Ahad, 8 September 2013

Negara Islam: Wanita bertudung sukar mendapat pekerjaan..!!

Al Jazeera's Neave Barker comments on Kerry's Syria remarks

Kerry: Syrian Videos Make Case for Strike

Syria war puts strain on Iraqi border

Can Obama win support for a strike on Syria?

Bombing for Peace: Syria strike better than nothing? (ft. Human Rights Watch CEO)

Harga Barang Naik: Fathul Bari Bela Kerajaan 48.67%, Dr Maza Sindir?


..kepada yang menggunakan hadis harga barang untuk menyokong kenaikan harga, sila rujuk tafsiran bagi hadis itu di sini..apakah jika anda ke kedai lalu penjual menjual barang dengan harga yang mahal, maka adakah dia boleh menyatakan 'Allah yang menaikkan harga bukan saya?!

..jangan sampai nanti ada pembunuh yang akan berhujah bukan saya membunuh tapi Allah yang menetapkan ajal, pencuri pula akan berkata bukan saya yang mencuri, tapi Allah yang menetapkan rezeki...kerana saya berpegang dengan kata-kata ILMU bukan kerajaan yang mengurangkan subsidi tapi Allah yang menaikkan harga barang..


P/s: Betullah ada dua jenis ulama pada akhir zaman ini!
SIYASAH PERUBAHAN DENGAN MASLAHAH
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Nabi s.a.w tidak meninggalkan perincian dalam masalah politik. Politik bukanlah ibadah khusus seperti solat, puasa yang seumpamanya yang tidak boleh diubah. Politik itu sesuatu yang bergerak berdasarkan kemaslahatan hidup manusia. Justeru itu, Nabi s.a.w tidak meninggalkan pendetilan tentang politik, sebaliknya hanyalah prinsip-prinsip umum untuk dipegang oleh manusia. Jika ada pendetilan, ia mempunyai faktor tempat dan masa yang terdedah kepada perubahan. Apatahlagi, pentadbiran kerajaan Nabi s.a.w tidaklah sistematik seperti zaman selepas itu. Ini kerana keperluan politik sudah memadai dengan bentuk pengurusan yang lebih menjurus kepada tribal system ketika itu. Maka pengurusan Nabi s.a.w berdasarkan kepada keperluan rakyat. Kemudian politik itu berkembang dan pengurusannya lebih rumit dan terperinci. Tidak sama pula antara satu tempat dengan yang lain, antara negeri dengan negeri, antara negara dengan negara.

Maka, kita dapati banyak perubahan politik yang dilakukan selepas kewafatan Nabi s.a.w, khususnya bermula pada zaman Saidina ‘Umar al-Khattab. Ijtihad dalam politik lebih luas dan terbuka. Terasnya, kemaslahatan rakyat. Islam bersifat luas dalam hal politik. Ini kerana syariat itu dibina atas dasar kemaslahatan manusia. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):
“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).
Ertinya, apa yang penting dalam penegakan syariat adalah tujuan atau maqsad utama syariat itu iaitu kemaslahatan manusia. Bukan soal nama yang penting tetapi matlamat dari perlaksanaan sesuatu perkara yang dikaitkan dengan nama syariah itulah yang paling penting. Jika kita memberikan nama yang ‘islamik’ sekalipun, tetapi tidak mencapai tujuan syariah iaitu keadilan untuk manusia, maka ia tidak boleh dianggap islamik. Nama bukan penentu, isi dan pencapaian maqsad itulah yang paling penting. Sebab itu, jika menamakan negara dengan ‘daulah islamiyyah’ tetapi tidak mencapai maqsad keadilan, maka nama itu tidak bererti, bahkan memberikan salahfaham umum terhadap agama yang suci ini.
Realiti Semasa
Untuk mencapai keadilan dan tujuan perlaksanaan syariah, ia memerlukan kefahaman terhadap nas dan penelitian terhadap realiti semasa. Kefahaman yang literal terhadap hadis-hadis siyasah akan menjadikan perlaksanaan Islam dalam bidang tersebut gagal mencapai tujuan sebenar syariat. Sebab itu dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
“Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan”. (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi. Hadis dinilai sahih oleh al-Albani)
Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:

NEGARA MUFLIS 2020? WAWASAN 20SEN 20SEN HANYA CERITA DONGENG DAN PENGLIPULARA MAHATHIR...



~ MALAYSIA tahun 2020 : Negara MAJU atau Negara MUFLIS..??

01- 8, 828 hari dulu.., aku percaya Malaysia bakal jadi negara maju menjelang 2020.

02- Tapi kini, berbaki 2, 300 hari lagi...aku percaya Malaysia bakal jadi negara muflis SELAGI Umno-BN kekal berkuasa.

03- Tahun 2020 tinggal 6 tahun lagi, tapi hutang negara makin menggunung, sara hidup rakyat makin melambung, kualiti hidup makin merosot, jenayah makin berleluasa dan rasuah makin membarah.

Kerajaan perlu segera mereformasi dasar fiskal untuk elak negara bangkrap..!!

Kerajaan Persekutuan harus cepat dan segera menangani masalah defisit kewangan ini jika tidak mahu negara menuju ke ambang kebankrapan.


Kerajaan Persekutuan mesti mereformasi dasar fiskal dan menyekat defisit kewangan dari terus merosot dan bertambah buruk, cepat dan segera.

Langkah terkini yang kita nampak kerajaan sedang mereformasi dasar fiskalnya ialah dengan merasionalisasi subsidi atau lebih tepat ‘memotong’ subsidi petrol dengan menaikkan harga minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

Kenaikan harga ini boleh membantu kerajaan menjimatkan sebanyak RM1.1 bilion tahun ini dan sebanyak RM3.3 bilion untuk tahun 2014. Ini merupakan satu langkah awal untuk kerajaan mengurangkan fiskal defisit negara kepada 3% menjelang tahun 2015.

Kini rakyat mula gelisah kerana kesan kenaikan petrol dan diesel akan berantaian, akan menyebabkan segala jenis barangan akan naik dan inflasi dijangka akan meningkat pada kadar 3% tahun ini dan 4% pada 2014.

Bukti rakyat semakin gelisah ialah apabila berlaku ‘flashmob’ berskala kecil di Jalan Seremban-Tampin dekat Seremban yang menarik perhatian para pengguna jalanraya seperti mana yang dilaporkan FMT semalam.

Dengan disertai hanya 10 ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan, ‘flashmob’ atau protes kenaikan harga minyak telah menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan tentang kebimbangan rakyat berhubung isu ini.

Kain-kain rentang telah menarik perhatian orang ramai kerana mesej-mesejnya begitu sinis. Di antaranya, terdapat kain rentang yang membawa mesej, “Terima kasih (kepada Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak kerana naikkan harga minyak’ dan ‘Tahniah penyokong BN, kerana BN menang, harga minyak naik’.

Lebih mencuit hati apabila ada kain rentang yang membawa mesej dalam loghat Negeri Sembilan; ‘Harga minyak naik, takpoo…BR1M kan adoo…duit kami botingkek-tingkek’. Slogan tersebut bermaksud ‘Harga minyak naik, tidak mengapa…BR1M kan ada…duit kami bertingkat-tingkat’ (duit banyak menimbun-nimbun).

Mantapkan ekonomi

Di Kota Baharu semalam, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, langkah kerajaan mengurangkan subsidi harga minyak petrol RON95 dan diesel adalah langkah jangka panjang yang perlu diambil bagi memantapkan ekonomi negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata rakyat perlu memahami kesan-kesan yang lebih besar jika kerajaan berterusan memberikan subsidi kerana ia boleh menyebabkan negara menjadi muflis dan rakyat akan menanggung kesan yang lebih buruk jika keadaan itu berlaku.

