Rabu, 9 Oktober 2013

Audit: Anwar gesa SPRM tidak hanya heret “kambing hitam” ke muka pengadilan


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak hanya mengheret "kambing hitam" ke muka pengadilan, susulan ketirisan yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.
Anwar berkata, SPRM perlu menjalankan siasatan menyeluruh kerana pembaziran dan penyelewengan yang sentiasa berulang setiap kali laporan tersebut dibentangkan.
"PKR menggesa SPRM menjalankan siasatan menyeluruh ke atas semua kes penyelewengan dan pembaziran ini, dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.
"PKR juga mengharapkan kerajaan pusat satu hari nanti akan mengubah budaya mereka yang didapati merancang pembaziran dan penyelewengan wang rakyat akan dihukum, dan bukan sahaja ‘kambing hitam’ yang dijadikan teladan," kata Ketua Umum PKR itu dalam satu kenyataan media hari ini.
Anwar membidas Putrajaya yang disifatkannya sebagai tidak mempunyai kesungguhan untuk memastikan masalah ketirisan dan pembaziran ini daripada berulang.
“PKR mengamati satu perkembangan yang cukup jelas dan membimbangkan, iaitu sikap tidak kisah yang berterusan dalam membelanjakan dana kerajaan oleh kementerian dengan sebegini rupa, dan tiada langsung kesungguhan politik untuk menghukum pesalah berulang," katanya.
Beliau berkata, kedegilan kerajaan untuk menangani pembaziran dalam pentadbiran adalah sesuatu yang membimbangkan ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak diberi amaran oleh badan antarabangsa.

Pro-M dedah Umno campur tangan pilihan raya kampus


KUALA LUMPUR: Pro Mahasiswa (Pro M) Universiti Malaya (UM) mendedahkan wujud campur tangan Hal Ehwal Pelajar UM dan Umno dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) UM.

Pro M UM mengesan Timbalan Naib Cancelor (TNC) HEP memberikan surat perlepasan kuliah kepada 43 mahasiswa dan mahasiswi untuk menghadiri kursus Transformasi Minda pada 18 hingga 20 September di Negeri Sembilan.

Menurut Pengerusi Pro M UM, Abdul Muqit Muhammad, selang beberapa hari selepas kursus tersebut, sumber dalaman HEP mendedahkan beberapa dokumen penting dalam program transformasi minda.

Katanya, ternyata dalam tentatif program tersebut bukanlah program transformasi yang dijangka tetapi hanya kursus pemantapan jentera dan calon PRK UM.

"Persoalan yang timbul mengapa program tersebut tidak ada hebahan umum kepada mahasiswa yang lain?

"Selain itu, mengapa hanya 43 orang yang terlibat dan ini seolah-olah signifikan dengan jumlah kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kampus.

Dr Agus ulas Husam bahas Belanjawan Kelantan 2014

Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusof
Husam Musa

PEMBENTANGAN bajet negeri Kelantan bagi tahun 2014 baru-baru ini menarik sekali.

Dato Husam Musa, Adun Salor yang sebelum ini adalah Exco Kelantan bangun berucap memohon penjelasan kerajaan negeri mengenai pemberian kawasan balak seluas 3500 ekar di hutan simpan Chabang Tongkat Hulu Sat Machang.

Menariknya, apabila beliau menimbulkan cerita ini pelbagai persoalan muncul.
 
Antaranya mengapa beliau bangun untuk melawan kerajaan dari partinya sendiri? Mengapa tidak beliau atasi kelemahan kerajaan negeri semasa beliau berkuasa dahulu? Mengapa hanya sekarang beliau memberikan pelbagai cadangan untuk membangunkan negeri? Adakah ini sabotaj beliau kepada kerajaan negeri selepas tidak lagi dilantik menjadi Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri yang baru?
 
Saya tidak hendak mempertahankan sesiapa dalam hal ini. Saya tidak boleh kata apa yang Adun Salor timbulkan itu benar atau salah.
 
Tapi yang saya yakin ialah Adun Salor membuat 'kerja rumahnya' sebelum berucap di Dun. Maka sekarang ini bagi melihat kekuatan hujah masing-masing, saya menunggu jawapan MB dalam penggulungan nanti.

Bukan saya sahaja yang menunggu, rakyat juga ternanti-nanti jawapan MB. Ini kerana dalam beberapa hal, bajet tadi tidak menjawab banyak persoalan yang dinantikan rakyat tentang peruntukan pembinaan lebuh raya dan stadium serta peruntukan untuk menjayakan projek kambing jamnapari dan padi organik -perkara yang sebelum ini juga saya timbulkan.
 

HANGAT!! Video Pendedahan Caj Sarapan VVIP RM 6000

KANTOI MACAI UMNO 400 ORANG MAKAN MAKANAN UNTUK 600 ORANG
SIAPA YANG KENA NAYA DALAM KES INI.....???

Penggulungan Belanjawan Kelantan 2014 | Ust Ahmad Yakob | 8 Okt 2013

BIL RM6K : 400 MACAI UMNO MAKAN MAKANAN UNTUK 600 ORANG...!!!


400 orang macai-macai UMNO, mentekedarah sarapan yang disediakan bagi 600 orang, menurut tuan kedai..

Ini perkara biasa ni.. kalau korang tengok macai-macai UMNO ni kalau boleh mentekedarah free depa kalau boleh nak makan dalam talam.. maksud aku sorang setalam bukan sepinggan.

Dikenakan bayaran RM5,500 tapi macam biasalah macai UMNO ni mark-up tu dah jadi SOP depa.. resit ditulis RM6,000.. makan dapat untung lagi RM500.

RM5,500 bahagi 400 orang... seorang baru dikenakan RM13.75... alahai yang tu pun nak bising?

Mari Tonton Video Pendedahan Kak Yah

Zahid: 'Bagaimana dengan hak polis dan mangsa jenayah?'

Selepas menjadi sasaran kecaman berhubung kenyataannya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan mengapa pengkritik beliau tidak mempertahankan hak mereka yang menjadi mangsa penjenayah.

azlan"Mana hak asasi untuk polis dan mangsa rompak, tembak dan bunuh.
Kenapa pejuang hak asasi tidakpun membela? Hak asasi hanya untuk penjenayah?" tanya Zahid dalam tweetnya.

Tweet tersebut nampaknya tidak merujuk kepada apa-apa yang khusus, tetapi dibuat ekoran kecaman hebat terhadapnya selepas laporan Malaysiakini yang berdasarkan rakaman ucapannya yang bocor.

Zahid berdiam diri sejak laporan-laporan tersebut disiarkan pada pada hari Isnin.

Beliau didedahkan sebagai membiarkan amalan menembak penjenayah yang disyaki, daripada menangkap mereka.

Memikirkan Laporan Ketua Audit Negara

Amin Ahmad

Untuk sekian kalinya orang ramai dikejutkan dengan apa yang boleh disifatkan sebagai penyelewengan dan kelemahan urus tadbir kerajaan melalui Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Pengulangan isu yang sama menunjukkan tidak ada teladan diambil daripada laporan-laporan sebelum ini. Kempen kebitaraan urus tadbir (good governance), ketelusan (transparency) dan pertanggungjawaban (accountability) jelas kelihatan tidak memberikan kesan.

