Ahad, 6 Oktober 2013

Protesters march to Cairo's Tahrir square

Benar kata Mahathir, hanya yang bodoh kini bersama UMNO....

Mula-mula aku nak bagi tahu kepada semua yang membaca.. aku bukannya membantu kempen mamat ini dalam pemilihan UMNO, sebabnya hasratnya untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian telah dicantas..

Sebab apa dicantas, sebab utamanya dipercayai beliau lebih bijak dari Ketua Pemuda UMNO Kuala Terengganu yang ada.

Dalam masa yang sama tindakan pihak yang mencantas pencalonannya membuktikan apa yang disebut oleh Tun Mahathir mengenai UMNO kini adalah benar...

Dimana Tun telah berkata.. hanya yang bodoh kini bersama UMNO dan memimpin UMNO kerana bijak pandai habis kena cantas..

Jadi tak hairanlah jika kebelakangan ini kita rakyat Malaysia sering mendengar dan membaca kenyataan-kenyataan kurang cerdik dikeluarkan oleh Menteri-menteri yang juga merupakan pemimpin-pemimpin UMNO..

BOLEH LAND: AJARAN SESAT BARU YANG SEDANG MEREBAK..!!!

Rusuhan Kaum: Rakyat Malaysia Desak PDRM Dakwa Ibrahim Ali Dan Perkasa.

Rusuhan kaum.

Apakah maksudnya itu? Aku rasa la. Ini apa yang aku faham. Ibrahim Ali ajak satu2 kaum itu untuk melakukan rusuhan. Dan ia akan membabitkan satu kaum bergaduh dengan kaum2 lain. Sebab itulah digelar rusuhan kaum.

Betul tak?

Citernya pasal Ibrahim Ali dan Perkasa.

Rujuk ;





Membela orang melayu yang miskin pada aku benda yang betul. Menaiktaraf ekonomi melayu bermaksud menaiktaraf ekonomi orang islam. Jadi ia benda bagus. Aku setuju dengan sebarang bentuk usaha yang berperanan membantu melayu2 yang miskin, tersisih ini dibantu by any method selagi mana cara yang digunakan untuk mencapai tujuan tersebut ialah cara yang betul dan tepat.

Bahkan aku lebih suka jika PERKASA mengubah sedikit hala tuju mereka kepada membantu melayu2 yang miskin kepada membantu sesiapa saja yang miskin.

Namun jika skop PERKASA adalah untuk mengutamakan kebajikan orang melayu maka aku tak pula larang dan halang. Hak masing2.

"Anjing UMNO": Polis teliti laporan bagi siasat Tony Pua..!!

KUALA LUMPUR - Polis akan meneliti laporan yang dibuat lima badan bukan kerajaan (NGO) terhadap Ketua Publisiti DAP, Tony Pua bagi menentukan sama ada kes itu perlu disiasat mengikut Akta Jenayah atau Akta Hasutan.
  
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, pihaknya akan melihat laporan NGO berkenaan yang mendakwa Pua menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'Anjing Umno'.
  
"Selepas meneliti laporan itu, baru kita akan membuat keputusan sama ada Tony Pua perlu disiasat mengikut Akta Jenayah atau Akta Hasutan," katanya ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia pada Jumaat lepas yang mendakwa Tony mengeluarkan kenyataan itu di akaun Facebooknya pada 29 September selepas keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selesai.
  

Jack Lew: shutdown has consequences

Cruz: Obamacare is hurting millions

Halal : Isu Pensijilan Halal

Pelajar Universiti Diterapkan Dengan Maklumat Kepenggunaan - PPIM

Reformasi Dari Pandangan Seorang Wartawan….

Audit 2012: Orang ramai gesa tubuh badan pemantau

Pendedahan laporan audit negara baru-baru ini,benar-benar mengejutkan ramai pihak, mana tidaknya banyak ketirisan dan kebocoran yang telah didedahkan oleh Ketua Audit Negara.

Bagaimana mahu dijelaskan terhadap hampir RM200 juta yang dibelanjakan bagi mesin pelupusan sampah tanpa mengetahui cara mengendalikannya atau RM3,000 untuk jam dinding atau kasut yang tidak boleh digunakan kerana pembuatannya tidak memenuhi spesifikasi.

Bagi melihat perkara ini, Sinar Harian Online hari ini telah meninjau pendapat orang ramai berkenaan dengan laporan audit negara ini.

Rata-rata orang ramai yang ditemui nyata terkejut dengan laporan tersebut dan mahukan satu badan pemantau khas diwujudkan bagi membendung perkara ini daripada berulang pada masa hadapan.

Menurut seorang kakitangan swasta, Mustafa Yahya,45, kerajaan perlu berhati-hati dan berhemah dalam berbelanja kerana ianya melibatkan duit serta kepentingan rakyat.

”Sekiranya ingin membeli sesuatu barang contohnya kalau barang RM100 jangan sampai RM3,000.

“Kerana setiap pembaziran yang kerajaan lakukan rakyat  yang terpaksa tanggung, kerajaan naikkan cukai, naikkan cukai pendapatan, jadi nasihat saya kerajaan harus berhemah untuk beli barang, jangan membazir,” katanya ketika ditemui Sinar Harian Online.

Ernst and Young: M’sia antara negara paling korup

Berdasarkan kajiselidik firma itu, ternyata kita pada ranking teratas – juara, kata Dr Dzulkefly Ahmad.
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ternyata gagal memerangi rasuah di negara ini jika diukur dari hasil kajian Ernst and Young, salah sebuah dari empat firma audit terbesar di dunia baru-baru ini.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berdasarkan kajian firma itu dalam ‘Asia-Pacific Fraud Survey Report Series’, mendapati Malaysia adalah antara negara paling korup.
Menurutnya, hasil kajian itu boleh dilihat dalam website E&Y (www.ey.com/publication) yang melibatkan 681 pegawai eksekutif China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Korea Selatan dan Malaysia.
Ujar beliau, “pendedahan keputusan kajian ini adalah sangat memalukan Najib dan Pemandu (Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi di Jabatan Perdana Menteri) dan sekaligus mengaibkan rakyat di negara ini.
Dalam kajiselidik Ernst and Young itu, satu soalan yang ditanya: “Apakah anda bersedia melakukan rasuah dan mengambil jalan pintas?”
Jawapan yang diterima ialah jika suasana persekitaran perniagaan menekan sebanyak 54% eksekutif di Malaysia mengesahkan mereka bersedia, diikuti China 34%, Indonesia 29%, Vietnam 27%, New Zealand 13%, Singapura 11%, Australia 10% dan Korea Selatan 6%.

Mengapa Umno sukar beri anak muda laluan?

 Dr Mohammad Agus Yusoff 
PADA 30 September 2013, saya menulis tentang perbezaan antara politik wang dan wang politik. Tujuan saya adalah untuk menunjukkan bagaimana istilah politik wang ditafsirkan secara ‘salah’ sehingga menyekat calon yang bertanding dalam pemilihan Umno untuk berkempen dengan bebas kerana bimbang terpalit dengan ‘politik wang.’