Penyeludup kereta mewah ditahan SPRM dipercayai berkait “Mr Clean‎”


Sindiket penyeludupan kereta mewah yang dipatahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis dipercayai kes sama membabitkan pegawai kanan kastam ditembak mati pada April.
Timbalan Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) hanya tinggal setahun perkhidmatan ditembak tiga das di leher dan pipi.
Ketelusan Shaharuddin menyebabkan beliau digelar “Mr Clean”.
Anaknya, Akhtar Shaharuddin memberitahu The Malaysian Insider beliau percaya pembunuhan bapanya berkait dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
Pada Khamis, SPRM menahan seorang pengurus bank, isterinya dan lelaki yang dipercayai terlibat dalam penyeludupan itu. Siasatan juga menjurus kepada penipuan dan penggubahan wang haram.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan suspek berumur di antara 30 dan 40 tahun.
Suspek wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian kereta mewah bernilai RM500,000 sementara suaminya, seorang pengarah swasta disiasat kerana bersubahat.
Kereta yang dipercayai didaftarkan di Langkawi dibeli dengan harga RM300,00 dan dijual dengan harga setengah juta ringgit dalam masa tiga bulan.
Siasatan menunjukkan dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam adalah palsu dan duti eksais kereta tidak dibayar.
Difahamkan sindiket berkenaan telah beroperasi sejak setahun lalu.

Naik Minyak: Harga rumah tak naik hingga 10 peratus kata Menteri

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini membidas Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (Rehda) yang mengumumkan kenaikan harga rumah tanpa berbincang dengan pihaknya.

Sambil menyifatkan kenyataan itu tidak bertanggungjawab, Abdul Rahman berkata alasan Rehda bahawa kenaikan harga rumah berkenaan disebabkan pengurangan subsidi petrol dan diesel sebagai tidak munasabah.

"Kita juga mempunyai formula kita sendiri dan kita rasa pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen tak boleh diterjemahkan kepada kenaikan sehingga 10 peratus harga rumah.

"Saya juga tahu kos struktur dan sebagainya, kita jangka kalau naik pun maksimum lima peratus. Ini akan membimbangkan rakyat yang dalam keadaan berdepan dengan kos kehidupan tinggi di bandar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti bersama beliau, di Alor Setar hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Rehda Datuk Seri Michael Yam Kong Choy pada Khamis yang dilapor berkata peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen dijangka menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus.

'Endless Possibilities' Najib 'Apapun boleh' tiru ISRAEL?

Kabinet Bayangan: 'Kami tak perlu bantuan BN' - Nasruddin

"Hasrat untuk melihat kabinet bayangan PR direalisasikan adalah terpulang kepada kepimpinan, kami tidak perlu pertolongan BN," demikian kata Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi.

Mengakui perkara itu dibangkitkan oleh dirinya, Nasruddin berkata, tidak perlu pihak BN mencampuri perkara itu terutamanya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Beliau turut berkata, "itu cadangan saya, jadi terpulang kepada kepimpinan tertinggi PR untuk melihat kesesuaian masa, politik semasa.

"Saya hanya bagi cadangan dan lahirkan pandangan untuk membuktikan kita sudah bersedia menjadi kerajaan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan itu menggesa PR mengumumkan kabinet bayangan.

Beliau berkata, pergerakan Pemuda Umno sudah lama meminta atau mencabar pembangkang menubuhkan kabinet bayangan namun sehingga kini belum ada tindakan yang jelas ke arah itu daripada mereka.

Naik Minyak: Kerajaan Benar ‘Naikkan’ Tambang Bas Ekspres Pulak...!!!

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan, kerajaan benarkan pengusaha bas ekspres mengenakan tambahan tambahan sebanyak 10% kepada penumpang sehingga kadar tambang baru dimuktamadkan, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Yang lucunya, kenyataan itu menyebut, tidak akan ada ‘kenaikan tambang’ bagi perkhidmatan bas ekspres pada masa ini, tetapi pengendali bas ekspres dibenarkan untuk meneruskan bayaran tambahan kepada penumpang sebanyak 10% sebagaimana diperkenalkan pada Hari Raya.

Kebenaran SPAD mengenakan tambahan tambah 10% untuk sambutan hari raya eidul fitri dijadualkan berakhir Ahad  8 September.

Menurut kenyataan itu lagi, keputusan tidak menaikkan tambang itu diambil walaupun harga petrol dan diesel telah meningkat sebanyak 20 sen seliter pada Selasa.

Menurut SPAD, keputusan itu diambil selepas meneliti kos operasi seperti bahan api, upah dan kos penyelenggaraan yang akan meningkat disebabkan oleh kenaikan harga bahan api.

SPAD kini dalam peringkat akhir mengkaji kadar tambang bas ekspres, dan akan memastikan tambang baru itu tidak akan membebankan rakyat dan pengendali.

Setpol Encik Lim Kit Siang dan UITM

Apa sudah jadi kepada pemimpin Umno? Respons mereka terhadap isu-isu yang dibangkitkan sejak akhir-akhir ini dibuat dalam keadaan hysteria.

Dua minggu lalu, bila Anwar Ibrahim mencadangkan perbincangan meja bulat, cadangan tersebut dibaca sebagai cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan.

Anwar Ibrahim mengajak pemimpin Umno yang bengap untuk berbincang mengenai polarisasi kaum, mengenai rasuah, mengenai pengurusan ekonomi negara, mengenai jinayah dalam negara dan perkara2 umpanya.

Perkara yang mudah ini pun pemimpin Umno tidak faham sebab diserang penyakit sawan babi dan hysteria.

Pemimpin-pemimpin PAS pun saya harap fahamlah dahulu cadangan Anwar itu. Ini bukan kerajaan perpaduan.

 Bukan untuk bergabung dengan Umno. Tak ada orang hendak bergabung dengan Umno. Umno parti fiudal, rasuah dan rasis dan zalim kepada orang Melayu.

Kita bukan ingin bergabung, kita hendak lawan Umno sampai Umno kalah. Kita hendak memerdekakan orang Melayu dari perhambaan Umno yang feudal ini.

Faktanya, Umno itu lanjutan dari orang-orang yang tuan hamba sini dan tuan hamba sana iaitu pemilik hamba abdi zaman dahulu.

Rakyat Melayu jangan lupa, bahawa ciri utama fiudalisme Melayu ialah memiliki hamba.  Sebab itu kalau kita baca sejarah, tokoh-tokoh membahasakan diri mereka tuan hamba.

Rakyat biasa membahasakan diri mereka hamba. Zaman dahulu, orang Melayu terbahagi kepada dua kategori sahaja- pemilik hamba dan hamba abdi atau hamba sahaja.

Orang Melayu yang revolusioner dan yang mempunyai kesedaran sosial yang tinggi tidak akan mahu bergabung dengan Umno.

Memperjuangkan kepentingan orang Melayu tidak semestinya melalui Umno. Dimana pun kita berada, jika kita Melayu kita boleh memperjuangkan orang Melayu.

Ada orang Umno yang sanggup mendedahkan rasuah dikalangan pemimpin mereka? Ada orang Umno yang berani mendedahkan keadaan sebenar orang Melayu yang rata-ratanya masih miskin?

Yang masih tidak dapat bekalan air, yang tak mampu memiliki rumah, yang tidak berumah, yang hidup kais pagi makan pagi?

Mustahil orang Umno berani bercakap mengenai perkara-perkara ini. Cakap-cakap langkah mayat dia dahulu, baru boleh buat apa-apa adalah cakap besar orang yang sebenarnya tidak ada kekuatan.

Masalah orang Melayu Umno ialah dia ingat dia seorang sahaja yang kuat. Kalau dia tumbuk orang lain, orang lain duduk diam sahaja.

