Ahad, 22 September 2013

Heavy fighting rages across Syria

Ust. Mokhtar Senik - Mendampingi Ulama' & Mengikut Nasihat Hukama'

Demokrasi Dalam UMNO: Dakwa dipukul kerana mahu lawan ketua bahagian

Keratan SHAH ALAM - Seorang calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini mendedahkan kisah sebenar berhubung dakwaan beliau dipukul seorang lelaki ketika menghantar borang pencalonan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Mohd Ariff Abdul Aziz, 57, yang merupakan calon ke-24 MT itu berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 2 petang ketika beliau berjalan kaki menuju ke PWTC untuk menghantar borang pencalonan Ketua Bahagian Titiwangsa.
Menurutnya, borang pencalonan MT berjaya diserahkan pada sebelah pagi, manakala borang ketua bahagian mahu diserahkan di sebelah petang.

"Saya dicekik, ditendang dan pukul di dada, ketika itu saya sedang berjalan dari Wisma Perkim menuju ke Dewan Tun Razak, PWTC untuk hantar borang calon Ketua Bahagian Titiwangsa.

"Lelaki tersebut mengugut saya supaya tidak bertanding di kawasan tersebut bagi memastikan calon di kawasan itu menang tanpa bertanding. Keadaan ini berlaku di hadapan ramai ahli Umno yang ingin menghantar borang," katanya kepada Sinar Harian.

Pergi makan kenduri pun Mahathir guna Jet Kerajaan?


Selama ini aku sangka hanya macai-macai UMNO yang sering menjadikan harta-harta Kerajaan sebagai harta Mak Bapak mereka.. rupa-rupanya sangkaan aku meleset..

Bukan sahaja macai-macai UMNO yang besikap begitu rupanya.. tetapi pemimpin mereka juga sama..

Kurang pasti adakah ini satu keistimewaan yang diberikan terhadap individu yang telah dianugerahkan gelaran Tun atau kerana sudah biasa menggunakan harta Kerajaan sebagai harta sendiri.

Menurut sahabat yang mengirimkan gambar-gambar ini, ianya telah dirakam di Ipoh, Perak semalam (21/9/2013).

Tun Mahathir yang telah bersara dari jawatan Perdana Menteri telah mendarat di Perak bersama isterinya Tun Siti Hasmah bagi menghadiri kenduri kahwin.

Oleh kerana jet tersebut milik Kerajaan Malaysia, sudah tentu segala kos yang terlibat untuk menerbangkan Tun bersama isterinya ditanggung sepenuhnya oleh pembayar cukai.

Malah untuk menyambut ketibaan mereka berdua, kakitangan kerajaan yang terdiri dari Pegawai PTD telah dikerah untuk hadir beramai-ramai menyambut ketibaannya..

Mungkin benar telahan orang ramai bahawa Tun Mahathir telah dilantik sebagai '"Senior Minister" sepertimana yang telah dilakukan oleh pihak SIngapura terhadap Lee Kwan Yew secara senyap...

Menurut sahabat yang mengirimkan gambar-gambar ini lagi.. Layanan yang sama tidak diberikan kepada Pak Lah tetapi hana Tun Mahathir dan Siti Hasmah saja yang diberi keistimewaan ini..

Laksana 4 program tarbiah wajib – Tuan Ibrahim


BUKIT KATIL: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS di peringkat cawangan dan kawasan mesti memastikan empat program tarbiyah wajib dijalankan iaitu usrah, tamrin, muqayyam dan rehlah.

"Dengan usrah dan program-program tersebut fikrah dan amalan ahli dan pimpinan akan mantap dan tidak timbul soal tidak faham perjuangan dan pergeseran sesama sendiri," ujar beliau ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil ke-10 di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata empat program tersebut mesti dibudayakan supaya organisasi dan gerak kerja PAS di semua peringkat menjadi mantap dan sesuai sepanjang zaman.

Beliau juga mencadangkan PAS di semua peringkat menubuhkan Kelab Veteran PAS bagi mengumpulkan semua bekas-bekas kepimpinan dan ahli-ahli veteran.

Mahkamah Mesir Tetapkan Esok Kedudukan Ikhwanul Muslimin


Mahkamah Mesir telah menetapkan hari esok (Isnin) sebagai tarikh untuk memutuskan kedudukan pertubuhan Ikhwan Muslimin, lapor worldbulletin.

Seorang peguam telah memfailkan saman menuntut pertubuhan itu dibubarkan atas alasan bahawa penubuhannya "melanggar undang-undang".

Beliau juga menuntut penyitaan dana dan ibu pejabat pertubuhan tersebut.

Ikhwanul Muslimin telah didaftarkan sebagai sebuah NGO pada bulan Mac, dengan bekas pemimpin tertinggi Ikhwan Mahdi Akef sebagai pengerusi. Akef kini dipenjarakan atas tuduhan "menghasut melakukan keganasan."

Pentadbiran pertubujan itu tidak melibatkan kesemua pemimpin-pemimpin Ikhwan Muslimin atau Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP).

Pemuda PAS Kelantan tubuh Madrasah Ustaz Yahya Othman



 KOTA BHARU: Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan telah menubuhkan Madrasah Murabbi Ummah, Ustaz Yahya Othman.

Majlis perasmian madrasah bagi membentuk generasi murabbi itu telah dirasmikan oleh ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, semalam.

Hampir 120 orang menghadiri program pertama itu yang terdiri dari pelbagai latar belakang pendidikan untuk memantapkan lagi konsep tarbiah pada diri mereka.

Program yang bermula pada 21 September lalu akan diadakan selama dua kali sebulan setiap hari Sabtu bermula jam 10.00 pagi selama dua jam di Syabab Point yang bakal mengupas buku-buku yang ditulis golongan ulama tersohor, termasuk allahyarham Ustaz Yahya sendiri.

Abdul Latif ketika berucap pada majlis perasmian itu berkata, madrasah berkenaan diwujudkan bagi membentuk generasi murabbi memandangkan almarhum merupakan insan yang berjaya memberikan tarbiah kepada anggota jemaah.

“Apabila kita sebut  tentang tarbiah, kenapa almarhum Ustaz Yahya Othman yang kita fikirkan? Ini kerana allahyarham beramal dengan ilmu yang dipelajari.

Family: We would not smuggle Chin Peng's ashes in

'US blackmails Russia': No chem arms effort if no harsh UN resolution on Syria

Inside Syria - The divisions of diplomacy

Khalid: Selangor bukti PR mampu perintah bersama

Khalid Samad 
SHAH ALAM – Selangor boleh dijadikan bukti yang menunjukkan PR mampu memerintah bersama, kata Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu mengakui Pas dan PR berdepan cabaran besar bagi membuktikan secara praktikal kepada rakyat.

“Cabaran untuk Pas dan PR sekarang ini ialah untuk membuktikan bahawa kita boleh memerintah bersama.

“Untuk menggalas cabaran ini, maka kerajaan negeri Selangor merupakan wadah yang terbaik untuk membuktikan secara praktikal,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau melihat kerjasama Pas dengan PR merupakan strategi berkesan yang mampu membentuk kerajaan di peringkat Pusat.

“Pas akan meneruskan kerjasama dengan PR kerana ia terbukti strategi berkesan yang boleh menggugat kedudukan Umno itu sendiri dan menambah baik hubungan di antara parti-parti ini (Pas, PKR, DAP).

Menteri Kesihatan BN cadang naik harga gula elak diabetes..!!!

Datuk Dr S Subramaniam 
SEGAMAT - Kerajaan BN hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.
  
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.
  
"Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini.
  
Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.
  

Salahuddin mahu bawa Pas langkau kepentingan parti

Salahuddin Ayub 
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mahu membawa partinya melangkaui kepentingan parti dengan menyumbang terhadap kepentingan negara.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal peranannya sebagai calon yang besar kemungkinan bakal bertanding dalam muktamar tahunan, November ini.

“Kita harus menyumbang dalam banyak perkara-perkara yang melangkaui kepentingan parti sahaja.

