Sabtu, 28 September 2013

Kerajaan BN Beri Jaminan Undang-Undang PCA Hanya Untuk Penjenayah Sahaja - Ahmad Zahid Hamidi

Muhyiddin nafi harga RON95 akan dinaikkan dalam masa terdekat..!!!




Beliau berkata dakwaan itu tidak benar malah tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam.
"Sah tak ada...siapa yang menyebar berita itu, ia tidak betul. Sebenarnya tidak ada keputusan Kabinet, malah ia tidak dibincang," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan proses Simulasi Pemilihan Umno 2013 di Institut Latihan Memperkasa Umno (ILMU) di Janda Baik, dekat Bentong.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kerajaan akan menaikkan harga petrol RON95 dan RON97 masing masing sebanyak 10 sen dan 15 sen seperti yang tersebar di laman-laman sosial sejak semalam.
Berikutan itu, beliau menegaskan harga pasaran bahan api itu kekal pada harga semasa RM2.10.
Awal bulan ini, harga RON95 dinaikkan 20 sen kepada RM2.10. - Bernama

WORST ECONOMIC MESS: In 1997, Anwar stood up to Dr M, in 2013 who will STOP Najib?

WORST ECONOMIC MESS:  In 1997, Anwar stood up to Dr M, in 2013 who will STOP Najib?The Asian Financial Crisis in 1997 came as a surprise and caught most people off guard not only by the speed but also the severity of the crisis. At that time the Asian Economic Miracle was the buzzword.
The Asian Tiger economies were at their peak not only in the performance of their export oriented economies but also in their stocks and property markets. And to counter the shortage of funds needed to boost their economies, they embarked on a ‘loose money’ or loose monetary policy regime.
Loose Money Policy
To expand credit, rules governing the inflow and outflow of foreign funds were relaxed and so were the terms of borrowing by banks and corporations. Instead of the traditional ‘borrow long, lend short’, banks did the opposite where they ‘borrowed short and lent long’.
Such practice will put banks in an awkward position because if they borrow short say 3 years and lend long for 10 years, then there will exist a ‘window of interest rate risk of 7 years’, i.e. from the fourth year to the 10th year.
Banks would then be in a risky position because during a financial crisis, a country’s currency is most vulnerable to attacks by speculators and hence the use of interest rates to defend the currency's value.
Currency devaluation
Traditionally there are two tools available for authorities to fend off currency speculators. One is to use Monetary Policy tool to raise the domestic interest rates and the other is the Exchange Rate Policy of Open Market Operations to defend the exchange rate by selling its foreign reserves (in US$) to artificially prop up the local currencies. However such policy will always fail due to the size of the foreign exchange market that is just too big for any government to manipulate. The foreign exchange market currently trades more than US$ 5 trillion a day. Hence intervening in the foreign exchange market will only buy more time for the authorities and not solving the problem.
If authorities choose to raise interest rates then it will increase the ‘cost of funds’ for the banks and corporations. As a result, it will be very prohibitive for them not only to do business but also to service their debts. If left unchecked, it will send many of them into financial difficulties.
During the height of the Financial Crisis in 1998, the interest rates in Malaysia went up to as high as 18%. Coupled with the currency devaluation (USD/MYR 1 to 4.80) it provided a double whammy to many individuals and businesses in Malaysia. Doing business in Malaysia then was very difficult then due to the volatility of the Ringgit and many businesses lost money due to the fluctuation of the Ringgit and hence misquoted their customers. As for the individuals they suddenly found that their mortgage repayments have doubled due to the interest rate hike.
Below is a write-up on the Asian Financial Crisis in 1997 and also the various solutions implemented by our Government. It also highlights some of the similarities between then and the current Global Financial Crisis. Again this is a long article (28 pages) and I hope that by the time you finish this article you will learn the following:
What is a Financial Crisis and how it started?
How it affects laymen like us?
How Governments attempt to solve it?
How to spot a crisis?
Why current efforts will not provide a solution?
How Quantitative Easing works?
What is Fractional Reserve Banking?
How to cripple our Banking System?
Initiation of the Crisis
Below, I present to you below a table that chronicles of events leading up to the crisis.
Column1
The 1997 Asian Financial Crisis


Date
Chronicle of Events during the Asian Financial Crisis
2nd July 1997
After exhausted of funds defending the Baht. Thailand decides to float it
18th July
Philippine and Indonesia devalues their currencies
18th July
IMF extends $1.1 billion loan to Philippines
24th July
Asian currencies under severe pressure especially the rupiah
20th August
IMF extends $17 billion loan to Thailand
28th August
Asian Stock Markets plunging to multi year lows
23rd October
Hong Kong dollar and stocks under heavy selling pressure. Hang Seng lost 10%
28th October
Currency Speculators moving to Korea. Korean won hits new low
5th November
Indonesia seeks IMF assistance with $40 billion approved
24th November
Collapse of Sanyo and Yamaici Securities and Hokkaido Takushoku Bank
3th December
Korea seeks IMF assistance. A total of $57 billion approved
5th December
Malaysia imposes tough market reforms in order to stem foreign funds outflow
There are many factors caused the Asian Financial Crisis of 1997-98. Listed below are some of the most debated reasons for the onset of the Asian Financial Crisis.
> Deteriorating economic conditions
> Moral Hazards by banks and corporations
> Too much inflow of foreign funds
> Stock market and Real Estate Bubble
> Lack of regulatory control on funds
> Massive disinvestment by the Japanese during the early 1990s due to their misadventure in the U.S coupled with their stock market crash. This resulted in the recalling of funds in the region by Japanese banks.

Bekas tahanan Simpang Renggam ditemui dibunuh dengan kejam

Seorang lelaki bekas tahanan Simpang Renggam ditemui mati, dipercayai dibunuh dengan kejam, di Jalan Oya Lama pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata mangsa dikenali sebagai Ting Liong Kwong, 38.

"Mayatnya ditemui dalam sebuah van yang dipercayai ditinggalkan di kawasan itu sejak semalam.

"Polis telah mendapat maklumat daripada orang ramai pada jam 9 pagi," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pemeriksaan awal polis menemui kesan tusukan benda tajam pada muka dan badan mangsa namun tiada kesan pergelutan.

Shafie berkata polis percaya mangsa telah mati dalam 12 jam lepas dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi menentukan sama ada mangsa dibunuh dalam van atau di tempat lain, serta puncanya.

Ada Ulama Suka PAS Kembali Jadi Parti Nyamuk..??

Oleh: Iqbal

"
Ringkas saja catatan dalam isu ini. Setelah dua kali PRU PAS bekerjasama dan berganding bahu dengan PKR dan DAP dalam PR maka ahli-ahli PAS tentunya dapat melihat kesan dan impaknya kepada PAS.

Buat pertama kali PAS dapat mengembangkan sayap pengaruhnya dan dapat mendapat undi dalam P/.raya dari kaum-kaum lain khususnya kaum cina.

Sebelum PRU13 telah pun kedengaran suara dari individu yang bergelar ulama yang melontarkan pandangan agar hubungan PAS dalam PR rakyat hendaklah dikaji semula. Dan ulama ini cara kebtulan tidak disenaraikan sebagai calon setelah sekian lama menjadi calon ( mungkin sejak menjadi ahli PAS). Ulama ini adalah diantara peringatan oleh Mohd Sayuti Omar (MSO) agar PAS tidak meletakkan mereka yang diketogerikan sebagai VAN C20 ( van Nissan lama).

Sebenarnya aku bukannya budak baru menetas . Usia dah sebaya usia kemerdekaan negara. Maknanya dah lama mengikuti perkembangan politik dan dah lama melihat hasil pilihanraya oleh parti2 yang bertanding khususnya PAS.

Sebelum wujudnya PR dinegeri-negeri selain Kelantan dan Trengganu kewujudan PAS dalam PRU tak ubah seperti nyamuk yang memekak telingan sewaktu kita sedang tidur.

Sebelum bergabung dangan PR :-

1) Pernahkah PAS merasa memerintah Kedah ?

Kontroversi Kes Rogol Gadis Berumur 12 Tahun Oleh 8 Rakan Sekolahnya



Gambar: KES ROGOL GADIS 12 TAHUN OLEH 8 RAKAN SEKOLAH   Memang mengejutkan kes jenayah rogol yang semakin berleluasa. Terbaru gadis berusia 12 tahun dirogol oleh 8 orang lelaki yang dikenali mangsa di sekolah dan kawasan perumahannya sendiri. Kenapa suspek-suspek bawah umur ini begitu berani berbuat demikian? Rata-rata umur 12 tahun sehingga 14 tahun yang terlibat. Jenayah mengerikan ini sukar dipercayai seolah-olah suspek sudah seperti biasa melakuakan perbuatan memperkosa gadis dikalangan umur mereka. Bagaimana untuk membanteras kes rogol sedemikian? Runsing apabila memikirkan kes sebegini, anak-anak yang masih kecil perlu diawasi, ibubapa tidak boleh terlalu lepas tangan, rakan sekolah sepermainan pun tidak boleh dipercayai. Adakah kes rogol sebegini sudah menjadi lumrah dunia masa kini? #Rogol #Jenayah #Remaja #Malaysia
Terkejut membaca cerita mengenai kes rogol budak perempuan yang baru berumur 12 tahun telah dirogol dengan kejam oleh 8 orang kawan yang dikenali mangsa di sekolah dan tempat tinggalnya. Kes perkosa sebegini semakin menakutkan kerana melibatkan jumlah suspek yang cukup banyak, semuanya masih dibawah umur sudah berani bertindak mencabul dan meraba mangsa, malah memasukkan kemaluan zakar ke dalam faraj mangsa tanpa rela oleh 8 orang budak sekolah ini.

