Selasa, 8 Oktober 2013

Perogol bersiri didakwa di mahkamah

Wanita dibunuh dan dibakar sehingga rentung angkara cemburu

Libya: A safe haven for al-Qaeda?

Syrian Rebels Launch Attack on Army Base

Part 2 | Perbahasan Belanjawan Kelantan 2014 | YB Hj Zulkifli | 8 Okt 2013

Part 1 | Perbahasan Belanjawan Kelantan 2014 | YB Hj Zulkifli | 8 Okt 2013

Tarik balik pindaan Akta Pencegahan Jenayah - Ikram


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menggesa kerajaan menarik balik pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang telah diluluskan baru-baru ini dan menghormati prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang.

“Ini khususnya bagi peruntukan yang menyalahi prinsip keadilan dan kebebasan asasi,” ujar Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam satu kenyataan.
Kerajaan juga, katanya digesa menghormati dan mendengar pandangan rakyat dengan melakukan konsultasi, dialog dan rujukan dengan Majlis Peguam, Suhakam dan NGO dengan berhemat dan tidak tergesa-gesa sebelum melakukan apa-apa pindaan undang-undang terutama yang mengaitkan keselamatan dan ketenteraman awam.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) amat bimbang dengan pindaan Kerajaan ke atas Akta Pencegahan Penjenayah (PCA) 1959 yang dibentangkan di Dewan Rakyat dan diluluskan dalam keadaan tergesa-gesa pada 4 Oktober 2013.

Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 tersebut mengandungi peruntukan yang menyalahi prinsip keadilan Islam dan maqasid syariah serta tidak selari dengan prinsip asas kebebasan asasi seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

KDNK Kelantan tahun lepas 5.4 peratus


KOTA BHARU: Sektor perkhidmatan menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kelantan tahun lepas.

Biar pun ia menurun tahun lepas kepada 5.4 peratus berbanding 6.5 peratus tahun 2011, namun statistik Jabatan Perangkaan Malaysia masih meletakkan negeri di kedudukan tinggi.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, sektor perkhidmatan menyumbang lebih 80 peratus KDNK Kelantan kebelakangan ini.

Menjawab soalan Azami Md Nor (PAS-Kadok) katanya, kadar KDNK Kelantan pada 2010 sebanyak 4.1 peratus.

Oleh itu beliau berkata, usaha-usaha dilakukan bagi memastikan kadar KDNK tersebut terus dipertahankan termasuk mempergiatkan sektor pelancongan dan pembinaan.

“Pelancongan juga mampu memberi sumbangan besar kepada KDNK Kelantan di samping mengekalkan pencapaian dalam sektor perkhidmatan.

“Melalui pelbagai usaha tersebut diharap kita dapat mempertahankan pencapaian KDNK negeri ini pada tahun-tahun akan datang,” katanya di persidangan Dun hari ini.

Perbelanjaan PM melampau, kerajaan dinasihat ubah gaya hidup

TAIPING, 8 OKTOBER: Kerajaan dinasihat berjimat dan berhemah dalam perbelanjaan mereka sebelum terlewat memandangkan lonjakan hutang negara kini mencecah RM516.3 bilion, tertinggi dalam sejarah negara.

Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming dalam kenyataan medianya berkata, gesaan itu dibuat berdasarkan jawapan Parlimen dan Laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan trend pembaziran dan penyelewengan yang membimbangkan.

“Kerajaan telah menanggung RM100.47 juta untuk pesawat peribadi Perdana Menteri untuk tempoh tiga tahun,” katanya.

Jumlah besar itu, menurut Kor Ming, sebanyak RM86.4 juta dibelanjakan bagi kos sewa pesawat jet dalam tempoh tiga tahun bermula daripada 2010, RM16.515 juta untuk penyelenggaraan manakala RM3.32 juta bagi kos penambahbaikan jet tersebut.

“Selain itu, kerajaan juga menanggung kos RM44.02 juta untuk membiayai kos lawatan luar negara Perdana Menteri sejak 2008,” jelasnya.

Sidang Media selepas Perbahasan Belanjawan Kelantan 2014 - Dato' Husam Musa | 8 Okt 2013

Kisah Mengaibkan Yang Sama

Oleh WONG CHUN WAI
JIJIK dan mengaibkan. Tidak kira apa punca kehilangan berbilion-bilion ringgit, sama ada akibat kecuaian, keputusan yang dibuat secara cincai, kekurangan kemampuan, kebodohan, pecah amanah atau lebih buruk, korupsi, hakikat ini terlalu pedih untuk ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Setiap tahun kita membaca tentang perkara-perkara yang buruk namun tidak banyak khabar yang kita terima tentang hukuman yang dikenakan terhadap pihak yang terlibat.
Maka, siapa boleh mempersalahkan para pembayar cukai jika mereka menganggap laporan Ketua Audit Negara dibentangkan setiap tahun di Parlimen hanya semata-mata kerana ia diwajibkan oleh undang-undang?Selain debat panas, tidak banyak yang boleh dilakukan.
Banyak di kalangan kita yang menganggap para kakitangan awam yang degil tidak gentar tentang akibat daripada tindakan mereka meluluskan pembelian barangan pada harga yang terlalu tinggi misalnya.
Bagaimana hendak dijelaskan pembelian 20 jam dinding pada harga RM3,810 setiap satu sedangkan harga sebenarnya hanya RM100 untuk satu unit?
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memberikan jawapan mudah “bahawa lembaga perolehan memberi kontrak kepada kontraktor yang menawarkan nilai terbaik untuk wang (yang dibelanjakan).”

PAS kini hadapi sentimen DAP 2001?

Oleh LIEW CHIN TONG

DARI 8 Mac 2008 hinggalah 5 Mei 2013, satu-satunya matlamat yang kita sasarkan adalah untuk menawan Putrajaya. Namun, pergolakan senario politik pasca 505 mencorakkan pelbagai kemungkinan.

Apapun yang berlaku, kita tetap bersedia untuk mengharungi liku-liku perjuangan pada masa depan. Misi dan impian yang kecil akan kita sempurnakan, sebelum kita mencapai matlamat dan visi yang besar.

Jelas, Umno semakin terpesong daripada "politik wasatiyyah"-nya selepas 5 Mei 2013. Padahal, sejak Wawasan 2020 digagaskan oleh Mahathir Mohamad pada Februai 1991, sehinggalah Julai 2005 sebelum Hishammuddin Hussein menghunuskan kerisnya, Umno meraih sokongan bukan Melayu atas pagar dalam PRU pada tahun 1995, 1999 dan 2004.

Namun selepas keris dijulang, disusuli pula dengan retorik perkaumannya yang melampau, Umno kehilangan sokongan pengundi Cina, India, dan bumiputera bukan Muslim, golongan Kristian di Sabah-Sarawak. Dasar ekonomi yang mendahulukan kroni telah menjurus kepada gejala rasuah yang semakin berleluasa, turut menghakis sokongan pengundi Melayu terhadap Umno di bandar.

Seandainya Umno terus dengan asakan politik ekstrem di pinggiran, sementara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat tidak berganjak daripada kedudukan pertengahan dalam gelanggang dengan politik kesederhanaan, maka landskap politik lima tahun akan datang dijangkakan tidak banyak berbeza dari tahun 2008 dan 2013.

Lebih 38,000 pelajar Kelantan dapat biasiswa Yakin


KOTA BHARU: Kerajaan negeri melalui Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) sehingga kini mengeluarkan biasiswa berjumlah RM11.9 juta kepada pelajar anak tempatan.

Selain itu RM74.5 juta dalam bentuk pinjaman kepada pelajar sejak 1981 sehingga sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, dalam tempoh tersebut seramai 38,742 pelajar mendapat manfaat dalam bentuk biasiswa.