“Kita harus menyumbang kepada perpaduan kaum, keharmonian agama, kepentingan negara,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Ketika disentuh soal kesediaan PR berbincang dengan BN, beliau akui Pas bersedia pada bila-bila masa demi kepentingan rakyat.

“Itu (dialog) yang saya selalu... kalau dapat saya ulang kembali peranan saya dalam ucapan-ucapan saya di Parlimen dahulu, itulah topik saya.

“Dialog atau kerjasama... maknanya kita boleh bersama dengan semua pihak terutama dalam berkongsi segala pengalaman kita bagi memastikan Malaysia dapat mencapai cita-citanya. Itu untuk kepentingan rakyat dan pada bila-bila masa Pas boleh bersama,” katanya.

Perubahan era masa kini menurutnya turut mengubah harapan rakyat yang mahukan pemimpin yang boleh mengurus tadbir negara

Jangan terikut pisah ulama dengan profesional - TG Hadi Awang


IPOH: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, golongan profesional sangat berperanan dalam PAS sejak awal penubuhannya lagi.

Malah katanya, pimpinan dari kalangan itulah yang telah memainkan peranan penting dalam mendaftarkan PAS menjadi sebuah parti politik yang pada asalnya adalah Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Menurutnya, sejak ditubuhkan tahun 1951, ia telah melibatkan profesional bahkan Yang Dipertua PAS paling awal antaranya Dr Abbas adalah dari kalangan profesional.

"Dr Abbas ini adalah antara generasi awal barang kali dulu dari Dr Mahathir lagi kelulusan Universiti Singapura, dialah yang bertanggungjawab mendaftarkan PAS sebagai parti politik yang asalnya adalah NGO.

"Dan yang terlibat juga, Prof Ahmad Ibrahim iaitu pengasas Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dia ialah ahli PAS yang ke 6,000 di samping Prof Ungku Omar, Aminuddin Baki dan begitulah seterusnya perjalan PAS sehingga hari ini," katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Pusat Tarbiyyah dan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PAS Kawasan Tambun, Taman Meru, dekat sini hari ini.

Keputusan ‎Tribunal Rakyat ‎akan dibentang Jumaat depan


Keputusan Tribunal Rakyat akan diumumkan minggu depan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 September, 2013.Keputusan Tribunal Rakyat akan diumumkan minggu depan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 September, 2013.Tribunal Rakyat yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan mengemukakan keputusan mereka pada Jumaat depan.
Perkara itu diumumkan Pengerusi tribunal berkenaan, Yash Pal Ghai selepas saksi terakhir, Datuk Ambiga Sreenevasan memberikan keterangannya lewat petang tadi.
Tribunal berkenaan bermula 18 September lalu menampilkan beberapa panel dari dalam dan luar negara, antaranya bekas Timbalan Pengerusi Komite Pemilihan Umum Indonesia, Ramlan Surbakti, dan  Presiden Kaukus Antara Parlimen Asean Myanmar, Kraisak Choonhavan.
Wakil Malaysia dalam Tribunal Bersih ialah bekas pegawai diplomatik dan pentadbiran Kementerian Luar Malaysia, Datuk Azzat Kamaludin; bekas pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mavis Puthucheary; dan Rev Dr Hermen Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Umno Adnan Tengku Mansor bagaimanapun tidak menyertai tribunal bagi menyiasat salah laku Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu walaupun jemputan telah dihantar kepada mereka.

Tribunal Rakyat: SPR di kawal kerajaan, kata Ambiga


SPR dikawal kerajaan, kata Ambiga. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 September, 2013.SPR dikawal kerajaan, kata Ambiga. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 September, 2013.Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak di bawah kuasa Putrajaya, sedangkan badan berkenaan sepatutnya bertindak sebagai sebuah badan bebas.
Ambiga ketika memberi keterangan sebagai saksi terakhir Tribunal Rakyat di Subang Jaya hari ini menegaskan, badan pengendali pilihan raya itu juga mengambil pendirian partisan ketika mengeluarkan kenyataan.
"SPR umpama bertindak atas arahan Putrajaya ... saya ada masalah dengan suruhanjaya yang tidak menerangkan dengan jelas setiap isu yang berlaku.
"Mereka tidak berbuat apa-apa apabila wujud isu berkaitan pilihan raya," kata pemimpin gabungan 84 badan bukan kerajaan itu kepada panel.
Antara isu yang dibangkitkan Ambiga adalah masalah Daftar Pemilih yang tidak selari dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dakwat kekal yang tidak kekal, isu pengundi hantu dan sebagainya.
"SPR seharusnya menasihati Putrajaya, bukan menurut arahan kerajaan," kata Ambiga.
"Mereka perlu menjadi badan yang betul-betul bebas memandangkan mereka menguruskan pemilihan antara parti politik yang akan menjadi kerajaan," katanya lagi.

Ego Dan Agah: Peruntukan bukan duit Guan Eng pun - Umno PP

"Wang itu bukan milik Lim (Guan Eng), tapi rakyat," begitu reaksi segera Ketua Pembangkang Pulau Pinang Jahara Hamid ketika ditanya tentang peruntukan RM40,000 untuk setiap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno di negeri itu.

NONEJahara (kanan) bagaimanapun berkata, beliau memandang langkah itu sebagai positif, demi untuk kepentingan rakyat.

Lim, ketua menteri Pulau Pinang hari ini mengumumkan, sepuluh ADUN Umno di negeri itu akan diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM 40,000 setahun mulai 2014.

Katanya, peruntukan kepada pembangkang negeri itu "diluluskan secara prinsip" dalam mesyuarat exco negeri pada 18 September lalu, antaranya bagi menunjukkan keterbukaan Pakatan dalam menghormati prinsip demokrasi.

Sementara itu, ditanya sama ada wakil rakyat Umno akan menerima tawaran itu, beliau hanya menjawab, bahawa wang itu bukan untuk parti Melayu itu, tetapi rakyat.

"Kerajaan persekutuan (dipimpin BN) juga memberi peruntukan untuk pembangunan Pulau Pinang dan tidak pernah mendiskriminasi pihak yang berhak," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

People’s Tribunal ends with Ambiga testifying

Bersih's co-chairperson once again came down hard on the Election Commission, blaming them for the stolen election. 

SUBANG JAYA: Bersih’s People’s Tribunal today ended its four-day session after hearing the testimony from its last witness, Bersih co-chairperson S Ambiga.
The tribunal started hearing testimonies from the public on the alleged electoral misconduct during the May general election on Sept 22. It has now fixed Sept 27 to conclude its findings.
Throughout the session, the tribunal heard from many witnesses on their experiences in observing election manipulation – in all occassions to work for the benefit of Barisan Nasional.
Taking the stand today, Ambiga – dubbed as the star witness as she has led two massive public demonstrations to call for a free and fair election – shared her findings and experiences in regards to the role of the Election Commission as the legitimate body to run the election, and the whole process of the general election.
The proceeding however turned out to be a very technical explanation with the panel members questioning Ambiga on the whole process of the pre- and post-election period, as well as the irregularities that allegedly happened during the electoral process.
Among the highlighted issues brought up by Ambiga were the failure of the indelible ink, the problems faced by overseas voters, and the treatment and duties of the Election Commission, as well as the ruling government of the day on the manipulation of issues pertaining the electoral process.
“We had a meeting with the EC, for me it was a positive meeting. I felt we were going to work well,” she said.
“Soon after the Sarawak state election (in April 2011), things weren’t improving and we in Bersih found it important that something needs to be done,” Ambiga said, explaining the need for the peaceful street protest in 2011.

Peoples's Tribunal on GE13 #Day 5-Session 4

Peoples's Tribunal on GE13 #Day 5-Session 3

Peoples's Tribunal on GE13 #Day 5-Session 2

Peoples's Tribunal on GE13 #Day 5-Session 1

Impian Sarawak: Light Up Their Nights

Lawyer: Chin Peng ashes dispute 'not a legal matter'

Dato' Hj Husam Musa | Perasmian Mesyuarat Agung PAS KB

Sembang 20 sen Bersama Rafizi Ramli

Apa perlunya Felda pajak tanah peneroka?

