Rabu, 2 Oktober 2013

Perbahasan Jawatankuasa RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Peluasan) Fasal 19 - 2

Perbahasan Jawatankuasa RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemeluasan) 2013 Fasal 19

Perbahasan Jawatankuasa RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemeluasan) 2013 Fasal 18

AKHIRNYA MENTERI BELIA DAN SUKAN MENGAKU KERAJAAN MEMBAYAR RM1.6 JUTA KEPADA KUMPULAN K-POP

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui kementerian itu membayar RM1.6 juta untuk acara konsert K-Pop pada tahun 2012 seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat bayaran itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu.

"Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai - memang betul konsert ini dibiayai KBS.

"Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut.

"Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012," katanya menerusi kenyataan pada laman Facebook beliau.

Jelasnya lagi, pihaknya tidak akan meneruskan lagi acara sebegitu pada sambutan Hari Belia 2013 dan tahun-tahun akan datang.

'Saya mesti jawab & bertindak'

Ketua setiausaha kementerian Mohd Mohamad dalam laporan Bernama tahun lalu menyatakan bahawa kos membawa masuk persembahan tersebut ditanggung penaja.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 MENDEDAHKAN KECEKAPAN, AMANAH DAN BERSIH KERAJAAN UMNO/BN PIMPINAN NAJIB RAZAK?


Ini baru ciput dari Laporan Ketua Audit Negara 2012 mengenai betapa teruk dan dahsyatnya ketirisan dan kebocoran Kerajaan UMNO/BN 1M'sia Rakyat Di Dahulukan Prestasi Di Utamakan pimpinan Najib Razak.

Pada pemerhatian Omak Kau setakat ini mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2012 ialah:-

1. Kerajaan /UMNO/BN adalah sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab lagi tidak amanah dalam menguruskan kewangan negara. Banyak ketirisan, kebocoran, penyelewengan berlaku dengan begitu menjolok mata dan menghiris hati...

2. Kerajaan UMNO/ BN adalah sebuah kerajaan yang pekak lagi tuli kerana saban tahun Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan pelbagai salahlaku dalam tatacara kewangan negara namun setiap tahun juga ia tetap berulang.

KALAU MASIH TAK FAHAM .. SAH HATI BATU OTAK TEPU SUKA KENA TIPU!


Kartun ini ekoran dari beberapa masjid di Terengganu bumbungnya runtuh...Terbaru Masjid di Kg Tebauk, Bukit Tungga, Kuala Terengganu yang masih belum tamat edah.

Kalau ada rakyat merasakan kartun ini hanya sebagai lawak jenaka tanpa ada sedikit pun terguris hati terluka .. lebih baik berhenti dari jadi manusia.

Kejayaan Pemilihan Semula CEC DAP: ROS diingat henti tekan Pakatan

Anwar PC pakatanKUALA LUMPUR 2 OKTOBER: Ketua Majlis Presiden Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan supaya Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhenti menekan mana-mana parti komponen gabungan itu selepas kejayaan Pemilihan Semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Ahad lalu.
“Saya berharap pihak Pendaftar Pertubuhan tidak lagi menggunakan kuasa menekan tanpa alasan kukuh.
“Tindakan sewenang-wenangnya sedemikian tambah memperkukuh kebimbangan kami bahawa jentera kerajaan turut digunakan bagi menekan parti pembangkang,” kata Anwar dalam kenyataan.
Ketua Umum KEADILAN itu turut mengucapkan penghargaan di atas kejayaan DAP menjalankan pemilihan itu dalam Kongres Khas pada 27 September lepas.

'Darul Runtuh' rugikan wang, jejas wibawa

Oleh Mohd Azmi Abdul Hamid
Keruntuhan bumbung masjid Tebauk dan beberapa bangunan awam di Terengganu sejak 2009 mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap tahap kawal selia dan penyelenggaraan agensi kerajaan yang terbabit dengan pembinaan bangunan, sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri.


Insiden bumbung dan bangunan runtuh tidak sepatutnya berlaku berulang kali jika kawal selia ketat dikuatkuasakan bermula dari proses meluluskan tender dan anugerah kontrak sehingga mengeluarkan sijil layak menduduki (CF).

Walaupun insiden runtuh dan pembinaan yang tidak berkualiti kebetulan nampaknya berlaku terus menerus di Terengganu, empat kejadian pada 2009 dan dua kejadian pada 2013, bumbung Hospital Serdang juga runtuh sehari insiden di Masjid Tebauk pada 30hb September lalu.

Soalnya apakah agensi kerajaan yang bertanggungjawab di seluruh negara tidak memastikan Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang ditetapkan diikuti sepenuhnya oleh kontraktor yang dianugerahkan kontrak membina bangunan awam.

Kini sejak keruntuhan stadium di Terengganu yang tidak diperbaiki sehingga kini, diekori dengan keruntuhan bumbung di tiga masjid dan bangunan lain, belum jelas apakah tindakan yang diambil pihak berkuasa untuk membetulkan keadaan.

Audit: Subsidi baja disalah guna di Pasir Puteh

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan berlaku penyalahgunaan subsidi baja di Mukim Panggong, Padang Pak Amat, Pasir Puteh.

Menurut laporan itu, pesawah yang telah menerima bantuan mana-mana agensi Persekutuan tidak layak menerima subsidi kerajaan negeri.

“Sebanyak 313 lot tanah padi yang telah didaftarkan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) Cherang Rotan dan telah mendapat subsidi baja sebanyak 3,988 kampit digunakan sekali lagi untuk memohon subsidi baja kerajaan negeri.

“Permohonan ini dibuat pada 29 Mei 2012 oleh 160 pesawah lain menggunakan 313 lot padi yang sama dan jumlah baja yang telah dibekalkan sebanyak 3,313 kampit yang bernilai RM45,277,” kata laporan itu.

Semakan lanjut Audit mendapati pesawah berkenaan tidak menerima baja tersebut dan mereka tidak pernah mengisi borang permohonan.

Audit: Orang mati terima bantuan JKM di P.Pinang

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pulau Pinang membuat pembayaran Bantuan Am kepada 155 penerima yang telah meninggal dunia, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Bantuan yang disalurkan itu bermula sejak tahun 2006 sehingga Jun 2012, dedah laporan audit.

“Berdasarkan senarai keseluruhan penerima bantuan bagi dua daerah (Seberang Perai Utama dan Timur Laut) yang dipilih daripada Laporan Pembayaran, pengesahan melalui nama dan nombor kad pengenalan telah dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pulau Pinang (JPNPP).

“Mengikut maklum balas JPNPP, didapati seramai 155 orang penerima telah meninggal dunia dari tahun 2006 hingga bulan Jun 2012.

“Bagaimanapun, nama mereka masih lagi tersenarai dalam senarai Laporan Pembayaran Bantuan Bulanan,” kata laporan itu.

Katanya lagi, semakan dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) juga mendapati 155 akaun penerima yang telah meninggal dunia mendapati sejumlah RM13,070 telah dikeluarkan.

