Sabtu, 14 September 2013

Pestabola Merdeka Ke 41: Malaysia juara

Pestabola Merdeka
PASUKAN negara, Harimau Muda A menjuari kejohanan Pestabola Merdeka ke-41 setelah menewaskan Myanmar 2-0 di Kuantan, malam ini.

Berikut adalah ringkasan mengenai perlawanan.

Pemain Terbaik Pestabola Merdeka 2013: Wan Zack Haikal Wan Nor (Malaysia)

Penjaring Terbanyak Pestabola Merdeka 2013: Rozaimi Rahman - 3 gol (Malaysia)

Rakyat Bersuara: Gotcha! You Are On AES

We've reached a deal - Kerry

Landmark Deal: US, Russia agree on dismantling Syria chem weapons

Diplomatic Rollercoaster: 'US's Syria military option off table - but only for now'

US: Assad Must Show Concrete Actions on Weapons

15 Tahun Tertangguh: Penduduk Taman Permata mahu Putrajaya bertindak segera

Lulus BI: Kementerian usah ubah terlalu banyak

  • Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)  
SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan digesa tidak mengubah terlalu banyak kurikulum subjek Bahasa Inggeris yang telah dipraktikkan sekian lama dalam memastikan kelangsungan penguasaan bahasa kedua itu dikalangan pelajar.

Bekas Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam, Roziah Jali berkata, sebaliknya kementerian disarankan menimba kaedah pengajaran dahulu untuk memastikan pelajar mempunyai kemahiran tinggi dari segi penulisan dan percakapan dalam bahasa Inggeris.

Pelajar layak mencapai setinggi mana ilmu yang dituntut dan bukannya sewenang-wenangnya menukar sistem kerana sistem yang ada sudah cukup berilmu dan berdaya saing.

"Namun, kurikulum yang sedia ada masih perlu ditokok tambah dan dimurnikan dari masa ke semasa," katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan Kementerian Pendidikan yang akan menetapkan bahasa Inggeris sebagai kertas wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2016 sebagai usaha memastikan setiap murid menguasai kemahiran bahasa Inggeris.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman tersebut ketika melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Menurut Muhyiddin, bagi membantu murid memenuhi keperluan itu, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Sistem Set iaitu membahagikan guru kepada kumpulan atau set tertentu bagi membolehkan mereka merangka pendekatan pedagogi yang sesuai dengan tahap kemahiran dan keperluan pembelajaran murid.

THE WORLD IS WATCHING! Eminent jurist sent to observe govt's appeal of Anwar's sodomy acquittal

Justice Elizabeth Evatt AC, the first female judge to be appointed to an Australian Federal Court, a former member of the United Nations Human Rights Committee, and a commissioner of the International Commission of Jurists (ICJ), will be observing the hearing of the appeal of Anwar Ibrahim’s case from 17 to 18 September 2013 at the Court of Appeal in Putrajaya.
THE WORLD IS WATCHING! Eminent jurist sent to observe govt's appeal of Anwar's sodomy acquittalThe ICJ, a global organization based in Geneva, Switzerland, is composed of judges and lawyers who aim to promote and protect human rights through the rule of law, by using its unique legal expertise to develop and strengthen national and international justice systems.
Anwar Ibrahim is a Malaysian politician and is currently the leader of the opposition party, Parti Keadilan Rakyat, and the opposition alliance known as Pakatan Rakyat.
The appeal hearing that Justice Elizabeth Evatt will be observing emerged from the 2008 charges filed against Anwar Ibrahim immediately after the general elections held that year. He was charged for allegedly committing sodomy, which is a crime under Section 377B of the Penal Code and carries the penalty of up to 20 years of imprisonment and whipping. The High Court acquitted Anwar Ibrahim on 9 January 2012.
Suppressing political dissent
This is the second time that Anwar Ibrahim is facing sodomy charges after his dismissal from the Malaysian Cabinet in 1998.
In 2004, The ICJ also sent a representative to observe the sodomy trial of Anwar Ibrahim, where the Federal Court overturned the High Court decision to convict him. The ICJ called the Federal Court’s ruling “a step in the right direction in upholding the rule of law”.

Kanak-kanak Rohingya perlu tahu aspirasi negara

Ir Iskandar Abdul Samad
SHAH ALAM – Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ir Iskandar Abdul Samad menggesa kerajaan membantu kanak-kanak pelarian Rohingya dalam bidang pendidikan.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya perlu bertanggungjawab untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak itu dalam memahami nilai dan aspirasi rakyat yang digunapakai di negara ini.

“Kementerian perlu memantau dan mengawal kurikulum sekolah-sekolah ini dan juga menghulurkan bantuan.

“Mereka juga mesti dididik akan nilai-nilai dan aspirasi rakyat negara ini agar mereka tidak akan menjadi satu masalah kepada negara kita.

“Oleh itu, kanak-kanak Rohingya ini wajar diberi pendidikan yang membolehkan mereka menjadi sebahagian dari masyarakat tempatan,” katanya di dalam satu kenyataan.

AES diserah kepada polis, kata Ahmad Zahid

Operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kini dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perkara itu sudah berkuat kuasa dan membabitkan semua lokasi AES sedia ada.

"Saya ingin mengesahkan bahawa AES telah diserahkan secara rasmi kepada PDRM," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu hari ini.

Beliau ditanya mengenai desas-desus bahawa AES akan diserah kepada polis apabila urusan pengambilalihan daripada syarikat swasta seperti yang diumum oleh kerajaan baru-baru ini selesai.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengumumkan perkara itu bulan lepas, berkata kerajaan membuat keputusan mengambil alih AES selepas mendapat maklum balas daripada jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan bagi meneliti isu tersebut.

Ust. Afis Ibrahim - Neraka Menanti Orang Yg Mengambil Harta Orang Lain

Living in tents

Multaqa Ulamak tekankan hala tuju ulama haraki PAS


 ALOR SETAR: Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, hari ini menekankan tentang hala tuju ulama haraki PAS dalam memperjuangkan Islam sebagai pemimpin politik dan cabaran serta keyakinan dalam menegakkan Islam.

Berikut ialah resolusi Multaqa Ulamak Se-Malaysia.

Tema Multaqa Ulamak Se-Malaysia ‘Ulamak Haraki Benteng Izzah Islam’ yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut menekankan tentang hala tuju ulama haraki PAS dalam memperjuangkan Islam sebagai pemimpin politik dan cabaran serta keyakinan dalam menegakkan Islam.

Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang bersidang pada 14 September 2013 mengambil beberapa resolusi yang terkandung di dalam ucaptama dan perbahasan seperti berikut:

1- Ulamak Haraki hendaklah memposisikan diri mereka dengan lebih berkesan sebagai pemimpin politik yang menyambung tugas para nabi-nabi. Mereka hendaklah memahami tentang cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan Islam.

"Geng 13 Kudeta": Semangat juang tidak luntur di sebalik penjara



IPOH: “Teruskan perjuangan, teruskan perjuangan dan teruskan perjuangan! Jangan berputus asa untuk berjuang menentang kerajaan zalim," demikian pesanan daripada 13 orang yang sedang ditahan di Penjara Tapah ketika ini.

Pesanan tersebut dikirim oleh seorang mangsa, Bad Latif Mansor kepada Isterinya, Nashita Md Noor ketika diberi peluang melawatnya pagi ini.

Beliau dibenarkan melawat bersama-sama tiga orang anaknya serta ahli keluarga mangsa tahanan yang lain.

Nashita berkata, semangat kesemua mangsa tahanan sangat kuat dan tidak pernah luntur walaupun dikenakan hukuman penjara.

Menurutnya, mereka mengatakan hukuman yang dijatuhkan terhadap mereka adalah satu pengorbanan kepada masyarakat dan mengharapkan ianya menjadi satu semangat untuk terus berjuang.

"Suami saya menangis ketika saya hadir, tetapi semangat juangnya tidak pernah luntur.

"Persoalan dari mereka apakah kita di luar dapat kekalkan momentum perjuangan dan desakan sekiranya ditakdirkan dua tahun mereka di sebalik tembok penjara.