Sikap dan mentality seperti inilah yang menyebabkan orang melayu kalah.  Tidak syak lagi, semasa Portugis melanggar Melaka dahulu, tidak sedikit yang berkata langkah mayat mereka dahulu.

Orang Melayu pakai lembing dan keris, parang dan pisau, kapak dan beliung, mereka lupa Benggali Putih ada meriam dan senapang.

Kita kuat, tapi jangan lupa orang lain pun ada kekuatan. Jadi, janganlah cakap besar , langkah mayat aku dahulu.

Ini cakap remaja yang mukanya masih berjerawat dan basuh kencing pun tak sempurna lagi. Saya berada dalam parti DAP.

Naik Minyak: Tidak sejajar dengan harga minyak mentah

KUALA LUMPUR: Kenaikan terbaru harga minyak disifatkan tidak sejajar dengan trend kenaikan harga minyak mentah sejak dua tahun lalu sekiranya  benar harga kenaikan ditentukan oleh harga pasaran.

Malah, kuota pengeluaran Pertubuhan Negera Pengeluar Minyak (OPEC) juga tidak menunjukkan sebarang perubahan yang mengekalkan kuota pengeluaran kepada 30 juta tong sehari dan ianya ke dilihatkal sejak dua tahun lalu.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr. Dzulkefly Ahmad berkata ini ditambah dengan pengeluaran Shale Oil yang semakin meningkat dari Amerika Syarikat yang kini mengeluarkan tujuh juta tong sehari dari simpanan Shale Oil.

"Kadar pengeluaran ini dilaporkan akan terus meningkat ke sembilan juta tong sehari dalam tempoh terdekat. Sebagai pengimpot dan pengguna minyak terbesar dunia, sudah pasti ini akan menstabilkan lagi pasaran minyak dunia lantas harga minyak pasti lebih mapan," kata beliau kepada Harakahdaily.

"Justeru, berdasarkan fakta ini, maka tidak logik Malaysia menaikkan harga minyak kerana tidak wujud suasana tekanan pasaran. Sebaliknya, tindakan kerajaan BN ini didorong bagi menampung perbelanjaan kerajaan yang semakin meruncing akibat pembaziran pada pilihan raya umum lalu," tegas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu.

Besarnya ‘jenayah’ peserta bantah harga minyak

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan kekesalan terhadap kerajaan berhubung penahanan terhadap peserta flashmob di Kota Bharu, Kelantan semalam yang menzahirkan bantahan terhadap kenaikan harga minyak.

“Penangkapan ini seolah-olah anak-anak muda itu telah membuat jenayah besar sedangkan mereka hanya membuat bantahan aman dengan menaikkan kertas 'kad manila' tanda kecewa terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak yang membebankan rakyat khususnya anak muda seperti mereka,” ujar Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan kekesalan terhadap kerajaan berhubung penahanan terhadap peserta flashmob di Kota Bharu, Kelantan semalam yang menzahirkan bantahan terhadap kenaikan harga minyak.

Tindakan menahan empat peserta daripada aktivis Royalti (R) itu adalah tidak bertanggungjawab dan telah meruntuhkan sistem demokrasi di negara ini sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk membuat transformasi akan sistem itu.

Penangkapan ini seolah-olah anak-anak muda itu telah membuat jenayah besar sedangkan mereka hanya membuat bantahan aman dengan menaikkan kertas 'kad manila' tanda kecewa terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak yang membebankan rakyat khususnya anak muda seperti mereka.

Saya tak rasis, kata Dyana Sofya


Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dicabar oleh Dyana Sofya Mohd Daud (gambar) bagi membuktikan dakwaan menyediakan keperluan pendidikan tanpa mengira latar belakang kaum, satu perbuatan rasis.
Dyana Sofya Mohd DaudSetiausaha politik Melayu kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang, itu gagal memahami perkaitan dikemukakan oleh Noh yang menyatakan kewujudan komuniti pelajar berbilang kaum boleh mengancam kestabilan negara.
“Saya tidak rasis. Saya hanyalah seorang rakyat Malaysia. Kenyataan sebegini tidak akan difahami oleh masyarakat majmuk di Malaysia.
“Saya tidak nafikan keperluan pendidikan kaum Bumiputera terutamanya di kawasan luar bandar tetapi kaum bukan Bumiputera juga berhak menerima keistimewaan sama.
“Adakah salah meminta layanan sama kepada kawan-kawan saya yang lain? Adakah menuntut keadilan dan berkongsi kemewahan negara boleh digelar kenyataan rasis?” soalnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Dyana menyifatkan dirinya cukup patriotik dengan melihat kesukaran rakan-rakan kaumnya yang lain sambil menggesa Noh dan pemimpin Barisan Nasional lain turut merasai keperitan sama.
Graduan undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu turut melihat objektif penubuhan institusi itu tidak lagi berfokuskan kepada golongan sasarnya.
“UiTM kini bukan sahaja terbuka kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah tetapi kepada golongan kelas pertengahan.
“Saya masih ingat ada seorang pelajar yang merupakan anak perempuan kepada seorang menteri memandu kereta Peugeot ke kampus dengan mendapatkan pelekat kenderaan khas dan meletak kenderaan di ruang kakitangan.

SEBAB MENGAPA UST FATHUL BARI TAK BERANI BERHADAPAN DENGAN DR.MAZA..!!

Najib Terkedu Baca Berita Ni?


Langkah terbaru kerajaan Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, terus mendapat kecaman dari rakyat Malaysia yang berang dengan keputusan tersebut.
Terbaru, di laman Facebooknya, orang ramai meluahkan rasa marah dan kesal  di atas kenaikan harga bahan bakar tersebut yang dilihat menjerut leher mereka.
Malah ramai antara mereka meminta perdana menteri itu meletak jawatan kerana gagal menguruskan ekonomi ketika negara kini menanggung hutang lebih RM 622  bilion.
Tidak kurang yang mencadangkan agar gaji dan elaun beliau dan barisan kabinet dipotong, selain mengurangkan perbelanjaan untuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Pengendali laman tersebut pada awalnya meminta rakyat Malaysia menyampaikan idea bagi pembentangan Belanjawan 2012 dengan menghantar idea berkenaan di  laman 1Malaysia.com.
Bagaimanapun, kiriman status itu menerima kritikan  orang ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan diambil kerajaan, Isnin lalu.Ada antaranya juga menyesal kerana memilih BN pada Pilihan Raya Umum, selain tidak kurang juga yang menyindir pengundi BN kerana memilih parti itu, pada PRU lalu.
Sehingga berita ini ditulis, lebih 1200 menulis komen di ruangan tersebut dengan 99 peratus mengecam keputusan kerajaan.
Berikut sebahagian daripada komen pengguna FB berkenaan yang sempat dipetik:Azahar Md Said:  Najib Razak PM xguna… Selagi kau jadi PM dkt Malaysia ni mmg rakyat susah smpai bila2.. Yg hidup senang kroni2 kau je bukan nye rakyat… Puih!!!

Naik Minyak: Goreng pisang pun guna RON95!

*MINYAK naik 20 sen seliter. Kerajaan kata ini tidak akan membebankan rakyat. “Ia tidak memberi kesan drastik kepada kos perniagaan, hanya sekitar 0.1 hingga 1.3 peratus sahaja,” kata Datuk Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Pengusaha pengangkutan pula kata, kenaikan tersebut membebankan. Mereka menjangka akan menaikkan kos pengangkutan @ tambang antara 5 hingga 30 peratus. Akhirnya rakyat biasa yang akan membayar lebih.

Hasan kata, peniaga tidak boleh sesuka hati menaikkan harga barang dan perkhidmatan melebihi 1.3 peratus. Tetapi sejarah membuktikan walaupun minyak naik satu peratus, barang naik lebih 10 peratus.

