Selasa, 24 September 2013

Obama calls on U.N. members to enforce chemical weapons ban

Malaysia ke arah media lebih bebas..!!

KUALA LUMPUR - Kemunculan semakin banyak media sosial dan portal berita menyebabkan Malaysia tidak dapat mengelak daripada bergerak ke arah menyediakan platform media yang lebih bebas, kata Editor Eksekutif The Sun, Balan Moses.
   
Beliau berkata, kewujudan semakin banyak sumber maklumat pula memberi pilihan kepada penonton untuk memperoleh berita daripada pelbagai sumber.
   
"Oleh itu, saya percaya kerajaan terpaksa membenarkan wujudnya media yang lebih bebas kerana orang ramai tidak boleh dihalang daripada mendapatkan maklumat melalui pelbagai sumber yang disediakan untuk mereka," katanya pada forum bertajuk Media dan Integriti di sini hari ini.
   
Forum itu adalah anjuran bersama Institut Integriti dan Institut Akhbar Malaysia sebagai sebahagian daripada program untuk peserta yang menghadiri Program Fellowship Kewartawanan Antarabangsa 2013.
  
Moses berkata, kemunculan semakin banyak media sosial juga mendesak media arus perdana supaya bersikap lebih adil dan tepat dalam laporan mereka.

"Kita tidak boleh lari daripada hakikat ini. Mungkin kita mempunyai agenda, tapi jika mereka tidak suka membaca berita kita, mereka boleh membaca berita dalam akhbar lain atau portal untuk mendapatkan pandangan lebih berimbang," katanya sambil menambah bahawa sesebuah organisasi media akan hilang kredibilitinya apabila didapati tidak membuat laporan dengan tepat.

Bendung Rasuah - SPRM

Susulan isteri Mat Yo maki pengawal keselamatan

PAU 2013: Mukhriz bidas pakatan trio Naib Presiden Umno

Kesepakatan itu jelas tidak mempamerkan amalan demokrasi yang dikehendaki parti.
SHAH ALAM: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir membidas trio penyandang Naib Presiden Umno yang dilihat berpakat mahu mengekalkan kedudukan masing-masing semasa pemilihan parti Oktober depan.
Katanya, kesepakatan itu jelas tidak mempamerkan amalan demokrasi yang dikehendaki parti.
“Kita dah buka seluas-luasnya dalam program transformasi politik untuk sesiapa yang dirasakan layak untuk menawarkan diri untuk dipilih termasuklah di peringkat naib presiden ini.
“Berilah peluang kepada perwakilan untuk menentukan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Trio terbabit, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi- Datuk Seri Hishammuddin Hussein- Datuk Seri Shafie Apdal Sabtu lalu dilihat hadir dan mengemukakan borang secara bersama, malah kemudian meninjau pusat penamaan calon sambil bergurau-senda memperlihatkan hubungan keakraban antara mereka.

New Selangor CPO aims to gun down crime index

PAS leaders cast doubt on Zahrain's appointment as the new envoy to Indonesia

DAP gesa Zahid Hamidi hentikan salah guna kuasa polis

Teresa kok 2KUALA LUMPUR, 24 SEPTEMBER: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menyeru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghentikan salah guna kuasa kerajaan terhadap Unit Cawangan Khas Polis (SB).
Beliau berkata, kakitangan SB harus digunakan untuk membantu memerangi jenayah agar dapat mengembalikan keamanan negara daripada jenayah dan keyakinan orang ramai terhadap pihak penguatkuasa awam bukannya untuk tujuan politik tertentu.
“Saya menyeru Zahid agar berhenti daripada terus menyalahguna polis dan kakitangan SB.
“SB atau mana-mana sumber polis tidak harus dialihkan kepada tugasan yang tidak perlu dalam keadaan negara masih dan sedang bergelut dengan gelombang jenayah membimbangkan sehingga menakutkan rakyat.
“Zahid perlu menjawap mengapa beliau menggunakan SB supaya terbabit kerja yang tidak ada kena mengena langsung dengan polis?,” tegasnya dalam kenyataan.

Ekonomi selimut singkat


economy plunge myr

Oleh Izmil Amri

Saya tak ada anak. Mana lah saya tahu lampin pakai buang harganya berapa. Sehinggalah Ahad sudah.
Tapi sebelum itu mari kita ambil masa beberapa minit untuk merenung dompet masing-masing. Kira perlahan-lahan ada berapa ringgit dalam dompet anda. Fikirkan berapa lama anda dapat bertahan dengan wang yang anda ada itu.
Ambil kira perbelanjaan minyak kereta dan makan-minum serta perbelanjaan ‘tak semena-mena’ yang sering terjadi. Pandang isi kandungan dompet anda. Renung lama-lama. Sayunya rasa hati kan?
Berbalik kepada cerita saya.
Ada teman minta tolong saya belikan lampin pakai buang untuk anaknya yang belum pun lagi satu tahun usia. Itu petang Ahad lalu, waktu saya kebetulan pergi kenduri teman yang lagi satu. Saya pergi kenduri sebab mahu makan ‘free’. Ya lah, waktu-waktu cemas hujung bulan sebelum dapat gaji, tak berapa nak ada kemampuan. Harus jimat.
Elok suap makanan ke mulut, telefon berbunyi, minta tolong beli lampin. Selesai makan saya pun ke pasaraya terdekat. Dalam dompet cuma ada RM50.
Sekali lagi, manalah saya tahu lampin pakai buang harganya berapa.
Saya pun ambil troli, dengan niat nak beli barang-barang lain. Saya agak ‘sebungkus’ lampin begitu dalam dua puluh ringgit begitu.
Nyata saya salah.
Menghampiri rak yang menyusun bungkusan lampin pakai buang. Saya tenung harga satu-satu dan kemudian langsung mencari jenama yang disuruh beli. Terpampang harga ‘RM40.90’. Ah sudah. Saya tinggal troli di tepi, ambil bungkusan lampin dan terus berlalu pergi.
Ekonomi selimut singkat
ekonomi-pertumbuhan-121218bIni realiti ekonomi masyarakat Malaysia hari ini; apa yang disebut orang sebagai ekonomi selimut singkat. Bagi memahami istilah ekonomi selimut singkat ini, mari kita belajar apa itu ‘kos peluang’.
Kos peluang mudah difahami sebagai ‘kesempatan yang hilang’. Contohnya jika anda memiliki RM1,000, anda punya pilihan untuk melancong atau membeli telefon pintar. Kalau wang yang anda ada itu digunakan untuk melancong, maka hilanglah peluang untuk membeli telefon; begitu juga sebaliknya.
Analogi teori ini sangat puitis kalau disebutkan sebagai ekonomi selimut singkat.
Kalau ditarik selimut melepasi dada, kaki terdedah kesejukan. Kalau ditutup kaki pula, dada kesejukan. Begitulah. Akan ada yang menjadi korban demi yang lain.

Melayu akan balik kepada Umno..!!

Oleh Dinsman
AKHIRNYA orang Melayu akan balik kepada Umno semula. Ini suatu trend pemikiran yang sedang berlegarlegar di kalangan masyarakat Melayu hari ini. Trend pemikiran pasca PRU13. Akibat daripada krisis kepemimpinan yang semakin tak dapat disembunyikan, berlaku dalam PKR dan juga dalam PAS. 

Saya bukan orang politik, tetapi saya mulai mendengar cakap-cakap yang seperti itu hampir di mana-mana sekarang. Cakap-cakap mengenai krisis kepemimpinan di dalam parti. Cakap-cakap mengenai ketidakpuasan hati terhadap pimpinan atasan parti.
Cakap-cakap mengenai ketidak-puasan hati ahliahli di bawah terhadap gelagat pimpinan yang mulai menunjukkan “perangai dan sikap macam orang Umno juga”.
Ini bahaya. Keadaan yang membahayakan. Orang seperti disillusion, seperti kecewa dengan harapan yang tak kesampaian.
Mengharap dan mengharap terlalu lama, khasnya dengan janji-janji dan harapan yang diapungkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat; dan Reformasi yang bermula sejak September 1998 itu – adalah suatu tempoh yang agak lama.
Manakala di pihak Umno pula nampaknya mereka tetap bertahan dengan ikhtiar-ikhtiar gigih yang berterusan untuk mengembalikan kepercayaan orang Melayu kepada Umno.
Memang mereka bermain dengan sentimen perkauman.
Dan saya perhatikan memang sentimen perkaumanlah faktor utama yang boleh menarik orang Melayu kembali kepada Umno.
Dan kita tak boleh menafikan kepentingan faktor sentimen perkauman ini, betapapun kita cuba bersikap positif dalam persefahaman antara kaum, terutamanya apabila terselak sedikit demi sedikit permainan mengutamakan kepentingan Cina di pihak DAP.
Mungkin betul mungkin tidak, kita tidak tahu pasti. Tetapi orang mulai mempercayainya.
Kalau sebelum ini kita menepisnya dengan hanya senyum sinis dan menganggap semua itu sebagai tohmah dan fitnah, tetapi sekarang tidak lagi demikian.
Sebab apa? Krisis di dalam parti PKR dan PAS sendiri yang mendorong orang ke arah mempercayainya.
Dan kekalahan PAS Kedah itupun tidak sahaja kekalahan PAS di Kedah. Ia mempunyai impak dan akibatnya terhadap kepercayaan dan keyakinan orang ramai kepada kepemimpinan PAS keseluruhannya.
Imej yang terbina di sekitar kepemimpinan Ustaz Azizan itu rupa-rupanya tidak kecil.
Ia cukup besar, sehingga orang mulai merujuk kepada ‘Azizanism’ (Hang sapa? Depa tau apa?). Memang agak menyedihkanlah.

