Isnin, 16 September 2013

Awakening: Pak Lah wanted reforms

Jelajah bantah TPPA 14 lokasi seluruh negara bermula 17 September

TPPAKUALA LUMPUR 16 SEPTEMBER: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Gabungan Membantah TPPA (BANTAH) mengadakan siri ceramah di 14 lokasi di seluruh negara.
Ceramah membantah TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik) akan bermula di lokasi pertamanya di Taman Melati, Gombak pada hari Selasa, 17 September bermula jam 8.30 malam.
Antara barisan penceramah ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, penyelaras SAMM Kebangsaan, CheguBard, aktivis politik Hishamuddin Rais dan wakil mahasiswa Adam Adli.
SAMM dalam kenyataan sebelum ini menyatakan rakyat Malaysia harus disedarkan bahawa perjanjian TPPA adalah ‘keganasan ekonomi’ oleh konglomerat bertaraf dunia.
“Kerajaan sebelum ini mengumumkan perjanjian TPPA tidak akan ditandatangani ketika kedatangan Presiden (Amerika Syarikat) Obama di Kuala Lumpur seperti yang dijadualkan pada bulan depan.
“Namun ramai yang tidak sedar proses metrai perjanjian TPPA hanyalah satu penangguhan.
“Ia tetap akan berlaku setelah pasukan perunding mencapai ‘kata sepakat’ yang dinafi dari pengetahuan umum.
“Jelajah #bantahTPPA berbentuk ceramah umum merangkumi 13 lokasi di seluruh negara dengan agenda utama memobilisasi satu demonstrasi besar di KLCC pada 11 Oktober depan,” kenyataan SAMM dipetik.
Berikut senarai jelajah Bantah TPPA:

Kerjasama tingkat sokongan kepada PAS - Mahfuz


KUALA LUMPUR: Keputusan mengadakan kerjasama dengan parti-parti lain bukan sahaja tidak merugikan malah meningkatkan sokongan kepada PAS, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.

Dengan mengambil kira kejayaan tersebut, beliau menyokong penuh pendirian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mahu memperkuatkan lagi pakatan politik di dalam Pakatan Rakyat.

Sambil menyifatkan pendirian kedua-dua mereka sebagai pendirian yang jelas, Mahfuz berkata, sejak tahun 1990 lagi, di mana kerjasama PAS dengan Semangat 46 berjaya mengambil alih pemerintahan Kelantan dari Barisan Nasional (BN).


Beliau berkata, tindakan PAS mengadakan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan parti-parti lain lebih banyak menguntungkan PAS.

"Kalau neraca untung rugi yang mahu digunakan, amat jelas tahaluf siyasi menguntungkan perjuangan PAS seperti yang dihuraikan oleh kenyataan Mursyidul Am PAS mengenai perkara itu sebelum ini.

"Malah, dalam pilihan raya lalu pun, melalui sikap pro-perpaduan yang ditunjukkan oleh PAS, sama ada perpaduan antara kaum atau perpaduan antara parti, jangan dilupakan aspek positif yang diperolehi dalam pilihan raya tersebut di mana PAS berjaya meningkat penguasaannya di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) di mana kita memperolehi 85 kerusi berbanding 83 kerusi pada pilihan raya umum 2008," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Dakwah PAS mesti ‘masuk’ rumah Melayu tradisi - Dr Dzulkefly


BINTULU: Dakwah PAS mestilah ‘menerobos’ rumah pengundi tradisi Melayu untuk menarik sokongan mereka, kata AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. 
Beliau berkata, ini kerana sifat golongan tradisi Melayu itu sukar untuk mengubah sokongan mereka daripada parti kerajaan kepada pembangkang. Justeru, katanya PAS yang sentiasa berdepan dengan mereka pada pilihan raya seharusnya memastikan dakwah yang dijalankan dapat memasuki rumah golongan itu. 
“Siasah kita bermula dengan dakwah, kita bukan siasah sahaja, siasah dan berdakwah,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerja ‘Pengalaman Kekalahan’ pada Ijtimak PAS Negeri Sarawak di sebuah hotel di sini, petang semalam.
Tambahnya, di samping melaksanakan aktiviti dakwah, PAS perlu mengatur strategi siasah kepada mereka. Beliau menambah, PAS perlu melaksanakannya serentak kerana PAS adalah parti siasah dan dakwah.
Berkongsi pengalaman sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor sebelum ini, katanya walau bagaimana pun perkhidmatan yang diberikan kepada mereka, belum tentu dapat menarik sokongan Melayu tradisi pada pilihan raya berikutnya.
Ini, ujarnya kerana sebahagian besar Melayu tradisi mudah dibeli oleh Umno apabila menjelang pilihan raya sehingga mereka takut untuk memberikan sokongan kepada PAS.

Kerajaan Pusat Perlu Tegas Bantah Kekejaman Di Mesir Dan Syria

Shamsul Iskandar: Kita Tak Akan Berhenti, Kita Mesti Lawan

War Dividend: US arms firms ready to cash in if Syria attacked

Kerry Issues Warning to Assad on Arms Deal

UN probe finds 'clear evidence of sarin gas on large scale' in Syria

'Judges had more guts under Pak Lah'

Najib tak benar bawa pulang mayat Chin Peng

KOTA KINABALU - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.
  
Perdana Menteri berkata bekas ketua komunis yang meninggal dunia di Bangkok hari ini akan diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.
  
Justeru, beliau menegaskan kerajaan tidak akan terlibat dalam urusan pengebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sama ada di negara ini atau di Thailand.
  
"Kita tidak akan benarkan mendiang dikebumikan di Malaysia sebab sejarah hitam yang dia lakukan. Tambahan lagi Chin Peng bukan warganegara Malaysia.
  
"Dia tidak mahu jadi warganegara Malaysia, jadi kita tidak ada apa-apa ikatan dengannya sama sekali," kata Najib pada sidang akhbar di sini ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbang sekiranya anggota keluarga Chin Peng memohon untuk melakukan urusan pengebumiannya di Malaysia.

PEMBUNUH SENYAP INI MUNGKIN BERADA DIDALAM KERETA ANDA..!!

Anak muda Batu Pahat ‘flashmob’ bantah kenaikan harga minyak

flashmob_BPBATU PAHAT 16 SEPTEMBER: Lebih 50 anak muda menyertai flash mob membantah kenaikan harga minyak yang dianjurkan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor di Dataran Batu Pahat, semalam.
Himpunan bermula kira-kira jam 6 petang semalam dianjurkan dengan kerjasama AMK JOhor, AMK Batu Pahat, NGO Suara Anak Malaysia (SAM) bersama aktivis Pakatan Rakyat tempatan.
Flash mob yang diadakan di persimpangan Jalan Rahmat itu disambut penduduk tempatan yang rata-ratanya berpendapatan rendah dan sederhana dan terkesan langsung akibat kenaikan harga minyak.
 