Kesannya tidak kecil. Daripada apa yang dibentang dalam Laporan untuk tahun 2012 sahaja, jumlahnya mencecah berbillion ringgit! Mungkin bagi sesetengah pihak, jumlah antara RM2-4 billion itu masih kecil, hanya antara 1-2% belanjawan negara. Apa yang tidak disebut ialah apa yang boleh dilakukan secara lebih bermanfaat dengan jumlah wang yang sama. Tambahan pula, Laporan Ketua Audit Negara ini hanya melibatkan agensi terpilih sahaja, bukan semua agensi kerajaan.

Tidak mustahil jika nilai yang terbabit menjangkau sehingga 20-30% memandangkan saban tahun kita mendengar masalah yang sama dalam agensi yang berbeza. Bayangkan jumlah yang sama diseleweng atau disalah urus setiap tahun sejak sekian lama?

Mendekati masalah

Lazimnya, apabila masalah seperti ini berlaku, timbul persoalan “siapa yang bersalah?”. Setelah sekian lama isu ini dibicarakan, adalah wajar kita bertanya sama ada penyelewengan atau kelemahan urus tadbir ini telah menjadi budaya dan terinstitusi dalam perkhidmatan awam.

Terlepas apa juga jawapan yang diberi, tindakan lebih tepat, tegas dan drastik perlu diambil untuk memastikan isu ini ditangani dengan lebih berkesan.

Audit: DAP gesa Zahid, Shabery mohon maaf kerana tipu rakyat

DAP menggesa agar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana didakwa berbohong berhubung pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) berkata kenyataan kedua-dua pemimpin berkenaan bercanggah dengan kenyataan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung pembayaran artis-artis K-Pop dan juga isu kehilangan aset polis bernilai RM1.3 juta.

"Kedua-dua menteri mesti segera meminta maaf, jika tidak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mestilah bertindak sekiranya beliau mahu mengekalkan sebarang sisa keyakinan awam terhadap kejujuran, kemahiran dan profesionalisme menteri-menterinya," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Lim, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berbohong apabila mengatakan pihak polis telah memberi penjelasan kepada Jabatan Audit tentang kehilangan alatan termasuk senjata api bernilai RM1.3 juta.

Sen Tn Saifiul Izham Bahas RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemeluasan) 2013

Sen. Tn Syed Shahir Bahas RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemeluasan) 2013

Selangor: Kumpulan "bumper cha cha" diburu

Sanon Kogyo issue; Memo to Japan embassy

Audit: Rakyat semakin sedar keperluan untuk SPRM mulakan siasatan

Anti-army protests staged at Egyptian universities

U.S. to halt military aid to Egypt after coup, turmoil

Laporan Audit : PKR Gesa SPRM Buka Lebih Banyak Kertas Siasatan

Anwar nasihat Zahid ikuti kursus asas undang-undang

Go after the political masters, not just the civil servants - Anwar tell MACC

Anwar: Failed leadership behind government wastage

Anwar takes umbrage at RM67 MILLION spent on youth event before GE13

Pope Francis meets Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim bertemu dengan Pope Francis

Anwar: Racial tensions on the rise as Umno polls get closer

Putrajaya leaks up to RM26b annually

Promo Forum Laporan Audit Negara: Kepincangan Urustadbir,Ketirisan & Rasuah 11 Oktober 2013 8:30pm Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya

Anwar on Mukhriz, VP race, Najib's power post-Umno election

Pemimpin komponen BN kesal Umno tiup sentimen perkauman

GST: Belanja berhemah, jangan dera rakyat


KUALA LUMPUR: PAS meminta rakyat negara ini mengajak kerajaan agar memperbaiki serta mendisiplinkan mereka dalam menguruskan perbelanjaan negara sebelum mendera rakyat dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pakar Ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata kerajaan mesti tentukan bahawa wang rakyat yang dipungut dalam bentuk cukai harus dibelanjakan dengan berhemah bukannya mendera rakyat dengan GST.

Beliau juga mempersoalkan tindakan kerajaan yang hendak mengenakan GST kepada rakyat sedangkan kerajaan sendiri menggunakan wang rakyat secara membazir, buktinya selama 16 tahun berturut-turut kerajaan sentiasa berbelanja defisit di samping keadaan hutang negara saban tahun meningkat.

"Buktinya kerajaan amat boros berbelanja dan tidak berhemah langsung dalam menggunakan wang yang dipungut daripada rakyat dalam bentuk cukai. Kena perbetulkan pengurusan ini dahulu, sebelum rakyat dikenakan GST," katanya kepada Harakahdaily.

Ugutan Zahid: Diam bukan pilihan, kata editor pada wartawan

Ugutan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menutup akhbar yang dibuatnya dalam majlis di Melaka Sabtu lalu turut mendapat perhatian pengamal media tradisional.

Sehari selepas kumpulan pengarang akhbar Cina menuntut penarikan balik kenyataan, pengarang veteran TheSun R Nadeswaran pula merakam kritikan dalam kolumnya hari ini.

NONEDikenali sebagai pengarang yang lantang, Nadeswaran dalam kolumnya "Citizen Nades" berkata, Zahid "tidak banyak menghormati undang-undang" dan "bersikap acuh tidak acuh terhadap akal budi".

Dalam kolum bertajuk ‘The foot is in the mouth... again', Nadeswaran berkata, berdiam diri bukan lagi pilihan untuk wartawan dan beliau sedar sepenuhnya kesan yang mungkin terjadi hasil penulisannya itu.

"Saya menulis artikel ini dengan sepenuhnya sedar akibatnya.

"Saya cukup tahu tentang rakan wartawan yang ditahan untuk perlindungan dirinya sendiri," katanya, merujuk kepada penahanan wartawan Sin Chew Daily pada 2008 bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bawah menteri ketika itu Syed Hamid Syed Albar.

"Diam bukan lagi pilihan untuk mereka yang mengaku diri sendiri sebagai wartawan. Untuk maruah dan harga diri, kita harus berdiri dan bersuara kepada pihak yang bertindak sewenang-wenangnya terhadap kita," kata Nadeswaran.

Dua laporan dibuat terhadap Zahid Hamidi - Polis


Polis hari ini mengesahkan dua laporan dibuat terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (pic) di Jinjang, Kuala Lumpur dan satu lagi di Melaka.
Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Khairi Ahrasa mengesahkan laporan polis yang dibuat dijinjang dipindahkan ke Melaka untuk tindakan selanjutnya.
"Ucapan itu dibuat di Melaka jadi kami serahkan kepada mereka untuk siasat," katanya.

Hanya golongan elit Bumiputera terima manfaat ASB2, kata DAP

Manfaat Amanah Saham Bumiputera 2 hanya akan dinikmati Bumiputera daripada kalangan elit dan bukannya kumpulan Bumiputera Melayu kebanyakan, kata .
Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP itu berkata hanya 40 peratus kumpulan Bumiputera kebanyakan berpendapatan di paras RM1,686 walaupun pelan affirmatif Bumiputera telah dilaksanakan selama 40 tahun.
"Pengumuman 10 bilion unit ASB2 itu boleh dipersoalkan. Siapa yang menerima pegangan saham terbanyak?
"Untuk siapa ASB2 itu? Sudah pasti bukan kumpulan Bumiputera Melayu kebanyakan," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dipertanggungjawabkan untuk melancarkan ASB2 dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham, bagi memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat.