“Semakan terhadap Laporan Bulanan Larian Auto-Debit BSN bagi 155 akaun penerima yang telah meninggal dunia mendapati sejumlah RM13,070 wang bantuan daripada 77 kes penerima yang meninggal dunia telah dikeluarkan melalui akaun penerima tersebut.

Audit: Orang mati di Kelantan juga terima bantuan JKM

Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 bagi negeri Kelantan siri 1 menyebut, seramai 93 penerima Bantuan Am yang telah meninggal dunia masih menerima bantuan sejak tahun 2005 sehingga tahun lalu.

Menurut laporan audit tersebut, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengesahkan bahawa 93 penerima itu telah meninggal dunia.

“Hasil pengauditan mendapati seramai 93 orang penerima Bantuan Am di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Baharu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Puteh telah meninggal dunia antara tahun 2005 hingga 2012, berdasarkan pengesahan daripada JPN.

“Keadaan ini berlaku kerana kajian semula tidak dibuat terhadap penerima bantuan untuk mengetahui status mereka dan terdapat juga kajian semula yang tidak tepat kerana mengesyorkan bantuan diteruskan walaupun sebenarnya penerima telah meninggal dunia,” kata laporan tersebut.

Bagi tahun 2012 sahaja, seramai 39 penerima dilaporkan sudah meninggal dunia yang melibatkan daerah Kota Baharu, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

Belanja melampau: K’jaan khianati wang rakyat tanpa rasa bersalah

SaifuddinKUALA LUMPUR 2 OKTOBER: Wang rakyat dikhianati tanpa rasa bersalah. Itu yang berlaku apabila kerajaan boros membelanjakan sejumlah wang yang tinggi tetapi berakhir dengan pembaziran.
Membidas salah laku kerajaan yang dibongkar menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kesal kerana wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk manfaat rakyat diseleweng dan sia-sia.
“Sekali lagi Laporan Audit terbaru menghidangkan cerita pembaziran dan perbelanjaan melampau…wang rakyat dikhianati tanpa rasa bersalah!
“Menguruskan wang negara ibarat menjaga darah sebatang tubuh, jika terpotong dan darah keluar tak terkawal, nescaya lemah tubuh itu,” sinisnya di twitter.

Laporan Audit dedah kecurangan kerajaan BN, salah urus tadbir

Fuziah SallehKUALA LUMPUR 2 OKTOBER: Kecurangan penggunaan wang rakyat seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara akibat daripada kegagalan urustadbir kerajaan, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.
Beliau berkata, kerajaan gagal mengamalkan beberapa prinsip yang terkandung dalam tatakelola pentadbiran yang baik seperti akauntabiliti, integriti dan ketelusan.
“Pendedahan laporan itu menunjukkan wang rakyat gagal diurus dengan baik. Begitu banyak pembaziran dan peruntukan yang diberikan hangus begitu sahaja,” ujarnya kepada Keadilan Daily.
Ahli Parlimen Kuantan itu turut bimbang soal keselamatan negara apabila Audit mendapati sebanyak RM1.33 juta aset polis termasuk senjata api dan gari hilang di bawah jagaan pasukan itu.
“Bayangkan aset penting seperti itupun gagal dikendali dengan baik. Adakah keselamatan rakyat terjamin di bawah kawalan polis yang jelas mempunyai kelemahan.
“Itu belum termasuk Jabatan Kastam yang menempah kasut tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, kemudian membakarnya. Tindakan ini seolah-olah membakar duit rakyat,” katanya.

Audit: Himpunan macam Bersih desak ambil tindakan


KUALA LUMPUR: Sudah sampai masanya diadakan himpunan seperti Bersih, tetapi kali ini untuk menuntut penyiasatan dan tindakan diambil kepada mereka yang didapati bersalah dan bertanggungjawab berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara.

“Tekanan untuk perkara ini diberi perhatian perlu datang daripada rakyat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tambahnya, tekanan harus diteruskan sehingga kerajaan BN mengaku bahawa kerajaan mereka boros.

Jika tidak, kata beliau budaya ketirisan itu akan berterusan dan rakyat akan disuruh terus membayar lebih untuk menampung kos kehidupannya untuk membolehkan kerajaan BN terus berboros dalam perbelanjaannya.

Katanya lagi, ketirisan yang dilaporkan setiap tahun dalam Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan Malaysia memerlukan rasionalisasi perbelanjaan di semua jabatan kerajaan terlebih dahulu sebelum menghukum rakyat dengan rasionalisasi subsidinya.

PAS cadang himpunan bantah kebobrokan hasil laporan audit


PAS mempertikaikan rasional kerajaan menaikkan harga minyak 20 sen seliter sebelum ini ketika agensi-agensi kerajaan meneruskan kerja borosnya membeli perkakasan yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.
Untuk itu, PAS mencadangkan satu himpunan bantahan seumpama himpunan Bersih dibuat bagi menunjukkan rasa tidak puas hati rakyat.
Jika tidak, budaya ketirisan ini akan berterusan dan rakyat akan disuruh terus membayar lebih untuk menampung kos kehidupan untuk membolehkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus berboros dalam perbelanjaannya.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, ketirisan yang dilaporkan setiap tahun di Laporan Ketua Audit Negara  menunjukkan Malaysia memerlukan rasionalisasi perbelanjaan di dalam semua jabatan kerajaan terlebih dahulu sebelum menghukum rakyat dengan rasionalisasi subsidinya.
"Tidak adil buat kerajaan yang hanya tahu suruh rakyat membayar lebih 20 sen seliter untuk minyak yang menjadi keperluan harian bagi mencari rezeki tatkala agensi-agensi kerajaan meneruskan kerja borosnya membeli perkakasan yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran," kata Tuan Ibrahim.
Bayangkan jam dinding yang berharga RM100 dibeli pada harga RM3,810 oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) menggunakan duit rakyat.

Ketam mengajar anaknya berjalan…

Oleh Jimie Cheng
Pada awal September 2013, kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi petrol dan diesel yang melihat harga Ron 95 dan diesel naik 20 sen seliter. Antara sebab utama dinyatakan kerajaan adalah bagi mengurangkan defisit fiskal negara (secara ringkas: perbelanjaan melebihi pendapatan). Pengurangan subsidi tersebut dijangka menjimatkan kerajaan RM1.1 bilion bagi tahun 2013 dan RM3.3 bilion untuk setiap tahun berikutnya.


Baru-baru ini pula kerajaan menaikkan duti eksais ke atas rokok sebanyak 14% yang menyebabkan harga rokok meningkat dalam lingkungan RM1.50 untuk setiap kotak 20 batang. Peningkatan duti eksais secara mengejut ini dibaca oleh saya sebagai langkah mudah untuk menambah pendapatan negara (atas isu defisit fiskal lagi) setelah cadangan mengurangkan subsidi gula ditentang hebat oleh rakyat.
Rakyat yang mengadu perihal kenaikan ini dimaklumkan oleh ‘perwakilan’ kerajaan (terutamanya para menteri) bahawa kenaikan harga terutamanya pengurangan subsidi adalah amat penting bagi memastikan perbelanjaan negara terkawal. Rakyat disuruh mengubah gaya hidup, mencari alternatif pengangkutan malah ada juga ahli Parlimen yang menyatakan harga minyak naik tidak membebankan golongan miskin kerana hanya orang kaya yang memandu kereta.
Dalam erti kata lain, kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan dan kini tiba masanya rakyat juga bersama-sama berganding bahu memikul beban perbelanjaan negara.
Saya rasa hari ini agak kekok bagi ‘perwakilan’ kerajaan menggunakan alasan yang sama setelah pendedahan terkini daripada laporan Ketua Audit Negara menunjukkan perbelanjaan kerajaan yang tidak masuk akal.

