Isnin, 30 September 2013

PAU2013: Antara Wang Politik Dan Politik Wang - Prof Dato' Dr Agus

Setiap kali menjelangnya pemilihan UMNO, maka muncullah istilah politik wang. Anehnya, apabila menjelang pilihan raya, istilah ini tidak kedengaran pula. Saya timbulkan persoalan ini kerana saya lihat semasa pilihan raya, bukan hanya politik wang yang berleluasa tetapi juga rasuah politik berlaku di mana-mana. Tetapi mengapa kita diam? Mengapa politik wang dan rasuah politik tidak dijadikan isu?

Saya betul-betul tidak faham tentang hal ini. Lebih-lebih lagi tadi petang seorang kawan datang ke rumah saya dan mengeluh tentang berleluasanya politik wang. Saya tanya beliau, apakah bentuk politik wang yang berlaku itu? Apakah bakal perwakilan disogokkan wang untuk mendapatkan undi?

Kawan saya menjawab mudah. Di hotel-hotel katanya, ramai calon 'menggunakan wang' berbelanja pengikut mereka minum dan makan. Aduh! Itu bukan politik wang. Itu adalah wang politik atau kos politik yang perlu digunakan oleh calon untuk bersama dengan penyokong masing-masing.

Takkanlah dalam politik calon tidak boleh mendekati penyokong dan belanja mereka makan dan minum? Jika soal ini pun ditafsirkan sebagai politik wang, maka hambarlah persaingan untuk apapun jawatan dalam politik negara. Jika ini pun dikira sebagai politik wang, maka lesulah politik negara kerana calon yang bertanding sama sekali tidak boleh mengeluarkan kos untuk bersama penyokong mereka sambil makan dan minum untuk merancang strategi dan gerak kerja bagi mencari sokongan.

Impian Malaysia – demokrasi berjiwa rakyat


1231435_10151836781364192_2146040017_n


Ucapan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Kongres Khas Kebangsaan DAP 2013 pada 29 September 2013 di One World Hotel, Selangor.

Impian Malaysia – demokrasi berjiwa rakyat menerusi urus tadbir maksima, kerajaan minima yang menumpukan usaha memenangi masa depan dengan pendidikan ke arah perpaduan, integriti dan kecekapan.
Salam Ubah dan Salam Bersih kepada semua,
Saya mengalu-alukan semua perwakilan parti yang berkumpul di sini pada pagi semata-mata untuk suatu tujuan. Demi selamatkan DAP daripada serangan-serangan yang jahat, tidak adil dan dibuat dengan sewenang-wenangnya oleh pihak ROS, termasuk kemungkinan membatalkan pendaftaran parti DAP.
Kita sedang berada di dalam krisis kerana kita menjadi mangsa kejayaan sendiri. Dalam sejarah 47 tahun parti DAP, parti kita tidak pernah mencapai kejayaan yang begitu besar seperti yang berlaku dalam PRU ke 13. Kita berjaya memenangi kerusi dari negeri Kedah sampai ke Sabah, dengan 38 kerusi Parlimen dan 107 kerusi DUN; dan kita kini merupakan parti politik kedua terbesar di dalam Malaysia.
Kita adalah rakan kongsi kuasa dengan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor. Kita mempunyai wakil rakyat dari setiap lapisan kaum dan agama; izinkan saya menyebut nama pendekar-pendekar Melayu DAP yang baru seperti Ahli Parlimen Bukit Bendera Sdr Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Raub Dato’ Mohd Ariff Sabri bin Hj Abdul Aziz, ADUN Mentakab Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji; serta ADUN Kadazan pertama kita dari Kepayan, Sdr Dr Edwin Bosi.
Ramai antara wakil rakyat kita yang masih muda dan amat menawan hati, termasuk wakil rakyat paling muda dalam negara, iaitu ADUN Johor Jaya Sdri Liao Cai Tung. Kita mencatat rekod seramai 25 orang wakil rakyat wanita, termasuk wanita India pertama menjadi Ahli Parlimen Batu Kawan, Sdr Kasthuri Patto dan dua orang ahli dewan undangan negeri wanita, iaitu ADUN Sabai, Sdr Kamache Doray Rajoo dan Sdr Mary Josephine Prittam Singh, ADUN Rahang.
Malah calon-calon yang tidak berjaya dalam pilihanraya umum pun masih menjadi personaliti yang dahsyat, seperti Pengerusi Himpunan Hijau Sdr Wong Tack, yang baru sahaja berjaya mengumpulkan 1 juta tandatangan bagi kempen anti-Lynas. Kita percaya bahawa beliau akan berjaya di kawasan parlimen Bentong dalam pilihanraya umum seterusnya, di mana beliau tewas dengan tipis.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan buat bekas Pengerusi DAP Negeri Sarawak Sdr Wong Ho Long yang tidak dapat bersama kita pada hari ini kerana keuzurannya. Saya percaya kita semua mendoakan kesihatan beliau serta menghargai semua yang telah beliau korbankan untuk parti, yang membolehkan DAP menjadi kuasa pembangkang utama di Sarawak.

Impian UMNO berderai: Catatan pendek pemilihan semula CEC


1271099_735560256460915_1457384210_o

Oleh Hafiz Zainuddin

CUBAAN melenyapkan DAP dari demografi politik Malaysia gagal. Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP seperti yang dipaksa Pendaftar Pertubuhan (ROS) selamat diadakan dengan jayanya.
Apa yang menarik, kedudukan jawatankuasa ini bertambah kukuh apabila pimpinan yang dipilih pada Kongres DAP Kebangaan Disember tahun lalu kekal menerajui parti.
Biarpun wujud perbezaan jumlah undi kepada calon-calon yang bertanding. Perbezaan itu sama sekali tidak mengubah kedudukan mereka dalam 20 senarai tertinggi CEC malah apa yang menarik, barisan CEC yang dipilih semula ini menunjukkan keterbukaan dan persefahaman yang cukup matang.
Jawatan Pengerusi DAP Kebangsaan dan Setiausaha Agung DAP yang menjadi bualan ramai pihak terus kekal disandang oleh Karpal Singh dan Lim Guan Eng walaupun wujud sedikit perubahan pada jumlah undi yang diperoleh. Liew Chin Tong yang memberikan kejutan dengan undi tertinggi juga masih mengekalkan jawatan beliau sebagai Pengarah Pendidikan Politik DAP.
Undi kepada calon Melayu meningkat
Dalam risik sembang para perwakilan, antara pimpinan muda yang menjadi sebut-sebutan, Zairil Khir Johari juga tidak kurang hebat apabila mencipta sejarah meletakkan kedudukannya yang sebelum ini di tangga ke 20 dalam CEC berada di tempat ke 12.
Ia merupakan satu tamparan k-o kepada momokan media kawalan UMNO dan kelompok bebal yang mengatakan orang Melayu terpinggir dalam DAP. Bahkan, isu sedemikian tidak wajar timbul memandangkan ideologi parti yang jelas berpegang pada prinsip Malaysia untuk rakyat Malaysia.
Bukan sahaja Zairil, peningkatan undi juga turut berlaku kepada beberapa nama yang menjadi perhatian iaitu Senator Dr Ariffin Omar yang dahulunya memperoleh 348 undi dan Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji dengan 121 undi. Kini masing-masing memperoleh 441 undi dengan peningkatan yang signifikan dengan masa.
Suasana yang berlaku ini secara langsung membuktikan bahawa para perwakilan tetap dengan pendirian mereka walaupun pihak ROS, Barisan Nasional (BN) dan media khususnya Utusan Malaysia tidak jemu-jemu menjadi tukang karut membuat tuduhan semberono mengaitkan Pemilihan CEC pada Disember tahun lalu sebagai terpalit dengan penipuan dan manipulasi undi.
Habuan buat masyarakat Dayak dan KDM

Zairil dilantik semula Pengerusi DAP Kedah


Zairil Khir Johari 

KUALA LUMPUR - Timbalan Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari hari ini dilantik semula sebagai Pengerusi Interim DAP Kedah berkuatkuasa hari ini.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, pelantikan itu diputuskan setelah Ahli Parlimen Bukit Bendera itu mendapat majoriti undi dan berjaya menganggotai semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam kongres khas tahunan parti itu semalam.