"Tembak Dulu": Zahid perlu asas pengetahuan undang-undang



 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung kenyataan 'tembak dulu' terhadap penjenayah.

Anwar berkata kenyataan yang disifatkan "tiada ruang perbincangan" terpakai hanya kepada penjenayah yang mengugut anggota keselamatan dengan menggunakan senjata seperti M-16.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya, ketua pembangkang itu berkata Zahid membuat kenyataan keras dan Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datoh memerlukan latihan asas undang-undang jenayah dengan kadar segera.

Masjid kita kaku tidak mesra pelanggan

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Islam adalah gabungan kekuatan kerohanian dan kebendaan. Ia bukan agama kerahiban yang hanya duduk bersila berzikir dan melupakan tanggungjawab menjadi khalifah atas muka bumi ini. Juga, bukan agama yang memisahkan dunia dan akhirat, sehingga kegiatan dunia dibicara atau dilaksanakan dalam rupa yang berasingan dengan akhirat. Tidak, sama sekali tidak!
Fungsi masjid
Masjid adalah pusat umat Islam.  Masjid dalam Islam mestilah melambangkan kesyumulan atau keluasan Islam itu sendiri.  Masjid mesti berfungsi untuk membangunkan umat di sudut kerohanian dan fizikalnya.
Memasuki masjid bererti melangkah ke kawasan yang melambangkan ketulusan, kemesraan, kerahmatan dan kesyumulan agama ini.  Sebab itu, umat Islam dalam kesibukan urusan kehidupan, mereka diperintahkan singgah lima kali saban hari di masjid demi mengambil tenaga meneruskan agenda perjuangan sebagai khalifah yang memimpin dunia ini.
Maka muncullah dalam diri setiap individu muslim satu kekuatan yang luar biasa. Ia adalah gabungan antara unsur langit dan bumi, atau kerohanian dan kebendaan. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: "Dengan menunaikan solat berjemaah di masjid sebanyak lima kali sehari, menjadikan masjid suatu tempat yang penting dalam Islam dan kehidupan muslimin. Masjid bukannya tempat bertapa untuk golongan pendeta (yang hanya menumpukan kepada ibadah khusus), atau sudut untuk golongan menganggur, bukan juga tempat ibadat golongan darwis (ahli pertapaan). Dalam Islam tiada pendetaan atau pertapaan.
Rasulullah bersabda kepada Abu Zar:

Sen. Dr Syed Husin Ali Bahas RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemeluasan) 2013

Sen. Dr Ariffin SM Omar Bahas RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemeluasan) 2013

'Keruntuhan' & ketelusan pentadbiran di T'ganu

Amat tidak bertanggungjawab! Seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan bumbung dan siling Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal, Terengganu yang runtuh awal pagi baru-baru ini.

NONEInsiden yang amat memalukan ini dipercayai berlaku jam 4 pagi dan melibatkan kira-kira 40 peratus bahagian masjid itu yang siap dibina dua tahun lepas serta melibatkan kos RM6 juta dan boleh memuatkan 1,000 jemaah.

Isu keruntuhan ini bukan laporan pertama mengenai masjid bumbung runtuh di negeri ini. Pada 20 Mei lepas, 12 jemaah masjid yang baru sahaja solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh.

Pada 3 Oktober 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.

NONESelain itu, pada 2 Jun 2009, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja RM292.9 juta telah siap dibina pada Mei 2008 dan digunakan dalam penganjuran Sukan Malaysia turut roboh.
Sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan sekali lagi roboh pada 20 Februari 2013 yang menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan.

Inilah fenomena keruntuhan yang berlaku di negeri ‘Darul Iman' sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Walaupun ‘phenomena' ini telah berlaku sejak beberapa tahun yang lepas, tidak ada langkah-langkah yang positif dan pro-aktif di ambil untuk menghalang berulangnya peristiwa-peristiwa sebegini.

(1) Perkara ini bukan hanya di sebabkan masalah-masalah teknikal tetapi termasuk soal ‘nilai' (values) yang didokongi oleh pihak berkuasa dalam mengawasi dan memantau pembinaan projek-projek ini.

Bantah TPPA optimis himpunan dapat sambutan


KUALA LUMPUR: Gabungan Bantah TPPA optimis himpunan besar-besaran di KLCC, Jumaat ini akan mendapat sambutan di luar jangkaan.

Jurucakap gabungan, Badrul Hisham Shahrin yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, keyakinan ini berdasarkan sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat dalam siri jelajah bantah TPPA ke seluruh negara bermula 17 September lalu.

Siri jelajah bantah TPPA SAMM bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan kerjasama Gabungan Membantah TPPA (Bantah) dengan pendukung utamanya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berakhir malam tadi di Sekinchan, Selangor.

Manakala malam esok akan diadakan forum TPPA di Kelab Sultan Sulaiman yang akan dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar gesa SPRM siasat Shabery isu K-Pop




Pihak berkuasa perlu menyiasat bekas menteri belia dan sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung bil kementerian berjumlah RM67.6 juta untuk sambutan Hari Belia pada 2012, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Laporan Audit Negara, kementerian itu membelanjakan lebih empat kali ganda berbanding apa yang diperuntukan untuk acara itu, termasuk RM1.6 juta untuk menjemput kumpulan daripada Korea, K-Pop.

Anwar berkata perkara itu amat memeranjatkan kerana didakwa menyalahgunakan kuasa dan pembaziran dana awam, sehubungan itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) digesa menyiasat pemimpin itu.

Bumiputera perlu berdikari dan tidak meminta-minta, kata tokoh korporat Melayu


Bumiputera perlu berdikari, kata Tan Sri Muhammad Ali Hasim ketika berucap di majlis Jaringan Usahawan Nusantara Sedunia. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2013.Bumiputera perlu berdikari, kata Tan Sri Muhammad Ali Hasim ketika berucap di majlis Jaringan Usahawan Nusantara Sedunia. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2013.Tokoh korporat Melayu, Tan Sri Muhammad Ali Hashim menggesa supaya Bumiputera berdikari dan tidak bersikap meminta-minta bantuan semata-mata daripada kerajaan sekiranya mahu berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.
Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) itu berkata, Bumiputera wajar berusaha sendiri dan membuang sikap terlalu bergantung kepada bantuan.
"Orang Melayu dan Bumiputera mesti berdikari dan jangan meminta-minta bantuan daripada kerajaan dan mereka perlu usaha sendiri.
"Tidak boleh bergantung 100% kepada kerajaan, mungkin pada awal memulakan perniagaan boleh dibantu, tetapi selepas itu perlu berdiri sendiri,” katanya ketika berucap pada majlis Jaringan Usahawan Nusantara Sedunia di Hotel De Palma, Ampang pagi ini.

Anwar saman RM100 juta: Mahkamah tolak permohonan Khairy


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) untuk meminda pembelaannya dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadapnya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesuruhjaya Kehakiman  S M Komathy Suppiah membuat keputusan itu di dalam kamar dengan kehadiran peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Anwar, dan Jeffery John, mewakili Khairy.
Sulaiman ketika memberitahu pemberita berkata, Komathy menolak permohonan itu dengan kos RM5,000, dan menetapkan 22 November bagi pengurusan kes.

