Selasa, 17 September 2013

Tahaluf Siyasi PR (Ulasan Resolusi Multaqa Ulama) - Dr UZAR

Bumiputera Majoriti Menghadapi Masalah Kemiskinan - PAS

Skim Amanah Saham Bumiputera 2 @ ASB2 Dilancarkan? 10 Bilion Unit Saham? Duit Kerajaan Semakin Susut?

ASB 2Dalam tempoh 5 tahun, kerajaan pimpinan Datuk Najib sudah pun menerbitkan dua dana. Satu adalah Amanah saham 1 Malaysia (AS1M) dan yang terbaru Amanah saham Bumiputera 2 (ASB2).
Skim Amanah Saham Bumiputera 2 @ ASB2 (10 Bilion Unit Saham)

    SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Skim Amanah Saham Bumiputera 2 atau ASB2 akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad, dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham.

    Ekuinas pula akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera.

Pada awalnya Berita Semasa tidak jelas erti “suntikan” di mata kerajaan. Mengapa perlu suntik modal pada ASB2? Bukankah pelabur yang melabur dikirakan sebagai menanam modal? Bukannya kerajaan yang melabur.

Ertinya di sini, ekonomi Malaysia dalam keadaan tidak baik sekarang ini. Ekonomi Malaysia mengalami defisit yang sangat merisaukan. Hutang kerajaan Malaysia sudah melebihi RM600 bilion . Hutang isi rumah yang tinggi. Hutang bagus? Bagus…jikalau diuruskan dengan bijaksana. Tetapi jikalau hutang yang terlalu tinggi, apakah kesannya kepada entiti dan individu?

Walaubagaimanapun untuk kalangan rakyat Malaysia yang tidak berminat untuk berniaga, tidak tahu kemana mahu dililaburkan duit mereka, ASB2 adalah platformnya berbanding pelaburan yang lain.

Guna Minyak RON 95 Sebulan : Gaji RM3000 & Ke Bawah (Minyak RM132) VS Gaji RM5000 & Ke Bawah (Minyak RM375).

minyak vs pendapatan
Minyak ROn95 Vs Gaji : Akhirnya salah seorang menteri Malaysia yang acapkali “menjunjung tinggi” segala dasar dan pelaksanaan kerajaan Malaysia sesuai dengan kapsiti beliau sebagai seorang menteri ___________________.
Kali ini, Ahmad Maslan tampil dengan formula pengiraan yang membantu rakyat Malaysia mencongak dan merancang kewangan mereka setiap bulan walaupun dek kerena bahang kehangatan kenaikan harga minyak RON95 terutamanya. Caranya ialah?
“Ada orang pernah memberikan nasihat, jikalau tidak tahu lebih baik diam. Diam itu lebih baik sebenarnya”
Tetapi apabila tetap mahu bersuara. Akhirnya ini hasilnya….
Gaji Vs Minyak
Kali ini, menteri sendiri seperti Ahmad Maslan membantu rakyat Malaysia mengirakan duit minyak RON95 kita dan anda semua.

Pengiraan Penggunaan Minyak RON 95 Sebulan VS Gaji Rakyat Malaysia

  • Pendapatan kumpulan rakyat Malaysia yang mendapat gaji RM3000 sebulan & ke bawah akan pakai minyak RM132 ÷ 30 = bersamaan RM4.40 sehari
  • RM4.40 ÷ RM2.10= 2.1 liter sehari
  • Pendapatan kumpulan rakyat Malaysia yang mendapat gaji RM5000 sebulan & ke bawah akan pakai minyak RM375÷ 30 = bersamaan RM12.50 sehari
  • RM12.5 ÷ RM2.10= 5.95 liter sehari
Ini bermakna, rakyat Malaysia berjaya bergerak dengan lancar tanpa sebarang kesesakan dan majoriti kedudukan tempat kerja rakyat Malaysia sekarang hanya sekitar sebatu sahaja dari kediaman masing-masing. Benarkah? Realitinya?

AKIBAT JADI MEDIA FITNAH NO 1 MALAYSIA



"Geng 13" Kudeta Perak: Hakim dengar permohonan tangguh hukuman Khamis ini

TAIPING: Mahkamah Tinggi Taiping hari ini menetapkan 19 September ini (Khamis) untuk pendengaran permohonan penangguhan hukuman yang dijatuhkan terhadap 13 peserta demonstrasi di Bukit Chandan ketika krisis politik Perak tahun 2009 lalu.

Hakim, Datuk Ahmad Nashfi telah menerima permohonan tersebut untuk didengarkan selepas bertemu dan berbincang dengan pihak peguam tertuduh ketika prosiding.

Peguam tertuduh, Aminuddin Zulkipli turut memfailkan perakuan segera bagi mempercepatkan pendengaran kes tersebut.

"Setelah berbincang, berjumpa dengan hakim, Yang Arif telah menerima untuk pendengaran penangguhan hukuman tersebut pada Khamis ini.

Presiden PAS: Atas nama Bumiputera, tak betul jika abai hak kaum lain..!!!

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata langkah menyalurkan bantuan kepada golongan bumiputera sahaja adalah satu tindakan tidak betul.

Katanya, PAS menganjurkan dasar negara berkebajikan dan bantuan seperti itu perlu diagihkan sama rata kepada semua kaum.

"Tak betul (dasar bantuan) atas nama hak bumiputera tapi abaikan hak orang lain,” katanya lagi.
Katanya, isu bahawa masyarakat bumiputera lebih banyak ketinggalan dari segi ekonomi sememangnya difahami.
Namun, konsep tersebut harus adil kepada semua, tegasnya dalam sidang media di ibu pejabat PAS petang ini.
Beliau turut diminta menyatakan pandangan berhubung kenyataan bahawa langkah kerajaan untuk membantu bumiputera itu dibuat mengikut perlembagaan.
Mengulas perkara itu, Hadi berkata hak rakyat Malaysia juga penting.

Christian-Muslim dialogue in Penang goes on smoothly, even protesters attend


Despite many challenges, a Christian-Muslim dialogue at a church in Penang last night went on smoothly amid heavy presence of policemen.
Even the protesters who were against it attended the two-hour session at St. Mark's Church to listen to what was being discussed.
The dialogue was organised by PAS's Parit Buntar Member of Parliament Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (pic) and the party's Tasik Gelugor information chief Abdul Rahman Kasim, and Reverend John Kennedy from the Anglican church.
On Saturday, several non-governmental organisations held a protest at George Town's Speakers' Square to oppose the programme. A police report was also lodged against Mujahid for organising the dialogue.
Mujahid said today that he was accused of not having the expertise to organise the session and was also told that he does not represent the Muslim community.
“But that is their view. What I was most disappointed with was that there was still opposition to the dialogue right until the last minute," he lamented.
Certain quarters had even insisted that Mujahid get the consent from the Conference of Rulers before holding the dialogue.
"There was so much pressure for us to cancel the dialogue. The venue was changed from the church to a restaurant but we were told to leave as protesters had gathered outside there as well."
The dialogue was then moved back to the church in Butterworth where at least 60 people joined the session hosted by Kennedy.
Mujahid said members of the NGOs who protested earlier and several police officers also joined in.
Mujahid said the dialogue was on fostering unity and peace among the different faiths.
"We did not discuss theological differences or any other argument but simply about what can be done to heal relationships," he added.
He said such dialogues will continue whatever the outcome of the court decision on the use of the term "Allah" by Christians.