Isu Ketirisan : PR Tawar Kerjasama bersama Kerajaan Pusat

MP Pakatan Perbahasan Jawatankuasa RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 2013

MP Pakatan Perbahasan Jawatankuasa RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Perluasan)

MP Subang Perbahasan Jawatankuasa RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Perluasan)

Perbahasan Jawatankuasa RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Perluasan)

Menteri Gulung Perbahasan Jawatankuasa RUU Pencegahan Jenayah

MP PAS Tumpat & PKR Gombak bahas Jawatankuasa RUU Pencegahan

Penggulungan Perbahasan Jawatankuasa RUU Pencegahan Jenayah

Proses pengundian RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan)

DAP Puchong Bahas Jawatankuasa RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan)

PAS Sepang Bahas Jawatankuasa RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan)

Menteri Dalam Negeri Gulung RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan 2013)

PKR Bukit Katil & DAP Kulai mencelah pengulungan Menteri RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemeluasan) 2013

Menteri Dalam Negeri Gulung RUU Pencegahan Jenayah(Pindaan dan Pemeluasan) 2013

MP PKR Gombak Bahas RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemeluasan) 2013

Tahan Tanpa Bicara? BN Tanjong Karang....tambah Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemeluasan) 2013

Audit: Pakatan desak tubuh jawatankuasa khas

Pakatan: Public funds wasted because PAC toothless

'New Delhi Parliament': Umno, PKR MPs debate in Tamil

Laporan Audit: Bukti undang-undang manusia gagal - TGNA


Untuk memasuki negara lain, kita memerlukan pasport. Tanpa pasport, kita akan dianggap pendatang tanpa izin dan boleh diusir keluar bila-bila masa sahaja. Jika diusir, jangan salahkan sesiapa kerana itulah undang-undang yang telah difahami umum.

Demikian juga untuk masuk ke alam dunia ciptaan ALlah SWT ini, tetap perlukan kepada pasport. Pasport hidup di dunia ini ialah Islam yang syumul. Tidak berakidah dengan akidah Islam ertinya hidup di dunia tanpa pasport. Berpegang dengan undang-undang selain undang-undang Allah SWT pula ertinya memegang pasport tanpa cop visa. Kedua-duanya salah dan boleh dianggap sebagai pandatang tanpa izin. Jika diusir dari sesebuah negara boleh kembali ke negara asal. Namun, jika diusir dari dunia milik Allah SWT, ke mana lagi kaki ingin melangkah?

Itulah ibarat orang-orang yang hidup dengan undang-undang ciptaan manusia. Selama-lamanya manusia tidak akan mampu mengawal manusia. Hari ini, saya membaca berita mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan kelmarin. Sekali lagi menyaksikan ketirisan berbillion ringgit wang rakyat yang dibelanjakan di sektor-sektor kerajaan.

Ia bukan jumlah yang sedikit. Bajet perbelanjaan negeri Kelantan sahaja hanya sekitar RM500 juta setahun, bayangkan jika ketirisan berbliion ringgit ini dapat diselamatkan dan diagihkan kepada negeri seperti Kelantan, berapa jutakah yang dapat manfaat darinya?

Audit 2012: RTM bayar RM3,810 untuk jam bernilai RM100




Radio Televisyen Malaysia (RTM) membelanjakan RM3,810 untuk satu jam dinding yang hanya berharga RM100, lapor Jabatan Audit Negara dalam laporan tahunan mereka.

Rangkaian televisyen yang dimiliki kerajaan Malaysia itu mempunyai 20 biji jam yang sama dan harga keseluruhan yang dibayar adalah RM76,200.

Laporan itu seterusnya menjelaskan yang jam dinding itu adalah komponen dikenali sebagai "slave clocks".

Audit 2012: ROS gagal bertindak pada 90 pertubuhan

Pendaftar Pertubuhan (ROS) didapati gagal menggunakan kuasanya terhadap 90 pertubuhan walaupun sebelum ini begitu agresif mendisiplinkan DAP dengan mendesak agar parti itu mengadakan pemilihan semula.

Pemeriksaan Jabatan Audit Negara terhadap fail yang disimpan agensi itu di Putrajaya, Pulau Pinang, Johor dan Pahang mendapati ia tidak pernah mengeluarkan sebarang notis terhadap 90 pertubuhan yang masih belum menyerahkan sebarang laporan kepadanya.

NONE


Fail itu meliputi fail 17 daripada 31 parti politik yang disenaraikan dalam pemeriksaan itu.

RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 dibentang

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 hari ini dibentangkan bagi tujuan mengadakan peruntukan bagi membenarkan pegawai sains menganalisis apa-apa sampel biologi yang diambil bagi maksud pemeriksaan.

Rang undang-undang itu dibentangkan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Pindaan itu juga bagi menyatakan suatu dokumen yang dikatakan laporan yang dibuat oleh pegawai sains itu boleh diberikan sebagai keterangan dalam perbicaraan suatu kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

TPPA dan Budaya Agenda Rahsia

Oleh Ismail Hashim Yahaya
Meskipun telah disebut berulang kali, apakah sebenarnya yang menyebabkan kerajaan Malaysia terikat dengan syarat kerahsiaan dalam perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ini?
Mengapakah Malaysia masih mahu turut patuh kepada syarat atau terma kerahsiaan dalam perundingan tersebut meskipun telah mengetahui implikasi TPPA kepada negara terutamanya dari segi kedaulatan yang telah dibangkitkan acap kali.

Dalam kerahsiaan yang cuba diselindungi daripada pengetahuan awam, jelas TPPA sangat sedikit berkait dengan soal perdagangan tetapi lebih kepada bidang perkhidmatan dan pelaburan serta beberapa bidang lain.Ini adalah bidang-bidang yang gagal mencapai kata sepakat dalam rundingan perkhidmatan dan pelaburan berkaitan perdagangan dalam rundingan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).
Apa yang dikesali dalam sektor perkhidmatan dan pelaburan, jika rundingan telah berjaya, TPPA akan membuka pasaran seluasnya untuk syarikat dari negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) yang menyertai TPPA untuk masuk ke dalam pasaran mana-mana negara anggota, sama ada untuk membuka syarikat baru atau cawangan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Manakala dalam sektor perkhidmatan, TPPA akan meliputi sektor kewangan, perniagaan, telekom, utiliti, perkhidmatan profesional dan perdagangan.

Kenapa 38 tahun Petronas tak diaudit?

