Rabu, 11 September 2013

Senator McCain discusses Syria resolution options

Will Syria give up its chemical weapons?

World leaders divided over Syria's diplomatic solution

Punca Denmark menjadi negara paling bahagia di dunia

Muhammad Imran Ismail

Denmark sekali lagi mengekalkan takhta sebagai negara paling bahagia di dunia berdasarkan laporan tahunan kedua yang dikeluarkan oleh UN Sustainable Development Solutions Network, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam Laporan Kebahagiaan Dunia 2013 (World Happiness Report 2013).

Tahap kegembiraan sesebuah negara dinilai berdasarkan enam elemen penting iaitu kesihatan jangka hayat (health life expectancy), persepsi terhadap rasuah (perceptions of corruption), KDNK per kapita (GDP per capita), kebebasan untuk membuat pilihan hidup (freedom to make life choices), sokongan sosial (social support) dan juga and kemurahan hati (generosity). Laporan yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Earth Institute di University of Columbia itu mengklasifikasikan tahap kebahagiaan pada skala 1 hingga 10. Denmark mendapat 7.693 mata manakala Malaysia pula berada di tangga ke-56 dengan 5.760 mata dari keseluruhan 156 negara yang tersenarai.

Apa yang menarik, kelima-lima negara yang mengungguli carta negara paling gembira atau bahagia di dunia adalah negara yang terletak di utara eropah iaitu Denmark (1), Norway (2), Switzerland (3), Netherlands (4) dan juga Sweden (5).  Jadi, apakah punca sebenar rakyat di negara tersebut gembira dan bahagia? Adakah faktor cuaca dan lokasi sesebuah negara?

Daripada pemerhatian dan pengamatan penulis yang berada di bumi Denmark selama hampir tiga tahun, terdapat banyak faktor yang mendorong Denmark menjadi negara paling gembira di dunia. Apa yang pasti ia bukan disebabkan faktor cuaca kerana negara di skandinavia mengalami musim sejuk yang panjang. Mana mungkin, seseorang itu boleh menjadi lebih gembira sekiranya sentiasa dibelenggu cuaca yang sejuk dan dingin sepanjang tahun. Jadi apakah faktor sebenar yang melayakkan Denmark digelar sebagai negara paling bahagia?

Kebajikan rakyat terjaga

Denmark sememangnya cukup dikenali sebagai model contoh sebuah negara kebajikan. Semua warganegara mempunyai hak yang sama dalam aspek keselamatan sosial dan beberapa perkhidmatan disediakan untuk rakyat secara percuma. Contohnya kemudahan kesihatan. Di Denmark, setiap individu bebas memilik klinik panel dan doktor keluarga masing-masing. Ini termasuk semua penduduk sama ada berstatus penduduk tetap ataupun sementara. Semua diberikan insurans kesihatan bagi menjamin kebajikan orang yang menetap di Denmark terjaga.

Tidak keterlaluan dinyatakan bahawa negara ini turut menitikberatkan kebajikan haiwan peliharaan. Penulis sendiri pernah melalui pengalaman yang merumitkan walau sekadar ingin memelihara ikan kecil di dalam rumah. Ini adalah kerana untuk memelihara ikan, sampel air di rumah perlu dihantar untuk dianalisis dan perlu membeli akuarium yang mempunyai saiz tertentu serta lengkap dengan peralatan khas termasukkan sistem pengaliran udara dan juga penapisan air. Pendek kata, jika tuntutan tersebut tidak dapat dipenuhi maka ikan tidak akan dijual. Semua langkah ini dijalankan bagi memastikan kebajikan ikan yang bakal dipelihara terjaga.

Pendidikan percuma

Dalam sistem kebajikan Denmark, pendidikan juga adalah percuma dari sekolah rendah hingga universiti. Kadar literasi di Denmark antara yang tertinggi di dunia iaitu 99%.  Pendidikan awal kanak-kanak lebih tertumpu sebagai tempat membina kemahiran berdikari dan bersosial serta menyuburkan nilai murni dan jati diri. Pelajar sekolah tidak terbeban dengan timbunan kerja sekolah yang perlu dilangsaikan setiap hari. Sekali seminggu, guru akan membawa kanak-kanak kecil melawat zoo, muzium, taman rekreasi dan tasik dengan hanya menaiki pengangkutan awam seperti bas dan juga keretapi tanpa perlu menempah bas sekolah atau van. Mudah dan senang bukan?

BN korban subsidi rakyat demi penjana tenaga bebas

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membidas tindakan kerajaan mengurangkan subsidi bahan api petrol dan diesel sebanyak RM3.3 bilion setahun yang disalurkan kepada kira-kira 28 juta rakyat Malaysia sedangkan subsidi kepada syarikat korporat khususnya penjana tenaga bebas tidak terjejas.

Beliau mendakwa kerajaan BN cuba menyembunyikan angka sebenar pemberian subsidi kepada rakyat sambil memberikan gambaran palsu untuk menutup pembayaran subsidi kepada penjana bebas terbabit.

Pak Samad: Jalur Gemilang harus hormati Sang Saka


KUALA LUMPUR: Tujuan pertemuan di OldTown White Coffee LRT Bangsar petang tadi pada asalnya hanyalah mahu berbual santai mengenai program bedah buku yang akan diadakan Sabtu ini.

Namun dalam suasana politik sekarang, saya percaya sesiapa pun yang bertemu dengan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tidak akan melepaskan peluang bertanya tentang kisah beliau ditahan polis pada tengah malam untuk disoal siasat.

Beliau yang biasa dipanggil Pak Samad ditahan di rumahnya di Bangsar jam 12 tengah malam 4 September lalu, bagi membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya di Dataran Merdeka pada malam ambang kemerdekaan.

Sebelum bercerita mengenai penahanannya, telinga saya terlebih dahulu didengarkan dengan pendapatnya yang jujur, yang masih tabu bagi sesetengah orang.

"Bagi saya, bendera Sang Saka itu kita harus luhur, kita harus hormati, kita harus jiwai bahawa itu adalah tanda bahawasanya satu ketika dalam sejarah, ada wira yang berjuang untuk kemerdekaan dan bendera itu adalah panjinya.

"Kita tidak boleh menghina panji itu hanya kerana ada Jalur Gemilang. Jalur Gemilang harus hormati Sang Saka sebab Sang Saka yang berjuang melahirkan Jalur Gemilang," ujarnya bagi mengulas kewujudan bendera Sang Saka yang dinafikan kewujudannya.

Pada malam ambang kemerdekaan 30 Ogos lalu, Pak Samad sedang membaca puisi di Dataran Merdeka sambil beberapa orang aktivis mengibarkan bendera Sang Saka, sebelum seorang lelaki tiba-tiba bertindak merampas Sang Saka.

Datuk Husam Dicalonkan T/Presiden. -PAS Segamat

http://mk-cdn.mkini.net/265/8de1344616b1aeaf09024af215892a3c.gif PAS kawasan Segamat, Johor memilih Datuk Husam Musa untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden untuk Muktamar parti itu yang ke-59 November ini. Pemilihan Husam dibuat oleh perwakilan muktamar yang bersidang 25 Ogos lalu, iaitu kawasan PAS yang pertama membuat mesyuarat agung.
Semalam, PAS kawasan Besut, Terengganu memilih Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan sebagai calon timbalan presiden mereka. Pemilihan Nik Amar dibuat melalui mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu selepas diberikan mandat oleh Mesyuarat Agung PAS kawasan sebelum ini.
"Pemilihan kedua-dua tokoh ini membayangkan sikap dua kumpulan penting dalam PAS untuk jawatan timbalan presiden kali ini.
"Apa yang jelas ulama mahukan Nik Amar manakala akar umbi mahukan Husam," kata seorang pemimpin PAS yang tidak mahu namanya disiarkan.
Beliau membuat andaian ini berdasarkan siapa di belakang jawatankuasa PAS kawasan Besut yang memilih Nik Amar sebagai calon mereka. Antaranya Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Zawawi Salleh dan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Datuk Husein Awang di samping Yang Dipertua PAS kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

PR gesa Muhyiddin beri bantuan saksama kepada semua sekolah

PPPMalaysiaCoverKUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER: Pakatan Rakyat (PR) menggesa Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengubah jaminan yang diberikan kepada sekolah vernakular dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 supaya lebih saksama dan adil.
Pasukan Tugas Khas Pendidikan PR (PR Education Taskforce) berkata, tindakan perlu dilakukan sekiranya Kementerian Pendidikan benar-benar ikhlas membantu dan tidak mempunyai niat untuk mengalihkan mana-mana aliran sekolah yang wujud.
“Kami meminta Muhyiddin menjadikan jaminan itu sebagai tindakan kerana tidak ada peruntukan dalam Akta Pendidikan menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan perlu mengkategorikan sekolah dalam menyediakan bantuan penuh dan modal.
“Semua sekolah yang diterima dalam arus perdana sistem pendidikan layak menerima bantuan penuh kerajaan tanpa sebarang syarat. Kerajaan harus menghentikan amalan yang tidak adil dan memberi bantuan penuh kepada semua sekolah jenis kebangsaan.
“Kedua, sekolah perlu dibina mengikut keperluan. Tanah rizab untuk sekolah harus terbuka untuk semua jenis sekolah, samada sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan. Kedudukan semasa di mana simpanan tanah hanya diperuntukan untuk sekolah kebangsaan perlu dikaji semula dan dimansuhkan,” katanya dalam kenyataan.