Pengerusi PAC akan saman penulis artikel kaitkan dirinya dengan “Tiga Line”


Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) akan mengemukakan saman terhadap penulis artikel  kerana memuat naik artikel yang didakwa memfitnah dirinya mempunyai hubungan dengan kongsi gelap "Tiga Line."
Ahli Parlimen Pulai itu berkata,  artikel yang ditulis oleh Kim Quek bertajuk Will PM Najib exert leadership over errant minister Zahid? dan dimuat naik The Malaysian Insider semalam tidak mengandungi fakta yang tepat kerana penulis berkenaan hanya mendapatkan maklumat daripada rakaman video yang dimuat naik oleh sebuah portal berita lain.
"Dia (penulis) tidak berada pada majlis itu, dan menulis artikel berkenaan semata-mata berdasarkan video yang dimuat naik dalam portal berita Malaysiakini dengan terus mengaitkan saya terbabit dalam kumpulan kongsi gelap, Tiga Line.

KPN perlu dihadap ke Jawatankuasa Khas Ketua Audit Negara


SHAH ALAM 9 OKT : Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Khas berkenaan Laporan Ketua Audit Negara 2012 untuk memberi penjelasan tentang kehilangan senjata api dan aset polis, bukannya menjadi anggota jawatankuasa berkenaan.
Audit-PolisKetua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, perkara ini penting kerana Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menafikan bahawa polis memberi penjelasan kepada Jabatan Audit tentang kehilangan 44 pucuk senjata api dan aset polis lain.
“Ambrin menyangkal beberapa laporan menyebut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengatakan bahawa satu laporan dikemukakan kepada Ketua Audit Negara berkenaan barangan polis yang hilang tetapi penjelasan dalam laporan tersebut tidak dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
“Atas sebab ini, Ketua Polis Negara perlu dihadapkan ke hadapan Jawatankuasa Khas untuk memberi penjelasan penuh dan memuaskan tentang kehilangan aset polis bernilai RM1.33 juta,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Akhirnya atas desakan rakyat, Najib sedar TPPA bahaya



Najib Razak akhirnya disedarkan oleh desakan rakyat bahawa Perjanjian TPPA itu ‘menceroboh’ hak kedaulatan dalam merangka formula peraturan dan dasar, atau dengan bahasa lebih tepat – Menggadai kedaulatan tanahair.
Syukurlah, walaupun media arus perdana tidak menjalankan peranan yang wajar dalam memberi penerangan khusus tentang bahaya TPPA, namun gerak usaha dari pelbagai pihak telah berjaya membawa rakyat memberikan tekanan supaya Perjanjian TPPA tidak dilaksanakan.
Badrul Hisham-SAMMSAMM melalui gerak kerja bersama Badan Bertindak Bantah TPPA (BANTAH) ketika ini telah menjelajah ke 12 daripada 13 lokasi di seluruh negara sebagai tanggungjawab memberi kesedaran umum mengenai Perjanjian TPPA. Ia secara tidak langsung memberi kesan tersendiri apabila semakin ramai rakyat yang faham komplikasi yang bakal dihadapi negara ini sekiranya Perjanjian TPPA dimetrai.
Lokasi terakhir Jelajah Anti-TPPA akan diadakan pada malam ini di Sekinchan, Selangor sebelum satu pentas perdana yang bakal mempertemukan dua tokoh ternama tanahair akan berlangsung pada 10 Oktober di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur.
Isu TPPA ini tidak berakhir. MITI dilihat begitu bersungguh-sungguh cuba memutar belit fakta dan menutup kelemahan mereka. Ketika ini juga pihak MITI sedang ‘counter’ roadshow BANTAH-SAMM, malah mereka turut membuat program propaganda di satu maktab polis, agar mendapat sokongan anggota polis dalam isu TPPA.

Adakah Najib jujur mahu perangi rasuah?


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mahu Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak mengotakan janjinya dengan berusaha menjadikan rasuah sebagai sebahagian daripada perkara yang sudah berlalu bagi Malaysia, bukan suatu amalan akan datang.

“Tidak pasti sama ada PM benar-benar ikhlas bercakap soal memerangi rasuah atau tidak,” ujar Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Katanya, apa yang diharapkan, ucapannya lahir dari hati yang ikhlas dan ditunaikan dengan tindakan susulan yang agresif.

DPPM, ujarnya tidak mahu PM hanya berjanji dan berilusi bahawa Malaysia bebas rasuah, sedangkan di dalam negara ini sarat dengan pemimpin korupsi dan rasuah yang dilakukan secara terang-terangan.

Sebelum ini, kata beliau PM banyak beretorik dengan pelbagai slogan dan janji manis setinggi langit namuan pengisiannya hampas sama sekali.

Chin Peng dijanji tak perlu temuduga untuk ke Malaysia

Abdullah CD not Chin Peng would have led if CPM had formed the government

STOP blaming the Chinese - Anwar slams corrupt Umno leader

CheguBard : Chin Peng Seorang Pejuang Merdeka Seperti Tunku Abdul Rahman

Dun Kelantan: Hapuskan dendam politik selama 23 tahun demi rakyat


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan digesa memajukan Kelantan Selatan, iaitu Gua Musang berperingkat-peringkat memandangkan kedudukannya yang begitu strategik  antara Kuala Lumpur, Kota Bharu atau Ipoh.

Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong) berkata  walaupun memerlukan tempoh yang agak panjang untuk memajukannya, khususnya dari segi pembangunan, namun Kelantan perlu memajukan kawasan itu, khususnya mengenai infrastruktur.

Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2014 dalam sidang Dun Kelantan penggal ke-13, semalam.

Katanya, kerajaan negeri perlu menyediakan kemudahan jalan yang lebih baik kerana jarak satu kampung ke satu kampung atau daerah agak jauh.

“Bagi menjayakan hasrat ini, kerajaan negeri perlu berunding dengan kerajaan Pusat agar jalan-jalan raya yang lebih baik dapat diadakan untuk kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Jelasnya, kerajaan Kelantan dan Persekutuan perlu duduk bersama untuk berbincang demi untuk kepentingan rakyat.

“Dendam membara sejak 23 tahun lalu sewajarnya dihapuskan demi untuk kepentingan rakyat.

PAS dekati golongan yang mahu jadikan hidup lebih indah

A Shukur Harun

PAS melangkah lebih jauh, berinteraksi di tengah pelbagai golongan masyarakat dan kali ini mengadakan pertemuan dan dialog antara pemimpinnya dengan artis dan penulis pada 20 Oktober ini di Hotel D’Palma, Shah Alam.

Majlis pertemuan dan dialog tersebut anjuran Lajnah Seni Budaya, PAS Pusat pimpinan Dr Muhaimin Sulam, yang juga seorang penulis terkenal.

Ini kali kedua tahun ini PAS mengadakan majlis pertemuan dan dialog dengan artis. Dua minggu lalu berlansung Majlis Ramah Mesra Kerajaan Kelantan Bersama Selebriti di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang dihadiri sama oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Di majlis itu Ahmad  mengumumkan bahawa kerajaan negeri Kelantan bercadang menubuhkan Akademi Seni Islam bagi membantu rakan selebriti mengembangkan bakat masing-masing menurut landasan Islam.

Hasrat itu, katanya, sebagai suatu penghormatan untuk golongan selebriti dan artis bagi membantu mereka menjadi ikon masyarakat yang bersyariat.