Carilah alasan lain yang lebih wajar...

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Pada 5 September 2013 saya menulis komen saya tentang kenaikan harga minyak. Dalam tulisan tersebut saya tidak membantah kenaikan harga minyak, tetapi menyatakan kenyataan timbalan menteri kewangan tentang kenaikan harga minyak itu tidak tepat dan meragukan. Maka saya kata, carilah alasan lain yang lebih wajar. Harapan saya dengan teguran tersebut, maka tidak ada lagi kenyataan tentang kenaikan harga minyak ini yang meresahkan rakyat.


Selepas tulisan saya tersebut, muncul pula seorang ulama muda yang menyatakan kenaikan harga minyak ini sebagai ketentuan Allah. Saya tidak menjawab kenyataan tersebut. Dua hari lepas pula Menteri Kesihatan mencadangkan supaya kerajaan mengurangkan subsidi harga gula bagi mengurangkan rakyat menjadi penghidap diabetes. Katanya, ini kerana 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia menghidap diabetes.

Saya ragu dengan data yang diberikan. Jikalah rakyat Malaysia berjumlah 28 juta, maka 10% daripada 28 juta ini sudah menjadi 2.8 juta. Maka bagaimana boleh dikatakan data yang diberikan Menteri Kesihatan itu tepat. Inilah yang menyedihkan saya apabila ada menteri yang memberikan kenyataan secara sambil lawa sahaja tanpa data yang tepat. Walaupun berasa bertanggungjawab untuk membetulkan kenyataan ini, saya juga tidak menulis.

Peruntukan tambahan kerajaan BN uja risiko tiris, pembaziran

azrul_bimbSHAH ALAM, 24 SEPT: Institut Rakyat (IR) mempersoalkan peruntukan tambahan yang tinggi kepada kementerian-kementerian seperti yang diumum dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan semalam.
Pengarah Eksekutif IR, Azrul Azwar berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sahaja menerima sehingga RM126,665,400 peruntukan tambahan.
Menurut beliau, pembayaran ‘one-off’ seperti peruntukan tambahan ini selain mengundang risiko ketirisan, ia juga mengundang pembaziran seperti yang kerap dilaporkan media sebelum ini.
IR juga mempersoalkan pembayaran seperti ini memanfaatkan rakyat atau golongan tertentu.
“Ini agak janggal dan membimbangkan sebab kalau kita tengok, terlalu banyak ‘one-off’ tetapi siapa yang mendapat manfaatnya?” soal beliau.
Menurut Azrul lagi, perkembangan ini semakin membimbangkan kerana menunjukkan kegagalan kerajaan mengurus perbelanjaan dengan cekap.
“Pada 2012, kerajaan gagal mencapai sasaran 4.5 peratus nisbah defisit kepada KDNK. Sebaliknya, ia meningkat kepada 4.9 peratus selepas mengambil kira semua bil-bil tambahan berjumlah RM28.5 bilion iaitu RM28 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM500 juta untuk perbelanjaan pembangunan.
“Perbelanjaan tambahan 2013 ini mungkin menyebabkan nisbah hutang kepada KDNK awam melepasi had 55 peratus daripada 45 peratus pada Julai 2009 dan 40 peratus pada April 2008 dan menjelang akhir tahun ini akan mencecah 53.3 peratus pada akhir 2012, satu rekod baru antara yang tertinggi di Asia Tenggara,” ujar Azrul lagi.

Ilmu, Usahawan, Kediaman, Tiga Tujahan Utama Belanjawan Selangor 2014

MB belanjawan
SUBANG JAYA 24 SEPT : Tiga perkara utama iaitu pendidikan, pembangunan usahawan dan perumahan mampu milik akan diberi perhatian dalam Belanjawan Selangor 2014 yang akan dibentangkan pada bulan November depan.
“Selepas mengadakan perbincangan dengan pemimpin masyarakat dalam Dialog Belanjawan 2014 dua hari ini, kita dapat menilai sejauh mana mereka memikirkan mengenai manifesto yang kita janji.
“Jadi selepas ini, kita akan mengadakan perbincangan dengan semua Exco tentang bagaimana ia dapat dilaksanakannya dengan menekankan kepada tiga perkara itu,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  dalam sidang media selepas Majlis Dialog Belanjawan 2014, di Hotel Grand Dorsett, di sini.
Tujahan perumahan itu termasuk pembinaan sekurang-kurangnya 20,000 unit rumah mampu milik melalui penglibatan daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah (LPHS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pemaju.
Program rumah mampu milik ini juga akan diperhebatkan dan dipercepatkan pembinaannya, disamping memberi keutamaan kepada pemohon yang berumur 40 tahun ke bawah, serta keluarga yang belum berpeluang mempunyai kediaman sendiri.

PAU 2013: Dah nasib badan saya anak Mahathir - Mukhriz

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak dapat mengelak daripada dikaitkan dengan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelang pemilihan naib presiden Umno kali ini.

"Itu sudah nasib badan saya, tetapi bagi saya ada dua yang saya maksudkan sebagai 'nasib badan' ini.

"Pertama, sesetengah orang akan ingat saya mewarisi genetik ketokohan itu. Lagi satu, nasib badan saya ini, ayah saya sentiasa mahu saya dicabar dahulu," katanya.

Mukhriz menggalas tugas sengit berdepan tiga penyandang - Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein - dan dua pemimpin heavyweight Umno Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam.

Mukhriz sebelum ini sudah menjelaskan bahawa beliau melakar sendiri laluan politiknya dan tidak bergantung atau menjadi proksi kepada bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

EKSKLUSIF: Pengakuan Pengawal Keselamatan Yang Dimaki, Ditendang Isteri Mat Yo

Kenyataan Ikhwanul Muslimin Berhubung Keputusan Mahkamah Regim Zionis As Sisi Membubarkannya


Ikhwanul Muslimin mengeluarkan kenyataannya, Isnin (23/9/2013), berkaitan dengan keputusan mahkamah rejim kudeta yang membubarkan orrganisasi terbesar di Mesir itu. Berikut kenyataan tersebut yang diterjemahkan dari Dakwatuna, Selasa (24/9/2013):

“Hari ini, mahkamah Kaherah yang dipimpin oleh hakim Muhammad Sayid menjatuhkan hukuman yang melarang semua aktiviti gerakan Ikhwanul Muslimin, jemaah Ikhwanul Muslimin, semua yayasan cabang, atau yang ada kaitan, atau didirikan dengan dana dari Ikhwan, atau mendapatkan bantuan kewangan dan bantuan lainnya, dan lembaga-lembaga yang menerima bantuan dari Ikhwan atau anggota Ikhwan.

Selain itu, mahkamah juga membuat keputusan membekukan semua aset jemaah, baik yang berbentuk bangunan, aset bergerak, dana cair, yang dimiliki atau disewakan, maupun semua aset yang dimiliki oleh orang-orang yang ada kaitan dengan gerakan Ikhwan, untuk kemudian dimanfaatkan negara sesuai dengan undang-undang Mesir sebagaimana mestinya.

Ikhwanul Muslimin menegaskan bahwa keputusan mahkamah ini bersifat diskriminatif, balas dendam, politik, dan berusaha untuk menghancurkan pihak tertentu. Keputusan ini tidak mengejutkan, kerana tujuannya hanya untuk dijadikan untuk menutup semua kejahatan yang telah dilakukan tentera mulai dari 3 Julai lalu. Pihak tentera telah menangkap lebih dari 15 ribu orang Ikhwan, termasuk di dalamnya Mursyid ‘Am, Muhammad Badi’ dan dua orang wakilnya. Mereka juga telah membakar pejabat-pejabat Ikhwan, membunuh anggota Ikhwan, dan menuduh para peserta demonstrasi a man dengan tuduhan yang sengaja diada-adakan.

Ikhwanul Muslimin ingin mengingatkan tentera tentang para pendahulu mereka yang pernah melakukan hal yang sama. Dulu mereka mengira dapat menghilangkan Ikhwan dan anggotanya dari masyarakat Mesir.

