Isnin, 23 September 2013

Brotherhood Banned: Will Egypt slide into greater chaos after court ruling?

7 rombongan iblis ketika sakaratul maut

ustazharidrus.blogspot.com,
Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1

Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2

Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3

Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4

Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya.

Egypt court bans all Muslim Brotherhood activities


AFP picAFP picAn Egyptian court today banned the Muslim Brotherhood from operating and ordered its assets seized, in the latest blow to the Islamist movement of deposed president Mohamed Morsi.
The court also banned "any institution branching out from or belonging to the Brotherhood," the official MENA news agency reported, possibly restricting the movement's political arm the Freedom and Justice Party.
The ruling comes amid a crackdown on the Brotherhood and more than a month after hundreds of Islamist protesters died in a police operation to disperse their Cairo sit-ins, sparking a wave of nationwide violence.
A judicial source told AFP the court ruled that a government committee should be created to manage the Brotherhood's seized assets.
The Cairo court "ruled to ban all activities by the Muslim Brotherhood organisation, the group emanating from it and its non-governmental organisation," MENA reported.

Tahaluf Siasi menanti pengisian, bukannya kajian

Oleh DR DZULKEFLY AHMAD
Perbahasan mutakhir tentang syor kajian semula kedudukan PAS dalam muafakat politik Pakatan Rakyat khasnya dengan KeADILan, atau apa yang diistilahkan sebagai Tahaluf Siasi   dalam bahasa Arabnya adalah sangat menarik.

Untuk peringatan umum, mengadakan sesuatu muafakat atau koalisi (tahaluf) adalah satu pendekatan strategik yang diharuskan oleh syariat Islam. Rasululullah s.a.w.  mengadakan tahaluf hatta dengan pihak lawan seperti terakam dalam seerah perjuangan baginda, mengikut perhitungan kepentingan (maslahah)    perjuangan serentak bagi mengelak atau mengurangkan kemudaratan (Mafsadah)    terhadap perjuangan baginda.
Sebagai peringatan ringkas, tahaaluf merupakan satu perkara ijtihad politik yang dibuat oleh sesebuah kepimpinan gerakan Islam dalam mengemudi perjuangan parti atau organisasinya. Ia adalah antara pendekatan dalam bidang Siyasah Syariah yang diharuskan oleh syariat. Ia tentunya bukan perkara yang tetap, bahkan sebaliknya sentiasa tertakluk kepada perhitungan baik-buruk (maslahah-mafsadah) pendekatan tersebut dalam sesuatu masa, realiti keadaan serta tahap perjuangan.
Dalam bahasa fiqhnya, ia tergolong dalam hal-hal ‘ijtihadiyyah’ dan terangkum dalam perkara 'mutaghayyirat '   atau yang "boleh sahaja berubah atau tak tetap". Ia bukanlah urusan perkara prinsip yang bersifat ‘tetap’ (fixed) atau ‘thawaabit’     seperti hal-hal aqidah, akhlak atau ibadah.
Justeru, cadangan menilai semula sesuatu pendirian atau ‘mawqif’ dalam satu pendekatan strategi politik adalah sangat munasabah.
Namun perlu ada kesediaan dan keberanian pihak pembentang untuk secara terbuka menyatakan apakah perkara-perkara yang telah menjejaskan ‘mafsadah syariah’  atau kemudaratan  syariah yang menjadi sebab mengapa kerjasama atau muafakat politik dengan KeADILan mahupun DAP itu menjadi ‘mudarat’ kepada perjuangan PAS sehingga ada yang menyambung bahawa ia boleh jadi ‘haram’.
Sayugia dingatkan bahawa kalimat-kalimat  seperti memudaratkan perjuangan dan berlaku mafsadah syariah, sehingga ada yang menyusuli dengan hukuman haram bertahaluf atau berkerjasama itu memang emotif dan sensasi sifatnya.
Yang diketahui penulis, setelah membuat semakan mafsadah (keburukan-kelemahan) yang dimaksudkan itu bersangkutan dengan tidak mendapat banyak peruntukan kerusi, kurang kerusi menang dan tidak diberikan kerusi-kerusi bertindih.
Perbincangan yang lebih ilmiah dan teliti mesti bermula dengan menyebutkan tentang baik-buruk (maslahah dan mafsadah) kedudukan tahaluf itu.
Memudahkan perbahasan, tahaluf dimanfaatkan gerakan Islam, contohnya PAS, Ikhwan Muslimin dan lain-lain, setelah pimpinan tertinggi parti "bermasyawwarah" lalu berijtihad dan membuat keputusan bahawa mereka mahu mewujudkan tahaluf dengan pihak tertentu berdasarkan matlamat-matlamat tertentu. Ia tentunya adalah sebahagian dari matlamat besar perjuangan mereka, yang dengan kerjasama itu akan memungkinkan pencapaian sasaran. Tidak timbul keperluan tahaluf kalau matlamat tersebut mampu dicapai ‘bersendirian’.
Lalu mengadakan tahaluf adalah untuk mencapai ‘sebahagian’ dari matlamat-matlamat besar atau am perjuangan Islam itu sendiri atau dengan kata lain ‘maslahah kulliy’.  Inilah yang dirumuskan dalam huraian "Dasar-dasar Bersama Pakatan Rakyat" (Common Policy Framework, CPF).

Untuk Umno-BN bertahan, PAS mesti dikelirukan dan keluar Pakatan!

Oleh KHALID SAMAD 
Semasa berhari-raya, adik saya telah bertemu dengan seorang pemimpin UMNO/BN. Dia bertanya kepada pemimpin itu, “macam mana PRU ke-14 yang akan datang ni?...” Adik saya agak terkejut apabila dijawab oleh pemimpin UMNO/BN berkenaan, “semuanya bergantung pada PAS, samada masih berada bersama PR atau tidak. Ada golongan muda, kopiah putih, yang ingin membawa PAS keluar dari PR…”


Saya kemudiannya dimaklumkan tentang perkara ini dan berpendapat bahawa sebenarnya inilah satu-satunya harapan untuk UMNO/BN untuk survive di dalam PRU akan datang.
PAS mesti dikelirukan, melalui pujian dan sentimen, sehingga keluar dari PR!
Tiada yang lebih mudah dikelirukan sedemikian rupa selain yang muda (bukan Pemuda ya), yang bersemangat tetapi tidak berpengalaman, yang ada ilmu tetapi kurang kematangan serta hikmah dan yang gelojoh.

Istilah kopiah putih bagi saya dimaksudkan jenis ahli PAS yang lurus bendul; inginkankan kemurnian dalam erti-kata tidak mahu bersama dengan yang ‘kurang atau diragui kejernihan fahaman Islamnya’.
Mereka golongan ‘puritans’ atau ‘bersih dan jernih’ yang mudah diperalatkan UMNO dengan dipersoalkan hubungan PAS dengan DAP atau PKR.
Mereka tidak semestinya ustaz tetapi adalah golongan yang berfikiran ‘simplistik’ dan tidak menjiwai konsep “PAS for all” serta Tahalluf Siyaasi dengan PR.

Pandangan pemimpin UMNO tersebut bahawa nasib UMNO/BN semasa PRU ke 14 adalah bergantung kepada PAS tidak menghairankan.
Populariti UMNO/BN semakin merosot dan tidak ramai lagi pengundi yang mempunyai ‘mentaliti zaman Jepun’. PR pula merupakan kerajaan gabungan atau pakatan yang mampu menggantikan BN.

Tiba-tiba dalam keadaan UMNO/BN begitu terdesak, ada terdengar pula ada yang ingin bawa PAS keluar PR?!
Setelah PR mencapai kejayaan demi kejayaan! Setelah UMNO semakin tertekan dan PR, termasuk PAS, semakin kukuh. Pelik bin Ajaib.

Merosot undi Melayu, satu jari tunjuk ke PR banyak jari ke badan sendiri

Salam,
image
Kemerosotan undi Melayu kepada PAS pada PRU 13 adalah satu faktor resolusi mengkaji tahaluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat yang dibentangkan semasa Multaqa Ulama PAS di Kedah. 
Apabila resolusi ini dikeluarkan, memberi makna Dewan Ulama melihat kerjasama PAS dalam PR menjadi punca merosotnya undi Melayu pada Pru 13. Benarkah?

Penulis mengakui bahawa memang undi Melayu kepada PAS merosot, bahkan bukan sahaja PAS tetapi juga parti-parti dalam PR. PKR kehilangan kerusi di banyak kawasan disebabkan faktor ini contohnya Dun Behrang, Dun Kulim ,parlimen Bagan Serai dan Kulim Bandar Baru.

Undi Melayu yang merosot ini berlaku apabila pengundi atas pagar Melayu di luar bandar telah beralih undi kepada BN. Pun begitu tidak boleh dikatakan semua pengundi atas pagar beralih kepada BN kerana pengundi atas pagar Melayu di bandar masih kekal mengundi PR. Faktor inilah yang menjadi punca BN kalah teruk di Selangor.

Kecondongan pengundi atas pagar memberi undi kepada mana-mana parti banyak bergantung kepada isu yang dibawa parti politik dan ketersampaian maklumat kepada mereka. Jelas BN masih menguasai pengundi atas pagar di luar bandar kerana maklumat dan isu yang di canang oleh BN diterima sepenuhnya oleh pengundi luar bandar.

