Isnin, 7 Oktober 2013

Violence, Shelling Rocks Syrian Capital

Murder charge for NS trainee

Media Sekular Cuba Kaitkan Ikhwanul Muslimin Dengan Terroris

Dubai - Arab Saudi. Pelbagai usaha dilakukan pihak tertentu untuk mencemarkan imej gerakan Ikwanul Muslimin (IM) untuk melabelkannya sebagai kumpulan pengganas (terroris).

Terbaru, akhbar Arab Saudi Al-Watan menerbitkan laporan terperinci di muka depan dengan mendakwa ahli IM terlibat dalam cubaan membunuh Naib Ketua Suruhanjaya Promosi Saudi, Abdul Latif Alshaikh sebagai satu usaha untuk mengaitkan IM sebagai kumpulan pengganas.

Dipetik laporan middleeastmonitor.com, akhbar itu turut mengesahkan, kononnya Abdul Latih kini menjadi sasaran bunuh apabila beliau dikatakan cuba diculik sejurus meninggalkan masjid selepas solat subuh minggu lalu.

Bagaimanapun, rancangan itu dikatakan gagal dan Abdul Latih Alshaikh disahkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Al Watan juga melaporkan, kumpulan Parti Salafi Syria bekerjasama dengan IM dalam merancang penculikan tersebut.

Kempen memburukkan IM turut berlaku di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di mana banyak tangkapan ahli kumpulan terbabit dilakukan dan sebahagian daripada mereka dipecat kerana didakwa sebagai pengganas.

Pemerhati politik berpendapat, krisis di Mesir mempunyai kaitan dengan Ketua Perisikan Saudi, Putera Bandar bin Sultan yang dikatakan berkomplot dengan ketua tentera Jeneral Abdul Fattah As-Sisi dalam usaha menggulingkan Presiden Mesir yang dipilih rakyat, Mohamed Mursi.

Harga Gula & Tepung, Menteri Diminta Jujur...Naik Ke Tidak..???


Kenyataan bercanggah daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek, berhubung kenaikan harga barangan asas seperti gula dan tepung dibidas keras Parti Keadilan Rakyat.
Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad meminta menteri Umno-BN itu supaya tidak berdolak-dalik dan jujur memberitahu rakyat perkara sebenar.
nik nazmi gula tepung naikBeliau berkata demikian mengulas laporan Utusan Malaysia 20 September lepas yang melaporkan Hasan meminta rakyat Malaysia tidak mempercayai berita bahawa Kerajaan UMNO-BN akan memperluaskan pengurangan subsidi kepada tepung dan gula.
Tidak lama kemudian, pada 6 Oktober semalam, Hasan dilaporkan oleh New Straits Times bahawa kenaikan harga gula dan tepung berkemungkinan naik ekoran daripada usaha pemotongan subsidi Kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Justeru saya ingin bertanya kepada Hasan, adakah subsidi tepung dan gula akan dikurangkan atau tidak?” soal beliau.

PKR: Tembak Tanpa Amaran, Zahid Wajar Ditangkap

zahid-surendranMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi wajar ditangkap kerana mahu anggota polis menembak suspek jenayah tanpa amaran.
Naib Presiden PKR N Surendran berkata kenyataan Menteri Umno-BN itu merupakan satu kesalahan yang serius dibawah pelbagai Kanun Keseksaan seperti 302, 120A dan 107.
“Maknanya Menteri Dalam Negeri sendiri sedang mengarahkan ataupun mengapi-apikan polis untuk melakukan pembunuhan kerana kalau polis tembak tanpa amaran, pakai tembak sahaja suspek maknanya itu ditakrifkan sebagai pembunuhan dibawah Kanun Keseksaan,” kata Ahli Parlimen Padang Serai ini kepada TV Selangor.
Memetik laporan portal Malaysiakini, Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap dalam satu ‘Majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat’ pada hari Sabtu lalu.
Dalam majlis itu para wartawan dilaporkan dihalau keluar dan diugut oleh menteri tersebut agar tidak melaporkan kandungan ucapannya.
“Pada pendapat saya Menteri Dalam Negeri perlu ditangkap segera (kerana) meminta supaya pembunuhan dilakukan,” kata Surendran.

Calon lawan KJ berang 'peraturan baru'

'Perubahan peraturan' berkempen di saat-saat akhir menimbulkan perasaan tidak puas hati calon ketua Pemuda Umno Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, yang berdepan tugas gentir menentang penyandang Khairy Jamaluddin.

Mempersoalkan keabsahan tindakan itu, Syed Rosli berkata, keputusan itu bertentangan dengan perlembagaan dan boleh dianggap sama dengan DAP yang berdepan masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) baru-baru ini.

NONE"Jikalau Umno boleh pinda perlembagaan sesuka hati,maka jangan kutuk DAP jika kita tak ikut perlembagaan.

"Sama sahaja seperti DAP yang melanggar perlembagaan sendiri. Jangan sampai orang ramai kata Umno sama dengan DAP dua kali lima," kata Rosli.

Beliau berkata, beliau sudah bangkitkan perkara itu kepada Jawatankuasa Disiplin Umno dan jika tiada tindakan diambil, perkara itu akan dipanjangkannya kepada ROS.

Rakyat Dah Bantah Awal: Baru PM suarakan kebimbangan mengenai TPPA

Sambil menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa perkara dalam rundingan Perkongsian Trans-Pasifik berikutan ia 'menceroboh' hak kedaulatan dalam merangka formula peraturan dan dasar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata fleksibiliti merupakan kunci utama kejayaan dalam rundingan.

NONE"Ada beberapa perkara yang membimbangkan kita memandangkan TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas yang berbeza," kata Najib menyuarakan pandangan rakyat Malaysia selain organisasi bukan kerajaan (NGO) pada forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Nusa Dua, Bali hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa fleksibiliti merupakan kunci utama kejayaan rundingan perjanjian itu pada dialog bertema 'Pelaburan dalam Infrastruktur dan Modal Insan -- Melabur untuk Daya Tahan Ekonomi pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apec 2013.

Perdana Menteri yang menjadi anggota panel forum itu menyatakan kebimbangan beliau itu sebagai menjawab pertanyaan moderator dialog itu, Diane Brady, editor kanan Bloomberg mengenai TPPA.

Najib yang juga Menteri Kewangan ialah anggota panel forum itu bersama Presiden Mexico Enrique Pena Nieto.

Pesuruhjaya: SPRM tidak seharusnya pikul beban Laporan Ketua Audit Negara


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan tindakan ke atas penjawat awam susulan ketirisan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 baru-baru ini tidak wajar diletak pada badan anti rasuah itu sahaja.
Pesuruhjaya SPRM Datuk Mustafar Ali berkata tidak semua tindakan hanya diserah kepada mereka memandangkan setiap jabatan dalam kerajaan mempunyai lembaga tatatertib yang boleh mengambil tindakan disiplin.
"Untuk makluman, ada tindakan yang sepatutnya dibuat oleh ketua jabatan termasuk lembaga tatatertib agensi masing-masing.
"Dalam hal ini, SPRM berpandangan beban mengambil tindakan tidak harus diletakkan pada bahu SPRM semata-mata," kata beliau yang juga pengarah siasatan dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mustafar, terdapat kes-kes yang didedahkan dalam laporan tersebut melibatkan sistem dan operasi agensi yang berada dalam bidang kuasa lembaga disiplin tersebut dan perlu ditangani secara dalaman, SPRM hanya akan membantu di dalam memberi syor untuk tindakan disiplin yang sepatutnya.
"Manakala terdapat kes-kes yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara berkaitan dengan ketidakpatuhan sistem dan prosedur dalaman agensi, perlu diambil tindakan oleh agensi masing-masing berdasarkan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa." katanya lagi.