Contoh paling mudah ialah nasi lemak yang menjadi makanan kesukaan ramai rakyat. Kalau sebelum ini harga sebungkus RM1, ia boleh dinaikkan tidak lebih 1.3 peratus @ lebih kurang RM1.02 sen.

Tetapi, penjual nasi lemak akan naikkan paling tidak pun 5 sen sebungkus, sebab sekarang mana ada orang pakai duit sesen-sesen. Malah, tidak menghairankan kalau ada yang naikkan harga nasi lemak 10 sen, mungkin juga 20 sen.

Pak Samad isn’t the problem here

How will putting a poet behind bars make a difference to the BN government?

Outsiders get murdered in Malaysia and the murderers are never convicted. The country’s Islamic Development Department (Jakim) blatantly misuses the Friday sermons to incite the Muslims against the non-Malays but that too is alright with the federal government.

What however Putrajaya under the Barisan Nasional government cannot digest is the fact that there are Malaysians who are willing to forsake glory to uphold their belief in the truth.

Be it then the Bersih chairperson S Ambiga or its co-chairperson A Samad Said, the national laureate-cum-activist, both have experienced the wrath of the BN government for standing up against injustices and wrongdoings.

Just for being honest and dedicated to a cause, both Ambiga and Samad were censured and calls made for their citizenships and honorific titles to be revoked.

Ambiga who was the force behind the Bersih rallies that demanded a clean-up to the electoral system, remains true to her cause, the ‘obstacles’ coming her way in spite.

Now, it is the 78-year-old poet and novelist Samad who is going through the same motion – the disrespect and uncouth treatment meted out by the authorities to him speaks volumes of their desperation in appeasing the ‘powers that be’.

Samad, the 1979 recipient of the Southeast Asia Write Award, found himself in trouble when he was arrested for allegedly flying the Sang Saka Malaya flag on the eve of Merdeka celebrations at Dataran Merdeka.

The country’s Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, notorious for his racist sentiments, has described the laureate’s actions as indecent and shameful.

The Sang Saka Malaya is a red-and-white flag with 12 yellow stars set in four columns and was reportedly proposed as Malaya’s national flag in the 1940s.

The flag was used by the first Malay party, Kesatuan Melayu Malaya (KMM) formed in 1938, that had fought against the colonial British for the country’s independence.

This is the second time in two years where authorities have taken action under the Sedition Act 1948, on those caught holding up the Sang Saka Malaya flag.

"INSANE" or not, it looks like curtains for Muhyiddin, unless he challenges Najib

KUALA LUMPUR - "They are INSANE!" That's was the rather heated response of Umno vice-president Ahmad Zahid Hamidi to speculation that he would challenge Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin for their party's No. 2 post.
"INSANE" or not, it looks like curtains for Muhyiddin, unless he challenges NajibAnd despite the vehemence of Zahid's denial, the speculation cannot have failed to have sent a shiver down Muhyiddin's spine as he is possibly now the most 'expendable' leader in the Umno top echelon.
Indeed, all eyes are on next month's Umno election where the party's central leadership is due for renewal. Some 150,000 delegates will be called on to vote for a new lineup, with even Prime Minister Najib Razak's presidency of the party up for grabs.
Not surprisingly, speculation has swirled with most of the rumors emanating out of the the Umno grapevine itself as the stakes are enormously high. By convention, whoever is the Umno president is also made the country's prime minister and the deputy president the deputy prime minister as the party currently holds the most number of seats in Malaysia's Parliament.
"They are insane," national news agency Bernama reported Zahid, who is also the Home Minister, as saying at an event in Bagan Datoh, Perak on Saturday.
According to Bernama, another news portal had reported that "whispers of Ahmad Zahid going for the deputy president's post have started to surface in the towns of Sabah."
"I have said many times that will only defend the vice-president's post," reiterated Zahid.
Leaving a VP slot for Mukhriz
Nonetheless, his rather over-emphatic response could not have failed to raise eyebrows.
"You see, the battle lines drawn in Umno are still very fluid. Top-level negotiations are still on-going and getting even more intense. For example, Tengku Razaliegh is still looking for 'inspiration' on whether to challenge Najib for the presidency. This actually means Razaleigh is still trying to drum up enough support to make his bid meaningful. So the same goes for Zahid and Muhyiddin. If they get the right support and they believe they can be successful, the two of them will challenge Najib for the presidency as a team, with Muhyiddin going for No.1 and Zahid for No.2. This would be the worse scenario for Najib," an Umno veteran told Malaysia Chronicle.
"So this is why within the Najib camp, they are also offering Zahid all sorts of sweeteners so that he will remain a friendly party. They can also be using Zahid as a threat against Muhyiddin to signal that if he doesn't play ball and maintain the status quo, they might support Zahid to go for the deputy presidency. That way, Muhyiddin is left out in the cold and will have to push for the presidency by himself, which he will surely lose without showing to the party delegates that he has a strong team behind him."
"The third and perhaps the most likely explanation is that the rumors are being spread by supporters of former premier Mahathir Mohamad and former finance minister Daim Zainuddin. They might be using Zahid to threaten Muhyiddin that if he gets cold feet and doesn't make up his mind real soon, like within a week or two, to go after the presidency, then they will support Zahid to go after the deputy presidency. The chances are high for Zahid to beat Muhyiddin especially if Zahid has the support of Dr Mahathir and Daim. Zahid is seen as a more dynamic leader than Muhyiddin. This way, Dr M ensures he has a loyal party at the No. 2 spot to keep watch over Najib and at the same Zahid's challenging the deputy presidency will leave a vice-presidency slot vacant for Mukhriz to assume."
No reason for Zahid to stay a VP

SPRM: Dimana ubat bernilai RM6 juta ?


Panadol parasetamol jenama terkenal

SHAH ALAM - Penangkapan seorang pegawai perubatan di sebuah hospital utama negara ini dan pemilik syarikat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar penyelewengan pembelian ubat-ubatan bernilai hampir RM6 juta.

Penyelewengan yang berlaku sejak 2011 itu dijalankan secara licik oleh pegawai perubatan di hospital berkenaan yang bertanggungjawab mengesahkan penerimaan bekalan ubat-ubatan di hospital itu.

Sumber utama Sinar Harian, memaklumkan kegiatan itu berjaya dikesan setelah siasatan mendapati pegawai perubatan itu hidup mewah dan tidak setanding dengan gaji yang diterima.

Manakala pemilik syarikat berkenaan adalah bekas kakitangan kerajaan yang dipercayaikan memberikan lebih 60 peratus daripada nilai RM6 juta kepada pegawai hospital terbabit untuk mengesahkan penerimaan bekalan ubat kepada hospital.

Kedua-dua mereka ditahan di sekitar ibu kota awal minggu ini.

Aziz Bari: Bentuk sistem dua parti dulu sebelum cerita pasal kabinet bayangan

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata BN sepatutnya memberi penghormatan kepada pembangkang sebelum menuntut agar pakatan parti tersebut membentuk kabinet bayangan.

Katanya, BN antara lainnya harus menghormati undang-undang berhubung persidangan parlimen dan memberikan hak serta keistimewaan pembangkang.

Beliau mengulas kenyataan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menggesa Pakatan untuk menamakan kabinet bayangannya.

 "Khairy sebagai anggota kerajaan perlu memastikan bahawa beliau memainkan peranan utama dalam pembentukan asas bagi sistem dua parti yang berkesan," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Pakatan menunjukkan teladan dengan membenarkan pembangkang di negeri yang dikuasainya untuk mengetuai jawatankuasa pemeriksa kira-kira, namun BN enggan memenuhi jawatan tersebut.

Tambahnya, Khairy boleh memastikan bahawa Umno memainkan peranan positif sebagai pembangkang di negeri tersebut.