PR masih gagal menangkis semua serangan berterusan BN sehingga menyebabkan pengundi atas pagar percaya dengan proraganda BN ditambah dengan pelbagai pemberian menjelang pilihanraya termasuk BR1M. 

Parti yang paling teruk menerima kesan akibat sokongan kepada BN di luar bandar adalah PAS. PKR kurang kerusi luar bandar berbanding PAS kecuali di Sabah dan Sarawak.

Berbeza dengan pengundi atas pagar di bandar yang mampu membuat perbandingan antara BN dan PR kerana mudah menerima maklumat melalui internet.

Justeru , kemerosotan undi Melayu kepada PAS dan PR bukanlah disebabkan kerana kerjasama dalam PR tetapi gagalnya PAS dan PR menyalurkan maklumat kepada pengundi Melayu di luar bandar.

Jika begitu, kenapa PAS boleh menang kerusi luar bandar di Kelantan, Terengganu dan kerusi-kerusi lain di Semenanjung. Inilah yang penulis minta semua pihak dalam PAS buat kajian dan mengambil contoh dari kawasan yang menang ini. Bagaimana kawasan ini boleh menang sedangkan pengundi Melayunya melebihi 70 % daripada jumlah pengundi?

Belanjawan Selangor 2014 Tawar Biasiswa Ijazah Lanjutan

halimah
SUBANG JAYA 23 SEPT: Belanjawan Selangor 2014 nanti akan menawarkan Biasiswa Menteri Besar dengan peruntukan sebanyak RM 1.1 juta sebagai permulaan.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata biasiswa itu akan diberikan kepada pelajar Ijazah Lanjutan melalui terbitan bon sebagai usaha membentuk sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor (Selangor Brain Bank).
Katanya, ia akan dibentangkan di dalam belanjawan 2014 pada November depan dan akan dimulakan awal tahun 2014.
“Bagi portfolio Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, kita menyediakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi rakyat Selangor.
“Selepas  berjaya memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyatnya negeri ini penggal lalu, Pakatan Selangor akan meningkatkan lagi khidmat itu dengan tawaran ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pembentangan kertas cadangan Majlis Dialog Belanjawan Negeri 2014, di Hotel Grand Dorset Subang Jaya.

PAU 2013: Presiden, Timbalan tiada pertandingan, negara akan binasa juga

Najib berkata dengan tiada siapa yang mencabar kedudukan beliau dan Timbalannya dalam pemilihan parti kali ini menunjukkan yang UMNO bertambah kuat dan akan terus menjadi parti harapan untuk rakyat dan negara. Katanya lagi dengan memenangi kerusi Presiden tanpa bertanding itu adalah petanda arah yang parti semakin kuat bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.

Sebenarnya UMNO yang asal dan UMNO yang baru ini telah wujud selama 67 tahun dan dalam usia yang sebegitu lama hanya dua kali sahaja pertandingan diperingkat Presiden itu berlaku. Pertamanya pada tahun 1978 dalam mana Hj Sulaiman Palestin yang telah bertanding jawatan Presiden itu menentang Hussein Onn dan pada 1987 dalam mana Tengku Razaleigh Hamzah telah tampil memberikan saingan kepada Presiden UMNO semasa itu Dr Mahathir Mohammed.

Dalam Perhimpunan Agung yang lainnya tiada pertandingan diperingkat Presiden ini. Selepas pertandingan 1987 dahulu UMNO tidak pernah ada pertandingan diperingkat Presiden tetapi selepas itu pula lah UMNO bertambah lemah seperti yang kita lihat pada hari ini. Tiada pertandingan telah membuktikan yang UMNO itu bertambah lemah dan ini terbukti dengan jelas dan nyata.

Dalam erti kata lain pertandingan tidak semestinya melemahkan parti dan jika tidak ada pertandingan tidak bermakna parti UMNO itu akan kuat. Ia bergantung kepada tahap mana kita boleh menjaga semangat demokrasi itu dengan betul dan baik. Begitu jugalah jika tiada pertandingan ia tidak bermakna yang sedia ada itu adalah yang terbaik dan jika ada pula pertandingan ia tidak bermakna yang ada itu tidak baik.

Dalam kes UMNO ini yang menyebabkan tiada pertandingan itu ialah kerana masing-masing yang ada dalam barisan kepimpinan itu lebih mengira dan menjaga kepentingan serta keseronokan berkuasa dalam kerajaan. Jika kita dengar gossip dan pandangan ahli-ahli UMNO itu Najib itu adalah pemimpin yang sepatutnya tidak berada dipuncak kepimpinan UMNO dan negara.

Blackout 505 Padang Merbok: ADUN Batu Burok didakwa


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (gambar) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan berhubung penganjuran perhimpunan Blackout 505 pada bulan Jun lepas.
Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan Syed Azman diikat jamin RM3,000 dan menetapkan 22 Okt untuk pengurusan kes serta 9 dan 10 Disember untuk perbicaraan.
Dia didakwa menganjurkan perhimpunan tanpa mematuhi syarat Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad, iaitu memperoleh persetujuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok bagi tujuan itu.
Syed Azman, 52, didakwa melakukan perbuatan itu di Padang Merbok, Jalan Parlimen di sini antara pukul 2 dan 6 petang 22 Jun lepas mengikut Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman maksimum denda RM10,000 jika sabit kesalahan.
Dia juga berdepan pertuduhan pilihan iaitu gagal menyertakan salinan persetujuan DBKL bertarikh 12 Jun 2013 sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan kepada Zainuddin mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan jika sabit kesalahan, Syed Azman boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman maksimum denda RM10,000 jika sabit kesalahan.
Mahkamah turut memerintahkan Syed Azman dibicara bersama-sama dengan Anggota Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook, Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli dan sekretariat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Muhammad Adib Ishar, yang berdepan pertuduhan serupa.

Berita Nie Utusan Meloya Dan TV3/4 Tidak Akan Siarkan...!!!

Hebat Puak UG Nie !... Semalam dalam Utusan Meloya, Hari ni dalam TV3/4 pulak?...

Tak reti nak kata apa lagi,,,


Hentam sajalah labu woi.......

Menteri tak berani jawab adakah Tanda Putera kisah benar


KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Program Penerbitan Filem Kenegaraan Dan Warisan di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk pembikinan Filem Tanda Putera.

Jumlah tersebut diberikan dalam bentuk peruntukan tunai manakala RM700,000 lagi diperuntukkan dalam bentuk penggunaan produksi.

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) pula memperuntukkan sebanyak RM2 juta melalui geran pembangunan kandungan (BCi2) untuk pembikinan filem yang ditayangkan bermula 29 Ogos lalu itu.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata hasil kutipan tayangan filem tersebut akan disalurkan semula ke dalam dana program bagi membangun dan memberi peluang kepada lebih banyak filem kenegaraan seperti Tanda Putera dihasilkan.

Bagaimanapun, selepas seminggu ditayangkan, filem penuh kontroversi itu gagal mencapai sasaran pecah panggung menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil.

Seminggu tayangan, Tanda Putera hanya berjaya mengutip RM500,000 daripada penjualan tiket di 70 pawagam seluruh negara dari hari bermula tayangan.

See the good in BN, Pakatan urged -Shahidan Kassim

Ahmad Maslan : Kerajaan BN Hanya Kurangkan Subsidi, Tidak Naikan Harga Minyak..!!!

Majlis Dialog Belanjawan Selangor 2014 bhgn 4

Majlis Dialog Belanjawan Selangor 2014 bhgn 3

Majlis Dialog Belanjawan Selangor 2014 bhgn 2

Majlis Dialog Belanjawan Selangor 2014 bhgn 1

Kenapa Ku Li tak jadi bertanding?

Tindakan Ku Li itu amat bijak kerana beliau tahu bukan mudah untuk menawan 146,000 orang perwakilan dalam pemilihan Umno pada 19 Oktober depan.

PETALING JAYA: Sabtu lalu, 21 September, ramai menunggu ketibaan wakil ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menghantar borang pencalonan bagi jawatan Presiden Umno di PWTC.
Tetapi sampai jam 5 petang, wakil Ku Li tidak datang menandakan Ku Li yang dihebohkan sebelum ini akan bertanding jawatan Presiden Umno tidak jadi berbuat demikian.
Menurut pemerhati politik, tindakan Ku Li itu amat bijak kerana beliau tahu bukan mudah untuk menawan 146,000 orang perwakilan dalam pemilihan Umno pada 19 Oktober depan. Kalau perwakilan masih 2,600 orang mungkin Ku Li mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sabtu lepas, Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno buat penggal kedua.
Jadi Ku Li tak mahu buang duit dan buang masa. Buat apa beliau habiskan duit (untuk jenteranya) kerana belum tentu perwakilan akan mengundinya setelah “dikepung” oleh semua perhubungan Umno negeri yang mahu kepimpinan Najib-Muhyiddin dikekalkan buat penggal kedua.
Ku Li yang seangkatan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Ghafar Baba dan Tun Musa Hitam akhirnya mengakui bahawa beliau tidak lagi relevan dalam Umno.