4 Maut: Ayam Import Punca Keracunan Makanan Di Siasat

Ismail Sabri/Pic:Sinar HarianIsmail Sabri/Pic:Sinar HarianKUANTAN: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyiasat dakwaan keracunan makanan yang meragut empat nyawa di Kedah baru-baru ini berpunca daripada ayam yang diimport dari Thailand.

 Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan mengenai dakwaan itu.

 "Saya tidak pasti tentang perkara itu...bagaimanapun kita ambil maklum dan akan minta kerjasama daripada Kementerian Kesihatan untuk menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci, terutama di kawasan yang kita import itu," katanya.

 Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri sesi pengenalan calon-calon bagi  Majlis Tertinggi dan exco sayap Wanita, Pemuda serta Puteri Umno di sini, semalam.

 Dalam insiden hujung bulan lepas, empat maut akibat keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Merbok, Kedah.

Penempatan Guru DPLI GSTT 2013. Ada Kekosongan Untuk Guru Malaysia?

guru dpli gstt 2013
Penempatan Guru DPLI GSTT 2013: Sekarang berlaku masalah penempatan guru di sekolah – sekolah seluruh Malaysia. Contohnya pada tahun 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada buka kursus Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) atas nama mahu mengatasi masalah kekurangan guru di sekolah Rendah & sekolah Menengah. Tetapi…..
Tetapi malangnya kalangan 6,020 orang graduan Guru Sandaran Tidak Terlatih (DPLI GSTT 2013) yang telah tamat pengajian pada bulan Mei 2013 tahun ini masih belum menerima penempatan sehingga sekarang.
  1. 2,017 orang di bawah kategori Sekolah Rendah
  2. 4,003 orang di bawah kategori Sekolah Menengah.
Di mana silapnya penempatan guru DPLI GSTT 2013?
Berdasarkan semakan Berita Semasa melalui jawapan hansard di Dewan Rakyat oleh Timbalan Menteri Pendidikan :
  • Senarai calon guru DPLI GSTT 2013 telah dihantar ke Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
  • Temuduga DPLI GSTT 2013 pada Oktober 2013
  • Lantikan bermula Januari 2014
  • Tetapi sehingga ke hari ini, masih tiada khabar berita dan notis di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia @ SPP

Masalah Penempatan DPLI GSTT 2013 VS Guru ISMP & Maktab?

"Malaysia Lebih Teruk" Lapor Akhbar Republica Nepal


Pekerja Nepal di Malaysia dieksploitasi, lapor akhbar Nepal.

Dianggarkan sekitar 600,000 pekerja asing dari Nepal yang kini berada di Malaysia dieksploitasi dan menerima bayaran terlalu rendah, lapor akhbar Nepal, Republica.

Akhbar berkenaan memuat naik artikel bertajuk "Malaysia lebih teruk" yang ditulis oleh Ishwar Rauniyar, wartawan bagi agensi berita BBC menganggarkan terdapat 253 kes kematian melibatkan pekerja asing Nepal di Malaysia sejak tahun lalu dan menjadikan negara ini "destinasi kematian" untuk mereka datang bekerja.

"Mereka dijanjikan pekerjaan dengan pendapatan tetap, namun mereka menerima bayaran yang lebih rendah. Kadar kematian pekerja Nepal di Malaysia juga tinggi. Dianggarkan 40,000 pekerja Nepal bekerja secara haram di Malaysia akan dihantar pulang," kata laporan berkenaan.

Pendapat itu dikeluarkan selepas pekerja Nepal berusia 30 tahun membunuh diri di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur bulan lalu akibat dipinggirkan.

Menurut laporan, disebabkan bebanan hutang dan tindakan kerajaan terhadap pekerja asing, pekerja Nepal itu bertekad menamatkan nyawanya.

Egypt: More deadly attacks following day of violence in Cairo

CIJ kecam kenyataan Zahid ancam wartawan

KUALA LUMPUR: Centre of Independent Journalist (CIJ) mengecam kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilihat mengancam wartawan dan akhbar mereka.

Pegawai Eksekutifnya, Masjaliza Hamzah, berkata adalah tidak wajar bagi seorang menteri mengancam untuk menutup akhbar, walaupun Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) membolehkan kementerian terbabit membatalkan lesen dan permit sesebuah akhbar.

Bagaimanapun, kata Masjaliza undang-undang tersebut tetap memberi ruang dan hak kepada pihak terbabit untuk mendengar sebab penarikan, selain boleh mempersoalkan keputusan menteri di mahkamah.

"Namun, yang lebih penting bagi CIJ, semua pemegang jawatan awam, termasuk menteri, perlu mempunyai sifat kebertanggungjawaban (accountability).

"Zahid tidak boleh bercakap sewenang-wenangnya dan seolah-olah sesuka hatinya. Negara kita ada undang-undang dan walaupun undang-undang seperti PPPA tidak menghormati kebebasan media, namun prinsip rule of law mesti dihormati," kata beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.

Masjaliza berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zahid yang mengancam kumpulan wartawan yang hadir pada satu majlis anjurannya di Melaka, Jumaat lalu.

PENIAGA YANG MENYOKONG UMNO/BN PADA PRU 13 LALU ... DI HALAU TANPA SEBARANG PAMPASAN!

Lokasi gambar Gerai-gerai  Majlis di Kg Paya Dalam Jalan Muar-Segamat, Johor yang diruntuhkan untuk projek jalan.

Para peniaga yang rata-rata dikata penyokong UMNO di halau keluar tanpa sebarang pampasan.

Para penyokong, pendokong dan pengundi  tegar UMNO cukup amat kecewa apabila  mereka dianggap seperti 'sampah' oleh pemimpin mereka.

Nak undi janji bulan dan bintang .. dah dapat undi rayuan mereka sedikit pun tidak dilayan.

Pemimpin dan ujian hidup

Oleh ZAILI MUHAMMAD
SEJAK kita mula memahami apa itu erti sebuah kehidupan, kita juga mengenali betapa kehidupan penuh pelbagai ujian dan cabaran yang datang silih berganti sebagai satu proses mematangkan kita di dalam realiti kehidupan sebenar ini.

Di sepanjang kronologi kehidupan ini kita dihidangkan dengan pelbagai peristiwa suka duka yang kadang-kala mencabar keimanan dan kesabaran kita. Di sinilah, kita dilatih dan dicabar bagaimana untuk mengharungi atau melepasi segala bentuk ujian itu dengan sebaik mungkin. Golongan miskin diuji dengan kesempitan dan keperitan hidup, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Orang kaya yang tiada masalah kewangan yang boleh membeli segala-galanya di dunia ini diuji dengan penyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang atau kanser.
Maka, dalam perjuangan memartabatkan Islam yang syumul di bumi Malaysia tercinta ini tidak hairanlah pejuangpejuang kebenaran diuji dengan  cemuhan, hinaan dan fitnah dari segenap penjuru di mana semua itu memerlukan kebijaksanaan bagi menghadapi pencaturan tersebut.