Katanya lagi, Khairy juga sepatutnya membuat kenyataan umum untuk menyokong kenyataan ketua Pemuda PERKASA, Irwan Fahmi Ideris yang mahu PM Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Siapa Dalang Isu Lahad Datu Zahid?

Alahai Zahid!! Dalang Lahad Datu tak terdedah, kini cuba kaitkan PR dgn kegiatan Kongsi Gelap pulak

'Dedahkan bukti, bukan spekulasi'


ALOR SETAR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta tidak menggunakan isu kongsi gelap untuk memerangkap mana-mana pemimpin PR sebagai mangsa politik.

Pengerusi Interim DAP Kedah yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), Zairil Khir Johari Abdullah berkata, sekiranya KDN mempunyai bukti kukuh pertalian kongsi gelap dengan mana-mana pemimpin PR, dedahkan bukti dan bukannya membuat spekulasi.

“Tunjukkan sahaja bukti, tidak perlu buat ia seolah suatu permainan politik dengan mendedahkan satu demi satu nama. Ini bukan perkara main-main,” katanya.

Zairil turut mengingatkan agar KDN tidak menggunakan isu ini sebagai alasan untuk memangsakan ahli PR, terutama mereka yang bersuara lantang mengkritik isu-isu semasa.

Zairil berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa KDN sudah mengenal pasti individu yang ada kaitan dengan kongsi gelap yang turut bergiat aktif dalam politik.

SPM: Wajib lulus BI, pelajar luar bandar jadi mangsa


KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) tidak setuju Bahasa Inggeris (BI) dijadikan subjek wajib lulus untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia bukan pendekatan yang boleh menjamin pelajar dapat menguasai BI.

“Kami berpendapat syarat BI lulus akan menyebabkan ramai pelajar yang akan terkandas dalam SPM dan dengan itu menyebabkan masa depan mereka terjejas.

“Kami dengan itu juga mendapati pihak Kementerian Pendidikan yang memutuskan untuk mewajibkan lulus BI dalam SPM pada 2016 tidak menjelaskan kenapa penguasaan BI masih lemah dari segi teknik pengajaran dan pembelajaran,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau mempersoalkan apakan kajian yang telah dilaksanakan untuk merasionalkan keputusan tersebut.

Justeru, ujarnya, pihak kementerian perlu membuktikan perkaitan mensyaratkan lulus BI untuk mendapat sijil SPM dengan keupayaan pelajar untuk menguasai BI.

KJ jangan menyibuk hal PR, kata Anwar


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan mengingatkannya agar tidak mencampuri urusan Pakatan Rakyat (PR).
"Dia patut buat kerja dia dan lebih baik fokus kepada tugasnya terlebih dahulu sebelum mencampuri urusan PR," katanya Anwar merujuk kepada kenyataan Khairy menggesa pembangkang mewujudkan kabinet bayangan.
Khairy dilihat menyuarakan pendapat sama dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan berhubung perkara itu.
"Kita cabar mereka, sebab desakan sekarang datang daripada ahli Parlimen pihak mereka. Jadi jangan berdolak dalih lagi...namakan kabinet banyangan dalam masa terdekat," kata Khairy.
Kerajaan perpaduan
Merujuk kepada laporan Sinar Harian, Anwar berkata kenyataan beliau  disalah erti oleh pemimpin Umno, dan menambah beliau tidak pernah mencadangkan kerajaan perpaduan.
Merujuk kepada Khairy, Anwar menegaskan "dia tidak baca perutusan Merdeka saya. Kenyataan saya merujuk kepada dialog.
"Saya hanya menyentuh empat isu, tadbir urus, jenayah, ekonomi, dan hubungan antara kaum,"katanya.

Izzah: 'Saya bangga dengan papa'

Nurul Izzah 
SHAH ALAM - "Saya bangga dengan papa," demikian luah anak sulung Ketua Pembangkang,  Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah yang kali kedua menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai sekaligus berjaya mempertahakan kawasannya sejak PRU12 pada tahun 2008 tidak sekali-kali berputus asa walaupun pelbagai tohmahan dihadapinya, terutama bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya rasa...Alhamdulillah penggal kedua saya menang juga pada PRU lalu. Saya tidak fikir sangat perkara itu.

"Saya sentiasa bangga dengan papa, bukan sebab beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi rasa bangga kerana beliau menjadi tahanan politik yang berani dan keluarga kami terus bersatu," katanya kepada Sinar Harian Online dalam satu wawancara eksklusif.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata, apa yang berlaku dan setiap tohmahan yang diterima adalah pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Baginya perkara itu berguna dan bermakna dalam menongkah arus permainan politik.

"Perkara ini tidak boleh dibeli dengan wang ringgit kalau pangkat, kemegahan dan nama yang ada jika ALLAH nak ambil, ia akan hilang.

"Jadi pada saya, apa yang saya mampu saya terus lakukan," tambahnya.

Krisis dalaman PKR kerana asalnya dari Umno, kata penganalisis politik


Krisis kepimpinan yang berlaku dalam parti pembangkang diketuai Datin Seri Wan Azizah Ismail dilihat sebagai cerminan kepada sifat Umno, kata penganalisis politik tanah air, ekoran majoriti pemimpin PKR adalah serpihan daripada parti tunjang Melayu tersebut.
Kebanyakan pemerhati politik tanah air berpendapat, krisis terbuka antara Timbalan Presiden Azmin Ali dan juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunjukkan berlakunya konflik antara kepentingan parti dan kepentingan individu kepimpinan, yang mana dapat dilihat dalam Umno pada suatu ketika dahulu.
Bukan lagi krisis terpencil, Azmin sebelum ini secara terbuka mengkritik kepimpinan parti yang dilabel "parti keluarga" itu dengan Wan Azizah sebagai Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, dan anak mereka Nurul Izzah Anwar (gambar) sebagai Naib Presiden.
Malahan, terdapat juga ura-ura Azmin akan menentang Wan Azizah dalam pemilihan parti berkenaan yang dijangka berlangsung tahun hadapan.
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, meskipun pertandingan merebut jawatan parti itu normal, namun PKR perlu membuktikan sikap keterbukaan sekiranya Azmin benar-benar bertanding menentang Wan Azizah dalam pemilihan akan datang.
"Kita tahu berlakunya krisis antara Azmin dan Khalid, dan juga Wan Azizah... namun kita tak tahu berapa serius krisis ataupun keretakan itu," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
"PKR adalah parti serpihan Umno, dan Umno suatu ketika pernah mengalami insiden sama sehingga mengakibatkan perpecahan, namun bagi PKR kita sedar krisis telah berlarutan sejak sekian lama," katanya.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Azmin dilihat lantang dalam menyuarakan kenyataan keras, terutamanya ketika pelantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

Awang Selamat@Utusan gelar perampas Sang Saka Malaya sebagai hero

Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini menyifatkan perampas bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang kemerdekaan hujung bulan lalu di Dataran Merdeka sebagai hero kerana bertindak berani merampas bendera yang dikibarkan oleh sekumpulan aktivis pada malam berkenaan.
Awang berkata lelaki misteri itu masih belum muncul biar pun ramai yang ingin menyatakan penghargaan kepada lelaki itu atas semangat patriotisme yang luar biasa.
“Mungkin lelaki itu memilih untuk berdiam diri kerana apa yang dilakukannya ikhlas untuk negara tercinta. Sekali lagi, tabik daripada Awang,” katanya menerusi akhbar milik Umno edisi Ahad, Mingguan Malaysia.
Dalam pada itu, kolumnis tersebut menggesa aktivis seperti Adam Adli Abdul Halim dan Hishamuddin Rais didakwa di mahkamah segera bagi memperlihatkan pihak berkuasa serius kerana isu tersebut ancaman kepada keselamatan kepada  negara.
Katanya, jika individu berkenaan terlepas, ia akan memberi isyarat yang salah kepada masyarakat betapa si pengkhianat menjadi hero.
“Awang bersyukur dan lega apabila pihak berkuasa bertindak menahan mereka untuk tujuan siasatan.
“Mereka menggelar Jalur Gemilang sebagai  Jalur Temberang  dan mendakwa 31 Ogos adalah  hari malapetaka,"katanya.
The Malaysian Insider melaporkan Hishamuddin dan Adam Adli yang ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 awal minggu ini kerana mengibarkan bendera Sang Saka Malaya telah dibebaskan.
Mereka berdua dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk disiasat mengikut akta itu.
Dalam wawancara bersama The Malaysian Insider sebelum ini, Hishamuddin menjelaskan bendera Sang Saka Malaya dikibarkan kerana suasana politik tanah air pada ketika ini, mirip kepada keadaan Malaya sebelum penjajah British melancarkan darurat pada tahun 1948.