People's Tribunal concludes

Profesional berperanan sejak penubuhan PAS- TG Hadi Awang

Sesi Dewan Rakyat esok dijangka hangat dengan isu Chin Peng

Sidang Parlimen akan bersambung untuk sesi kedua esok dijangka hangat dengan kemelut isu kematian pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng yang masih menjadi pertikaian dikalangan Ahli Parlimen kerana ada yang menggesa supaya abu mendiang dikebumikan di Malaysia serta ramai juga menentang.
Kehadiran beberapa pemimpin pembangkang yang melawat mendiang Chin Peng di Bangkok akan menjadi modal ahli parlimen dalam Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) untuk mengaitkan DAP sebagai proksi kepada parti komunis.
Beberapa pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang ditemui di Bangkok berkata lawatan mereka adalah atas urusan peribadi.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago (gambar) berkata lawatannya ke kuil itu secara kebetulan selepas menghadiri mesyuarat dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mengambil kesempatan tersebut untuk singgah sebentar.
Beliau singgah di kuil dan berada dalam dewan di mana keranda mendiang Chin Peng ditempatkan, menurut laporan The Star Online semalam.
Turut kelihatan hadir memberi penghormatan adalah ahli jawatankuasa pusat DAP Selangor dan bekas Senator S. Ramakrishnan, ahli Exco Aliran Sarajun Hoda, ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang atau dikenali sebagai Tian Chua.
Perkembangan ini bakal memeningkan menteri bertanggungjawab mengendalikan sidang Parlimen, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengharapkan sesi kali ini berlangsung dengan lebih aman.
"Saya berharap Dewan akan terus aman," kata beliau kepada wartawan dalam sebuah majlis minggu lalu.
Bagaimanapun, Shahidan juga bakal menjadi tumpuan selepas anak perempuannya dilaporkan telah bekerja dengan beliau dengan "jawatan kerajaan yang digazetkan", walaupun peraturan menghalang sesebuah jawatan tidak boleh dipegang oleh ahli keluarga.
Isu Chin Peng bukan satu-satunya fokus sepanjang sebulan ini di Malaysia.
Ahli Parlimen dijangka membangkitkan isu-isu seperti di Sekolah Kebangsaan Sri Pristina, pampasan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh Putrajaya, pemotongan subsidi minyak, agenda Ekonomi Bumiputera dan juga Tribunal Rakyat yang mendedahkan pelbagai salah laku semasa pilihan raya umum lalu.
Peningkatan jenayah ganas, yang menyaksikan pembunuhan pengasas Arab Malaysia Bank, Hussain Ahmad Najadi, selain insiden-insiden jenayah lain akan menjadi tumpuan untuk menentukan keperluan menghidupkan semula undang -undang pencegahan untuk mengatasi masalah jenayah.
Kedua-dua belah pihak dijangka menekan butang merah terhadap isu-isu yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia.

Tukar Tiub pertikai kenyataan TG Hadi Awang....!!!

Hishamuddin Rais SHAH ALAM - Selepas mengeluarkan kenyataan bahawa Pas terbuka untuk bekerjasama dengan Umno, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang nampaknya terus mendapat perhatian blogger terkenal, tukartiub.blogspot.com.

Pemilik blog berkenaan yang juga aktivis politik, Hishamuddin Rais dilihat seolah-olah mempersendakan kenyataan Hadi dan menganggap pemimpin itu "meroyan".

"Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib.

"Tahukah Hadi di mana Najib sekarang," tulisnya dalam laman mikro Twitter seperti mengajuk Pas kerana berulang kali mengutarakan perkara ini tanpa sebarang hasil.

Abdul Hadi semalam dipetik sebagai berkata, Pas sedia untuk  bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa.
  
Katanya, Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.

Hutang isi rumah rakyat Malaysia membimbangkan


SHAH ALAM: Jumlah hutang isi rumah sebanyak 75.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) nominal pada akhir Julai 2012 merupakan fakta yang membimbangkan.

Menurut Setiausaha Penasihat Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Mohd Nazri Bin Chik, sehingga Mac 2013, angka tersebut meningkat kepada 82.9 peratus dan merupakan yang tertinggi di rantau ini.

Beliau berkata, pinjaman terkumpul bagi pembelian harta kediaman dan kenderaan iaitu 64 peratus adalah bahagian terbesar pinjaman isi rumah.

"Peratusan ini menunjukkan kesan pembiayaan peribadi dalam menggiatkan industri perumahan dan automobil negara dengan membolehkan individu membeli rumah dan kenderaan," kata beliau sewaktu membentangkan kertas kerja bertajuk "Pembiayaan Peribadi Oleh Perbankan dan Kesannya KEpada Kuasa Beli Pengguna" di Seminar Kebangsaan Maqasid Syariah 2013 anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dekat sini, semalam.

Menurut beliau juga, penggunaan kad kredit kekal tinggi dengan urus niaga meningkat 6.7 peratus kepada RM53.6 billion (Januari hingga Julai 2011: 11.8 peratus, RM50.3 billion).

Jumlah baki tertunggak kad kredit adalah sebanyak RM32.9 billion (akhir tahun 2011: RM33.4 billion).

"Perbelanjaan kad kredit mewakili 3.1 peratus daripada jumlah pinjaman terkumpul sistem perbankan dan 5.6 peratus daripada jumlah pinjaman isi rumah pada akhir Julai 2012.

Jumlah pinjaman tidak berbayar bagi hutang kad kredit berkurang sebanyak RM491 juta dan nisbah pinjaman terjejas bertambah baik kepada 1.5 peratus daripada jumlah pinjaman terkumpul sistem perbankan pada akhir Juli 2012 (akhir tahun 2011: RM528 juta, 1.6 peratus.

‘Sabah natives, T’ganu EC officers were paid’

A witness says natives in Sabah, and Election Commission officers in Terengganu were paid in attempts to manipulate the GE in BN's favour.
SUBANG JAYA: An amatuer video recording showing a native community chief in Lebaran, Sabah allegedly giving out money to voters to vote for Barisan Nasional during the GE13 was shown to the public in the last day of the Bersih’s People’s Tribunal this afternoon.
The two-minute video, recorded using a mobile phone, was produced before the tribunal panelists by Akmal Nasir, the director of National Oversight and Whistleblowers (NOW).
During the proceeding, Akmal explained that NOW had received the video from an orang asal, clearly showing that the native community leader in Kampung Sungai Beruang giving out the cash to the voters who prior to the GE had ‘registered’ their names into the chief’s namelist.
“The community chief has a list of names of the people. Once checked they were given cash money as they voted for BN,” he told the tribunal.
“Some did not receive the money although they too voted for BN because their names were not registered in the name list.
“The community chief apologised to those who did not get the money and said next time, referring to the general election,” he said.
Meanwhile, Akmal also revealed that 24 Election Commission officers were allegedly given RM100 in cash by a returning officer in Besut, Terengganu during the early polling period.

Tahaluf Siyasi: Benarkah PAS semakin lemah?

Tahaluf Siyasi perlu kepada pengisian, bukan dikaji semula.