Poster_Anti_Minyak_NaikPeserta flash mob turut membawa kain rentang dan plakad yang tertera perkataan bantahan, manakala pengguna jalan raya turut membunyikan hon tanda sokongan. 
 
Mereka turut mengedarkan kepada orang ramai risalah berjudul ‘Harga Minyak Naik, Dato Seri Najib Bebankan Rakyat Atas Kesalahan Sendiri’.
 
Menurut Timbalan Ketua AMK Johor, Muhd Ezaddin Abdul Rahman, kenaikan harga minyak mencetuskan rantaian kesan secara langsung dan tidak langsung dalam kehidupan seharian.
 
“Perkara ini perlu diterangkan kepada orang ramai terutamanya penduduk luar bandar. 
 
“Penerangan tentang kenaikan harga minyak melalui program anjuran Pakatan Rakyat perlu dibuat. 

"Awakening": Kelemahan Pak Lah menguatkan Malaysia, kata panelis


Kelemahan Pak Lah menguatkan Malaysia, kata panelis forum petang ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 16 September, 2013.
Tun Abdullah Badawi disifatkan sebagai seorang pemimpin yang terbuka demikian antara persetujuan yang dicapai oleh ketiga-tiga ahli panel dalam forum buku "Awakening: The Abdullah Years in Malaysia".
Salah seorang ahli panel James Chin yang merupakan editor buku tersebut bersetuju pada zaman pentadbiran Abdullah, rakyat lebih menikmati kebebasan bersuara.
"Ramai yang menganggap kelembutan Tun Abdullah dalam pentadbirannya dianggap sebagai kelemahan namun mereka salah.
"Rakyat bebas mengemukan pandangan dan media juga, ketika zaman itu kita dapat lihat bagaimana perkembangan media kerana keterbukaan beliau," kata Chin dalam forum petang tadi.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri di zaman Abdullah, Datuk Mohd Zaid Ibrahim pula menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang baik.
"Saya harus akui beliau merupakan pemimpin yang baik dan lembut hati tidak seperti Dr Mahathir yang lebih bersifat diktator, Tun Abdullah pendekatannya lebih lembut. Beliau mahukan perubahan telus dalam sistem negara," kata Zaid.
Sementara itu editor bersama buku tersebut Bridget Welsh pula berkata Abdullah yang dikenali sebagai Pak Lah pasti akan menjadi pemimpin hebat sekiranya diberikan lebih banyak masa.
"Saya tidak rasa kelembutan Tun Abdullah menyebabkan beliau jatuh, kita lebih senang menganggap beliau sebagai pemimpin yang senyap namun pengaruhnya begitu besar," kata Bridget.

Mantan Ketua Cabang Tenom meninggal, jasa tetap dikenang - Al Fatihah

HalikSABAH 16 SEPTEMBER: Mantan Ketua Cabang KEADILAN Tenom, Datuk Halik Zaman meninggal dunia hari ini di Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu, Sabah.
Kematian disahkan anaknya, Shazam Halik Zaman.
Allahyarham sebelum ini mendapatkan rawatan di hospital tersebut dipercayai akibat penyakit darah rendah.
KEADILAN mengucapkan takziah kepada keluarga di atas pemergian Allahyarham.
“Kami tetap kenangkan jasa dan perjuangannya,” tulis Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di twitter sebaik menerima berita tersebut.
“Al Fatihah. Salam takziah untuk keluarga Datuk Halik Zaman. Semoga Allahyarham mendapat husnul khatimah dan ruhnya ditempatkan di syurga,” ucap Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.
Turut sama merakam takziah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Takziah pada keluarga Datuk Halik Zaman, mantan Ketua Cabang Tenom. Al-Fatihah.”

Kak Sabariah dalam kenangan ...Al Fatihah

Oleh HASSAN ABD KARIM 
Hari Sabtu 14 haribulan September 2013. Jam kira-kira pukul 12.00 tengahari. Kami berada di tanah perkuburan di Kota Damansara, Selangor.  Hari cerah dan panas. Tapi aku melihat di hujung langit ada awan mendung. Tanda hujan mungkin akan turun.

Tanah perkuburan itu di atas bukit. Ia cantik dan aman sekali. Kubur-kubur tersusun teratur dan di kelilingi oleh pohon-pohon hijau lebat merimbun, hutan dara. Aku mengharap kehijauan itu dikekalkan. Pembangunan konkrit-konkrit batu hendaklah jauh dari situ. Biarkanlah tempat  persemadian orang-orang yang kami sayangi ini dilindungi.

Kami berada pada tengahari itu untuk  mengiringi persemadian orang yang kami sayangi, iaitu Kak Sabariah yang telah meninggal dunia pada 7.40 malam, pada malam hari sebelumnya (13.9.2013). Wanita yang baik ini yang bernama Sabariah,  lahir dan dibesarkan di Kota Bahru Kelantan, kemudian belajar di sebuah sekolah menengah berasrama penuh, sebuah sekolah ternama di Jitra Kedah dan kemudiannya menyambung pula pengajiannya di Universiti Malaya. Wanita ini adalah orang yang penting dalam kehidupan kami yang ramai berada di tanah perkuburan itu.

Talkin dibacakan. Senator Dr Syed Husin Ali duduk di sebelah imam yang membaca talkin itu. Profesor dan ahli politik veteran ini yang kami panggil dengan nama ringkasnya Syed,  duduk tenang menghadap pusara isteri tercintanya. Sabariah isterinya dan teman hidupnya yang setia kini telah meninggal dunia dan disemadikan di tanah perkuburan yang damai itu.

Kita perlu membaca sekali lagi buku Dua Wajah (Two Faces) di mana di dalam memoir itu Syed Husin menceritakan betapa tabahnya Sabariah mengharungi hidup ketika Syed ditahan tanpa bicara selama enam tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kos Hidup RM 1,500 di Malaysia........!!!


Cerita Tahyul sabsidi disel dan RON95

Walaupun isiu penarikan sabsidi disel , RON95 dan kenaikan harga sudah berlalu , izinkan saya memberi sedikit pandangan. Tak tahan saya mendengar muntahan propaganda dari media kerajaan.
Saban hari tindakan menarik balik sabsidi keatas RON95 dan Disel dianggap sebagai tindakan yang bijak. Ketua penerangan UMNO menyebut tindakan tersebut sebagai mengembalikan keyakinan pelabur asing keatas kemampuan PM mengurus ekonomi negara. Mana bukti nya Wak Maslan?
Saban hari radio menyebut Najib sebagai bapa transformasi sebaris dengan bapa pembangunan, bapa kemerdekaan, bapa indusrialisasi dan sebagainya. Pak Lah bapa apa kita tak tahu. Mungkin bapa Islam hadhari. Pujian ini berhenti sebelum menyebut Najib sebagai genius sahaja. Lama kelamaan kalau sudah tidak ada gelaran, mahu Najib disebut sebagai nabi. Pujian bodoh macam ini bukan sesuatu yang pelik kalau pemuji itu orang UMNO.
Penarikan sabsidi ini hanya menjimatkan negara RM3.3. billion sahaja. Semasa pak lah menaikkan RON97 pada tahun 2008 dahulu- savings yang distiharkan ialah 13.7 billion. Apa yang telah dilakukan oleh Pak Lah ketas jimatan sebanyak RM13.7 billion ini?
Jadi saya heran bagaimana Najib yang menjimatkan RM3.3 billion setahun dengan Pak Lah yang menjimatkan RM13.7 billion, Najib dikatakan pengurus ekonomi Malaysia yang lebih baik? Itupun, Pak Lah mengurus ketika sedang tertidur tidur. Najib pun tak tidur.

