Rabu, 25 September 2013

Rasuah bolasepak; bila nak tangkap jerung?

Kes yang menimpa pasukan bola sepak Perak baru-baru ini menunjukkan bahawa rasuah bola sepak di Malaysia masih di takuk lama. Kejadian ini benar-benar menyedihkan. Patutlah bola sepak Malaysia masih gagal menyaingi kehebatan sukan ini era 80-an dulu.

Bagi saya, untuk menyalahkan pemain seratus-peratus tentulah tidak wajar. Jika tidak ada penawaran tentu tiada penerimaan. Dalam hal ini kedua-dua pihak iaitu perasuah dan penerima rasuah wajar dihukum.

Yang berlaku sekarang ialah hanya pemain yang dikenakan tindakan sedangkan pemberi rasuah terus bebas di luar sana. Oleh itu, walaupun pemain bola sepak bertukar generasi, pemberi rasuah mungkin masih orang yang sama.

Sebagai salah seorang peminat bola sepak, tentunya saya tidak mahu bencana rasuah yang pernah melanda Malaysia pada era 90-an berulang kembali. Sewajarnya Persatuan Bola Sepak Malaysia dan persatuan negeri belajar daripada pengalaman pahit itu untuk membendungnya.

Lima tahun penjara guna gelaran Datuk palsu di bawah pindaan undang-undang baru

Hukuman lima tahun penjara bagi sesiapa menggunakan gelaran Datuk palsu yang dikurniakan oleh pemimpin tidak sah seperti Sultan Sulu di bawah pindaan baru yang dikemukakan oleh Putrajaya.

Pelaksaan hukuman baru itu tertakluk di bawah Akta Nama dan Lambang (Pencegahan Salah Laku) 1963.

Thomas Su (DAP - Ipoh Timur) berkata pindaan itu satu langkah tepat bagi memastikan tiada pihak yang akan mengemukakan gelaran yang tidak dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan pembesar negeri.

"Ia akan mencegah orang ramai dari membayar ribuan ringgit untuk mendapat gelaran tersebut," katanya kepada The Malaysian Insider.

Katanya, Putrajaya harus ada garis pnduan yang jelas siapakah yang berhak memberi gelaran berkenaan di peringkat negeri.

Presiden Majlis Persekutuan Datuk Malaysia, Datuk Danny Ooi turut merasai kegusaran orang ramai berhubung penggunaan gelaran Datuk palsu sejak kebelakangan ini.

Buang bayi sama seperti membunuh – Sivakumar

V Sivakumar 1KUALA LUMPUR, 25 SEPTEMBER: DAP menggesa pihak berkuasa memandang serius kes pembuangan bayi yang berada pada tahap kritikal dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V Sivakumar berkata, kes itu perlu diklasifikasikan sebagai satu jenayah serius kerana hukuman semasa bagi pembuangan bayi terlalu ringan untuk dijadikan penghalang agar ia tidak terus berleluasa.
“Undang-undang perlu dikaji semula dan juga perlu satu mekanisme untuk mengesan serta mencari sesiapa saja yang terbabit dalam pembuangan bayi, kita tidak boleh membiarkannya begitu saja.
“Kes ini harus dilihat sebagai jenayah serius kerana ia membabitkan pembunuhan. Tidak ada perbezaan dalam membunuh samada orang dewasa atau bayi baru lahir,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Sivakumar di Parlimen, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan terdapat sebanyak 417 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara antara 2009 dan Ogos lalu berdasarkan rekod polis.
Bilangan tertinggi kes yang dilaporkan adalah 98 pada 2011 atau secara purata sebanyak 8.2 bayi baru lahir dibuang setiap bulan.
Bagi 2013, sehingga kini terdapat 60 kes dilaporkan pada Ogos atau purata sebanyak 7.5 pembuangan bayi.

SKMM jangan pilih bulu, digesa siasat juga blog pro-UMNO

1002623_655000331177758_971637466_nKUALA LUMPUR, 25 SEPT: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim menggesa supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia agar tidak pilih bulu berhubung dakwaan fitnah berbahaya melalui satu artikel yang disiarkan secara meluas melalui blog-blog pro Barisan Nasional.
Kata Teresa dalam satu kenyataan media hari ini, artikel yang bertajuk “Cina Pun Mahu Duit Zakat –Teresa Kok” itu merupakan satu fitnah berbahaya dan mampu mengancam kestabilan perpaduan masyarakat negara ini.
“Apa yang mengejutkan, menteri kata kes ini adalah kes serangan peribadi yang hanya libatkan dua pihak. Beliau juga kata bahawa kes sebegini lebih menjurus kepada tindakan sivil dimana yang difitnah perlu tampil membuat tuntutan terhadap pelaku tersebut.
“Padahal fitnah jahat ini sangat jelas dibuat untuk menimbulkan kebencian agama dan kaum apalagi menjelang hari raya puasa. Bagaimana mungkin Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh katakan ia satu serangan peribadi?” soal Teresa.

Harga Minyak Naik Dunia Yang Salah. Kerajaan BN Kurang Subsidi Sahaja!


Ahmad-MaslanAhmad Maslan? Ahmad Maslan tidak pernah kering idea untuk berkongsi pandangan mengenai isu kenaikan harga minyak di Malaysia baru-baru ini (SEPERTI DI SINI). Terbaru….Beliau ada mengatakan kenaikan harga minyak ditentukan oleh harga minyak dunia dan golongan yang berpendapatan tinggi tidak layak menikmati subsidi.
Walaubagaimanapun, Ahmad Maslan terlupa yang mana golongan kaya/berpendapatan tinggi yang membayar & menyumbang cukai pendapatan tinggi kepada negara. Jadi mereka sememangnya berhak mendapat subsidi yang disalurkan kerajaan. Bukan apa, harga minyak perlu dikawal kerana harga minyak yang tinggi mengakibatkan semua harga barang lain meningkat.
Yang perlu dikawal sekarang, adalah kemasukan berjuta-juta warga asing di Malaysia. Sekarang ini beratus-ratus ribu warga asing menunggu giliran untuk dibawa masuk ke Malaysia selepas berjaya menerima lampu hijau daripada kerajaan Malaysia. Ini yang menjadi bebanan tinggi kepada negara….Hakikatnya?
Ahmad ketika sesi soal jawab Dewan Rakyat di Parlimen hari ini menegaskan, kerajaan hanya mengurangkan jumlah subsidi sedia ada kerana majoriti yang mendapat manfaat daripada subsidi bahan api adalah golongan berpendapatan tinggi.
“Sebenarnya kerajaan tidak menaikkan harga minyak. Harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia. Kerajaan cuma mengurangkan subsidi.
“Lain…mana sama daripada RM1 subsidi untuk diesel kita kurangkan RM0.80, daripada RM0.83 subsidi untuk RON95, kita kurangkan kepada RM0.63, itu fakta dan hakikat yang sebenar, harga minyak ditentukan oleh turun naik harga pasaran dunia,” katanya menjawab soalan ahli Parlimen Kangar Shaharuddin Ismail.
Jelas ahli Parlimen Pontian itu lagi, selain mereka berpendapatan tinggi, warga asing turut menikmati kadar subsidi bahan api.
“RM2,000 juta sebulan wang rakyat telah hangus, dan satu lagi mengikut kajian IMF 80% subsidi ini dinikmati oleh mereka yang berpendapatan tinggi, kita bagi subsidi kepada orang kaya,” katanya.
“Struktur subsidi sekarang adalah banyak dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi yang berkemampuan serta warga asing, mereka menggunakan kenderaan berkuasa tinggi berbanding dengan golongan sasar yang hanya menggunakan kereta berkuasa kecil dan bermotosikal,” katanya lagi.
Subsidi kurang? Realitinya harga minyak tetap naik…

Harga Minyak Dunia Turun, Harga Minyak di Malaysia Naik?