MP Lumut/ Sepang Bahas Rang Undang2 Perbekalan Tambahan (2013)- Kem Pertahanan

PAU2013: Mukhriz itu pemimpin pelapis, yang lain hanyalah pemimpin pelapik

Pemilihan dalam UMNO adalah medan bagi setengah pihak memasang perangkap untuk rakan seperti dalam perebutan kuasa. Muhyiddin dan kumpulannya memasang perangkap untuk Najib dan pihak Najib pula masih lagi ‘terlopong’ tanpa menyedari tindakan halus mereka yang mahu Naib tersungkur. Diantara mereka yang sedang memimpin UMNO hari ini ada yang tidak sedar permainan orang disekeliling masing-masing kerana permainan dalam UMNO ini penuh dengan seni yang kadangkala tidak difahami oleh bakal mangsa permainan itu.

Keadaan ini biasa dalam UMNO dan siapa yang akan terjebak itu mungkin terkena oleh perangkap dan jebak mereka pasang sendiri. Pemilihan kali ini akan menentukan banyak perkara dalam politik negara yang bakal mengubah landskap negara dengan begitu besar.

Pertamanya ia akan menentukan nasib UMNO dari sudut pandangan ramai terhadap parti itu. Ia akan di nilai daripada hasil pemilihan itu kerana susunan jawatan Naib Presiden itu nanti. Naib Presiden merupakan jawatan yang terpenting di dalam parti kerana salah seorang dari mereka itu akan secara konvensyennya akan dilantik menjawat jawatan Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri jika salah seorang dari Perdana dan Timbalan Perdana Menteri itu meletakkan jawatan atau meninggal dunia.

Yang sering di sebut sekarang ini kehadiran Mukhriz dalam perebutan jawatan Naib Presiden ini menampakan satu permainan politik besar dan sesiapa sahaja yang membuatkan Mukhriz bertanding jawatan itu mempunyai motif yang sangat besar. Mukhriz tidak akan mengambil keputusan untuk bertanding jika tidak digalakkan oleh Dr Mahathir Mohammed. Jika Mahathir cuba mempengaruhi segala-gala tindakan dalam UMNO yang melibatkan pemimpin lain tidak ada sebab sesiapa untuk menafikan yang keputusan Mukhriz itu adalah hasil dari keputusan Mahathir sendiri.

Kota Darulnaim 'zon menjaga aurat'


 
KOTA BHARU: Menyedari menutup aurat yang wajib dijaga bukan hanya kaum hawa sahaja sebaliknya kaum adam juga, Kerajaan Kelantan telah melancarkan ‘Kota Darulnaim sebagai zon menjaga aurat’ untuk semua kakitangannya.

Pengerusi jawatankuaa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat negeri, Mumtaz Md Nawi, berkata memandangkan kakitangan kerajaan negeri di bawah tanggungjawab pimpinannya, mereka wajib mematuhi arahan itu bagi menyelamatkan antara keduanya di akhirat nanti.

“Memang keimanan bukan dapat dinilai dari pakaian seseorang tetapi orang yang beriman akan terzahir keimanannya melalui pakaian yang menutup aurat.

“Apa yang ditekankan oleh kerajaan negeri dalam bab menutup aurat hanyalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam untuk penganutnya,” ujarnya.

Kerajaan BN akui tak mampu ambil alih lebuhraya bertol


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa kerajaan sebenarnya tidak mampu untuk mengambil alih lebuh raya dari syarikat konsensi tol dengan tahan kewangan yabg ada sekarang.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika mengakui perkara itu berkata, ini kerana ianya akan menyebabkan implikasi kewangan yang tinggi terhadap negara.

Menurutnya, pengambilalihan lebuh raya tersebut akan menelan belanja negara sebanyak RM400 bilion.

Jumlah itu pada fikiran kerajaan katanya, lebih utama untuk digunakan untuk membantu rakyat.

Pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Pakatan Rakyat dalam manifestonya menawarkan penghapusan tol secara berperingkat jika berjaya menguasai putrajaya.

Terdahulu Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS Rantau Panjang) menanyakan adakah kajian dilakukan terhadap pembayaran pampasan yang besar setiap tahun kepada syarikat konsesi.

Kerajaan Pusat perlu terangkan kenapa wang negara terlebih belanja

SHAH ALAM, 30 SEPT : Kerajaan Pusat perlu menerangkan kenapa wang negara terlebih belanja sehingga memaksa Parlimen untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2013 bagi menampung perbuatan itu.

Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen berkata garis panduan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) menetapkan pemerintah yang meminta pertambahan yang berlebih-lebihan biasanya menunjukkan perbelanjaan yang tidak berdisplin.

Apa yang turut mengecewakan, perbuatan itu juga menunjukkan belanjawan sebelum ini tidak disediakan dengan baik dan tidak berpandangan jauh.

“Pada prinsip asasnya perbekalan tambahan tidak diperlukan selagi belanjawan disediakan dengan baik dan apa-apa perbelanjaan yang tidak dijangka ditampung dari rizab kontingensi,” tegas William ketika berucap di sesi Pembahasan RUU Perbekalan Tambahan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan Dapat RM13 Bilion (Julai). Kerajaan Nak Lagi RM14 Bilion (September 2013). Rakyat?

Adakah anda merasakan kerajaan Malaysia sekarang ini sedang berada dalam landasan yang betul bagi mengurangkan kadar perbelanjaan & hutang negara yang bernilai (KLIK SINI) selama ini? Benarkah?
Bajet Tambahan 2013Realitinya bulan ini, kerajaan sekali lagi tampil di parlimen dengan membentangkan rang undang-undang perbekalan tambahan buat kali kedua tempoh 2 bulan untuk tujuan mendapatkan dana tambahan sebanyak RM14 bilion. RM14 bilion? Ya…..untuk tujuan perbelanjaan pengurusan kerajaan Malaysia.
Sekitar 2 bulan lepas, kerajaan Malaysia telah berjaya mendapatkan RM13 bilion. Bermakna di sini, dalam tempoh 2 bulan sahaja kerajaan Malaysia berusaha mendapatkan bajet tambahan sebanyak RM27 bilion. Adakah ini berpunca daripada perancangan & pelan pengurusan kewangan yang teruk sehingga menyebabkan berlakunya pembaziran & pemborosan dalam menggunakan dana & kekayaan negara oleh beberapa kementerian?

Bajet Tambahan RM27 Bilion Imej Tidak Baik Kepada Ekonomi Malaysia?

Ia sekaligus akan terus memberikan imej yang tidak baik di akalangan agensi penarafan kredit seperti Fitch Rating yang boleh memburukkan lagi keadaan nilai matawang ringgit Malaysia kelak.
Dalam pada masa yang sama seperti yang pernah Berita Semasa katakan sebelum ini (SEPERTI DI SINI), khabar angin di Malaysia sangat boleh dipercayai. Khabar angin yang acapkali menjadi realiti, di mana khabar angin yang berasas.
Sebelum ini Berita Semasa mengingatkan kepada semua bahawa hutang negara semakin meningkatkan. Bukan tidak mengambil tanggungjawab untuk saling memperingati supaya tidak boros membelanjakan duit rakyat & negara. Nah….sekarang ini sama-sama akan merasai terutamanya kesan kepada rakyat Malaysia disebabkan pengurusan hasil mahsul negara dan ekonomi yang lemah.

Harga Minyak Ron 95 Tidak Akan Naik Dalam Masa Terdekat!

Harga Minyak RON95 2013Walaubagaimanapun, apa sahaja jangkaan termasuklah penganalisis ekonomi dan juga PDAM (DI SINI) Berita Semasa sama sekali yakin yang mana kerajaan Malaysia tidak akan naikkan lagi harga minyak RON 95 dalam masa terdekat ini (seperti mana kenyataan rasmi oleh Tan Sri Muhyiddin Yaasin) baru-baru ini apatah lagi mengambil kira persediaan menjelang Pilihanraya Kecil Dun Sungai Limau tidak lama lagi & Bajet 2014, tetapi ianya tidak mustahil akan naik pada masa hadapan cuma alasan yang diberikan perlulah munasabah.
Jikalau alasan berlaku penyeludupan di sempadan memang rakyat tidak boleh terima, sebab kerajaan telah bayar gaji & tanggungjawab kepada Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan perkara ini hanya berlaku di beberapa negeri di Malaysia ini dan melibatkan kawasan yang kecil sahaja
Berdasarkan semakan Berita Semasa merujuk pemerhatian penganalis dan pakar-pakar ekonomi meramalkan akan berlakunya perbelanjaan operasi yang lebih tinggi bagi tahun 2014 melibatkan emolumen & perkhidmatan awam.

