Ahad, 29 September 2013

PRU 14: Nasib UMNO Bergantung Kepada PAS

Oleh Khalid Samad

Semasa berhari-raya, adik saya telah bertemu dengan seorang pemimpin UMNO/BN. Dia bertanya kepada pemimpin itu, “macam mana PRU ke-14 yang akan datang ni?...” Adik saya agak terkejut apabila dijawab oleh pemimpin UMNO/BN berkenaan, “semuanya bergantung pada PAS, samada masih berada bersama PR atau tidak. Ada golongan muda, kopiah putih, yang ingin membawa PAS keluar dari PR...”

Saya kemudianya dimaklumkan tentang perkara ini dan berpendapat bahawa sebenarnya inilah satu-satunya harapan untuk UMNO/BN untuk survive di dalam PRU akan datang. PAS mesti dikelirukan, melalui pujian dan sentimen, sehingga keluar dari PR! Tiada yang lebih mudah dikelirukan sedemikian rupa selain yang muda (bukan Pemuda ya), yang bersemangat tetapi tidak berpengalaman, yang ada ilmu tetapi kurang kematangan serta hikmah dan yang gelojoh.

Istilah kopiah putih bagi saya dimaksudkan jenis ahli PAS yang lurus bendul; inginkankan kemurnian dalam erti-kata tidak mahu bersama dengan yang ‘kurang atau diragui kejernihan fahaman Islamnya’. Mereka golongan ‘puritans’ atau ‘bersih dan jernih’ yang mudah diperalatkan UMNO dengan dipersoalkan hubungan PAS dengan DAP atau PKR. Mereka tidak semestinya ustaz tetapi adalah golongan yang berfikiran ‘simplistik’ dan tidak menjiwai konsep “PAS for all” serta Tahalluf Siyaasi dengan PR.
Pandangan pemimpin UMNO tersebut bahawa nasib UMNO/BN semasa PRU ke 14 adalah bergantung kepada PAS tidak menghairankan. Populariti UMNO/BN semakin merosot dan tidak ramai lagi pengundi yang mempunyai ‘mentaliti zaman Jepun’. PR pula merupakan kerajaan gabungan atau pakatan yang mampu menggantikan BN.

Tiba-tiba dalam keadaan UMNO/BN begitu terdesak, ada terdengar pula ada yang ingin bawa PAS keluar PR?! Setelah PR mencapai kejayaan demi kejayaan! Setelah UMNO semakin tertekan dan PR, termasuk PAS, semakin kukuh. Pelik bin Ajaib.

Hadiah Amalan/Doa Kepada Si Mati..'Nak Baca Ayat Al Quran Ngaji Dulu!' - UAI

Salam Tahiyyat Akhir Putus-putus Membatalkan Solat? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Makan Guna Garfu/Sudu Perak - Ustaz Azhar Idrus

Maksud 'MAMPU' Dalam BERPOLIGAMI - Ustaz Azhar Idrus

Berhenti Solat Kerana Lupa Buka Kipas - Ustaz Azhar Idrus

Jika Pemimpin Menipu Rakyat - Ustaz Azhar Idrus

Kucing Jiran Berak Depan Rumah - Ustaz Azhar Idrus

Amalan Buruk Yang Menghilangkan Pahala - Ustaz Azhar Idrus

Darul Runtuh: Kontraktor, pembekal bertanggungjawab....kambing hitam dicari..!!!

Bumbung Masjid Kampung Tebauk di Terengganu runtuh
KUALA TERENGGANU - Pihak kontraktor dan pembekal bahan binaan harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembinaan semula bumbung dan siling Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal di sini yang runtuh hari ini.
  
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, Datuk Shafii Mohamad berkata, bagaimanapun pembinaan semula itu hanya boleh dilakukan selepas pihak forensik JKR menjalankan siasatan dan mengenal pasti punca kejadian.
  
Katanya, setiap masjid yang dibina biasanya mempunyai jaminan daripada pembekal untuk tempoh 10 tahun.
  
"Kita telah memanjangkan kes itu kepada JKR pusat di Kuala Lumpur untuk menghantar tenaga pakar bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden berkenaan.
  
"Kejadian runtuhan itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerja pembinaan dan pemasangan masjid bernilai RM5.7 juta itu mendapat kelulusan JKR dan mengikut prosedur ditetapkan," katanya pada sidang media khas mengenai runtuhan itu di sini hari ini.

Muktamar: Dato' Dr. Mahfodz Mohamed dicalonkan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat

GELANG PATAH - Perwakilan PAS Kawasan Gelang Patah  mencadangkan Dato' Dr. Mahfodz Mohamed dicalonkan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat disamping menyenaraikan tiga nama bagi mewakili PAS Negeri Johor untuk bertanding di jawatan AJK PAS Pusat. 
 
Tiga nama tersebut ialah YB Aminolhuda, Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad dan Mazlan Aliman.
 
Sementara itu, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah dipilih majoriti perwakilan PAS Kawasan Gelang Patah untuk dicalonkan di kerusi Timbalan Presiden PAS pada Muktamar Agung PAS akan datang.

Pemilihan beliau untuk jawatan Timbalan Presiden PAS tersebut dibuat setelah majoriti perwakilan memilih beliau mengenepikan dua lagi calon iaitu Tn. Hj. Salahuddin Ayub dan Datuk Paduka Husam Musa.

Kerugian Tanda Putra RM3.77 juta bazirkan wang rakyat

KUALA LUMPUR 29 SEPT: Tayangan Filem kontroversi Tanda Putra yang gagal menarik penonton hingga mengalami kerugian RM3.77 juta, menunjukkan satu lagi pembaziran wang rakyat, kata penulis, Hasmi Hashim.

“Filem ini filem yang amat malang kerana mengalami kerugian. Kalau dicalonkan sekali pun, saya percaya ia tidak akan merangkul apa-apa anugerah.

“Ini pembaziran yang jelas, duit rakyat digunakan untuk menerbitkan propaganda, dan ia tidak berjaya,” katanya yang juga penulis lirik terkenal lagu ‘Awan Nano’.

Menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), filem kontroversi itu berakhir di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan RM3.77 juta.

Filem yang diterbitkan dengan kos RM4.2  juta dari geran Finas itu hanya mencatat kutipan RM930,000 selepas 25 hari ditayang di pawagam.

DAP polls: Press conference in full

PAS sudah bersedia jumpa Umno

Oleh Subky Latif
Selalunya PAS seperti kata al-Marhum Ustaz Fadzil Noor tak bulo’ (bulur) untuk berurusan dengan Umno apabila anjuran Umno mencadangkan supaya kedua-dua parti politik orang Melayu bertemu atas apa-apa tujuan jua.


Dalam suasana demikian tidak putus-putus orang dari berbagai kedudukan bersuara marilah PAS bersama Umno.

Yang terakhir Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyidin Yassin dengan serba galak mengajak lagi PAS supaya bersemuka atau duduk semeja dengan Umno tanpa mempedulikan semboyan kencang PAS belakang ini untuk PAS ganti  Umno.

PAS menjelajah seluruh ceruk rantau mengumandangkan PAS ganti Umno dalam masa beberapa tahun ini. Dan PAS tidak main-main. Habis peluh dan air liur dari badan berkempen bagi mencapai PAS ganti Umno.

Seminggu selepas Muhyiddin mempelawa lagi, Presiden PAS Tok guru Haji Abdul Hadi Awang menjawab, ‘Ya PAS bersedia untuk bertemu Umno.

Jika ajak-ajak Muhyiddin itu tidak pernah ditakwil motif dan muslihatnya, maka jawapan Tok guru itu juga tidak perlu ditakwil niat dan politiknya.

Maka semuanya sekarang laksana bola berada di kaki Muhyidin. Tidak usah repot lagi. Mari berjumpa saja. Empat mata tak elok. Walaupun yang  ketiga selain mereka berdua adalah Allah, tetapi Islam mengajar supaya ada saksi. Tak usah ditanyalah mengapa Allah menghendaki ada saksi.