“Manakala seramai 9,658 pelajar diberi pinjaman bagi melanjutkan pelajaran di peringkat menengah dan tinggi,” katanya menjawab soalan Abdul Rasul Mohamad (PAS-Bukit Tuku) pada persidangan Dun hari ini.

Sementara itu persidangan Dun juga diberitahu Kelantan mendapat pinjaman berjumlah RM603 juta diberi kerajaan pusat bagi meningkatkan prasarana bekalan air bersih.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad berkata, pinjaman itu dikenakan kadar bunga sebanyak 4 peratus setahun.

Zahid Hamidi sesuai jadi pemimpin Umno tapi kurang sesuai sebagai pemimpin kerajaan

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu majlis tertutup di Melaka berkaitan jenayah dan keselamatan baru-baru ini, terus mengundang pertikaian banyak pihak.

Rakaman ucapan beliau yang didedahkan oleh sebuah portal berita itu bukan saja dikecam oleh part-parti pembangkang tetapi juga oleh parti komponan Barisan Nasional (BN) sendiri.

Selain Gerakan yang sudah menyatakan rasa kurang senang dengan kenyataan Zahid itu, dipercayai beberapa parti lain juga dijangka akan berbuat demikian. Rakyat biasa juga turut terganggu dengan ucapan Zahid itu kerana ia dilihat berlebih-lebihan dan hanya ingin memancing perhatian perwakilan Umno saja.

Ucapannya berkaitan tindakan menembak penjenayah dan kumpulan Tiga Line, nyata paling tidak disenangi oleh banyak pihak.

Walaupun majlis di Melaka itu dikatakan berkaitan taklimat mengenai keselamatan tetapi ia seperti acara kempen menjelang pemilihan Umno yang sedang dilakukan Zahid bersama beberapa calon Majlis Tertinggi (MT) yang turut bertanding.

Dipercayai majoriti yang hadir juga adalah terdiri daripada para perwakilan Umno negeri Melaka yang mempunyai undi dalam menentukan kepimpinan Umno pemilihan 19 Oktober ini.

Walaupun ia merupakan majlis tertutup dan merupakan acara kempen Umno, harus diakui bahawa Zahid yang sedang mempertahankan jawatan Naib Presidennya, adalah juga seorang menteri dalam kerajaan BN yang memegang jawatan Menteri Dalam Negeri. Kerajaan BN adalah kerajaan campuran pelbagai parti di mana di dalamnya ada Umno, MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya.

Perbahasan Belanjawan Kelantan 2014 | YB Mohamad Zaki | 8 Okt 2013

Audit: Pembayar Cukai & Rakyat Berhak Berasa Marah

Oleh ROZAID A. RAHMAN

SEORANG rakan penulis telah menyatakan rasa marahnya yang teramat sangat ke atas pelbagai bentuk pembaziran dan perbelanjaan yang disalahgunakan, disalah pakai, dibazirkan dan dibelanjakan tanpa pengawasan sepertimana yang terkandung di dalam Laporan Ketua Audit Negara.


Manakan tidak, ketika dia menerima bonus daripada majikannya, wang yang dipotong untuk cukai peribadinya mencecah sehingga RM4,500.

Wang itu adalah hasil titik lelahnya tetapi dia adalah seorang pembayar cukai yang baik.

Hasil daripada wang yang dikutip daripada cukainya itu digunakan oleh kerajaan untuk menguruskan negara.

Jadi siapa yang tidak marah jika wang pembayar cukai sepertinya itu digunakan secara tidak cekap sehingga membawa kepada pembaziran dan kerugian yang mencecah berbilion ringgit.

Maka itu dia berhak berasa marah dengan apa yang didedahkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Cover Line: Zahid Hamidi cuma melawak apabila mengatakan Tiga Line “kawan”, kata Nur Jazlan


Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) mempertahankan kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa Tiga Line sebagai “kawan” dalam satu majlis tertutup di Melaka pada hujung minggu lalu.
“Jenakanya disalah erti. Apa yang Ahmad Zahid maksudkan adalah kumpulan Melayu yang juga hadirin yang hadir pada majlis itu,” katanya semasa dihubungi The Malaysian Insider.
Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata beliau turut hadir ke majlis “Taklimat Keselamatan Bersama Penduduk Setempat” yang diadakan di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh pada Sabtu.
Dalam mempertahankan Ahmad Zahid, Nur Jazlan berkata selepas Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan “jenaka” itu, beliau mengambil pendirian tegas akan mengambil tindakan kepada semua ahli kongsi gelap.

Boleh Land: 'Pak guard' diherdik kerabat palsu

'Pak guard' diherdik kerabat palsu
ISU menjual nama sultan, kerabat, istana atau institusi diraja untuk kepentingan peribadi, perniagaan, mendapatkan kontrak dan menipu bukanlah satu perkara baru di negara ini.

Sebaliknya, ia sudah menjadi satu fenomena yang membimbangkan. Tidak terkecuali menerima tempias tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini adalah pengawal keselamatan.

Pertemuan Sinar Harian dengan seorang pengawal keselamatan berjaya menungkai beberapa peristiwa di mana beliau pernah diherdik, dimarahi di khalayak ramai dan dipukul.

Enggan namanya sebenarnya didedahkan, Razak yang berusia awal 60an memberitahu kesabaran yang tinggi amat diperlukan olehnya apabila berdepan dengan individu seumpama itu,

Ibarat peribahasa ‘alah bisa tegal biasa’, dia turut mengakui pernah diugut oleh individu yang memintanya menjaga kereta dipandu yang diparkir di hadapan sebuah pusat membeli belah sekitar tahun 2009.

“Lelaki berusia 30an ini turun dari  kereta mewahnya selepas parkir sesuka hati di hadapan pintu masuk bangunan.

Husam memangkinkan ucapan Ahmad Yakub

Kelmarin buat pertama kalinya Ahmad Yakub sebagai Menteri Besar Kelantan telah membentangkan Bajet untuk negeri Kelantan bagi tahun 2014 di DUN Kelantan. Saya sempat meneliti dan memperhalusi tesk ucapan beliau. Ucapan atau Bajet bertemakan "Kesejahtraan Rakyat Kemakmuran Negeri' itu merupakan legasi Bajet Tokguru Nik Aziz sebelum ini. Ia dikira menarik dengan mengemukakan empat paksi utama;


Ahmad Yakub
1. Merancakkan pembangunan ekonomi rakyat,

2. Memperkasakan pembangunan Insan berteraskan Islam,
3. Pembelaan golongan daif dan miskin, OKU, anak yatim dan warga emas,
4. Mengukuhkan keupayaan institusi dan badan pelaksana bagi tujuan mencapai maksud dan tujuan.

Keempat paksi ini mencakupi aspek penting yang sangat dibutuhkan rakyat Kelantan waktu ini. Untuk belanjawan tahun depan diperuntukan sebanyak RM559.64 juta meningkat sebanyak RM23.69 juta berbanding bajet tahun lepas. Di mana sebanyak RM28.08 juta untuk perbelanjaan tanggungan manakala sebanyak RM531.59 juta untuk perbekalan. Tahniah kepada Ahmad.

Saya tidak mahu menyentuh banyak ucapan beliau, kerana bajet merupakan satu unjuran matemetik mengenai kewangan negeri bagi digunakan untuk pengurusan dan pembangunan. Angka-angka yang dikemukakan adalah munasabah setelah ia dikaji dari setiap sudut dan ia memberi satu hala tuju untuk dicapai oleh kerajaan bagi tempoh setahun akan datang. Sudah pasti kalau ia dibelanjakan dengan berhemat, telus dan bijasakana ia akan jaya.

Husam Musa
Keseluruhannya intipati bajet itu baik dan menarik. Sama ada segala kewangan dan peracangan yang dijana dalam bajet itu berjaya atau sebaliknya ia bergantung kepada implimentornya terdiri pegawai kerajaan, agensi pelaksana, para pemimpin kerajaan dan oposisi dan rakyat sendiri. Mereka inilah menjadi penentu kepada jaya atau gagalnya bajet itu mencapai sasaran.