Anwar : Kerajaan Umno BN Harus Pertingkat Prasarana Sebelum Wajib Lulus BI

Q & A Anwar Bedah Buku Ikhwanul Muslimin Bhgn 3

Q & A Anwar Bedah Buku Ikhwanul Muslimin Bhgn 2

Q & A Anwar Bedah Buku Ikhwanul Muslimin Bhgn 1

Anwar Bedah Buku Ikhwanul Muslimin Bhgn 2

Anwar Bedah Buku Ikhwanul Muslimin Bhgn 1

Syrians troubled over U.S. strike fallout

Kerry Lobbies European Allies on Syria Strike

EU blames Assad for alleged chemical attack in nuanced message

U.S. government releases video showing victims of suspected Syria chemical attack

PAU 2013: Apa orang Umno mahu, tanya Kadir Jasin

PEMILIHAN kepemimpinan Umno semakin panas. “Hot” kata bahasa jalanan anak-anak muda dewasa ini.
Tetapi, umpama kereta api, adakah yang panas itu kepalanya (locomotive) atau gerabaknya yang berisi penumpang yang “gumbira” (meminjam bahasa P. Ramlee) dan kargo yang berharga?
Kalau kepalanya saja yang “hot” tetapi penumpangnya moyok, meragam, meluat, menyampah dan tidak sabar turun atau mahu lokomotif baru menarik mereka pun tidak berguna juga.

Kereta api wap KTM panas, bising dan berasap. Saya nostalgi. Inilah kereta api zaman muda saya.

Tetapi setakat hari ini, apa yang dilaporkan oleh media massa memberi gambaran pemilihan kepemimpinan Umno adalah mengenai kepala kereta api.
Mungkin saya terlepas pandang. Yang saya baca hanya seorang sahaja daripada banyak orang yang menawarkan diri sebagai calon dilaporkan bercakap mengenai gerabak, penumpang dan muatan iaitu Mohd Ali Rustam yang berkata dia mahu memperjuangkan semula asas penubuhan Umno.
Kalau setakat hendak memilih kepemimpinan dan mencari ganjaran peribadi jangka pendek, tidak perlulah ahli Umno bersusah payah memeras otak. Pilih saja yang koceknya dalam dan prinsipnya cetek.
Apa Orang Umno Mahu?
Tetapi kalau mereka mahu kepemimpinan yang berjiwa perjuangan dan mampu menebus semula maruah parti dan kembali memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara, mereka perlulah memilih yang lebih baik.
Kalau mereka mahu orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera lain diberikan peluang untuk membebaskan diri mereka daripada terus menjadi warga ekonomi kelas tiga, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang cerdik, berani, berilmu dan berwawasan.
Kalau mereka berasa dasar pertumbuhan ekonomi yang disertai oleh pembahagian adil seperti yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) baik untuk mereka, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang tidak “apologitic” memperjuangkan hak majoriti.
Soalnya (soalnya), akan adakah dalam barisan calon Umno nanti orang seperti itu? Atau, seperti kata P. Ramlee, walhasil balik asal itu pasal tak hasil.

Darul Runtuh: Kali ini tangki air sekolah pula..!!


Sebuah tangki air di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan dekat Marang Terengganu telah meletup dan pecah menambahkan siri kejadian sedemikian di negeri Darul Iman ini.
Tangki air tersebut meletup kira-kira jam 11.30 malam pada 4 September lalu, hampir sama dengan kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah Paka, Dungun pada 14 Julai 2012.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika mendedahkan perkara itu, menggesa kerajaan negeri mengambil perhatian terhadap bangunan dan binaan kerajaan yang dilihat kerap runtuh dan rosak di negeri ini, lapor Harakahdaily.
"Saya sudah peringatkan pihak kerajaan kerana ianya melibatkan keselamatan rakyat, saya hairan lepas satu-satu peritiwa (yang berlaku) dan yang terakhir tangki air yang pecah. Pecah, mendap, runtuh… ia melibatkan keselamatan orang ramai.
"(sedangkan) Bila sesuatu projek dilaksanakan ia melibatkan banyak agensi dan jabatan kerajaan yang memastikan perkara (binaan) yang dibina itu mengikut spesifikasi (yang telah ditetapkan),"ujarnya.

Saya sudah sedia untuk mati, kata Pak Samad


Hujan lebat petang hari itu seakan merestui kehadiran insan yang banyak menyumbang bakti kepada negara meskipun pada hari itu ada ura-ura beliau akan ditangkap polis.
Laungan iqamah di Masjid Negara memanggil jemaah segera mendirikan saf untuk sama-sama menunaikan solat Asar secara berjemaah.
Waktu itulah kelibat beliau muncul berbaju Melayu dan berkain samping serba putih membina saf bersama jemaah lain.
Selesai solat, empunya diri yang dimaksudkan Datuk A. Samad said atau lebih mesra digelar Pak Samad menuju ke satu ruangan di pinggir masjid untuk beriktikaf.
Beberapa jam sebelum itu, ada khabar angin mengatakan Pak Samad akan menyerah diri kepada polis selepas solat Asar namun suasana tetap tenang dan sakinah seperti rumah Allah yang lain.
Beliau kelihatan sedang membaca selembar dua dari kitab suci al-Quran sebelum diminta kebenaran untuk ditemubual secara mengejut oleh The Malaysian Insider.
Setelah memperkenalkan diri dan menyatakan berasal dari kampung yang sama iaitu Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, beliau lebih mesra menjawab segala persoalan yang diajukan.
Penerima Anugerah Sasterawan Negara 1985 itu ternyata tersusun pengucapannya malah perkataan yang keluar dari mulutnya sangat indah untuk dihayati.
Pembaca setia The Malaysian Insider itu lebih senang memulakan cerita tentang kerenah media arus perdana kerana beliau menyifatkannya tiada lagi kebebasan media dalam penyampaian berita entiti itu.
“Pengaruh kerajaan dalam media arus perdana bermula sejak pasca kemerdekaan lagi maka laporannya berat sebelah.
“Portal berita seperti The Malaysian Insider menyeimbangkan laporan berita Malaysia dengan memberi publisiti kepada pembangkang kerana itu adalah prinsip demokrasi. Jika enggan menerima suara pembangkang, canang sahaja Malaysia bukan negara demokrasi.
“Perkara ini harus ditegakkan demi kelangsungan generasi yang akan datang,” katanya sambil menunjukkan telefon bimbit usang digunakan untuk membaca berita terkini dari laman portal.
Novelis yang terkenal dengan karya Langit Petang dan Hujan Pagi ini senang bercerita pada zaman kanak-kanaknya semasa menunggu keretapi melintas di Kampung Belimbing Dalam.
“Kira-kira jam 3 pagi, saya bersama rakan-rakan terhibur melihat kepulan asap dari kepala keretapi yang perlahan-lahan menuju ke angkasa,” katanya yang sedikit tersenyum mengenang zaman kanak-kanaknya.

