Ahad, 15 September 2013

Resolusi Multaqa Ulama usaha perkukuhkan PR


KOTA BHARU: Cadangan Multaqa Ulama Se-Malaysia yang mahu tahaluf siyasi bersama PKR disemak semula disifat sebagai usaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR).

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, keputusan itu dianggap sebagai satu strategi bagi mewujudkan gabungan yang lebih kuat.

Veteran PAS, Subky Latiff pula menyifatkan tahaluf siyasi PAS bersama parti-parti lain bermula pada 1959, apabila PAS bekerjasama dengan Parti Negara.

“Kemudian pada 1982 PAS bersama Barisan Nasional dalam kerajaan campuran. Oleh itu tahaluf siyasi sebenarnya bukan perkara baru.

“Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memperkukuhkan kepemimpinan ulama,” katanya pada wacana anjuran Ilham Centre di Bazar Tengku Anis malam tadi.

Resolusi Multaqa Ulama di Alor Setar semalam mencadangkan lapan perkara termasuk tahaluf siyasi bersama PKR disemak semula Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat bagi menjaga maslahah syariah.

Sorotan ringkas sejarah identity kebangsaan Malaysia


Tanggal 16 September tidaklah sepopular atau se-gah tarikh keramat 31 ogos yang menjadi symbol kemerdekaan negara kita dari penjajahan imperialis British. Pada tarikh ini lewat 50 tahun yang lalu tanah Melayu telah digabungkan dengan Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk sebuah negara Malaysia,yang namanya kekal sehingga ke hari ini. Bermulanya dengan pengumuman penggabungan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961, akhirnya Sabah,Sarawak dan Singapura, yang dahulunya dijajah dimerdekakan di bawah bendera Malaysia.
Sejarah penggunaan nama Malaysia ini tidak seperti yang digambarkan di dalam buku-buku teks sejarah yang seakan muncul secara tiba-tiba setelah Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju menyertai Persekutuan Tanah Melayu. Sebaliknya nama ini berakar jauh sejak tahun 1880-an lagi.
Misalnya, seorang ahli geografi dari Scotland, Alexander Keith Johnston telah mencatatkan peta yang meliputa keseluruhan kepulauan Melayu sebagai kawasan “South Eastern Peninsula and Malaysia” dalam bukunya National Atlas of Historical, Commercial dan Political Geography.
Juga pada tahun 1923, A.L. Koreber dalam bukunya Anthropology menggambarkan Malaysia sebagai kawasan geografi yang meliputi Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Asia Tenggara (tidak termasuk Burma, Siam dan Indochina) yang para penghuni ibundanya mempunyai ciri-ciri utama fizikal dan budaya malayo-polinesia yang membentuk watak rantau itu.
Namun nama Malaysia ini agak lambat dan sedikit jarang digunakan dalam dokumentasi-dokumentasi British setelah bermula era penjajahan mereka di Semenanjung Tanah Melayu sekitar 1920-an. Pentadbiran British lebih gemar menggunakan nama Malaya sebelum digantikan pula dengan panggilan British Malaya. Nama Malaysia secara rasminya muncul apabila bancian penduduk dilakukan pada tahun 1931.
Namun ahli akademik yang bertanggungjawab mempopularkan nama ini adalah seorang profesor dari universiti Harvard dalam bukunya Malaysia: A study in Direct and Indirect Rule (anehnya buku ini pernah selalu dikongsi di laman Facebook sebagai bukti agenda Freemason) terbitan 1937 di New York. Buku itu membicarakan soal dasar imperialisme British di Tanah Melayu.
Berbeza sedikit dengan Koreber, Malaysia yang dimaksudkan oleh Emerson lebih kecil merangkumi hanya Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Kepulauan Indonesia tanpa termasuk Filipina dan wilayah-wilayah Utara Borneo. Sejak itu di parlime British,terutama tahun 1945 dan 1946 penggunaan nama Malaysia lebih kerap digunakan merujuk kepada jajahan British di Tanah Melayu dan sekitarnya.
Dua perkara yang dapat kita simpulkan daripada kajian-kajian akademik ini adalah: 1) nama Malaysia ini adalah ciptaan luar yang asing daripada masyarakat pribumi Tanah Melayu. (2) konsep Malaysia pada asalnya difokuskan hanya pada sudut geografi, dan bukan penduduknya. Sungguhpun kebanyakannya meletakkan kelompok Melayu sebagai teras utama penduduk Malaysia ini, tiada diskusi berkenaan dengan identity kebangsaan Malaysia.
Berbeza pada sekitar tahun 1950-an pejuang-pejuang politik tempatan telah menanggapi konsep “Malaysia” ini bukan hanya pada dimensi geografi sahaja sebaliknya turut ditekankan bahawa identiti utama dalam konsep Malaysia ini adalah berteraskan masyarakat Melayu.

Perutusan Hari Malaysia - Dr Wan Azizah

TARIKH 16 September adalah catatan sejarah untuk Malaysia iaitu tarikh keramat untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di mana 14 negeri ditadbir dibawah satu kerajaan persekutuan yang berpegang kepada prinsip dan sistem demokrasi berparlimen.

Setelah 50 tahun, sudah pasti kita semua punyai impian untuk melihat negara yang kita cintai ini diterajui oleh kepimpinan yang benar-benar memartabatkan kehidupan dan hak rakyat.

PKR mengimpikan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang membuka ruang kepada setiap individu warganya menikmati pendidikan percuma, kesihatan, keselamatan dan pengurusan yang ikhlas dan membela rakyat.

Sejajar dengan apa yang telah dideklarasikan di Permatang Pauh pada 12 September 1998 bahawa,“Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang".


Selamat Hari Malaysia.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

ASB2: Strategi Baru, Pendekatan Lama

dr zul ahmad pic mza
SHAH ALAM, 15 SEPTEMBER – Permodalan Nasional Berhad (PNB) memerlukan perubahan struktur supaya ia menjadi lebih dinamik dan dapat bersaing secara agresif bagi menjana pendapatan tinggi.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas, Dr Dzulkefli Ahmad berpandangan pendekatan sedia-ada antara faktor hasil pulangan yang rendah seperti simpanan tetap 8 hingga 10 peratus sahaja.
Menurut beliau, PNB sebenarnya boleh mengerakkan Amanah Saham Berhad 2 (ASB2) tanpa perlu menunggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbuat demikian.
“PNB 1 ini mengambil pendekatan jalan selamat. Mereka tidak agresif untuk membangunkan dan mengangkat pendapatan negara kasar (GNI) berkapita orang Melayu kerana kaedah perlaksanaan kerja masih sama.  Mereka masih menggunakan pendekatan tidak mahu mengambil risiko, dengan kata lain tidak mahumemecah dan menembus pasaran rantaian pembekalan,” jelas Dr Dzulkefli.
PNB merupakan syarikat pengurusan modal terbesar di Malaysia dengan misi sebagai organisasi pelaburan untuk meningkatkan kekayaan ekonomi Bumiputera. ASB2 diumum semalam oleh Najib Razak sebagai sebahagian dari inisiatif pemerkasaan ekonomi Bumiputera.
Menyifatkan pengumuman Najib itu sebagai melepaskan batuk di tangga, Dr Dzulkefli berpendapat program-program yang diumum tidak mengambil iktibar daripada kegagalan program-program terdahulu. Jelas beliau pendekatan lama hanya membantutkan matlamat mendapatkan pendapat lebih tinggi.