PKR: Khairy “bising” kerana tergugat dalam pemilihan Umno


Kritikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar terhadap kenyataan Naib Pengerusi PKR N. Surendran hanyalah satu retorik bagi mengekalkan kuasanya dalam Umno setelah jawatannya bakal dicabar dalam pemilihan parti Melayu itu kali ini, kata Latheefa Koya (gambar).
Menurut Pengerusi Biro Guaman dan Hak Asasi Manusia PKR itu, tiada kerajaan dalam mana-mana negara boleh menghina Perlembagaan sewenang-wenangnya dan atas dasar itulah N. Surendran mengkritik Datuk Seri Najib Razak kerana memberi tafsiran yang salah kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
“Artikel 153 bukanlah jalan pintas kepada kerajaan menjalankan polisi diskriminasi seperti mengagihkan pegangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kontrak dan segala bentuk yang terdorong kepada kaum Melayu sahaja.
“Peruntukan berkenaan jelas menyatakan hak dan kepentingan kaum lain mesti dilindungi kerana Artikel 153 hanya mengehadkan peluang dalam perjawatan awam, biasiswa, pendidikan dan lesen operasi perdagangan kepada kaum Bumiputera tetapi peruntukan ini tidak harus dimonopoli oleh kelas pertengahan dan golongan Melayu kelas atasan.
“Peruntukan dalam Artikel 153(4) hingga (9) jelas menyatakan keistimewaaan itu mesti diberi secara berpatutan dan tidak mengabaikan kaum lain. Pengumuman Najib memberi bantuan kewangan, sokongan GLC dan perumahan jelas satu polisi diskriminasi kerana diberikan atas sokongan golongan tersebut kepada Barisan Nasional (BN) yang jelas tidak belandas perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuduhan KJ ke atas Surendran cubaan Umno pecah belah kaum

Nik Nazmi Nik Ahmad

Saya merujuk komen Menteri Belia dan Sukan serta Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ).
kerisKhairy mengulas komen Naib Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran tentang ucapan Perdana Menteri Najib Razak baru-baru ini tentang pemerkasaan masyarakat Bumiputera.
Surendran telah mengkritik pengumuman Najib tersebut, sehingga Khairy menyebut – sebagaimana dilapor Utusan pada 15 September 2013:
“Kenyataannya keterlaluan. Dia seolah-olah tidak membenarkan kewujudan agensi seperti MARA dan Tekun. Saya kesal dengan tindakannya itu apatah lagi sebagai Naib Presiden parti.
Jika begini sikap pemimpin PKR, tidak mustahil jika mereka berpeluang memerintah negara ini pasti agensi yang mengutamakan orang Melayu dan bumiputera dihapuskan demi kononnya mahu menyamaratakan dengan kaum lain.”
Pertama sekali, Surendran tidak sekali-kali mempersoalkan prinsip memperkasakan masyarakat Bumiputera, mahupun beliau mempersoalkan institusi-institusi seperti MARA mahupun Tekun.
Apa yang dipertikaikan oleh Surendran ialah pendekatan dan rekod Umno BN yang gagal dalam hal ini.
Najib sendiri mengakui bahawa masyarakat Bumiputera masih mempunyai banyak cabaran sebelum mereka dapat berdikari dari segi ekonomi.
Najib juga menyebut bahawa ini untuk “membalas budi” sokongan Bumiputera terhadap BN pada pilihan raya yang lepas – gambaran yang jelas kejahilan beliau terhadap kerajaan berperlembagaan dan demokrasi.

Najib, ini caranya nak guna konsultan mahal...!!!


Menggunakan konsultan yang mahal-mahal, nampak senang tetapi sebenarnya susah.
Pertama, mereka dilantik kerana mereka bijak dan orang yang menggaji mereka kurang bijak.
Kedua, mereka dianggap lebih mengetahui dan orang yang membayar mereka kurang mengetahui.
Ketiga, setiap idea mereka mempunyai kelebihan (advantage) untuk dilihat sebagai perkara baru yang menakjubkan kerana orang yang mengorek poket untuk membayar mereka kurang pengalaman pada perkara yang mereka ingin dikonsultasikan.
Keempat, konsultan mahal pandai menyerang kelemahan pelanggannya yang paling utama ialah “kemalasan”, dengan menawarkan solusi penuh (total solution) melebihi apa yang diperlukan.
Kelima, para konsultan juga mempunyai ramai sahabat yang akan melobi meyakinkan pelanggan bahawa solusi yang dibawa mereka adalah yang terbaik.
Jika seseorang ingin menggunakan khidmat konsultan mahal, syarat pertama ialah seseorang itu harus membuat kajiannya sendiri secara mendalam dahulu mengenai subjek yang ingin dikonsultasikan.
Syarat kedua ialah seseorang itu harus juga rajin membuat kajian terhadap cadangan solusi yang dikemukakan oleh para konsultan untuk memastikan bahawa cadangan tersebut betul-betul unik.
Pengalaman saya di bidang elektronik telah membuka mata saya bagaimana teknologi lapuk di negara lain telah dibawa masuk dan dijelmakan sebagai teknologi yang baru untuk dijualkan kepada rakyat dan kerajaan Malaysia.
Kerana jahil dengan teknologi, ramai yang menganggapnya baru kerana nama teknologi itu diubah dan pakejnya diMalaysiakan.
Kerajinan dan kemahiran menggunakan khidmat Google adalah syarat minima untuk mengesan perkara-perkara seperti ini.
Malangnya, kedua-dua kemahiran ini jelas tiada pada pasukan penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kalau tidak, bagaimana cadangan tema “Endless Possibilities” ini boleh diberikan kelulusan oleh pasukan Najib walaupun kini sudah ditangguhkan. Begitu juga konsep 1Malaysia.
Jika pasukan Najib rajin meng’google’ cadangan-cadangan dari para konsultan terlebih dahulu, sudah tentu mereka akan menjumpai apa yang dijumpai pembangkang, di mana kedua-dua konsep ini pernah digunakan di negara Israel.