Apa hendak jadi ya? Berikut merupakan cerita dan fakta kes yang terlibat. Diharap pembaca menjadi ia sebagai pengajaran untuk rujukan anda pada masa hadapan. Awasi tingkah-laku anak-anak anda yang semakin dahsyat dan diluar jangkaan! Kes rogol gadis bawah umur semakin menjadi-jadi! 

Kes Rogol Gadis 12 Tahun Oleh 8 Rakan Sekolah
Kes Rogol Gadis 12 Tahun Oleh 8 Rakan Sekolah Isu Rogol Budak Perempuan Umur 12 Tahun Oleh 8 Kawan B/Sentosa
Rpt : 5580/13
sek : 376 Kk
Pengadu : Suryanis bt Prawito
kpt : 010212-14-0486 (12 Tahun 7 Bulan)
Almt : No 2A Jalan Rampaisari 3C Sg Buaya 48010 Rawang, Sel
Pekerjaaan : Darjah 6 Pelajar SK Sg Buaya

RINGKASAN KES PERKOSA BAWAH UMUR

-Pada 19/9/13 Jam L/Kurang 0900 Hrs Pengadu telah ponteng dari bersekolah dan pergi kerumah kawannya nama Elisa dijalan Rampaisari Sg Buaya dan lepak di situ sehingga selesai waktu persekolahan kemudian pengadu seorang diri telah merayau2 di kawasan Sg Buaya kerana takut untuk pulang ke rumah sehingga waktu malam dan pengadu telah tidur di surau Al Angsa Sg Buaya.

Pada Keesokkan harinya(Hari ini) 20/9/13 Jam L/Kurang 7.30 Pagi apabila pengadu bangun dari tidur dan keluar dari surau pengadu lihat 8 Orang Lelaki Melayu yg dikenalinya sedang berkumpul berdekatan kawasan surau tersebut,pengadu telah menghampiri mereka dan mereka telah mengajak pengadu pergi ke sebuah rumah kosong.

Memenangi hati dan minda Melayu – Paradigma baru

IMG_4305“KITA tidak boleh lagi hanya mengharapkan dengan muncul sekali dalam empat atau lima tahun di sesuatu kawasan itu, buat ceramah, dan adakan lawatan kunjungan, baru boleh memenangi hati mereka!”
Demikian pesanan Tengku Zulpuri, ADUN Mentakab merangkap Timbalan Pengerusi DAP Pahang dalam memberi pandangan beliau mengenai cara memenangi minat pengundi Melayu luar bandar.
Antara yang menjadi kebuntuan utama bagi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum (PRU) lalu dalam usahanya untuk menawan Putrajaya ialah ketidaksediaan kaum Melayu untuk berubah, khasnya Melayu luar bandar. Dalam satu temuramah, Tengku Zulpuri menjelaskan tentang perlunya merubah pendekatan yang sedia ada untuk menawan kubu kuat BN, kawasan luar bandar yang majoritinya penduduk Melayu.
“Pendekatan kita terhadap kaum Melayu perlu lebih sistematik dan terancang. Kita perlu melaburkan masa dan tenaga untuk mendampingi dan menawan hati pengundi Melayu luar bandar, contohnya dengan kunjungan takziah, perkahwinan atau aktiviti gotong royong umpamanya.”
“Sebolehnya, calon untuk kawasan yang bermajoritikan Melayu hendaklah dikenalpasti awal dan diamanahkan untuk mula bergerak kerja dikawasan itu. Ianya memerlukan masa dan tumpuan dalam bergerak di kawasan Melayu luar bandar,” beliau menjelaskan.

PRU13: SPR belanja ‘hangus’ RM1 juta dalam masa 15 hari

teo nie chingKUALA LUMPUR, 28 SEPT: Sebanyak RM1 juta wang pembayar cukai ‘hangus’ dalam masa 15 hari oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digunakan untuk membayar kos sara hidup petugas pilihan raya yang bertugas sepanjang tempoh itu.
Kritikan tercetus bila mana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim tidak mendedahkan data terperinci tentang tujuan, bagaimana dan kepada siapa sejumlah wang RM1 juta itu dibelanjakan ketika menjawab soalan parlimen Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching.
Selain itu, Nie Ching turut menimbulkan persoalan bagaimana hanya tujuh sahaja aduan perlanggaran Akta Kesalahan Pilihanraya disiasat dari 83 aduan yang dibuat.
“Aduan kes selebihnya telah dibuang,” katanya.
Namun, pemerhatian yang dibuat gabungan badan bukan kerajaan PEMANTAU pula mendapati terdapat lebih dari tujuh penyelewengan yang berlaku semasa pilihan raya umum lalu dijalankan.
“Walaupun hanya mampu membuat pemerhatian ke atas 23 kawasan parlimen semasa penamaan calon dan 51 kerusi dalam tempoh berkempen dengan 2,000 orang pemerhati, PEMANTAU mendapati wujud lima insiden rasuah melibatkan wang dan pemberian barangan dalam masa penamaan calon.

Mentaliti UMNO ‘haram’ dalam DAP

KUALA LUMPUR, 28 SEPT: “Kelompok yang tidak faham struktur, gila kuasa dan perjuangan DAP tidak sepatutnya berada dalam parti.”
Demikian kata Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri menempelak sikap sesetengah pemimpin dan ahli DAP yang disifatkannya telah diserap dengan mentaliti UMNO.
ariff SabriBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Zulkifli Mohd Nor yang beriya menawarkan diri untuk menjadi Pengerusi DAP Kebangsaan pertama dikalangan orang Melayu baru-baru ini.
“Dalam UMNO, perebutan kuasa, perpecahan dan sikap berpuak-puak memang dah jadi budaya. Sekarang nak pemilihan lagi menjadi-jadi.
“Adakah kita nak tengok DAP senasib dengan UMNO bila ada ahli yang bersikap demikian?,” soalnya ketika ditemuramah Roketkini.com
Menurut beliau, mentaliti UMNO ini hanya akan mengganggu fokus parti sekaligus mencemarkan usaha parti membaik pulih persepsi awam yang berpuluh tahun diracuni propaganda perkauman pemerintah.
“Apa yang tak sepatutnya berlaku, kenapa isu kaum pula dibangkitkan. Dalam borang DAP pun tak diminta tulis apa bangsa.
“Adakah beliau (Zulkifli) tidak tahu ideologi parti yang sememangnya bukan berjuang atas nama kaum? Beliau orang lama, sepatutnya tahu,” ujar Mohd Ariff.
Dalam masa yang sama Ahli Parlimen DAP Raub itu turut menegur sikap ‘bermuka-muka’ UMNO terhadap DAP.
“Dia (pemimpin UMNO) kata DAP parti Cina, chauvinis dan macam-macam lagi, tapi bila orang Melayu kurang, tak ramai ada jawatan dia bising, ini pelik,” katanya.

BAHASA MALAYSIA SUDAH JADI BAHASA BANGLASIA!!


Inilah akibatnya apabila amanah menjaga tandas awam berbayar diserahkan bulat-bulat 110% kepada pekerja Bangladesh.

Sampaikan notis pemberitahuan tiada air pun dibiarkan pekerja tersebut menulis.

Akhirnya inilah yang terdapat  ... " AIR TADA ... KINCIN BOLEH ... VARA TAK BOLEH ...

 Apa yang cuba diberitahu oleh pekerja ini ialah ... AIR TIADA .. KENCING BOLEH ...NAK BERAK ( BUANG AIR BESAR) TAK BOLEH.

Terbongkar: Gadis Syria Dipaksa Untuk Buat Pengakuan ‘Jihad Seks’ Di TV Pemerintah Regim Bashar

Heboh berkenaan “Jihad Seks” di Syaria. Semakin lama semakin jelas kepalsuannya. Sebelumnya media-media arus perdana dengan gegak gempita – khususnya media-media pro Bashar dan Syiah – memberitakan kes ini. Beberapa media dengan sengaja memberitakan maklumat yang belum jelas kebenarannya tersebut dengan tujuan untuk melemahkan barisan Mujahidin dan dukungan kaum Muslimin terhadap Jihad di Syria.

Sebelumnya media pro Bashar dan Syiah memberitakan tentang adanya fatwa “Jihad Seks” dari ulama Saudi Syeikh Muhammad Al-’Arifi, di mana dalam fatwa itu Syaikh ‘Arifi menganjurkan para perempuan untuk membantu para pejuang Syria dari sisi keperluan syahwat seksual mereka. Namun hal tersebut dinafi dan dibantah keras oleh Syeikh ‘Arifi sendiri.

“Apa yang disiarkan oleh chanel Al-Jadid pengikut Bashar, dan saya yakin ini juga disiarkan oleh chanel-chanel Rafidhah, yang berkaitan dengan kicauan atas nama saya di twitter, tentang fatwa jihad seks di Syria adalah dusta!” tegas ‘Arifi beberapa waktu yang lalu.

