanti.
Antaranya ialah bidang kewangan dan peraturan, dasar kewangan yang pro-siklikal atau fiskal berasaskan kesederhanaan, kedaulatan hutang, peranan sektor swasta dalam pembangunan dan urus tadbir demokratik dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa.

PAU: Peluang Terakhir Selamatkan Diri

Oleh A Kadir Jasin
MEMINJAM loghat P. Ramlee, tajuk berita utama akhbar Berita Harian 8 Oktober tidaklah “menggumbirakan”.Sebaliknya ia memalukan Umno khasnya, orang Melayu amnya dan penduduk Malaysia keseluruhannya.
Tetapi ia juga boleh dijadikan teladan dan mungkin juga petanda bahawa Umno telah bersedia berdepan dengan hantu yang sekian lama meracau dan mengacau tubuh badannya - puaka yang menyebabkan banyak ahli tawar hati dan meminggirkan diri.

Puaka yang menyebabkan sesiapa saja yang berani bersuara diketepikan. Puaka yang menjadikan pengampu, kaki bodek dan penghasut disukai dan berpengaruh di koridor kuasa.
Tahniah kepada BH atas tajuk berita “1,703 perwakilan, calon Umno muflis”.
Akhbar itu, antara lain, melaporkan: “Seramai 33,272 calon disahkan bertanding merebut pelbagai jawatan pada pemilihan UMNO bulan ini selepas 869 calon gagal melepasi saringan Jawatankuasa Pemilihan parti, termasuk 334 yang didapati muflis.

Audit: 'Kenapa SPRM hanya buka 15 fail?'

PETALING JAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu membuka lebih daripada 15 kertas siasatan membabitkan Laporan Ketua Audit Negara 2012, memandangkan terlalu banyak pembaziran dan ketirisan dilaporkan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia berikutan laporan mengenai penyelewengan berterusan dalam laporan audit yang masih berulang.

“Tidak memadai SPRM siasat 15 (kertas siasatan), saya pun tidak faham kenapa 15 sahaja.

“Kemudian cakap kami (SPRM) akan siasat semua kes yang dicurigai, yang disyaki sebagai ada penyelewengan dan terangkum dalam undang-undang anti rasuah,” katanya ketika sidang media di ibu pejabat PKR, di sini semalam.

Terdahulu, SPRM dilaporkan telah membuka 15 kertas siasatan berikutan laporan yang dikeluarkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 pada 1 Oktober lalu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, SPRM akan meneliti secara serius termasuk kelemahan yang didedahkan laporan itu.

Adun PR: Pengiktirafan Ketua Pembangkang suburkan demokrasi Selangor

SHAH ALAM 10 Okt :  Adun Pakatan Rakyat (PR) Selangor mengalu-alukan pengiktirafan kepada peranan Ketua Pembangkang Selangor menerusi enakman khas yang akan dibentangkan nanti.
Keputusan pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu disifatkan perubahan yang amat positif untuk perkembangan politik dan sistem demokrasi di Selangor.
Grafik-Selangor-Pakatan“Di negara-negara maju, Ketua Pembangkang sangat dihargai peranan mereka, justeru, Selangor mahu mendahului langkah itu dengan memberikan pengiktirafan ini supaya kita dapat mendidik masyarakat lebih memahami demokrasi sebenar,” kata Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei.
Manakala Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, turut memuji dan berkata pemerintah sewajarnya menunjukkan kesaksamaan dan kesamarataan kepada semua wakil rakyat yang dipilih secara sah.
Beliau berharap supaya Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Umno-BN meneladani kematangan ini dan berhenti meminggirkan wakil rakyat pembangkang.
“Saya menyambut baik usaha Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid yang mengiktiraf setiap wakil rakyat, baik daripada Pakatan, mahupun Umno-BN dalam pentadbiran negeri. Ia patut dicontohi negeri-negeri lain,” katanya.