Harga Minyak DuniaSubsidi? Benarkah? Sehingga ke hari ini kerajaan masih belum menerangkan secara jelas pembahagian subsidi secara jelas bagi harga minyak di Malaysia.

Surat Siti Hajar Aladin Kepada Najib Razak (Perdana Menteri). Gaji Bersih RM2032 di KL? Simpanan RM213.40. Boleh Beli Rumah Apa?

Siti Hajar
Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya (Siti Hajar) menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri (KLIK SINI). Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia.
Saya menulis surat ini adalah…sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.
Sejak akhir-akhirini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.
Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun. Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Confirmed! Proton, not Honda, is official car.??

Deputy Finance Minister confirms FMT's report that Proton will continue to deliver the government's official fleet. Official announcement will be made soon.
KUALA LUMPUR: Deputy Finance Minister Ahmad Maslan today confirmed that the government has ditched Honda Accord in favour of Proton as its official vehicles.
“The relevant ministry would make an announcement on this soon, we just wait and see.
“Maybe (Minister in the Prime Minister Department) Abdul Wahid Omar will take on this, but whatever said was true,” he said in replying to a question if the government has reverted to continue using Proton.
Ahmad however declined to answer when asked if the decision was made due to intense lobbying from Proton.
FMT on Sept 17 carried an exclusive article stating that the government has made a last-minute U-turn to allow the national carmaker to continue supplying official vehicles to the federal government.

Bancian Al-Jazeera: 91.4% Responden Kata Roadmap Regim Zionis Al-Sisi Akan Gagal


Majoriti penonton Al-Jazeera telah meramalkan bahawa Peta Jalan (Roadmap) yang dilaksanakan oleh tentera Mesir akan gagal.

Seperti dikutip dari Middle East Monitor, Rabu (25/9/2013), jejak pendapat itu menunjukkan bahwa 91.4 peratus dari mereka yang disoalselidik menyatakan tidak percaya pada peta jalan tersebut dan meramalkan bahwa roadmap itu akan gagal. Roadmap itu diumumkan Menteri Pertahanan Mesir Abdul Fattah-Al-Sisi pada 3 Julai lalu, ketika pihak tentera melakukan kudeta.

Sekitar 13,848 orang responden memberikan suaranya dalam jejak pendapat itu, hanya sekitar 8.2 persen dari mereka menyatakan keyakinannya dalam peta jalan.

Ketika Presiden sah Mesir, Mohammed Morsi dikudeta oleh tentera, dengan pantas Al-Sisi mengumumkan roadmapnya untuk Mesir, lalu diikuti dengan penahanan dan pertumpahan darah yang dilakukan oleh junta tentera terhadap rakyatnya.

Indeks rasuah parah, Najib hanya bermain kata-kata


KUALA LUMPUR 25 SEPT: Datuk Seri Najib Razak tidak perlu bermain kata-kata bagi membendung gejala rasuah sedangkan indeks rasuah pentadbiran Perdana Menteri itu semakin parah.
Situasi itu menunjukkan kerajaan tiada komitmen mengatasi gejala berkenaan sedangkan isu rasuah acap kali dibangkitkan selama ini.
najib tidoAhli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi lebih kuasa dari segi pendakwaan supaya mereka yang sabit kegiatan rasuah dijatuhi hukuman setimpal.
“Kenyataan ini terlalu kerap kita dengar dari Perdana Menteri tetapi pentadbiran hari ni yang lebih parah dari PM lalu.
“Indeks rasuah terlalu parah. Ini menunjukkan tiada komitmen dan kalau ada kesungguhan, saya ada beberapa saranan yang menjadikan SPRM itu diperkasa.
“Wujudkan bajet besar untuk membentuk suruhanjaya perkhidmatan sendiri supaya mereka boleh melantik atau memecat mana-mana pegawai. Ini tidak dilakukan malah ditangguh beberapa kali,” katanya kepada TV Selangor.

MP PAS Hulu Langat Bahas Bajet Tambahan (2013) 2013 [ 25 Sept 2013]

MP Bahas Bajet Tambahan (2013) 2013 [ 25 Sept 2013 ] (2)

MP Bahas Bajet Tambahan (2013) 2013 [ 25 Sept 2013 ] (2)

MP Bahas Bajet Tambahan (2013) 2013 [ 25 Sept 2013 ] (1)

Deputy minister denies evading questions, accuses portals of dishonest reporting

MP calls for govt to come clean on nuclear power plans

Apa releven upah firma asing RM20 juta rangka PPPM?

Tiga tujahan utama mantapkan Belanjawan Selangor 2014

Rugi RM322,471, Penganjur Malaysia-Barcelona FC beri cek tendang-MBSA

Perjanjian AES: Kenapa kerajaan perlu berahsia?

IGP: Chin Peng's ashes will never be allowed into the country

CrossTalk: Obama vs Rouhani

UN inspectors back in Syria

"Penang's RM40k allocation is nothing, BN gives projects"

Prevention of Crime Act - the new ISA?

Kenyan forces scour mall for siege survivors

Egypt: Breaking the Brotherhood?

Pakatan Rakyat Melaka membenih perubahan!

Melaka adalah antara negeri di Semenanjung Malaysia yang menjadi kubu kuat Umno-BN sejak awal Pilihanraya Umum negara lagi. Walaupun parti-parti pembangkang ada memenangi beberapa dun, ia tertumpu di kawasan majoriti Cina yang berpusat dalam parlimen Kota Melaka. Manakala lima lagi parlimen iaitu Alor Gajah, Masjid Tanah, Tangga Batu, Bukit Katil dan Jasin kekal menjadi lubuk kemenangan Umno BN.

Namun begitu, pada PRU-13 lalu sudah ada harapan yang memperlihatkan pengaruh PR diterima oleh rakyat Melaka. Jika PRU-12 pada tahun 2008 lalu, boleh dikatakan pengaruh Umno khususnya di kawasan-kawasan kampung begitu ampuh untuk dipecahkan oleh parti lawan. Kata mudahnya adalah kekalahan telah 50% 'dimiliki awal' oleh calon-calon parti lawan.
Riak politik di negeri bersejarah ini nampaknya memperlihatkan perubahan yang telah menjelmakan harapan dan semangat dalam menghadapi PRU-14 yang mungkin berlaku pada pertengahan 2017 khusus buat PR Melaka. 
PRU 2008 lalu, PR hanya memenangi lima kerusi dun daripada 28 dun keseluruhannya melalui DAP. Lima dun tersebut adalah Bachang, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir. DAP juga turut mempertahankan kemenangan parlimen Kota Melaka.
PRU 2013 pula telah memperlihatkan pertambahan kemenangan bagi pihak PR. Buat pertama kalinya dalam sejarah pertandingan pilihanraya umum di Melaka, PAS telah berjaya memenangi dun Bukit Baru dengan majoriti kecil iaitu 48 undi! Keputusan itu membayangkan betapa sengitnya persaingan merebut undi yang berlangsung dalam pilihanraya umum lalu. PAS telah dapat meletakkan seorang wakilnya dalam dewan undangan negeri. Manakala DAP telah menambah kemenangan dengan merampas dun Duyong dengan majoriti kemenangan sebanyak 205 undi. Duyong merupakan sebuah dun campuran yang majoriti Melayu sekitar 56 peratus.

Memecahkan pengundi tegar luar bandar dari BN

Oleh Abd Shukur Harun
Masalah yang paling sukar dan hingga kini belum dapat diatasi ialah usaha PAS/Pakatan Rakyat untuk menawan hati pengundi tradisi, khususnya di luar bandar yang masih sangat tegar menyokong Umno/BN.