Akan tetapi seperti biasa bantahan tersebut dianggap angin lalu oleh para pemuja Bashar dan Syiah Iran. Bagi mereka pejuang Syria gila seks dan harus dipuaskan dengan para perempuan yang merindukan ‘syurga’ dengan “jihad seks” mereka. Termasuk meyiarkan foto seorang muslimat Syria yang dianggap sebagai pelaku “Jihad Seks”.

Setelah itu media pro Bashar mengeluarkan video testimoni perempuan muda yang mengaku telah menjadi ‘hamba seks’ bagi para pejuang Syria anti Bashar, bersamaan dengan adanya kecaman dari pejabat Tunisia yang menyatakan banyak perempuan hamil setelah berjihad seks di kalangan pejuang Syria.

Selangor fokus kepada pembangunan akal dan jiwa – Dr Halimah


Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor melangkah bergaya selepas PRU 13 lalu apabila buat kali kedua terus diberi kepercayaan mengemudi negeri. Berbekal ketelusan yang menjadi prinsip Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beliau juga sudah pasti dibantu barisan exco berkaliber.
Salah seorangnya, Dr Halimah Ali yang memegang portfolio Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
Halimah Ali Hijau Tudung Pink 01Ketika usianya kini 53 tahun, semangat beliau tetap membara untuk menterjemahkan maksud Surah Saba’, ayat ke-15 sebagai intipati dalam proses “mengehsankan insan” penduduk di negeri paling maju itu.
Berikut temu bual wartawan Harakah, ARIF ATAN dan SAIDAH HAIRAN bersama beliau di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam, baru-baru ini.
HARAKAH: Cabaran Dr hadapi sewaktu pertama kali memegang jawatan Exco Kerajaan Negeri selepas PRU12 (2008) lalu?
DR HALIMAH ALI: Penggal pertama dulu antara yang terpaksa untuk dilalui ialah saya perlu menganalisa bagaimana keadaan insan di Selangor. Maknanya, saya perlu mendidik insan di Selangor ini supaya kemudiannya dapat mencapai status “Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”.
Bagi menjadikan matlamat dalam halatuju rangka tindakan Kerajaan Selangor 2025 itu jadi nyata pastilah memacu pembangunan modal insan menjadi antara teras utama selain pembangunan fizikal. Jadi, fokus kita ialah bagaimana hendak membangunkan akal dan jiwa penduduknya supaya kualiti insan di Selangor memungkinkan tercapainya visi kerajaan negeri.
Itu terjemah daripada apa yang saya ambil daripada Surah Saba’ ayat ke-15 (antaranya bermaksud, “Makanlah olehmu rezeki yang dianugerahkan oleh Tuhanmu dan bersyukurlah kepada-Nya) hingga sampai satu tahap memungkinkan Selangor jadi negeri terbaik dan diampuni Allah. Kita tidak mahu kemajuan fizikal mencakar kemajuan insan sehingga akhirnya terjerumus menuju kemusnahan. Moga Allah jauhkan.
“Kembali menjiwai” itu makna di sebalik nama Darul Ehsan?
Itu sudah pasti. Darul itu maksudnya negeri. Ehsan dalam konteks masyarakat majmuk kita ada orang Islam dan bukan Islam. Ehsan secara asasnya bermaksud cemerlang. Jadi, ini negeri yang serba-serbinya menjanjikan kecemerlangan. Kita tidak mahu sekadar ungkapan tapi kita menyiapkan insan-insan Selangor yang cemerlang barulah negeri ini darul cemerlang.

Peluang Wanita Umno memulihkan imejnya..!!

Kehadiran Maznah Mazlan sebagai pencabar Shahrizat Jalil di saat-saat akhir bagi jawatan Ketua Wanita UMNO pada 12 Oktober depan, kembali menghangatkan perebutan bagi jawatan itu. Sebelum ini apabila bekas Ketua Puteri UMNO, Azalina Othman Said menarik diri daripada mencabar Shahrizat kerana dikhabarkan dinasihatkan berbuat demikian di samping dijanjikan kedudukan dalam sebuah GLC serta jawatan kanan dalam Wanita UMNO, bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga itu dijangka akan menang mudah dalam pemilihan kali ini.

Ini kerana, meskipun terdapat seorang lagi individu bakal mencabarnya iaitu Raihan Sulaiman Palestin tetapi beliau dilihat bukanlah seorang yang mempunyai kekuatan dan profil meyakinkan untuk menggugat Shahrizat. Selain rekod dan pencapaiannya dalam Puteri UMNO suatu ketika dahulu tidak ada yang membanggakan, pergaulan dan percampurannya dalam Wanita UMNO juga begitu terhad.

Orangramai mungkin hanya mengingati Raihan kerana beliau adalah anak kepada Sulaiman Palestin yang pernah mengejutkan ramai kerana keberaniannya mencabar Hussein Onn bagi jawatan Presiden UMNO. Selebihnya hampir tidak ada. Lantaran itu, Raihan tidak dilihat sebagai pencabar yang kuat kepada Shahrizat.

Tetapi dengan kehadiran Maznah, yang muncul tanpa sebarang desas-desus atau khabar angin sebelumnya tetapi muncul mengemukakan borang pencalonan hanya kira-kira 20 minit sebelum tempohnya berakhir, menjadikan perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO kembali panas dan laluan Shahrizat untuk mempertahankan jawatan tersebut turut berliku.

Maznah, salah seorang EXCO Wanita, kini merupakan ADUN Muadzam Shah dan sebelum ini pernah dilantik Senator dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, dilihat cukup meyakinkan bukan saja untuk memberi cabaran kepada Shahrizat tetapi juga untuk melakar wajah baru yang lebih berseri kepada Wanita UMNO bagi menghadapi PRU 14.

17 tarik diri, dua tidak layak dalam pemilihan CEC DAP esok


Pengurus pemilihan DAP, Dr Ong Kian Ming memaklumkan, 17 calon Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) telah menarik diri dari bertanding manakala dua lagi tidak layak bertanding setelah keluar dari DAP menjelang pemilihan semula parti itu esok.
Lima dari mereka menarik diri menjelang pemilihan semula esok sebagaimana mereka juga menarik diri menjelang pemilihan yang dibuat tahun lalu. Mereka adalah  Choong Siew Onn, Er Teck Hwa, Jaya Balan A/L Valliappan, Teo Kok Seong dan Yong Wui Wui (Violet).
Dua calon pula telah keluar dari DAP iaitu John Fernandez yang keluar DAP pada April 2013 dan bekas penasihat DAP Sabah Hiew King Cheu yang mengumumkan keluar DAP semalam menyebabkan mereka hilang kelayakan untuk bertanding.
Ong berkata, DAP juga mengesahkan telah menerima surat rasmi dari Hiew bahawa beliau telah keluar DAP semalam iaitu 27 September.
Menurut beliau, menjelang pemilihan semula esok juga, 12 telah menarik diri dari bertanding iaitu Ganabatirau A/L Veraman, Jagdeep Singh Deo, Kamache A/P Doray Rajoo, Khoo Poay Tiong, Manogaran A/L Marimuthu, Ng Chin Tsai, Ng Wei Aik, Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji, Siow Kim Leong, Soh Boon Hong, Tan Lee Koon dan Roseli bin Abdul Gani.
"Senarai 17 individu yang menarik diri dan dua yang meninggalkan DAP sehingga jam 6 petang 28 September 2013 akan diumumkan dalam Kongres Khas DAP esok.
"Bagaimanapun, nama mereka akan tetap ada dalam senarai calon CEC yang akan berlangsung esok," kata Ong dalam kenyataannya hari ini.

Jeng..Jeng..Petanda Awal...!!!: TNB perkenal bil baharu mulai 1 Oktober

TNB
KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memperkenal bil elektrik berwajah baharu kepada pengguna di seluruh Semenanjung dengan penambahbaikan reka bentuk dan maklumat, mulai 1 Oktober.

Menurut kenyataan TNB hari ini, langkah itu dibuat susulan tempoh percubaan selama sembilan bulan melibatkan 2.6 juta pelanggan.

Antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah kaedah kiraan bil lebih mudah difahami, keterangan lebih jelas mengenai kiraan bil dan reka bentuk bil yang menepati kehendak pelanggan.

"TNB bekerjasama dengan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) untuk bil baru itu selain mengambil kira pandangan dan perspektif pengguna," menurut syarikat utiliti itu.

Bil berwajah baru itu melibatkan 7.8 juta pelanggan daripada kategori pelanggan kuasa biasa iaitu kediaman, perdagangan, perindustrian dan lampu jalan. - Bernama

Indeks rasuah Malaysia merosot bukti transformasi Najib gagal


Zairil Khir JohariSHAH ALAM 28 SEPT: Sikap Kerajaan Umno BN yang tiada kesungguhan politik dalam membantras gejala rasuah menjadi punca kedudukan negara terus merosot dalam senarai indeks negara dunia bebas rasuah.
Ini berikutan amalan pendakwaan terpilih yang hanya mengheret individu kecil, dan golongan atasan sebagai antara faktor gejala rasuah semakin berleluasa.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, ia menunjukkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenal Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak gagal mencapai matlamat.
Bercakap kepada TV Selangor, beliau berkata usaha membendung gejala rasuah boleh dilaksanakan jika kerajaan serius mengenai perkara ini.
“Ini menunjukkan program transformasi yang dibawa Najib semuanya gagal. Ia selaras laporan terdahulu, Global Financial Integrity (GFI) yang mendapati Malaysia sebagai negara kedua untuk pengaliran wang haram.

