Rabu, 18 September 2013

Seminar Islam Penyelesaian Jenayah Manusia 21 Sept



 KUALA LUMPUR: Institut Pemikiran Fadzil Noor akan menganjurkan Seminar Islam Penyelesaian Jenayah Manusia pada 21 September ini di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam bermula jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang.

Dua kertas kerja dibentangkan iaitu Penyelesaian Jenayah Manusia, Retorika Undang-undang Manusia oleh Penganalisis Jenayah Malaysia, Kamal Afendi Hashim dan Syariat Islam: Antara Keadilan, Prinsip dan Keluasan Hukum oleh Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Zaharudin Muhamad.

Forum bertajuk Mengapa Mesti Kembali Kepada Islam turut diadakan yang membariskan Ustaz Nasrudin Hassan (Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia/Ahli Parlimen Temerloh), Wong Kah Woh (Ketua Pemuda DAP Perak/Adun Canning) dan Syahredzan Johan (Pengerusi Majlis Peguam/Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan) sebagai ahli panel.

Orang ramai boleh menghubungi Hafiz Mansor (013-4062729) atau Nurul Haini (013-5944327) untuk mendapat keterangan lanjut berhubung seminar itu.

Rasional subsidi minyak sekadar penyedap telinga


KUALA LUMPUR: Kenyataan kononnya kerajaan merasionalisasikan subsidi petrol untuk terus melaksanakan pelbagai program sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara disifatkan untuk menyedapkan telinga dan meredakan kemarahan serta ketidakpuasan hati rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah berkata, selama ini program mengurangkan kadar kemiskinan masih di tahap yang kurang menyeluruh dan tidak begitu kontruktif memandangkan banyak yang menjurus kepada bantuan 'one off' dan seumpamanya.

"Tetapi bukankah program bantuan golongan miskin dan kurang kadar kemiskinan ini suatu kewajipan kerajaan dan telah ada sebelum kenaikan 20 sen bahan bakar?

"Cakap-cakap Timbalan Menteri ini hanya berupa satu usaha untuk menyedapkan telinga dan meredahkan kemarahan serta ketidapuasan hati rayat sahaja," katanya kepada Harakahdaily.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata tindakan kerajaan memotong subsidi 20 sen itu untuk terus mengiatkan pelbagai program bagi membantu golongan miskin dan mengurangkan kadar kemiskinan negara.

Blogger Umno dakwa Najib panggil Mukhriz, desak tarik diri


Blogger Umno Syed Akhbar Ali hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) meminta mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir petang tadi.
Menurut Syed Akhbar, Najib telah menghantar kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada Mukhriz berhubung pertemuan tersebut.
"Berbagai teori timbul berikutan perjumpaan tersebut antara tujuannya ialah meminta Mukhriz untuk tidak bertanding
"Hasrat Mukhriz untuk bertanding akan menjejaskan pakatan Najib yang bukan saja mengoyahkan kedudukan Hishamuddin malah Zahid Hamidi, Ali Rustam termasuk Shafie Afdal," kata Syed Akhbar di laman blognya merujuk kepada penyandang dan bakal calon naib presiden Umno.
Menurut Syed Akhbar, diantara teori lain ialah Mukhriz sendiri yang meminta mengadakan pertemuan bagi meminta nasihat mengenai hasratnya bertanding jawatan naib presiden Umno.
Syed Akhbar dalam blognya turut menyatakan sokongan terhadap anak kepada bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Terdahulu The Malaysia Insider melaporkan Menteri Besar Kedah itu menyatakan hasrat bertanding merebut jawatan itu.

Sanjeevan now a broken man

No one to counter GE13 fraud allegations at People's Tribunal

Pemerintahan Malaysia : Adakah mengikut syariat? - Dr UZAR

Siasat sindiket pujuk peneroka pajak ladang


TEMERLOH: Pihak Felda diminta memberikan penjelasan berhubung aduan daripada peneroka seluruh negara berkaitan satu sindiket memujuk peneroka supaya memajakkan ladang mereka selama 30 tahun.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, pada ketika ini sedang hangat diperkatakan di tanah-tanah rancangan ada pihak yang datang menawarkan bayaran pajakan sebanyak RM3,000 sebulan.

Katanya, berdasarkan aduan yang diterimanya ada juga yang menawarkan bayaran sekali gus sekitar RM150,000 dan mereka mula bergerak di tanah-tanah rancangan sejurus berakhir pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

“Apa yang mengejutkan saya ialah ada yang mengaitkan tawaran yang sama dibuat melalui pejabat-pejabat Felda. Jadi kita minta Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan atau Pengurus Besarnya Datuk Faizol memberikan penjelasan.

“Pada masa ini 90% daripada kebun-kebun peneroka sudah diserah dan diusahakan oleh Felda. Hanya sekitar 10% sahaja peneroka yang mengusahakannya sendiri. Jadi jika ada kaitan dengan Felda apa perlunya dipajak pula sehingga 30 tahun?” soal Mazlan.

Shafee jadi saksi pertemuan Najib-Saiful kemudian pendakwa kes Fitnah Liwat II

safee
PUTRAJAYA, 18 SEPT: Sekalipun terlibat sama dalam pertemuan antara Saiful Bukhari Azlan dengan Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Shafee Abdullah kekal sebagai pendakwa utama kes liwat 2
Keputusan itu diputuskan sebulat suara panel tiga hakim mahkamah rayuan, Datuk Ramli Ali (ketua), Datuk Ruhana Yusof (mengganti Datuk Tengku Maimon Tuan Mat) dan Mohd Zawawi Salleh.
Ia menyebabkan konflik kepentingan antara saksi dan pendakwa dalam pertuduhan terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berikutan itu, Anwar bercadang memfail permohonan bagi menyemak semula keputusan berkenaan di Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat.
“Umum tahu Datuk Shafee adalah peguam Perdana Menteri, kerajaan, Umno dan semua kes yang menentang saya dan dia kata dia tidak campur, tidak bias tetapi gelagatnya lebih dari ahli politik Umno, semua orang tahu.
“Dia juga mengaku berada di rumah Datuk Najib ketika kehadiran Saiful selama dua hingga empat jam dan kata dia tidak bincangkan dan tahu apa-apa, hanya minum kopi?
“Perkara ini tidak pernah dinafikan,” katanya sejurus selesai prosiding permohonan mengenepi Shafee sebagai pendakwa utama di Mahkamah Rayuan di sini, hari ini.
Anwar juga mendakwa Shafee kerap membuat tuduhan yang tidak sopan secara melulu ketika berhujah di mahkamah.
Sementara itu, prosiding rayuan kes Fitnah II disambung pada tarikh belum ditentukan
Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Anwar tidak bersalah atas tuduhan yang direka Saiful Bukhari.

Rakyat Malaysia malang kerana pemimpin rasuah

nik-nazmi batik 01SHAH ALAM, 18 SEPT : Agenda pemerkasaan ekonomi tidak dapat disalurkan terus kepada rakyat sekiranya program-program kerajaan terus dicemari penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan oleh pemimpin-pemimpin politik dan kakitangan terlibat.
Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata adalah amat malang bagi rakyat sekiranya pemimpin dan pegawai yang diberi amanah mengkhianati kepercayaan yang diberikan.
Beliau berkata demikian mengulas penahanan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri pada 13 September lepas bagi membantu siasatan berhubung tuduhan salahguna dana Program Akhiri Zaman Miskin 1Azam.
“Suatu yang memalangkan kepada negara khususnya rakyat apabila rasuah menjadi amalan biasa pemimpin di dalam negara ini.
“Malah, saya yakin rakyat tidak terkejut dengan pendedahan ini, kerana rasuah dikalangan pemimpin negara sebelum ini telah banyak didedahkan oleh badan antarabangsa termasuk agensi kerajaan,” jelasnya.
1azamProgam 1Azam adalah program perintis yang diuruskan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan mensasarkan golongan miskin tegar melalui latihan kemahiran dan penyediaan peluang pekerjaan.
Sehubungan dengan penahanan itu, Nik Nazmi berharap keadilan dapat ditegakan dan hukuman setimpal dikenakan keatas pesalah rasuah.