Lynas: “Sudah jadi malapetaka, baru terhegeh-hegeh nak bertindak”

Tengku Zulpuri Shah

KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER: Seluruh rakyat Malaysia diseru terus memberi sokongan kepada Kumpulan Himpunan Hijau yang sedang berkempen mendapatkan sejuta tandatangan bagi membantah kilang memproses nadir bumi Lynas yang berisiko mengeluarkan pencemaran radioaktif.
tengku zulAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji ketika ditemui di Dataran Merdeka malam tadi, berkata perjuangan yang dibawa NGO Himpunan Hijau harus didokong demi masa depan generasi dan bumi Malaysia yang selamat dan bersih selaras dengan aspirasi dan pendirian DAP sendiri terhadap Lynas.
Tengku Zulpuri Shah berkata, kesungguhan NGO itu sehingga sanggup bermalam di Dataran Merdeka yang kini masuk malam ke-18 harus menjadi pemangkin semangat kepada semua bahawa rakyat Malaysia berhak hidup dalam keadaan persekitaran yang bebas daripada pencemaran berbahaya.
“Sebelum ini juga mereka menunjukkan kesungguhan yang sangat kuat  apabila berjalan sejauh 300 kilometer selama 13 hari bermula dari Kuantan dan berakhir dengan perarakan besar-besaran di Dataran Merdeka.
“Adakah bila berlaku malapetaka baru kita sibuk mahu buat kajian? Bagi pandangan saya, kehadiran kilang dari Australia itu hanya bermotifkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan risiko yang ditanggung rakyat terutamanya mereka yang tinggal di Kuantan,” katanya yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

.Najibnomics tidak mahu lihat rakyat hidup selesa

KUALA LUMPUR: Penarikan subsidi minyak kepada rakyat bertepatan dengan pendekatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dalam menangani masalah ekonomi melalui kaedah dikenali sebagai “Najibnomics”, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Katanya, subsidi minyak kepada rakyat dirampas oleh Najib, sedangkan subsidi kepada kroni-kroni yang menjadi tuan-tuan punya Penjana Kuasa Bebas (IPP) tidak diusik sedikit pun.
Malah tegasnya, hutang setengah bilion ringgit (Tan Sri) Tajuddin Ramli dilupuskan manakala pemerasan kroni-kroni yang menjadi pemegang-pemegang konsesi tol di lebuhraya-lebuhraya diteruskan.
Subsidi kepada golongan kapitalis diteruskan, sebagai contoh ujar, melalui geran-geran Dana Mudahcara (Facilitation Fund) yang dikendalikan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan juga Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjangkau berbilion ringgit.
Salahuddin berkata, ratusan juta boleh pula diberikan kepada konsultankonsultan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di bawah JPM, tetapi kalau kepada rakyat, subsidi yang tidak seberapa bagi setiap individu pun dirampas atau dikurangkan oleh kerajaan Najib.
Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan skandal NFC, boleh dilantik sebagai Penasihat Perdana Menteri bertaraf menteri dengan gaji menteri dan segala nikmat dengan jawatan tersebut, tetapi kepada rakyat marhaen “no subsidy”.

Projek IC : Tun Mahathir Bohong..!! - PKR Sabah

SHAH ALAM, 11 SEPT : Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah membidas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana memberi keterangan yang mereka sifatkan bohong kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja Berhubung Pendatang Asing Sabah, hari ini.
ic sabahPengerusinya, Datuk Lajim Ukin berkata tidak mungkin pegawai-pegawai kanan Kerajaan berani memberikan kewarganegaraan sewenang-wenangnya kepada pendatang asing, kerana ia melibatkan keselamatan negara.
“Kita mahu tahu siapakah yang berikan arahan. Mana ada pegawai kerajaan mahu jadi orang gila keluarkan kad pengenalan.
“Gelap masa depan untuk naik pangkat, bahkan mungkin juga dibuang kerja. Itu persoalan saya,” tambahnya lagi.
Memetik laporan portal Malaysiakini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan yang memberikan kerakyatan dan mengeluarkan kad pengenalan kepada calon yang tidak layak.
Lajim berpendapat pihak berkuasa mempunyai sumber dan kemampuan untuk mengenalpasti siapa yang mendalangi Projek IC Sabah.
“Sepatutnya kerajaan mengenalpasti pegawai berkenaan dan tangkaplah. Tangkap dan siasat, kemudian polis akan tahu siapa dalang,” tegas beliau.

Hujah dangkal kerajaan BN naikkan minyak 20 sen

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen pada 3 September lalu, ternyata amat membebankan rakyat dan ia tidak boleh ditampung dengan pemberian BR1M oleh kerajaan BN.

Penganalisis politik, Dato’ Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, kerajaan perlu sedar hakikat itu kerana kenaikan harga petrol itu tentulah datangnya bersama dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian.
Beliau menolak kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ahmad Maslan yang menyatakan kenaikan harga minyak untuk membolehkan kerajaan memberikan BR1M kepada rakyat.
Katanya, hujah Ahmad Maslan itu tidak tepat, sebaliknya hujah itulah yang sentiasa diberikan oleh pihak kerajaan secara berulang-ulang setiap kali harga minyak dinaikkan.
“Saya tidak faham kaitan antara kenaikan harga minyak dengan bantuan BR1M yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat.
“Pemberian BR1M ini untuk apa? Sebagai umpan untuk menggula- gulakan rakyat atau benarbenar untuk menolong rakyat?
“Jika untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula BR1M yang diberikan itu diambil semula dalam bentuk menaikkan harga minyak petrol? Tidakkah ini pun tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?” soal beliau menerusi Facebooknya 5 September lalu.

Jeffrey: Hari Malaysia adalah Hari Penjajahan

Malaya telah mengambil alih Sabah daripada British dan kini Malaya menjajah semula di bawah nama Kerajaan Persekutuan Malaysia.

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan boleh muflis tanpa sumbangan kewangan dari Sabah dan Sarawak.
Menurut ADUN Bingkor, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Sabah dan Sarawak harus dilayan sebagai rakan kongsi yang sama di Malaysia dan bukan sebagai negeri ke-12 dan ke-13 dalam Malaysia.
“Kerajaan Persekutuan mengambil masa 50 tahun, bagi mengiktiraf sebagai “Hari Malaysia,” katanya.
Beliau mendakwa Malaya telah mengambil alih Sabah daripada British dan kini Malaya menjajah semula kami di bawah nama Kerajaan Persekutuan Malaysia.
“Di manakah janji-janji “kebebasan mutlak, kemakmuran dan keselamatan?” soal Dr Jeffrey lagi.
Katanya lagi, Mereka (Malaya) mengawal sumber minyak dan gas kita, memungut hasil kita, menjalankan kerajaan kita dan sengaja mengubah demografi kami (melalui Projek IC , Ops Durian Buruk, pengundi hantu dan membuat miskin Sabah dan tidak selamat.
Beliau mendakwa sekarang Sabah hanya satu negeri “orang suruhan” Putrajaya.
“Sudah 50 tahun pembentukan Malaysia, namun tidak ada “Kemerdekaan” dan kebebasan untuk bercakap. Sebaliknya, Sabah telah “dijajah” oleh Malaya segi politik, ekonomi dan sosial,” dakwanya lagi.

Dengkil: Selangor bantu penduduk ‘mangsa’ kerajaan Pusat


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengambil langkah sementara bagi menyelesaikan isu 400 penghuni pangsapuri kos rendah Taman Permata, Dengkil yang menjadi ‘mangsa’ kerajaan Pusat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri mengarahkan anak syarikatnya, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk memperbaiki kediaman mereka.

Menurutnya, ia dilakukan menerusi peruntukkan yang telah diumumkan Ogos lepas sebanyak RM500,000 bagi membaiki keadaan tanah mendap, parit tidak sempurna, air kumbahan pecah dan bangunan retak.

"Kita diberitahu tender sudah keluar dan minggu depan kita akan terima siapa yang akan laksanakan pembaikkan tersebut," kata beliau dalam sidang media di sini.

Walaupun kerajaan negeri telah mempunyai tanah seluas 30 ekar untuk membina kediaman tetapi mereka perlu menanti selama 18 hingga 24 bulan bagi membina rumah baru sebelum semua penduduk dipindahkan.

