Sabtu, 5 Oktober 2013

Kenapa tidak difikirkan sebab apa pengundi lari daripada PAS walaupun hakikatnya meluat pada UMNO..!!

Mat Saman Kati

Dalam PRU 13 yang lalu, penceramah-penceramah, calon-calon, pemimpin dan tukang kempen PAS menggunakan taktik memburukkan lawan. Maki hamun lawan. Tak cukup dengan tenaga yang ada, dipanggil mereka yang murtad Umno untuk berceramah menceritakan keburukan Umno.

Dalam masa yang sama, tukang-tukang kempen ini tidak menceritakan apa sistem alternatif yang hendak dibawa. Dan diakhir ceramah..masing-masing meminta pengundi mengundi depa.

Pengundi bukan bodoh. Hangpa cakap pung-pang...pengundi tahu hangpa cuma nak jadi YB. Diakhirnya...pengundi tak mau undi PAS sebab hangpa cuma tau menceritakan keburukan orang lain. Akhirnya PAS bukan saja kehilangan satu negeri..malah menjadi parti minoriti dalam PR dari jumlah kerusi.

Bukan depa suka sangat kat Umno..tapi pasai depa meluat dengan orang yang hanya tahu tentang keburukan orang lain.

Strategi yang gagal dalam PRU lalu sekarang dibawa dalam Pemilihan AJK PAS pulak.

Israel dumps on Palestinian rubbish depot

Iran: Diplomatic charm or harm?

Army prepares as marches planned in Egypt

Adakah rakyat terlalu pemaaf atau diperbodohkan oleh pemerintah BN...?

Oleh: hishamahmad

"Sejak begitu lama kita didedahkan dengan salah laku, penyelewengan, pecah amanah, rasuah hinggalah kepada ketidakcekapan dalam melakukan kerja dan dalam menjaga amanah pada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan melibatkan wang rakyat yang banyak. Tapi kita hanya pejamkan mata, atau buat tidak kisah, bahkan kita salahkan orang yang mendakwa begini ..... ah, ini mesti kerja pembangkang yang dengki!

Namun kemudian kita dikemukakan dengan bukti daripada jabatan audit negara sendiri. maka terconganglah kita!  namun rakyat yang baik ... telah bersifat memaafkan... 
Kini keluar lagi ... Laporan Audit yang terbaru. apa nak hairan! laporan ini  sekadar mengesahkan dan mengulang-sahkan segala bentuk penyelewengan dan ketirisan yang pelbagai yang berterusan berlaku.
Persoalannya, adakah rakyat akan sekali bersikap ... pemaaf? 
Marilah kita saksikan kronologi sebahagian bukti ini:-

(1)   Sejak Skandal kes Bank Bumiputra Malaysia Finance bernilai RM2.5 bilion[1] yang menyebabkan pembunuhan seorang eksekutif pengurusan muda bernama Jalil Ibrahim[2]  dan skandal kes kerugian Bank Rakyat yang membiayai pertandingan antara petinju agung Muhammad Ali dan Joe Bugner yang menyaksikan tokoh politik melayu, Dato Harun Idris ke penjara[3], negara kita masih terus dirundingi dari masa ke semasa dengan kes-kes pecah amanah yang besar sehinggalah ke hari ini

(2)   Tragedi Highland Towers[4] (keruntuhan kondominium) di Taman Hillview, Ulu Klang pada 11 Disember 1993.

(3)   kes keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong, Terengganu pada 2 Jun 2009 yang baru setahun dibina dengan kos RM270 juta,[5]

(4)   Skandal kes makmal komputer zon Pantai Timur bernilai RM140 juta[6], skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang[7] bernilai  berbilion ringgit dan pelbagai lagi kes.

(5)   kes projek-projek perumahan terbengkalai di mana menurut statistik kementerian perumahan dan kajian tempatan, terdapat 111 pemaju perumahan yang terlibat dengan projek perumahan terbengkalai setakat tarikh 30/11/2012[8].

Audit: Tak gerun undang-undang akhirat

Nik Abdul Aziz
KOTA BHARU – Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan ketidaksempurnaan dalam pentadbiran sesebuah kerajaan berlaku berikutan tidak ada rasa gerun kepada undangundang ALLAH sebaliknya lebih takut kepada peraturan yang diwujudkan manusia.

“Apa sahaja salah laku yang dibuat oleh manusia, tidak kira di Kelantan ataupun di mana sekalipun berpunca daripada orang hormat pada undang-undang yang orang buat dan orang tersebut tidak hormat pada undang-undang ALLAH.

“Kalau kita letak tumpuan kita kepada undang-undang ALLAH, kita akan rasa bahawa ALLAH lebih berkuasa, lebih bijak dan pandai, maka automatik orang tak berani nak melawan, selagi kita didik orang hormat pada orang undang-undang yang kerajaan buat, selama itu lah kegerunan itu tiada,” katanya kepada media semalam.

Bual Bicara Bersama Facebookers | 15 September 2013 (FULL HD)

Syiah & Liberal PAS Wajib Bersihkan demi Kesucian Jemaah -YB Senator alSheikh Dato' Dr Johari Mat

Corat-coret Ijtimak Tarbawi 3.0


1. Lokasi Ijtimak memang baik kerana mempunyai kawasan yang luas untuk gerai-gerai jualan dan parkir kenderaan peserta, namun liputan internet dan telefon amat perlahan atau tiada langsung.

2. Sekumpulan peserta dari Terengganu tiba agak lewat dan singgah untuk mandi di air terjun gunung ledang resort. Apabila ditanya di mana menginap, mereka menjawab, "tak tahu lagi."

3. Seperti biasa unit amal begitu cemerlang melaksanakan tugas mereka terutamanya mengawal lalulintas dan parkir. Ini penting untuk mengelakkan aktiviti penduduk setempat terganggu.

Kudeta Mesir: 4 Terbunuh Dalam Pertempuran Di Bundaran Tahrir



Empat orang gugur dan puluhan yang lain mengalami kecederaan di dalam pertempuran yang berlaku diantara pendukung bekas Presiden Mohamed Morsi dengan mereka yang anti-Morsi.