Ahmad berkata, penubuhan akademi itu secara langsung akan memberi peluang kepada mereka menggunakan medium hiburan sebagai aktiviti berdakwah dalam seni. Katanya, hasrat itu juga turut membuktikan kepada umum bahawa Kelantan tidak pernah meminggirkan seni hiburan termasuk golongan artis, sebaliknya akan terus memandu mereka agar sentiasa menjadi ikon yang disayangi masyarakat.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta artis Malaysia dan Indonesia, Kholidi Masadil Alam atau Mas Azam serta beberapa exco Kelantan.

"Dimelayukan": Mufti Sabah diheret ke mahkamah adat




 
Pemimpin Kadazan, melalui Persatuan Kadazan Sabah (KSS) memfailkan salam malu terhadap Mufti Bungsu Aziz Jafaar atas kerana didakwa menyifatkan kaum itu sebagai "bangsa yang dicipta".

Saman malu itu difailkan oleh Timbalan Presiden KSS Sylvester Disimondi mahkamah daerah Penampang semalam selepas kenyataan Bungsu itu menimbulkan kemarahan mereka, lapor The Star.

"Perasaan dan maruah kami terguris dan tidak boleh diubati jika tidak diselesaikan di mahkamah adat.

"Mufti Bungsu oleh itu diperlukan menganjurkan pendamaian kepada masyarakat Kadazan selaras dengan undang-undang adat," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita.

Bungsu diwajibkan hadir di mahkamah adat itu dalam tempoh 21 hari selepas saman difailkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

TPPA: Malaysia terdedah gejala ‘pak turut’


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) tidak menerima pendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata Malaysia bukan 'pak turut' dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

“Kami berpendapat memang Malaysia akan terdedah kepada gejala menjadi pak turut selagi mana ia akan terus turut berunding dengan kuasa ekonomi besar seperti Amerika Syarikat yang akan mengguna seluruh pengaruhnya untuk mendominasi ekonomi dunia ketiga termasuk Malaysia,” kata presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam saatu kenyataan.

Menurutnya, sejak dari awal perundingan itu lagi, ia dilakukan dalam keadaan penuh rahsia.

Katanya, ini sendiri adalah suatu tanda semua negara anggota yang berunding dalam TPPA adalah ‘pak turut’.

Katanya lagi, sifat kerahsiaan dalam perundingan ini menunjukkan kepentingan rakyat umum tidak diambilkira dan kepentingan rakyat tidak menjadi keutamaan berbanding kepentingan untuk syarikat besar.

Jenayah: Negara perlu syariat Islam, bukan PCA


KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan satu undang-undang Islam bagi menangani masalah jenayah di negara ini, bukannya dengan penggubalan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) seperti yang berlaku hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, berkata dengan undang-undang Islam, kerajaan boleh mengajak para alim ulama dan pakar undang-undang khususnya di dalam perundangan Islam untuk memulakan suatu penggubalan undang-undang baru yang lebih mendekati kehendak syarak.

"Dengan undang-undang Islam ini, ia akan mampu menjaga kepentingan asasi manusia iaitu agamanya, nyawanya, akalnya, keturunannya dan harta bendanya. Tentulah tidak dapat dinafikan bahawa undang-undang hudud dan qisas serta takzir atau pun undang-undang berdasarkan Syariat Islam telah dijamin keadilannya oleh Allah SWT yang mencipta alam ini," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Jangan merungut, guna dompet anda sampaikan mesej

Berhenti merungut rakyat Malaysia. Uruskan sendiri setiap perkara.

Menjelang pilihan raya umum pada 5 Mei lalu, media arus perdana menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia dan sudah dihukum beberapa kali menerusi edaran akhbar mereka yang menjunam.

Kini, sebahagian daripada mereka cuba menarik balik kawasan capaian namun tiada apa yang dapat membantu apabila kredibiliti hilang.

Malaysia Airlines (MAS) yang sering mengalami kerugian membawa kakitangannya menonton Tanda Putera untuk ulang tahun ke-41 mereka.

"Ia akan mengembalikan memori kakitangan senior kami dan menjadi pemangkin motivasi kepada junior," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya kepada pemberita di Kelana Jaya semalam.

Penyelesaian mudah, jika tidak berpuas hati dengan Ahmad Jauhari: boikot MAS.

Ketirisan, pembaziran: Heret pesalah ke muka pengadilan – Anwar

(Kenyataan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

KEADILAN merakamkan ucapan terima kasih di atas usaha Tan Sri Datuk Setia Hj Ambrin Buang dan pasukan beliau di Jabatan Audit Negara menerbitkan Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Anwar baruNamun ianya bagaikan deja vu, satu igauan tak henti-henti. Laporan ini terus membuktikan pentadbiran kewangan dan aset kerajaan pusat yang teruk, pengurusan dan penyeliaan projek-projek kerajaan yang lemah, penyelewengan kewangan yang berterusan, dan yang paling utama – ketiadaan kesungguhan politik untuk menghentikan ketirisan dan pembaziran dalam pentadbiran kewangan negara.
KEADILAN mengamati satu perkembangan yang cukup jelas dan membimbangkan, iaitu sikap tak kisah yang berterusan dalam membelanjakan dana kerajaan oleh kementerian-kementerian dengan sebegini rupa, dan tiada langsung kesungguhan politik untuk menghukum pesalah berulang.
KEADILAN berpandangan Kerajaan Pusat tidak patut membenarkan penyelewengan kewangan seperti ini berterusan, lebih-lebih lagi tatkala Malaysia telah diberi amaran oleh badan-badan antarabangsa bahawa ia telah berbelanja secara berlebihan dan tiada langkah kukuh untuk menangani ketirisan dan pembaziran. Pihak Kerajaan Pusat tetap berdegil dengan sikap berbelanja tanpa mahu berusaha mengurangkan kos perbelanjaan tahunan dan berjimat – walaupun rakyat seringkali disuruh berbuat sedemikian.
Di sini KEADILAN mengangkat beberapa penemuan Jabatan Audit Negara di mana terbukti Kerajaan Pusat terus mengamalkan pembaziran:

DAP buat laporan polis isu gengster yang didedahkan Zahid

DAP buat laporan polis isu gengster  
Khoo (tengah) bersama Lai (kanan) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya, semalam.
AYER KEROH - Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong membuat laporan polis, meminta siasatan dibuat berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai isu ‘gengster’ di dalam satu majlis di MITC, Melaka pada 5 Oktober lalu.
Menurut laporan tersebut, Ahmad Zahid didakwa mengeluarkan kenyataan berbunyi: ‘Dulu gengster kena tangkap akan dapat surat daripada pemimpin parti komponen BN atau wakil rakyat untuk melepaskan gengster-gengster tersebut’.

Kenyataan itu dikatakan dibuat ketika Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat di Ballroom, MITC.

Laporan itu memetik, antara parti komponen terlibat adalah MIC, PPP, MCA, IPF dan Gerakan.

Audit: UniMAP buat bayaran sebelum meterai kontrak

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan sebanyak dua bayaran dibuat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi projek pembinaan kampus tetapnya berjumlah RM2.51 juta kepada Perunding Pengurus Projek (PMC) walaupun kontrak belum ditandatangani.

Menurut laporan itu, pada 15 Januari 2002, Kementerian Kewangan telah meluluskan pelantikan kontraktor iaitu Konsortium Pauh Indah melalui konsep reka dan bina sebagai kontraktor utama dan Crimson Network Sdn. Berhad sebagai PMC.