Kerajaan fobia abu akan jadi abu juga

Oleh Lim Hong Siang
KERAJAAN fobia abu akan dihantui abu buat selamalamanya. Kalau sebelum ini ABU (Asalkan Bukan Umno), maka sekarang abu. Untuk dua minggu sejak 16 September, kerajaan Umno 'memerangi' abu mayat Chin Peng habis-habisan, pada masa yang sama membeliakkan satu dunia untuk melihat betapa rendahnya darjat kerajaan ini.

Pertama, Umno cuba menampilkan bangsanya sebagai umat yang tidak berpegang kepada katanya kerana "sentimen". Perjanjian Damai Haadyai ditandatangani pada tahun 1989, tetapi kertas hitam putih ini boleh diketepikan atas alasan "sentimen rakyat.” Persoalannya, siapa yang menghasut kemarahan rakyat, khususnya di kalangan keluarga pasukan keselamatan?
Saya tidak terkata apa apabila terbaca laporan bahawa bekas tentera Thailand tampil untuk  memberi penghormatan terakhir dalam upacara pengkebumian Chin Peng. Tidak kurang anggota tentera Thailand yang terkorban dalam peperangan menentang Parti Komunis Malaya (PKM), tetapi untuk mereka, perjanjian telah dimeterai, dan "memaafkan" adalah pilihan yang lebih baik daripada terus diselubungi dendam sejarah.
Ironinya, jikalau sentimen rakyat dijadikan keutamaan kerajaan Malaysia, bagaimana kilang pemprosesan nadir bumi Lynas boleh dikekalkan di Gebeng, kononnya perjanjian telah ditandatangani, sedangkan meluap-luap "sentimen rakyat" menentangnya?
Paling bodoh apabila sesetengah pihak memberi alasan bahawa Chin Peng tidak diiktiraf sebagai warga negara Malaysia.
Persoalannya, mengapa kerajaan Malaysia menandatangai Perjanjian Damai Haadyai dengan seorang makhluk yang tidak diiktiraf, malah menuntut agar "warga asing" ini taat setia kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong dalam perjanjian tersebut?

Muktamar: Tuan Ibrahim belum buat keputusan untuk bertanding..!!

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man 
Menghampiri Muktamar Pas, nama Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang disebut-sebut sebagai calon Timbalan Presiden parti pada November depan, namun sehingga kini beliau masih belum memutuskan untuk bertanding merebut jawatan tersebut.

Menurut Tuan Ibrahim, keputusan untuk bertanding akan dilakukan pada 20 Oktober depan iaitu tarikh pencalonan ditutup sekaligus bergantung kepada jumlah pencalonannya.

"Begini 20 Oktober tarikh akhir, kawasan-kawan menghantar pencalonan ke Pusat dan akhir untuk mereka hantar usul, jadi kita buat pertimbangan selepas itulah.

"Setakat ini, saya tak tahu sapa yang calonkan saya, hanya tahu dua tiga kawasan sahaja.

"Saya tak lantik pengurus untuk berkempen, saya hanya serah perwakilan, jawatan apa saya nak jadi calon saya tengok kepada pencalonan," katanya kepada Sinar Harian Online, di sini, hari ini.

Ali Rustam kecam Cina di acara usahawan Bumiputera


Dalam usaha mendapat sokongan dalam pemilihan Umno akan datang, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) menuduh kaum Cina terlibat dalam perniagaan haram di negara ini.
"Kita umat Islam tidak boleh membuka kasino, 4D, Toto, perjudian, rumah urut dan syarikat pinjaman wang haram. Ini semua haram. Kaum Cina sahaja yang terlibat dengan semua perniagaan haram ini," katanya kepada kira-kira 100 hadirin di majlis usahawan yang dianjurkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hari ini.
"Bukanlah orang Cina pandai berniaga tetapi perniagaan mereka kebanyakannya haram."
Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata meskipun beliau berhempas-pulas pada pilihan raya umum lalu namun beliau tetap tidak diundi oleh kaum Cina.

Macam beruk dapat bunga, si kudung dapat cincin


KUALA LUMPUR: Sejak Dr Mahathir Mohamad sehinggalah Najib Razak, budaya Perdana Menteri terbang ke seluruh dunia dengan kerapnya ini terbentuk dengan jelas, seolah-olah seorang Perdana Menteri itu mesti keluar negara setiap bulan, tulis Aspan Alias.

Baginya, ini masalah biasa bagi pemimpin yang baru dan datang dari negara yang baru menjumpai kehidupan.

“Ada seorang pemimpin kita yang berkata, membawa keluar seseorang dari kampung itu senang, tetapi hendak mengeluarkan kampung dari orang itu sangatlah susah,” tulis beliau di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/.

Justeru, ujarnya ada juga perbidalan yang lain yang sesuai digunakan untuk pemimpin-pemimpin seperti ini, iaitu 'seperti beruk dapat bunga'. Kadang kala boleh juga digunakan perbidalan 'macam sikudung mendapat cincin' dan beberapa perbidalan yang lain.

Tulisan penuh beliau seperti di bawah.

Rakyat tahu yang kerajaan sekarang merupakan kerajaan yang berbelanja secara membazir dan budaya ini sudah terbentuk hampir tiga dekad dahulu. Dari waktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri belanja untuk menyelenggarakan perbelanjaan seorang Perdana Menteri sangat besar dan semuanya itu dibayar dari wang rakyat.

Oleh kerana mereka tidak merasakan bagaimana susahnya rakyat berkerja dan membayar cukai maka mereka hanya membelanjakan wang rakyat itu mengikut hawa nafsu mereka masing-masing. Tidak ada perasaan bersalah dan tidak peduli dengan apa yang rakyat kata. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri mereka.

SPRM perlu diaudit dengan lebih tegas, terperinci


KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara hendaklah mengaudit Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan lebih tegas, mendalam, meluas dan terperinci berbanding pihak-pihak lain, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ada yang menyatakan bahawa semakan secara kasar mendapati jumlah kerugian yang ditanggung oleh rakyat adalah sekitar RM42.138 bilion berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011.

"Begitu besar kerugian yang ditanggung oleh rakyat, SPRM kata pihaknya mengemukakan dua kes sahaja ke mahkamah ekoran kes yang dibangkitkan dalam laporan tersebut selain lima orang pegawai kerajaan dikenakan tindakan tatatertib ekoran kes yang sama.

"Hanya tujuh orang sahajakah yang bertanggungjawab atas kerugian begitu besar?" katanya.

Sebab itulah, kata beliau lagi, SPRM perlu diaudit dengan lebih tegas lagi berbanding pihak lain oleh Jabatan Audit Negara.

"Dengan peruntukan yang begitu banyak yang diterima oleh SPRM, Ketua Audit Negara perlu menyiasat apa yang dibuat oleh agensi tersebut sehingga begitu memalukan hasil siasatannya terhadap kes yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011," katanya.

Audit: Feldajaya membazir, rugikan Felda


KUALA LUMPUR: Pusat Pertumbuhan dan Industri baru dikenali sebagai Feldajaya yang mula dilaksanakan pada 2003 disifatkan satu pembaziran dan kerugian kepada Felda.

Laporan Ketua Audit Negara mendapati pengurusan projek pembangunan Feldajaya kurang memuaskan kerana mempunyai kelemahan dalam pengurusan projek berkenaan.

Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2012 sehingga Januari 2013 antaranya mendapati, kesemua 80 lot pasar awam dan 16 lot hentian bas di Feldajaya Raja Alias dan Trolak dibina dengan kos sejumlah RM2.22 juta serta 10 lot medan selera di semua Feldajaya tidak mempunyai penyewa.