Sebaik selesai solat Jumaat waktu tempatan (4/10), ribuan pendukung Ikhwanul Muslimin (IM) berbondong-bondong menuju Bundaran Tahrir untuk memprotes tentera yang telah menggulingkan Morsi. Menghadapi aksi ini, polis telah menembak gas pemedih mata dan memberikan tembakan amaran bagi membubarkan para demonstran.

Sebagaimana disiarkan oleh MENA (Sabtu, 5/10), Jurubicara Kementerian Dalam Negeri Mesir, Sayed Shafiq, mengatakan, seorang pemuda anggota Ikhwanul Muslimin terbunuh ditembak di Jalan Qaser Aani, tidak jauh dari Bundaran Tahrir. Sementara tiga yang lain terkorban di Jalan Ibnu Sinder di daerah Heliopolis, Kaherah berdekatan dengan istana presiden.

Para demonstran meneriakkan slogan-slogan menentang tentera dan Menteri Pertahanan Abdel Fattah Al Sisi yang memimpin kudeta menumbangkan Morsi.

Gandingan ulama, profesional sejak zaman khilafah


MACHANG: Sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat memacu  pentadbiran kerajaan Islam bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan diasaskan baginda Rasululllah SAW.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat mentadbir kerajaan ketika itu.

“Islam sejak awal lagi satukan ulama  dan profesional dalam sebuah pentadbiran. Cuma sekarang ada pihak yang cuba hendak pisahkan ulama dan profesional dengan mewujudkan entiti yang berasingan.

“Mereka lakukan semua itu berpangkal dari sejarah yang panjang. Ini kerana di zaman awal gereja menguasai segenap aspek kehidupan manusia di barat. Dan lama-kelamaan akhirnya timbul penentangan bagi memisahkan kerajaan dengan gereja.

“Maka tidak peliklah sekarang usaha-usaha berterusan dilakukan bagi memisahkan ulama dan profesional.  Sengaja mereka hendak pecah-pecahkan PAS kepada dua kelompok,” katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama di Labok hari ini.

Hadir sama wakil Dewan Musimat PAS Pusat, Dr Asiah Ali, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat, Ketua Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita PKR, Noraini Hussain dan Adun Kemuning, Rosli Ismail.

Orang muda lebih percaya media sosial

KUANTAN - Golongan muda negara ini dilihat lebih cenderung mempercayai media sosial sebagai sumber berita sekalipun sebahagian besar laporan atau maklumat yang disebarkan itu tidak benar.
  
Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin berkata malah golongan berusia 30 tahun ke bawah itu kini menjadikan media sosial sebagai akses maklumat utama mereka.
   
"Sekarang ini media perdana tidak lagi diiktiraf sebagai saluran perdana oleh golongan muda, media perdana hanya menjadi saluran maklumat utama kepada golongan orang-orang lama sahaja," katanya ketika berucap merasmikan Program Semarak Patriotisme 1Malaysia di sini, hari ini.
  
Menurut beliau, golongan itu juga dilihat tidak lagi berminat menonton atau mendapat maklumat menerusi media arus perdana seperti televisyen atau akhbar-akhbar utama.
  

Keluarga 8 suspek kes rogol kanak-kanak 12 tahun ambil tindakan

Keluarga 8 suspek kes rogol ambil tindakan  
Dua daripada lapan suspek menunjukkan wajah mereka yang disebarkan sambil diperhatikan ibu dan bapanya.
SUNGAI BUAYA - Kesemua lapan keluarga suspek kes rogol kanak-kanak 12 tahun akan mengambil tindakan saman terhadap pihak terlibat mengambil, memuat naik dan menyebarkan gambar  anak mereka ke dalam akhbar, internet serta laman sosial.

Tindakan itu diambil susulan tersebarnya gambar lapan suspek termasuk beberapa individu lain berpakaian tahanan yang berada dalam sebuah van pihak berkuasa.

Ibu  seorang  suspek  yang enggan namanya didedahkan berkata, mereka tidak akan bertolak ansur dalam perkara itu kerana memalukan keluarga sedangkan anak mereka belum disabitkan kesalahan.

“Kami tidak akan bertolak ansur dalam soal ini. Ini soal maruah dan masa depan anak-anak kami.

“Bagaimana maruah kami dan bagaimana masa depan anak kami yang sepatutnya boleh dirahsiakan tetapi disebar dan disiarkan dalam media massa,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Audit 2012: SPRM tunggu apa lagi? kata Nurul Izzah

KUALA LUMPUR – "SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tunggu apa lagi?" demikian reaksi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika diminta mengulas tentang tindakan yang sepatutnya diambil berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan, awal minggu ini.

Laporan tersebut mendedahkan pelbagai ketirisan, kecuaian termasuk pencapaian kerajaan.

Menurut Nurul Izzah, SPRM tidak memerlukan laporan Audit untuk bertindak atau melakukan siasatan ke atas mana-mana kebocoran.

“SPRM sebenarnya tidak memerlukan laporan sedemikian. Ia sudah keluar di media jadi tunggu apa lagi?

“Saya tidak lihat sebab kenapa SPRM harus menunggu lagi. Mereka harus bertindak dengan cepat,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada program Kem Bantuan Guaman, di sini, hari ini.

Ketika ditanya soal cadangan agar diadakan jawatankuasa khas bagi mengkaji laporan Audit itu, beliau berkata, rakyat mahu melihat tindakan diambil ke atas setiap pembaziran yang berlaku.

“Sebenarnya, jawatankuasa itu...akhirnya mahu tindakan diambil. Mana-mana Laporan Ketua Audit Negara, jika tidak ada tindakan sudah tentu tahun depan ia akan berulang lagi.

Berhenti ganggu wartawan kami, kata Malaysiakini kepada Menteri KDN..!!


 
Malaysiakini meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menghentikan cubaan untuk menakut-nakutkan wartawan dari portal berita bebas itu.

Wartawan mempunyai tugas asas untuk bertanya soalan berkepentingan awam, yang mana para menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjawab, kata pengasas bersama Malaysiakini, Premesh Chandran dan Steven Gan dalam satu kenyataan bersama hari ini.

ahmad zahid warn malaysiakini 041013Mereka menyifatkan tingkah laku Zahid (kanan) dalam satu sidang media semalam sebagai "perilaku yang tidak wajar sebagai seorang menteri".

