Khamis, 3 Oktober 2013

Tidak menyesalkah rakyat sokong BN yang korup?

HAIRAN juga, macam mana rakyat Malaysia masih boleh mempercayai Barisan Nasional (BN) untuk terus mentadbir negara sehingga lebih 50 tahun, sedangkan hampir setiap tahun Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan penyelewengan dan ketirisan yang berlaku dalam pemerintahan kerajaan BN.
Mungkin mereka boleh ‘pejam mata’ dengan penyelewengan, pembaziran, salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku itu kerana menganggap wang dan harta bernilai jutaan dan berbilion ringgit itu milik kerajaan, bukannya milik mereka.
Sebab itu mereka tidak kisah atau ambil peduli berapa juta atau berapa bilion wang yang diseleweng dan dibazirkan sedangkan hakikatnya wang itu adalah milik rakyat yang membayar pelbagai cukai yang dikenakan kerajaan ke atas mereka.
Berlainan jadinya jika rakyat sedar bahawa wang dibazirkan, diseleweng dan dibelanjakan secara begitu boros oleh kerajaan itu adalah wang mereka, termasuk gaji yang dibayar kepada pemimpin politik dan kakitangan kerajaan.
Tidak tahulah macam mana rakyat masih boleh berdiam diri apabila dilaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan wang rakyat berjuta ringgit untuk mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri setiap tahun.
Kenapa Najib dan Rosmah yang berpendapatan begitu tinggi dan kaya masih menggunakan wang rakyat, bukannya wang sendiri untuk mengadakan majlis rumah terbuka yang dikatakan dihadiri beratus ribu tetamu.
Ini tidak termasuk penyelewengan lain yang dilakukan kementerian, jabatan kerajaan sepertimana yang didedahkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara, termasuk kecuaian Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyebabkan kehilangan senjata api membabitkan kos RM1.33 juta, yang juga dibeli dengan wang rakyat.
Sampai bila rakyat akan beri kepercayaan kepada BN memerintah

SPRM perlu bertindak elak penyelewengan berulang


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa bertindak ke atas mana-mana pihak yang berkemungkinan berlakunya penyelewengan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan baru-baru ini.

Tindakan itu dilihat perlu memandangkan ia melibatkan wang rakyat dibelanjakan secara tidak berhemah, sedangkan perkara itu berulang saban tahun, tegas Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

"Saya cadangkan SPRM bertindak atas apa yang dilaporkan Jabatan Audit ini kerana ia berulang setiap tahun.  Ia membabitkan wang rakyat. Jika SPRM tidak bertindak, ketirisan dan pembaziran ini akan berulang pula untuk tahun ini," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, ketika mengulas laporan tersebut, Ketua Muslimat PAS Pusat itu melahirkan rasa kecewa kerana masih terlalu banyak ketirisan dan pembaziran terus berlaku.

"Malah, jika kita melihat kepada fakta-fakta yang terkandung di dalam laporan tersebut, tiada pengurangan pembaziran tersebut, tetapi makin bertambah dan ini amat mengecewakan," kata beliau lagi.

Cara hindari diri daripada golongan yang lalai - TGNA

Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
OLEH kerana hari Jumaat itu merupakan hari raya mingguan bagi orang Islam, sebagai lazimnya orang yang menyambut hari raya bersiap sedia untuk menyambutnya. Sejak hari Khamis lagi sayogia bersiap menyambut ketibaannya, dengan azam di hati hendak melakukan solat Jumaat pada keesokannya. 

Bersiap sedia menyambut hari Jumaat dengan banyak berdoa, beristighfar, bertasbih mulai lepas Asar hari Khamis. Beramal sejak hari Khamis bererti menyediakan kerja awal yang hasilnya akan dituai di akhirat kelak, dengan keyakinan demikian maka insya-Allah merasa gembira menyambut kemuliaan hari Jumaat sejak petang Khamis lagi.
Sebaik-baik doa ialah doa-doa Rasulullah s.a.w., kerana sebijak mana pun umatnya semestinya lebih bijak Nabi s.a.w. dalam perkara memohon sesuatu daripada Allah SWT. Ini kerana baginda s.a.w. yang paling mengenali dan memahami kehendak Tuhan. Doanya amat bernilai dan tidak terjangkau oleh kebijaksanaan manusia biasa, sewajarnya merendah diri dan menumpang doa yang telah sedia ada daripada Rasulullah s.a.w.
Cara hindari diri daripada golongan yang lalai Begitu juga istighfar mohon ampun daripada segala dosa, susunan sendiri hanya dalam perkara biasa sahaja. Bagi Nabi s.a.w. antara doanya yang indah seperti: "Allahumma ighfirli kullahu, diqqahu wajillahu, wa awalahu wa akhirahu wa 'alaniatahu wa sirrahu wama 'alimtu minhu wama lam a'lam" yang bermaksud: "Ya Allah ya Tuhanku, ampuni segala dosaku yang kecil mahupun yang besar, yang telah lalu dan yang terkini.
Yang kulakukan secara terangterangan atau secara sulit, yang kusedari atau tidak ku ketahuinya."
Meskipun doa Nabi s.a.w. itu ringkas indah penuh bererti, begitu juga "tasbih" yang bererti mensucikan Allah SWT daripada segala kelemahan dan kekurangan, Tuhan menghendaki agar manusia sentiasa mensucikan- Nya, bererti tiada sebarang kekurangan. Sebagaimana yang ada dalam diri manusia sebagai makhluk-Nya seperti; lemah, miskin, jahil, syirik dan perkara yang tidak sewajarnya bagi Tuhan Azza wa Jalla.

N9: Adun Bukit Kepayang pertikai belanjawan tambahan RM10 juta

Lazimnya apabila Belanjawan Tambahan P50 dipohon, nilainya sekitar 10-30 peratus sahaja. Tapi kali ini jumlahnya meningkat 100 peratus.
DUN Negeri Sembilan
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP-Bukit Kepayang, Cha Kee Chin mempertikaikan permohonan Belanjawan Tambahan P50 sebanyak RM10 juta yang dipohon oleh Kerajaan Negeri Sembilan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan ke-13 (Penggal Pertama) semalam.
“Lazimnya pada tahun-tahun sebelumnya, apabila Belanjawan Tambahan P50 dipohon, nilainya sekitar 10-30 peratus sahaja. Tapi kali ini jumlah yang dipohon meningkat 100 peratus. Nilai Belanjawan Tambahan P50 yang dipohon sama nilainya dengan Belanjawan Tahunan 2013 P50.
“Tahun lepas Persidangan DUN meluluskan Belanjawan Tahunan 2013 P50 sebanyak RM10 juta. Saya terkejut apabila Yang berhormat Rantau (Mohamad Hasan) memohon RM10 juta lagi sebagai Belanjawan Tambahan P50 2013.
“Sedia maklum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berlangsung pada bulan Mei tahun ini. Apakah peruntukan Belanjawan Tahunan P50 2013 sebanyak RM10 juta habis digunakan untuk kempen PRU-13?
“Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Rantau,” kata Cha.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad (BN – Rantau), dalam jawapan beliau berkata nilai RM10 juta yang dipohon itu tak semestinya dibelanjakan sepenuhnya tetapi sebaliknya hanya peruntukan sahaja.
“Kita tidak habiskan RM10 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan Tahunan P50 2013. Ada lagi sikit bakinya. Tetapi kita pohon Belanjawan Tambahan P50 2013 sebanyak RM10 juta hanya sekadar penyediaan sekiranya Kerajaan Negeri memerlukan untuk tujuan tertentu.
“Tahun ini Kerajaan Negeri banyak peruntukkan wang kepada NGO-NGO (Badan Bukan Kerajaan) dan sekolah-sekolah.