AMK Sarawak: Dedah urusniaga jual-beli balak

NazibKUCHING 17 SEPTEMBER: Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sarawak, Ahmad Nazib mendesak kerajaan mendedahkan urusniaga syarikat pembalakan di negeri itu dengan rakan niaganya di Jepun.
Reaksi demikian dinyatakan berhubung pendedahan NGO antarabangsa Global Witness, bahawa syarikat Jepun, Sojitz Corporation dan Itochu Corporation membeli ‘balak haram’ dari Samling Global dan Shin Yang Group yang berpangkalan di Sarawak.
“Dedahkan perjanjian, transaksi dan urusniaga jual beli. Kalau salah satu pihak menyalahi undang-undang, mereka (kerajaan ) boleh batalkan (perjanjian dan urusniaga)
“Kita menggesa kerajaan Malaysia untuk menguatkuasakan undang-undang di peringkat antarabangsa dan lakukan siasatan terperinci,” kata Nazib kepada Keadilandaily.
GW
Sebahagian laporan didedahkan Global Witness

Hari Penjajahan: Polis ugut tangkap anak muda buat perarakan

Antara perkataan yang terdapat pada baju anak-anak muda itu ialah "Apa Anak-Anak Sarawak dan Sabah Mau Lagi?"
KOTA KINABALU : Sekumpulan 20 anak muda Sabah yang cuba membuat perarakan protes tentang apa yang mereka dakwa “Hari Penjajahan” tidak dapat berbuat demikian semalam sebab polis memberi amaran akan menangkap mereka.
Kumpulan berkenaan yang berpakaian t-shirt hitam dan kuning mula berkumpul di depan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada jam 8.30 pagi tetapi anggota polis, beruniform dan berpakaian awam, jauh lebih banyak dari mereka.
Tinjauan FMT mendapati kira-kira 30 anggota polis berada di kawasan itu.
Menurut pemimpin kumpulan anak muda itu, Jalumin Bayogoh, mereka sudah memberi notis kepada pihak polis tetapi pagi semalam diberi amaran polis akan menangkap mereka jika berucap atau jika menaikkan sebarang kain pemidang dan membuat perarakan di bandaraya.
“Polis beritahu kami, angkat saja “hailer” terus tangkap. Hasmin Azroy Abdullah yang turut memimpin kumpulan ditarik polis ke van dan diberi amaran yang serupa. Dia hanya dapat sertai kami semula di akhir perhimpunan kami,” kata Jalumin yang juga salah seorang pemimpin Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah.
Azroy merupakan Ketua Pemuda parti itu di Sabah. Kedua-dua mereka pernah bertanding bagi kerusi Parlimen atas tiket Star pada pilihanraya Mei 2013 lalu.
Kumpulan itu kemudian bergerak menuju ke Asia City, kira-kira 800 meter dari bangunan mahkamah dan berehat di sebuah restoran di sana, terus di bawah pengawasan anggota polis berpakaian awam.

Pendidikan berubah, anak-anak jadi tempat ujian


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru agar kerajaan kembali kepada asas pendidikan mengikut acuan pembangunan manusia yang mempunyai fitrah dan roh sebagai hamba Allah.

Katanya,  sistem pendidikan yang ada pada hari ini malangnya tidak sebegitu menyebabkan anak-anak menjadi mangsa.

"Sistem pendidikan yang dibuat kerajaan sentiasa berubah, anak-anak kita dijadikan tempat ujian sahaja. Selepas gagal, buat yang lain puncanya tidak guna acuan yang ditetapkan oleh Allah Taala.

"Akhirnya dengan sistem yang diamalkan ini melahirkan manusia yang bodoh tidak boleh diajar cerdik tidak boleh diikut," katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, banyak yang disalahgunakan kerana tidak beramanah ekoran acuan pendidikan yang salah.

"Pelan pendidikan masih mengulangi acuan yang sama bermula Penyata Razak Penyata Rahman Talib. Tidak memberi apa-apa makna," katanya.

Tribunal Rakyat dedah penipuan PRU-13 berlangsung 18-22 September

1208838_584234954948592_232204698_n
SHAH ALAM 17 SEPTEMBER: Orang ramai dialu-alukan untuk hadir mengikuti prosiding Tribunal Rakyat, sebuah inisiatif Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih 2.0) bermula dari 18 hingga 22 September bertempat di Throne Room, Hotel Empire, Subang Jaya.
Tribunal itu akan bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Ianya turut disiarkan secara langsung di TVSelangor pada pautan www.selangorku.com dan melalui radio rasmi Tribunal Rakyat di pautan www.radiobangsarutama.com.
Enam individu ternama yang berkelayakan akan menganggotai Tribunal ini, tiga dari luar negara dan tiga dari Malaysia.
Mereka akan duduk bersidang untuk menerima, meneliti dan menyiasat laporan orang ramai dan akhirnya mereka akan mengeluarkan laporan kepada umum.
Tiga individu dari luar negara ialah bekas Wakil Khas Setiausaha Agung PBB di Kemboja, Yash Pal Gai, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Ramlan Surbakti dan Kraisak Choonhavan, bekas Presiden ASEAN Inter-Parliamentary Myanmar Caucus (AIPMC).
Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan, boleh menghubungi sekretariat penganjur di talian 03-77844977 atau melalui emel di alamat bersih.tribunal@gmail.com

PAS dalam Pakatan perkukuh sistem dua parti


KUALA LUMPUR: PAS akan meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat memandangkan hubungan parti itu lebih kukuh dan baik berbanding hubungan antara parti dalam Barisan Nasional.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata hubungan dalam Pakatan Rakyat itu perlu diteruskan sebagai sistem dua parti.

"Memang semua parti politik dalam Pakatan Rakyat mempelajari cara parti masing-masing. Sehingga kini kita teruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat sebagai sistem dua parti yang lebih kukuh, lebih baik berbanding pakatan BN," tegas beliau pada satu sidang media, di Pusat Media PAS, petang ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung kerjasama PAS dalam Pakatan rakyat, khususnya dengan PKR.

Setiu Wetlands: Tanah rakyat bila nak bagi semula


KUALA LUMPUR: Rakyat wajib dihargai untuk mereka membina kehidupan di atas sebidang tanah milik sendiri yang pernah mereka miliki dan usahakan tapi akhirnya dirampas, kata Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim (gambar).

Beliau menyatakan demikian merujuk kepada kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman yang menyatakan kawasan tanah bencah di Setiu yang dikenali sebagai Setiu Wetlands kini dalam proses untuk diwartakan sebagai Taman Negeri dalam usaha memulihara ekosistem serta biodiversiti alam semula jadi.

Berhubung perkara itu, ujar beliau pihaknya melihat ia sebagai suatu langkah yang baik serta penghargaan kepada alam sekitar.

Apatah lagi, ujarnya telah sedia termaktub di dalam 'Rancangan Tempatan Daerah Setiu' (Setiu Local Plan) tahun 2003 - 2015, kerajaan negeri Terengganu telah menetapkan bahawa kawasan tanah lembah adalah kawasan sensitif alam sekitar atau Environmentally Sensitive Area (ESA) dan Setiu Local Plan telah menetapkan di mana hanya aktiviti rekreasi yang dibenarkan untuk dilakukan di kawasan terbabit.

SPRM siasat bekas ADUN UMNO kes dana 1Azam (Akhiri Zaman Miskin).

Seorang bekas setiausaha politik kepada seorang ahli politik terkemuka Umno ditahan Jumaat lalu untuk disiasat berhubung tudughan menyalahguna dana kerajaan menerusi program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin).

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan tersebut, dan turut mengakui bahawa individu berkenaan juga adalah bekas ADUN dan bekas pemimpin pelajar.

"SPRM mengesahkan penahanan individu tersebut untuk tujuan membantu siasatan. Beliau dibebaskan pagi ini selepas keterangannya dirakam," kata pegawai yang enggan dinamakan itu.

IPP, syarikat minyak tidak terima subsidi kata Menteri Kerajaan UMNO@BN...!!!

PENGELUAR tenaga bebas (IPP) dan syarikat-syarikat minyak tidak mendapat subsidi daripada kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.
  
Beliau berkata, subsidi gas disalurkan kepada pengguna tenaga elektrik, bukannya IPP.
  
"Dalam konteks peningkatan harga diesel dan petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter baru-baru ini, dakwaan bahawa peningkatan itu boleh dielakkan jika subsidi kepada IPP dan syarikat minyak ditarik semula memang tidak berasas.
  