Perkasa Ekonomi Bumiputera: Masalahnya bukan dasar, tapi rasuah & ketirisan


SECARA formalnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada 1970 sudah tiada selepas tahun 1990, ketika itu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Ia digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan kemudian, Najib menukarnya sekali lagi setelah BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen pada PRU ke-12, menjadi Model Ekonomi Baru (MEB) pada tahun 2010. Malah d izaman Najib juga, MEB disertai dengan Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programe (ETP).


Intipati kepada ketiga-tiga dasar ini tetap sama sungguhpun namanya berbeza.

Saya pernah bertanyakan perkara ini dengan rakan-rakan dari kaum Cina. Adakah beliau merasa tidak selesa dengan DEB atau DPN atau MED. Jawabnya secara umum, tidak. Mereka sama sekali tidak merasa risau atau bimbang atau terganggu dengan agenda DEB, DPN atau MEB kerana beliau mengakui bahawa dasar tersebut punya sebab yang boleh diterima.

Realiti bahawa majoriti penduduk Malaysia, lebih dari enam puluh peratus adalah kaum Bumiputera (lebih lima puluh peratus adalah Melayu) dan kaum majoriti inilah yang paling diancam kemiskinan. Justeru katanya, kaum Cina atau India juga, tidak pun merasa cemburu atau merasa terancam, malah mereka boleh memahami dan menerimanya.

Namun, jelasnya lagi bukan niat atau objektif dasar-dasar ini yang dipertikaikan, tetapi bagaimana dasar ini dilaksana. Inilah juga yang disepakati oleh ramai rakan-rakan Melayu yang lain.

Rekod lampau

Ratusan billion ringgit telah dibelanjakan sejak Rancangan Malaysia kedua (1970-an) untuk melaksanakan semua dasar-dasar kerajaan ini. Namun, bukan sahaja objektifnya gagal dicapai malah jika ‘Melayu masih ingat’, ada direkodkan berlakunya pelbagai skandal penyelewengan dalam kerajaan, sejak dari zaman penswastaan Tun Mahathir ( kes MAS membabitkan Tan Sri Tajudin Ramli dan krisis ekonomi 1997), zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi (Laporan Ketua Audit Negara seperti kerugian yang ditanggung kerajaan akibat kelemahan mengurus dalam projek keretapi berkembar Ipoh-Rawang) hinggalah ke zaman Najib (kes pembelian kapal selam, peralatan tentera dan kes NFC).

Jika ‘Melayu masih ingat’ pada tahun 2011, Global Financial Integrity melaporkan, sekitar RM888 bilion ringgit wang haram mengalir keluar negara dari tahun 2000 hingga 2008. Ini belum termasuk laporan Ketua Audit Negara tentang pelbagai lagi ketirisan akibat kecuaian pihak kerajaan, baik di peringkat kementerian, jabatan dan agensi-agensi kerajaan dalam pelbagai projek yang lain. Ini pun jika ‘Melayu masih ingat’.

"Geng 13": OKT Orang Kena Zalim dari Penjara Tapah Perak

The Truth about Rural Sarawak: No Clean Running Water (Impian Sarawak)

Ikhwanul Muslimin: Kami Tidak Akan Menyerah Kalah


Presiden sementara Mesir Adly Mansour melanjutkan tempoh darurat kepada dua bulan lagi susulan keganasan berterusan di Kaherah.

Sebelum ini, arahan darurat tamat pada Ogos lalu namun ia dilanjutkan berikutan ribuan rakyat Mesir dan penyokong Presiden digulingkan Mohamed Mursi masih meneruskan perarakan di jalan-jalan utama sekitar bandar bagi mendesak pembebasan pemimpin itu sekali gus mengutuk rampasan kuasa tentera.

“Tempoh darurat dilanjutkan dua bulan. Kami beri amaran, tentera dan polis tidak berkompromi dengan mana-mana individu melanggar perintah ini,” katanya menerusi stesen televisyen tempatan Press TV.

Sementara itu, selepas solat Jumaat semalam, ribuan rakyat Mesir menyertai perarakan mega di Madinah Sidi Salim, Wilayah Kafr Asy Syeikh dan Syubra Al Kheymah serta di hadapan masjid Al Fath, Zagazig.

Menteri Bolehland: Isu kos sara hidup rakyat, keutamaan kerajaan

Menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat sentiasa menjadi  perhatian dan keutamaan kerajaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.

Katanya kerajaan memberi perhatian serius berhubung isu berkenaan kerana kerajaan memahami beban hidup rakyat serta atas dasar demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

"Selaras dengan janji kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup, maka kerajaan membuka  lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang berkonsepkan kedai serbaneka dengan menjual semua keperluan asas rumah.

"KR1M mampu menawarkan pengurangan harga sehingga 50 peratus lebih murah daripada barangan sama berjenama lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan KR1M di Km3.2 Jalan Apas di sini hari ini.

Hasan berkata sebanyak 397 jenis produk dijual di KR1M berkenaan dengan harga yang murah dan pada masa yang sama kualiti dan keselamatannya dikekalkan seperti produk-produk sama yang lain.

Deris: Guru kritik PPPM secara terbuka dipantau..!!!

KOTA BHARU - Kementerian Pendidikan meminta pengarah pendidikan negeri memantau tindakan segelintir guru mengkritik Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) secara terbuka.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata sebarang kritikan seharusnya disampaikan menerusi saluran yang betul bagi memastikan kelemahan dapat diperbaiki.

"Kalau mahu mengkritik boleh, tetapi beritahu saya. Saya terbuka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar PPPM di sini hari ini.

Beliau berkata guru yang mempunyai kemusykilan atau pandangan boleh memaklumkan kepada beliau secara langsung menerusi e-emel.

Pada masa yang sama beliau meminta rakyat memberi peluang kepada kerajaan melaksanakan PPPM sebaik mungkin.

Sementara itu, Idris turut membidas sebuah portal berita propembangkang yang memutar belit kenyataannya berhubung sistem pendidikan negara baru-baru ini.

Rakyat sokong Pas kerana kerjasama dalam PR - Prof Dr Agus

Agus Yusoff 
Penganalisis politik berpendapat sokongan rakyat terhadap Pas yang ditunjukkan dalam pilihan raya bukan disebabkan parti itu tetapi kerjasama bersama perikatan PR.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, Pas tidak akan mendapat sokongan orang Melayu sepenuhnya  sekiranya bergerak sendiri dan bergabung dengan parti lain.

Menurutnya, peningkatan kekuatan Pas adalah berdasarkan kerjasama yang dijalinkan bersama PKR dan DAP.

"Kumpulan Ulama Pas ini tidak sedar ialah Pas mendapat pertambahan bilangan kerusi dalam pilihan raya (PRU13) lalu bukanlah disebabkan kekuatannya bertanding sendirian, namun pakatan di antara parti itu dengan beberapa parti pembangkang yang lain.

"Sejak keluar dari BN pada 1978, politik Pas tenggelam.

"Pas cuma kembali pulih dalam persada politik negara apabila bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah dalam PRU 1990, Barisan Alternatif pada tahun 1999 dan PR pada tahun 2008 dan 2013," katanya kepada Sinar harian Online, hari ini.