Ketua Pembangkang Selangor dapat elaun dan keistimewaan

MBSHAH ALAM 10 OKTOBER: Kerajaan Selangor buat pertama kali dalam sejarah negeri ini akan memberi elaun dan keistimewaan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS) sebagai pengiktirafan kepentingan jawatan tersebut dalam sebuah kerajaan demokrasi.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan hari ini.
Khalid berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang semalam meluluskan keistimewaan tambahan kepada Katua Pembangkang DNS yang akan dilaksanakan mengikut Seksyen 5 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980.
“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira Ketua Pembangkang adalah komponen penting dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi untuk menjalankan peranan semak dan imbang (check and balance) kepada kerajaan pemerintah sedia ada,” katanya.

Tembak dahulu: Suhakam kecewa kenyataan Zahid


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suham) melahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa anggota gangster akan "ditembak dahulu" tanpa sebarang amaran, sekiranya bukti diperolehi oleh pihak polis.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata "pendekatan yang digalakkan" oleh Ahmad Zahid itu adalah bertentangan sepenuhnya dengan prinsip-prinsip asas hak asasi manusia.

Ianya termasuk hak kepada nyawa dan hak-hak kepada perbicaraan yang adil dan mendapat perlindungan samarata di sisi undang-undang seperti yang dijamin oleh Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Perlembagaan Persekutuan.

"Pendekatan tersebut yang membenarkan pihak berkuasa melaksanakan undang-undang di tangan mereka sendiri, juga menjejaskan prinsip kedaulatan undang-undang dan sistem pengadilan jenayah yang wajib ditegakkan oleh pihak Kerajaan dengan niat baik dalam sistem demokrasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cover Line: Saya tak dengar Zahid kata 'tembak dulu' - Shahidan

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata beliau tidak mendengar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyebut tentang kenyataannya kontroversi "tembak dulu" suspek penjenayah.

"Saya ada di situ (tetapi) saya tak perasaan bahagian mana yang dia berucap itu. Yang pentingnya saya ada di situ, saya bertahan kerana saya ini jenis orang yang sukar hendak tidur.

"Saya mendengar ucapan itu sepenuhnya dan saya tidak mendengar perkataan itu," katanya dalam sidang media tengah hari ini.

Shahidan turut hadir dalam majlis taklimat keselamatan kontroversi bersama Zahid di Melaka sebelum ini.

Ini Harta Umno Yang Punya: PAS cabar BN bantah kenyataan CEO Tekun

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencabar pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) membantah kenyataan 'biadap' Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), Datuk Abdul Rahim Hassan yang berkata pinjaman untuk ahli Umno sahaja.

Salahuddin berkata, parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan PBB dilihat begitu takut untuk berkata walau sepatah pun untuk membantah kenyataan itu.

Katanya, dakwaan Rahim itu jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Umno dan ia adalah satu lagi manifestasi keangkuhan parti tersebut.

"Umno begitu bongkak dan angkuh sekali dalam mentadbir negara hingga wang rakyat diperuntukkan kepada ahli mereka sahaja.

"Mungkin selepas ini, seperti Firaun, mereka akan mengisytiharkan diri mereka sebagai tuhan pula di negara ini," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.

Menyifatkan Umno sebagai "firaun moden" Salahuddin menyeru rakyat membuka mata terhadap keangkuhan dan kesombongan parti itu.

Dalam PAS ada 'Robin Hood' berkopiah - Penganalisis UUM

Maahad Tahfiz Sains di setiap daerah Selangor

Selangor cadang KPI untuk imam, nazir

PENYOKONG JDT YANG NAK UPAH SAMSENG BUNUH INDRA PUTRA MINTA NYAWA!! .... DENGAN LIPAS PUN DIA TAKUT!!


Pergh!!!! ingatkan hebat dan berani sangat...

Apabila kisah ugutannya sampai nak upah samseng bunuh pemain bolasepak Kelantan TRW Sdr Indra Putra Mahayuddin dan pengadil perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia TRW lwn JDT dimana pasukan JDT dikalahkan dengan teruknya 6-1, sudah tersebar luas di alam maya termasuk dikutip oleh Harian Metro untuk dijadikan bahan berita hangat, mamat yang berlagak hebat berani siot itu akhirnya menggelupur minta nyawa.

Mohon maaf dan sampai buat laporan polis.

Antara intipati dalam laporan polisnya ialah .. "DENGAN LIPAS PUN SAYA TAKUT".