Selepas Syria, giliran Tunisia dan Turki sasaran Amerika


PERMATANG PAUH: Amerika Syarikat menjadikan negara-negara umat Islam yang diperintah secara kuku besi dan zalim sebagai sasaran untuk dibebaskan atas nama kemanusiaan, kata Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun jelasnya, campur tangan Amerika Syarikat itu boleh menghancurkan sesebuah negara seperti mana yang berlaku di Iraq, Libya dan besar kemungkinan di Syria.

"Sebenarnya kepimpinan umat Islam sendiri yang lalai kerana terlalu asyik mengejar kebendaan, kekayaan dan kekuasaan tanpa sedar mengundang campur tangan Amerika. Bila Amerika datang semuanya akan hancur seperti Iraq dan Libya," tegas beliau ketika berucap di Perhimpunan Kepedulian Kemanusiaan Global anjuran Pejabat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, di Dataran An-Nahdhoh, Penanti, dekat sini, semalam.

Menurut Anwar, tidak hairan jika selepas ini sasaran Amerika Syarikat adalah Tunnisia dan Turki (yang diterajui kumpulan Islam).

SPR kata `banyak urusan lain’ daripada layan tuduhan pembangkang


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bercadang mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang berhubung dakwaan mengenai kewujudan 40,000 pengundi hantu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu kerana ada `banyak urusan lain’.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar), berkata pemimpin Pakatan Rakyat (PR) kebanyakannya tidak faham peraturan.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, semua dakwaan dan fitnah yang dihamburkan kepada SPR dibuat untuk menimbulkan kemarahan rakyat dan merosakkan kredibiliti SPR dan ini adalah strategi pembangkang bagi meraih undi simpati," katanya dipetik dari Utusan Malaysia.
Sehingga kini, katanya, tiada sebarang keputusan dibuat sama ada untuk mengambil tindakan atau sebaliknya kerana langkah itu perlu diputuskan oleh suruhanjaya.
"Saya memuji sikap Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming yang faham proses pendaftaran pemilih SPR malah kami selalu berhubung dengan beliau mengenai bagaimana proses ini dilakukan, tidak seperti orang lain yang tidak faham atau buat-buat tidak faham," katanya.

Tribunal Rakyat: Petugas SPR bekas kakitangan kerajaan halang kebebasan pilihan raya


Panel Tribunal Rakyat Bersih sedang bersidang mendengar keterangan saksi. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 September, 2013.Panel Tribunal Rakyat Bersih sedang bersidang mendengar keterangan saksi. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 September, 2013.Suruhanraya Pilihan Raya (SPR) dianggotai bekas kakitangan awam yang menjadi halangan utama kepada kebebasan dan kredibiliti badan itu, Tribunal Rakyat Bersih diberitahu hari ini.
Pengasas Tindak Malaysia, Wong Piang Yow, saksi kedua yang dipanggil oleh tribunal itu, berkata dengan meletakkan suruhanjaya itu di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dianggotai bekas pegawai kanan kerajaan menjejaskan badan bebas itu daripada melaksanakan tugasnya.
Katanya, kadang-kala pegawai kanan SPR mengeluarkan kenyataan seperti "kami adalah kakitangan kerajaan”.
“Ia adalah mentaliti mereka untuk menjawab kepada kerajaan.

Tribunal Rakyat: 'BN diharap hadiri tribunal PRU13'

Pegawai pengendali Tribunal Rakyat anjuran BERSIH tentang PRU13 berkata beliau berharap BN akan menghadiri tribunal tersebut yang akan berlangsung selama lima hari.

Gurdial Singh Nijar memberitahu pemberita hari ini bahawa pasukan peguam telah menulis kepada Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, selepas beliau (Tengku Adnan) mendakwa akan hadir jika penganjur menulis kepadanya.

"Kami berharap orang dari sebelah sana akan hadir," katannya.

Beliau sebelumnya mengingatkan anggota panel berkenaan bahawa tribunal itu bukan bertujuan untuk menuduh mana-mana satu pihak.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menolak jemputan tribunal itu untuk mengambil bahagian dalam prosiding berkenaan.

Tribunal Rakyat: SPR enggan sahkan keraguan pengundi, kata MP Klang

NONEAnggota Parlimen Klang Charles Santiago hari ini berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan mengesahkan keraguan masyarakat berhubung dakwaan terdapat sekumpulan pekerja asing menjadi pengundi hantu di parlimennya pada hari mengundi.

"Saya hubungi SPR dan minta mereka turun dan sahkan sama ada mereka benar-benar pengundi.

"Tetapi SPR kata waktu itu sudah lepas jam 5 petang dan kerja mereka sudah selesai (kerja)," kata Charles dalam tibunal berkaitan pilihan raya umum ke-13 anjuran BERSIH hari ini.

Charles merujuk kepada insiden hari mengundi apabila bas dengan 18 penumpang, 17 daripadanya pekerja asing, menjadi sasaran kemarahan penduduk tempatan berhampiran sebuah sekolah di Pandamaran.

Beliau merupakan saksi pertama di tribunal itu hari ini, yang diuruskan oleh profesor undang-undang Universiti Malaya Gurdial Singh Nijar di hadapan lima panel.

Panel ini diketuai oleh pakar perlembagaan dariapda Program Pembangunan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Yash Phal Ghai.


Tribunal Rakyat: Nampak pegawai SPR kira undi dalam lokap sebelum PRU 13

SUBANG JAYA 18 SEPT:  Ada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membuat kiraan undi awal sebelum berlangsungnya pilihan raya umum ke-13, kata saksi ketiga Tribunal Rakyat PRU-13.
tribunalAbu Hussin Tamby, wakil calon Dun Air Limau, Melaka berkata, ia berlaku 2 Mei lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kira-kira jam 3.15 petang.
Semasa kejadian, saksi bersama dua wakil calon lain diiringi dua anggota polis ke IPD berkenaan untuk menyerahkan kotak peti undi awal dari Lubuk Cina.
Semasa masuk ke balai itu, katanya, beliau dengan jelas menyaksikan kira-kira tujuh anggota SPR mengelilingi longgokan kertas undi di satu sel lokap.
“IPD itu memang menjadi tempat simpanan peti undi. Semua kotak undi dikumpulkan dalam lokap.
“Semasa tiba di lokap, saya lihat tujuh atau lapan orang memakai baju SPR mengelilingi timbunan kertas undi itu, menunjukkan mereka sedang buat kiraan.
“Hanya nampak kertas undi tetapi kotak peti tiada. Saya percaya ia dari Parlimen Alor Gajah dan Masjid Tanah,” katanya yang kemudian membuat laporan polis di IPD Masjid Tanah.
Beliau ada memohon kepada polis untuk menonton semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian tetapi ditolak tanpa sebarang alasan.

Naib Presiden Umno: Perlukah restu dari Najib?