Menteri dalam negeri membuat kecaman terhadap Malaysiakini yang didakwanya "memutarbelitkan" cakapnya dan mendatangi wartawan Lawrence Yong selepas sidang akhbar tersebut. [Lihat video]

"Jika menteri dalam negeri itu percaya bahawa Malaysiakini telah salahlapor kenyataannya, beliau sentiasa boleh menghubungi kami untuk memperbetulkannya," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh dan Ketua Pengarang Kumpulan, Gan.

"Jika beliau merasakan kami tidak adil kepadanya, kami sentiasa bersedia untuk bertemu dengannya atau mana-mana menteri lain untuk berbincang mengenai laporan kami. Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan dari beliau atau pejabat beliau."

KSN: Jawatankuasa khas ditubuhkan teliti laporan Ketua Audit Negara 2012..??? Kaji dan teliti.. tindakan tiada..!!

Satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji Laporan Ketua Audit Negara 2012, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, hari ini.

Beliau berkata, jawatankuasa itu yang dipengerusikannya, dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Peguam Negara, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Kewangan dan Polis Diraja Malaysia.

Katanya, jawatankuasa itu akan mengambil tindakan susulan termasuk tindakan tegas ke atas mereka yang didapati terlibat dalam sebarang salah laku dan penyelewengan dalam sistem tadbir urus kewangan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.

"Kita minta SPRM sebagai agensi pertama (dalam jawatankuasa ini) cuba lihat sekiranya ada isu berkaitan SPRM yang perlu diselesaikan dulu.

Pindaan PCA, Suaram gesa PBB bertindak


suaram PCA 1SHAH ALAM 5 OKT :  Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar memberikan perhatian bisu hak asasi manusia di Malaysia ekoran pindaan Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA) yang membenarkan tahanan tanpa bicara.
Pengarah Eksekutif Suaram, Nalini Elumalai, berkata beliau menggesa Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon dan Pesuruhjaya Tertinggi Hak Asasi Manusia PBB, Madam Navanethem  Pillay untuk menilai isu pindaan PCA itu dalam laporan PBB berkenaan Malaysia.
Kata Nalini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak memungkiri janji pilihan rayanya untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan memperkenalkan semula tahanan dalam bicara melalui pindaan PCA baru-baru ini.

PCA: Islam larang lawan jahat dengan jahat- Shura

KUALA LUMPUR: Islam melarang umatnya melawan kejahatan dengan menggunakan kejahatan dan di dalam Islam, matlamat tidak sesekali menghalalkan cara.

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) berpendapat,  Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA) yang diluluskan kerajaan dilihat mirip kepada kaedah tersebut iaitu "membalas kejahatan dengan  kejahatan".

Pengerusinya Abdul Ghani Shamsuddin berkata, penahanan tanpa bicara dalam PCA bukan sahaja jelmaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), malah membuka ruang kepada pemerintah menyalahgunakan kuasa demi kepentingan politik.

“Kita tidak boleh lawan kejahatan dengan kejahatan, keburukan dengan keburukan yang barangkali kita membuka pintu untuk orang lain membuat jahat, zalim kepada orang lain yang sudah pasti tidak menyelesaikan masalah.

“Buat jahat suatu kezaliman, tetapi memperuntukkan kemudahan bagi orang menyalahgunakan kuasa juga merupakan satu kezaliman yang besar,” katanya seperti dilapor Selangorku.

Menurut Abdul Ghani lagi, kegagalan membawa tertuduh ke muka pengadilan menyebabkan berlaku penyalahgunaan kuasa, kezaliman dan penganiayaan terhadap tertuduh.

Nizar: PAS akan fail injunksi ke atas wakil rakyat Umno Perak


PAS akan memfailkan injunksi dalam masa terdekat ini ke atas seorang wakil rakyat Umno di Perak yang didakwa meraih kemenangan dengan menyalahi peraturan Akta Pilihan Raya, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (gambar).
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering itu, injunksi tersebut adalah antara empat daripada lapan tuntutan petisyen pilihanraya umum ke-13 (PRU13) yang bakal dibawa ke Mahkamah Persekutuan bagi proses rayuan setelah ditolak oleh Mahkamah Pilihan Raya, Kuala Kangsar sebelum ini.
"Kita akan failkan tuntutan kita ke atas wakil rakyat Umno tersebut. Kita mahu mahkamah memberikan injuksi kepada dia untuk melarangnya masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak kerana telah melanggar undang-undang pilihanraya di mana sebelum ini kita mempunyai tempoh masa bantahan selepas PRU namun tidak pada (PRU13)," katanya dalam satu forum Jelajah Solidariti Orang Kena Zalim (OKZ) di Kolej Universiti Zulkifli Muhammad, Selangor.
Nizar berkata antara lain rayuan petisyen pilihanraya itu turut mengemukakan beberapa bukti wujudnya rasuah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Umno.
"Semua bukti mengenai penipuan ketika (PRU13) telah kita kumpul termasuk daripada rakaman video, rasuah  siapa petugas (SPR) dan wakil Umno yang memberi rasuah termasuk catatan masa dan alamat. Semuanya lengkap, kerana itu kita mengharapkan rayuan diterima bagi mendapat perbicaraan penuh terhadap kes tersebut. Jika tidak dapat semua, kita berharap hakim menerima dua daripada petisyen itu," katanya.