Laaaa.. Rosmah takut dengan cicak .. mamat ni takut dengan lipas .. para pemimpin UMNO takut berdebat.

Bil 6 Ribu: Kak Yah nafi caj harga mahal

Peniaga nafi caj harga mahal  
Fauziah (kiri) menunjukkan laporan polis dan bil sebenar dicaj terhadap ahli rombongan VVIP itu.

KOTA BHARU - Peniaga restoran yang didakwa mengenakan caj bayaran mahal berjumlah RM6,000 kepada ahli rombongan VVIP ketika singgah bersarapan di kedai itu Sabtu lalu, menafikan laporan media kelmarin.

Sebaliknya, pemilik restoran Selera Daun Pisang, Fauziah Awang Noh, berkata jumlah rombongan berkenaan yang dilaporkan media, dalam kuantiti 50 orang sebenarnya melebihi 100 dan pihak VVIP itu telah membuat pesanan sebelum singgah di kedai makan berkenaan kira-kira jam 8 pagi.

“Saya amat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan pihak berkenaan dalam laporan media cetak dan elektronik, dengan menuduh saya meletakkan harga yang mahal terhadap 100 rombongan VVIP dengan caj RM60 untuk seorang adalah tidak benar.

“Harga sebenar ditetapkan RM17 untuk seorang, dengan hidangan nasi putih selain lauk pauk seperti gulai ayam, ayam kampung goreng, gulai itik serati, ikan kering goreng, sayur campur termasuk pelbagai jenis air untuk rombongan itu dan dipersetujui oleh wakil rombongan,” katanya kepada pemberita.

Fauziah berkata demikian dalam sidang media khas di restorannya, di sini, semalam.

“Melalui pemerhatian saya pada hari kejadian, jumlah rombongan bertambah memandangkan mereka datang dalam kumpulan yang berasingan dan mungkin dalam kapisiti 200 hingga 400 orang kerana ada yang turut membungkus makanan dan minuman untuk dibawa pulang.

Menjelang Aidil Adha, Politik Wang Pun Turut Bermula!



Adakah wang akan menjadi penentu undi ??? - Gambar hiasan
Sambutan Hari Raya Aidil Adha mungkin disambut secara biasa oleh kebanyakan umat Islam di negara ini, tetapi bagi orang Melayu beragama Islam yang menjadi perwakilan UMNO, sambutan pada tahun ini barangkali berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mereka yang terbabit mungkin menyambutnya dengan sedikit meriah serta poket yang agak berisi.

Tahun ini umat Islam akan merayakan sambutan Aidil Adha pada 15 Oktober manakala pemilihan UMNO pula akan berlangsung pada 19 Oktober. Pemilihan bagi jawatan dalam Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pula akan diadakan pada 12 Oktober.

Ini bermakna, Hari Raya Aidil Adha atau Raya Haji tahun ini berada di tengah-tengah di antara pemilihan UMNO dengan pemilihan jawatan dalam sayap-sayapnya.

Oleh itu, bagi yang menjadi perwakilan UMNO dan mempunyai undi dalam menentukan kepimpinan parti itu, perbezan berbanding tahun-tahun sebelumnya pasti akan dapat dirasakan. Malah tidak mustahil sudah ada yang dapat merasai nikmat perbezaan itu.

Selain mereka dijemput ke pelbagai acara bertemu dengan calon-calon yang menawarkan diri bertanding pelbagai jawatan serta dijamu dengan hidangan yang enak-enak, duit raya juga turut diterima daripada calon-calon yang bertanding. Selain pemberian itu diterima daripada calon yang bertanding di peringkat bahagian, pemberian daripada calon yang bertanding di peringkat Pusat juga turut diterima.

Zahid Hamidi, Cengkadak Buruk dan Pol Pot


‘CENGKADAK Buruk’ adalah satu perkataan yang disebut dengan penuh bergaya dan angkuh sekali oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Melaka, Sabtu lalu untuk menyerang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy kerana mengkritik pasukan polis susulan insiden tembakan lima suspek penjenayah di Pulau Pinang, baru-baru ini.