MP PR Bahas Rang Undang2 Perbekalan Tambahan (2013) 2013 - Kem. Wanita, Pembangunan Keluarga & Masyarakat (1)

'Malaysia students not prepared to compete globally'

MP PAS Kota Bharu Bahas Rang Undang2 Perbekalan Tambahan (2013) 2013 - Kem. Belia & Sukan (1)

Taib and family escape Swiss probe

The office of the Attorney-General of Switzerland says although the Taib family once held assets in a Swiss bank, these were withdrawn in 1999.

KUCHING: The Swiss government cannot open criminal proceedings against Sarawak Chief Minister Taib Mahmud and his family because they no longer have any assets in Swiss banks.
The Attorney-General of Switzerland said although the family once held assets in a Swiss bank, these were withdrawn in 1999.
The Basel-based Bruno Manser Fund (BMF) said the office of the Attorney General of Switzerland confirmed this last week.
The Swiss A-G’s investigation was triggered by a criminal complaint by the BMF and Swiss MP Carlo Sommaruga.
The complaint involved four accused banks and FINMA, the Swiss bank regulator.
Sommaruga had described Taib, his family and “entourage” as having formed or being part of a “criminal organisation” as defined by article 260 of the Swiss Penal Code.
He also demanded that the government confisticate all assets “at the power of this criminal organisation” that had been deposited in Switzerland as defined by article 72 of the Swiss Criminal Code.
In its latest statement posted on its website, BMF said it welcomed the A-G’s declaration but called on the Taib family to come clean and declare their foreign assets and explain their origins.
“In particular, there is a need to clarify the amount and whereabouts of the assets formerly held by a Swiss bank and withdrawn in 1999,” it said.
In June 2011, Taib declared in the Sarawak State Assembly that he had no Swiss bank account. But BMF research showed that Taib’s closest family members had accounts and were also holding stakes in Malaysian corporations to the tune of US$1.5 billion (RM4.5 bil).
His family also held properties in Canada, UK, USA and Australia. These assets were estimated to be worth US$15 billion (RM45 billion).
Report against Musa Aman too

Bahaya kecelaruan istilah dalam parti

Dr Angin Budiman,
MEMULAKAN dengan terma ‘ konservatif’ dan ‘reformis’ dalam membincangkan persaingan dalaman PAS memungkinkan suasana yang kurang selesa pada sesetengah pihak.  Saya ingin merujuk tulisan sahabat saya, Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

Saya memahami beliau cuba membawa keluar daripada kerangka dikotomi ulama-profesional yang memerangkap sebahagian besar khalayak parti. Usaha  memecah-mecahkan tekstur anggota parti kepada kepingan kertas ijazah, warna jubah, lokaliti dan sebagainya harus disokong. Walau bagaimanapun, pengkategorian pemikiran atau pendekatan ahli kepada kutub konservatif dan kutub reformis secara tidak cermat akan mengelirukan akhirnya.

Istilah ‘konservatif’ bermaksud bersikap mempertahankan adat, nilai yang menjadi tradisi ataupun kelaziman.  Bahkan istilah ini juga membawa maksud tidak mudah menerima perubahan. Makna itu sendiri meletakkan konservatif pada sudut kelompok yang ‘bermasalah’ dengan perubahan. Tidak mesra perubahan. Berada pada takuk lama. Mandom.

Manakala istilah ‘reformis’ adalah golongan yang menganjurkan atau mengusahakan perubahan dan pembaikan dalam bidang-bidang tertentu. Akar kata reformis ini mempunyai nilai yang asing dengan budaya kita tetapi telah diberi nafas tempatan sehingga diterima sebagai suatu istilah yang baik. Jika dikorek dalam-dalam lagi, istilah ini adalah masalah agama Kristian!

Sayapun tidaklah berhasrat menambah-nambah kecelaruan yang sedia ada melainkan cuba memberi sedikit ruang untuk menjadi sebuah perbahasan yang mematangkan pimpinan dan ahli parti. Mungkin sebagai satu bata-bata bagi mewujudkan persekitaran parti yang sihat dan merangsangkan pemikiran.  

PRK Sungai Limau sebelum Bajet 2014, elak salah guna


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau sebelum pengumuman Bajet 2014 pada 25 Oktober nanti.

Beliau berkata tindakan itu bagi memastikan agar tidak berlaku penyalahgunaan bajet tersebut untuk mempengaruhi pengundi.

"Kita dimaklumkan dengan kematian bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak dan PRK akan diadakan dalam tempoh enam puluh hari.

"Apa yang ingin saya tekankan adalah agar SPR yang akan bermesyuarat dalam masa terdekat ini mengambil keputusan menetapkan tarikh PRK sebelum bajet diumumkan.

"Ini bagi memastikan pengumuman yang dibuat pada bajet tersebut tidak mempengaruhi pengundi," jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen.

Mahfuz tidak menolak bajet kali ini akan memperlihatkan pemberian tunai kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dapat mempengaruhi secara langsung kepada pengundi.

"Kita tidak mahu pengumuman pemberian tunai seperti BR1M atau pun lain-lain bantuan yang akan menjadi pengaruhi kepada pengundi.

PRK: PAS gesa SPR ambil kira tarikh muktamar


KUALA LUMPUR: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan bermesyuarat Khamis ini agar mengambil kira Muktamar Tahunan PAS dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata PAS akan bermuktamar pada 21 hingga 24 November ini, iaitu dalam tempoh 60 hari PRK perlu diadakan.
"Harapan PAS agar pertimbangan diberi supaya tidak bertembung muktamar.
"Sebaik-baiknya SPR pertimbangkan kerana memang sukar untuk PAS mengubah tarikh muktamar yang sudah dirancang lama," katanya kepada Harakahdaily.
Dalam pada itu beliau turut memaklumkan, PAS akan menunggu pengumuman dari SPR terlebih dahulu berhubung tarikh PRK tersebut sebelum memberi komen lanjut.
Katanya, isu PRK Sungai Limau ini akan disentuh pada Mesyuarat PAS Pusat pada 13 Oktober ini.
"Saya difahamkan PAS Kedah telah menubuhkan Jawatankuasa Operasi yang dipengerusikan Datuk Ir Amiruddin Hamzah," jelasnya.

PAS gesa kerajaan bentang kertas putih subsidi petrol


KUALA LUMPUR: Isu kenaikan harga petrol awal bulan lalu menjadi subtopik perbincangan hangat di Dewan Rakyat, sempena perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2013 hari ini.

Di pihak BN, pihak menteri berkali-kali menegaskan ianya bukan kenaikan harga minyak tetapi pengurangan subsidi dan resionalisasi subsidi demi menstabilkan ekonomi negara.

Amalan memberi subsidi khususnya terhadap petrol ini juga menurut pihak kerajaan adalah seauatu yang tidak baik kepada jangka panjang ekonomi negara, dan ianya turut menguntungkan golongan kaya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, biarpun kerajaan telah membuat penjelasan tetapi ianya telah 'dispin' dengan baik oleh pihak pembangkang.

Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat), ketika membahaskan soal subsidi ini berkata, istilah 'rasionalisasi subsidi' dan apa juga istilah lain, sebenarnya hanya cuba memperbodoh rakyat.

Darul Runtuh: Lesen kontraktor masjid runtuh digantung jika gagal patuhi prosedur


Lesen kontraktor yang terbabit dalam pembinaan Masjid Kampung Tebauk di Kuala Terengganu yang runtuh sebahagian bumbung dan silingnya semalam boleh ditarik balik jika mereka didapati gagal mematuhi prosedur ditetapkan.
Menegaskan demikian, Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Terengganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata Jabatan Kerja Raya akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.
Menurutnya, jika kontraktor terlibat didapati cuai atau tidak mengikut prosedur kerja ditetapkan, maka ia bakal berdepan tindakan tatatertib mengikut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 1994.
"Menerusi maklumat awal yang kita lakukan, kontraktor berkenaan memang berdaftar dengan CIDB dan penuhi akta yang ditetapkan dan kita akan serahkan laporan kejadian ini kepada ibu pejabat.