Penghargaan pimpinan PAS kepada Ustaz Azizan

"USTAZ  Azizan dikatakan karektornya tegas, tapi dia mudah mesra dan suka berjenaka. Dalam berkawan dia sorang yang sentiasa diminati, kalau dia bergurau sampai kita pun tak tahan ....




Dia   suka berhujah,  sama ada dalam mesyuarat mahupun di luar. Walaupun dia belajar lama di Mesir dan England, tapi dia suka bercakap menggunakan bahasa mantik yang tinggi, selain menggunakan bahasa orang-orang lama dengan memberikan tamsilan tertentu."
TIMBALAN PRESIDEN PAS, MOHAMAD SABU

"Beliau  seorang pemimpin besar parti yang banyak berjasa dan sukar dicari ganti. Secara peribadi, beliau sebagai seorang kawan dan saya ucapkan simpati kepada keluarga beliau, agar  tabah menghadapi situasi ini."
SETIAUSAHA AGUNG PAS, DATO' MUSTAFA ALI 

"Dewan Pemuda PAS Kedah menganggap Ustaz Azizan seorang pemimpin, guru dan bapa bagi kami. Dia sudah buktikan kepimpinannya yang cukup hebat. Banyak yang kami belajar daripadanya, khususnya   sudut ilmu agama dan kepimpinan. Hubungan Ustaz dengan pemuda juga macam anak dengan ayah."
KETUA PEMUDA PAS KEDAH, USTAZ AHMAD YAHAYA

"Kehilangan yang amat besar bagi saya, sebagai kawan baik sejak  Maktab Mahmud lagi sehingga akhir hayatnya  dan kehilangan seorang pimpinan parti. Kita berharap patah tumbuh hilang berganti."
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KOLEJ ISLAM DARUL ULUM  (KIDU), USTAZ ZAWAWI AHMAD 

"Bagi pihak PAS Selangor dan Kerajaan Negeri, saya  mengucapkan takziah kepada keluarganya. Pemergian Ustaz Azizan satu kehilangan besar. Bakti dan pengorbanan besar semasa hayatnya dalam gerakan Islam moga-moga mendapat keampunan serta bertemu Allah sebagai seorang pejuang dan ditempatkan bersama para syuhada."
EXCO KERAJAAN SELANGOR, USTAZ SALEHIN MUKHYI

"Walau dalam sidang Dun baru-baru ini dia tak dapat  masuk dewan, tapi beliau tetap diingati kerana mempunyai gaya tersendiri. Ustaz Fadzil Noor dulu ada gaya  tersendiri sebagai ketua pembangkang. Ustaz Azizan pun ada cara dia sendiri dalam dewan sebagai ketua pembangkang dan juga sebagai MB melalui cara beliau berhujah sebagai pembangkang dan cara dia bagi penerangan sebagai ketua kerajaan."
KETUA PEMBANGKANG DUN KEDAH, DATO' IR AMIRUDDIN HAMZAH

"Penghargaan khusus untuk keluarga Almarhum yang memberi ‘pinjam’ kepada kami ketika Almarhum sihat dan kuat. Namun, memulangkan kembali beliau dalam keadaan lemah dan sakit. Sesungguhnya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian."
SETIAUSAHA PERHUBUNGAN PAS KEDAH, USTAZ MUSOODAK AHMAD

"Seorang yang teliti dalam pentadbiran dan membuat keputusan. Beliau seorang  pemimpin yang amat menghargai dan prihatin dengan program Muslimat. Ustaz juga seorang yang penyayang, sering memberikan bimbingan dan kefahaman."
KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS KEDAH, DATO' USTAZAH SITI ASHAH GHAZALI

"Usah berkeras dengan Ustaz, kalau tak kuat hujah ..."

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
 
SELEPAS dua tahun Pakatan Rakyat mentadbir Kedah, Perhubungan PAS Kedah agak curiga dengan sokongan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Ustaz Azizan Abdul Razak. 
Sebuah jawatankuasa,  diketuai Dato' Dr Isa Ismail (Speaker Dun ketika itu) ditugaskan untuk membuat kaji selidik secara profesional berhubung sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri serta isu-isu semasa yang berbangkit di Kedah. 



Secara terus terang, kajian tersebut dibuat antaranya sebab terdapat dakwaan kononnya gaya pentadbiran Ustaz Azizan tidak disenangi rakyat. Antara yang banyak membuat kritikan adalah segelintir ahli PAS sendiri.

Namun hasil kaji selidik tersebut agak menyenangkan kerana lebih 55 peratus rakyat Kedah ketika itu masih menaruh kepercayaan terhadap kerajaan Pakatan. 
Apa yang mengejutkan dalam pembentangan yang dibuat oleh Dr Isa ialah, sokongan dan kepercayaan terhadap Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar adalah lebih tinggi daripada kepercayaan terhadap Pakatan Rakyat itu sendiri. Dakwaan kononnya Ustaz Azizan ditolak atau lebih keterlaluan lagi, 'jadi liabiliti' terhadap Pakatan adalah tidak benar dan dinafikan oleh rakyat jelata.

Ustaz Azizan yang saya kenali secara peribadi sejak 27 tahun lalu, sangat istimewa orangnya. Beliau nampak keras tapi cepat mesra, nampak tegas tapi tidak berdendam, nampak perungus tapi kelakar. Pokoknya beliau disukai orang ramai. Jika tidak, masakan boleh bertahan sebagai wakil rakyat sehingga masuk penggal kelima. Hanya orang yang disukai ramai orang mampu berbuat demikian.

Sebaik menjejakkan kaki ke Wisma Darul Aman sebagai Menteri Besar, banyak juga mata yang curiga. maksudnya curiga dengan 'imej PAS' yang dibawanya, maklumlah separuh abad mereka sudah terbiasa dengan pentadbiran Umno. 

SYARIKAT YANG DI HADAPKAN KE MAHKAMAH DENGAN 926 PERTUDUHAN DIRASMIKAN SENDIRI OLEH TUN MAHATHIR!!


Dua hari lepas 6 pengarah Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan 926 ( sembilan ratus dan dua puluh enam ) pertuduhan dibawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, Akta Pencegahan Wang Haram 2001 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Mereka adalah bekas pengarah syarikat itu Datuk Philip Lim Jit Meng dan Datuk Tan Liang Keat, pengurus besar syarikat Lim Kah Heng serta penasihat perniagaan, Datuk Ng Poh Weng, Datuk Marcus Yee Yuean Seng dan Datuk Chin Wai Leong.

Pas yakin mampu pertahan Dun Sungai Limau

Muhamad Yusof Husin 
ALOR SETAR - Pas yakin mampu mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau pada pilihan raya kecil (PRK) berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lalu.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kedah, Senator Datuk Muhamad Yusof Husin berkata, Dun Sungai Limau adalah kubu kuat Pas selepas Allahyarham Azizan berjaya mengekalkannya selama lima penggal berturut-turut.

“Ini maruah kita. Lima penggal Pas mengekalkan kuasa di bawah pimpinan Azizan. Kita akan cuba pertahankan kemenangan itu pada PRK nanti,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, Pas akan menggerakkan jentera agar supaya bekerja lebih keras bagi mempertahankan kerusi itu.

Rakyat Kelantan akan milik lebuh raya 2018?

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah (foto) memaklumkan lebuh raya Kelantan sepanjang 78km dari Machang ke Kuala Krai akan mulai dibina pada tahun 2014 dan akan siap dalam masa tempoh tiga tahun.

InsyaAllah pada tahun 2018 lebuh raya berkenaan yang merupakan projek sosial ekonomi yang sangat-sangat diperlukan oleh rakyat Kelantan akan menjadi kenyataan. Nik Amar menyatakan demikian semasa merasmi mesyuarat Pas kawasan Kuala Kerau, Pahang.

Menurut Nik Amar projek itu sepatutnya dilaksankan oleh kerajaan Persekutuan. Pembinaan lebuh rakyat itu telah diluluskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri tahun 2011 dan upacara pecah tanah telah dilakukan oleh Nik Aziz ketika menjadi MB pada tahun 2012.