Dicabar

Malah jawatan Ketua Umno Bahagian Gua Musang yang disandangnya sejak 51 tahun lalu dicabar Ketua Pemuda Bahagian, Datuk Bazlan Baharuddin.Sebelum ini Ku Li sudah umum tidak mahu bertanding jawatan Ketua Bahagian tetapi beliau didesak akar umbi agar mempertahankan jawatan.
Memang mustahil Ku Li kalah tapi undi yang dipungut Bazlan akan menunjukkan kepimpinan Ku Li sudah tidak diterima sepenuhnya ahli Umno Gua Musang. Ia tentu memalukan Ku Li yang selama ini dianggap sebagai arkitek pembangunan Gua Musang.

Shahidan: Perbincangan Pakatan-BN perlu dengan niat “baik sangka”


Perbincangan perpaduan antara pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) perlu dimulakan dengan sangka baik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar).
Shahidan yang juga menteri bertanggungjawab terhadap Parlimen berkata PR boleh membawa usul berkenaan ke Parlimen sekiranya mereka ikhlas dengan perkara itu.
"Ini masa terbaik pembangkang bawa ke Parlimen, kita kerajaan yang tekanan perpaduan.
"Perpaduan mesti diasaskan dengan baik sangka, kita mesti baik sangka sebelum kita bercakap baik, kalau buruk sangka macam mana kita nak wujudkan perpaduan," katanya, dan menambah "seburuk-buruk manusia ada kebaikannya, sebaik-baik manusia ada keburukannya."
Jelas ahli Parlimen Arau itu lagi, pemimpin politik kedua-dua parti bagaimanapun sering mengadakan perbincangan tidak rasmi sesama mereka ketika berada di Parlimen.
"Yang rasmi kita akan bawa ke Parlimen, mereka boleh bawa usul, tetapi di Parlimen ini PR dan BN boleh duduk berbincang secara tak rasmi.
"Dan kita boleh hasilkan sesuatu yang baik," katanya.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa.
PAS katanya boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin PAS dan Umno boleh bersama di atas satu pentas.

Muktamar: Persaingan konservatif dan reformis dalam parti

Dr Mujahid Yusof,
SETIAP kali muktamar menjelang, berbagai isu muncul untuk dijadikan bahan sensasi media mahupun kelompok yang bersaing dalam PAS. Khusus dua tahun sekali , para perwakilan akan mengadakan pemilihan kepimpinan, maka fenomena persaingan dan dinamika sebuah parti Islam akan terselah dalam bentuknya yang tersendiri. Bagi saya ia adalah fenomena biasa yang berlaku dalam mana-mana organisasi politik.


ISU MENDASAR


Persaingan dalam  PAS adalah fenomena. Bagi yang pesimis ia akan melihatnya sebagai 'bala' yang akan menghancurkan parti manakala bagi yang optimis ia melihat ini sebahagian daripada dinamika evolusi perkembangan sebuah parti politik.

Bagi musuh politik PAS ini adalah peluang baik untuk melihat lawannya berpecah sesama sendiri walaupun sesekali dia akan melihatkan simpatinya pada pihak tertentu. Atas apa jua perspektif yang kita lihat, kita harus bertanya apakah isu yang mendasar dalam fenomena ini?

Isu yang mendasar adalah persaingan, merasionalkan kewujudan parti dan evolusi organisasi.

Persaingan adalah bentuk dinamika sesebuah organisasi, faktornya ialah kelompok-kelompok yang terbentuk dengan membawa idea tertentu dalam parti. Selalunya idea ini menampakkkan pihak yang mahukan pembaharuan manakala sebuah kelompok lagi melihat status-quo yang ada mencukupi malah meyakini bahawa keadaan yang ada yang telah membawa parti ke tahapnya hari ini.

Mereka melihat pembaharuan akan mengubah asas dan dasar parti sedangkan golongan pembaharuan mahukan lonjakan besar parti untuk terus mampu berada di persada.

PERSAINGAN DALAM PAS

Apa yang kita saksikan dari berbagai kenyataan dan sensasi majlis tertentu seperti Multaqa Ulamak baru-baru ini mengisyaratkan persaingan kelompok dalam PAS terdiri dari dua kategori besar para konservatif dan reformis.

Saya kurang setuju kategori ulama dan profesional,  ia hanya label yang tidak banyak membantu perspektif yang tepat persaingan dalam PAS, tetapi konservatif dan reformis lebih membawa makna dalam memahami persaingan itu. Konservatif adalah golongan dalam parti yang melihat status-quo dan tidak berani keluar dari status-quo kerana menganggap itulah prinsip dan asas tertegaknya parti ini.

Kelompok reformis mahukan parti keluar dari keadaannya dan melonjak kepada identiti baru untuk menggamit perubahan yang ada di sekelilingnya. Berita baiknya adalah kedua-kedua kelompok yang bersaing ini mahukan kebaikan untuk parti dengan perspektif yang berbeza.

KEPIMPINAN ULAMA

Salah satu tajuk perdebatan kelompok yang bersaing adalah tentang kepimpinan ulama. Gagasan pemikiran organisasi yang diperkenalkan tahun 1980-an ini seiringan dengan krisis besar organisasi PAS yang berlaku semasa era Datuk Mohd Asri Muda.  Sebab kepada krisis dan faktornya telah saya sentuh dalam buku 'Pas Baru' terbitan The Malaysian Insider.

NGO serah petisyen, mahu temukan Anwar, Dr M

NGO serah petisyen, mahu temukan Anwar, Dr M
PETALING JAYA - Dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan petisyen bagi mempertemukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad di pentas sama.

Kedua-dua pemimpin ini ingin dipertemukan di pentas kemuncak jelajah Bantah TPPA pada 10 Oktober ini.

Siri Jelajah TPPA di seluruh negara bermula sejak 17 September lalu.

Oleh yang demikian, kedua-dua NGO ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhasrat mahu kedua-dua pemimpin ini yang dilihat menolak perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) untuk berada di pentas raksasa anjurannya.

Menurut Pengerusi SMM, Safwan Anang, tujuan utama penganjuran jelajah ini ialah untuk membangkitkan kesedaran umum tentang bahana perjanjian TTP.

Belanjawan Selangor 2014 mesra rakyat

bajet 2014
SUBANG JAYA 23 SEPT : Kerajaan Negeri merangka Belanjawan Selangor 2014 dengan mengambil kira kehendak rakyat melalui hasil perbincangan bersama pemimpin masyarakat dalam sesi Majlis Dialog yang diadakan di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya, mulai hari ini hingga esok.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata perbincangan itu penting supaya perlaksanaan Belanjawan Selangor 2014 selaras dengan keperluan dan kehendak rakyat. Sebelum ini, Kerajaan Negeri turut melaksanakan sesi dialog serupa bagi membincangkan perlaksanaan Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Pakatan Rakyat.
Maklum balas dari sesi dialog itu dimuatkan dalam Pelan Tindakan Lima Tahun.
“Ia untuk mendapatkan maklum balas daripada pemimpin masyarakat seperti Ketua Kampung, Ahli Majlis, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Ahli Parlimen, pensyarah dan lain-lain untuk dibincangkan bagi Belanjawan 2014 Selangor.
“Ia ambil kira kehendak rakyat walaupun mereka tahu sekatan belanjawan melalui hasil negeri antara RM1.4 hingga RM1.6 bilion,” katanya dalam sidang media selepas perasmian Majlis Dialog Belanjawan 2014 di sini.

Budaya samseng menjelang pemilihan Umno

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menjelaskan kejadian pukul yang berlaku pada pemilihan Umno semalam membuktikan siapa sebenarnya mengamalkan budaya samseng.

Jelas beliau jika selama ini Umno menuduh PAS, PKR mahupun DAP yang mengamalkan politik samseng ternyata apa yang berlaku itu menunjukkan sikap sebenar Umno selama ini.

"Apa yang berlaku ini jelas membuktikan mereka mengamalkan budaya politik samseng, selama ini Umno menuduh Pakatan Rakyat tetapi sekarang telah membuktikan perkara yang sebenarnya," jelasnya kepada Harakahdaily.

Ahmad Zamrai yang turut memberitahu, Umno sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kuasa sama ada dalam pilihanraya mahupun pemilihan parti mereka sendiri.

Kata beliau, semua maklum bahawa jawatan di dalam Umno merupakan 'lubuk duit' dan mereka yang bertanding akan cuba mengatasi pihak lawan walau dengan apa cara sekali pun.

"Pegang jawatan dalam Umno adalah lubuk duit, masing-masing berebut nakkan jawatan dan inilah peluang untuk penuhkan poket.

"Jadi untuk dapatkan jawatan maka pelbagai perkara dilakukan termasuk samseng, ugut mahupun beli undi," kata beliau lagi.

Regim Syria: 80 terbunuh termasuk kanak-kanak pada Ahad


DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 80 terbunuh termasuk kanak-kanak dan wanita dalam serangan terbaru tentera rejim Syria kelmarin.

Jaringan Hak Asasi Manusia Syria (SNHR) memaklumkan, pasukan tentera Presiden Bashar al-Assad membunuh 29 orang di pinggir bandar Damsyik, 19 di Aleppo, 15 di Idlib, 7 di Dare ez-Zor, 4 di Derra, 2 di Latakia dan Homs dan masing-masing satu di Rakka dan Hama.

Mereka juga memaklumkan sekurang-kurangnya 13 orang tentera regim manakala enam Tentera Pembebasan Syria (FSA) terbunuh dalam pertempuran antara keduanya sejak semalam.