Sebaik-baiknya Najib berkecuali. Beliau terimalah siapa sahaja yang menang untuk bekerja dengannya dan Tan Sri Muhyiddin Yassin

PETALING JAYA: Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menyokong cadangan agar mereka yang berhasrat menandingi jawatan naib presiden parti perlu mendapat restu Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno.
Ketua Umno Bahagian Kalabakan itu berkata restu berkenaan perlu kerana mereka yang dipilih akan bekerjasama dengan Najib.
“Saya sependapat dengan (Naib Presiden Umno) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar pandangan dan nasihat Datuk Seri Najib Tun Razak diperoleh terlebih dahulu oleh setiap calon yang mahu bertanding jawatan naib presiden.
“Ini kerana mereka yang menjadi naib presiden bakal memikul tanggungjawab dalam mendukung kepimpinan Datuk Seri Najib dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan, di Kota Kinabalu Isnin lalu.
Abdul Ghapur juga berkata adalah lebih baik jika tidak ramai calon menandingi jawatan naib presiden bagi mengelak perpecahan dalam parti.
Jawatan Naib Presiden Umno hanya ada tiga kekosongan. Setakat ini lima calon sudah umum bertanding termasuk tiga orang penyandang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Afdal selain dari Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang akan buat pengumuman esok dikatakan akan turut bertanding, Ini bermakna enam orang calon akan merebut tiga jawatan Naib Presiden Umno.
Perlukah Najib beri restu kepada calon-calon Naib Presiden sedangkan ada tiga kerusi sahaja yang kosong. Takkan Najib mahu beri restu kepada keenam-enam calon? Maka sebaik-baiknya Najib berkecuali. Biar perwakilan yang menentukan siapa yang layak jadi Naib Presiden Umno.

Perkasa ekonomi Bumiputera, PKR selari dengan PAS

Syarikat kerajaan akan ambil alih AES, cadang saman kurang 50%

PR adakan mesyuarat bincang isu 'tahaluf siyasi'

UPSI terus gantung pengajian Adam Adli

'Dengan kesedihan, berehatlah Komrad Chin Peng' - Abdullah CD

Dengan kesedihan mendalam, kami mengumumkan pemergian pemimpin kami yang tercinta dan rakan seperjuangan yang dikasihi Komrad Chin Peng (Ong Boon Hua) yang meninggal dunia dengan aman, dalam usia 89 tahun pada 16 September, pukul 6:20 pagi di Bangkok, selepas sekian lama melawan penyakit.

Dengan ini, tamatlah hidup beliau yang gilang gemilang, yang penuh dengan peristiwa-peristiwa perjuangan.

chin peng and malaysia independence and merdekaBeliau telah meninggalkan kompatriot dari semua kaum, rakan-rakan dalam perjuangan bersenjata, saudara-mara dan sahabat-sahabat serta tanah air tercinta dan juga perjuangan rakyat, yang menjadi tumpuan sepanjang hidupnya.

Perjuangannya menghadapi penyakit menunjukkan peribadinya yang kuat, sama seperti dalam hidupnya, dalam menentang semua dugaan dan menghadapi apa yang tidak dapat dielakkan.

Beliau telah berjuang dengan kesungguhan, keberanian dan, yang paling penting, dengan ketenangan yang disemai dengan kebijaksanaan, tanpa mengenal kalah dalam sepanjang "pertempuran".

Malangnya, perkara yang tidak dapat dielakkan telah datang: Beliau telah meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Mungkin, bagaikan seorang yang balik dari peperangan yang panjang, beliau perlu rehat. Jadi, rehatlah, kawan seperjuangan kami tersayang.

Hasrat terakhir


Beliau telah meninggalkan kita, tetapi semangat beliau masih bersama kita, tertanam dalam sanubari setiap orang.

Tiada apa yang boleh menggantikan semangat setiakawan yang mengikat kami. Dulu, kami berjuang mati-matian untuk mempertahankan negara kita daripada pencerobohan asing.

Nazri Aziz samakan Chin Peng dengan Osama Laden

Mempertahankan langkah kerajaan BN tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang, menteri kebudayaan dan pelancongan hari ini mengaitkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu dengan Osama bin Laden.

NONEDatuk Seri Nazri Aziz (kiri) berkata, selepas tentera Amerika Syarikat (AS) menembak mati pemimpin jaringan al-Qaeda itu, mayatnya kemudian dikebumikan di laut.

Sehubungan itu, katanya, langkah kerajaan Malaysia itu bukan sesuatu yang luar biasa.

"Saya tidak fikir kita patut minta maaf kepada sesiapa kerana kamu tahu, Osama juga dianggap pengganas, apa yang Presiden (Barack) Obama lakukan?

"Mayatnya hilang dan tidak dibawa balik ke Arab Saudi, AS atau ke mana-mana, ia dihumban ke laut.

"Apa yang kita lakukan bukan sesuatu yang luar biasa, ada alasan di sebaliknya. Dan rakyat Amerika serta orang yang menderita (akibat serangan 911) tidak membantah.

" Osama bin Laden... kamu beritahu saya, di mana mayatnya sekarang?" kata Nazri kepada pemberita ketika merasmikan sebuah pesta seni di Kuala Lumpur hari ini.

MCA desak kerajaan BN benarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang

Putrajaya perlu membenarkan abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng di bawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai, kata MCA.

Naib Presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, Gan Ping Siew menegaskan, masyarakat antarabangsa akan memandang serong terhadap Malaysia sekiranya terus melarang abu mayat Chin Peng di bawa masuk ke negara.

"Kubur Karl Marx sekali pun ditempatkan di tengah ibu kota London walaupun empayar British menderita akibat ideologi Komunis yang dibawanya," kata Gan merujuk kepada pengasas ideologi komunis itu.

Tindakan diambil Putrajaya itu menurut Gan hanya akan menambah derita negara ketika pendudukan komunis di negara ini dan rakyat akan terus terseksa dengan bisa peperangan terdahulu.

"Perjanjian Damai Hatyai memperuntukan jaminan kerajaan terhadap mereka yang meletakkan senjata...ia seharusnya turut terpakai terhadap mendiang Chin Peng," kata Gan lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, meskipun Jepun pernah menjajah Malaysia suatu ketika dahulu, negara ini tetap mengadakan hubungan diplomatik dengan negara itu dan mengapa tidak dengan Chin Peng.

Larang tanam abu mayat Chin Peng di Malaysia menurut Islam

Zainulfaqar Yaacob


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian, lapor Malaysiakini hari ini.
"Kita tidak akan benarkan mendiang dikebumikan di Malaysia sebab sejarah hitam yang dia lakukan," kata Najib yang juga Presiden Umno, dipetik dari Bernama.
Polemik ini mengingatkan saya pada satu wacana dalam Fiqh al-Aqalliyat al-Muslimah (Terjemahan: Hukum Fiqh Bagi Minoriti Muslim).
Dr Yusof al-Qardhawi ada memberikan fatwa mengenai menanam jenazah Muslim di perkuburan Kristian.
Sungguhpun wacana Dr Yusof al-Qardhawi ini mengenai perihal mukallaf, tetapi, masih signifikan memandangkan Islam adalah agama rahmat kepada seluruh alam - warahmata lil 'alamin - meliputi orang Islam dan bukan Islam jua.
Terdapat hukum syarak berkaitan dengan seorang Muslim jika ia meninggal dunia seperti memandikan, mengkafan dan solat ke atasnya. Di antaranya juga ialah menanamnya di perkuburan orang Muslim.
Yang demikian itu adalah kerana bagi orang Muslim, cara tersendiri dalam menanam mayat dan menjadikan tanah sebagai tempat perkuburan dari segi saiz, arah yang menghadap kiblat, jauh dari menyerupai orang Musyrik, orang yang membazir dan seumpamanya.
Telah diketahui umum bahawa setiap penganut agama mempunyai tanah perkuburan mereka yang tersendiri.
Orang Yahudi mempunyai tanah perkuburan mereka. Orang Kristian mempunyai tanah perkuburan. Penyembah berhala juga mempunyai tanah perkuburan.
Maka bukan satu perkara yang pelik untuk orang Muslim mempunyai tanah perkuburan mereka sendiri.
Menjadi kewajiban setiap kelompok umat Islam di negara bukan Islam untuk berusaha melalui kerjasama sesama mereka untuk mengadakan tanah perkuburan khas dan terpisah bagi umat Islam.
Selagi ada jalan, mereka hendaklah berusaha untuk meyakinkan pihak yang bertanggungjawab.
Jika umat Islam tidak mampu untuk mendapatkan tanah perkuburan khas dan tersendiri, paling kurang ialah mendapatkan sebahagian tanah di satu sudut dari tanah perkuburan orang Kristian untuk menanam jenazah mereka.
Jika semua itu tidak boleh diperolehi, lalu meninggal seorang dari mereka, hendaklah mereka berusaha untuk memindahkan jenazah itu, jika boleh, ke bandar lain yang terdapat perkuburan orang Muslim.