Resolusi supaya dikaji semula pendekatan ‘Tahaluf Siyasi’ (kerjasama atau pemuafakatan politik) dengan PKR dan DAP mencetuskan kerisauan atau sekurang-kurang menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan ahli parti di peringkat akar umbi.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib dalam Multaqa Ulama di Kota Sarang Semut, Kedah pada 14 September lalu meminta Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat mengkaji semula Tahaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat.
Cadangan atau resolusi untuk mengkaji semula Tahaluf Siyasi ini telah menimbulkan persepsi yang negatif di kalangan ahli bagi memikirkan di mana silapnya kerjasama politik bersama PKR dan DAP selama ini.
Gambaran yang diberi ekoran timbulnya resolusi ini ialah kerjasama ini merugikan PAS dan pengaruh PAS semakin lemah seperti mana yang dimainkan akhbar-akhbar milik Umno dan pro Umno.
Adakah benar pengaruh PAS semakin lemah? Kenapa perlu dikaji semula kerjasama ini? Atau adakah ia sekadar penilaian untuk mencorakkan strategi politik untuk mendepani cabaran masa depan terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) nanti?
Walaupun PAS mencapai kemenangan yang besar di Selangor dan berjaya mengekalkan Kelantan sejak tahun 1990 tetapi prestasi keseluruhan PAS dalam PRU-13 adalah tidak memuaskan malahan merosot. Dari sejumlah 66 kerusi Parlimen yang ditandingi, PAS hanya memenangi 21 kerusi.
Menurut sumber dalaman, ada segelintir di kalangan ahli dan pemimpin PAS masih menyimpan hasrat untuk terus berusaha ke arah membentuk Kerajaan Perpaduan (bersama Umno-Barisan Nasional) dalam mentadbir Kerajaan Pusat.
Harun Taib merupakan salah seorang daripada mereka. Selain Harun; Nasharuddin Mat Isa serta beberapa pemimpin lain Terengganu cenderong kepada konsep Kerajaan Perpaduan atau UG (Unity Government) ini. Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali juga adalah di antara tokoh yang cenderong kepada UG tetapi berjaya disingkirkan PAS dari barisan kepimpinanan.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohd Abduh Nik Aziz yang dilihat mewakili golongan ulama muda dalam PAS juga disebut termasuk dalam golongan ini. Maklum sajalah, bagaimana perasaan dilantik sebagai wakil rakyat pada usia yang muda.
Di sinilah terletaknya kelemahan PAS. Masih bercita-cita untuk bermain mata dan bergesel bahu dengan pemimpin-pemimpin Umno yang berfahaman sekular itu.  Mungkinkah kerana ianya tercetus dari keinginan kepada kebendaan dan keuntungan duniawi?
Projek mega
Maklum sajalah, orang-orang Umno sentiasa dikelilingi oleh berbagai projek bertaraf mega dan ‘tidur’ di atas lambakan wang yang berlimpah ruah. Ini merupakan jalan pintas untuk menjadi kaya raya dan hidup senang lenang.

Kerajaan Pulau Pinang lulus peruntukan tahunan pada ADUN Umno



 
Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno di Pulau Pinang akan diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM 40,000 setahun mulai 2014.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, peruntukan kepada pembangkang negeri itu "diluluskan secara prinsip" dalam mesyuarat exco negeri pada 18 September lalu.

"Selepas mekanisme peruntukan RM40,000 setahun ini ditetapkan, maka ia akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun ini," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Lim berkata, langkah itu menunjukkan bahawa Pakatan bersikap terbuka, menghormati prinsip dan semangat demokrasi dan adil kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang.

Oleh itu, katanya, berbeza dengan amalan konfrontasi BN dan menerima anjuran pendamaian nasional, mesyuarat exco meluluskah peruntukan itu "mengikut mekanisme ketat yang ditetapkan".

Menjelang muktamar PAS : Desakan Gabungan Aktivis Kelantan.

9 kumpulan aktivis di Kelantan mencatatkan sikap terkilan dengan perkembangan muktamar PAS yang akan diadakan hujung tahun ini.

Ini kerana perjalanan ke arah muktamar tidak diisikan dengan dasar dan isu kepentingan rakyat. Sebaliknya PAS menghidangkan pertembungan kasta dan label-melabel di antara satu sama lain.

Sesuai dengan slogan PAS UNTUK SEMUA, Gabungan Aktivis Kelantan mendesak 3 perkara. Pertama, perkembangan muktamar dijadikan medan perbahasan oleh PAS terhadap 7 agenda :

i. Royalti petroliam negeri-negeri pengeluar minyak.

ii. Dasar tenaga negara (petrol, diesel, elektrik, dll)

iii. Dasar buruh negara (gaji, kebajikan, pekerja asing, dll)

iv. TPPA dan ekonomi Islam

v. Dasar pendidikan negara (modal insan, aliran pondok, silibus sejarah, pendidikan percuma, IPT, dll)

vi. Dasar keperluan asas negara (monopoli, rezab makanan, rezab bahan api, dll)

vii. Dasar utamakan fokus parti terhadap rakyat sendiri berbanding rakyat luar

Kedua, gabungan aktivis mendesak pimpinan yang menerima pencalonan membentangkan hala tuju masing-masing terhadap 7 agenda tersebut. Gabungan aktivis bersedia menjadi penganjur.

Ketiga, gabungan aktivis mendesak pimpinan yang menerima pencalonan mengisytihar harta masing-masing.

Aktivis Kelantan (AK03)
Anak Muda Boleh (aMBo)
Permuafakatan Pekerja Muda Kelantan
Pelajar Pondok Kandis
Kumpulan Perikanan Pasir Puteh
Persatuan Peladang Gua Musang
Peniaga Kelantan Bersatu
SAMM Kelantan

MEB vs DEB (Bhg 2)

Seperti yang disebutkan dalam posting yang lepas, satu-satu dasar itu amat wajar mendapat persetujuan dan sokongan dari semua pihak dan semua pihak itu memahami kenapa dasar itu wujud. Rakyat semua kaum dan kawasan mesti terlebih dahulu apa kah nilai atau ‘roh’ kepada satu-satu dasar yang diwujudkan itu dengan berunding dengan baik dan sejujurnya kerana kita memerlukan sokongan yang kuat dari semua pihak. Malahan kita mahukan kerjasama dan bantuan dari semua bagi menjayakan matlamat dasar itu.

Tetapi jika pimpinan sekarang yang memulakan tindakan berinteraksi dengan semua pihak khususnya dengan kaum-kaum bukan Bumipitra, saya amat yakin bukannya mudah bagi mereka untuk mendapatkan sokongan dan persetujuan itu. Ia tentunya bersebab dan beralasan. Sebab-sebabnya ialah kerana rekod-rekod yang lampau serta pengalaman yang dilalui sebelum ini apabila dasar yang di persetujui ramai itu tidak terlaksana dengan jujur dan berkesan.

Untuk lebih memahami situasi kenapa artikel ini tertulis ialah tentang kegagalan DEB, satu dasar yang dilancarkan setelah melakukan segala pemikiran dan penganalisaan yang terpeninci itu. DEB bukan sahaja merupakan dasar ‘social engineering’ yang terbaik ia juga merupakan ‘instrument’ kearah perpaduan nasional yang sangat effective dan boleh diguna pakai dalam tempoh masa yang panjang.

DEB bukan sahaja telah memberikan lonjakan kedudukan ekonomi Bumiputra, ia juga adalah dasar yang juga menguntungkan bukan bumiputra dari awal lagi dasar itu di laksanakan. DEB merupakan penawar yang sangat mujarab untuk memulihkan rasa tidak puas hati diantara kaum selepas kejadian 13 Mei 1969 dahulu.

Bukan Bumiputralah yang menjadi konraktor besar-besar dalam perlaksanaan segala infrastruktor untuk kemajuan Bumiputra. Pendeknya semua kaum merasakan nikmat dasar ekonmi baru itu yang bermatlamatkan perpaduan nasional melalui pembahagian kesempatan dan peluang secara ‘equitable’ diantara semua kaum.

Utusan spekulasi Chin Peng tak mati Hari M'sia

Utusan Malaysia berspekulasi bahawa tarikh kematian bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dirancang daripada 15 kepada 16 September bagi mengaitkannya dengan semangat nasionalisme Hari Malaysia.

Memetik sumber, Utusan Online melaporkan, Chin Peng dipercayai meninggal dunia di Hospital Bangkok pada petang 15 September tetapi kematiannya dilaporkan pada awal pagi 16 September, ketika sambutan Hari Malaysia.

"Dipercayai tarikh (kematian) pada hari Isnin itu dipilih supaya Chin Peng diingati oleh penyokongnya yang secara kebetulan jatuh pada hari penting buat seluruh rakyat Malaysia menyambut hari pembentukan negara Malaysia.

"Pihak kami mendapat maklumat ini merupakan agenda terancang pihak-pihak tertentu kononnya mahu mengaitkan kematian Chin Peng sebagai semangat nasionalisme," beliau dipetik sebagai berkata kepada Mingguan Malaysia.