Kenya mall gunmen seen on new security video

The human cost of the US shutdown

Rasuah budaya baru Malaysia


Minggu ini peristiwa besar berlaku di negara jiran Indonesia apabila Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia menangkap Ketua Mahkamah Perlembagaan (MK), Akil Mochtar.
Akil ditahan pada Rabu malam kerana disyaki menerima rasuah berhubung kes pertikaian pilihan raya umum (PRU) Pegawai Daerah Gunung Mas, Kalimantan Tengah.
Turut ditangkap bersama Akil di kediamannya pada ketika itu adalah seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia dan seorang usahawan, dan pegawai KPK merampas wang dolar Singapura bernilai antara Rp2 bilion hingga Rp3 bilion.
Tindakan ini merupakan satu tindakan berani dalam usaha Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk memerangi rasuah walaupun penangkapan itu memberi tamparan hebat kepada institusi kehakiman Indonesia kerana Mahkamah Perlembagaan mempunyai reputasi sebagai satu daripada institusi paling bersih di republik itu.
Dua lagi suspek kemudian ditangkap pegawai KPK di sebuah hotel di Jakarta Pusat.
Jurucakap KPK, Johan Budi memberitahu sidang akhbar di bangunan KPK selepas penangkapan itu, KPK menangkap Ketua Mahkamah Perlembagaan berinisial AM kerana disyaki menerima rasuah berhubung kes pertikaian PRU Pegawai Daerah Gunung Mas itu.
Beliau juga mengesahkan lima suspek ditangkap suruhanjaya itu berhubung kes berkenaan, iaitu tiga orang di kediaman Ketua Mahkamah Perlembagaan di Jakarta Selatan dan dua orang di sebuah hotel di Jakarta Pusat.
Sementara itu, seorang hakim Mahkamah Perlembagaan, Hamdan Zoelva memberitahu pemberita di bangunan Mahkamah Perlembagaan selepas penangkapan itu, semua hakim mahkamah itu akan berusaha mengembalikan integriti dan kewibawaan Mahkamah Perlembagaan.
Di Malaysia minggu ini Laporan Ketua Audit Negara 2012 diedarkan kepada 222 anggota Parlimen yang menyaksikan wang pembayar cukai dibazirkan dengan sewenang-wenangnya.
Laporan Ketua Audit Negara juga membuktikan rasuah, pembaziran dan kecuaian meresap masuk dalam kerajaan daripada peringkat bawah sehingga atas dan sudah menjadi budaya masyarakat negara ini terutamanya di kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

Petronas tolak syarikat tidak capai merit, nafi pinggir Bumiputera..!!


Presiden Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas dalam wawancara yang disiarkan di akhbar The Edge.Presiden Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas dalam wawancara yang disiarkan di akhbar The Edge.Petronas menafikan hak dan peluang Bumiputera atau syarikat milik kerajaan (GLC) dipinggirkan dalam memberikan sebarang projek di bawah kumpulan anak syarikat minyak gergasi tempatan itu, kata Presiden Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.
Beliau berkata, kebanyakan syarikat bumiputera yang ditolak Petronas adalah kerana tidak memenuhi merit yang ditetapkan bukan seperti dituduh sesetengah pihak kononnya Petronas kini sudah melupakan Bumiputera.
"Kita mengalu-alukan penyertaan mereka dalam industri ini namun jika mereka menjangkakan kita akan terus menganugerahkan projek maka mereka silap, kerana setiap permohonan akan dinilai mengikut merit yang ditetapkan seperti ketelusan dan kecekapan," katanya dalam satu wawancara bersama akbar The Edge versi hujung minggu.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab kritikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Nizam Mahshar yang mendakwa polisi Petronas kini berubah dan memulaukan syarikat Bumiputera  dalam industri gas dan minyak.
Shamsul berkata, kesilapan memberikan projek kepada syarikat yang bukan pakar akan meletakkan Petronas dalam keadaan berisiko tinggi.

Ijtimak Tarbawi: Mengapa tarbiyah sepanjang masa?

Himpunan ini adalah bertujuan untuk membina serta membugar kombinasi aqidah, spiritual dan peribadi mulia sebagai anggota Gerakan Islam.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kini sedang menganjurkan Ijtimak Tarbawi 3.0 bagi memantapkan proses pentarbiyah ahli dalam melakari strategi perjuangan yang akan datang.
Ijtimak Tarbawi yang bermula petang semalam dan tamat esok bertempat di Maahad Tahfiz Al Quran Al Muhammadi Kundang Ulu Ledang, Johor telah dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat Dato Dr Mahfuz Mohamad malam tadi.
Menurut Ketua DPPM Nasrudin Hassan Tantawi, Ijtimak Tarbawi 3.0 adalah himpunan para pemuda dan pemudi Islam untuk membina serta membugar kombinasi aqidah, spiritual dan peribadi mulia sebagai anggota Gerakan Islam.
Program ini sarat dengan pengisian dan amalan yang berpaksi kepada gandingan tiga elemen utama itu,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh dalam satu kenyataan semalam.
Ijtimak Tarbawi kali ketiga ini adalah kesinambungan dari siri pertama di Rusila, Terengganu dan siri kedua di Taman Melewar, Gombak, Selangor yang juga bertujuan untuk meningkatkan prestasi diri dan membina jati diri sebagai seorang pejuang Islam.
Kata Nasrudin, Ijtimak Tarbawi 3.0 bertujuan untuk menggarap beberapa unsur penting dalam pembinaannya seperti kefahaman Islam, ukhuwwah fillah, aqidah perjuangan dan lainnya sekaligus akan merawat pelbagai penyakit yang melanda individu atau jamaah Islam pada hari ini.

Ribuan berkampung di Ijtimak Tarbawi 3.0


 Ijtimak Tarbawi 3.0 bertempat di Maahad Tahfiz Al Quran Al Muhammadi Kundang Ulu Ledang, Johor semalam secara rasminya bermula.

Himpunan peringkat kebangsaan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia itu malam tadi dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat Dato Dr Mahfuz Mohamad.

Turut berucap pada majlis itu malam tadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan, Pengarah Program Nik Abduh Nik Abdul Aziz serta Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

Program kali ini juga menyaksikan ribuan anak muda hadir menyertainya yang datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, pengisian malam tadi turut diisi dengan kuliah Maghrib oleh Ustaz Syed Abdul Kadir al Jofree yang mengupas tajuk Mengapa Tarbiyah Sepanjang Masa.

Pagi ini pula, kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi sejurus selesai qiamullail dan solat Subuh berjamaah.

Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS mengupas tajuk Khulasah Surah As Shaff.

Taat Allah syarat utama lantik pemimpin - Presiden PAS

PARIT MEDAN: Kuliah Tafsir yang disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sesi kedua di Ijtimak Tarbawi 3.0 hari ini turut menyingkap sejarah pemilihan ketua dalam sejarah Islam.

Presiden memberi huraian bermula dari zaman Rasulullah SAW hingga ke era terkini PAS di Malaysia hari ini.

Beliau menghuraikan petikan ayat tentang sekumpulan manusia yang terus mempertahankan Islam walaupun Rasulullah SAW telah wafat.