"Hakikat atau kebenaran paling nyata ialah kerajaan langsung tidak membiayai sebarang subsidi kepada IPP atau syarikat minyak ini, satu sen pun tidak," kata beliau dalam blognya yang bertajuk "The Truth about Subsidies".
  
Beliau berkata, tanggapan bahawa subsidi bagi rakyat boleh diteruskan sekiranya subsidi kepada syarikat terbabit ditarik semula bukan hanya memintas penjelasan sebenar berhubung rasionalisasi subsidi, malah, ianya tidak benar sama sekali.

Undi merosot, BN teraba-raba cari kawan...


KUALA LUMPUR: PAS akan meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat memandangkan hubungan parti itu lebih kukuh dan baik berbanding hubungan antara parti dalam Barisan Nasional.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata hubungan dalam Pakatan Rakyat itu perlu diteruskan sebagai sistem dua parti.

"Memang semua parti politik dalam Pakatan Rakyat mempelajari cara parti masing-masing. Sehingga kini kita teruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat sebagai sistem dua parti yang lebih kukuh, lebih baik berbanding pakatan BN," tegas beliau pada satu sidang media, di Pusat Media PAS, petang ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung kerjasama PAS dalam Pakatan rakyat, khususnya dengan PKR.

Mengulas isu sama ada PAS bersedia untuk mengkaji semula tahaluf siasi kerana kononnya menjadi sebab kemerosotan undi terhadap PAS, beliau bagaimanapun menafikannya.

"Tahaluf siasi bukan penyebabnya. PAS dapat meningkatkan undi di Selangor. Dari tiga exco kepada empat exco dan dari lapan kerusi kepada 15 kerusi. Begitu juga di Terengganu. Kita juga dapat tambah kerusi di Melaka, juga Johor," tegas beliau.

PAS tolak program pemerkasaan Bumiputera cara UMNO@BN


PAS tidak bersetuju terhadap program pemerkasaan ekonomi Bumiputera pada Sabtu yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak ekoran insentif itu hanya diberikan kepada satu kaum dengan meminggirkan kaum minoriti di Malaysia, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya Presiden PAS itu, mereka lebih mengutamakan kerajaan berkebajikan yang tidak hanya memfokuskan kepada kaum Bumiputera sahaja.
"Kita sedar kaum bukan Bumiputera turut berdepan dengan masalah kemiskinan oleh kerana itu PAS menjunjung prinsip keadilan dan kesaksamaan bagi menghapus kemiskinan. Kerajaan melakukan perkara yang salah kerana atas nama Bumiputera, agenda bukan Bumiputera telah diabaikan.

Terus Merayu: Umno masih terbuka untuk bekerjasama dengan PAS, kata Muhyiddin


Umno masih terbuka untuk kerjasama dengan PAS, kata Muhyiddin. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Suffari, 17 September, 2013.Umno masih terbuka untuk kerjasama dengan PAS, kata Muhyiddin. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Suffari, 17 September, 2013.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan PAS.
Menurut beliau, BN sentiasa terbuka mengambil apa jua langkah termasuk mengadakan perbincangan bersama PAS bagi tujuan menyatu padukan umat Islam.
"Kita tidak kisah bekerja bersama PAS atau Pakatan sekiranya ia demi kepentingan Muslim di negara ini dan kita yakin sekiranya Umno bekerjasama dengan PAS banyak yang dapat dicapai," kata beliau dalam Program Sesi Dialog Timbalan Perdana Menteri bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak hari ini.
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dalam ucaptamanya semasa Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan PAS telah mencadangkan agar kerjasama politik di antara parti Islam itu dan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya PKR dikaji semula.
Ini ekoran rasa tidak puashati mereka dalam kerjasama dengan PR khususnya PKR.
Menurut Muhyiddin, orang Islam di negara ini masih belum berada di tahap terbaik terutama dari segi pembangunan ummahnya.
"Amat penting untuk kita bekerja keras, Malaysia memerlukan kestabilan dalam politik, ia bukan boleh diraih begitu saja kerana itu amat penting adanya kerjasama dalam dua parti ini," kata beliau lagi.

Ekonomi Bumiputera: Bantu juga kaum lain - Presiden PAS

Gagasan Pakatan lebih kukuh untuk diteruskan - Presiden PAS

Biar Muktamar dan perwakilan putuskan

Hishammuddin Tak Mungkin Kalah Naib Presiden UMNO!!

Sementara jawatan Presiden UMNO belum ada kepastian sama ada dipertandingkan atau tidak, sehingga ini posisi yang paling menjadi tumpuan dan dijangka berlaku persaingan sengit ialah jawatan Naib Presiden UMNO. Memandangkan ketiga-tiga penyandangnya, Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal akan mempertahankan jawatan, manakala Isa Samad dan Ali Rustam sudah mengesahkan turut bertanding dan Mukhriz Mahathir pula dijangka akan membuat pengumuman dalam masa yang terdekat, kebarangkaliannya ialah persaingan enam penjuru akan berlaku.

Daripada keenam-enam nama tersebut, pemimpin yang paling dikehendaki memenangi jawatan itu ialah Mukhriz Mahathir. Yang paling dikehendaki kalah pula ialah Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein.

Mukhriz terlihat popular dan dikehendaki, selain kerana kemenangan BN di Kedah dalam pilihanraya umum lalu dan pengaruh bapanya, beliau juga dilihat mewakili pemimpin muda yang diharap-harapkan untuk menerajui UMNO dan kerajaan suatu hari nanti.

Kekerapan Mahathir bercakap tentang perlunya UMNO memberi ruang kepada pemimpin muda, bahkan melontarkan amaran bahawa UMNO akan terus sakit dan mati jika tidak berbuat demikian, tidak diragui lagi telah menghantar mesej yang jelas kepada perwakilan UMNO betapa perlunya pemimpin seperti Mukhriz yang sedang melonjak namanya sekarang terus diberikan kedudukan yang lebih kukuh lagi.

Selain itu, dengan kedudukan Khairy Jamaluddin yang dijangka tiada masalah untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda walaupun bakal dicabar oleh Akramsyah, anak Sanusi Junid, keberadaan Mukhriz di kedudukan kanan parti dirasakan perlu oleh banyak pihak agar beliau akhirnya saling bersaing dan mengimbangi antara satu sama lain dengan KJ dalam tempoh lima atau sepuluh tahun akan datang.

Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera – UMNO-BN muflis formula baru

Pengumuman Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera oleh Perdana Menteri hanya mengesahkan bahawa UMNO-BN gagal mencari formula baru untuk menangani permasalahan Bumiputera. Sementara saya percaya bahawa masih ramai bumiputera yang ketinggalan perlu dibantu dan ini tidak semestinya satu tindakan perkauman, ia mesti dilakukan dengan telus, bertanggungjawab dan cekap.
Kita wajar berasa bimbang kerana berdasarkan pengalaman lalu, agihan saham bernilai RM54 billion atas nama bumiputera menyusut begitu dahsyat sehingga tinggal RM2 billion sahaja. Adalah menjadi tanggungjawab moral untuk UMNO-BN menjelaskan bagaimanakah ini berlaku dan siapakah pemegang saham-saham ini. Kita juga menggesa senarai penerima 1.5 billion saham atas nama bumiputera yang diagihkan pada tahun 2010 turut didedahkan.
Keadilan tegas bahawa prinsip Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang pernah dikemukakan sebelum ini oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu permasalahan kemiskinan ditangani berasaskan keperluan adalah lebih segar dan diperlukan oleh negara kita. Berdasarkan petunjuk garis kemiskinan yang dipakai di Malaysia, insiden kemiskinan berdasarkan etnik menunjukkan Bumiputera meliputi 2.2%, Cina 0.3% dan India 1.8%. Dianggarkan terdapat sekitar antara 300 ribu hingga 400 ribu keluarga miskin, melibatkan kira-kira 1 juta orang.