Ternyata Ahmad menaruh harapan besar kepada peruntukan itu akan meletakkan Kelantan seperti mana diharapkan. Beliau sangat berharap agar semua pihak memberi kerjasama dan iltizam ke atasnya untuk kepentingan rakyat. Harapan ini dimadakah seperti mana berikut;

"Di kesempatan ini juga, saya ingin menyeru semua Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk sekali lagi memperbaharui azam bagi menyumbang khidmat yang terbaik, demi memikul amanah Allah serta melaksanakan harapan rakyat dan tanggungjawab ummah. Marilah kita sama-sama menyinsing tangan bekerja keras menjayakan agenda membangunkan negeri Kelantan mengikut landasan syariat agar bumi yang kita cintai ini menjadi makmur, dipenuhi barakah, rakyat sejahtera, serta sentiasa mendapat keredhaan Allah yang Maha Pengampun."

Dalam doa akhir beliau semasa menyampaikan ucapan belanjawan itu beliau menyebut dam berharap;

Ustaz Azam Samad Calon 'Favorite' Para Pengundi Bagi PRK DUN N20 Sg Limau..

ALOR SETAR – Pemilihan calon yang tepat untuk mewakili Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, 4 November ini dilihat menjadi semakin rumit apabila seorang lagi calon yang merupakan pemimpin Pas Kawasan Jerai juga disebut-sebut mungkin tersenarai dalam pencalonan tersebut.



Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir, Azam Samad, 37, disebut-sebut antara calon yang mungkin akan mewakili Pas pada PRK Dun Sungai Limau nanti.


Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pasti Kedah adalah merupakan anak didik politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada suatu ketika dulu.


Azam mungkin menjadi calon pilihan kerana beliau cukup dikenali semasa era Allahyarham Azizan di Majlis Tindakan Dun (MTD) Sala suatu ketika dulu yang kini dikenali sebagai Dun Sungai Limau.

Menurut sumber Pas Kawasan Jerai, Azam mungkin calon yang sesuai kerana mempunyai rekod keperibadian yang baik dalam parti selain tidak mempunyai musuh dalaman serta mampu memerangkap agenda BN.

Stop playing the race card, Ali Rustam and Ahmad Zahid told

Political parties and civil society are up in arms against racial statements from two Umno politicians, telling the duo to stop playing the race card but to focus on social ills in the country.
Datuk Seri Mohd Ali Rustam and Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi had courted controversy, with the former accusing the Chinese of allegedly being involved in illegal businesses, while the latter blaming Indians as the culprits in gangs with their victims being "mostly Malays".
By playing to the gallery to gain popularity, these leaders who are vying for Umno’s vice-president positions at its October 19 polls, will damage the nation’s social fabric as well as the Prime Minister’s moderate approach to develop the nation, said the MCA.
Zeroing on Mohd Ali, MCA vice-president Gan Ping Sieu (pic) said the former Malacca chief minister had just portrayed himself as a “sore loser”.
“He contested in a Malay majority seat, he should know his own problems. His voters don’t owe him a living. He should do some soul searching rather than point fingers at the Chinese for his loss," Gan said in a strongly-worded statement.
Blaming the electorate for one’s defeat is the “darnest” thing a politician can do, Gan noted, pointing out that Mohd Ali should look at the underlying cause of his defeat instead of just conveniently blaming the Chinese voters.
Describing Mohd Ali’s statement as “absurd” and “racist”, the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall secretary-general Stanley Yong, however, was not surprised since it is Umno's election time.
“While it is normal for Umno leaders to blame other races to garner support with their party elections coming, they really should not be doing that. The country’s poor social problem is due to poor education and governance.

Sihir jelas pesongkan akidah umat Islam

Sihir jelas pesongkan akidah umat Islam 
 Lelaki terbabit menunjukkan RM1 kepada orang ramai yang menyaksikan upacara mantera di sebuah pasar malam.
SABAK BERNAM – Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya menghindarkan diri dengan sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan keraguan dan tidak mudah mempercayai sebarang unsur-unsur sihir yang jelas memesongkan akidah.

Pendakwah, Ghazali Ibrahim berkata, jika masyarakat terus mempercayai perkara yang meragukan itu dikhuatiri boleh mengundang perbuatan syirik dan amalan mereka tidak diterima ALLAH selama 40 tahun.

Menurutnya, masyarakat pada hari ini dilihat lebih berminat kepada perkara yang melalaikan dalam agama hingga tanpa sedar menyekutukan ALLAH, sedangkan dalam al-Quran ALLAH selalu berpesan supaya menjauhi perkara yang tidak berfaedah.

“Kenapa masih nak tengok kalau tak ada kena mengena dengan agama dan iman kita?. Bila kita terjebak, istighfar banyak-banyak kerana perkara ini boleh jatuh syirik jika kita percaya kuasa selain ALLAH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas seorang  lelaki menjadikan sebuah pasar malam di Sabak Bernam yang kononnya mempunyai ‘kuasa ajaib’ hingga mampu menjadikan abu yang dibakar daripada kertas surat khabar bertukar menjadi wang.

Tokoh Pendakwah sifatkan perkembangan Islam Selangor menakjubkan

Tokoh Pendakwah Selangor 2013
SHAH ALAM, 8 OKT: Tokoh Pendakwah Selangor 2013 menyifatkan perkembangan Islam di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sebagai menakjubkan berikutan kerancakkan penganjuran program-program bercorak keagamaan di negeri ini.
Menurut Shah Kirit Kakulal Govindji, keadaan itu didorong oleh kesungguhan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti dan semua pihak terlibat dalam menyebarkan kefahaman sebenar Islam.
“Alhamdullilah saya lihat perkembangan Islam di Selangor khususnya sejak lima tahun ini adalah satu perkembangan yang cukup baik dengan program yang disusun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti dan sebagainya.
“Usaha dakwah dan latihan yang disediakan untuk kader-kader baru sebagai satu program yang menyeluruh, malah mereka mempunyai pelan tindakan untuk lima tahun akan datang, apa hasil yang kita boleh perolehi dalam masa 10 tahun, 20 tahun akan datang.

Teks Ucapan Belanjawan 2014 Kelantan

Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negeri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُنِيرٍ

Yang bermaksud : Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran. -Surah Luqman, ayat 40.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Marilah sama-sama kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua dapatlah saya berdiri di dalam Dewan yang mulia ini bagi menyampaikan Ucapan Belanjawan Negeri Kelantan tahun 2014 dalam persidangan kali Yang Kedua (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Yang Pertama Dewan Negeri Kelantan Yang Ketiga belas.

Saya juga ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke Hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurniaNya Kerajaan Negeri Kelantan telah dapat melaksanakan tugasnya dengan baik dalam menyampaikan perkhidmatan untuk kesejahteraan rakyat dan menggerakkan aktiviti ekonomi bagi kemakmuran negeri.  Marilah kita terus berdoa agar segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada kita akan berkekalan malah bertambah lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Kepada seluruh rakyat negeri ini, setinggi-tinggi penghargaan  dan terima kasih saya ucapkan di atas kepercayaan dan sokongan  yang jitu serta mandat yang terus diberikan kepada kami dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk terus mentadbir negeri Kelantan di bawah dasar “Membangun Bersama Islam”.

Di kesempatan ini juga, saya ingin menyeru semua Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk sekali lagi memperbaharui azam bagi menyumbang khidmat yang terbaik, demi memikul amanah Allah serta melaksanakan harapan rakyat dan tanggungjawab ummah. Marilah kita sama-sama menyinsing tangan bekerja keras menjayakan agenda membangunkan negeri Kelantan mengikut landasan syariat agar bumi yang kita cintai ini menjadi makmur, dipenuhi barakah, rakyat sejahtera, serta sentiasa mendapat keredhaan Allah yang Maha Pengampun.