Dari Sasterawan Negara ke Sasterawan Rakyat

Dahulu beliau merupakan salah seorang Sasterawan Negara yang seringkali diundang untuk membacakan puisi di majlis besar. Yang hadir kebanyakannya dari golongan pembesar-pembesar negara seperti perdana menteri dan anggota Kabinetnya.

Rambut dan janggutnya yang panjang dan berwarna putih menyebabkan beliau mudah dikenali dan nampak berbeza dari sasterawan-sasterawan lain yang kebiasaannya agak membosankan.

Hari ini Datuk A. Samad Said merupakan musuh nombor satu negara.

Mengapa?

Bukan kerana beliau cuba memusnahkan dunia kesusasteraan Melayu akan tetapi kerana keberanian menyatakan pendirian politik yang bercanggah daripada kerajaan.

Umum mengetahui keberanian beliau adalah kerana membenarkan dirinya dipilih menjadi pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bersama Datuk Ambiga Sreenevasan.

Bersih sudah tiga kali menganjurkan perhimpunan besar-besaran di ibu negara bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil.

Terbaru dalam insiden sambutan malam ambang Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, apabila sekumpulan anak-anak muda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya ketika Samad sedang membacakan puisi.

Beliau yang dikenali sebagai Pak Samad itu diserang dari pelbagai penjuru akibat daripada insiden itu.

Dari Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hinggalah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semuanya menyelar Samad.

Seolah-olah Pak Samad itu langsung tidak pernah mempunyai jasa kepada negara.

Beliau yang berumur 78 tahun ditahan polis di rumahnya lebih kurang jam 12.30 pagi 4 September lalu dan disoalsiasat selama dua jam sebelum dibebaskan.

Penahanan Pak Samad pada awal pagi menimbulkan kemarahan ramai, dan ini termasuk “masyarakat” media sosial.

Kutukan dan kritikan orang ramai terhadap pihak berkuasa kerana tindakan tidak menghormati warga emas seperti Pak Samad menyebabkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar terpaksa mengeluarkan kenyataan tidak cerdik seperti Sasterawan Negara itu “bersembunyi” dan “menyorok” sehingga polis tidak dapat berjumpanya.

Pak Samad amat mudah untuk ditemui. Selain dari Masjid Negara tempat beliau seringkali menunaikan solat Asar dan Maghrib, susuk itu boleh kelihatan di kedai-kedai buku terkemuka di Kuala Lumpur yang sudah pasti diketahui oleh Jabatan Cawangan Khas, Bukit Aman.

Harga minyak naik, Umno-BN akui ekonomi merudum

SHAH ALAM : Kerajaan Pusat Umno-Barisan Nasional akhirnya terpaksa akui ekonomi negara semakin mundur hinggakan terpaksa menaikkan harga petrol dan diesel dengan alasan untuk menyelamatkan negara.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua menyifatkan langkah tersebut sebagai zalim kerana Umno-BN sanggup membebankan rakyat dan enggan menyelamatkan ekonomi melalui tindakan-tindakan menutup kebocoran, mengekang perbelanjaan boros dan membanteras penyelewengan.

“Kita berulang-ulang kali kata negara ini ada masalah, tetapi Umno-BN menafikannya dengan mengatakan duit masih banyak dan ekonomi Malaysia paling baik di dunia.

“Nampaknya Najib sepanjang pentadbirannya tidak berbuat apa-apa untuk selamatkan negara, tetapi menambah beban yang lebih teruk kepada rakyat.

Skim Cepat Kaya: IPP di Malaysia - Siapa Untung Siapa Rugi? BR1M kan Adooo.............

Tak sukar untuk memahami sejarah IPP di Malaysia. Kami akan guna bahasa & penjelasan yang cukup mudah difahami disebalik perjanjian IPP yang telah memberikan tekanan yang cukup hebat kepada TNB, PETRONAS dan juga anda sebagai rakyat Malaysia yang merupakan pengguna tenaga elektrik di Malaysia

Semuanya bermula pada tanggal 31 Mac 1993, Tenaga Nasional Berhad (TNB), pembekal utama tenaga di Malaysia yang juga merupakan syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) telah  menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (Independent Power Producer – IPP) iaitu Yeoh Tiong Lay Corporation Bhd (YTL).

Ini merupakan perjanjian PPA yang pertama ditandatangani oleh TNB dengan IPP untuk operasi Stesen Janakuasa Bebas Paka dan Pasir Gudang. Perjanjian PPA yang pertama ini akhirnya telah membuka pintu kepada taikun-taikun tersohor Malaysia pada masa itu untuk bersama-sama menjadi kalangan pemain utama industri IPP di Malaysia. Akhirnya pada akhir tahun 1993 monopoli TNB dipecahkan dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila tertubuhnya 5 IPP yang berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan elektrik kepada Grid Kebangsaan.

YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
Powertek Bhd - Tan Sri T. Ananda Krishnan
Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong

Setiap apa yang terjadi pasti ada puncanya. Apa puncanya sehingga munculnya IPP dalam industri tenaga negara?

Semuanya bermula apabila berlakunya blackout yang terburuk pada tahun 1992 sehingga menyebabkan sebahagian Malaysia “gelap-gelita” selama tempoh 48 jam dan mencetuskan kemarahan & bantahan orang awam
Akibatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyalahkan monopoli TNB dalam penjanaan tenagaan elektrik negara di atas masalah yang berlaku pada tahun 1992 itu
Akhirnya, IPP telah diberikan peranan dalam sektor industri tenaga negara

Pada masa itu apabila peluang dibuka untuk kontrak IPP, ramai yang membida kontrak IPP sehingga sekitar 150 permohonan telah masuk dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) termasuklah jutawan dan taikun tersohor Malaysia pada masa itu seperti :

Jutawan seperti Yeoh Tiong Lay (YTL)
Ananda Krishnan (Maxis)
Lim Goh Tong (Genting)
Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC Corporation)

Mereka juga turut berminat dengan kontrak lumayan IPP ini walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam industri tenaga negara. Mana tidaknya :

Kontrak lumayan diikat untuk tempoh yang lama (21 tahun)
Keuntungan IPP akan dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20% (minimum)

Kontrak IPP mencapai ke kemuncaknya menjelang 1997, sebelum bermula krisis ekonomi Asia di mana Malaysia pada masa itu mempunyai lebihan keupayaan tenaga sehingga hampir 50%. Akhirnya yang terkesan TNB juga :

TNB wajib membeli tenaga daripada IPP walaupun TNB sebenarnya tidak memerlukan tenaga tersebut. Tetapi di atas dasar perjanjian “berat sebelah” PPA, TNB terpaksa juga membelinya Sehinggalah berlakunya krisis ekonomi 1997, TNB mengalami kerugian yang terburuk dalam sejarah Penyelesaiannya mudahnya tarif elektrik terpaksa dinaikkan kepada anda, anda dan anda semua sebagai pengguna elektrik

Official Releases Video Showing Syria Victims

Mulianya Hati Seorang PM: Kenaikan harga minyak untuk bantu orang miskin rupanya....!!

Membaca laporan yang disiarkan oleh New Sabah Times mengenai ulasan tentang kenaikkan harga minyak oleh seorang Pembantu Menteri ini membuatkan aku terharu sekali..

Ini kerana baru aku sedar betapa mulianya hati Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya..

Beliau menanggung risiko berhadapan dengan sumpah seranah rakyat dengan menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen..

Beliau sanggup mengambil langkah kurang popular itu semata-mata untuk membantu orang miskin dan orang yang kurang berkemampuan rupanya..