Menurut sumber itu lagi, pihaknya akan cuba bekerjasama dengan hospital di Bangkok bagi mendapatkan kesahihan maklumat yang diterima mengenai tarikh sebenar kematian pemimpin kanan PKM itu.

Tribunal Rakyat: Saksi dakwa buku 'sapu Melayu' diedar di Labis

Tribunal Rakyat hari ini diberitahu bahawa bahan berunsur rasis diedarkan di kampung Melayu, didakwa bagi mewujudkan kebencian terhadap calon DAP setempat.

Calon DAP yang tewas di Labis S Ramakrishnan memberi ketengan bahawa bahan edaran itu dalam bentuk buku kecil yang tidak mempunyai nama penerbit.

"Ini ditemui di rumah dan kampung Melayu (di Labis)," katanya kepada tribunal, yang dibentuk untuk meneliti penjalanan pilihan raya umum lalu yang dikritik banyak pihak.

Pendengaran tribunal itu diadakan di Hotel Empire Subang Jaya.

Mengemukakan buku itu sebagai ekshibit, pegawai pengendali Gurdial Singh Nijar berkata, dokumen itu antaranya mempunyai kata-kata seperti:

"Sapu Melayu, Melayu Sakai, Melayu masuk hutan".

Tribunal Rakyat: Saksi dedah video bukti ‘beli pengundi’


Akmal Nasir. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 September, 2013.Akmal Nasir. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 September, 2013.Seorang saksi di Tribunal Rakyat anjuran Bersih 2.0 hari ini mendedahkan bukti video pengundi dibayar untuk mengundi Barisan Nasional (BN) di Sabah.
Video yang didakwa diambil di Libaran itu menunjukkan ketua kampung di kawasan berkenaan menyerahkan wang tunai RM200 kepada pengundi selepas mereka mengangkat sumpah akan mengundi BN.
"Berdasarkan pengamatan saya, video ini menunjukkan ketua kampung memberi duit kepada pengundi dan meminta mereka bersumpah untuk mengundi BN," kata Akmal Nasir, Pengarah Pusat Pemerhati dan Pemberi Maklumat Kebangsaan, kepada panel tribunal yang sedang bersidang di Subang Jaya.
Video berkenaan turut menunjukkan ketua kampung berkenaan menyemak senarai nama pengundi berdaftar di kawasannya sebelum menyerahkan wang tersebut.

Risalah perkauman membanjiri kampung, kata saksi Tribunal Rakyat


Calon DAP dakwa risalah perkauman membanjiri kampung. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 September, 2013.Pamphlet berunsur perkauman didakwa diedarkan di kawasan perkampungan di Labis, Johor ketika Pilihan Raya 2013 yang disasarkan kepada DAP, Tribunal Rakyat diberitahu hari ini.
Calon DAP bagi kerusi Parlimen Labis, S. Ramakrishnan dalam keterangan yang diberikan ketika tribunal berlangsung berkata risalah berkenaan diedarkan dengan perkataan perkauman yang menunjukkan seolah-olah DAP sebuah parti perkauman.
"Ada buku kecil yang diedarkan ke kawasan kampung yang berniat jahat mengaitkan 13 Mei dengan DAP," kata Ramakrishnan kepada panel Tribunal Rakyat.
Salah seorang panel, Dr Mavis Puthucheary bagaimanapun berkata meskipun wujud perkara demikian, persoalannya mereka tidak tahu siapa yang bertanggungjawab.
"Kita tak tahu siapa yang buat. Memang ia melanggar peraturan pilihan raya, tapi siapa kita nak salahkan?" soalnya.
Parlimen Labis dimenangi oleh calon Barisan Nasional Chua Tee Yong apabila berjaya menewaskan Ramakrishnan.

Tribunal Rakyat: 'Hanya 3 jam untuk penduduk Baram mengundi'




Beberapa penduduk kampung di pedalaman Baram, Sarawak dinafikan hak mengundi apabila pusat pengundian hanya dibuka selama tiga jam, Tribunal Rakyat diberitahu hari ini.

Memberi keterangan kepada tribunal berkaitan pilihan raya umum lalu di Subang Jaya, calon PKR di parlimen Baram yang tewas Roland Engan berkata, sekurang-kurangnya dua buah sebuah pusat pengundian dibuka antara jam 8 hingga 11 pagi.

"Tiada notis diberikan (berhubung penutupan awal)," dakwanya.

Roland berkata, jumlah keluar mengundi dijangkakan sepatutnya tinggi ekoran isu pembinaan empangan Baram menjadi isu penting untuk kawasan itu.

Beliau juga mendakwa sebuah pusat pengundian ditutup awal oleh pegawai di tempat itu yang berkahwin dengan seorang sepupu calon BN.

"Saya tahu kerana dia dari kampung saya," kata Roland.

Hanya di Malaysia wartawan kena kejar warga asing

judi 
KUALA LUMPUR - Paparan sisipan X-klusif mengenai kebanjiran warga asing mendominasi kawasan-kawasan tertentu di Lembah Klang yang disiarkan Rabu lalu, mendapat pelbagai reaksi pembaca.

Pejabat operasi Sinar Harian di Shah Alam, dihujani panggilan telefon daripada pembaca yang rata-ratanya memuji usaha meninjau kawasan terbabit.

Semalam, sekali lagi wartawan dan jurufoto Sinar Harian melakukan tinjauan di Jalan Silang, sebaik menerima maklumat terdapat aktiviti perjudian di kalangan warga asing di salah sebuah kedai makan di situ.

Bagi mendapatkan kesahihan itu, kami menyelinap masuk ke dalam kedai makan dimaksudkan oleh orang yang memberi maklumat.

Selepas hampir satu jam menunggu, sekumpulan lelaki warga Bangladesh berusia antara awal 30-an dan 40-an muncul dan duduk di meja berhampiran.

Kumpulan itu dilihat bersembang selama beberapa minit sebelum salah seorang daripada mereka menyusun buah dam.

Gerak-geri mereka diperhatikan oleh wartawan Sinar Harian. Ternyata sangkaan mereka mahu bermain dam meleset apabila salah seorang daripada warga Bangladesh yang agak tua mula mengeluarkan wang secara sembunyi-sembunyi dari bawah meja.

Jurufoto Sinar Harian cuba merakamkan gerak-geri kumpulan warga Bangladesh itu, namun tidak berjaya kerana mereka bijak menyembunyikan wang terbabit, namun selepas beberapa ketika, kehadiran kami mula disedari mereka.

Ketika itu wartawan, Ahmad Ismadi Ismail dan jurufoto, Zulfadhli Ahmad Zaki berhadapan detik cemas apabila kumpulan terdiri daripada lima lelaki warga Bangladesh itu bangun dari kerusi dan berkata sesuatu dalam bahasa mereka, sebelum bertindak mengejar kedua-dua mereka.

Bekas tentera: Chin Peng pejuang kemerdekaan

Bekas pegawai tentera udara, yang hilang seorang kawan dalam tragedi Gubir 1967 selepas komunis menembak jatuh helikopter Nuri di Perak, berkata Chin Peng patut diperakui mempunyai peranan dalam gerakan kemerdekaan.

"Apabila kamu berlawan, kamu berkhidmat kepada negara kamu dan kamu menyerang apabila diserang.

"Tetapi kemudian, apabila saya membaca mengenainya, saya faham beliau melawan Jepun, beliau melawan British, jadi beliau melawan untuk negara ini juga," katanya.

Ditemui di majlis perkabungan setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) di Bangkok pada Sabtu, pegawai tentera yang enggan dinamakan itu berkata, atas sebab itu beliau hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Chin Peng.

"Perjanjian damai sudah ditandatangani. Biarkan begitu. Saya di sini untuk memberikan penghormatan kepada seorang rakyat Malaysia.

"Sekarang abunya juga tidak dibenarkan kerajaan. Apa yang abunya boleh buat?" soalnya.