"Suami saya kata beliau rela dipenjarakan jika inilah perjuangan dan pengorbanan untuk rakyat bangkit melihat kezaliman.

"Beliau mengharapkan agar semua yang di luar dapat mendoakan kesejahteraan mereka dan terus berjuang di sepanjang mereka di penjara," katanya ketika berucap di luar penjara selepas selesai melawat.

Suara UMNO: Utusan tak jadi pilihan walau diedar percuma


Akhbar Utusan yang diedarkan percuma tetapi tidak diminati. Gambar The Malaysian Insider, 14 September, 2013.Akhbar Utusan yang diedarkan percuma tetapi tidak diminati. Gambar The Malaysian Insider, 14 September, 2013.Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia tidak menjadi pilihan hari ini kepada tetamu yang hadir pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013 walaupun ianya diberikan secara percuma.
Majlis yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mula dibanjiri pengunjung seawal 7 pagi lagi namun setelah jam 5 petang, kira-kira 2,000 naskhah masih tidak diambil pengunjung.
Akhbar dengan muka hadapan bertajuk 'Ekonomi Bumiputera diperkasa' berharga RM1.50 senaskhah dan bertarikh hari ini berbanding akhbar berbahasa Inggeris edisi semalam yang turut diedarkan percuma  pada majlis sama.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan perasmian bangunan Utusan baru semalam menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan Utusan.
"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC dan syarikat Bumiputera menghargai Utusan dengan memberikan pengiklanan lebih kepada Utusan. Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.
Najib turut menambah, sebagai ketua kerajaan, beliau yakin, peranan akhbar berkenaan akan akhirnya membawa kepada pengukuhan Malaysia sebagai negara bangsa.
Utusan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka hadapan akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus selepas Pilihan Raya Umum 2013.
Laporan berkenaan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengkritik penerbitan berkenaan.
Kenyataan Najib itu dilihat sebagai restu kerajaan kepada akhbar berhaluan kanan itu. Perdana menteri itu juga turut berkata, pihaknya akan menukar nama Jalan Enam di hadapan bangunan baru Utusan Melayu kepada Jalan Utusan, bersempena dengan nama syarikat penerbitan tersebut.

Dah Takdir....RM 650 Ribu Duit Rakyat Terengganu Jadi Mangsa Untuk Berjalan Kaki Ke Putrajaya...!!!

Program Walk For Malaysia (Walk4Malaysia) adalah satu manifestasi sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional selepas Pilihanraya Umum ke-13, Mei lalu.
Kemenangan cemerlang Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai lalu, bukan sahaja melonjakkan keperceyaan rakyat kepada Kerajaan Terengganu dibawah pimpinan Dato’ Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar, malah ianya melangkau jauh dengan membuktikan keyakinan terhadap Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Kenapa dikatakan duit rakyat Terengganu. Lihat imej di bawah.
Penaja_Walk4Malaysia_1 
Senarai penajanya Terengganu Inc.  – Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. Syarikat pegangan pelaburan utama negeri Terengganu yang anak-anak syarikat juga menjadi penaja iaitu EPIC, Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn Bhd, Golden Pharos (Pengerusi – Speaker DUN Terengganu, Zubir Embong), TDM dan yang terakhir tu tak dapat dipastikan. Yang pastinya semuanya anak-anak syarikat Kerajaan Terengganu yang terpaksa keluarkan belanja untuk projek UMNO BN. Banyak cantik!!
Untuk melihat struktur Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. boleh klik DI SINI
/Kita boleh bertanya Fathul Bari, boleh ke baham duit kerajaan untuk projek Umno BN!! Dah Takdir kan....

Ancaman Nabi kepada penyokong pemimpin ZALIM

Multaqa Ulamak Semalaysia: Peranan tarbiah perlu diperkasakan dan diberi nafas berterusan...


Beberapa ucapan perwakilan banyak mengambil Ikhwan Mesir sebagai contoh dan perbandingan....ia dikira itu langkah terbaik kerana ternyata Ikhwan di Mesir berjaya memimpin dan mentarbiah ahli supaya meletakkan Allah dan Rasul di tempat tertinggi dalam jiwa masing2...bukan hanya di sudut politik dan kenegaraan, tetapi dalam banyak aspek lain kehidupan...

kita boleh lihat bagaimana setianya ahli Ikhwan Mesir yg akur dan patuh kpd arahan pemimpin mereka walaupun nyawa jadi galang gantinya, walaupun nyawa jadi taruhan....apabila pemimpin mereka mengarahkan supaya tidak ada persengketaan senjata walaupun mereka dizalimi, dibunuh sesuka hati...mereka (ahli Ikhwan) tetap akur kpd arahan.....maka peranan tarbiah perlu diperkasakan dan diberi nafas berterusan.....bukan hanya memfokuskan kpd PRU atau politik semata2..

Apabila lidah syaitan berkata-kata….


Ah Jib Gor Sudah Kembali Jadi Melayu..!!

Perdana Menteri, Najib Razak hari ini membentangkan program besar-besaran untuk memperkasa ekonomi orang-orang Melayu dan Bumiputera yang mengandungi lima teras utama dan 34 langkah susulan ke arah mencapai matlamat itu.

Dalam majlis yang dinamakan memperkasa ekonomi Bumiputera di Shah Alam dan dihadiri oleh hampir kesemua menteri-menteri kabinet dan menteri-menteri besar serta ketua menteri BN, Najib menggariskan lima teras tersebut iaitu, mendaya modal insan Bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera serta memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.

Antara 34 langkah susulannya pula ialah menambah dana Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta, dana pinjaman TEKUN ditambah lagi RM700 juta, mewujudkan Amanah Saham Bumiputera Kedua dengan sasaran tabungan RM10 bilion, menambah kampus UITM, menetapkan semua CEO GLC mempunyai sasaran membantu Bumiputera, mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera di setiap kementerian, mewujudkan Majlis Ekonomi Bumiputera dan banyak lagi.

Jika dilihat secara sekali lalu intipati pembentangan Najib itu, tentulah kita semua akan berandaian bahawa menjelang tahun 2020 nanti, semua orang Melayu akan kaya-kaya dan senang belaka. Tiada lagi yang miskin dan berpendapatan di bawah RM 3000 sebulan. Juga tiada lagi penerima BR1M ketika itu.

Begitu hebat, ditambah pula dengan liputan meluas di akhbar dan tv dan disambut pula dengan puji-pujian serta sanjungan daripada pelbagai penganalisis, ahli akademik, profesor dan sebagainya, seolah-olah tiada yang cacatnya dalam diri Najib dari segi membantu orang Melayu dan Bumiputera.

Dalam masa yang sama, terlihat juga begitu tebalnya jiwa Melayu Najib dan keinginannya untuk membantu kaumnya sendiri. Maka ramailah orang Melayu yang terlupa deretan sikapnya yang begitu toleransi terhadap kaum-kaum lain sebelum ini. Lupa juga bahawa sebaik menjadi PM, Najib telah memperkenalkan 1Malaysia yang meletakkan semua kaum sama rata dan sama rasa.

Ramai juga yang terlupa bahawa semata-mata untuk mendapatkan undi kaum Cina, Najib telah menukar namanya kepada Ah Jib Gor atau Abang Najib. Kepada bangsa lain beliau sanggup menjadi abang, kepada bangsa sendiri apa? Beliau juga sanggup berlakon dalam iklan sempena Tahun Baru Cina sambil memukul gendang dengan berbaju kebangsaan masyarakat Cina. Tahun ini pemberian tanglung pula dilakukan.

"Geng 13 Kudeta": Apa Perlu Peserta Ops Bubar Dipenjara Serta-Merta?

Mengapa deraan perlu maksimum dan ditolak penangguhan hukuman?

 Oleh Ahmad Lutfi Othman

Saya sukar memahami mengapa Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, Norsalha Hamzah yang bukan sahaja memilih untuk menjatuhkan hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda RM5,000, tetapi juga telah menolak permohonan untuk menangguhkan hukuman tersebut kepada 13 individu yang terlibat dalam perhimpunan di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, 6 Februari 2009.