Pemerintah Umno-BN Didakwa Serah Tanah Kampung Pada Orang Kenamaan

Manikavasagam
SHAH ALAM, 15 SEPT: Lebih 40 tahun mendiami Kampung Jalan Kenangan, Kapar, penduduk asal kampung itu berputih mata apabila geran tanah kediaman yang dijanjikan Kerajaan Umno-BN diserahkan kepada orang luar.
Pengerusi Badan Bertindak Kampung Jalan Kenangan, Hanif Mohd Sani berkata penduduk asal yang berpenat-lelah meneroka tanah kampung itu diketepikan sehinggakan terpaksa mendiami tanah setinggan.
“Setiap kali pilihan raya mereka akan tabur janji yang sama, nak beri geran, hinggalah kira-kira seminggu sebelum pilihan raya 2008, akhirnya mereka keluarkan borang 5A tetapi yang dapat orang luar yang tidak ada kena mengena dengan kampung ini, cuma sebahagian sahaja orang kampung yang dapat,” jelas beliau.
Menurut Hanif, penduduk pada asalnya sudah pun memperolehi Lesen Menduduki Sementara (TOL) bagi tanah kediaman masing-masing tetapi pada 2001 Kerajaan Negeri Umno-BN membatalkan tol berkenaan. Hanif mendakwa mereka dijanjikan geran tanah sebagai ganti.

DAP sokong MCA isu saluran dana kampung baru



Dalam satu perkembangan mengejut, DAP hari ini menyokong saranan MCA agar kerajaan melanjutkan pemberian bantuan terus kepada sebanyak 607 buah kampung baru di seluruh negara.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata rancangan kerajaan untuk memindahkan tanggungjawab pembangunan kampung baru kepada majlis kerajaan tempatan hanya hanya menambah masalah birokrasi.

Tambahnya, keadaan itu bukan sahaja menambah beban kerja penjawat awam tetapi turut akan menambah kelewatan.

Katanya, sistem sedia ada melibatkan penyaluran dana secara terus kepada jawatakuasa kemajuan dan keselamatan kampung perlu diteruskan kepada golongan berkenaan lebih memahami isu setempat.

Sehingga tahun lepas, sejumlah RM70 juta disalurkan kepada 450 buah kampung baru Cina, 113 kampung terancang dan 44 buah kampung nelayan majoriti Cina, kata Lim.

NEP(New Economic Putsch)- Najib's New Economic Model.

Just yesterday amidst the pomp and splendour, PM Najib the UMNO president, announced his Permerkasaan Ekonomi Bumiputera. I translate that loosely into English as The Empowerment of Bumiputera economics. I haven’t seen the English version.
Muhyidin says he is all for the economic push. It’s a lucky day says he. Except he has got it wrong. It will not be a push but it will be a putsch.
Where was it declared? It was done at the UITM main hall in Shah Alam. UITM in the words of the PM, is the ultimate symbol of Malay achievements and potential. That symbolism- I don’t find objectionable.
What are disturbing are the increasingly flawed leadership qualities of the PM as the proclaimed leader of all Malays. I hear him. I hear him loud and clear as he thanked all the Malays for their fabled support that allowed UMNO to increase its parliamentary seats from 79 to 88. He can only point that part of his generalship from the recent GE. He won’t fool everyone.
Of course he didn’t and won’t qualify this claim by revealing that UMNO increased the number of seats due to gerrymandering and because of unfair voter density in the constituencies. He did not qualify it by saying he only got 133 seats compared to 140 in the previous administration. And he of course didn’t say that he only managed 47% of the popular votes and that he failed to regain Selangor where UITM is itself located.
Here is a leader who revelled in ceremonies and decorum. It is anyone’s guess to imagine how much money was spent to set up the prop and stage from which the emperor shall issue the edicts and dictates for an economic blueprint for the Malays. If anything, Najib was emperor-like when he announced the economic blueprint for the Malays.
If Tun Razak were to declare such a plan, he would have done it in a natural and unaffected setting. It’s a blueprint for the poor and yet the declaration is done in all its pomp and glory more fitting and suitable for a declaration of a business model for corporate mandarins. No doubt many of the Malay economic mandarins were around on hand in the PM’s entourage and salivating at the prospects of stealing more.
The first thing that comes to mind- now which of the consultants came up with this idea for the PM to announce? Maybe not many people have realised this, but Najib began the era where many of the ideas and initiatives- as Najib cautiously describes them, are produced by consultants. I am not surprised when friends in the government tell me that the upcoming Budget for 2014 is prepared mostly by consultants with little involvement from officers and researchers in the Finance Ministry. How do we expect government officers to wholeheartedly support the Budget if the final version of the budget wasn’t the result of much involvement from them? How do you expect them to defend what you can’t claim ownership on? You are asked to implement a version which is put up by consultants using the diverse inputs supplied by them in the first place.

PAS mengundur ke belakang ?

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Resolusi Ulamak PAS yang bersidang di Kedah pada 14 September 2013 menunjukkan kepada saya betapa pemikiran ‘mereka’ yang mencadangkan resolusi tersebut mengundur ke belakang. Kenyataannya tidak sesuai dengan perkembangan semasa politik negara. 

Satu yang kumpulan Ulamak PAS ini tidak sedar ialah PAS mendapat pertambahan bilangan kerusi dalam pilihan raya (PRU) bukanlah kerana kekuatannya bertanding sendirian, tetapi kerana pakatannya dengan beberapa parti pembangkang yang lain. Sejak keluar dari pakatan BN pada tahun 1978, politik PAS tenggelam. PAS cuma kembali pulih dalam persada politik negara apabila bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah dalam PRU 1990, Barisan Alternatif pada tahun 1999 dan Pakatan Rakyat pada tahun 2008 dan 2013. Sekiranya PAS bertanding bersendirian tanpa sokongan dan kerjasama dengan parti lain, saya yakin PAS akan hanya mendapat sokongan dari segelintir orang Melayu yang totok pemikirannya seperti kumpulan ulamak ini sahaja. Bagi orang Melayu yang sederhana pemikirannya, mereka lebih cenderung menyokong UMNO dan BN kerana kelebihan UMNO ialah tidak memandang serong kepada lebai atau tidak lebainya seseorang.
Satu yang menarik dari resolusi ulamak ini ialah “mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat.” Saya ingin sekali cadangan ini dipersetujui oleh kepimpinan PAS dan kita tengok sejauh mana PAS boleh pergi jauh dalam politiknya. Saya rasa PAS akan meroyan beragam selepas itu kerana tidak ada lagi sokongan kepadanya.

Pemilihan PAS: Ketentuan jawatan hak perwakilan


KUALA LUMPUR: PAS melihat ketentuan jawatan adalah hak perwakilan untuk memilih kerana Perlembagaan parti jelas memberi hak kepada perwakilan.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan berhubung dengan cadangan Dewan Ulamak supaya jawatan tertinggi parti daripada ulama.

Ini, katanya sebagaimana juga dewan-dewan lain akan mengangkat dewan yang mereka wakili; terpulang kepada perwakilan untuk bersetuju atau sebaliknya dengan cadangan dari Dewan Ulamak itu.

Berikut kenyataan penuh beliau.

PAS  ingin menegaskan komitmen kita untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Segala kelemahan yang timbul akan diperbaiki melalui meja rundingan. PAS mengalu-alukan sebarang cadangan serta komentar dari mana-mana dewan dan pandangan dalaman untuk meneliti apa jua unsur yang dianggap bertentangan dengan syarak.

PAS melihat resolusi dari Dewan Ulamak hasil Multaqa Ulamak sebagai sesuatu yang menepati demokrasi dalam PAS, kerana Dewan Ulamak sebagai sayap penting parti sewajarnya membuat rumusan bagi pihak dewan yang diwakili.