Polis kenal pasti identiti suspek kes pembunuhan timbalan ketua pengarah kastam


Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) di Putrajaya pada 26 April lalu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata pengecaman suspek berumur 22 hingga 30 tahun itu dibuat melalui foto dan tindakan memberkas suspek akan dibuat dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, beliau enggan menyiarkan gambar suspek kerana kes itu masih dalam siasatan.
Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, April lalu.
Dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.
Dalam perkembangan lain, polis menahan pasangan suami isteri berumur 51 dan 55 tahun pada 28 Ogos lepas kerana dipercayai mendera anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun di Jalan Pahang, Setapak, di sini.

MB Selangor: Kerajaan negeri hormat hak pengguna

air-syabas_MBaSHAH ALAM, 11 SEPT : Pengguna Lembah Klang yang terjejas akibat gangguan bekalan air digalak memfailkan tuntutan terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Tribunal Tuntutan Pengguna.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri tidak akan menghalang pembayar cukai yang mahu konsesi air Selangor itu bertanggungjawab kerana gagal memberi perkhidmatan yang terbaik.
“Saya ingat Syabas perlu menjawab beberapa rintihan pengguna, selepas ambil alih penstrukturan air, Kerajaan Negeri akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik,” katanya di satu sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas 15 tuntutan yang difailkan pengguna terhadap Syabas di Tribunal Tuntutan Pengguna, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Menara MRCB, Shah Alam.

Benarkah Bil Air Di Selangor Sudah Naik?

Oleh Shahbudin Husin
Terdapat rungutan daripada penduduk yang tinggal di beberapa kawasan di Selangor sekarang ini berikutan bil air yang diterima setiap bulan sudah meningkat berbanding sebelumnya. Yang peliknya, peningkatan itu hanya dialami beberapa bulan ini saja iaitu selepas  pilihanraya umum 5 Mei lalu.

Seperti yang diketahui, kerajaan negeri PR di Selangor telah memperkenalkan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu atau lebih kurang RM11.00 kepada penduduk negeri itu sejak 2008 lagi sebagai memenuhi janji pilihanraya yang dibuatnya sehingga membuatkan PR berjaya menumbangkan BN.

Dengan pemberian percuma itu, sebuah keluarga yang mempunyai seorang atau dua anak dan menggunakan air secara yang sewajarnya, mereka biasanya  menikmati air percuma sepenuhnya dan tidak perlu membayar walau sesen pun kerana penggunaannya tidak akan melebihi 20 meter padu itu.

Bagi keluarga yang lebih besar dari itu pula, mereka selalunya hanya perlu membayar antara RM5 hingga RM10 saja sebagai bayaran bi air setelah ditolak subsidi 20 meter padu atau RM11.00 yang diberikan oleh kerajaan negeri.

Sepanjang lima tahun lalu, ramai penduduk Selangor yang gembira dengan kemudahan air percuma ini kerana ia sekurang-kurangnya meringankan beban bil utiliti yang perlu dibayar setiap bulan, terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah atau tinggal di kampung-kampung.

Ini sekaligus menjadikan kehidupan banyak keluarga di Selangor menjadi lebih selesa berbanding penduduk di  negeri lain yang terpaksa membayar bil air tanpa sebarang subsidi daripada kerajaan.

Gaza fuel supplies are running out

S'gor water restructuring to be done by Dec 31

Syabas diheret ke Tribunal Tuntutan Pengguna

1.2 Juta Rakyat Selangor Terima Manfaat MES

PPPM: Menteri juga hantar anak belajar ke luar negara juga..!!

Anwar Ibrahim: The Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

Anwar Ibrahim: Crime Issues In Malaysia

Anwar Ibrahim: The Lahad Datu Intrusions

Sivarasa Rasiah - The GE13 Election Petition

Anwar Ibrahim: 13th Malaysian General Election

DUN Kelantan Luluskan Usul Mengutuk Kekejaman Junta Mesir

Pegawai k'jaan yang keluar IC, kata Mahathir

Dr M: Project IC? Never heard about it until recently

PKR : Tindakan segera selamatkan Universiti Awam

Pemantau: Widespread polls violations in GE13

Syabas diheret ke Tribunal Tuntutan Pengguna

Gangguan bekalan air itu berpunca daripada kerosakan sistem paip di Rumah Pam Wangsa Maju

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini mengemukakan 15 fail tuntutan tribunal terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana gagal menguruskan bekalan air dengan baik sehingga menjejaskan penduduk sekitar Lembah Klang.
Tuntutan difailkan Rafizi mewakili 15 penduduk sekitar Ampang dan Pandan berikutan beberapa siri gangguan bekalan air sejak tahun lalu dengan jumlah kadar pampasan RM50 sehari.
Gangguan bekalan air itu berpunca daripada kerosakan sistem paip di Rumah Pam Wangsa Maju di Kuala Lumpur pada Disember 2012 yang berlarutan sehingga tiga minggu dan 27 Ogos lalu (berlarutan sehingga seminggu).
“Selama ini rakyat tak mampu nak ambil tindakan kerana Syabas dilindungi perjanjian konsesi dan kita tak boleh nak akses dokumen mereka disamping kos pah peguam yang terlalu mahal.
“Ini merupakan tuntutan tribunal pertama dalam sejarah terhadap Syabas dan akan ada beberapa siri yang akan dikemukakan penduduk Klang, Kelana Jaya dan ramai lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini tengahari tadi.
Pengguna mempunyai hak dibawah Seksyen 53 Akta Pengguna 1999 yang memperuntukkan setiap perkhidmatan mesti ada jaminan ia perlu dijalankan dengan teliti dan baik.

Pemantau delivers damning verdict on GE13

Bersih's citizen monitoring group, Pemantau, concludes that GE13 was not clean and fair. 

PETALING JAYA: The 13th general election was neither clean nor fair, said Bersih’s citizen monitoring group, Pemantau, in its report on electoral irregularities.
Pemantau, which consists of Bersih, Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) and human rights group Pusat Komas – hoped their report would help the public to decide if the Election Commission (EC) should be held accountable for electoral irregularities that happened during GE13.
“The entire political culture needs changing. The inheritance of this culture and lawlessness has been going on in Malaysia for so long,” said Bersih’s Yasmin Masidi, said during yesterday’s launch of Pemantau’s election observation report titled “Clean and Fair?”.
“This all takes place in a context where the institutions believe they can get away with things (election misconduct). This needs to change,” she added.
Bersih steering committee member Maria Chin Abdullah lamented that if the EC had recognised Pemantau and allowed observers into polling stations, the report would have been ‘more comprehensive’.
“The reports gathered are based on witnesses’ accounts of what transpired during the polls,” she said, referring to incidents of political violence, illegal campaigning, conveyance of voters and even harassment of election observers.
“With only 2,000 of us, we could not cover the whole country but what is stated in the report is enough for the EC to take action,” she added.
Asked if the GE13 results should be declared “null and void” in light of numerous electoral misconduct, Mafrel chairman Syed Ibrahim Syed Noh said that it was not up to Pemantau to make the call.
“We must go back to laws of the country. We have election petitions.
“We must go through the process of law before we can say the election is null and void,” he said.
However, Syed Ibrahim said that it was possible for the EC to conduct fresh election if ‘the public raise a lot of concern.’

Orang politik dalam kongsi gelap sudah didedah 10 tahun lalu

KUALA LUMPUR: Adakah polis masih tidak dapat membanteras pengaruh kongsi gelap dalam politik selepas lebih sepuluh tahun perkara itu menjadi isu besar, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Lebih sepuluh tahun lalu, hakikat bahawa MCA dipengaruhi kongsi gelap didedahkan sendiri oleh Ketua Pemuda parti itu ketika itu, (Datuk Seri) Ong Tee Keat.

"Sekarang, Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) beritahu kita bahawa ahli politik geng kongsi gelap telah dikenal pasti.

"Itu bermakna gejala tersebut masih bermaharajalela sehingga hari ini, sudah lebih sepuluh tahun," katanya.

Mahfuz mempersoalkan kegagalan kerajaan BN membanteras masalah kongsi gelap  yang kini mengancam keselamatan negara.

"Zahid selalu berkata, pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah taktik pembangkang dan menyukarkan kerja polis untuk membanteras jenayah dan penjenayah.

"Isu ahli politik geng kongsi gelap pula berlanjutan sejak lebih dari sepuluh tahun lalu. Persoalannya, adakah ia disebabkan pemansuhan EO.

Kemelut hutang PTPTN perlu diatasi segera..!!

SHAH ALAM 11 SEPT : Kemelut pelajar universiti tidak akan diberikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ekoran badan itu gagal mengutip semula hutang perlu ditangani dengan segera.
ptptn studentExco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata kelewatan Kerajaan Pusat bertindak akan menjejaskan peluang pelajar melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
“Masalah pendidikan mesti diatasi sepertimana dinyatakan Menteri Pelajaran dalam majlis pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 baru-baru ini.
“Fokus dalam perkara ini penting, bukan sahaja kerana ia melibatkan majoriti pelajar Bumiputera, tetapi akses dan kemudahan perlu diberikan jika Kerajaan Pusat tidak mahu peluang pelajar lain terjejas,” tegas beliau.
Halimah berkata demikian bagi mengulas laporan media yang menjelaskan sekurang-kurangnya 15,000 pelajar tidak akan mendapat pinjaman PTPTN jika perbadanan itu gagal memperoleh kutipan semula pinjaman kira-kira RM300 juta yang sudah dikeluarkan.