Usaha ini sudah lama dilakukan, namun keputusan PRU yang lalu menampakkan bahawa pengundi tradisi masih tetap menyokong Umno dengan hujah takut Cina memerintah, takut negara tidak aman, takut rakyat kembali hidup susah seperti zaman baru lepas Perang Jepun dulu, takut Melayu hilang kuasa, takut itu dan takut ini lagi.
Ini adalah aliran pemikiran pengundi tradisi, statik, tidak dinamik, amat sukar berubah, amat terpengaruh dengan janji wang dan pelbagai  bantuan dari parti yang memerintah. Pemberian wang RM500 oleh kerajaan dianggap sangat besar.
Makanya untuk membalas budi, mereka menyokong parti yang memerintah. Kesan pemberian ini menyebabkan Pakatan Rakyat semakin sukar untuk mendapatkan sokongan.
Bagaimanapun, masih tetap ada sejumlah pengundi tradisi ini yang berfikiran dinamik, bersikap bebas dan merdeka dalam erti tidak terpengaruh dengan segala macam pemberian daripada parti yang berkuasa. Mereka bebas untuk mengundi siapa yang difikirnya layak untuk diberikan amanah.
Jumlah golongan ini kecil tetapi memberi makna besar dan inilah menyebabkan undi untuk PAS/Pakatan Rakyat bertambah di kawasan pengundi tradisi seperti di Selangor, Perak, Melaka dan di Johor sendiri.

Seksyen 12E: Sang Saka Malaya terus berkibar walau penjara 1,000 tahun, kata aktivis


Dua aktivis yang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengibarkan Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang Kemerdekaan lalu menganggap pindaan akta untuk memberikan hukuman penjara selama 15 tahun bagi tindakan menghina Jalur Gemilang tidak masuk akal.
Menurut Hishamuddin Rais (gambar), Sang Saka Malaya akan terus berkibar walau dipenjara 1,000 tahun sekalipun.
"Sang Saka Malaya (gambar) telah berkibar lebih 2,000 tahun. Bila wujudnya Jalur Gemilang itu?" soal Hishamuddin ketika dihubungi The Malaysian Insider. "Sejak Merdeka hingga 2007 apa nama bendera kita? Seluruh Nusantara menggunakan Sang Saka Malaya," katanya, dan menambah hukuman penjara maksimum sebanyak 15 tahun itu juga sekadar "perkara kecil."
Putrajaya hari ini memasukkan peruntukan 12E Kanun Keseksaan yang membawa penjara minimum lima tahun dan maksimum 15 tahun termasuk denda terhadap mana-mana individu yang menghina logo rasmi ataupun bendera negara.
Pindaan yang dibacakan untuk kali pertama di Parlimen hari ini turut memberi peruntukan sama terhadap penggunaan logo atau simbol yang berlainan selain bendera bagi memperkenalkan negara.
"Mana-mana pihak yang cuba menukar, mengubahsuai, mengoyak, membakar, atau meletakkan, mempersoalkan untuk menghina sebarang logo nasional atau bendera, atau negara lain boleh dihukum penjara bagi tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 15 tahun, dan juga boleh didenda," kata pindaan berkenaan.

KPRU: Perbelanjaan boros Najib risiko pada negara dan rakyat




 
Badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) memerhatikan bahawa perdana menteri sejak tahun 2009 memohon kepada Parlimen agar meluluskan belanjawan tambahan sebanyak dua kali selepas pembentangan belanjawan tahunan.

Tabiat berbelanja secara berlebihan ini mendedahkan negara kepada risiko kerana ia mengakibatkan negara mengurus hutang yang banyak, menurut KPRU dalam kenyataannya.

"Dalam konteks kewangan negara berada dalam defisit fiskal sepanjang pentadbiran Najib, pembentangan dua belanjawan tambahan secara konsisten bagi setiap belanjawan asal menonjolkan suatu sikap tadbir urus kewangan negara yang tidak berhemat," kenyataan itu dipetik.

Menurut KPRU, Najib memohon tambahan RM27.3 bilion dalam dua belanjawan tambahan selepas belanjawan 2010 dan RM23.5 bilion dan RM28 bilion, selepas belanjawan tahun 2011 dan 2012.

Kerajaan yang telah membentangkan belanjawan tambahan RM15 bilion untuk tahun ini dijangka membentangkan belanjawan tambahan yang kedua berdasarkan petunjuk sebelum ini, kata KPRU lagi.

Pola begini, tambahnya, tidak akan membantu memperbaiki tahap hutang negara yang diturunkan tarafnya dalam bulan Julai lalu kepada "negatif" oleh agensi penarafan Fitch Ratings.

Kerajaan BN tidak pandang serius laporan IPCMC


KUALA LUMPUR: Liew Chin Tong (DAP-Kluang) kesal terhadap jawapan Menteri Dalam Negeri yang tidak menyenaraikan secara terperinci tahap pelaksanaan setiap cadangan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (IPCMC).

Semalam, beliau meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan secara terperinci tahap pelaksanaan setiap cadangan yang diberi oleh IPCMC terkini.

Menteri Dalam Negeri dalam jawapan bertulis hanya memberitahu, terdapat sebanyak 125 cadangan penambahbaikan oleh IPCMC bagi meningkatkan sistem operasi dan pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa menyatakan setakat mana cadangan tu sudah dilaksanakan.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 90 (72%) cdangan telah diklasifikasikan telah dilaksanakan, 26 (20%) cadangan telah diklasifikasikan dalam pelaksanaan, 1 (0.8%) cadangan masih di peringkat kajian dan 8 (6.4%) cadangan tidak dilaksanakan," kata menteri tersebut.

Pasca PRU13: Tak adil hukum sekolah Cina - Bekas Timb Menteri Pendidikan

Dasar sistem pendidikan negara menjamin hak sama rata kepada semua rakyat.

PETALING JAYA: Sekolah aliran Cina tidak patut dihukum berdasarkan keputusan pengundi Cina yang tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu.
Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Wee Ka Siong berkata, tidak adil jika kerajaan menyekat saluran bantuan kewangan kepada sekolah Cina dan membezakannya dengan sekolah aliran yang lain.
“Dasar sistem pendidikan negara menjamin hak sama rata kepada semua rakyat.
“Tidak ada kaitan langsung dengan keputusan pilihan raya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri kini tidak akan melayan sebarang permintaan daripada sekolah Cina selepas melihat keputusan PRU13.
Calon Naib Presiden Umno itu berkata, pihaknya  tidak boleh mengabaikan pengundi yang menyokongnya sebelum ini, tambahan Kedah
juga penduduknya majoriti terdiri daripada Melayu.
“Saya nak bersifat adil tapi saya pun manusia juga. Akhirnya saya terpaksa membantu orang yang bantu saya dulu.
“Jadi kalau ada yang lebih-lebih tu barulah saya bantu orang lain,” katanya.
Wee yang juga Ketua Pemuda MCA bagaimanapun menegaskan, kerajaan tidak sepatutnya mencampur adukkan hal politik dengan pendidikan kerana bimbang amalan ini mungkin menjejaskan BN kembali meraih semula sokongan pengundi.
“Kita boleh memahami situasi politik yang berlaku sekarang tetapi tolong biarkan sistem pendidikan negara berfungsi sendiri,” katanya.