"Antara syarat utama untuk dilantik menjadi pemimpin yang dinyatakan dalam surah ini ialah seseorang itu mesti taat kepada Allah," ujar presiden.

Selain itu beliau turut menceritakan sekumpulan sahabat yang kuat menentang Islam pada awalnya tapi teguh pendirian mempertahan Islam ketika peristiwa wafatnya Nabi seperti Suhail bin Amr dan berapa yang lain.

"Dalam konteks hari ini ada golongan yang sedemikian. Maka kita jangan terlalu cepat menghukum." ujarnya lagi.

Beliau turut menceritakan sejarah kejatuhan khilafah Islam termasuk sejarah tertubuhnya PAS di Malaysia.

Sebelum mengakhiri kuliahnya, beliau menyeru para pemuda untuk terus menyambung perjuangan Islam.

CEC: Karpal ugut saman jika RoS gagal iktiraf pemilihan baharu


Perwakilan DAP mengundi jawatankuasa CEC dalam pemilihan semula dalam Kongres Khas DAP pada 29 September lalu.Perwakilan DAP mengundi jawatankuasa CEC dalam pemilihan semula dalam Kongres Khas DAP pada 29 September lalu.Pengerusi DAP,  Karpal Singh mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) sekiranya badan itu gagal mengiktiraf pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan bulan lalu.
Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata parti mengadakan pemilihan semula CEC seperti diarahkan RoS dan badan itu patut mengiktirafnya.
"Jika RoS terus mengangggu parti selepas pemilihan semula CEC, dengan itu kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas mereka," katanya kepada pemberita di Georgetown, hari ini.
DAP mengadakan pemilihan semula jawatan CEC dalam Kongres Khas parti pada 29 September di Kuala Lumpur selepas diarah berbuat demikian oleh RoS.
Karpal berkata, pemilihan baharu itu sepatutnya diterima oleh RoS kerana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut memuji DAP mengadakannya yang boleh dilihat sebagai petanda parti itu membuat perkara betul.

Boleh Land: Polis dicekup bersama kekasih di hotel

Polis dicekup bersama kekasih di hotel
  • Pasangan yang ditahan penguat kuasa Jaij setelah didapati berdua-duaan di dalam bilik yang berkurung.
BATU PAHAT – Niat seorang anggota polis yang mahu meraikan pengesahan jawatannya bersama kekasih terbantut, apabila bilik hotel disewanya diserbu pihak berkuasa, kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Lelaki berkenaan yang bertugas sebagai anggota polis di Terengganu ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat kerana berkurung dengan kekasihnya sehingga menimbulkan syak.

Timbalan penguat kuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan ditahan dalam operasi bersepadu Jaij Batu Pahat, Muar, Kluang dan Johor Bahru dalam membanteras maksiat sekitar Ayer Hitam.

Katanya, pihaknya beberapa kali mengetuk pintu bilik berkenaan, namun tiada jawapan. Setelah menunggu lama dan pihak penguat kuasa mahu memecah pintu barulah ia dibuka.

“Sebaik pintu berkenaan dibuka, pihak kami mendapati seorang lelaki yang lengkap berpakaian begitu juga pasangannya. Bagaimanapun, kedua-duanya berada dalam ketakutan ketika diambil keterangan.

“Pasangan lingkungn 20-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, namun selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk dan beberapa pegawai penguat kuasa mendesak memecah pintu, barulah pintu dibuka.

Husam Musa: Kualiti Kepimpinan

Salahuddin Ayub: Adakah PAS Hilang Undi Melayu?

Sarawak: Apa kata Ketua Audit Negara?

Oleh Mohd Aizan Mohd Nor
Laporan Ketua Audit Negara 2012 (LKAN 2012) yang baru sahaja dikeluarkan menarik perhatian banyak pihak. Rata-rata rakyat kecewa dengan prestasi sektor awam daripada sudut ini yang seakan-akan tiada peningkatan kerana saban tahun isu ketirisan sektor awam yang hampir serupa dilaporkan. Bagaimana pula dengan prestasi Sarawak?

Daripada 10 projek atau entiti di bawah agensi kerajaan negeri Sarawak yang telah diaudit dalam LKAN 2012, tiga daripadanya mendapat penarafan kurang memuaskan iaitu Pengurusan Perkhidmatan Perunding di bawah Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri, Program Pembangunan Industri Padi (PPIP) dan Program Pembangunan Ternakan (PPT) manakala Mayang Tea Sdn Bhd mendapat penarafan tidak memuaskan.
Mari kita teliti satu persatu antara 'The Good', 'The Bad' dan 'The Ugly'.  Tetapi saya ingin bermula dari belakang.
'The Ugly'
Mayang Tea Sdn Bhd (MTSB)
MTSB adalah anak syarikat Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) yang menjalankan aktiviti penanaman, pemprosesan dan pemasaran teh di Bahagian Samarahan sebagai salah satu projek sosio-ekonomi membasmi kemiskinan. Ia ditubuhkan dengan modal berbayar RM1.69 juta. Keadaan kewangan MTSB adalah amat lemah dan mendapat penarafan tidak memuaskan daripada Ketua Audit Negara.
  1. Tidak pernah untung sejak penubuhan pada 1983.
  2. Kerugian terkumpul pada 2011 adalah RM4.06 juta.
  3. Pendapatan langsung pada 2011 hanyalah RM8,878.
'The Bad'
Pengurusan Perkhidmatan Perunding (Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri)
Bagi tempoh 2010 sehingga 2012, hampir RM530 juta digunakan untuk perkhidmatan perunding bagi 360 projek di bawah pemantauan Jabatan Setiausaha Kewangan Negeri yang secara keseluruhannya bernilai hampir RM9 bilion. Adalah merisaukan apabila sebuah entiti kerajaan negeri yang bertanggungjawab kepada peruntukan sebesar ini diberi penarafan kurang memuaskan dalam LKAN 2012.