Bertindak proaktif hadapi kenaikan harga minyak

Oleh Lanh

KENAIKAN harga petrol RON95 dan diesel (yang terbaru 20 sen seliter) memberi kesan terhadap pelbagai perspektif kehidupan rakyat terutama kepada golongan kelas pertengahan dan bawahan. Hanya orang 'tidak waras' menyatakan kenaikan itu 'tidak mendatangkan apa-apa' kepada kehidupan mereka.

Kenaikan 20 sen jika dilihat sepintas lalu tanpa 'menggunakan otak' memanglah kecil. Allah, 20 sen saja, kata sesetengah orang dan pihak. Tetapi 20 sen daripada apa? Pertambahan 20 sen adalah bagi setiap liter minyak - sebelum kenaikan RM1.90 kini menjadi RM2.10. Mana ada pemilik kenderaan; hatta 'kapcai' sekalipun mengisi minyak seliter setiap kali ke stesen minyak?

Kenaikan itu adalah lebih 10 peratus; setiap kali mengisi minyak kereta sebanyak RM10 kita perlu tambah RM1 manakala RM30 lebih kurang RM3. Kalau dalam sebulan keperluan minyak kita adalah RM200; dengan kenaikan itu perlu menyediakan tambahan RM20. Itu baru kenaikan harga minyak, bagaimana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan?

Kebanyakan 'orang biasa' merungut-rungut dengan kenaikan itu. Namun tindakan itu tidak membantu 'orang biasa seperti kita' ke mana-mana pun. Bijak pandai mencadangkan kepada kita dua pilihan bagi menghadapinya; pertama bertindak segera bagi menambahkan pendapatan bagi menampung kos kenaikan itu manakala satu lagi jalan mengurangkan kos kehidupan.

Bagi menambahkan pendapatan, mereka mencadangkan kita meningkatkan prestasi kerja dan pengeluaran. Misalnya jika kita seorang peniaga kecil, jika dulu kita menjual 50 roti canai, apa kata kita tingkatkan kepada 70 butir. Atau kita kekalkan 50 butir dengan harga sama tetapi kita kecil atau nipiskan sikit roti canai kita seperti dibuat sesetengah peniaga (ini berdosa; harap anda tidak lakukannya). Jika kita seorang buruh kasar pada siang hari, apa kata pada malam hari kita menjadi atenden di pam minyak.

Bertindak proaktif hadapi kenaikan harga minyak

Oleh Lanh

KENAIKAN harga petrol RON95 dan diesel (yang terbaru 20 sen seliter) memberi kesan terhadap pelbagai perspektif kehidupan rakyat terutama kepada golongan kelas pertengahan dan bawahan. Hanya orang 'tidak waras' menyatakan kenaikan itu 'tidak mendatangkan apa-apa' kepada kehidupan mereka.

Kenaikan 20 sen jika dilihat sepintas lalu tanpa 'menggunakan otak' memanglah kecil. Allah, 20 sen saja, kata sesetengah orang dan pihak. Tetapi 20 sen daripada apa? Pertambahan 20 sen adalah bagi setiap liter minyak - sebelum kenaikan RM1.90 kini menjadi RM2.10. Mana ada pemilik kenderaan; hatta 'kapcai' sekalipun mengisi minyak seliter setiap kali ke stesen minyak?

Kenaikan itu adalah lebih 10 peratus; setiap kali mengisi minyak kereta sebanyak RM10 kita perlu tambah RM1 manakala RM30 lebih kurang RM3. Kalau dalam sebulan keperluan minyak kita adalah RM200; dengan kenaikan itu perlu menyediakan tambahan RM20. Itu baru kenaikan harga minyak, bagaimana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan?

Kebanyakan 'orang biasa' merungut-rungut dengan kenaikan itu. Namun tindakan itu tidak membantu 'orang biasa seperti kita' ke mana-mana pun. Bijak pandai mencadangkan kepada kita dua pilihan bagi menghadapinya; pertama bertindak segera bagi menambahkan pendapatan bagi menampung kos kenaikan itu manakala satu lagi jalan mengurangkan kos kehidupan.

Bagi menambahkan pendapatan, mereka mencadangkan kita meningkatkan prestasi kerja dan pengeluaran. Misalnya jika kita seorang peniaga kecil, jika dulu kita menjual 50 roti canai, apa kata kita tingkatkan kepada 70 butir. Atau kita kekalkan 50 butir dengan harga sama tetapi kita kecil atau nipiskan sikit roti canai kita seperti dibuat sesetengah peniaga (ini berdosa; harap anda tidak lakukannya). Jika kita seorang buruh kasar pada siang hari, apa kata pada malam hari kita menjadi atenden di pam minyak.

Antara Qada’, Qadar dan harga minyak

Mengikut terminologi yang dirumuskan Prof. Dr Mohamad Rabi’ Jawhari, pensyarah Kuliah Usuluddin di Universiti Al-Azhar, bahawa Qada’ adalah pengetahuan Allah tentang perbuatan yang lampau, sedang dan yang akan berlaku telah ditetapkan-Nya sejak azali dan tertulis di dalam Lauh Mahfuzh. Adapun Qadar adalah terjadinya suatu perkara yang baik mahupun buruk sesuai dengan prinsip sifatnya, ukurannya, dan syarat-syaratnya mengikut aturan dan kehendak Allah Taala. (Aqidatuna, Juzuk 2)

Beriman dengan Qada’ dan Qadar termasuk salah satu daripada kewajiban Rukun Iman, meyakini bahawa seluruh penciptaan alam semesta mengikut ilmu Allah dan kebijaksanaan-Nya, sesungguhnya Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu dan berkuasa melakukan perkara yang dikehendaki-Nya.

“Sesungguhnya Kami menciptakan setiap sesuatu menurut Qadar (yang telah ditentukan).” (Surah al-Qamar : ayat 49)

Sabda Rasulullah SAW maksudnya:

“Sesungguhnya yang pertama diciptakan oleh Allah adalah ‘Al-Qalam’. Allah berfirman kepadanya; ‘Tulislah.’ Al-Qalam pun berkata; ‘Ya Tuhan, apakah yang aku akan tulis?’ Allah berfirman; ‘Tulislah akan qadar (ketetapan) dan segala apa yang terjadi sehingga menjelang Kiamat.” (Riwayat Abi Daud)

Firman Allah yang bermaksud:

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Surah al-Hadid : ayat 22)

Para salaf as-soleh meyakini dengan sepenuh keimanan bahawa Allah Taala mencipta tiap-tiap sesuatu, mentadbir dan memilikinya. Allah telah menentukan perkara yang akan terjadi sebelum menjadikannya. Dia telah menentukan ajal, rezeki dan kerja yang mereka lakukan. Dia telah menulis kesudahan mereka sama ada menjadi bertuah atau ditimpa celaka. Semuanya telah ditulis dalam catatan yang jelas dan nyata.

Setiap perkara yang Allah kehendaki akan berlaku dan setiap perkara yang tidak dikehendaki tidak akan berlaku. Allah mengetahui perkara yang telah lepas, sedang berlaku, akan datang, waktu dan cara ia berlaku. Allah berkuasa ke atas setiap sesuatu, memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki dan menyesatkan orang-orang yang dikehendaki.

Setiap hamba memiliki kehendak dan kuasa untuk melakukan semua perkara yang ditentukan oleh Allah ke atas mereka dengan keyakinan bahawa setiap hamba tidak mampu melakukan sesuatu kecuali dengan kehendak Allah. Kefahaman inilah yang dapat mendorong manusia untuk melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan bila ia sedar bahawa Allah sentiasa mengawasinya serta meminta pertanggungjawaban.

Firman Allah yang bermaksud:

“Maka barang siapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barang siapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir.” (Surah al-Kahfi : ayat 29)

Sesungguhnya Allah mencipta hamba-hamba-Nya serta perbuatan mereka dan mereka sendiri pula yang melakukan semua perbuatan yang mereka lakukan tanpa paksaan. Maka tidak ada hujjah bagi seorang hamba ke atas Allah sekiranya dia mahu meninggalkan perkara yang wajib atau melakukan perkara yang haram (bahawa ini adalah ketentuan Allah), bahkan Allah mempunyai hujjah yang kuat ke atas hamba-hamba-Nya.

Seorang hamba Allah yang beriman dengan ajaran Rasul-Nya, wajiblah menolak taqdir buruk dengan taqdir baik. Di mana kufur itu dihilangkan dengan iman, kezaliman dengan keadilan, peperangan dengan perdamaian, maksiat dengan ketaatan, penyakit dengan ubat, kebodohan dengan pengetahuan, kekalahan dengan jihad, kemiskinan dengan bekerja dan begitulah seterusnya.