ROS Gagal: Perkasa pula minta DAP dibubar kerana gagal perjuang kaum lain...!!!


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa agar DAP dibubarkan setelah parti itu dengan jelas hanya dimonopoli oleh kaum Cina dan gagal memperjuangkan hak kaum lain di Malaysia.
Setiausaha agung Perkasa Syed Hasan Syed Ali (gambar) berkata DAP langsung tidak memperjuangkan hak orang Melayu disebabkan perwakilan Melayu hanyalah kumpulan minoriti dalam parti tersebut.
“DAP bukan parti untuk kaum Melayu dan India. Setakat Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang terpilih ke dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, maka perjuangan Melayu dalam parti itu hanya kata-kata kosong.
“Zairil dipilih pun setelah parti itu dikecam mengenepikan kaum lain dalam nisbah pemimpinnya. Parti ini jelas untuk kaum Cina dan kita dapat lihat semasa pemilihannya dimonopoli oleh kaum tersebut.
“Kepada perwakilan Melayu yang masih berada dalam DAP, fikir-fikirkanlah apa perjuangan yang dapat diberikan melalui parti majoriti Cina itu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Syed Hasan berkata adalah lebih baik parti itu dibubarkan dan mengakui hanya kaum Cina sahaja yang dibenarkan menyertai DAP.
Katanya, parti itu jelas menunjukkan kepimpinan nepotisme oleh kerana setiausaha agungnya Lim Guan Eng adalah anak kepada penasihat Lim Kit Siang dan ahli CEC DAP Gobind Singh Deo adalah anak kepada pengerusi parti Karpal Singh.

Cukai Naik 14%: JTI umum kenaikan harga rokok keluarannya berkuat kuasa esok

KUALA LUMPUR - JT International Bhd (JTI) mengumumkan kenaikan harga rokok keluaran dan edarannya di Malaysia, berkuat kuasa esok.
JTI   
Syarikat berkata, harga runcit baharu untuk rokok Mevius dan Salem, masing-masing RM12 sebungkus, sementara Winston pula RM10.50 setiap bungkus.
  
"Semakan harga ini adalah susulan daripada kenaikan cukai eksais sebanyak 14 peratus oleh kerajaan pada 27 September, 2013," kata JTI dalam satu kenyataan hari ini.
  
JTI ialah pengeluar rokok Mevius, Winston, Salem dan Camel di Malaysia.  - Bernama

90 residents & activists protest against Kg Hakka Mantin demolition

Gerakan Mansuh ISA Serah Memorandum Kepada KDN

Tim Menteri Pendidikan Gulong bahas Rang Undang Perbekalan Tambahan 2013

MP PAS Pengkalan Chepa bahas Rang Undang Perbekalan Tambahan

MP PAS Bukit Gantang & Tumpat bahas Rang Undang Perbekalan - Kem Pendidikan

Lantik Keith CEO Vestigo,hina anak M'sia

Pemimpin BN dibidas kerana tuduh boros punca rakyat miskin

mahfuzKUALA LUMPUR 30 SEPT: Ahli Parlimen Pokok Sena (PAS), Datuk Mahfuz Omar menyanggah pandangan seorang Ahli Parlimen BN kononnya kesempitan hidup rakyat golongan berpendapatan rendah berpunca dari sikap boros.
Menempelak pemimpin Umno BN itu, Datuk Wan Muhammad Khairil  Anuar Wan Ahmad, beliau berkata, kira-kira 490,000 rakyat negara ini berpendapatan kurang RM1,000 sebulan.
“Daripada jumlah itu, sekitar 300,000 tinggal di kampung,” katanya sambil membidas pandangan Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu.
Beliau kesal kerana Wan Muhammad Khairil itu tergamak menuduh rakyat berpendapatan rendah dan sederhana hidup susah bukan akibat kenaikan
harga minyak dan barangan keperluan, sebaliknya amalan boros

'Darul Runtuh', apa tindakan Kerajaan T’ganu

KUALA LUMPUR: Kejadian runtuhan bangunan di Terengganu yang berulang beberapa kali dikatakan kerana tiada sebarang tindakan tegas dikenakan ke atas kontraktor berkaitan.

Malah, pihak bertanggungjawab juga didakwa tidak mengambil pengajaran atas setiap kejadian yang berlaku dengan tidak mengeluarkan sebarang laporan berkaitan kes runtuhan terdahulu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata beberapa kejadian runtuhan yang berlaku di negeri itu hingga dilabelkan sebagai Terengganu Darul Runtuh, tidak dapat diatasi jika siasatan segera tidak dilakukan.

"Siasatan segera perlu dilakukan bagi melihat sejauhmana kelulusan itu digunapakai secara profesional oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), selain perlu didedahkan nama kontraktor yang bertanggungjawab dan seterusnya dikenakan tindakan tegas," kata beliau pada satu sidang media, di lobi parlimen hari ini.

Malah, tambah beliau jika benar pihak kontraktor bertanggungjawab hingga menyebabkan insiden tersebut, syarikat terbabit juga perlu membayar ganti rugi memandangkan ia melibatkan risiko nyawa orang ramai.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden terbaru di Terengganu membabitkan  40 peratus dari bumbung Masjid Tebauk, Bukit Tunggal runtuh awal pagi semalam.

Tambah beliau, insiden itu bukan membabitkan struktur bangunan yang lama, sebaliknya baru dibina sejak dua tahun lalu dengan kos sebanyak RM5.7 juta.

Masjid runtuh: Kecuaian yang disengajakan?


Saya memandang serius tragedi sebahagian bumbung dan siling Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal di kawasan Parlimen Kuala Nerus runtuh awal pagi semalam Ahad 29 Sept 2013.

Fakta yang perlu diambil perhatian dalam insiden ini ialah:

1. Insiden ini melibatkan rumah Allah yang mulia yang perlu dimakmurkan setiap masa.

2. insiden seumpama ini berisiko melibatkan nyawa sekiranya runtuhan berlaku ketika ahli qaryah sedang memakmurkan masjid apatah lagi masjid boleh memuatkan jamaah hingga 1,000 orang.

3. Dilaporkan runtuhan membabitkan kira-kira 40 peratus bahagian masjid dan melibatkan struktur asas bangunan juga. Jika benar ia adalah runtuhan berskala besar yang menimbulkan keraguan terhadap tahap keselamatan seluruh struktur masjid.

4.  Masjid adalah masih baru iaitu siap dibina dua tahun lepas. Ini menimbulkan persoalan tahap profesional pihak yang bertanggungjawab terhadap pembinaan tersebut.

5.  Kos pembinaan ialah RM6 juta dan ia melayakkan masjid ini dibina dengan binaan yang kukuh dan terbaik.

6. Insiden seumpama ini bukan yang pertama berlaku di negeri ini. Bumbung masjid runtuh di negeri ini telah berlaku 20 Mei lepas di Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu yang hampir melibatkan nyawa 12 jemaah yang baru sahaja selesai solat Isyak. Pada 3 Oktober 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.

Apa hubungan Ops Cantas dengan PCA, soal PKR


PKR hari ini mempersoalkan hubungkait antara Ops Cantas – operasi khas pasukan keselamatan membanteras kes jenayah berat – dengan tindakan Putrajaya meminda Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959.
Ahli Parlimen Subang dari PKR R. Sivarasa (gambar) ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini membangkitkan persoalan Ops Cantas hanya dilaksanakan pada pertengahan 2013, sedangkan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) telah dibebaskan lebih awal.
ISA dan EO telah dimansuhkan pada 2011 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman untuk mereformasikan sistem perundangan negara dan menolak sebarang penahanan tanpa bicara terhadap pelaku jenayah.
"Kenapa tahanan di Penjara Simpang Renggam tidak disiasat dan didakwa di mahkamah dalam tempoh dua tahun sebelum EO dimansuhkan pada 2011?" soalnya.