Bagaimanapun, PMC itu ditamatkan perkhidmatannya pada 28 November 2006 dan pengurusan projek dipertanggungjawabkan kepada Unit Projek Khas Kampus Tetap, UniMAP bagi Pakej 3B dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi Pakej 4.

“Kontrak antara UniMAP dan PMC ditandatangani pada September 2009 iaitu kelewatan 16 bulan,” kata laporan itu.

Selain itu, laporan tersebut menyatakan kualiti kerja kontraktor bagi pembinaan kampus tetap UniMAP di Pauh Putera, Arau secara keseluruhannya tidak memuaskan.

Audit: Projek UTHM tidak sempurna

Audit: Projek UTHM tidak sempurna  
Pemasangan timber pagola yang tidak sempurna
 
SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati pengurusan projek pembinaan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) adalah kurang memuaskan.

Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, ketiga-tiga projek membina masjid dan pusat Islam, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) serta kolam renang dan blok pentadbiran mengalami kelewatan sehingga kos pembinaan telah meningkat sebanyak 8.9 peratus daripada sejumlah RM78.48 juta kepada RM85.44 juta.

"Pembinaan masjid dan pusat Islam lewat disiapkan selama 547 hari, FPTP lewat selama 175 hari, blok pentadbiran lewat selama 484 hari manakala kolam renang masih belum diselesaikan.

Bongkar Isu Terengganu: Syed Azman tak layan gelaran 'pembohong bersiri' oleh MB

Syed Azman Syed Ahmad Nawawi KUALA TERENGGANU – Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang sering kali digelar pembohong bersiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said setiap kali mengemukakan isu dalam sidang Dun memberitahu, akan terus memperjuangkan isu-isu pembangunan dan rakyat.

Beliau yang merupakan salah seorang Adun yang lantang bersuara dalam sidang Dun hanya berserah kepada rakyat untuk menilai tuduhan yang dibuat ke atasnya.

Beliau turut berkata, dakwaan sebagai pembohong bersiri itu dianggap perkara remeh kerana beliau sering bercakap berdasarkan fakta berhubung sesuatu perkara yang dikemukakan.

“Sebab itu, saya dari dulu tidak layan benda-benda begini sebab setiap pendedahan yang kita buat berdokumen, bukan hanya cakap hatta isu kecurian yang berlaku di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin,” katanya di Pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu, di sini.

Kakitangan MAS kena tonton Tanda Putera sempena ulang tahun ke-41..!!


Filem Tanda Putera.Filem Tanda Putera.Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) membawa kakitangannya menonton tayangan khas filem Tanda Putera di Akademi MAS di Kelana Jaya sempena meraikan ulang tahun syarikat itu ke-41.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya, berkata filem itu mengandungi banyak bahan bersejarah berkaitan dengan syarikat penerbangan itu.
"Perjalanan kami bermula pada 1972 apabila nama syarikat penerbangan menjadi MAS dan cabarannya tersedia untuk melonjakkan nama negara di seluruh dunia dan seterusnya menjadi kebanggaan semua.
"Hari ini, MAS menyambut ulang tahunnya yang ke-41. Dalam dunia penerbangan, berada dalam perniagaan dalam tempoh sepanjang ini, adalah satu pencapaian besar," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bil RM6 Ribu: Abe Din kata bukan 50 orang tapi 400 orang..!!!

 Abe Din towkey restoran Bil RM6000 untuk sarapan pagi yang dikontroversikan memaklumkan jumlah yang datang seramai 400 orang dan ada yang minta dibungkuskan bukan 50 orang seperti yang dilapurkan media. Caj sebenar RM6000 tapi minta kurang jadi RM5500 tapi dalam resit masih RM6000 atas nama seorang MB.

Jika makan 400 orang dan bungkus bil sebanyak RM6000 adalah logik untuk sarapan nasi berlauk ayam kampung....kita tunggu penjelasan Abe Din dalam bentuk video...!!

Sumber FB.


KELANTAN DITAWAN BN: Jika Kerajaan Buat Tak Tau Teguran Husam..!!!

KOTA BHARU - Seorang Adun Pas yang juga bekas exco kanan kerajaan Kelantan hari ini membuat kejutan apabila membidas beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.

Datuk Husam Musa (Pas-Salor) yang membahaskan usul Belanjawan 2014 kerajaan Kelantan antara lain membangkitkan isu pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.

Menyentuh isu pembalakan itu, Husam meminta kerajaan negeri tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan berkenaan.

Tegasnya ketika Kelantan diteraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu keputusan sudah dicapai agar semua permohonan baharu di kawasan hutan simpan itu
mesti ditolak.

"Seingat saya, kata Tok Guru (Nik Abdul Aziz), Hutan Ulu Sat dan Cabang Tongkat adalah paru-paru untuk mengeluarkan udara segar dan bersih bagi penduduk
Kelantan. Biarlah ia kekal untuk anak cucu kita," kata Husam yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan.

PCA untuk Penguasa Cekup Aje..!!


Cartoonkini-PCA-3-Oct-2013
AWAL tahun ini, tiba-tiba rakyat mendapati lambakan kes jenayah tembak di dada akhbar. Laporan demi laporan menjadikan purata seminggu ada satu kes tembakan. Daripada individu berstatus pegawai sehinggalah cikgu sekolah pun ditembak. Seolah-olah Malaysia sudah terjerumus ke dalam dunia koboi. Rakyat menjadi cemas. Slogan “Syukurlah Malaysia masih aman” telah menjadi ayat sinis di kalangan rakyat yang mula merasakan ironinya.
Terdapat sekelompok kecil mula bertanya, di saat setiap berita arus perdana itu sentiasa mengikut rentak pemerintah, mengapa berita jenayah tembak menembak turut dijadikan isu hangat, bukankah ini merugikan pemerintah? Apakah ada udang di sebalik batu, apakah ini satu usaha mengolah persetujuan umum?
Seperti dijangka, dalam keributan rasa bimbang rakyat itu tiba-tiba keluar pak Menteri Dalam Negeri mengaitkan jenayah tembak yang semakin menjadi-jadi itu dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO). EO bersama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dimansuhkan oleh pemerintahan Datuk Seri Najib Razak pada 2011 bagi tujuan mempamerkan kononnya wujud transformasi dalam kerajaannya.
Parlimen_BerjerebuBagaimanapun baru-baru ini apabila Najib Razak yang sama turut mengundi untuk meluluskan satu lagi undang-undang “penahanan tanpa dibicarakan”. Bolehlah rakyat simpulkan bahawa pemansuhan Ordinan Darurat dahulu bukanlah kerana Najib Razak merasakan kezaliman menahan tanpa dibicara. Tetapi hanya satu lagi gimik transformasi dalam perjalanan menuju Pilihan Raya Umum ke-13 yang ketika itu tidak diketahui entah bila munculnya.
Statistik polis sendiri jelas menunjukkan jenayah menurun pada 2012, yakni selepas mansuhnya ISA dan EO. Merujuk kepada indeks jenayah yang dikeluarkan pihak polis, kadar jenayah pada 2012 adalah yang terendah sepanjang satu dekad dengan penurunan sebanyak 7.6 peratus berbanding 2011. Lebih aneh, kadar jenayah meningkat lebih tinggi bagi tempoh 2003 hingga 2008, sewaktu ISA dan EO masih wujud. Dengan fakta ini, sama ada pak Menteri atau pihak polis, salah satunya pasti berbohong!
Namun pemerintah terus menutup sebelah mata terhadap fakta tadi dan berkeras mahukan satu akta penahanan tanpa dibicarakan diwujudkan kembali. Seolah-olah seperti suatu projek yang sudah dimulakan gerak kerjanya sejak awal tahun, kemuncaknya adalah pada sidang Parlimen pada akhir September. Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah 2013 (Pindaan dan Pemerluasan) diluluskan menyaksikan undang-undang penahanan tanpa dibicarakan bangkit daripada kubur dengan jasad baru bernama PCA (Akta Pencegahan Jenayah) .
Gugurnya “tidak bersalah sehingga disabitkan bersalah”

PAS terjerat bila Syiah jadi isu politik...!!