As political 'phony' Najib meets Mark Zuckerberg, his govt rams in 'INHUMANE' laws


KUALA LUMPUR - Opposition lawmakers reacted sharply to the Malaysian government's proposed amendments to several crime laws, saying these were "more draconian" than they had expected.
As political 'phony' Najib meets Mark Zuckerberg, his govt rams in 'INHUMANE' lawsThey took to task Prime Minister Najib Razak, who controversially scooted off to San Francisco and New York on what they said was a "public relations binge" to meet new world icons such as Facebook's Mike Zuckerberg while back home, his lieutenants were hammering through laws that sought to deny suspects basic human rights, leaving them exposed to the whims and fancies of a potentially abusive and cruel authority.
"He lied to the people when he said EO and ISA will be abolished. Did he not say on national television two years ago that there will be no more preventive detention? This is a return of ISA, make no mistake about that," MP for Padang Serai N Surendran said in a statement sent to the press.
“This is a black day for Malaysia. The government is setting back the clock and dragging us back to the era of arbitrary arrest and detention."
Indefinite jail WITHOUT trial
Indeed, fears are rising that if passed, the amended Prevention of Crime Act 1959 would be used to threaten political rivals and civil society.
Najib had repealed the Emergency Ordinance and Internal Security Act which were heavily opposed for legalizing detention of suspects without trial for two-year periods that could be rolled over indefinitely.
Najib had then promised there would be "no more" unfair laws. But after the May 5 general election that left his Umno-BN coalition severely weakened, it looks like he is trying to rebuild his power by reinstating laws that his coalition could use to intimidate and scare political rivals, dissidents and critics.
"Hello ISA. Lest we forget, most PR MPs, politicians, activists were former detainees. Why bother pretending with parliamentary democracy? It is non-existent,"said Nurul Izzah Anwar, the MP for Lembah Pantai.
National retaliation by AMBUSH

Seksyen 12 E: Penjara 15 tahun jika hina Jalur Gemilang

Pindaan yang ingin dibuat terhadap Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun termasuk didenda sekiranya ada individu yang menghina Jalur Gemilang.

Peruntukan pindaan yang ingin memasukkan Seksyen 12 E dalam Kanun Keseksaan yang dibacakan untuk kali pertama di Parlimen hari ini turut memberi peruntukan sama terhadap penggunaan logo atau simbol yang berlainan selain bendera bagi memperkenalkan negara.

"Mana-mana pihak yang cuba menukar, mengubahsuai, mengoyak, membakar, atau meletakkan, mempersoalkan untuk menghina sebarang logo nasional atau bendera, atau negara lain boleh dihukum penjara bagi tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 15 tahun, dan juga boleh didenda," kata pindaan berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini membacakan untuk kali pertama pindaan untuk Kanun Keseksaan termasuk 10 akta lain beserta Akta Kesalahan Jenayah.

Jawatan Exco: PAS tak mahu sekongkol, Mahfuz jawab Mukhriz

KUALA LUMPUR: Persuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar meminta agar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir memberi keadilan serta menghormati wakil Pakatan Rakyat yang dipilih opada pilihan raya umum yang lalu.

Jelas beliau, pemberian jawatan exco bukan satu penyelesaian dan PAS tidak mahu bersekongkol dalam kegagalan mahupun penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran sekarang.

"Bagi saya menawarkan jawatan exco itu bukan satu penyelesaian dan kita dari PAS tidak mahu bersekongkol dengan kerajaan BN dalam penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan hari ini.

"Jika Muhkriz telus mereka perlu berikan keadilan kepada wakil-wakil dari Pakatan Rakyat terutama dalam menjadi sebagai wakil yang boleh menentukan 'check and balance' pentadbiran kerajaan terutamanya dari soal memberi pendapat dan cadangan," jelas beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mukhriz bahawa pernah membayangkan ingin melantik Adun PAS ke dalam barisan exco negeri itu ketika awal kemenangan Barisan Nasional (BN).

Bolehland: Anak Najib dalam SerSol Holdings...hebatnya..!!!

Nama Mohd Nazifuddin, anak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, muncul sebagai pemegang utama dalam syarikat cat SerSol Bhd.

Kemasukannya ke dalam SerSol diikuti dengan lantikan Mohamed Ridzuan, anak bekas menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, sebagai pengarah pengurusan pada 3 September lalu.

NONEBerdasarkan siri fail Bursa hari ini, Nazifuddin (kanan) dan Lim Kim Chai kini secara tidak langsung memegang 20.76 peratus kepentingan dalam SerSol, melalui SerSol Holdings Sdn Bhd.

SerSol Holdings mempunyai 40 juta saham atau 20.76 peratus dalam SeSol.

Dalam perbualan ringkas, Nazifuddin memberitahu KiniBiz bahawa beliau nampak nilaiannya di SerSol.|

"Terdapat nilai yang baik dalam syarikat ini, saya percaya kita mampu membesarkannya... perniagaan cat bernilai RM2 bilion setahun dalam industri," katanya.

Loji Nuklear: Jangan sembunyikan dari rakyat

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk berterus-terang berhubung keputusan mengenai projek pembinaan loji jana kuasa nuklear yang dilihat seolah-olah cuba untuk disembunyikan daripada pengetahuan umum.

Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat berkata, berdasarkan laporan World Nuclear Association projek pembinaan loji itu melibatkan empat loji yang akan dibina di sesebuah tempat yang sudah dikenal pasti.

"Tempat pun telah dipilih ada lima lokasi yang mungkin digunakan untuk membina loji-loji ini, mengikut laporan World Nuclear Association,"katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.

Beliau kesal dengan pendirian kerajaan seolah-olah cuba menyembunyikan projek ini daripada pengetahuan ahli parlimen.

"Kalau benarlah laporan antarabangsa ini, bermakna kerajaan sengaja semunyikan projek ini," katanya.

"Secara tiba-tiba nanti kita akan dengar loji-loji itu siap dibina, nak bantah pun sudah terlambat. Kerajaan sudah sinonim dengan sistem seperti ini. Apa salahnya ceritakan kepada rakyat," katanya.

Kenapa kerajaan BN perlu rahsiakan perjanjian AES?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PAS mempersoal tindakan kerajaan yang mengklasifikasikan perjanjian konsesi projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA).

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, kenapa perjanjian antara dua syarikat swasta yang mengendalikan projek AES dijadikan dokumen akta rahsia rasmi kerajaan sedangkan projek itu bukanya menjejaskan keselamatan negara.

"Projek AES tidak ada kaitan dengan keselamatan negara kita dengan negara luar, sebab apa ia diletakkan di bawah akta Rahsia Rasmi,ia melibatkan kepentingan rakyat," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Apa yang patut dibuat kerajaan, katanya perjanjian itu perlu dibentangkan kepada parlimen sebagai langkah penilaian supaya ia dilihat secara telus sebelum melaksanakan perjanjian itu.

"Apa bentuk perjanjian? Kenapa hendak dirahsiakan? Kenapa digelapkan daripada pengetahuan rakyat?," soalnya.

Tegasnya, kerajaan hendaklah melihat perkara ini sangat penting untuk membolehkan ahli parlimen memberi pendapat untuk mengelakkan kerajaan menanggung kerugian semasa pelaksanaan.

Bolehland: Penganjur Malaysia-Barcelona FC beri cek tendang, MBSA rugi RM322,471

SHAH ALAM 25 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerugian RM322,471 berikutan penganjur perlawanan persahabatan bola sepak antara Malaysia dengan FC Barcelona menggunakan cek tendang.
Cek itu adalah bayaran penyewaan Stadium Shah Alam daripada penganjur BSC Soccer (M) Sdn Bhd pada perlawanan 10 Ogos lalu.
MALAYSIA BARCELONAHal itu disedari 20 Ogos lalu apabila bank memaklumkan cek yang dideposit MBSA tidak boleh ditunaikan kerana memerlukan tandatangan pihak kedua dari penganjur.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata MBSA sudah membuat laporan polis selain membawa perkara itu kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MBSA hari ini, beliau berkata, penganjur juga boleh disenarai hitam dari menganjurkan sebarang acara khususnya membabitkan sukan bola sepak di Selangor.

Fitnah PRK Kuala Besut: Teresa Kok dakwa SKMM 'double standard'

Teresa Kok 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) didakwa mengamalkan 'double standard' berhubung penyebaran artikel "Cina Pun Mahu Duit Zakat-Teresa Kok' pada awal Ogos lalu.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendakwa,  kes pasangan Alvivi yang mencetuskan kontroversi telah diambil tindakan segera namun, SKMM tidak melakukan hal sama kepada blogger yang menyebarkan artikel fitnah ke atasnya.

“Penulis artikel itu menyebarkan pembohongan dan kenyataan yang mendatangkan kebencian kaum.