Tahan Tanpa Bicara? - MP DAP Puchong Bahas RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemeluasan) 2013 (2)

Tahan Tanpa Bicara? - MP DAP Puchong Bahas RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemeluasan) 2013 (1)

Audit: Ketirisan berulang tapi tiada tindakan


 KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini mencadangkan satu Jawatankuasa Majlis Tindakan diwujudkan bagi memastikan segala ketirisan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara boleh diambil tindakan tegas.

Jawatankuasa Majlis Tindakan atau Majis tiga orang yang dicadangkan itu perlu dianggotai oleh Timbalan Perdana Menteri, Ketua Pembangkang dan juga Ketua Audit Negara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu cadangan ini bagi memastikan penyelewengan dan ketirisan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tidak akan berulang lagi.

Katanya, Pakatan Rakyat melihat setiap kali laporan dibentangkan masih terdapat ketirisan yang berlaku dan insiden ini tidak pernah diambil tindakan yang tegas.

"Kita lihat laporan audit yang mengatakan terlalu banyak ketirisan berlaku terutamanya dalam isu-isu pembelian aset sepertimana tahun-tahun lepas.

Terbersih Rasuah: Shahidan, lain kali buat 'homework'


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak membuat 'homework' apabila menafikan Malaysia sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah.

Katanya, Shahidan gagal untuk menjadi seorang menteri yang memiliki integriti apabila hanya mengeluarkan kenyataan yang dilihat lebih kepada mengampu.

"Kenapa buat kenyataan yang hanya bersifat mengampu tanpa rujuk dengan teliti dalam Laporan Ketua Audit?

"Shahidan, lain kali buat 'homework', baca dahulu! Bukan sekadar untuk buat kenyataan retorik yang jelas cakap tanpa fakta," katanya.

Shahidan dalam kenyataannya semalam memberitahu Malaysia negara yang terbersih daripada perbuatan rasuah malahan negara ini mempunyai sebuah agensi memerangi rasuah yang terbaik di dunia iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Harga rumah naik: Belum masa untuk bertindak lagi?

Pengumuman yang dibuat oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) beberapa minggu lalu bahawa BNM tidak akan melaksanakan ‘langkah-langkah menyejukkan’ pasaran atau ‘cooling measures’ bagi menangani spekulasi dalam harga rumah diterima dengan pelbagai reaksi. Tentunya kita dapat mengagak pihak mana yang suka dan yang mana pula yang terus sengsara.

Meskipun pun pihak BNM sedar wujud kegiatan spekulasi dalam sektor hartanah ini, menjadi tandatanya apakah akhirnya akan BNM lakukan juga langkah-langkah tersebut.

Berdepan dengan perangkaan belanjawaan Negara dalam beberapa hari lagi ini, Kerajaan Najib tidak lagi mahu melakukan ‘kesalahan’ yang pastinya akan mengundang cemuhan dan kritik yang tajam khasnya dari rakyat selaku pembeli.

Beberapa langkah berikut boleh dilakukan oleh kerajaan bagi menangani spekulasi yang berlebihan sekarang ini.

1. Memperketatkan lagi nisbah Pinjaman ke Nilai atau Loan-To-Value (LTV) sesuatu property atau hartanah khasnya pada pembelian lebih dari satu rumah atau property. Ini bagi mempastikan bahawa pinjaman atau kredit yang terlalu mudah didapati tidak akan merancakkan kegiatan membuat pembelian secara spekulasi.Pinjaman dikurangkan kepada paras 80% atau 70% atau kurang dari itu dari itu; nisbah nilai adalah menasabah bagi mengekang bermudah-mudah membuat dan mendapat pinjaman.

2 lagi tokoh GLC didakwa miliki ijazah palsu

Eksekutif kanan di dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dituduh mendapat ijazah palsu daripada universiti yang disifatkan oleh anggota Parlimen pembangkang sebagai "kilang ijazah".

NONEOng Kian Ming (DAP-Serdang), yang membuat dakwaan sama terhadap beberapa anggota kabinet sebelum ini, hari ini mengaitkan perkara sama dengan dua anggota lembaga pengarah berpangkat tinggi.

Ong berkata, laman web syarikat itu menyebut, seorang daripadanya memiliki ijazah kedoktoran daripada Oneborough University, United Kingdom.

Manakala seorang lagi didakwa memiliki sarjana Preston University, Amerika Syarikat.

Ong sebelum ini mendakwa Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot turut memiliki sarjana palsu daripada Preston. Dakwaan itu dinafikan Riot.

Obama CANCELS trip to KL: 'US in a mess, M'sia in a BIGGER mess'

Obama CANCELS trip to KL: 'US in a mess, M'sia in a BIGGER mess'  KUALA LUMPUR - In a move that is bound to disappoint many Malaysians who had hoped to catch a glimpse of him, US president Barack Obama has cancelled his trip to Kuala Lumpur next week.
According to Malaysian Prime Minister Najib, he received a call from Obama early this morning and was told the bad news.
The US president offered his regrets and promised to make the visit on a later date, revealed Najib.
The Malaysian PM also told reporters that Obama had cited his wish to remain in the US to tackle the partial shutdown of the US government after hitting a constitutional debt ceiling.
Speaking to reporters at an event in Sepang, Najib said US secretary of State John Kerry will still be coming to Kuala Lumpur next week. Obama was initially scheduled to address the Fourth Global Entrepreneurship Summit on October 11 here.
While generally viewed in this region as a positive influence and as reformist, Obama has also drawn some flak from some Malaysians, who feared his visit was to influence Najib into signing the controversial Trans Pacific Partnership Agreement later next year.

DAP MP calls for Petronas to be audited by Auditor General

HR Minister angrily defends credentials as Ong names more 'fake degree' holders

Pakatan gesa tubuh jawatankuasa baru elak ketirisan perbelanjaan kerajaan


Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengemukakan tawaran kepada Putrajaya untuk membentuk majlis perbincangan "tiga orang" bagi mengelakkan ketirisan perbelanjaan kerajaan terus berleluasa.
Cadangan itu diutarakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) di lobi Parlimen hari ini selepas mendapati Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dipengerusikan Datuk Nur Jazlan Mohamed gagal mengawal ketirisan daripada terus berlaku setiap tahun.
"Kita cadangkan tubuh majlis tiga orang ini supaya tindakan dapat diambil terhadap pegawai yang menyeleweng.
"Kita juga dapat memastikan reformasi yang lebih sistematik dapat diadakan dalam jabatan kerajaan," katanya.
Lim berkata, majlis perbincangan itu akan dianggotai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
"Kalau tiada tindakan tegas diadakan, maka kita akan lihat lagi laporan seperti ini pada tahun hadapan, jam dinding dari harga RM100 jadi RM3,800, pengimbas yang murah mencecah RM14,000," katanya merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang diedarkan kepada anggota Parlimen semalam.