Penjelasan Nik Amar itu selari dengan apa dijelaskan oleh Husam Musa bahawa projek berkenaan memang dalam pengetahuan Exco. Sebelum ini ada suara-suara sumbang mengatakan pembinaan lebuh raya berkenaan tidak dibincang didalam mesyuarat Exco atau dewan harian Pas dan ia hanya pandai-pandai bekas Exco Kewangan, Perkhidmatan Awam dan Perancangan Pembangunan Ekonomi, Husam Musa sahaja.

Husam sebelum ini dalam menafikan dakwaan kononnya projek itu atas pandai-pandainya sendiri, menjelaskan sebanyak tiga kali Nik Aziz ketika itu menjadi MB meminta beliau berfikir untuk melaksanakan projek berkenaan. Mulanya beliau hanya mendiamkan diri saja tetapi setelah tiga kali Nik Aziz merungut akhirnya beliau mula memulakan rancangan membina lebuh raya berkenaan dari menyiapkan kertas, kajian dan juga dibentang kepada mesyuarat Exco.

Umno is “paper tiger” out to demonise opposition, says Guan Eng


Lim (2nd from left) waits in line to cast his ballot at the DAP special congress today. – The Malaysian Insider pic by Najjua Zulkefli, September 29, 2013.Lim (2nd from left) waits in line to cast his ballot at the DAP special congress today. – The Malaysian Insider pic by Najjua Zulkefli, September 29, 2013.DAP secretary-general Lim Guan Eng today likened Umno to a "paper tiger" and accused the party of demonising the opposition because it was threatened by the people's growing support of Pakatan Rakyat.
Lim referred to what he called the "4M" model – mass media, government machinery, money and former prime minister Dr Mahathir Mohamad's politics of racial and religious extremism – saying Barisan Nasional (BN) resorted to lies to hide their corruption, cronyism and abuse of power.
"If they cannot use money to buy you, they will use threats and violence. If that does not work, then they will use hate to define us and rely on the fear of the minority races and DAP as objects of hatred," Lim said in his speech at the DAP special congress in Petaling Jaya today.
The meeting is to hold fresh polls to elect members to its central executive committee as instructed by the Registrar of Societies, after several disgruntled members claimed that the election in December last year was not properly conducted.
Referring to Umno-owned daily Utusan Malaysia, Lim called it "a paper full of lies" and having "no shame".

Karpal takkan undur selagi PR gagal jadi kerajaan pusat

Karpal Singh 
KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan beliau tidak akan berundur dari politik selagi Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan Pusat.
  
Pemimpin veteran DAP itu tidak menolak kemungkinan yang beliau akan terus kekal menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.
  
"Saya tidak akan undur dan bersara dalam waktu terdekat. Memang hasrat saya untuk menyerahkan kepimpinan kepada generasi muda. Kita semakin tua dan orang (pemimpin) tua perlu bersara satu hari nanti.
  
"Saya akan bersara dalam masa munasabah. Munasabah bermaksud lepas apa yang kami mimpikan iaitu untuk jadi kerajaan Persekutuan menjadi kenyataan. Lepas itu baru bagi kepada orang muda," katanya pada sidang media di Kongres Khas DAP di sini, hari ini.
  
Terdahulu dalam ucapan aluannya, Karpal, 73, berkata, beliau dan kepimpinan generasi lama dalam parti itu termasuk penasihat DAP, Lim Kit Siang, 72, perlu berundur bagi memberi laluan kepada generasi muda untuk menerajui parti itu.

MALAYSIA OR 'MALANG-SIA': Black market booms, vice, criminals never had it so good

Toots (the nickname of a Myanmar migrant worker) sits behind the cashier’s counter at a cybercafé in Taman Kosas, Ampang. Only this is no ordinary cybercafé. It is a playground for many people of all walks of life to gamble illegally on the Internet.
MALAYSIA OR 'MALANG-SIA': Black market booms, vice, criminals never had it so goodDuring the weekdays, Toots revealed that his cybercafé casino rakes in around RM60,000 to RM80,000 a day and on weekends between RM100,000 to RM120,000 a day. The owner of the premises is reputed to be a member of a gangland triad operating a number of cyber cafe casinos in the Klang Valley.
Not only through activities such as these but through money-laundering, illegal deposit taking and a range of scams, the Malaysian black market economy is thriving and a guesstimate puts the worth of the economy as running into multi-billions of ringgit.
This is a crying shame and a great monetary loss to the people and government of Malaysia besides perpetuating crime on a wide scale for which enforcement is lacking as there is evidence of links between Barisan Nasional (BN) politicians and personnel of law enforcement agencies with these criminals.
The underworld vice-kingpins have never had it as good as now as they are having a whale of a time propagating their vices such as drugs, prostitution and illegal gambling. They are able to do all this despite the high profile focus on combating vices by law enforcement agencies that are of no or little effect.
The reason is due to the fact that certain Police DiRaja Malaysia officers and other government authorities are supposedly on the payroll of these triads and gangsters. This is why Malaysia’s push to eradicate crime is not only seen as feeble but causing the black market economy to thrive.
Why the black market is thriving?
From the sale of illegal DVDs to imitation clothing and accessories of branded items to the widespread availability of contraband, Malaysia’s black market is thriving and depriving the government of much needed revenue which can otherwise be used to develop the standard of living of people.
While education awareness programs on the black market economy is lacking, worse still, most Malaysians consider the black market trading as the same as the legal economy, and therefore have no qualms about participating in the buying and selling of goods and services illegally.

Umno Ada Polis Sendiri: Polis kawal 4 juta kertas undi pemilihan ..!!!


 
Pemilihan Umno 2013 bulan depan menyaksikan lebih empat juta kertas undi dikeluarkan bagi pemilihan jawatan utama Majlis Tertinggi parti melibatkan Timbalan Pengerusi Tetap, tiga Naib Presiden dan 25 anggota MT.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusof berkata kertas undi berkenaan akan diasingkan mengikut jumlah perwakilan bahagian dan dihantar dengan bantuan kawalan Polis Diraja Malaysia ke tempat pemilihan.

"Seterusnya kertas undi itu akan disimpan di Ibu Pejabat Polis Daerah di bahagian masing-masing dan kemudiannya diedarkan untuk pemilihan, jangan risau tentang ketirisan kertas undi," katanya berucap pada sesi post-mortem Simulasi Pemilihan Umno 2013 di Institut Latihan Memperkasa Umno (ILMU) di Janda Baik di Bentong, hari ini.

Beliau berkata kertas undi berlainan warna bagi setiap jawatan itu mempunyai 18 ciri keselamatan dan dilengkapi ciri keselamatan sinaran lampau ungu yang boleh mengesan kertas undi palsu.

Keseluruhannya, kira-kira 14.6 juta kertas undi akan dikeluarkan berdasarkan jumlah perwakilan dan jawatan yang dipertandingkan pada peringkat pusat dan ketiga-tiga sayap serta bahagian di seluruh Semenanjung dan Sabah.

Selain itu, Umno juga menyediakan 2,000 unit mesin pengira kertas undi untuk diagihkan ke setiap bahagian dan 100 peti undi di setiap bahagian, selain 320 bakul untuk proses mengira undi.

Darul Runtuh: Ahmad Said gesa SPRM siasat bumbung masjid runtuh

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebarang unsur rasuah melibatkan proses pembinaan masjid yang runtuh di Kampung Tebauk, Bukit Tunggal di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau berkata pihak kontraktor dan pembekal bahan binaan harus disiasat untuk mengesan sebarang penyelewengan dan sama ada pembinaan mengikut spesifikasi pihak berwajib.

"Insiden masjid runtuh hari ini harus diambil perhatian oleh pihak JKR (Jabatan Kerja Raya). Ada yang tidak betul. Saya minta SPRM menyiasat sepenuhnya kes ini," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dengan Mardi di sini.