ISA juga tidak seharusnya diguna kepada ahli politik, kata Karpal


Peruntukan untuk tidak menggunakan akta tahanan tanpa bicara terhadap ahli politik telah sedia ada dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan pada 2011, kata Pengerusi DAP Karpal Singh (gambar).
"Ya ... ia telah lama wujud dalam ISA, Tun Razak dah katakan perkara itu," kata Karpal ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini, sambil merujuk kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memberikan respon terhadap pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang akan dibaca untuk kali kedua di Parlimen esok bagaimanapun percaya pindaan berkenaan akan tetap dilaksanakan.
"Mereka akan luluskannya ... saya percaya, mereka selalu lakukan begitu.
"Kita tidak boleh mansuhkan semua akta pencegahan untuk menarik undi, kemudian kita perkenalkan akta baru," katanya membidas tindakan Putrajaya meminda akta berkenaan.
Kementerian Dalam Negeri telah membuat bacaan kali pertama pindaan akta berkenaan minggu lalu yang memperuntukkan penahanan tanpa bicara atas alasan mengekang kes jenayah berat yang semakin berleluasa.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menentang pindaan berkenaan yang menurut mereka bercanggah dari aspek hak asasi manusia.
Kumpulan aktivis Gerakan Rakyat Tolak ISA 2.0 menggelarkan akta berkenaan "seiras" dengan ISA kerana memperuntukkan tahanan tanpa bicara terhadap pesalah.
Mereka telah menganjurkan demonstrasi di perkarangan Parlimen hari ini, dengan disertai kira-kira 50 peserta sebelum menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Adamant activists 'force' deputy minister to accept memo

PKR MP: Will MCA, Gerakan vote against crime act amendments?

Roof collapse in T'ganu: 'Where's the accountability?'

MCA, MIC ada pemimpin melayu tak?

Dewan Rakyat 30 Sept 2013: MP bahas Rang Undang Perbekan Tambahan (2013) 2013 [ Kem Kewangan dan Kerjaraya ]

MP PAS Parit Buntar bahas Rang Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013 - Kem Pendidikan

MP PAS Parit Buntar bahas Rang Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013 - Kem Pendidikan

MP Sg Petani/ Pokok Sena bahas Rang Undang Perbekalan Tambahan

Ceritanya 'kandang kambing,lembu' bukan masjid runtuh..!!

PRK Sungai Limau: Jangan guna bajet 2014

'ISA 2.0' : NGOs hold anti-PCA sit-down protest in Parliament

Ucapan Tok Guru Nik Aziz menitis air mata di hadapan Selebriti

Bingkisan Bicara Selebriti (Koleksi Siri 1 - 7)

Aktivis Mendesak PCA Ditarik Semula

Kalaulah Mukhriz Kalah Naib Presiden UMNO...

Penyertaan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO tidak sudah-sudah mengundang kontroversi. Daripada disyaratkan meminta nasihat Presiden UMNO terlebih dahulu, kemudian penyertaannya dikatakan tidak mendapat restu berikutan Najib mahu penyandang sedia ada dikekalkan dan terbaru ini, beliau dikatakan merupakan ancaman kepada kedudukan Najib pula.

Namun di sebalik semua itu, mood dan trend perwakilan UMNO menjelang pemilihan 19 Oktober depan terlihat semakin mengukuh terhadapnya. Kedudukan sebagai anak Mahathir, kejayaan BN menawan semula Kedah dan imejnya sebagai antara pemimpin muda yang baik dan berwibawa adalah antara faktor penyumbang ke arah itu.

Ini menjadikan, meskipun tarikh pemilihan ada kira-kira tiga minggu lagi tetapi ramai menjangkakan beliau tidak menghadapi banyak masalah untuk menduduki salah satu daripada tiga kerusi naib presiden itu.

Secara langsung juga keadaan ini menjadikan sekurang-kurangnya salah seorang daripada tiga penyandang kerusi Naib Presiden iaitu Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Shafir Apdal mulai rasa tergugat. Sekiranya, dua lagi calon iaitu Isa Samad dan Ali Rustam turut berupaya melonjakkan diri masing-masing, tambahan pula kedua mereka juga pernah menyandang kerusi itu sebelum ini, bermakna ketiga-tiga penyandang jawatan naib presiden ini tidak lagi selamat kedudukannya.

Serentak dengan tersebarnya cakap-cakap bahawa penyertaan Mukhriz tidak mendapat restu Najib, spekulasi itu bertambah hangat apabila Zahid, Hishammuddin dan Shafie dilihat bersama-sama dan saling bergandingan tangan ketika hadir di hari penamaan calon pada 21 September lalu.

Bumbung masjid runtuh: Siasat segera kontraktor

Bumbung masjid runtuh: Siasat segera kontraktor
KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa segera menyiasat kontraktor yang terlibat dalam pembinaan Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal, Terengganu bagi mengenalpasti punca sebenar keruntuhan bumbung masjid tersebut.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, insiden itu adalah kejadian kedua yang berlaku untuk tahun ini selepas Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu turut mengalami kejadian sama pada 20 Mei lalu yang hampir meragut nyawa 12 jemaah yang baru selesai mengejarkan solat Isyak.

Menurutnya, pada 3 Oktober 2009, bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh dan menyebabkan tiga mangsa cedera.

"Kerajaan perlu menyenaraikan semua kontraktor dan pembekal yang mendapat projek pembinaan masjid yang telah runtuh sejak tahun 2009 hingga kini.

Bumbung wad Hospital Serdang pula runtuh....




 
Beberapa bahagian bumbung di Wad Bersalin Hospital Serdang dekat ibu negara runtuh dalam kejadian 2.55 pagi ini.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Jurucakap Unit Perhubungan Awam hospital itu ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Pihak media tidak dibenar masuk ke kawasan itu.

-Bernama

PAS gesa PRK DUN Sungai Limau sebelum pembentangan Bajet 2014


PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Sungai Limau sebelum pembentangan Belanjawan 2014 untuk mengelakkan Putrajaya mengambil kesempatan "memancing undi”.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menegaskan, sekiranya PRK berkenaan dilaksanakan selepas sesi pembentangan belanjawan pada 25 Oktober depan, akan timbul persepsi kerajaan akan menggunakan platform berkenaan "menabur wang tunai bagi menarik pengundi".
"Sekiranya PRK Sungai Limau dilakukan selepas bajet, akan timbul persepsi kerajaan sengaja menggunakan pengumuman itu terutamanya melibatkan pemberian tunai untuk mempengaruhi pengundi.

12 ditahan termasuk dua wanita di Kampung Hakka, Mantin

Antara yang ditahan termasuk Setiausaha PSM, S Arutchelvan dan Setiausaha PSM Seremban, S Tinagaran
SEREMBAN – Seramai 12 individu yang terdiri daripada ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM), aktivis NGO Jerit dan penduduk kampung ditahan polis di Kampung Hakka, Mantin di sini apabila hampir 200 penduduk kampung tersebut cuba menghalang pemaju merobohkan kediaman mereka.
Antara yang ditahan termasuk Setiausaha PSM, S Arutchelvan dan Setiausaha PSM Seremban, S Tinagaran. Daripada 12 individu tersebut, sekurang-kurangnya dua adalah wanita.
Kesemua mereka ditahan atas dakwaan menghalang tugas penjawat awam.
Penduduk kampung bersama-sama dengan ahli PSM dan aktivis Jerit sudah berkumpul sejak awal jam 8.00 pagi.
Penduduk menghalang pemaju membawa masuk jentera dengan meletakkan kenderaan dijalan masuk ke rumah-rumah penduduk kampung.
Pasukan polis juga tiba untuk mengawal keadaan termasuk pasukan ‘Light Strike Force’ (LSF).
Lebih kurang pukul 10.00 pagi, Arutchelvan dan penduduk kampung berunding dengan Pegawai Bailiff Mahkamah Tinggi Seremban, Adzahari Ramli.
Dakwa pemaju gagal
Arutchelvan berkata bahawa pemaju gagal memberikan notis yang secukupnya kepada penduduk kampung untuk mengosongkan rumah.
“Walaupun mahkamah memutuskan bahawa penduduk kampung harus mengosongkan rumah, tetapi pemaju gagal memberikan notis yang secukupnya.
“Pemaju hanya memberi notis pada 25 September dan sepatutnya pemaju hanya boleh merobohkan rumah penduduk kampung bermula 2 October ini.
“Penduduk kampung juga telah memfailkan ‘perintah penggantungan pelaksanaan’ (stay of execution) di Mahkamah Tingi Seremban dan kes tersebut akan didengar pada 17 Oktober ini,” jelas Arutchelvan.
Walaubagaimanapun Adzahari ingin berbincang dengan peguam penduduk iaitu Siow Kim Leong di mana ketika itu peguam pemaju Sharif Mohamad turut serta dalam perbincangan tersebut.
Adzhari memberikan masa hinggga pukul 11.00 pagi untuk memberi masa kepada Siow hadir untuk mengadakan perbincangan.
Walaubagaimanapun Siow yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Lobak untuk kali pertama terpaksa menghadiri Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh YangDi Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

‘No economy crisis, M’sians are ungrateful’

The opposition is only good in 'spinning' government decisions when it comes to subsidy issues to paint a bleak economic picture.