Big test for Hadi at muktamar

PAS president Abdul Hadi Awang must decide the party direction given that there are three factions fighting for positions in the coming muktamar

GEORGE TOWN: PAS’ longest serving president Abdul Hadi Awang has to make a big decision on the future direction of the party at the coming muktamar (party elections).
Having been at the helm since 2002, Abdul Hadi has largely witnessed and steered the rise of PAS into a formidable party with over one million members and millions in assets, including a thriving alternative media network.
Besides several other organisations in Indonesia and the Philippines, PAS is seen as the major Islamic movement in the region.
The party with a sound financial standing holds various charity events throughout the country.
PAS has played a role as an indirect mediator in conflicts involving Muslims in southern Thailand, southern Philippines, Acheh in Indonesia and Myanmar.
The party’s rise has come at the expense of Umno and is now reputable enough to be seen as a replacement to the main party in the ruling coalition, having governed Kedah and Terengganu once, and as the government in Kelantan for the last 22 years.
PAS political observers said Abdul Hadi, 65, should take cognizance of the fact that the top leaders in the party were now above 60 and ailing.
Abdul Hadi must make strategic decisions over the future direction of PAS after a lukewarm performance in the last general election.
Its alliances with PKR and DAP will also influence the party and Abdul Hadi in making a decision on the party’s future.

Jika BN mahu menang di Sungai Limau, menangkan dulu Mukhriz Naib Presiden Umno


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November depan manakala hari penamaan calonnya pada 23 Oktober. Dengan penetapan tarikh ini, kedua-dua parti yang bakal bertanding di situ iaitu PAS dan Umno, bolehlah mula mempertingkatkan lagi gerak kerja masing-masing bagi memenangi pilihan raya nanti.
PAS memang ingin mengekalkan kawasan DUN Sungai Limau kerana sejak 1995 kawasan itu menjadi milik tradisinya melalui allahyarham Azizan Razak. Bahkan dalam pilihan raya umum lalu, kemenangan PAS diraih dengan majoriti yang agak besar iaitu 2,774 undi. Dalam hal ini, sudah tentu PAS mahu mengekalkan penguasaannya di Sungai Limau dan tidak rela menerima kekalahan lagi setelah tewas dalam usaha mengekalkan kerajaan negeri Kedah dalam pilihan raya umum lalu.
Bagi Umno pula, terlihat juga keinginan yang tinggi untuk memenangi DUN Sungai Limau ini. Pilihan raya kecil ini adalah ujian sebenar kepada Menteri Besar, Mukhriz Mahathir kerana ia dilihat sebagai penentu sama ada beliau benar-benar diterima oleh rakyat Kedah atau sebaliknya.
Kemampuan Umno memenangi pilihan raya kecil ini bukan saja akan meningkatkan lagi prestasi Mukhriz sebagai pemimpin yang diterima rakyat tetapi turut memberi harapan bahawa BN Kedah mampu menguasai lagi negeri itu dalam pilihan raya ke-14 nanti. Tetapi ia bukanlah usaha mudah, lebih-lebih lagi majoriti 2,774 itu dikira relatif besar dalam konteks persaingan politik di Kedah.
Oleh itu, dengan kedua-dua pihak saling ingin memenangi pilihan raya kecil ini, dijangka pertembungan sengit antara PAS dan Umno bakal berlaku sepanjang kempen pilihan raya itu nanti.
Bagi Mukhriz pula, cabarannya selain mahu merampas kerusi DUN Sungai Limau, beliau juga akan bertanding untuk memenangi salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden pada pemilihan Umno, 19 Oktober ini.
Hanya empat hari selepas berakhirnya pemilihan Umno yang akan menjadi penentu cerah atau gelap bintangnya dalam parti itu, beliau terpaksa mengumpul tenaganya semula untuk hari penamaan calon DUN Sungai Limau pada 23 Oktober yang turut menjadi kayu pengukur jatuh bangunnya sebagai peneraju kerajaan negeri Kedah.

Anak didik Azizan turut disebut calon di Sg Limau

Menjelang penamaan calon pilihan raya kecil DUN Sungai Limau pada 23 Oktober ini, seorang lagi nama pemimpin PAS kawasan Jerai disebut-sebut turut tersenarai untuk dipertimbang dicalonkan bagi mewakili parti itu.
azam samad sungai limauBeliau adalah Ketua Pemuda PAS Jerai Azam Samad, 38, (kiri) seorang pendidik berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.

"Beliau adalah anak didik politik Tan Sri Azizan Abdul Razak. Sekalipun tidak pernah bertanding (dalam pilihan raya), beliau mempunyai rekod baik dalam parti. Tidak ada musuh dalaman dan boleh memerangkap agenda BN.

"Beliau boleh mematikan hujah mereka kerana mempunyai kelayakan akademik, latar belakang agama dan berperibadi mesra pengundi," kata sumber-sumber ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Azam yang baru dilantik memegang jawatan ketua Pemuda kawasan itu baru-baru ini, menjadi sebutan akar umbi dan penduduk, antaranya di Bukit  Besar, Kampung Bukit Curaih, Kampung Tualang, Sungai Dedap, Permatang Buluh, dan Kampung Selengkoh.

Azam kini memegang jawatan exco Pemuda PAS Kedah, pengarah Jabatan PASTI Kedah dan merupakan guru penolong kanan hal ehwal murid sebuah sekolah agama bantuan kerajaan negeri di Bukit Besar, dalam parllimen itu.

Selangor: Bunyi wisel dan tutup lampu pada waktu Maghrib

Bunyi wisel waktu Maghrib  
Haniza (lima,kanan) bergambar bersama peniaga pasar malam Taman Medan ketika pelancaran program berkenaan.

PETALING JAYA - Jangan terkejut jika terdengar bunyi wisel dan lampu dipadamkan pada waktu Maghrib ketika berkunjung ke pasar malam Taman Medan.

Inilah satu kelainan yang dibawa pihak pengurusan pasar malam di sini dalam usaha mendidik peniaga dan pengunjung supaya mengerjakan solat Maghrib apabila tiba waktunya menerusi program Jom Rehat Azan Maghrib yang dilancarkan sejak tiga minggu lalu.

Lebih menarik lagi, bacaan ayat suci al-Quran dipasang 10 minit sebelum masuk waktu sebagai isyarat menandakan waktu Maghrib hampir tiba.

Pengerusi Persatuan Pasar Malam Bumiputera Petaling Jaya, Kamal Ahmad Abdullah berkata, selepas program itu dilaksanakan, setiap gerai akan menutup lampu dan menghentikan perniagaan 10 minit bagi memberi laluan kepada waktu Maghrib.