Subky Latif

Sebelum Datuk Mukhriz membangkit isu Syiah di  Kedah, Dr  Mahathir ada membuat kenyataan bersama dengan bekas Presiden Qatami dari Iran betapa Islam jangan bertempur dan berbunuh sama sendiri atas perbezaan antara Syiah dan Sunni.

Ia adalah merujuk tentang perang saudara di Syria. Pergolakan di Syria itu adalah campuran antara kezaliman dan demokrasi, antara penindasan dan pembelaan keadilan, dan antara Syiah dan Sunni. Majoriti penduduk adalah Sunni dan mereka dikuasai sejak berdekad oleh manoriti Syiah yang terdiri sekitar 22 peratus rakyat.

Persefahaman Mahathir-Qatami itu tenggelam apabila anaknya Menteri Besar Kedah membangkit bahayanya penyerapan Syiah dalam kalangan rakyat.

Sejak zaman-berzaman pertentangan antara kedua penganut itu adalah masalah akidah. Sekalian Arab berbalah dengan Iran kerana Syiah orang Iran itu, bukan kerana Parsi dan Arabnya. Kalau kerana bangsanya, mengapa Arab tidak masalah dengan Pakistan sedang kedua-dua bukan satu rumpun bangsa.

Ia tidak jadi isu di Malaysia  sehingga tercetusnya Revolusi Islam Iran kerana negara kita bukan tapak yang subur untuk Syiah. Tetapi pengaruhnya menyusup di tengah pengikut Sunni. Antara pendakwah kita memandang berat penyusupan itu. Justeru kepekaan tentang akidah itu oleh individu-individu, maka isu Syiah itu tidak meletup.

Bahasa, kekuasaan dan kepembangkangan



 
"Tanpa mempelajari bahasa sendiri pun orang takkan mengenal bangsanya sendiri." - Pramoedya Ananta Toer
I feel stupid when i speak in Malay.'  Jelas, kenyataan ini mengecewakan.

Tanpa sedar, konotasi sebegini menjelaskan suatu keadaan yang membingungkan. Dan hal ini juga meremehkan. Sejauh penelitian saya, kenyataan ini memberi tiga gambaran yang besar tentang kedudukan bahasa Melayu.
Pertama, bahasa Melayu semakin jauh dari wacana arus perdana dan kini menjadi sebahagian daripada pinggiran.

Kedua, kenyataan ini seakan meremehkan nilai bahasa Melayu yang mungkin (ulang: mungkin) bernada kolot dan kekampungan, malahan jauh daripada elemen globalisasi yang menjadikan Bahasa Melayu, bukan lagi sebahagian daripada bahasa pertuturan utama.

Ketiga, bahasa Melayu bukan alat dukungan untuk menjalankan kerja-kerja intelektual.
Sedikit sebanyak, saya rasakan perkara ini ada hubung-kaitnya dengan kegagalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dilancarkan pada tahun 1971.

Pembentukan dasar ini sama ada kita sedar mahupun tidak, telah menjebakkan peranan bahasa Melayu ke tahap yang bukan sekadar tepu dan longlai, tetapi umpama ‘hidup segan mati tak mahu'.

Polemik ini bukanlah perkara yang baru, tetapi dasar bahasa Melayu kita yang lemah menjadi punca kenapa kebanyakan wacana keilmuan tidak mampu dirakyatkan dan dilambakkan.
Ada antara kita juga yang sinis dengan bahasa Melayu. Mereka merasakan bahawa mutu bahasa Melayu kini semakin rendah dan tidak bermaya. Keluhan ini ada asasnya.

Kerusi Naib Presiden Umno Kini Semakin Panas

Oleh JOCELINE TAN
DATUK Seri Hishammuddin Tun Hussein semakin giat berkempen untuk mempertahankan kedudukan beliau sebagai naib presiden Umno.
Beliau dikatakan telah mengambil cuti daripada menjalankan tugas-tugas di kementerian untuk memberi tumpuan terhadap kempen.

Pada hari Ahad lalu beliau meluangkan masa sehari suntuk di Perak untuk bertemu dengan perwakilan-perwakilan dari utara hingga ke selatan negeri itu. Menteri Pertahanan itu sedang bergelut dalam persaingan yang melibatkan enam calon bagi tiga kerusi naib presiden.
Beliau bersungguh-sungguh cuba meyakinkan khalayak tentang sebab-sebab mengapa mereka patut menyokong beliau dan malah mengingatkan mereka bahawa beliaulah yang telah mempengerusikan jawatankuasa yang menghasilkan sistem pemilihan baru dalam parti itu.
Kempen beliau amat berbeza dengan kempen Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Di mana saja Zahid pergi, para penyokong Umno memberitahunya bahawa mereka mahukan beliau terus kekal sebagai naib presiden.
Sedangkan Hishamuddin berhempas-pulas untuk meyakinkan perwakilan bahawa mereka masih memerlukannya.
Beliau bagaimanapun dikatakan mendapat sokongan di Perak yang Menteri Besarnya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah memberi sokongan kepada tiga penyandang, termasuk Zahid dan Datuk Seri Shafie Apdal.
Sokongan Perak terhadap para penyandang jawatan naib presiden dikatakan berasas pada dakwaan bahawa ada arahan dari pucuk pimpinan tertinggi parti untuk mengekalkan status quo di peringkat kerusi naib presiden. Dakwaan ini telah dinafikan kebenarannya.

Audit: Perbadanan Labuan rugi RM23.82 juta

Tuntutan kerugian Perbadanan Labuan terhadap kontraktor asal projek pembinaan pasar serta stesen bas dan teksi berjumlah RM23.82 juta kerana gagal menyiapkan projek masih belum diterima sehingga September 2012.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Perbadanan Labuan telah membayar wang pendahuluan sejumlah RM3.60 juta kepada Labindo Engineering Services Sdn. Berhad pada Februari 2008 untuk memulakan kerja pembinaan pasar.

"Syarikat ini telah mengemukakan jaminan bank bernilai RM3.60 juta kepada Perbadanan Labuan untuk pendahuluan tersebut. Semakan mendapati tarikh luput jaminan bank tersebut adalah 7 Oktober 2009 iaitu sebelum tarikh kontrak tamat pada 17 Januari 2010.

"Bagaimanapun, kontrak tersebut telah ditamatkan pada 7 Januari 2010. Perbadanan Labuan telah menuntut semula wang pendahuluan tersebut pada 18 Januari melalui jaminan bank tetapi tidak berjaya kerana tempoh jaminan bank telah luput," kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menerusi laporan yang dikeluarkan.