KUALA LUMPUR: Malaysia is not facing an economic crisis and this is a fact, Deputy Finance Minister Ahmad Maslan said today; amid rising budget deficits and reduction of fuel subsidies.
He said figures from Bank Negara, World Bank and the International Monetary Fund showed that Malaysia’s economy was steadily growing.
He said the opposition had “spun” the government’s move to reduce fuel subsidies to make it appear as if the country was facing economic turmoil.
“When we reduce subsidies, the opposition spin this. That is what they do — they don’t want the country to be happy.
“But believe us when we say everything that we do is for the good of the country. We still spend RM2 billion a month for fuel subsidies, and this is a large amount.”
He lamented how Malaysians were ungrateful of the current subsidies in place.
“When we give subsidies, they don’t thank us. They don’t notice that we subsidise 83 sen for RON95. But when we cut it by 20 sen, they kick up a fuss,” he said.
But he added that the government would look into correcting the “misconception” that Malaysia was suffering economic difficulties once Budget 2014 is announced on Oct 25.
Ahmad Maslan said this in the Dewan Rakyat in response to Abd Aziz Haji Sheikh Fadzir’s (Kulim Bandar Bahari – BN) question on the government’s plans to overcome the economic slump and manage the country’s debts.
Economy well managed

Himpunan Hijau to submit petition to king

One million signatures have been collected against the Lynas rare earth plant near Kuantan and will be submitted to the king soon, says Himpunan Hijau.
PETALING JAYA: Himpunan Hijau has achieved collecting more than one million signatures against the Lynas rare earth plant near Kuantan and will submit the petition to the Yang di-Pertuan Agong soon.
Its chairman, Wong Tack, told FMT today that the target was reached at about 11.45pm on Friday and the final tally was 1.06 million.
“We want those who went out to collect signatures to hand in the signature forms back to us,” he said.
Wong said the next step was to submit the signatures in a petition to the king to “protect the dignity and sovereignty of the land”.
However, he did not say when the organisation would be submitting the petition to the king.
“We will hold a meeting to decide on the date,” he said.

Bumbung masjid runtuh T'ganu: 'Di mana ketelusan?'


 
Berapa kali bumbung kemudahan awam di Terengganu perlu runtuh sebelum pihak berkuasa bertindak?

NONEPerkara itu disuarakan oleh Anggota Parlimen Kuala Terengganu daripada PAS Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (kanan), yang berpendapat kerajaan negeri masih tidak mengambil pengajaran daripada kes terdahulu.

Awal pagi semalam, bumbung masjid di Kampung Tebauk, Kuala Nerus dilaporkan runtuh.

Raja Kamarul Bahrin berkata, sejak kes runtuhan pada 2008, belum ada yang diheret ke mahkamah.

"Ia seolah-olah menggalakkan perkara seperti ini berulang kembali. Kita mesti ada ketelusan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

‘Boss can be charged with human-trafficking’

An employer can be charged with human-trafficking if he fails to provide valid documents for the foreign maids, says Suhakam.
KUALA LUMPUR: Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) said sheltering foreigners without valid documents in a home is tantamount to human trafficking or forced labour.
Its commissioner, James Nayagam said an employer could be charged with human-trafficking if investigations showed that he had sheltered his maids who did not have proper documents.
Nayagam was responding to a FMT article on Sept 27 where a Filipino maid, who had been jailed and awaiting deportation, planned to sue her employer and the police force upon her return to the Philippines.
Jemie A Ramos, who is now under detention at the Machap Umboo Immigration Detention Centre in Malacca, claimed her employer, who is a lawyer, failed to renew her work permit.
She said she was arrested at her employer’s house on Sept 9 with another colleague Lisa Balajadia for not having valid documents.
Nayagam said Suhakam would act upon receiving the report and investigate further.

Police report against employer

A group of church members meanwhile had lodged a police report claiming that they knew the employer, who is also a local church leader.

CLUMSY MOVES: Is Najib trying to influence who becomes the next Indonesian president?

KUALA LUMPUR - The usually sedate Kota Bharu High Court was transformed into a rare hive of activity by the presence of Indonesian presidential candidate Prabowo Subianto as well as 'big-time' Umno lawyer Shafee Abdullah.
The VVIPs were in town for a murder hearing involving an alleged underage maid Wifrida Soik.
CLUMSY MOVES: Is Najib trying to influence who becomes the next Indonesian president?The presence of so many political 'big guns' has prompted concerns that the small-town courthouse might be intimidated, and justice might be undelivered to a 60-year Malaysian citizen who had been murdered.
It has also sparked speculation of a political conspiracy of the 'I help you, you help me' sort between Prabowo and Malaysian Prime Minister Najib Razak.
"Prabowo's argument is for leniency because Wilfrida was allegedly a victim of human trafficking and she is only 17 even though her documents say she is 23. But human trafficking or not, a life was taken. Who took it? So we hope Prime Minister Najib Razak and Umno will not rush to grab political mileage and make it seem they are so cozy with the Indonesian leaders that the murder of a Malaysian citizen is brushed aside," a human rights lawyer following the case told Malaysia Chronicle.
"These days, given the extent of Malay racism in the Malaysia, Umno leaders can do anything. They can forgive murder or even commit murder - this is the view of a great many Malaysians and it is not at all a pleasant picture for the outside world that there is no functioning, free and fair justice system in this country. Only politics rule and very sick politics at that."
Who will 'save' the murdered Malaysian victim?
Wilfrida had been been detained for allegedly killing her employer Yeap Seok Peng in Kampung Chabang Empat, Tok Uban, Pasir Mas. According to news reports, Wilfrida hails from East Nusa Tenggara, and has been working since she was 12. She is said to be a victim of human trafficking.
Prabowo, who is due to stand for next year's Indonesian presidential election, caught the eye of curious onlookers at the Kota Bharu High Court this morning, while the Indonesian media who had followed him to Malaysia could be seen scrambling to get his views.
The Indonesian presidential poll, due to be held on July 9, 2014, will elect a president for a five-year term. Incumbent president Susilo Bambang Yudhoyono is constitutionally barred from seeking a third term in office.
Prabowo, from the Great Indonesia Movement Party (Gerindra), has said he wants to 'save Wilfrida and is even contemplating a direct appeal to Najib, with whom he says he is close to. Prabowo was accompanied by Indonesian ambassador to Malaysia Herman Prayatino.
Clumsy moves: Najib helping Prabowo for future political favors?

Pertahan Rumah Rakyat: Arutchelvan, 11 lagi ditahan di Mantin




Setiausaha agung PSM S Arutchelvan dan 11 orang yang lain ditahan hari ini ketika berhimpun bagi menyekat tindakan pamaju yang ingin meruntuhkan rumah penduduk di satu kawasan kampung di Mantin, Negeri Sembilan.
Arul dalam tulisannya di Facebook berkata, beliau serta enam aktivis dan lima orang penduduk berkenaan dibawa ke satu balai polis di Mantin.
Difahamkan, seorang dari penduduk berkenaan turut cedera dalam kejadian tersebut.
Seramai kira-kira 90 orang penduduk dan aktivis berkenaan pada awalnya berhimpun di kampung tersebut untuk berunding dengan pemaju, polis dan wakil mahkamah yang tiba untuk meranapkan struktur di kampung berkenaan.
Rundingan tersebut berakhir pada jam 11.20 pagi dan pihak berkuasa meneruskan tindakan menahan individu yang cuba menyekat perobohan berkenaan.
Dalam kejadian sama pada 12 September lalu, ketua kammpung dan para peserta perhimpunan yang lain turut ditahan kerana membantah tindakan perobohan berkenaan.