Kelmarin, MB Negeri Sembilan DS Mohamad Hasan juga meluahkan kerisauan yang sama. Katanya, “sebahagian peraturan dalam pemilihan Umno kali ini kurang bijak dan boleh membantutkan proses pemilihan.”

Ini kerana calon tidak boleh berkempen secara bersendirian bagi bertemu dengan ahli Umno dan memperkenalkan diri. Katanya lagi: “Kalau jadi calon tapi tidak pergi berkempen, bagaimana mahu menang? Kalau bertanding jawatan ketua kelas pun kena kempen inikan pula mahu jadi anggota [MT]." Begitulah demokrasi dalam Umno.

Kisah di atas adalah cerita tentang kempen dan politik wang dalam Umno. Cerita di bawah ini pula adalah tentang sekatan yang dikenakan ke atas ahli yang ingin bertanding. Contohnya, dua minggu lepas saya ke Labuan.

Permohonan seorang anak muda, pemilik syarikat feri dan hotel yang hendak memindahkan keahliannya dari Seputeh ke Labuan tidak diluluskan. Sebabnya sederhana: Pimpinan bahagian bimbang kehadirannya boleh menggugat status quo yang ada. Aduhai.

Semalam pula seorang anak muda bercerita panjang kepada saya tentang hasratnya untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu disekat.

Anak muda tersebut ialah Dr Najmil Faiz Mohamed Aris, seorang yang telah membuatkan negara kita bangga apabila beliau menjadi anak Malaysia pertama diberikan penghormatan untuk membentangkan tesis PhDnya di Parlimen Britain pada tahun 2005.

Nurul Izzah: Klinik 1Malaysia taraf dunia ketiga

NURUL IZZAH
SHAH ALAM - Klinik 1Malaysia didakwa bertaraf dunia ketiga ekoran tiada pegawai perubatan bertauliah.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, praktis klinik tanpa pegawai perubatan ini hanya dilakukan di negara-negara dunia ketiga.

"Praktis klinik tanpa pegawai perubatan ini dilakukan di mana? Di negara-negara dunia ketiga, negara-negara Afrika yang hanya ada pembantu kesihatan.

"Kita tak boleh berbuat sedemikian. Malaysia ada tarafnya sendiri,” katanya kepada Sinar Harian Online, ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata demikian ekoran Klinik 1Malaysia yang di bawah Gagasan 1Malaysia itu tidak mempunyai pegawai perubatan bertauliah.

Anwar : Protes seluruh negara jika kerajaan BN laksana GST

Anwar-GSTProtes seluruh negara akan diadakan jika Kerajaan Pusat melaksanakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Belanjawan 2014 yang diumumkan pada 25 Oktober ini Dewan Rakyat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pakatan Rakyat (PR) menentang keras sebarang usaha kerajaan Umno-BN itu untuk pelaksanaan GST yang hanya akan membeban rakyat.
“Kerajaan telah meningkatkan harga petrol, GST akan menambahkan jumlah bebanan kepada rakyat,” kata Anwar dipetik dari The Star Online.
Sebelum ini, pemimpin Pakatan Rakyat menegaskan Kerajaan Pusat berpotensi untuk menjimatkan RM28 bilion sekiranya berjaya menangani ketirisan, ketidakcekapan pengurusan dan rasuah bersandarkan Laporan Ketua Audit Negara.
Kerajaan Pusat tidak perlu melaksanakan GST yang membebankan rakyat jika berupaya mengurangkan ketirisan perbelanjaan wang negara dan membanteras rasuah.
Kira-kira 85 peratus daripada rakyat negara ini tidak memperolehi pendapatan yang layak bagi membolehkan  mereka membayar cukai.

Bercinta selepas kahwin untuk elak “maksiat”


Abby Abadi (kiri) dan suaminya, berkenalan hanya dua minggu membawa ke jinjang pelamin.Abby Abadi (kiri) dan suaminya, berkenalan hanya dua minggu membawa ke jinjang pelamin.Biarpun berkenalan dalam tempoh yang singkat namun ia bukan penghalang bagi Abby Abadi (gambar), 36 dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, membina ikatan perkahwinan.
Hanya mengenali dalam tempoh  dua minggu pasangan tersebut nekad membuat keputusan untuk terus berkahwin dan menganggap ia ketentuan daripada Allah yang menetapkan jodoh mereka.
"Sesuatu yang tidak dirancang dan sukar bagi saya untuk percaya namun itulah kuasa Tuhan yang mengatasi segalanya. Kami berkahwin kerana Allah dan untuk mengelakkan daripada melakukan dosa," katanya kepada The Malaysian Insider.
Malah Abby atau nama Arbaiyah Abdul Manan juga menolak persepsi yang kononnya perkenalan singkat akan mendatangkan keburukan jangka masa panjang kerana tidak begitu mengenali pasangan masing-masing.
"Saya hanya bertawakal, perkenalan yang singkat atau lama bukan faktor utama menjamin kebahagian. Apa yang penting tahu tanggungjawab dan faham ertinya melengkapi sesama sendiri.
"Hidup saya juga lebih bahagia dan tenang kini berbanding dulu, kelebihan bercinta selepas kahwin kami tetap seperti pasangan kekasih walaupun sudah berkahwin," kata Abby.

Polis hilang senjata api: Satu kes direkodkan di Jabatan Petugas Khas

Pasukan Petugas Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan, terdapat satu kes yang direkodkan di jabatannya yang melibatkan seorang dari anggota polis kehilangan senjata api.

Namun, menurut Pengarahnya Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, kejadian tersebut dikategorikan kecuaian yang tidak disengajakan apabila anggota polis terbabit diugut penjenayah.

"Hanya satu kes saja yang berlaku dan ia bukan disengajakan," katanya.

Anggota polis terbabit yang sedang bertugas sedang dalam perjalanan balik ke rumah, bagaimana pun dia terpaksa berhenti kerana tayar motornya pancit.

"Kemudian penjenayah mengambil kesempatan  datang mengugut  serta memotong begnya,"kata Fuzi kepada media dalam program pelancaran penutup Forum Pengguna ke III di Universiti Kuala Lumpur.

Harga gula dan tepung akan diumumkan naik selepas bajet ?

Pertengahan September lalu, Menteri Pedagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hassan Malik memberi jaminan harga gula dan tepung tidak akan naik.

Namun, hari ini menteri yang sama memberikan bayangan, kerajaan akan menurunkan subsidi untuk kedua-dua barangan keperluan utama itu.

Penjelasan terperincinya mengenainya akan dimaklumkan melalui pembentangan Bajet 2014 25 Oktober nanti, lapor akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times hari ini.

"Tujuan kerajaan adalah untuk memperkukuhkan ekonomi. Kami tidak mahu jadi seperti Amerika Syarikat, di mana ekonominya telah tertutup," katanya selepas memberikan penjelasan tentang isu-isu semasa kepada penjaja kecil di Ipoh, Perak.

Pengguna yang sudah merasai beban kenakan harga minyak sebelum ini diminta Hassan agar melihat secara positif apa yang dibuat kerajaan kerana ia untuk kepentingan kesemua pihak.