“Artikel itu muncul dalam beberapa laman web yang berkempen untuk BN sewaktu PRK Kuala Besut,” katanya ketika berhujah dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Bolehland: Perbelanjaan polis di PRK Kuala Besut RM8.36 juta

Perbelanjaan polis dalam pilihan raya kecil Kuala Besut baru-baru ini melebihi RM8 juta, Parlimen diberitahu hari ini.

Dalam jawapan bertulis kepada Anthony Loke Siew Fook (DAP-Seremban), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, angka itu melibatkan 3,364 orang pegawai polis yang ditugaskan di situ.

Daripada RM8.36 juta itu, kira-kira RM5.7 juta diperuntukkan untuk sewaan khemah untuk kegunaan kerja pegawai-pegawai.

Bagaimanapun, Loke berkata, nisbah anggota polis berbanding penduduk juga tinggi, dengan seorang pegawai untuk setiap lima penduduk Kuala Besut.

Buku “komunis” belum diharamkan, kata Zahid Hamidi


Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum mengambil tindakan mengharamkan penerbitan atau memorabilia berunsur komunis, sebaliknya hanya melakukan semakan terhadap barangan sedemikian.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan belum "cukup kejam" untuk mengharamkan perkara itu.
"Kita bukan tahan, sekadar melakukan semakan, kita kena bezakan itu," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan dua individu termasuk seorang bergelar "Datuk Seri" dan seorang warganegara Hong Kong di Georgetown malam tadi.
Polis Pulau Pinang menahan mereka kerana disyaki memiliki beberapa bahan berkaitan komunis dan bekas pemimpin komunis Chin Peng (gambar).
"Saya akan lihat daripada aspek undang-undang percetakan," kata Ahli Parlimen Bagan Datoh itu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata hasil pemeriksaan ke atas bagasi mereka, polis menemui 13 buku berkaitan komunis selain 11 cendera hati dan lapan DVD bertemakan Chin Peng selain gambar mendiang Chin Peng.

Operasi Piramid 2: Sumbangan RM1000 untuk pelajar Mesir | Dato' Dr Fadzli

Dialog isu negara: Pakatan Rakyat tunggu respon kerajaan BN

PCA tidak sama dengan ISA tetapi serupa..!!

Menteri Dalam Negeri (KDN) Ahmad Zahid Hamidi menafikan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (PCA) yang akan dibentangkan dalam sidang parlimen 30 September ini tidak sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan.

Mungkin Zahid boleh mengelirukan sebahagian orang di sebalik sihir kata-katanya tetapi tidak semua orang menyakininya.

Kenapa saya kata begitu kerana dari segi semangat dan kesannya PCA itu hampir sama dengan ISA kerana ia memberi kuasa kepada polis untuk menahan sesiapa saja tanpa dibicara. Mungkin kalau perbezaanya dahulu dibawah akta ISA menteri dan timbalan menteri KDN mempunyai kuasa penuh untuk menandatangani surat penahanan tetapi tidak dengan PCA ini.

Melalui PCA ini penahanan ke atas mana-mana individu akan dibuat oleh lembaga yang dibentuk menerusi seksyen (baru) 7B yang memberi kuasa kepada lembaga menahan mana-mana individu tidak lebih dalam tempoh dua tahun.

Naik Gula: “Harga Makanan Mungkin Naik”

KUALA LUMPUR – Harga makanan dan minimum berkemungkinan akan naik dari 10 sen hingga 20 sen jika harga gula naik ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini.
makanPada waktu yang sama, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam menyaran kerajaan mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.
Astro AWANI membuat tinjauan di beberapa restoran di ibu kota dan meminta pendapat mereka jika harga gula benar-benar naik oleh faktor kenaikan harga minyak dan juga cadangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.
“Kami memang bercadang untuk naikkan harga pada bulan depan. Sebagai contoh teh o ais akan naik dari RM1.50 ke RM1.60. Milo Ais naik 20 sen dari RM2.00. Harga teh tarik tidak naik kerana banyak permintaan,” kata pemilik restoran Makanan Islam Alma Zainol Abdullah. Menurut sumber Awani.
Beliau juga akui agak sukar untuk menaikkan harga dengan tinggi kerana restoran beliau berhampiran dengan sebuah universiti.
“Kalau naik 10 sen pun para pelajar akan memilih untuk makan di tempat yang lain,” tambah beliau.

Halau saya keluar Dewan tidak adil – Surendran

SurenKUALA LUMPUR 25 SEPTEMBER: Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran menyifatkan tindakan Speaker Dewan Rakyat mengarahkan beliau keluar Dewan sebagai tidak adil.
“Tindakan menghalau saya keluar dari dewan adalah tidak adil,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu.
Beliau menerima ‘padah’ itu sebaik membangkitkan kes kematian dalam tahanan, P Karuna Nithi.
Ia ekoran Naib Presiden KEADILAN itu cuba membangkitkan Peraturan Mesyuarat sebelum sesi soal jawab bermula.
Menurut Surendran, beliau menggunakan Peruntukan 14 (1) yang membenarkan petisyen dibawa ke Dewan Rakyat sebelum sesi soal jawab.
“Mengikut Peruntukan 14 (1), petisyen boleh dibawa sebelum sesi soal jawab. Tapi Speaker halau saya sebab bangkitkan perkara ini,” katanya.

ISA… it’s back, say opposition lawmakers

Opposition lawmakers have described the amendments tabled for the Prevention of Crime Act (PCA), which will allow detention without trial, as the return of the dreaded Internal Security Act (ISA).

They were also unhappy that they were neither informed nor consulted, saying they were caught by surprise when the amendments were tabled earlier today.

"This is shocking, it is clearly a return of the ISA. Najib lied to the public," said N. Surendran (PKR - Padang Serai) in reference to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's previous assurances that he would not reinstate the powers to detain individuals without trial that he had abolished less than two years ago.

Surendran said the reason Putrajaya is bringing back detention without trial is not to only check violent crime, but also to intimidate the opposition and the public.

Nurul Izzah Anwar (PKR - Lembah Pantai) said she only found out when she was tipped off by the media. She stressed that the opposition is not against national security but worried that the new provisions might be in violation of human rights.

Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah (PAS - Kuala Terengganu) said the amendments proved the government was not serious in implementing its transformation agenda.

AES: Timbalan Menteri di'boo' ahli dewan rakyat...

Ab Aziz Kaprawi  
KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi di 'boo' beberapa ahli Parlimen di Persidangan Dewan Rakyat, hari ini ketika menjawab persoalan mengenai  butiran  perjanjian Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Suasana menjadi gamat sebaik Ab Aziz berkata, "Kita sudah beritahu, perjanjian AES ini di bawah Akta Rahsia Rasmi," katanya.

Kebanyakan ahli Parlimen pembangkang yang hadir mula bersorak seolah-olah tidak bersetuju dengan jawapan tersebut.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membangkitkan tentang perjanjian itu yang masih ditutup dari pengetahuan umum.

Beliau berkata, perjanjian itu perlu dijelaskan kepada ahli parlimen bagi menilai sama ada nilai pampasan kepada syarikat itu memberi keuntungan kepada rakyat atau kedua-dua syarikat tersebut.

AES: Kenapa menteri, AG tak jawab?

KUALA LUMPUR: Penasihat Undang-undang Kempen Anti Saman Ekopr (Kase), Zulhazmi Shariff hari ini mengulangi cabaran beliau agar Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien dan juga Peguam Negara menunjukkan sepatah ayat di dalam saman Penguatkuasaan Automatik (AES) yang menyebut "saman hendaklah dibayar".

Jelasnya lagi, beliau sanggup untuk menjelaskan ke semua saman-saman tersebut jika ada perkataan yang mengarahkan saman tersebut hendaklah dibayar.

"Sebelum ini saya telah mengemukakan cabaran kepada Pemangku Menteri Pengangkutan dan Peguam Negara berhubung dengan saman AES agar menunjukkan sepatah ayat di dalam saman tersebut yang menyebut saman hendaklah dibayar.