Dialog Anak Muda & Profesional: Anda tanya, kami jawab 2 Okt di KLSCH


Kuala Lumpur: Semua dijemput hadir ke program dialog anjuran Free Public Forum Malaysia (FPF) khususnya kepada anak-anak muda dan para profesional.

Pada kali ini, kami membawa bersama-sama anda Dato' Haji Husam Musa, Sdr. Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Syed Azman.

Kesemua adalah figura dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) khusus kami bawakan ke pentas dialog bagi menerjah dan meneroka idea serta fikrah pemikiran mereka yang terlibat secara langsung sebagai pimpinan serta penggerak PAS.

Apakah parti Islam yang cukup berusia dalam lakaran sejarah ini mampu berdepan dan kekal relevan dalam arus deras kepelbagaian ragam politik semasa tanah air kini?

Ayuh ke program dialog kalii ini. Anda BERTANYA, biar mereka MENJAWABNYA!

Tarikh: 2 Oktober 2013
Hari: Rabu
Tempat: KLSCAH (Hadapan monorel Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
Masa: 8 – 11 malam

Ambiga: K'jaan ketepi pandangan AG?




 
Peguam kanan Datuk S Ambiga mempersoalkan sekiranya kerajaan mengenepikan pandangan peguam negara ketika membentangkan rang undang-undang di Dewan Rakyat untuk membolehkan penahanan tanpa bicara.
Beliau mempersoalkan perkara itu berhubung cadangan rang undang-undang pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah yang dibentangkan minggu lalu.

Berucap dalam satu perhimpunan membantah cadangan pindaan tersebut di depan bangunan Parlimen hari ini, Ambiga berkata peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada Julai lalu telahpun membuat kenyataan yang menentang penahanan seperti itu.

"Adakah kerajaan tidak menerima nasihat AG? Saya ingin tahu sekiranya AG dirunding, kerana beliau bertegas bahawa beliau tidak bersetuju dengan perkara ini,” katanya.

Aktivis anti ISA berhimpun di hadapan Parlimen bantah pindaan “drakonian” PCA

Aktivis hak asasi manusia hari ini mengadakan bantahan di perkarangan Parlimen terhadap pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang memperuntukkan penahan individu tanpa bicara.

Sambil membawa plakad "tarik balik PCA", "tarik balik akta zalim", kumpulan berkenaan turut menggelarkan akta berkenaan ibarat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 2.0.

"Kita berkumpul hari ini adalah untuk membantah PCA. Kita tidak perlukan akta seperti ini untuk membanteras jenayah, cukup dengan menyediakan fasiliti kepada anggota polis untuk menentang jenayah berat," kata Datuk Ambiga Sreenevasan yang turut hadir dalam demonstrasi berkenaan.

"Kita meraikan pemansuhan ISA, namun kurang dari tempoh setahun akta seumpamanya diperkenalkan kembali," kata Pengerusi Bersama Bersih 2.0 itu lagi di hadapan kurang 50 peserta demonstrasi berkenaan.

Selepas sejam mereka berdemonstrasi di perkarangan Parlimen, wakil ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) kemudiannya membawa wakil daripada kumpulan aktivis itu ke dalam Parlimen untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dewan Rakyat 30 Sept 2013: Sesi Pertanyaan Jawab lisan (2)

Dewan Rakyat 30 Sept 2013: Sesi Pertanyaan Jawab lisan (1)

Nurul Izzah: Pakatan prefers caucus over anti-TPPA demo during Obama visit

Nurul Izzah, Santiago heading to Japan for TPPA symposium

Guru Tak Cukup: '1,000 graduan pendidikan Sabah tak diambil khidmat'

Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) mahu kerajaan, khususnya Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengkaji semula dasar berhubung pengiktirafan kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang ditawarkan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini.

Naib presiden Pekadin Luis Lidong berkata kerajaan wajar memberi perhatian serius terhadap perkara itu berikutan keluhan lebih 1,000 graduan pendidikan dari Unitar cawangan Sabah yang tidak diambil berkhidmat sebagai guru di sekolah kerajaan.

"Difahamkan graduan Unitar ini membelanjakan puluhan ribu atau meminjam PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) untuk membiayai pengajian mereka selama tiga atau empat tahun tetapi akhirnya tidak berpeluang menjadi guru sekolah kerajaan.

"Bagaimana kerajaan melalui Agensi Kelayakan Malaysia boleh meluluskan kursus yang ia sendiri tidak iktiraf. Oleh itu, kami di Pekadin mahu kerajaan kaji semua dasar ini demi kebaikan dan keadilan graduan dan bakal graduan," katanya dalam kenyataan di Tuaran hari ini.

Kelantan bina Lebuh Rakyat awal tahun depan, selepas “ditipu” BN sejak 1980an


Kerajaan Kelantan pimpinan PAS mengumumkan pembinaan Lebuh Raya Rakyat yang akan bermula awal tahun depan 2014 dan projek sejauh 73 kilometer tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Projek tersebut yang dirancang sejak tahun 1986 dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) bagaimanapun tidak dilaksanakan sehingga sekarang, memaksa kerajaan PAS negeri tersebut mengambil inisiatif untuk menyiapkannya sendiri.
Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah (gambar), projek menelan belanja RM669 juta tersebut dengan kerjasama sebuah syarikat di Dubai diharap dapat menangani masalah kesesakan yang berlaku setiap kali musim perayaan.

Universiti wajib umum awal tarikh pilihan raya - Gamis

Kuala Lumpur: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dalam kenyataannya hari ini mendesak supaya Institiut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengumumkan tarikh pilihanraya kampus lebih awal supaya ia menjadi langkah kepada seluruh mahasiswa untuk bersedia berhadapan dengan pilihanraya kampus nanti.

Malangnya sehingga kini kebanyakan IPTA masih belum mengumumkan bila sebenarnya tarikh pilihan raya kampus akan berlaku walaupun sebahagian daripada MPP di universiti masing-masing sudah melangkaui setahun tempoh kepimpinan.

Preisden GAMIS, Muhamad Azan Bin Safar (Gambar) berkata perkara yang biasa berlaku untuk universiti mengumumkan tarikh pilihan raya kampus dalam keadan yang tergesa-gesa dan sudah hampir dengan tarikh penamaan calon. Budaya sebegini tidak membantu untuk memberikan pendidikan politik kepada mahasiswa termasuk mengurangkan partisipasi mahasiswa di dalam proses pemilihan kepimpinan pelajar.

“Universiti harus menjadi contoh dan bukannya terikut-ikut dengan budaya politik di luar yang mana tarikh pilihan raya hanya dalam pengetahuan Perdana Menteri, dan tarikh hanya akan diumumkan apabila parti daripada kerajaan sedia ada sudah bersedia. Kebimbangan yang serupa juga berlaku di universiti apabila satu pihak yang mungkin ingin dimenangkan oleh HEP universiti dibiarkan bersedia terlebih dahulu daripada kumpulan mahasiswa yang lain ,” Katanya lagi.

Zunar akan 'menconteng Lynas' di Kuantan


KUALA LUMPUR: Zunar dan beberapa kartunis tempatan yang bergabung di bawah Kumpulan Kartunis Independen (KKI) akan menggunakan bakat mereka untuk membantu kempen anti-Lynas di Kuantan pada 5 Oktober depan.

Dalam program "Conteng-conteng Lynas" itu, mereka antara lain akan mengadakan demonstrasi melukis kartun, melukis karikatur, melukis atas kain rentang, peraduan mewarna untuk kanak-kanak dan sebagainya.

Selain Zunar (gambar), kartunis lain yang akan mengambil bahagian ialah Megat, Jonos, Azman Matnoh, Baba, Shem dan Noky.

Acara tersebut akan diadakan pada jam 5 petang di Pantai Batu Hitam,  Balok (5-7) dan pada sebelah malam di Pantai Teluk Chempedak (bermula jam 9).

PRK Sungai Limau dijangka sengit


ALOR SETAR: Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musodak Ahmad (gambar) menjangkakan pertandingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau berlaku dalam suasana sengit dan luarbiasa memandangkan keputusannya nanti akan menjadi 'testimonial' kepada Dato' Mukhriz Mahathir yang pertama kali menghadapi pilihan raya kecil (PRK)  sebagai Menteri Besar.