"Sesuatu perkara kadang-kadang perlu dibuat. Bagi saya, kepentingan negara harus diutamakan," katanya.

Muslimat PAS dicadang tubuh NGO ibu tunggal


TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyarankan Muslimat Pahang supaya menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bagi menangani hal-hal kebajikan ibu-ibu tunggal (armalah) dan anak-anak yatim secara berterusan.

Katanya, usaha itu juga penting sebagai satu fokus bagi meneruskan usaha dakwah sekali gus memberi keuntungan politik dalam jangka panjang terutama di kalangan masyarakat Melayu.

Tambahnya, Dewan Muslimat mesti melihat usaha ini sebagai satu agenda besar kerana dalam pilihan raya umum ke-14 dijangkakan jumlah pengundi wanita mengatasi pengundi lelaki.

“Jika berlaku kematian kebiasaannya muslimatlah yang akan ziarahi keluarga, maka jika kita sudah ada NGO tersebut memudahkan usaha berterusan untuk program kebajikan.

Memorandum: OKU terpaksa merangkak ke pejabat pengarah JKM



Seorang lelaki OKU yang mewakili satu NGO terpaksa bersusah payah menaiki tangga pejabat Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) di Kulim hari ini untuk menyerahkan memorandumnya kepada pengarah jabatan tersebut.
MP Padang Serai N Surendran berkata, seramai 50 anggota Persatuan OKU Setia Daerah Kulim pada awalnya berhimpun di luar jabatan tersebut sebagai bantahan berhubung bantuan kebajian pada kira-kira jam 1.30 petang.

Bagaimanapun, pengarah JKM Kulim Rohana Yusof enggan menerima memorandum tersebut dan tidak berganjak dari pejabat tersebut di tingkat satu, kompleks bangunan majlis perbandaran.

Katanya, selepas menunggu lebih satu jam di bawah pancaran matahari terik, salah seorang anggota persatuan tersebut. Gnana Pragasan, yang tidak boleh berjalan, bertindak menaiki tangga tersebut untuk menyerahkan sendiri memorandum tersebut kepada Rohana.

Gnana, 53, dengan memorandum di mulutnya, menggunakan tangannya untuk memanjat tangga dan mengetuk pintu pengarah tersebut sehinggalah pegawai itu keluar untuk menerima memorandumnya.

Surendran berkata kejadian itu menunjukkan bahawa jabatan berkenaan tidak sensitif kepada warga kurang upaya dan warga emas di negara ini.

Kabinet perlu desakan kami untuk tolak TPPA

Laporan Audit: Jangan Selindung, Nafi Kesilapan Bhg 2

Laporan Audit: Jangan Selindung, Nafi Kesilapan Bhg 1

Wartawan: Kami pun ada perasaanlah!

TATKALA melihat video yang dipaparkan sebuah portal tentang tindakan seorang pak menteri yang agak 'berang' dan enggan melayan soalan media propembangkang, penulis teringat pengalaman lepas melihat kawan-kawan dari media arus perdana dihentam teruk di majlis-majlis anjuran pembangkang.

Senario dan caranya mungkin berbeza tapi persoalannya di mana kebebasan media yang dicanang selama ini?

Sebagai pengamal media, penulis merasa malu melihat mereka yang berstatus pemimpin tetapi menggunakan pendekatan seumpama ini untuk menangkis soalan wartawan yang sedang menjalankan tugas.

Wartawan-wartawan yang sedang mencari rezeki ini digelar 'kaki pusing', 'perkakas Umno' dan macam-macam lagi bergantung di mana agensi berita mereka bekerja.

Tidak dinafikan, sesetengah media tertakluk kepada "boss" atau tempat mereka makan gaji dalam menghasilkan berita mereka atau berhadapan dengan situasi penat sahaja tulis berita tetapi akhirnya, tak disiarkan!

Jangan hina ubi kayu, Melayu mudah lupa..!!

MAKANAN ZAMAN PEMERINTAHAN JEPUN?
Tentu ramai yang tahu ubi kayu sebagai makanan orang miskin. Tetapi, ramai tidak tahu ubi kayu adalah makanan yang baik untuk dimakan semasa menjalani ibadah puasa. Ini kerana ubi kayu mengandungi ciri-ciri tambahan yang baik untuk diet disebabkan sifat-sifatnya yang sihat. Antaranya:
SUMBER TENAGA:
Sebenarnya inilah sebab utama kenapa makan ubi kayu itu baik semasa kita berpuasa. Ini kerana ubikayu mengandungi sumber kesihatan yang tinggi dengan karbohidrat dan kanji untuk menyiapkan badan kita dengan tenaga yang banyak. Tambahan pula ubikayu memiliki kadar kolesterol dan lemak yang rendah. Maknanya, ia adalah makanan yang baik untuk dimakan apabila kita mahu menambah berat badan secara sihat.
KANDUNGAN MINERAL:
Ubi kayu mengandungi mineral seperti kalsium, fosforus, kalium dan magnesium. Walaupun kuantitinya rendah, ia boleh digunakan untuk bancuhan mengganti bahan-bahan lain seperti susu. Ia amat kaya dengan zat besi dan vitamin B termasuk asid folik yang amat penting bagi ibu-ibu yang hamil.
Daun muda ubi kayu (pucuk ubi) adalah sumber protein pemakanan dan vitamin K. Vitamin-K mempunyai peranan yang berpotensi dalam struktur jisim tulang dengan menggalakkan aktiviti perawatan dalam tulang. Ia juga berupaya memainkan peranan dalam rawatan pesakit Alzheimer dengan menghadkan kerosakan neuron di dalam otak.
Ubi Kayu adalah sumber sederhana kumpulan B-kompleks vitamin seperti folates, thiamin, pyridoxine (vitamin B-6), riboflavin dan asid Pantothenic.

Majlis Syura pastikan PAS tidak tergelincir

AMPANG: Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, PAS sudah cukup menjadi parti yang kuat apabila ada Majlis Syura Ulamak.

Justeru kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu, sesiapa sahaja yang menjadi pimpinan dalam PAS akan tertakluk di bawah keputusan Majlis Syura yang melihat jalan yang betul bagi memastikan PAS tidak tergelincir daripada asas perjuangan Islam.

Katanya, jika tergelincir maka ada Majlis Syura Ulamak yang akan memperbetulkan sebab itu apabila ada suara-suara yang mengatakan PAS tergelincir sebenarnya individu atau golongan tersebut.

"Di sinilah yang kita hendak memaknakan dengan kepimpinan ulama, cukup syarat ada sokongan boleh jadi pimpinan sama ada Presiden, Timbalan Presiden. Tidak timbul soal perpecahan sama ada ulama atau profesional," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Ampang, pagi tadi.

Menurut beliau, semua profesional yang ada dalam PAS tidak boleh sombong dengan ilmu yang ada begitu juga ulama kerana gabungan dua golongan itu menjadi kekuatan dalam PAS.