Keyakinan terhadap Qada’ dan Qadar Allah memerlukan seseorang melaksanakan tiga perkara;

Kudeta Mesir: Dun Kelantan hantar nota bantahan



KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan mencatat sejarah apabila muncul sebagai dewan legislatif pertama di negara ini melulus usul mengutuk dan mengecam keganasan tentera di Mesir.

Usul tersebut dilulus sebulat suara, biar pun ketika ucapan perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) tidak mahu menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak.

Usul tersebut dibawa Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub, kemudian disokong timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah pada persidangan khas yang diadakan hari ini.

Speaker, Ustaz Abdullah Ya’kub selepas meminta sokongan ahli-ahli Dewan terhadap usul tersebut memberitahu Dun Kelantan mengambil ketetapan mengutuk dan mengecam sekeras-keras pembunuhan rakyat Mesir.

Selain itu mendesak hendaklah dihentikan segera pembunuhan dan meminta tentera mengembalikan semula demokrasi di Mesir dengan memberi kuasa kepada rakyat.

Penyokong kerajaan Datuk Husam Musa (PAS-Salor) dan Ustaz Hassan Mohamood (PAS-Tawang) mahu nota bantahan Dun Kelantan dihantar kepada kerajaan Malaysia, Persidangan Negara Islam (OIC) dan pemerintah Mesir sekarang, Jeneral Fatah As Sisi.

Hassan juga menyifatkan sikap kerajaan Malaysia yang diam seribu bahasa terhadap konflik di Mesir sekarang sebagai membisu bagi menyatakan kebenaran.

Altantuya: Kenyataan KPN memalukan Najib

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis tidak akan membuat siasatan baru terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dilihat seperti mahu "memalukan" Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berpendapat kenyataan tersebut juga boleh menjatuhkan imej negara kerana boleh dilihat tidak serius dalam soal menegakkan keadilan.

"Saya melihat kenyataan KPN itu hanya bertujuan untuk memalukan Najib tidak ada sebab lain dan kalau ada sebab lain kenapa beliau tidak mahu meneruskan siasatan baru.

"Ini merupakan perbuatan jenayah yang cukup berat, KPN tidak boleh buat tidak kisah tentang perbuatan tersebut dan kita perlu ingat ia akan melibatkan imej negara ini," jelas beliau kepada Harakahdaily.

`Awakening’, buku Pak Lah dilancar Isnin depan


Selepas ditangguhkan beberapa kali, buku 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia' akan dilancarkan dengan rasminya pada Isnin ini di auditorium bangunan Majlis Peguam Malaysia.
Penganjur bersama majlis ini ialah The Foreign Correspondents Club of Malaysia dengan tetamu istimewanya, Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia.
Editor buku kontroversi itu Bridget Welsh dan James Chin akan turut memberikan ucapan pada hari pelancaran nanti.
Selain menyiarkan wawancara khas dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, buku ini turut ditulis oleh lebih 30 penulis dan pemimpin politik.
Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Zaid Ibrahim dan Dr Mohamed Khir Toyo turut menulis dalam buku yang kini menjadi fokus orang ramai itu.
Tengku Razaleigh turut memberikan kata pengantar untuk buku ini.
Dalam tulisan Tengku Razaleigh, beliau berkata, kemenangan besar Pak Lah dalam pilihan raya umum 2004 bukan kerana dirinya tetapi kerana rakyat meraikan perginya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Hishamuddin: Why Sang Saka Malaya should be Malaysia's national flag

Hishamuddin Rais pertahan Sang Saka Malaya

Jika anda tertanya-tanya mengapa rekaan bendera Singapura, Indonesia, Umno dan PAS pada tahun 1950-an menggunakan motif merah dan putih, kemungkinan besar ia berpunca dari satu bendera kuno mewakili kepulauan Melayu atau Nusantara.

Menurut aktivis politik Hishamuddin Rais, yang pernah menulis panjang lebar berhubung perkara tersebut sejak sedekad lalu, motif merah dan putih tersebut digelar Sang Saka, yang juga menjadi asas bendera Umno.

NONEBercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini pada minggu lalu, Hishamuddin berkata beliau percaya bahawa atas dasar itulah Sang Saka perlu digunakan sebagai bendera kebangsaan.

"Bendera sedia ada tiada asas sejarah. Ia hasil satu pertandingan di mana orang tersebut mengasaskannya dari Star Spangled Banner Amerika Syarikat,” kata Hishamuddin.

Bendera tersebut direka pada 1950 orang seorang penjawat awam Mohamad Hamzah yang dipilih sebagai bendera Malaya melalui undian umum dalam akhbar The Malay Mail.

Ia kemudiannya dinamakan sebagai Jalur Gemilang pada 1997.

Semua dalam PAS ialah ulama, kata Nik Aziz


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menafikan beliau meminta supaya golongan ulama dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS.
“Akhbar tulis tu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama.
“Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama, sedangkan sebenarnya satu sahaja,” kata Nik Abdul Aziz kepada pemberita ketika menghadiri persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.
Baru-baru ini beberapa media seperti akhbar milik Umno, Utusan Malaysia cuba memberi gambaran Mursyidul Am PAS itu mahu ulama dipilih menduduki jawatan Timbalan Presiden.
Sementara itu, PAS kawasan Segamat, Johor memilih Datuk Husam Musa untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden untuk Muktamar parti itu yang ke-59 November ini.
Pemilihan Husam dibuat oleh perwakilan muktamar yang bersidang 25 Ogos lalu, iaitu kawasan PAS yang pertama membuat mesyuarat agung.
Semalam, PAS kawasan Besut, Terengganu memilih Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan sebagai calon timbalan presiden mereka.
Pemilihan Nik Amar dibuat melalui mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu selepas diberikan mandat oleh Mesyuarat Agung PAS kawasan sebelum ini.

Ulama: Saya cakap lain mereka tulis lain - TG Nik Aziz


KOTA BHARU: “Akhbar tulis tu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama.

“Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama, sedangkan sebenarnya satu sahaja,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam reaksi terbarunya.

Beliau ditemui hari ini ketika menghadiri persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Baru-baru ini akhbar arus perdana cuba memberi gambaran Mursyidul Am mahu ulama dipilih menduduki jawatan Timbalan Presiden PAS.

Laporan tersebut dilihat banyak pihak seperti ada agenda tertentu bagi melaga-laganya kepemimpinan dalam PAS dengan mengasingkan golongan profesional dan ulama.

Polemik tersebut seperti sengaja diuar-uarkan memandangkan muktamar tahunan PAS dijangka berlangsung pada akhir November hadapan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, ulama adalah mereka yang boleh bercakap dengan dalil al Quran dan Hadis biar pun bertali leher atau memakai songkok.

Sistem Pendidikan: Idris Jusoh jangan angkuh..!!

Kenyataan Menteri Pendidikan II bahawa kerajaan tidak menghalang mana-mana pihak menghantar anak mereka meneruskan pelajaran ke luar negara kerana tidak mempercayai sistem pendidikan Malaysia, dibidas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang itu menerusi laman mikro Twitter miliknya berkata, "jawab dengan hujah bukan angkuh", sebagai membalas kata-kata Datuk Seri Idris Jusoh semalam.

Idris semalam hadir sebagai tetamu dalam program Dialog Bersama Pemimpin, 'Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - Satu Perspektif' anjuran Sinar Harian, di sini.

"Kalau ada kata sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang, tapi kita nak pastikan sistem kita bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog berkenaan.

Walaupun menerima bantahan beberapa pihak membabitkan rancangan Putrajaya dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), Idris berkata, pihaknya tetap akan meneruskan kerja baik itu.

Adakah Dr Mahathir suruh hantar anak ke luar negara apabila tidak setuju PPSMI?


DAP hari ini menyelar Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh ekoran kenyataannya yang mengatakan kerajaan tidak akan menghalang ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke luar negara jika tidak percaya dengan sistem pendidikan negara.
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok (gambar) menegaskan, Putrajaya perlulah bertanggungjawab merancang, melaksana, malah termasuk menjual polisi mereka untuk diterima rakyat.
"Tiada pihak yang akan bersetuju dengan semua polisi kerajaan... namun tiada menteri sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya sistem Pembelajaran dan Pengajaran Matematik dan Sains dalan Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak menerima persetujuan banyak pihak.
"Adakah Dr Mahathir mengarahkan mereka menghantar anak ke luar negara?" soal Kok.
"Kerajaan perlu pandai menjual polisi mereka melalui debat dan pujukan," katanya lagi.
Tiada sebarang tindakan dapat diambil untuk menghentikan rancangan Putrajaya meneruskan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) kerana ianya telah dirasmikan.

Projek IC Palsu: Dr Mahathir dakwa tak pernah beri arahan kepada Megat Junid..??