Dengan itu, 13 rakyat prihatin, Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, 49, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd Faiz Mohd Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29 ; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd Thaib, 48; Mohamad Nazeer Hameed, 48; Khairul Azmi Hassan Basri,48; Mohd Hasri Ismail, 48; dan Mohamed Ismail SM Abdul Kadir, 47 -- yang pastinya cukup terkesan dan terganggu dengan "rampasan kuasa" menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak pimpinan Dato' Seri Nizar Jamaluddin hampir lima tahun lalu -- terpaksa menjalani hukuman penjara berkuat kuasa serta merta.

Mengapa deraan paling maksimum yang dipilih, dan lebih menghairankan, mengapa ia tidak boleh ditangguh sementara menunggu proses rayuan di mahkamah lebih tinggi, seolah-olah mereka semua adalah penjenayah yang wajib dipisahkan daripada masyarakat dalam kadar segera. Lagipun kes itu merupakan kesalahan pertama, termasuk bagi ibu tunggal dan penghidap kanser. Dahsyat, 'kan?

Apakah anda pernah mengikuti kes perbicaraan antara pemimpin tertinggi Umno yang kemudiannya didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan korupsi tetapi masih dibenarkan bebas sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai, walaupun Mahkamah Rayuan telah menolaknya?

Ataupun memori anda lebih cergas daripada saya, masih mampu mengingati senarai panjang insiden hampir sama, bagi membuktikan bukan saja ada "pendakwaan terpilih" tetapi juga bentuk hukuman "pilih kasih"? Mungkin saja kes rasuah tidak dianggap lebih besar atau berbahaya berbanding "perhimpunan haram".

Penghakiman kes ini hanya menambah-burukkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap sistem kehakiman negara. Ia juga boleh merencatkan penghormatan orang ramai terhadap Ops Cantas atau sebarang usaha pihak keselamatan untuk membanteras jenayah, sekali gus menguatkan lagi sangkaan umum bahawa "kes-kes politik" lebih dipandang serius berbanding kesejahteraan rakyat.

Belum reda kejutan pembebasan tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibuu, keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar itu turut menyegarkan kembali isu rampasan kuasa dan operasi rasuah politik terbesar, yang dipercayai digerakkan oleh Timbalan Perdana Menteri waktu itu, Dato' Seri Najib Razak, mengakibatkan kerajaan pilihan rakyat digulingkan.

Sejak lama saya meyakini bahawa politik wang, sudah tentu membabitkan "pembelian undi" -- apatah lagi apabila wakil rakyat juga dapat disogok untuk mengkhianati parti yang diwakilnya dalam pilihan raya -- merupakan transaksi korupsi paling terkutuk!

Inisiatif memperkasa ekonomi bumiputera dirumus untuk pemilihan agung Umno?


dr zul ahmad pic mza
SHAH ALAM, 14 SEPTEMBER – Inisiatif memperkasa ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi disifatkan lebih kepada usaha memancing undi menjelang Pemilihan Agung Umno, Oktober ini.
Ini kerana persoalan mengenai Bumiputera tidak dibincangkan secara mendalam dan hanya menyentuh soal dasar meskipun angka yang dinyatakan adalah berjumlah besar.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefli Ahmad berkata, pengumuman Najib lebih menjurus kepada ‘supply side’ berbanding ‘demand side’ sedangkan persoalan mengenai kegagalan beberapa projek sebelum ini masih tidak dibincangkan sehingga kini.
“Saya tegaskan (pengumuman) terlalu menyebut kepada ‘supply side’, kita perlu fikir permasalahan di bahagian ‘Demand Side’. Dalam bidang industri misalnya, (pemasalahan) ‘demand side’ perlu ditangani.
“Pada tahun 2011, 80 peratus graduan UiTM yang saya tahu dapat pekerjaan tapi tahun lepas hanya 50 peratus. Mengapa kekurangan 30 peratus?
“Itu yang saya maksudkan ‘demand side’ dan ‘supply side’. UiTM membekalkan, permintaan dari industri,” katanya kepada TV Selangor.

Usaha Umno gugat Pakatan Rakyat gagal


TUMPAT: Sehingga kini segala usaha dilakukan Umno dan BN bagi memecahkan kekuatan Pakatan Rakyat dianggap belum berjaya.

Namun di sebalik agenda itu PAS terus memperkukuhkan pakatan tersebut. Usaha awal Umno antaranya dikesan melalui agenda yang dinamakan kerajaan perpaduan (UG).

PAS menjadi taruhan utama memandangkan parti Islam tersebut berdepan dengan calon Umno yang mendominasi BN pada setiap pilihan raya yang diadakan.

Anggota jawatankuasa PAS Pusat, Ir Khalid Samad (gambar) berkata, Umno seperti mengakui masa hadapan politik mereka banyak bergantung kepada keupayaan PAS bagi mempertahankan Pakatan Rakyat.

“Seorang veteran Umno mengakui kedudukan Umno pada pilihan raya umum ke-14 nanti banyak bergantung kepada sejauh mana PAS mampu memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

“Sebab itulah dari awal lagi Umno cuba mengugat kedudukan PAS dalam Pakatan dengan melemparkan pelbagai tomahan termasuk mencanangkan isu kononnya PAS menjadi alat DAP,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung PAS di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut diadakan di Resort Pantai Sri Tujuh menyaksikan tiada pertanding jawatan utama, sebaliknya mengekalkan tokoh sedia ada iaitu Ustaz Datuk Ahmad Yakob sebagai Yang Dipertua, Mohd Zaki Ibrahim (timbalan) dan Che Abdullah Mat Nawi (naib).

Ahmad yang juga Menteri Besar sehingga kini kali ketiga menawarkan diri untuk berundur bagi memberi laluan tokoh yang lebih muda,  namun ditolak jawatankuasa PAS  Tumpat.

Sanjeevan: "I felt the bullet going in.."

"Geng 13" Penjenayah Paling Jahat Di Malaysia...!!!

Paling jahat. Tiada yang lebih jahat dari individu neh melainkan dia la yang paling jahat sekali. Disebabkan kejahatan yang dia lakukan pada 5 tahun yang lepas maka dia telah dihukum pada masa kini.

Kesalahan yang dia buat ialah kesalahan yang paling jahat sekali kat negara neh.

Jenis kesalahan : menentang rampasan kuasa oleh pemimpin zalim, berdemo untuk menyatakan bantahan mengenai perkara tersebut.

Hukuman : Penjara 2 tahun.

Lagi Insan Budiman Di Malaysia .....

Khir Toyo ;

Jenis kesalahan : menganiaya rakyat di Selangor dengan melakukan pelbagai jenis salah laku atas nama jawatan yang dimilikinya dalam kerajaan negeri sehingga menjadi kaya raya. Menindas rakyat Selangor bertahun2 lama nya dengan corak pemerintahan yang tidak adil, tidak amanah, berat sebelah dan menyusahkan rakyat jelata.

Hukuman : Penjara setahun. Boleh dirayu. Tidak dipenjarakan sampai sekarang.

Shahrizat Jalil And Family ;

Jenis kesalahan : menggunakan dana kerajaan yang diperolehi dari wang pembayar cukai untuk membina kekayaan peribadi. Kerajaan memberikan pinjaman dengan kadar bunga yang sangat rendah [pemimpin PTPTN kena pun lagi tinggi] dengan tempoh pinjaman yang lama. Tujuan pinjaman nak memenuhi permintaan daging lembu dalam pasaran tempatan. Supaya pengguna dapat membeli daging lembu yang lebih berkualiti dengan harga yang lebih rendah untuk seimbangkan permintaan dan penawaran. Juga berperanan untuk membantu peternak2 lembu tempatan bagi melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk meningkatkan taraf hidup masing2. Namun apa yang berlaku ialah mereka gunakan dana tersebut untuk bekalkan daging lembu kepada restoran2 mewah saja dan gunakan baki pinjaman untuk membuat pelaburan dalam perkara yang tidak berkaitan dengan lembu.