Rakyat curi RM1 dipenjara 10 tahun, pemimpin Umno@BN rasuah dan rompak hak rakyat hukuman ringan

SHAH ALAM 16 SEPT: Kerana seringgit, rakyat biasa diheret ke mahkamah tetapi jika melibatkan rasuah bilion ringgit pemimpin Umno BN, seseorang itu mungkin terlepas hukuman.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, berkata hukuman dwi-standard antara golongan marhaen dan pimpinan Umno BN tidak sepatutnya berlaku kerana undang-undang perlu dilaksana cara adil.
duit penjara“Kita banyak kali menegur kerajaan kerana orang susah dan miskin dijatuhi hukuman berat kalau dibandingkan pemimpin Umno BN yang ada kes rasuah besar tapi dikenakan hukuman ringan.
“Terlalu banyak kes sebegini dan orang susah idak terbela kerana mereka tiada wang mencari peguam belas.
“Ini perlu diperbetul kerana tidak logik hanya kerana RM1 dipenjara 10 tahun, yang berbilion dikenakan dua tahun,” katanya yang dipercayai merujuk kes tuduhan rasuah terhadap Dr Mohamad Khir Toyo.
Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang memapar kes seorang lelaki berdepan hukuman penjara 10 tahun atas tuduhan mencuri RM1 pada 10 September lalu, di Kelantan.
Bercakap kepada TV Selangor, Zuraidah menyarankan pasukan guaman dalam Pakatan Rakyat memperjuang hal itu demi menegakkan keadilan kepada rakyat.

Kerjasama dalam Pakatan untungkan PAS, Selangor jadi bukti

pakatanSHAH ALAM 16 SEPT – Kerjasama erat PKR-PAS-DAP dalam Pakatan Rakyat menjadi formula ampuh yang membawa kepada pertambahan kerusi di Selangor, kata Khalid Samad.
“Di Selangor, jelas PAS mendapat keuntungan besar hasil wujudnya Pakatan Rakyat apabila jumlah kemenangan kita meningkat sehingga 15 kerusi,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.
Kemenangan kerusi PAS di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bertambah kepada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding sembilan pada PRU 12.
Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mencadangkan PAS supaya mengkaji semula kerjasama politik (tahaluf siyasi) dalam Pakatan berikutan mendakwa pengaruh parti itu dilihat semakin lemah.
Namun, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpesan supaya kajian itu hanya untuk menambah baik kerjasama, bukannya membawa tujuan yang tidak menguntungkan Pakatan.
Bercakap kepada TV Selangor, Khalid berkata, pihak yang beranggapan sebaliknya mungkin berada dalam realiti lain, dan pastinya bukannya di Selangor.
“Pakatan tidak merugikan PAS dan kajian semula kalau ingin dilakukan adalah untuk menambah baik dan memperkukuhkan lagi Pakatan,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

"Geng 13 Kudeta": Hukuman terlalu keras – Anwar

ANWAR KAJANGKUALA LUMPUR 16 SEPTEMBER: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak hukuman dua tahun penjara yang dijatuhkan terhadap 13 peserta demonstrasi dalam insiden rampasan kuasa di Perak pada tahun 2009.
“Terlalu keras hukuman,” tegas Anwar dalam twitter.
Beliau mengulas keputusan hakim Norsalha Hamzah yang memutuskan semua peserta didenda RM5,000 dan penjara dua tahun mandatori.
Sementara itu, Naib Pengerusi KEADILAN Perak, Chang Lih Kang pula menyifatkan hukuman berkenaan mirip seperti yang berlaku di Mesir sekarang.
Katanya, hukuman itu hanya mendedahkan kebobrokan demokrasi di Malaysia apabila hak asasi rakyat ditutup dengan penjara manakala pemimpin korup terus kekal berkuasa.
“Hukuman itu juga langsung tidak mengikut prinsip kedaulatan undang-undang apatah lagi hakim yang mengadili pula lebih cenderung untuk menghukum Orang Kene Zalami(OKZ) berbanding mendidik, ini tidak ubah seperti di Mesir!
“Apatah lagi tidak ada penangguhan pelaksanaan dibenarkan walhal Mahkamah Sesyen sepatutnya membenarkan perkara itu dilaksanakan atas budi bicara untuk menghormati OKZ dan keluarganya,” ujar Adun Teja itu kepada Keadilan Daily.

Dunia sedang menghampiri kiamat, benar itu salah, yang salah itu benar

Hari ini adalah Hari Malaysia dan hari ini adalah satu lagi hari cuti umum. Malaysia mempunyai hari kelepasan yang paling banyak di dunia ini dan itulah mungkin satu keistimewaan yang ada kepada kita. Kita terima  keistimewaan ini dengan positif apatah lagi kita sedang tercari-cari apa yang lebihnya kita ini dari negara lain.

Pun begitu ramai yang berbahas yang mana satu yang lebih istimewa, Hari Kemerdekaan atau Hari Malaysia dan berbagai-bagai perbahasan kita dengar. Ada yang mengatakan Hari Malaysia patut dirayakan lebih hebat dan besar dari Hari Kemerdekaan. Ada yang berpendapat yang Hari Kemerdekaan lebih penting dari Hari Malaysia dengan berbagai-bagai alasan.

Walau bagaimana pun ini juga adalah diantara beberapa perkara yang hidup dinegara ini dan ia merupakan satu pembangunan sebagai sebuah negara yang merdeka dan sesiapa juga berhak untuk menilai mana yang baik dan buruk mengikut pandangan dan perasaan masing-masing. Dalam isu ini tiada siapa yang salah, semuanya benar. Perbahasan ini pun menunjukkan yang rakyat ramai kasih dan sayang kepada negara. Masing-masing menunjukkan sayangkan negara dengan berbagai-bagai pendapat tentang isu ini.

Bagi saya kedua-duanya sama penting untuk diingati, dan tidak semestinya dirayakan secara besar-besaran. Yang terpenting perasaan sayangkan negara itu adalah penting dan itu tuntutan sebuah negara merdeka dan jangan lupa itu juga adalah tuntutan agama. Menjaga anugerah Tuhan ini adalah menjadi kewajipan kepada rakyat sekalian.

Menjaga sebaik-baiknya negara itu adalah seindah-indah perjuangan jika benar kita semua mengaddinkan agama itu. Kita selalu mendengar pemimpin bercakap tentang Islam itu sebagai addin dan diharapkan yang menjaga kebaikan serta keselamatan negara itu adalah menjadi kewajipan semua pihak.

Memberikan ‘interpretation’ kepada kasih dan sayang kepada negara inilah yang selalu menjadi isu dan perbalahan masing-masing kumpulan seperti parti-parti politik dan apa-apa pertubuhan serta individu-individu. Bagi saya samada Hari Malaysia atau Hari Kemerdekaan itu sama sahaja. Hari Merdeka itu diingati sebagai hari kita terlepas dari penjajahan asing dan Hari Malaysia itu adalah hari wujudnya sebuah negara baru.

Rumah papan hijau popular di Pulau Melaka, kekal seadanya.....

KOTA BHARU: Sekarang Pulau Melaka sudah banyak berubah. Lebih istimewa lagi disitulah terletaknya kediaman Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Rumah papan berwarna hijau di belakang Masjid Tok Guru tercatat lokasi popular di Kelantan. Jarang orang tidak mengenalinya.