"Serta tunjukkan satu ayat bahawa kompaun hendaklah dibayar, jika ada saya akan tunggu di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menjelaskan semua saman-saman AES," jelas beliau.

Alat Kerajaan : “SB laporkan kepada saya, bukan menteri,” kata KPN


Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) hari ini menafikan tuduhan polis cawangan khas (SB) adalah alat kerajaan untuk memantau aktiviti pembangkang.
“SB adalah sebahagian daripada polis dan mereka melaporkan kepada pegawai lebih tinggi dan orang itu adalah saya. Bukan kepada ketua menteri,” katanya.
Khalid mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berkata semalam bahawa bekas ketua menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon menerima laporan penuh SB tetapi beliau dinafikan haknya oleh polis.
“Bekas ketua menteri tidak pernah mempunyai akses dan SB tidak memberikan laporan kepada menteri atau ketua menteri,” katanya.
Kerajaan negeri Pulau Pinang mahu SB menyediakan laporan prestasi wakil rakyat dan penglibatan mereka semasa pilihan raya, seperti didedahkan bekas exco negeri Pulau Pinang, Toh Kin Woon dalam Tribunal Rakyat anjuran Bersih.

Parliament Uncut: Zahid - Men detained in Penang were only investigated, not arrested

Police spent over RM8 million on Kuala Besut by-election

MP PAS Pokok Sena Bahas Bajet Tambahan (2013) 2013 [ 25 Sept 2013]

Tim Men Kewangan Bentang Bajet Tambahan 2103

Parliament Uncut: Zahid -PCA amendments not return of ISA

Jelajah #BantahObama #TolakTPP tetap diteruskan

Jelajah #BantahObama #TolakTPP tetap diteruskan
SHAH ALAM - Saranan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamad supaya jelajah anti Obama dan anti TPP dihentikan tidak akan dilayan penganjurnya.

Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata, pihaknya dan rakan sekutu tetap akan meneruskan jelajah seperti yang dijadualkan.

"Saranan beliau (Mustapa) supaya kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tidak disambut dengan protes besar-besaran turut tidak akan diendahkan.

"SAMM ingin menegaskan bahawa pentingnya jelajah ini diteruskan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai betapa perjanjian TPP ini bakal mengheret negara ke kancah penjajahan moden dalam bentuk ekonomi," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Jelajah #BantahObama #TolakTPP kini memasuki siri ke-5 yang berlangsung di Taman Meru, Ipoh, Isnin lalu.

Ujarnya lagi, program tersebut akan bergerak ke sembilan lagi lokasi di seluruh negara.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Khalid Ibrahim, Bola, Masjid dan Cap Ayam!

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim terlihat tidak matang apabila seakan-akan melenting dengan teguran Pemuda PAS Selangor yang mempersoalkan kemerosotan pasukan bola sepak negeri itu sehingga gagal masuk ke peringkat suku akhir dan mengaitkannya dengan kekurangan penajaan dan menyebabkan ramai pemainnya berhijrah ke pasukan lain untuk musim depan.

Dalam jawapan balasnya terhadap kritikan Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan itu, Khalid menjelaskan bahawa syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI) menyalurkan kira-kira RM7 juta setahun kepada pasukan bola sepak negeri atau dalam erti kata lain melebihi kos pembinaan sebuah masjid.

"Bermakna adakah Pemuda PAS berminat kita buat masjid atau menggalakkan bola sepak. Kita kena buat pilihan," kata Khalid lagi.

Sesiapa pun yang membaca kenyataan Khalid itu pasti akan geleng kepala, kalau pun tidak memaki dan menyumpah seranah terhadapnya. Apa kaitannya pembinaan masjid dengan pembangunan bola sepak? Penasihat kerajaan negeri Selangor, Anwar Ibrahim yang sedang berada di luar negara sekarang juga pastinya turut geleng kepala dan sedikit terganggu percutiannya dengan kenyataan Khalid yang tidak matang dan dan separuh masak itu.

Dalam erti kata lain, jika sebelum ini ada menteri yang mengatakan tukarlah makan ikan dan daging kerana harga ayam sudah mahal, tanamlah sayur kerana sayur mahal, pindahlah ke luar negara atau duduk dalam hutan jika tidak setuju dengan undang-undang dan sistem pilihan raya, jangan beli rumah jika rumah begitu mahal, gula akan dinaikkan harganya kerana rakyat banyak penyakit kencing manis dan sebagainya lagi, ternampak bahawa Khalid juga sudah dijangkiti aliran pemikiran yang sama sekarang ini.

Dewan Rakyat 25 Sept. 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (1)

Usul di PM 44 (2) oleh MP PAS Kota Bharu atas penggantungan MP Padang Serai

Surendran kicked out of parliament over death-in-custody petition

Bolehland: Di mana lokasi loji nuklear yang diluluskan kerajaan BN?

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kedudukan lokasi sebenar pembinaan loji nuklear yang didakwa sudah diputuskan namun dirahsiakan.

Persoalan yang itu ditimbulkan Charles Anthony Santiago (DAP-Klang) dan Dr Che Rosli Che Mat (Pas-Hulu Langat) pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Charles berkata, sebelum ini jawapan yang diberikan kepadanya oleh kementerian berkaitan mengatakan lokasi tersebut belum diputuskan lagi.

"Laporan World Nuclear Association menyebut lima lokasi berkemungkinan sudah dikenalpasti di Semenanjung Malaysia.

"Tetapi kementerian mengatakan ia belum diputuskan. Nampaknya keputusan sudah dibuat tetapi dirahsiakan dari Parlimen dan rakyat," kata Charles.

Tahun lalu, Najib berkata, kerajaan setakat ini hanya mengkaji pemilihan tapak loji nuklear tetapi belum membuat sebarang keputusan muktamad untuk melaksanakan projek tersebut.

Bolehland: Lepaskan kuasa, elak Umno dipenuhi “orang bodoh” - Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menasihati pemimpin Umno supaya tidak memegang kuasa terlalu lama bagi mengelakkan parti Melayu terbesar itu dipenuhi dengan lebih ramai “orang bodoh”.

Bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu berkata, seseorang pemimpin perlu mengetahui had masanya semasa berkuasa.

"Pemimpin perlu tahu hadnya, jangan terlalu lama memegang kuasa.

"Sebaliknya akan berlaku, kamu (parti) akan mempunyai lebih ramai orang bodoh dalam parti," kata Dr Mahathir dalam satu majlis di International Youth Centre (IYC) hari ini.

Beliau berkata, pemimpin Umno perlu bersikap terbuka untuk menerima mereka yang lebih bijak daripada mereka untuk menjadi pemimpin, bukannya mengamalkan sikap suka mencantas.

"Pemimpin yang teruk adalah apabila mereka menyekat pemimpin yang lebih pandai kerana takut tergugat," katanya

Ikhwan Muslimin: Kudeta Mesir ikut telunjuk Israel

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan tindakan kudeta Mesir yang mengharamkan Ikhwan Muslimin kelmarin sebagai mengikut telunjuk Israel.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss, berkata tindakan tersebut juga menunjukkan bahawa kerajaan sementara Mesir sekarang ini masih dikuasai bekas presiden diktator Hosni Mubarak.


"Tindakan ini menunjukkan dengan jelas bahawa kerajaan kudeta Mesir mengikut telunjuk Barat disamping akur dengan kehendak Israel.

"Kerajaan rejim Mesir pada hari ini adalah sama dengan diktator Hosni Mubarak yang memerintah Mesir 30 tahun lamanya," katanya.

Menurut Raja Ahmad, keputusan Mahkamah Mesir itu sekaligus telah mematikan demokrasi di negara tersebut.

Dalam keadaan kerajaan kudeta melakukan jenayah paling kejam di abad ini iaitu merampas kuasa dari kerajaan yang sah di bawah pimpinan Dr Mohammed Morsi, mahkamah Mesir turut mengikut telunjuk pemimpin kudeta yang kejam Abdul Fattah Al Sisi dengan menghukum Ikhwan Muslimin, katanya lagi.

