Khamis, 26 September 2013

Maafkan Utusan: Baik Sungguh Hati Lim Kit Siang, DAP



DAP sudi maafkan Utusan Malaysia berhubung Tanda Putera
DAP hari ini menerima permohonan maaf akhbar milik Umno, Utusan Malaysia kepada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berhubung artikel melibatkan filem kontroversi Tanda Putera.
Pengerusi DAP, Karpal Singh bagaimanapun berkata ini adalah kali terakhir parti itu menerima permohonan maaf akhbar tersebut.
"Kami terima permohonan maaf mereka namun Utusan tidak lagi boleh terus berbohong. Kami berikan peluang ini untuk mereka berubah," katanya dalam kenyataannya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Akhbar berkenaan menulis artikel bertajuk "Cuba sembunyi kebiadapan DAP" yang mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang menghalang tayangan Tanda Putera di negeri berkenaan bagi menyembunyikan perlakuan biadap pemimpin DAP.
Pemimpin yang dipaparkan dalam laporan berkenaan adalah Lim Kit Siang, yang didakwa kencing di tiang bendera di hadapan rumah menteri besar Selangor ketika itu sewaktu insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Negeri pengeluar petroleum ramai rakyat miskin


KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan mewujudkan mekanisme bagi menentukan keberkesanan peruntukan yang dibelanjakan kepada rakyat.

Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah (PAS-Kuala Terengganu) berkata, kerajaan harus memberikan perhatian kepada peningkatan taraf hidup rakyat di luar bandar dengan bantuan yang diberikan.

"Sepatutnya laporan bajet diukur mengikut jumlah peruntukan dan juga jumlah yang dibelanjakan iaitu laporan mesti mengukur keberkesanan untuk mengurangkan dan menghapuskan kemiskinan.

"Oleh itu perlu satu mekanisme diwujudkan supaya menyentuh bagaimana berkesannya peruntukan yang telah dibelanjakan dan bukan hanya melibatkan statistik iaitu berapa ribu kilometer jalan yang telah dibina tetapi berapa berkesankan jalan telah dibina itu untuk manaikkan taraf hidup kemiskinan di kawasan luar bandar," kata beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga berkata, Majlis Penasihat Petroleum Negara perlu dihidupkan semula seperti dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Hal ini kerana katanya, negeri-negeri pengeluar utama petroleum seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak masih menunjukkan kadar kemiskinan tertinggi.

Kerajaan BN digesa perinci kos penjenamaan negara

ZuraidaKUALA LUMPUR, 26 SEPTEMBER: Ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menuntut kerajaan menjelaskan sama ada kerajaan masih menggunakan perunding FBC Media, untuk menggilap imej Malaysia di luar negara.
Dalam soalan lisan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zuraida menggesa kerajaan memperinci perbelanjaan, jenis media dan status perunding yang mengendali kempen penjenamaan Malaysia di luar negara.
“Apa skop kerja dan pecahan kos penjenamaan negara,” soal Zuraida dalam soalan lisannya di Dewan Rakyat.
“Tindakan telah diambil oleh BBC (British Broadcasting Corporation) dan Consumer News and Business Channel (CNBC) kerana memapar cerita buruk dan plasu
“BBC dan CNBC telah tamatkan kontrak FBC,” ujar Zuraida.
najib-bbc-fbc-media1Pada Ogos 2011, siasatan akhbar United Kingdom, The Independent mengesahkan kerajaan Malaysia memperuntuk RM57 juta kepada FBC Media (UK) untuk ‘Kempen Strategi Komunikasi Global’ pada 2008 dan 2009.
KEADILAN mempersoal tindakan kerajaan berbelanja sebanyak RM1.5 juta menempah iklan memaparkan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah mansor dalam sebuah akhbar Amerika Syarikat, New York Times.
Terdahulu, Zuraida mempersoalkan keberkesanan program kefahaman Islam yang disiarkan TV Al-Hijrah sejak 2010, dengan kos berjumlah RM30 juta melalui peruntukan Jabatan Perdana Menteri.