Justeru beliau yakin BN akan menggunakan apa saja cara untuk memenanginya.

"Sementara bagi PAS, Sungai Limau adalah kerusi tradisi yang mesti dipertahankan. Sejak PAS merampas kerusi tersebut dari BN melalui Ustaz Azizan pada PRU tahun 1995 hingga kini, kita tidak pernah kalah.

"Berdasarkan keputusan PRU13 lalu, Sungai Limau berada di kedudukan kedua terbaik selepas Tokai, jadi mahu tak mahu untuk PRK kali ini PAS Kedah akan pastikan bukan setakat menang mempertahankan kerusi tersebut tetapi juga mencatat keputusan lebih baik berbanding PRU13 lalu," ujarnya.

Dr Mahathir gesa kerajaan BN kembalikan ISA untuk perangi jenayah berat


Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengatakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah undang-undang paling relevan bagi menangani dan mencegah jenayah berat di negara ini.
Menurut bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu, ISA harus dikembalikan semula dalam usaha mencegah kegiatan jenayah berat di negara ini.
"Kita buang ISA, mereka menggunakan itu untuk melakukan jenayah yang dahsyat.
"Kerana itu, mahu atau tidak, kita perlu kembali kepada cara yang lama," katanya dipetik dari laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Dr. Mahathir diminta mengulas Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang dibacakan untuk kali pertama di Dewan Rakyat pada Rabu lalu.
Bacaan pertama pindaaan PCA dibacakan Ahmad Zahid minggu lalu di Dewan Rakyat bertujuan mengukuhkan kedudukan untuk menahan penjenayah tanpa bicara sehingga dua tahun.

Pindaan PCA untuk perangi jenayah terancang - Najib

Najib Tun Razak 
NEW YORK - Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 yang dicadangkan kerajaan adalah lebih khusus untuk memerangi jenayah terancang.

Perdana menteri berkata ia bukan hendak mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Najib berkata ISA berbeza daripada PCA kerana ISA memberi kuasa begitu luas untuk menahan seseorang individu tanpa proses mahkamah sebaliknya kuasa itu diberikan kepada pihak polis dan Menteri Dalam Negeri.

"Tetapi kali ini (di bawah pindaan akta) keputusan akan dibuat oleh pihak hakim, jadi kalau polis menahan sesiapa, ia perlu menyakinkan pihak hakim bahawa individu tertentu ini perlu ditahan," kata Najib pada sidang akhbar sempena berakhir lawatan kerja beliau ke San Francisco dan New York, Amerika Syarikat, dari 22 September hingga semalam.

Demensi Fikrah Almarhum Ustaz Azizan

Oleh Masyaal Hasbullah
 Detik 26 September 2013 kita kehilangan Almarhum (Tan Sri) Ustaz Azizan Abd Razak. Itulah sunnatullah yang dijanjikan oleh Allah, yang mana setiap insan pasti akan mengadap Ilahi. Kematian Almarhum sememang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira 'kiblat' politik.

Yang pasti. Almarhun adalah antara tokoh politik PAS yang telah mengabdikan diri dengan perjuangan menegakkan kebenaran. Almarhum telah menelusuri wasilah perjuangan yang didampari dengan pelbagai suka-duka, hambatan mehnah dan tribulasi sehingga akhirnya dianugerahkan penghormatan. Sejarah Terukir
Tahun 2008 sejarah terukir bagaimana Almarhum diangkat mengetuai sebuah kerajaan yang didokongi oleh parti yang Almarhum perjuangan iaitu PAS bagi kerajaan negeri Kedah ekoran kemenangan PAS pada pilihanraya ke-12. Walaupun terukir dalam tempoh lima tahun sahaja, namun ianya memberi pemahaman yang makro terhadap pemikiran dan sumbangan yang dicetuskan dan dilaksanakan oleh Almarhum. Pilihanraya 2013, menyaksikan Kedah kembali kepada BN.
Inilah merupakan antara detik sejarah bagi perjuangan PAS, khususnya PAS Kedah yang mana telah berjaya menawan Kedah daripada kerajaan BN. Sejarah ini secara beriringan juga memahatkan insan yang bernama Ustaz Azizan Abd Razak sebagai seorang individu daripada PAS bercarta nombor 3 sebagai Menteri Besar daripada PAS setelah kejayaan PAS membentuk kerajaan di Kelantan dan Terengganu sebelum ini. Tidak dapat tidak, Armarhum telah memaparkan sumbangan yang cukup bermakna buat parti dan juga rakyat negeri Kedah.
Amanah Terpikul
Ketika diamanahkan menjawat sebagai Menteri Besar Kedah, Almarhum secara peribadi mengakui bahawa amanah yang dipikul amat besar sekali. Pertamanya rakyat Kedah akan menilai kewibawaan dan kemapuan parti PAS sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir. Kedua,cabaran mengurus kepelbagaian fikrah dalaman disebabkan ketika ini 'aura' Pakatan Rakyat sebagai bakal kerajaaan amat tinggi dan popular.

Bekas pengiring anggap Ust Azizan seperti bapa

Bekas pengiring anggap Azizan seperti bapa  
Shahril memimpin tangan Ustaz Azizan ketika melaksanakan tugasnya sebagai pengiring peribadi Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah itu.
ALOR SETAR - Kesederhanaan cara hidup bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak banyak memberi pengajaran dan pengalaman kepada bekas pengiring peribadinya, Koperal Shahril Rizal Ismail, 33.

Bahkan beliau turut menganggap Azizan seperti bapanya sendiri.

Menceritakan pengalaman ke sana ke mari bekerja dengan pemimpin itu yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Azizan, Shahril berkata, pemikiran Ustaz Azizan dalam sesuatu perkara sukar untuk dibaca dan dijangka.

Menurutnya, keperibadian Ustaz Azizan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu, akan menyentuh hati sesiapa sahaja terutama bagi mereka yang baru kenal dan rapat dengan kehidupannya.

“Walaupun sebagai menteri besar, kehidupan Ustaz Azizan adalah biasa dan mudah dari aspek keperibadiannya. Makan-minum, pakai, bahkan tidurnya juga sekadar berbaring di atas sofa.

“Kalau hari tak ada tugasan rasmi, ustaz akan habiskan masa duduk di atas sofa di rumahnya. Baca buku, kitab, surat khabar atau menonton televisyen, jika ada kawan-kawan mahu berjumpa pun ustaz lebih suka orang datang ke rumah,” katanya ketika diminta menyingkap kembali nostalgia bersama Ustaz Azizan.

CEC: Tahniah Liew Chin Tong

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Liew Chin Tong (LCT), seorang penggubal undang-undang dari DAP kerana mendapat undi tertinggi dalam pemilihan CEC parti itu semalam. Beliau mendapat 1438 undi mengatasi undi Lim Kit Siang sebanyak dua undi. LKS mendapat sebanyak 1436 undi dan ia menunjukkan kemerosotan jika dibandingkan dengan undi yang diperolehinya semasa pemilihan CEC yang terbatal Disember lepas.

LCT juga mendahului undi Lim Guan Eng (LGE) yang hanya mendapat tempat kelima dengan 1304 undi sahaja. Pemimpin yang mempunyai cita-cita menjadi Setiausaha Agong DAP, Loke Siew Fook mendapat tempat ketujuh dengan memperolehi sebanyak 1263 undi.Kemerosotan undi dan sokongan LGE itu jelas telah di pengaruhi oleh keadaan tidak menentu parti itu semasa berhadapan dengan isu pembatalan keputusan pemilihan parti itu Disember lepas.

Semua yang terpilih pada Disember tahun lepas kembali menduduki CEC itu dan ia bermakna tidak ada perubahan dalam struktor pemgimbang dalam isu penyertaan semua kaum seperti yang terkandung dalam perlembagaan parti itu. Hanya, jika kita semua mengiktiraf Zairil sebagai Melayu maka hanya seorang sahaja Melayu yang terpilih dalam barisan kepimpinan parti itu. Dalam usia hampir setengah dekad itu hanya 5 peratus sahaja penyertaan kaum Melayu dalam kepimpinan parti itu. Jika ini pun kita bersetuju untuk mengakui satu kejayaan DAP, maka berjayalah parti itu.