Laporan Audit Sekadar Penglipur Lara Tahunan

" Saban tahun menjelang pembentangan Belanjawan Negara,negara dikejut dengan pendedahan rasuah,pembaziran dan teguran okeh Ketua Audit Negara terhadap Kementerian-Kementerian atas perangai buruk mereka.

Malangnya menteri setiap kementerian akan mengambil sikap poyo,berlepas diri,menyalahkan pegawai bawahan,memperbodohkan rakyat bahkan ada yang memberi jawapan bodoh macam kena pil kuda!

Lihat jawapan IGP Khalid tentang kehilangan harta polis.Jawapan JKKK barangkali lebih cerdik dari IGP kita.

Maka media barua seperti Utusan,TV3,NST akan berlakon dengan ulasan berbuih berdegar degar kononnya mengkritik perbuatan jijik kementerian.

Selang beberapa hari,apabila PM bentang belanjawan,nada media barua terus berubah menjadi puji memuja ucapan PM.Kritik tentang laporan Audit Negara cepat-cepat buang dalam tong sampah atau disapu bawah karpet.

Inilah fenomena setiap tahun.

Jalan ke Kemakmuran Ekonomi-2

Saya memberi pandangan yang ikhlas disini. Walaupun saya ahli DAP dan ahli parlimen Raub, saya juga berminat untuk melihat ekonomi orang Melayu maju dan meningkat. Perasaan ini bukan monopoli orang UMNO sahaja. Matlamat sama, tapi saya berbeza pendekatan. Saya juga  melihat masaalah ini dari kaca mata seorang ahli ekonomi. Walaupun saya tidaklah tahu segalanya, saya ada sedikit kefahaman mengenai masaalah ekonomi orang Melayu dan ingin memberi sedikit sumbangan dalam bentuk pemikiran.
Saya hanya perlukan pembaca menilai penulisan ini secara berlapang dada. Hendak sokong UMNO , teruskan tapi biarlah kita sekurang kurang nya bersama sama sepemikiran meningkatkan ekonomi negara dan ekonomi bangsa Melayu.
UMNO percaya kepada konsentrasi kuasa dan perancangan pusat. Mereka mahu memilih yang menang dan yang tewas. Tapi sebenarnya UMNO memilih kawan dan mencipta ramai musuh. Kawan mereka ialah Melayu yang terpilih- golongan PUTERA dari BUMIputera dan golongan elit, kenalan dan sahabat handai. Mereka inilah yang kita gelar kroni. UMNO mengamalkan kroni kapitalisme. Ini memsunahkan orang Melayu kerana ianya mencipta segelintir Melayu yang kaya raya yang menguasai sumber pengkayaan manakala Melayu terbanyak terpinggir. Ini yang saya tentang.
Yang terpinggir inilah yang menjadi musuh dan memusuhi UMNO.
Tidak adakah pembaikan yang berlaku sejak UMNO memerintah? Tentu ada. Orang Melayu secara keseluruhan nya mengalami pembaikan dalam kehidupan mereka. Kita pun ada success stories juga. Saham yang dikeluarkan oleh PNB dinikmati oleh jutaan orang Melayu. tahniah kepada mereka. Tapi bukankah ini berjaya kerana kita telah meletakkan sumber pengkayaan secara lansung dalam tangan mereka? yakni kita memberi mereka modal dalam bentuk pendanaan dari bank2 untuk membeli saham2 terbutan PNB?

Lee Hwa Beng dipecat dari MCA


Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Lee Hwa Beng (gambar) digugurkan dari parti itu kerana mengundang Penasihat DAP Lim Kit Siang melancarkan bukunya tahun lalu.
"Saya terkejut. Saya hanya mengetahui perkara tersebut petang ini dari rakan-rakan," katanya yang masih kabur dengan penjelasan itu.
"Saya pemimpin MCA pertama menjemput ahli parlimen pembangkang melancarkan buku. Ia tidak pernah berlaku dalam sejarah MCA," katanya.
Beliau kini sedang berusaha mencari maklumat lanjut punca digugurkan dan akan menemui media pada Jumaat.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang selama tiga penggal itu tertanya-tanya sebab beliau digugurkan kerana belum pernah menerima sebarang notis tindakan disiplin parti terhadapnya.
Lee telah menjemput Lim merasmikan buku “PKFZ: A Nation's Trust - Betrayed" yang menceritakan masalah projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang diterbitkan oleh The Malaysian Insider.
Bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat turut hadir pada majlis itu.

Teori Yang Boleh Difikirkan Dalam Memilih Naib Presiden UMNO

Dua hari lalu, Ahmad Zahid Hamidi menafikan laporan blog ini yang mendedahkan wujud desakan kepada para perwakilan untuk mengekalkan ketiga-tiga penyandang Naib Presiden UMNO sedia ada sehingga menimbulkan keresahan kepada para perwakilan UMNO yang akan mengundi pada 19 Oktober ini.

Menurut beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, dakwaan itu hanyalah spekulasi semata-mata kerana jawatan Naib Presiden UMNO memang terbuka untuk ditandingi.

Tetapi semalam pula, salah seorang Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein berkata, kalau pun ada tuduhan bahawa beliau berpakat dengan dua penyandang jawatan tersebut iaitu Zahid Hamidi dan Shafie Apdal untuk mengekalkan jawatan dalam pemilihan kali ini, ia perlu dilihat dari segi keserasian.

"Kita bergerak dakam suatu entiti yang kukuh, kalau itu dikatakan pakatan ia tidak dapat dinafikan kerana kita mempunyai keserasian dalam menempuh pelbagai cabaran,"jelasnya yang juga Menteri Dalam Negeri yang seakan-akan tidak menafikan adanya pakatan antara mereka untuk saling bekerjasama dan mewujudkan blok undi bagi menghalang pencabar lain turut memenangi jawatan tersebut.

Sementara Zahid menafikan adanya sebarang pakatan, Hishammuddin pula tidak menolaknya. Jelas ada perbezaan pandangan antara kedua mereka. Bagaimana pula agaknya pendirian Shafie Apdal? Mungkin beliau bersetuju dengan Zahid, tetapi tidak mustahil Menteri Kemajuan Luar Bandar itu sependirian dengan Hishammuddin.

Parti Samseng: Bung Moktar dapat aduan perwakilan terima ugutan

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin meminta Lembaga Disiplin Umno turun padang bagi memantau calon yang bertanding di peringkat Bahagian Kinabatangan.
   
Bung Moktar yang juga ketua Umno Bahagian Kinabatangan berkata beliau menerima aduan daripada perwakilan Umno di Kinabatangan mengenai ugutan yang diterima mereka yang mempunyai jawatan di peringkat kampung.
   
Beliau berkata mengugut para perwakilan yang mempunyai jawatan di peringkat kampung terutamanya ketua cawangan untuk diambil tindakan jika tidak menyokong adalah satu kesalahan dan melanggar perlembagaan parti.
   