Keputusan pemilihan CEC DAP status quo, Zairil peroleh majoriti lebih besar


Keputusan pemilihan CEC DAP kekal status quo. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 29 September, 2013.Keputusan pemilihan CEC DAP kekal status quo. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 29 September, 2013.Pemimpin yang sama juga dipilih dalam Pemilihan Semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP seperti diarahkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mendapat undi majoriti lebih besar membuktikan DAP bukanlah satu parti anti-Melayu.
Beliau merupakan satu-satunya calon Melayu dipilih menganggotai 20 keahlian CEC.
Zairil Khir mendapat undi 1,132 undi mendapat tempat ke-12 berbanding pemilihan Disember lalu yang hanya mendapat 803 undi.
Isu yang berkisar kepada pemimpin berusia 31 tahun itu menarik perhatian perwakilan apabila berlaku masalah teknikal apabila beliau dipilih mengaanggotai CEC.
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong masih mendapat undi tertinggi dengan 1,434 diikuti pemimpin veteran Lim Kit Siang dengan 1,436 dan Karpal Singh (1,432).
Anak Karpal, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo masih mendapat undi keempat tertinggi dengan 1,409 undi sementara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengekori rapat dengan 1,304 undi.

Pemilihan Semula: 20 anggota CEC DAP kekal dalam j'kuasa




 
Kesemua 20 anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dipilih dalam pertandingan pada Disember lalu mengekalkan keanggotaan dalam jawatankuasa tersebut dalam pemilihan semula hari ini.

MP Kluang Liew Chin Tong memperolehi undi paling banyak dengan 1,438 undi.Satu-satunya anggota CEC Melayu, Zairil Khir Johari memperbaiki kedudukannya ke tempat ke-12 dengan 1,132 undi.

Zairil sebelum ini menduduki tempat ke-20 dengan hanya 803 undi sementara Liew Chin Tong sebelum ini menduduki tempat ke-14 dengan 984 undi.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula hanya berjaya menjadi calon kelima paling popular dengan 1,304 undi walaupun tahun lalu memperolehi undi kedua tertinggi.

Lim ketika ditanya pemberita selepas pengumuman keputusan tersebut malam ini berkata beliau berpuas hati dengan prestasinya.

"Saya berpuas hati. Jumlah undi (saya) berkurangan mungkin kerana jumlah perwakilan yang datang mengundi juga kurang," katanya.
Pemilihan hari ini yang berlangsung menerusi Kongres Khas DAP diadakan susulan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang menolak keputusan pemilihan Disember 2012.

Seramai 1,731 dari keseluruhan 2,576 perwakilan yang layak mengundi hadir ke Kongres Khas tersebut di Petaling Jaya.

Demokrasi Ala UMNO: Kod Etika Pemilihan Hanya Menguntungkan Pemegang Jawatan Kerajaan

Pemilihan UMNO kali ini bukan saja menyaksikan perubahan dari segi penyertaan mereka yang diberi hak memilih tetapi juga beberapa peraturan baru berkaitan pertandingan turut diperkenalkan. Antara yang menjadi perbahasan hangat ialah mengenai peraturan kempen dan ruang untuk berjumpa dengan perwakilan.

Tidak seperti sebelum ini, dalam pemilihan kali ini mereka yang bertanding di peringkat pusat hanya dibenarkan berjumpa dengan perwakilan dalam program yang akan diaturkan oleh Badan Perhubungan Negeri saja. Menurut laporan, majlis seumpama itu akan disusun selepas 7 Oktober depan iaitu selepas senarai calon-calon yang disahkan bertanding dikeluarkan.

Semua calon khabarnya akan diberitahu tarikh dan masa majlis-majlis yang akan diiadakan itu dan hanya disitulah mereka boleh berjumpa dan beramah mesra dengan perwakilan dari setiap negeri. Kempen secara persendirian atau menemui perwakilan secara sembunyi-sembunyi tidak lagi dibenarkan dan jika didapati berbuat demikian, boleh dibatalkan penyertaan calon yang berbuat demikian.

Timbul persoalan, dengan jumlah perwakilan seluruh Malaysia mencecah 150 ribu dan di setiap negeri pula angkanya juga melibatkan belasan ribu orang, bagaimanakah calon-calon yang bertanding dapat memperkenalkan diri masing-masing dan menambat hati perwakilan?

Jika dalam setiap majlis itu diminta semua calon berucap dan memperkenalkan diri, di mana dilaporkan seramai 260 calon bertanding di peringkat MT, Wanita, Pemuda dan Puteri, majlis memperkenalkan calon itu barangkali perlu memakan masa yang panjang dan membosankan para perwakilan.

Kalau pun majlis itu diasingkan antara MT, Wanita, Pemuda dan Puteri dan diadakan pula mengikut zon atau daerah, jumlah calon yang perlu hadir dan memperkenalkan diri ialah antara 60 hingga 70 orang. Dengan ini, majlis itu tetap memerlukan tempoh masa yang lama jika semua calon diminta berucap dan memperkenalkan diri.

Tetapi sekiranya majlis itu sekadar majlis keramaian yang disertai dengan makan-makan misalnya dan semua calon mempunyai kebebasan memperkenalkan diri dan menemui perwakilan, keberkesanannya pula yang menjadi pertikaian. Cukupkah dalam majlis seumpama itu untuk seseorang calon memperkenalkan diri, menerangkan visi perjuangan dan sebagainya kepada para perwakilan dan berapa berapa ramai pula perwakilan yang boleh ditemui?

Himpunan Hijau finally hits a million against Lynas

DAP nafi pinggirkan Melayu, bidas Umno dan Utusan

Guan Eng : DEB Cara BN Rompak Rakyat

DAP tak rasis atau autokratik, kata pemimpin Melayu

Pemilihan semula CEC: DAP sedia perang ROS di mahkamah

Karpal : Jangan Main Main Dengan Roket

Ada Berani...!!! ROS juga perlu siasat pemilihan Umno

ROS juga perlu siasat pemilihan Umno  
Asmidy (kiri) bersama Jasmin, Dr Md Rozi dan Rahim pada sidang media
SEBERANG JAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) perlu menyiasat pemilihan jawatan dalam Umno yang akan berlangsung bulan depan kerana ada prosesnya yang tidak telus.

Ahli Umno Tasek Gelugor yang dibatalkan pencalonan untuk jawatan ahli jawatankuasa bahagian, Asmidy Mohamad berkata, langkah itu perlu bagi memastikan pemilihannya mengikut perlembagaan parti dan tiada ahli yang diketepikan hak.

Beliau berkata, tiada sebab ahli yang digantung hak keahlian tidak dibenarkan atau hilang kelayakan untuk bertanding kerana perlembagaan parti membenarkannya. 

"Lembaga disiplin Umno adalah pihak yang berkuasa menyiasat kes atau kesalahan dalam pemilihan parti. Tetapi kenapa surat penggantungan ditandatangani oleh setiausaha agung," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Jasmin Mohamed yang dibatalkan pencalonan untuk ketua bahagian, Dr Md Rozi Yusof (timbalan ketua bahagian), Salmah Ahmad (naib ketua wanita Umno), Rahim Che Noor (ahli jawatankuasa bahagian) dan Mahamad Tahir Yusof (pengerusi tetap bahagian).

CEC: Calon bertanding harap dapat tepis dakwaan

cec dap
PETALING JAYA - Pemilihan khas Jawatankuasa Pusat Eksekutif (CEC) DAP yang berlangsung hari ini menyaksikan beberapa bekas pemimpin kerajaan negeri turut bertanding bagi merebut dan mempertahankan jawatan pada kongres tahun lalu.

Bekas Speaker Dun Perak, V.Sivakumar yang ditemui Sinar Harian Online hari ini meletakkan harapan tinggi kepada pemilihan kali ini dalam memulihkan semula keyakinan ahli DAP selepas tercalar pada kongres tahun lalu.

Katanya, dengan melibatkan pemerhati khusus pemantauan ketat daripada syarikat audit antarabangsa, Sivakumar yakin dapat menangkis dakwaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang sebelum ini tidak mengiktiraf barisan kepimpinan parti itu.

"Saya berharap kali ini pengiraan dibuat dengan betul, tiada sebarang kemusykilan dan keraguan sebelum keputusan diumumkan hari ini.