Hukuman : dilantik menjadi penasihat khas kepada Najib dalam hal ehwal wanita. Suami menyaman pihak yang mendedahkan penyelewengan tersebut. TV3 highlight bahawa tukang dedah kejahatan adalah penjahat tukang buat jahat ialah baik. Syarikat tersebut bakal di jual kepada salah seorang pelabur dari Jepun dengan semua hutang2 ditanggung oleh mereka.

Tajuddin Ramli ;

Jenis kesalahan : melakukan penyelewengan dengan menggunakan wang / aliran modal MAS sehingga menyebabkan MAS rugi.

Hukuman : Hutang dilupuskan.

Ali Rustam, Khairy Jamaluddin, Isa Samad ;

Jenis kesalahan : terlibat dalam skandal rasuah, jual beli undi dalam pemilihan UMNO, projek2 yang berskala besar yang menimbulkan kecurigaan.

Hukuman : Dilantik menjadi menteri, CEO agensi2 tertentu kerajaan.

Mahfuz gesa kerajaan BN dedah bayaran akibat batal AES


Kerajaan digesa untuk mendedahkan jumlah yang perlu dibayar kepada dua syarikat konsesi bagi mengambil alih sepenuhnya pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti yang diumumkan hari ini, kata Datuk Mahfuz Omar (gambar).
Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor itu (KASE) berkata, tindakan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang tidak memberi butiran jelas perjanjian pengambilalihan itu meragukan.
"Ini yang rakyat hendak tahu, berapa banyak kerajaan perlu bayar kepada dua syarikat swasta iaitu Bina Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd apabila tidak lagi terikat dengan perjanjian.
"Mereka perlu kemukakan semuanya secara terperinci baru kita yakin tidak ada pihak berkepentingan yang mengaut keuntungan dalam isu ini,"katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Naib Presiden PAS itu juga berkata, penukaran AES sepenuhnya juga membuktikan bahawa kerajaan bertindak terburu-buru dalam melakukan sesuatu tanpa melakukan kajian menyeluruh.
"Inilah yang saya katakan apabila kerajaan tidak pernah teliti dalam melaksanakan AES, mereka tidak menghiraukan pandangan pihak lain, namun bila ia tidak menjadi senang pula boleh membatalkan perjanjian,"katanya.
Katanya, persoalan yang perlu diperhalusi mengenai isu AES itu ialah adakah pelaksanaan sistem itu dapat mengurangkan kadar kemalangan di negara ini.

Ingat Tempoh Untuk Pas Berpecah Sudah Pun Tiba..!!!

Ketua Dewan Urusan Ulamak Pas Harun Taib (foto) membuat cadangan supaya Pas mengkaji semula kerjasama (tahalus syiasi) dengan PKR. Beliau dilaporkan mengemukakan cadangan itu semasa merasmi Mutlaqa Ulamak se-Malaysia yang sedang berlangsung sehari suntuk di Kedah hari ini.

Alasan itu katanya kerana banyak perkara menerusi tahalus syiasi itu boleh melemahkan Pas. Beliau tidak menyebut apakah bentuk kelemahan-kelemahan secara specifik dan ilmiah, hanya menyebut salah satu kelemahannya menyebabkan sokongan Melayu terhadap Pas berkurangan berdasarkan kepada pilihan raya lepas. Tentunya andai ini silap sebab tahalus syiasi itu bukan bersifat macam ayam mengawan tetapi bersifat angin berjimak (lama).

Pandangan Harun ini adalah subjek yang akan menggemakan muktamar Pas yang akan berlangsung di Shah Alam pada November depan. Sudah tentu muktamar akan datang akan memberi fokus kepada cadangan itu dan ia akan menjadi agenda utama muktamar. Apabila Harun melontarkan isu itu ia menjadi isyarat kepada ahli-ahli Pas terutamanya golongan merasakan diri mereka 'ustaz, hafiz atau mendapat pendidikan Timur Tengah dan lebih bangsa 'Melayu' akan membahas perkara berkenaan.

Apa yang dapat dibayangkan di sini sekiranya agenda itu dibahas dan diterima sudah tentu Pas akan mempamirkan memulalakan langkah baru yang lama dan sekaligus Pas akan menunjukkan ia dikuasai oleh pedagang-pedagangan politik Islam. Kemungkinan yang boleh disuluh di sini Pas akan mencari rakan politik baru dalam projek 'tahalul syiasinya' untuk masa depan bagi meletakkan Pas sebagai sebuah parti dominan seperti diharap Harun. Bolehkah Pas menjadi dominan dengan pendekatannya tanpa menuruti sungai peralihan kerana politik itu sendiri bersifat pragmatik?

Mungkin di sini Pas akan berpaling tadah bekerjasama dengan Umno atas alasan untuk memperkuatkan Melayu dan Islam. Tetapi selalu yang disoalkan apakah Umno akan bersikap jujur dan ikhlas dengan Pas? Dan sejauhmanakah Pas menyakin Umno memperjuangkan Islam dan Melayu sedangkan dasar-dasarnya yang jelas bertentangan dengan kehendak perlembagaan Pas.

Cadangan untuk mendekati Umno ini tidak menghairankan kerana agenda Unity Gorvenment masih berjalan tetapi dengan sedikit perubahan dan bertukar pemainnya. Kalau dahulu ia dimainkan oleh bekas timbalan presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan beberapa yang lain, tetapi kini ada watak lain yang mengambil alih baton kerajaan perpaduan itu dengan melarikannya dalam kabus.

Sekiranya muktamar menerima cadangan itu; Pas memutuskan kerjasama dengan PKR khasnya Anwar Ibrahim sedikit sebanyak ia akan menjejaskan Pas dari segi kepercayaan umum. Orang akan melihat Pas tidak konsisten didalam akidah politiknya (kerjasama) atau berbuat sesuatu tanpa berfikir. Golongan muda profesional tentu akan tergencat menyebabkan mereka menarik diri dari Pas.

Penduduk luar bandar masih rasa ‘Pak Toyo’ MB S’gor

Jawatankuasa kampung masih dikuasai orang Umno.

KLANG: Masih ramai penduduk luar bandar di Selangor tidak dapat menikmati manfaat sepenuhnya manifesto Pakatan Rakyat yang dijanjikan sejak tahun 2008.

Antara punca kawasan luar bandar di Selangor gagal ditawan Pakatan Rakyat mungkin disebabkan saluran yang menghubungkan program polisi kerajaan negeri tidak sampai kepada rakyat.

“Jawatankuasa kampung masih dikuasai orang Umno. Mereka yang mengawal segala program bantuan termasuk yang menguruskan zakat dengan menganggap ia program parti.

“Ada juga orang kampung diarah supaya undi BN (Barisan Nasional) kalau nak dapat duit zakat,” kata Setiuasaha Kampung Batu 3 Jalan Kapar, Salehudin Ruskam dalam majlis sesi dialog manifesto kerajaan negeri Selangor di sini malam tadi.

Salehudin berkata, pemikiran masyarakat luar bandar masih gagal dibentuk dan jawatankuasa yang ada tidak berusaha mendekatkan penduduk mengikuti program yang disediakan secara konsisten.

“Mereka masih rasa Menteri Besar yang sekarang ini Pak Toyo (Dr Mohd Khir Toyo),” katanya.

Lagi Cap Ayam Berbunyi: Potong subsidi minyak, diesel tak beban golongan miskin - Timb Menteri

 Azizah Mohd Dun JOHOR BAHRU - Langkah kerajaan merasionalisasi subsidi petrol dan diesel baru-baru ini diyakini tidak akan menjejaskan golongan miskin di negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata kerajaan sedang giat dan akan terus melaksanakan pelbagai program bagi membantu golongan itu sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini.

"Kenaikan harga minyak ini sudah difikirkan dengan panjang, ia dilakukan untuk mengurangkan subsidi yang ditanggung kerajaan dengan mengambil kira semua perkara. Ia tidak akan menyebabkan rakyat menderita dan susah, apatah lagi menambah kadar kemiskinan di negara ini.