Ulasan Orang Paling Dekat Dengan Almarhum Ustaz Azizan Razak


http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/q71/s720x720/1378502_655941544430377_1450547852_n.jpg Muhammad Sanusi Md Nor

Kereta dan motokar polis di hadapan melambai-lambai membuka laluan. Dalam van yang bergerak perlahan itu, dadaku sebu basah tersiram pilu, air mata bergenang dan meleleh beberapa kali. Beberapa detik ketika bersamanya sepanjang perjuangan yang panjang berliku liku, melintas sekali sekala.

Aku sedang bersama beberapa orang anak-anak ustaz dan bekas pengawal pribadinya, mengiringi perjalanan terakhir seorang ayah, seorang pemimpin ulung, seorang mujahid, pemikir, tokoh ulamak, dan sesusuk tubuh guru bangsa yang terkujur di kerandanya.

Berakhirlah ujian derita buat dirinya di katil hospital. Juga berakhirlah curahan tunjuk ajar, teguran, kekayaan pengalaman yang menginpirasikan pedoman dan mutiara-mutiara dari ilmunya yang merentasi lapangan dan disiplin - buat aku dan sahabat-sahabat yang mendampinginya. Hilang juga seorang pemimpin dengan gagasan murni untuk membangunkan masyarakatnya. Pergilah selama-lamanya seorang insan yang mewakafkan seluruh hidupnya untuk Islam dan ummah.

Di kiri kanan jalan, orang ramai berdiri tanpa di suruh, memegang kamera dan telefon, merakam perjalanan terakhir itu. Aku dapat melihat deretan semua bangsa dan kaum, kecil dan besar, memerhati penuh sayu dan sepi, wajah mereka sugul, menghormati perjalanan seorang insan istimewa.

Kenderaan di seberang berhenti di tepi, pemandu jentolak turun dari mesinnya, berdiri sayu di depan jentolaknya yang sedang memunggah tanah. Motosikal pemuda berbagai latar belakang mengiringi di kiri dan kanan, sekejap laju sekejap perlahan.

Dunia menjadi senyap dan sepi, di belakang van, ribuan manusia mengekori, di dataran Muassasah Darul Ulum, yang tersergam dengan kegigihannya, puluhan ribu lagi sedang menanti. Selepas Ustaz Fadzil Noor, baru kali inilah senario itu berulang lagi. Di situlah dia akan bersemadi... Wajah terakhirnya mengukir sekuntum senyuman. Pasti indah alam yang menantimu....Pimpinanku Ustaz Azizan Abdul Razak. Hilangmu tiada ganti. Al-Fatihah!

SPRM belum dedah laporan beli undi, dakwat kekal pada PRU13

Sim_ParlimenKUALA LUMPUR 26 SEPTEMBER: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tsin mempersoalkan status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pembelian undi yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
“Saya bersama bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (Datuk Halim Hussin) melakukan siasatan, menemui bukti dan menyerahkan kepada SPRM.
“Ia berlaku dan diketahui oleh seluruh rakyat Pulau Pinang. (Malangnya) SPRM kata tidak ada kes,” katanya.
Dalam pada itu, Sim turut menuntut penjelasan berhubung siasatan sama ada wujud unsur rasuah dalam pemberian tender kepada pembekal dakwat kekal yang digunakan dalam PRU-13.
“Apakah kes ini dibuka dan dan apa status siasatan?” soalnya ketika mencelah dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) hari ini.
Sim mengulas pendedahan pegawai Pusat Pemantauan & Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir dalam prosiding Tribunal Rakyat bahawa wujud 1,705 kes penyelewengan sepanjang PRU-13.

Menjelang 2014, Selangor Pergiat Usaha Tarik Pelaburan Asing

HI-TEA
PETALING JAYA, 28 SEPT : Walaupun ekonomi global masih tidak menentu, Selangor mengekalkan prestasi yang memberangsangkan dan berharap kejayaan itu berterusan hingga ke tahun hadapan melalui siri-siri kerjasama bersama pelabur asing.
Bercakap kepada diplomat dan delegasi dari dewan perniagaan asing di majlis minum petang di Intan Suite, Hotel Hilton Petaling Jaya, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata prestasi konsisten dan prasarana pendidikan yang baik menawarkan nilai tambah kepada peluang pelaburan di negeri ini.
“Pada 2012 dan 2013, kita mencatatkan prestasi yang lebih kuat dari segi pelaburan domestik dan pelaburan semula. Kita masih berharap untuk menarik pelaburan asing pada separuh tahun kedua 2013 dan pada 2014 khususnya. Justeru, kita merancang untuk mengiatkan lagi kerjasama antarabangsa dan misi dagangan dan pelaburan,” kata Khalid.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air perlu jawab 3 persoalan utama kata Pakatan