10 soalan tentang ‘perasionalan’ subsidi

Rasanya agak terlewat untuk menulis mengenai topik ini tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia dan pembayar cukai, saya masih berhak untuk mengajukan soalan kepada Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Unit Perancang Ekonomi, PEMANDU dan semua konsultan yang menasihatkan kerajaan untuk ‘merasionalisasi’ atau ‘menyelaraskan’ subsidi petrol dengan menaikkan harga sebanyak 20 sen.

Saya hanya ingin tahu bagaimanakah subsidi dibayar kepada pengeluar/pengimport minyak petrol dan keperluan asas lain seperti beras, gula, tepung dan minyak masak di negara ini. Saya berharap akan mendapat penjelasan yang memuaskan kepada soalan berikut:

1.       Siapa dalam kerajaan/kementerian/agensi yang menentukan berapa banyak harus dibayar?

2.       Siapa dalam kerajaan/kementerian/agensi yang membuat bayaran?

3.       Kepada siapa subsidi dibayar? Berapa banyak pengeluar/pengimport yang dibayar?

4.       Berapa jumlah bayaran kepada setiap pengeluar? Adakah pengeluar petrol/pengimport menginvois kerajaan untuk menuntut pembayaran daripada kerajaan?

5.       Berapa kali bayaran dibuat setahun?

6.       Apakah bentuk bayaran kepada mereka – adakah wang tunai dibayar kepada pengeluar/pengimport, atau mereka diberikan rebat, pijaman atau pelepasan cukai, atau dalam bentuk lain?

7.       Apakah asas kepada pemberian subsidi – adakah melaui perjanjian bertulis antara kerajaan dan pengeluar/pengimport?

Perbalahan Ulama-Profesional hanya rekaan Hasan Ali

Isu itu pernah wujud sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lagi tetapi kemudiannya senyap seketika selepas PAS menang besar.

SHAH ALAM: PAS Selangor menafikan berlakunya amalan asabiyah (berpuak) antara kumpulan ulama-profesional-erdogan-kerajaan perpaduan (UG) dalam parti sehingga timbul perbalahan antara mereka.

Sebaliknya persepsi itu wujud berpunca daripada permainan politik bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali  yang menerapkan fahaman terbabit sebelum dipecat parti.

Katanya, isu itu pernah wujud sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lagi tetapi kemudiannya senyap seketika selepas PAS menang besar.

“Isu pertembungan Ulama-Profesional hanya rekaan.

“Ia dibawa dulu oleh Hasan Ali, bila dia tak puas hati selepas PRU 2008 dia bawa isu itu,” katanya.

Sehubungan itu, Khalid mengingatkan ahli dan penyokong PAS supaya tidak mudah termakan dengan rekaan yang dibawa Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa wujud kumpulan tertentu dalam parti dan mahu memecahkan- belahkannya.

Tegasnya, PAS tidak membezakan mana-mana pihak dan menghargai semua golongan termasuk profesional dan aktivis yang boleh berhujah berlandaskan ilmu.

“Jangan jadikan diri kamu (ahli PAS)orang yang memanjangkan dakyah Umno-BN dalam PAS,” katanya.

Harun Taib: 'Kaji tahaaluf siyaasi bukan tarik diri'

Dewan Ulama Pas berpendirian akan meneruskan kajian tahaaluf siyaasi terhadap PKR untuk menambahbaikan parti walaupun cadangan itu ditolak pucuk pimpinan tertinggi.

Ketuanya, Datuk Harun Taib menegaskan kajian itu dilakukan untuk menjadikan Pas sebagai parti dominan dalam PR bukan 'keluar' daripada PR.

Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan Dewan Ulama yang ditolak Pas Pusat tidak menjadi halangan untuk sayap itu meneruskan kajian sedia ada yang dilakukan sejak 2008.

"Beliau (Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang) tolak tak mengapa, kita tak ada masalah.

"Kita akan teruskan sebab sekarang pun kita sedang jalankan kajian.

"Tahaaluf siyaasi bukan untuk tarik diri daripada PR tetapi untuk menjadikan Pas lebih dominan dalam PR," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Difahamkan, kajian itu telah bermula sejak PRU 2008.

'Selagi hidup, aku tak layan kerjasama PAS-Umno' - Dr Rani

PAS Selangor hari ini menyifatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum 2008 banyak mendatangkan kebaikan dan membanggakan parti itu.

NONEPesuruhjaya PAS negeri Dr Abd Rani Osman (kiri) menegaskan parti itu tidak pernah rugi dengan kerjasama dengan PKR dan DAP, sebaliknya memberi banyak faedah hasil daripada kerjasama itu.
ADUN Meru juga berkata kerjasama itu menyebabkan PAS diterima oleh kaum lain dan tidak hanya tertumpu kaum Melayu sahaja 
"Melalui tahluf siyasi ini, PAS tidak pernah rugi ini malah paling banyak terima kebaikan," katanya dalam sidang media di Shah Alam pagi ini.

"Kalau dulu orang Cina, India dengar PAS takut. Tetapi sekarang mereka datang berduyun-duyun dengar kita punya ceramah dan dapat menerima Islam sebagi satu agama yang syumul," katanya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kajian semula PAS dengan Pakatan mestilah untuk menambahbaik kerjasama sedia ada, ekoran resolusi persidangan ulama di Kedah hujung minggu lalu.

Resolusi persidangan ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah antara lain mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam Pakatan.

Khalid: Dia ketuk, kemudian ajak kawan

Kaji tahaluf siyasi untuk baiki kelemahan – Dr Rani


SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, saranan supaya dikaji semula tahaluf siyasi tidak bererti PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat tetapi kelemahan dalam pelaksanaan konsep itu dapat diperhalusi dan diperbaiki.

"Kaji itu bukan suruh meningggalkan Pakatan Rakyat, tetapi suruh kaji semula supaya apa yang lemah itu diperbetulkan," katanya dalam sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad; Ketua Penerangan PAS negeri merangkap Ahli Dewan Negeri Selangor (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib dan Pengarah Pilihanraya Negeri, Jaafar Samsudin.

Dalam konteks negeri ini, ujarnya PAS Selangor berpandangan konsep itu banyak memberi manfaat dan kejayaan serta wajar diteruskan kerana sokongan pengundi Melayu terhadap parti Islam terbesar di negara ini menunjukkan peningkatan.

Fokus kes jenayah, Polis usah sibuk pantau abu mayat yang ditakuti pemimpin UMNO....

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meminta agar pihak polis lebih fokus dalam isu-isu jenayah bukannya "membuat jenaka" memantau abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dari dibawa pulang ke negara ini.

"Saya nasihat agar pihak polis tidak buat jenaka untuk memantau kemasukkan abu mayat ke dalam negara ini. Jenayah negara terus meningkat sepatutnya itu yang lebih utama.

"Kita sedia maklum pasukan polis tidak mempunyai anggota yang mencukupi dan sekarang mereka nak pantau sempadan untuk halang abu mayat, apa jadi kepada pemantau kes-kes lain," jelas beliau.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis memantau semua pintu masuk ke negara ini bagi memastikan abu mayat pemimpin PKM itu tidak diseludup masuk.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, pihak polis sepatutnya tidak hilang fokus dan terlalu mengikut arahan pihak tertentu yang ada kepentingan politik.