APARTHEID M'SIA: Thanks to Najib, Malays seen as shameless, corrupt, dependent on handouts

APARTHEID M'SIA: Thanks to Najib, Malays seen as shameless, corrupt, dependent on handoutsKUALA LUMPUR - Any pretence that Malaysia may have had to being a civilized nation was thrown out the window with the latest economic ‘plan’ for the Bumiputras, announced by Prime Minister Najib Razak.
Most of the money, in any event, will go not to the poor and struggling Malays but to a cabal of Malay businessmen with cozy links to the ruling Umno elite. This is no conjecture, it is what has been happening for decades with the New Economic Plan.
What the new plan does, at least in conception, is to take taxpayer’s money and distribute it to only one part of the population. And this part of the population is defined by their race. The word for such twisted economic policies cannot be any other than apartheid. There are preferred citizens and then there are the rest.
Self interest, self interest and self interest
Najib’s motivations for taking so backward a step appear to be three-pronged.
This step will first ensure that he will be unchallenged at the coming Umno elections as he has given the hardliners what they want. Even an arch-racist like Mahathir cannot complain.
Second, he hopes to ensure the Malay vote for the next elections.
Third, he now matches up to his father in the enacting of racially biased policy.
Muhyiddin cornered, acid test for the rest of BN
Muhyiddin, rumoured to be considering a bid for the Umno leadership, quickly rallied to Najib’s side, declaring the opinion of other citizens and the international community irrelevant.
Indeed, most non-bumiputras will have felt very hurt by this overt institutionalization of racism in the country.
The utter irrelevance of BN component parties like the MCA and MIC is apparent. Even they may now give the BN up as a bad job.
Forget about multiracial Malaysia
The dream of a multi-racial Malaysia where all races unite and work together, is now crushed.
For non-bumiputras, the message from the government is an unmistakably clear one. They are unwanted citizens.
As far as the government is concerned, they can take their skills and their capital and migrate to some other land.
This is of course already happening. The rate of such exits will increase. Singapore will be a key beneficiary, as will Australia, Canada and other western countries.
Taking Malaysia backward, not forward

Rancangan baru untuk semua atau kroni?

Sebuah parti yang tidak pernah henti bercerita tentang Umnoputra. Tak pernah. Satu kisah yang selalu dijanakan oleh pembayar cukai.

Pastinya ia sering disuarakan senada dengan agenda nasional bagi memacu Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020; membantu orang Melayu mendapat peluang pekerjaan, rumah dan mengecilkan jurang demi jurang dan lain-lain.

Tidak syak lagi pihak yang akan meraikan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah menteri Kabinetnya, timbalan menteri, senator, ahli keluarga dan rakan perniagaan.

Apabila kerajaan membelanjakan wang untuk projek dan program, golongan kaya dan berkepentingan yang mendapat faedahnya. Golongan lain hanya menikmati saki-bakinya sahaja.

Dasar Ekonomi Baru melahirkan jutawan dari kalangan ahli politik Umno dan kroninya. Melalui dasar tersebut menjadikan seorang jutawan lebih kaya dan pastinya pengumuman Najib di bawah peruntukan RM9.2 bilion yang diumumkannya semalam menjadi golongan yang dikatakan tadi lebih kaya.

Betul, sebahagian orang Melayu memiliki rumah di bawah dasar kerajaan namun pinjaman tanpa faedah atau penstrukturan semula pembayaran tidak sama jika dibandingkan keuntungan ahli politik dan pemaju hartanah yang terlibat dalam projek tersebut.

Kenyataan Muhyiddin angkuh dan sombong, kata Teresa Kok

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menyelar kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  mengenai pegumuman Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memperkasakan ekonomi bumiputera semalam sebagai angkuh dan kurang sensitif dengan kaum bukan bumiputera.

Menurut Teresa, Menteri Pelajaran itu  tidak sepatutnya membuat kenyataan sebegitu.

"Adakah beliau menyedari kenyataannya itu akan menyebabkan ramai pelajar kaum bukan bumiputera tidak boleh belajar di Universiti pilihan mereka, atau tidak mempunyai kelayakan mendapatkan biasiswa malah mengurangkan peluang perniagaan bagi kaum lain.

"Semalam mungkin merupakan hari bertuah buat Muhyiddin tapi hari ini kami, kaum bukan bumiputera menempelak kenyataan itu kerana ia bertentangan dengan slogan 1Malaysia yang dicanangkan Najib," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli parlimen itu, turut menyelar Najib apabila hanya menumpukan pemerkasaan ekonomi bumiputera sahaja tapi bukan pada seluruh kaum di Malaysia.

Kisah Pak Samad dan 'rojaknya sekolah' pasca PPSMI...

Oleh Lanh
DATO' A Samad Said atau lebih mesra dengan panggilan Pak Samad 'bukanlah asing' bagi diri saya. Saya pernah bekerja sebumbung dengannya ketika di NSTP pada tahun-tahun 1980-an dulu.
Kini pada ketika Pak Samad difitnah dan dilempar pelbagai tuduhan jelek termasuk pengkhianat negara, saya mengimbau catatan saya mengenai beliau di samping menelusuri usahanya dalam mengepali bantahan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang sehingga kini isunya bagaikan 'duri dalam daging' yang bila-bila masa boleh meletup.

 Tetapi ia senyap saja sekarang ini kerana pembantah PPSMI mungkin sudah terlena dengan janji manis pemimpin kerajaan. Dalam buku saya 'Dilema Seorang Wartawan Islam' saya mencatat: "Beberapa hari selepas memasuki Berita Harian, Yunus Said (ketika itu Penolong Pengarang Berita dan menjadi terkenal selepas meletakkan jawatan sebagai Pengarah Operasi TV3), memanggil saya ke meja kerjanya.
"Beliau memberi nasihat yang mungkin tidak akan saya lupakan sepanjang hayat. Katanya: "Kamu ingat kamu nak jadi Samad Said ke?" merujuk kepada Sasterawan Negara, A Samad Said. Beliau berkata demikian bagi menyindir cara saya bekerja yang dakwanya macam tokoh besar dunia kesusasteraan itu.
"Saya mula mengenali nama A Samad Said sewaktu bersekolah lagi. Novelnya 'Salina' menarik perhatian saya. Kata Yunus: "Kalau awak buat kerja, temenung sana, temenung sini, bila kerja kamu nak siap? Kerja ni (buat berita) bukan macam buat buat novel, buat cerpen. Buat kerja sikit, kemudian berhenti - minum kopi, temenung dan kemudian temenung lagi. Besok pun termenung lagi."
Ya, ketika zaman awal saya di NSTP kerap benar saya melihat Pak Samad duduk-duduk di kafeteria NSTP; biasanya santai sekali dia bersa
ma isteri keduanya, Kak Rashidah Md Dahan. Sesekali timbul juga rasa 'jeolous' di hati 'orang bujang macam saya' (ketika itulah)! Ehh, intim sekali 'orang tua berjanggut' ini dengan 'pasangannya', desir hati saya...
Sebagai anak seni yang halus jiwanya mengerti rentak suara hati rakyat kerana kerap benar beliau menelusuri lorong dengan berjalan kaki hanya bersandal atau berselipar serta menaiki bas awam, 'respek' (perkataan 'baru' yang saya perasan digunakan ketika sambutan Hari Wanita...respek wanita, apa tak boleh dipakai hormati wanita?) saya kepada Pak Samad bertambah jitu akhir-akhir ini apabila mengenang 'orang tua' ini sanggup mengharung derita bersama rakyat marhaen termasuklah dalam isu PPSMI.

"Geng 13": Anak saya seorang pejuang dari penjara Tapah

Solidarity for Abah Anas and 12 others from Tapah Prison

Wrongful Imprisonment of 13 activists by Umno Regime. The real victims are the families.

'A time of hope': Politicians, celebs sent back in time for Malaysia Day

PAS sasar menang 2 kerusi PRN Sarawak


BINTULU: PAS Sarawak dikira berjaya pada Pilihan raya Umum ke-13 dan pilihan raya negeri (PRN) ke-10 pada 2011 lalu.

Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, walaupun PAS Sarawak tidak memenangi sebarang kerusi pada kedua-dua pilihan raya itu tetapi jumlah undi diperolehi semakin meningkat.

“Tak menang satu kerusipun, tapi tengok tahaplah. Negeri yang PAS sudah lama pun tak menang,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Post Mortem Pasca PRU13 Fokus Kepada Borneo’ pada Ijtimak PAS Sarawak di sebuah hotel di sini, petang ini.

Justeru, katanya para petugas parti di negeri ini perlu meningkatkan usaha untuk mendapat kejayaan yang lebih baik dalam PRN dan PRU akan datang.

“Ada hasil yang dicapai dalam PRU13, fikirkan cara untuk menang,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Justeru, tegasnya walaupun PAS bercadang untuk bertanding tujuh parlimen di negeri ini pada PRU13 tetapi mendapat lima pun dikira munasabah dengan kekuatan yang ada pada PAS termasuk mendaftar kawasan, mempunyai kekuatan kewangan dan lain-lain.

Beliau menambah, kejayaan memperolehi 38 peratus di kerusi Parlimen Sibuti sudah amat bagus jika melihat kepada kekuatan PAS di situ.

“Pernahkah kita bayang dapat 35 peratus undi, setakat ini 35 peratus di Sibuti adalah bagus,” katanya.

Apakah impian anda untuk Malaysia bagi 50 tahun seterusnya?

Nik Aziz: UMNO untung jika PAS kaji untuk 'berundur' dan keluar Pakatan



Mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik saranan yang timbul dalam satu perhimpunan anjuran PAS semalam agar parti tersebut mengkaji semula kerjasama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Namun, beliau tetap berpesan agar usaha tersebut dijalankan untuk menambahbaik kerjasama berkenaan dan bukannya untuk tujuan yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.

"...Jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.

"Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada Umno yang sedang kelemasan," katanya dalam satu tulisan di Facebook.

Tambahnya, PAS juga sepatutnya berusaha untuk membolehkan agar amalan Islam difahami oleh orang bukan Islam dengan baik.

"Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan bukan Islam," katanya.

PAU 2013: Kenapa hanya Mukhriz disyaratkan minta nasihat presiden jika mahu bertanding?

Pemegang jawatan nombor satu Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi mengambil langkah yang dianggap mengejutkan apabila mencadangkan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Presiden Umno, Najib Razak terlebih dahulu sebelum memutuskan mahu bertanding jawatan nombor tiga itu dalam pemilihan akan datang ini.

Menurut Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Najib mungkin mempunyai pandangan yang tersendiri berhubung calon bagi jawatan itu kerana ia menyentuh hubungan kerjasama dengan mereka dalam menentukan hala tuju parti.

"Saya beri pandangan, jika mahu memasuki gelanggang ini, berbincang dulu dengan presiden parti. Dapatkan nasihat atau pandangan daripada presiden parti.

"Tentu presiden parti mempunyai pandangan yang tersendiri tentang hasrat seseorang yang mahu berada di tahap kepimpinan nombor tiga dalam parti dan pandangan presiden harus diambil kira sebelum sesuatu keputusan muktamad dibuat," jelas Zahid sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama.

Zahid berkata demikian ssbagai mengulas pertanyaan mengenai hasrat Mukhriz, anak bongsu bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang dilaporkan sedang menimbang kemungkinan untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno. Sebuah blog baru-baru ini telah membuat undian daripada orangramai dan hasilnya mendapati Mukhriz paling dikehendaki bagi menduduki jawatan itu dengan mendapat undian paling tinggi.

Dalam Umno pula, berikutan kejayaan BN menawan semula Kedah, di samping pengaruh Mahathir yang dilihat masih kuat dan antara penyumbang kepada kemenangan BN dalam pilihanraya lalu, ramai yang berpendapat Mukhriz perlu bertanding jawatan Naib Presiden Umno dalam pemilihan akan datang ini.

Pemerkasaan ekonomi Bumiputera: Jika “Melayu masih ingat”

inilah_deb.jpg
Secara formalnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada 1970 sudah tiada selepas tahun 1990, ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Ia digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan kemudian, Datuk Seri Najib Razak menukarnya sekali lagi setelah Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga di Parlimen pada PRU ke-12, menjadi Model Ekonomi Baru (MEB) pada tahun 2010. Malah dizaman Najib juga, MEB disertai dengan Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programe (ETP).

Intipati kepada ketiga-tiga dasar ini tetap sama sungguhpun namanya berbeza.

Saya pernah bertanyakan perkara ini dengan rakan-rakan dari kaum Cina. Adakah beliau merasa tidak selesa dengan DEB atau DPN atau MEB? Jawabnya secara umum, tidak. Mereka sama sekali tidak merasa risau atau bimbang atau terganggu dengan agenda DEB, DPN atau MEB kerana beliau mengakui bahawa dasar tersebut punya sebab yang boleh diterima.

Realiti bahawa majoriti penduduk Malaysia, lebih dari 60% adalah kaum Bumiputera (lebih 50% adalah Melayu) dan kaum majoriti inilah yang paling diancam kemiskinan. Justeru katanya, kaum Cina atau India juga, tidak pun merasa cemburu atau merasa terancam, malah mereka boleh memahami dan menerimanya.

Namun, jelasnya lagi bukan niat atau objektif dasar-dasar ini yang dipertikaikan, tetapi bagaimana dasar ini dilaksana. Inilah juga yang disepakati oleh ramai rakan-rakan Melayu yang lain.

Rekod lampau

Ratusan billion ringgit telah dibelanjakan sejak Rancangan Malaysia kedua (1970an) untuk melaksanakan semua dasar-dasar kerajaan ini.

Umno bertanggungjawab atas kelemahan berterusan Bumiputera

nik-nazmi batik 01SHAH ALAM, 15 SEPT : Dasar Ekonomi Baru dibawah urustadbir Umno-Barisan Nasional telah gagal mengangkat martabat ekonomi Bumiputera, disebalik pelbagai retorik dan peruntukan berbilion ringgit untuk memperkasa pembangunan Bumiputera.
Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Umno sering menggunalan istilah Melayu, Bumiputera dan pembangunan secara seiring, namun taraf ekonomi golongan majoriti itu kekal lemah dibawah Umno-BN tidak dapat dinafikan. Turut mendukacitakan adalah keadaan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang daif berbanding Bumiputera di Semenanjung Malaysia.
“Umno-BN mesti menjelaskan kepada semua rakyat Malaysia mengapa meskipun begitu lama DEB dilaksanakan dan berbilion-bilion ringgit dibelanjakan, tetapi mobiliti sosial Bumiputera kekal rapuh dan memperlukan sokongan Kerajaan berterusan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung  Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Universiti Teknologi Mara (UiTM), semalam.
Muhyiddin berkata agenda ini merupakan pengukuhan komitmen Umno kepada pembangunan ekonomi Bumiputera, dan Umno tidak akan apologetik kepada masyarakat bukan Bumiputera dalam memperjuangkan matlamat itu.
Nik Nazmi bagaimanapun berkata Umno terlebih dahulu perlu menjawab mengapa selepas 42 tahun DEB dikelola Umno-BN, golongan Bumiputera masih tidak mempunyai daya ekonomi untuk berdiri atas kaki sendiri.