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran :

لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آَيَةٌ جَنَّتَانِ عَنْ يَمِينٍ وَشِمَالٍ كُلُوا مِنْ رِزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ


yang bermaksud : Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!. - Surah Saba, ayat 15.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Kerajaan Negeri Kelantan telah meletakkan Islam sebagai paksi dalam pentadbiran dan urusan harian negeri. Di dalam memacu pembangunan ekonomi negeri, model ekonomi berasaskan ‘paradigma tauhidi’ menjadi titik tolak kepada perancangan pembangunan ekonomi keseluruhannya.

TPPA: 'Jangan terperangkap dengan kebimbangan PM'

NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berharap rakyat tidak perangkap dengan kebimbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sehingga memerlukan lebih masa untuk dimuktamadkan.

Menyifatkannya sebagai "penangguhan", Pengasas SAMM Badrul Hisham Shaharin menegaskan Najib akhirnya sedar dengan desakan rakyat bahawa perjanjian itu 'menceroboh' hak kedaulatan dalam merangka formula peraturan dan dasar, seperti dilaporkan semalam.

anas chegubard tppa bantah 071011"Syukurlah, walaupun media arus perdana tidak menjalankan peranan yang wajar dalam memberi penerangan khusus tentang bahaya TPPA, namun gerak usaha dari pelbagai pihak telah berjaya membawa rakyat memberikan tekanan supaya Perjanjian TPPA tidak dilaksanakan.

"Dari satu sudut yang lain, apakah Najib sebenarnya cuba bertindak menjadi hero apabila akhirnya menolak TPPA? Sikap 'flip-flop' bermuka-muka ini amat bahaya dan sukar dipercayai. Najib juga dilihat tidak mempunyai ketegasan dalam soal TPPA," katanya Badrul Hisham.

Dalam kenyataannya, Badrul Hisham berkata NGO itu telah menjelajah ke-12 daripada 13 lokasi di seluruh negara untuk memberi kesedaran mengenai kesan perjanjian itu jika ditandatangani.

Pakatan: Pemimpin Umno bunuh 1Malaysia, seperti Nazi


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan tegas terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam atas penghinaan terhadap kaum bukan Melayu bagi membuktikan beliau serius menegakkan aspirasi 1Malaysia serta mengelak pemimpin Umno terus menyebarkan fitnah kepada pembangkang kata pemimpin Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) berkata dengan sikap sedemikian, Umno tidak ubah seperti pejuang tentera Nazi di Jerman yang memperjuangkan keturunan dan ketuanan bangsa.
“DAP tidak terkejut kebencian yang disebarkan oleh pemimpin Umno yang mengamalkan rasuah seperti Mohd Ali yang pernah dihalang dari bertanding dalam pemilihan Umno kerana terlibat dalam politik wang.
“Mohd Ali terus menyalahkan pengundi Cina atas kekalahannya di kerusi parlimen Bukit Katil dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) meskipun 53% pengundi di kawasan itu adalah Melayu.

Majlis Peguam: Menteri Dalam Negeri boleh didakwa kerana menghasut


Majlis Peguam mengecam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) sebagai mengaibkan negara dan kerajaan ekoran pendedahan rakaman ucapan Menteri Dalam Negeri itu di Melaka oleh media semalam.
Majlis Peguam menegaskan tiga pengakuannya dalam ucapan tersebut adalah satu kesalahan serta tidak menghormati lunas undang-undang negara, iaitu mengenai arahan menembak tanpa beri amaran, mengakui pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dibuat mengikut arahannya dan juga tahanan tanpa bicara selama dua tahun.
Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menyifatkan Ahmad Zahid sebagai tidak bertanggunjawab dan memalukan kerana bertindak membatasi undang-undang.
"Majlis Peguam mengutuk keras kenyataan Menteri Dalam Negeri kerana ia menunjukkan sikapnya tidak menghormati undang-undang dan hak asasi manusia serta tidak menghormati debat yang berjalan di Parlimen.

Economist: Malaysians too poor for GST

EKSLUSIF: Tembak dulu, Tiga Line rakan kita - ucapan penuh Zahid Hamidi

Perbahasan Belanjawan Kelantan 2014 | Dato' Husam Musa | 8 Okt 2013

TEKA SIAPA YANG DR.MAZA SAMAKAN DENGAN PERANGAI KASIM BABA...!!!

PRK DUN Sungai Limau: KEADILAN buka Bilik Gerakan 17 Okt

ZamriKEDAH 8 OKTOBER: Bilik Gerakan Utama (BGU) KEADILAN akan dibuka 17 Oktober ini, kata Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Ir Zamri Yusoff.
“BGU KEADILAN akan dibuka di Pekan Sungai Limau. Pelancaran dibuat serentak dengan jentera Pilihan Raya Kecil Pakatan Rakyat,” kata Zamri kepada Keadilan Daily.
Tambahnya, KEADILAN akan menyusun program bersama PAS dan Pakatan Rakyat Kedah dengan menumpukan kepada beberapa kawasan Unit Pusat Undi (UPU).
“Dari 19 UPU di seluruh DUN Sungai Limau, Pakatan tewas di tujuh UPU ini pada Pilihan Raya Umum ke-13. Antaranya UPU Sungai Kering, UPU Dulang Kecil dan UPU Dulang Besar.
“KEADILAN  akan bantu menggempur tujuh UPU yang dikenalpasti sebagai kubu BN.
“Beberapa progam sedang diatur dan tumpuan di kawasan-kawasan tadi,” kata Zamri yang mengalu-alukan kehadiran penyokong Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

Tekun: Bagi kepada Umno, modal habis begitu sahaja


KUALA LUMPUR: Pengakuan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Datuk Abdul Rahim Hassan mengesahkan lagi bahawa kerajaan tidak faham tanggungjawab dan tugasan yang sepatutnya dimainkan oleh mereka.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, parti yang diberi mandat mentadbir kerajaan wajar mengagihkan kekayaan negara kepada sesiapa sahaja tanpa memilih bulu.

"Bukan ahli Umno sahaja yang bayar cukai, kita pun bayar cukai. Tabung ini bukan untuk orang Umno, semua bumiputera layak dapat tidak kiralah parti mana pun," katanya.

Terdahulu, Abdul Rahim menegaskan Tekun ditubuhkan untuk ahli Umno bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu.

Jelas Khalid, tindakan Umno yang memilih bulu itu sekaligus menghalang mereka yang benar-benar layak dan berminat untuk berniaga.

"Oleh kerana mereka adalah Umno, dan diberi pinjaman walaupun tidak layak dan tidak minat berniaga, akhirnya modal habis begitu sahaja. Orang yang berminat pula tidak mendapat peluang sebab mereka bukan ahli Umno.

Tembak Dulu: Keluar BN kalau masih ada kehormatan - Ambiga

Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata, MCA dan MICA patut keluar BN sekiranya masih mempunyai harga diri.

"Selepas mendengar kenyataan menteri dalam negeri saya benar-benar ingin tahu apa yang MCA dan MIC lakukan dalam BN.

"Tolonglah ada sedikit kehormatan diri dan keluar!" katanya.

zahid hamidi malacca melaka 061011Pengamal undang-undang itu juga menyindir perdana menteri yang menurutnya sibuk memberitahu rakyat luar negara bahawa beliau seorang yang moderat dan mengambil berat kaum bukan Melayu.

"PM kita tiada masa untuk menegur menterinya yang menyeleweng," tulis Ambiga di laman blog mikro Twitter.

Beliau merujuk kepada kenyataan kontroversi Zahid berhubung dasar "tembak dulu" terhadap suspek sebelum ini.