Russia slams US blame game over UN Syria chemical attack report

GE13 media coverage study reveals bias, bribery

Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) tuntas selesai masalah kemiskinan

AGENDAEKONOMIMALAYSA2KUALA LUMPUR 17 SEPTEMBER: Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu menangani masalah kemiskinan berasaskan keperluan adalah lebih segar Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pengumuman Perdana Menteri mengesahkan Umno-BN gagal mencari formula baru menangani permasalahan ekonomi secara menyeluruh.
“KEADILAN tegas bahawa setiap warganegara Malaysia berhak dibantu untuk berdikari. Hakikat masih ramai Bumiputera memerlukan bantuan tidak harus dinafikan.

Azalina tarik diri kerana ditawar jawatan GLC?

ZuraidaKUALA LUMPUR 17 SEPTEMBER: Ahli parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman menarik diri dari bertanding sebagai Ketua Wanita Umno dipercayai selepas tawaran jawatan tinggi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan hari ini berkata, tawaran jawatan terttinggi di GLC tertentu sebagai imbuhan kepada Azalina yang menarik diri dari mencabar penyandang
Raihan“Rundingan dalaman sedemikian bukan sahaja menggalakkan kronisme, tetapi terus menggalak dan memarakkan budaya buruk.
“Ini seolah-olah contoh yang boleh diibaratkan peluang kepada ahli Umno merasakan dengan mencabar untuk jawatan pucuk pimpinan, maka akan dianugerahkan jawatan tertentu,” kenyataan Zuraida dipetik.
Azalina, bekas ketua Puteri Umno, pada 10 September lalu mengesahkan menarik diri daripada pertandingan Ketua Wanita parti itu, kononnya atas faktor menerima nasihat.
“Ketika Azalina menerima saranan dari kepemimpinan partinya untuk tidak bertanding, ini menunjukkan bahawa sayap Wanita UMNO adalah pengecut dan tak berani bersuara,” kata Zuraida.
Terbaru, pada 13 September, AJK Umno Kulim Bandar Baru, Raihan Suleiman Palestin (kiri) memutuskan untuk mencabar penyandang, Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi jawatan Ketua Wanita Umno.

PAS dan Umno perlu bersatu demi Islam - Muhyiddin

Kerjasama itu diusahakan membabitkan persefahaman dari sudut polisi.

GOMBAK: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan PAS dan Umno perlu bekerjasama demi memastikan kekuatan umat Islam terus kukuh di negara ini.
Muhyiddin berkata jika mahu melihat perpaduan umat Islam terus kukuh, PAS dan Umno perlu bersama dan bekerja sebagai satu kumpulan.
Katanya, kerjasama itu diusahakan membabitkan persefahaman dari sudut polisi.
“Setakat ini Umno tidak ada masalah mengenainya.
“Kita nak lihat kita boleh bekerja bersama sebagai satu pasukan.
“Kita perlu memahami antara satu sama lain,” tegasnya semasa sesi soal jawab antara pelajar Universiti Islam Antarabangsa di sini hari ini.

Aziz Bari: Kerajaan BN patut penuhi perjanjian 1989 dengan Chin Peng

Pakar perlembagaan Aziz Bari berkata kerajaan sepatutnya memenuhi janji yang telah dimeterai dengan Parti Komunis Malaya dan tidak menangguk di air yang keruh dalam isu kematian bekas pemimpin parti tersebut, Chin Peng, untuk manfaat politik.

Menurutnya, kerajaan akan kehilangan kewibawaan jika mereka terus mungkir janji dengan PKM.
Beliau mengingatkan kerajaan bahawa gencatan senjata pada tahun 1989 di antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya (CPM) ditandatangani di antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri dalam negeri serta IGP pada masa itu.

"Berhentilah dari memanipulasi emosi veteran tentera dan polis. Terima kenyataan atau diam sahajalah," kata bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu dalam satu kenyataan.

Iklan GLC untuk bayar saman fitnah Utusan?

Semasa merasmikan bangunan baru milik akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan mereka.
Menurut Najib, Utusan Malaysia adalah lambang kejayaan kaum Melayu di negara ini.
"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC,dan syarikat Bumiputera mereka menghargai Utusan dengan pengiklanan lebih kepada Utusan.
“Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.
Najib menyifatkan sejak 70 tahun penubuhan akhbar berkenaan ia bertujuan untuk memperjuangkan komuniti Melayu.
"Jika Utusan sebagai suara lidah keramat Melayu, lambang imej Utusan juga lambang kejayaan orang Melayu," kata Najib dalam ucapan perasmian bangunan baru akhbar berkenaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Apakah gesaan Najib baru-baru ini agar GLC membeli lebih banyak iklan untuk membayar saman-saman fitnah Utusan Malaysia?

Utusan didakwa kelirukan pembaca

SHAH ALAM 17 SEPTEMBER : Akhbar Utusan Malaysia didakwa sengaja mengelirukan pembaca dengan memberi gambaran bahawa tidak wujud pengundi asing dan gangguan bekalan elektrik dalam PRU-13 lepas, tegas Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming,
utusanDr Kian Ming berkata, beliau tidak bersetuju dengan isi tulisan di muka surat 4 akhbar itu bertajuk “Penipuan pembangkang didedah – pemimpin DAP, PAS akui tidak wujud pengundi hantu mahupun gangguan bekalan elektrik.
“Saya tidak bersetuju dengan pandangan dan gambaran ini kerana saya tidak mempunyai akses kepada semua maklumat untuk semua kawasan pilihan raya di seluruh negara,” kata Dr Ong dalam kenyataan medianya.
Menurut Dr Kian Ming, artikel di Utusan Malaysia itu memetik katanya daripada FreeMalaysiaToday yang diterbitkan 15 September bertajuk “DAP man concurs Pemantau’s findings of no foreign voters, blackouts.”
Dalam artikel Utusan ini, dipetik bahawa beliau berkata – “Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau).”
Dr Kian Ming berkata, artikel itu gagal memberi ruang kepada penjelasan penting dalam artikel bahawa komennya tentang pengundi asing terhad kepada Parlimen Serdang dan gangguan bekalan elektrik hanya Parlimen Bentong.

Rayuan Bantu Keluarga "Geng 13" Kudeta Perak

KUALA LUMPUR: Tabung yang dilancarkan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bagi membantu keluarga 13 peserta Ops Bubar Dun Perak akan diteruskan sehingga mereka dibebaskan.

Menurut Penyelaras Tabung OPS Bubar Mai Suharah Basaruddin, tabung tersebut bagi membantu keluarga peserta yang dihukum penjara dua tahun dan denda RM5,000.

"DMPP memberikan tumpuan kepada tabung ini dan sangat berharap orang ramai sama-sama membantu meringankan beban mereka sepanjang hukuman berlangsung," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Hukuman tersebut dijatuhkan Hakim Norsalha Hamzah selepas didadapati bersalah kerana menyertai demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan semasa dalam Ops Bubar Perak pada 6 Februari 2009.

Sehubungan itu, DMPP menyeru orang ramai yang berkemampuan agar menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mereka.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank DMPP 564025400711.

Manakala sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Whatsapp: 0192135353 atau email psu1.dmpp@pas.org.my

Kes Pertama Didunia : Polis Malaysia awasi sempadan, sekat mayat atau abu Chin Peng..!!!

Polis mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghalang abu atau mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng, yang meninggal dunia di Bangkok semalam, dari dibawa pulang ke negara ini.

Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memantau semua pintu masuk ke negara ini bagi memastikan mayat tersebut tidak diseludup masuk.

“Semua pintu masuk ke Malaysia di pantau dan pasukan polis berjaga-jaga untuk mengelakkan mayat Chin Peng masuk ke negara ini,” katanya dalam satu tulisan di Twitter.

Khalid dalam interaksi dengan pengguna Twitter juga mempertahankan tindakan tersebut kerana menurutnya Chin Peng bertanggungjawab ke atas kematian ramai anggota polis dan tentera semasa Darurat.