ketthaPakatan Rakyat telah menubuhkan jawatankuasa untuk menggubal Bajet Alternatif 2014 pada Julai, 2013 yang lalu . Beberapa siri perbincangan telah diadakan untuk mendrafkan Bajet Alternatif 2014.
Sidang akhbar pada hari ini merupakan salah satu siri agenda menjelang pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri. Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin merupakan kordinator jawatankuasa Bajet Alternatif 2014 bagi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).
KeTTHA memainkan peranan yang penting dalam memastikan kualiti pembekalan elektrik adalah mencukupi dan selamat.
KeTTHA juga perlu memastikan penghasilan elektrik tidak akan memberi kesan yang negatif terhadap persekitaran, ini merupakan matlamat yang baik, tetapi hakikatnya tidak senang untuk dicapai.
Dalam Bajet 2014, KeTTHA perlu memberi perhatian kepada 3 persoalan utama:
1. Adakah Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menaikkan tarif elektrik pada tahun 2014?
Pengerusi dan CEO TNB Datuk Seri Azman Mohd telah mengumumkan bahawa mencadangkan kepada kerajaan untuk meningkatkan tarif elektrik kepada pengguna tempatan yang mengguna lebih dari 200 kwh. Cadangan in adalah berdasarkan kepada peningkatan harga minyak mentah.
Kini, ia terpulang kepada KeTHHA dan juga kabinet untuk memutuskan samaada akan meningkatkan tarif elektrik atau tidak, rakyat juga ingin tahu, adakah BN merupakan Barang Naik?
Sejak dahulu lagi, Pakatan Rakyat telah mencadangkan agar perjanjian antara TNB dan juga Independent Power Producers (IPP) disemak semula, kerana caj yang dikenakan oleh IPP terhadap TNB adalah keterlaluan.

Sabitan Akta Perhimpunan Aman tidak wajar – Nik Nazmi

nik-nazmi batik 01 Tindakan mensabitkan Setiausaha Pengelola KEADILAN Johor, di bawah Akta Perhimpunan Aman ialah sesuatu yang amat memalukan terhadap usaha negara melindungi hak asasi manusia.
Ini merupakan suatu penghinaan terhadap hak asasi rakyat untuk berhimpun sebagaimana terjamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Denda sebanyak RM6,000 atau penjara 3 bulan ialah suatu hukuman yang terlalu berat hanya di atas kegagalan memberikan notis 10 hari kepada pihak berkuasa.
Tempoh notis ini tidak munasabah sebagaimana pernah disuarakan oleh Majlis Peguam. Pihak berkuasa tidak memerlukan 10 hari untuk mengawal trafik atau mengawal orang ramai memandangkan itu adalah objektif notis.
Selain daripada itu, banyak demonstrasi dan perhimpunan pro-kerajaan yang dibuat tanpa mematuhi tempoh notis 10 hari tetapi tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa mahupun pihak penganjur didakwa.

Anwar beri amaran isu persempadanan semula atau berdepan BERSIH 4.0

anwar whitePakatan Rakyat tidak akan membenarkan isu persempadanan semula kawasan pilihan raya dibahas di Parlimen jika ia tidak dilakukan dengan telus dan adil, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya beri amaran kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pakatan tidak akan membenarkan amalan korup, penipuan SPR ini dibentangkan dan perbahasan berhubung persempadanan semula,” katanya.
Beliau memberi amaran itu di New York Ahad lalu pada sesi soal jawab bersama kira-kira 100 peserta, kebanyakannya rakyat Malaysia yang menuntut dan bekerja di Amerika Syarikat.
Dipetik dari Malaysia Kini, Ketua Pembangkang itu berkata, keputusan itu disimpulkannya selepas berbincang dengan Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.
“Jika mereka teruskan (dengan persempadanan semula), akan ada masalah. Saya boleh janjikan pada anda, di dalam dan di luar Parlimen, kita akan jadikannya isu besar, kita tidak akan mengalah,” katanya.
Proses persempadanan semula dijangka bermula pada hujung tahun ini. Ia dilihat bakal memberi kesan besar terhadap keputusan pilihan raya umum akan datang.
Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, rakyat akan membantah sekeras-kerasnya isu persempadanan semula melalui Bersih 4.0 jika dilaksana tanpa prinsip adil dan dipersetujui semua pihak.