"Saya yakin ahli dapat memilih calon yang layak bekerja bukan sahaja kepada parti bahkan masyarakat, pilih orang yang betul," katanya.

'Mukhriz jadi MB pendendam' - Teresa

MP Seputah Teresa Kok berata Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir menunjukkan tanda-tanda seorang menteri besar yang pendendam dan ingin menghukum golongan Cina kerana tidak mengundi BN.

Kok dalam kenyataan medianya hari ini menyebut, Mukhriz menunjukkan sikap tidak wajar apabila menyatakaan bahawa beliau tidak akan melayani permintaan dari sekolah Cina di Kedah.

"Mukhriz perlu menerima bahawa pengundi berhak untuk memilih siapa yang mereka mahu sokong dan beliau perlu sedar bahawa pengundi Cina juga merupakan pembayar cukai.

"Maka diskriminasi ke atas masyarakat Cina dan sekolah Cina adalah amat tidak adil, tidak demokratik dan tidak boleh diterima," katanya.

Calon naib presiden Umno itu pada 24 September memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa pentadbirannya akan menunpukan pada sekolah kebangsaan kerana beliau tidak dapat mengabaikan golongan yang memilih BN di Kedah.

DAP tidak mahu jadi klon MCA, Gerakan - Guan Eng


PETALING JAYA: DAP bercita-cita untuk menjadi sebuah parti bagi seluruh rakyat Malaysia dan tidak mahu menjadi klon MCA, Gerakan apatah lagi Umno BN, demikian menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dalam ucapannya di Kongres Khas Kebangsaan DAP 2013, Guan Eng berkata, kemerosotan Umno BN dalam PRU13 lalu adalah petanda jelas bahawa politik berasaskan kaum tidak ada masa depan di Malaysia.

"Kami ingin bersuara bagi pihak semua kaum termasuk Iban dari Sarawak dan Kadazan dari Sabah.

"Kita telah membuktikan di Pulau Pinang dan Selangor bahawa Pakatan Rakyat boleh memelihara orang Cina lebih baik daripada MCA, menjaga orang Melayu lebih baik daripada UMNO, membantu orang India lebih baik daripada MIC," katanya.

Beliau turut mengajak ahli DAP bersatu padu dan buktikan bahawa mereka dapat lakukan yang lebih baik daripada BN untuk kesemua rakyat Malaysia.

"Tidak kira siapa, yang penting kita adalah rakyat Malaysia. Hidup rakyat! Hidup Malaysia!," katanya mendapat tepukan gemuruh para perwakilan yang memenuhi dewan sebuah hotel di sini hari ini.

Lebuh Raya Rakyat dibina tahun depan - Mohd Amar


TEMERLOH: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Rakyat akan bermula awal tahun 2014 dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Katanya, projek sepanjang 73 kilometer itu akan dibuat dalam dua fasa di mana Kerajaan Negeri Kelantan melalui sebuah syarikat yang beroperasi di Dubai akan membinanya dari Machang ke Kuala Krai dengan anggaran kos sebanyak RM669 juta.


(Gambar: Mohd Amar melancarkan montaj Gerak Kerja PAS Kuala Krau.)


Manakala Kerajaan Persekutuan pula telah bersetuju untuk membina lebuh raya yang sama dari Kota Bharu ke Machang melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

“Menjadi harapan Kerajaan Negeri Kelantan dengan siapnya lebuh raya ini dapat menyelesaikan masalah kesesakan melampau yang sudah bertahun-tahun,” katanya yang juga AJK PAS Pusat kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau di Darul Hikmah, Kerdau di sini semalam.

Rakyat S’wak sokong kenaikan harga minyak?

Lebih banyak aktiviti akan dianjurkan untuk menghantar mesej ini kepada kerajaan.

KUCHING: Protes kenaikan harga minyak di bandaraya Kuching tetap diteruskan walaupun kurang mendapat sambutan daripada orang ramai.
Walaupun kecil bilangannya, mesej yang disampaikan oleh 30 orang yang berarak di bawah panas terik di pusat bandar adalah penting dan jelas – penduduk luar bandar terjejas teruk oleh kenaikan harga bahan api baru-baru ini.
Perarakan yang singkat dari pusat membeli-belah ke Padang Merdeka, adalah aktiviti pertama yang dirancang mereka untuk menggesa kerajaan untuk menurunkan harga minyak, kata penganjur.
“Kami akan menganjurkan lebih banyak aktiviti untuk memanggil lebih ramai orang tampil ke hadapan untuk menghantar mesej ini kepada kerajaan.
“Kami menggesa kerajaan untuk mengurangkan subsidi yang besar kepada industri besar dan tidak subsidi kecil untuk orang biasa,” kata Abib Ismadi daripada Teori Timur.

Pemilihan CEC elak 'niat jahat' ROS - LGE

Lim Guan Eng 
PETALING JAYA -Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, pelaksanaan pemilihan semula jawatankuasa kerja pusat (CEC) pada hari ini adalah bagi mengelakkan daripada "niat jahat" Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan pendaftaran parti itu.

Guan Eng turut mendakwa, ancaman itu didalangi BN yang menyalahgunakan ROS bagi kepentingan parti perikatan itu untuk menewaskan DAP pada PRU14 akan datang.

"BN hilang akal hendak lawan DAP dan tidak boleh tewaskan DAP lagi. Mereka menyalahgunakan ROS dan main kotor untuk hapuskan DAP dengan mengeksploitasi kejujuran DAP.

"Kita memang akui ada kesilapan lalu, kita pun sudah umumkan kepada satu dunia untuk betulkan kesilapan itu, tetapi BN sendiri tidak mengaku buat silap, mereka tutup kesilapan sendiri sampai habis," dakwanya pada ucaptama pemilihan khas CEC DAP, di Hotel One World, di sini, hari ini.

Pada 18 April lalu, ROS telah menghantar surat kepada DAP memaklumkan bahawa badan itu tidak mengiktiraf pucuk pimpinan CEC DAP yang dipilih pada 12 Disember lalu.

Susulan daripada itu, ROS juga telah mengarahkan DAP pada 31 Julai lalu untuk mengadakan pemilihan semula parti itu yang dilanda kontroversi sejak hujung tahun lepas.

SPR harus terima teguran, bukan sebelahi Umno BN

SPR vs Tribunal rakyat
SHAH ALAM 29 SEPT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu sedia menerima teguran semua pihak termasuk Tribunal Rakyat demi memelihara kepentingan rakyat.
Keengganan SPR membantu siasatan Tribunal Rakyat hanya membayangkan agensi itu mengambil pendirian yang menguntungkan Umno BN sahaja.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, berkata SPR sepatutnya berani dan bertanggungjawab terhadap setiap teguran.
“Tribunal Rakyat mengesahkan isu yang dibangkitkan PKR dan Pakatan Rakyat sebelum ini betapa ada banyak penipuan sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

"Termakan Sumpah" Terengganu Darul Runtuh

KUALA TERENGGANU: Kerajaan BN Terengganu diibaratkan 'termakan sumpah' apabila satu demi satu binaan bangunan termasuk masjid runtuh.

Hal ini berlaku, selepas Masjid Bujal yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal di Kemaman dirobohkan oleh kerajaan BN ketika itu diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh pada 26 Mei 2005 lalu.

Selepas itu, pelbagai kejadian bangunan runtuh dan tumbang seperti dewan komputer, dewan sekolah, stesen bas, menara telekomunikasi, masjid serta bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Gong Badak yang berharga hampir RM300 juta.

Hari ini, sebuah lagi struktur bumbung anjung Masjid Kampung Tebauk Bukit Tunggal, runtuh selepas Masjid Kampung Baru Kertih di Kemaman dan Masjid Binjai Kertas Kuala Berang di Hulu Terengganu pada 20 Mei lalu.

Harakahdaily dimaklumkan, kejadian anjung masjid itu runtuh berlaku kira-kira jam 4.00 pagi tadi serta disedari oleh penduduk di Taman Perumahan Kampung Tebauk setelah terdengar bunyi yang kuat.