Audit: Kit Siang tuntut kerajaan BN bentang kertas putih kepada Dewan Rakyat


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu membentangkan kertas putih kepada Dewan Rakyat bulan ini berkenaan tindakan dan keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Khas yang dibentuk untuk meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2012, kata Lim Kit Siang (gambar)
Pembentukan Jawatankuasa Khas itu telah diumumkan kelmarin oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa yang akan mempengerusikan jawatankuasa khas berkenaan.
Ia akan turut dianggotai oleh ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Peguam Negara, dan juga wakil-wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kementerian Kewangan dan Polis Diraja Malaysia.
Bagi Ketua Parlimen DAP itu, keraguan timbul sama ada Jawatankuasa Khas berkenaan akan membawa sebarang perubahan bagi menamatkan korupsi, pembaziran wang rakyat dan penyalahgunaan kuasa dalam perkhidmatan awam seperti yang boleh dilihat menerusi Laporan-laporan Ketua Audit Negara.
"Jika kerajaan benar-benar hendak membasmi korupsi, pembaziran, pemborosan, dan penyalahgunaan kuasa yang telah menelan berbilion-bilion ringgit wang rakyat saban tahun, jawatankuasa peringkat tinggi sedemikian sepatutnya telah ditubuhkan sejurus selepas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengemukakan Laporan Audit 2012 kepada kerajaan pada bulan Julai lalu dan bukan hanya sekarang, iaitu hanya setelah pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Parlimen pada 1 Oktober lalu mula diperkatakan sejak minggu lalu," kata Penasihat DAP itu.

SPRM buka 15 kertas siasatan hasil pendedahan Ketua Audit Negara, kata Pengarah Siasatan..!!!

Sejumlah 15 kertas siasatan telah pun dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran pendedahan yang dibuat oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang diedarkan di Parlimen minggu lalu, kata Pengarah Siasatannya, Datuk Mustafar Ali.

Mustafar dalam kenyataannya berkata siasatan telah pun dijalankan di bawah Akta SPRM 2009, dan pihaknya juga telah mengadakan perbincangan  dengan Jabatan Audit Negara bagi mendapatkan maklumat yang boleh membantu penyiasatan dan lain-lain tindakan sewajarnya.

"SPRM juga telah menubuhkan Pasukan Khas bersama dengan Jabatan Audit Negara bagi mengambil tindakan susulan.

"SPRM yang menerajui Pasukan Khas ini akan membentangkan hasil penemuan, pelan tindakan dan cadangan bagi mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang didapati melakukan salah laku rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pemalsuan," katanya dalam kenyataan yang diedar kepada media hari ini.

Politik wang dalam Umno tidak terhapus....

Seramai kira-kira 150,000 ahli Umno akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka pada 19 dan 22 Oktober ini untuk memilih barisan kepimpinan baik di peringkat bahagian dan juga kebangsaan. Pemilihan kali ini seperti biasa berlangsung dalam suasana hangat dan sejuk. Pemilihan peringkat bahagian tidak menjadi perhatian umum sangat, sebaliknya pemilihan untuk jawatan Naib Presiden dan ahli MKT serta ketua pemuda dan wanita menjadi tumpuan.

Mulai kelmarin semua calon sudah dibenarkan berkempen. Umno menyediakan mekanisme tersendiri untuk calon-calon berkempen. Bagaimana pun ada juga yang merasakan kaedah atau mekanisme itu tidak begitu memuaskan dan adil. Ada beberapa calon menyuarakan rasa kurang puas hati dengan peraturan yang dibenarkan. Misalnya Mukhriz Mahathir merunggut meminta semua calon dibenarkan berkempen secara bersendirian bukan, beramai-ramai seperti kini.

Matlamat Umno dengan mengubah kaedah pemilihan antara bertujuan untuk mengurangkan politik wang (rasuah) di dalam parti berkenaan. Itulah antara tujuannya di samping untuk menunjukkan Umno sebuah parti yang demokratik dan bersih. Tindakan itu diambil sebab rasuah di dalam Umno sudah menjadi ‘air minum nasi makan’ ia sudah membudaya dan menyerap sampai ke akar umbi. Rasuah bukan sahaja di peringkat tertinggi merebut jawatan presiden, timbalan, naib atau ahli MKT tetapi peringkat ketua bahagian hatta ketua cawangan juga.
 Menyedari situasi itu kalau ia tidak dibendung akhirnya Umno akan musnah bukan kerana kekuatan lawannya tetapi sistem korup yang diamalkan.

Audit: Jangan selindung, nafi kesilapan

DATUK DR MOHD TAP SALLEH   
LAPORAN Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan baru-baru ini mendapat reaksi pelbagai pihak, malah ramai yang terkejut dengan jumlah pembaziran  dan ketirisan yang dilaporkan.

Ada dalam kalangan masyarakat memberi maklum balas negatif terhadap laporan 32 jilid itu dan ada juga yang memberikan pandangan bahawa laporan ini penting untuk membaiki kekurangan dalam pentadbiran negara.

Institut Integriti Malaysia (IIM), sebagai agensi penyelaras dan pemantau pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN), tidak ketinggalan memainkan peranannya.

Ikuti temubual wartawan Sinar Harian, Azimah Ghazali dan jurufoto Safwan Mansor bersama Presiden IIM, DATUK DR MOHD TAP SALLEH  yang  mengulas laporan tersebut.
Boleh Datuk berikan pandangan secara umum berhubung Laporan Audit 2012 kali ini?
Kalau lihat pembentangan kali ini, tidak dibuat setahun sekali tetapi tiga kali supaya isu-isu dibangkitkan itu boleh ditangani dengan cepat tak tunggu hingga hujung tahun baru dibentangkan.

Pembentangan pertama dan kedua telah dibuat, manakala kali ketiga pada hujung tahun. Ini untuk membantu kerajaan mengatasi atau membetulkan perkara dibangkitkan pihak audit. Pada waktu sama, ia dapat memastikan perkara yang tidak sepatutnya berlaku boleh dibetulkan.

Selain itu, ada yang bertanya kepada saya, mengapa isunya lebih kurang sama dengan tahun-tahun lepas, tidak banyak perbezaan. Ianya mengundang pertanyaan mengapa tidak adanya perubahan dalam agensi kerajaan. Ini isu yang dibangkitkan.

Pada mata kasar saya ada peningkatan baik terhadap perkara yang ditegur pihak audit sebelum ini. Misalnya jumlah ketirisan itu nampak berkurangan, saya tak buat dengan terperinci, tapi jika dilihat sepintas lalu, kerugian agak berkurangan dari segi kosnya, itu pandangan saya.

Yang kedua, perkara  dari aspek penyelewengan dan rasuah juga berkurangan jika dilihat sepintas lalu, jika dibandingkan tahun-tahun sebelum ini. Jika ada kata ia lebih serius dari sebelum ini, itu pandangan masing-masing.

Does BN care about the AG Report?

Had the Auditor-General's Report carried any weight, it would have played a role in bringing about the much needed changes.