"Tahan tanpa Bicara" .. Baik untuk 1Malaysia

Krisis Domestik: Obama batal lawatan ke Malaysia, kata Najib


Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama (gambar) membatalkan lawatannya ke Malaysia akibat daripada krisis domestik di negara itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib berkata, pertembungan di antara parti Republican dan Demokrat di AS menyebabkan negara itu tidak berfungsi sepenuhnya dan ini bermakna Obama perlu menyelesaikan krisis itu.
“Obama menyatakan rasa kesalnya kerana tidak dapat melawat Malaysia seperti dijadualkan. Bagaimanapun, Setiausaha Negara AS John Kerry akan hadir sebagai wakil Obama,” katanya.

PCA: PAS mahu utamakan prinsip buktikan bersalah


KUALA LUMPUR: PAS mahu sebarang akta dan undang-undang yang mahu digubal perlu mematuhi perinsip keadilan sejagat agar ianya tidak cenderung untuk menzalimi mana-mana pihak.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin berkata, antara lain penggubalan tersebut perlu mengambil semangat bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah yang juga perinsip utama dalam Islam.

"Ini yang perlu ditekankan. Kita tidak mahu sesuatu akta itu digubal yang boleh menahan tanpa bicara dan boleh menahan seseorang tanpa dibuktikan kesalahannya," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Sepang itu berkata demikian ketika diminta mengulas pindaan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Peluasan) 2013 yang dibentang kali kedua oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat semalam.

Pindaan PCA ini antara lain memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Jenayah untuk mengarahkan seseorang yang ditangkap di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297) ditahan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun.

Pakatan gesa Petronas turut diaudit

Pakatan Rakyat (PR) menggesa Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang turut mengaudit syarikat petroleum negara, Petronas kerana mendakwa syarikat berkenaan tidak pernah diaudit sejak 38 tahun lalu.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 bukannya syarikat swasta dan seharusnya tidak terlepas daripada diaudit.

"Pagi ini selepas memeriksa Akta Petroleum 1974, walaupun Petronas ditubuhkan sejak 38 tahun lalu, jelas tidak pernah ada satu pun Laporan Audit Negara ke atas laporan kewangan syarikat minyak nasional ini.

"Laporan Audit Negara tidak dibenarkan untuk audit Petronas, daripada 1974 sehingga sekarang, kalau kita tahu, semua kementerian dan agensi kerajaan diaudit kecuali Petronas, kenapa Pertonas perlu dikecualikan,” katanya.

Laporan Ketua Audit Negara buktikan rasuah dari bawah ke atas

Permasalahan utama yang tidak dapat dinafikan dalam Laporan Ketua Audit Negara semalam adalah rasuah, pembaziran dan kecuaian meresap masuk dalam kerajaan daripada peringkat bawah sehingga  atas.

Bukan hanya rakyat perlu bimbang terhadap ahli politik yang rasuah tetapi juga penjawat awam daripada atas hingga ke bawah yang terlibat sama.

Bagaimana mahu dijelaskan terhadap hampir RM200 juta yang dibelanjakan bagi mesin pelupusan sampah tanpa mengetahui cara mengendalikannya atau RM3,000 untuk jam dinding atau kasut yang tidak boleh digunakan kerana pembuatannya tidak memenuhi spesifikasi.

Wang dibelanjakan dan disia-siakan begitu sahaja. Dan penyakit ini menjangkiti setiap kementerian, syarikat berkaitan kerajaan dan institusi di seluruh negara.

Mungkin ia tidak dapat dielakkan kerana penjawat awam menyaksikan bagaimana ahli politik licik menipu sistem untuk selama beberapa dekad dan melepaskan diri.

Jadi apa salahnya mereka juga melakukan perkara sama? Lagipun ia adalah dana awam milik mereka dan patut dibazirkan sesuka hati.

Lebih membimbangkan ialah tiada seorang pun dihadapkan ke muka pengadilan sejak bertahun-tahun kebelakangan ini  bagi setiap pembaziran dan rasuah yang berlaku.

Audit 2012: Kisah lapangan terbang dengan 599 lubang


Bukan pemandu kereta dan motosikal sahaja perlu mengelak jalan berlubang setiap hari, tetapi mungkin juga pemandu kapal terbang.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 mendapati, tempat pendaratan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu mempunyai 599 lubang di landasan dan jalan rayap, sehingga ia dibetulkan.

NONEPaling buruk, seorang juruterbang dipetik mengadu kesukaran mendapat dalam keadaan cuaca buruk, "terutamanya jerebu", kerana Sistem Pendaratan Berpandu (ILS) yang dibeli pada Jun 2008 masih belum dipasang.

Juruterbang yang tidak dinamakan itu, yang menerbangkan pesawat Malaysia Airlines memberitahu pasukan audit bahawa ILS diperlukan untuk semua penerbangan komersil dan tanpanya membahayakan keselamatan penumpang.

Kementerian Pengangkutan bagaimanapun berkata, ILS tidak menjejaskan keselamatan operasi pesawat dan banyak lapangan terbang di dunia tidak mempunyai sistem begitu.

Semua 599 lubang itu telah ditampal oleh kontraktor Global Upline Sdn Bhd (GUSB, walaupun perkhidmatannya ditamatkan selepas itu.

Audit 2012: Boleh jadi senjata api jatuh dalam laut - IGP

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yakin bahawa senjata api polis yang dilaporkan hilang dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 tidak jatuh ke tangan penjenayah.

Menurutnya, setiap senjata api dilengkapi tanda pengenalannya dan sehingga kini  polis belum pernah mengesan senjata api tersebut digunakan mana-mana penjenayah.

"Daripada 37 senjata api yg hilang, setakat ini daripada laporan balistik kita, daripada 37 yang hilang itu kita belum kesan lagi bahawa senjata api ini pernah digunakan untuk tujuan jenayah.

"Kehilangan ini tak semestinya jatuh kepada penjenayah, boleh jadi jatuh waktu atas bot dalam laut, boleh jadi jatuh dalam air dan tak ada orang yang dapat," katanya pada sidang media pagi tadi.

Audit 2012: PDRM terus dikecam jika tidak berubah, kata penganalisis

Masyarakat akan hilang kepercayaan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika siasatan segera tidak dilakukan terhadap kehilangan 44 senjata api dan 29 kenderaan poli, kata Pakar Pencegahan Jenayah, Profesor Datuk Dr Abdul Halim Sidek.

“Polis mahu mendapat lebih kuasa dalam memerangi gensterisme menerusi Rang Undang-Undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA) tetapi bagaimana orang ramai akan menaruh kepercayaan kepada PDRM jika masih dibelenggu dengan masalah ini.

“Laporan Ketua Audit Negara tidak harus dipandang enteng dan pendedahan itu menunjukkan kealpaan polis dalam menguruskan harta benda mereka kerana perolehan kelengkapan mereka menggunakan dana awam,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Bukan hanya 44 senjata api dilaporkan hilang tetapi tiada pihak yang tahu mengenai perkara itu. Masalah ini mengancam keselamatan awam. Adakah senjata itu dicuri oleh polis sendiri atau disebabkan kecuaian mereka,” katanya.