"Aduan yang diterima mengatakan bahawa mana-mana ketua cawangan yang mempunyai jawatan di peringkat kampung yang tidak menyokong calon berkenaan yang bertanding di peringkat bahagian Kinabatangan ini akan diambil tindakan," katanya dalam satu kenyataan di Sandakan hari ini.
   

Masa depan Pemuda PAS hangat dibincangkan dalam forum semalam‎

Forum Survival PAS dalam arena politik Malaysia malam tadi bertukar menjadi medan untuk menilai prestasi Dewan Pemuda PAS dan hala tuju mereka dalam menyediakan barisan pemimpin pelapis untuk PAS.

Ia bermula apabila bekas ketuanya, Salahudin Ayub berkata, PAS mempunyai kilang untuk melahirkan kepimpinannya untuk masa depan iaitu Dewan Pemuda PAS.

Ia berlaku sebagaimana beliau yang pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat dan kini menjadi Naib Presiden PAS yang paling kanan.

Selain beliau Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, seorang lagi naib presiden Datuk Mahfuz Omar, timbalan presiden Mohamad Sabu, semuanya bekas pemimpin kanan Pemuda PAS.

Kenyataan Salahudin umpama “opening Pandora's box” (membuka laluan) majlis forum itu untuk memberikan fokus kepada Pemuda PAS. Semua pihak dan persoalan yang datang menuju ke arah Pemuda PAS.

Masing-masing ingin tahu, apakah barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS sekarang bakal menjadi kepimpinan PAS di masa depan? Ini kerana persepsi yang ada kepada Pemuda PAS sekarang adalah sekumpulan manusia yang berfikiran sama dan seragam sahaja.

DAP mahu Khairy lebih telus kendali kementerian belia dan sukan


Ahli Parlimen DAP-Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong (gambar) mahu penjelasan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung peningkatan kos penganjuran Hari Belia Negara 2012 (HBN) dari RM15 juta kepada RM67.61 juta.
Beliau menjelaskan laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini mendedahkan kos HBN telah meningkat sebanyak 23% berbeza dengan makluman bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mendakwa HBN mendapat tajaan swasta sebanyak RM28 juta.
“Khairy perlu telus dan jujur memberi perhatian serius terhadap perkara ini kerana melibatkan puluhan juta wang rakyat. Pecahan kos HBN perlu disenaraikan termasuk senarai penaja dan kontraktor terlibat, jenis kerja dan kos setiap perkara.
"Kini anak muda kecewa dengan kerajaan kerana tidak bercakap benar apabila mendakwa kos artis K-Pop semasa HBN ditaja swasta tetapi Laporan Ketua Audit Negara telah mendedahkan bahawa kos berjumlah RM1.6 juta sebenarnya telah dibiayai oleh kementerian sendiri.

Pembangkang yakin pertahan DUN Sg Limau

Kadar Sewa PPRT Sebelum Pakatan Rakyat Selangor Memerintah

Husam: 'Saya separuh ustaz, separuh profesional'

PAS bukan 'parti komunis', akan terus melangkah ke hadapan, tegas Salahuddin

"Menyelami kebimbangan Melayu untuk perubahan menyeluruh " - Husam

SPRM perlu ambil tindakan terhadap Laporan Audit Negara - PPIM

Salahuddin: Tak berpecah sebab perbezaan pendapat

Syed Azman: Pecah tembok perkauman dan agama

"Perkauman alat lama, Pas tak akan patah balik" - Dr Dzul

Bukan kurang jubah tapi kurang amanah

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Negara-negara Islam hari ini tidak kekurangan jubah dan serban. Tidak juga kekurangan mereka yang bercakap agama dan berlagak ‘beragama’. Tidak pula kekurangan mereka yang berzikir kuat di khalayak ramai dengan pelbagai lagu dan dendangan. Tidak juga kekurangan penceramah yang pelbagai gaya lawak jenaka dan seloka sehingga ceramah agama menjadi ‘new entertainment’ dalam mencari pasaran pendengar dan ‘pembayar’.

Tidak pula kita kekurangan orang-orang politik yang cuba menempelkan diri dengan agama. Sama ada menjadi penaja kepada program-program agama yang membolehkan mereka mendapat political mileage, ataupun mereka sendiri melafazkan kalimah-kalimah yang berunsur agama bagi membolehkan rakyat lebih mempercayai mereka. Tidak kurang juga program-program yang dirasmikan oleh orang politik yang ‘tidaklah beragama sangat’. Di samping terdapat juga yang memang ikhlas melibatkan diri dalam semua itu.

Kekurangan

Kita tidak kurang kesemua itu. Apa yang menjadi kekurangan kita ialah penghayatan sebenar kepada hakikat agama Islam yang diturunkan Allah untuk manusia. Kita sering mempameirkan agama ini dalam bentuk upacara-upacara yang direka dan diadakan oleh pihak-pihak yang mempunyai agenda tersendiri seperti upacara berteriak tangis zikir di khalayak ramai bagi memukau orang ramai agar terpengaruh kepada tokoh-tokoh dan mempercayai mereka sebagai ‘orang-orang Tuhan’. Orang politik juga boleh menumpang sekaki supaya kelihatan mereka manusia yang mendapat ‘blessing’ daripada ‘orang-orang Tuhan’ itu. Dalam masa yang sama kita melupai inti-pati ajaran Islam seperti amanah dalam pengurusan harta awam ataupun kepimpinan negara.

Melayu Umno mana baca audit tu...

Ketika ini, antara isu yang paling hangat di media massa khusus media atas talian ialah berkenaan laporan audit negara. Tidak perlulah saya perincikan segala butiran ketirisan dan salah guna amanah wang rakyat. Saya percaya ramai yang membahaskannya dengan panjang lebar bermula di parlimen, ceramah, wacana, forum dan sebagainya.

Namun, suka saya mengingatkan anda semua bahawa orang Melayu khususnya penyokong Umno tidak ambil kisah sangat tentang laporan audit tersebut. Bagi mereka selagi dapat cukup makan, ada tempat tinggal, setiap bulan dapat gaji dan sekali-sekala dapat BR1M – itu sudah memadai.

Orang Melayu yang menyokong Umno yang bersifat begini bukan sahaja tinggal di luar bandar, malah di bandar pun ramai juga, kalau tidak masakan Parlimen Titiwangsa dan Putrajaya Umno boleh menang!

Runtuh..!! mengapa di Terengganu lagi?

Oleh MAT ZAIN MAT ISA
ADA sekurang-kurangnya dua persoalan utama yang layak dilontarkan ekoran berlakunya siri keruntuhan bangunan dan binaan awam di Terengganu sejak beberapa tahun lalu. Terbaru ialah keruntuhan sebahagian bumbung Masjid Kampung Tebauk, Kuala Terengganu pada awal pagi Ahad (29 September).

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku seawal 4 pagi itu, kekuda besi yang menampung atap di ruang legar masjid itu runtuh menyebabkan kerangka besi yang memegang siling dan bumbung turut jatuh. Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, Dato' Shafii Mohamad, masjid tersebut dibina mulai Januari 2010 dan siap Oktober 2011. Kos pembinaannya RM5.6 juta (satu laporan lain menyebut RM5.8 juta). Ia mampu menampung lebih 1,000 jemaah.
Kejadian ini menjadikan sudah lebih 15 kes keruntuhan bangunan dan binaan awam di Terengganu sejak 2008. Ia juga kes ketiga melibatkan runtuhan bumbung masjid. Kejadian serupa pertama kali berlaku ke atas Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman pada 3 Oktober 2009.
Kes kedua pula di Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu pada 20 Mei lalu.