Manakala tunggakan bayaran sewa bulanan bagi rumah banglo, rumah kedai, medan selera dan hentian bas sejumlah RM1.31 juta. Tempoh tunggakan tertinggi adalah 72 bulan.

Semakan Audit juga mendapati, projek pembangunan di Feldajaya Trolak dijalankan di atas tanah pertanian yang belum ditukar status kepada tanah pembangunan. Pembeli rumah masih belum menerima kelulusan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan akibat status tanah tersebut.

Perjanjian Perkhidmatan Pengurusan Dan Penyenggaraan tidak diperbaharui menyebabkan tunggakan tuntutan kerja penyenggaraan oleh Felda Engineering Services Sdn. Berhad (FESSB) sejumlah RM330,924.

Bajet Kelantan 2014 penerusan legasi TG Nik Aziz

Ahmad Fadhli Shaari,
 
YAB Ustaz Dato Ahmad Yakob hari ini 7 Oktober 2013 telah membentangkan Bajet Kelantan 2014 yang masih lagi berimejkan bajet bersyariat seperti yang telah dimulakan sekian lama oleh YB Dato Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat lebih dua dekad yang lampau. Bajet Kelantan hari ini yang bertemakan “Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negeri” membayangkan komitmen kerajaan untuk terus mengekalkan identiti Kelantan sebagai sebuah negeri yang berkebajikan selain mengutamakan pembangunan insan yang menjadi tumpuan utama kerajaan negeri.

Bajet Defisit

Sekalipun merupakan Bajet defisit, ia sama sekali tidak akan merencatkan pembangunan negeri Kelantan berasaskan pertimbangan bajet defisit ialah satu isu yang biasa. Semenjak awal pentadbiran PAS di negeri Kelantan contohnya, bajet yang dibentangkan sentiasa defisit namun di akhir tahun, berlaku lebihan hasil daripada kecekapan pengurusan dan penjimatan dalam urusan perbelanjaan. Untuk rekod, pada tahun 1992, dalam anggaran bajet, Kelantan mengalami defisit sebanyak RM16.63 juta, tetapi ketika perbelanjaan sebenar, Kelantan mempunyai lebihan RM9.32 juta. Begitu juga pada tahun 1993, semasa anggaran bajet dibuat, defisit sebanyak RM27.27 juta, tetapi selepas perbelanjaan sebenar, Kelantan masih mempunyai lebihan sebanyak RM30.33 juta.

Bajet 2014 menyaksikan defisit sebanyak RM10.39 juta di mana anggaran hasil ialah RM549.26 juta berbanding anggaran perbelanjaan mengurus dianggarkan berjumlah RM559.64 juta. Faktor terbesarnya ialah kerana jangkaan pengurangan dalam kutipan premium tanah. Adalah dijangka hanya sebanyak RM24.80 juta sahaja premium tanah dapat dikutip berbanding RM45.00 Juta pada tahun 2013. Ini disebabkan tiada pemberian milik tanah secara berskala besar bagi tahun hadapan. Untuk rekod, anggaran hasil pada tahun 2013 ialah RM581.77 juta.

KDNK Lebih Tinggi Dari Nasional

Menarik di dalam pembentangan bajet ini juga mendedahkan bagaimana Keluaran Kasar Dalam Negeri Kelantan telah mengatasi KDNK peringkat nasional beberapa kali. Ini sekaligus menafikan tohmahan bahawa Kelantan mengalami kemunduran di bawah pentadbiran Parti Islam Semalaysia (PAS).

Its a good beginning-Kerry on Syrian weapon destruction

Syria chemical arms destruction begins, rebels unhappy?

Chow Kit kids take on fashion with community project

Protest calling for cheaper housing on World Habitat Day

Ini Harta UMNO Punya: Pinjaman Tekun memang hanya untuk ahli Umno - CEO


Rahim Hassan (kiri) bersama pengerusi Tekun Nasional, Datuk Hamidah Osman di sidang akhbar Program Kerjasama Strategik Tekun Nasional dan Sohonista di Seri Pacific Hotel hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Oktober 2013.Rahim Hassan (kiri) bersama pengerusi Tekun Nasional, Datuk Hamidah Osman di sidang akhbar Program Kerjasama Strategik Tekun Nasional dan Sohonista di Seri Pacific Hotel hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Oktober 2013.Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno kata ketua pengarah eksekutif (CEO) Datuk Abdul Rahim Hassan.
Ini kerana menurutnya, Tekun merupakan hasil usaha parti tersebut bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu akan tetapi menambah Tekun tidak menolak seratus-peratus permohonan mereka yang bukan dari Umno.
"Pembangkang selalu kata (Tekun) hanya memberi pinjaman kepada ahli Umno, kami punyai hak untuk mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang diasaskan parti.
"Namun tidak bermakna kita langsung mengendahkan permohonan lain asalkan mereka kaum Bumiputera kami terima tapi kepentingan sudah tentu kepada ahli Umno," katanya dalam sidang media bagi Program Kerjasama Strategi Tekun Nasional & Sohonista di Kuala Lumpur hari ini.

Persekongkolan Umno-SPR terbukti

Pendengaran awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) melalui pentas Tribunal Rakyat yang berlangsung pada 18 September hingga 22 September lalu membongkar persekongkolan antara Umno-BN dengan agensi pelaksana pilihan raya. Beberapa pendedahan mendapati adanya bukti yang menunjukkan dakwaan ini berasas.

Bagi mendapatkan respon menyingkap isu-isu persekongkolan ini, wartawan Harakah, ROY RASUL mengutip pandangan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras),Azmi Hamid pada 23 September lalu. Ikuti kupasan Azmi dalam wawancara di bawah.
WARTAWAN: Tribunal Rakyat anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendedahkan kepincangan proses Pilihan Raya Umum Ke- 13, terdapat dakwaan berlaku pembelian undi di sesetengah kawasan, apa pandangan saudara?
AZMI HAMID: Buktibukti yang dikumpul mesti diberi pandangan dan diambil perhatian berat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ini kerana segala petisyen yang diberi dan dihantar oleh pelbagai parti dalam Pakatan Rakyat berhubung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu telah ditolak atas yang sangat teknikal.
Bukan merujuk kepada kandungan di mana adanya aduan atas kes-kes yang menunjukkan kepincangannya yang besar dalam pilihan raya itu. Saya berpendapat segala maklumat yang dikumpulkan dan mempunyai fakta itu mesti diberi perhatian yang bersungguh oleh SPR dan melihat ini bukan sebagai satu perkara yang tidak boleh dilihat semula untuk mempastikan integriti pilihan raya kita dipersoal rakyat.
Dalam tribunal itu juga Pengerusi Bersih Dato’ Ambiga Sreenevasan mendakwa SPR bertindak di bawah kuasa Putrajaya, sedangkan badan berkenaan sepatutnya bertindak sebagai sebuah badan bebas. Jadi apa pandangan saudara dalam isu ini?

Kalau Pemimpin Umpama Durian, Isa Samad Jenis Durian Apa Agaknya?

Pengerusi Felda, Isa Samad adalah antara pemimpin UMNO yang suka melawak dan mempunyai banyak perumpamaan apabila bercskap mengena sesuatu isu. Ada-ada saja perumpamaan atau contoh perbandingan yang keluar dari mulutnya dan selalunya pula ianya terlihat logik dan mudah diterima akal.

Sikapnya yang suka melawak, bergurau dan mudah didekati, selain banyak perumpamaan menarik dalam diari pemikirannya, menjadikan beliau antara pemimpin UMNO yang disenangi di peringkat akar umbi.