Utusan Malaysia tarik balik rencana fitnah Husam pada 2009


Akhbar milik Umno Utusan Malaysia melalui edisi Mingguan Malaysia hari ini menarik balik laporan yang memfitnah Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang disiarkannya menjelang muktamar parti Islam itu pada tahun 2009.
Penarikan balik itu dibuat melalui penyataan yang disiarkan pada muka surat 9 Mingguan Malaysia hari ini.
Dalam penarikan balik ini, Utusan menyatakan:
"Pada 31.5.2009 satu rencana bertajuk "Menilai Hujah Husam" telah disiarkan di ruangan rencana akhbar ini. Kami dengan ini menarik balik perkataan-perkataan yang diadukan dalam rencana tersebut dan dengan ini menyatakan rasa kesal kami dengan penyiarannya – Pengarang.”
Tindakan ini merupakan pelaksanaan kepada keputusan yang dicapai dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 September lalu.
Melalui penyataan bersama dalam Mahkamah itu, Utusan bersetuju untuk menyiarkan penarikan balik itu dalam keluarannya hari ini dan bersetuju membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam.
Menjelang muktamar PAS 2009, iaitu pada 31 Mei 2009, Mingguan Malaysia menyiarkan satu tulisan bertajuk Menilai Hujah Husam ditulis Zulkeflee yang mengandungi penyataan fitnah terhadap Husam.
Antaranya, akhbar milik Umno itu menyiarkan tulisan:
"Ahli-ahli PAS tidak boleh membenarkan kehadiran mana-mana pemimpin yang dilihat suatu hari kelak boleh menjadi 'makhluk perosak' atau melakukan 'kerja-kerja bodoh' dalam parti itu.
"Mereka tidak boleh menyiarkan ada pemimpin daripada golongan profesional merelakan diri mereka diperalatkan oleh orang luar bagi meruntuhkan kepimpinan ulama dalam PAS."

Jumlah lelaki melebihi wanita di Malaysia


SHAH ALAM: Fakta ini mungkin mengakibatkan sebahagian lelaki termenung panjang. Statistik terbaru menunjukkan bilangan lelaki melebihi wanita di negara ini dengan nisbah 106 berbanding 100 (106:100), dedah Pengerusi Pembangunan Sosial Ikram, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.

Malah menurut beliau, bilangan wanita  hanya melebihi lelaki di dua negeri iaitu Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dr Harlina membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Kekangan kewangan dan fenomena kahwin lambat dalam kalangan golongan muslim Malaysia’  pada Seminar Maqasid Syariah Kebangsaan  anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia, dekat sini, petang semalam.

Beliau menambah, purata  jangka hayat kaum lelaki di negara ini adalah di antara 72 hingga 75 tahun manakala bagi perempuan 76 tahun.

Menyentuh tentang isu kahwin lambat di kalangan muslim di negara ini, beliau berkata 2.5 juta  rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas (16.7 peratus) tidak berkahwin di atas beberapa sebab.

Antara faktor penyumbang fenomena ini adalah masalah kewangan, tiada calon sesuai, kemajuan kerjaya, selesa hidup membujang dan komitmen kepada keluarga.

Berdasarkan pecahan gender, 44.7 peratus lelaki tidak berkahwin ekoran masalah kewangan berbanding wanita (14 peratus), tiada calon sesuai (19.3 peratus lelaki, 40 peratus perempuan), kemajuan kerjaya (12.8 peratus lelaki dan 8.4 peratus perempuan),  selesa hidup membujang (8.4 peratus perempuan) dan komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus bagi lelaki dan wanita).

Ulamak bukan jenama eksklusif, penjelasan ilmiah


Dengan tajuk Ulamak Bukan Jenama Eksklusif, Setiausaha DUPP telah berjaya memaparkan 20 perkara yang berkaitan dengan ulamak dan kepimpinan. Ia merupakan penjelasan ilmiah secara beradab tentang kritikan keputusan Multaqa Ulamak yang baru berakhir.

Sesuai dengan PAS di era kepimpinan ulamak, maka amat wajar ulamak ke depan membuat penampilan tanpa rasa takut dan tanpa dipengaruhi kepentingan politik semata-mata.

Para ilmuan Islam dalam jamaah PAS selama ini seperti tidak senang dengan apa yang berlaku dalam parti. Maka mereka bersuara demi menegakkan kebenaran Islam sesuai dengan PAS sebagai Parti Islam Se-Malaysia.

Buat kata Mustafa Masyhur, di antara penyelewengan dalam jamaah Islam ialah mementingkan kaedah politik lebih dari syariat. Tok Guru Nik Aziz pada suatu ketika dahulu pernah berkata bahawa PAS hidup dengan majlis ilmu. Maka dalam apa jua hal, PAS mesti berpandukan ilmu Islam dalam menjalani liku-liku perjuangannya untuk mendapatkan keredhaan Allah lebih dari keredhaan manusia mengikut akal fikir politik.

Jangan ada hendaknya pengikut juga pemimpin yang berjuang berpandukan kepentingan politik semata-mata. Dan takut kedudukan mereka hilang kerana mereka berjuang tetapi tidak pernah hadir dalam majlis ilmu. PAS mesti genuine sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Kereta: Pengguna miskin memilih harga atau jenama?

Danial Razali

Hampir sudah tidak kedengaran isu penurunan harga kereta setelah berlalunya hampir lima bulan pasca pilihan raya umum ke-13. Janji parti yang memenangi tampuk pemerintahan pada hari ini untuk menurunkan harga kereta pun telah berubah daripada "boleh" kepada "amat sukar" dan "perlukan sedikit masa" yang bermaksud tunggu pilihan raya ke-14 sajalah.

Beberapa komentar dilontarkan berkenaan penurunan harga kereta. Ada yang mengatakan bahawa penurunan harga kereta akan menyebabkan pertambahan bilangan kereta diatas jalan raya.

Ini menyebabkan jalan raya menjadi semakin sesak berbanding dengan kesesakan yang telah sedia ada dihadapi oleh pengguna hari ini. Ada juga yang memberi komentar bahawa permintaan kereta keluaran nasional berhadapan dengan risiko penurunan kesan daripada peralihan keinginan pengguna kepada permintaan kereta buatan asing. Inferior.

Saya melontarkan persoalan-persoalan ini dari perspektif seorang pengguna biasa yang berpendapatan kecil dan mungkin mewakili sebahagian besar mereka yang berpendapatan sederhana.

Oleh itu, idea-idea yang ada mungkin tidak akan difahami dan dihayati oleh negarawan yang berpendapatan besar atau pengulas-pengulas agama dan ekonomi bergaji besar yang kerajaan bersembunyi dibelakangnya.

Perlu difahami, keperluan penurunan harga kereta bukan kerana pengguna berkehendak menggunakan kereta buatan asing – tanpa dinafikan mungkin ada sebilangan kecil begitu. Namun, tekanan kerana besarnya perbelanjaan berbanding pendapatan itulah alasan yang sangat utama kenapa pengguna sangat berkeinginan terhadap penurunan harga kereta.

Kerajaan tidak mungkiri perjanjian, Chin Peng yang berhutang maaf, kata Utusan


Upacara kematian Chin Peng berlangsung di kuil Wat That Thong di Bangkok.Akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini mengatakan kerajaan tidak pernah memungkiri Perjanjian Hatyai 1989 dengan Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi sebaliknya menegaskan pemimpin parti komunis itu, mendiang Chin Peng berhutang maaf kepada rakyat Malaysia.
Kolumnis Awang Selamat dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini menegaskan Chin Peng adalah pengkhianat dan pengganas yang telah menderhaka kepada negara dan telah membunuh banyak anggota keselamatan negara.
"Pada Awang, yang sepatutnya berhutang maaf adalah Chin Peng sendiri. Bukan itu sahaja, mendiang berhutang nyawa, berhutang darah, berhutang air mata dan berhutang maruah kepada negara," kata Awang Selamat yang dipetik dari Mingguan Malaysia hari ini.
Awang Selamat juga membidas pemimpin MCA, pengerusi Biro Publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie, kerana sikap tidak bertanggungjawab mengalihkan isu Chin Peng menjadi sebuah isu perkauman dengan mengaitkannya kepada isu jenazah dua pengganas Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top yang dibenarkan dikebumikan di Malaysia.