“Saya tidak pernah beri sebarang arahan kepada arwah Tan Sri Megat Junid untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang asing,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini.
Dr Mahathir ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini, berkata beliau tidak bertanggungjawab terhadap semua tuduhan terhadap allahyarham bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai RCI Manoi Kurup yang bertanya kepada bekas perdana menteri itu mengenai dakwaan saksi sebelum ini.
Manoi berkata, salah seorang daripada saksi dari Pejabat Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim, memberikan bukti bahawa Megat Junid mengarahkan pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang haram di Sabah untuk mengubah demografi penduduk di negeri itu.

Kambing Hitam: Pegawai k'jaan yang keluar IC, kata Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan “pegawai kerajaan” yang memberikan kerakyatan dan mengeluarkan kad pengenalan kepada calon tidak layak.

Beliau yang memberi keterangan di suruhanjaya siasatan diraja berhubung pendatang asing Sabah berkata, amalan seperti itu bukan satu dasar kerajaan semasa beliau menjadi perdana menteri.

Katanya, dasar pada masa itu hanyalah untuk memberikan kerakyatan kepada individu yang tinggal di Sabah “untuk masa yang lama” yang layak untuk mendapatkannya mengikut undang-undang.

Mencari pemimpin bangsa Melayu bukan pemimpin Umno

Kenapa seorang ahli DAP berminat untuk tahu kepimpinan jenis apa yang akan muncul dalam pemilihan Umno yang akan datang nanti?

Walaupun DAP, saya orang Melayu dan mana-mana pihak yang mendakwa mereka mewakili kepentingan Melayu, mestilah kita kena periksa dahulu. Pada peringkat peribadi juga, saya tidak akan terima dakwaan yang tidak disokong penghujahan. Pembaca upahan pegawai  Najib yang ptui sana dan ptui sini, tidak perlu buang masa dengan saya.  Saya hanya simpati dengan mereka yang terpaksa membaca apa yang saya tulis dan mengambil masa lama untuk faham apa yang ditulis. Saya sudah lali dengan cemuhan seperti ini yang datang daripada pembaca kualiti ludahan dan kahak.

Kita hendak lihat dan kaji akan kesahihan dakwaan tersebut atau ia omongan kosong orang yang gila kuasa. Sebab pemilihan itu akan menentukan kualiti kepimpinan akan datang yang akan mentadbir negara ini seketika mereka berkuasa. Kerajaan pimpinan Umno ialah sebuah kerajaan seketika ini - government for the time being dan akan bertukar  apabila rakyat meluat kepada mereka.

Masanya akan tiba - sekarang ini bukan Melayu rata-rata menolak Umno dan BN bukan sebab mereka Melayu. Perasaan seperti itu tentu ada tidak syak lagi - tetapi sebab penolakan yang lebih besar ialah kerajaan gagal mengurus dan mentadbir negara dengan baik. Orang Melayu pun semakin ramai menolak Umno. Yang menyelamatkan Umno kepada saya dua perkara; (1) Umno terus menyogok dan merasuah rakyat dengan wang Ringgit terutama orang Melayu yang hidup susah dan (2) Umno melaga-lagakan bukan Melayu dengan Melayu.

Seterusnya , kita hendak lihat pemimpin Melayu jenis apa yang Umno tawarkan kepada orang Melayu? Dan mana tahu, jika kepimpinan yang muncul itu serasi dengan prinsip perjuangan sejagat, DAP boleh berkerjasama dengan Umno untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.  Kalau orang Umno tidak faham dan tahu, itu pun matlamat kita - bukan untuk mengekal tahap pencapaian yang sedia ada tapi meningkatkannya. Jika tidak mampu meningkatkan, kepimpinan yang ada mesti diganti.

Pentadbiran Najib mesti dinilai daripada sudut ini sahaja. Berjayakah Najib membaiki standard kita? Kalau tidak, Najib mesti diganti. Tidak perlu sentimental terhadap ikatan dengan Najib. Terutama orang Pahang. Bodohlah orang Pahang jika bersetia kepada Najib hanya semata-mata dia orang Pahang dan orang berlumb berpentesan kaki memuji dan memuja Najib. Ia bukan macam dunia akan kiamat untuk orang Pahang jika Najib bukan PM.

Umno kena ingat bahawa bukan semua orang Melayu menyokong Umno. Majoriti tidak menyokong mereka walaupun Umno tipu sana dan sini menyatakan sokongan Melayu meningkat semasa PRU13 baru-baru ini. Kemukakan faktanya jika betul.

Pengkhianat Negara: Dr M dakwa tak tahu tentang 'Projek IC'

Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan mempunyai sebarang pengetahuan tentang apa yang dikenali sebagai 'Projek IC' atau 'Projek Mahathir' di Sabah, yang didakwa memberi kerakyatan kepada pendatang tanpa izin.

Katanya, beliau tidak pernah mendengar tentang perkara itu sehinggalah baru-baru ini.

Bekas perdana menteri itu memberitahu demikian kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah hari ini.

Ditanya oleh pegawai pengendali Manoj Kurup mengapa projek itu dinamakan sedemikian, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu mengenainya.

Katanya, nama beliau telah digunakan untuk banyak perkara.

Dr Mahathir berkata, mereka menggelarnya sebagai rasis dan ultra tetapi beliau tidak memperdulikannya kerana "ia adalah sebahagian daripada kehidupan politik".

Kesan Domino

Oleh Hashim Bin Ahmad Shiyuti
Kesan domino adalah satu frasa kata yang mendefinisikan kesan berangkaian dan saling kait mengait di antara satu perkara kepada perkara yang lain. Sekeping domino yang dijatuhkan akan menjatuhkan domino-domino lain yang tersusun secara satu persatu sehingga selesai kesemuanya.

Begitu juga dengan apa yang akan terjadi kepada sesuatu perkara yang dikaitkan dengan kesan domino. Kenaikan harga petrol ron 95 dan diesel sebanyak RM 0.20 adalah merupakan domino pertama yang terjatuh dan akan memberi kesan kepada harga barangan-barangan lain yang terlibat terutama yang memerlukan pengangkutan dari satu tempat ke tempat yang lain. Peningkatan kos bagi input kepada sesuatu pengeluaran secara langsungnya akan meningkatkan kos kepada produk yang akan dihasilkan. Sebagai kesudahan, pengguna akhir akan menerima peningkatan kos secara inklusif dan kesan berganda ke atas kesemua barangan yang digunakannya.
Selain itu, harga barangan juga akan meningkat disebabkan oleh adanya mereka yang menangguk di air yang keruh. Tiada siapa yang dapat memberi jaminan bahawa keseluruhan peniaga adalah merupakan mereka yang beretika dan amanah sungguhpun tidak semua mereka adalah celaka dan punah. Tetapi secara makronya, akan ada mereka yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menaikkan harga walaupun peningkatan petrol tiada kaitan di dalam penghasilan produk atau servis yang dikeluarkan olehnya. Yang teraniaya adalah pengguna akhir dan mereka yang tidak mempunyai pilihan selain daripada membeli dengan harga yang tinggi ini.
Peningkatan petrol ini secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya peningkatan harga secara global di peringkat lokal. Peningkatan harga yang tidak sejajar dengan pendapatan akan menyebabkan nilai permintaan dalam bentuk wang ringgit akan lebih tinggi berbanding kuasa beli yang setara. Keadaan ini akan meningkatkan inflasi nasional dan secara tidak langsung dan membantu kepada peningkatan produk-produk lain.
Kesan domino ini adalah konsisten dengan kesan berganda (multiplier effect) di mana setiap jatuhan domino akan dibawa bersamanya momentum jatuhan yang meningkat di antara satu domino dengan domino yang lain. Peningkatan harga yang bermula sebanyak 20 sen pada petrol akan dipindahkan kepada peningkatan kos pengangkutan di mana ia melibatkan hampir semua peringkat pengeluaran. Peningkatan kos pengeluaran akan memberi kesan kepada marjin keuntungan dan semestinya syarikat tidak akan menanggungnya secara sendirian. Sebaliknya, mereka akan memindahkan kos tersebut kepada pelanggan. Kombinasi kos-kos di semua peringkat ini semestinya memberi kesan berganda kepada pengguna akhir. Bayangkan, sekiranya kos pengangkutan bagi setiap barangan dinaikkan sebanyak 3% bagi setiap peringkat dan sesuatu proses pengeluaran itu akan mengambil minimum 4 peringkat, maka jangkaan nilai berganda adalah sekitar 12% (3% x 4 peringkat = 12%). 12% ini adalah merupakan nilai jangkaan peningkatan harga akhir kepada sesuatu barangan. Nilai ini dikira konservatif kerana peningkatan sebenar bagi setiap liter petrol ialah 10.53% berbanding harga sebelum ini.