Prime Minister Najib Tun Razak has wasted RM28.8 million to rent and another RM5.5 million as maintenance costs on for his private jet for a year – this is just the tip of the iceberg coming from the Auditor-General’s 2012 Report.
Unlike Najib, Singapore premier Lee Hsien Loong has no qualms travelling first class on Singapore Airlines and Penang Chief Minister Lim Guan Eng on economy class. So why does Najib and the other VVIPs be pampered with a private jet?
Malaysia has seven executive jets for official use by the Yang di-Pertuan Agong, Deputy Yang di-Pertuan Agong, Prime Minister and Deputy Prime Minister, to carry out official businesses of the nation.
If pampering the seven VVIPs with one jet each was not sinful enough, the government between 2010 and 2012 gladly wasted US$25.2 million (RM80.53 million) for rental, RM16.515 million for maintenance and RM3.32 million on improvement of the VVIP jets.
This is not all. If Najib is all for digging into the nation’s coffers, the Royal Malaysia Police on the other hand needs a rapping for its being highly irresponsible, to the extent that it lost assets worth RM1.33 million in the past three years, including firearms, handcuffs and even vehicles.
The AG report noted that between 2010 and 2012, the police lost 156 units of handcuffs, 44 units of firearms, 29 vehicles, 26 walkie-talkies, 22 radios, six cameras, four computers, one cell-phone and 21 unspecified items.
Now, how does the Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar expects the rakyat to digest this piece of news, of comprehending the fact that the police and ‘safety’ do notgo hand in hand?
If this piece of revelation was not damaging enough to the already battered and bruised PDRM, the IGP in his folly took the foolish way out when he decided to placate worried Malaysians that the missing guns did not fall into the hands of criminals and had instead fallen into the sea during certain operations.
How sure is Khalid that criminals are not in possession of police weapons? Or for that matter does it not give Khalid sleepless nights that his subordinates recklessly ‘lose’ their firearms during operations?

Saya teringat pula perbidalan lama: 'macam jakun dapek bogheh'

Rakyat tahu yang kerajaan sekarang merupakan kerajaan yang berbelanja secara membazir dan budaya ini sudah terbentuk hampir tiga dekad dahulu. Dari waktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri belanja untuk menyelenggarakan perbelanjaan seorang Perdana Menteri sangat besar dan semuanya itu dibayar dari wang rakyat.

Oleh kerana mereka tidak merasakan bagaimana susahnya rakyat berkerja dan membayar cukai maka mereka hanya membelanjakan wang rakyat itu mengikut hawa nafsu mereka masing-masing. Tidak ada perasaan bersalah dan tidak peduli dengan apa yang rakyat kata. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri mereka.

Baru-baru ini Dewan Rakyat di beritahu bahawa dalam tempoh tiga tahun sahaja belanja untuk perjalanan Perdana Menteri Najib dengan Jet Eksekutifnya memakan perbelanjaan sebanyak hampir RM100 juta. Hampir RM 30 juta setahun di bazirkan dengan membayar bill jet peribadi Perdana Menteri dan ini merupakan satu budaya yang sangat gila dan tidak masuk akal.

Kita tidak faham kenapa Perdana Menteri kita mesti menggunakan jet peribadi untuk terbang ke merata dunia. Kenapa tidak menggunakan penerbangan komersial MAS misalnya seperti lazim digunakan oleh banyak pemimpin negara lain. Perdana Menteri Singapura hanya menggunakan penerbangan SIA sahaja dan beliau boleh juga sampai kemana-mana dalam dunia ini.

Kenapa Zahid Hamidi Terlalu Emosional?

Sejak timbulnya isu berkenaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dan kemudian laporan audit yang mengaitkan wujudnya beberapa kelemahan dalam agensi Kementerian Dalam Negeri, Zahid Hamidi menjadi menteri yang paling kacau dan tidak tenteram jiwanya. Tindakan dan gelagatnya beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan beliau seolah-olah seorang pemimpin yang tidak boleh ditegur dan hanya mahu berita yang baik-baik saja mengenai diri dan kementeriannya.

Melihatkan gelagatnya dalam video yang kini tersebar luas di blog dan media sosial bagaimana beliau begitu emosi dengan wartawan sebuah portal berita yang tidak disenanginya kerana didakwa sering memutarbelitkan kenyataan dan memberi laporan tidak baik mengenai kementeriannya, pasti ada yang menggeleng kepala dan mempertikaikan kematangannya sebagai seorang pemimpin.

Dalam video itu terlihat bagaimana Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berulangkali meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap portal berita berkenaan, bahkan mempertikaikan bagaimana wartawan berkenaan boleh dijemput dan hadir di majlis yang diadakannya. Lebih dari itu, Zahid juga tidak membenarkan wartawan berkenaan bertanya soalan kepadanya dan di akhir majlis pula beliau sekali lagi memberi amaran dan tidak mahu bersalam dengan wartawan berkenaan.

Sebagai pemimpin yang sepatutnya tahu peranan media menyebarkan maklumat kepada orangramai, tindakan Zahid dilihat agak keterlaluan dan tidak matang. Kalau pun beliau ingin menunjukkan ketegasan dan keberanian serta tidak mahu dibayangi Menteri Dalam Negeri terdahulu yang asyik memberi amaran tetapi tiada tindakan, tentulah bukan begitu caranya.

Media mempunyai peranannya yang tersendiri kepada masyarakat dan mereka seharusnya dilayan dengan baik dan sopan. Anggap saja kehadiran mereka sebagai tetamu. Jika tidak, maklumkan daripada awal bahawa sidang akhbarnya itu hanya untuk media tertentu saja dan selainnya diminta meninggalkan majlis dengan baik.

Zahid Hamidi digesa hormati tugas wartawan

zahid-malaysiakiniSHAH ALAM 6 OKT : Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi digesa menghormati tugas wartawan menanyakan soalan berkepentingan awam.
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, Zahid selaku Menteri pula perlu memberikan jawapan tepat berkaitan kehilangan senjata milik Polis yang dilaporkan dalam Laporan Audit Ketua Negara 2012.
“Soalan yang dikemukan wartawan itu bukanlah suatu tuduhan tetapi perkara yang sudah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012,” katanya.
Tian Chua berkata, Zahid Hamidi perlu memastikan kejadian kehilangan senjata milik pihak Polis tidak berulang dengan membuat penambahbaikan pasukan itu di masa hadapan.
“Kalau berani sepatutnya Zahid Hamidi memberikan ‘amaran’ itu kepada Ketua Audit Negara dan bukannya wartawan Malaysiakini,” kata Tian Chua ketika dihubungi TVSelangor.

“Anjing Umno”: Saya katakan yang benar, kata Tony Pua

Ketua Publisiti DAP Tony Pua  mempertahankan kenyataannya merujuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai "anjing Umno" apabila berkata beliau "hanya memperkatakan apa yang benar".

"Bukankah Utusan bangga melaksanakan arahan Umno? Kenapa mereka merungut? Saya katakan yang benar," kata Pua kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata akhbar berkenaan telah beberapa minggu mendesak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang termasuk beberapa pemimpin tertinggi ditolak perwakilan ketika pemilihan ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) parti itu.

Bagaimanapun jelasnya, kenyataan-kenyataan dikeluarkan Utusan tidak lain hanyalah menyuarakan kenyataan Umno.