PCA tidak selari dengan hak asasi manusia, kata Suhakam

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memandang serius terhadap cadangan pindaan ke atas Akta Pencegahan Penjenayah (PCA) 1959 yang disifatkannya menafikan hak seseorang untuk perwakilan undang-undang seperti yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata, pihaknya rasa bimbangnya ke atas cadangan pindaan yang dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada 25 September 2013.

"Setelah mengkaji Rang Undang-undang tersebut, Suruhanjaya berpendapat bahawa terdapat beberapa peruntukan terutama sekali berkenaan dengan penahanan tanpa bicara dan perwakilan undang-undang, yang tidak selari dengan prinsip asas hak asasi manusia seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)," kata Hasmy dalam kenyataannya.

Menurutnya, Suhakam juga bimbang dengan cadangan Seksyen 7C yang memberi kuasa kepada Lembaga untuk mengeluarkan perintah tahanan terhadap seseorang yang telah melakukan dua atau lebih kesalahan yang serius, sama ada dia telah disabitkan atau tidak, dan semata-mata berdasarkan kecukupan bukti.

SPRM belanja RM1 juta semasa PRU13, tapi tujuh kes sahaja disiasat?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibidas DAP kerana mendapat peruntukan sebanyak RM1 juta tetapi hanya tujuh kes disiasat semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, serta mendesak untuk tampil telus membuat penjelasan.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching (gambar) dalam satu kenyataan mempertikaikan keupayaan SPRM berbanding dengan kumpulan bebas Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau) yang tidak mendapat sebarang peruntukan tetapi dapat mengesan banyak salahguna kuasa yang berlaku semasa PRU berjalan.

"Ia sangat mengejutkan selepas berbelanja RM1 juta bagi perbelanjaan saraan belanja hidup ke atas pegawainya semasa PRU13, SPRM hanya menemui tujuh kes sahaja yang berkemungkinan melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

"Berbeza dengan kumpulan Pemantau, yang terdiri daripada Bersih, Mafrel dan Pusat Komas yang menemui lebih tujuh kes meragukan semasa pilihan raya lalu," kata Ahli Parlimen Kulai tersebut dalam satu kenyataan media hari ini.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim semasa sidang Parlimen pada 26 September 2013 memberitahu dewan SPRM telah membelanjakan RM1 juta perbelanjaan sara hidup untuk pegawainya semasa PRU13 lalu.

SOSMA: Portal berita diberi amaran, hentikan laporan pertahan Chin Peng

Polis dilaporkan memberi amaran kepada portal-portal berita online yang masih menyiarkan kenyataan serta laporan yang dilihat mempertahankan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata polis tidak akan teragak-agak menahan pihak berkenaan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sekiranya meneruskan perbuatan tersebut yang boleh mengancam demokrasi berparlimen negara ini.

"Saya mengingatkan mereka di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan, apa juga tindakan yang boleh mengancam demokrasi berparlimen kita boleh ambil tindakan di bawah seksyen itu dan siasatan juga boleh dibuat di bawah SOSMA.. Jangan bagi salah nasihat kepada orang ramai kerana ini perkara serius.

"Saya ambil berat perkara ini dan menasihatkan orang ramai supaya jangan terpedaya dengan nasihat portal berita online tersebut kerana mereka adalah daripada kalangan orang yang kurang cerdik memberi nasihat," katanya. dipetik dalam laporan Utusan Malaysia hari ini

Undang-undang mundur, Suhakam tuntut RUU Cegah Jenayah ditangguh


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melahirkan rasa bimbang terhadap cadangan pindaan Akta Pencegahan Penjenayah (PAC) 1959 seperti mana yang dicerminkan dalam Rang Undang-undang (RUU) Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada 25 September lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmi Agam (gambar) dalam satu kenyataan media hari ini berkata, walaupun menyokong usaha berterusan kerajaan dalam menangani jenayah serius, hasil kajian Suhakam  mendapati beberapa peruntukan dalam RUU tersebut terutamanya penahanan tanpa bicara dan perwakilan undang-undang, tidak selari dengan prinsip asas hak asasi manusia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

“Walaupun adalah diperhatikan bahawa RUU tersebut mencadangkan satu pindaan ke atas Sesyen 9(1) menjadikannya satu keperluan untuk laporan-laporan siasatan dikemukakan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah (Lembaga) dan bukannya Menteri, Suruhanjaya memandang serius terhadap cadangan Seksyen 9(5) dan Seksyen 9A(2) yang menafikan hak seseorang untuk perwakilan undang-undang seperti yang terjamin di bawah Perkara 5(3) dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 7 dalam UDHR,” jelas Hasmy.

Suhakam juga, tambah beliau bimbang dengan cadangan Seksyen 7C yang memberi kuasa kepada Lembaga untuk mengeluarkan perintah tahanan terhadap seseorang yang telah melakukan dua atau lebih kesalahan yang serius, sama ada dia telah disabitkan atau tidak, dan semata-mata berdasarkan kecukupan bukti.

Hindraf mendakwa Uthaya dilayan lebih buruk selepas mengadu pada mahkamah..!!




 
Hindraf mendakwa, pemimpin de factonya, P Uthayakumar yang sepatutnya mendapatkan layanan yang lebih baik selepas mengadu kepada mahkamah, sebaliknya kini mendapat layanan lebih buruk di Penjara Kajang.

RN Rajah, timbalan setiausaha Hindraf yang sealiran dengan Uthayakumar mendakwa, selepas mengadu sewaktu hadir di mahkamah pada 24 September 2013, Uthayakumar kini ditempatkan di bilik pesalah hukuman mati.

Beliau mendakwa, Uthayakumar kini dinafikan kerusi plastik yang
sebelum ini diberikan kepadanya untuk meringankan penderitaan yang mengalami prolapsed disc.
"Kakinya mula membengkak lagi," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Penduduk tuntut penjelasan projek lebuh raya kroni Umno-Kidex


Penduduk Seksyen 19, Petaling Jaya tuntut penjelasan kerajaan berhubung Lebuhraya Kidex.Penduduk Seksyen 19, Petaling Jaya tuntut penjelasan kerajaan berhubung Lebuhraya Kidex.Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang dianugerahkan kepada dua konsesi dipercayai rapat dengan Umno menimbulkan kebimbangan penduduk setempat di Petaling Jaya dan mendakwa Putrajaya menyembunyikan sesuatu daripada mereka.
Sehubungan itu, penduduk sekitar Seksyen 19, Petaling Jaya mengadakan protes kecil menuntut Putrajaya menjelaskan kepada mereka peta sebenar projek Kidex yang bakal dijalankan bagi mengelakkan kekeliruan.
Projek menelan belanja RM2.2 bilion itu sebelum ini dikritik oleh pembangkang Pakatan Rakyat (PR) kerana diberikan kepada dua konsesi milik dua tokoh yang terlibat dengan rampasan kuasa oleh Umno di Perak pada 2009.
Dua tokoh itu ialah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.
Kontroversi kembali mendapat perhatian, selepas penduduk di Seksyen 19 melahirkan kebimbangan dipaksa berpindah bagi memberi laluan kepada pembinaan lebuh raya itu.
Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan 19/20, Tan Yew Leong, berkata hanya menyedari mengenai kemungkinan akan diarahkan berpindah selepas menemui Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menyemak projek Kidex itu.
"Saya pergi ke MBPJ untuk menyemak mengenai Lebuhraya Kidex yang dikatakan akan dibina di sini dan saya terkejut apabila diberitahu bahawa beberapa lot rumah mungkin menerima kesan daripada projek itu.
"Ini bukan hanya rumah saya, tetapi hampir 3,000 penduduk sekitar akan menerima kesan daripada projek tersebut," katanya ketika ditemui pagi ini.

LGE: ROS halang pemilihan semula CEC

lim guan eng
SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetap tidak membenarkan DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), esok meskipun sudah dibenarkan Mahkamah Tinggi.

Semalam, Mahkamah Tinggi membatalkan saman yang difailkan oleh seorang anggota DAP, A David Dass untuk menghalang parti itu daripada mengadakan kongres khas untuk memilih semula  CEC seperti yang diarahkan ROS.

Guan Eng memaklumkan mengenai perkara tersebut melalui laman mikro Twitter miliknya, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

"Pendaftar Pertubuhan masih berdegil DAP tak boleh adakan pemilihan semula esok menerusi Kongres Khas sungguhpn Mahkmah Tinggi Kuala Lumpur telah benarkan," tulisnya.

Semalam Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman sekali lagi meminta Guan Eng membaca dan memahami apa yang dinyatakan ROS berhubung pemilihan semula CEC parti itu.

Beliau menjelaskan ROS tidak pernah menyatakan DAP tidak boleh mengadakan kongres khas, sebaliknya mengingatkan parti itu agar mematuhi peruntukan dalam undang-undang tubuhnya sendiri semasa mengadakan pemilihan berkenaan.