All eyes on Dr M and what 'TRUTHS' he will tell the Sabah RCI

KUALA LUMPUR - Former prime minister Mahathir Mohamed has arrived at the Kota Kinabalu High court to testify in the Royal Commission of Inquiry into illegal immigrants who were allegedly offered citizenship in exchange for voting his BN coalition during elections.
Mahathir, who served as PM from 1981 to 2003, has been fingered as the main culprit behind the scam that Sabahans blame for their abject economic and social situation.
The 88-year-old veteran Umno leader has denied all allegations, pointing the finger back at his former deputy - Anwar Ibrahim, who is now the Opposition Leader.
"Dr M will deny everything. His presence is to do damage control. In the end, Malaysians, especially Sabahans, won't get anything useful out of the RCI. No one of importance will be brought to book," Opposition MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Damage control?
Anwar too is due to testify before the Sabach RCI. According to his aides, he is expected to fly into the state for the September 16 Malaysia Day celebrations.
The former deputy prime minister has said he was not kept "in the loop" by Mahathir on the citizenship scam, which has been tagged Project M.
Last month, 2 officials from the RCI had flown down to Kuala Lumpur to record Anwar's statement.
Anwar's lawyer, Latheefa Koya, told the press that he had expressed his willingness to take the witness stand so as to help expose the culprits, whose actions he has often condemned as being "treasonous" as it directly threatened national security.

A Samad Said besar kerana karyanya

Oleh A Shukur Harun
Hanya sesekali dalam sesuatu zaman, seorang sasterawan besar lahir untuk mengisi erti kemanusiaan dan kebebasan serta menjadi jurubicara masyarakat dan zamannya.
Di sepanjang zaman, memang ramai penulis yang muncul dalam pelbagai genre, tetapi hanya sejumlah kecil yang benar-benar mampu mengisi tugas itu. Malah dari jumlah yang kecil itu pula, lebih kecil lagi yang bertahan dan mampu mendambakan dirinya walau menghadapi badai dan gelombang.

Daripada jumlah yang sangat kecil itu hadir dan mengalir sasterawan besar A Samad Said. Dalam usianya yang lanjut, 78 tahun itu, dia menjadi ikon anak muda pula, sesuatu yang kelihatannya aneh dan sangat jarang berlaku. Iaitu dalam usia lanjut, sasterawan berasal dari Belimbing Dalam Melaka itu, menjadi idola generasi baru, menyebabkan ada sesetengah pihak sukar memahaminya. Sasterawan ternama ini menjadi besar kerana usahanya menjadi besar  dan beliau akan terus menjadi besar walau berdepan dengan ‘ribut taufan’ yang cuba menggugat kewibawaannya. Sebab itu apabila ada pihak yang menuntut supaya Anugerah Sasterawan Negara itu ditarik balik, reaksi segera dari A Samad Said ialah, “Silakan ambil, bila-bila masa” justeru beliau tetap besar kerana karyanya.
Untuk ini saya teringat sebuah dialog hebat dalam novel Ernest Hemingway, ‘Old Man And The See’, “You can destroy people, but you cannot defeat people.” – sama seperti apa yang diucapkan oleh Mahatma Ghandi di depan polis yang menangkapnya, “You can arrest me but you cannot defeat me.” Memang manusia boleh dihancurkan, tetapi tidak boleh dikalahkan.
A Samad Said adalah jurubicara masyarakat pada zamannya, bahkan mungkin melampaui zamannya.
Tahun lalu, kami dari Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dan Markas Madrasah Tarbiyah, Kampung Bandar Dalam, Kuala Lumpur, pimpinan Cikgu Ishak Surin,  mengadakan sambutan hari lahir yang ke-77 Sasterawan Negara itu dalam suasana penuh syahdu dan sederhana.
Kami meraikan beliau bukan semata-mata kerana menyambut hari lahirnya itu, tetapi bahkan kerana kehadirannya di tengah medan perjuangan yang membara, malah menjadi antara tokoh penggerak kebangkitan rakyat bahkan mencetuskan sebuah phenomena yang menarik terutama di kalangan golongan muda.
Di majlis itu saya berucap, dengan menyebutkan bahawa dalam umur 77 tahun, A Samad Said dapat menyaksikan suasana politik dan kemasyarakatan yang sedang menuju ‘arah yang tidak tentu arah’.
Beliau sedang menyaksikan suasana seolah-olah negara dan bangsa ini kehilangan jati diri, kehilangan kebebasan, malah seperti kehilangan manusiawinya.
Sebagai sasterawan, beliau menyaksikan semuanya ini dengan penuh kecewa dan bertanya mengapa negara dan bangsa yang sudah lebih setengah abad merdeka ini berada dalam kancah yang sedemikian rupa.

Selangor bakal belanja RM3 hingga RM4 bilion laksana manifesto PRU-13

AMPANG, 10 SEPT: Kerajaan Negeri Selangor dijangka akan membelanjakan RM3 hingga RM4 bilion bagi melaksanakan dasar yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang diumumkan pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.
iskandar-samad-pink-01Anggaran itu bagaimanapun boleh meningkat sehingga RM6 bilion tertakluk kepada cadangan yang bakal dikemukakan pemimpin masyarakat tempatan di Majlis Dialog Manifesto Kerajaan Negeri Selangor 2013 Bersama Rakyat, yang kini giat diadakan di seluruh negeri.
Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor, Iskandar Abdul Samad, anggaran itu meliputi peruntukkan untuk sepenggal bagi skim-skim yang dilaksanakan dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
“Pada 2008 kita belum bentuk kerajaan lagi, tetapi untuk 2013 hari ini kita sudah buat kriteria secara terperinci.
“Kita cuba habiskan dialog kita minggu ini dan selepas itu barisan exco akan bermesyuarat pada 18 hingga 20 September di mana kita akan bawakan segala maklum balas dari tuan-tuan dan puan-puan, Insya-Allah.
Demikian kata Iskandar dalam majlis dialog sama bagi peringkat kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Galeri MPAJ malam tadi.
Dialog tersebut diadakan bagi mendapatkan pandangan rakyat Selangor untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2014 Negeri Selangor sebelum dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sebelum hujung tahun ini.

Kenapa kerajaan tidak wajar naikkan harga minyak?

Chang Lih Kang

Bersembunyi di belakang topeng “konsolidasi fiskal”, “penyelarasan subsidi”, “rasionalisasi subsidi” dan terma lain, kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, iaitu kira-kira 11% daripada harga asal.

Antara alasan pentadbiran Najib Tun Razak adalah pengurangan subsidi akan mengukuhkan asas ekonomi negara, memperbetulkan sistem subsidi sekarang yang tidak berkesan, dan menjimat wang sebanyak RM3.3 billion (ribu juta) setahun.

Sekiranya kita meneliti keadaan ekonomi negara kita, tidak dapat dinafikan bahawa ekonomi sekarang berada dalam keadaan yang genting. Nilai matawang kita jatuh merundum sebanyak 7.9% pada tahun ini. Agensi penarafan kewangan antarabangsa, Fitch Ratings, menurun-tarafkan prospek ekonomi negara kita dari “stabil” kepada “negatif”.

Ini bermakna reputasi kewangan negara kita dipertikaikan dan kita akan menghadapi kesukaran untuk meminjam wang, atau terpaksa menanggung kadar faedah yang lebih tinggi melalui pinjaman yang diambil.

Hutang negara kita berada di tahap yang kritikal, iaitu 53% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang juga merupakan kedudukan hutang negara yang tertinggi sejak kemerdekaan. Had pinjaman yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan hanyalah 55% daripada KDNK, dan kini kita sudah mencecah 53%.

Dalam siaran akhbar yang bertarikh 21hb Ogos 2013, Bank Negara menyemak semula jangkaan pertumbuhan ekonomi negara kita dan turunkan jangkaan kadar pertumbuhan dari 5% hingga 6% kepada 4.5% hingga 5%.

Semua fenomena di atas menunjukkan ekonomi negara kita memang perlu diperkasakan dengan kadar segera.

Rasuah sebab utama asas ekonomi rapuh

Namun, sementara kita mengakui keperluan untuk mengukuhkan asas ekonomi negara, kita perlu sedar bahawa sebab utama asas ekonomi kita rapuh adalah kerana rasuah dan penyelewengan yang berleluasa. Berbanding dengan subsidi yang diberikan kepada rakyat jelata, wang yang diselewengkan oleh Barisan Nasional jauh lebih banyak.

Kongsi gelap dahulu tiada kaitan orang politik – Fauzi


KUALA LUMPUR: Biarpun kegiatan kongsi gelap bukan merupakan satu ancaman baru kepada negara, kemunculannya kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.

Senario tembak-menembak di tempat awam dan terbuka yang semakin meruncing muktahir ini, sering dikaitkan dengan pembabitan kongsi gelap yang akhirnya satu operasi membanteras kegiatan ini digerakkan secara meluas.

Terdapat dakwaan yang mengatakan kegiatan kongsi gelap ini sukar dibendung dan dibanteras kerana ia dinaungi dan dilindungi oleh pihak tertentu seperti orang politik, malah pihak polis sendiri.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari (gambar), lebih-lebih lagi ketika beliau mengetuai jabatan tersebut, sebelum ini.

Ketika dihubungi Harakahdaily, beliau berkata kegiatan kongsi gelap ini tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana orang politik ketika tempoh perkhidmatan beliau, berbanding yang didakwa hari ini.