Sepanjang 23 tahun bermula Oktober 1990, kereta rasmi kerajaan negeri sering keluar masuk ke situ. Parkir menempatkan kenderaan yang membawa Tok Guru Nik Abdul Aziz ke Kota Darulnaim setiap pagi.

Bertandang ke situ tidak perlu membuat temujanji, boleh berjumpa Menteri Besar pada waktu solat di masjid. Bagaimanapun bermula 6 Mei 2013, Tok Guru tidak lagi perlu bekejar ke Kota Darulnaim, masa rehatnya di rumah lebih panjang.

Keuzuran dan faktor usia membuatkan beliau menyerahkan tugas kepada Ustaz Datuk Ahmad Yakub. 

“Biar pun bukan lagi sebagai Menteri Besar, namun tetamu dan orang ramai tidak putus-putus mengunjungi ayah,” kata anaknya, Ustaz Nik Omar.

Darul Anuar berada dalam linkungan kediaman Tok Guru. Ia merupakan sebuah institusi pendidikan persendirian warisan Tok Guru.

Apakah Harun Taib hanya ingin PAS jadi pembangkang sampai kiamat?

Sudah banyak yang ditulis mengenai keputusan Multaqa Ulama PAS yang antara lainnya memutuskan supaya dikaji semula tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan Pakatan Rakyat terutama PKR yang dianggap merugikan parti itu. Kekurangan sokongan pengundi Melayu, isu Kota Damansara dan pertindihan di Labuan dalam pilihanraya umum lalu, menjalarnya elemen Anwarisme dalam PAS dan berbagai lagi dijadikan sandaran sebagai justifikasi kepada perlunya kajian itu.

Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib lantas turut diserang dan dilabel dengan pelbagai gelaran berikutan pengumuman ini dianggap meletakkan ulama PAS seolah-olah tidak memahami realiti masyarakat di negara ini, mempunyai pemikiran gaya lama, tidak terbuka dan berbagai lagi.

Dalam PAS sendiri terlihat reaksi yang berbagai. Rakyat yang mahukan perubahan pula jelas tidak gembira dengan keputusan itu. Umno pula mungkin tersenyum lebar kerana Dewan Ulama seolah-olah suara parti itu dan menjadi "trojan horse" terbaru selepas Nasharudin Mohd Isa dan Dr Hassan Ali yang begitu anti dengan PKR dan Anwar Ibrahim.

Ini berbeza dengan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang yang jelas memahami bahawa perjuangan politik PAS, selain daripada dakwah, perlu juga bermatlamatkan kuasa, lantas mengatakan kajian itu seharusnya untuk menambah baik lagi kerjasama yang terjalin dengan rakan-rakan dalam PR dan bukannya untuk mundur ke belakang.

Beliau juga mengatakan bahawa PAS wajib melangkah ke hadapan dengan memahami keadaan politik di Malaysia dan mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik untuk masyarakat majmuk selagi tidak melanggar hukum dan syariat serta tidak mengurung diri dalam pemikiran yang dicipta sendiri.

Jelas bahawa Nik Aziz berbeza dengan Harun Taib. Kewarakan dan ilmu Nik Aziz sesuai dengan keperluan politik Malaysia walaupun dari segi zahirnya beliau kelihatan tua dan mempunyai stail lama. Sambil mempertahankan hukum dan syariat, Nik Aziz bergerak komtemporari dan selari dengan zaman. Sebab itu, di antara sekian ramai pemimpin PAS, Nik Aziz bukan saja disukai oleh golongan lama dan tua, bahkan golongan muda lebih ramai yang tertarik kepadanya.

Umno “sakit tua dan bakal mati”, kata Dr Mahathir

Menjelang pemilihan Umno hujung tahun ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati parti Melayu itu agar melantik pemimpin muda kerana ia sedang menghidap "sakit tua" dan bakal "mati".

"Ini naluri manusia. Lambat-laun manusia akan menemui ajalnya," kata Dr Mahathir.

Beliau yang pernah berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri menegaskan hanya dengan pemimpin muda, Umno akan dapat meneruskan legasi mereka memerintah negara ini.

"Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu," katanya dipetik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Meskipun jelas Dr Mahathir, beliau cuba untuk menyedarkan Umno berhubung perkara itu, ada pihak yang memandang serong terhadapnya, malah menuduh beliau mempunyai agenda tersendiri.

"Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya.

"Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya jadi Perdana Menteri," kata bekas Presiden Umno itu lagi.

Tegasnya, hanya jika Umno diperbaharui oleh generasi muda barulah parti Melayu itu dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanahkan kepada Umno.

PERKASA: Lupakan saja Chin Peng

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata mayat Chin Peng tidak harus dibawa pulang ke negara ini dan sejarah mengenai bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu juga perlu dipadam.

NONEIbrahim berkata rakyat Malaysia wajar melupakan terus Chin Peng, yang dilaporkan meninggal dunia di Bangkok akibat sakit tua hari ini, kerana bekas setiausaha agung PKM itu merupakan seorang “penjenayah”.

"Sama ada mayatnya patut dibenar untuk dibawa pulang, pada hemat saya, tidak perlu.

"Kalau masa hidup pun kita tidak setuju Chin Peng dibenar pulang ke Malaysia, maka selepas mati pun, mayatnya tidak patut diizin untuk di kebumikan di Malaysia," katanya.

Ibrahim berkata, generasi muda sepatutnya memperingati tokoh lain seperti Tun Tan Cheng Lock dan Tun Tan Siew Sin berbanding Chin Peng.

NONE"Sejarah manusia seperti Chin Peng mesti dipadamkan daripada sejarah daripada diketahui oleh rakyat terutama generasi muda.

"Ada juga sejarah peristiwa hitam yang patut diketahui oleh masyarakat untuk pengajaran, tetapi tidak sejarah penganas dan penjenayah yang merosakkan negara.

"Elok lupa sajalah Chin Peng ini," katanya dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini.
Chin Peng, 90, adalah bekas pemimpin Parti Komunis Malaya yang tinggal dalam buangan di selatan Thailand dilapor meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok, akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi ini.

Mengulas lanjut, Ibrahim - yang dianggap pemimpin yang lantang membela hak Melayu - berkata beliau langsung tidak terkejut dengan berita kematian Chin Peng kerana dimamah usia.

"Chin Peng sudah mati. Saya langsung tidak terperanjat. Ini kerana usianya yg sudah tua, maka dia patut lama sudah mati," katanya.

IGP kata Chin Peng tak pernah jadi warga M'sia

Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau percaya bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng, tidak pernah menjadi warganegara Malaysia.

NONEKatanya, beliau juga berpendapat bahawa Chin Peng, pasti akan berasa gembira sekiranya dikebumikan di negara yang paling lama dihuni oleh pemimpin gerila tersebut.