Padahal Ikhwan adalah bahagian yang sangat penting dalam masyarakat; memberikan denyut kehidupan, membimbing, memberi dan merangkul semua lapisan masyarakat. Penerimaan masyarakat terhadap Ikhwan terbukti dengan lima kemenangannya dalam proses demokrasi. Ketika ini, demonstrasi yang terus saja terjadi di Mesir juga membuktikan bahwa masyarakat akan terus bersama Ikhwan mendukung demokrasi, menentang kudeta tentera, membela kebebasan rakyat dalam berjuang, mengembalikan kemerdekaan bangsa dan masa depan generasinya.

Sejarah pemilihan dan status quo Umno

A Kadir Jasin,
SEDIKIT mengenai sejarah. Kali terakhir Presiden Umno dicabar dalam pemilihan parti adalah pada tahun 1987. Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Dr Mahathir Mohamad. Tengku Razaleigh kalah. Umno berpecah.

Kali terakhir Timbalan Presiden Umno dicabar adalah pada tahun 1993 apabila Anwar Ibrahim mencabar Abdul Ghafar Baba. Abdul Ghafar menarik diri daripada bertanding. Anwar menang tanpa bertanding. Sebulan kemudian Abdul Ghafar meletakkan jawatan Perdana Menteri dan Anwar menggantikan beliau.

Sejak itu, atas alasan perpaduan, dua jawatan teratas Umno itu tidak ditandingi lagi. Apabila Dr Mahathir bersara pada bulan Oktober 2003 dan digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi beliau juga mengambil alih sebagai Presiden Umno.

Apabila Abdullah dipaksa meletakkan jawatan pada bulan April 2009, Mohd Najib Abdul Razak menggantikan beliau dan dalam pemilihan Umno berikutnya disahkan sebagai Presiden dan Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Timbalan Presiden.

Selain Dr Mahathir, hanya Tunku Abdul Rahman Putra dan Hussein Onn pernah dicabar sebagai Presiden. Tunku dicabar oleh Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang ulama dan Pengerusi Badan Agama Umno, pada pemilihan tahun 1951.

Ahmad Fuad adalah sahabat akrab Onn Jaafar. Beliau keluar Umno, mengasaskan PAS dan menjadi Yang DiPertuanya yang pertama pada tahun 1951. Pada tahun 1953 beliau keluar PAS setelah cadangannya menggabungkan PAS dengan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Onn gagal. Beliau  kemudian menyertai IMP dan selepas itu Parti Negara yang menggantikan IMP.

Hussein menghadapi cabaran kamikaze oleh Haji Sulaiman Palestin dalam pemilihan 1978. Beliau menang dengan mudah dengan memperoleh 898 undi berbanding Sulaiman sebanyak 250.

Usul Mesir ditolak ada kaitan kehadiran Obama?

Mahfuz : Kerajaan BN Tak Faham Hak Asasi Negara Islam Lain

Mahfuz slams Najib for putting US interest first over Egypt-Morsi

Parliament: 'SelangorKini is no Utusan' - Pakatan, BN debate media...

Bolehland: Jamuan Raya PM RM36 sekepala...!!!

Parlimen diberitahu hari ini kos sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melibatkan kos sebanyak RM2.88 juta.
Perkara itu disahkan dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim di Parlimen.
"Majlis rumah terbuka itu dihadiri lebih 80,000 tetamu daripada rakyat pelbagai bangsa, agama, dan lapisan masyarakat," katanya dalam jawapan bertulis kepada ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook.
Jelas jawapan berkenaan, syarikat katering yang bertanggungjawab mengenakan bayaran RM 36 sekepala. Loke bagaimanapun membangkitkan sama ada jumlah yang dibayar itu berbaloi ataupun tidak dengan hidangan yang disediakan.
"Mereka (yang hadir) dapat menilai, RM36 itu berbaloi atau tidak," katanya ketika sidang media di Parlimen hari ini.
"Majlis besar seperti ini kenapa gunakan khidmat satu katerer sahaja, kenapa tidak gunakan khidmat banyak katerer," soal Loke lagi.

Selangor Kini jadi perdebatan hangat di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR 24 SEPT: Selangor Kini, akhbar milik Kerajaan Selangor menjadi perbahasan hangat sesi petang Dewan Rakyat antara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
Ia berikutan berlaku situasi tegang berlaku antara Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
selangorkini“Selangor Kini adalah surat khabar kerajaan megeri untuk menjelaskan tindakan dan polisi kerajaan megeri.
“Sesuailah kerana kerajaan Selangor adalah Pakatan Rakyat. Mungkin Tanjong Karang berada dalam 2004, ingat (masih) kerajaan BN.
“Selangor Kini ceritakan apa yang dilakukan kerajaan Selangor (kepada rakyat). Tiada salah gunakan duit kerajaan untuk ceritakan program kerajaan,” kata Khalid.
Selangor Kini diterbitkan kerajaan Selangor melalui anak syarikatnya, CCSB Sdn Bhd dengan memberi tumpuan isu dan dasar pentadbiran kerajaan negeri dan masalah rakyat.
Ia berbeza dengan Suara Keadilan atau Harakah terbitan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang memfokus isu politik.
Selain itu, Khalid berkata, Pakatan mendesak kerajaan Pusat memberi lesen penerbitan akhbar dan stesen televisyen swasta bagi menerangkan kepada rakyat mengenai dasar pentadbiran negeri yang diperintah.
“Ini yang kita minta lesen akhbar (harian) dan televisyen (swasta) seperti TV3. Kita bukan minta kerajaan keluarkan Harakah, Suara Keadilan. Tidak mungkin,” katanya.

‘Hentikan budaya samseng dalam Umno’....Lakonan lagi..!!!

Ariff turut mengemukakan bukti bahawa kejadian serangan ke atas dirinya bukan lakonan.

KUALA LUMPUR: Calon Majlis Tertinggi Umno, Mohd Ariff Abdul Aziz, 57, hari ini mahu pimpinan Umno pusat menghentikan penularan budaya samseng di dalam Umno ekoran kejadian yang menimpa beliau.
“Umno tidak memerlukan pemimpin bersifat gangster. Sila singkirkan mereka,” kata beliau dalam satu sidang media di sini.
Beliau telah pun menghantar surat cadangannya kepada pengerusi jawatankuasa disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithaudeen Ismail dan pengerusi jawatankuasa pemilihan Umno, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.
Surat sama akan diberikan kepada Presiden Umno ,Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dua hari lalu, Ariff bercadang menghantar borang pencalonan di PWTC untuk bertanding  kerusi Ketua Bahagian Umno Titiwangsa  telah dipukul oleh Setiausaha Kerja Umno Titiwangsa, Noryumisza Abu Nasir.
Beliau yang cedera terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Kuala Lumpur. Satu laporan polis telah pun dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Beberapa jam sebelum itu, beliau telahpun mendaftarkan diri sebagai calon untuk kerusi ahli majlis tertinggi Umno. Beliau merupakan salah seorang daripada 64 calon yang bertanding untuk 25 kerusi ahli majlis tertinggi.

Kalau benar PM Najib mahu kritikan membina dan proaktif, dengar ini....!!

Memperkasakan Ekonomi Bumiputra (MEP) menjadi sebutan ramai dikalangan rakyat termasuk oleh rakyat Bukan Bumiputra di mana-mana dan di setiap tempat di mana mereka boleh bercakap. Bagi Bumiputra mereka berbincang isu ini kerana pengumuman tentang MEP ini oleh PM Najib baru-baru ini melibatkan mereka. Perbincangan di kalangan bukan bumiputra pula kerana isu ini berkaitan dengan bumiputra dan kelemahan mereka tidak habis-habis diperkatakan oleh kerajaan.

Kedua-dua pihak, Bumiputra dan Bukan Bumiputra, nampaknya sama-sama bersetuju yang perancangan Najib dalam isu ini membosankan rakyat termasuk Bumiputra itu sendiri. Orang melayu dan Bumiputra merupakan 60 peratus dari kependudukan negara ini, dan mereka bukan tidak suka perancangan yang khusus untuk mereka, tetapi beratus-ratus rancangan yang diumumkan oleh kerajaan itu tidak membawa apa-apa makna kepada mereka. Bumiputra tetap ditakuk lama dan tidak berganjak kemana-mana.

Najib memberitahu rakyat yang perancangan ini boleh di kritik dengan kritikan membina. Jika terdapat kesalahan di mana letaknya kesalahannya. Jika terdapat kekurangan di mana pula hendak di tokok dan di tambah asalkan segala kritikan itu adalah kritikan membina. Kita berharap PM Najib jujur dengan kata-katanya itu dan jika blog ini memberikan kritikan dan pandangan di harap tidak di salah tafsir sebagai seorang yang membangkang semata-mata untuk membangkang.