Seorang bilal masjid, Jaafar Ismail berkata masjid tersebut baru digunakan hampir dua tahun iaitu pada akhir tahun 2011.

"Saya sedar anjung masjid ini runtuh ketika datang untuk bertugas waktu subuh pagi tadi sekitar jam 5.00 pagi dan melihat lampu yang biasa dipasang di masjid terpadam.

"Saya diberitahu oleh penduduk berhampiran masjid bahawa kejadian runtuh ini berlaku kira-kira jam 4.00 pagi. Ini amat mendukacitakan tetapi bersyukur kerana tidak berlaku kemalangan jiwa," jelasnya ketika ditemui di masjid tersebut.

Berikut dilampirkan senarai binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008:

1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh: 12 April 2008
Harga: RM2 juta

2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
Tarikh: 2 Jun 2008
Harga: RM292 juta
Punca: “Semua buat silap” – Ahmad Said

3. Kolam Renang Batu Burok bocor
Tarikh: 5 Jun 2008
Harga:  RM18 juta

4. Siling bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tanggal
Tarikh: 29 Jun 2008
Harga: (terminal ) RM123 juta

5.  Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh: 15 Mac 2009

6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – tumbang.
Tarikh:  6 Ogos 2009
Harga: RM15 juta

7.  Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh: 3 Oktober 2009
Harga: RM2.1 juta

8.  Bumbung kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : sekitar RM700,000  (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Punca : Tiada pemantauan semasa

9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh: 29 Mac 2010

10. Pondok rehat di kawasan lanskap Pasar Besar Kedai Payang
Tarikh: 9 Januari 2011
Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina.

10. Astaka dalam pembinaan di Besut
Tarikh: 21 Jun 2012

11. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang
Tarikh: 19 Julai 2012

12.Tangki air Sekolah Menengah Paka
Tarikh: 24 Julai 2012

13. Sengkuap bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai
Tarikh: 30 Disember 2012

14. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih
Tarikh: 20 Februari 2013

14. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang
Tarikh: 20 Mei, 2013
Harga: RM1.4 juta

Lain-lain senarai binaan yang rosak adalah:

1. Binjai Souq
2. Bazaar Warisan
2. Masjid Kristal (22 November 2008)
3. Masjid Kampung Lingai (4 November 2009 - harga RM3 juta)
4. Taman Tamadun Islam – stor dewan runtuh pada Julai 2010
5. Masjid An Naim, Dungun
6. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat, siap dibina pada 2010, harga RM19 juta. Di Parlimen Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi mengesahkan, sebanyak RM15 juta diperlukan untuk membaik pulihnya.
7. Masjid al-Redha, Kampung Manir, seluruh binaan mendap, harga RM1.2 juta
7. Pasar baru Kedai Buluh
8. Pasar baru Manir
9.  Dewan serbaguna dan masjid di Ketengah
10. Taman Panorama Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu

PCA: Karpal kata kenyataan Zahid 'tak masuk akal'




 
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan "tidak masuk akal" kerana menafikan bahawa cadangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) mengandungi peruntukan bagi penahanan tanpa bicara. Katanya, kenyataan itu juga "memalukan diri sendiri" kerana Ahmad Zahid menurutnya tidak memahami undang-undang yang dicadangkan itu.
"Dia tak faham, tidak tahu (apa yang dituturkannya sendiri) dan dia perlu dapatkan nasihat undang-undang sebelum bercakap.
"Ia cuma akan memalukan dirinya sendiri," katanya dalam sidang media selepas berucap di kongres khas DAP hari ini.
Menurut Karpal, individu yang ditahan mengikut undang-undang berkenaan tidak boleh mencabar pendakwaan ke atas mereka kerana semakan kehakiman terhadap penahanan hanya terhad kepada perkara yang bersifat prosedur semata-mata.

"Tiada semakan kehakiman yang meliputi habeas corpus dan arahan lembaga hanya boleh dicabar atas dasar prosedur, dan bukannya atas dasar substantif.

"Ini tidak masuk akal kerana yang pentingnya bukan prosedur tetapi substantif," katanya pada sidang media selepas kongres khas DAP tengah hari tadi.

PKR dakwa Zahid tipu mengenai pindaan PCA...?


PKR mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berbohong mengenai pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) baru-baru ini kerana akta itu sebenarnya mempunyai persamaan dengan akta kejam lain yang dimansuhkan sebelum ini.
Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata kenyataan Ahmad Zahid bahawa akta yang dipinda itu "tidak mempunyai tahanan tanpa bicara" tidak benar sebaliknya rang undang-undang yang dikemukakan secara jelas memberi isyarat pindaan tersebut bertujuan mengembalikan penahanan tanpa bicara seperti Akta Ordinan Darurat 1969 (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).
"Kenyataan Zahid sama sekali pembohongan yang jelas bertentangan dengan penjelasan dalam pindaan rang itu sendiri.
"Adakah Menteri Dalam Negeri tidak membaca rang itu? Atau dia cuba sekali lagi menipu kepada orang ramai?" kata Ahli Parlimen Padang Serai itu dalam satu kenyataan hari ini.
Surendran berkata, kenyataan Zahid mengenai tahanan boleh menyemak penahanan adalah perkara tidak munasabah.
"Klausa 15A secara jelas mengenepikan semakan kehakiman selain keperluan prosedur.
"Ini bermakna tiada tahanan yang boleh mencabar asas penahanan tersebut, sama seperti EO dan ISA," kata peguam hak asasi manusia itu lagi.
Katanya, pindaan itu tidak praktikal dan masih berat sebelah kerana pelantikan masih lagi di bawah kuasa oleh menteri dan bukannya Lembaga.
"Ahli Lembaga dilantik oleh Agong atas nasihat menteri. Ini tidak praktikal sama sekali.
"Ini bermakna ahli-ahli Lembaga Pengarah memegang jawatan mereka atas keizinan menteri," katanya.

Pakatan harus menang undi wanita untuk tawan Putrajaya - LGE


Lim Guan Eng disambut ketika tiba di lokasi pemilihan semula CEC DAP di Petaling Jaya. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 29 September, 2013.Lim Guan Eng disambut ketika tiba di lokasi pemilihan semula CEC DAP di Petaling Jaya. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 29 September, 2013.Walaupun berjaya memenangi undi anak muda, DAP mengakui Pakatan Rakyat (PR) masih gagal untuk memenangi undi wanita dan ini boleh mengagalkan impian mereka menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mengakui, Umno yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN) lebih berjaya menawan golongan berkenaan.
“Walaupun PR berjaya menawan imiginasi orang muda dengan melibatkan mereka dengan kebebasan, hak asasi, pengetahuan, kemahiran dan tanggungjawab, PR gagal menarik perhatian wanita.
“Tanpa sokongan wanita, PR tidak boleh berharap untuk menang,” katanya dalam ucapan sebelum pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP hari ini.
Untuk menyelesaikan masalah ini, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata perlu ada program sistematik untuk wanita seperti dilakukan di negeri utara itu.
Katanya, ini termasuk pemberian wang tunai RM100 kepada suri rumah dan penubuhan Briged Wanita.

Tanda Putera rugi RM3.77j..kutipan tak sampai RM1j..!!

Tayangan filem kontroversi 'Tanda Putera' tamat di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM3.77 juta.

Filem yang dihasilkan dengan kos RM4.7 juta itu hanya menarik kutipan RM930,000 selepas 25 hari di pawagam, menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Satu lagi filem yang turut mula ditayangkan pada 29 Ogos, 'KL Zombie' berjaya mengutip sejumlah RM2.93 juta dalam tempoh sama.

'KL Zombie' dihasilkan dengan kos RM1.8 juta, kurang daripada separuh kos produksi 'Tanda Putera' dan masih ditayangkan di pawagam.

'Tanda Putera' yang merakam persahabatan di antara perdan menteri waktu itu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Ismail Abdul Rahman dalam latar peristiwa 13 Mei 1969 itu dikritik kerana memaparkan perisitiwa sejarah dengan tidak jujur.