Chin Peng: Kita terlepas peluang membuat perkara betul

Selepas pulang kerja semalam penulis sempat minum teh dengan seorang teman yang pernah bersekolah rendah dan menengah berpengetuakan kedua-dua adik kepada bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

Beliau tidak faham mengapa kerajaan dan sesetengah pihak bersungguh-sungguh menghalang abu mayat anak kelahiran Sitiawan, Perak itu dibawa pulang ke Malaysia.

Kesimpulan perbualan kami, semua ini merupakan tindakan politik semata-mata. Di Malaysia begitulah, politik mengatasi segala-galanya termasuk kepentingan negara.

Umno berhadapan dengan pemilihan parti Oktober ini. Salah langkah, hilanglah jawatan parti yang akan membawa kepada kehilangan jawatan dalam kerajaan.

Keghairahan pemimpin-pemimpin kita dalam berhadapan dengan pemilihan parti mereka sehingga menyebabkan kenyataan yang dikeluarkan tidak waras dan agak kurang bijak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kerajaan tidak akan menarik diri daripada pendirian untuk menghalang abu mayat Ching Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dibawa balik dan mencabar mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu untuk mengambil tindakan undang-undang.

Nasib baiklah masih ada yang waras.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengatakan kerajaan tidak mempunyai apa-apa peruntukan undang-undang untuk menghalang sesiapa sahaja membawa pulang abu mayat kepada pemimpin komunis itu.

“Tiada apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa. Kita tidak mempunyai undang-undang untuk menghalang atau mengenakan tindakan kepada seseorang yang membawa abu masuk,” katanya di Kuching, Sarawak semalam.

Menurut Wan Junaidi, jika seseorang ditahan di lapangan terbang dengan abu mayat Chin Peng, beliau tidak tahu bagaimana pihak berkuasa akan menguruskan situasi berkenaan.

Apa yang dikatakan oleh Wan Junaidi itu benar. Bagaimana kerajaan mahu menghalang orang membawa masuk abu mayat ke negara ini?

Ambiga bidas Ku Nan, dana Bersih daripada rakyat

Rakyat Malaysia adalah penyumbang dana untuk Tribunal Rakyat yang dibentuk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), bidas pengerusi bersama Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) terhadap kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam.

Setiausaha Agung Umno tersebut semalam mempersoalkan tribunal yang dibentuk tersebut dengan mendakwanya bertujuan untuk menjahanamkan negara.

Ambiga menegaskan orang ramai memberikan sokongan amat memberangsangkan kerana tribunal tersebut bertujuan mencari fakta untuk menegakkan kebenaran.

"Kebenaran tidak akan menghancurkan negara. Apa yang menghancurkan negara adalah rasuah, salah guna kuasa dan tidak amanah," jawab Ambiga terhadap gesaan Tengku Adnan yang mahu Bersih mendedahkan sumber dana yang diperoleh mereka.

Tribunal lima hari tersebut bermula pada Rabu lalu di Subang Jaya dan akan berakhir pada hari ini.

Bersih sebelum ini telah menjemput Tengku Adnan dan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk turut serta dalam sesi tersebut tetapi telah ditolak.

Ambiga semalam sekali lagi mengulangi jemputan kepada Tengku Adnan untuk menjawab isu yang dibangkitkan dalam tribunal dan media.

"Beliau berhak untuk membawa wakil peguam bersamanya.

"Kami berminat khususnya dengan kenyataan awalnya terdapat kemungkinan warga Bangladesh telah mengundi di Putrajaya," kata beliau,

The woman behind the bestseller on Pak Lah


Bridget Welsh, co-author of the book on Abdullah Badawi's years as prime minister, is of American-Irish descent. The Malaysian Insider pic by Najjua Zulkefli, September 22, 2013.Bridget Welsh, co-author of the book on Abdullah Badawi's years as prime minister, is of American-Irish descent. The Malaysian Insider pic by Najjua Zulkefli, September 22, 2013.Her long light brown-reddish hair stood out in the crowd in a coffeeshop in Bangsar as she fiddled with her Blackberry, sipping a glass of lemonade.
Wearing a printed green blouse and adorned with dangling pearl earrings, academic Bridget Welsh had a dark blue suitcase with her.
“I am going to the airport, leaving for Singapore after this interview,” she said, flashing a warm smile with a firm handshake. Welsh specialises in Southeast Asian politics and was the co-editor of the much-talked about book on former prime minister Tun Abdullah Badawi - Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, which is selling well in bookstores now. The other editor was James Chin.
She recently came under the spotlight after the media had, what she claimed, misconstrued the book as “Pak Lah’s book”.

The book, a collection of 37 articles by contributors, was decried by some for having re-opened old wounds between Abdullah and his estranged predecessor, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Welsh is also a familiar face and name to Malaysians for her appearances on Al Jazeera and other news organisations where she is consulted as an expert on Malaysian politics as well as regional affairs. She has been interviewed by The New York Times and The Wall Street Journal, among others, and contributes frequently to MalaysiaKini.
Based in Singapore as an associate professor in Singapore Management University, Welsh, who was born to an American father and an Irish mother, considers herself a “global citizen” as she has lived in different developing countries.

Beli apartmen mewah London dengan duit Felda



LEBIH kerap dari tidak, kematian dalam Umno tidak membawa makna kepada sesetengah orang.  Ambil  sahaja Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Setelah dikenakan tindakan disiplin kerana ‘politik wang’, istilah suam kuku Umno bagi amalan merasuah perwakilan di perhimpunan agung bagi memilih jawatankuasa tertinggi parti, Isa kembali mencuri perhatian media.

Selanjutnya, apa juga kesalahan dalam Umno tidak kira sebesar mana sekalipun, tidak akan memadamkan peluang seseorang untuk kembali hidup dan mencapai kedudukan dalam parti dan seterusnya dalam kerajaan.

Justeru kenyataan klasik bekas Presidennya, ‘Melayu mudah lupa’ cukup relevan untuk ahli serta pemimpin Umno.  Hal seperti ini mengingatkan kita kepada kenyataan seorang penulis politik veteran ketika menyindir orang Umno dalam buku-buku tulisan beliau betapa orang Melayu (dibaca orang Umno) mempunyai ingatan singkat atau ‘short memory’.

Tahun 2009 membuktikan hal ini apabila Isa yang dikenakan tindakan penggantungan keahlian selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008)  dipanggil untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Walaupun pencalonan beliau mendapat kritikan dari sesetengah pemimpin Umno sendiri,  Najib mempunyai sebab tersendiri yang hanya diketahui oleh dirinya dalam memilih Isa sebagai calon walaupun tindakan penggantungan bagi seseorang yang telah menjadi Menteri Besar selama 22 tahun (April 1982 hingga Mac 2004) mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan sekaligus tidak lagi layak untuk diletakkan kepercayaan untuk menjawat sesuatu jawatan awam.

Kemenangan Isa di Bagan Pinang menyuntikkan nyawa baru dalam hayat politik beliau.  Walaupun Najib berhati-hati tidak meletakkan Isa kembali ke kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan, namun  Perdana Menteri memeranjatkan semua apabila melantik Isa selaku Pengerusi Felda.

PKR UPS THE ANTE ON SEAI KIE: Before slamming Azizah, where were you on Soi Lek's SEX DVD!