Cover Line: Saya bukan rasis suruh tutup Genting - kata Ali Rustam

Turkey downs Syrian chopper

Malaysia delays Sabah 'invasion' trial

Multaqa Ulama: Luahan perasaan untuk pelihara PAS - Presiden

Ambiga expects 30 witness at Malaysia's FIRST-EVER People's Tribunal

Kg Railway residents received 48 hour reprive

Judge recused from Anwar's sodomy appeal as international observers watch on

To me it is clear the govt doesn't care about unity - Ambiga

Anwar Ibrahim dalam penelitian

Oleh RAHMAN SHAARI
BANYAK sekali tulisan tentang Anwar Ibrahim. Pernah saya terima SMS agar saya tidak lagi membicarakannya. Namun, sebenarnya masih ada segi yang belum saya tulis.

Baru-baru ini, dalam satu perbincangan tentang penerbitan buku, muncul idea tentang perlunya sebuah buku politik yang objektif. Seorang tokoh penerbit, Ishak Hamzah, memberikan pandangan jika buku tentang Anwar ditulis secara objektif, pembaca akan memperoleh manfaat.
 

Saya teringat akan tulisan Hishamuddin Rais tentang Anwar. Hishamuddin dikenali sebagai pemimpin pelajar seangkatan Anwar, walaupun beliau lebih muda beberapa tahun.

Hishamuddin dan Anwar sesekali memiliki pandangan yang sejajar. Bezanya, pandangan Anwar pernah pula sejajar dengan Tun Mahathir Mohammad, manakala Hishamuddin sentiasa amat jauh daripada mana-mana pemimpin Umno.

Tulisan Hishamuddin tentang Anwar adalah menarik, kerana kita dapat melihat perbezaan antara dua orang yang sekejap sejalan, dan sekejap berasingan.

Kebanyakan orang tidak mengambil berat apabila Khairy Jamaluddin mengatakan Anwar ialah tokoh yang inconsistent. (The Star, 27 Ogos 2013). Tentulah penyokong Anwar tidak menyukai sifat inconsistent (tidak konsisten) yang disebut oleh Khairy. Namun, Hishamuddin dalam tulisannya menyebutkan sebelum menjadi Islam, Anwar menjadi Melayu. (Suara Keadilan, 3 September 2013).

Ertinya, betullah Anwar inconsistent. Anwar berbeza semasa menjadi pemimpin Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) berbanding semasa beliau menjadi presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Sesiapa yang meneliti pendakian Anwar, pasti segera  teringat bahawa Anwar memasuki Umno selepas agak lama mengetuai Abim. Anwar dua kali menjadi orang nombor satu, iaitu dalam PBMUM dan dalam Abim. Dalam Umno, Anwar jadi orang nombor dua, iaitu timbalan presiden. Yahya Ismail mengatakan Anwar sentiasa menghendaki tempat nombor satu.

Pro UBN atau Pro PR jadi pilihan muktamarin PAS?

Oleh Zainul Faqar Yaacob
"Kita hanya mahu kaji untuk kuatkan lagi muafakat. Kita akan terus bersama dalam PR dan tiada kemungkinan untuk keluar dari pakatan itu," jelas Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Implisitnya, membayangkan perbahasan kali ini secara sentimental tidak lagi menumpu pada polemik kepemimpinan "pro ulamak vs pro profesional", suatu cakap-cakap politik yang malar segar pada setiap kali musim pemilihan parti masa depan itu.
 
Isyarat yang dibawa dalam Multaqa' Ulamak Haraki baru-baru ini sekaligus seakan mendorong perwakilan pada muktamar kali ini untuk menentukan sikap serta sokongan masing-masing.Umumnya, tiap-tiap perwakilan (muktamirin) perlu memilih, sama ada untuk sokong calon pemimpin pro PR atau pro UBN (Umno Barisan Nasional).
Tidak timbul lagi, idea PAS perlu bersendirian sebagaimana menjadi cakap-cakap politik pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), 8 Mac lepas.
Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) walaupun berbeza pendapat mengenai idea Kerajaan Perpaduan (UG) sejak itu, kedua-dua pemimpin saling berusaha untuk "tutup buku" sampai sekarang.
Ini kerana, realiti politik tanah air sekarang menunjukkan Pas diiktiraf sebagai antara kekuatan Pakatan Rakyat, terutama semasa menubuhkan Kerajaan Negeri di Kelantan, Selangor, Perak (sebelum kudeta) dan Pulau Pinang sendiri.
Pasca PRU13, tapak sokongan rakyat terhadap PAS di Selangor umpamanya kian kukuh. Di Pulau Pinang, sungguhpun PAS terus berkubu di DUN Permatang Pasir, Pesuruhjaya Negeri, Datuk Mohd Salleh Man terus diberi kepercayaan sebagai Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) walaupun wibawanya ada dipertikai segelintir pihak.
Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap AJK PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sendiri kini diberi kepercayaan untuk menjadi Ahli Lembaga Pengarah di Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP).
Sebelum ini, Mujahid yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang turut diberi kepercayaan menjadi Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang (ZPP), sebelum 'direhatkan' oleh kepemimpinan tertentu PAS Negeri gara-gara dilihat tidak mesra dengan idea UG dengan UBN.
Semua ini adalah realiti politik yang wujud. Meletakkan PAS sendirian - tidak bersama PR atau UBN - bagi sesetengah pihak masih wajar dilihat sebagai dalih untuk menguntungkan UBN juga.
PAS terus bersama PR, ertinya, pasti menguntungkan parti masa depan itu serta pakatan pembangkang sebelum menempuhi PRU14 nanti.
PAS beralih angin bersama UBN - walaupun Hadi secara jujur menegaskan, "...tiada kemungkinan untuk keluar dari pakatan itu..." - ertinya, pasti menguntungkan parti Islam itu serta memanjangkan unsur tadbir urus zalim parti-parti asabiah pemerintah berkenaan.
Jika PAS berdalih untuk sendirian sekalipun (selepas dikaji kedudukannya dalam PR dan UBN), ertinya, ia pasti menguntungkan parti-parti asabiah pemerintah parti masa depan itu diakui umum sebagai kekuatan untuk PR buat perubahan semasa PRU14 nanti.
Ini semua adalah realiti politik. Disiplin sains politik menyebutnya sebagai 'pre-mortem', iaitu suatu jangkaan berasas berdasarkan (1)realiti sekarang, (2)timbang-tara baik buruk pada pilihan pendirian yang sedia ada, (3)kesan berantai pada pendirian yang dipilih, dan (4)persepsi yang pasti mendatang.
Dalam disiplin pengajian Islam, 'pre-mortem' disebut sebagai 'Fiqh Tawaqquq'. Saya memanggilnya sebagai Fiqh Futuristik.

Ulama dan bukan ulama lagi?

Oleh Mujahid Yusof Rawa
Setiap kali muktamar menjelang pelbagai isu termuncul untuk dijadikan bahan sensasi media mahupun kelompok yang bersaing dalam PAS.
Khusus dua tahun sekali, perwakilan akan mengadakan pemilihan kepimpinan, maka fenomena persaingan dan dinamika sebuah parti Islam akan terselah dalam bentuknya yang tersendiri. Bagi saya ia adalah fenomena biasa yang berlaku dalam mana-mana organisasi politik.