Jelas Kamal, program Jom Rehat Azan Maghrib itu dilihat mendapat sambutan memberangsangkan dalam kalangan peniaga di sini, dan masing-masing mengerjakan solat di surau sementara yang disediakan berhampiran tapak pasar berkenaan.

“Golongan peniaga menyokong usaha pihak persatuan dan semua gerai akan menutup lampu selepas wisel dibunyikan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Mujahid Yusof Rawa, pemimpin PAS yang redakan hati penganut Kristian


Jika sekali pandang, seseorang mungkin tersilap membuat penilaian dan melihat pemimpin PAS ini sebagai seorang yang bengis, apatah lagi dengan gaya rambut pendeknya, bermisai serta janggut.
Namun, pandangan tersebut berubah selepas The Malaysian Insider bertemu sendiri dengan Datuk Mujahid Yusof Rawa (gambar) di Parlimen baru-baru ini, terutama  apabila beliau berpakaian kemas segak dengan tali leher berjalur merah. Malah, beliau juga sebenarnya seorang yang tenang.
Ahli politik berusia 49 tahun itu mencuri tumpuan apabila beberapa kumpulan Muslim membantah usahanya menjalinkan hubungan dengan penganut Kristian menerusi penganjuran majlis dialog di gereja.
Malah, laporan polis juga dibuat ke atas Mujahid, anak kepada bekas Presiden PAS, Yusof Rawa sebelum dialog bermula di gereja St Mark, Pulau Pinang bulan lalu.
"Jadi, bantahan tersebut menyebelahi saya," katanya sambil tertawa.
"Kami terima banyak publisiti dan orang ramai mula terbuka dengan idea itu,” katanya.
Mujahid juga mengakui dengan reputasi sebuah parti Islam serta dilihat ekstrem pada pandangan sesetengah orang, langkah itu berjaya mengubah orang ramai terhadap persepsi sedemikian.
"Ya, benar. Mereka terkejut seseorang pemimpin PAS melakukannya dan mengambil pendekatan ini. Mereka juga terkejut apabila saya berkata kepada mereka saya bukan berseorangan dalam perkara ini, malah parti saya juga menyokongnya," katanya.
Katanya, idea untuk "memperbaiki hubungan yang retak" hadir selepas beberapa gereja seluruh negara diserang dan menjadi mangsa vandalisme sekitar awal 2010.
Menyedari penganut Kristian hidup dalam kebimbangan dan menjadi mangsa, beliau mendekati beberapa pemimpin parti dengan  cadangan tersebut.
"Masyarakat bukan Islam takut dengan Islam. Gambaran yang mereka lihat ialah Islam sebuah agama yang tidak bertoleransi, tidak menghormati hak orang lain dan sebagainya.
"Tetapi saya ingin memberitahu mereka ia sangat berbeza dengan ajaran Islam sebenar. Isu kalimah Allah juga mendorong saya untuk  mengambil pendekatan ini," katanya.

Boleh Land: Isteri berkemban bersama duda

Kota Kinabalu: Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), awal pagi semalam.
Wanita berusia 24 tahun itu dicekup bersama duda berusia 34 tahun di sebuah hotel di Sinsuran, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi selepas suaminya membuat laporan mengenai salah lakunya.

Sumber berkata, ketika pintu bilik dibuka, suami wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu terkedu apabila melihat isteri yang dikahwini setahun lalu hanya memakai tuala.
“Marah dan kecewa melihat perbuatan isteri, lelaki berusia 40-an itu melepaskan perasaan dengan menumbuk dinding bilik beberapa kali sebelum ditenangkan anggota polis yang turut serta dalam serbuan,” katanya.

Menurutnya, kecurangan wanita terhadap suaminya bermula sejak enam bulan lalu apabila dia meninggalkan rumah dan memberi alasan mahu pulang ke kampungnya di Semporna.

“Sejak keluar rumah, dia tidak pernah menemui suami yang menetap di bandar raya ini. “Pelik dengan sikap isterinya, lelaki itu menjejaknya sebelum mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang juga dari Semporna.
FotoWANITA terbabit disoal pegawai JHEAINS.
“Sebaik mengetahui isterinya kerap bersama kekasih lain di hotel murah, suami terbabit melaporkan perkara itu kepada JHEAINS,” katanya.

Setiausaha Ulama: PAS iktiraf Syiah mazhab dalam Islam


Secara makro, PAS iktiraf Syiah sebagai sebahagian daripada Islam, kata Dr Mohd Khairudin Aman Razali. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Oktober, 2013.Secara makro, PAS iktiraf Syiah sebagai sebahagian daripada Islam, kata Dr Mohd Khairudin Aman Razali. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Oktober, 2013.Secara makronya PAS mengiktiraf mazhab Syiah sebagai sebahagian daripada Islam tetapi secara mikronya perlu diperincikan kerana ada sebahagian pecahan aliran syiah mengkafirkan sahabat.
Namun secara tegas, parti Islam itu tidak membenarkan ahlinya menganut mazhab Syiah, kata Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr Mohd Khairudin Aman Razali.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, hubungan PAS dengan Syiah adalah hubungan Muslim dengan kumpulan Muslim yang lain.
Katanya, memang ada Syiah yang melampau sehingga mengkafirkan para sahabat Rasulullah tetapi ada juga yang tidak mengkafir sahabat dan mempunyai fekah yang hampir sama dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Menjadi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak mengkafirkan Syiah secara makro," katanya.
Khairudin yang mempunyai PhD dalam pengajian Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah pensyarah di UKM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum menceburkan diri dalam politik.

Boleh Land: Remaja 14 tahun noda kenalan 12 tahun

Klang: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun perkosa seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang juga kenalannya.

Kejadian berlaku 24 September lalu di Sementa, dekat sini, selepas mangsa dibawa bersiar-siar menaiki motosikal balik dari sekolah. Menurut sumber, selepas bersiar-siar mangsa dibawa balik ke rumah lelaki itu kononya untuk mengambil barang tertinggal.


“Mangsa mengikut rakannya itu untuk singgah sebentar sebelum masuk ke rumah kononnya bagi mengambil barang, namun apabila tiba di bilik, mangsa dipaksa membuka pakaian. “Mangsa diugut, bimbang dicederakan dan tidak dapat balik ke rumah menuruti arahan rakannya itu “Ketika dalam rumah, remaja itu menutup mata mangsa menggunakan baju dan mangsa mendakwa diperkosa sekurang-kurangnya tiga kali,” katanya.