Dalam perkembangan terbaru hari ini, FSA didakwa telah mengawal empat kampung di Aleppo di utara Syria, dan telah membunuh lebih daripada 60 tentera rejim.

Najib Digesa Beri Peruntukan Pada AP Pembangkang

PKR tubuh Pusat Latihan Reformasi

Tribunal Rakyat: Kerajaan perlu ambil tindakan lanjut - Nurul Izzah

Selangor: Lima Pangsapuri perintis Skim SEROJA

Rebat Pengangkutan untuk Kakitangan Awam Selangor

Golongan bebal bawa mazhab rumit

NO ASHES, Zahid dismisses ex-IGP's warning M'sia breaching Hatyai deal

Zahid: Chin Peng's ashes in M'sia could lead to memorial

Selangor: Hadiah Anak Masuk Universiti dinaikkan kepada RM3,000 mulai 2014

SUBANG JAYA 23 SEPT : Kerajaan Negeri akan menaikkan insentif Hadiah Anak Masuk Universiti dari RM1,000 kepada RM3,000 seorang mulai tahun depan, seiring dengan Belanjawan Selangor 2014.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan kewangan negeri yang kukuh membolehkan pemerkasaan program-program pro-rakyat seperti ini.
mb uni  insentif“Kita mampu meningkatkan insentif ini berikutan rezab negeri yang semakin bertambah sehingga mencecah hampir RM3 bilion,” katanya dalam majlis perasmian Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya.
Skim ini merupakan salah-satu daripada program pro-rakyat dibawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Hadiah ini diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, untuk memudahkan mereka melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.
Setakat ini, jumlah direkodkan mencatatkan lebih RM35.7 juta dibelanjakan dengan kira-kira 35,722 peserta mendapat manfaat dari program Hadiah Anak Masuk Universiti itu.
“Sambutan kepada program ini amat membanggakan dan ia ternyata membawa manfaat besar kepada rakyat Selangor,” tegas beliau.

Dasar Umno BN hanya kayakan anak, kroni – Anwar

SONY DSCKUALA LUMPUR 23 SEPTEMBER: Dasar Umno Barisan Nasional hanya mementingkan anak dan kroni dan bukan membantu bumiputera yang miskin, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, Pakatan Rakyat termasuk DAP sebelum ini menyokong hak keistimewaan orang Melayu seperti termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.
Najib turut mengumumkan pakej bernilai RM30 bilion, serta penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.
“Kita tidak pernah menyangkal hak dan kedudukan tersebut. Namun begitu apa yang kita tentang ialah keistimewaan yang diberikan kepada kumpulan Melayu yang kaya menjadi semakin kaya serta berbilion dianugerahkan kepada anak Menteri,” kata Anwar.

Menjelang Bajet 2014, Putrajaya mohon lagi RM14b bajet tambahan

Putrajaya memohon perbelanjaan tambahan bagi tahun 2013 berjumlah RM14 bilion menjelang pembentangan Belanjawan 2014 pada Oktober depan.

Daripada jumlah itu, lebih 80 peratus, atau sejumlah RM11.9 bilion dimohon untuk kegunaan Perkhidmatan Am Perbendaharaan.

Perbendaharaan turut memohon sejumlah RM606 juta peruntukan tambahan, menjadikan ianya berada dalam kedudukan kedua tertinggi selepas Perkhidmatan Am Perbendaharaan, diikuti Kementerian Pendidikan (RM322 juta), dan Kementerian Kesihatan (RM300 juta).

Daripada keseluruhan permohonan peruntukan tambahan yang meliputi 16 kementerian, Parlimen menjadi pemohon peruntukan paling kecil iaitu sejumlah RM1.3 juta.

A. Samad Said sasterawan kehormat Unisel

Dinsman

Dia ikon generasi abad ini, bukan sahaja sebagai penyair atau sasterawan yang membesarkan khazanah bangsa dengan karya-karyanya, tetapi juga tokoh kemanusiaan yang hidup di tengah-tengah khalayak massa.

Beliau negarawan yang menyimpan banyak rahsia sejarah bangsa dan negara dan terus prihatin dengan permasalahan negara-bangsanya, seniman yang sentiasa mengalir bersama sungai dan bergolak bersama gelora bangsa, berdenyut rasa bersama nadi dan amarah rakyat.

Beliau juga pemikir yang telah menghazam dan mencernakan kebijaksanaan dan kearifan kehidupan dunia ke dalam dirinya hingga tutur katanya pun kini menjadi indah bak mutiara puisi.

Ya, itulah A. Samad Said yang hari ini disebut Pak Samad saja pun orang sudah tahu siapa yang dimaksudkan. (Seperti disebut pada sepanduk bicara bukunya Di Atas Padang Sejarah di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam 14 September lalu).

Saya terfikir orang seperti Samad Said itu, usianya 81 tahun, masih menghasilkan karya sehebat Di Atas Padang Sejarah itu (dan saya mengharapkan ada yang lebih hebat lagi akan dilahirkannya), dan pihak polis di Malaysia masih sanggup “menyerbu” rumahnya (3 September) mengganggunya di waktu lewat malam dan membawanya ke balai hanya untuk mengambil sedikit info darinya.

Saya terfikir, dengan khazanah yang telah disumbangkannya kepada tamadun bangsa kita yang begitu besar maknanya, dan dengan sumbangannya kepada pihak Pakatan Rakyat yang tidak kurang besarnya dibandingkan dengan tokoh-tokoh pimpinan politik sendiri.

Saya terfikir – apakah kita sebagai bangsa yang bermaruah dan berbudi mulia (dikatakan lebih mulia budi kita daripada budi orang-orang di sebelah Umno-Barisan Nasional), dengan negeri Selangor yang menteri besarnya terkenal pandai mengumpul wang simpanan hingga RM3 bilion untuk kesejahteraan rakyat.

MP Bukit Katil/ Kuala Krai Bahas RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013

MP Kelana Jaya/ Tumpat Bahas RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 Pindaan (2013)

MP PAS Sepang Bahas RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 Pindaan (2013)

MP: Be proud of Chin Peng, he killed Henry Gurney

Hala Tuju Selepas PRU13 Dan Menjelang Muktamar Pas, Bhg 4

Hala Tuju Selepas PRU13 Dan Menjelang Muktamar Pas, Bhg 3

Hala Tuju Selepas PRU13 Dan Menjelang Muktamar Pas, Bhg 2

Hala Tuju Selepas PRU13 Dan Menjelang Muktamar Pas, Bhg 1

GENGSTER BARU DITEMUI ....AMAT MERBAHAYA SEMUA ORANG KENA


2 kumpulan gengster baru ditemui di Malaysia. Mereka sangat dahsyat kerana bermaharajalela di mana sahaja di Malaysia hatta di Ba'kelalan, Hulu Tembeling, Gua Musang dan Endau-Rompin. Gengster ini menggunakan nama RON95 dan RON97. Mereka menghisap darah setiap dari kita dengan bayaran tambahan sebanyak  20 sen yang dikenakan oleh RON95. Bukan itu sahaja kumpulan RON95 ini akan mempengaruhi pengilang-pengilang dan peraih serta peniaga menaikkan harga barang oleh kerana RON95 menaikkan harganya 'ufti'nya sebanyak 20 sen. Demikianlah dahsyatnya RON95 dan RON 97 ini.

Tetapi tuan kepada kumpulan RON95 dan RON97 adalah jeng, jeng......siapa ? Cuba teka.

Nota : Istilah ini digunakan oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramahnya baru-baru ini.

FGVH: Mana peruntukan untuk tanam semula


KUALA LUMPUR: Penasihat Ekonomi PAS, Dr. Rosli Yaakop mempersoalkan tindakan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) yang tidak meletakkan satu peruntukan khas bagi aktiviti tanam semula kepada peneroka.

Beliau berkata, penyenaraian FGVH setahun yang lepas menyaksikan syarikat tersebut memperolehi pendapatan sebanyak RM4.4 bilion.

Namun katanya lagi, wang tersebut hanya dibelanjakan untuk membeli aset perladangan dan juga terlibat dalam perhotelan.

"FGVH disenaraikan pada jun 2012 dan menjadi sebuah syarikat yang kaya dengan pendapatan tunai, walaupaun penyenaraian itu menjana lebih kurang RM10 bilion tetapi FGVH memperolehi sebanyak RM4.4 bilion, satu angka yang besar.

"Walaupun angka itu agak besar kita tidak melihat satu sen pun peruntukan diberikan bagi aktiviti tanam semula dan ini akan menimbulkan masalah kepada Felda pada masa akan datang," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS semalam.

Menurut beliau, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebelum ini mengumumkan pendapatan tersebut akan dibelanjakan untuk pembelian aset-aset perladangan dan juga mengembangkan industri hiliran yang membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM4.4 bilion.

Katanya lagi, FGVH sebelum itu turut menjual kepentingannya di dalam Tredewinds pada harga RM9.30 seunit yang memperolehi pendapatan tambahan sebanyak RM550 juta.

Kaji kenapa rakyat tidak takut undang-undang - TG Hadi Awang


KUALA LUMPUR: Kerajaan harus mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan pasukan polis dan undang-undang di Malaysia tidak digeruni masyarakat.

Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kehebatan undang-undang dan polis merupakan faktor penting yang membantu sesebuah negara itu mengatasi masalah jenayah.

"Yang penting bukan sahaja undang-undang dan polis tapi kehebatan undang-undang dan kehebatan polis.

"Sangat malang sampai ke peringkat Ketua Polis Negara diugut, Ketua Polis Negeri diugut, ini dan menunjukkan perlunya satu tindakan mendidik masyarakat supaya polis dipandang hebat dan undang-undang digeruni.

"Pada zaman Islam perkasa dahulu jarang-jarang dijatuhkan hukuman kerana undang-undangnya menggerunkan dan ini perlu dikaji. Di United Kingdom sebagai contoh polis-polisnya banyak tak bawa pistol, bawa kayu sahaja tapi digeruni. Kenapa jadi begitu? Ini perlu kita kaji," kata beliau ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

BOLEHLAND: SEORANG LAGI MENTERI BN KENA BELASAH DR.MAZA

Khuatir Chin Peng dihargai alasan Putrajaya halang abu mayat masuk..!!


Keengganan Putrajaya membenarkan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibawa masuk ke negara ini ekoran khuatir wujudnya usaha "penghargaan" kepada pemimpin pengganas tersebut, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar).
Ahli Parlimen Bagan Datoh itu menegaskan, Putrajaya sebelum ini telah menawarkan kerakyatan kepada Chin Peng sebanyak dua kali namun Setiausaha Agung PKM berkenaan menolak tawaran tersebut.
"Dia tidak pernah menyerahkan borang permohonan. Kami menganggap dia menolak tawaran kerajaan Malaysia," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
"Sebab utama (larangan) bukanlah abu (mayat) semata-mata tetapi kami khuatir ada individu yang akan mewujudkan memorial dan memberikannya penghargaan," kata Ahmad Zahid lagi.
Keluarga Chin Peng masih lagi membisu berkenaan abu mayat pemimpin komunis itu walaupun hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi mayatnya akan dibakar.

Pemilihan Umno : Siapa Pemimpin Pilihan Saya ?

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Gendang pemilihan pemimpin UMNO Oktober ini telah dipalu. Daripada sekian ramai mereka yang bertanding, saya tertarik kepada beberapa calon. Antaranya ialah Datuk Mukhriz Mahathir bagi jawatan Naib Presiden, Khairy Jamaluddin bagi jawatan Ketua Pemuda, Datuk Suraya Yaacob bagi jawatan Naib Ketua Wanita, dan Datuk Nur Jazlan Mohamed serta Datuk Saifuddin Abdullah bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Mengapa begitu? Ini kerana saya melihat merekalah barisan pemimpin pelapis yang mempunyai keupayaan dan wawasan untuk membawa negara ke depan. Kenyataan ini tidak bermakna saya memperkecilkan keupayaan calon lain, tetapi saya menegaskan calon-calon inilah yang membuatkan saya teruja untuk mengikuti pemilihan UMNO kali ini. Bayangkan betapa hambarnya pemilihan Naib Presiden UMNO jika Datuk Mukhriz tidak bertanding? Apakah yang baru yang boleh ditawarkan oleh UMNO tanpa adanya calon muka baru yang bertanding? Apakah perubahan yang boleh diharapkan dari UMNO jika sekadar muka lama sahaja yang bertanding? Oleh sebab itulah saya teruja untuk mengikuti pemilihan UMNO kali ini apabila Datuk Mukhriz turut memasuki gelanggang untuk bertanding jawatan Naib Presiden.
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya kerana melihat Datuk Mukhriz sebagai jelmaan bapanya Tun Mahathir. Saya tegas menyatakan ini adalah tanggapan yang tidak adil pada Datuk Mukhriz. Jika pun beliau masih dibayangi oleh ayahnya, saya fikir beliau tetap memahami aspirasi rakyat terkini. Oleh sebab itulah saya mahu sekali melihat ahli UMNO menerima pencalonan beliau sebagai pemimpin pelapis parti itu dan sekiranya UMNO terus berkuasa di negara ini, untuk melihat Datuk Mukhriz menjadi pemimpin negara seterusnya.
Yang saya harapkan untuk turut juga bertanding di jawatan Naib Presiden ialah Datuk Nur Jazlan Mohamed, tetapi tanggapan saya salah. Dalam pemilihan UMNO tahun 2008, beliau membuat kejutan apabila mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, tetapi kemudiannya terpaksa menarik diri kerana tidak cukup pencalonan. Tetapi kali ini, tanpa ada lagi sistem kuota, saya berharap sekali beliau menawarkan diri untuk bertanding di jawatan Naib Presiden, tetapi kemudiannya hanya mengisi borang untuk bertanding sebagai ahli Majlis Tertinggi sahaja.
Apapun jawatan yang ditandingi Datuk Jazlan, saya beharap beliau dipilih oleh seramai 150,000 perwakilan kali ini. Sebagai seorang akauntan, beliau mempunyai idea baru untuk membawa perubahan kepada UMNO. Rugi rasanya untuk negara jika pemimpin seperti Datuk Nur Jazlan diketepikan kerana untuk terus bertahan, UMNO perlukan pemimpin yang mempunyai jiwa dan roh pemimpin yang dapat memahami tuntutan dan keperluan semasa rakyat dan negara.

'Bersyukur' versi mazhab BN

Oleh Nik Mohamad Abduh
Bila kita bergerak wang kita juga turut bergerak. Bergerak akan menarik rezeki dan meransang ekonomi negara.

Tetapi, di negara kita, wang kita hangus di perjalanan. Pergerakan rakyat dihantui kos yang tinggi. Kita membayar mahal untuk cukai dan minyak kenderaan kita, bahkan kita dipaksa membayar untuk tol-tol di seluruh negara yang ibarat sekatan-sekatan imigresen di pintu-pintu negara.


Untuk keluar mencari rezeki, kita dipaksa membayar 'cukai rezeki' dulu. Ia seperti makna 'bersyukur' versi mazhab BN.

Dalam sistem Islam dan berdasarkan sejarah pemerintahan Islam sejak berkurun lalu, perjalanan rakyat dipermudahkan. Rakyat diseru bergerak dan bekerja.

Bayangkan, dalam konteks lampau, rumah-rumah tetamu disediakan secara percuma di sepanjang jalan di seluruh negara. Air dan makanan disediakan sebagai satu kebajikan yang dikejar.

'Ibnu al Sabil' atau perantau adalah kelompok yang istimewa untuk dijaga dan diraikan. Bukan hanya kerajaan, bahkan rakyat merebut-rebut melakukan kebajikan terhadap mereka yang bermusafiran di perjalanan.

Bagi saya, naturalisasi subsidi petroleum oleh kerajaan tidak menepati hak dak semangat ini. Ia mengundang pintu- pintu rezeki untuk semakin kejap dan tertutup untuk rakyat. Kenaikan harga barangan tidak mampu dibendung. Rakyat berfikir dua kali untuk keluar rumah dan menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara.

Umno sudah hampir menemui ajalnya....

Sudah lama memerintah, 56 tahun. Umno-BN sememangnya telah lanjut usia dan sudah hampir menemui ajalnya. Bagi kebanyakan rakyat, Umno-BN sudah tidak relevan lagi. Dr Mahathir Mohamad secara tiba-tiba turut mengakui Umno sudah tua dan sudah hendak mati. Banyak faktor yang menyebabkan Umno-BN semakin ditolak rakyat.

Antaranya termasuklah kegagalannya membasmi rasuah dan penyelewengan yang semakin berleluasa, sehingga menyebabkan rakyat tidak lagi yakin Umno mmapu membawa negara ke mercu kegemilangan. Ikuti pandangan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika ditemubual Wartawan Kanan Harakah, AZIZ MUDA pada 18 September lalu.

WARTAWAN: Betulkah Umno kini sudah lanjut usia, sudah nak mati macam dakwaan Dr Mahathir Mohamad?

USTAZ NIK ZAWAWI: Memang betul apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir itu. Umno memang sudah lanjut usia dan sudah hendak mati. Kalau kita tengok mana-mana parti pokitik pun dalam dunia ini, sesebuah parti politik itu hanya dapat memerintah negara paling lama 40 hingga 50 tahun. Bahkan banyak parti-parti politik hanya berumur 20 hingga 30 tahun sahaja. Berdasarkan realiti itu sahaja pun sudah jelas menunjukkan Umno memang sudah lanjut usia dan sudah berada di penghujungnya. Jadi itu adalah pengakuan yang sangat tepat daripada Tun Dr Mahathir.

Selain itu, pengakuan Tun Dr Mahathir itu turut berkait dengan pengalamannya sendiri. Sebagai orang paling lama mentadbir negara, Mahathir sendiri sudah tahu, Umno memang sudah semakin ditolak oleh rakyat. Kini zaman Dato' Seri Najib Tun Razak memang sudah boleh disebut zaman penghujung Umno.

Malah kenyataan-kenyataan Najib sendiri pun sekarang menggambarkan seolah-olah Najib hendak menutup apa yang berlaku dalam negara. Sebaliknya, dia hendak menjadikan rakyat sebagai aset yang boleh ditipu, tetapi apa yang diingininya itu tak berlaku.