Dalam sebuah program di Melaka Sabtu lalu, Zahid antaranya berkata, mangsa-mangsa rompakan kebanyakannya orang Melayu dan langkah terbaik dengan tidak berkompromi dan "tembak dulu" jika terdapat bukti.

"Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu," katanya.

1Malaysia mati, gagal bertindak kepada Zahid, Ali


KUALA LUMPUR: Kegagalan untuk bertindak terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam atas kenyataan berbaur perkauman terhadap orang bukan Melayu bukan sahaja menjadi bukti bahawa konsep 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sudah mati.

Malah, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuktikan bahawa Umno tidak akan meminta maaf di atas sifatnya yang korup serta menyebarkan penipuan bagi memburukkan pihak lawan.

Menurutnya, pada tahap di mana pemimpin Umno kelihatan mengabaikan impian negara Malaysia dan menyebarkan kebencian kaum, Umno pada masa akan datang tidak akan ada bezanya dengan tentera Nazi yang memperjuangkan keturunan dan ketuanan perkauman.

Justeru, katanya DAP tidak terkejut dengan sikap kebencian kaum yang diperlihatkan oleh pemimpin Umno yang ternyata korup seperti bekas Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali yang sebelum ini tidak dibenarkan bertanding dalam pemilihan Umno kerana terlibat dalam rasuah politik.

Beliau berkata, Ali terus menyalahkan pengundi Cina di atas kekalahannya yang mengejutkan di kerusi Parlimen Bukit Katil dengan marjin yang begitu besar dalam PRU ke-13, walaupun pengundi Melayu di sana adalah majoriti seramai 53%.

“Kalau pun semua pengundi Cina tidak mengundi Ali Rustam, beliau akan tetap menang seandainya beliau tidak kehilangan sejumlah besar undi orang Melayu,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan dalam satu kenyataan.

Kantoi Habis: Belanja K-Pop dari kantung kerajaan - Amrin



Di tengah-tengah kontroversi perbelanjaan RM1.6 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk konsert K-Pop tahun lepas, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang tampil menjelaskan perbelanjaan itu sememangnya ditanggung oleh kerajaan.

Tegasnya sewaktu kerja-kerja audit dibuat, Jabatan Audit Negara mendapati sejumlah wang dibelanjakan bagi membiayai beberapa aktiviti berkaitan sambutan Hari Belia Negara 2012 yang dianggap tidak berhemat, termasuklah konsert K-Pop tersebut.

"Perbelanjaan ini dibuat menerusi peruntukan kerajaan yang disalurkan menerusi Majlis Belia Malaysia (MBM) dan ia tidak pernah dipertikaikan mana-mana pegawai kementerian atau MBM sewaktu perbincangan dengan mereka ketika audit dijalankan.

"Kerana itulah isu ini dibangkitkan dalam laporan audit," katanya dalam satu maklum balas emel kepada media.

Kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan bekas menteri belia dan sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Shabery sebelum ini mendakwa bayaran dibuat menggunakan duit penaja yang dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara, dan bukannya menggunakan duit pembayar cukai.

Cover Line: Home Minister just “joking” in calling Tiga Line gang his “friends”, says Nur Jazlan



Datuk Nur Jazlan Mohamed (pic) has come out to defend Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi today saying the latter was "only joking" when he described the outlawed Tiga Line gang as "friends" in a closed event in Malacca over the weekend.
“His joke was taken out of context.  What he meant was that they were Malays and so too were the audience at the function," Nur Jazlan told The Malaysian Insider in a telephone interview.
Nur Jazlan, who is also Pulai MP, said he was present at the event, "Security briefing ceremony with community leaders", held at the Malacca International Trade Centre (MITC) in Ayer Keroh on Saturday.
In defending Ahmad Zahid, Nur Jazlan explained that after making the statement which was meant as a joke, the home minister took a serious stand and warned that he will take action against all gang members.
“I was there listening to his speech from the beginning to the end. What was highlighted to the public were just bits and pieces of the whole speech,” said Nur Jazlan.

Ketua Pembangkang Melaka dari DAP letak jawatan selepas puji Ketua Menteri



Kesal tindakannya memuji Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron dipersoal parti, Ketua Pembangkang Melaka, Goh Leong San dari DAP meletakkan jawatan serta merta.
Perletakan jawatan Goh diikuti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bachang Lim Jak Wong sebagai Ketua Whip atas nama solidariti.
Sebelum ini Adun Luyang Hiew King Cheu dari Sabah turut meninggalkan DAP sekaligus menjadi anggota Bebas.
"Ya saya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang. Surat saya sudah hantar kepada Ibu Pejabat parti hari ini," katanya kepada The Malaysian Insider.
Kedua-dua mereka bagaimanapun masih menjadi ahli DAP.
Goh sebelum ini dilaporkan berkata Idris berpengetahuan luas, banyak membaca dan sistematik.
Ahli Majlis Tertinggi dan Pengerusi Umno Melaka itu jelas Goh mempunyai misi amat jelas membangunkan rakyat dan negeri itu selaras dengan wawasan Melaka Maju Fasa Kedua.
"Di Dewan yang mulia ini, saya memuji kebijaksanaan dan kematangan Ketua Menteri baru yang dapat menerima pandangan dan cadangan pihak kerajaan atau pembangkang.
"Dengan kefasihan berbahasa Inggeris, Arab dan Jepun, saya penuh yakin Melaka di bawah kepimpinan Idris akan mencapai wawasannya," Goh dipetik sebagai berkata.
"Saya percaya perlu memujinya sekiranya perlu. Beliau melaksanakan tugas tanpa sebarang publisiti," katanya.
Adun Ayer Keroh Khoo Poay Tiong tidak banyak memberikan komen dengan hanya mengatakan: "Beliau meletakkan jawatan kerana sedar tindakannya itu salah."

Banglo RM7.2 juta: SAMM terima kasih atas pengakuan Nora Danish



Kenyataan jelitawan Nora Danish bahawa banglo RM 7.2 juta yang dibeli oleh anak menteri pelancongan bukan untuk dirinya membuka ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu, kata NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

SAMM merujuk kepada kenyataan Nora Danish kepada "Zass", sisipan hiburan akhbar Sinar Harian semalam.

Seniwati berstatus ibu tunggal dengan seorang anak itu dipetik sebagai berkata bahawa banglo itu bukan dibeli untuk dirinya sebaliknya untuk ibu kepada Nedim, anak kepada Datuk Seri Nazri Aziz.

"Dengan pengakuan ini juga, SAMM menggesa pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agar bersedia untuk membuka fail siasatan ke atas anak Nazri Aziz," kata Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan.

Sebelum laksana GST, kerajaan perlu ambil kira kemampuan rakyat

Baja Padi Persekutuan untuk ahli Pas atau Umno? - YB Che Lah

Eksklusif: Umno dakwa sekutu BN campur tangan halang polis tangkap gengster

Home Minister's statements prompts call for RCI into police shootings

Polis wanita bantu Ops Cantas Khas

SPRM kena siasat laporan audit kerana libatkan dana rakyat - PPIM

Pistol, kereta hilang: Ketua Audit nafi polis ada beri penjelasan

Wall of Jitra mall comes crashing down

Wang dan kuasa jadi rebutan dalam MCA


Dua insiden yang berlaku dalam MCA minggu lalu dilihat mempunyai persamaan; Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) sedang mengukuhkan kedudukannya menjelang pemilihan parti itu pada Disember depan.
Sehari selepas veteran parti Datuk Lee Hwa Beng dipecat kerana menjemput pemimpin pembangkang semasa pelancaran bukunya, Timbalan Presiden MCA, Datuk Datuk Seri Liow Tiong Lai menerima kecaman kerana meninggalkan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) secara tergesa-gesa pada 20 Oktober.
Kedua-dua insiden berkenaan mengakibatkan Dr Chua dan sekutunya bertikam lidah dengan golongan penentang untuk memastikan laluan mudah sama ada diri ataupun penggantinya mengawal aset bernilai RM2 bilion.
"Jelas bukan?" kata bekas timbalan presiden MCA, Tan Sri Lim Ah Lek kepada The Malaysian Insider.
Lee dan Liow - yang sedang mengintai kedudukan tertinggi parti - sering dikritik oleh Dr Chua secara terbuka, malah Lee sendiri berkata, beliau sedang berkempen "Asal Bukan Chua Soi Lek" kerana Dr Chua memalukan komuniti Cina dan parti akibat daripada skandal seksnya.
Walaupun Dr Chua sebelum ini berkata beliau tidak akan mempertahankan kerusi berkenaan, tindakan terbarunya itu menimbulkan spekulasi bahawa pemimpin dari Johor itu akan berubah fikiran.
Persoalan yang timbul adalah mengapa mereka berebut jawatan parti yang ditolak oleh rakyat semasa pilihan raya umum pada 5 Mei lalu?
Jawapannya adalah disebabkan kuasa dan wang.