‘PCA’s 2 year detention is only a remand’ - Nancy

Nancy Shukri says the two year detention without trial will allow the police to conduct thorough investigation into a case.

PUTRAJAYA: Minister in the Prime Minister’s Department Nancy Shukri today defending the amendment to the Prevention of Crime Act, which would allow two years detention without trial, said the 24-month term is only a remand period to allow the police conduct a thorough probe into a case.
The de facto Law Minister told a Home Ministry organised crime prevention forum that the purpose of the detention was to allow the police to conduct a complete probe into a case.
“About the word detention without trial, why don’t we get used to it by saying it is remand. In foreign countries, after they arrest a suspect, they do what? They remand him as well.
“Some say we should not detain the suspect but charge the person in court. It is easier said than done, because those who are shouldering the burden are the police.
“The amendment bill lays down specified terms for someone to be detained. It also gives time for the police to gather information, it serves as the preventive investigation period.
“This is how it is different from the ISA,” she said.
Nancy said the fact that the amendment also transferred the Home Minister’s power to issue a detention order to a three member panel showed that the government was sincere wanting to use the law only to fight crime.
“This is the best solution for the country for now. This law is not meant to arrest any of you. You can say anything for yourself. The government is not as bad as you think,” she said.
Her statement however drew immediate rebuttal from the Bar Council’s human rights committee co-chair Andrew Khoo, who said detaining someone for two years without trial cannot be deemed as remand.

United Response: Security Council votes 15-0 for Syria chem weapons resolution

Malaysia PM accused of ignoring minorities..!!

Talking Reformasi: Reformasi sowed the seed

UN agrees to Syria arms resolutions

Jika Mukhriz menjadi naib presiden, ia tidak membawa perbezaan

Kerajaan dan pimpinan hari ini sedang menghadapi krisis keyakinan terburuk dalam sejarah kewujudan negara ini. Tiada lagi kita mendengar orang atau kumpulan bersetuju dengan segala apa yang dilakukan kerajaan sekarang. Suasana ini wujud mesti bersebab. Sebab itu yang belum difahami oleh pimpinan kerajaan sejak hampir dua dekad dahulu. Tahap keyakinan terendah ini bukannya wujud dalam sekelip mata tetapi setelah ia menyemarak sejak dua dekad dahulu secara beransur-ansur.

Ibarat sebuah kereta, jika ia diselenggara dengan baik, kereta itu akan bertahan lama untuk dipandu. Tetapi jika tidak diselenggara dengan baik dan konsisten kereta itu tidak akan bertahan lama dan akhirnya kita tidak akan ada lagi keyakinan kereta itu boleh dipandu dengan selamat.

Begitu jugalah sebuah negara. Jika tidak diselenggara dengan baik oleh pemimpin, maka pemimpin itu tidak akan diyakini mampu untuk menyelenggara negara ini. Rasuah menjadi perkara dan isu terbesar di negara ini kerana ia berlaku di setiap peringkat dan oleh semua yang mempunyai kuasa walaupun kuasa yang kecil. Pegawai kerajaan tertinggi dengan penggubal dasar melakukan rasuah dalam skala yang bersesuaian dengan pangkatnya dan kedudukannya. Budak pejabat pun melakukan rasuah tetapi mengikut skala dan kedudukan mereka.

Pendeknya rasuah berlaku di setiap tempat dan setiap tahap dan itu sudah menjadi lumrah dan telah pun dibudayakan oleh keadaan sekarang. Rasuah dianggap halal dan mereka yang tidak mengambil serta mengamalkan rasuah sudah dianggap ketinggalan zaman dan bodoh. Kuasa di negara ini berjalan selari dengan rasuah kerana rasuah itu adalah sinonim dengan rasuah.

Selalau saya katakan rasuah dan kuasa itu seperti aur dengan tebing, saling memerlukan di antara satu dengan  lain. Tanpa kuasa tidak dapat melakukan rasuah dan tanpa rasuah tidak akan dapat kuasa yang diidamkan. Malahan melakukan rasuah itu menjadi kebanggaan. Bukan aneh jika kita mendengar peniaga berkata yang mereka layak untuk mendapatkan projek kerana mereka membayar dan memberi rasuah kepada sesiapa yang berkuasa bagi memberikan mereka projek besar di negara ini.

Gurdial bidas AG kerana anggap tribunal rakyat 'aksi publisiti'

Pegawai pengendali Tribunal Rakyat BERSIH, Gurdial Singh Nijar membidas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam kerana menganggap siasatan awam terhadap penyelewengan pilihan raya itu sebagai satu 'aksi publisiti'.

Abdul Gani dilaporkan pada 19 September sebagai berkata bahawa tribunal itu tidak mempunyai kedudukan undang-undang dan menyifatkan kehadiran dua warga asing dalam panelnya sebagai "campurtangan" dalam hal ehwal Malaysia.

NONEGurdial (kiri) menegaskan bahawa tribunal yang serupa telah
ditubuhkan sebelum ini, seperti Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tribunal Russel-Sartre untuk menangani rasa tidak puas hati yang tidak ada orang lain akan mendengarnya.

Beliau berkata, Tribunal Jenayah Perang KL telah ditubuhkan berikutan pencerobohan ke atas Iraq pada 2003, manakala Tribunal Russell- Sartre berhubung jenayah perang yang didakwa berlaku sewaktu Perang Vietnam dan kemudiannya turut mendengar isu-isu yang lain.

Menurutnya, seseorang perlu berbuat sesuatu dan itulah titik tribunal  rakyat bagi memenuhi satu keperluan atas inisiatif masyarakat - kadang-kadang di peringkat nasional, kadang-kadang di peringkat global.

Sementara itu, pengerusi panel tersebut, Yash Pal Ghai nampaknya bersetuju dengan Gurdial dan menceritakan pengalaman negaranya,  Kenya, ekoran pilihan raya presiden pada 2007.

Pangkat Dan Kuasa: Utamakan parti terlebih dulu - Husam

Husam Musa KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menggesa ahli Pas supaya mengutamakan parti daripada memperjuangkan individu tertentu.

Bercakap di dalam Dialog Perdana di sini, bekas Exco Kerajaan Kelantan  itu mahu ahli Pas termasuk pimpinan menekankan soal akhlak.

“Misalnya kalau saya kalah jadi timbalan presiden, tidak mati lagi rasanya,  jadi jangan  runsing sangat sampai tidak dapat tidur, mungkin ada yang  tidak boleh tidur memikir masa depan Pas, bukan masa depan orang, sekali kita silap 20 hingga 100 tahun lagi kesannya,” katanya.

Sebelum ini berlaku ketidakpuasan hati dalam akar umbi Pas apabila Husam tidak dilantik kembali sebagai Exco Kerajaan Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Nama Husam antara yang disebut calon untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden selain Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Ketua Penerangan Pas Datuk Tuan Ibrahim  Tuan Man dan penyandang Muhammad Sabu.

Mengulas isu jawatan Timbalan Presiden Pas yang menjadi polemik antara golongan ulama dan profesional, Husam berkata, jawatan tersebut harus diisi oleh individu dalam Pas yang mempunyai kombinasi kepimpinan serta kelayakan yang diterima rakyat keseluruhan pada masa kini.

Perspektif AP: Berdaulatkan bahasa Melayu kita? & Kemiskinan Bandar

UN Security Council Takes Historic Vote on Syria

Deadly fuel-hike protests in Sudan

US and Iran to work on nuclear solution

Najib pertahan kerajaan BN tidak “rasis”

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpinnya tidak "rasis" serta mempertahankan pengagihan ekonomi kepada Bumiputera yang diumumnya baru-baru ini tidak meminggirkan kaum lain.

Dalam sesi temubual oleh personaliti CNN, Fareed Zakaria di New York, Perdana Menteri berkata, pentadbirannya tidak pernah meminggirkan sesiapa dan tidak pernah membela mana-mana ekstremis.

"Kita tidak pinggirkan sesiapa, tidak pula benarkan suara-suara ekstremis, rasis dan taksub tenggelamkan suara kesederhanaan," katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia hari ini.

Najib berkata, kerajaan Malaysia sama seperti negara lain mempunyai satu hasrat iaitu untuk melihat keamanan, kesejahteraan dan keharmonian dikecapi menerusi konsep kesederhanaan.

Kenyataan Najib bagaimanapun dilihat bertentangan dengan langkah yang diambilnya baru-baru ini apabila memperkenalkan pengagihan ekonomi berasaskan kaum yang dikenali sebagai langkah "pemerkasaan ekonomi Bumiputera".

"Kita (Malaysia) tidak mampu menghadapinya dan ini juga bukan politik yang bagus," katanya ketika menjawab soalan Fareed mengenai dasar afirmatifnya yang diumumkan baru-baru ini.

Hadi Ho gelar Zahid Hamidi senjata khas PDRM

Pengarah Siasatan Jenayah (CID), Datuk Hadi Ho Abdullah hari menggelar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai senjata khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani jenayah sambil melabelkan menteri itu tegas dan adil.

Hadi berkata, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri adalah satu-satunya menteri yang sanggup memikul tanggungjawab dan bekerjasama bersama PDRM dalam menangani jenayah.

"Ahmad Zahid adalah seorang menteri yang tegas, adil dan berani memikul tanggungjawab berhadapan situasi jenayah negara.