Contohnya, menjelang PRU13 lalu, Najib berjanji tidak akan naikkan harga minyak dan harga barangan keperluan utama rakyat, tetapi selepas pilihanraya dan Umno-BN dapat memerintah lagi, harga minyak telah dinaikkan. Ini pasti akan diiringi dengan kenaikan harga barang-barang keperluan utama rakyat. Sekarang nilai mata wang negara kita juga turut merudum. Ini semua adalah bukti kegagalan Umno-BN. Ini adalah gambaran yang jelas bahawa Umno sekarang memang sudah berada di penghujung.

Maknanya Umno sudah tidak relevan lagi sekarang?


Jadi apa yang disebut oleh Mahathir, Umno sudah lanjut usia dan sudah hendak mati itu membuktikan Mahathir sendiri juga sudah tahu realiti itu. Mahathir sendiri sudah nampak apa yang akan berlaku ke atas Umno sekarang. Umno memang sudah semakin ditolak oleh rakyat, terutama oleh generasi muda.

Umno memang sudah tak relevan lagi sekarang. Segala tindak tanduk yang tidak menyenangkan yang berlaku dalam Umno itu sememangnya dilihat oleh generasi muda. Dalam masa yang sama, generasi muda juga turut melihat pencapaian Umno yang sangat meleset.

Generasi muda pasti memerlukan pemimpin yang telus dan bertanggungjawab serta sebuah kerajaan yang boleh diharapkan untuk membawa negara ke arah yang lebih baik dan cemerlang. Mereka pasti akan mencari parti alternatif untuk menggantikan Umno-BN.
Parti alternatif yang dilihat oleh mereka itu tentulah PAS kerana di negara kita, hanya ada dua parti sahaja yang menjadi parti utama atau yang terbesar, iaitu selain Umno adalah PAS. Parti-parti selain Umno dan PAS bukanlah parti yang utama. Pemimpin-pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab dan intelektual juga sebenarnya ada dalam PAS, bukannya dalam Umno.

PAS tadbir Kelantan, Terengganu, Kedah, sangat membanggakan...

BOLEHLAND: Jika harga gula dinaikkan, maka turunkan harga kondom..!!

Edwin Michael

Dikala majoriti rakyat marhaen sedang sedaya upaya untuk selesakan diri dan kehidupan seharian mereka akibat kenaikan minyak dan harga barangan, tampil pula satu lagi cadangan "bernas" daripada seorang lagi menteri kabinet pimpinan Datuk Seri Najib Razak iaitu untuk mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman sekali gus mengurangkan penghidap diabetes yang berjumlah 2.6 juta orang.

Saya pasti kelompok yang berpendapatan tinggi tidak akan ambil kisah akan hal ini, kelompok yang berpendapatan sederhana dan rendah pula sudah mula risau memikirkan kesan domino andaikata pengurangan subsidi harga gula ini dilaksanakan kelak.

Alasan yang diberikan untuk mengurangkan subsidi harga gula ini yang sebenarnya menarik perhatian rakyat. Andaikata kerajaan mengurangkan subsidi harga gula lalu harga barang kawalan tersebut dinaikkan maka hipotesisnya ialah jumlah pesakit diabetis akan menurun. Namun, kurang pasti berapa peratus penurunan yang disasarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan diterajui oleh Datuk Seri S. Subramaniam ini.

Berdasarkan rekod, gula telah mengalami kenaikan harga sebanyak lima kali sejak 1 Januari 2010 (RM0.20 sekilogram), RM0.25 sekilogram (18 Julai 2010), RM0.20 sekilogram (4 Disember 2010), 10 Mei 2011 (RM0.20 sekilogram) dan kali terakhir pada 29 September 2012 (RM0.20 sekilogram).

Keputusan kenaikan harga gula kali terakhir itu diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri ketika pembentangan bajet 2013 dengan alasan yang sama iaitu mengambil kira jumlah 2.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetis. Selepas hampir setahun kenaikan harga gula, nampaknya jumlah pesakit diabetis di negara ini tidak mengalami penurunan langsung.

MALAYSIA PELIK: NAMA-NAMA YANG EPIC..!!!

NAMA-NAMA YANG PELIK WARGA MALAYSIA

BOLEHLAND: Kerajaan BN tidak pernah naikkan harga minyak, kata Ahmad Maslan

Putrajaya tidak pernah menaikkan harga minyak sebaliknya ia adalah berdasarkan pasaran global semasa kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar).
Ahmad ketika sesi soal jawab Dewan Rakyat di Parlimen hari ini menegaskan, kerajaan hanya mengurangkan jumlah subsidi sedia ada kerana majoriti yang mendapat manfaat daripada subsidi bahan api adalah golongan berpendapatan tinggi.
"Sebenarnya kerajaan tidak menaikkan harga minyak. Harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia. Kerajaan cuma mengurangkan subsidi.
"Lain...mana sama daripada RM1 subsidi untuk diesel kita kurangkan RM0.80, daripada RM0.83 subsidi untuk RON95, kita kurangkan kepada RM0.63, itu fakta dan hakikat yang sebenar, harga minyak ditentukan oleh turun naik harga pasaran dunia," katanya menjawab soalan ahli Parlimen Kangar Shaharuddin Ismail.
Jelas ahli Parlimen Pontian itu lagi, selain mereka berpendapatan tinggi, warga asing turut menikmati kadar subsidi bahan api.

Jangan terpengaruh mazhab rumit - Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Malaysia diingatkan agar tidak terpengaruh dengan mazhab-mazhab rumit dari Asia Barat yang disebarkan melalui media untuk melaga-lagakan masyarakat Islam.

Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, terdapat segelintir golongan yang 'bebal' membawa masuk mazhab yang tidak ada di Malaysia bagi mencetuskan masalah dalam masyarakat majmuk di negara ini.

"Kita juga jangan menerima tempias mazhab yang rumit yang ada di Asia Barat yang sudah lama macam-macam mazhab timbul.

"Apa yang berlaku di Asia Barat iaitu kuasa besar dunia timur dan barat yang berebut minyak, berebut mempertahankan Terusan Suez dan menggunakan mazhab melalui media untuk melagakan keamanaan masyarakat Islam dan saya harap tempias ini jangan dibawa ke negara kita.

"Negara kita tak ada mazhab itu tapi dibawa juga oleh mereka yang bebal bagi mencetuskan masalah dalam masyarakat Islam dan mencetuskan masalah dalam masyarakat majmuk," kata beliau ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Presiden PAS itu juga berkata, Malaysia selama ini bersifat terbuka dan menangani perbezaan mazhab dalam kalangan masyarakat.

SB henti laporan sejak 2008 pada ketua menteri, kata LGE

Polis Cawangan Khas telah berhenti menyediakan laporan berhubung prestasi wakil rakyat dan peluang mereka dalam pilihan raya kepada ketua kerajaan Pulau Pinang sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri itu pada 2008, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

dap launch impian sarawak 110913 lim guan eng 2"Polis Cawangan Khas tidak pernah menyediakan sebarang laporan kepada ketua menteri Pakatan Pulau Pinang sejak memegang jawatan pada 2008 tetapi mungkin hanya kepada menteri dalam negeri," kata Lim, seperti didedahkan bekas exco negeri Toh Kin Woon dalam Tribunal Rakyat BERSIH.

Katanya, walaupun mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Perundingan Keselamatan dan Ketenteraman Awam Negeri Pulau Pinang(MPKKANPP), dihadiri oleh ketua polis negeri, hanya masalah jenayah dibincangkan.

"Tiada sebarang maklum balas daripada Cawangan Khas dan negeri tidak mempunyai akses kepada maklumat mengenai prestasi mana-mana wakil rakyat atau mana-mana kawasan yang lemah yang memerlukan perhatian," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, walaupun tiada laporan dari Cawangan Khas, kerajaan negeri tetap akan meneruskan mesyuarat MPKKANPP kerana ia platform berkesan untuk memanfaatkan sumber dan meningkatkan bekerjasama semua agensi bagi memerangi jenayah.

Hasil Retreat Di Bangkok: Central Pattana Labur RM500 Juta Di Shah Alam

mb hari malaysia
SHAH ALAM, 23 SEPT : Kestabilan dan kemajuan ekonomi yang pesat selain jaringan kemudahan yang baik menjadi faktor Selangor terus diyakini pelabur asing. Dalam perkembangan terbaru, Kumpulan Central Pattana melabur RM500 juta menerusi anak-anak syarikat untuk membina pusat membeli-belah CentralPlaza i-City, di i-City, Shah Alam.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelaburan itu akan menjadikan Shah Alam syurga membeli-belah baru di rantau ini.
“Ini menunjukkan mereka percaya kepada negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang sentiasa mengamalkan pelaburan terbuka kepada semua pelabur-pelabur di peringkat Asean dan dunia,” katanya, ketika berucap pada Majlis Jamuan Pimpinan Bersama Rakyat Sabah dan Sarawak Sempenan Sambutan Hari Malaysia ke-50 Peringkat Negeri Selangor di Foyer Bangunan SUK, Shah Alam, 21 September lepas.
Central Pattana merupakan pemaju hartanah runcit yang terbesar di Thailand, dan memiliki serta mengurus 21 pusat membeli-belah premium. Pelaburan di Shah Alam ini merupakan tujahan pertama Central Pattana untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Turut hadir di sambutan itu adalah Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Selangor dan ADUN Ba’kelalan, Baru Bian. Sekurang-kurangnya 300 warga Sabah dan Sarawak dari kalangan pelajar dan keluarga yang menetap di Selangor turut menghadiri majlis tersebut.
Menurut Khalid, pelaburan Central Pattana ini dicapai ketika sesi retreat EXCO Kerajaan Negeri selama tiga hari di Bangkok baru-baru ini.