"Jadi dimana silapnya? Perwakilan kami memperlihatkan Utusan umpama meludah ke langit, itu realitinya," kata Pua.

Ali Rustam kecewa pengundi Cina tak kenang jasa UMNO..??





 
Bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau bertanding jawatan naib presiden Umno kali ini antara lainnya kerana kecewa apabila jasanya tidak dihargai oleh kumpulan pengundi Cina semasa pilihan raya umum 5 Mei.

Mohd Ali yang menimbulkan soal 'tsunami Cina” dalam wawancara disiarkan Mingguan Malaysia itu berkata, beliau memilih untuk mempertahankan hak orang Melayu dan Islam kerana tidak mahu membiarkan desakan DAP.

Dalam wawancara itu, Mohd Ali pada awalnya ditanya sekiranya beliau telah mendapatkan pendangan dari golongan Cina berhubung keputusannya untuk bertanding bagi merebut jawatan naib presiden Umno kali ini.

Katanya, golongan MCA memberitahunya bahawa mereka tidak dapat menyatakan kehendak mereka kerana “DAP dan Dong Zong telah cucuk masyarakat Cina” untuk mengambil alih pentadbiran persekutuan dan negeri.

The future of the Free Syrian Army

Hezbollah State: Key Middle East player withdraws troops from Syria

"Pendedahan Laporan Audit" Apa Reaksi Rakyat

Harga gula dan tepung akan naik?


Pertengahan September lalu, Menteri Pedagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hassan Malik memberi jaminan harga gula dan tepung tidak akan naik.
Namun, hari ini menteri yang sama memberikan bayangan, kerajaan akan menurunkan subsidi untuk kedua-dua barangan keperluan utama itu.
Penjelasan terperincinya mengenainya akan dimaklumkan melalui pembentangan Bajet 2014 25 Oktober nanti, lapor akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times hari ini.
"Tujuan kerajaan adalah untuk memperkukuhkan ekonomi. Kami tidak mahu jadi seperti Amerika Syarikat, di mana ekonominya telah tertutup," katanya selepas memberikan penjelasan tentang isu-isu semasa kepada penjaja kecil di Ipoh, Perak.
Pengguna yang sudah merasai beban kenakan harga minyak sebelum ini diminta Hassan agar melihat secara positif apa yang dibuat kerajaan kerana ia untuk kepentingan kesemua pihak.

"Sesuatu perkara kadang-kadang perlu dibuat. Bagi saya, kepentingan negara harus diutamakan," katanya.
Sebelum ini, Hasan berkata, pengeluar gula dan tepung telah memberi jaminan harga kedua-duanya tidak akan dinaikan.
“Pengguna juga tidak perlu bimbang kerana mereka diberi jaminan bekalan bahan adalah cukup untuk keperluan mereka," kata Hassan sebagaimana yang disiarkan Utusan Malaysia 13 September lalu.

Lagi amaran Zahid pada wartawan..!!


 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghalang sekumpulan wartawan dari melaporkan kenyataannya berhubung perbincangan dalam satu forum tertutup mengenai isu keselamatan.

Laporan Oriental Daily menyebut, Ahmad Zahid membuat satu kenyataan “sensitif” dalam forum berkenaan dan memberi amaran kepada petugaas media terbabit untuk tidak membuat laporan.

Beliau didakwa memberi amaran bahawa syarikat akhbar terbabit boleh ditutup sekiranya melaporkan perkara itu, lapor akhbar berbahasa Cina tersebut.

Laporan itu menyebut, menteri berkenaan bertindak demikian selepas menyedari kehadiran beberapa orang wartawan di kalangan hadirin.

Ahmad Zahid seterusnya dilaporkan “menjemput” para wartawan tersebut untuk meninggalkan acara tersebut.

Utusan UMNO mahu Chin Tong ganti Guan Eng pimpin DAP..!!


Lim Guan Eng (gambar) seharusnya melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP memandangkan pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP tempoh hari gagal mendapat "undi popular" daripada perwakilan, kata Awang Selamat.
Dalam ruangan Bisik-Bisik laman akhbar Umno itu berkata, bagi menghormati semangat undi popular yang digunakan Guan Eng mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya 2013 lalu, beliau perlu memberikan jawatan berkenaan kepada ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang memperoleh majoriti undi tertinggi.
Ketika pemilihan CEC itu berlangsung, Guan Eng hanya menduduki tempat kelima dengan‎ 1,034 undi daripada 1,1725 perwakilan sedangkan Chin Tong menduduki tempat pertama dengan 1,143 undi.
"Dengan kelebihan atas kedudukannya sebagai Setiausaha Agung apatah lagi Ketua Menteri Pulau Pinang dan anak kepada Lim Kit Siang, kejatuhan tangga kedudukan itu adalah isyarat daripada perwakilan yang tidak mahu menobatkan Guan Eng pada kedudukan teratas, kata Awang dipetik Mingguan Malaysia.

Audit: DAP lapor polis terhadap Khazanah dan KBS


 Ahli Parlimen Segambut (kiri) dan rakannya menunjukkan laporan polis yang dibuat Ahli Parlimen Segambut (kiri) dan rakannya menunjukkan laporan polis yang dibuatDAP membuat laporan polis terhadap pendedahan laporan perbelanjaan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 berhubung  pembayaran artis K-Pop  sempena program Hari Belia Negara 2012 dan juga terhadap Khazanah Nasional Berhad.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng telah membuat laporan polis berkenaan pada 9.25 pagi semalam di Balai Polis Jinjang.
Dalam laporan polis yang diedar kepada media hari ini, Lip Eng menggesa polis menyiasat pendedahan yang dibuat oleh laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang itu sekiranya mengandungi unsur penyelewengan, rasuah, penipuan dan juga jenayah.
"Saya minta pihak polis menyiasat semua dedahan dalam laporan Ketua Audit Negara khususnya dua perkara di atas sama ada unsur-unsur penipuan, rasuah penyelewengan, dan jenayah yang lain telah dilakukan dan sekiranya ada saya minta tangkapan dibuat dengan kadar segera," kata laporan polis berkenaan.

PAS tetap menolak Syiah - Harun Taib

Utusan, ROS Anjing Umno : NGO Buat Laporan Polis Terhadap Tony Pua..!!!

Rival demonstrations called in Egypt

Gaza under occupation 40 years after 1973 war

Suburkah demokrasi dalam UMNO?

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Suburkah demokrasi dalam UMNO? Soalan ini sukar dijawab, tetapi merujuk kepada kenyataan MB Negeri Sembilan DS Mohamad Hasan, UMNO masih bertatih dalam melaksanakan demokrasinya. Ini kerana peraturan dalam pemilihan UMNO ketat sekali sehingga calon tidak boleh berkempen secara bersendirian bagi bertemu dengan ahli UMNO. Beliau berkata, jawatan ketua kelas pun kena kempen inikan pula bertanding untuk merebut jawatan tertinggi parti? 