Tahanan tanpa bicara dalam cadangan pindaan PCA oleh Kerajaan BN



 
Cadangan utama dalam Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (PCA) akan membenarkan kerajaan mengenakan semula tahanan tanpa bicara untuk tempoh dua tahun pada satu-satu masa, jika diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Antara cadangan dibentangkan pagi ini, seksyen baru 7B untuk membentuk lembaga pencegahan jenayah dengan tiga anggota, yang diketuai oleh hakim daripada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Ia akan diberi kuasa menahan individu yang didaftarkan bawah akta itu.

Penahanan boleh ditambah tetapi tidak lebih dua tahun pada satu-satu masa.

Seksyen baru 15A mencadangkan supaya semakan kehakiman terhadap keputusan atau tindakan lembaga tidak boleh dibuat, kecuali dalam perkara-perkara melibatkan prosedur.

Sebelum ini, Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan seletelah kritikan hebat dan berterusan kerana mempunyai kuasa menahan tanpa bicara.

Talking Reformasi: Reformasi made human rights mainstream

Majlis Peguam belum diberi draf pindaan PCA yang dibentang hari ini

Bar Malaysia masih belum melihat sebarang draf atau dirunding dalam pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA), meskipun menteri dalam negeri berkata ia akan dibentangkan dalam sesi Parlimen kali ini.

NONEDalam sebarang pindaan undang-undang, biasanya maklumat dan maklum balas daripada pihak berkepentingan seperti Bar dan polis akan diambil sebelum draf dirangka oleh Pejabat Peguam Negara.

Presiden Bar Christopher Leong bagaimanapun berkata, badan peguam itu masih belum diberikan draf berkaitan dan peruntukan dalamnya masih belum dibincangkan.

PCA membenarkan penahanan individu selama 72 hari. Berbeza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), undang-undang ini memerlukan suspek dibawa ke mahkamah dan bukannya tahanan tanpa bicara.

Malaysia perlukan belanjawan jujur lagi berani

Keadaan kewangan negara berada dalam keadaan lemah lagi rapuh dengan penurunan ‘rating' antarabangsa oleh agensi penilaian kredit antarabangsa Fitch, diganding dengan unjuran penunjuk negatif perkembangan ekonomi sedunia memestikan kerajaan mengusulkan sebuah belanjawan yang jujur lagi berani (an honest and brave budget).
Negara telah masuk tahun ke-16 dengan belanjawan defisit sejak tahun 1998 walaupun sebelum itu pengurusan kewangan negara cukup sihat dengan belanjawan surplus yang membanggakan.
Pakatan Rakyat memandang dengan penuh prihatin pembentangan Usul Perbekalan Tambahan ke atas perbelanjaan operasi bernilai RM15.014 billion yang terdiri daripada:
(1) RM14.13 billion untuk "perbelanjaan bekalan"; dan
(2) RM888.46 juta untuk "perbelanjaan tanggungan"
Andaikan jika tiada perubahan ke atas ramalan pendapatan, perbelanjaan pembangunan, pemulihan pinjaman dan KDNK (dalam harga terkini), nisbah belanjawan kepada KDNK untuk 2013 akan melonjak kepada 5.5 peratus.

Nisbah defisit kepada KDNK 5.5 peratus ini menunjukkan bahawa kerajaan Persekutuan pimpinan BN gagal mencapai sasaran defisit 4 peratus seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2013 pada 28 September 2012.

Harus diingatkan kerajaan pimpinan BN juga telah gagal mencapai sasaran defisit 4.5 peratus dalam tahun 2012.
Dalam laporan The Star 17 Ogos 2013, pakar ekonomi Tan Sri Ramon Navaratnam, pengerusi Asli Centre for Public Policy Studies berkata:

Kerajaan BN bentang pindaan PCA di Parlimen hari ini


Putrajaya akan mengukuhkan kedudukan untuk menahan penjenayah tanpa bicara sehingga dua tahun apabila ingin meminda Akta Pencegahan Jenayah (PCA) di Parlimen hari ini.
Pindaan berkenaan akan menyamai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang tidak memasukkan semakan kehakiman, kecuali jika melibatkan langkah prosedur.
"Ini bermakna kita tidak boleh menyemak di mahkamah untuk mempersoalkan keputusan substansif kementerian terhadap tahanan," kata Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran hari ini.
PCA sekarang ini hanya membenarkan tahanan selama 72 hari terhadap individu yang ditahan di bawah akta berkenaan.
Akta itu juga mengkehendaki tahanan dibawa ke mahkamah sebelum ditahan selama 72 hari.
Ia digunakan secara efektif sebelum ISA dikuatkuasakan dan melalui pindaan itu, Putrajaya ingin menggunakan akta berkenaan sekali lagi.
PCA bagaimanapun tidak meliputi kawasan Sabah dan Sarawak kerana ia dikuatkuasakan pada 1959 sebelum negeri Borneo menyertai Malaysia, dan pindaan hari ini akan memasukkan peruntukan melibatkan dua negeri berkenaan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) bagaimanapun pada Julai lalu berkata, akan melakukan cadangan untuk melaksanakan tahanan tanpa bicara.

Bantah Obama, pengganas berselindung senyuman


KUALA LUMPUR: Group FB Malaysian Malabari (MM) dan Inspirasi Muhibah Indiamuslim Malaysia (Imim) sepakat menolak kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia.

Pengerusi Group FB MM, Mohd Razali Yusof berkata, ia sebagai satu bentuk perpaduan MM dan Imim kepada saudara-saudara seagama yang mengalami penderitaan akibat ditindas AS dan kroninya.

“Obama adalah simbol dari kekejaman dunia barat terhadap umat Islam. Dunia barat hingga saat ini masih terus aktif menyiksa dan membunuh Islam di seluruh dunia.

“Tidak ada hari yang berlalu tanpa pembunuhan umat Islam,” ujarnya dalam kenyataan bersama.

Justeru, tegasnya, bagi MM dan Imim, Obama tidak layak memijak kakinya di tanah air umat Islam kerana tangannya masih berlumuran darah ratusan ribu umat Islam yang dibunuh kejam di Afghanistan, Iraq dan jutaaan di negara-negara Islam lain.

“Obama tak ubahnya seperti Bush. Pengganas yang berselindung dengan senyuman manis,” katanya.

Sehubungan itu, katanya umat Islam harus bersatu untuk menolak kedatangan Obama ke Malaysia.

Perlukah kerajaan BN bawa masuk 1.4 juta Bangladesh?

Pihak kerajaan diminta mengkaji semula kemasukan pekerja Bangladesh yang dijangka 1.4 juta pada awal tahun hadapan. Kita kini menghadapi berbagai masalah apabila jutaan pendatang asing dari berbagai-bagai negara yang berada di Malaysia ini yang enggan pulang kenegara asal walaupun tempoh permit mereka ini tamat, hingga terpaksa pula pihak Penguatkuasa berhempas pulas memburu mereka.

Sudahlah pendatang secara haram begitu mudah memboloskan diri di sempadan negara dan ditambahkan pula dengan pendatang asing yang lain begitu ramai hingga menjejaskan ekonomi rakyat Malaysia itu sendiri. Berbilon ringgit pengaliran keluar mata wang kita setiap tahun dan sepatutnya kita merasa bimbang dengan situasi begini.

Membawa 1.4 juta pekerja Bangladesh yang sebenarnya bukannya menyelesaikan masalah yang sedia ada tetapi mendatangkan masalah lagi. Bayangkan apabila sekarang ini sahaja disebabkan kelonggaran yang diberikan, pekerja asing di sini telah mencecah hampir 4 juta dan apabila ditambahkan lagi 1.4 juta pekerja Bagladesh ia akan mencecah 5.5 juta rakyat asing dinegara ini. Sedangkan jumlah penduduk rakyat Malaysia hanya 28 juta sahaja. Hal ini bermakna setiap 5 orang rakyat Malaysia akan dibayangi oleh seorang rakyat asing.