Kesan Ucapan Di New York: NGO gesa Najib tunai janji di PBB, jangan ganasi Syiah..!!


Badan bukan kerajaan (NGO), AsSajjad Movement mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi seorang yang tidak tunduk kepada tekanan kumpulan pelampau Islam dan ultra Melayu dalam Umno serta komited melakukan apa yang dijanjikan.
Pengerusinya, Hussain Sajjad, berkata ucapan Najib di New York sempena Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kali ke-68 menggesa penganut Sunni dan Syiah melakukan kerukunan dan perdamaian tetapi pihak berkuasa agama masih mengganas di Malaysia yang jelas bertentangan dengan aspirasi Perdana Menteri.
“Kami mengecam pencerobohan dilakukan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di markas penganut Syiah di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak pada malam Jumaat.
“Pihak berkuasa agama merampas dan mengambil harta benda, sejumlah wang sedekah untuk anak yatim dan banyak barang bernilai milik penganut Syiah dari lokasi yang dimaksudkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, serbuan tersebut menyebabkan kerosakan yang amat teruk ke atas premis yang menjadi tempat ibadat minoriti Syiah di negeri tersebut.

Najib lebih tenang di luar negara dari dalam negara..!!!


Datuk Seri Najib Razak berucap di Perhimpunan Agung PBB ke-68 di New York semalam. Gambar oleh Reuters.Datuk Seri Najib Razak berucap di Perhimpunan Agung PBB ke-68 di New York semalam. Gambar oleh Reuters.Antara sebab mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menikmati masanya berada di luar negara begitu banyak ialah hanya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau di bilik mesyuarat Waldorf Astoria di New York, penonton masih terpersona dengan ceramahnya mengenai Malaysia sebagai model negara Islam yang sederhana.
Keadaan ini berbeza di tanah airnya yang dipenuhi kumpulan berhaluan kanan khususnya  dalam Umno, hilangnya toleransi agama dan kaum, kata-kata "kesederhanaan" tersebut hanya akan dipandang sinis. Atau lebih teruk lagi, menghina.
Ia didedahkan di Parlimen bahawa Perdana Menteri membelanjakan sejumlah RM44 juta untuk berjalan ke luar negara antara Mac 2008 dan Mei 2013.
Fakta tersebut memeranjatkan malah di kalangan ahli politik Umno sendiri. Sebahagian daripada mereka tertanya-tanya mengapa menghadiri perhimpunan PBB atau merasmikan pejabat Khazanah Nasional di San Francisco menjadi begitu penting, atau wujudkah keperluan Najib melawat Thailand untuk berehat selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Namun, terdapat penjelasan mudah mengapa beliau menikmati kebahagian berada di luar negara berbanding di Malaysia. Beliau perlukan sesuatu untuk mengalihkan pandangannya daripada masalah harian yang dihadapinya di Malaysia, masalah yang berpunca daripada kesanggupannya membenarkan suara-suara sumbang menentukan hala tuju negara, selain ketidakmampuannya menangani masalah utama iaitu rasuah hingga ke masalah perlanggaran undang-undang.
Masalah lain termasuk wujudnya ramai pemimpin berhaluan kanan dalam Umno, barisan Kabinet yang tidak berkesan, pembangkang yang agresif, parti komponen lemah dan tidak relevan, defisit fiskal meningkat, selera yang tidak pernah puas daripada kroni dan ahli perniagaan, selain kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengacau pentadbirannya.
Dengan latar belakang ini, meletakkan sedikit ruang antara Malaysia dan dirinya, mana satukah yang menjadi pilihan Najib.
Fikirkanlah. Apa yang berlaku kepada kanak-kanak di sebuah rumah apabila keamanan dan ketenangan adalah sesuatu yang jarang berlaku, ketegangan dan perbalahan berlaku setiap hari? Biasanya kanak-kanak akan memberi alasan untuk melepak di rumah kawan kerana mereka boleh menerima pujian dan belaian.

Bolehland: Remaja tawar khidmat seks RM50 - RM80

Remaja tawar khidmat seks RM50 - RM80  
Remaja berusia 16 tahun (kanan) ini ditahan ketika berpeleseran di sekitar pekan Kulim.
KULIM - Seorang remaja berusia 16 tahun, di sini, sudah melakukan kegiatan pelacuran sejak berusia 14 tahun setelah diperkosa beberapa kali oleh teman lelakinya.
Remaja berkenaan yang ditahan polis dalam rondaan cegah jenayah mengakui, gemar melakukan aktiviti tidak bermoral itu dengan mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM80.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, remaja bawah umur yang berpeleseran di pekan Kulim ditahan kira-kira jam 3.30 pagi semalam ketika sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5.

"Remaja ini menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan bagaimanapun apabila ditahan, polis mendapati dia pernah ditahan polis beberapa kali sebelum ini kerana berpeleseran," katanya.

ROS jangan main-main dengan DAP, kata Karpal


Karpal Singh 

PETALING JAYA - Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini memberi amaran kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), supaya jangan 'bermain-main dengan parti itu kerana mereka akan terus teguh berdiri walaupun pelbagai sekatan yang dikenakan oleh badan tersebut.

Menurutnya, DAP merupakan sebuah parti yang kuat serta mendapat sokongan majoriti daripada rakyat pada PRU13 yang lalu.

"Saya ingatkan ROS bahawa DAP parti yang teguh.

"Jadi jangan 'main-main dengan DAP," katanya ketika memberi ucapan pembukaan bagi sesi pemilihan semula jawatankuasa kerja pusat (CEC) DAP yang berlangsung, di One Utama Hotel, di sini, hari ini.

Kisah Ah Siang Taukeh Kedai Tentang "Kelebihan" Ust Azizan Daripada Pimpinan Lain..

ALOR SETAR - Sesungguhnya pemergian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak ke rahmatullah pada Khamis lalu, benar-benar mengusik kenangan setiap individu mengenalinya.

Dari aspek kepimpinan sehinggalah soal kesederhanaan hidupnya termasuk cara pemakaian, terpahat dalam ingatan.

Antara yang mungkin tidak melupakan pemimpin yang mesra disapa Ustaz Azizan itu ialah Pengurus Pusat Pakaian dan Jam Timor di Simpang Empat Kangkong dekat sini, Loh Fook Siang, 45.

Cerita Fook Siang, perkenalannya dengan Azizan bermula lebih sembilan tahun lalu apabila beliau  sering berkunjung ke kedainya untuk membeli kelengkapan dan pakaian sekolah anak-anak.

“Dia adalah seorang pemimpin yang sederhana. Pertama kali dia datang ke kedai ini selepas PRU12, saya  terkejut sebab dia masih berkunjung ke kedai saya walaupun sudah menjadi seorang pemimpin utama negeri ini.

“Tambahan pula, dia datang dengan menaiki kenderaan sendiri dan tidak menggunakan kenderaan rasmi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Fook Siang, mesra dipanggil Ah Siang berkata, Azizan adalah seorang pemimpin yang tidak mementingkan jenama, sebaliknya mengambil kira faktor harga pada barangan itu asalkan berpatutan dan tidak membazir.

YEAR 10 EGYPTIAN STUDENTS AGAINST MILITARY COUP AMAZZZING

UNI students proteste against the Military COUP in Egypt

Harga Rokok Naik Esok (30 September 2013). Dunhill RM12.00!