“Dia tidak pernah mendapatkan kerakyatan (Malaysia) ketika dia menyertai PKM... Saya tidak pasti sama ada beliau mendapat kewarganegaraan dari Thailand tetapi dia bukan seorang warga Malaysia,” katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Komedi Ekonomi Bumiputera


MEMPERKASAKAN ekonomi bukanlah macam memperkasakan seseorang dalam ilmu silat - lebih banyak berlatih, lebih mahir dalam pelbagai teknik.  Malah dalam bidang ekonomi perkataan ‘pemerkasaan’ atau apa juga perkataan terbitan daripada perkataan ‘perkasa’ adalah sama sekali tidak relevan.
Begitupun, mengambil makna istilah ‘pemerkasaan ekonomi’ dalam semangat sebagaimana yang ditaksubkan oleh pemimpin Umno (agar setidak-tidaknya perihal tersebut berbunyi serius dan betapa sesungguhnya Perdana Menteri dan para menteri kabinet Melayu lain bertungkus-lumus siang malam bagi memastikan hasrat dan inspirasi orang Melayu dan kaum bumiputera lain tercapai dalam menemui apa juga sasaran tahap ekonomi yang telah ditetapkan),  ramai yakin ia lebih merupakan strategi politik berbanding langkah afirmatif.

Bukan lagi satu fakta terselindung betapa perbincangan mengenai ekonomi bumiputera, setidak-tidaknya di peringkat kerajaan adalah sesuatu yang dalam bahasa pasarnya sudah boleh dianggap ‘basi’.

Sejak topik ini mula diperkenalkan di zaman Tun Razak pada awal 1970-an, semangat penglibatan orang Melayu dalam bidang ekonomi mengalami pelbagai ‘jump start’ dan ‘false start’.

Bagaikan komidi tragik, meminjam  dalam konteks hampir serupa dengan novel klasik Shakespeare, Comedy of Errors,  hampir setiap permulaan, sama ada secara lompat atau tersalah,  apa juga permulaan ekonomi bumiputera tidak beranjak begitu jauh dari garisan permulaan.  Semuanya kerana ada sahaja kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan sama ada di peringkat dasar dan lebih-lebih lagi di peringkat pelaksanaan.

Kita akui pernah wujud segelintir tokoh korporat Melayu di zaman Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan buat pertama kalinya pada 1980-an.  Namun generasi tokoh korporat melayu berkot designer jenama Ermenegildo Zegna dan menghisap cerut jenama Ashton buatan Republik Dominika berharga RM2000 sebatang sudah pupus ibarat pupusnya burung dodo atau harimau Java.

Nik Nazmi: Mana lesap RM52 bilion saham Bumiputera?

nik nazmiKUALA LUMPUR 16 SEPTEMBER: Datuk Seri Najib Razak perlu jelaskan ke mana lesap RM52 bilion saham Bumiputera sebagaimana diakui Perdana Menteri itu pada 24 Mac 2011.
“Berapa bilion wang rakyat lesap kerana rasuah dan salah tadbir kerana tiga tahun lalu, Najib mengakui daripada RM54 bilion nilai
saham diperuntukkan kepada Bumiputera, hanya RM2 bilion kekal di tangan masyarakat itu.
“Persoalannya ke mana hilang RM52 bilion saham itu,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan.
Beliau merujuk pengumuman Najib sebelum itu yang mengunjurkan beberapa langkah kononnya untuk memperkasa ekonomi Bumiputera.
Antara lain, Najib mengumumkan dana tambahan berjumlah RM700 juta kepada Tekun Nasional dan tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM300 juta, serta memperkenal Skim Permulaan ‘Entrepreneur’ Baharu Bumiputera (Superb).
“Sudah tentu mengangkat martabat Bumiputera cabaran besar buat Malaysia, namun PM dan Timbalannya perlu menjawab mengapa Bumiputera kekal lemah di bawah Umno yang memerintah sejak lebih 50 tahun lalu,” tegas Nik Nazmi.

Cara lama bantu pelajar mudah lulus BI

Lulus BI
SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan digesa tidak mengubah terlalu banyak kurikulum subjek Bahasa Inggeris yang telah dipraktikkan sekian lama dalam memastikan kelangsungan penguasaan bahasa kedua itu di kalangan pelajar.
 
Bekas Penolong Kanan 1, Sekolah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam, Roziah Jali sebaliknya menyarankan kementerian menimba kaedah pengajaran dahulu untuk memastikan pelajar mempunyai kemahiran tinggi dari segi penulisan dan percakapan dalam bahasa Inggeris.
 
"Pelajar layak mencapai setinggi mana ilmu yang dituntut dan bukannya sewenang-wenangnya menukar sistem kerana sistem yang ada sudah cukup berilmu dan berdaya saing.
 
"Namun, kurikulum yang sedia ada masih perlu ditokok tambah dan dimurnikan dari masa ke semasa," katanya yang pernah berkhidmat sebagai guru bahasa Inggeris selama 35 tahun.
 
Roziah mengulas mengenai keputusan Kementerian Pendidikan yang akan menetapkan bahasa Inggeris sebagai kertas wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2016.
 
Menurutnya, ketika mengajar dahulu, beliau begitu menekankan kepada anak muridnya dalam latihan mengarang dan meringkaskan karangan bahasa Inggeris.
 
"Kurikulum dahulu juga lebih mendalam termasuk membaca dengan intonasi yang betul.
 
"Bahasa Inggeris mempunyai loghat bahasa mengikut dialek bangsa," katanya.
 
Berdasarkan pengalamannya mengajar murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa, terdapat segelintir muridnya yang berbangsa India dan Cina mempunyai sedikit kelemahan menyebut sebutan-sebutan tertentu.
 

Bahasa Inggeris wajib lulus 2016: Mampukah kita?


Lulus BI
HASRAT kerajaan menjadikan subjek Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus bermula 2016 mendapat reaksi pelbagai pihak. Perkara ini tentu juga menarik perhatian warga pendidik, para pelajar dan tentu sahaja ibu bapa. 
 
Bagi yang menerima dengan cara positif, maka positif lah pandangannya. Namun ada juga yang memperlekehkan tahap kemampuan pelajar di negara ini dan mutu pendidikan negara bagi mencapai misi itu.
 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ini boleh dicapai. 
 
Menurut Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, pada masa ini pun, jumlah peratusan pelajar yang lulus mata pelajaran berkenaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kira-kira 60 peratus.
 
Katanya, Kementerian Pendidikan sudah merangka dan memulakan pelbagai program bagi tujuan meningkatkan tahap penguasaan para pelajar serta guru bagi mata pelajaran tersebut.