Menurut beliau, apabila isu-isu yang berkaitan politik terlalu cepat pihak berkuasa bertindak sedangkan kes pembunuhan membabitkan senjata api masih lagi berleluasa.

"Pihak polis jangan hilang fokus, anda merupakan pasukan yang memastikan keselamatan rakyat dan negara.

"Jangan terlalu mengikut arahan politik pihak tertentu yang mendesak agar abu mayat tidak dibawa masuk, apa yang dapat dilakukan oleh abu mayat itu.

Adam Adli: Pengajiannya di UPSI `digantung tidak bertali’


Aktivis, Adam Adli Abdul Hamid (gambar) yang seharusnya menyambung kembali pengajiannya di Universiti Penguruan Sultan Idris (UPSI) bulan ini selepas digantung selama tiga semester dihalang berbuat demikian.
Adam Adli berkata, beliau dimaklumkan oleh UPSI bahawa institut pengajian itu menyambung penggantungannya tanpa memberikan tempoh tamat.
“Selepas tamat tempoh hukuman gantung pengajian selama tiga semester sejak 9 Januari 2012 lalu, saya dikejutkan dengan kenyataan bertulis daripada UPSI yang menyatakan bahawa saya digantung pengajian sekali lagi, kali ini tanpa tarikh akhir yang muktamad.
“Surat bertarikh 6 September yang ditandatangani Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Zakaria Kasa itu menyatakan bahawa hukuman gantung kali ini bertujuan memberi laluan kepada perbicaraan Akta Hasutan yang sedang berjalan di mahkamah ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider petang ini.
Aktivis mahasiswa itu berkata, surat itu turut menyatakan tempoh penggantungan yang berkuatkuasa serta merta ini hanya akan tamat selepas selesai perbicaraan kes Akta Hasutan di mahkamah.

Siswa Australia bantah nama Taib Mahmud




 
Ekoran sumbangan besarnya, sebuah laman di Universiti Adelaide dinamakan sempena Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

Bagaimanapun, bagi mahasiswa universiti di Selatan Australia itu, ia sesuatu yang memalukan.

Bercadang Berhimpun membantah langkah itu esok, mahasiswa berkata, mereka "menolak menerima pendidikan yang ditaja atas penderitaan rakyat, hutan dan haiwan".

"Kami akan menunjukkan bahawa kami tidak mahu Taib Mahmud, jaringan keluarganya atau syarikat utamanya mempunyai sebarang kaitan dengan pendidikan tinggi di Utara Australia," tulis mereka di laman Facebook.

Mahasiswa juga menghantar memorandum bantahan mereka kepada Naib Canselor Warren Bebbington berhubung perkara itu.

Taib pada 2008 dilapor mendermakan puluhan juta dolar untuk Universiti Adelaide.

Universiti juga pada 2006 menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan Sarawak untuk kerjasama kajian, termasuk biasiswa untuk 10 penuntut pascasiswazah.

AES: Diskaun saman 50 peratus, kata Hishammuddin


Gambar fail menunjukkan kamera AES yang dipasang di lebuh raya.Gambar fail menunjukkan kamera AES yang dipasang di lebuh raya.Pengguna jalan raya yang mempunyai saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan diberikan diskaun sebanyak 50 peratus, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Pemangku Menteri Pengangkutan itu berkata, pengguna yang mempunyai saman AES hanya perlu membayar RM150 berbanding RM300 sebelum ini bagi setiap kesalahan.
Selain itu, katanya, dua syarikat yang ditubuhkan untuk menguruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan diambil alih oleh syarikat dimiliki kerajaan.
Hishamuddin berkata, bagi memastikan ketelusan, jurunilai bebas akan dilantik untuk menilai ATES dan Beta Tegap Sdn Bhd.
“Di bawah pengawasan saya, tiada siapa yang akan mendapat keuntungan daripada ini,” katanya pada satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Syarikat kerajaan akan ambil alih pengendali AES - Hishamuddin



Dua syarikat yang dibentuk dan mengendalikan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan diambil alih oleh sebuah syarikat milik penuh kerajaan.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, bagi memastikan ketelusan, penilai bebas akan dilantik untuk menilai ATES dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Katanya, tiada pihak akan mendapat faedah daripada pengambilalihan itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya hari ini, di tengah-tenga kebimbangan terhadap kemungkinan penyelamatan dua syarikat itu.

DPMM cadang Bank Bumiputera diwujudkan kembali


Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mahu satu Bank Bumiputera ditubuhkan kembali dengan dana permulaan RM2 billion di mana RM1 billion dari dana kerajaan dan selebihnya disumbangkan dari dana institusi Melayu.
Presidennya, Datuk Syed Ali Al-Attas (gambar) berkata cadangan itu diusulkan ekoran tabung usahawan sedia ada tidak mencukupi dan bank itu kelak dapat menerima deposit bagi merancakkan pembangunan ekonomi Bumiputera.
"Dengan penubuhan bank ini kelak, kita menjangka akan dapat memberikan pinjaman lebih banyak kepada peniaga Bumiputera malah ramai kakitangan profesional bank yang sedia menyokong hasrat penubuhan ini.
"Kira-kira 100 kakitangan profesional bank sedia menyumbangkan buah fikiran selain institusi kewangan Bumiputera yang dikenal pasti akan menyumbangkan modal.
"Kita boleh menggesa agensi seperti Permodalan Nasional Berhad, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera untuk memberikan modal dan dijangka wang yang dapat dikutip sekitar RM200 billion dari agensi tersebut," katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat DPMM di Kuala Lumpur hari ini.

Perkasa: Batal TPPA atau semuanya berkecai‎


Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada Putrajaya agar tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) jika tidak mahu segala inisiatif yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak berkecai.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata amaran itu dibuat bagi memastikan pengumuman Perdana Menteri terhadap program pemerkasaan ekonomi Bumiputera itu dapat direalisasikan dengan jayanya.
"Saya ingatkan kerajaan agar tidak menandatangani TPPA atas dasar risiko yang perlu diambil Malaysia. Jika perjanjian itu terlaksana, ia memberi ancaman kepada perdagangan negara dengan dasar keterbukaannya.
"Perkasa juga melihat agar kerajaan perlu lebih telu?s dalam proses pemerolehannya ekoran banyak ketirisan yang telah berlaku.
"Selain itu, kami mengingatkan kerajaan agar bukan sahaja melihat agenda Bumiputera dari sudut meritokrasi kerana banyak lagi di kalangan mereka yang masih belum mampu bersaing," katanya kepada pemberita di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur hari ini.

'Rasuah dalam pertahanan, Malaysia sangat berisiko tinggi'



 
Malaysia mengalami kemerosotan dan dianggap mempunyai risiko tinggi berlakunya amalan rasuah dalam perbelanjaan pertahanan dan pengoperasiannya, menurut kajian antirasuah badan pemerhati antarabangsa.

NONEMenurut Transparency International - Malaysia (TI-M), Malaysia jatuh daripada kedudukan D (tinggi) kepada E (sangat tinggi) risiko dalam kajian yang dijalankan cabang NGO itu di UK.

Ia sekali gus meletakkan negara ini sekumpulan dengan China, Afghanistan, Rwanda, bahkan Singapura.

Justeru, dalam kenyataannya, TI-M mencadangkan kerajaan meningkatkan ketelusan dalam perolehan barangan keselamatan, melibatkan peranan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).

"TI-M mendesak anggota Parlimen daripada kedua-dua parti pemerintahan dan pembangkang menolak agenda ketelusan lebih jauh ke depan dan mengetepikan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat," katanya.