Pelan Pendidikan: RM20j pada McKinsey, BN ketepi anak tempatan

FahmiKenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, bahawa RM20 juta yang dibayar kepada firma perunding McKinsey and Co untuk menjalankan kajian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia adalah “berpatutan kerana ia melibatkan eksesais yang besar” menjadi bukti ulung kegagalan Umno-BN membangunkan kemahiran dan keupayaan anak watan.
Malah tindakan Muhyiddin meneruskan budaya Umno-BN mendapatkan nasihat strategik daripada firma-firma luaran berkaitan isu yang cukup kritikal seperti pendidikan seakan-akan cemuhan atau tamparan terhadap kebolehan pegawai kerajaan untuk menggariskan dasar-dasar yang amat penting kepada masa depan negara.
Umum sedia maklum kontroversi yang pernah timbul dari hubungan Umno-BN dan firma-firma rundingan sebelum ini, termasuklah kontroversi bayaran hampir RM77 juta kepada firma APCO yang berkait konsep 1Malaysia serta firma-firma rundingan yang berkait projek GTP, ETP dan sebagainya.

Rosmah dan Bendera Malaysia Terbalik.. Mana Laporan Polis?

Bayangkan, jika bendera ini orang PR yang buat.. Jiga pembangkang duduk tempat Rosmah tu, nescaya akan terpekik lah Perkeso, Beras Jati dan lain-lain Ngok-ngok totok tayang gigi kat tv terkumat kamit.

Maka seminggulah muka depan tv dan akbar dok putar cerita ni siap report polis lengkap.
Dalam program ni.. Takda sapa berani tegur bendera kita terbalik kod!!! 
Apa pun tak boleh!!!
Apa pun tak boleh!!!
Apa pun tak boleh!!!
Apa pun tak boleh!!!
Puih..
Mana Macai nie.. Cepat la Bertindak... 

Ust. Abdullah Khairi - Hidayah Milik Allah, Bukan Milik Manusia

Pemergian Ust Azizan satu kehilangan bagi PAS

DAP menerima permohonan maaf Utusan

Kerajaan BN Nafi Dakwaan 1.4j Warga Bangladesh Akan Dibawa Masuk

Selangor Rancang Naikkan Elaun Guru KAFA

Nuclear Advance: Iran's Rouhani wants deal 'in 3 to 6 months'