Isu mendasar Fenomena itu ialah apa yang dilihat dan ditafsirkan oleh pengamatnya dengan memberi nilai kepada fenomena ini. Persaingan dalam  PAS adalah fenomena.
Bagi yang pesimis ia akan melihatnya sebagai 'bala' yang akan menghancurkan parti manakala bagi yang optimis ia melihat ini sebahagian daripada dinamika evolusi perkembangan sebuah parti politik. Bagi musuh politik PAS ini adalah peluang baik untuk melihat lawannya berpecah sesama sendiri walaupun sesekali dia akan melihatkan simpatinya pada pihak tertentu. Atas apa jua perspektif yang kita lihat, kita harus bertanya apakah isu yang mendasar dalam fenomena ini?
Isu yang mendasar ialah persaingan, Merasionalkan kewujudan parti dan Evolusi organisasi. Persaingan ialah bentuk dinamika sesebuah organisasi, faktornya ialah kelompok yang terbentuk dengan membawa idea tertentu dalam parti.
Selalunya idea ini menampakkkan pihak yang mahukan pembaharuan manakala sebuah kelompok lagi melihat status-quo yang ada mencukupi malah meyakini bahawa keadaan yang ada yang membawa parti ke tahapnya hari ini.
Mereka melihat pembaharuan akan mengubah asas dan dasar parti sedangkan golongan pembaharuan mahukan lonjakan besar parti untuk terus mampu berada di persada.
Persaingan dalam PAS
Apa yang kita saksikan dari berbagai kenyataan dan sensasi majlis tertentu seperti Multaqa Ulama baru-baru ini mengisyaratkan persaingan kelompok dalam PAS terdiri dari dua kategori besar para konservatif dan reformis.
Saya kurang setuju kategori ulamak dan profesional, ia hanya label yang tidak banyak membantu perspektif yang tepat persaingan dalam PAS, tetapi konservatif dan reformis lebih membawa makna dalam memahami persaingan itu.
Konservatif adalah golongan dalam parti yang melihat status-quo dan tidak berani keluar dari status-quo kerana menganggap itulah prinsip dan asas tertegaknya parti ini.
Kelompok reformis mahukan parti keluar dari keadaannya dan melonjak kepada identiti baru untuk menggamit perubahan yang ada di sekelilingnya. Berita baiknya ialah kedua-kedua kelompok yang bersaing ini mahukan kebaikan untuk parti dengan perspektif yang berbeza.
Kepimpinan ulama

Tahaaluf siyaasi: Bukti Pas ada pendirian - Dr Asri

Keputusan Pas untuk mengkaji semula tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) dalam PR bersama PKR dan DAP membuktikan parti itu mempunyai berpendirian.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ia adalah tindakan baik untuk melihat keberkesanan parti itu dalam pakatan tersebut.

Menyokong kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hasan bahawa tahaaluf siyaasi haram dilaksanakan sekiranya mendatangkan kemudaratan, Asri berkata, ia adalah satu tindakan wajar.

“Ini adalah satu tindakan yang bagus dalam mengatakan pendirian Pas. Ini juga membuktikan mereka sentiasa menyemak kedudukan parti itu dalam PR.

“Bagi saya, semakan ini juga bagus untuk mereka lihat sendiri sama ada kewujudan Pas dalam PR lebih berkesan untuk berperanan dalam politik di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Resolusi Multaqa untuk pelihara PAS - Presiden




KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berpendapat resolusi Multaqa Ulama PAS yang berlangsung di Kedah Sabtu lalu disifatkan sebagai luahan perasaan daripada sayap parti untuk memelihara PAS atas dasar Islam.

Abdul Hadi berkata, perkara itu tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada parti dan ahli kerana PAS sejak awal ditubuhkan oleh ulama yang melibatkan profesional.

"Apa yang berlaku adalah luahan perasaan untuk memelihara PAS, saya rasa tidak jadi apa-apa masalah semua ahli parti terbuka, " katanya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, gabungan kaum tua dan muda bukanlah perkara baru di dalam PAS, bahkan PAS sudah melalui pergolakan sebelum ini namun mereka tidak berpecah malah bersatu dan semakin kuat.

Beliau tidak menolak sudah menjadi kebiasaan media yang menimbulkan pelbagai persepsi dan masalah serta kekecohan di dalam PAS dan di kalangan ahli lebih-lebih lagi menjelang Muktamar PAS November nanti.

Anwar: Tiada masalah bila Najib, Mahathir jumpa Paus

Bimbang dengan kontroversi yang mungkin timbul MP Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramahnya malam tadi meminta agar warga kawasan tersebut memahami tujuan pertemuannya dengan Paus Katolik di Rom kelak.
Anwar berkata beliau diundang untuk menghadiri dialog peringkat tertinggi di antara pemimpin Islam, Kristian dan agama lain di Rom.
"Paus berhasrat untuk bertemu dengan beberapa delegasi mesyuarat itu untuk sedikit perbincangan kecil, dan saya salah seorang daripadanya," katanya.
Beliau bukanlah orang yang bertanggungjawab merancang melakukan pertemuan itu, kata Anwar yang tidak menyatakan butiran lanjut mengenai dialog berkenaan.
Beliau berucap kepada kira-kira 300 orang dalam satu ceramah di Kubang Semang, Pulau Pinang semalam.

"Sewaktu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan bekas perdana menteri Dr Mahathir jumpa Paus itu pun tiada masalah," katanya.

'Chin Peng dah mati, yang sudah itu sudahlah' - Anwar

Kerajaan Persekutuan tetap bertegas agar mayat bekas pemimpin komunis, Chin Peng tidak dibawa pulang ke Malaysia, namun ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai pandangan berbeza.
Mengulas mengenai pendirian kerajan itu, Anwar sewaktu bercakap kepada kira-kira 300 orang di Kubang Semang, Pulau Pinang, semalam berkata: "Yang sudah itu, sudahlah."
"Adakah kita setuju dengan dia (Chin Peng)? Tidak. Adakah kita setuju dengan komunisme? Tidak. Adakah kita setuju dengan tindakan Chin Peng dulu? Tidak," katanya.

"Adakah kita bersetuju dengan perjanjian damai (1989) ditandatangani Chin Peng, dengan kedua-dua pihak bersetuju menurunkan senjata? Kita setuju.

"Kenapa mereka (kerajaan BN) ini dengan apa-apa pun mereka tak setuju? Kenapa dulu (kerajaan BN) setuju tandatangan perjanjian?

"Ini perjanjian yang diiktiraf Kabinet. Masa itu saya menteri dan cadangannya dibentangkan pada mesyuarat menteri," kata Anwar.

UMNO Dan Rasuah : SPRM rampas 10 kenderaan mewah pembantu Shahrizat


Suspek di bangunan SPRM pagi ini. - 17 September, 2013.Suspek di bangunan SPRM pagi ini. - 17 September, 2013.Bekas Setiausaha Politik ahli politik ternama ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah.
Beliau yang berpangkat "Datuk" dan pernah bertugas sebagai setiausaha politik bekas menteri kabinet itu ditahan SPRM malam tadi untuk membantu siasatan penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
"Dia ditangkap untuk bantu siasatan, belum dakwa lagi," kata Timbalan Pengarah SPRM, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Sebuah portal berita melaporkan SPRM turut merampas 10 kenderaan mewah milik bekas setiausaha politik itu.
Kenderaan itu termasuk Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Camry yang kini diletakkan di Kompleks D Bangunan SPRM di Putrajaya.

Utusan tarik balik fitnah terhadap Husam, bayar kos RM40,000

Hari ini mungkin hari yang paling mengembirakan bagi Datuk Husam Musa kerana beliau berjaya menyelesaikan fitnah terhadapnya menjelang muktamar empat tahun lalu apabila Mingguan Malaysia bersetuju untuk menarik balik fitnah itu dan membayar kos RM40,000 kepadanya.
Persetujuan ini dicapai melalui penyelesaian damai yang dibacakan di depan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Mingguan Malaysia, versi mingguan kepada akhbar Utusan Malaysia, bersetuju untuk menyiarkan penarikan balik itu dalam keluarannya 22 September ini dan bersetuju membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam.
Utusan juga berjanji tidak akan menyiarkan kembali perkataan fitnah itu dalam mana-mana penerbitannya.
Husam diwakili peguam Malik Imtiaz melalui Tetuan Thomas Philip manakala Mingguan diwakili Tetuan Shafie and Mohan. Penasihat Undang-undang Kanan Utusan, Shirad Anwar menandatangi persetujuan hari ini bagi pihak Utusan. Turut berada di mahkamah ialah Zulkiflee Bakar, penulis rencana berkenaan.
Menjelang muktamar PAS pada 2009, Mingguan Malaysia menyiarkan satu tulisan bertajuk 'Menilai Hujah Husam' ditulis Zulkeflee yang mengandungi penyataan fitnah terhadap Husam.
Antaranya, akhbar milik Umno itu menyiarkan tulisan:
"Ahli-ahli PAS tidak boleh membenarkan kehadiran mana-mana pemimpin yang dilihat suatu hari kelak boleh menjadi 'makhluk perosak' atau melakukan 'kerja-kerja bodoh' dalam parti itu."
"Mereka tidak boleh menyiarkan ada pemimpin daripada golongan profesional merelakan diri mereka diperalatkan oleh orang luar bagi meruntuhkan kepimpinan ulama dalam PAS."