Beliau yang pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dan kemudian dilantik Menteri Wilayah Persekutuan pada 2004 tetapi digugurkan kerana kesalahan politik wang, kini menjadi Pengerusi Felda dan sedang mencuba kembali untuk menduduk kerusi Naib Presiden UMNO yang pernah dimenanginya pada 2004 dahulu.

Kali ini persaingan nampak sengit. Ada enam calon yang bertanding termasuk dirinya. Ketiga-tiga penyandang iaitu Zahid, Hishammuddin dan Shafie memegang jawatan menteri di peringkat pusat, Mukhriz pula memegang jawatan Menteri Besar Kedah manakala beliau menjadi Pengerusi sebuah GLC dan Ali Rustam pula menjadi Pengerusi PUNB.

Dalam usahanya memenangi semula jawatan Naib Presiden itu, Isa kali ini menasihatkan para perwakilan agar memilih dengan berhati-hati serta teliti, umpama memilih buah durian.

Katanya, "apabila kita membeli durian, walaupun ia dijual longgok, kita perlu memeriksa setiap biji buah dengan teliti. Kita mesti bau dan goncang buah dengan teliti. Akhirnya kita hanya memilih yang baik. Prinsip yang sama digunakan apabila memilih pemimpin".

Laporan Audit dan kisah Umar dengan pelitanya

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan pelbagai kelemahan termasuk pemborosan dan pembaziran wang rakyat oleh pemimpin (ingat semua orang adalah pemimpin) yang menurut sesetengah penganalisis sebagai tidak masuk akal. Benar, apakah masuk akal jika sebuah jam dinding RM100 dibeli dengan harga RM3,810 manakala sebuah teropong visi malam pada harga pasaran RM1,940 dibeli dengan harga RM56,350!

Namun, hanya segelintir pihak dan individu yang peduli; yang lain berkata "apa hendak dirisaukan, itu bukan duit saya dan saya tidak ada kena mengena dengannya." Demikianlah manusia, jika tiada petunjuk dan undang-undang daripada Yang Maha Berkuasa, mereka pula 'berlagak bagaikan Tuhan.' Mereka beramal 'ikut suka aku'  (nafsu). Segala serakah nafsu itu hanya boleh ditundukkan dengan undang-undang- Nya. Namun itu tiada di negara ini kerana majoriti pemimpinnya bertuhankan nafsu!

ADA PENYOKONG TOTOK JDT SAMPAI NAK UPAH KONGSI GELAP SUPAYA BUNUH PENGADIL PERLAWANAN DAN PENYERANG KELANTAN TRW INDRA PUTRA MAHYUDDIN!

Ini sudah lebih beb!!! .. kalah perlawanan bolasepak sampai nak upah samseng pergi unuh pengadil perlawanan dan penyerang pasukan lawan Indra Putra Mahyuddin.

Inilah yang terjadi apabila kisah seorang penyokong totok JDT dalam akaun laman sosialnya FB atas akauan nama Boy Nazrie  telah mengeluarkan kata-kata yang berbunyi .. "  Korang smua ade x lobang2 kongsi glap yg ade pmbunuh upahan .... ak nk upah bunuh ref ngan indra putra ,, klau dpt cacat kn die pn ok .. hrga ak bg double .. hahahahah."

Ini sudah kes ugutan jenayah ...
Seksyen 506 Kanun Keseksaan ugutan jenayah memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun, atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mohon pihak berkuasa ambil tindakan tegas susulan.

Kenyataan Zahid mirip gengster mafia - Hanipa

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung "kita tembak dulu", seperti dilapor Malaysiakini, sebagai tidak bertanggungjawab.

Timbalan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Hanipa Maidin berkata, kenyataan Zahid itu mirip bahasa gengster atau mafia.

"Satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab keluar dari seorang menteri, sepatutnya menteri tahu apa yang ingin dikatakan. Seperti kenyataan orang yang tidak bersekolah.

"Saya melihat tindakan tersebut tidak jauh bezanya dengan kumpulan gengster atau mafia, "ada bukti tembak"," jelasnya kepada Harakahdaily.

Malaysiakini dalam laporannya hari ini mendedahkan rakamam audio ucapan 20 minit Zahid di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh, Melaka Sabtu lalu.

1,703 perwakilan muflis tidak dibenar mengundi pemilihan Umno

Jawatankuasa Pemilihan Umno mengumumkan seramai 1,703 perwakilan didapati muflis dan tidak layak untuk mengundi pada pemilihan Umno bulan ini.

Pengerusinya, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali turut mengumumkan jumlah muktamad calon yang akan bertanding merebut jawatan Majlis Tertinggi (MT) adalah seramai 260 orang selepas seorang didapati tidak layak bertanding.

"Jumlah muktamad calon yang akan bertanding pada pemilihan Umno di peringkat bahagian ialah seramai 33,012 orang.

"Calon tersebut disenarai pendek setelah 334 orang diisytiharkan muflis, 495 menarik diri dan 39 lagi terlibat dengan masalah disiplin," katanya dalam satu sidang media di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

IT'S FOR HIS MOM, NOT ME! Nedim's actress galpal denies RM7.2m bungalow, super-car for her

KUALA LUMPUR - Nedim Nazri, the rather wayward youngest son of Tourism Minister Nazri Aziz, bought the luxury RM7.2 million bungalow and super-car for his mother, and the money for the purchases did not come from Nedim alone, said Nediam's actress girlfriend Norah Danish.
"From what I know, he bought the house and a luxury car for his mother and the money is not Nedim's alone. It is not for me and I pity him because what he did has been associated with me , " Malay daily Sinar Harian reported Norah as saying.
IT'S FOR HIS MOM, NOT ME! Nedim's actress galpal denies RM7.2m bungalow, super-car for herDespite her explanation, not all are satisfied and demand to know how Nedim, who was recently recruited by his father to work as his Special Officer, could afford to make such luxurious buys.
"For the sake of transparency and good ethics, we hope senior minister Nazri will come clean on where Nedim got so much money to make the purchases," MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
"Given Nedim's spotted track record, Nazri cannot expect Norah to make a bare denial and that's the end of the story. That's too unfair to the Malaysian public who have a right to know how and why their Ministers have so much money they can afford to buy costly bungalows as if these are like peanuts."
My Boo and My Love
Norah, a beautiful actress with some Burmese ancestry, hopes that with her explanation the speculation about the bungalow and super-car would stop.
"I don't deny I am close to Nedim and many people say I am friends with him because of his property and because he is the son of a Minister," said Norah,
"But if people were to think again, why would I want to associate with the son of a rich Minister because past experience has taught me a lot."
Nedim and Norah have been a 'hot' item for a while now and are frequently highlighted in the Malay media.
According to Norah, they share an Instagram account and upload pictures of themselves together almost on a daily basis. Nedim too publicly calls her 'My Boo ' and ' My Love '.
Family-oriented

Nora Danish: Banglo RM7.2j Nadim bukan untuk saya..!!



 
Anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz membeli rumah banglo RM7.2 juta untuk ibunya dan bukan artis terkenal Nora Danish, kata jelitawan yang dikaitkan dengan Nedim.

Ibu tunggal yang terkenal dengan siri televisyen Puteri dan Ana Lulu itu juga berkata, rumah mewah itu sebenarnya bukan dibeli oleh Nedim seorang, lapor Sinar Harian.