Shahidan: Ijazah akademik palsu setaraf Louis Vuitton palsu

Menggunakan ijazah palsu sama seperti mendapatkan barangan berjenama Louis Vuitton palsu yang bukan asli dari butik sebenar, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Dr Ong Kian Ming di Dewan Rakyat mengenai tindakan kerajaan terhadap mereka yang menggunakan ijazah palsu.

“Apa boleh kita buat jika dia hanya mahu gantung di rumahnya? Jika tindakan diambil, kita harus buat undang-undang baru. Ia sama seperti barangan palsu dari China yang menggunakan jenama Louis Vuitton, tetapi bukan barangan asli,” kata Shahidan di Dewan Rakyat.

Ong sebelum ini mendedahkan, Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot dan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr Ewon Ebin mendapatkan kelulusan akademik mereka daripada institusi yang diragui.

Richard Riot “mengamuk” ijazah palsu dibangkit di Parlimen

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot hari ini mengamuk apabila Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming membangkitkan isu beliau memiliki ijazah palsu ketika sesi soal jawab lisan di Parlimen.

Richard yang bangun untuk menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik kemudiannya membidas Ong dan sebaliknya menegaskan ijazah yang dimilikinya adalah sah dan tulen.

"Richard Riot menjadi ahli Parlimen selama enam penggal. Sudah 23 tahun saya berada dalam Dewan ini," katanya yang kemudiannya menerima kritikan daripada ahli Parlimen pembangkang kerana tidak menjawab soalan yang diberikan kepadanya.

"Saya pentingkan ilmu sepanjang hayat," kata Richard lagi.

Semasa sesi soal jawab lisan, Ong bertanyakan soalan berkenaan tindakan yang diambil kerajaan terhadap mereka yang memiliki ijazah palsu sambil menggunakan nama Richard sebagai contoh.

Dewan Rakyat 2 Oktober 2013: Sesi Pertanyaan Jawab lisan (2)

Dewan Rakyat 2 Oktober 2013: Sesi Pertanyaan Jawab lisan (1)

SPRM: Berjuang di sebalik cabaran

Abu Kassim Mohamed 
MUKADIMAH Transformasi Badan Pencegahan Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lima tahun lalu bukan pada nama semata-mata.

Perubahan ini bertujuan meningkatkan kecekapan, keberkesanan, kebebasan dan ketelusan tindakan pencegahan rasuah di Malaysia.

Ia sekaligus diharap dapat menangkis persepsi negatif terhadap entiti pencegahan rasuah ini yang sebelumnya dianggap tidak bebas dan tidak telus.

Justeru, mekanisme ‘check and balance’ diwujudkan melalui lima prinsip akauntabiliti yang modelnya diambil dari Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC).

Sempena ulang tahun ke-46 kelahiran agensi ini hari ini, ikuti temubual Editor Sinar Harian, Lailatun Khalilah Nasir, wartawan Sinar Harian, Robiatuladawiyah Abd Rashad dan rakaman lensa kamera Zulfadhli Zaki bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang mengulas usaha SPRM memperbaiki persepsi masyarakat dan meningkatkan keyakinan orang ramai.


Secara ringkas boleh Tan Sri jelaskan perjalanan SPRM, yang sebelum 2009 dikenali sebagai BPR?

Abu Kasim:
Pada tahun 2008, Parlimen telah meluluskan akta yang membuka ruang kepada pembentukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Ia selaras dengan hasrat masyarakat yang mahukan entiti pencegahan rasuah yang lebih bebas, telus dan profesional.

Dengan itu juga, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 telah digantikan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009).

PCA & ISA ulangi tahanan tanpa bicara, PM tak tepati janji

azmin-ali-3KUALA LUMPUR 2 OKT : Pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bercanggah dengan ketetapan tidak mengembalikan kuasa tahanan tanpa bicara.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, berkata Peguam Negara sebelum ini pernah menegaskan usaha mengembalikan Rang Undang-undang (RUU) itu perlu dibincang terlebih dahulu.
Bagaimanapun, katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) gagal berbuat demikian sebaliknya meneruskan bacaan kali kedua pindaan RUU itu pada sidang Dewan Rakyat semalam.
“Saya bangkitkan perkara ini kerana ada percanggahan dengan ketetapan yang dibuat Peguam Negara pada Ogos tahun ini dalam bengkel bersama KDN di Hotel Sunway.
“Peguam Negara dengan jelas menolak sebarang usaha untuk mengembalikan semula tahanan tanpa bicara dan menegaskan supaya ia dibincang terlebih dahulu.
“Ini tidak berlaku. Apakah KDN ada masalah dgn Majlis Peguam? Adakah RUU ini diteliti oleh Peguam Negara?” katanya pada sidang media di lobi Parlimen petang semalam.

Hakim tidak tulis penghakiman berdepan tindakan tatatertib


Seorang Hakim Mahkamah Sesyen Malaysia diarah untuk menjelaskan mengapa penghakiman masih lagi belum siap ditulis walaupun pemimpin aktivis hak asasi manusia, P Uthayakumar sudah dihukum awal tahun ini.
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria (gambar), berkata arahan tunjuk sebab akan dikeluarkan melalui Hakim Besar Malaya (CJM) kerana Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di semenanjung Malaysia di bawah pengawasan CJM.
"Tindakan tatatertib mengikut perintah am boleh diambil sekiranya jawapan tidak memuaskan," katanya kepada The Malaysian Insider di Putrajaya.
Arifin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kegagalan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain yang masih belum menyediakan alasan bertulis walaupun selepas empat bulan Uthayakumar dihukum penjara selama 30 bulan.
Uthayakumar didapati bersalah menyiarkan kenyataan berunsur hasutan di laman web Police Watch mengenai sepucuk surat kepada bekas perdana menteri Britain Gordon Brown pada 2007.
Peguamnya, M Manoharan, berkata beliau memfailkan notis rayuan pada 6 Jun, sehari selepas keputusan mahkamah.
Katanya, beliau juga menulis tiga surat kepada setiausaha hakim tetapi tiada sebarang jawapan.
Uthayakumar tidak membuat permohonan ikat jamin untuk dibebaskan tetapi sebaliknya memilih masuk penjara sementara menunggu rayuannya didengar.

Audit 2012: Pembaziran RM2.051 bilion, Kementerian Pendidikan tidak cekap

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan salah pengendalian teruk sehingga RM2.051 bilion dalam mengupah kontraktor keselamatan untuk sekolah antara 2010 hingga 2012.

Daripada penyediaan kontrak sehingga mengambil pengawal keselamatan, ketua audit negara berkata, pengurusan perkhidmatan keselamatan di 35 sekolah dan asrama yang ditinjau rata-rata tidak memuaskan.

Audit, yang melibatkan sekolah-sekolah di Selangor, Perlis dan Sabah, mendapati bahawa kontraknya tidak seragam.

Tidak dinyatakan juga keperluan khusus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Ini termasuk, pelaksanaan sistem jam jaga, bagi memastikan dua pengawal bertugas untuk satu-satu masa dan spesifikasi kamera CCTV dan sistem penggera.