ISA dalam PCA strategi Mahathir?

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
AKTA Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 kini sedang dalam proses pindaan di Dewan Rakyat dengan dimasukkan perkara baharu yang memperuntukkan penahanan tanpa bicara.
Meskipun ramai yang tidak senang dengan pindaan tersebut, namun ianya telah dibentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada 26 September dan bacaan kedua pada 30 September.

Dalam bacaan pertama pindaaan PCA oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, akta itu mengukuhkan kedudukan untuk menahan penjenayah tanpa bicara sehingga dua tahun. Pada kerajaan, ianya sangat relevan khasnya untuk memerangi jenayah, dan kenyataan terbaharu Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak menyebut PCA tidak akan disalahgunakan.
Sementara Najib juga menyebut bahawa PCA juga menetapkan hakim akan memutuskan penahanan dan tidak langsung ada unsur-unsur politik dalam penanahan.
Begitupun, kebanyakan pengamal undang-undang dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat melihat pindaan berkenaan akan menyamai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang tidak memasukkan semakan kehakiman, kecuali melibatkan langkah prosedur.
PCA ketika ini hanya membenarkan tahanan selama 72 hari terhadap individu yang ditahan di bawah akta berkenaan dan akta itu juga mengkehendaki tahanan dibawa ke mahkamah sebelum ditahan selama 72 hari.

SIAPA BAYAR K-POP: SIAPA PEMBOHONG...!!! SIAPA YANG CULAS..???

ENDLESS POSSIBILITIES : SIAPA CIPLAK..!!! SIAPA PEMBOHONG..??

Felda mahu gadai tanah peneroka?

Anak mendakwa Felda menawarkan jumlah bayaran RM500,000 sekiranya peneroka bersetuju memajak 10 ekar tanah mereka untuk tempoh 30 tahun.

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapat pujukan daripada pihak pengurusan Felda agar peneroka memajak tanah milik mereka.
Berdasarkan maklumat, Anak mendakwa Felda menawarkan jumlah bayaran RM500,000 sekiranya peneroka bersetuju memajak 10 ekar tanah mereka untuk tempoh 30 tahun.
Cara pambayarannya adalah RM500,000 itu diberikan mengikut pecahan iaitu RM100,000 dibayar kepada peneroka (dengan bayaran RM5,000 sebulan), RM150,000 dimasukkan ke dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF), manakala selebihnya digunakan untuk pengurusan peneroka sepanjang tempoh 30 tahun.
Menurut Anak, pengurusan Felda sudah memulakan taklimat sejak Raya Aidilfitri Ogos lalu di beberapa kawasan penempatan Felda, antaranya Felda Kemahang, Felda Sungai Tengi dan Felda Teloi Timur dan ada peneroka yang bersetuju dengan tawaran berat sebelah itu.

Audit : Menteri jangan salahkan pegawai rendah


auditKUALA LUMPUR, 3 OKT : Menteri Kabinet digesa berhenti menyalahkan pegawai rendah dengan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala penyelewengan dan pemborosan perbelanjaan yang berlaku di jabatan kerajaan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2012 terdapat banyak kebocoran perbelanjaan di jabatan persekutuan yang memerlukan siasatan agar tidak berulang.
“Menteri harus bertanggungjawab dan tidak menyalahkan pegawai rendah kerana ia berlaku di depan mata mereka tanpa pengawasan.
“Kita tidak mahu dengar menteri kata ia dalam siasatan atau pertimbangan kerana setiap tahun perkara ini berlaku, malah lebih parah lagi,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Beliau turut menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) supaya mengadakan satu sidang khas untuk meneliti perkara ini selain meminta ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang terlibat dalam jawatankuasa itu untuk terus mendesak isu berkenaan dipantau.
“Setiap kali laporan audit diterbitkan, kita seolah-olah terkejut sedangkan kebocoran dan penyelewengan berlaku setiap tahun.
“Kebocoran berlaku dalam keadaan harga barang naik, rakyat ditekan tetapi penyelewengan yang berlaku ini dibiarkan,” katanya.

Ketirisan: Pakatan gesa sidang khas PAC, pastikan tindakan diambil

AnwarKUALA LUMPUR 3 OKTOBER: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mesti mengadakan persidangan khas bagi membincangkan penyelewengan dan ketirisan sepertimana didedah Laporan Ketua Audit Negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang itu berkata, perkara ini amat penting dan perlu menjadi keutamaan agar mereka yang terlibat dikenakan tindakan dan tidak berulang lagi.
“Kita dikejutkan dengan Laporan Ketua Audit mengatakan berlaku ketirisan sehingga kehilangan wang rakyat berbilion ringgit. Ini bukan satu perkara baru dan apa yang kita tahu ia sentiasa berulang setiap tahun.
“Atas sebab itu, Pakatan Rakyat menggesa PAC mengadakan persidangan khas membincangkan perkara ini dan perlu pastikan satu tindakan diambil kepada mereka yang terlibat.

Shabery sanggah kenyataan KJ berkenaan bayaran RM1.6 juta konsert K-pop, kata Audit "culas"

Sehari selepas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui pihak kementeriannya membayar RM1.6 juta untuk membawa tiga kumpulan K-Pop ke Malaysia untuk mengadakan konsert, penyandang jawatan itu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan wang itu datang daripada para penaja.



Menurut Menteri Komunikasi dan Penerangan itu, kementerian menerima RM20 juta daripada penaja korporat dalam dan luar negera untuk sambutan itu.

Beliau berkata, wang tajaan berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara oleh para penaja di mana ia tidak diambil kira oleh pihak Jabatan Audit Negara.

"Juruaudit hanya melihat jumlah yang keluar daripada akaun kementerian," katanya dalam satu kenyataan di Facebook sambil mendakwa jabatan itu bersikap ‘culas’.

ROS 'berhutang' dengan DAP - Teresa Kok


KUALA LUMPUR: DAP menggesa Ketua Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman perlu meletakkan jawatan atau dipecat kerana bertindak berpihak dan tidak cekap ketika menjalankan tugas.

Naib Pengerusinya, Teresa Kok berkata ROS yang mengganggu DAP sejak pemilihan Jawatankuasa Teringgi (CEC) Disember lalu, sebaliknya dilaporkan Jabatan Audit Negara sebagai tidak cekap dalam menjalankan penguatkuasaan.

Justeru, katanya sesiapa yang menyebabkan berlakunya ketidakcekapan itu perlu bertanggungjawab sepenuhnya, selain dikenakan tindakan.

Dalam kenyataannya kepada media, hari ini Laporan Audit 2012 merekodkan sebanyak 90 pertubuhan di Putrajaya, Pulau Pinang, Johor dan Pahang tidak menyerahkan laporan organisasi mereka seperti sepatutnya, tetapi tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka.

Di bawah Seksyen 14 Akta Pertubuhan 1966, organisasi yang berdaftar di bawah ROS mesti menyerahkan laporan di antara 60 hari selepas mesyuarat agung tahunan diadakan.