"Ini kerana kerajaan melaksanakan banyak program untuk memastikan kadar kemiskinan turun sebagai contohnya melalui program 1Azam untuk membantu tingkatkan pendapatan golongan sasar terutama wanita," katanya.

Nak tunaikan nazar jalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya pun telan RM650,000 duit rakyat?

Tentu ramai yang masih ingat akan kelibat seorang penyokong tegar UMNO/BN yang telah bernazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya jika UMNO/BN berjaya mengekalkan kerusinya di Kuala Besut dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.

Mohd Noor Mat, 47 yang merupakan seorang Pekerja Rendah Am Yayasan Islam Terengganu cawangan Besut akan menunaikan nazarnya untuk berjalan kaki sejauh lebih 680 kilometer itu.

Beliau dikatakan akan cuba mengambil masa selama 12 hari bagi menamatkan perjalanan melalui Kuala Besut ke Kuantan dan Kuala Lumpur sebelum ke Putrajaya.

Nazar atau niat untuk berjalan kaki ke Putrajaya dilafaz pada hari penamaan calon 12 Julai lepas di depan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Anggota Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh.

Semalam lidah rasmi UMNO telah melaporkan nazarnya penyokong tegar UMNO untuk berjalan kaki itu akan dilaksanakan pada 22 September ini..

Program cabaran berjalan kaki Walk 4 Malaysia sejauh 600 kilometer dari Kuala Besut, Terengganu ke Putrajaya pada 22 September ini mencerminkan semangat juang rakyat negara ini dalam mempromosikan keamanan dan kedamaian.  
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cabaran yang melibatkan peserta, Mohd. Noor Mat itu membuktikan kepada semua bahawa tiada alasan yang dapat menghalang beliau daripada merealisasikan impian yang dibuat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 24 Julai lalu.  

Anak Tempatan: Dari mana Salleh dapat angka 82%?

Kenyataan Salleh Said Keruak tentang 82% jawatan perkhidmatan persekutuan di Sabah disandang anak tempatan dipertikaikan.
Oleh Nuraniz Ghaus
KOTA BELUD: Kenyataan Umno bahawa 82% jawatan perkhidmatan persekutuan di Sabah kini disandang anak tempatan serta kadar kemiskinan sudah turun dari 24% kepada hanya 8% tahun lalu dipersoalkan anak tempatan.
Peguam Peter Marajin yang juga aktivis politik dan masyarakat di sini mempersoalkan kenyataan Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak itu yang disiarkan oleh Bernama semalam.
“Dari mana Salleh dapat angka 82% itu? Kalau benar tolong beri pecahan mengikut setiap jabatan persekutuan yang ada di Sabah termasuklah polis, askar dan pendidikan yang ramai stafnya dari kalangan bukan anak jati negeri Sabah,” katanya ketika dihubungi FMT.
Marajin yang juga penasihat NGO, Gindol Initiative for Civil Society Borneo, berkata selain tiga jabatan berkenaan, banyak jabatan persekutuan di Sabah mempunyai pegawai dan kakitangan rendah termasuklah pemandu dan kerani dari luar Sabah.
“Tolong juga beri pecahan staf Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), hospital, KEMAS, RISDA, FELDA, MARA, MARDI, universiti, kolej, Jabatan Kerja Raya Persekutuan dan banyak lagi agensi pusat yang ada di sini,” tambahnya.
Angka kemiskinan

Toleransi berlebihan punca PAS hilang sokongan Melayu?

ALOR SETAR: PAS gagal meyakinkan pengundi Melayu bahawa ia mampu memainkan peranan penting dan berkesan untuk memartabatkan bangsa Melayu dan memelihara kepentingan Islam termasuklah dalam pelaksanaan syariat Islam di Malaysia.

Demikian kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Ustaz  Harun Taib sewaktu menyampaikan ucaptama di Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang diadakan di Kompleks PAS Kedah.

Menurut beliau, sikap toleransi berlebihan dan tidak berhati-hati PAS terhadap tawar menawar bukan Islam dan bukan Melayu juga amat meragukan pengundi Melayu terhadap kemampuan PAS dalam memelihara kepentingan mereka.

"Sekalipun undi Cina meningkat 14.1 peratus terhadap PAS pada PRU13 lalu, PAS tetap tidak akan dapat untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya dalam parlimen.

"Adalah mustahil bagi PAS untuk terus berkembang selagi ia tidak mampu memperjuangkan haknya dalam Pakatan Rakyat bagi menambah memenangi lebih banyak kerusi parlimen, apatah lagi untuk PAS menjadi teras kerajaan Malaysia sekiranya Pakatan memerintah kelak," ujarnya.

Beliau berharap PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali tahaluf siyasi.

Ulama dilihat hebat secara zahir jadi alat musuh - Harun Taib


 
ALOR SETAR: Ulama dilihat hebat secara zahir, tetapi tidak mempedulikan hal ehwal masyarakat Islam menjadi alat kepada musuh Islam, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.

Beliau menjelaskan, ulama yang bagus dan mengambil berat kerja-kerja amar makruf dan nahi mungkar.

Memetik kata-kata Imam Ghazali, katanya orang memusuhi lelaki memakai emas, tetapi tidak memusuhi pemerintah yang melanggar hukum Allah adalah ulama jahat.

Justeru, beliau menjelaskan lagi bahawa ciri ulama yang bersama dengan Nabi Muhammad s.a.w ialah yang bersikap keras ke atas kekufuran orang kafir dengan mempertahankan dasar Islam dan tidak menukar agama dengan dunia.

Mereka, ujarnya berkasih sayang sesama dengan orang beriman dan tidak suka berbalah sesama sendiri termasuk ketika ketiadaan musuh kerana mereka mahukan keredhaan Allah.

Ulama PAS cadang kaji semula hubungan dengan PKR..!!


Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib (gambar) mencadangkan agar PAS mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dibuatnya dengan PKR.
"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.
Cadangan itu dikemukakan beliau melalui ucaptama kepada Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini.
Hampir 1,000 pemimpin PAS di kalangan ulama menyertai perhimpunan yang diadakan menjelang muktamar PAS ke 59 22 November depan di Shah Alam, Selangor.
Sebelum ini, tiga muktamar PAS berturut-turut meluluskan usul agar hubungan dalam Pakatan Rakyat diperkukuhkan.
Dalam pilihan raya lalu PAS menang 21 kerusi Parlimen dan hilang kerajaan negeri Kedah berbanding PRU-12 menang 23 kerusi Parlimen dan menang di Kedah.
Bagi melaksanakan kajian ini Harun dalam kertasnya itu mencadangkan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan PKR.
"Pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi potensi PAS kepada PKR juga antara faktor yang perlu dikaji kembali dan ia antara faktor utama yang perlu diberi perhatian," kata Harun.

TMI.

Najib 'tabur ganjaran' pasca-p'raya untuk bumiputera..!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelbagai langkah untuk memperkasakan ekonomi bumiputera, termasuk mengkehendaki syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menetapkan sasaran penyertaan bumiputera.

Saya mahukan semua ketua pegawai eksekutif di GLC menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang
dianugerahkan kepada vendor," katanya ketika berucap kepada lebih 2,000 orang di Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM), di Shah Alam hari ini.

Sambil mengumumkan institusi tersebut sebagai simbol pendidikan bumiputera, perdana menteri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan bumiputera yang telah menunjang, mandat serta kepercayaan kepada BN dalam pilihanraya umum Ke-13 untuk terus menerajui kepimpinan negara.

"Atas sokongan dan dokongan yang diberikan oleh orang-orang Melayu dan Bumiputera, pada pilihanraya umum ke-13 baru-baru ini..., maka, .... pada hari ini..., kerajaan memutuskan untuk membuat satu anjakan besar bagi melaksanakan strategi-strategi serta pendekatan-pendekatan yang konkrit lagi tuntas.
  