MEB itu merupakan satu perancangan ‘copy cat’ dari DEB yang telah di abaikan semasa pentadbiran Dr Mahathir dahulu. Mengumumkan perancangan seperti yang telah pernah kita dengar pada pertengahan 1970 dahulu merupakan idea seratus peratus ciplak dan tidak menunjukkan kelainan mengikut masa dan waktunya. Tanggungjawab, DEB dahulu mahu pun MEB sekarang, ini terbeban kepada kerajaan pusat dan jika gagal dilaksanakan ia tidak akan dapat diatasi oleh kerajaan pusat.

Dalam pada pimpinan pusat malas untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian terhadap isu ‘social dan economic engineering’ yang sangat rumit itu, tanggungjawab itu perlu di pikul oleh kerajaan negeri tanpa mengira parti dan bangsa apa yang mentadbirnya. Kita mesti berbalik kepada latar belakang negara kita yang merupakan sebuah negara Persekutuan. Negeri-negeri mempunyai kerajaan dan legilatifnya sendiri.

Konspirasi mendapatkan khidmat luar untuk KTMB?

Khidmat luar untuk membaiki lokomotif tidak perlu kerana ia kerja seharian jurutera KTMB, kata presiden KPPKTMB, Abdul Razak Md Hassan Razak.
PETALING JAYA: Ketua Kesatuan Pekerja Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) Abdul Razak Md Hassan mendakwa bahawa keengganan KTMB untuk mendapatkan alat ganti dan sekaligus memberi kesan kepada kebolehsediaan keretapi mewujudkan persoalan sama ada terdapat konspirasi melibatkan KTMB, kerajaan dan syarikat luar.
“Pihak kesatuan juga beranggapan seolah-olah wujud strategi perancangan yang disengajakan oleh pengurusan yang enggan membekalkan alat ganti dengan tujuan melemahkan kebolehsediaan untuk memberi ruang kepada pihak luar mengambil alih kontrak pembaikpulihan,” kata Razak.
Ekoran perkembangan ini KPPKTMB akan membantah sebarang usaha mendapatkan khidmat luar dan akan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghentikan usaha ini.
KTMB bercadang untuk memberikan kontrak membaik pulih lokomotif keretapi kelas 23, 24 dan 25 kepada syarikat luar menerusi satu pelan di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas).
Ukas ialah sebuah unit bawah Jabatan Perdana Menteri.
Ini kerana usaha membaik pulih lokomotif tersebut ialah kerja seharian jurutera – jurutera KTM, kata ketua KPPKTMB Abdul Razak Md Hassan dalam satu kenyataan media hari ini.

Peruntukan tambahan RM14b, BN dijangka gagal capai defisit 4 peratus

KUALA LUMPUR 24 SEPTEMBER: Kerajaan BN dijangka gagal mencapai sasaran defisit empat peratus, seperti yang diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2013 jika terus memohon peruntukan tambahan, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Semalam, sidang Parlimen menyaksikan kerajaan memohon usul Perbekalan Tambahan sebanyak RM14 bilion pertama tahun ini.

Naib Presiden KEADILAN itu berkata, pihaknya mengandaikan tiada perubahan ke atas ramalan pendapatan, nisbah belanjawan ke Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan melonjak kepada 5.5 peratus.

“Nisbah ini menunjukkan Kerajaan BN gagal mencapai sasaran empat peratus seperti yang diumumkan mereka ketika pembentangan Belanjawan 2013,” katanya dipetik pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, beliau mempertahankan belanjawan alternatif yang bakal diumumkan Pakatan Rakyat mampu untuk memperkukuhkan ekonomi negara daripada kejutan ekonomi dunia.

Beliau berkata, pendekatan reformasi fiskal mampan yang digunakan Pakatan juga mampu memperbaiki profil kewangan negara yang diukur oleh agensi-agensi penilaian kredit antarabangsa.

Pakatan: Belanjawan negara perlu jujur, ketepi agenda kroni

Izzah lagiKUALA LUMPUR 24 SEPTEMBER: Kerajaan perlu membentangkan belanjawan negara secara jujur dan berani tanpa berselindung dengan unjuran ekonomi yang kerap tersasar hingga memerlukan pembentangan Usul Perbekalan Tambahan setiap tahun.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, sejak 1998, sudah 16 tahun Malaysia mengalami belanjawan defisit walaupun sebelum itu, pengurusan kewangan negara cukup sihat dengan belanjawan lebihan yang membanggakan.
“Sikap berselindung kerajaan terhadap belanjawan akhirnya melahirkan ‘Belanjawan Tidak Jujur’,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Ujar Naib Presiden KEADILAN itu, Pakatan Rakyat memandang penuh prihatin terhadap pembentangan Usul Perbekalan Tambahan ke atas perbelanjaan operasi bernilai RM15.014 bilion meliputi dua perkara iaitu RM14.13 bilion untuk perbelanjaan bekalan dan RM888.46 juta lagi untuk perbelanjaan tanggungan.

GST: Wang isi rumah terbeban dengan cukai


KUALA LUMPUR: Alasan kerajaan memperkenalkan GST untuk menjana pendapatan negara dilihat bercanggah dengan model pertumbuhan ekonomi yang dipacu oleh permintaan domestik.

Pengarah Ekskutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata dengan model pertumbuhan yang dipacu permintaan domestik atau permintaan isi rumah, rakyat akan mempunyai wang untuk berbelanja.

Namun, sekiranya GST diperkenalkan, permintaan isi rumah yang mempunyai wang untuk berbelanja sebelum ini akan terbeban dengan kadar cukai tersebut yang dilihat boleh menghalang perbelanjaan isi rumah.

"Dalam suasana ini, ketika ekonomi negara dipacu oleh permintaan isi rumah yang mempunyai kuasa berbelanja, cukai GST ini secara langsung akan menghalang kuasa berbelanja tadi," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Apabila kuasa membeli itu terhalang, kata beliau sudah tentu pengguna tidak mampu lagi berbelanja dan secara langsung memberi kesan kepada negara untuk menjana pendapatan.

Sehubungan itu, tambah beliau sekiranya kerajaan ingin pengguna mempunyai kuasa beli yang tinggi, tidak sepatutnya kerajaan mengenakan satu perkara yang membebankan mereka, yang akhirnya boleh menghalang perbelanjaan.

Tiada program sendiri, PERMATA ‘lubuk’ peruntukan?

manivanan gowinKUALA LUMPUR, 24 SEPT : Seorang ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini mempertikaikan fungsi Permata Negara yang didakwa gagal memenuhi misi dan visi penubuhannya sebagai institusi mempelopori keperluan pelajar pintar.
Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin berkata, institusi di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri itu menerima peruntukan RM150 juta tahun ini tetapi tidak menonjolkan program khusus yang memberi manfaat kepada generasi akan datang.
Sebaliknya, dakwa beliau, sejumlah RM77 juta dari peruntukan itu disalurkan kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk projek menaiktaraf 313 tadika, RM16 juta kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan RM9 juta kepada Kerajaan Sarawak.
RM20 juta lagi dipulangkan kepada Kerajaan Pusat.
“Saya terkejut kerana Permata tiada program sendiri tetapi perlu menumpang KEMAS, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan sebagainya,” soal Manivanan.

Belanjawan alternatif PR tumpu tanggungjawab fiskal



KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dijangka membentangkan Belanjawan Alternatif 2014 yang tertumpu kepada tanggungjawab fiskal yang mapan melalui reformasi struktur belanjawan.

Ianya, seperti memperkukuhkan peraturan perbelanjaan dan pembelian aset kerajaan untuk mengurangkan pembaziran, ketirisan dan kos yang melampau; dasar inovatif untuk melebarkan sumber pendapatan diganding dengan pemantauan perbelanjaan untuk penjimatan serta mengutamakan perbelanjaan yang memberi manfaat maksimum kepada rakyat merentasi semua kementerian dan agensi kerajaan.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, mereka yakin dengan pendekatan reformasi fiskal mapan sebegini mampu memperkukuhkan ekonomi negara daripada kejutan pasaran dunia, sekali gus memperbaiki profil kewangan negara yang diukur oleh agensi-agensi penilaian kredit antarabangsa dan mengurangkan keresahan pelabur asing yang tidak akan membebankan rakyat atau mengugat kestabiloan ekonomi-makro negara.