Kaburnya demokrasi dalam UMNO boleh diperkukuhkan lagi dengan sekatan yang dikenakan ke atas ahlinya yang ingin bertanding. Semalam saya bercerita panjang dengan Dr Najmil Faiz Mohamed Aris, seorang anak muda yang berhasrat untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, tetapi disekat atas alasan pencalonan beliau tidak layak kerana bertentangan dengan Fasal 15.5 Perlembagaan UMNO, iaitu: “Calon-calon yang ingin bertanding untuk mana-mana jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian hendaklah mendaftarkan dirinya dan telah menjadi ahli sekurang-kurangnyua tiga (3) tahun.”

Bahas@Debat Bukan Budaya: Mukhriz sambut baik cadangan calon naib presiden berbahas

Calon naib presiden Umno, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menyambut baik cadangan bekas Timbalan Presiden Umno, Tun Musa Hitam supaya semua calon naib presiden ditampilkan serentak menerusi televisyen untuk membahaskan idea mereka.

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata sekiranya ibu pejabat Umno bersetuju forum seumpama itu diadakan, beliau sedia menyertainya.

Beliau berkata ia boleh memberi ruang kepada calon untuk berkongsi fikiran masing-masing dalam memberi sumbangan kepada parti serta memberi peluang kepada perwakilan untuk membuat pilihan yang tepat.

TG Nik Aziz redakan isu ulama dan bukan ulama dalam PAS


Selepas Presiden, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) pula bersuara untuk menghentikan kerengganan dalam PAS antara ulama dan profesional dalam PAS.
Ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan, Nik Aziz berkata,  sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat memacu  pentadbiran kerajaan Islam bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan diasaskan baginda Rasululllah SAW, lapor media rasmi parti itu, Harakahdaily.
“Islam sejak awal lagi satukan ulama  dan profesional dalam sebuah pentadbiran. Cuma sekarang ada pihak yang cuba hendak pisahkan ulama dan profesional dengan mewujudkan entiti yang berasingan," kata Nik Aziz.
Sebelum ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masuk campur bagi meredakan jurang antara ulama dan profesional menjelang pemilihan PAS pada muktamar ke-59 November ini.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Presiden PAS itu berjaya meredakan sebahagian  ketegangan itu dalam Liqa' Fikri (pertemuan pemikiran) Sabtu minggu lalu dengan menasihati perwakilan yang akan bertanding supaya menjauhkan sebarang kempen yang boleh menjejaskan perpaduan parti Islam itu.
"Semasa mesyuarat minggu lepas itu, Presiden menasihati pemimpin dan mereka yang bertanding supaya tiada unsur luaran mengganggu-gugat parti dalam pemilihan kali ini,” kata sumber selepas menghadiri pertemuan tersebut.

Audit: Sampai bila mahu begini?


Kalau pendedahan kajian Ernst and Young minggu lalu tidak lagi menjadikan kita geram, marah dan berang, Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang minggu ini mungkin juga tidak lagi menimbulkan apa-apa reaksi keras dari rakyat.

Ya, mungkin saja sebahagian besar rakyat sudah mangli atau bosan dengan paparan seperti ini.  Mungkin ada juga yang mula merasakan khasnya yang nekad memilih Umno-BN juga kerana takut kepada pemerintahan baru yang mengkesampingkan Melayudan Islam, telah mula berasa tertipu.

Propaganda menakut-nakutkan rakyat reda tak dimainkan sehebat ketika berkempen.Tampak jelas adalah dari hal janji-janji sebelum pilhanraya semakin menyerlahkan belang sebenarnya. Satu persatu semacam dirungkaikan.

Antaranya; isu subsidi petrol dan diesel yang janjinya tak mahu membebankan rakyat, Akta Pencegahan Jenayah atau Preventive Crime Act PCA jelmaan baru ISA yang dulunya mahu dihapuskan, cukai GST yang tidak akan dilaksanakan disebut-sebut akan dimasukkan dalam Budget 2014, perbekalan tambahan sebanyak RM14 bilion yang memburukkan lagi deficit fiskal meskipun yang dijanji adalah perbelanjaan berhermat kerajaan untuk mengurangkan defisit belanjawaan.

Janji PM Najib untuk memerangi rasuah sudah sedia dimaklumi rakyat. Ia adalah semacam sumpahnya dalam pelancaran NKRAnya dan Pemandu bertanggungjawab mempastikan janji dan sumpahnya ditunaikan. Najib nyata gagal!

Wang punca penentangan terhadap Ahmad Said di Kemaman

Sebaliknya bekas ADUN Air Putih, Datuk Haji Harun Hassan yang membangkitkannya dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian.

KEMAMAN: Wang dikatakan punca penentangan jawatan utama di Bahagian Kemaman. Menurut sumber, Mat Dalam Awang, 60, menentang Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bagi jawatan Ketua Umno Bahagia Kemaman berpunca dari wang ehsan.
Wang ehsan yang diberi kepada rakyat Terengganu menjelang hari raya Aidilfitri tidak diberi di tiga DUN di Kemaman (Kemasik, Air Putih dan Cukai)  tahun ini kecuali di DUN Kijal yang diterajui Ahmad Said.
Ini yang menimbulkan kemarahan ahli Umno kepada Ahmad Said dan ia juga menjadi punca kenapa Mat Dalam mencabar Ahmad Said bagi jawatan tersebut.
Ahmad Said dikatakan marah kerana BN tewas di DUN Cukai kepada calon PAS, Hanafiah Mat dengan majoriti 2,446 undi. Hanafiah mendapat 12,457 undi manakala calon BN yang juga Setiausaha Politik Menteri Besr, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid mendapat 10,001 undi.
Walaupun calon Naib Ketua Bahagian, Wan Hakim Wan Mokhtar yang menentang Wan Ahmad Nizam mendakwa beliau yang membangkitkan kenapa wang ehsan tidak diberi kepada tiga DUN dalam mesuarat jawatankuasa Umno Bahagian Kemaman, tetapi menurut sumber, Wan Hakim tidak pernah menyuarakan soal tersebut.
Sebaliknya bekas ADUN Air Putih, Datuk Haji Harun Hassan yang membangkitkannya dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian.
Membela