"Kita namakan sebagai Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Segalanya ini, kita perbuat, demi membela untung nasib orang-orang Melayu dan masyarakat bumiputera, dari dulu, kini dan selama-lamanya," katanya.  [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan perdana Menteri mengumumkan langkah dan strategi baru memperkasakan ekonomi bumiputera, serta penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikannya sendiri bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera, sebagai peneraju utama strategi tersebut.
   
Langkah-langkah yang diumumkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu termasuk :
   
* Kerajaan akan memperbanyak program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua kepada golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran. 

*  Program latihan semula dipergiat menerusi peruntukan tambahan kepada GiatMARA bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan.

KDN siasat kebocoran nama kumpulan gangster kepada media

Kementerian Dalam Negeri  (KDN) memulakan siasatan mengenal pasti sumber yang didakwa memberi senarai nama ketua "Geng 30" kepada media.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kementerian akan memanggil wartawan untuk disoal siasat bagi mengetahui dalang yang mendedahkan nama tersebut.

"Anda patut tanya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana mereka yang menyiasat perkara ini," katanya selepas melancarkan Strategi Nasional Laut Biru di Jalan Kuchai Lama, pagi tadi.

 Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu The Malaysian insider kementerian sendiri tidak tahu dalang yang mendedahkan senarai nama kumpulan tersebut.

Minggu lalu, Bernama dalam laporannya mendedahkan senarai nama kumpulan gangster termasuk nama pemimpin MIC .

Pendedahan nama tersebut menyebabkan pemimpin terbabit bertindak ingin menyaman kerajaan.

"Kita tidak tahu siapa melakukan ini kerana kita pun sedang mencari sumber tersebut,"katanya sambil menambah tidak pasti kesahihan senarai nama berkenaan.

Polis juga telah memberi maklum balas menafikan sumber tersebut datangnya dari pihak mereka.

Dialog PR - Isu Tanah Mendap - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Dialog PR - Part 4

Dialog PR - Part 3

Dialog PR - Part 2

Dialog PR - Part 1

Balesungkawa: Saya kenal arwah isteri Syed Husin - Anwar

KEPADA saudara seperjuangan Syed Husin Ali

Assalam...

Azizah memaklum kepada saya dengan nada sedih sedu bahawa isteri saudara tercinta, sahabat kami dan pejuang rakyat Allahyarhamah Sabariah Hj Abdullah telah kembali kerahmatullah dengan keadaan tenang di atas riba saudara.

Saya kenal Sabariah, mahasiswi Kelantan yang pendiam tatkala bersama di Universiti Malaya (UM).

Kampus, terutama di Dataran Sastera sekonyong-konyong riuh dengan berita pinangan saudara yang kemudian diijabkabul.

Pastinya kita sering juga berceloteh soal keluarga tatkala bersama merengkuk dalam tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting.

Saya terasa lebih mengenali sosok Sabariah dan ketenangannya menghadapi suasana kelam dan duka sekian lama.

Hanya di kalangan yang mengharungi lingkaran perit derita dapat merasakan beban yang di tanggung mangsa tahanan dan isteri setia.

Namun yang lebih mengesankan adalah kegigihan Sabariah mempertahankan hak penghuni tanah “haram” yang di usir pemaju dan penguasa.

Saban bulan pejabat saya di Kementerian Kewangan atau Timbalan Perdana Menteri di hujani fax dari Sabariah mengenai rumah atau perkampungan rakyat yang bakal di robohkan oleh Bandaraya dan utamanya Selangor yang sedang pesat membangun.

Malah beliau pernah mencemaskan kami manakala dua bas peneroka Shah Alam yang diusir muncul di hadapan rumah rasmi kami.

Pak Samad kesal sikap ‘sasterawan bisu’

Pesatuan penulis memilih untuk tidak bersuara dalam isu melibatkan Sasterawan Negara.

Kalau kita lihat sebelum negara diberikan kemerdekaan oleh British, golongan penulis, sasterawan dan wartawan berjuang dengan mata pena bagi menuntut keadilan dan sekali gus menentang kezaliman.
Malangnya, apabila diperhatikan perkembangan pada masa kini, golongan penulis dan sasterawan seolah-olah memilih untuk berdiam diri walaupun ketidak adilan dan kezaliman berlaku di depan mata.
Lebih menghairankan apabila mangsa kezaliman itu adalah rakan seperjuangan iaitu golongan penulis sendiri.
Sayangnya, mangsa (sasterawan) tidak menerima sokongan daripada rakan-rakan penulis dan persatuan-persatuan yang kononnya mewakili golongan penulis.
Demikian antara topik yang dibincangkan dalam sesi “Dialog Sastera Bersama Pak Samad” di Bangsar Utama, Kuala Lumpur pada 11 September 2013.
Dalam hal ini, Datuk A Samad Said (Pak Samad) menyatakan dengan sinis, “Mereka bukan tidak berjuang. Mereka berjuang dengan mata mereka sahaja.”
Antara persoalan yang timbul adalah apakah semangat perjuangan dalam kalangan sasterawan dan wartawan sudah hilang. Atau ada faktor lain yang menyebabkan mereka hanya berani “berjuang dengan mata” – iaitu melihat sahaja apa-apa yang berlaku tanpa berani bertindak.
“Saya fikir ada sebilangan yang mahu bersuara tetapi ada ketakutan,” kata Pak Samad semasa dialog eksklusif yang turut dihadiri oleh dua Jawatankuasa Khas Kavyan, Shahrul Nizam Abd Hamid dan Rayner Sylvester Yeo.
Pak Samad mengakui bahawa beliau berasa amat aneh kerana dalam suasana seorang sasterawan – juga Sasterawan Negara (SN) – sedang didesak, ditohmah dan dipersalahkan tetapi persatuan-persatuan penulis memilih untuk berdiam diri.
“Seolah-olah keseluruhan isu ini hanya melibatkan seorang individu sahaja. Mereka mesti ingat bahawa golongan penulis dan persatuan penulis sepatutnya berani untuk bersuara; bukan berdiam dalam isu penting seperti ini.
Persatuan penulis yang penakut, hilang taring
“Kalau tidak menyokong saya tetapi menyokong kerajaan pun tidak jadi hal. Sekurang-kurangnya menyatakan pendirian dengan berani; bukan berdiam diri,” kata Pak Samad dalam pertemuan yang turut dihadiri anaknya, Helmy Samad, yang menguruskan Wira Bukit Sdn Bhd.
Sekiranya dilihat dalam kontroversi melibatkan SN Datuk Abdullah Hussain (Pak Lah) pada awal 2011, banyak persatuan penulis yang tampil bersuara dan menyatakan pendirian.
Malah, agak menarik apabila persatuan penulis menegaskan bahawa sebarang tuduhan atau kritikan ke atas Pak Lah adalah sama seperti menghina Yang di-Pertuan Agong kerana Anugerah Sastera Negara (ASN) yang membawa gelaran SN diberikan oleh baginda.
Sekitar dua setengah tahun kemudian, apabila seorang lagi SN – yang juga “Sasterawan Rakyat” – dihina, diperlekeh dan diperlakukan secara yang amat tidak wajar oleh golongan politikus dan puak ultra kiasu, persatuan-persatuan penulis memilih untuk membisu.
“Mungkin juga kelompok itu sebenarnya ada sikap dan pendirian tetapi mereka tidak mahu bersuara. Hal ini memberikan gambaran seolah-olah golongan penulis di negara ini mula takut; sudah hilang taring.
“Atau pun golongan penulis memang menjadi penyokong tegar dan total terhadap kerajaan dalam apa-apa tindakan yang dibuat oleh kerajaan,” Pak Samad mengulas.
Sasterawan itu yang lahir di Singapura pada 8 Februari 1932 (mengikut maklumat dalam MyKad) menyatakan bahawa beliau tidak berasa terluka hati jika persatuan penulis memilih untuk menyokong penguasa secara seratus peratus.

Saya terus 'bising' selagi tak turun harga kereta - Rafizi

LAPORAN The Edge yang menyebut bahawa Malaysia mempunyai harga kereta yang kedua tertinggi di dunia tidaklah mengejutkan.