Perkasa wants RM1.4 trillion for Bumis

Ibrahim Ali says it is time to reward the Malays in a big way for voting Barisan Nasional into power again
KUALA LUMPUR: Malay rights group Perkasa wants the government to pump in RM1.4 trillion to Bumiputeras so that it achieves a Gross National Income (GNI) of RM900 billion by 2020.
“Right now, the GNI of Bumiputeras is RM56 million. So to achieve RM900 billion by 2020, the government must provide funds worth RM1.4 trillion to Bumiputeras,” said Perkasa chief Ibrahim Ali at a press conference here.
He denied it was a racist request, claiming instead that it was in the country’s national interest to “correct what is not correct”.
“Bumiputeras comprise 67.9 percent of the population, yet we control less than 50 percent of the economy. This is not about overlooking the interests of other races,” stressed the former Pasir Mas MP.
His demand comes in the wake of Prime Minister’s new Bumiputera Economic Empowerment Agenda, which critics have accused as being unnecessary and divisive.
Responding to the criticism, Ibrahim said today: “Some accuse the Prime Minister of rewarding those who supported BN in the general election.
I say: so what?
“It is right and proper for him (to reward Malays). In fact, he should give out bigger rewards. It is the government’s obligation to repay the Malays for their support.”

Tahaluf siyasi: Pas selangor mahu kaji semula bukan keluar PR

Peoples's Tribunal on GE13 #Day 1-Session 4-1

Peoples's Tribunal on GE13 #Day 1-Session 4

Peoples's Tribunal on GE13 #Day 1-Session 3

Peoples's Tribunal on GE13 #Day 1-Session 2

Peoples's Tribunal on GE13 #Day 1

"Geng 13 Kudeta Perak": Mereka dalam penjara sangat kuat! - Keluarga Mangsa

KUIZM lahir generasi Rabbani

Pendidikan harus kembali kepada fitrah

KUIZM lahir graduan berkualiti

Tribunal Rakyat PRU13: Pengundi hantu satu bas

Selagi 'Umno jadi Umno', PAS tidak mahu kerjasama - Dr Rani

MB Selangor: PM perlu jelas kegagalan DEB

Program ekonomi Bumiputera untuk kukuhkan nama Najib - PAS Selangor

Tahaluf Siyasi tak mestinya tumpu isu PRU tapi baiki pentadbiran - Dr Rani

Reaksi rakyat kenaikan harga minyak

Curi RM1 dipenjara 10 tahun, pemimpin Umno rasuah hukuman ringan - Ketua Wanita PKR

Kadar sewa PKNS masih rendah - Penyewa

'PRU Kotor, Takkan Salah Anwar'

MARAH DENGAN CHIN PENG TAPI UMNO MOU dengan Parti Komunis China CPC


'PRU kotor, takkan salah Anwar?' - Salahuddin Ayub

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub KUALA LUMPUR - Tidak wajar meletakkan beban membersihkan sistem pilihan raya negara ini di atas bahu Datuk Seri Anwar semata-mata dan menyalahkan ketua umum PKR itu kerana "mensabotaj" usaha Bersih 2.0 ke arah itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menegaskan kegagalan sebenar bagi mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil itu sepatutnya dipikul kerajaan yang tidak komited kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan daftar pemilih.

"Komitmen untuk mendedah dan melumpuhkan sindikit pengundi asing, itu wujud dalam suasana politik negara kita tapi ia masih tidak mencapai matlamatnya kita kerana kerajaan tidak berikan komitmen sepenuhnya untuk menyediakan pilihan raya adil dan bersih," katanya kepada Sinar Harian Online semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kenyataan penulis blog Raja Petra Kamarudin (RPK) semalam dalam laman blognya mendakwa Anwar telah mengagalkan usaha Bersih 2.0 untuk mereformasikan sistem pilihan raya negara ini.

RPK juga menyebut Bersih 2.0 telah melakukan kesilapan besar kerana bekerjasama dengan Pakatan Rakyat yang lebih cenderung kepada menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Petisyen anti-Lynas hampiri sasaran sejuta tandatangan




 
Lebih 800,000 tandatangan telah dikutip, sekali gus menghampiri sasaran kutipan sejuta tandatangan bagi mendesak penutupan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas anjuran Himpunan Hijau.

Pengerusi NGO itu Wong Tack berkata, mereka menjangkakan mencapai sasaran itu bila-bila masa sahaja daripada sekarang.
"Kita sudah sangat dekat (dengan sasaran)... Jika 2,000 rakyat Malaysia tampil dan kutip 100 tanda tangan seorang, kita sudah berjaya capai sasaran," katanya dalam kenyataan.

"Mari selesaikan misi dengan semangat yang membara, jadi kita boleh bergerak untuk misi kedua, bekerja sama dengan NGO antarabangsa untuk menutup Lynas."

Himpunan Hijau merancang menyerahkan tandatangan itu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda terhadap keputusan Putrajaya yang menerima projek di Gebeng, Kuantan itu.

Tribunal Rakyat: 60 pengundi dalam satu rumah


Seorang saksi memberi keterangan di Tribunal Rakyat di Hotel Empire. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 September, 2013.Seorang saksi memberi keterangan di Tribunal Rakyat di Hotel Empire. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 September, 2013.
Tribunal Rakyat anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) diberitahu hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh berbuat apa-apa berhubung kecurangan dalam daftar pemilih.

Saksi pertama, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, beliau pernah membuat aduan kepada SPR mengenai nama yang diragui dalam daftar pemilih.

“Saya beritahu SPR pada November terdapat 60 nama berdaftar dalam satu rumah. Pemilik rumah terlebih dahulu memberitahu saya beliau tidak membenarkan orang lain untuk menggunakan alamatnya untuk berdaftar sebagai pemilih,” katanya.

PAS sudah nampak hasil tahaaluf siyaasi - Salahuddin Ayup

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub 
KUALA LUMPUR – Walaupun Pas gagal membentuk kerajaan Persekutuan pada PRU13, namun ia tidak bermakna parti itu perlu menamatkan kerjasama politik atau tahaaluf siyaasi di antara PKR dan DAP dalam PR.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata Pas akan terus mempertahankan kerjasama politik itu bagi memastikan parti itu kekal relevan dalam arena politik negara ini.

“Kita percaya melalui keputusan yang dicapai muktamar lalu, tahaaluf siyaasi yang dicapai pada hari ini telah menampakkan hasilnya malah ia jauh lebih baik dan berjaya melakar kecemerlangan berbanding ketika Pas bersendirian pada pilihan raya 1982, 1986 dan 2004.

“Pas juga telah buktikan kekuatan dan kesepaduan jentara pilihan raya lalu membolehkan Pas memperolehi undi popular melebihi BN,” katanya dalam wawancara eksklusif Sinar Harian Online, di Pejabat Agung Pas, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan meneruskan tahaaluf siyaasi dalam PR selepas resolusi Multaqa Ulama mengusulkan supaya ia dikaji semula.

Dalam pada itu, Salahuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan, dakwaan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib minggu lalu yang mengatakan sokongan pengundii Melayu terhadap semakin merosot itu tidak berasas, sebaliknya Pas berjaya menambah kerusi Parlimen di beberapa negeri termasuk dalam kubu kuat BN.

PAS tetap tolak kerjasama dengan Umno - Khalid Samad


Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor, Khalid Samad (gambar) berkata, tidak ada ruang kerjasama dengan Umno selagi ia tidak mengubah dasar dan perjuangan parti itu.
Khalid berkata, tawaran kerjasama yang diumumkan Umno hanyalah mainan politik parti itu semata-mata.
"Selagi Umno tetap Umno maka tidak ada ruang kerjasama, ia tidak akan langsung berlaku," kata ahli Parlimen Shah Alam itu pada satu sidang media PAS Selangor hari ini di Shah Alam.
Khalid yang dilihat menyindir parti itu berkata, isu kerjasama Umno dan PAS sering dibangkitkan parti tersebut.
"Mereka cerita hendak kerjasama tapi seolah-olah Umno ini biasanya kata mahu jadi kawan kita lepas itu dia ketuk kepala kita jadi bagaimana untuk kita mempercayai mereka," katanya.