NONE"Ia bukan untuk saya dan saya kesian dengannya dia kerana apa yang dia buat semuanya dikaitkan dengan saya," Nora Danish (kanan) dipetik sebagai berkata kepada "Zass", ruangan hiburan harian itu.

Sebuah NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, bagi seorang anak muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, kemampuannya membeli harta tanah itu "amat meragukan",

Nazri bagaimanapun mengulas dakwaan itu dengan gayanya tersendiri dengan berkata: "Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya"

Pakatan kecam Umno lindungi gangster, Zahid tak layak jadi menteri


Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengecam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Umno yang melindungi kumpulan gangster salah di sisi undang-undang hanya kerana kaitannya dengan pemimpin parti tersebut.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke  menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri itu sebagai membimbangkan, kerana tidak menunjukkan sikapnya sebagai "seorang menteri".
Tiga Line merupakan salah satu daripada kumpulan kongsi gelap yang disenaraikan haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Ogos lalu, ketika pihak berkuasa berjanji untuk membanteras kegiatan kumpulan itu.
Dalam satu klip video yang dimuat naik oleh sebuah portal berita hari ini, Ahmad Zahid sebaliknya mempertahankan kumpulan bawah tanah itu akan tetapi tindakan tegas diambil ke atas kumpulan lain, memberi gambaran mereka "sebagai rakannya dan menggesa mereka untuk melakukan apa yang perlu".
Laman portal tersebut memperoleh pita rakaman ucapan Ahmad Zahid sepanjang 20 minit tersebut, ketika beliau sedang berucap dalam satu majlis kerajaan.
"Beliau seolah-olah memberikan mereka (Tiga Line) kebal daripada undang-undang," kata Loke.
"Ia adalah satu pengakuan yang sangat jelas bahawa kumpulan ini dikaitkan dengan Umno."
Naib presiden PKR, N Surendran juga senada, menegaskan Ahmad Zahid "penyokong kuat gengster pro-Umno berasaskan Melayu" yang pada awalnya diharamkan sendiri oleh kementeriannya.
"Ini adalah bertentangan dengan senarai yang dikeluarkan oleh kementeriannya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak layak pegang jawatan."

Adik Sultan Kelantan wakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tuntut royalti minyak

Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra sudah beberapa kali mewakili kerajaan negeri Kelantan dalam perundingan tuntutan petroleum dari Kerajaan Persekutuan.

Langkah memasukkan beliau sebagai wakil kerajaan negeri Kelantan dipercayai bertujuan untuk memujuk sambil memberikan tekanan kepada Kerajaan Persekutuan agar membayar segera tuntutan royalti yang dibuat oleh negeri Cik Siti Wan kembang itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas berhubung pembayaran royalti petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur menjelang pilihan raya umum ke13 (PRU13) lalu.

Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Namun, PAS Terengganu melalui Pesuruhjayanya, Mohamad Abdul Wahid Endut menyifatkan jawatankuasa ini ditubuhkan untuk keperluan pilihan raya.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dalam ucapannya semasa membentangkan Bajet Kelantan 2014 hari ini, merakamkan setinggi-tinggi junjung kasih dan penghargaan kepada Tengku Mahkota Kelantan yang  telah beberapa kali mewakili Kerajaan Negeri Kelantan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi perundingan bersama pihak Kerajaan Pusat bagi mendapatkan tuntutan berkenaan.

Pua sangsi siasatan polis kerana pistol pun boleh hilang


Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (gambar) menyifatkan siasatan polis terhadap kenyataannya merujuk Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan Utusan Malaysia sebagai "anjing Umno" tidak  membimbangkannya, sebaliknya sangsi dengan profesionalisme agensi kerajaan itu.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu menanti langkah seterusnya yang bakal diambil oleh pasukan polis ketika profesionalisme mereka sendiri menjadi pertikaian kerana kecuaian.
"Di negara di mana pihak polis boleh kehilangan senjata kerana telah dibuang ke dalam laut semasa operasi atau pelatih anjing disiasat kerana menghasut, saya rasa segalanya boleh berlaku," kata Pua kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada kehilangan senjata api yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 dan penangkapan pelatih anjing Maznah Mohd Yusof atas tuduhan hasutan baru-baru ini.
Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan minggu lepas menunjukkan polis kerugian sejumlah RM1.33 juta kelengkapan, termasuk 44 senjata api. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa senjata api itu mungkin telah terjatuh ke dalam laut.
"Saya menanti-nanti tentang tindakan polis dalam perkara ini, kerana ia akan menentukan had mereka, untuk mempertahankan Umno dan konco-konconya.

PSM on Kg Hakka demolition: Police kicked and stepped on us

Kenyataan Ahmad Zahid umpama beri “lesen bunuh” kepada polis


PKR mengecam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan polis boleh menembak tanpa sebarang amaran umpama memberikan "lesen bunuh" kepada badan penguatkuasaan undang-undang itu untuk bertindak sesuka-hati membatasi undang-undang.
Naib Presiden PKR, N Surendran (gambar) berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri itu tidak berperikemanusiaan dan melanggar undang-undang negara.
"Ia adalah hasutan dan membenarkan satu pembunuhan kejam oleh pasukan polis.
"Kenyataan tersebut seolah-olah tidak lebih kepada sokongan kerajaan untuk polis membunuh sewenang-wenangnya," kata Surendran dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Surendran, seseorang suspek yang dibunuh tanpa diberi sebarang amaran adalah bertentangan seperti yang termaktub dalam Kanun Keseksaan dan Ahmad Zahid boleh dibawa ke muka pengadilan kerana bersubahat melakukan pembunuhan.
"Menembak bertujuan membunuh suspek tanpa memberi amaran adalah salah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Zahid dan pasukan polis boleh dituduh atas dakwaan bersubahat dan berkomplot melakukan jenayah membunuh atau menyebabkan kematian tanpa niat; kesalahan ini boleh dihukum di bawah seksyen 120A dan 107 Kanun Keseksaan," katanya.

“Jangan bagi amaran, dapat bukti tembak dulu”- Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi terus mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi apabila memberi gambaran lebih baik suspek penjenayah ditembak sebelum siasatan.

Malaysiakini melaporkan, Zahid berkata demikian dalam satu ‘Majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat’ pada Sabtu lalu, yang kemudian bertukar menjadi acara Umno.

Portal itu melaporkan wartawan dihalau keluar dengan penuh biadap ketika Zahid hampir menamatkan ucapannya, dan diugut agar tidak membuat laporan berhubung ucapannya. Zahid didakwa mengancam untuk menutup akhbar mereka sekiranya tidak berbuat demikian.

Hanya akhbar Oriental Daily News melaporkan Zahid memberi amaran selepas membuat “kenyataan sensitif”, namun tidak memberi butiran lain berhubung kenyataan tersebut.

Audit: Bohong berlapis pemimpin BN

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu tiada penyelewengan berhubung kehilangan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentang di Dewan Rakyat, menyatakan bahawa PDRM kehilangan 309 aset bernilai RM1.33 juta dalam tempoh tiga tahun dari 2010 hingga 2012 termasuk 44 unit senjata api. Laporan tersebut turut menyatakan aset tertinggi yang hilang ialah gari iaitu sebanyak 156 unit selain 29 unit kenderaan PDRM.

Hilang dan seleweng mempunyai dua maksud yang berbeza. Tidak semestinya kehilangan aset tersebut kerana berlaku penyelewengan. Namun polis adalah pihak yang memegang amanah menjaga keselamatan negara,  jika berlaku kehilangan yang begitu besar sehingga mencecah nilai RM1.33 juta bermakna mereka sudah melakukan penyelewengan dalam menjaga amanah.  Lalai juga adalah satu bentuk penyelewengan amanah.  Mengapa Menteri Dalam Negeri beriya-iya hendak membohongi rakyat dengan mengatakan tiada penyelewengan?