Pelan Pendidikan kucar-kacir, tumpu pengajian BI – Bekas guru

NordinMahmoodKUALA LUMPUR 16 SEPTEMBER: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancar Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mendapat kritikan pelbagai pihak.
Terbaharu, bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Datuk Nordin Mahmud menyifatkan pelan itu lebih tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris serta tersasar daripada pelan pendidikan kebangsaan.
Menurutnya, syarat kelulusan Bahasa Inggeris (BI) untuk Sijil Pelajaran Malaysia pula memberi isyarat penekanan lebih meluas terhadap pembelajaran dalam Bahasa Inggeris.
“Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) lebih sesuai dinamakan Pelan Pembangunan Bahasa Inggeris kerana dalam laporan itu menyarankan tiap-tiap murid harus fasih dalam dua bahasa, iaitu Melayu dan Inggeris.
“Bila Bahasa Inggeris (BI) diutamakan, Bahasa Melayu akan dipinggir. Syarat lulus BI pada 2016 akan memastikan semua sekolah menekankan BI sebagai keperluan (keutamaan) pembelajaran menjelang 2016.
“Ini seolah-olah mengembalikan sistem pendidikan kepada PPSMI yang menggalakkan penguasaan BI dalam Sains dan Matematik,” katanya kepada Keadilan Daily.

Selepas Nik Aziz dan Hadi, Tuan Ibrahim pula tegas mahu kukuhkan Pakatan


Selepas Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kini Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, iaitu jurucakap rasmi PAS, pula menegaskan komitmen parti itu untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya mengkaji balik keperluannya.
Kenyataan ketiga-tiga tokoh utama PAS ini memberikan tamparan hebat kepada cadangan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib agar tahaluf siasi (kerjasama politik) PAS dengan PKR dikaji balik.
Dalam ucaptama di Multaqa Ulama SeMalaysia (gambar) di Alor Setar, Harun mencadangkan agar tahaluf siasi dikaji balik "untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali tahaluf siasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS".
The Malaysian Insider difahamkan, cadangan yang terdapat dalam kertas ucaptama ini tidak dibaca oleh Harun. Bagaimanapun idea ini diperkukuhkan melalui resolusi multaqa.

Fitnah Liwat II: Permohonan Anwar ketepi rayuan diketuai peguam Umno didengar esok

901 anwarKUALA LUMPUR 16 SEPTEMBER: Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah daripada pasukan pendakwaan akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya esok, 17 September dan seterusnya 18 September.
Rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan mahkamah membebas dan melepaskan Ketua Umum KEADILAN itu dalam kes tersebut juga akan didengar pada tarikh sama.
Perkara itu diputuskan dalam pengurusan kes di Mahkamah Rayuan pada 1 Ogos lalu.
Anwar dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.
Pasukan peguam Anwar membantah perlantikan Muhammad Shafee yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi kes rayuan Fitnah II kerana beliau merupakan peguam pro Umno.
Menurut Anwar, notis bantahan diserah kepada mahkamah kerana jelas kes tersebut bermotif politik dan bertujuan menghentikan kegiatan politik beliau.

AES: Sebelum ini JPJ, sekarang PDRM pula


KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan menyerahkan operasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menimbulkan tanda tanya apatah lagi tidak ada sebarang laporan daripada Jawatankuasa Pemandu sepertimana yang diumumkan sebelum ini.

Penasihat Undang-undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff mempersoalkan keputusan mengejut apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa AES telah diserahkan PDRM.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada 10 September memaklumkan bahawa keputusan sama ada perlaksanaan AES akan diambil alih oleh kerajaan atau sebaliknya hanya akan diumumkan minggu depan.

"Terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Zahid bahawa PDRM telah mengambil alih AES dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedangkan Hishammuddin mengatakan akan mengumumkan minggu hadapan.

"Selain itu juga sehingga sekarang kita tidak mengetahui apa keputusan dan kajian yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemandu, tiada laporan didedahkan dan tiba-tiba AES diserahkan kepada PDRM.

"Sesuatu yang di luar jangka berlaku, persoalannya kenapa PDRM ambil alih," jelas beliau.

Bekas pemimpin PKM Chin Peng meninggal dunia hari ini ketika Malaysia berumur 50


Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.
Menurut laporan Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Setiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.
Chin Peng mengetuai Parti Komunis Malaya melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.
Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.
Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya.

‘They lied, Rosli Dhoby not pro-Indonesia’

Documentary evidence showed that British Colonial Office hid truth of how and why Charles Vyner Brooke was assasinated.

KUCHING: The re-emergence of an old incriminating BBC report of  famed Sarawak Malay nationalist Rosli Dhoby has irked his family.
Tahar Johnny, a cousin of Rosli, known for his role in the assassination of Sir Duncan Stewart, the second governor for Sarawak, said the later was not pro-Indonesia although he was anti-British.
“Yes, he had a great liking for anything Indonesia. Early in the mornings, he would listen to Indonesian radio broadcasts, and he also liked to read Indonesia books.
“But that was it. He had never mentioned anything about supporting Indonesia to govern Sarawak,” said Tahar, 73 adding that the incident had happened a long time ago and it was not right to kindle “old wounds” especially now that “Sarawak is already peaceful and a better place for its people.”
Rosli was reportedly part of the anti-cessionist movement which was against Rajah Charles Vyner Brooke’s decision to cede the state to the British Crown just after the Second World War.
Rosli, together with his anti-cessionist Rukun Tiga Belas organisation members – Awang Rambli Amit, Morshidi Sidek and Bujang Suntong – had conspired carried out the assassination of Stewart during the governor’s first official visit to Sibu on December 3, 1949.
Rosli stabbed Stewart on his arrival after Morshidi pretended to take pictures of the governor.
The four were subsequently sentenced to death, and were hanged to death on March 2, 1950. Rosli was at the time a 17-year-old lad.
Speaking to FMT, Tahar  however admitted to  the possibility that there were other conspirators who were sympathizers of the then newly independent and expansion-aspiring Indonesia.
“Some of them (the other members of Rukun Tiga Belas) might have been pro-Indonesia. But I am very sure Rosli wasn’t.
“He indeed had a great admiration for Indonesia, and most likely gained his nationalist sentiments from Indonesia, but he had never mentioned about supporting a union with Indonesia,” he said.
Letter between conspirators
Tahar said further that Rosli had never expressed any aspirations to involve Indonesia in the future of Sarawak.
He was responding to a report by the BBC Radio last year, alleging that a letter between two unnamed fellow conspirators of Rosli had been found, within which they made clear their intentions to help Indonesia to take over British Sarawak.
The existence of the alleged letter, however, was suppressed by the British, amidst fear of hostile reaction from Indonesia. SouthEast Asia was in the midst of pre-war fears.
The British then purportedly linked the assassination to Anthony Brooke, Vyner’s nephew, who was at that time also against Sarawak becoming a crown colony.
In the BBC report dated March 12, 2012, it said former undisclosed documents proved British officials had covered up evidence about Stewart’s assassination, fearing the truth might start a war.
This however, was said to have stained the reputation of Anthony Brooke, who was the “Rajah Muda” or “Crown Prince” for the Sarawak.
Rosli and Morshidi were thought to be members of a group dedicated to restoring Anthony to the throne of Sarawak.
Anthony was never officially informed that the assassination had no connections with him until he died in 2011.
Prior to Sarawak becoming a crown colony, it was ruled by the Brooke Family for more than 100 years.
However, in July 1946, Sarawak became Britain’s last colonial possession, when it was handed over to the Britain by Vyner, in exchange for a £200,000 much to Anthony’s and most Sarawakians’ chagrin.