'Cengkadak Buruk’ ini ternyata amat menarik perhatian dan mengganggu hidup saya sekitar dua, tiga hari ini, kerana pada saya ia adalah perkataan yang cukup ‘rare’ dan ‘cult’ untuk diguna malah diungkap dalam perbualan seharian atau pada acara keraian.

Oleh kerana keseksian serta kelunakan bunyinya, saya memaksa diri dengan bersungguh-sungguh mencari makna perkataan itu di Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) walaupun amat menggelikan untuk berhubung dengan satu entiti bernama DBP.

Keberahian saya untuk mengejar makna perkataan ini berpusat pada rasa ghairah mungkin lahirnya satu lagi laungan seperti ‘sapere aude’ yang berlaku pada akhir abad ke-17 dan 18 iaitu petanda bermulanya zaman Enlightment di Eropah. Apakah ia akan membawa reformasi pemikiran dan intelektualiti? Menghapus dogma, taklid dan hegemoni lapuk?

Saya juga tertanya-tanya apakah ‘cengkadak’ ini serumit persoalan mengapa King Kong memanjat World Trade Center (WTC) demi cinta tidak masuk akalnya pada seorang wanita? Atau serumit mengapa pagar menjadi elemen seni bina yang begitu penting untuk warga Asia? Walhal pagar ini adalah cerminan masyarakat paranoid.

Forum: Ketua Audit Negara berdepan orang ramai hari ini


Tan Sri Ambrin Buang beri penjelasan mengenai Laporan Ketua Audit Negara dalam forum awam hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Oktober, 2013.Tan Sri Ambrin Buang beri penjelasan mengenai Laporan Ketua Audit Negara dalam forum awam hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Oktober, 2013.Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang akan berdepan dengan orang ramai hari ini untuk memberi penjelasan mengenai laporan pihaknya selepas ia hangat diperkatakan.
Beliau akan bersama Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam forum bertajuk "Laporan Audit: Pendedahan atau Kesilapan".
Majlis yang akan berlangsung selama tiga jam itu akan bermula jam 2.30 petang ini di  Auditorium Kompleks Media Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam.
"Terdapat banyak kemarahan dan kebencian yang dinyatakan di media sosial mengenai ketidakcekapan kerajaan dan sikap acuh tak acuh dalam menguruskan dana awam.

Tekun untuk Umno, kenapa komponen BN senyap?

KUALA LUMPUR: Selepas mendakwa pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) hanya untuk ahli Umno sahaja, selepas ini mengaku sebagai apa pula?

Persoalan itu dibangkitkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub apabila Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Tekun, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata agensi bantuan itu memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno.

"Dakwaan tidak bertanggungjawab itu adalah satu lagi kemuncak manifestasi keangkuhan Umno.

"Mungkin selepas ini, seperti Firaun, mereka akan mengisytiharkan diri mereka sebagai tuhan pula di negara ini," kata beliau.

Salahuddin menyifatkan Umno begitu bongkak dan angkuh sekali dalam mentadbir negara hinggakan wang rakyat diperuntukkan kepada ahli-ahli mereka sahaja.

Beliau membidas parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC, Gerakan, PBB, PBS dan lain-lain yang takut untuk berkata walau sepatahpun membantah kenyataan itu.

"Mengapa PBB, PRS, SUPP, SDAP dari Sarawak dan PBS, UPKO dan PBRS dari Sabah diam dan langsung tidak berani bersuara terhadap keangkuhan Firaun Malaysia itu?

"Adakah ahli-ahli mereka sudah kaya dan tidak memerlukan bantuan Tekun?" beliau mempersoalkan.

Salahuddin mencabar parti-parti komponen BN membantah kenyataan biadab itu.

Balak 3,500 ekar: MB Kelantan sahkan terima permohonan tapi belum diluluskan


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub (gambar) mengesahkan ada menerima permohonan untuk pembalakan di tanah hutan simpan seluas 3,500 ekar di Ulu Sat, Machang, tetapi ia belum diluluskan.
Ahmad dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam berkata demikian ketika menjawab pendedahan bekas Exco Kelantan, Datuk Husam Musa yang  meminta supaya ia tidak diluluskan.
"Sememangnya ada permohonan, tetapi belum diluluskan," kata Ahmad Yakub dalam jawapannya itu.
"Di meja MB ini ramai orang minta macam-macam. Ambo (saya) minit "sila urus","  katanya.
Tindakan meminitkan penyataan "sila urus"  ditafsir oleh pihak yang melihat dokumen ini sebagai permohonan itu diluluskan.
Ahmad menjelaskan perkara itu dalam DUN dengan berkata “sila urus” itu bermaksud “sila mendapat maklumat apakah (status) kawasan ini, sebab kawasan ini kawasan kerja."