Bajet defisit, Najib gagal lagi

KUALA LUMPUR, 24 SEPT : Sasaran mengurangkan defisit negara kepada empat peratus seperti yang diusulkan dalam pembentangan bajet tahun lalu dijangka tidak mencapai sasaran sekiranya Kerajaan Pusat terus memohon peruntukan tambahan.
Nurul-IzzahAhli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata itu akan menyebabkan nisbah defisit belanjawan negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melonjak daripada 4.5 peratus kepada 5.5 peratus.
“Sejak 1998, Malaysia sudah 16 tahun termasuk dalam belanjawan defisit walaupun sebelum itu pengurusan kewangan negara cukup sihat dengan belanjawan lebihan yang membanggakan.,” katanya di satu sidang media di ruang legar Parlimen, hari ini.
Dalam masa sesingkat tiga bulan sahaja, Kerajaan Pusat semalam membentangkan usul perbekalan tambahan kedua sebanyak RM14 bilion lagi untuk menampung perbelanjaan mereka. Pada Julai lalu dibawah tahun fiskal 2012, Kerajaan Pusat mencari tambahan RM13 bilion.
Usul ini merupakan usul perbekalan tambahan pertama bagi tahun fiskal 2013, akibat sikap Kerajaan Pusat berbelanja lebih dari kemampuan pada suku pertama tahun ini.

Negara sarat dengan penjenayah berbahaya?

KUALA LUMPUR: Dalam soal keselamatan, rakyat dan negara perlu menjadi keutamaan sekalipun ratusan penjenayah yang berbahaya ditembak mati dalam tahun mendatang.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa seramai 92 penjenayah telah ditembak mati sejak 2011 sehingga Ogos 2013.

Daripada jumlah tersebut, 56 orang adalah warganegara Malaysia dan selebihnya dari Indonesia, Myanmar dan Nigeria.

Fakta itu, kata Riduan menunjukkan keberkesanan pihak polis menjalankan tugas membanteras jenayah khususnya jenayah berat.

Sejak akhir-akhir ini pula, ujarnya kerap berlaku jenayah berat termasuk tembak mati yang dilakukan terhadap mangsa.

Justeru, tegas beliau keberanian pihak polis menembak mati 92 penjenayah dalam tempoh dua tahun ini wajar dipuji.

Bolehland: Hentikan dana khas pada Permata Rosmah - MP




 
Kerajaan patut menghentikan peruntukan dana khas kepada program Permata Negara bawah isteri perdana menteri Rosmah Mansor, kata anggota Parlimen Kapar.

G Manivannan berkata, wang itu disalurkan semula ke program-program lain.

Beliau merujuk kepada kenyataan Setiausaha Bahagian Permata Saidatu Akhma Hassan bahawa peruntukan terbaru RM150 juta dipecahkan seperti berikut:
  • RM20 juga dikembalikan kepada kerajaan;
  • RM77 juta disalurkan kepada Kemas, sebuah lagi program kerajaan; dan
  • selebihnya disalurkan kepada program Permata sendiri di Terengganu dan Sarawak.

Manivannan berkata, kerajaan patut menyalurkan wang itu langsung ke badan terbabit daripada menjadikan permata sebagai orang tengah.

Sebagai program untuk pendidikan awal anak-anak, Permata Negara patut diletakkan bawah Kementerian Pendidikan dan bukan Jabatan Perdana Menteri.

Program ini menerima RM100 juga pada 2011 dan RM111 pada 2012.

Bolehland: Kos sambutan raya rumah PM RM2.88 juta




 
RM2.88 juta - ini kosnya bagi menjamu 80,000 tetamu yang melawat kediaman perdana menteri semasa sambutan rumah terbuka hari raya Aidilfitri, Parlimen diberitahu hari ini.
Dalam jawapan bertulis, menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim juga mendedahkan, katerer Kuzie Catering telah menyediakan makanan untuk tetamu dengan kos RM36 seorang.

Anggota Parlimen Seremban Anthoney Loke yang bertanya soalan itu kemudian berkata beliau tidak dapat memberikan komen yang adil kerana tidak tahu sama ada jumlah itu berbaloi atau tidak.

"Bagaimanapun, saya mahu umumkan angka yang saya peroleh ini, jadi rakyat, terutama yang berkunjung ke rumah perdana menteri dan isterinya, sebelum makan, mereka tahu sama ada RM36 itu berbaloi atau tidak," katanya.

Bung Moktar bangkitkan cadangan Majlis Peguam baru

Sekumpulan anggota Parlimen BN hari ini membangkitkan semula cadangan penubuhan Majlis Peguam alternatif setelah badan itu dituduh kritikal terhadap kerajaan selama ini.

NONEAnggota Parlimen penyokong kerajaan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengetuai kumpulan wakil BN bagi mendesak penubuhan badan baru kerana menurutnya Majlis Peguam tidak relevan dan hanya menjaga kepentingan pembangkang.

Katanya, setiap kali mereka mengkritik majlis itu, pihak pembangkang pasti akan bangun memberikan reaksi "seperti digigit semut".

Justeru, kata Bung Moktar, badan baru diperlukan supaya peguam muda dapat membuat pilihan.

Bagaimanapun, menteri undang-undang Nancy Shukri menegaskan bahawa tiada organisasi baru akan dibentuk dan peguam yang tidak berpuas hati boleh membentuk persatuan masing-masing.

DAP dakwa kerajaan membazir belanja RM20 juta untuk PPPM



DAP hari ini mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan menggunakan khidmat firma pakar runding dalam penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025.
Firma pakar runding McKinsey & Co dikatakan menerima bayaran sebanyak RM20 juta bagi khidmat mereka.
"McKinsey sebenarnya hanya firma pakar runding dalam pengurusan am dan sebenarnya bukan pakar dalam bidang pendidikan," kata Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata, bayaran untuk firma berkenaan bercanggah dengan 11 "Anjakan" dalam PPPM iaitu "Memaksimumkan Keberhasilan Murid bagi Setiap Ringgit."
"Duit itu sebenarnya boleh digunakan untuk membina empat sekolah baru dengan kos RM5 juta sebuah, atau pun membina makmal sains baru," katanya.

PKR Padang Serai Bahas RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan)

From Open Houses to Blueprints: BN's expenditure under scrutiny

Menteri Di JPM Gulong Bahas RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) - 1

Syiah: Kerajaan serius atau modal politik?

Belanjawan Alternatif 2014 Pakatan tumpu tanggungjawab fiskal

Pakatan warns of 5.5% 2013 Budget deficit

MP PAS Shah Alam vs BN Kota Tinggi Bahas RUU Undang-Undang Profesion

DON'T CLAMP DOWN on anti-TPPA activists because of Obama - Hatta warns N...

PAS: Don't appoint 'brainless' ambassadors

MP PR pertahan bajet alternatif

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen PR mempertahankan bajet alternatif yang bakal diumumkan pihak pembangkang mampu untuk memperkukuhkan ekonomi negara daripada kejutan ekonomi dunia.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Ibrahim berkata, pendekatan reformasi fiskal mampan yang digunakan PR juga mampu memperbaiki profil kewangan negara yang diukur oleh agensi-agensi penilaian kredit antarabangsa.

Dakwa beliau, pembentangan Bajet 2014 kerajaan yang berselindung disebalik unjuran ekonomi yang sentiasa tersasar sehingga memerlukan pembentangan usul perbekalan tambahan setiap tahun akan memberi kesan negatif kepada "kesihatan" perbendaharaan awam Malaysia dan kedudukan fiskal.

"PR prihatin terhadap pembentangan Usul Perbekalan Tambahan ke atas perbelanjaan operasi bernilai RM15.014 bilion yang terdiri daripada RM14.13 bilion untuk "perbelanjaan bekalan".

"Dan RM888.46 juta untuk perbelanjaan tanggungan.

"Usul Perbekalan Tambahan ini memberikan tamparan yang hebat kepada ikrar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ia akan memberi kesan negatif kepada perbendaharaan awam serta pemantapan kedudukan fiskal," katanya pada satu sidang media, di lobi Parlimen, hari ini.

TPPA: Jangan untung secupak, rugi segantang


KUALA LUMPUR: Kerajaan diingatkan agar tidak menandatangani sebarang perjanjian yang hanya memberikan sedikit keuntungan sebaliknya beban kerugian terpaksa ditanggung rakyat.

Merujuk kepada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) mempersoal sama ada wakil Kerajaan Negeri khususnya Pakatan Rakyat turut dilibatkan dalam rundingan berkaitan TPPA.

"Apa pun perjanjian yang kita buat, kita tidak mahu mendapat untung secupak, rugi segantang.

"Siapakah yang terlibat yang menjadi perunding bagi pihak Malaysia dan bagaimana cara pemilihan dibuat dan apakah wakil-wakil kerajaan negeri dilibatkan bagi menjaga kepentingan negeri khususnya negeri Pakatan Rakyat.

"Apakah terma-terma pembatalan perjanjian setelah kita tandatangan, apa syarat untuk tarik diri?" soal beliau ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam jawapannya berkata, beliau bertanggungjawab sepenuhnya ke atas dasar pelaburan dan perdagangan dalam dan luar negara.