"Jika dahulu, kegiatan kongsi gelap ini tidak pula dikaitkan dengan mana-mana orang politik. Tidak macam sekarang. Namun, kongsi gelap ini bukan ancaman baru kepada negara," kata beliau yang menyokong langkah kerajaan membanteras kegiatan kongsi gelap ini.

Berdasarkan pengalaman beliau, Fauzi berkata kumpulan kongsi gelap sebelum ini menjalankan kegiatan mereka secara bersembunyi, dan tidak secara terang-terangan seperti hari ini.

Projek IC Palsu: Dr M beri keterangan kepada RCI Sabah hari ini

Ketika tempoh setahun Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah hampir berakhir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya akan memberi keterangan kepada RCI hari ini.

Nama Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun antara 1981 hingga 2003, tidak dilibat secara langsung tetapi para saksi beberapa kali memberitahu RCI tentang kewujudan 'Projek M' yang memberikan kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin di Sabah.

Semasa prosiding suruhanjaya tersebut, nama bekas pembantunya, Datuk Aziz Shamsudin, dan bekas orang kanan beliau ketika itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, telah didakwa terlibat.

Dr Mahathir tampil ketika tempoh RCI akan berakhir hujung bulan ini, kecuali jika mereka memohon lanjutan tempoh tersebut daripada Yang di-Pertuan Agong.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seramai 167 saksi yang dipanggil oleh RCI, tetapi Dr Mahathir akan menjadi saksi ke-209 untuk memberi keterangan.

Bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjadi Ketua Pembangkang, dijangka memberi keterangan kepada RCI pada 19 September.

Ini adalah kali kedua Dr Mahathir memberi keterangan kepada RCI dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Kali terakhir adalah pada tahun 2008 kepada RCI VK Lingam yang menyiasat dakwaan penetapan kehakiman.
Didakwa, projek yang memberi kewarganegaraan kepada PATI  itu dilakukan untuk membolehkan kemasukan Umno ke Sabah pada tahun 1990-an apabila Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, terma rujukan RCI tidak termasuk mencari siapa yang bersalah dalam memberi IC haram itu.
Oleh itu, pegawai pengendali prosiding, dijangka tidak akan menyiasat jauh ke punca sebenar "projek" yang dikatakan itu dan siapa yang memberikan arahan

Nilai RM jatuh, apa tindakan kerajaan BN - Mahfuz


KUALA LUMPUR: PAS melihat isu kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) harus dipandang serius oleh kerajaan khususnya Bank Negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika tindakan tidak diambil ia akan memberi kesan yang buruk kepada ekonomi negara pada masa akan datang.

"Isu kejatuhan RM ini perlu dipandang serius oleh kerajaan terutamanya Bank Negara dan mereka perlu mengambil langkah segera bagi menstabilkan semula RM.

"Kalau ini tidak diambil ia akan memberi kesan yang buruk kepada ekonomi negara dan rakyat akan terus berada dalam keadaan tekanan," jelasnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, kejatuhan RM akan menyebabkan berlakunya inflasi dan kesan yang paling teruk adalah kepada sektor import eksport.

Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu, jika urusan tersebut dilakukan dalam mata wang asing menyebabkan kerajaan perlu mengeluarkan perbelanjaan yang lebih.

"Tindakan ini akan menjadikan harga barang terus meningkat, kita tidak lagi dapat mengawal harga kerana faktor tersebut bergantung kepada mata wang asing.

Pas Bagan Serai mahu PKR pulang kerusi yang dipinjam

    Pas mahu PKR pulang kerusi yang dipinjam
BAGAN SERAI - Pas kawasan Bagan Serai sebulat suara menuntut PKR ‘memulangkan’ semula kerusi Parlimen Bagan Serai dan Dun Alor Pongsu yang ‘dipinjamkan’ pada dua Pilihan Raya Umum (PRU) terdahulu.

Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan Bagan Serai, Ramli Tusin berkata, tuntutan itu dikemukakan tiga cawangan parti itu iaitu dari Masjid Tinggi, Parit Haji Ali dan Parit Haji Taib dalam Mesyuarat Agung Pas cawangan serta dipersetujui untuk dibahaskan pada Muktamar Pas dijangka diadakan pada November hadapan.

Menurutnya, alasan utama usul bahas itu diterima bagi menyedarkan Pas Pusat bahawa punca sebenar kekalahan PR di dua kerusi itu disebabkan undi protes penyokong PR yang kecewa dengan masalah dalaman melanda PKR Cabang Bagan Serai.

“Pas kawasan akan berusaha membawa usul ini pada persidangan Muktamar Pas kelak memandangkan perkara ini penting dalam usaha merampas kembali kerusi Parlimen Bagan Serai dari tangan BN.

Pendatang haram penyumbang rasuah terbesar negara

 Zaman Khan 
SHAH ALAM - Gejala rasuah terbesar negara adalah melibatkan kemasukan pendatang asing yang memasuki negara secara haram.

Menurut Tan Sri Zaman Khan, gejala pendatang asing tiada kesudahan dalam agensi keselamatan negara.

“Kita bukan bercakap tentang pegawai tidak bagus atau undang-undang yang tidak bagus, saya rasa ini semua persekitaran kita. Tidak boleh salahkan polis sahaja, lihat isu pendatang haram yang merupakan punca rasuah terbesar.

“Kenapa kita tidak betulkan, ada masanya ada tindakan, ada masanya tidak, dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wacana Sinar Harian siri ke-23, ‘Polis Hilang Sengat: Apa Selepas EO’ yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini semalam.

Kata beliau, tindakan tegas bagi membanteras gejala rasuah perlu diambil serius kerajaan.

“Bukan sahaja polis, tapi semua terlibat, jadi kalau polis tahan jadi orang cakap polis makan duit. Jadi saya rasa ini satu perkara yang perlu dibanteras,” ujarnya.

Rupanya Detektif Polis Dalang Bocor Nama 30 Ketua Gengster, Kini Di Buru Polis & KDN ..??


Dikehendaki: Seorang detektif yang dapat selesaikan misteri.
Siapa melakukannya? Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mencari siapa di kementeriannya membocorkan kepada media nama 30 ketua kumpulan gengster termasuk ahli politik MIC yang kini mahu menyaman kerajaan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) juga hairan siapa yang mendedahkan nama tersebut.
“Kita tidak tahu siapa yang dedahkan, kami pun mahu tahu juga,” katanya yang turut mencurigai senarai nama tersebut. Pemain: Bernama, agensi berita pro kerajaan atas nama kewartawanan penyiasatan dengan mudah melaporkan pada Jumaat memetik KDN sebagai sumber.
Pemain lain, polis. Mereka melaporkan kepada KDN mereka tidak mendedahkan nama itu kepada kementerian.
“Saya tidak tahu sumber mana dari kementerian tetapi maklumat itu tidak datang dari polis. Kami ada senarai sendiri dan sebahagian geng yang disenarai kementerian dalam perhatian kami,” kata Penolong Pengarah (D7) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hasan.
Katanya, mereka menghubungi akhbar harian The Star dan Bernama bagi mengetahui sumber senarai nama yang mereka terbitkan.
Latar cerita: lebih 30 nama ketua kongsi gelap dari Geng 04, 08, dan 36 serta kawasan takluk mereka dilapor Bernama pada Jumaat dan diterbitkan The Star pada hari berikutnya.
Pendedahan ini ekoran kegusaran orang ramai daripada beberapa siri kes tembakan yang kerap dilaporkan dan masih menjadi perhatian umum.

Selepas EO: Adakah kita selamat?

Selepas EO: Adakah kita selamat? 
 Wacana “Polis Hilang Sengat, Apa Selepas EO” anjuran Sinar Harian di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.
SHAH ALAM – “Apakah hari ini kita sudah berasa selamat selepas pelbagai akta dimansuhkan?" demikian soal Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin dalam Wacana Siri 23 ‘Polis Hilang Sengat : Apa Selepas Ordinan Darurat (EO)’ di Auditorium Karangkraf, di sini, semalam.

Beliau berkata, jika kita ada empat atau lima pengawal peribadi bolehlah berasa selamat.

"Kalau tiada bodyguard yang duduk di rumah biasa, yang pergi membeli belah di tempat biasa, yang pergi letak kereta di tempat biasa dan yang tidak duduk di kediaman dikawal saya rasa mereka tidak berasa selamat. Jadi demokrasi kita sudah tidak selamat,” katanya.

Wacana Siri ke-23 ini dikendalikan penganalisis jenayah, Datuk Akhbar Satar sebagai moderator.

Turut  hadir bekas Timbalan Menteri  Dalam Negeri, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata, rasa tidak selamat itu wujud apabila banyak akta yang selama ini menjaga keselamatan sudah dimansuhkan.

“Akta yang ada sebelum ini cukup bagus. Bukan sahaja melindungi kita, malah ia juga melindungi penjenayah. Ramai yang tidak nampak kebaikan tersebut termasuklah pihak pembangkang.