Nak tanya Zahid, penjenayah rasuah boleh tak tembak dulu baru disoal?

Aspan Alias

Saya sambung lagi tentang isu kelemahan bangsa Melayu yang mentadbir dan memerintah negara. Sesungguhnya kepimpinan Melayu sememangnya sudah begitu menirus dan seolah-olah sudah tidak wujud lagi kepimpinan dalam bangsa Melayu itu.

Yang dimaksudkan berkepimpinan ialah pemimpin yang mengambil tahu dan mengiktiraf perjuangan sesuatu bangsa. Melalui parti-parti siasah mesti mempunyai roh yang jati untuk meneruskan apa yang disebut sebagai perjuangan.

Apa yang ada sekarang ini adalah mereka yang menjadi ketua kepada parti politik tanpa mempunyai roh perjuangan sebenarnya. Dalam Umno yang ada hanyalah ketua dan pembantu kepada ketua itu, tetapi seluruh barisan ketua ini tiada berkepimpinan. Mereka ini menjadi ketua kerana permainan politik yang tidak boleh membantu untuk menyuburkan perjuangan parti itu, mengikut asas dan tujuan parti itu ditubuhkan dahulu.

Yang ada pada hari ini hanyalah mereka yang hendak mendapatkan atau mempertahan jawatan. Mereka tidak dapat dan tidak mempunyai kemampuan untuk menyesuaikan jawatan dengan kewajipan mereka mengikut kehendak jawatan yang mereka pegang itu. Itulah sebabnya Naib-Naib Presiden Umno itu contohnya tidak mempunyai semangat perjuangan yang betul.

Jika mereka mempunyai semangat itu masakan ada yang sedang mempertahankan jawatan dan yang ingin merebut jawatan itu bercakap dan berkempen mengikut rasa hati yang tidak tenteram sehinggakan menggunakan isu rasis sebagai isu kempen mereka. Jika benar mereka mempunyai semangat perjuangan seperti yang terkandung di dalam Bab 3 perlembagaan parti itu masakan mereka memainkan isu keselamatan seperti bermain getah dan bermain guli sahaja.

Kalau tuduhan saya ini tidak benar masakan ada slogan baru dalam kempen pemilihan ini yang kita dengar seperti, ‘tembak dahulu’ sesiapa yang disyaki merbahaya kepada negara tanpa usul periksa. Rasa tidak percaya kata-kata seperti ini boleh keluar daripada seorang pemimpin kanan yang sangat saya kenali sejak lebih 30 tahun dahulu.

Kes Ahmad Zahid belasah orang diungkit ketika beliau semakin popular


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) yang popular menjelang pemilihan Umno bakal berhadapan ranjau berduri untuk mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya susulan kes belasah melibatkan seorang ahli perniagaan diungkit semula.
Peguam Karpal Singh menulis permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk membuka semula kes anak guamnya, Amir Bazli yang menyaman Menteri Dalam Negeri itu.
Karpal memberitahu The Malaysian Insider, pihaknya tidak berpuas hati kerana perkara sebenar disembunyikan daripadanya selepas anak guamnya dan Ahmad Zahid bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah pada Julai lalu.
Peguam veteran itu berkata, beliau kesal kerana peguam kedua-dua belah pihak dikeluarkan ketika keputusan tersebut dibuat oleh hakim Mahkamah Sesyen Rohani Ismail.

Hanya plaintif iaitu Amir dan Ahmad Zahid berjumpa Rohani yang kemudiaannya mengarahkan terma dan syarat penyelesaian tersebut dirahsiakan, kata salah seorang peguam mewakili defendan, Datuk Shamsul Baharain.