Beliau terlibat secara langsung melantik pegawai-pegawai untuk mengadakan perundingan dengan negara-negara yang terlibat dalam TPPA berdasarkan keputusan kabinet.

Bolehland: Menteri biasa pun guna pengiring, rakyat meluat...

Giliran Menteri Meletakkan Kesalahan Pada Rakyat

Kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa menteri dan pemimpin kerajaan kebalakangan ini benar-benar meresahkan rakyat. Ia bukan saja menimbulkan kesangsian tentang kecerdikan, kewibawaan dan tahap intelektual mereka yang diamanahkan dengan kuasa dan tanggungjawab itu tetapi seolah-olah semuanya sedang sepakat untuk meletakkan segala kesalahan dan beban kehidupan kepada rakyat.

Kadangkala pula, selain semua kesalahan cuba dilonggokkan kepada rakyat, pemimpin juga cuba memperbodohkan rakyat dengan memaksa menerima hujah separuh masak yang mereka lontarkan itu.

Dalam isu kenaikan harga minyak, selain kerajaan berhujah bahawa subsidi yang dikurangkan itu akan diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya, di ketika yang lain Najib dan Ahmad Maslan juga berkata, kerajaan sebenarnya tidak menaikkan harga minyak tetapi hanya mengurangkan subsidinya sahaja.

Mungkin benar dan mungkin tidak, subsidi minyak yang dikurangkan itu akan ditumpukan kepada golongan rakyat yang menerimanya tetapi haruslah diingat bahawa kesan segera daripada kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter itu telah pun ditanggung oleh rakyat sebelum keselesaan yang dijanjikan melalui penstrukturan subsidi baru itu benar-benar menjadi kenyataan.

Rakyat seperti disusahkan dahulu sebelum bantuan yang dijanjikan itu tiba.

Najib melalui tv dan semalam Ahmad Maslan bercakap di Parlimen bahawa kerajaan sebenarnya tidak menaikkan harga minyak tetapi hanya mengurangkan subsidinya saja. Apa beza tidak menaikkan harga tetapi memotong subsidi? Adakah harga sebelum subsidi dipotong sama dengan selepasnya?

Tolonglah jangan cuba perbodoh dan mengelirukan rakyat. Kalau harganya naik kerana subsidi dikurangkan, bermakna harganya sudah naiklah. Yang penting ialah sama ada duit yang dikeluarkan oleh rakyat bertambah atau tidak untuk membeli minyak dengan kuantiti yang sama. Apa yang susah sangat sampai Najib berkerut-kerut dahi mempertahankan bahawa harga minyak sebenarnya tidak naik tapi hanya subsidi yang dikurangkan.

Semalam Menteri Kesihatan, S Subramaniam pula berkata, oleh kerana jumlah pengidap kencing manis di kalangan rakyat adalah tinggi dan untuk mengurangkannya, maka harga pasaran gula akan dinaikkan. Senang benar nampaknya jadi menteri kalau macam ini.

Usul krisis Mesir ditolak ada kaitan kedatangan Obama?

Mahfuz OmarKUALA LUMPUR 24 SEPTEMBER: Usul bagi membincangkan pendirian Malaysia terhadap rampasan kuasa dan pergolakan di Mesir yang berlarutan sehingga hari ini, ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.
Usul tersebut, dikemukakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1).
Ketika membangkitkan perkara itu di Parlimen hari ini, Mahfuz mempersoal alasan penolakan kerana didakwa meminta penerangan tentang negara asing dan bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat 23 (1) (i).
Menjelas lanjut pada sidang media selepas itu, Mahfuz mendakwa, alasan penolakan yang diberikan Speaker tidak tepat kerana beliau bukan meminta penerangan tentang negara Timur Tengah itu.
Menurutnya, usul tersebut hanya mahu meminta pendirian kerajaan atas nama dewan bahawa dewan perlu membuat pendirian tegas atas apa yang berlaku di Mesir.
“Saya agak tidak setuju dengan Speaker menggunakan alasan ini untuk katakan kita tidak boleh sentuh negara luar.
“Sebelum ini kerajaan pernah bentang usul berhubung krisis di Iraq dan Afghanistan, kita sentuh prinsip asas yang disepakati antarabangsa dan ini harus difahami kerajaan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, dipetik Harakah Daily.

TPPA: Malaysia jangan kompromi dengan Amerika – Nurul Izzah

IzzahKUALA LUMPUR 24 SEPTEMBER: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diingatkan tidak berkompromi dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung isu Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) menjelang kedatangan Presiden Barack Obama bulan depan.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menegaskan, kedatangan Obama tidak boleh dilihat sebagai cara untuk Malaysia bersetuju dengan sebarang perjanjian tanpa mempunyai ratifikasi parlimen berhubung isu ini.
“KEADILAN dan Pakatan Rakyat tegas dengan pendirian berhubung isu TPPA, malah dari awal kami amat gusar dan tidak setuju dengan cara TPPA ini dibawa dalam skop negara dan Kerajaan Malaysia.
“Justeru, mana-mana pimpinan negara yang datang ke Malaysia tiada masalah untuk kita alu-alukan tetapi jangan sampai bersyarat,” ujar Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

PKR mahu kerajaan “mansuhkan” Permata dipimpin Rosmah


PKR mahu kerajaan mansuhkan Permata. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 September, 2013.PKR mahu kerajaan mansuhkan Permata. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 September, 2013.Daripada terus menjadi "orang tengah" untuk menyalurkan peruntukan kerajaan, PKR menggesa agar program Permata negara dimansuhkan.
Ahli Parlimen Kapar Manivanan Gowin menegaskan peruntukan yang diberikan kepada Permata adalah satu pembaziran.
"Jadi apa keperluan Permata diwujudkan sekiranya Permata hanya dilihat menjadi orang tengah mengagihkan peruntukan kerajaan?" soalnya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Permata dinaungi oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Jelas Manivanan, Permata juga seharusnya dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pakatan jangka Putrajaya gagal capai defisit 4 peratus


BN mungkin gagal mencapai sasaran defisit empat peratus, kata Nurul Izzah. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 September, 2013.BN mungkin gagal mencapai sasaran defisit empat peratus, kata Nurul Izzah. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 September, 2013.Kerajaan Barisan Nasional (BN) mungkin gagal mencapai sasaran defisit empat peratus, seperti yang diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2013 tahun lalu jika terus memohon peruntukan tambahan, kata Pakatan Rakyat (PR).
Sidang Dewan Rakyat semalam menyaksikan kerajaan memohon usul Perbekalan Tambahan sebanyak RM14 bilion pertama tahun ini.
"Ini memberikan tamparan hebat kepada ikrar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengurangkan defisit Malaysia dan ia akan memberikan kesan negatif terhadap kesihatan perbendaharaan awam Malaysia dan pemantapan kedudukan fiskal dalam tempoh terdekat dan sederhana," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Nurul Izzah yang juga anggota sekretariat PR berkata, pihaknya mengandaikan tiada perubahan ke atas ramalan pendapatan, nisbah belanjawan ke Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan melonjak kepada 5.5 peratus.
"Nisbah ini menunjukkan kerajaan BN gagal mencapai sasaran empat peratus seperti yang diumumkan mereka ketika pembentangan Belanjawan 2013," katanya.

Parliament: 'Please no TPPA protests during Obama visit'

Dewan Kecoh: MP PAS Sepang vs BN Tanjong Karang meroyan (2) Bahas RUU Profesion

Dewan Kecoh: MP PAS Sepang vs BN Tanjong Karang meroyan Bahas RUU Profesion

Umno: Politik wang didakwa masih berlaku di Sandakan

Politik wang telah berlaku hampir 30 tahun lamanya dan sudah menjadi satu trend dan budaya.
oleh Shaimon S Jumadi
SANDAKAN: Agak sukar untuk dinafikan kononnya tidak berlakunya politik wang sama ada di musim kempen pilihanraya mahupun semasa pemilihan Jawatan Ketua Bahagian sehingga ke Ahli Jawatankuasa Bahagian.
Politik wang untuk membeli undi bukan perkara baru. Ia telah berlaku hampir 30 tahun lamanya dan sudah menjadi satu trend dan budaya yang terus diamalkan oleh individu- individu tertentu khususnya yang ada kepentingan terutama sekali yang ingin menang dalam satu-satu jawatan yang menjadi rebutan pada satu-satu pemilihan itu.
Bagi calon-calon yang berada tergolong daripada orang kaya, mereka begitu mudah mengambur duit di sana sini tanpa memikirkan rasa kerugian. Yang penting jawatan yang telah diidam-idamkan itu pastinya berjaya.
Sementara bagi perwakilan yang menjadi penentu kemenangan calon-calon berkenaan yang bertanding mereka tidak perlu memikirkan siapa mereka yang sebenarnya yang bakal jadi pemimpin nombor satu dalam Bahagian sama ada orang itu terdiri daripada bajingan, sontoloyo yang berlatar belakangkan samsing, atau mantan penjenayah mereka tak kisah jadi Ketua Bahagian dalam satu-satu parti yang penting orang itu kaya raya tidak kedekut atau ketam batu yang senang dibodek.
Manakalah orang-orang yang berakhlak baik, sopan santun, budi pekerti taat kepada agama, berpendidikan tinggi berwawasan jauh tetapi mereka tidak berduit tidak suka mengambur kepada para perwakilan mungkin kerana takut dicap sebagai rasuah memang agak sukar menang.
Jangan harap kalau boleh dapat undi 70 peratus paling banyak 30 undi itupun daripada perwakilan yang datangnya daripada keluarga atau kawan rapat.
Jadi sampai bila gejala seumpama ini terus diamalkan mungkin hingga ke 10 generasi pun tiada kesudahannya dan tidak akan berakhir kalau perkara songsang sebegini tidak dicegah atau dibanteras terutama sekali oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertanggungjawab memantau hal-hal sebegini.