Bermewah Dengan Wang Rakyat: Najib perlu jadi teladan, ubah gaya hidup

MP Pakatan Rakyat menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan contoh “mengubah gaya hidup” dan berjimat cermat demi kepentingan pembayar cukai.

MP Taiping Ng Kor Ming berkata demikian ketika mengulas jawapan yang dikemukakan oleh Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan menanggung kos RM86.4 juta untuk menyewa jet peribadi untuk lawatan rasmi Najib.

Jawapan bertulis yang dikemukakan itu menyebut jet berkenaan melibatkan kos RM16.515 juta untuk penyelenggaraan dan RM3.32 juta untuk baikpulih.

Nga berkata, Najib sepatutnya menunjukkan contoh dengan menukar gaya hidup dan berbelanja dengan bijak dan bukannya meminta rakyat berbuat demikian akibat tekanan inflasi.

“Dia (Najib) sepatutnya memimpin dengan menunjukkan tauladan,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Syed Azman: Pas akan teruskan agenda Almarhum Ust Fadzil Noor

KUALA LUMPUR -  Penolong Setiausaha Agung Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad menegaskan Pas akan meneruskan agenda perjuangan yang telah digagaskan oleh mantan Presiden Pas, Allahyarham Fadhil Noor.

Jelas Syed Azman, gagasan yang dibawa oleh Fadzil Noor tersebut terbukti praktikal dan signifikan untuk diteruskan oleh Pas walaupun negara telah mengalami iklim politik yang berbeza pada masa sekarang.

“Pas akan teruskan agenda Almarhum (Fadzil Noor) untuk terus memacu kecemerlangan parti.

“Almarhum banyak berjasa pada Pas, beliau telah lakukan perubahan besar dalam arena politik tanah air,” katanya ketika sesi dialog Survival Pas Dalam Arena Politik Malaysia semalam.

Dalam masa yang sama Syed Azman menambah, pada masa kini perubahan dalam politik sangat penting untuk dilaksanakan bagi memastikan negara bebas daripada segala ketirisan dan kebocoran sepertimana yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara Selasa lalu.

Akhirnya RUU ala-ala ISA lulus juga

Home Minister backs IGP: Missing guns could be in sea

Laporan Audit: PR gesa PAC adakan sidang khas

Prevention of Crime Act: 'Impossible to satisfy 100 percent of the population'

Minister: No one is spared, even PM's department audited

Laporan audit: Apa kata MP PAS?

Dr Dzulkefly Ahmad: Kita Tak Akan Bertanding Dengan UMNO Untuk Membuktikan Siapa Lebih Melayu

Husam Musa: PAS Tidak Ada Kemungkinan Untuk Meninggalkan Pakatan Rakyat

Syed Azman: Kita Telah Memecahkan Tembok Perkauman, Tembok Agama Yang Sempit

Salahuddin Ayub: Kita Sentiasa Releven, Kita Sentiasa Prokresif, Kita Sentiasa Konstruktif

Pakatan tidak akan ke jalan raya untuk bantah PCA, kata Anwar



Pakatan Rakyat (PR) tetap komited membantah Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang mengembalikan tahanan tanpa bicara itu, namun berjanji tidak akan berdemonstrasi di jalan raya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) sebaliknya berkata, bantahan oleh gabungan DAP, PAS, dan PKR itu akan terus berjalan dalam ceramah-ceramah dan forum yang dianjurkan mereka.
"Kita sentiasa terbuka untuk dialog namun Najib seringkali mengelak. Kita mahu dialog diteruskan," kata Ketua Pembangkang itu merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada pemberita.
Pendirian Anwar itu turut menerima pujian daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan ia adalah satu langkah bijak.
"Itu pendekatan yang baik. Jangan bawa ke jalan raya kerana saya sangat terbuka untuk perbincangan," kata ahli Parlimen Bagan Datoh itu ketika ditemui pemberita.
Anwar bagaimanapun berkata dengan jumlah anggota Parlimen PR yang sedikit berbanding Barisan Nasional (BN), mereka gagal menyekat kerajaan daripada meneruskan pindaan penguatkuasaan akta berkenaan.
"Jangan ambil kesempatan terhadap rakyat," kata Anwar.
Pindaan PCA telah diluluskan awal pagi tadi selepas majoriti ahli Parlimen bersetuju untuk meluluskan pindaan berkenaan.

‘Black Day’ jika PCA tidak diluluskan kata Zahid Hamidi


Sekiranya cadangan pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) tidak diluluskan ketika sesi perbahasannya lewat malam tadi, ia bakal menjadi 'Black Day' kepada mangsa kekejaman penjenayah, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar).
Menteri Dalam Negeri itu bagaimanapun mengakui keputusan Parlimen meluluskan akta berkenaan tidak akan mampu memuaskan hati semua pihak.
"Kalau PCA tidak diluluskan ia juga 'black day' untuk mangsa jenayah," kata Ahmad Zahid merujuk kepada akta yang mengembalikan penahanan tanpa bicara itu.
"Tiada pihak akan puas hati 100% dengan keputusan Parlimen. Bagaimanapun, kita cuba untuk memuaskan hati majoriti populasi (rakyat Malaysia). PCA disasarkan kepada jenayah terancang oleh pertubuhan rahsia," katanya.
Sesi perbahasan Dewan Rakyat yang berlarutan sehingga jam 1 pagi tadi menyaksikan PCA diluluskan selepas lebih lapan jam perbahasan yang bermula daripada jam 4.00 petang.
Lebih suara majoriti dalam Dewan membolehkan Barisan Nasional (BN) meluluskan pindaan akta berkenaan.

Pistol “kadang-kala terjatuh dalam laut”, Zahid Hamidi setuju alasan KPN

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  hari ini bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa kehilangan pistol anggota polis seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 berkemungkinan kerana jatuh ke dalam laut.

Ahmad Zahid ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata, beliau percaya pistol yang dilaporkan hilang dalam audit berkenaan terjatuh ketika melakukan operasi.

"Saya setuju, dalam operasi kadang-kala (pistol) terjatuh dalam laut. Tapi saya percaya tiada penyelewengan," katanya kepada pemberita.

"Saya minta polis kuatkan SOP dan menjaga peralatan mereka, termasuk pistol supaya tak jatuh ke dalam laut lagi," katanya.

PAU: Raihan kesal calon tak bebas berkempen

Opposition explains abseenteeism at PCA vote

Govt: Israel, Mongolia copied our 'Endless Possibilities' slogan..ha.ha..ha..!!!.

PCA tindakan terkebelakang kerajaan BN dalam perjuang hak asasi manusia

keganasan-polis
Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan terkebelakang dalam mempertahankan kebebasan manusia apabila meluluskan kembali pelaksanaan tahanan tanpa bicara, tegas Human Rights Watch (HRW).
Timbalan Pengarah Asia HRW, Phil Robertson, berkata beliau mengecam pindaan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA) kerana melanggar kebebasan manusia tanpa mencapai matlamat sebenarnya untuk mengurangkan jenayah.
“Kerajaan perlu segera membatalkan pindaan itu yang akan mengembalikan semula penahanan tanpa perbicaraan ,” kata Robertson dalam satu kenyataan.
Kata Robertson, dengan pindaan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengancam kebebasan rakyat dan memberikan gambaran buruk reputasi negara di peringkat dunia.
Beliau menyeru Najib Razak mengotakan janjinya pada September 2011 untuk membawa negara yang menghormati semangat demokrasi dengan keamanan serta undang-undang dipertahankan sejajar dengan keluhuran perlembagaan dan undang-undang.
Sebelum ini, usaha wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk menggagalkan kelulusan rang undang-undang itu tidak berjaya apabila ia diluluskan dengan suara majoriti daripada penyokong kerajaan Barisan Nasional.