Inilah apa yang dikatakan perumpamaan Melayu 'kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’. Hal ini kerana masih ramai remaja Malaysia yang mengganggur dan apabila berkerja pula gaji mereka tidak seberberbanding pekerja asing.

Kerajaan BN jangan guna media putar belit isu Chin Peng, kata Mat Taib


Isu Chin Peng jangan diputar belit, kata Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 September, 2013.Isu Chin Peng jangan diputar belit, kata Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 September, 2013.Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengingatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terus memperalatkan media seperti TV3 dan akhbar milik Umno Utusan Malaysia untuk memberi gambaran yang salah mengenai mendiang Chin Peng dan gerakan komunis di Malaysia.
Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, media berkenaan digunakan sebagai medium penyelewengan kebenaran untuk menakut-nakutkan rakyat bagi melabel Chin Peng dan komunis sebagai musuh negara.
“Saya tidak melabelkan Chin Peng itu sebagai hero tetapi kerajaan perlu adil dengan kematangan pemikiran yang dibentangkan kepada masyarakat. Memang betul ramai orang Melayu mati semasa penjajahan komunis tetapi lebih ramai yang mati semasa pemerintahan Jepun.
“Jangan gunakan Utusan dan TV3 untuk seleweng fakta menakut-nakutkan rakyat dengan memutar-belit serangan komunis yang dipimpin Chin Peng. Ini tidak betul. Jangan selewengkan fakta,” katanya Muhammad dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider di kediamannya di Shah Alam, Selangor semalam.

Muhyiddin: RM20 juta pada McKinsey berpatutan..!! Wang Rakyat Jadi Mangsa..!!




 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bayaran berjumlah RM20 juta kepada perunding McKinsey and Co untuk menyiapkan Pelan Pembangunan Pendidikan adalah berpatutan.

Bayaran itu mengambil kira kerja-kerja selama dua tahun untuk menyiapkan pelan itu, kata Muhyiddin yang menjelaskan ia turut mengambil kira pandangan pakar pendidikan luar negeri.

"Saya percaya itu satu kadar yang berpatutan sebenar pasal dalam mana-mana usaha yang kita buat pun, kita memerlukan beberapa pihak yang agak lebih pakar membantu.

"Dan saya nak peringatkan usaha yang kita buat itu satu usaha yang besar.

"Ia bukan satu perkara yang kita buat secara persendirian kerana kita buat konsultasi, kita ambil ahli-ahli panel peringkat antarabangsa, kita turun ke setiap negeri kita buat hari terbuka," jelasnya pada satu sidang media pagi tadi.

Naib Presiden PKR Ahli Parlimen pertama dihalau keluar Dewan Rakyat


Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR, N Surendran (gambar) menjadi ahli Parlimen pertama diarah keluar sidang Dewan Rakyat oleh speaker bagi penggal ini kerana membangkitkan pertanyaan berkenaan kes kematian dalam tahanan sebelum bermulanya sesi sidang Dewan Rakyat.
Naib Presiden PKR itu diarahkan keluar serta-merta oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Surendran ketika sidang media sejurus dihalau keluar berkata, beliau menggunakan Peruntukan 14 F yang membenarkan petisyen dibawa ke Dewan Rakyat sebelum sesi soal jawab.
"Mengikut Peruntukan 14 F, petisyen boleh dibawa sebelum sesi soal jawab. Tapi speaker halau saya sebab bangkitkan perkara ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Sebelum itu, kekecohan berlaku apabila keluarga Karuna Nithi Palani Velu, individu yang terlibat dalam kes kematian dalam tahanan di Negeri Sembilan cuba memasuki kawasan sidang media namun dihalang pegawai keselamatan Parlimen.
"Tengok bahasa yang digunakan Ahli Parlimen BN, seperti 'biadap', dan itu ini. Umno menghancurkan negara ini," kata Surendran.
"Ini peringkat tertinggi kesombongan speaker yang dilantik oleh BN (Barisan Nasional)," katanya.
Surendran berkata, rayuan petisyen berkenaan dibangkitkan beliau selepas Karuna meninggal dunia dalam tahanan polis pada 1 Jun lalu dan doktor mengesahkan terdapatnya 49 kesan pukulan di badan mangsa.

CAPS bantah cadangan Menteri Kesihatan

Rasional menteri itu agak melucukan dan tidak boleh disokong

KOTA KINABALU : Pertubuhan Hal-Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) membantah cadangan Menteri Kesihatan Malaysia, S. Subramaniam, agar kerajaan menaikkan harga gula sebagai satu cara mengurangkan kos subsidi kerajaan sekali gus mengurangkan kes penyakit kencing manis di negara ini.

Timbalan Bendahari CAPS, Donny Yapp, yang bertindak sebagai jurucakap, berkata rasional menteri itu agak melucukan dan tidak boleh disokong, terutama sekali oleh rakyat Sabah dan Sarawak yang sudahpun terbeban oleh Dasar Kabotaj yang meningkatkan harga barangan di dua negeri itu.

“Tiada bukti kukuh bahawa menaikkan harga gula akan menurunkan kes penyakit kencing manis. Naikkanlah sampai RM3 atau RM5 sekilogram pun, pengguna tetap akan membeli gula sebab ia keperluan seharian dalam makanan dan minuman.

“Dulu harga sekilogram gula (di Sabah) ialah RM1.55 tapi kini RM2.50. Adakah kes kencing manis telah menurun? Tidak. Malah makin meningkat ! Tapi yang pasti pengguna khususnya dari isirumah miskin dan berpendapatan rendah akan menjadi mangsa sebab setiap kali kenaikan harga gula akan meningkatkan harga barangan makanan dan minuman lain,” katanya dalam satu kenyataan CAPS di sini hari ini.

Subramaniam dilaporkan membuat cadangan menaikkan harga gula itu ketika berucap pada kempen kesedaran penyakit kencing manis di Segamat, Johor, Ahad lalu.

Pakatan tuntut “keikhlasan” BN realisasi perpaduan nasional


Datuk Mahfuz Omar.Datuk Mahfuz Omar.Pakatan Rakyat (PR) menuntut kerajaan Barisan Nasional (BN) menunjukkan keikhlasan mereka ketika berbincang soal perpaduan nasional.
Ahli Parlimen PR yang ditemui The Malaysian Insider berkata, hanya dengan cara itu idea perpaduan nasional antara kedua-dua parti politik berkenaan akan terlaksana.
"Perpaduan tidak akan wujud selagi keharmonian tidak diwujudkan. Bagi merealisasikan keharmonian nasional, yang lebih banyak dipersoalkan adalah iltizam politik kerajaan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS itu berkata, kerajaan perlu tegas menunjukkan bagaimana mereka mahu bawa politik yang harmoni.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam berkata, BN sedia mengadakan perbincangan mengenai perpaduan nasional dengan PR, namun menggesa pembangkang itu mengamalkan "baik sangka" terhadap parti pemerintah itu.
"Itu tujuan tidak ikhlas. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bercakap mengenai perpaduan nasional selepas keputusan pilihan raya umum.
"Apa yang kita lihat selepas itu hanyalah politik balas dendam dalam tempoh sejak setengah tahun lalu," kata ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Teresa Kok.Teresa Kok.Naib Pengerusi DAP itu berkata, tindakan BN itu menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan sedangkan rakyat sebenarnya mahu melihat mereka bekerjasama secara "gentleman".
"Ini yang rakyat marah dengan BN. Rakyat mahu lihat kita kerjasama secara gentlemen," katanya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut mengharapkan Shahidan ikhlas dalam kenyataannya, dan mengharapkan tawaran berkenaan akan kekal meskipun tamatnya pemilihan Umno pada Oktober depan.
"Saya harap beliau ikhlas, kita tunggu masa semeja, saya harap tawaran ini akan berjalan sehingga perhimpunan Umno.