Struktur cukai kereta yang melampau tingginya menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar harga lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain.

Sebab itu rakyat tidak boleh berkompromi apabila BN menaikkan harga minyak kerana ia tidak adil di kala cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah antara yang tertinggi di dunia.

BN sering mengungkit kononnya rakyat Malaysia tidak membayar harga pasaran bagi seliter petrol atau diesel, lalu dijadikan alasan untuk menaikkan harga minyak.

Sebaliknya BN tidak pula mahu menurunkan harga kereta supaya rakyat Malaysia juga membayar harga pasaran bagi sebuah kereta, seperti mana rakyat negara lain.

Sebenarnya, sebuah isi rumah purata rakyat Malaysia (keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan yang dianggarkan membentuk 70 peratus dari keluarga Malaysia) membayar lebih banyak cukai dan tol berbanding
jumlah subsidi minyak yang diperolehi.

Secara purata sebuah isirumah menggunakan 300 liter petrol sebulan.

'Laporan Polis terhadap Papagomo telah disiasat' - IGP

Laporan polis yang telah dibuat terhadap penulis blog Papagomo sebelum ini sememangnya telah disiasat dan polis akan meneliti mana-mana peruntukan undang-undang untuk tindakan selanjutnya, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah penulis blog Papagomo.

"Tindakan (selanjutnya) mengikut undang-undang yang (sedia) adalah, yang akan diambil," kata Khalid sewaktu menjawab soalan pemberita hari ini.

"Semestinya (laporan-laporan terhadapnya) telah disiasat, dan tindakan seterusnya akan diambil, apa juga peruntukan undang-undang yang kita akan ambil, kita akan ambil," kata Khalid.

Penjara terhadap "Geng 13" demonstrasi bantah kudeta siri hitam pasca PRU13

Keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada 13 aktivis yang membantah kudeta di Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 mengejutkan pelbagai pihak.

Ia disifatkan sebagai satu lagi siri hitam pasca Pilihan Raya  Umum ke-13 (PRU13).

Mahkamah semalam, menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada semua aktivis yang membantah kudeta di Bukit Chandan itu.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, berkata pemimpin Pakatan Rakyat Perak berkumpul di hadapan penjara Tapah malam tadi bagi menunjukan solidariti dan sokongan moral kepada 13 peserta demonstrasi Ops Bubar.

"PAS Perak dan Pakatan rakyat akan ke penjara Tapah malam ini untuk menyatakan sokongan kita kepada mereka semua," katanya semalam.

Sementara itu, Solidari Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan hukuman penjara itu adalah kejam dan tidak berhati perut.

Keputusan kes Papagomo diharap akhiri politik kotor

Keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas anggota polis, Wan Muhammad Azri Wan Deris aka Papagomo dan memerintahnya membayar RM500,000 dalam satu kes saman fitnah semalam akan meningkatkan rasa hormat di kalangan penulis blog terhadap undang-undang, kata peguam N Surendran.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa ini sudah tentu akan mengukuhkan saman fitnah jutaan ringgit yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Wan Muhammad Azri, yang lebih dikenali sebagai penulis blog Papagomo.

NONESurendran mendakwa Papagomo merupakan satu lagi alat Umno
untuk memfitnah dan menyiarkan berita palsu tentang pembangkang dan oleh itu, beliau mengalu-alukan keputusan mahkamah tersebut bagi menamatkan pembohongan dan politik kotor.

Anwar telah memfailkan saman fitnah terhadap Papagomo kerana didakwa mengaitkan beliau dengan lelaki lain dalam satu video seks, tetapi Wan Muhammad Azri selama ini menafikan bahawa dia adalah Papagomo .

Surendran mengesahkan bahawa kes Anwar terhadap Papagomo akan didengar di mahkamah pada Januari tahun depan.

Katanya, tanpa mengira keputusan mahkamah semalam, pihaknya sudah mempunyai cukup bukti yang mengaitkan Wan Muhammad Azri dengan Papagamo .
Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai berkata adalah tidak masuk akal bagi Wan Muhammmad Azri untuk terus menafikannya.
Seorang lagi ahli politik pembangkang, Rafizi Ramli,  juga sedang menimbang untuk menyaman Papagomo kerana didakwa membuat serangan yang sangat peribadi terhadap tokoh pembangkang yang  seringkali tanpa justifikasi.

"Ini merupakan satu kes ujian dan mahkamah telah menghantar isyarat yang jelas kepada setiap penulis blog di luar sana yang berkelakuan seperti Papagomo."

Nasib dialami Papagomo diharap tamatkan politik lucah

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 13 September lalu yang memerintahkan blogger pro-Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) membayar RM500,000 dalam satu kes fitnah diharap dapat menamatkan budaya politik fitnah dan lucah dalam arena politik negara.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, sudah sekian lama blogger pro-Umno terutama Papagomo secara berleluasa dan sembrono memfitnah para pemimpin Pakatan Rakyat dengan tuduhan palsu dan berunsur lucah namun jenayah siber ini tidak mendapat perhatian langsung pihak berwajib khususnya polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Ada banyak lagi blogger pro-Umno yang tindak tanduknya  sama seperti Papagomo kerana dipercayai diupah dan diarahkan pihak tertentu. Mengapa polis dan SKMM hanya memerhati tetapi tidak bertindak?” soal beliau.

Selain diperintah membayar ganti rugi kepada plaintif, Wan Muhammad Azri turut berdepan dengan prosiding menghina mahkamah berhubung tulisannya yang mendakwa hakim yang mendengar kes itu sebagai “memudaratkan badan kehakiman”.

Bernama melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Wan Muhammad Azri  membayar ganti rugi RM500,000 kepada ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blognya.

The Chinese and Umno hegemony

The Umno-led BN government is simply doing what it has said it will do – in private and by their deeds – to make Malaysia Malay.

Over time I have come across numerous articles and postings in the mainstream media and on the internet that tell us much about the Chinese.
And I am always reminded that the Chinese have contributed much to any country that they live in.
So much have been written about these Chinese by the Chinese that I, a Malay, now know more about the Chinese than I do about the Malays! Or do I?
Ask any Chinese that have spent a few minutes speaking with me and they will tell you that within the first few minutes of our meeting, the question I will ask them is:
“Why do you want to stay in Malaysia?”
Why indeed!
Do not talk about the situation in China. Your forefathers left China ages ago for a better life elsewhere. And for a while the better life was in Malaya and then Malaysia.
After two or three generations down the line the current generations of Chinese who have grown up believing Malaysia to be their Tanah Tumpahnya Darahku are now again considering their options.
The Umno-led Barisan Nasional government is simply doing what it has said it will do – in private and by their deeds – to make Malaysia Malay.
They do so without any excuses or apologies that what they do can be deemed to be racist or unfair to any other race but the Malays.
They do so with the aplomb and arrogance that absolute political power confers on those who have them. And to all intents and purposes, they are doing so legally and with no regards to anything else but to ensure the racial and political dominance of the Malays over all others in Malaysia.
Without going into whether this is morally or ethically the right or wrong thing to do, let us all understand that this is the prevailing situation in Malaysia. Let me state this again with clarity.
Two questions

Sabah perlu kawal keselamatan sendiri....

Selepas 50 tahun merdeka, Malaysia gagal mengawal keselamatan negeri itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah digesa menghentikan sindrom penafian dan lebih proaktif untuk memastikan keselamatan rakyat Sabah terjamin.
Menurut Presiden Parti Reformasi Negeri Sabah (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, selepas 50 tahun merdeka, Malaysia gagal mengawal keselamatan negeri Sabah.
“Keselamatan merupakan faktor utama mengapa Sabah didesak untuk bersetuju membentuk Malaysia pada tahun 1963 ekoran ancaman yang diterima dari Filipina dan Indonesia dan Malaysia ditubuhkan untuk menjaga keselamatan di Sabah,” katanya.
Beliau mendakwa kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar bahawa beliau takut akan ditembak mati sebaik sahaja melangkah keluar dari Dewan Rakyat menunjukkan betapa tidak selamat lagi negara kita.
“Keselamatan yang tergugat di Sabah adalah kegagalan terbesar kerajaan pusat dan ia kini menjadi mimpi ngeri untuk ahli parlimen dari Barisan Nasional,” katanya lagi.
Oleh itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor mengulangi cadangan partinya supaya Kementerian Dalam Negeri Sabah ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal imigresen, pendaftaran negara dan PDRM sebelum keadaan keselamatan menjadi lebih buruk lagi.
“Peristiwa tembak menembak dan keganasan di Semenanjung telah membuktikan bahawa agensi-agensi persekutuan yang bertanggungjawab untuk keselamatan tidak dapat mengendalikan keselamatan rakyat di Semenanjung,” katanya lagi.