Hope2Walk: 'Mahukah kita jadi pembunuh nombor 1 anak CP?'




 
Sebuah NGO berkaitan penyakit kelumpuhan otak besar atau cerebral palsy (CP) mendakwa kanak-kanak kelainan upaya itu dinafikan hak untuk pendidikan apabila tiada sekolah khas disediakan untuk golongan "OKU terlantar itu".

Pertubuhan Harapan Anak Cerebral Palsy (Hope2Walk), dalam memorandumnya kepada timbalan perdana nenteri berkata, berbeza dengan negara lain, di Malaysia golongan ini tidak layak memasuki sekolah dan rawatan hospital juga cukup singkat.

"Rawatan fisioterapi dan latihan cara kerja dibuat di hospital seminggu sekali selama sejam. Bolehkah anak ini mempelajari semua itu dalam waktu sesingkat itu?

Endless Possibilities: Shahidan kata orang copy kita, penghasilanya berharga RM330,000.00


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa kerajaan membelanjakan RM330,000 bagi bayaran untuk penghasilan tema Endless Possibilities.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menjawab soalan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) pada sesi soal jawab lisan hari ini.

Bagaimanapun beliau tidak memaklumkan bayaran tersebut telah dibuat kepada pihak mana, melainkan menyebut ianya adalah jumlah untuk keseluruhan bagi proses penghasilan tema itu.

Shahidan juga memaklumkan bawa tema tersebut dihasilkan selepas membuat kajian menyeluruh dan mendapatkan pandangan rakyat sebelum diputuskan oleh jemaah menteri.

Tema yang dilancar pada Januari 2013 itu sebelum ini dipersoal banyak pihak kerana didakwa sama dengan tema yang digunakan sewaktu kempen Eye on Mongolia pada Ogos 2011.

PCA: Najib tak jangka jenayah meningkat - Mahathir

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Datuk Seri Najib Razak terpaksa memperkenalkan semula kuasa penahanan tanpa bicara untuk mengekang jenayah kerana tidak menjangka kesan dari pemansuhan undang-undang yang dilakukan sebelum ini.

Kataya, perdana menteri itu tentunya tidak menjangka bahawa program transformasi yang antara lainnya melibatkan pemansuhan undang-undang Ordinan Darurat 1969, menyebabkan kenaikan kadar jenayah.

Beliau yang ditemui pemberita hari ini mempertahankan tindakan Najib memperkenalkan semula kuasa tersebut, melalui pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah yang diluluskan parlimen semalam.
"Ya dia berjanji (hapus kuasa tahan tanpa bicara) tapi dia tak jangka jenis-jenis jenayah yang telah dilakukan selepas undang-undang itu dimansuhkan.

"Awak pun tak jangka, saya pun tak jangka.

"Lihat jenayah yang berlaku - kita berjalan pun sudah tak selamat lagi," katanya sewaktu diminta mengulas mengenai pindaan ke atas undang-undang Akta Pencegahan Jenayah itu pagi ini.

Pilihan raya kecil Sungai Limau 4 November, penamaan 23 Oktober

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan berlangsung pada 4 November dan hari penamaan calonnya pula pada 23 Oktober ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada hari pengundian awal dan terdapat 27, 222 orang pengundi yang akan mengundi di kawasan itu.

PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak pada Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan serius.

Azizan menyandang kerusi DUN itu selama lima penggal dan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, beliau mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd Ali daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti sebanyak 2,774 undi.

Speaker DUN Kedah, Datuk Md Rozai Shafian telah menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Sungai Limau kepada Pengarah SPR Kedah, Juhari Abdul Rahman di pejabat Speaker DUN di Wisma Darul Aman pada Ahad lalu bersama sijil kematian Azizan.

Dewan Rakyat 3 Oktober 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (2)

Dewan Rakyat 3 Oktober 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (1)

12 RUU pindaan ditarik balik, PCA lulus tengah malam



 
Kesemua 12 rang undang-undang pindaan yang dibentang di Parlimen bersama Akta Pencegahan Jenayah (PCA) ditarik balik.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) mengusulkan untuk menangguh bacaan kedua untuk pindaan berkaitan hari ini.

Bagaimanapun, pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) diluluskan tengah malam tadi, sekali gus memberikan kuasa kepada Putrajaya untuk menahan suspek tanpa perbicaraan untuk tempoh dua tahun.

Wakil pembangkang berhujah, kuasa yang mahu diberikan itu melanggar prinsip keadilan dan boleh disalah guna.

Singkir penjawat awam “tamat tarikh luput” untuk selesai ketirisan kerajaan

Kumpulan pemerhati rasuah Transparency-International Malaysia (TI-M) menyifatkan ketirisan seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini berpunca daripada sektor perkhidmatan awam terlalu besar.

TI-M berkata, perkhimatan awam di Malaysia perlu dikecilkan serta menyingkirkan pekerja "tamat tarikh luput" yang menunjukkan contoh tidak baik kepada pegawai bawahannya.

"TI-M berpendapat sektor perkhidmatan awam yang besar perlu dikecilkan, terutama ketika keadaan ekonomi sukar. Kerugian besar akan berterusan menjadi bebanan kepada orang awam selagi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak mengambil langkah untuk membuang pekerja yang tidak cekap dalam mengendalikan dana awam," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu juga berkata, kerajaan digesa supaya mengikut jejak sektor swasta iaitu produktiviti dan disiplin menjadi keutamaan, bukannya terlalu bergantung kepada kuantiti.

"Kerajaan perlu meniru sektor swasta iaitu produktiviti dan pematuhan adalah penting untuk melindungi sesuatu pekerjaan," katanya.

Parlimen lulus pindaan PCA, ‘Hari Gelap’ buat Malaysia

KUALA LUMPUR 3 OKTOBER: Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan menyerupai Akta  Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diluluskan di Dewan Rakyat tengah malam tadi.
Keputusan pengundian yang dibuat awal pagi ini turut menyaksikan beberapa Fasal yang dibawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ditolak dan pindaan diusulkan kerajaan diluluskan.
Selepas melalui proses perbahasan selama dua hari, sesi perbahasan yang bermula jam 4.30 petang semalam bersidang sehingga jam 1 pagi selepas Dewan mengemukakan usul memberhentikan jam pada jam 11:59 malam.
Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid pada semalam.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang membantah pindaan akta berkenaan kerana menyalahi hak asasi manusia dan zalim menyifatkan kelulusan itu sebagai satu lagi sejarah gelap demokrasi buat Malaysia.
“Hari gelap dalam demokrasi. Rang undang-undang PCA aka ISA 2.0 diluluskan jam 12.50 pagi (tadi).
“Terima kasih kepada Umno BN kerana sekali lagi meletakkan Malaysia ke zaman gelap,” kata Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin .

Hadi, Kit Siang dan Anwar tidak lagi warnai PRU 14, kata Naib Presiden PAS


PAS sentiasa tampil bakat muda, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 3 Oktober, 2013.PAS sentiasa tampil bakat muda, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 3 Oktober, 2013.Pemimpin kanan PAS menafikan dakwaan parti itu tidak menampilkan bakat kepimpinan muda, malah memberikan bayangan kemungkinan ketiga-tiga pemimpin teratas parti dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi akan beraksi pada pilihan raya umum akan datang.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub, berkata tiada pemimpin yang akan menongkat dunia dan PAS akan terus melahirkan kepimpinan baru menggantikan posisi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), saya yakin kita tidak lagi menyaksikan Abdul Hadi; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewarnai pilihan raya tersebut.
"PAS sendiri banyak melahirkan pemimpin melalui Dewan Pemuda dan boleh dikatakan 80% kepimpinan parti pada masa ini datangnya daripada sayap itu.
"Dakwaan mengatakan PAS tidak melahirkan bakat kepimpimpinan muda adalah tidak benar kerana terbukti Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan adalah Ahli Parlimen Temerloh dan orang nombor duanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz adalah Ahli Parlimen Pasir Mas," katanya ketika menghadiri forum "Survival PAS dalam arena politik Malaysia" yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat bercanggah dengan pendirian Salahuddin apabila berkata PAS kurang menampilkan bakat kepimpinan muda dalam parti sambil meminta ruang yang lebih besar diberikan kepada sayap parti itu.

'P'raya umum depan bergantung taktikal p'raya' - Husam

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa mengingatkan Pakatan Rakyat supaya lebih menguasai "taktikal dalam pilihan raya" untuk mendapatkan manfaat daripada keadaan sokongan terhadap mereka melonjak pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Sambil menegas untuk memperkukuhkan muafakat PAS dalam gabungan pembangkang itu, Husam menyifatkan pilihan raya umum ke-14 merupakan "pusingan terakhir" bagi Pakatan untuk mentadbir negara ini.

"Kita telah menang pada pilihan raya umum (lalu) dengan majoriti (undi) lebih daripada lawan.

"Tinggal lagi taktikal pilihan raya. Ini kita kena concern. Kalau kita biarkan mereka menguasainya, dan kita mengambil semangat sahaja, kita akan tewas," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan dengan lebih lanjut dan jelas taktikal yang dimaksudkannnya.

Husam menjawab soalan berhubung hala tuju PAS pada masa depan dalam sebuah dialog bertajuk 'Survival PAS dalam arena politik Malaysia' di ibu negara malam tadi.

Salahudin: PAS bukan macam syarikat Nokia

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata parti itu serius melahirkan kepimpinan baru yang bakal menggantikan tokoh sedia ada termasuk jawatan presiden dan timbalan presiden pada masa akan datang.

Katanya, PAS tidak ketandusan melahirkan kepimpinan yang bakal menggantikannya memandangkan parti itu mempunyai Dewan Pemuda yang dianggap sebagai kilang bagi memenuhi perubahan kepimpinan pada masa depan.

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Kubang Kerian berkata, kira-kira 80 peratus dalam kepimpinan tertinggi PAS ketika ini pernah memimpin sayap parti itu sebelum ini.

"Oleh sebab itu, PAS melihat konsep perubahan (kepimpinan) ini bersifat dinamik untuk kita mara ke depan. PAS tidak akan menjadi seperti (syarikat) Nokia.

"Suatu ketika dahulu (mereka) pernah dinasihatkan supaya melihat dengan serius teknologi Android Google. Tapi Nokia tidak pandang. Tapi hari ini, Samsung mengatasi Nokia.

"Dulu Samsung jenama mesin basuh, tapi hari ini dengan smartphone, Samsung mengatasi Nokia. Itu satu contoh bahawa semua parti politik termasuk PAS akan memastikan parti terus progresif dan dinamik pada masa akan datang," katanya.

Akhirnya ISA wujud kembali dalam rupa baru

Setelah berbahas dan kemuncaknya malam tadi, akhirnya Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 diluluskan dengan suara majoriti penyokong kerajaan jam 12:50 tengah malam tadi.

Perbahasan rang undang-undang itu hangat dan memperlihatkan kedua-dua pihak pembangkang dan kerajaan saling mempertahankan pendirian masing-masing atas nawaitu untuk menjadikan rang undang-undang berkenaan murni dan benar-benar bermanfaat.

Kerajaan yakin dan percaya rang undang-undang berkenaan tidak bersifat penganiayaan dan adil serta sangat penting untuk membasmi penjenayah berat di negara ini.

Manakala pembangkang mempersoalkan rang undang-undang berkenaan sebagai hendak mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan sebelum ini. Pembangkang juga meragui rang undang-undang berkenaan akan disalahgunakan.

Walaupun jaminan oleh menteri KDN bahawa ia tidak akan digunakan untuk tujuan politik tetapi pembangkang tetap meraguinya berdasarkan apa yang berlaku sebelum ini. Semasa kewujudan akta ISA 1959 dahulu, ada jaminan oleh perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman yang akta berkenaan akan digunakan untuk menangkap subversif sahaja.

Muktamar: Saya tak akan lawan Mat Sabu - Husam

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beliau tidak akan mencabar Mohamad Sabu bagi merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada muktamar ke-59 November ini.

Difahamkan Husam telah melepasi syarat pencalonan daripada dua kawasan untuk bertanding jawatan tersebut dan keputusannya bakal diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan pada 21 Oktober ini.

husam musa pas interview 170507"Apa alasan yang terbaik untuk saya melawan Abang Mat (Mohamad Sabu)? Kamu ada alasan untuk saya melawan Abang Mat.

"Kalau tidak ada alasan yang baik, kenapa (saya) mahu melawan beliau," katanya.

Beliau menjawab soalan hadirin berhubung pendiriannya sama ada mahu bertanding jawatan itu dalam sebuah dialog bertajuk 'Survival PAS dalam arena politik Malaysia' di ibu negara malam tadi.

Turut serta sebagai panelis dalam dialog tersebut adalah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, ahli jawatankuasa Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Laporan audit: Patutlah bajet defisit!

Lapuran Audit Negara mengemparkan banyak pihak termasuk kakitangan awam itu sendiri. Hal ini kerana ketirisan perbelanjaan, boros dan membazir serta tidak pandai menguruskan peruntukan dan mengambil sambil lewa segala amanah yang dipertanggungjawabkan. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di Kementerian dan Jabatan kerajaan yang dianggap telus, cekap dan amanah serta mematuhi segala prosedur dan Perintah Am yang ditetapkan. Kini telah terbongkar diatas kelemahan mereka yang terlibat itu.

Pihak Kementerian dan Jabatan Kerajaan sepatutnya berterima kasih serta sikap terbuka kepada Ketua Audit Negara kerana mendedahkan kelemahannya dan memberikan kesedaran supaya pada tahun-tahun yang mendatang tidak akan berlaku perkara sebegini lagi dan bukannya membuat alasan dan komen yang kadangkala mengelirukan serta kurang bijak itu.