Pindaan Akta Pencegahan Jenayah bukan untuk kawal pembangkang dan NGO - Kata Zahid

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan Rang Undang-Undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang akan dibincangkan di Parlimen Isnin ini bukan bertujuan mengawal musuh politik Barisan Nasional (BN) dan badan bukan kerajaan.

Beliau berkata, tiga pengamal undang-undang akan dilantik bagi mengganggotai badan pencegahan jenayah yang merupakan hakim mahkamah tinggi, rayuan yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

"PCA bukan undang-undang menggantikan ISA. Kuasa menteri juga ditiadakan kerana kerajaan komited untuk tidak memberi kuasa kepada menteri bagi mengelak kerajaan dituduh menyalahgunakan kuasa oleh rakyat.

"Kami tidak layan perbezaan yang dikemukakan oleh pembangkang tetapi kerajaan serius dalam mengawal atau membasmi jenayah.

"Pembangkang jangan buat andaian tidak tentu pasal. Saya ucapkan terima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi sokongan pada pindaan undang-undang ini," katanya dalam satu forum pencegahan jenyah yang diadakan di Putrajaya hari ini.

Mencari Kambing Hitam: MRT Corps nafi projeknya sebabkan gangguan bekalan air

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menafikan dakwaan bahawa kerja pembinaan projeknya menyebabkan beberapa kejadian gangguan bekalan air berlaku.
   
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid, ketika menafikan dakwaan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), berkata gangguan berkenaan berlaku ekoran kewujudan perkhidmatan di kawasan yang tidak dipetakan dan perkara itu perlu ditangani syarikat utiliti terbabit. 
   
Beliau berkata perkhidmatan utiliti termasuk air, elektrik serta telekomunikasi dipetakan oleh pemiliknya dan semua kerja pembinaan yang memerlukan pemindahan sementara atau kekal adalah berdasarkan peta yang disediakan mereka.
   
"MRT Corp telah mengulang periksa data yang diterima daripada pemilik utiliti menerusi pemeriksaan secara imbasan dan fizikal di peringkat awal kerja.
   
"Bagaimanapun, sesetengah utiliti mungkin tidak boleh dikesan oleh alat pengimbas seperti plastik," katanya dalam satu kenyataan semalam.

TAHNIAH.. Rokok naik harga lagi... Mau pencen atau bagi duit kat kerajaan BN...!!!

 
Ni dia senarai baru harga rokok.. dah macam harga dinner plate kfc dah gua tengok..

Nak beli rokok or nak simpan duit tu?

P/s : jangan tengok kat situ..tengok kat sisi " kantung negara yang dah kering " ADAKAH NEGARA KITA HABIS WANG?

'Port' Syiah diserbu

Syiah GOMBAK - Serbuan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), ke atas markas  Syiah di Sri Gombak malam tadi  menemui jalan buntu apabila tiada seorang pun ahli Syiah yang berjaya ditahan oleh penguatkuasa.

Seolah-olah mengetahui kehadiran penguatkuasa, markas Syiah itu sunyi sepi tatkala serbuan dibuat.

Sebelum itu, penguatkuasa Jais terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk memecahkan mangga di pintu, sebelum berjaya memasuki markas berkenaan.

Tatkala menjejaki ke dalam markas berkenaan tulisan memuji serta memuja Saidina Ali tertera di dinding markas berkenaan.

Turut ditemui 'batu Karbala' serta kitab-kitab mengenai ajaran Syiah.

Semua kitab tersebut disita oleh Jais namun premis berkenaan hanya akan disita oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Serbuan diketuai oleh Penolong Pengarah Seksyen Perundangan dan Kesalahan Jais, Mohd Shahrom Maarof serta dianggotai oleh 25 anggota penguatkuasa.

Markas Syiah Sri Gombak di serbu JAIS

Dalam Kenangan: Bersemadilah pemimpin kami!

MUHAMAD MAT YAKIM

PAGI 6 Mei 2013 - sehari selepas PRU13 - saya hubungi Helmi Khalid, setiausaha akhbar Ustaz Azizan.

Helmi, kawan rapat saya sejak sekolah. Apabila kawan sendiri hilang pekerjaan dengan tumbangnya Kerajaan PR Kedah pada pilihan raya itu, sudah tentu saya perlu bantu jika dia memerlukan. Paling tidak bertanya khabar. Niat saya mahu pelawa Helmi kembali jadi wartawan. Itu pun kalau dia mahu.

Belum pun lama kami berhelo.  Helmi tiba-tiba beritahu dia terpaksa letak telefon.

"Sorry Mat, aku kena letak dulu. Ustaz dah sampai," katanya.

"Hang di mana ni? Bunyi kalut semacam ja...",  "Aku di KMC,  Ustaz sakit kaki, penyakit dia tu lah," jawab Helmi.

Mendengar kata-katanya,  rasa risau menyerbu minda saya.

Ustaz sakit! Ini penyakit kencing manis bukan main-main!

Sehari selepas pilihan raya baru dia pergi hospital. Maknanya sudah beberapa hari dia sakit sedangkan diabetiknya serius. Tidak seharusnya dia bertangguh  jumpa doktor.

Dan terfikir pula saya, cabaran terhebat yang dihadapinya ketika itu bukan daripada parti lawan tetapi dalam parti sendiri. Kasihan Ustaz Azizan!

Saya teringat cerita seorang rakan bahawa Ustaz beritahunya, dia bukan tidak mahu lepas jawatan. Tetapi sesiapa juga, apa lagi sebagai pemimpin, jika apa yang ada dalam tangan mahu direntap, sudah tentu kena bertahan.

Bukan untuk kepentingan diri tetapi amanah menjaga jemaah apa lagi negeri penting untuk diserah kepada orang yang sabar, penyerahan baton memerlukan suasana transisi yang kondusif.

Jadi atas  andaian itu, saya faham mengapa Ustaz Azizan tidak awal-awal pergi hospital yakni sebelum pilihan raya. Jika dia ditahan di wad,  ini akan jadi modal besar oleh pihak lawan dari luar, mahu pun  dari dalam!

Sesiapa pun juga pun tidak boleh menafikan hakikat pergolakan dalaman Pas Kedah waktu itu.

Sejak tarikh itu, Ustaz terus berumahkan hospital, dari KMC ke Hospital Pulau Pinang, balik ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar hingga ke rumah terkininya di kuburan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena sejak waktu Asar petang semalam - menepati wasiatnya mahu berjiran dengan mentor yang juga rakan karibnya, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor.

Dalam Kenangan: Azizan pernah jumpa Dr M - Dr Siti Hasmah

Dr Siti Hasmah 
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak pernah bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad selepas beberapa minggu menjawat jawatan itu.

Isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berkata, ketika itu Azizan mengunjungi Mahathir bagi mendapatkan pendapatnya berhubung pembangunan Kedah seawal pengambil alihan pentadbiranya selepas Pas memenangi PRU12, 2008 lalu.

Pertemuan itu diadakan di rumah mereka di The Mines, Seri Kembangan.

Siti Hasmah berkata, ketika pertemuan itu beliau turut bersama kerana ketika itu bukanlah satu kunjungan rasmi tetapi sekadar bertukar pandangan dan pendapat sebagai kenalan lama.

“Saya masih ingat dia tanya Mahathir, bagaimana hendak majukan Kedah ketika itu”, katanya.

Siti Hasmah berkata, Mahathir dalam nada bergurau menjawab, “kalau bagi tau formula menawan hati rakyat Kedah, bagaimana nanti nak menangkan BN semula”.

“Bagaimanapun perbualan lanjut mereka saya tidak saya ketahui.

Dalam Kenangan: Ustaz Azizan yang ku kenali...

Ustaz Azizan yang ku kenali...  
Penulis (depan, dua kanan) bersama rakan media bergambar bersama Ustaz Azizan selepas mesyuarat Exco terakhir sebelum PRU13 (3 April). Ketika itu Ustaz Azizan sempat berseloroh, “Mana tau, ni (gambar) yang terakhir dengan kamu semua”.
TANGGAL 24 Ogos 2013 pasti terpahat dalam memori saya kerana itulah kali pertama bertentang mata dengan Ustaz Azizan sejak beliau dimasukkan ke hospital akibat komplikasi diabetik.

Sebaik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang selepas menziarahi Ustaz Azizan di wad ICU (HSB), saya dibenarkan melawat, ditemani bekas Setiausaha Politik beliau, Muhammad Sanusi Md Nor dan beberapa ahli Pas yang turut berada di situ.

Sebaik melangkah ke bilik yang menempatkan Ustaz Azizan, hati tidak sekuat yang saya sangka.

Saya berdiri disisi Ustaz Azizan tanpa berkata-kata, hanya renungan yang mampu saya berikan.

Sedangkan dalam benak ini, banyak yang ingin saya katakan.

Ustaz Azizan ketika itu membuka mata apabila Muhammad Sanusi memanggil, “Ustaz, Linda Sinar mai tengok ustaz".

Ustaz Azizan merenung lama wajah saya. Saat itu, tidak tertahan air mata ini mengalir laju ke pipi.

Saya cuba berbual dan meluahkan beberapa patah perkataan, namun tak dapat diteruskan…

Muhammad Sanusi sekali lagi bertanya kepada Ustaz Azizan, “Ustaz ingat dak?”.