Death toll in Sudan fuel protests rise

Tambak muara sungai T'ganu jejas penduduk

MP PAS Parit Buntar bahas Bajet Tambahan 2013 Peringkat JPM

MP PR bahas Bajet Tambahan 2013 Peringkat JPM

MP DAP Seputeh bahas Bajet Tambahan 2013 Peringkat JPM

MP PAS Kota Raja bahas Bajet Tambahan 2013 Peringkat JPM

MP PKR Ampang bahas Bajet Tambahan 2013 Peringkat JPM

Ku Li seeks 40 year delayed review on Sabah, Sarawak

Protest against Sarawak dams outside Parliament

Egypt children held in adult prisons

'Orang Minyak' Separuh Bogel, Ditangkap Di Terengganu

Kumpulan Anti-Lynas,Fuziah Serah Memorandum Kepada Menteri

DAP terima keputusan Mahkamah Tinggi esok, kata Guan Eng


DAP akan mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok sama ada ia boleh mengadakan pemilihan semula pada Ahad melalui sebuah kongres khas kebangsaan atau sebaliknya.
Setiausaha agungnya, Lim Guan Eng (gambar) berkata perkara berkenaan termaktub di dalam perlembagaan DAP dan seandainya mahkamah membenarkan perintah injunksi, maka kongres khas tidak boleh diteruskan pada Ahad untuk mengadakan pemilihan semula.
“DAP terkejut dengan tindakan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS) Datuk Abdul Rahman Othman yang terus mendesak DAP tidak mematuhi arahan bagi mengadakan kongres kebangsaan.
“Sehingga hari ini, beliau hanya berkomunikasi melalui media massa tanpa menulis sebarang surat rasmi menunjukkan sikap tidak profesional dan tidak bertanggungjawab apabila enggan memberikan sebab bertulis kepada keputusannya supaya diadakan pemilihan semula, yang menyebabkan DAP sendiri tidak tahu apa sebenarnya kesilapan telah dilakukan parti.
“Abdul Rahman sepatutnya membaca perlembagaan DAP dengan cermat untuk menyedari bahawa terdapat klausa khusus yang membenarkan pemilihan parti untuk melantik Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) diadakan melalui kongres khas dan bukan sahaja melalui Kongres Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Lim berkata dalam hal kongres khas, notis tujuh hari kepada perwakilan adalah mencukupi, manakala notis minima 10 minggu diperlukan bagi Kongres Kebangsaan.
Katanya, DAP telah memberikan notis tiga minggu, lebih daripada satu minggu yang dikehendaki bagi kongres khas.

35 tahun dalam PAS, ini kempen paling teruk, kata Mat Sabu


Mohamad Sabu luah kebimbangan fenomena cara kempen PAS terkini. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 September, 2013.Mohamad Sabu luah kebimbangan fenomena cara kempen PAS terkini. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 September, 2013."Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Katanya, apa yang berlaku dalam PAS sekarang amat mengejutkan terutama mengenai perubahan minda di kalangan ahli PAS.
"Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti," katanya dalam satu wawancara khas dengan The Malaysian Insider.
Mohamad berkata demikian sebagai mengulas pendekatan kempen yang dibuat sesetengah ahli dan pemimpin PAS bagi menghadapi Muktamar ke-59 November ini di Shah Alam, Selangor.
Pelbagai kempen dijalankan oleh ahli PAS termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui oleh masing-masing dengan menjadikan Facebook, sms dan blog sebagai medan utama.
Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, dalam PAS ada tatacara pemilihan walaupun tidak dilembagakan.
Katanya, ia menjadi satu kefahaman umum bahawa kempen terbuka tidak digemari dan tidak dizinkan walaupun tidak dilembagakan.
Tetapi kini, katanya, ia sudah menjadi trend baru di kalangan ahli PAS.
"Saya sendiri sebagai ahli veteran kadang-kadang terpinga-pinga melihat perkembangan terbaru dalam parti ini," katanya.

Harga petrol RON95 akan naik lagi? Rakyat terus jadi mangsa.....

KUALA LUMPUR: Baru sahaja dinaikkan sebanyak 20 sen awal September lalu, spekulasi harga petrol RON95 bakal dinaikkan lagi dalam masa terdekat mula tersebar.

Dikatakan pengumuman berkaitan kenaikan harga baru itu akan dibuat oleh kerajaan dalam masa dua minggu ini.

Menurut cakap-cakap di media sosial, sorang menteri di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) ketika satu jamuan makan malam di sebuah hotel beberapa hari lalu, telah mengesahkan akan ada pengumuman penting oleh kerajaan dalam masa terdekat.

Jika spekulasi ini benar, bermakna rakyat negara ini bakal bertambah lgi bebenan mereka khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Sejak RON95 dinaikkan pada 3 september lalu, rata-rata rakyat merungut bukan sahaja terbeban kerana terpaksa membeli minyak lebih mahal, malah kesan berantai yang menyebabkan harga barangan keperluan juga naik.

Nazri Jr 'beli banglo RM7j', Nazri Sr: Bukan masalah saya..!! Mewahnya mereka.....



 
Sekali lagi anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mencuri perhatian atas dakwaan negatif. Dan sekali lagi, bapanya menolak dakwaan itu dengan dengan gayanya tersendiri.

Kali ini, anaknya Mohamed Nedim didakwa membeli rumah banglo dengan harga RM7.2 juta.

"Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya," kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: "Rumah apa?"

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim.

Penyelaras NGO itu Badrul Hisham Shaharin berkata, bagi seorang anak muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, kemampuannya membeli harta tanah itu "amat meragukan",

Ust Azizan lambang pemimpin penuh toleransi

Pemergian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak ke rahmatullah jam 11:10 pagi tadi merupakan perkhabaran sedih buat dunia politik tanah air.

Menurut Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, arena politik negara kehilangan seorang ahli politik yang berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.

"Kita kehilangan besar," katanya ringkas ketika sesi sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Sementara menurut ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, beliau turut terkesan dengan pemergian Allahyarham Azizan.

"Salam takziah daripada saya, kita hilang satu kekuatan dalam Pakatan Rakyat, semoga roh beliau dicucuri rahmat," katanya.

Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub turut  mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azizan.

"Beliau seorang pemimpin Pas yang sederhana yang patut menjadi contoh kepada pemimpin pembangkang.

"Seorang yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan dan cintakan perpaduan ummah Melayu.

"Pemergiannya merupakan kehilangan seorang tokoh Islam dan Melayu kepada rakyat negara ini," katanya.

Pemimpin Pas yang kami ditemui di Parlimen turut mengungkapkan kesedihan di atas pemergian Allahyarham.

"Kita masih teringat sumbangan beliau yang cukup besar pada kerajaan pada sesi lepas dan kami dikalangan pemimpin Pas ucapkan takziah," kata ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Lensa: Penghormatan Terakhir Buat Allahyarham Ust. Azizan, Agong Turut Ziarah

 
 
 

Jenazah Ustaz Azizan selamat dikebumikan jam 5.30 petang tadi.

Jenazah bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia hari ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena dekat sini kira-kira 5.30 petang tadi.

Jenazah Azizan yang dibawa dari Masjid Nurul Ihsan, Jalan Langgar dekat sini tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 4.50 petang.

Antara yang hadir mengiringi jenazah di tanah perkuburan itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Ustaz Azizan dalam kenangan

Beliau adalah satu-satunya pemimpin PAS yang menerima gelaran Tan Sri.

ALOR STAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan bin Abdul Razak , 69, meninggal dunia pada jam 11:15 pagi hari ini di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Ustaz Azizan merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas Datuk Mahdzir Khalid. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah.
Beliau menjadi Menteri Besar pada 9 Mac 2008 selepas PAS dan Parti KeADILan Rakyat membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalam pilihan raya umum Malaysia 2008.
.Pada 16 Julai 2008, Ustaz Azizan telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran “Datuk Seri”.Pada 1 Jun 2013 beliau telah menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri. Beliau adalah satu-satunya pemimpin PAS yang menerima gelaran Tan Sri.
Ustaz Azizan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Beliau pernah belajar di Maktab Mahmud pada tahun 1959-1965. Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom.
Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Harakah dan tenaga pengajar di sekolah yang didudukinya iaitu Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1966.
Fasih bahasa Filipina
Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)(1983-1984, 1986-1995). Beliau fasih berbahasa Melayu (loghat Kedah), bahasa Inggeris,bahasa Arab dan bahasa Filipina.
Beliau mula menyertai PAS pada tahun 1978 di England. Pada tahun 1986 beliau bergiat aktif dengan PAS di Malaysia. Beliau merupakan Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga sekarang) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (2000 hingga sekarang) dan mewakili PAS ke MAPEN (1989). Beliau memenangi DUN Sungai Limau (dahulu dikenali sebagai DUN Sala) selama lima penggal mulai 1995 hingga 2013 mengalahkan calon dari Barisan Nasional.
Ustaz Azizan memang diketahui mengalami masalah kesihatan. Ini menyebabkan terdapat khabar angin beberapa pihak yang mahu beliau digantikan dengan orang lain. Datuk Mukhriz Mahathir selaku timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah pernah menggesa Azizan digantikan oleh Exco Datuk Amiruddin Hamzah kerana kesihatannya terjejas. Presiden PAS, Datuk SeriAbdul Hadi bin Awang menjelaskan tiada cadangan itu setakat ini.