Selepas 50 tahun, berjayakah Malaysia sebagai negara?

OLEH AMIN ISKANDAR@BLACK

Hari ini, genaplah 50 tahun usia Malaysia. Sudah separuh abad negara berdiri selepas Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menubuhkan Malaysia pada 16 September, 1963.
Pada tanggal keramat ini 50 tahun lalu, Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman berucap di Stadium Merdeka sempena penubuhan Malaysia.
"Dengan Nama Allah, Yang Amat Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah, Perdana Menteri Malaysia, dengan persetujuan dan perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang-Dipertuan Agong, Yang Terutama Yang Dipertuan Negara Singapura, Yang Terutama Yang Dipertuan Negara Sabah, Yang Terutama Gabenor Sarawak, dengan ini mengisytiharkan dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia... akan kekal menjadi sebuah demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan."
Dua tahun selepas ucapan bersejarah itu, Singapura meninggalkan Malaysia, pada Ogos 1965.
Selepas 50 tahun, apakah Malaysia bergerak selari dengan janji Tunku semasa penubuhannya?
Prof Datuk Dr Mohd Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merasakan walaupun tidak dapat dinafikan pembangunan fizikal di Malaysia berlaku, negara masih lagi lemah dari segi kepimpinan dan pengurusan.
“Dari segi pencapaian demokrasi dan kebebasan rakyat kita masih merangkak perlahan. Merugikan minda kerana kita tidak dapat manfaatkan modal-modal insan yang banyak,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Menurut Agus, rakyat Malaysia masih belum dapat merasakan kehidupan sebenar dalam sebuah negara demokrasi kerana tidak mempunyai kebebasan sebenar untuk mempunyai perbezaan pendapat, kebebasan akademik dan berpersatuan.
Selepas 50 tahun, apakah Malaysia sebuah negara adil kepada semua negeri terutamanya kepada Sabah dan Sarawak yang merupakan watak-watak utama penubuhan negara?

Muafakat bersama PR untungkan PAS - Ust Ahmad Awang

Naib Presiden Pas Pusat, Ahmad Awang 
IPOH – Muafakat politik Pas bersama PR dilihat banyak membantu melonjakkan rekod parti untuk memperbaiki kedudukan kerusi dalam pilihan raya, kata bekas Naib Presiden Pas Pusat, Ahmad Awang.

Beliau berkata, berbanding sebelum ini, Pas sudah menunjukkan pengaruh yang besar dalam sistem politik negara apabila mampu memenangi beberapa kerusi yang sebelum ini tewas.

“Jika dilihat dari sudut politik, Pas sebagai parti mempunyai tujuan untuk mengembangkan pemikiran, meraih kuasa dan salah satunya adalah melalui sistem pilihan raya sama ada di peringkat Parlimen atau Dun.

“Saya kira jika Pas tiada dalam PR, kita tidak mampu untuk meraih lebih banyak kerusi, seperti di Selangor, kita sudah menjadi sebahagian dalam pentadbiran,” katanya.

Beliau melihat langkah kaji semula Tahaaluf Siyaasi seperti yang diutarakan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib itu seolah-olah memberi kata dua, sama ada membuat keputusan untuk terus kekal dalam Pakatan atau menarik diri.

Sedangkan katanya, dalam menghadapi PRU14 akan datang, Pas mempunyai peranan besar untuk menjuarai pemikiran pengundi Melayu untuk melakukan perubahan.

PRU14: Pas akan kukuh komitmen bersama PR

Pas akan terus memperkukuhkan komitmennya dengan PR bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerjasama Pas dalam PR tidak merugikan parti, namun segala kelemahan akan diperbaiki melalui meja rundingan.

“Cadangan agar Pas menyemak tahaaluf siyaasi dengan rakan PR bukan bermakna memutuskan hubungan dengan mereka.

“Semakan agar perjalanan tahaaluf siyaasi selaras dengan tuntutan syarak sebagaimana resolusi yang dikemukakan ialah sesuatu yang sihat dan tidak wajar dipolemikkan. Oleh kerana dasar Pas ialah Islam, maka gesaan untuk semakan dan kajian adalah dialu-alukan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Saham khas gagal tambah ekuiti Bumiputera


KUALA LUMPUR: Beberapa saham bumiputera yang telah diagihkan selama ini gagal meningkatkan  pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat akibat harga saham yang menurun dan tidak menjana kekayaan yang diharapkan, ujar Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid
Menurut beliau,  suntikan pelaburan atas nama bumiputera harus dilihat dengan kritikal supaya daya tahan pemilikan saham tidak menurun.

“Dalam hal memperkukuhkan pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera , kami memerhatikan berlaku ketidaktelusan dalam pembelian dan penjualan aset oleh pelbagai agensi yang mengendali aset atas nama bumiputera,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, wujud kecenderungan membeli bangunan atau aset hartanah yang tidak telus sehingga menjadi beban  kewangan kepada agensi terbabit,  malah ada aset yang terbiar tanpa diurus secara produktif.
Apa yang lebih dikesalkan, tambahnya terdapat  penjualan aset oleh agensi terbabit  kepada bukan bumiputera.

“Kami menuntut agar semua agensi yang diamanahkan untuk mengurus aset hartanah dipantau secara profesional dan tidak dipengaruhi  oleh gangguan politik,” ujarnya.

Kronisme & nepotisme halang kemajuan ekonomi Bumiputera

KUALA LUMPUR: Pelancaran program  Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, 14 September lalu oleh Perdana Menteri hanya sekadar menukar nama kepada program yang sama jika kerajaan tidak bersikap terbuka , telus dan membanteras amalan kronisme.



Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan medianya berkata,  mentransformasikan program pelbagai skim hanya bermakna jika ia diuruskan dengan amanah dan tidak diganggu oleh keputusan politik yang akan menjejaskan ekuiti bumiputera .

“Para usahawan bumiputera perlu dibina dengan skim yang berbeza. Semua agensi yang sedia ada nampaknya tidak melahirkan usahawan bumiputera yang diharapkan.

“Prosedur perniagaan perlu dipermudahkan dan anugerah projek-projek kerajaan hendaklah dilakukan secara meritokrasi yang telus . Kaum bumiputera yang benar-benar menunjukkan daya perniagaan yang baik hendaklah diberi peluang meningkatkan perniagaan,” ujarnya.

Teras juga berpendapat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak harus menjadi pesaing kepada para usahawan bumiputera manakala  peniaga sederhana dan kecil perlu diberi kemudahan dan lokasi perniagaan yang strategik.

“Penyeliaan perniagaan bumiputera yang mendapat pinjaman dari pelbagai agensi perlu dilaksanakan agar tidak berlaku salahguna modal perniagaan,” tambah Azmi.

HARI MALAYSIA - "KEMBARA" [Pete Teo]

16 Sept: Sejarah Yang Cuba Dipadamkan