BL1M: 10 sekolah memandu saman kerajaan BN




Sepuluh sekolah memandu memfailkan saman terhadap kerajaan, ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan dan seorang pengarah biro Pemuda Umno berhubung inisiatif Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang diperkenalkan perdana menteri.

Mereka antaranya memohon mahkamah mengisytiharkan program itu sebagai menyalahi undang-undang.

Dalam saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mereka mendakwa terdapat konspirasi yang menjejaskan ekonomi mereka.

Menurut mereka lagi, dalam program BL1M yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak awal tahun ini, yuran tahunan Yang dikenakan kepada pelajar lesen B2 (motosikal bawah 250cc) berjumlah RM130 atau RM150.

Kata mereka, yuran itu jauh lebih rendah daripada jumlah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu pada 2009, sebanyak RM261 keseluruhannya.

Dari Taman Melewar ke Shah Alam


Walaupun serba sederhana, dengan ‘ariktek’ bangunannya Almarhum Ustaz Hassan Shukri, tetapi Markas Tarbiyah PAS Pusat, di Taman Melewar telah menempa pelbagai sejarah gerakan Islam Malaysia, khususnya PAS sejak lebih tiga abad yang lalu.

Walaupun dilingkungi suasana kampung, dengan derai kokok ayam, burung-burung dan segalanya, tetapi Taman Melewar telah mengukir sejarah penting, termasuk politik tanah air. Walaupun ia dibenci musuh politiknya, tetapi ia dikasihi dan dirindui oleh pendukungnya.

Hampir tiap kali Muktamar Tahunan PAS diadakan di situ dan walaupun dalam keadan serba sederhana, serta suasana kampung, tetapi di Taman Melewar itu telah lahir idea dan gagasan besar PAS yang hingga kini idea dan gagasan itu diteruskan oleh pemimpin dan pendukung PAS masa kini.

Antara idea besar itu ialah supaya PAS berada di bawah kepimpinan ulama. Idea ini dicetuskan oleh Dewan Pemuda PAS di mana saf pimpinannya, antara lain, Datuk Haji Mustafa Ali, Datuk Abu Bakar Chik, Haji Muhamad Sabu, Haji Khalid Samad dan lain-lain. Kemudian idea itu diterima oleh PAS yang mengadakan muktamarnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 21 Oktober 1982.

PCA - Guantanamo versi Malaysia

Mohamed Hanipa Maidin
  
Satu satunya sebab mengapa pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah ( PCA ) berjaya diluluskan oleh Dewan Rakyat baru baru ini kerana wujudnya kezaliman suara majoriti ( tyranny of majority ). Jika demokrasi dikaitkan dengan suara majoriti maka kita tidak ada pilihan selain terpaksa menerima bukan sahaja kezaliman majoriti bahkan kejahilan majoriti juga.

Mesej di dalam Al Quran bahawa ramai manusia yang tidak mengetahui atau tidak menggunakan akal dapat saya rasakan wujud di Parlimen Malaysia semasa berbahas PCA. Sebab itu tidak pelik ada Ahli Parlimen BN yang boleh mencadangkan mana mana orang yang dikatakan melakukan jenayah layak ditembak sahaja.

Mengapa Pakatan Rakyat menentang PCA? Jawapannya mudah iaitu kita menentang apa sahaja undang undang yang membenarkan penahanan seseorang tanpa bicara. Bukankah , sepertimana hujah Ahli Parlimen BN, yang ditahan itu adalah penjenayah ? Ya , benar tapi siapakah yang menentukan seseorang itu penjenayah ? Bukankah itu peranan Mahkamah ? Bagaimanakah Mahkamah dapat menjalankan tugas dan peranannya jika peranan itu ditiadakan dalam PCA?

Mengapa kita harus berikan keadilan kepada penjenayah, hujah Ahli Parlimen BN. Jawapan itu, saya jawab semasa berbahas , wujud dalam Al Quran. Al Quran menyatakan secara jelas " Janganlah kerana kebencian kamu pada sesuatu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil, berlaku adil lah kerana ia lebih dekat kepada ketaqwaan." Ayat ini saya kata kepada Parlimen  menunjukkan bahawa Islam mempromosi keadilan yang mutlak - keadilan perlu ditegakkan dalam apa keadaan dan kepada sesiapa pun hatta kepada musuh.

Siapa Akan Percaya: Polis tiada kuasa eksekutif langsung dalam PCA - IGP




 
Polis tidak mempunyai kuasa eksekutif langsung dalam Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata ia menjadikan akta itu berbeza daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang disifatkan sesetengah pihak sebagai zalim.

"Perbezaan paling ketara ialah dari segi kuasa... sebenarnya ISA sepenuhnya kuasa eksekutif manakala PCA sepenuhnya kuasa 'judiciary' (badan kehakiman) dan lembaga.

"Daripada tangkapan awal lagi, tangkapan 24 jam kepada polis, kemudian reman 21 hari di hadapan Majistret, kemudian reman 38 hari di hadapan Presiden Mahkamah Sesyen, kemudian ke lembaga dan bila ada apa juga perkara atau ada pihak yang tidak berpuas hati, dia pergi ke mahkamah," katanya selepas majlis penyampaian cek daripada Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) di ibu negara hari ini.

Pada majlis yang berlangsung di Bukit Aman itu, Khalid menerima cek bernilai RM10,500 daripada Penasihat POKB Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh untuk diserah kepada Atiqah Mohd Rosdi, balu Sjn Zal Azri Abd Somad yang terkorban ketika menjalankan tugas di Melaka pada 23 September lepas.

Beliau sekali lagi menekankan bahawa yang paling penting ialah PCA menyasarkan penjenayah terancang.

Enggan Mohon Maaf: Anwar, Karpal akan saman bekas calon BN Permatang Pauh



 
Pemimping pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh akan memulakan tindakan undang-undang terhadap bekas calon pilihan raya umum BN di Permatang Pauh Mazlan Ismail dan Utusan Malaysia beberapa hari lagi.

Langkah itu akan diambil jika tiada sebarang maklum balas selepas surat tuntutan guaman dihantar kepada mereka pada 10 September.

NONEKarpal berkata Utusan mengaku menerima surat itu dan berkata akan menjawabnya. Bagaimanapun, katanya, tiada perkembangan sejak itu.

Mazlan sebelum ini mendakwa menerima surat daripada pihak tidak dikenali yang mendakwa Anwar membayar RM50 juta kepada firma guaman Karpal dalam bentuk bayaran guaman bagia merasuah timbalan pendakwaraya dan hakim.

Mazlan bagaimanapun enggan memohon maaf atas alasan bahawa beliau hanya meminta penjelasan daripada mereka.