‘It’s only 20 sen, lah’

Having depleted the nation's coffers prior to May 5, 2013, the petrol price hike is a way for the government to take back what it freely doled out to the rakyat.

The recent 20 sen hike in the price of RON95 petrol was put forward by BN leaders as a necessary move that is good for the nation’s economy and also good for the pockets of the poor because the hike would enable the poor to get more cash aid via BR1M.

However, this merely goes to show that the government is taking from the citizens only to give it back to them.

In fact, the government is taking the money from a low-wage earner who rides a motorbike to his workplace only to give it back to him because he is also eligible for BR1M. Is this some sort of a cruel joke?

Simply put, the increase in the petrol price is due to the government spending too much prior to May 5, 2013 and their spending has depleted the nation’s coffers. Therefore they have to top it up again.

Thus the government spends money to woo your vote and after that you have to pay for being wooed – this is diabolical irony indeed.

In the age of the internet, urban folk will not be so easily taken in by the silly reasons given for the increase. Since the hike on Tuesday, Sept 3, this columnist has interviewed 100 urban folk pertaining to the hike. Responses from the rakyat are summed up below:

1 BN supporters (six persons): “Only 20 sen, lah. What’s the fuss? Moreover it is good for the nation. Why grumble? Where is your patriotism?”

2 General public (not belonging to any political party, neutral, 77 persons): “Prices of foodstuffs and other consumer goods will go up fast not to mention public transport fares. Before the 13th general election, the PM said that he will consider the people’s well-being and perhaps that is the reason why it is a 20 sen, not 30 sen increase or more. What to do now? Just try to cope until the next general election, lah. We have got no choice but the government must also be thrifty to set a good example. They cannot expect us to be thrifty while they continue to be spendthrift.”

3 Pakatan Rakyat supporters (17 persons): We knew that this would happen and we already warned the rakyat about this during the GE13 campaign but we were accused of lying about BN in order to garner votes. Now die, lah. The worst is that we too have to suffer because of the minority’s stupidity. What a confounded situation. Damn!

Najib out of tune

Kumpulan 13 individu pro-demokrasi dipenjara: DAP Perak kesal

46455_574301349283646_1363772732_n
IPOH, 13 SEPTEMBER: “Mereka bukan pengganas tetapi rakyat Malaysia dan pejuang mempunyai hak untuk bersuara apabila demokrasi dicemar dengan rampasan kuasa,” kata Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.
Beliau juga sedih dan terkejut dengan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 ke atas 13 peserta demonstrasi di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, 6 Februari 2009 lalu.
Menurut Ngeh, keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum juga amat tidak wajar memandangkan semua yang dihukum itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Malah, katanya, semua tertuduh telah memberi kerjasama yang sangat baik kepada mahkamah sepanjang lima tahun perbicaraan dijalankan.
“Bagi DAP Perak, kami menghormati keputusan mahkamah tetapi amat bersimpati kepada semua yang disabitkan kesalahan.
“Ada antara mereka adalah pesara kerajaan dan hukuman itu mungkin akan memendekkan penerimaan pencen mereka dan ada yang masih bekerja dan berkeluarga, bagaimana dengan kebajikan ahli keluarga mereka apabila punca pendapatan keluarga terjejas selama dua tahun,” soal beliau.

Berbulan siasat DAP, sekarang baru ROS kata tak ada bukti?

MAHU atau tidak, terpaksalah DAP menunduk muka menurut arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya dibuat balik pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang konon diragui kesahihannya.

Kalau tidak diturut, kena hari susahlah nasib badan. Silap-silap, parti pula dibatalkan pendaftaran. Serupa nasibnya macam UMNO bila diharamkan pada 1988 akibat kegelojohan politik Dr Mahathir masa itu.

Maka, parti skema DAP ini tidaklah pula mahu berdegil. Bersetujulah sekalian pimpinan parti baik yang kecil atau yang besar untuk menurut sahaja perintah ROS itu demi kebaikan semua pihak, biar mudah semua urusan.

Tapi tiba-tiba, hari ini satu Malaysia jadi hairan bila ROS yang nampak bersungguh-sungguh benar mahu membetulkan salah-silap DAP rupanya tidak ada bukti kukuh untuk tidak mengiktiraf CEC yang dipilih perwakilan Disember tahun lalu.

Yang peliknya, macam mana ROS sebagai tukang siasat DAP sampai  berbulan-bulan, sampai kecoh ke tengah malam, rupa-rupanya tidak ada bukti kukuh??!!!

Apabila Menteri-menteri "Cap Ayam" Bersuara...


Di era Najib menjadi PM. kita dapati sungguh ramai menteri, timbalan menteri dan pegawai-pegawai kerajaan "cap ayam" dilantik dan mereka mengeluarkan kenyataan yang menampakkan taraf akalnya yang dangkal.

en yataan di atas ialah satu kompilasi yang menjelaskan hal tersebut.

Dan yang terkini tersenarai seorang lagi timbalan menteri.

Tmbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan namanya, menyatakan rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah membelanjakan cuma RM132 sebulan untuk petrol RON95. Bererti tak sampai RM5 sehari. Lucu, tetapi inilah tahap mentaliti menteri kabinet yang ada kini.

Dialog manifesto bersama MB Selangor dapat sambutan hangat

mb manifesto
KLANG 13 SEPT: Dialog Manifesto anjuran kerajaan Selangor bagi mendapatkan pandangan rakyat Selangor untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2014 mendapat sambutan hangat.
Ia berikutan kehadiran lebih 300 orang pelbagai kaum di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini, malam ini.
Majlis disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan kehadiran pimpinan lain, antaranya Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud; Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Timbalan Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri.
Dialog itu memberi peluang kepada rakyat untuk memberi cadangan secara terus tentang pelaksanaan manifesto 2013 untuk dimasukkan dalam belanjawan negeri.
Sepanjang pentadbiran Abdul Khalid, beliau mempraktik amalan mengambil kira pandangan masyarakat umum sebelum belanjawan tahunan negeri dirangka.
Amalan itu turut mengundang minat kerajaan Persekutuan untuk mengikut langkah sama.

Rakyat diajak belajar hidup bersama walaupun berbeza - Dr Mujahid

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof mengajak semua pihak di negara ini untuk belajar hidup bersama walaupun mempunyai pandangan dan pendapat berbeza untuk sesuatu perkara.

"Kita perlu belajar hidup bersama walaupun berbeza pandangan dan pendapat," kata Dr Mujahid yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS ketika melancarkan buku terbarunya, 'Berdialog dengan Gereja, sebuah Travelog Kedamaian', kelmarin.

Buku itu sarat dengan cerita bagaimana beliau berusaha merapatkan jurang antara agama, khasnya Islam dengan Kristian dalam meredakan ketegangan antara kedua-duanya terutama ekoran isu penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.

Saranan Dr Mujahid diberikan selepas pada pagi sebelumnya Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) turut mengajak perkara yang sama.

Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail berkata, semua pihak perlu untuk mempromosikan kesederhanaan untuk membolehkan dunia ini aman.

Ketua Pegawai Eksekutifnya pula, Datuk Saifudin Abdullah berkata, sebelum Malaysia mengajak dunia untuk kesederhanaan, "Kita perlu juga menyelesaikan masalah yang sama dalam negara kita."