Tekun: Tambahan dana RM700 juta tak bermakna kalau hanya untuk kepentingan politik Umno....!!! Yang pastinya Wanita UMNO tersenyum lebar....

johari-abdul
SHAH ALAM, 14 SEPT: Dana tambahan RM700 juta untuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga  (Tekun) tidak mencapai objektif mengangkat ekonomi bumiputera marhaen sekiranya tabung itu terus dijadikan alat politik Umno.
Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata tabung seperti itu sewajarnya membantu semua bumiputera tanpa mengira fahaman politik, ketika adanya aduan mendakwa pemohon disyaratkan menjadi ahli Umno.
Pertambahan dana untuk Tekun diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai sebahagian daripada Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Dakwaan perlunya menjadi ahli Umno ini, tegas beliau akan hanya menyebabkan ahli-ahli Umno sahaja yang mendapat faedah dari pertambahan dana Tekun.
“PKR tak bantah langsung menambahkan dana Tekun ini sebab Tekun ini sepatutnya untuk usahawan kecil bumiputera tetapi perlaksanaannya Perdana Menteri harus ‘colour blind’ fahaman politik.
“Dana ini tidak boleh hanya disalurkan kepada orang Umno sahaja, tidak menyeluruh kepada usahawan bumiputera sebab yang bukan Umno juga bayar cukai, tidak boleh dikecualikan menikmati faedah yang disediakan kerajaan,” kata Johari kepada TV Selangor.
Johari menambah Kerajaan Pusat juga harus memberi penekanan kepada kualiti keusahawanan melalui strategi proaktif secara berterusan.

Percuma Pun Orang Tak Tonton: Melayu dikatakan selera rendah selepas kutipan Tanda Putera gagal


Kolumnis Utusan Malaysia, Siti Jarum mempersoalkan tindakan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) apabila filem Tanda Putera yang ditayangkan sejak 28 Ogos lalu hingga semalam hanya mendapat kutipan kira-kira RM1 juta.
Beliau tidak merasakan Finas ada jawapan bagi kemelut tersebut selain hanya menggalakkan penerbit membuat filem yang disukai penonton.
“Siti tak setuju ada pihak berkata jangan salahkan Finas apabila filem tidak mendapat sambutan kerana agensi itu ditubuhkan untuk memajukan industri filem. Pada definisi Siti, memajukan bukan sahaja membesarkan saiz industri tetapi meningkatkan kutipan dan menambah jumlah penonton.
“Finas hanya gelisah apabila kutipan filem tahun ini hanya RM36.43 juta berbanding tahun lalu RM97.29 juta dan tahun 2011 sebanyak RM126.49 juta. Tetapi Finas tak gelisah apabila penonton tidak menonton filem yang bercitra tinggi.
“Untuk pengetahuan Finas, penonton kita terutama Melayu tidak maju. Penonton Melayu sangat mundur, mereka berselera rendah dan murah. Penonton begini sampai bila pun tidak akan memajukan industri filem dalam erti kata sebenar,” katanya di akhbar Utusan Malaysia edisi Ahad, Mingguan Malaysia.

Pas dalam PR tak rugi, tegas TG Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan keberadaan parti itu di dalam PR bukan satu kesilapan sekaligus merugikan.

Menurutnya, keputusan Pas bekerjasama dengan PKR dan parti dalam PR telah membawa parti itu ke depan dalam pentas politik negara.

Beliau berkata, Pas juga berjaya mempersembahkan Islam dengan baik kepada orang bukan muslim berbanding Umno melalui kerjasama dengan PR.

"Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa Pas ke hadapan pentas politik di Malaysia.

"Lebih bermakna daripada itu, Pas berjaya mempersembahkan Islam kepada bukan Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, hari ini.

Tambahnya, kerjasama Pas dengan PR adalah misi sebenar parti itu.

"Di sinilah letaknya misi sebenar Pas di dalam PR.

"Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihan raya, tetapi juga perlu diingat Pas sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik," katanya.

Pesanan Pak Samad Buat Generasi Muda part 2

Pesanan Pak Samad Buat Generasi Muda - part 1

Ust Hassan Mahmood | Perbahasan sidang DUN khas mengutuk kekejaman junta Mesir

Dato Husam Musa | Perbahasan sidang DUN khas mengutuk kekejaman junta Mesir

PKR terbuka dengan kajian politik Pas

Datuk Saifuddin Nasution Ismail 
PKR menyatakan keterbukaannya terhadap syor Dewan Ulama Pas untuk mengkaji semula kerjasama politik (tahaluf siasi) dengan parti reformasi itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, kajian itu adalah cadangan daripada sayap parti dan ia tidak akan menggugat kerjasama yang sedia ada dalam PR.

Menurutnya, PKR akan terus komited menjalinkan kerjasama politik seperti yang telah dipersetujui oleh tiga parti perikatan PR iaitu DAP, PKR dan Pas.

"Itu hanya keputusan daripada sayap parti, kita akan respon untuk keputusan daripada pucuk pimpinan Pas secara total sahaja bukan Pemuda dan sebagainya.

"Kita berpegang kepada apa yang telah dipersetujui dalam perjanjian kerjasama PR. Jadi tidak timbul untuk PKR juga untuk mengkaji semula kerjasama politik itu.

"Kita akan terus komited untuk bekerjasama dengan Pas dalam PR, apabila kita telah diberi kepercayaan oleh rakyat melalui undi popular pada PRU lalu," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mencadangkan supaya kerjasama politik di antara perlu PKR dikaji semula.

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan Pas dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," katanya.

PAS berjaya damaikan antara kaum tua dan muda - Tg Hadi Awang


ALOR SETAR: Sepanjang perjalanan PAS dapat memelihara bahtera perjuangan tanpa bocor dan tenggelam sama ada cabaran dalam bahtera atau cabaran luar iaitu ombak dan gelombang.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ketika PAS ditubuhkan berlaku pertembungan antara kaum tua dan muda.
"Kaum muda membawa pemikiran tajdid yang berhadapan dengan penjajah. Ada yang melampau dan ada yang mempermudah-mudahkan. Tapi PAS berjaya mendamaikan antara dua pihak," ujar beliau ketika menyampaikan ucapan penutup pada Multaqa Ulamak Se-Malaysia anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut semalam.

Berikut ialah petikan ucapan penutup Tuan Guru Abdul Hadi pada Multaqa Ulamak Se-Malaysia.
"Dan Kami jadikan di kalangan mereka pemimpin-pemimpin yang mengambil petunjuk berdasarkan perintah Kami tatkala mereka terus bersabar."

1. Kita bersyukur menjadi salah seorang pejuang dalam Parti Islam Se-Malaysia PAS yang merupakan mata rantai gerakan Islam yang tidak berakhir hanya dengan wafatnya Nabi s.a.w.

2. Allah gantikan tugas menyambung risalah nabi-nabi dengan gerakan Islam yang disebut sebgai "taifah" dalam hadis. Kumpulan ini menyambung tugas mendaulatkan pemerintahan Islam.

3. Walau tak ada negara islam berdaulat namun kumpulan Islam tetap muncul kerana cahaya Islam dijanjikan oleh Allah tidak akan padam.

4. Mungkin ada yang tak sedar kalau tidak dibaca sejarah Islam. Alam Melayu adalah negeri awal dijajah di kala negara-negara Arab masih lagi di bawah kuasa khilafah Uthmaniyah dan belum dijajah.

5. Maka ulama Melayu bangkit menentang penjajahan dengan menubuhkan Syarikat Islam 1908. Berkembang cawangan di seluruh Tanah Melayu.

Kaji untuk perkukuh kerjasama Pakatan - Tg Hadi Awang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata saranan oleh ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib untuk mengkaji semula kerjasama dengan PKR dan DAP bertujuan untuk menguatkan lagi usaha berkenaan dalam Pakatan Rakyat.