Bancian Media: Anwar digemari Utusan, tapi portal suka Najib




 
Hubungan media negara ini dengan dua pemimpin politik tertinggi negara boleh diibaratkan seperti 'benci-benci sayang'.

Satu kajian media mendapati keghairahan Utusan Malaysia dalam memberi liputan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan beliau ahli politik yang paling banyak diberikan publisiti oleh akhbar itu (carta di atas).

Pada masa sama, media bercetak lain seperti New Straits Times, The Star dan Sinar Harian pula lebih menyerlahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anwar menduduki carta teratas dalam liputan oleh Utusan. Namun, beliau didapati dihentam secukup-cukupnya oleh akhbar itu dalam satu laporan pemantauan media dalam tempoh 7 April 2013 sehingga 7 Mei 2013.NONE


Portal Malaysiakini (lihat carta atas) dan The Malaysian Insider yang sering dituduh sebagai propembangkang bagaimana pun didapati memberikan liputan paling banyak kepada Najib.

NONENamun, Najib didapati diberikan liputan positif dan negatif pada masa yang sama oleh portal-portal itu, seperti dikaji University of Nottingham dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

Sementara itu, Malaysiakini didapati memberikan liputan seimbang untuk kedua-dua pihak, iaitu BN dengan 48 peratus dan Pakatan 49 peratus (kanan).

Lain-lain pihak, termasuk bebas mendapat liputan 5 peratus.

PAS mesti keluar pakatan - Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Cadangan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib di Multaqa Ulama Se-Malaysia di Alor Setar, Kedah minggu lalu, supaya PAS mengkaji semula tahaluf siyasi atau hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP harus diberikan perhatian serius oleh semua pimpinan PAS.

Walaupun PAS kini sudah pun diperalatkan, tetapi masih belum terlambat. Saya harap Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz NIk Mat jelas dalam soal ini.

Kerap kali saya mengingatkan PAS supaya berhati-hati dalam kerjasama dalam pakatan pembangkang. Nampaknya, ingatan saya mula menjadi kenyataan. Tidak ada guna berkawan dengan orang yang tidak suka pada Islam atau tidak beramal dengan Islam, apatah lagi menentang Islam, meskipun telah lama dipujuk.

Tidakkah lebih baik kita berkawan dengan orang yang sudah sedia Islam dan bersedia untuk berbincang melaksanakan agenda Islam, iaitu Umno. Umno dahulu berbeza dengan Umno kini.

Mereka yang mahukan Islam semakin ramai, walaupun mungkin ada sedikit kalangan pimpinannya yang tidak mahu. Apatah lagi Umno hari ini berada dalam keadaan tersepit.

Tidakkah keadaan 'tersepit' itu boleh juga dimanipulasikan demi kepentingan Islam? Tidakkah tahaluf siyasi boleh dilaksanakan di sini daripada bersama penentang Islam.

Saya tidak nampak pakatan pembangkang boleh menjadi medan dakwah kepada Pas kerana PKR dan DAP tidak pernah berubah pendekatan terhadap Islam. PKR tidak mahukan Islam menjadi dasar, manakala DAP terang-terang menolak dan menentang Islam.

Lihatlah pada cara mereka membela kes di mahkamah, apabila berlaku pertentangan dengan Islam atau Islam lawan bukan Islam. Mereka langsung tidak menampakkan rasa hormat terhadap Islam. Sama juga isu rumah ibadat baru-baru ini. Tidak perlu saya sebut siapa dan di mana. Semua telah maklum.

Jika berhujah pasal hak, berapa banyak lagi rumah berhala diperlukan, sehingga bilangannya menenggelamkan surau dan masjid. Bilangan bukan sedikit, tetapi berkali-kali ganda. Statistiknya telah saya paparkan sebelum ini, sama ada yang sah atau tidak sah.

Ingin saya bertanya kepada PAS berapa ramai orang PKR dan DAP memeluk Islam setelah sekian lama berkawan? Atau sekurang-kurangnya berlembut dengan Islam? Boleh dikatakan tidak ada. Yang amat ketara, 'hak' mereka, walaupun bukan hak, pantang diusik sama sekali.

Paling tidak, hormatilah pendirian PAS mengenai Islam dan negara Islam. Ini tidak, pantang disebut sahaja nilai-nilai Islam dan negara Islam, maka DAP dan PKR tidak senang duduk, menunjukkan betapa antinya mereka terhadap Islam.

Kolumnis Utusan gesa PAS “manipulasi” Umno untuk tegak Islam


Kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah (gambar) menggesa PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) dan bekerjasama dengan Umno kerana parti Melayu itu sedang dalam keadaan ‘tersepit’ dan boleh dimanipulasi untuk kepentingan Islam.
Menurut kolumnis kontroversi itu, tahaluf siyasi atau kerjasama dengan PKR dan DAP dalam PR tidak akan dapat memperkukuh lagi kedudukan agama Islam di Malaysia kerana kedua-dua parti itu merupakan “penentang Islam”.
“Tidakkah lebih baik kita berkawan dengan orang yang sudah sedia Islam dan bersedia untuk berbincang melaksanakan agenda Islam, iaitu Umno? Umno dahulu berbeza dengan Umno kini. Apatah lagi Umno hari ini berada dalam keadaan tersepit.
“Tidakkah keadaan 'tersepit' itu boleh juga dimanipulasikan demi kepentingan Islam? Tidakkah tahaluf siyasi boleh dilaksanakan di sini daripada bersama penentang Islam,” katanya dalam tulisannya bertajuk “PAS mesti keluar Pakatan” hari ini.
Ridhuan menyokong cadangan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib di Multaqa Ulama Se-Malaysia di Alor Setar, Kedah minggu lalu, mengenai parti itu perlu mengkaji semula tahaluf siyasi atau hubungannya dengan PKR dan DAP.
“Walaupun PAS kini sudah pun diperalatkan, tetapi masih belum terlambat. Saya harap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jelas dalam soal ini,” katanya.
Menurut Ridhuan, PR tidak boleh menjadi medan dakwah kepada PAS kerana PKR tidak mahu Islam menjadi dasar dan DAP terang-terangan menolak Islam.
“Lihatlah pada cara mereka membela kes di mahkamah, apabila berlaku pertentangan dengan Islam atau Islam lawan bukan Islam. Mereka langsung tidak menampakkan rasa hormat terhadap Islam.
“Sama juga isu rumah ibadat baru-baru ini. Tidak perlu saya sebut siapa dan di mana? Semua telah maklum,” katanya.

The TICKING TIME-BOMB that is Umno Baru


Indeed as the clock ticks away with the drawing closer of the UMNO Baru’s Assembly, the political dramas unfolding on a daily basis is a concern we cannot sit and watch.
Patriotism demands an immediate stop to all the politicking and a citizens' ultimatum given to get on with the job of administering the country in the best interest of the 28 million people.
The TICKING TIME-BOMB that is Umno BaruThe many announcements, advice, pronouncements and counter-hints from within the barracks of UMNO Baru clearly indicate a deteriorating power struggle. To deny that is a good as calling night, day.
Nation held to ransom by Umno infighting
Come to think of it, the minority vote polling political party has been rigged with endless battles since the time of the Semangat-46 days. But despite all these years, and despite a clear signal from the voting public since the tsunami general elections of 2008 and 1023, UMNO Baru has not learnt its lessons right.
On the one hand we have an ex-Prime Minister stacking his cards with all kinds of political maneuvering. It appears that his determination to carve a political legacy according to his mantra has not ceased.
At the same time we witness UMNO Baru loyalists of the current Prime Minister calculating their moves for their own power and control agendas.
Between these two tangents that are diametrically opposed to each other, the Malays are being turned pawns. The unending race, religion and rule sentiments being drummed up by various entities within the UMNO Baru camp has become academic now. Never mind the fact that of the 52% of votes that went to the opposition block also included Malays.
Since the close of the 2013 general elections, we have not missed one day that did not rub the diffrent segments of the population in Peninsula Malaysia, Sabah and Sarawak the wrong way up. We are not seeing policies and actions that address the 'Way Forward' for all Malaysians.
Instead, the priority is in jostling, undermining, smearing and counter attacks that is punching far too many holes inside the already fatigued political party machine, UMNO Baru.
Indeed the nation is being held at ransom from this leadership crisis and party in-fighting. Even if the political elite within the barracks try to deny it, it is already too late in the hour as the soiled political linen has been washed for far too long in public.
Businesses are suffering. Genuine and established investors are taking a cautious restrain. Only those out to profit from the impending chaos may be coming in droves.
Meanwhile, salaried administrators within the government machinery are also being waxed thin as they are in a predicament as to who to show allegiance given the mounting conflicts within the corridors of decision makers in UMNO Baru.
Ticking time-bomb

Apa untungnya jika PAS bersendirian?