Melayu berasal dari Timur Tengah, bukan Yunan, kata penyelidik sejarah


Kajian sekumpulan penyelidik sejarah mendapati bangsa Melayu berasal dari Timur Tengah berbanding teori sebelum ini yang menyebut bangsa itu berasal dari Yunan.
Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar), berkata kajian 20 tahun itu dilakukan Felo Penyelidik Utama dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abd Rahman; Pensyarah Fakulti Pengajian dan Pengurusan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan Pengerusi Suara Pribumi, Zaharah Sulaiman.
Beliau berkata, penemuan berkenaan disokong bukti saintifik sekaligus menyanggah penemuan sejarah terdahulu.
"Daripada segi genetik, kajian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan, DNA kita tidak sama dengan negara di utara khususnya dari Yunan tetapi DNA orang Melayu sama dengan orang Timur Tengah.

Pasca pemilihan CEC: Antara Melayu asli, dangdut, keroncong dan RnB

RUMAH siap pahat berbunyi. Begitulah kisahnya dengan Kongres Khas pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang selesai kelmarin.

Tetapi tambah pelik, yang kuat berbunyi itu bukanlah daripada calon atau perwakilan yang mengambil bahagian dalam pemilihan itu.

Kita bukan nak mengata orang dalam atau luar tidak boleh mengulas atau mengkritik. Kalau ia pun nak mengomen, biarlah yang berisi, kalau ia pun nak mengata, biarlah berfakta.

Bukannya apa, bila komen dibuat tidak pakai akai (akal), orang jadi meluat. Kan itu namanya malu sendiri.

Nak jadi takdir, maka menanglah anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari, Zairi pada kedudukan 12 tertinggi, dilantik pula Senator Dr Ariffin Omar duduk dalam CEC; bukannya apa, orang Melayu dalam DAP ini kurang, maka jatuh bangun sakit demam orang Melayu dalam DAP ini suka benar dikisahkan orang.

Bila Zairil dan Dr Ariffin sah duduk dalam barisan CEC. Tak semena-mena pula bersuaralah dengan lantang Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak yang membangkitkan asli-tak-asli si Zairil ini.

DAP anggap UMNO hina polis arah jaga peti undi pemilihan parti


_MG_8495


KUALA LUMPUR, 1 OKT: DAP menggesa UMNO tidak menghina pasukan polis dengan menjadikan mereka sebagai penjaga peti undi pada persidangan agung parti itu tidak lama lagi.
“Polis bukan pengawal keselamatan,” kata Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas laporan Bernama yang melaporkan bahawa pihak polis akan ditugaskan untuk memastikan kertas undi selamat diedarkan kepada semua bahagian parti itu di seluruh negara.
Steven Sim berkata, salah guna kuasa tidak sepatutnya berlaku kerana tugas sebenar polis adalah memastikan keselamatan masyarakat dan persekitaran terjamin, bukannya berkhidmat untuk sebuah parti politik.

Teresa desak PDRM jelas kehilangan 44 senjata api

KUALA LUMPUR, 1 OKTOBER: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menggesa pihak polis menjelaskan daripada mana semua senjata api yang mencetuskan pelbagai kejadian jenayah beberapa bulan lalu diperoleh.

Beliau berkata demikian merujuk kepada pendedahan Laporan 2012 oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang menyatakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kehilangan 309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan bernilai RM1.33 juta.

Teresa berkata, kerajaan harus mendesak polis memberi penjelasan mengenai kehilangan pelbagai aset itu sebelum cuba mengguna atau meminda undang-undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 melalui Parlimen.

“Ia membabitkan jumlah kehilangan senjata api yang banyak. Apakah tindakan tatatertib sudah diambil terhadap anggota polis yang cuai dalam menjalankan tugas ini.

“Pihak polis perlu menjelaskan bagaimana dan jenis apakah senjata apa yang hilang. Anggota polis yang cuai juga harus dihadapkan ke mahkamah bukan sekadar dibuang kerja kerana mungkin senjata itu diguna penjenayah untuk melakukan jenayah,” katanya ketika berhujah pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Parking Kereta di KL. RM40 Sejam Bagi Kurangkan Kesesakan...!!!

Car Parking KL
Caj parking kereta di KL : Malaysia? Cukup terkenal dengan perbandingan dengan negara lain apabila mahu melaksanakan sesuatu. Contohnya?
Tempat Letak Kereta di KLHarga Minyak di Malaysia masih paling murah berbanding harga minyak di negara jiran yang lain seperti ………Indonesia, Singapura Thailand, Filipina. Tetapi mana Brunei? Malaysia patut dibandingkan dengan Brunei sebagai kalangan pengeluar minyak.
Tetapi perbandingan yang menyeluruh tidak akan berlaau di Malaysia.
Adakah Ahmad Maslan masih merasakan minda rakyat Malaysia masih di era 80, dan 90 an yang boleh disuap-suapkan maklumat begitu sahaja?
Dan trend sekarang ini, atas nama penyelesaian mudah mahu mengurangkan kesesakan naikkan caj parking di KL semata?

Kuala Lumpur Makin Sesak, Caj Parking di KL Mesti Naik!

Harga meletakkan kereta bandaraya Kuala Lumpur patut dinaikkan sehingga RM40 sejam dengan tujuan mengurangkan kesesakan lalulintas di dalam bandar, demikian cadangan seorang Ahli Jawatankuasa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Khairiah Mohd Talha.
Menurut laporan laman web btimes.com.my hari ini, beliau berkata harga parkir sepatutnya dinaikkan untuk menggalakkan orang ramai meninggalkan kenderaan mereka di rumah dan menggunakan sistem pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja.
Sebentar, Berita Semasa ingin menyampuk. Kepada Khairiah Mohd Talha anda begitu asyik membuat perbandingan dengan negara-negara maju yang lain, bagaimana realiti perkhidmatan awam di Malaysia sekarang ini? Sangat baik? Baik? Serdahana? Menyedihkan? Sengsara?

BR1M 3.0 (RM3 Bilion+) VS Minyak Naik 20 sen (RM3.3 Bilion). Che Det Kata STOP BR1M..............

Mahathir Vs Najib
BR1M 3.0 Vs Subsidi Minyak : Tun Dr. Mahathir Mohamad @ Che Det walaupun umurnya sudah pun mencecah hampir 90 tahun.
Tetap masih aktif dan acapkali berkongsi pendapat yang adakalanya ditentangkan oleh pihak lawan mahupun kawan. Tetapi banyak juga pendapat yang boleh dipertimbangkan terutamanya menjelang pembentangan (Bajet 2014) tidak lama sahaja lagi…

Nasihat Che Det Kepada Najib Razak & Kerajaan Malaysia

  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan
  • Che Det lebih suka kerajaan lebih fokus untuk mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka berbanding memberikan imbuhan seperti BR1M semata
  • “Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.
  • “Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi,” katanya sambil menambah: “Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan.”

BR1M 3.0 VS Subsidi Minyak?