Abdul Hadi dalam laporan Sinar Harian menegaskan, PAS akan tetap bersama dengan dua parti tersebut dalam Pakatan Rakyat.

"Ini adat dalam politik, kita mestilah kaji setiap perjalanan. Kita hanya mahu kaji untuk kuatkan lagi muafakat.
"Kita akan terus bersama dala Pakatan Rakyat dan tiada kemungkinan untuk keluar dariapda Pakatan itu," katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Kaji Hanya Untuk Penambahbaikan - TG Nik Aziz

Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini 15 September 2013 yang memuatkan tajuk besar PAKATAN RUGIKAN PAS? dengan memetik ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dikatakan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi (Persefahaman Politik) dalam Pakatan Rakyat.  

Saya tidak menghadiri Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam sekalipun saya benar-benar berhasrat untuk hadir. Keuzuran dan situasi kesihatan menghalang saya untuk hadir ke program yang saya sifatkan sangat bermakna itu. Justeru, saya tidak mendengar sendiri ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh akhbar.

Berkemungkinan ia hanya ulasan akhbar dan bukannya ucapan sebenar beliau ataupun sememangnya dipetik dari ucapan beliau, wallahulam.  Walau bagaimanapun, suka untuk saya memberikan respon terhadap tajuk yang digunakan di muka hadapan Sinar Harian iaitu PAKATAN RUGIKAN PAS? Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.  

Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh UMNO. UMNO bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.   Senjata UMNO ialah perkauman, lambang UMNO ialah keris tidak bersarung, politik UMNO ialah politik samseng jalanan, sampai bila-bila non Muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui cermin mata politik UMNO yang penuh dengan habuk kebangsaan. 

Di dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang. Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilai Islam. Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin UMNO sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini.   PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara,

PAS wajib memahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia.  Saya mendegar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan.

Katanya di sana zakat turut diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur.   Ini sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan.

Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak-pihak yang berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan daripada non Muslim.   Di sinilah letaknya misi sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik. Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara.  

Tahniah kepada para ulama yang bermultaqa semalam. Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam. Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan.  

Sekian. 

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS.
Bertarikh : 9 Zulkaedah 1434H bersamaan 15 September 2013M

SELEPAS 1998...........

Selepas 1998 politik mula berubah.. 
Selepas 1998 ceramah dah ribuan yang datang...
Selepas 1998 poster dan banner cantik menarik... 
Selepas 1998 dah berani mengaku ahli parti... 
Selepas 1998 dah mula nak mengganti... 
Selepas 1998 bangsa lain pun mula mengundi... 
Selepas 1998 dah dapat banyak kerusi..... 
Selepas 1998 dah boleh buat menifesto sendiri.... 
Selepas 1998 dah mau jawatan itu ini.... 
Selepas 1998 dah berubah dah bergaya.... 
Jadi...jangan lah lupa diri....
Nanti jadi sebelum 1998 semula......
Orang makin maju tapi kita makin layu....

Jawapan Kepada Menteri Yang Cakap..Kerajaan Sentiasa Pantau Harga Barang... .!!!

Apa Pun Menteri Tak Bodoh..Yang Bodoh Adalah Penyokongnya...

‘Hari Penjajahan’: Aktivis sokong Jeffrey

Datuk Patrick Sindu membidas kenyataan pemimpin Umno Sabah yang mengecam Datuk Jeffrey Kitingan. 

KOTA KINABALU : Aktivis hak asasi manusia Sabah, Datuk Patrick Sindu, membidas kenyataan beberapa pemimpin Umno negeri yang mengecam Datuk Dr Jeffrey Kitingan kerana menganggap 16 September mirip Hari Penjajahan (Occupation day) berbanding Hari Malaysia.
Sindu berkata pemimpin Umno seperti timbalan ketuanya di Sabah, Datuk Salleh Said Keruak, dan Pengerusi Penyokong Kerajaan di Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail, sepatutnya memikirkan pandangan Jefffey sedalam-dalamnya dan tidak cepat melatah.
Jeffrey yang juga Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah, dalam kenyataannya beberapa hari lepas mencadangkan agar Hari Malaysia itu ditukar kepada Hari Pendudukan atau Hari Penjajahan seperti disiarkan akhbar-akhbar utama Sabah dan juga media internet.
Sindu berkata, Umno sendiri pun tahu apa yang sedang berlaku di Sabah, bahawa ada sesuatu yang berlaku di sini tetapi mereka ini memilih untuk melihat sahaja dan membiarkan perkara-perkara buruk ini berlaku.
“Mereka seperti Salleh dan Abdul Rahim patut melakukan sesuatu dan tidak hanya jadi jurucakap Umno Malaya,” kata Sindu kepada FMT.
Jeffrey mendakwa Malaya telah mengambil alih Sabah daripada British dan kini Malaya menjajah semula Sabah di bawah nama Kerajaan Persekutuan Malaysia.
“Di manakah janji-janji “kebebasan mutlak, kemakmuran dan keselamatan?” soal Jeffrey yang juga terkenal memperjuangkan kedaulatan Sabah sebagai sebuah negara, kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor.
Sumber asli
Beliau mendakwa Malaya ingin terus mengawal sumber minyak, gas, cukai dan sengaja mengubah demografi Sabah melalui pelbagai cara seperti Projek IC, Ops Durian Buruk, pengundi hantu dan memiskinkan rakyat Sabah dan menimbulkan suasana tidak selamat kepada penduduk tempatan.
Pemimpin kontroversial itu mendakwa sekarang Sabah hanya sebuah negeri “orang suruhan” Putrajaya.
“Sudah 50 tahun pembentukan Malaysia, namun tidak ada kemerdekaan dan kebebasan untuk bercakap. Sebaliknya, Sabah telah dijajah oleh Malaya dari segi politik, ekonomi dan sosial,” dakwanya lagi.

Support Bersih’s People’s Tribunal on GE13

Proceedings will start on Wednesday, Sept 18, and will continue until Sept 22.

KUALA LUMPUR: The People’s Tribunal on Malaysia’s 13th general election (GE13), organised by Bersih 2.0,  will commence on Wednesday, Sept 18, to Sunday, Sept 22, 2013.
This five-day proceedings on GE13 is open to the public. Evidence on electoral fraud and irregularities will be presented by the legal team to the eminent members of the Tribunal from overseas and Malaysia.
The tribunal is a commission of inquiry to investigate the conduct of the last general election.
The People’s Tribunal on GE13 was mooted in response to the public outcry and concerns of electoral fraud and irregularities in GE13.
The tribunal is a citizen’s effort and a people’s platform to arrive at the truth.
Date: Wednesday, Sept 18, 2013 – Sunday, Sept 22, 2013
Registration: 8.00 am
Time: 9am – 5pm
Venue: Throne Room, Empire Hotel Subang, Subang Jaya, Selangor
For more information, go to https://www.facebook.com/events/1403533416531546/
Admission is free. Please RSVP to bersih.tribunal@gmail.com

Pas nafi ada usaha singkir Mat Sabu - Tg Hadi Awang

Pas menafikan wujud gerakan dalam parti itu untuk menyingkirkan timbalan presiden, Mohamad Sabu apabila ada cadangan mahukan jawatan tertinggi dipilih dari kalangan ulama.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanggapan itu hanya sekadar pandangan, dan bertegas tiada usaha berkenaan berlaku.

“Tidak ada gerakan seperti dimaksudkan. Perkara seperti ini bukan baru dalam parti, sebelum ini pun ada pertandingan antara ulama dan bukan ulama untuk jawatan tertinggi,” katanya pada sidang media, selepas perasmian penutup Multaqa Ulama Semalaysia, di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, semalam.