Kurangkan penyakit diabetes alasan perbodohkan rakyat

yAHYAKUALA LUMPUR 24 SEPTEMBER: Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri menganggap saranan supaya harga gula dinaikkan bagi mengurangkan penyakit diabetes melucukan dan bertujuan mencari alasan bagi menaikkan harga gula.
“Tidakkah menteri itu tahu bahawa bukan hanya gula jadi punca penyakit tersebut, kaborhidrat juga menjadi gula dalam tubuh.
“Ini tidak lebih dari alasan bagi menaikkan harga gula. Ia juga usaha memperbodohkan rakyat dan meredakan kemarahan rakyat jika harga gula dinaikkan kelak,” katanya.
Yahya juga ketika dihubungi mengingatkan kerajaan supaya merancang pelan kesihatan yang jelas buat rakyat jika benar-benar mahu mengurangkan diabetes, bukannya menjadikan masalah kesihatan itu sebagai alasan menaikkan harga barang.

Kenaikan harga gula bebankan rakyat – Fomca

gulaKUALA LUMPUR 24 SEPTEMBER: Kenaikan harga gula akan menyebabkan kenaikan harga makanan dan minuman, sekaligus membebankan golongan pengguna dan rakyat miskin, kata Pengarah Komunikasi Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman.
“Bila harga gula naik, semua harga makanan dan minuman pula akan naik, ini akan membebankan rakyat,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, kerajaan menggunakan alasan kesihatan untuk menaikkan harga gula, namun dalam masa sama tidak berusaha meningkatkan kefahaman rakyat tentang pencegahan penyakit seperti diabetes.
“Itu alasan biasa oleh kerajaan, kononnya bagi mencegah penyakit diebetes. Untuk mencegah penyakit diebetes kerajaanlah yang perlu bertanggungjawab memberi kesedaran berterusan tentang penyakit tersebut.
“Menaikkan harga gula tidak beri apa-apa kesan jika rakyat tidak diberi kefahaman berhubung penyakit berkenaan,” jelasnya lagi.

Polis: Kesan lebam bukti pelatih PLKN terkena objek tumpul

Lebam di bahagian belakang telinga yang dikesan dalam bedah siasat ke atas seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang meninggal dunia di Kem Pinggiran Pelangi di Kuantan semalam dipercayai menjadi penyebab kematian, demikian menurut polis.

Bercakap kepada Bernama semalam, Ketua Polis Daerah Rompin, Supt Johari Yahya bagaimanapun berkata: "Lebam kecederaan itu seperti terkena objek tumpul, tetapi belum ada kepastian mengenainya".

Pelatih Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, dari Kerdau, Temerloh dijumpai seorang rakannya dalam keadaan terbaring di bilik air kem berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Muadzam Shah, awal pagi semalam.

-Bernama

RoS tidak hormat undang-undang, kata DAP


DAP hari ini menyelar kenyataan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS), Datuk Abdul Rahman Othman yang mendakwa pemilihan semula jawatankuasa kerja pusat (CEC) parti itu tidak selaras dengan kehendak perlembagaan parti.
Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo (gambar), berkata tindakan Abdul Rahman jelas menunjukkan RoS tidak menghormati proses undang-undang dan sering menyalahkan parti itu sebelum mendengar penjelasan.
“Abdul Rahman seharusnya tahu. Sekiranya ada aduan, beliau dikehendaki memaklumkan kami berkenaan aduan tersebut dan meminta penjelasan sebelum membuat sebarang keputusan.
“Ia menimbulkan persoalan kerana itu saya ingin bertanya  adakah beliau mengikuti prosedur ini? Kalau tidak, kenapa? Dan apakah kuasa beliau untuk membuat keputusan dalam cara begini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Gobind berkata, beliau hairan apabila Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan sehari sebelum Mahkamah Tinggi memutuskan isu yang sama.
"Saya menasihatkan Abdul Rahman supaya berhati-hati. Sebagai seorang ketua jabatan, beliau mesti faham dan menghormati proses undang-undang. Sama ada boleh atau tidak proses pemilihan semula CEC dibuat melalui kongres khas akan kami hujahkan di hadapan mahkamah," katanya.

Star Sabah 'tutup kedai' ekoran keputusan ROS


Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah nampaknya harus "tutup kedai" ekoran penolakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) terhadap pindaan perlembagaan penting untuk parti asal Sarawak itu, kata bekas pemimpinnya Daniel Jambun (bawah).

NONE"ROS tidak menerima pindaan dan ekoran itu hanya orang Sarawak yang boleh menjadi anggota dan memegang jawatan dalam Star. Tiada sebab lagi untuk kami kekal dalam Star," kata Jambun.

"Star Sabah harus ditutup, dan semua anggota jawatankuasa, termasuk pengerusi Star Sabah Dr Jeffrey Kitingan dijangka akan menyertai Parti Cinta Sabah (PCS) yang didaftarkan baru-baru ini."

Jambun ditanya Malaysiakini berhubung cakap-cakap bahawa Kitingan akan "melompat" selepas mempunyai perbezaan pendapat dengan presiden pengasas Star Dr Patau Rubis dalam isu pengeluaran dana parti dalam pilihan raya umum lalu.

Calon-calon Star mendakwa, dalam pilihan raya itu, mereka gagal menerima dana kempen walaupun RM3 juta telah diberikan oleh ibu pejabat parti itu.

"Beliau tidak berundur dari Star atas sebab itu," kata Jambun.

"Dr Jeffrey tidak lompat dari Star kepada PCS. Ia kerana Star Sabah akan dibubarkan dan semua anggota jawatankuasa termasuk Dr Jeffrey akan menyertai PCS."

Dilema DAP: Menang saman Utusan, hilang undi Melayu

Walaupun memenangi saman terhadap akhbar Umno Utusan Malaysia, ia masih memberikan kesan buruk terhadap Pakatan Rakyat berkaitan sentimen Melayu, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Katanya, ini ekoran salah faham sesetengah pihak bahawa Pakatan "menzalimi" sebuah harian berbahasa Melayu.

NONE"Kita hanya boleh lakukan yang terbaik... jika kami memang, orang akan menganggap kami menzalimi akhbar Melayu," katanya dalam forum di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di ibu kota semalam.

Sehubungan itu, kata Lim, apa yang boleh dilakukan hanya menyatakan yang "benar" berhubung sesuatu perkara.

"Kita biarkan orang ramai menilai. Kamu boleh tipu untuk sebentar, tetapi bukan untuk seumur hidup. Pembaca akhirnya akan tahu membezakan apa yang baik dan apa yang buruk," katanya.

MP PAS Sepang tegur BN Silam Bahas RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013

Usul Di Tolak Dewan Rakyat: Isu Pendirian Kerajaan terhadap Rampasan Kuasa di Mesir

Dewan Rakyat 240913: Isu Duta & Syiah (Pertanyaan Lisan) - Kecoh Pasal PAU 2013

Dewan Rakyat 24 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (2)

Dewan Rakyat: Penjelasan Isu TPPA [ 24 Sept 2013 ]

Penganalisis ramal GST bakal naikkan kemarahan rakyat


Penganalisis ekonomi tidak menolak GST adalah kaedah terbaik untuk mengutip wang dan menjana pendapatan negara, sekaligus pada masa sama membantu pertumbuhan ekonomi negara.
"Lebih awal kita laksanakan lebih pantas kita menyesuaikan diri, saya jangkakan lebih banyak penambahbaikan berlaku kepada ekonomi kita.
"Ia memperkasakan pengurusan cukai dan memberi kerajaan lebih banyak fleksibiliti dalam menguruskan kewangan awam," kata Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun, Dr Yeah mengakui langkah itu akan menyumbang kepada inflasi yang tinggi terutamanya selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini, tetapi melihatnya sebagai satu "realiti kehidupan".
"Mengenai inflasi, ia adalah realiti kehidupan kerana kos hidup sentiasa meningkat dari tahun ke tahun, ia tidak ada bezanya.
"Tetapi yang menjadi kebimbangan ialah kawalan dan penguatkuasaan ke atas pelaksanaan GST, ia bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan berlebihan dan kenaikan harga yang tidak munasabah," katanya.
Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr Michael Lim Mah Hui, berkata pelaksanaan GST adalah satu langkah tidak adil kerana kumpulan berpendapatan rendah terpaksa membayar pendapatan boleh guna mereka lebih tinggi daripada mereka yang kaya.
"GST secara dasarnya adalah kaedah berkesan untuk mengutip wang.
"Namun, secara jelasnya GST dilihat akan menghukum kumpulan yang lebih berpendapatan rendah kerana peratusan pembayaran GST daripada pendapatan boleh guna mereka akan lebih tinggi daripada mereka yang kaya," katanya.