Mat Sabu memang seorang pemimpin yang hebat

Timmy Say

Hubungan rapat antara Mat Sabu (kanan) dan Takiri terbukti dalam majlis malam tadi, 5 Oktober, 2013Hubungan rapat antara Mat Sabu (kanan) dan Takiri terbukti dalam majlis malam tadi, 5 Oktober, 2013Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, resume rakyatnya tidak perlu banyak perkataan untuk dihurai. Selain hebat, ialah mengkagumkan.
Di zaman mudanya, Abang Mat keluar masuk penjara memperjuangkan apa yang dipercayainya sebagai benar. Ramai orang takut pada ISA, tetapi tidak pada Abang Mat. PAS adalah wadah perjuangannya, dan tiada apa yang boleh menyebabkan Abang Mat keluar daripada PAS.
Nama Mat Sabu sudah sinonim dengan PAS. Abang Mat adalah simbol toleransi dan friendliness (mudah bersahabat) bagi PAS.
Rakan-rakan bukan Islam cukup menyayanginya. Rakan-rakan seperjuangannya menghayati pengorbanan beliau.
“Cubalah kamu ikut saya seminggu. Tengoklah kamu boleh tahan tak?” begitulah cabaran Abang Mat pada saya selalu.
Memang sukar untuk mengikut jadual Abang Mat. Hanya manusia yang kental seperti beliau boleh menunaikan semua temujanji itu.
Namun, sehebat-hebat Abang Mat, beliau cumalah seorang manusia biasa yang ada kekurangannya.
Seperti para peminat artis pujaan, menyebut mengenai kekurangan Abang Mat akan menyinggung perasaan orang yang amat menyayanginya. Membandingkan Abang Mat dengan sesuatu yang lebih baik juga akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada para peminatnya, lebih-lebih lagi apabila Abang Mat adalah Timbalan Presiden PAS.
Namun, itu lumrah manusia kerana sememangnya ada perkara yang lebih disukai dan ada perkara yang tidak berapa disukai.
Semalam timbul kontroversi seperti yang tertera di atas apabila Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr Mohd Khairudin Aman Razali dalam satu laporan The Malaysian Insider bertajuk “Timbalan presiden: Mat Sabu jangan kecil hati, kata ulama PAS” menyebut “Timbalan presiden PAS sekarang, Mohamad Sabu adalah seorang pemimpin yang hebat. Cuma barangkali yang kurang adalah fakih (mendalam) soal agama.”

Dari Ketua Polis Negara ke NGO, Musa tidak minat sertai politik

HASBULLAH AWANG CHIK


Penantian saya terhenti apabila bunyi deruan enjin sebuah motosikal memasuki ruang parkir sebuah hotel.
Tepat jam 5 petang, orang yang dinanti tiba seperti dijanjikan dengan mengenakan kemeja lengan pendek biru muda dan berseluar hitam namun motosikalnya diletakkan jauh tidak seperti orang kenamaan lain yang mahu mendapat ruang utama.
Setelah memesan minuman, personaliti ini Tan Sri Musa Hassan (gambar) selesa menceritakan penambahbaikan yang dilakukannya semasa menjawat jawatan Ketua Polis Negara.
“Saya memandang serius terhadap kegiatan haram seperti perjudian, pelacuran dan pinjaman wang tidak berlesen. Pada masa itu, rakyat berasa terancam dengan tindakan sindiket haram kerana mereka menjadi mangsa dan banyak laporan polis telah dibuat.
“Mereka menggunakan keganasan dan mewujudkan kumpulan kongsi gelap untuk menjaga kegiatan mereka supaya kawasan mereka tidak diganggu oleh pihak lawan.
“Masalah jenayah dalam negara boleh dikurangkan sekiranya setiap agensi kerajaan memainkan peranan mereka seperti memastikan pelajar asing yang datang ke negara ini belajar dan perkara ini di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan,” katanya kepada The Malaysian Insider dengan nada tenang dan kata yang tersusun.
Beliau turut melahirkan kekesalan apabila aktiviti penjenayah mendapat sokongan orang yang berkepentingan dalam negara kerana menurutnya hal ini menyukarkan pihak polis kerana tidak dapat mengambil tindakan tegas disebabkan sokongan tersebut.
Katanya, semasa memimpin pasukan polis, beliau amat menitik-beratkan integriti dan cuba memperbaiki pasukan polis setelah laporan Suruhanjaya Aduan dan Penambahbaikan Pasukan Polis (IPCMC) mendapati polis banyak terlibat dengan rasuah.

Tahaluf siyasi: PAS tidak pernah rugi..!! Yang rugi UMNO@BN....


PAGOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa tahaluf siyasi yang diamalkan parti itu tidak pernah merugikan PAS, malah dalam banyak segi ia menguntungkan.

"PAS pernah beri kerusi pada Datuk Onn Jaafar untuk bertanding dalam pilihan raya," katanya ketika berucap pada Ijtimak Tarbawi 3.0 di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi Kundang Ulu Ledang, dekat sini, semalam

Tegasnya lagi, PAS pernah bekerjasama dengan Semangat 46 dan DAP sehingga berjaya mengembalikan Kelantan ke pangkuan PAS.

Kemudian pada tahun 1999, PAS bekerjasama pula dengan PKR dan hasilnya berjaya menang di Terengganu pula serta menguatkan pengaruh di Kedah.

Malah PAS mula melebarkan pengaruh ke beberapa negeri lain.

Sehingga PRU12 sokongan terhadap PAS terus meningkat sehingga menguasai Kedah pula di samping mula bertapak di Johor dan menguatkan penguasaan di Selangor dan Perak.

Oleh hal yang demikian sepanjang sejarah PAS bekerjasama dgn lain-lain parti politik, PAS terus berkembang dan semakin kuat.

Lagi rusuhan kaum jika Melayu kekal miskin, kata Perkasa..!!! Melayu UMNO..???


Presiden Perkasa, Ibrahim Ali - Kebajikan orang Melayu perlukan jaminan daripada pihak kerajaan.Presiden Perkasa, Ibrahim Ali - Kebajikan orang Melayu perlukan jaminan daripada pihak kerajaan.Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak menolak kemungkinan satu lagi rusuhan kaum akan tercetus sekiranya kaum Melayu masih kekal miskin di negara ini sambil mahu pembelaan segera daripada kerajaan selain program pemerkasaan ekonomi Bumiputera yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata kebajikan orang Melayu yang merupakan 60% daripada 28 juta populasi rakyat Malaysia perlu diberi perhatian dengan menjamin keselamatan dan kestabilan politik mereka.
“Apa jaminan yang dapat kerajaan berikan tiada rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 sekiranya orang Melayu kekal tidak mendapat pembelaan?
“Rusuhan kaum pada 1969 tercetus akibat pengagihan kek ekonomi yang tidak adil antara kaum. Orang Melayu masih gagal mendapat pegangan ekonomi 30% meskipun negara telah mencapai kemerdekaan selama 56 tahun.

Audit: Pengurusan belanja kerajaan BN makin lemah

Pengurusan perbelanjaan kerajaan dilihat semakin hari semakin lemah berdasarkan laporan Ketua Audit Negara  yang menunjukkan berlakunya perbelanjaan dan pembelian tidak masuk akal.

Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Amir Baharuddin berkata, akibatnya rakyat terpaksa menanggung kerugian berikutan ketidakcekapan menguruskan kewangan sektor awam berkenaan.

"Perbelanjaan perlu cekap dan berhemat kerana kerajaan bekerja untuk rakyat. Rakyat yang miskin tetap miskin. Apa yang berlaku disebabkan kita tidak menjaga amanah negara dengan baik.

"Sejak dua tahun lalu, (ketidakcekapan) nampak serius. Kalau dilihat daripada Laporan Audit itu ada perbelanjaan dan pembelian yang tidak masuk akal," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Children under fire in Syria

Egypt tightens security, warns Muslim Brotherhood

Obama calls impact of government shutdown 'heartbreaking'

AP Interview: Obama Talks Budget, Iran, Redskins

AP Interview: Obama on the Budget Battle

Andrew Simmons updates on naming of Nairobi mall attackers

Al-Shabab pins Somalia raid on Turkey and UK