Selangor: Air Percuma Diteruskan 10 Tahun Lagi


tapSUBANG JAYA 23 SEPT : Pemberian subsidi air percuma 20 meter padu akan diteruskan lagi sehingga tempoh 10 tahun akan datang. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian itu akan diteruskan selepas penstrukturan semula industri air Selangor berjaya diselesaikan.
“Penyusunan semula industri air ketika ini ada nampak cahaya dihujungnya tetapi masih belum selesai dan kita akan meneruskan program subsidi ini untuk tempoh 10 tahun akan datang.
“Kita harap dapat selesaikannya kerana kita tidak mahu aset yang paling penting untuk rakyat ini diuruskan oleh pihak yang tiada kepakaran,” katanya dalam ucapan perasmian di Majlis Dialog Belanjawan 2014, di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.
Sebelum ini, Abdul Khalid memberitahu penyusunan itu akan diselesaikan sebelum 31 Disember depan selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air (Wasia) 2006.
Perkara berkenaan diputuskan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam surat bertarikh 9 September lalu.
Abdul Khalid turut memaklumkan penstrukturan itu akan memberi kemampuan kepada Kerajaan Negeri untuk menjelaskan hutang kira-kira RM1 bilion kepada Kerajaan Pusat.
“Selepas hutang itu diselesaikan, hutang Kerajaan Negeri hanya tinggal tidak lebih RM200 juta.
“Jadi oleh kerana rizab negeri ketika ini sebanyak RM3 bilion, jadi negeri Selangor tidak perlu meminta sedekah lagi, dengan ini kita dapat melaksanakan pembangunan negeri dengan baik,” katanya.

Di Sebalik Transformasi, Ukurlah Baju Di Badan Sendiri!!

Transformssi politik yang dilaksanakan oleh Najib dalam UMNO dengan membuka ruang kepada lebih ramai perwakilan terlibat dalam memilih pemimpin dan sesiapa saja boleh bertanding, akhirnya menjadikan bukan saja pertandingan dalam UMNO menjadi lebih meriah, malahan kadang-kadang seperti bermulanya "pesta maharaja lawak" dalam parti itu.

Di ibu pejabat UMNO, hari penamaan calon yang diadakan Sabtu lalu menjadi meriah dengan ramai calon yang bertanding berserta para penyokongnya datang untuk mendaftarkan diri sebagai calon di peringkat Majlis Tertinggi dan juga sayap-sayap.

Di peringkat negeri juga keadaannya hampir sama di mana ramai yang datang untuk mendaftarkan diri bertanding dalam pelbagai jawatan di peringkat bahagian.

Walaupun transformasi ini baik untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai bakat-bakat baru untuk memeriahkan demokrasi yang bagaikan disekat sejak Mahathir melaksanakan peraturan yang menetapkan perlunya kouta pencalonan sejak 1988 lalu, namum demikian ahli dan pemimpin peringkat bahagian haruslah menyambutnya bukan saja dengan positif tetapi juga perlu dengan kesedaran "ukurlah baju di badan sendiri"

Dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO misalnya, empat calon yang mencabar Khairy Jamaluddin hanyalah mereka berjawatan di peringkat cawangan saja. Ada yang ketua cawangan, ketua pemuda cawangan, penolong setiausaha pemuda cawangan dan seorang lagi bekas ketua pemuda bahagian.

Di antara mereka itu, hanya Akramsyah Sanusi, anak bekas Setiausaha Agung UMNO, Sanusi Junid yang dilihat mempunyai profil meyakinkan berikutan pernah terlibat dalam pertubuhan belia MAYC dan pengalaman korporat, selain kedudukan sebagai anak bekas pemimpin UMNO, turut sedikit-sebanyak menyerlahkan imejnya.

This is a Robert Mugabe Parliament - Surendran demands reforms, slams arrogant BN MPs

MP PKR Padang Serai Bahas RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 on 23/9/2013

MP PAS Kota Bharu Bahas RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 on 23/9/2013

Perbahasan RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 (1))

Zahid, BN a "complete failure" to rely on draconian crime law - Surendran

'Gov't didn't raise oil prices, merely reduced subsidy'

Adakah semua duit FGV sudah habis?

Kerajaan BN minta lagi bajet tambahan RM 14 bilion dalam tempoh 4 bulan

Kerajaan membentangkan rang undang-undang perbekalan tambahan kedua dalam tempoh empat bulan dengan meminta tambahan RM14 bilion untuk perbelanjaan kerajaan, daripada Parlimen hari ini.

Selepas meminta RM13 bilion pada Jun bawah tahun fiskal 2012, kerajaan kini memohon tambahan bawah tahun fiskal 2013.

Perkhidmatan Am Perbendaraan meminta sebahagian besar daripada rang undang-undang itu, dengan lebih RM11 bilion.

'Minyak naik ketentuan pasaran, bukan k'jaan'

Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak kerana ia ditetapkan oleh harga pasaran minyak sedunia, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad memberitahu Parlimen pagi ini bahawa kerajaan hanya mengurangkan subsidi dan tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap kenaikan harga minyak.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Zahid Hamidi beri kenyataan bercanggah mengenai situasi jenayah

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan bercanggah di Parlimen hari ini apabila mengatakan keadaan jenayah dalam negara masih terkawal.

Katanya keadaan jenayah negara turun dengan drastik selepas penahanan 7,200 individu yang dipercayai anggota kongsi gelap dari 17 Ogos hingga sekarang.

Bulan lalu pada 20 Ogos semasa mengumumkan Ops Cantas dan dua pasukan khas untuk memerangi jenayah Ahmad Zahid mengatakan, “Saya ada bukti peningkatan kadar jenayah terutamanya di kawasan merah”.

Dalam reaksi serta-mertanya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua mengatakan kata-katanya menteri itu tidak mempunyai kredibiliti.

“JIka keadaan jenayah terkawal, mengapa dia heboh tentang undang-undang Ordinan Darurat (EO)? soal Pua.

“EO dan kadar jenayah tidak eksklusif. Jadi dia kena buat keputusan pindaan EO bermasalah atau kadar jenayah. Kenyataan beliau bercanggah,” katanya.

IGP: AmBank founder’s assassin arrested

Inspector General of Police Khalid Abdu Bakar said that the suspect, Sei Ngan Chai was arrested with two others in Taiping early this morning.

KUALA LUMPUR: The police have arrested the man suspected of gunning down AmBank founder Hussain Ahmad Najadi back in July.
The shooter, identified as Sei Ngan Chai, was arrested early this morning at a housing area in Taiping at 12.30am,
“We tracked down the suspect in Taiping and have arrested him, along with two others whom we believe helped protect him,” Inspector General of Police (IGP) Khalid Abu Bakar said at a press conference at the Kuala Lumpur police headquarters.
“He has been brought to Kuala Lumpur. After this, we will try to track down the weapon used to kill Hussain.”  said the top cop, adding that he believed Sei had been on the run since Hussain’s murder.
Two Chinese men, 31 and 26, suspected to Sei’s accomplices, will be investigated under Section 212 of the Penal Code, for harbouring a criminal offender.
Hussain, 75, was gunned down in cold blood on July 29 at cark park in Jalan Ceylon, amid a surge in shooting crimes that had the nation reeling in fear for the past few months.
The septuagenarian sustained two shots in the chest while his wife, who was by his side, was hit in the left hand.

Lagi NGO tampil menyokong protes kenaikan harga minyak

Program ini telah disokong oleh 20 lebih NGO seluruh Malaysia.

KUCHING: Lebih banyak NGO dan wakil parti politik tampil menyokong protes kenaikan harga minyak yang bakal diadakan pada 28 September ini.
Dalam satu sidang media khas bersama NGO dan wakil daripada parti politik hari ini, jurucakap Penganjur bersama, Abib Ismadi, aktivis Teori Timur, protes ini menuntut penurunan kembali harga minyak dan mengembalikan subsidi rakyat serta mengurangkan subsidi korporat.
“Kami sebagai gabungan NGO bantah kenaikan harga minyak menyeru masyarakat awam untuk hadir bersama kami pada masa yang telah ditetapkan. Untuk pengetahuan semua, program ini telah disokong oleh 20 lebih NGO seluruh Malaysia,” katanya.
Beliau juga menjelaskan bahawa gabungan ini terdiri daripada Pusat Teori Timur, Sarawak Youth for Change, Angkatan Muda Keadilan (AMK), Persatuan Anak Muda Sarawak (PAMS) dan Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) untuk kawasan Sarawak.
“Selain itu, kita mendapat sokongan dari rakan-rakan NGO kita di Semenanjung.” tambah beliau.
Pengerusi bersama, Nicholas Mujah berkata: “Bagi kita (SADIA) amat menyokong misi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di luar pesisir kerana kenaikan minyak yang kita hadapi adalah amat bertentangan dimana pemerintah (BN) yang kita ada sekarang semasa PRU lalu tidak akan membebankan masyarakat luar bandar.”
“Rakyat di luar bandar banyak membuat aduan kepada kita kerana mereka sangat merasakan kesan kenaikan ini disebabkan masalah pengangkutan dan kos yang tinggi untuk bergerak.” tegas beliau.
Beliau juga memohon agar kerajaan menyemak kembali harga minyak dan lebih mengutamakan masyarakat luar bandar.
Jurucakap Persatuan Anak Muda Sarawak (PAMS), Mohd Salleh Shawkatali, menyokong protes “Walk Against 20 cent”.

Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (4)

Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (3)

Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (2)

Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (1)

Hutang mengikut perspektif Islam

Hutang mengikut perspektif Islam 
 Naib Yang Dipertua 1 Persatuan Ulama Malaysia, Dr Fauzi Draman (kanan) membentangkan kertas kerjanya sempena Seminar Maqasid Syariah di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, kelmarin. - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki
Berikut sambungan ucaptama Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Al Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam seminar Maqasid Syariah, Isu-isu Kepenggunaan: Realiti dan Cabaran yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, kelmarin.

ii) Hutang dari perspektif Islam

Perspektif Islam berkenaan hutang dapat difahami dengan jelas jika kita merujuk hadis-hadis Rasulullah SAW. Antaranya hadis Rasulullah SAW bermaksud:
“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia)” (Riwayat Muslim, 6/28)

Di dalam satu lagi hadis Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, ALLAH akan mengembalikan pinjaman itu, namun barang siapa yang meminjamkannya dengan niat ingin merugikannya, ALLAH akan merugikannya” (Riwayat al-Bukhari, 2/83)

Islam juga melihat hutang sebagai sesuatu yang membahayakan individu dan umat Islam. Ini dapat dilihat dari doa yang diajar oleh Rasulullah SAW yang berbunyi:
“Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya: Mengapa tuan sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” (Riwayat al-Bukhari, 1/214)

Di dalam hadis lain pula Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: Ya ALLAH, aku berlindung dari kekufuran dan hutang. Mendengar itu seseorang bertanya, “Apakah tuan menyamakan kekufuran dengan hutang wahai Rasulullah?, “Benar,” jawab Rasulullah. (Riwayat an-Nasaie, 2/316, Ahmad, 3/38, al-Hakim berkata, sahih dan disepakati oleh az-Zahabi, menurut Albani: Dhaif)

Berhutang dari perspektif Islam adalah perkara yang tidak baik dan perlu dijauhi, kecuali dalam keadaan kesempitan yang amat sangat. Namun, sekarang kita dapati industri perbankan, termasuk sektor perbankan Islam, amat menggalakkan budaya berhutang. Akibat aktiviti mereka yang ingin berkembang, tahap hutang masyarakat menjadi bertambah.

iii) Peningkatan hutang isi rumah di Malaysia
Data menunjukkan tahap dan tren hutang isi rumah di Malaysia sedang meningkat dari setahun ke setahun. Menurut laporan Bank Negara, hutang isi rumah di negara kita telah meningkat selama 10 tahun berturut-turut pada kadar tahunan sebanyak 12.5 peratus pada Disember 2011. Nisbah hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar negara adalah 76.6 peratus.

Malah, hampir 50 peratus daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk membiayai bebanan hutang. Berbanding negara lain, Malaysia mempunyai nisbah hutang isi rumah berbanding pendapatan bersih yang tertinggi.

Pinda akta mahkamah syariah - Tg Hadi Awang

Abdul Hadi  
 Abdul Hadi menandatangani plak sebagai merasmikan Pusat Tarbiah Kawasan Tambun semalam.
IPOH – Akta Mahkamah Syariah 1965 yang kali terakhir disemak kira-kira 25 tahun lalu perlu dipinda bagi membolehkan hukuman lebih berat kepada pesalah jenayah syariah, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden Pas itu berkata, akta tersebut mengehadkan hukuman syariah kepada formula 356 iaitu penjara maksimum tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

Katanya, akta tersebut dilihat jauh ketinggalan dan tidak lagi menggerunkan bagi membendung jenayah syariah.

“Sebatan pula biar sampai pecah kulit, sebat habis-habisan dan sangat menyeksakan.

Ini tidak diajar dalam Islam. Negeri tiada kuasa, ia bercanggah dengan al-Quran.

PAS mufaraqah daripada PKR?

Yasir Tamizi

Multaqa Ulama Se-Malaysia baru-baru ini menyatakan perlunya muafakat politik bersama Pakatan khususnya dengan PKR disemak semula dan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS diberikan kepada golongan ulama'. Satu kenyataan kontroversi yang mencuit sedikit pemikiran penyokong PAS dan PKR, juga Pakatan Rakyat secara amnya.
Melihat kepada kekuatan politik, PAS dengan ketumbukan jenteranya merupakan sebuah parti yang tersusun dan kuat. Mufaraqah daripada kepimpinan PKR tidak akan sama sekali melemahkan PAS. Namun, jika PAS hanya mahu bekerjasama dengan DAP, PAS harus bersedia dengan kitaran hubungan pasang surutnya yang akan berulangan, dek perbezaan pendirian yang besar antara kedua-dua buah parti tersebut.
Sebenarnya, Pakatan Rakyat adalah satu pakatan politik yang sangat bagus. Peranan PKR, DAP dan PAS dalam Pakatan adalah lebih kepada saling melengkapi, di mana PKR menerajui politik dasar, PAS menggerakkan ketumbukan jentera terbesar dan DAP menarik perhatian dan kepercayaan penyokong-penyokong baru.
Namun, jika PAS meneruskan agenda mufaraqah daripada PKR, dijangka PAS bakal kehilangan tiga golongan Islamis dalam PAS, golongan yang menjadi jambatan antara PAS dengan masyarakat.
Secara amnya, dua gerakan Islam yang berpengaruh dan besar di Malaysia, ABIM dan IKRAM (dulunya JIM), mempunyai sejarah dan hubungan yang baik dengan Ketua Umum PKR.
Rentetan program besar termasuk program yang baru-baru ini seperti, Islamic Resurgence anjuran ABIM dan Syria Is Calling anjuran IKRAM, yang melibatkan Ketua Umum PKR sebagai tokoh utama, menjadi bukti hubungan baik dan pengiktirafan antara ketiga-tiga belah pihak.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai pemimpin yang rapat dengan gerakan Islam tempatan dan antarabangsa, mempunyai sejarah panjang dan pengaruh yang tidak boleh dipinggirkan dalam gerakan Islam di Malaysia juga Dunia.

Komen TG Nik Aziz Berkaitan Lawatan Obama Ke Malaysia

Saya ingin memberikan sedikit respon berkenaan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke Malaysia yang dijadualkan pada bulan hadapan.

Pada saya, ia tidak lebih hanyalah tanda terima kasih Amerika kepada Malaysia yang selama ini menyokong pendirian Amerika dalam pelbagai isu antarabangsa. Ini termasuklah dalam isu rampasan kuasa tentera di Mesir yang mana Malaysia hanya sanggup menyatakan tidak setuju dengan kadar yang paling minima sahaja tanpa disertai dengan apa-apa tindakan serius.
Kelantan, sekalipun sebuah negeri yang kecil di mata dunia antarabangsa berusaha sedaya upaya sekadar yang termampu untuk menyatakan rasa kesal terhadap kudeta yang berlaku di Mesir. Kelantan telah mengadakan sidang Dewan khas untuk meluluskan usul mengutuk dan menghantar nota bantahan.

Adapun kerajaan Malaysia, dalam hal ini masih bersikap takut-takut, dibimbangi mengguris hati Amerika Syarikat. Kepatuhan Malaysia ini melayakkan bumi Malaysia dipijak oleh Presiden Amerika Syarikat nanti.

Pada saya, tiada yang membanggakan jika Malaysia dikunjungi Presiden Amerika. Ia hanya mengesahkan hubungan baik antara kedua-duanya yang telah terjalin sekian lama.
 

Dalam protes, penakungan Murum dimulakan oleh Kerajaan BN


 
Syarikat milik kerajaan negeri Sarawak Energy Berhad (SEB) memulakan proses penakungan di empangan RM4 bilion Murum di Ulu Belaga semalam, tanpa mengambil kira bantahan masyarakat Penan daripada enam kampung yang mengadakan hadangan ke tempat itu.

Empangan itu memerlukan setahun sebelum airnya cukup untuk digunakakan sebagai janakuasa.

NONEPenyelaras Kebangsaan Gabungan Pemuliharaan Persekitaran Semulajadi Sarawak (SCANE) Raymond Abin (kiri) berkata, terdapat lebih 100 penduduk Penan masih membentuk hadangan di situ setelah mendakwa SEB gagal menunaikan janji.

Mereka daripada Long Wat, Long Luar, Long Tangau, Long Menapa, Long Singu dan Long Malim.

Penduduk Penan menuntut pampasan RM500,000 sekeluarga untuk kehilangan tanah dan kampung, tanah gantian 25 hektar untuk setiap keluarga, kawasan hutan 30,000 hektar, 10 peratus royalti daripada keuntungan empangan dan pemilikan untuk semua kawasan yang tidak ditenggelami air.

Dalam pertemuan awal bulan ini, permintaan mereka ditolak.