KAlau aku tahu dari awal akan niat murni Kerajaan Barisan Nasional ini.. sudah pasti aku akan sokong jika harga minyak dinaikkan sehingga seringgit lagi bukannya 20 sen saja...

Ini laporan penuhnya...

    Kenaikan harga minyak untuk bantu orang miskin, kurang mampu

    KENINGAU: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno berkata, kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen seperti yang diumumkan baru-baru ini adalah untuk membantu orang miskin dan orang yang kurang berkemampuan.

    Menurutnya, ini adalah sebuah inisiatif yang baik yang diambil oleh Perdana Menteri bagi memberi keutamaan pada golongan bawahan iaitu membantu golongan miskin.

Minyak: Mat Bangla..lebih berHatI Mulia dari pemimpin?


Mulia sungguh hatimu Abdul Hakim, Pekerja Shell Hentian Sebelah Awan Besar, KESAS.

Lewat petang tadi, saya pulang ke rumah menggunakan Lebuhraya KESAS. Sedang asyik memandu, tanda amaran minyak habis menyala.

Saya berhenti di Shell Hentian Sebelah Awan Besar. Baru saya perasan yang saya cuma mempunyai RM3 sahaja di dalam dompet. Saya ke mesin ATM untuk keluarkan duit.

Saya tidak berjaya keluarkan duit melalui kad ATM Maybank. Di skrin tertera ayat lebih kurang begini, "Kad anda rosak. Sila hubungi cawangan Maybank yang berdekatan."

Saya tenang sahaja kerana saya punya satu lagi kad ATM Bank Islam. Namun ketenangan itu tidak berpanjangan, rupanya ATM tersebut tidak keluarkan duit walaupun sudah menekan jumlah yang dikehendaki. Selepas beberapa ketika, ianya hanya mengeluarkan resit dan tertulis transaksi anda tidak berjaya.

Panik! Saya mula panik!

Saya kembali ke kereta. Cuba buat bayaran melalui panel kad krediit / debit. Juga tidak berjaya.
Saya mencari-cari di dalam beg dan kereta dengan harapan terjumpa duit yang terselit-selit. Jumpa angpau raya, seluk ke dalamnya, hanya ada RM3 sahaja. Menjadikan duit di tangan saya RM6.

Rupa-rupanya tindak-tanduk saya itu diperhatikan oleh seorang pekerja Bangladesh. Beliau menghampiri saya seraya bertanya apa yang saya cari. Saya ceritakan daripada A-Z...tidak sedar air mata mengalir. Sungguh! Saya tidak pernah mengalami situasi begini.

Lantas, beliau keluarkan dompet beliau. Sempat saya menjeling isi dompet tersebut, hanya ada beberapa wang kertas RM1 dan 2 keping RM5. Beliau keluarkan 2 keping RM5. Saya terharu! Dan lantas, saya katakan, "Ya ALLAH, berilah rezeki yang luas kepada 'Abdul Hakim". (nama ini yang tertera di tag nama yang dipakainya).

Hapuskan rasuah selamatkan berbilion ringgit - Nurul Izzah

Nurul Izzah 
TEMPOH 100 hari selepas PRU13 telah berlalu, Sinar Harian Online cuba mendapatkan reaksi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengenai pencapaian PR dan komen beliau mengenai isu semasa terutamanya dialog perpaduan anjuran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu kenaikan harga minyak serta isu belanjawan yang bakal dibentangkan tidak lama lagi.

SINAR HARIAN ONLINE: Tempoh 100 hari selepas PRU13 telah berlalu. Bagaimana YB melihat kedudukan PR  ketika ini terutama dari segi sokongan rakyat? Dalam PKR sendiri dan parti gabungannya bagaimana?

NURUL IZZAH: Pada saya kita telah melakukan yang sedaya upaya  pada PRU yang lepas sehingga mendapat undi sebanyak 51.8 peratus daripada undi rakyat. Ini bermaksud setelah usaha dibuat untuk meyakinkan rakyat  bahawa PR merupakan alternatif  yang terbaik. Alhamdulillah kita mendapatkan keputusan yang amat memberangsangkan, itu penting.

Selain itu, ia memberikan kami lebih rasa kebertanggungjawaban menerima amanah yang begitu besar selain mendesak pilihan raya direformasikan dan membuat petisyen seperti mana dibuat oleh pihak BN di kerusi-kerusi yang berkontroversi akhirnya kita telah bertemu untuk mewujudkan Belanjawan Alternatif  2014.

Ini kerana kita rakyat berharap kepada kita untuk menawarkan belanjawan yang dapat menjaga kebajikan mereka.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana YB melihat prestasi wakil-wakil rakyat PKR yang menang buat kali pertama kali ini?

NURUL IZZAH: Pada saya bila kita telah melalui liku-liku cabaran yang terdahulu seperti PRU11, PRU 12, tentunya tiba PRU13 rakyat mahukan calon yang lebih berketerampilan dan Rafizi Ramli adalah contoh terbaik untuk berdebat, seorang yang berani.

Shamsul Iskandar (Mat Akin) juga yang dulu hanya Pengerusi Majlis Pimpinan Universiti Islam Antarabangsa, jadi semua ini penting akhirnya hasrat kita untuk menonjolkan wakil-wakil yang kredibiliti, bebas rasuah dan berani memperjuangkan isu rakyat.

Saya juga ingin sebutkan di Pulau Pinang, Ahli Parlimen Bayan Baru, Ahli Parlimen Padang Serai, saya suka melihat mereka yang punyai idealisme. Mereka bukannya baru tapi sudah lama bersama kita, jadi akhirnya kita dapat “bertarung” dasar di Parlimen supaya tindakan tidak wajar berlaku contohnya kenaikan harga minyak ini berulang.

SINAR HARIAN ONLINE: Kelmarin dalam satu kenyataan media, Pemuda Pas ada buat 'teguran' terbuka mengenai tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar yang menawarkan dialog terbuka bersama kerajaan BN untuk selesai isu rakyat. Teguran agak pedas kerana katanya dulu ketika pemimpin kemuka idea sama, akan dikritik. Apa komen YB?

NURUL IZZAH : Saya minta Naib Pemuda Pas Pusat merujuk dahulu kepada pemimpin tertinggi PR, perbincangan itu dibuat dengan baik sendiri oleh majlis pimpinan PR Pusat di setiap ketika.

Kita tak akan membuat cadangan ini tanpa memaklumkannya kepada parti perikatan PR yang lain. Jadi saya agak kecewa, sepatutnya beliau terlebih memeriksa dengan kepimpinan dalam Pas sendiri sebelum membuat kenyataan sedemikian. Apa yang penting di sini kita telah ikut struktur, laluan dan ruang yang diberikan. Kita juga yakin sehingga saat ini Majlis Pimpinan Tertinggi PR mengetahui dan merestui perkara tersebut. Apa yang diminta hanya satu kerjasama di dalam perundingan meja bulat bercakap mengenai masalah jenayah dan ekonomi yang dilakukan oleh banyak negara.

Selepas PRU13 kita menggunakan saluran yang betul apabila tidak berpuas hati dengan memfailkan petisyen.

Jadi sekarang tiba masanya untuk manyatakan Malaysia mempunyai masalah jenayah, dan ekonomi yang tidak terkawal. Justeru, perlu ada perundingan meja bulat yang meminta parti masing-masing meninggalkan latar belakang dan idealogi politik.

Kita hanya minta berdiri teguh dan  berbangga dengan parti masing-masing untuk menangani perkara ini.

Bajet Alternatif PR 2014

Khalid Ibrahim: Islamic Resurgence - Challenges, Prospects & The Way Forward

Anwar Ibrahim: Islamic Resurgence - Challenges, Prospects & The Way Forward