Ribuan tunai solat jenazah Ustaz Azizan


POKOK SENA: Ribuan rakyat  hadir menunaikan solat jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, dekat sini jam 4.15 petang tadi.

Solat jenazah dimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum yang menempatkan  kubur mantan Presiden PAS,  Ustaz Dato' Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan.

Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham sampai di pekarangan Muassasah Darul Ulum pada jam 4.55 petang disambut ribuan hadirin.

Solat jenazah sekali lagi diadakan dengan diimamkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.

Ustaz Azizan  kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar di sisi ahli keluarganya dan pemimpin PAS Pusat dan negeri, antaranya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Jasamu tetap dikenang Ustaz Azizan

Pas mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang telah menghembuskan nafas terakhir, awal pagi tadi.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bagi parti dan rakyat Kedah khususnya.

Beliau berkata Allahyarham juga merupakan Ahli Majlis Syura yang berjaya memimpin parti sehingga mampu menawan negeri jalapang padi itu pada PRU 2008.

"Pas Pusat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tan Sri Azizan Razak, mantan Menteri Besar Kedah yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini," katanya dalam satu kenyataan.

Allahyarham Azizan meninggal dunia pada jam 11.10 pagi tadi di wad ICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Solat jenazah akan berlangsung di Kompleks Pas Kawasan Pokok Sena, Langgar sebelum dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena selepas Asar.

“Cengih” Ustaz Azizan Razak digeruni kawan dan lawan


BELASUNGKAWA: Pagi ini Malaysia dikejutkan dengan kematian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak yang pernah memimpin negeri jelapang padi itu selama sepenggal dari 2008 hingga 2013.
Azizan meninggal dunia kira-kira jam 11.10 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada umur 69 tahun selepas menghadapi komplikasi jantung sejak dua hari lalu.
Bekas Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid mengesahkan kematian Azizan kepada The Malaysian Insider pagi ini.
Penulis dan seorang lagi wartawan The Malaysian Insider, Md Izwan pernah diberikan peluang untuk menemuramah Azizan secara eksklusif pada Mac lalu untuk mendengar sendiri rancangan Pesuruhjaya PAS Kedah itu untuk berhadapan dengan lawan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketika diwawancara di Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Azizan pada waktu itu yang dikatakan sedang sakit kelihatan segar dan bersemangat.
Semasa ditanya penulis apakah janji yang bakal diberikan kepada pengundi Kedah menjelang PRU13, dengan bersahaja Azizan menjawab: “Tiada janji, kita tambah penambahbaikan sajalah.”
Dalam wawancara selama dua jam itu, Azizan kadang kala cengih atau “cengey” iaitu loghat utara yang merujuk kepada garang.
Kadang kala beliau membuat lawak jenaka sehingga penulis dan orang yang berada di sekeliling tertawa.
Dengan latar belakang pendidikan agama dan pengalaman mengajar di universiti tempatan dan luar negara, Azizan menjawab semua soalan yang ditanya dengan mudah.
Selepas wawancara itu, penulis tidak pernah mempunyai kesempatan melihat bekas menteri besar itu lagi.

Kembara menuju Yaumiddin

(26 Sept 2013 kala Ustaz Azizan mengadap Tuhan)

Hidup ini kembara menuju Yaumiddin
Amanah khalifah, dosanya jangan digalas bersama
Abdi hamba, hina adalah serupa
Paras rupa, beza adalah amalnya
Sujud kita, kiblat adalah sehala
Hentiannya barzakh, moga ruangnya cerah
Tenanglah, bermimpilah yang indah.

Hidup ini kembara menuju Yaumiddin
Di sana Hakimnya Tuhan
Di sana saksinya anggota badan
Di kanan amalan
Di kiri jangan ada kemungkaran

Berlarilah seberapa pantas
Meniti sirat ke Jannah.

Tiada istilah rehat bagi Ustaz Azizan – Presiden Pas


KUALA LUMPUR: “Sepanjang hayatnya, umat menyaksikan komitmen beliau yang tinggi dalam perjuangan Islam. Sepanjang hayat tiada istilah rehat bagi beliau, sehinggalah Allah SWT menjemputnya dari ribaan umat,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru, kata beliau pemergian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai sahabat, guru dan pemimpin adalah satu kehilangan besar buat PAS.