R4BIA | Harapan & Eksklusif Doa Tok Guru

UN report: Sarin used in Syria attack

Pick individuals who are professional & fair for Sodomy II - Nurul tells BN govt

Int'l community is very concerned about what happens to Anwar - Jui Meng

ICJ observer: Sodomy II appeal very important test for M'sian judiciary & legal system

Seorang hakim kes rayuan fitnah liwat II Anwar dikeluarkan

Hakim Mahkamah Rayuan Tengku Maimun Tuan Mat diketepikan daripada panel tiga hakim yang akan mendengar rayuan kerajaan berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertuduhan liwat II.
Tengku Maimun sebelum ini adalah salah seorang dari tiga hakim Mahkamah Rayuan dipilih untuk mendengar rayuan Putrajaya hari ini.
Bagaimanapun, sebelum prosiding bermula, Anwar memohon untuk mengketepikannya dengan alasan berat sebelah.
Presiden Mahkamah Rayuan sekarang akan memilih hakim baru untuk menggantikan Tengku Maimun.

Bakar rumah taktik halau setinggan Batu Sapi?


PADANG JARAK...lebih 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

SANDAKAN: Setiap kali penduduk setinggan atau tanah teroka diarah berpindah akan berlaku insiden kebakaran misteri yang menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa.

Kejadian ini lazimnya terjadi selepas keengganan penduduk menuruti arahan kerana tidak berpuas hati dengan tempat tinggal baru yang disediakan termasuk pampasan rendah yang dijanjikan.

Demikian kata pengasas PAS Sabah yang juga Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Hamzah Abdullah, 7 September lalu kepada  kami -- saya dan Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman -- ketika berkunjung ke tempat kejadian, dekat Sandakan baru-baru ini.

Harakah dibawa melihat sebahagian rumah atas air Kampung Cenderamata, Batu Sapi, yang musnah dijilat api pada hari pertama Syawal lalu. Rombongan kami, yang kebetulan lewat tiba, ketika azan Maghrib hampir berkumandang, disambut penuh harapan.

Jelas sekali impian besar mereka mahu masalah yang menghimpit dapat diberi liputan meluas oleh pihak media, khususnya Harakah, agar penyelesaian tuntas dapaty disegerakan.

Seorang maut susulan kebakaran besar itu manakala lebih 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan terpaksa menetap di khemah sementara dan garaj kereta yang dibina berhampiran tempat kejadian.

Kata Hamzah, beberapa kes sama telah berlaku membabitkan setinggan, namun sehingga kini masih tidak ada tindakan daripada pihak berkuasa dan agensi kerajaan.

Bagi seorang penduduk, Edi Sumardi Jaffar, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat.

Pada hari kejadian katanya, sepasang suami isteri dilaporkan bergaduh dan si suami dikatakan bertindak membakar rumahnya sendiri.

Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi bakal menentang Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pemuda Umno

PETALING JAYA: Hasrat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda pada 12 Oktober depan tidak tercapai apabila anak bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid dijangka mencabarnya.
Anak Sanusi, Akhramsyah Muamar Ubaidah, adalah anak Sains MARA dan juga ahli setia UMNO (no 01827033, Bendang Baru, Langkawi).

Berijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia dari Imperial College, London, dan aktif mengasas, mengerak dan menghidupkan NGO sejak zaman universiti lagi. Kini diamanahkan sebagai Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) sesi 2010-2012.

“Saya ingin mengabdikan diri, berganding bersama kawan-kawan, untuk mengembalikan kegemilangan ke Pergerakan pemuda Umno Malaysia berlandaskan nilai-nilai keikhlasan dalam perjuangan serta bersatu dalam melaksanakan agenda,” tulisnya dalam blognya Tangents:Restless musings of a Malay mind pada 14 September lalu.

Beliau akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi.
Pada tahun 2009, Khairy ditentang anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Datukl Mukhriz dan Datuk Dr Khir Toyo dalam pertandingan tiga penjuru. Tetapi kall ini Khairy ditentang anak Sanusi yang kebetulan pula Sanusi adalah kawan rapat Dr Mahathir.

Anak Bapak: Mukhriz mungkin rebut jawatan naib presiden Umno, ganggu status quo....

Dalam beberapa hari lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menghantar risikan kepada perwakilan parti dan broker kuasa: beliau lebih suka barisan naib presiden Umno dikembalikan pada pemilihan parti akan datang.
Tetapi, perancangan kemas untuk membantu Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk kekal dalam jawatan mereka nampaknya sedikit kacau dengan keputusan hampir pasti Datuk Mukhriz Mahathir dalam keputusannya malam ini untuk bertanding merebut salah satu ruang dalam tiga jawatan naib presiden itu.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua Umno di Kedah dan dijangka membuat pengumuman mengenai cita-citanya dalam parti.
Keputusannya untuk masuk dalam perebutan jawatan itu akan meletakkan Najib dalam keadaan kurang selesa. Jika presiden parti pada masa ini kekal neutral, ia kelihatan sepupunya, Hishammuddin, mungkin menjadi orang yang tewas apabila undi diselaraskan.
Jika pegawai khas dan operasinya terus membuat rondaan dan memberi petunjuk bahawa beliau mahu status quo itu dikekalkan, beliau mungkin boleh menyebabkan kem Dr Mahathir marah.
Beberapa minggu lalu, blogger yang pro kepada bekas perdana menteri, Dr Mahathir kerap menulis mengenai peluang Mukhriz untuk mendapatkan tempat di antara tiga jawatan naib presiden – yang dilihat sebagai satu langkah hampir untuk berada di puncak kepimpinan parti.
Mukhriz, 48, dilantik sebagai Menteri Besar Kedah selepas memenangi kerus dewan undangan negeri pada pilihan raya umum 5 Mei lalu dan blogger pro-Umno berpendapat beliau patut merebut peluang untuk mencuba nasib mendapatkan jawatan naib presiden atau beliau akan hilang senioriti kepada pemimpin akan datang dalam Umno.
Antara pencabar lain merebut jawatan naib presiden ialah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, walaupun mereka dikatakan ditawarkan kedudukan senator dan jawatan korporat yang menguntungkan jika menarik diri daripada perlawanan itu.
Ali disingkirkan daripada perebutan jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti pada 2009 selepas didakwa terbabit dengan politik wang.
Dr Mahathir bercakap mengenai keperluan parti terhadap pemimpin muda sebagai pembaharuan parti, dan ini dilihat sebagai pesanan kepada veteran parti untuk membenarkan Mukhriz dan mereka  yang berada dalam lingkungan usianya diberikan peluang mendaki dalam kepimpinan parti.