Ustaz Azizan membalas “Ingat”.

Arwah tetap merenung saya dengan kelopak matanya yang kuyu, seakan menggagahi diri untuk berbual.

Tiba-tiba Ustaz Azizan berkata, “Terima kasih” (kerana datang).

Sebaik sahaja kata-kata itu diucapkan, saya tidak mampu lagi bertentang mata dengan pemimpin berjiwa besar ini, yang cukup kuat melawan derita ketika itu.

Saya segera meminta diri dan berdiri seketika di luar pintu, cuba menenangkan diri.

Jururawat seolah-olah memahami perasaan saya dan memaklumkan kondisi Ustaz Azizan ketika itu.

Dalam Kenangan: Interbiu pertama selepas 70 hari Ustaz Azizan jadi MB

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN  & IZWAN ABD HALIM

Ustaz Azizan Abdul Razak nampak lebih segar dan ceria walaupun bebanan tugasnya makin berat. Berbekalkan pengalamannya hampir 15 tahun sebagai Adun, juga jawatannya dalam parti sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri mewarisi kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, dan pernah dipilih Naib Presiden, kini mengetuai kerajaan baru di Kedah, beliau tetap mudah didekati.


Pendekatannya mungkin ditafsirkan dalam pelbagai versi, namun dalam pertemuan dengan Harakah baru-baru ini, di rumahnya yang cukup sederhana, di Jalan Sultanah, Alor Star, Ustaz Azizan penuh yakin menjawab pertanyaan yang dibangkitkan. Difahamkan kakitangan kerajaan cukup tertarik dengan isi ucapan beliau, yang disulami fakta sejarah, rasional mudah dan hujah agama.

Malah beliau tetap simple, kemejanya masih di bawah harga RM30, dan pergaulannya dengan sesiapa jua kekal mesra. Ikuti intipati temubual Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman dan wakil Harakah di Kedah, Izwan Abdul Halim dengan Ustaz Azizan, jam 9 malam, Sabtu, 17 Mei lalu.

Harakah: Selalu orang mengukur keberkesanan pemerintahan baru dalam tempoh 100 hari pertama. Kita kini baru 70 hari, tapi rasanya tidaklah terlalu awal untuk Ustaz membuat rumusan khususnya terhadap perubahan-perubahan kerajaan baru negeri Kedah?

Ustaz Azizan: Alhamdulillah, kita berjaya mentadbir kerajaan negeri dengan baik dan kita dapat meyakinkan rakyat bahawa perubahan dalam pilihan raya lalu menguntungkan semua. Kita mendapat kerjasama yang cukup baik daripada semua, termasuk kakitangan kerajaan. Apa yang kita rencanakan mereka laksana.

Dengan Pusat pun kita nampak belum ada apa-apa masalah. Mungkin mereka mendapat arahan tertentu merujuk polisi-polisi kerajaan Kedah. Kita juga telah menunaikan sebahagian manifesto kita, dengan kerjasama kakitangan kerajaan.

Keseluruhannya pentadbiran kerajaan macam biasa. Jadi yang memerintah ini macam dulu, sambung kerja dengan baik, tidak ada satu perubahan mendadak, semua berjalan dalam keadaan normal. Mesyuaratnya, para exconya dan pelbagai lagi berjalan macam biasa.

Kita telah menyemak semula cukai tanah yang membebankan rakyat. Walaupun kita terpaksa menanggung kerugian, tapi kita boleh tammpung, Kita telah selesai pelantikan kerajaan tempatan seluruh Kedah, telah angkat sumpah. Mengenai ketua-ketua kampung, kita akan mula dalam masa terdekat.

Yang penting sekali, dasar kita difahami rakyat. Kita punya dasar yang telus. Bahkan dengan pelabur dan yang berkaitan ekonomi, kita menyatakan secara jelas, bahawa kalau boleh, boleh, kalau tak boleh, tak boleh. Semuanya secara telus, semuanya melalui atas meja, bukan bawah meja.

Respons nampak macam pelik. Dalam masa dua bulan ini, pelabur yang datang terlalu ramai. Masing-masing menawarkan untuk bekerjasama dalam pembangunan ekonomi Kedah.

Mungkin pada peringkat awal mereka bimbang kerana kita dari Parti Islam, tentulah beberapa imej negatif tentang Islam itu mereka bimbang. Tetapi setelah mengadakan siri perbincangan, lawatan dan saya sendiri menyatakan bahawa kita bukan seperti yang dijangkakan, mereka berpuas hati.

Kita akan meningkatkan usaha memajukan Kedah, meneruskan apa yang terdahulu asalkan baik. Hingga kini sudah puluhan bilion bertambah pelaburan ke Kedah, campur yang lama jadi RM83 bilion . Kita mengenakan syarat kepada pelabur agar pekerja nanti adalah anak tempatan. Ramai rakyat tempatan tidak ada kemahiran, kita syaratkan buka latihan, sekali gus dapat atasi masalah pengangguran.

Kita juga perkenal polisi mempertahankan tanah sawah di Kedah. Kita mendahului negeri lain, bahkan sebelum Pusat timbulkan isu jaminan makanan, kita sudah bercakap mengenainya. Lepas kita buat polisi tidak membenarkan penggunaaan tanah sawah selain untuk padi, baru timbul krisis makanan apabila Thailand dan Vietnam tidak menjual beras macam dulu. Maknanya kita buat keputusan yang betul.

Mengenang watak warna-warni Ustaz Azizan

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN (Februari 2012)

Ketika saya tiba di rumah Ustaz Azizan Abd Razak, di Sungai Limau, Yan, seawal jam 9 pagi Tahun Baru Cina, 23 Januari lalu, sudah ada tiga aktivis PAS tempatan bersembang santai dengan Menteri Besar Kedah itu. Suasana ceria. Sekali imbas umpama murid dengan tok guru, juga bagai rakan dengan sahabat lama.


Sesekali perbualan mereka, yang banyak menyentuh cerita-cerita lama, disulami gelak-ketawa yang menyenangkan. Saya tumpang seronok mencuri dengar kisah lama Ustaz Azizan. Wajahnya jelas terpancar kelegaan meskipun banyak isu-isu panas Kedah diperdebatkan di peringkat nasional.

Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid membisikkan, "beginilah keadaan Ustaz jika bercuti di rumahnya". Sambil mempelawa saya duduk di ruang tamu yang agak sempit, hanya dihiasi rak-rak buku dan sofa lusuh, Ustaz Azizan yang berkain pelikat berbaju pagoda putih, terus menjemput kami menjamah sarapan.

Saya bersama Helmi dan Azamin Amin, wartawan Harakah Kedah, sebenarnya telah mengalas perut di pekan kecil tidak jauh dari rumah Ustaz Azizan, di tepi Jalan Alor Setar - Sungai Petani itu. "Ustaz macam terkilan kerana tidak dapat lagi bersama rakyat di pasar dan kedai makan seperti ini kerana kekangan masa," kata Helmi, semasa kami menikmati nasi berlaukkan ikan keli sambil menunggu roti canai serta kari kepala ikan dibungkus untuk 'bosnya'.

"Lutfi, ini pertama kali datang rumah ana?" tanya Ustaz Azizan, ramah dan mesra. Saya perhatikan, rupanya tetamu terdahulu juga menitip makanan. Isteri Ustaz Azizan sendiri yang keluar membawa minuman.

"Ya, ana tak pernah datang lagi, dulu buat interbiu dengan Ustaz di Alor Setar," balas saya perlahan, sambil menjeling suasana rumah yang cukup sederhana. Ada rakan-rakan yang pernah mengaitkannya dengan kediaman Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan Tok Guru Abd Hadi Awang: "Rumah Ustaz Azizan lagi simple, 'kan?"

Selang beberapa ketika, salam diberi dan pintu dikuak. Kunjungan tetamu lagi, rasanya tiada temujanji dibuat, juga orang tempatan. Daripada reaksinya, Ustaz Azizan kenal rapat dengan mereka. Turut dibawa bungkusan kecil nasi lemak dan dadih. "Masin sikit dadih ini," tegur Ustaz Azizan.

Muktamar PAS dan jangkaan rakyat

Sebuah parti politik semestinya mempunyai cita-cita untuk memerintah negara dengan membawa dasar partinya ke dalam kerangka kerajaan dan menjadikan pemerintahannya berkesan mengatasi masalah yang dihadapi rakyat.

Bukan itu sahaja , bahkan parti politik perlu mempunyai aspirasinya untuk menyuntik nilai kebebasan dan prinsip moral yang tinggi bagi mencapai erti kemanusiaan dan harga diri.

Dasar pemerintahan dan falsafah kemanusiaan perjuangan parti mesti disampaikan kepada orang ramai melalui kepimpinan yang mampu memberi pencerahan dalam laras bahasa difahami orang awam.

Rasional kepartian

Dalam kejelasan itu, parti politik juga terpaksa melalui rasional organisasi kepartian yang melibatkan dinamika bagaimana ahli dan kepimpinan menanggap cita-cita tersebut di mana aspek ideologi menjadi titik perdebatan ahli dan kepimpinan membentuk evolusi parti tertentu dalam proses aktiviti politiknya.

PAS sebagai parti politik yang berpaksikan ideologi politik Islam kini melalui proses dinamika antara desakan menuju cita-cita kepemerintahannya dan desakan ahlinya yang khuatir kepada hilangnya jati diri ideologinya.