Oleh Timmy Say
Di Multaqa Ulama PAS timbul cadangan untuk mengkaji semula tahaaluf siyasi (kerjsama politik) bersama komponen parti Pakatan Rakyat, terutamanya PKR, dari segi untung-ruginya pada PAS dan juga kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS.
Dalam hal ini, pihak yang menuduh Dewan Ulama PAS berkeinginan untuk bersama Umno adalah jauh tersasar sekali.

Kerjasama dengan Umno langsung tidak akan dipertimbangkan memandangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pernah berkata beliau sesekali tidak akan membenarkan kerjasama politik antara PAS-Umno berlaku selagi beliau masih hidup. Kajian yang disarankan hanya ada dua pilihan – sama ada PAS lebih elok kekal di dalam Pakatan Rakyat mahupun PAS lebih elok bersendirian menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam setiap kerusi yang ditandingnya pada PRU14.
Persoalan yang lebih mudah ialah, apa untungnya bagi PAS jika bersendirian di dalam politik Malaysia?
Menggunakan analogi, PAS adalah ibarat burung bersayap satu sebelum mengadakan sebarang kerjasama politik dengan mana-mana parti pembangkang.
Umno sengaja membuat PAS bersayap satu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dengan meracun rakyat bukan Islam untuk melihat PAS sebagai satu parti yang ekstrem. DAP dan PAS tidak boleh duduk bersama, dan asalkan mereka tidak boleh duduk bersama, rakyat tiada alternatif melainkan mengundi Umno-BN.
Burung bersayap satu PAS itu tidak pernah berjaya terbang keluar daripada sekitar sarangnya iaitu kawasan pantai timur, Terengganu dan Kelantan.
Bagi Umno, seeloknya PAS dikurung begitu buat selama-lamanya, kerana hanya dengan cara itu, orang Melayu akan melihat Umno sebagai satu-satunya parti yang ada untuk melindungi mereka.
Tak apa Kelantan tewas. Tak apa juga Terengganu tewas sekali-sekala, asalkan PAS tidak boleh menjejakkan kakinya ke pantai barat, Umno akan rasa selesa kerana BN akan terus berkuasa.
Dengan tahaaluf siyasi, PAS akhirnya berjumpa sayap keduanya dan menjadi burung bersayap penuh. Kerjasamanya dengan DAP dan PKR membawanya terbang keluar daripada kawasan pantai timur.
Berbekalkan sayap DAP-PKR, PAS akhirnya berjaya bertapak di beberapa negeri di pantai barat pada 2008 – menguasai Perak, Kedah dan juga berpengaruh di Selangor. Pada pilihan raya umum 2013, PAS kehilangan Kedah, tapi PAS berjaya meningkatkan jumlah kerusi di Selangor dan juga di Terengganu.

Ulama vs non-Ulama: Game `Pecah dan Perintah’ Mujahid

Oleh Muhammad Atiullah Othman
Merujuk kepada tulisan Mujahid dalam blognya, menunjukkan game zaman penjajah iaitu pecah dan perintah (divide and conquer).
Dengan memainkan pemecahan dalaman PAS ini, Mujahid dapat merealisasikan ideanya dalam buku “Rujuvenasi PAS” bagi menamatkan “kepimpinan ulama” yang diasaskan oleh ayahandanya sendiri iaitu Ustaz Yusof Rawa.

Mujahid memudahkan game ini dengan memberi definisi tidak benar mengenai ulama. Mujahid menyebut, “istilah ulama melambangkan keilmuan dan keterbukaan”. Definisi ulama ini menambah “keterbukaan” yang tiada dalam sebarang kamus tersohor. Dengan meletakkan makna keterbukaan, Mujahid boleh menafikan title ulama dengan mudah apabila melemparkan tuduhan seseorang ulama tidak diterima cara keterbukaan Mujahid dan golongan yang tidak sekongkol dengan ulama. Cara ini membuka ruang bagi mencabut title ulama dari kalangan pemimpin PAS.Tanpa berselindung, Mujahid mengenepikan peranan ulama dalam menghadapi krisis dan konflik. Perhatikan luahannya, “Mengurus konflik dan krisis tidak memerlukan ulama atau tidak ulama, tetapi ianya memerlukan seseorang yang mampu melihat secara positif bahawa dalam krisis dan konflik”. Mujahid secara langsung mengenepikan peranan ulama sebagai elemen penting dalam penyelesaian krisis dan konflik. Sepatutnya, krisis dan konflik gerakan Islam perlu dan wajib merujuk kepada akidah dan syariat Islam yang difahami secara mendalam oleh ulama. Kegagalan merujuk ulama ini akan membuka ruang gerakan Islam tersasar daripada dasar dan prinsipnya.
Sebenarnya, pemikiran Mujahid gagal mengenal dasar dan prinsip Islam. Mujahid hanya mengenal wasilah dan strategi semata-mata. Perhatikan coretannya yang tidak langsung mengetengahkan kepentingan dasar dan prinsip Islam dalam gerakan Islam, “Nama Islam pada parti politik tidak menjamin ia suci dari kerenah manusia yang menggerakkan parti Islam. Apa yang perlu ada ialah kemahiran menguruskan dinamika ini kerana ia akan memberi peluang yang cerah kepada perubahan yang amat diperlukan oleh PAS hari ini jika ia mahu kekal relevan”.

NAJIB NOW MORE HATED THAN DR M! When a leader for all fails to consider the welfare of all

NAJIB NOW MORE HATED THAN DR M! When a leader for all fails to consider the welfare of allPrime Minister Datuk Seri Najib Razak announced that the government will empower Bumiputeras' economy through five major measures and said that it is a move to thank Bumiputeras for supporting the BN in the May 5 General Election. The five major measures covers a wide range of scope and mobilises billions of ringgit, meaning that in terms of education, business and entrepreneurial opportunity, property ownership, corporate ownership and other fields, Bumiputeras are going to receive more favourable incentives and assistance.
After the Umno party election was kicked off on 7 September, the government announced the series of measures to empower the economy of Bumiputeras. It might be described as a common practice on the eve of the party election. However, politicians should not consider only for a particular group and affect the country's overall economic development just to win over party members' support and consolidate position in the party.
We believe that encouraging Bumiputeras' participation in national economic development programmes could enhance their economy, reduce the wealth gap and play a role in improving racial unity and social peace. It has also been the government's persevering goal over the past few decades. And the government's preferential policies to Bumiputeras over the years have achieved remarkable results. The average monthly household income of Bumiputeras last year had soared from RM172 in 1970 to RM4,457 and poor family rate had also dropped from 64.8% in 1970 to 2.2%. Instead of moderately letting go the helping hand so that Bumiputeras can strengthen their competitiveness and self-reliant ability, the government is going to provide more preferential policies instead. Obviously, it is a shocking move contrary to the trend of globalisation and openness.
Betraying the minorities