Turki Mansuh Larangan Bertudung Bagi Wanita Selepas 90 Tahun..!!!

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan

Ankara: Turki memansuhkan larangan ke atas wanita memakai tudung di kawasan bangunan kerajaan semalam, antara langkah pembaharuan bertujuan memperkuat demokrasi.

Larangan itu sudah wujud lebih 90 tahun lalu sejak pembentukan Republik Turki. Ia menyebabkan ramai wanita Turki tidak menyertai perkhidmatan kerajaan. 


“Satu peraturan yang secara rasmi campur tangan ke atas kebebasan berpakaian dan gaya hidup hingga menjadi punca ketidaksamaan taraf, diskriminasi dan ketidakadilan terhadap rakyat, sudah menjadi sejarah," kata Timbalan Perdana Menteri, Bekir Bozdag di Twitter. 

Bagaimanapun, golongan sekular masih percaya pemansuhan itu adalah bukti kerajaan masih meneruskan agenda agama.

Peraturan itu tidak membabitkan badan kehakiman dan tentera disiarkan oleh Pekeliling Rasmi dan berkuatkuasa serta- merta.

Cara kikis sekular

Kalau nak berkempen kena adalah sedikit ‘decorum’

Aspan Alias

Umno sebagaimana yang saya sebut akhir-akhir ini sudah hilang moral dan sifatnya sebagai parti yang memerintah negara berbilang kaum, seperti negara kita ini. Umno sudah hilang ‘magnanimity’ sebagai parti pemerintah negara kerana kecenderungan pemimpinnya hanya mahu memimpin orang Melayu dan membawa orang Melayu memusuhi bangsa lain.

Ini lebih terlihat dalam siri kempen pemilihan Umno dan ia dilakukan, bukannya oleh Ketua-Ketua Cawangan, tetapi oleh Naib Presiden dan calon Naib Presiden. Apa yang berlaku di Melaka beberapa hari lalu adalah contoh jelas keadaan ini.

Pemilihan Umno kali ini merupakan pemilihan paling buruk nilai pemimpin yang bertanding untuk memegang jawatan tinggi parti itu. Di mana-mana orang ramai bercakap betapa teruknya kempen yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, bekas Ketua Menteri Melaka, beberapa hari lalu. “It’s atrocious” kata ramai rakan apabila berjumpa dengan rakan dalam Umno yang ramai di antaranya hadir dalam siri kempen mereka.

Zahid dan Ali menggunakan isu rasis yang menebal untuk menaikkan semangat Melayu kononnya dan membuatkan mereka berdiri di belakang mereka dalam siri kempen pemilihan parti kali ini. Gaya ini adalah manifestasi pemimpin yang kurang kepimpinan. Nampaknya Zahid dan Ali hanya mahu memimpin orang Melayu dan tidak mahu memimpin bangsa lain di negara ini.

Harga Rumah 2013 Naik Melonjak VS Harga Rumah Turun 20% 2015. Berita Baik?


Harga Rumah Lembah Klang
Sebelum anda meneliti laporan Berita Semasa kali, kami ingin mengajak anda melihat kajian perbandingan harga rumah di Malaysia VS trend pendapatan rakyat Malaysia selama ini (KLIK SINI). Sudah? Ok. Berita Semasa baru sahaja meneliti laporan kajian daripada kalangan penganalisis termasuklah daripada CIMB yang mula meramalkan harga rumah turun sekitar 20% pada tahun 2015. Harga rumah turun?
Realiti hari kalangan pemodal dan pemaju hartanah di Malaysia tidak lagi berminat mendapatkan keuntungan sekitar 60-80% semata. Malah lebih daripada itu. Kebiasannya antara margin keuntungan yang diharapkan kalangan pemain dan pemaju hartanah di Malaysia adalah sekitar 100% sehingga 150% (SEPERTI YANG MEREKA BUAT DI SINI)
  • Memang untunglah pemaju.
  • Yang terkena & mangsa permainan mereka adalah rakyat Malaysia adalah anda, anda dan kita semua rakyat Malaysia
Persoalannya pernahkah selama ini harga rumah turun mendadak sehingga 20%-30% di Malaysia melibatkan kawasan tumpuan?

Harga Rumah Turun 20% 2015 : Kajian Penganalisis CIMB VS Kapitalis REDHA?

Harga Rumah Turun
Adakah jangkaan harga rumah turun seperti perniagaan minyak petrol di Malaysia? Awal pagi menafikan kemungkinan harga minyak petrol naik, pada lewat petangnya sudah terbitnya pengumuman harga minyak naik. Semudah itu?

Boleh Land: Anak kurung ibu, dibiarkan berlapar

Anak kurung ibu, dibiarkan berlapar 
 Pegawai JKM bersama Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Nor Hassan menemu ramah mangsa sebelum dibawa menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Parit Buntar.
GUNUNG SEMANGGOL - “Makcik dah tak sanggup nak duduk dengan depa, kalau boleh hari ini makcik nak lari pi tempat lain."

Itulah rintihan seorang ibu yang mendakwa dikurung empat hari oleh anak kandungnya di sebuah rumah sewa di Lembah Beriah, Bukit Merah.

Lebih menyedihkan, ibu malang itu juga mendakwa, dia kelaparan sepanjang tempoh dikurung akibat tiada bekalan makanan ditinggalkan dan hanya minum air sejuk untuk menahan lapar.

Bagaimanapun, derita yang ditanggung mangsa dihidu jiran yang pelik kelibat mangsa tidak kelihatan lebih seminggu.

Jiran mangsa yang hanya mahu dikenali Mohammad, 41, berkata, mangsa yang berusia 55 tahun dipercayai tinggal bersama anak keduanya sejak setahun lalu.

Menurutnya, sebelum ini sudah tersebar khabar angin mengenai penderitaan mangsa yang didakwa kerap menjadi mangsa dera, namun kebanyakan jiran tidak mengambil serius mengenainya.

Putrajaya sengaja lengah rayuan kes Altantuya..!!


Pembunuh Altantuya Shaariibuu masih belum didakwa.Pembunuh Altantuya Shaariibuu masih belum didakwa.Putrajaya seolah-olah sengaja berlengah untuk mengemukakan rayuan terhadap dua polis komando yang dibebaskan daripada pendakwaan kes berprofil tinggi iaitu membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata peguam veteran, Karpal Singh.
Beliau berkata, Pejabat Peguam Negara boleh memfailkan petisyen rayuan mereka dan menyatakan alasan mengapa Mahkamah Rayuan melakukan kesilapan ketika membebaskan dua anggota polis itu berdasarkan kepada alasan bertulis penghakiman.
“Mereka boleh mempercepat proses rayuan ke Mahkamah Persekutuan walaupun tanpa mempunyai rekod keseluruhan rayuan,” katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
Peguam kanan itu mempunyai arahan memerhati terhadap kes Shaariibuu.
Katanya, mahkamah apex (persekutuan) kemudian boleh melakukan pengurusan kes dan menetapkan tarikh rayuan kerana Putrajaya sebenarnya tiada keperluan untuk menunggu keseluruhan rekod rayuan untuk memfailkan petisyen rayuan.
Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar bebas selepas rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan mereka bersama dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan, dua bulan lalu.
Kedua-dua anggota polis itu yang sebelum ini bertugas dengan Unit Tindakan Khas (UTK) didapati bersalah membunuh Altantuya pada 2006.