Situasi ini semakin menjadi dalam suasana pemilihan parti yang akan menyaksikan siapa yang paling tepat kejelasannya dalam membentuk kepimpinan dan masa depan politiknya.

Mengambil posisi

Adalah signifikan bagi ahli dan kepimpinan parti PAS hari ini mengambil posisi yang jelas ketika kita berhadapan dengan keperluan memerintah dan mengekalkan jati diri prinsip perjuangannya kerana dari posisi ini PAS akan lebih mudah menyatakan hasratnya kepada rakyat Malaysia dan kepada ahlinya ke mana hala tujunya.

 PAS dan kepimpinannya harus menyatakan niatnya untuk menjadi kerajaan kepada rakyat Malaysia melalui apa sahaja keputusan strategik yang diambilnya dengan meletakkan asas kewujudan negara ini sebagai komitmennya. Ini bermakna , ia harus juga komited kepada prinsip demokrasi secara berpartisipasi, mengiktirafi kepelbagaian, menyegarkan masyarakat sivil dan membawa agenda reform dalam dasar negara.

Komitmen ini mesti dijelaskan juga kepada ahli yang kadang-kadang terkeliru dengan menganggap komitmen kepemerintahan PAS akan menggadai jati diri prinsip Islamnya kerana penegasan kepimpinan selama ini ialah dalam bentuk format dan dan kerangka perundangan semata-mata yang jauh capaiannya dalam konteks politik kenegeraan.

Keindahan manusia di sebalik pemergian Ustaz Azizan

Sejurus selepas PRU-13, allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak dimasukkan ke hospital dan beberapa hari selepas itu, kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat kencing manis.

Ketika itu, ramai yang masih hangat mengulas mengapa Pakatan Rakyat tidak berjaya menakluki Putrajaya. Walaupun prestasi Pakatan Rakyat meningkat tujuh kerusi di atas kertas, secara makronya PR dan PAS dilihat mengalami prestasi menurun kerana jumlah negeri yang dikuasai mereka menurun.

PAS kehilangan Kedah, manakala Perak terus kekal di bawah BN pada 2013 tidak sepertimana yang berlaku pada 2008.

Kerana keadaan Ustaz Azizan yang kurang sihat dan menyayatkan hati ketika itu, tiada yang sanggup atau sampai hati untuk mengulas secara khusus prestasi PAS di Kedah.

Contoh terbaik ialah sikap yang diambil Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel),  Prof Mohammad Redzuan Othman ketika membentang kajian mengenai keputusan PRU13 di bulan Mei yang lalu.

"Saya tidak mahu mengulas terlalu panjang memandangkan (bekas MB Kedah) Tan Sri Azizan Abdul Razak kini berada di hospital, tapi kita semua tahu keputusannya (pilihan raya),” katanya yang masih diingat saya sehingga hari ini. Sikap ini adalah satu sikap terpuji dan ia simbol keindahan watak makhluk bergelar manusia.

Ahli dan pemimpin PAS juga tidak bercakap mengenai kehilangan Kedah. Jika bercakap pun, semua menampilkan akhlak yang tinggi dengan hanya memfokuskan kepada kebaikan yang dibawa Ustaz Azizan selaku mantan Menteri Besar Kedah seperti Kolej Insaniah dan kebersihan pentadbirannya daripada unsur rasuah.

Tiada perkara negatif yang didengari di media. Tiada yang menuding jari kegagalan PAS di Kedah.

Begitulah indahnya keadaan watak manusia, terutamanya ahli PAS ketika mengulas politik Kedah ketika Ustaz Azizan uzur sehinggalah kembali ke pangkuan Ilahi pada 26 September.

Kaji balik hubungan Pakatan Rakyat kerja kurang bijak, kata Mat Sabu


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan untuk mengkaji balik hubungan dengan parti dalam Pakatan Rakyat sebagai satu tindakan 'kurang bijak'.
"Bagi saya bercerai dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekarang satu perkara yang tidak baik. Istana yang kita bina sejak sekian lama, tiba-tiba kita nak runtuhkan begitu saja. Ini tindakan paling kurang bijak," katanya.
Mohamad berkata demikian dalam wawancara khas dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.
Beliau mengulas cadangan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib yang mencadangkan PAS mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan parti dalam Pakatan khasnya dengan PKR.
Cadangan Haron itu kemudiannya dijadikan resolusi dalam Multaqa Ulama Se-Malaysia yang diadakan di Alor Setar baru-baru ini.
Mohamad berkata, PAS sudah bekerja sejak sekian lama untuk mendapatkan undi orang bukan Islam khasnya Cina dan India di negara ini.
Ini kerana, katanya, PAS memerlukan undi mereka bagi membolehkan PAS menang dalam pilihan raya kerana ia berdasarkan undi popular.
"Kita sakit kepala setiap kali pilihan raya untuk menang kerana ia berdasarkan undi popular atau undi orang ramai.
"Jadi, kita akan tolak kawasan pilihan raya yang mempunyai peratusan orang bukan Melayu lebih 20 peratus kerana tahu tidak akan menang," katanya bercerita mengenai bagaimana PAS berjuang untuk mendapatkan undi mereka sebelum ini.
Katanya, sejak 2008, suasana itu sudah berubah iaitu orang Cina dan India sudah tidak takut menyokong PAS hasil kerjasama PAS dengan parti dalam Pakatan Rakyat dan pendekatan lain yang dibuat oleh PAS.
"Bagi saya ini satu rahmat. Kita sudah exhausted (keletihan) untuk mendapatkan sokongan mereka sebelum ini. Tiba-tiba kita dapat," katanya.
Beliau berkata, pelbagai usaha cuba dibuat oleh MCA dan Umno sendiri untuk menjauhkan semula orang Cina dan India dari PAS tetapi tidak berjaya selepas 2008.
"Masa pilihan raya 1999 lalu, MCA letakkan serban di atas kepala Karpal Singh dan Lim Kit Siang, mereka kalah di Pulau Pinang.

First contact between U.S., Iranian Presidents since 1979

Exclusive: Mitt Romney on Iran, Syria

UN set to vote over Syria weapons

Nairobi mall: What went wrong?

In a league of banana republics

The retrogressive PCA Bill has put us in a position where people run the risk of being detained without trial and where our society will never be at peace with itself.

By Kua Kia Soong

The amendments to the Prevention of Crime Act (PCA) which allows detention without trial is symptomatic of a failed transformation programme by the Najib government to bring the country into the league of nations that follow the rule of law.

No other country that espouses adherence to democracy and human rights uses detention without trial laws to tackle crime.

The reasons why this situation has come about and why the government has been helpless in implementing the Independent Police Complaints & Misconduct Commission (IPCMC) perhaps point to more sinister factors involving skeletons in government leaders’ cupboards.

And the reason why organised crime has become so intractable in recent years points to rotten apples in the police barrel.

We have had some hints of that recently. You will remember that after he retired, the former IGP Musa Hassan had revealed political influences on the police force to release certain individuals. This IGP’s former aide de camp, Noor Azizul Rahim in turn retaliated by accusing Musa of wrongdoings and silencing critics.

I can’t think of any other reasons for the impunity enjoyed by the police despite the annual human rights violations relating to detentions without trial, deaths in police custody and deaths through police shootings. After all, the IPCMC was one of the recommendations by the Royal Commission on the Police in 2005.

Najib’s ‘totally detached from reality’

PM and government are using statistical figures to justify price hike, trying to show the recent diesel and petrol hike has no impact on general Malaysians, claims Bandar Kuching MP
KUCHING: Prime Minister Najib Tun Razak and his ministers are “totally detached from reality” and have no clue as to how much the hike in petrol and diesel prices is hurting the common man’s pocket, claimed DAP Sarawak.
“The Prime Minister is trying to portray an image that the recent diesel and petrol price hike by the BN government has no impact on the lives of the general Malaysians.
“The government is using statistical figures to justify the price hike, but this is not the reality” Chong told a press conference today.
Chong described as ‘unsatisfactory’ a reply by the Prime Minister during the ongoing Parliamentary sitting hen asked about the effects of inflation following the recent petrol and diesel price hike.
Najib’s reply, according to printouts distributed to reporters during the press conference, reads, “based on economical simulation, the impact of subsidy reduction at 20 sen per litre of petrol and diesel is projected to caused inflation or consumer price index (CPI) increment at around 0.8 percent”.
“This means, if the CPI growth rate for August 2013 is 1.9 percent, the reduction of petrol and diesel subsidy by 20 sen per litre from September 2013 is predicted to increase CPI for September to 2.7 percent.
“The key CPI components that would register increases are food and non-alcohol beverages indices at about 1.0 percent and the transportation index at around 3.0 percent.
“This is because both components are among the major contributors towards the CPI,” Najib’s said in the statement.
Speaking at a press conference here, Chong, who is also the Sarawak DAP chairman produced his own statistical figures in response of Najib’s.
“For an average household in Sarawak town areas, the conservative estimate of the monthly petrol consumption before the price hiks is RM200.
“With the 20 sen per litre hike, the additional expense on petrol consumption alone is RM40 per month. In a year, the additional petrol consumption alone is RM480,” said Chong.
Household expenses up