Pada saya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu meningkatkan lagi prestasinya dan mengubah sikap serta mendisiplin kakitangan awam dibawah perkhidmatannya dari masa kesemasa dan jangan hanya mengeluarkan arahan dan surat pekeliling itu dan ini tetapi membiarkan ianya berlalu dan berlaku begitu sahaja tanpa ada pantauan yang khusus terhadap segala apa juga arahan yang diberikan itu.

Audit: Boros dan membazir, menteri sila jawab


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Petubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpendirian kepincangan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 jelas menuntut penambahbaikkan dan koreksi yang besar dalam cara agensi kerajaan berbelanja dan menguruskan aset.

“Kami juga berpendirian menteri kepada kementerian yang berkaitan dengan penyelewengan dan kecuaian itu harus turut bertanggungjawab dan menjelaskan kepada awam kenapa dan apakah punca penyelewengan serta kecuaian yang telah berlaku,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Bila ternakan sudah berkeliaran lari, baru hendak dikunci pagarnya.

Demikian analogi kami melihat satu demi satu salah perbelanjaan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Bila sudah berbilion ringgit yang dibazirkan dengan pembelian yang tidak diperlukan, pembayaran yang melampau tinggi dan kecuaian mengurus aset yang dibeli, barulah nasihat berhemat dan cermat dikeluarkan kepada agensi yang ditegur Ketua Audit Negara.

Jabatan Audit Negara sepatutnya dipuji kerana telah dapat mendedahkan kepincangan dalam  pengurusan perbelanjaan agensi-agensi kerajaan setiap tahun. Akan tetapi untuk melaporkan sahaja sudah tentu tidak memadai.

Sekarang dengan pelbagai pembaziran dalam perbelanjaan agensi-agensi yang dilaporkan itu, apakah yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan?

Loan shark menace WORSENS: Malaysians now owe RM40 MILLION to 'Ah Longs'

The loan shark menace is worsening with Malaysians expected to be in debt by more than RM40 million this year – compared to last year's RM39.5 million.
Loan sharks lent RM34,400,000 to financially-strapped Malaysians up to September this year with the amount expected to rise even further over the next three months.
As of today, 426 people were in debt to loan sharks, with each person owing an average of RM80,751.
The figures came from MCA Head of Public Services and Complaints Department Datuk Seri Michael Chong, who said they were compiled using information given to him by borrowers and police input on the matter.
"I expect this year's figure to surpass last year's," he told reporters at a press conference here today.
"There's always a trend and, I believe, that people will resort to borrowing more especially during the football season to raise this year's tally," he said.
The international football season is generally between August and May.
Chong said that people continued to borrow from loan sharks despite continuous reminders by the authorities of the repercussions of doing so.

Guru hilang gaji di N. Sembilan

Guru hilang gaji di N. Sembilan 
SEREMBAN – Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) mengesahkan turut menerima laporan berhubung kejadian kes guru kehilangan gaji di negeri ini.

Pengarahnya, Kalsom Khalid bagaimanapun berkata, bilangan guru yang terlibat adalah sedikit.

"Memang ada berlaku kes guru kehilangan berdasarkan laporan diterima jabatan daripada pihak bank, kelmarin. Kita sudah pun meminta guru terlibat supaya menutup akaun mereka segera seperti mana dinasihatkan Jabatan Akauntan Negara negeri dan membuka akaun baru di bank yang sama," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

US Tiada Wang, Had Pinjaman Tidak Lulus, Eloklah Najib Belajar Dari Kemelut Hutang US....

Kafeteria senat di Bangunan Capitol yang terpaksa ditutup berikutan pemberhentian operasi kerajaan, semalam.

pusat pelancong masih gagal beroperasi untuk hari kedua

Washington: Presiden Barack Obama dijadual bertemu dengan ketua eksekutif bank utama semalam bagi membincangkan penutupan kerajaan dan tarikh akhir yang semakin dekat untuk menaikkan had hutang negara, kata Rumah Putih.

Peneraju bank termasuk Lloyd Blankfein dari Goldman Sachs, Michael Corbat dari Citigroup, Jamie Dimon dari JPMorgan Chase & Co dan Brian Moynihan dari Bank of America.
Anggota Kongres Republikan dan Rumah Putih berada dalam kebuntuan berhubung pembiayaan kerajaan, yang memaksa penutupan pertama kerajaan dalam tempoh 17 tahun.

Ketika penutupan kerajaan sudah memberi kesan kepada pelancong yang kecewa yang berpatah balik dari taman negara sehingga Obama membatalkan hentian kunjungannya ke Asia, tarikh akhir untuk menaikkan had hutang negara memberi satu risiko lebih teruk.

BLACK DAY FOR MALAYSIA: Najib reneges on his promise, rams in unfair law

KUALA LUMPUR - As expected Prime Minister Najib Razak's government hammered through controversial amendments to the Prevention of Crime Act 1959 (PCA) that critics warned would make the law little different from the recently-repealed Internal Security Act that allows for indefinite detention without trial.
BLACK DAY FOR MALAYSIA: Najib reneges on his promise, rams in unfair law“Malaysia is taking a huge step backwards on rights by returning to administrative detention practices much like the draconian Internal Security Act. By doing so, Prime Minister Najib is backing methods that do little to curtail crime but threaten everyone’s liberty,” Phil Robertson, deputy Asia director at Human Rights Watch said in statement denouncing Malaysia's amended Act.
"Our PR MPs fought hard & long till late night to stop #PCA - argued brilliantly, impassionately but alas..BN MPs hav no conscience! not one!" tweeted PKR legal affairs and human rights bureau chief Latheefa Koya.
Indeed the Opposition coalition, led by Anwar Ibrahim, as well as prominent members of civil society had tried their best to block the amendments from being passed at Parliament but they were outnumbered.
Najib's Umno-BN holds 133 of the Parliament's 222 seats while the Pakatan Rakyat has only 89.
"Might is not right. This will not be the end of the story. We will continue our war against unfair laws. This is also the time for Malaysians to question the BN component parties of MCA, Gerakan and MIC. They voted in line with Umno to pass these amendments. They cannot claim they have no choice. They are being hypocrites and the people should punish them for their double-speak," PKR MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
What the new amendments would mean to Malaysians
The marathon session in Parliament ended only in the wee hours of this morning. The bill, tabled by Home Minister Zahid Hamidi last week, was debated by MPs from both divides of the House and finally passed at 12.50am.
The draft amendments allow detention for up to two years without trial if the authorities determine that it is in the interests of “public order,” “public security,” or “prevention of crime” – terms not defined – and a three-person “Prevention of Crime Board” finds that the person has committed two or more serious offenses “whether or not he is convicted thereof.”
People can also be detained without trial for having been found to have failed to comply with a supervisory order. The bill would allow a detention order to be renewed indefinitely in increments not exceeding two years.
The Prevention of Crime Boards are to consist of a former judge of the Federal, Appeals, or High Court, and two other people whose qualifications are not specified. No judicial review is permitted of the board’s decisions except on compliance with procedural requirements set out in the Prevention of Crime Act.
Suspects have no right to representation by legal counsel during any inquiry initiated under the board to determine evidence to be used in the board’s decision.
The board’s operations and decisions will be kept from public view by a provision in the proposed amendments that shields the board, any member of the board, and any inquiry officer from disclosing information about the board’s work that “he considers to be against the public interest to disclose or produce.”
Outnumbered