Lagi fakta menarik dalam laporan Ketua Audit Negara ialah Kementerian Belia dan Sukan telah membazirkan wang rakyat kerana membayar K-Pop pada sambutan Hari Belia Negara sejumlah RM1.6 juta. K-Pop adalah kumpulan penyanyi wanita muda dari Korea yang terkenal dengan persembahan separa bogel.

Perkara ini pernah didedahkan Pakatan Rakyat sejurus selepas program untuk menarik belia menyokong BN itu diadakan. Namun jurucakap KBS sendiri memberitahu kononnya RM1.6 juta dibayar oleh pihak swasta, bukan guna duit kerajaan.

Dewan Negara perlu tolak PCA

KUALA LUMPUR: Dewan Negara yang bersidang bermula hari ini sehingga 10 Oktober diharap akan menolak Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang akan dibentangkan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadhil berkata, RUU yang sebelum ini telah diluluskan di Dewan Rakyat 2 Oktober lalu, telah mengejutkan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah badan hak asasi antarabangsa.

"Jangan benarkan hak asasi manusia di Malaysia dinoda, para Senator wajib menolak pindaan PCA ini," katanya.

Beliau mengulas RUU tersebut yang didakwa melanggar hak asasi manusia seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan hanya dibahas dalam masa yang amat singkat pada persidangan Dewan Rakyat yang lalu.

Pesan Zahid pada 'kawan-kawan Tiga Line'

Berbeza dengan sikapnya pada kumpulan jenayah lain, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nampaknya berlembut apabila bercakap mengenai kumpulan Tiga Line, yang disifatkannya sebagai rakan-rakannya dan menyarakankan agar pihak tersebut “menjalankan apa yang patut”.
Menteri Dalam Negeri itu membuat kenyataan tersebut dalam satu acara di Melaka pada Jumaat lalu, di mana beliau mengugut para wartawan yang hadir bahawa beliau akan menutup akhbar masing-masing sekiranya mereka melaporkan kenyataannya.

NONEMalaysiakini bagaimanapun berjaya mendapatkan rakaman ucapan selama 20 minit di mana beliau mendakwa sedang berucap kepada perwakilan Umno, dalam majlis yang kelihatan seperti acara kerajaan.

Ahmad Zahid memulakan ucapan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Air Keroh itu dengan mengisytiharkan bahawa Ops Cantas yang dijalankan pasukan polis tidak mengenal warna kulit.

Katanya, polis memeriksa seramai 178,217 orang Melayu, 77,104 orang Cina dan 73,505 orang India serta 51,517 kaum lain dalam operasi memerangi kumpulan kongsi gelap itu.

Tambahnya, dari jumlah itu, seramai 14,511 orang didapati anggota kongsi gelap – 6,171 orang Melayu, 1,701 Cina, 3,685 India dan 2,954 kaum lain.

Kemudiannya, beliau menyebut mengenai kumpulan Tiga Line dan mengumumkan bahawa kumpulan itu bukanlah “samseng betul” tetapi hanya “gengster kenduri-kendara”.

No more warnings to criminals, we shoot first, Zahid recorded as saying

Police will not hesitate to shoot criminals first and ask questions later, Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi reportedly said in his speech at a function at the Malacca International Trade Centre on Friday.
He was quoted as saying this at a security briefing with community leaders (Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat), which then became a platform for him to "speak on sensitive issues", reported the Oriental Daily.
Malaysiakini reported that journalists were told to leave towards the end of the event, with warnings by the minister not to report what he had said.
The news portal, however, obtained a 20-minute recording of the speech from an assemblyman in Malacca.
The recording showed Ahmad Zahid saying that 28,000 of the 40,000 gang members identified are of Indian ethnicity, and that there was nothing wrong in detaining them.
"What is the situation of robbery victims, murder victims during shootings? Most of them are Malays. Most of them are our race.
"I think the best way is that we no longer compromise with them. There is no need to give them any more warning. If we get the evidence, we shoot first," he added.

Suhakam: PCA jejas rekod hak asasi manusia Malaysia

Hasmy (kiri) menyeru masyarakat memainkan peranan bagi merealisasikan peningkatan situasi hak asasi manusia di Malaysia. Hasmy (kiri) menyeru masyarakat memainkan peranan bagi merealisasikan peningkatan situasi hak asasi manusia di Malaysia. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini menegaskan rekod Malaysia di peringkat antarabangsa akan terjejas ekoran kelulusan Putrajaya membenarkan tahanan tanpa bicara melalui Akta Pencegahan Jenayah (PCA). Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan berkata, rekod Malaysia akan disemak untuk kali kedua oleh Rekod Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Besatu (PBB) di Geneva pada 24 Oktober depan.

'Kita dapat bukti kita tembak dulu'




Kumpulan masyarakat sivil sering mendakwa polis menjalankan dasar tembak mati ke atas suspek penjenayah.

Dakwaan itu nampaknya terbukti apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu ucapannya memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek tersebut ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.

Ahmad Zahid berucap dalam satu 'Majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat' pada hari Sabtu lalu, yang dilihat seperti satu acara kerajaan yang bertukar menjadi acara Umno.

zahid hamidi malacca melaka 061011Para wartawan dihalau keluar dengan penuh biadap ketika Zahid hampir menamatkan ucapannya, dan turut diugut oleh menteri tersebut agar tidak membuat laporan berhubung kandungan ucapannya.

Ahmad Zahid didakwa mengancam untuk menutup akhbar mereka sekiranya tidak berbuat demikian.

Ancaman itu berjaya menutup mulut kebanyakan dari media tersebut, namun akhbar Oriental Daily News melaporkan bahawa Ahmad Zahid memberi amaran selepas membuat “kenyataan sensitif”.

Akhbar itu bagaimanapun tidak memberi butiran lain berhubung kenyataan tersebut.

Pas siap tiga 'gelombang' hadapi PRK Sg Limau

Pas akan menurunkan tiga "gelombang" jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, 4 November depan.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setiap gelombang tersebut akan diwakili 30 wakil Pas untuk menjalankan kempen sempena pilihan raya kecil itu.

Menurutnya, Pas juga telah bersiap sedia memperkasaskan jentera pilihan raya.

"Jentera kita memang telah mula turun ke pusat mengundi di sana.

"Kali ini kita tak akan turunkan ramai, hanya tiga gelombong di mana setiap gelombang tidak melebihi 30 orang," katanya pada sidang media di Dewan Senat Universiti Selangor (Unisel), di sini, hari ini.

Fitnah Negara Kristian: Mengapa tiada tindakan kepada Umno?


GEORGE TOWN: DAP menyokong kecaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mereka yang menyebarkan pembohongan berbahaya bahawa parti itu berhasrat menyebarkan agama Kristian dan menubuhkan sebuah negara Kristian di Pulau Pinang.

“DAP adalah konsisten dalam menentang mana-mana penubuhan negara teokratik, termasuk negara Kristian,” tegas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, kenyataan Anwar adalah tepat bahawa tidak ada kebenaran dalam pembohongan terhadap DAP itu.