How Much Do Social Media Affect How You Spend Money?

Social media logos. Graphic: www.theeditlab.netSocial media logos. Graphic: www.theeditlab.netA LARGE part of society now acts and follows trend according to what is popular on the digital and social media platforms.

From news, sales to information; we get it all from social media. But does it actually affect how we spend our money and if so, how much?

Social media as a marketing tool
Social media platforms such as Instagram, Facebook and YouTube are slowly becoming the most effective marketing tools.

Advertising on social media can not only target specific age groups and interests, it is more trustworthy for a user to believe an endorsement given by a friend on the website.

As such, the influence and impact given by social media is far greater than say a pamphlet or TV advertisement that isn’t so targetted.

Shan, 22, said he became a fan of the DJ Hardwell after he discovered his songs and concert videos on YouTube.

“In YouTube, there are comments on how great the concert was and links being posted to his other concerts. That was when I decided to attend his next concert. Normally, I would not bother about attending concerts but I made an exception for this.”

Shan, a student, spent almost RM1,100 for flight tickets to Singapore, Hardwell’s concert ticket and spending money. He even hopes to one day save enough money to attend the Tomorrowland event which he says the trip would cost roughly RM10,000 minimum.

Shahrizat bertarung untuk survival politik, kata penganalisis


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika hadir di PWTC menghantar borang pencalonannya Sabtu lalu.Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika hadir di PWTC menghantar borang pencalonannya Sabtu lalu.Walaupun populariti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengatasi pencabarnya dalam pemilihan Wanita Umno kali ini tetapi penganalisis berpendapat beliau perlu bertarung bagi memastikan kelangsungan survival politiknya.
Penganalisis memberikan pelbagai faktor kelemahan beliau dan yang paling utama ialah pembabitan ahli keluarganya dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Antara sebab lain ialah corak pemilihan Umno kali ini yang mahukan wajah baru dan perubahan dalam parti itu dengan beberapa perubahan saat akhir dalam pertandingan pemimpin kanan.
Kira-kira 10 minit sebelum tempoh pencalonan tamat pada Sabtu,  pertandingan merebut sayap wanita parti berubah menjadi tiga penjuru.
Di saat-saat akhir, Shahrizat terpaksa berdepan dengan pencabar yang merupakan bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.
Seorang lagi pencabar ialah Ketua Wanita Kulim Bandar Baru yang juga seorang peguam, Raihan Sulaiman Palestin.
Raihan meminta ahli Wanita Umno tidak memandang rendah pencalonannya kali ini kerana beliau membawa suara akar umbi.

Demokrasi subur atau kabur?

Oleh Edry Faizal

SUDAH lazim kita dengar pemerintah cuba menyumbat ke dalam benak rakyat bahawa demokrasi itu hanya pilihan raya. Cukuplah rakyat hanya membuang undi memilih wakil mereka melalui pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Selepas itu, rakyat boleh berbondong-bondong balik ke rumah masing-masing menyambung tidur menanti beberapa tahun lagi untuk ‘menjalankan demokrasi’.
democracyDemokrasi buat rakyat akhirnya menjadi kenangan semalam, pada waktu yang sama sebuah penantian beberapa tahun lagi. Jarang sekali rakyat diingatkan bahawa demokrasi itu masih berjalan selepas pilihan raya melalui amalan akauntabiliti. Yang mana wakil yang dipilih rakyat harus bertanggung jawab dan menjawab kepada rakyat sepanjang penggal, bukan lima tahun sekali. Oleh itu perlunya ketelusan. Tanpa ketelusan, apa beza pemerintah dengan pekerja yang cuba menyembunyikan banyak kerosakan agar kelihatan hebat di depan majikan?
Apabila “demokrasi lima tahun sekali” dibudayakan, rakyat menjadi terasing daripada sistem yang meletakkan kuasa di tangan mereka. Persetankan apa yang sedang berlaku di sekeliling, apabila dipalu gendang pilihan raya nanti barulah pasang telinga kembali pada isu politik semasa.
Demokrasi merupakan sumber legitimasi pemerintahan daripada rakyat dan kesuburannya mesti terus dipupuk melalui akauntabiliti, ketelusan, tadbir urus yang baik serta pembabitan aktif rakyat. Bukan pesta setiap lima tahun sekali.
Demokrasi subur tanpa pilihan?

‘Walk against 20 sens’ march irks pro-BN bloggers

Pro-BN blogs have questioned the legality of the walk on Sept 28 to protest the recent fuel hike.
KUCHING: Pro-Barisan Nasional blogs have questioned the legitimacy of the upcoming weekend protest – Walk Against 20 sen – against the recent hike in fuel prices.
The one kilometre protest walk which is being mobilised via the internet is supported by several NGOs and teh opposition.
One blog, Melayu Stampin (melayustampin.blogspot.com) accused the organisors and the participating NGOs of  turning the protest walk into a political activiy.
“Haiya! Stupid Never Finish! Be neutral! Don’t get any opposition leader or DAP ‘ukui’ involved. Just be yourself!!!” posted the blog administrator recently referring to special assistant to Kuching MP Chong Chieng Jen, Abdul Aziz Isa as the ‘ukui’.
‘Ukui’ in the Iban language means ‘dog’.
Aziz attended the press conference announcing the walk last week.
The blog also questioned the authenticity of the event, and whether the organizers were purely NGOs or Pakatan Rakyat members.
Another pro-BN blog, Wira Kenyalang (cetusankenyalang.blogspot.com) meanwhile accused the walk’s organizers, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak of threatening the safety of road users during the event.

Harga Gula Naik Dalam Bajet 2014? Kesannya, Masalah Penghidap Diabetes Dapat Dikurangkan! Kesan Domino?

harga gula naik
Berita Semasa fikirkan kenyataan dan cadangan seperti ini telah pun terhenti dan yang terakhir selepas keluarnya formula pengiraan Ahmad Maslan yang menjadi bualan ramai rakyat Malaysia (SEPERTI DI SINI).
Rupa-rupanya sangkaan Berita Semasa meleset. Ini kerana Datuk Sr Subramaniam yang juga mewakili kementeriannya dan kapasiti beliau sebagai Menteri Kesihatan berminat untuk menggunakan formula bagi menangani penyakit diabetes yang dikatakan sedang melonjak tinggi bilangan pesakitnya. Caranya?
Mudah sahaja….
“Jika mahu kurangkan penghidapkan diabetes. Naik harga gula!!”
Atas nama mahu menaikkan harga gula, alasan penyakit diabetes digunapakai sekali lagi. Persoalan berapa pula kenaikan harga gula kali ini?
Jikalau dinaikkan harga gula sekitar 20 sen contohnya, berdasarkan pengalamatan menteri Kesihatan, apabila harga gula naik bilangan penghidap diabetes dapat dikurangkan. Itu baru harga gula naik sekitar 20 sen. Jikalau harga gula dinaikkan sebanyak RM2.00 sekaligus. Berapa banyak penghidap diabetes yang dapat Malaysia selamatkan?
Begitukah?

SEORANG LAGI "ULAMA" MUDA UMNO SAMAKAN RAKYAT DENGAN BABI!



Sebab terlalu sangat nak membodek dan mempertahankan tindakan kerajaan UMNO/BN dibawah pimpinan Najib Razak yang naikan harga petrol RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter awal bulan ini atas alasan rasionalisasikan subsidi, ada seorang bleagi "ulama" muda UMNO sanggup dan tergamak menyamakan rakyat dengan babi.

Apakah perlu menggunakan bahasa kesat semata-mata mau ambil hati sang penguasa?

Apa punya akhlak "ulama" muda UMNO ini.

Kebiadapan "ulama" muda ini turut ditegur oleh mantan Mufti Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan menulis di laman sosial FBnya.... " kita tidak setuju dengan kenyataan ulama muda umno ini..bahasa yang lebih baik hendaklah dipilih..tidak wajar samakan rakyat demikian rupa.."