PKR UPS THE ANTE ON SEAI KIE: Before slamming Azizah, where were you on Soi Lek's SEX DVD!Parti Keadilan Rakyat is a democratic party where leaders are elected based on a direct one-for-one vote, also the first political party in Malaysia to empower such voting rights to its members.
Any member of the party may also contest for the president’s seat if he or she wishes so.
Perhaps Heah is unaware of the meaning ‘sexist’, contextually or otherwise as the word itself bears no relation to whether or not Wan Azizah decides to contest in the next party elections.
How sexist is sexist, how disgusting is disgusting - let the people judge
How much ‘disgust’ she feels is also irrelevant especially as the whole country witnessed not too long ago the extra-marital affair with the release of a video tape sex-scandal of the MCA Chairman, Chua Soi Lek with a younger woman half his age.
Does Heah feel a sense of accomplishment and esteem over her party Chairman’s actions? How much equality does she think that is? And how much respect does that amount to towards a woman?
Heah should also be reminded that Prime Minister Najib Razak became the first man to helm the Women Ministry in the history of Malaysian politics and might perhaps be the world’s first man to hold that position too.
Does Heah feel dignified, proud, approve and support such a decision made by the Prime Minister to rob women from a position meant for women? This is still the biggest insult made towards women in the 21st century in terms of women’s rights and equality.
When Heah was still the Deputy Minister in the Women Ministry prior to November 2012, she had failed to uphold the women's rights nor did she protest against the various sexist remarks made by the BN backbenchers in parliament.
How could Heah, in her capacity as a Deputy Women Minister accept with dignity derogatory terms such as 'bocor' and other insinuating or snide remarks made by her colleagues and still say nothing to defend the rights of the women?
Reflect on the misdeeds in your own backyard first

CHIN PENG's FINAL MESSAGE: May the flames of social justice and humanity never die

CHIN PENG's FINAL MESSAGE: May the flames of social justice and humanity never die My dear comrades, my dear compatriots,
When you read this letter, I am no more in this world.
It was my original intention to pass away quietly and let my relatives handle the funeral matters in private. However, the repercussions of erroneous media reports of me in critical condition during October 2011, had persuaded me that leaving behind such a letter is desirable.
Ever since I joined the Communist Party of Malaya and eventually became its secretary-general, I have given both my spiritual and physical self in the service of the cause that my party represented, that is, to fight for a fairer and better society based on socialist ideals. Now with my passing away, it is time that my body be returned to my family.
I draw immense comfort in the fact that my two children are willing to take care of me, a father who could not give them family love, warmth and protection ever since their birth. I could only return my love to them after I had relinquished my political and public duties, ironically only at a time when I have no more life left to give to them as a father.
It was regrettable that I had to be introduced to them well advanced in their adulthood as a stranger. I have no right to ask them to understand, nor to forgive. They have no choice but to face this harsh reality. Like families of many martyrs and comrades, they too have to endure hardship and suffering not out of their own doing, but out of a consequence of our decision to challenge the cruel forces in the society which we sought to change.

Penjajahan Brooke: Abu mayat Anthony Walter dikebumi di S’wak

Sementara abu mayat Chin Peng ditolak sebagai menghormati perasaan perajurit dan keluarga mangsa yang terkorban ketika menentang komunis. 

KUCHING: Kerajaan negeri semalam menunaikan wasiat Rajah Muda Sarawak terakhir, Anthony Walter Dayrell Brooke yang mahu jasadnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Keluarga Brooke bersebelahan Kubu Margherita di sini.
Isteri mendiang, Gita Brooke berkata, sebelum suaminya meninggal, mendiang meninggalkan wasiat minta abu mayatnya disemadikan bersama dengan keluarga Brooke lain di Sarawak.
“Mendiang berharap agar abu mayatnya dapat disemadikan di sini … kerajaan Sarawak dengan bangga menunaikan harapan Anthony Walter membenarkan abunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Keluarga Brooke di sini.
“Justeru, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri dan New Zealand yang memberi bantuan untuk menunaikan hasrat suaminya dikebumikan di Sarawak,” katanya pada majlis upacara sembahyang khas di Katedral St Thomas di sini, semalam.
Turut hadir pada upacara tersebut ialah cucu Rajah Muda Sarawak Terakhir, Jason Brooke.
Sementara itu, kira-kira 300 orang termasuk ahli keluarga Brooke, sahabat, wakil dan perwakilan diplomatik hadir pada upacara sembahyang itu sebagai penghormatan terakhir bagi Dinasti Brooke yang memerintah negeri Sarawak.
Mendiang yang meninggal dunia pada 2 Mac 2011 di Rumah Brooke, Wanganui, New Zealand pada usia 98 tahun, memerintah Sarawak pada 1939 hingga 1940 bagi memangku jawatan bapa saudaranya, Rajah Charles Vyner Brooke iaitu Rajah ketiga Sarawak.

Syria submits chemical arms data to watchdog

Dramatic video: Kenya mall massacre forces mass evacuation

Assad forces kill 15 in Sunni village - activists

Bongkar kisah 20 sen - Rafizi Ramli

Al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas syarat kerjasama dengan Umno jika dipelawa....!!

ALOR SETAR - Pas sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
  
Katanya, Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas. 
  
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.
  
"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum di Pokok Sena, dekat sini hari ini.
  
Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, Pas akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas. 
  
"Pas pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya.
  

Isu Chin Peng: Najib, UMNO, Perkasa & KPN Tidak Tahu Undang-undang

Kerajaan tidak boleh menghalang sesiapa sahaja membawa pulang abu mayat Chin Peng ke Malaysia kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut Wan Junaidi, jika seseorang ditahan di lapangan terbang dengan abu mayat Chin Peng, beliau tidak tahu bagaimana pihak berkuasa akan menguruskan situasi berkenaan.

“Tiada apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa. Kita tidak mempunyai undang-undang untuk menghalang atau mengenakan tindakan kepada seseorang yang membawa abu masuk,” katanya kepada pemberita di Kuching hari ini.

“Saya tidak boleh bayangkan. Saya tidak tahu undang-undang mana boleh halang mereka,” tambah Wan Junaidi yang pernah memerangi komunis semasa darurat di Sarawak.

Beliau mengatakan jika terdapat undang-undang sekalipun, sukar bagi kerajaan untuk menghalang seseorang untuk membawa abu masuk ke dalam negara.

“Tiada apa yang kerajaan boleh buat tentangnya,”
kata Junaidi yang juga merupakan seorang peguam.

Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, meninggal dunia di hospital di Bangkok, Thailand pada ulangtahun sambutan Hari Malaysia ke 50, sebulan sebelum hari lahirnya yang ke-89.

Ketika hayatnya, beliau berulang kali menyuarakan hasratnya untuk dikebumikan di kampungnya di Sitiawan, Perak.

Beliau dilantik sebagai setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) pada usia 23 tahun dan menjadi “musuh nombor satu” British di Asia Tenggara ketika pemberontakan komunis di Malaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kerajaan tidak akan menarik diri daripada pendirian untuk menghalang abu mayat Ching Peng dibawa balik dan mencabar mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata semua pintu masuk ke dalam negara berada dalam keadaan berjaga-jaga, kerana kerajaan bimbang abu mayat Chin Peng dibawa masuk.

'Chin Peng tak sama Dr Azhari, Nordin Mat Top' Kata Timb Menteri JPM

MUAR - Keputusan kerajaan tidak membenarkan mayat atau abu Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng dibawa pulang ke negara ini adalah tindakan tepat memandangkan dia bukan warganegara Malaysia.
  
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menegaskan ini berbeza dengan langkah kerajaan membenarkan jenazah dua suspek pengganas, Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dikebumikan di negara ini setelah ditembak mati pasukan keselamatan Indonesia.
  
Beliau berkata, Allahyarham Azahari dan Nordin adalah rakyat Malaysia, sebab itu kerajaan tidak membantah apabila keluarga mereka mengebumikannya di Melaka dan Pontian.
  
"Berbeza dengan Chin Peng, selain daripada bukan rakyat negara ini, dia juga adalah orang bertanggungjawab menyebabkan ribuan anggota pasukan keselamatan termasuk Askar Melayu Diraja terbunuh ketika darurat dahulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Razali mengulas mengenai gesaan Naib Presiden MCA Gan Ping Siew yang mahukan kerajaan membenarkan mayat atau abu pemimpin komunis itu dibawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai.
  
Malah katanya, semasa bersetuju meletakkan senjata dalam perjanjian di Selatan Thailand pada tahun 1989, pemimpin komunis itu tetap memperjuangkan ideologinya dan tidak segera mengemukakan permohonan untuk menjadi warganegara Malaysia.
  
"Ini menunjukkan Chin Peng tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengakui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini," katanya. - Bernama