Mengulas ketetapan Dewan Ulama Pas Pusat yang mengeluarkan resolusi, antaranya mahu jawatan presiden dan timbalan diisi golongan ulama, termasuk jawatan naib presiden juga wajar dipertimbang untuk golongan itu, Abdul Hadi berkata, perwakilan yang akan menentukannya kelak.

“Dewan Ulamak adalah satu badan dalam Pas, namun keputusan kelak terserah kepada perwakilan dari seluruh negara,” katanya.

Ditanya sama ada beliau menyokong saranan agar kedua-dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan, Abdul Hadi tetap menyerahkan kepada kebijaksanaan perwakilan.

Ganu Kite: Jabatan Kerajaan Tak De Duit...Tunai Nazar Ahli UMNO Bagi RM 650k..!!!

 
Jabatan Kerajaan Di Terengganu Tak Duit..Jabatan Pelajaran Negeri Tak Mampu Nak Cetak Kertas Soalan Akhir Tahun Dan Arahkan Sekolah Cetak Sendiri..!!! Tapi Ahli UMNO Tunai Nazar Dapat Penaja RM 650 K Dari Kerajaan..???

Berjimat Cara UMNO: Lampu Isyarat Pun Ada Majlis Perasmian...!!!!

Traffic light pun nak kena rasmi ke? Berapa pula kos majlis perasmian? Tapi suruh jimat cermat!

Tarik Balik Resolusi No 7 Multaqa Ulamak Se Malaysia....

Memerhati kepada lapan resolusi yang diputuskan oleh Multaqa Ualamak se-Malaysia (Pas) yang berlangsung di Kedah hari ini menjadikan Pas berpotensi berpecah sesama sendiri. Situasi ini tidak dapat dielakkan sekiranya pihak-pihak yang merasakan mereka bukan ulamak akan membuat serangan balas dalam membela diri mereka di dalam mukatamr kelak.

Ini kerana terdapat satu resolusi yang dikira tidak wajar dan keterlaluan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh golongan menamakan diri mereka ulamak kerana ia boleh menimbulkan ketegangan dan sakit hati.

Resolusi nombor tujuh (7) itu berbunyi;

7- Multaqa Ulamak SeMalaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas sewajarnya daripada kalangan ulamak yg memahami dan faqih tentang islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulamak dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis.




Ia dikira melampau dan jelas merupakan satu bentuk kempen untuk menidak pihak lain. Cadangan diberikan dalam resolusi itu juga bertentangan dengan Perlembagaan Pas di mana perlembagaan tidak mengsyarat untuk ahlinya memegang jawatan sampai ke peringkat Presiden, Timbalan dan lain-lain harus dari ulamak. Perlembagaan hanya menyebut untuk menjadi ahli cukup ianya seorang Islam.

Cadangan itu harus ditarik demi kesejahtraan Pas serta tidak menunjukkan golongan yang merasakan diri mereka ulamak tidak sombong, ego dan bongkok. Ia juga bertentangan engan etika atau peraturan pemilihan yang dicadang digubalkan kerana ia b erunsur kempen berpuak-puakan.

Lain-lain resolusi ialah;

Tangguh AES sebelum pelaksanaan baru

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) meminta agar kerajaan menangguh sepenuhnya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dipasang serta membatalkan saman-saman yang dikeluarkan.
Penasihat Undang-undang Kase, Zulhazmi Shariff (Gambar) memberitahu walau apa jua cadangan yang diutarakan, pertama sekali perlu dilakukan adalah menanggung dulu pelaksanaan sebelum ini.

Jelasnya, terlalu banyak kelemahan yang berlaku terutamanya dari sudut teknikal dan juga perundangan sepertimana yang diperkatakan Peguam Negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Ismail Ahmad sebelum itu dalam satu kenyataan berkata kerajaan akan menggunakan budi bicara dalam pelaksanaan AES termasuk mengambil kira lokasi pemasangan kamera AES.

"Walau apa jua cadangan yang kerajaan utarakan, pertama sekali kerajaan perlu hentikan segera pelaksanaan AES terlebih dahulu dan batalkan kesemua saman yang telah dikeluarkan.

"Terlalu banyak kepincangan yang berlaku terutamanya dari sudut teknikal dan perundangan, kalau yang ini pun belum selesai tak guna nak buat apa-apa cadangan," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan kenyataan Ismail yang akan memberi keutamaan kepada laluan had laju 110 kilometer sejam terlebih dahulu serta mengambil kira kajian Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

"Dulu kerajaan kata AES ini dipasang untuk kawasan-kawasan kemalangan dengan tujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan.

Utusan Malaysia: Kaum Cina telah lama kuasai kekayaan negara

Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini menyifatkan kaum Cina telah lama menguasai kekayaan negara sambil menegaskan pengumuman pemerkasaan ekonomi Bumiputera oleh Datuk Seri Najib Razak semalam tidak mengambil hak kaum lain.

Beliau menjelaskan sokongan pengundi kaum Bumiputera semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu terbalas setelah pengumuman Perdana Menteri meredakan keresahan golongan itu yang merupakan faktor penentu kejayaan Barisan Nasional (BN).

“Memperkasakan ekonomi Bumiputera yang merupakan kaum teras lebih 60 peratus meliputi Sabah dan Sarawak bukan satu dosa. Bumiputera masih jauh ketinggalan dalam hampir semua bidang terutama sektor korporat, perniagaan dan pemilikan aset.

“Seperti kata Perdana Menteri, jika kaum majoriti tidak dibela dan merasa diri terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan menikmati keamanan serta kestabilan berpanjangan,” katanya melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia.

Dalam ruangan itu, kolumnis tersebut sempat menyelar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan menyifatkan mereka telah lupa diri dan tersasar daripada matlamat penubuhannya.

“Awang setuju sangat kerana ramai peneraju GLC makin lupa diri dan tersasar daripada matlamat penubuhan GLC,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata inisiatif terbaru itu perlu dijadikan lonjakan untuk golongan wanita menjana pendapatan.

Nasrudin: Haram terus tahaluf siasi jika mudarat


Nasrudin Hassan  

SETELAH lima tahun kita bertahaluf siasi sementara tahaluf itu juga adalah ijtihad para alim ulamak kita dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara yang awal membentangkan kertas kerja tahaluf siasi jauh lebih awal daripada itu.

Maka saya lihat cadangan supaya ianya dikaji semula adalah suatu yang wajar.

Kajian semula adalah wajar untuk melihat :

a] apakah tahaluf siasi yg berjalan selama ini menepati syarat-syarat tahaluf siasi yang dikehendaki oleh Islam

b] apakah tahaluf siasi yang disertai selama ini memberi keuntungan kepada perjuangan Islam atau memberi kesan buruk kepada perjuangan Islam.

c] apakah tahaluf siasi yang dilaksanakan selama ini banyak memberi kebaikan kepada Pas atau banyak memberi keburukan kepada.

Andai hasil kajian itu memberi jawapan bahawa tahaluf siasi yang dilaksanakan selama ini menepati syarat yang ditetapkan oleh syara' dan memberi kebaikan kepada perjuangan Islam maka ia wajib diteruskan berdasarkan persefahaman yang telah dimeterai sesama anggota parti yang bertahaluf.

Namun jika hasil kajian itu didapati tahaluf siasi yang telah berlangsung empat tahun lepas tidak menepati syarat yang telah digariskan oleh para alim ulama Islam yang muktabar, pula mendatangkan keburukan atau kemudaratan buat perjuangan Islam yang didokong oleh Pas maka haram tahaluf itu diteruskan.

Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda Pas