Kenaikan Harga Rokok
Kerisauan kerajaan Malaysia melalai Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melihatkan lambakan rokok tiruan di Malaysia, menyebabkan cukai rokok naik sekaligus harga rokok naik bermula esok sehingga memberikan mimpi ngeri kepada bilangan perokok tegar di Malaysia.
KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan terdapat lebih 100 jenama rokok tidak sah atau rokok tiruan menggunakan nama dan alamat pengilang atau pengimport yang palsu di negara ini.
Pengarah Penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasaan, Unit Perihal Dagangan KPDNKK Roslan Mahayudin berkata, pemeriksaan mendapati alamat tertera pada kotak rokok tidak sah itu merupakan tempat letak kereta dan tanah kosong bagi mengaburi pihak berkuasa.
“Rokok tidak sah ini menjadi tarikan kepada orang ramai kerana harga jauh lebih murah. Lazimnya rokok tiruan ini dijual dengan harga RM3 sekotak berbanding rokok asli sekitar RM7 sekotak.
“Selain itu permintaan tinggi daripada pekerja asing di negara ini juga faktor limpahan rokok tiruan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Bengkel Rokok Tidak Sah anjuran KPDNKK di sini, hari ini.
Katanya, penjualan rokok tiruan juga dikesan berleluasa di sebelah pantai barat dan harga rokok yang mahal antara punca lambakan dan penyeludupan rokok tiruan pelbagai jenama di pasaran negara.
Sumber : Bernama Malaysia
Kerisauan yang dilahirkan oleh pihak kerajaan Malaysia memberikan sediit petanda kepada Berita Semasa bahawa harga rokok akan naik lagi selepas ini. Dan akhirnya berdasarkan semakan Berita Semasa mendapati harga baru rokok akan mula naik bermula esok (30 September 2013).

Rumah Banglo Mewah Nedim Nazri Aziz RM7.242 Juta? Kerja? Pegawai Khas Kementerian Pelancongan? Bisnes?

Anak Nazri Aziz
Rumah Banglo Mewah Nedim : Senang atau tidak bergelar pemimpin? Susah, kena “melabur”, kena yakinkan rakyat Malaysia, bersusah payah berkempen, mesti menjawab persoalan rakyat Malaysia lebih-lebih persoalan yang membabitkan keraguan perbelanjaan yang telus melibatkan duit rakyat Malaysia dan lain-lain. Nah…inilah antara harga yang perlu dibayar apabila bercita-cita bergelar pemimpin.
Sekali lagi nama anak Nazri Aziz Nedim Nazri Aziz “bergema” apabila sebelum ini isu pelantikkan anaknya (KLIK SINI) mendapat perhatian ramai pihak termasuklah kalangan kakitangan awam.
Terbaru, Nedim Nazri Aziz dikatakan berkemampuan memiliki banglo mewah bernilai RM7.218 Juta bersama-sama dengan diskaun RM500,9444.08 (-7%) atas nama bumiputera bumiputera.
Bangga? Sedikit bangga, apabila seorang anak Melayu kita berjaya memiliki sebuah banglo yang cukup mewah pada usia yang cukup muda? Tetapi……..persoalannya sekarang ini, mewahnya hidup beliau? Perniagaan apakah yang beliau jalankan? Bisnes apa yang beliau usahakan? Hanya berbekalkan jawatan pegawai khas Kementerian Pelancongan mampu berbelanja mewah seperti ini?
Jadi, adalah lebih baik bola persoalan isu pemilikan banglo mewah bernilai RM7.242 juta Berita Semasa dipulangkan semula kepada keluarga Nedim Nazri Aziz termasuklahlah ayahnya, Datuk Seri Nazri Aziz dikala rakyat Malaysia dan juga penjawat awam yang lain berperah keringat dan tenaga untuk memilki rumah idaman mereka berharga hanya sekitar RM200,0000-RM400,000.
Jikalau keluarga Shahrizat Jalil mampu membeli kondo mewah bernilai RM34.56 juta (KLIK SINI), Berita Semasa tidak terkejut. Ini kerana mereka menjalankan perniagaan lembu peringkat kebangsaan. Tetapi…..bagaimana pula, Mohamed Nedim B. Mohamed Nazri boleh memiliki banglo mewah ini? Sumber?

Jawapan Nazri Aziz Vs Isu Rumah Banglo mewah Mohamed Nedim Bin Mohamed Nazri

“Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya,” kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: “Rumah apa?”
Sumber : Malaysiakini

Pasaran Hartanah di Malaysia : 49% Unit Hartanah Tidak Terjual (Harga RM500,000 Ke Atas)!

Harga Rumah Lembah Klang
Anda Mesti Gaji RM12,000 Jika Beli Teres Pada Tahun 2020!
Pada Januari 2013, Berita semasa pernah berkongsi laporan berita (KLIK SINI SUMBERNYA) mengenai masalah rakyat Malaysia yang berpendapatan RM6,000 dan ke bawah di bandar untuk beli rumah di Lembah Klang. Suka atau tidak, nilai hartanah di Malaysia terus meninggalkan jauh larian lemah melibatkan gaji & kemampuan sebenarnya rakyat Malaysia.
Nilai hartanah di Malaysia ketika ini tidak menampakkan tanda-tanda untuk menjadi murah, walaupun.. ramai yang berdoa dan berharap pasaran hartanah di Malaysia kembali “lumpuh”.
Sebaliknya pasaran hartanah di Malaysia terus berlaku “kejam” terhadap rakyat Malaysia dan semakin utuh membela nasib kalangan kapitalis dan pemain hartanah di Malaysia. Dan buat pertama kali tahun ini, Persatuan Pemaju (Rehda) tampil mendedahkan corak pasaran hartanah di Malaysia. Hasilnya?
Berdasakan semakan Berita Semasa melalui kajian REDHA, pembelian hartanah jenis landed dilihat terus menurun pada paras 38% Manakala pembelian unit hartanah jenis srata dilihat terus menggalakkan & melambung tinggi ke paras 62%. Apa sebabnya? Pastinya, ramai yang “terpaksa” beralih arah disebabkan ketidakmampuan membeli hartanah “landed” di Malaysia yang terlalu mahal terutamanya di bandar-bandar utama di Malaysia. Seperti mana yang disuarakan sendiri oleh saudari Siti Hajar (KLIK SINI)
Kawasan yang paling popular bagi pasaran hartanah di Lembah Klang adalah :
  1. Puchong
  2. Cheras
  3. Kota Damansara
  4. KLCC
  5. Shah Alam.
3 unit kediaman yang paling mendapat permintaan mengikut jenis pada suku pertama tahun ini adalah :
  1. rumah 2-3-tingkat teres (3,104 unit)
  2. pangsapuri (2,208 unit)
  3. kondominium / pangsapuri (1,863 unit)
Walaubagaimanapun, atas nama harga rumah RM400,000 dikatakan mampu milik seperti yang (DIUMUMKAN KERAJAAN DI SINI), telah memberikan nilai tambah dan “lampu hijau” untuk pemaju terus menaikkan nilai hartanah di Malaysia. Akhirnya, kebanyakan pembeli unit hartanah dilihat telah beralih arah apabila kedudukan senaraian bertukar :
  1. kondominium / pangsapuri ( 6,689 unit )
  2. rumah 2-3-tingkat teres ( 2,920 unit )
  3. pangsapuri (2,436 unit ).
Rakyat Malaysia “terpaksa” menukar selera bagi memilki unit hartanah idaman mereka dengan mengambil kira beberapa faktor di bawah ini :
  1. Keluasan unit hartanah yang lebih kecil, asalkan berpatutan
  2. Memiliki ciri-ciri kehijauan dalam kasawan perumahan
  3. Kepadatan penduduk yang tinggi
  4. Perkembangan infrstuktur di sekitar unit kediaman
Dan ini yang menyedihkan sebenarnya dan inilah masalah yang terus menghantui kalangan rakyat Malaysia yang terus memasang impian memiliki kediaman sendiri. Malangnya…… Harga unit hartanah paling popular dibina Pemaju adalah :
  • RM500,000 – RM1,000,000 (47%)
  • RM1.5 Juta Ke atas (11% )
  • RM350,000- RM500,000 ( 11%)
Dan data di atas terus mengalami perubahan mendadak kerana tidak mengambil kira pengumuman kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen. Dan sememangnya nilainya akan terus naik. Di mana kapitalis REDHA telah pun meniupkan semboyan bahawa harga rumah akan terus naik sehingga (10% bersamaan RM15,000) disebabkan kenaikan harga minyak baru-baru ini yang telah menyebabkan kos bahan binaan menjadi lebih mahal, kekurangan tenaga buruh dan juga upah.

Statistik Tambahan Pasaran Hartanah di Malaysia