Maknanya di sini, Che Det lebih gemar dengan pendekatan memberikan joran kepada rakyat berbanding memberikan ikan secara terus kepada rakyat. Sekurang-kurangnya dengan memberikan joran dan peralatan serta kemudahan latihan yang diberikan kepada rakyat contohnya memberikan peluang untuk rakyat Malaysia mendapatkan “variasi ikan secara berterusan”. 
  • Hakikatnya sekarang ini, dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini (DI SINI) kerajaan telah berjaya jimatkan pemberikan subsidi kepada rakyat Malaysia sebanyak RM3.3 bilion
  • Dan berdasarkan semakan Berita Semasa di atas pemberian subsidi BR1M 2.0, kerajaan sekali lagi akan membelanjakan lebih RM3 bilion (KLIK SINI) untuk pusingan pemberikan BR1M 3.0. Daripada datangnya duit tersebut? Jikalau tidak datangnya dari ……………..

TIPS PALING MUJARAB DAN BERKESAN UNTUK PEROKOK TEGAR BERENTI MEROKOK...!!



Petua bagi perokok tegar yang amat sukar mau berhenti merokok....setakat menulis perkataan merokok boleh menjejaskan kesihatan dan dapat penyakit kanser langsung tak mujarab...

SEPATUTNYA PIHAK KERAJAAN JIKA BENAR BENAR SERIUS MAUKAN RAKYAT BERHENTI MEROKOK...PASTIKAN KESEMUA KOTAK ROKOK ADA TEMPELAN SALAH SATU DARI CONTOH YANG DIBERIKAN SEPERTI GAMBAR DI ATAS..... INSYA' ALLAH AKAN MEBERIKAN KESAN YANG AMAT POSITIF.....IKUT HUKUM AKAL LOGIK...

WHO (world heatlh organization) akan mengiktiraf dan menyanjung sumbangan yang tak terhingga nilainya kepada Rosmah dan UMNO yang selama ini pakar-pakar perubatan gagal mencari satu solusi untuk perokok-perokok tegar membuang tabiat buruk mereka..

Jutaan terima kasih didahulukan kepada Rosmah dan UMNO...HIDUP UMNO!!!!!!

Jangan beri peluru kepada musuh!

Oleh SELENA TAY
ADA KALANYA ahli-ahli atau pemimpin dalam parti komponen Pakatan Rakyat menyindir ataupun mencemuh ahli-ahli atau pemimpin dalam parti komponen yang lain dalam Pakatan.
Ini merupakan satu perbuatan bodoh yang merugikan Pakatan sendiri dan musuh politik kita tentu akan tertawakan kita dan mengelarkan kita sebagai ‘badut’.

Serang-menyerang sesama ahli-ahli atau pemimpin dalam Pakatan walaupun jarang sekali dilakukan, tidak patut dilakukan sama sekali kerana ia hanya akan melemahkan Pakatan dan memberikan gambaran kepada rakyat bahawa ia adalah satu pakatan yang lemah dan sering bertelagah. “Di samping itu, halhal sebegini pasti akan diperbesarkan, dihebohkan dan ditokok-tambah oleh media arus perdana yang seolah-olah mempunyai sesuatu agenda yang tertentu,” kata ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS.

Lebih baik Mukhriz diam...

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
JIKA ada orang bertanya apa keistimewaan Dato' Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar Kedah, maka jawapannya tentulah kerana beliau anak Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri. Sudah menjadi kelaziman sejak wujudnya manusia di muka bumi ini ketokohan akan diwarisi. Jika si bapa muncul sebagai pemimpin besar maka biasa anak dan cucu pun akan menjejakinya.

Sama ada Mukhriz benarbenar pemimpin yang hebat, hanya dapat dibuktikan apabila Tun sudah tiada. Buat masa ini, segala tindak tanduknya masih dibayangi Tun. Bagaimanapun apabila terlantik sebagai Menteri Besar, Mukhriz tidak boleh 24 jam terkepit di bawah ketiak Tun. Banyak situasi beliau terpaksa bercakap dan membuat keputusan sendiri. Inilah masalah bagi Menteri Besar Kedah itu apabila percakapan dan tindakannya menunjukkan beliau sebenarnya tidak tahu. Beliau beriya-iya memberitahu media bahawa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sebenarnya adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bukannya IPT Swasta.
Akhirnya setelah mendapat penjelasan, barulah mengakui bahawa KUIN adalah sebuah IPTS.
Begitu juga Mukhriz berkeras menafikan kaitan Insaniah Holding Sdn Bhd (IHSB) dengan kerajaan negeri melalui KUIN.

A-G's report. For how long more do M'sians, especially Malays, want to live with the ROT?

Each year the Auditor General’s Report raises more than eyebrows. Yet, we let all things be, and soon the wastage, mismanagement and lack of accountability is forgiven and forgotten.
The 2013 Auditor General’s Report brings to the fore shocking and totally unacceptable cases of wastage, suspicious deals, losses and incidents screaming of a scam, mismanagement and absolute indifference to nation, King and rakyat.
A-G's report. For how long more do M'sians, especially Malays, want to live with the ROT?From the Customs to the police, from Works Ministry to all of the many departments and ministries, they all seem to be wasting the rakyat’s wealth and contribution through productivity, taxes and fines.
Has anyone done some arithmetic to help establish what in terms of national time, resources and Ringgit is the total loss arising from all these shoddy, tardy, irresponsible, thieving wastage that went under the nation’s economic bridge for the current period of assessment?
How long more must we live with all these shocking shortfalls, crucifying misdeeds, and still allowing those responsible to get away quietly over time?
Lack of professionalism, lack of honesty
The lack of professionalism; the disregard to accountability; the care-a-less mismanagement mindsets and the ‘so-what’ attitudes are robbing this nation of its national wealth of productivity, efficiency, resources and above all its pride and integrity.
We cannot go on and on, year after year, and still see the filth and rubbish surface each time in the Auditor General’s Report. Somebody has to take the rap and if it is not the Prime Minister of the nation and his unsinkable UMNO-Baru political party, who else then?
Or shall we just tell the rakyat, “diam lah lu” and threaten them with “if you are not happy with the shortcomings, leave the country lah”?
Or shall we join the wagon and sing in chorus, “the Auditor General’s Report for 2013 has been spiked with foreign agents out to destroy the nation”?
Or perhaps we could all blame the Opposition political parties?
Rakyat must demand higher standards: But the majority in the population, the Malays, are keeping mum

Rokok Naik: Tembakau darat dijangka laris

Tembakau darat dijangka laris  
Abdullah menunjukkan tembakau darat dijualnya dan menjangka permintaan akan meningkat susulan kenaikan harga rokok bermula semalam.
MARANG – "Duhulu pasarannya kurang memberangsangkan, tetapi tembakau darat tetap ada permintaannya dan kini semakin meningkat apabila harga rokok naik,” kata penjual dan penanam tembakau, Abdullah Ahmad, 63.

Abdullah berkata, pendapatan menjual tembakau darat dahulunya sekadar cukup untuk dijadikan modal pusingan bagi menanam semula tembakau, namun pendapatannya dijangka meningkat selepas berlaku kenaikan harga rokok di pasaran.

Menurutnya, cabaran utama menjadi penanam tembakau adalah terpaksa berdepan dengan cuaca tidak menentu.