Zahid akui polis hilang 44 senjata

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam menegaskan tiada unsur penyelewengan atau rasuah dalam kes kehilangan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk senjata api yang kesemuanya bernilai RM1.33 juta.

Sebaliknya, menurut beliau, kehilangan aset-aset negara itu termasuk 44 senjata api berpunca daripada kecuaian dan kelemahan segelintir pegawai dan anggota polis ketika menjalankan tugas selain kelemahan prosedur operasi standard (SOP) dalam jabatan itu.

“Saya telah maklumkan kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) bahawa kita hendak perkemaskan semula SOP terhadap penjagaan senjata api untuk elak sebarang kecuaian selepas ini.

“Saya mahu selepas ini apabila Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan tiada lagi kehilangan aset PDRM dilaporkan,” kata beliau.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang antara lain menyatakan PDRM kehilangan 309 aset bernilai RM1.33 juta dalam tempoh tiga tahun dari 2010 hingga 2012. Aset terbabit termasuk 44 senjata api, gari (156 unit) dan kenderaan (29 unit).

SAME OLD STORIES: Nothing changes in Malaysia

Every year, the Auditor General's Office will have to come out with its regular reports, and absurd stories will be repeated year after year.
Initially we might feel shocked, and later it was anger and helplessness. Today, perhaps we might just get so used to this crap that we no longer feel anything about it.
SAME OLD STORIES: Nothing changes in Malaysia RTM, PDRM, Customs Dept, JPN, schools, airports, health ministry, housing and local government ministry, and the list goes on and on. Enough! Such problems have persisted stubbornly in our government agencies and statutory institutions, squandering astronomical amounts of tax payers' money.
Those found guilty of mismanagement remain so, while those found abusing their powers would continue to do the same, possibly even at aggravated proportions.
A RM100 clock can be bought at very much inflated price of RM3,810. Not just one, but 20! A RM200 scanner could be priced 73 times higher. And these are the exact repetitions of past absurdities whereby RM5,700 was spent on a car jack worth no more than RM50, and RM84,640 on only two notebook computers.
What next?
Undeniably, the Auditor General has done his job well, but what next? Will anyone follow up and will any action be taken against any offender at all?
The AG's Report shouldn't lie idle just as another report. Now that the evil doers have been exposed, it is time to round them up.
Malaysians are no longer contented with the annual reports per se. They want to see actions taken.
After the report has been released, and in the midst of gross frustration and sighs of disbelief, the MACC would always tell us they are going to open the files and investigate. But, has any action actually been taken against the offenders?
The MACC must not just give us annual reports like the AG's Office does. Please, tell us frankly how many people involved in the misappropriation of funds highlighted in last year's AG's Report has been probed? And how many of them have been prosecuted and convicted?

Throw away the AG report

There is no point in the Auditor-General coming out with his report every year when those consistently bleeding the nation's coffers are let off the hook every time

Year in year out, the Auditor-General’s Report tells us a story. It tells a true story on how billions in taxpayers money go down the drain through corruption and wastage.
Year in and year out, a lot of oppositions MPs and NGOs would demand for the government to take action against those responsible for the mess.
Year in and year out, the law enforcement agencies such as the MACC would make bold announcements that they would get to the bottom of the matter.
And year in year out, none responsible are hauled up to the court of law despite the initial tough rhetoric by the enforcement agencies.
And the same vicious cycle repeats itself again and again.
Now, the government is mulling releasing the audit report thrice a year. But the simple question here is, what the hell for?
We can even release the audit report weekly but if no action is taken against those responsible for bleeding the nation’s coffers, it will be status quo till the end of time, or until Malaysia goes bust.
And Malaysians, while they may not be so forgiving on issues like race and religion, seems to be very forgiving on this matter. Yes, a little noise in the beginning and but it would water down after a few months.
So with such apathy and lack of enforcement, do we really expect anything to change? Worse, we still seem to be voting in the same government every five years.
No one to blame but ourselves

The harsh reality of our politics

Umno has a 100% hold on the Malay mind, there is nothing anyone in Pakatan can do about this.

Truly, Barisan Nasional looks set to win the 14th general election. The reason is simple enough: it is because BN has managed to win over the larger portion of the Malay voters.
Malays make up 67.9% of the population and the voting pattern resembles the population demographics. And with Malays now going back to BN due to BR1M and other incentives, the opposition is losing ground.
This is the reason why the ulama faction in PAS are advocating for PAS to leave Pakatan Rakyat (PR). The ulamas think that PAS will garner more Malay votes by being a stand-alone party.
In a local English daily dated Sept 16, 2013 under the title ‘MCA: Do not sideline any ethnic group’, MCA president, Dr Chua Soi Lek was quoted as saying: “It would be politically more difficult for the Barisan Nasional to get support from the non-bumiputeras if government policies sidelined any particular group…Najib had reiterated he had initiated a lot of policy changes that benefited the non-bumiputeras and he was often criticised by the bumiputeras.”
Chua is just saying those above words for the sake of saying something. More on this later.
Logically speaking, once BN obtains total Malay support, they have more than enough votes to win the general election. Even if all the Chinese and all the Indians were to vote for Pakatan, it is futile.
One has to take into consideration that BN has a massive fixed deposit vote bank in the form of the 1.4 million civil servants, 700,000 pensioners, teachers, uniformed personnel, the Felda, Felcra and Risda folks, the Orang Asli and the indigenous peoples in Sabah and Sarawak not to mention the BN-friendly foreign workers who arrived 10 years ago and will surely be getting their citizenship papers and voting rights come the 14th general election.
With the re-delineation exercised scheduled to take place end of this year, Pakatan will be facing a wipe-out. One must not forget that after the re-delineation exercise in year 2003, the opposition experienced a wipe-out in the 2004 general election.
Thus the coming re-delineation exercise is a bad omen for Pakatan Rakyat.
Back to Chua’s statements – the government is not going to listen to Chua or any other Chinese leader because they know they can do without Chinese votes unless PAS can step up their game to woo the Malays.

The bogeyman

Violence erupts in Egypt