“DAP dan saya sendiri telah menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi kami terhadap kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama Persekutuan,” ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Tambahnya, pembohongan dibuat oleh kumpulan Umno dan Utusan Malaysia terhadap DAP semata-mata atas alasan rapuh bahawa pemimpin-pemimpin DAP telah menghadiri satu mesyuarat tertutup dengan pastor Kristian.

PRK Sg Limau jangan ulangi pembaziran Kuala Besut

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli mengingatkan kerajaan BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengambil kira perbelanjaan dan peruntukan yang akan ditawarkan Pada pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau agar tidak mengulangi apa yang berlaku pada PRK Kuala Besut, Terengganu.

PRK Kuala Besut antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya apabila jumlah peruntukan yang digunakan Barisan Nasional (BN) mencecah RM476.19 juta.
Jumlah tersebut menjadikan setiap kertas undi bernilai RM27,000 dengan jumlah pengundi seramai 17,688 orang.

"Kita berharap agar kerajaan tidak lagi mengulangi apa yang berlaku di PRK Kuala Besut, pembaziran yang amat ketara.

"Kerajaan dan SPR perlu lihat apa yang berlaku di PRK Kuala Besut, peruntukkan yang dikeluarkan amat luar biasa jika dibandingkan dengan pilihanraya sebelum ini," jelas beliau.

Ust Rosli A. Jabar - Martabat Iman Para Ulama'

Sembang Audit & Ulamak vs Profesional - Dr Maza

EXCLUSIVE: With criminals, we shoot first, admits home minister

EXCLUSIVE: Carry on, Zahid tells 'Tiga Line' dons

Egpyt: At least 51 dead in clashes

DAP mahu polis bertindak atas fitnah Pulau Pinang tubuh negeri Kristian

DAP mempersoalkan mengapa akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dan kumpulan dalam parti terbesar Melayu itu tidak diambil tindakan ekoran penipuan serta menyebarkan propaganda bahawa DAP mahu menubuhkan negeri Kristian di Pulau Pinang.
Setiausaha Agung, Lim Guan Eng (gambar) berkata DAP menyokong penuh kritikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pihak yang mendakwa DAP menyebarkan fahaman Kristian dan mahu menubuhkan negeri berdasarkan kepercayaan agama itu di Pulau Pinang.
“DAP konsisten menolak sebarang penubuhan negeri berdasarkan ideologi termasuk menolak negeri berdasarkan fahaman agama Kristian.
“Kenyataan sedemikian tidak benar sama-sekali kerana saya dan DAP menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap agama Islam sebagai agama persekutuan sebagaimana tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Penipuan yang disebarkan oleh kumpulan dalam Umno dan Utusan Malaysia terhadap DAP adalah satu tuduhan tidak berasas kerana tiada salahnya mengadakan pertemuan tertutup dengan paderi Kristian kerana pertemuan sama juga pernah diadakan bersama kumpulan agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sidang Dun: 48,000 permohonan tanah Kelantan masih tertunggak

KOTA BHARU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini diberitahu setakat ini terdapat 48,000 permohonan tanah di negeri itu yang masih tertunggak.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sehubungan itu kerajaan negeri menubuhkan satu pasukan khas bagi menyelesaikan kes tertunggak terbabit.
Mohd Amar Nik Abdullah "Jumlah besar yang tertunggak ini disebabkan kerana terlalu banyak permohonan dan proses kelulusan mengambil masa kerana mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya ketika menjawab soalan Rohani Ibrahim (Pas-Tanjong Mas).
Beliau berkata, kes tertunggak paling banyak ialah di jajahan Kuala Krai membabitkan 20,927 fail.
Menurut Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli negeri, permohonan yang dapat diselesaikan pula ialah 72,000 fail.
Ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ramzi Abdul Rahman (BN-Dabong), beliau berkata kerajaan negeri akan menambah bilangan petugas pasukan khas itu jika keadaan memerlukan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata sehingga kini sebanyak 4,113 rumah mampu milik telah dibina di seluruh negeri.

Bagaimana Zahid ancam media?

Dua minggu sebelum pemilihan anggota Majlis Tertinggi (MT), naib presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi mempunyai banyak cara untuk memenangi hati orang ramai, salah satu caranya dengan menghentam media.

zahid hamidi warning malaysiakini lawrence yong 1Di Kuala Lumpur, pada Jumaat, beliau mensasarkan wartawan Malaysiakini semasa sidang media kerana bertanya soalan berhubung kehilangan aset polis, atas kapasitinya sebagai menteri dalam negeri.

Pada hari berikutnya, di Ayer Keroh, Melaka, beliau mengancam menutup akhbar yang melaporkan ucapannya.

Bersama beberapa calon MT, Zahid tampil dalam program kerajaan di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka.

zahid hamidi malacca melaka 061011Berdasarkan kain rentang di pentas, acara tersebut "Majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat" mempunyai jata kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Melaka.

Tiada logo parti kelihatan. Tetapi dalam ucapan Zahid, jelas seperti ditujukan kepada perwakilan Umno. Malaysiakini memperoleh rakaman 20 minit acara itu.

Ucapannya antaranya menyebut peranannya dalam pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959, atau apa yang disebutnya sebagai "undang-undang saya".

Selepas tersedar bahawa terhadap wartawan dalam bilik itu dan mengarahkannya tidak melaporkan berhubung program itu.

"Jangan tulis apa-apa," katanya.

Perspektif AP: Membela Yang Terpinggir - Miskin Bandar..!!

Terkini: 51 Orang Terbunuh Dalam Demonstrasi Anti-kudeta Mesir

Peringatan 40 tahun kemenangan Mesir melawan pasukan Israel berubah menjadi tragedi berdarah yang menyebabkan 51 orang terbunuh. Demonstran anti-kudeta Mesir kembali turun ke jalanraya seamalam, Ahad (6/10) waktu tempatan untuk peringatan tersebut. Menteri Kesihatan Mesir menyatakan, seramai 268 orang dilaporkan cedera dalam pertempuran di seluruh negara. Pada Ahad malam, kementerian mengumumkan 408 demonstran ditangkap sepanjang Ahad. Polis telah melepaskan tembakan gas pemedih mata dan serta tembakan amaran ke udara untuk membubarkan demonstrasi massa antikudeta yang cuba memasuki Bundaran Tahrir . Di Delga, utara Kairo, polis diberitakan telah menembakkan peluru aktif kepada demonstran. Seorang peserta demonstrasi ditembak mati dan lainnya cedera, demikian menurut saksi kejadian kepada pejabat berita Anadolu. Dalam laporan Al-Jazeera, massa diperkirakan mencapai 4,000 orang. Massa tersebut ingin menuju Bundaran Tahrir sekalipun terdapat ancaman halangan dan kekerasan. Pasukan keamanan sendiri terdiri dari tiga lapis di jalan-jalan tersebut. Demonstran dari Ikhwabul Muslimin telah melakukan sejumlah protes sejak Muhammad Mursi digulingkan dari kerusi presiden pada 3 Juli. Aksi protes pada hari semalam merupakan sebahagian dari demonstrasi nasional yang diselenggarakan oleh pendukung pro Mursi untuk memperingati ulang tahun ke-40 kemenangan perang tahun 1973 atas Israel dan mengecam penggulingan tentera terhadap Presiden terpilih Muhammad Mursi.

Acara ini secara luas itu juga dianggap sebagai hari kebanggaan bagi tentera Mesir.

Bulan lalu, pasukan gabungan polis-tentera menyerbu Dalga dan membubarkan aksi protes yang telah berlangsung selama 75-hari yang dilakukan oleh pendukung Mursi.