"Pasukan undang-undang saya pada 4 Oktober menghandar surat kepada Utusan yang memberi tempoh tujuh hari, kegagalannya akan menyebabkan Anwar dan karpal memulakan perkara itu tanpa sebarang notis kepada mereka," kata Karpal dalam kenyataan.

Tembak Dulu: Perjelas atau tarik balik, Zahid - Gesa Gerakan



 
Gerakan menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menjelaskan atau menarik balik kenyataannya yang memberi gambaran lebih baik suspek ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.

NONENaib presidennya A Kohilan Pillay (kanan) berkata, kenyataan sebegitu boleh mewujudkan salah guna kuasa pihak polis dan membangkitkan kemarahan orang ramai yang merosakkan reputasi pasukan keselamatan itu yang makin terhakis.

"Dengan menggunakan dasar itu, kerajaan sekali lagi menunjukkan keangkuhan kepada pihak yang mahukan sebuah pasukan yang cekap, bukan yang disalah guna," kata Kohilan.

Menggelarkannya sebagai "menteri yang tidak wajar", beliau berkata, Gerakan dan parti lain yang berfikiran terbuka ragu-ragu dengan langkah memberikan lebih kuasa kepada pasukan polis.

Dalam sebuah program di Melaka pada Sabtu lalu, Zahid antaranya berkata, mangsa-mangsa rompakan kebanyakannya orang Melayu dan langkah terbaik dengan tidak berkompromi dan "tembak dulu" jika terdapat bukti.

"Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu," katanya.

Editor akhbar Cina tuntut Zahid tarik balik ugutan





Persatuan ketua pengarang akhbar berbahasa Cina menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi supaya menarik balik ancamannya untuk menutup syarikat akhbar.

Dalam kenyataan mereka semalam, para ketua pengarang terbabit meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan menteri yang disampaikan dalam satu majlis penerangan di Melaka.

Persatuan itu juga mengambil maklum bahawa ia adalah "Majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat" dan menyiarkan jata kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, maka jelas ia merupakan majlis kerajaan.

Audit: Penubuhan jawatankuasa khas bertindih dengan PAC - Jazlan



Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar), berkata langkah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 bertindih dengan fungsi jawatankuasa sedia ada yang dipengerusikannya.
Berbanding PAC yang turut dianggotai oleh wakil ahli Parlimen pembangkang daripada Pakatan Rakyat (PR), Nur Jazlan berkata, masyarakat mempunyai persepsi jawatankuasa berkenaan  mustahil dapat menyiasat secara bebas kerana mereka menyiasat anggota mereka sendiri.
"Penubuhan jawatankuasa itu memang bertindih dengan tugas PAC, tetapi PAC badan bebas dan berkecuali.
"Mungkin timbul persepsi kurang berkecuali, pilih kasih dan sebagainya apabila ahli eksekutif menyiasat anggota mereka sendiri," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen Pulai itu bagaimanapun memuji langkah proaktif Ketua Setiausaha Negara berkenaan atas penubuhan jawatankuasa itu.
"Hasil siasatan mereka bagaimanapun tidak setinggi siasatan PAC sebab kita tidak siasat anggota kita sendiri," katanya.

EO6: Kerajaan BN bayar RM201,000 ganti rugi kes tahanan salah pemimpin PSM


EO6 dan ahli serta penyokong PSM di luar mahkamah hari ini.EO6 dan ahli serta penyokong PSM di luar mahkamah hari ini.Tuntutan saman oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) terhadap 82 individu atas tahanan salah dan penahanan salah enam pemimpin parti itu di bawah Akta Ordinan Darurat dua tahun lalu diselesaikan di luar mahkamah.
Pihak-pihak hari ini bersetuju tuntutan itu diselesaikan di luar mahkamah dan defendan bersetuju untuk membayar RM201,000 sebagai ganti rugi kepada enam plaintif.
Enam plaintif yang turut dikenali sebagai EO6 adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devarai dan aktivis PSM, Choo Chon Kai, Sarat Babu, M Sarasvathy, M Sukumaran, dan A Letchumanan, menyaman 82 individu, kebanyakannya terdiri daripada pegawai polis.
Tuntutan itu difailkan pada Mac tahun lalu, dan antara yang dinamakan sebagai defendan termasuk Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara (KPN), timbalan KPN, peguam negara dan kerajaan Malaysia.
Datuk Hue Siew Kheng merekodkan penghakiman persetujuan itu di mahkamah terbuka hari ini.

Sah Akan Naik: Harga gula dan tepung naik untuk kesejahteraan rakyat, kata menteri BN...Terima Kasih Pengundi BN..!!



Keputusan kerajaan menaikkan harga tepung dan gula adalah demi menjaga kestabilan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan hidup rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar).
Beliau berkata, niat kerajaan hanya untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat perlu menunggu pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober ini dan kenaikan harga dua barangan asas itu akan dilakukan bergantung kepada hasil kajian yang sedang dijalankan.
"Kita akan melihat pelbagai faktor sebelum sebarang keputusan diambil termasuk fiskal serta kedudukan mata wang negara biarpun keputusan diambil mungkin tidak popular namun ia terpaksa dibuat bagi menjaga kestabilan ekonomi serta kesejahteraan hidup rakyat," katanya dipetik daripada Berita Harian Online.
Tiga hari lalu Hasan dilaporkan oleh akhbar New Straits Times (NST) membayangkan kenaikan harga gula dan tepung bakal berlaku.

Laporan Audit parah, bukti rompakan terancang – Anwar

PERMATANG PAUH 8 OKTOBER: Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan pembaziran, pemborosan serta pelbagai penyelewengan bukti kegagalan pemimpin dan Kerajaan BN yang memimpin, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh pada 5 Oktober lalu.

Tegasnya, Laporan Audit tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012 tidak banyak berbeza. Wujud kebocoran dan ketirisan berterusan yang membuktikan kegagalan kerajaan mengatasi masalah penyelewengan tersebut.

“Setiap tahun laporan demi laporan yang didedahkan, keadaan semakin parah. Ini bukti rompakan terancang kerana mencuri dengan cara senyap dan tersembunyi.

“Sebanyak 67.61 juta wang rakyat bagi Sambutan Hari Belia Negara tahun 2012, pembaziran yang amat besar. Bayaran kepada artis K-Pop oleh Kementerian Belia dan Sukan sahaja RM1.6 juta.

“Wang ini boleh digunakan untuk pelajar-pelajar IPT membiayai pembelajaran mereka tanpa dibebankan hutang PTPTN,” katanya.

Tiga Line: Pertubuhan Haram Yang Mendapat Restu UMNO..??

Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengecam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Umno yang melindungi kumpulan gangster salah di sisi undang-undang hanya kerana kaitannya dengan pemimpin parti tersebut.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri itu sebagai membimbangkan, kerana tidak menunjukkan sikapnya sebagai "seorang menteri".

Tiga Line merupakan salah satu daripada kumpulan kongsi gelap yang disenaraikan haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Ogos lalu, ketika pihak berkuasa berjanji untuk membanteras kegiatan kumpulan itu.

Dalam satu klip video yang dimuat naik oleh sebuah portal berita hari ini, Ahmad Zahid sebaliknya mempertahankan kumpulan bawah tanah itu akan tetapi tindakan tegas diambil ke atas kumpulan lain, memberi gambaran mereka "sebagai rakannya dan menggesa mereka untuk melakukan apa yang perlu".

Laman portal tersebut memperoleh pita rakaman ucapan Ahmad Zahid sepanjang 20 minit tersebut, ketika beliau sedang berucap dalam satu majlis kerajaan.

"Beliau seolah-olah memberikan mereka (Tiga Line) kebal daripada undang-undang," kata Loke.

"Ia adalah satu pengakuan yang sangat jelas bahawa kumpulan ini dikaitkan dengan Umno."