“Sama-sama kita mengambil ruh semangat Ustaz Azizan yang mendedikasikan hayatnya untuk perjuangan Islam.

“Mudah-mudahan beliau telah membenarkan janjinya kepada Allah SWT. Semoga segala jihadnya diterima oleh Allah SWT,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau kini berada di Lahore, Pakistan bersama Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad bagi menghadiri sidang meja bulat tergempar gerakan Islam sedunia bagi membincangkan isu-isu Ummah terkini terutamanya di Syria dan Mesir.

Turut menyampaikan ucaan takziah kepada keluarga Ustaz Azizan adalah seluruh pimpinan gerakan Islam seperti Amir Jamaat Islami Dr. Munawar Hassan, Sheikh Hammam Saidi dari Ikhwan Jordan dan Dr. Muhamad Nazzal dari Harakah Hamas Palestin yang hadir di sidang meja bulat di Lahore.

Kami pernah ketawa dan menangis bersama - Mahfuz


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak disifatkan sebagai pemimpin PAS yang sangat mencintai perjuangan Islam dan bidang pendidikan.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, Allahyarham Ustaz Azizan banyak memberikan sumbangan kepada PAS dan dalam bidang pendidikan.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan pemergian allahyarham sebagai kehilangan besar kepada PAS dan negeri Kedah.

"Pemergian allahyarham suatu yang sangat menyedihkan saya kerana pengorbanan jasa yang besar yang beliau curahkan kepada parti terlalu besar maknanya.

"Sepanjang lima tahun jasa beliau sebagai menteri besar menerajui kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah begitu besar dan berjaya melakarkan satu lanskap baru politik di Kedah dan melakarkan perubahan baru kepada urus tadbir Kedah.

Saya berhajat benar untuk menziarahi beliau – TG Nik Aziz


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pemergian Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak satu kehilangan besar kepada perjuangan Islam, khususnya kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

“Beliau seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan takziah di atas kembalinya Ustaz Azizan yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah pada 2008 hingga 2013 itu ke rahmatullah jam 11.10 pagi tadi.

“Saya berhajat benar untuk menziarahi beliau sebelum ini, tetapi disebabkan masalah kesihatan, niat itu tertangguh. Termasuklah ketika Multaqa Ulamak baru-baru ini saya berhasrat hadir dan berniat untuk menziarahinya.

“Namun, Allah mentakdirkan ia tidak berlaku disebabkan kesihatan saya. Saya mendoakan semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan para solihin,” ujarnya.

Ustaz Azizan, perjuanganmu kami teruskan

Berita kepergian Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar pagi diterima dengan penuh redha. Takziah kepada keluarga beliau dan semoga tabah menghadapi ketentuan ilahi ini.

Sebagai penyokong dan ahli PAS tentunya berita ini menyedihkan, apatah lagi mengenangkan sumbangan bakti allahyarham yang begitu banyak kepada agama dan parti. Namun, perjuangan menegakkan Islam akan diteruskan oleh pejuang-pejuang yang lain. Pemimpin datang dan pergi – tentunya gerak kerja yang telah dimulakan oleh Tan Sri Azizan akan kami teruskan dan mantapkan lagi.

Walaun tidak berjaya mempertahankan Kedah daripada jatuh ke tangan Umno-BN dalam PRU13 yang lalu, tidak bermakna beliau gagal. Hal ini kerana, kegagalan dan kejayaan dalam perjuangan Islam dan PAS bukanlah semata-mata menyertai dan menang pilihan raya, malah lebih dari itu yakni dakwah. Hakikatnya, jika hendak disenaraikan segala jasa bakti beliau sepanjang berjuang dalam PAS, tentu terlalu panjang untuk dititipkan.

Oleh hal yang demikian, saya percaya bahawa ahli-ahli PAS yang lain juga menjadikan kepergian Tan Sri Azizan ini sebagai pemangkin semangat untuk kembali dengan lebih cemerlang dalam pilihan raya yang akan datang.

Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti. Semoga semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan para solihin.