Dr Mahathir diselar pengampu Najib kerana kenyataan Umno “bakal mati”

Ramalan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) yang mendakwa Umno kini “sudah tua dan bakal mati” ditempelak pemimpin parti itu dan enggan menerima kenyataan yang dibuat di akhbar Utusan Malaysia itu.
Mereka berkata, perdana menteri paling lama berkhidmat yang bersara pada 2003 itu seharusnya sedar Umno kini dalam proses transformasi dan pembaharuan.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi melihat permasalahan yang dilontarkan Dr Mahathir berlaku sejak zaman bekas perdana menteri itu menjadi presiden Umno dari  1981 hingga 2003.
“Umno wujud dari dahulu lagi dan terpalit dengan pelbagai masalah sejak Dr Mahathir menerajui Umno dan beliau tidak pula merawat kecederaan itu,” kata Dr Mohd Puad kepada The Malaysian Insider.
Katanya, antara gejala dalam Umno adalah perpecahan, tidak meletakkan keutamaan kepada parti dan politik wang.
Dr Mohd Puad berkata, kenyataan Dr Mahathir tidak boleh diterima apabila mengatakan Umno akan mati sedangkan kepimpinan parti sedang gigih merawat kepincangan yang berlaku.
“Selagi Umno tidak lari dari masalah dan memegang prinsip kesederhanaan, menyeluruh dan keadilan untuk semua kaum, Umno akan selamat,” katanya.
Dalam sebuah rencana yang disiarkan akhbar milik Umno Utusan Malaysia, Dr Mahathir menasihati Umno supaya melantik pemimpin muda kerana parti itu sedang menghidap "sakit tua" dan bakal "mati".

Siapa Pembunuh: Perbezaan pengganas PKM dengan Perasuah Negara

Pengerusi Parti Komunis Malaya yang di haramkan, Chin Peng, telah mati di Bangkok pada Hari Malaysia, 16hb September 2013. Kematiannya telah menjadikan ahli politik mengambil kesempatan untuk menunjuk-nunjukkan kesetiaan kepada negara dengan membuat kenyataan yang garang-garang terhadap orang yang telah mati dan tidak bernyawa itu.
Ada pemimpin UMNO dan NGO yang dahagakan isu untuk di sebut menggunakan kematian Chin Peng ini untuk menempelkan rasa sayang dan cintakan negara dengan meminta mayatnya tidak dikebumikan di negara ini kerana tindakan parti itu masuk kehutan dan menjadi pengganas kepada negara.
Saya tidak mahu memberikan komen tentang kematian Chin Peng ini kerana dia telah meninggal dunia dan ramai orang tidak sedar pun yang Chin masih hidup sehingga mendapat berita tentang kematiannya pada 16hb September yang lalu.
Saya lebih cenderung untuk memberikan ulasan tentang kenyataan-kenyataan yang ‘made belief heroes’ dalam UMNO dan beberapa orang pemimpin NGO yang sibuk untuk menunjukkan kesetiaan kepada negara dengan membidas orang yang telah mati itu.
Benar Chin Peng telah membunuh dan menyeksa ramai rakyat yang bertuankan British semasa parti itu masuk kehutan dahulu. Tetapi kita jangan lupa yang keganasan Chin Peng itu tidak ada bezanya dengan parti dan pemimpin yang merosakkan negara melalui tindakan rasuah dan menyalahgunaan kuasa.
Pemberontakan Chin Peng itu menghasilkan kematian banyak tubuh dan jasad manusia tetapi sikap rasuah yang menjahanamkan negara juga telah banyak menindas perasaan dan membunuh jiwa rakyat yang berjuta bilangannya dinegara ini.
Pendeknya Chin Peng telah membunuh tubuh ribuan manusia tetapi sikap rasuah dan salahguna kuasa pemimpin itu telah membunuh keseluruhan sistem kerajaan dan demokrasi negara kita. Rasuah telah membunuh jiwa berjuta rakyat negara ini. Kerajaan yang rasuah dan menggunakan kuasa telah merobohkan segala sistem dan ‘fabric’ politik dan kenegaraan kita dan itu sangat membunuh perasaan rakyat.

Pemerhati undang2 antarabangsa ikuti rayuan pendakwa kes Fitnah Liwat II

Mark Trowell QCKUALA LUMPUR 17 SEPTEMBER: Pemerhati antarabangsa Mark Trowell akan hadir ke rayuan perbicaraan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didengar Mahkamah Rayuan Putrajaya dari 17 hingga 18 September.
Trowell (gambar) ialah pengerusi bersama jawatankuasa tetap undang-undang jenayah Lawasia dan berpengalaman untuk kes penting di Australia, bukan sahaja sebagai peguam bela tetapi mendakwa bagi pihak pendakwaraya.
Trowell turut tampil sebagai peguam dalam pelbagai Suruhanjaya Diraja dan inkuiri khas antaranya Suruhanjaya Jenayah Australia (ACC) dan Suruhanjaya Jenayah & Rasuah (CCC).
Sejak 2002 Trowell bertindak sebagai pemerhati antarabangsa beberapa pertubuhan termasuk Bar Association Australia, Lawasia, International Commission of Jurists, Commonwealth Lawyers Association, Union Internationale des Advocates dan Inter-Parliamentary Union (IPU).
Awal tahun ini beliau mewakili IPU di perbicaraan jenayah beberapa anggota UDD (dikenali kumpulan baju merah) yang didakwa memberontak di Thailand.
Trowell akan mewakili IPU di Geneva, pertubuhan antarabangsa parlimen mewakili lebih daripada 162 parlimen berdaulat seluruh dunia.

Tribunal Rakyat bermula esok tanpa penyertaan SPR, polis

Tribunal Rakyat yang dibentuk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk menyiasat rungutan berlakunya kesalahan ketika pilihan raya umum pada 5 Mei akan mendengar testimoni kira-kira 30 saksi pada pendengaran pertama esok.
Ahli Jawatankuasa Penganjur Tribunal Rakyat, Ivy Josiah berkata, selain pengundi, ahli akademik dan wakil badan bukan kerajaan, jemputan turut dihantar kepada polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Polis memaklumkan mereka tidak akan menghantar wakil," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kepada The Malaysian Insider bahawa SPR tidak akan menyertai tribunal berkenaan kerana tiada sebarang peruntukan undang-undang memerlukan mereka menyertai tribunal sedemikian.
Penyertaan BN masih samar-samar namun ruang disediakan untuk menempatkan mereka, kata Josiah.
Bermula 18 September, tribunal yang berlangsung selama lima hari itu akan menyiasat dakwaan ketidakadilan dalam pilihan raya umum ke-13.
Antaranya adalah integriti daftar pemilih yang digunakan SPR dan sama ada dana berlebihan digunakan untuk menarik pengundi.
Menegaskan mereka tidak akan menghentam pihak berkuasa, Josiah berkata, mereka akan mendedahkan bukti dengan cara yang bertanggungjawab.
"Atas sebab itu kumpulan perundangan seramai 30 orang menyemak bukti dan menjadikannya perakuan bersumpah," katanya.
Josiah berkata, inkuiri berkenaan amat signifikan kerana ia adalah mahkamah rakyat untuk mencari kebenaran.
"Ia tribunal rakyat untuk rakyat, bagi mencari kebenaran dan semangat cintakan tanah air," katanya kepada The Malaysian Insider.

Chin Peng tetap ketua pengganas, kata Zahid Hamidi

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa agar rakyat Malaysia tetap menganggap Chin Peng sebagai seorang ketua pengganas dan mengatakan anggota keselamatan negara masih tidak dapat melupakan peristiwa hitam bergelut dengan keganasan Parti Komunis Malaya (PKM).
Bekas Setiausaha Agung PKM itu meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.
“Saya pinta agar Chin Peng tetap dianggap sebagai ketua pengganas dan anggota keselamatan seperti polis dan tentera masih belum dapat melupakan dan memaafkan keganasan pemimpin PKM itu,” kata Menteri Dalam Negeri itu apabila dihubungi The Malaysian Insider.
Menurut Ahmad Zahid, ramai anggota keselamatan telah mati berperang dengan PKM.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.
Chin Peng mengetuai PKM melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.
Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.
Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya.
Anggota PKM lain seperti Rashid Maidin, Abu Samah Mohamad Kassim, Shamsiah Fakeh dan Suraini Abdullah dibenarkan pulang akan tetapi sesetengah daripadanya memilih untuk tidak pulang.