Naib presiden PKR, N Surendran juga senada, menegaskan Ahmad Zahid "penyokong kuat gengster pro-Umno berasaskan Melayu" yang pada awalnya diharamkan sendiri oleh kementeriannya.

"Ini adalah bertentangan dengan senarai yang dikeluarkan oleh kementeriannya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak layak pegang jawatan."

Tiga Line underworld group is MY FRIEND, admits Home Minister

Despite being listed as one of the unlawful secret societies last August, Tiga Line underworld group should find itself in relief after being declared and recognised as a friend to Home Minister Ahmad Zahid Hamidi by non-other than Zahid himself.
This was exposed by news portal Malaysiakini upon receiving a 20-minute recording of Zahid’s speech at a security briefing with community leaders (Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat) in Ayer Keroh, Malacca last Saturday. A video was uploaded to show Zahid making the claim.
“The 6,171 Malays, they are not real thugs (samseng), they were Pekida members and were part of the Tiga Line group, Gang 30, Gang 7 - these are festivities (kenduri-kendara) gangsters...
"I tell our Tiga Line friends, do what should be done," Zahid was quoted as saying by Malaysiakini.
Earlier in his speech, Zahid said a recent crackdown on the underworld had detected a total 14, 511 secret society members comprised of 6,171 Malays, 1,701 Chinese, 3,685 Indians and 2,954 from the other races.
In the audio recording, Zahid had raised eyebrows by talking as if he was the spokesperson for Tiga Line by referring to it on a first person basis.
"We are not evil, I know, I have checked. We gather during festivals with our siblings, we gather when there are projects, never mind. I see here, the candidates here, all four of them are Tiga Line,” said Zahid in jest.
He also referred to former Perlis Menteri Besar Shahidan Kassim as the biggest Tiga Line gangster, in joking manner.

Pakatan telah diperdaya isu pindaan PCA?


 
Anggota Parlimen Pakatan Rakyat merasa 'diperdaya' Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam isu 'kesediaan' kabinet mempertimbang semakan semula cadangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA).

Malah, kelulusan pindaan itu di kabinet Rabu lalu berbeza sama sekali dengan isyarat yang diterima wakil Pakatan sejak Isnin - bahawa kabinet mempertimbang menerima semakan mereka.

NONEPada Selasa, Azmin Ali (PKR-Gombak) bertemu speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi menyatakan kebimbangan terhadap rang undang-undang itu dan dicadangkan bertemu Zahid untuk cuba menangguhkannya.

Beliau kemudian mengesahkan mendapat isyarat bahawa perbahasan akan dibuat sehingga Khamis, hari terakhir persidangan, dan 12 lagi rang undang-undang akan ditangguh.

Tetapi Zahid secara mengejut membuat penggulungan bacaan kedua pada Rabu petang dan rang undang-undang itu diluluskan pada tengah malam itu.

Ini berlaku apabila ramai anggota Parlimen Pakatan tidak hadir di dewan, atas anggapan peringkat jawatankuasa akan mengambil tempat pada Khamis. Hanya 66 anggota Parlimen pembangkang hadir.

Dalam ucapan penggulungan, Zahid menyentuh kebimbangan mereka dengan jawapan satu baris. Kesemua 10 semakan oleh Pakatan ditolak.

Pada Sabtu, beliau mencuri perhatian apabila berucap dalam sebuah acara di Melaka dengan menggelar PCA sebagai "undang-undang saya".

"Saya pakat dengan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Shahidan (Kassim) supaya tiba masanya, speaker Dewan Rakyat berada bersama dengan kita, setiausaha Dewan Rakyat bersama dengan kita jadi kita bentangkan," beliau direkod berkata kepada hadirin.

Dikompaun RM175 Ribu: Kerana Caj RM6 Ribu Untuk Sarapan Rombongan Pemilihan UMNO



  KOTA BHARU - Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).
Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.
Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.
“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.
“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.
"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit. -8/10/13


P/s: Menurut laporan AA, rombongan itu terdiri daripada 100 orang bukannya 50 orang seperti yang dilaporkan oleh SH. AA juga melaporkan bahawa restoran itu dikompaun sebanyak RM175 ribu oleh Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan atas pelbagai kesalahan.

Berdasarkan keterangan video di atas, rombongan VVIP itu dipercayai terdiri daripada pemimpin UMNO yang kini sibuk dengan pemilihan parti tersebut. Jika benar, maka restoran itu memang mencari nahas dengan mengenakan caj sebanyak RM60 bagi setiap ahli rombongan yang menikmati nasi berlauk ayam kampung di situ.

Bumbung masjid runtuh: JKR Masih tunggu laporan forensik

 
KUALA TERENGGANU – Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu masih menunggu laporan terperinci mengenai runtuhan bumbung Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tungal dari Unit Forensik JKR Pusat.

Pengarahnya, Datuk Shafii Mohamad berkata, pasukan forensik pusat telah diberikan tanggungjawab bagi menjalankan siasatan berhubung kejadian melibatkan runtuhan bumbung masjid bagi mengetahui punca kejadian tersebut.

“Sehingga kini kita masih menunggu laporan dari Unit Forensik Pusat sebab siasatan terperinci dan menyeluruh perlu dilakukan. Namun kita berharap laporan akan diberikan secepat mungkin," katanya.

Dalam pada itu kata Shafii, pihaknya akan mengenal pasti masjid lain di negeri yang turut menggunakan reka bentuk serta kontraktor sama kerana mungkin turut berisiko,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan tidak sampai empat bulan kejadian bumbung masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh iaitu 20 Mei, insiden sama berulang melibatkan Masjid Kampung Tebauk yang baru dua tahun digunakan sepenuhnya.

Ini Harta UMNO Yang Punya: Umno perlu bertanggungjawab dapatkan kembali wang Tekun RM1 bilion

Kenyataan CEO Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), Datuk Abdul Rahim Hassan semalam bahawa tabung tersebut ditubuhkan hanya untuk ahli United Malays National Organization (Umno) membangkitkan persoalan yang menarik.
Ini kerana, mengikut laporan media Umno sendiri - Utusan Malaysia – bertarikh 9 Februari 2013, Tekun telah meminjamkan dana berjumlah RM2.42 bilion kepada 237,173 orang usahawan.
Dari jumlah ini, sebanyak RM1.6 bilion adalah dana yang diberi Kerajaan Pusat. Sejak ditubuhkan pada tahun 1998 hinggalah awal tahun ini, hanya RM1.43 bilion dibayar balik.
Laporan ini apabila dipadankan dengan kenyataan CEO Tekun tersebut membawa implikasi yang amat serius, di mana hampir 40.9% jumlah yang dipinjamkan kepada amnya ahli-ahli Umno belum dibayar balik, iaitu hampir RM1 bilion.
Jika diambil secara purata, ini bermakna lebih RM650 juta wang rakyat yang dipinjamkan kepada ahli-ahli Umno melalui dana Kerajaan Pusat tidak lagi dibayar balik.
Jika dilihat dari segi dasar, sistem mikrokredit rata-rata diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memperbaiki kedudukan ekonomi mereka.
Namun kita diingatkan bahawa jumlah penerima BR1M pada 2012 ialah 3.74 juta orang, manakala 3.99 juta orang telah menerima BR1M 2.0 pada 2013. Maka persoalannya adalah, adakah Tekun gagal membantu memperbaiki kedudukan ekonomi khususnya kaum Melayu? Jika gagal, mengapa?
Akhir sekali, memandangkan CEO Tekun telah berkata ahli Umno lah yang paling layak untuk menerima bantuan Tekun, maka mengikut logik beliau ahli Umno jugalah yang paling layak memikul tanggungjawab mendapatkan kembali hampir RM1 bilion dana Tekun yang belum dibayar semula.
Maka saya mencadangkan agar Tekun dan CEOnya membuka kaunter kutipan hutang Tekun di Pemilihan Umno 19 Oktober nanti.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN