Sabtu, 7 September 2013

Punca Kemarahan Regim Zionis As Sisi Terhadap Presiden Dr Morsi


Lembaga Suruhanjaya Anti-Rasuah Mesir meminta data gaji serta dana yang pernah diambil oleh Presiden Morsi dari negara.

Jabatan Kewangan menjawab: Morsi belum pernah menerima dana bahkan gaji bulanannya selama pemerintahannya sebagai Presiden Mesir juga tidak pernah diambil!

Sumber: شبكة نبض الاخوان‎

Lamanya Tun Mahathir bermimpi !! Perjuangan UMNO untuk harta......

Pemilihan Umno: Antara watak dan dasar

Pemilihan kepemimpinan Umno semakin panas. “Hot” kata bahasa jalanan anak-anak muda dewasa ini.

Tetapi, umpama kereta api, adakah yang panas itu kepalanya (lokomotif) atau gerabaknya yang berisi penumpang yang “gumbira” (meminjam bahasa P Ramlee) dan kargo yang berharga?

Kalau kepalanya saja yang “hot” tetapi penumpangnya moyok, meragam, meluat, menyampah dan tidak sabar turun atau mahu lokomotif baru menarik mereka pun tidak berguna juga.

Kereta api wap KTM panas, bising dan berasap. Saya nostalgi. Inilah kereta api zaman muda saya.

Tetapi setakat hari ini, apa yang dilaporkan oleh media massa memberi gambaran pemilihan kepemimpinan Umno adalah mengenai kepala kereta api.

Mungkin saya terlepas pandang. Yang saya baca hanya seorang sahaja daripada banyak orang yang menawarkan diri sebagai calon dilaporkan bercakap mengenai gerabak, penumpang dan muatan iaitu Mohd Ali Rustam yang berkata dia mahu memperjuangkan semula asas penubuhan Umno.

Kalau setakat hendak memilih kepemimpinan dan mencari ganjaran peribadi jangka pendek, tidak perlulah ahli Umno bersusah payah memeras otak. Pilih saja yang koceknya dalam dan prinsipnya cetek.

Apa orang Umno mahu?

Tetapi kalau mereka mahu kepemimpinan yang berjiwa perjuangan dan mampu menebus semula maruah parti dan kembali memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara, mereka perlulah memilih yang lebih baik.

Kalau mereka mahu orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera lain diberikan peluang untuk membebaskan diri mereka daripada terus menjadi warga ekonomi kelas tiga, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang cerdik, berani, berilmu dan berwawasan.

Kalau mereka berasa dasar pertumbuhan ekonomi yang disertai oleh pembahagian adil seperti yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) baik untuk mereka, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang tidak “apologitic” memperjuangkan hak majoriti.

Soalnya (soalnya), akan adakah dalam barisan calon Umno nanti orang seperti itu? Atau, seperti kata P Ramlee, walhasil balik asal itu pasal tak hasil.

Masih adakah lagi pewaris Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Dr Ismail dan Tun Dr Mahathir di kalangan kepemimpinan dan calon pemimpin Umno dewasa ini?

Presiden MCA: Chua dakwa Liow sudah tiga kali mendesaknya berundur

Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini mendakwa timbalannya sudah tidak sabar untuk menjadi presiden parti itu yang baru.

NONEBeliau mendakwa Timbalan  Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) telah berjumpa dengan beliau sebanyak tiga kali selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk memintanya supaya berundur.

Menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily , Chua berkata, dalam perjumpaan pertama sejurus selepas PRU13 pada 5 Mei, Liow juga bertanya sama ada beliau boleh mengetepikan resolusi supaya pemimpin parti untuk tidak menyertai kabinet.

"Saya memberitahu beliau bahawa resolusi boleh ditarik balik, tetapi ini perlu diputuskan oleh para perwakilan pusat. Mesyuarat agung luar biasa harus dipanggil oleh perwakilan pusat  selepas pilihan raya," Chua dilaporkan katanya.

Mesyuarat agung tahunan MCA pada tahun 2011 memutuskan bahawa pemimpin parti itu tidak akan menerima pelantikan kerajaan sekiranya ia kalah teruk dalam PRU13 .

mca cc meeting 050913 chua soi lekChua (kiri) dilaporkan berkata, dalam pertemuan kedua dan ketiga, Liow
bertanya kepadanya bila beliau (Chua) akan bersara dan memintanya (Chua) memberi tarikhnya supaya dia boleh mengambil alih sebagai presiden.

Menurut perlembagaan parti , apabila presiden berundur, timbalannya boleh mengambil jawatan itu tanpa menjadi pemangku presiden .

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kulim Semalam, Chua berkata beliau agak diam sejak lima bulan lalu kerana dia tidak mahu membangkitkan masalah parti secara terbuka dan kemudiannya mengambil keputusan mendedahkan perkara itu ekoran diserang bertubi-tubi oleh puak Liow.
Reaksi Liow
Sementara itu, dalam reaksinya, Liow membidas Chua, dengan mendakwa bahawa presiden MCA itu cuba mengalihkan perhatian daripada kes Tee.

Kenapa tukar tanda harga baru?


KUALA LUMPUR: “Bila ditanya, kenapa tukar tanda harga baru? Jawab mereka kerana ada kenaikan harga. Oh! Begitu cepat dan mendadak sekali,” kata Dr Azman Ibrahim (gambar).

Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Terengganu itu berkata, untuk mendapatkan kepastian, hari Jumaat 6 September semalam, beliau ke pasaraya yang dimaksudkan tersebut dan mendapati bahawa memang benar terdapat kenaikan harga barangan dan sungutan pelanggan boleh didengar dengan jelas.

“Apa mekanisma aduan yang diguna pakai kementerian dan menteri ini sehingga begitu mudah beliau membuat kesimpulan, tiada aduan kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga minyak?” tanya beliau sebagai respons kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Kenyataan beliau seperti di bawah.

"Tidak banyak aduan tentang kenaikan harga barang, contohnya di Wilayah Persekutuan, hanya 3 aduan yang kita terima," kata Menteri KPDNKK.

Saya sangat sangsi dengan ketepatan kenyataan menteri KPDNKK ini yang pernah mencadangkan, kalau harga ayam mahal, maka jangan makan ayam.

Buktinya, pada pagi khamis, 5 September kira-kira 2 hari lepas, seorang pengadu yang membeli belah di sebuah pasaraya  di bandar Kubang Kerian mengadu sambil memberikan maklumat kepada saya bahawa berdasarkan pemerhatiannya didapati di bahagian sudut barang-barang keperluan harian, pekerja-pekerja pasaraya tersebut sedang sibuk menukar tanda harga di sebahagian besar barang-barang keperluan harian seperti lauk pauk dan sayur-sayuran.

Bila ditanya, kenapa tukar tanda harga baru? Jawab mereka kerana ada kenaikan harga. Oh! Begitu cepat dan mendadak sekali...

PAU 2013: Mencabar Najib Bukan Lagi Suatu Keperluan, Tetapi Kewajipan

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kini membayangkan kemungkinan beliau bakal mencabar Najib bagi jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan pada 19 Oktober depan. Walaupun memberitahu bahawa beliau belum memutuskan perkara itu tetapi katanya, " hasrat itu ada tetapi belum ada keputusan lagi".

Namun katanya, segala-galanya akan terjawab pada hari pendaftaran pada 28 September nanti.

Sejak beberapa lama nama Tengku Razaleigh dan Muhyiddin Yassin telah menjadi sebutan sebagai pemimpin yang dikatakan akan mencabar kedudukan Najib bagi jawatan Presiden UMNO. Keadaan itu bukan saja berdasarkan keputusan pilihanraya yang menyaksikan BN lebih terperosok berbanding pilihanraya 2008 tetapi juga disebabkan pelbagai isu yang melingkari kepimpinan Najib.

Muhyiddin juga sehingga ini belum membuat keputusan rasmi tentang jawatan yang bakal ditandinginya tetapi besar kemungkinan hanya mengekalkan jawatan Timbalan Presidennya saja berikutan beliau dilihat hanya bergantung kepada kekuatan dan sokongan Mahathir semata-mata jika ingin mencabar Najib. Memandangkan Mahathir sudah membuat kenyataan mahu kedua-dua jawatan tertinggi itu dikekalkan, kekuatan Muhyiddin untuk mencabar Najib juga turut tidak berkembang.

Ini menjadikan hanya Tengku Razaleigh atau Ku Li yang tinggal sebagai satu-satunya pencabar Najib yang dirasakan sesuai.

Namun Ku Li, walaupun agak veteran, beliau ada kekuatannya yang tersendiri. Rekodnya yang sarat dengan pelbagai sumbangan dan kecemerlangan sebelum ini, imejnya yang bersih, peribadi yang terpuji dan keyakinan terhadap kemampuannya melakukan perubahan adalah sandaran yang selalu diperkatakan. Sejarahnya yang hanya kalah 43 undi ketika menentang Mahathir pada 1987 seringkali menjadi sebutan.

Jika beliau memutuskan untuk bertanding, ia adalah semata-mata untuk berkhidmat serta memperbaiki banyak kerosakan yang ada dalam UMNO sekarang dan tidak mahu melihat UMNO dan kerajaan terus terumbang-ambing di mata rakyat.

Walaupun belum pasti beliau akan mencabar Najib dan kita terpaksa menunggu sehingga 28 September ini untuk mengetahui kedudukan sebenarnya, sekurang-kurangnya bayangan yang diberi oleh Ku Li itu merupakan harapan kepada sebahagian orang yang kecewa melihat kepada apa yang berlaku kepada UMNO dan negara sekarang.

Baik di dalam UMNO mahupun rakyat biasa, kritikan kepada Najib kini semakin membesar. Jika sebelum pilihanraya, kritikan banyak terarah kepada pemborosan dan pembaziran isterinya, kepimpinan yang lemah, pendekatan yang merugikan Melayu, lebih memanjakan kaum Cina, rasuah, penyelewengan, ketelusan kerajaan dan sebagainya, keadaan ini nampaknya menjadi lebih parah lagi sekarang ini.

Obama tells nation that Syria is 'not another Iraq or Afghanistan'

Integriti pudar punca rasuah berleluasa


SUBANG JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu melahirkan kerisauan terhadap soal integriti dan juga etika dalam sistem pentadbiran di negara ini yang secara jelas jauh tersasar.

Katanya, soal integriti tidak lagi dipandang serius oleh pihak pentadbiran khususnya pemerintah dan juga parti-parti politik yang ada sekarang.

"Apabila nilai integriti dan etika tidak dapat dipupuk serta dijadikan amalan, maka gelaja rasuah serta penyelewengan terus berleluasa tanpa ada perasaan bersalah ataupun bertanggungjawab.

"Ini yang berlaku, nilai ini telah hilang dan kita dapat lihat isu rasuah mahupun penyelewengan terus meningkat tanpa dapat dibendung walaupun penguatkuasaan undang-undang dilakukan," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian penutup Forum Pengukuhan Integriti Politik 'Pemantapan Integriti Politik Negara : Isu dan Cabaran' anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat hari ini.

Dialog Terbuka: Anwar nafi wujudkan kerajaan perpaduan

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal apabila cadangannya untuk mengadakan dialog terbuka dengan kerajaan diputarbelitkan pemimpin Umno.

Anwar juga mengulangi pendirian dan menafikan bahawa dialog kebangsaan itu bukannya untuk membincangkan soal kerajaan perpaduan seperti mana yang dilakukan oleh sebilangan kecil bekas pemimpin Pas tidak lama dahulu.

"Dia (Khairy) tidak baca mesej merdeka saya, kenyataan saya hanya merujuk kepada hal itu (dialog).

"Saya hanya sentuh empat isu iaitu tadbir urus, jenayah, ekonomi dan hubungan kaum," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang mengatakan beberapa anggota Majlis Tertinggi Umno mempersoalkan cadangan dialog terbuka itu.

Pelajar jadi mangsa kegagalan pertingkat sokongan pembelajaran BI


Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Mohd Azmi Abdul Hamid
SHAH ALAM 7 SEPT : Pelajar Melayu dan luar bandar berisiko menjadi mangsa ketinggalan dalam arus pembangunan jika Kerajaan Pusat meneruskan dasar wajib lulus Bahasa Inggeris tanpa sistem sokongan pembelajaran yang berkesan.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata golongan itu tidak mempunyai sistem sokongan yang kuat kerana latar belakang keluarga yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai pertuturan seharian.
Kesannya, kata Azmi, pelajar yang lemah berbahasa Inggeris tidak memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti, lantas menjejaskan masa depan mereka.
“Jika ia diwajibkan maka ada pelajar yang sebahagiannya akan terpinggir kerana tidak memperolehi sijil SPM mereka,” kata beliau.
Azmi berkata Kerajaan Pusat perlu memastikan sistem sokongan dan prasarana dibina terlebih dahulu terutamanya dengan menyediakan jumlah guru Bahasa Inggeris terlatih yang secukupnya.

Anwar : Kerajaan Umno-BN harus pertingkat prasarana sebelum wajib lulus BI dalam SPM

anwar - MB
SHAH ALAM 7 SEPT : Kerajaan Umno-BN digesa mempertingkatkan prasarana pembelajaran Bahasa Inggeris yang mencukupi menjelang 2016 sebelum melaksanakan dasar wajib lulus matapelajaran itu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketiadaan kemudahan pembelajaran yang mencukupi terutamanya di kawasan luar bandar hanya menambahkan beban kepada pelajar dan pengajar.
“Wajib lulus dalam keadaan yang tidak sempurna antaranya dari segi mutu guru, kemudahan belajar dan kemudahan perpustakaan di sekolah-sekolah di desa termasuk di sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil. Dasar itu perlu diteliti terlebih dahulu,” jelas Anwar.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan subjek Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib SPM menjelang 2016 sempena pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
“Ini masalah Menteri dan pimpinan politik yang tidak mempunyai kesinambungan dengan realiti yang berlaku di bawah,” tegas Anwar.

Dialog Terbuka: Raja Nong Chik gesa BN terima saranan Anwar

Raja Nong Chik mahu BN terima tawaran Anwar. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 September, 2013.
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) agar menerima cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berunding bersama Pakatan Rakyat (PR) agar perbagai permasalahan dapat diselesaikan secara permuafakatan.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan itu menegaskan sekiranya parti Melayu lain seperti PAS ingin menyertai rundingan tersebut, maka cadangan itu perlu diambil kira oleh BN.
"Jika semua parti Melayu sedia duduk bersama untuk berbincang maka BN harus menyahut seruan perpaduan itu demi rakyat. Demi pihak majoriti yang ingin melihat kerjasama tersebut, BN harus menyahut seruan ini.

5 langkah jimat minyak kereta

Tahukah anda bahawa ada jalan untuk jimat minyak kereta tanpa kurangkan jarak dan kekerapa perjalanan sebagaimana biasa?

Semua orang yang ada kenderaan sendiri dah tahu yang harga minyak kereta naik. Tak ada pilihan lebih baik selain dari berusaha cari jalan untuk jimat minyak kereta.

Sebagai rakyat biasa kita tak ada kuasa untuk ubah keputusan kerajaan yang berpendapat masanya telah tiba untuk naikkan harga minyak. Sekarang harga Ron95 dan jadi RM2.10 seliter. Itu jenis minyak yang biasa kita guna sejak harga minyak asyik naik kebelakangan ini.

Apa yang kita boleh buat dalam menghadapi situasi ini adalah mengawal penggunaan petrol. Kita perlu jimat minyak kereta untuk jimatkan jumlah duit yang keluar.

Petua jimat

Berikut 5 langkah mudah untuk jimat minyak kereta:

    Buka boot kereta dan kosongkan – Ini langkah mula yang cukup mudah dan penting untuk kita laksanakan. Ada orang yang suka sumbat macam-macam benda di dalam boot keretanya. Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk teruskan aktiviti tersebut. Untuk jimat minyak kereta, anda mesti kurangkan beban yang dibawa oleh kereta tersebut. Jika sukar untuk kurangkan berat badan, maka kurangkanlah berat bebanan barang yang dibawa oleh kereta anda. Kotak barang, set golf, besi buruk dan lain-lain sila humbankan keluar dengan segera.

Rasuah punca minyak naik - Ku Li

KUALA LUMPUR: Bahang kenaikan harga minyak kini bukan sahaja dirasai pelbagai lapisan rakyat  malah turut mendapat reaksi negatif tokoh politik Umno.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipetik akhbar Sinar Harian, 7 September, mengecam kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Razak kerana gagal membendung gejala rasuah dalam pwntadbiran negara hingga menjejaskan rakyat.

Mengulas langkah kerajaan mengurangkan subsidi diesel dan Ron95 seperti diumumkan Perdana Menteri, 2 September lalu, bekas Menteri Kewangan itu sebaliknya mahu gejala rasuah yang menjadi masalah terbesar pentadbiran negara ditangani segera.

"Amalan rasuah begitu berleluasa di peringkat tertinggi dan melibatkan jumlah wang yang banyak. Akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban akibat daripadanya," tegas beliau.

Menurut bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 itu, kerajaan membiarkan rakyat bawahan membayar los tambahan akibat daripada kos projek yang terlalu mahal.

BERSIH: 'Bekas pengerusi SPR tak perlu jadi strategis politik'

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tidak sepatutnya meminta parti-parti politik mengeksploitasi kelemahan sistem pilihan raya, tetapi sebaliknya perlu memastikan sistem tersebut adil, kata BERSIH.

"Perkataan penting ( yang Abdul Rashid gunakan) ialah 'mengeksploitasi '. Sistem tersebut perlu adil kepada semua orang , ia tidak seharusnya menjadi persoalan mengeksploitasi kelemahan atau kekurangan," kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Andrew Khoo kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

election monitoring group pemantau  bersihKhoo (kanan) berkata demikian bagi mengulas komen Abdul Rashid
bahawa parti-parti politik tidak harus menyalahkan sempadan pilihan raya atas kekalahan mereka dan sebaliknya perlu mencari strategi untuk memanfaatkan sistem tersebut.

Pakatan Rakyat telah menyalahkan amalan persempadanan semula kawasan pilihanraya apabila hanya memperolehi 40 peratus daripada kerusi parlimen walaupun memenangi 51 peratus undi popular berbanding 47 peratus oleh BN.

Abdul Rashid dalam satu wawancara dengan Malaysiakini memetik kekangan undang-undang, persekitaran dan keadaan alam sekitar dalam proses persempadanan semula yang kali terakhir dilakukan pada tahun 2002 dan digunakan untuk pilihan raya umum 2013.

Khoo berkata beliau tidak percaya terdapat sebarang kekangan undang-undang dalam proses persempadanan semula yang adil dan walaupun kekangan " persekitaran dan alam sekitar" dalam bentuk tekanan politik, ia tidak seharusnya menjadi pertimbangan kepada sebuah badan bebas seperti SPR.

DAP: Senarai 30 kongsi gelap beri persepsi buruk kepada kaum India


Ahli Parlimen Batu Gajah V.Sivakumar (gambar) menyelar tindakan polis menyenaraikan nama 30 ketua kongsi gelap yang dikatakan mempunyai niat buruk untuk menghina dan mencemarkan imej kaum India di negara ini.
Beliau berkata nama yang didedahkan itu adalah 100 peratus terdiri daripada ketua kongsi gelap berbangsa India dan seakan bangsa lain tidak memimpin kumpulan kongsi gelap.
“Laporan media hari ini memberitahu pendedahan polis tentang ketua kongsi gelap dari kumpulan 04, 08 dan 36 mengikut kawasan di Semenanjung Malaysia.
“Ini mencemarkan nama baik kaum India negara ini kerana sengaja dikaitkan dengan kegiatan haram yang melampau.
“Laporan itu memberi gambaran negatif seolah-olah semua orang India adalah samseng kerana lebih kurang dua minggu lalu, 49 nama kongsi gelap didedahkan polis tetapi hanya 30 orang yang berbangsa India didedahkan menjadi ketua kumpulan kongsi gelap,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau turut mempersoalkan tindakan polis yang seakan mahu melindungi pihak tertentu dan hanya memburukkan nama baik kaum India.
Katanya, tindakan polis tidak adil, berbaur hasutan dan bermotif jahat ini akan memberi kesan negatif kepada imej dan sosio-ekonomi kaum India di Malaysia.

TG Nik Aziz jadi contoh integriti, Mat Sabu mahu ia merentas sempadan politik

Ketika penal forum Integriti mahu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijadikan contoh intergriti, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula mahu intergriti tidak dinilai daripada aspek perundangan sebaliknya ia memerlukan nilai etika individu yang tinggi, terutamanya pemimpin politik.

Mohamad menegaskan meskipun jumlah pemimpin pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) yang disabit bersalah atas kesalahan korup lebih kecil berbanding pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak semestinya mereka terlepas daripada melakukan kegiatan berkenaan.

"Tiada tangkapan bukan bermakna kita benar-benar bebas daripada rasuah... itu disebabkan kita belum memerintah," katanya dalam ucapan perasmian penutup forum Pengukuhan Integriti anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) di Universiti Taylor di Subang, di sini.

Tegas beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, apabila memperolehi kuasa memerintah, pemimpin pembangkang juga perlu dinilai dari aspek sama seperti mana pemimpin kerajaan sedia ada.

"Integriti itu menyeluruh. Kita dari parti Islam mesti mendahului perkara ini... hukuman ini kadang kala berlaku kesilapan teknikal kita boleh terlepas, tetapi tidak dari segi etika," katanya.

Ketika forum berlangsung, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Zakaria Jaafar, yang juga panel forum membentangkan statistik dalam tempoh 10 tahun sejak 2003 hingga Jun 2013, yang menyaksikan sejumlah 35 individu politik disabitkan kesalahan rasuah.

Naik Minyak: BR1M bukan penyelamat

Naik harga minyak bukan pendekatan terbik pembaharuan fiskal. Pada bulan Februari tahun ini, Perdana Menteri Najib Razak menyatakan bahawa harga RON95 akan dikekalkan walaupun harga minyak dunia meningkat.

Pada bulan April, Ismail Sabri Yaakob, bekas menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan bahawa “Petrol merupakan bahan asas yang utama dan jika kerajaan menaikkan harga minyak, ia akan mengakibatkan para peniaga menaikkan harga barangan dan membebankan rakyat.”

Pada bulan yang sama, Najib meyakinkan rakyat Malaysia bahawa subsidi akan diteruskan di bawah pentadbiran beliau di mana beliau akan memastikan kos kehidupan terkawal. Pada bulan Mei, Barisan Nasional menang dalam pilihanraya umum, namun janji yang dibuat sebelum ini telah dimungkiri.

Institut Rakyat berpendirian keputusan Barisan Nasional menaikkan harga minyak merupakan pendekatan “bertindak dahulu, menangani masalah kemudian” yang akan menimbulkan beberapa masalah:

1. BR1M bukan penyelamat golongan miskin

Jika niat membantu golongan yang berpendapatan RM3000 ke bawah adalah ikhlas, kenapa meletakkan hidup mereka dalam kesusahan akibat kenaikan harga minyak dan barang dalam tempoh sebelum Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) dilaksanakan?

BR1M Kan Adooo : Hanya 3 aduan kenaikan harga barang di KL berikutan harga minyak naik - Hassan

Tidak banyak aduan yang diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkaitan kenaikan harga barangan atau perkhidmatan ekoran kenaikan harga petrol RON95 dan diesel.

Menteri berkenaan Datuk Hasan Malek berkata, keadaan ini jelas membuktikan bahawa pengurangan subsidi bahan api itu yang diumum kerajaan sejak Selasa lalu tidak memberi implikasi besar terhadap kos operasi peniaga.

"Sehingga hari ini, aduan yang kita terima tidak banyak contohnya kalau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kita cuma terima tiga sahaja aduan mengenai kenaikan harga barang.

"Itu pun kita sudah hantar pegawai kita untuk memberi notis tunjuk sebab kepada mereka dan jika peniaga ini didapati sengaja menaikkan harga, mereka boleh dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Aidilfitri dan perasmian bangunan pejabat Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia, di sini hari ini.

Kakitangan kerajaan dilarang mengulas kenaikan harga minyak?



Arahan ni dikeluarkan oleh jabatan terbabit. Ini negara apa?

Polis tahan 4 aktivis R yang buat flash mob bantah naik harga minyak


Empat aktivis R yang ditahan polis kerana cuba membuat bantahan kenaikan harga minyak di Kota Bharu melalui flash mob hari ini. Gambar ihsan R
Polis menahan empat aktivis Royalti (R) yang membuat flash mob (bantahan senyap) bagi membantah kenaikan harga minyak tengah-tengah bandar Kota Bharu hari ini.
4 orang aktivis R yang ditangkap adalah Khairul Nizam Abd Ghani (Aduka Taruna), Mohd Rosdi Mat Zin, Hazmi Daud, Wan Muhyiddin Asyrafi Wan Baharuddin di bawah flyover hadapan KB Mall.
Mereka dibawa menaiki Black Maria ke IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa.
Flashmob diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak Ron 95, Ron 97 & Diesel dan mengutip sumbangan derma untuk membantu mangsa kebakaran di Lembah Sireh, Kota Bharu semalam.
Penahanan dilakukan sebelum program yang sepatutnya bermula jam 2.30 petang.
Menurut Pressiden R, Nazri Deraman, penahanan telah dibuat secara tergesa gesa tanpa perbincangan lanjutan dibuat.

A Samad Said cabar kerajaan BN ambil tindakan

“Siapa Perkasa?” soal Pak Samad


"Saya tidak terlibat," tetapi bagi Datuk A. Samad Said, beliau juga tidak mengiktiraf Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk mendengar tuntutan mereka agar beliau memulangkan kembali gelaran Sasterawan Negara.
Beliau yang lebih dikenali Pak Samad, mengulas dakwaan beberapa pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa beliau terlibat dalam mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dan seterusnya memperlekeh beliau.
Desakan Perkasa yang meminta beliau memulangkan sendiri gelaran sasterawan negaranya tidak diendahkan oleh Pak Samad.
Perkasa pada Khamis meminta Pak Samad memulangkan sendiri gelaran tersebut untuk membuktikan keikhlasannya sambil mengalu-alukan sekiranya kerajaan mahu menarik balik gelaran itu dari Pak Samad.
“Bapak tidak iktiraf Perkasa. Mereka yang hebohkan, mereka yang wajar bertindak,” jelas Pak Samad dalam satu kiriman pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

Selar Pak Samad, Muhyiddin cuba jadi hakim

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin BN lain menghentikan tindakan memangsakan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.

Guan Eng berkata, kenyataan terbaru Timbalan Perdana Menteri yang menyifatkan Pak Samad sebagai “tidak senonoh dan memalukan”, adalah cuba bertindak seperti pendakwa dan hakim.

"Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin harus hentikan pemangsaan oleh kerajaan Persekutuan terhadap Sasterawan Negara A Samad Said atas dakwaan mengkibarkan bendera Sang Saka Malaya pada ambang sambutan Hari Merdeka.

"Dengan menyelar Pak Samad Said sebagai “tidak senonoh dan memalukan”, Tan Sri Muhyiddin bertindak seperti pendakwa dan hakim," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi, adalah tidak wajar seorang sasterawan negara yang telah banyak benabur jasa dilayan sedemikian.

Pak Samad ujarnya, sepatutnya dijulang sebagai kebanggaan negara, namun sebabliknya seperti terdapat usaha terancang untuk memalukan dan memangsakan beliau.

Beliau turut menyelar kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabeery Cheek yang telah membuat ugutan untuk menarik balik anugerah Sasterawan Negara.

"Lebih memalukan lagi kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendakwa bahawa polis terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana Pak Samad seolah-olah bersembunyi daripada polis dan “telah balik secara senyap-senyap” selepas tengah malam.

Naik Minyak: Pemandu Teksi minta kerajaan kaji semula

Minta kerajaan kaji semula 
PETALING JAYA - Jawatankuasa Bertindak Teksi Selangor dan Wilayah Persekutuan mendesak kerajaan menimbang semula kenaikan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen kerana ia mampu memberi kesan buruk kepada pemandu teksi.

Pengerusinya, Amran Jan berkata, pemandu teksi turut menerima impak kenaikan harga petrol dan diesel yang dilihat amat tidak wajar kerana secara tidak langsung kos penyelenggaraan kenderaan akan meningkat.

Katanya, kos bagi penyelenggaraan teksi dijangka akan meningkat sebanyak 20 peratus berbanding harga sebelum ini ekoran kenaikan harga bahan api itu.

“Kos bagi alat ganti sememangnya akan meningkat dan keadaan ini akan membebankan pemandu teksi terutamanya di kawasan Lembah Klang, ini” katanya ketika sidang media yang diadakan di Stesen LRT Taman Bahagia, di sini semalam.

BR1M Kan Adoo : Flashmob ‘sokong’ kenaikan harga minyak tarik perhatian

‘Tahniah penyokong BN, kerana BN menang, harga minyak naik’, terpapar mesej pada satu kain rentang. 

SEREMBAN: Beratus-beratus pengguna jalanraya yang melalui Jalan Seremban–Tampin, ketika menghampiri Ibu Pejabat PKR Negeri Sembilan di Jalan Rahang lewat petang semalam, pada mulanya berasa pelik dengan kain rentang (banner) yang dipegang oleh lebih 10 ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan.
Ini ialah kerana dikala rakyat mengeluh atas kenaikan harga minyak, badan bukan kerajaan (NGO) ini pula nampak seolah-olah menyokong kenaikan harga minyak.
Namun setelah meneliti sejenak slogan-slogan yang terpapar pada kain rentang tersebut barulah pemandu kenderaan dan pengguna jalan
raya yang mula memahami maksud yang tersirat, membunyikan hon kenderaan mereka sebagai tanda sokongan kepada ‘flashmob’ tersebut.
Slogan-slogan yang terpapar dalam kain rentang tersebut ialah seperti ‘Bunyikan hon tanda syukur kepada BN atas kenaikan harga minyak’,  ‘Kami sokong harga minyak naik sebab kami isi kereta dan motor guna air’.
‘Terima kasih (kepada Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak kerana naikkan harga minyak’ dan ‘Tahniah penyokong BN, kerana BN menang, harga minyak naik’.
Takpoo……BR1M kan adoo
Sebuah kain rentang dalam loghat Negeri Sembilan turut menarik perhatian pengguna jalanraya.
‘Harga minyak naik, takpoo…BR1M kan adoo…duit kami botingkek-tingkek’.
Slogan tersebut bermaksud ‘Harga minyak naik, tidak mengapa…BR1M kan ada…duit kami bertingkat-tingkat’ (duit banyak menimbun-nimbun).

Dilema pengusaha stesen minyak Petron Malaysia..!!! Dilema Pengguna Minyak...???

Dilema pengusaha stesen minyak Petron Malaysia 
Hashim (dua, kanan) bersama ahli jawatankuasa PDAM dan pengusaha-pengusaha stesen minyak Petron ketika sidang media.
KUALA LUMPUR - Kira-kira 600 ahli pengusaha stesen minyak Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) kini dalam dilema apabila mendakwa terpaksa menanggung caj tambahan yang dikenakan syarikat minyak, ketika memperbaharui lesen untuk memperoleh bekalan bahan api itu.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman berkata, pihaknya menerima aduan daripada pengusaha stesen minyak itu yang tidak bersetuju dengan caj tambahan yang dikenakan, kerana tidak mendapat persetujuan dalam kalangan pengusaha dan kebenaran kerajaan.

Menurutnya, berikutan syarat telah ditetapkan, sebarang caj tambahan yang dikenakan sepatutnya perlu mendapat kelulusan kerajaan.

“Terdapat dua kes, di mana pengusaha stesen minyak dikenakan caj tambahan dan terpaksa tandatangan perjanjian untuk elak bekalan minyak dihentikan merujuk surat yang dihantar oleh pihak syarikat minyak.

Anwar : Kepimpinan Negara-Negara Islam Lemah


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita dengan kegagalan kepimpinan negara-negara Islam menyuarakan bantahan terhadap pembunuhan rakyat di Syria dan Mesir secara berkesan.
Beliau berkata rata-rata pemimpin termasuk di Malaysia mengambil pendekatan berdiam diri atau tidak bersungguh-sungguh membantu menyelesaikan konflik di negara-negara berkenaan.
pidator“Saya tanya Menteri Luar Turki (Ahmet Davutoglu) mengapa Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) tidak bersidang (membincangkan pembunuhan umat Islam). Dia jawab wakil sidang OIC ialah negara-negara Arab yang kebanyakannya menentang perjuangan rakyat,” kata Anwar.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan pidato khas sempena Himpunan Solidariti Kemanusiaan Mesir, Syria, Palestin, Rohingya, Bangladesh yang dianjurkan bersama Kerajaan Negeri di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi.
Anwar menceritakan pendapat tokoh ulama Islam dunia, Profesor Dr Yusuf Al Qardawi yang menyifatkan zaman ini merupakan zaman suram umat Islam kerana tidak ada pemimpin negara Islam yang berupaya bersuara.

MB Selangor : Solidariti Kemanusiaan Merentasi Perbezaan



SHAH ALAM 7 SEPTEMBER : Perbezaan bangsa dan budaya, kelainan pendapat dan fahaman politik tidak sewajarnya dijadikan penghalang untuk bersatu menentang kezaliman dan penindasan, tegas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata, semua pihak perlu mengenepikan perbezaan dan turut sama membincangkan jalan penyelesaian kepada masalah umat khususnya tragedi pembunuhan rakyat di Mesir, Syria dan Palestin.
MB“Solidariti adalah penjelmaan rasa prihatin dan sikap tidak mementingkan diri, yang menjamin wujudnya kesejahteraan bersama,” tegas Abdul Khalid, dalam ucapan beliau yang menekankan dasar mempertahan dan mengembalikan hak dan kemuliaan sebagai manusia.
“Hal yang berlaku di Syria, Mesir, Palestin dan Burma menunjukkan manusia semakin hilang kemanusiaannya. Nyawa manusia tidak bernilai lagi. Orang awam, lelaki, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa peluru, gas beracun dan senjata kimia,” katanya.
Abdul Khalid berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Solidariti Kemanusiaan yang dianjurkan bersama Kerajaan Negeri di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi.

Kayuhan Rakyat Mesir Serlah Solidariti Rakyat Malaysia


GOMBAK 7 SEPT : Program Kayuhan Rakyat Mesir dari Gombak ke Genting Sempah menyerlahkan semangat rakyat Malaysia khususnya golongan muda yang cintakan keamanan dan menolak kekejaman seperti yang berlaku di bumi Mesir ketika ini.
kayuhanProgram anjuran Alternative Cycle Club (ACC) Gombak dan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) disertai kira-kira 50 penunggang basikal bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Mesir yang kini berjuang mengembalikan keamanan di negara mereka ekoran penahanan Presiden, Dr Mohamed Morsi oleh pihak tentera diketuai Jeneral Fatah Al Sisi, pada awal Julai lalu.
Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan ketika melancarkan acara berkata, ini tanda kerbersamaan rakyat Malaysia dengan rakyat Mesir dalam susah dan senang.
“Ia ingin mengajak masyarakat bersama supaya menimbulkan kesedaran bahawa kita juga merasai kepahitan dialami rakyat Mesir,” katanya.

Mesir Berdarah: Bantahan berterusan, 2 terbunuh semalam


  
(Gambar himpunan 'Jumaat mempertahan revolusi' di beberapa wilayah seluruh Mesir semalam)

MESIR: Rakyat yang menyokong legitimasi semalam terus mengadakan himpunan besar-besaran di seluruh Mesir selepas solat Jumaat semalam sebagai usaha berterusan membantah rampasan kuasa oleh tentera di negara itu.

Dalam bantahan yang diadakan semalam, sekurang-kurangnya dua dilapor terkorban dan puluhan lagi cedera selepas berdepan samseng dan polis yang bertindak keras untuk menyuraihimpunan.

Saksi melaporkan berlaku pergelutan antara penyokong Morsi dan samseng dan polis di Delta Nil wilayah Damietta .

Sekurang-kurangnya seorang terbunuh selepas ditembak di kepala manakala tiga lagi cedera , kata saksi.

Di bandar pantai Alexandria, pertempuran berlaku selepas pro- Morsi memulakan perarakan dari Masjid Qaid Ibrahim.

Saksi mendakwa salaing berlaku balingan botol antara kedua-dua pihak menyebabkan ramai di kalangan pro-Morsi cedera.

Saksi juga mendakwa terdengar bunyi tembakan dan sumber perubatan berkata seorang telah terbunuh dan sekurang-kurangnya tujuh cedera dalam insiden itu.

Two killed in pro-Mursi protests in Egypt

Hutang PTPTN, Tanggungjawab Siapa?

Hisham: Why Sang Saka Malaya should be Malaysia's national flag

Obama to address nation about possible strike on Syria

US embassies prepare ahead of possible strikes

Anti-military protesters rally in Egypt

What happens if Congress says no to strikes on Syria?

What are the strategies the U.S. could use to strike Syria?

U.S. ships, soldiers, embassies at risk if Syria strikes?

Syria's chemical breakdown

Pak Samad, Sasterawan Rakyat

Sementara politikus dan polis bersuara, golongan sasterawan dan persatuan penulis pula memilih untuk membisu sahaja.

Nampaknya ramai yang sudah lupa akan kuasa sebenar yang ada pada golongan sasterawan sejati.
Tentu sahaja golongan penulis picisan dan golongan penulis tanpa tulang belakang yang hanya mementingkan urusan cari makan (“carma”) serta hanya tahu membodek golongan politikus tidak termasuk dalam kelompok yang saya maksudkan.
Negara sepatutnya berbangga kerana mempunyai sejumlah penerima Anugerah Sastera Negara yang diberikan gelaran Sasterawan Negara (SN). Pasti sahaja anugerah itu diberikan bukan kerana sasterawan berkenaan pandai membodek, tetapi kerana menghasilkan karya sastera bermutu.
Karya sastera yang bermutu pula pastilah bukan sekadar mengangung-agungkan pemerintah dan Badut Paul Lathic; sebaliknya bersuara mewakili orang ramai, masyarakat awam dan rakyat jelata.
Kalau kita meneliti sejarah silam negara, akan terbukti bagaimana golongan sasterawan – dan wartawan – menggunakan mata pena untuk memperjuangkan nasib kaum, agama, nusa dan bangsa. Mereka tidak memuji-muji dan memuja-muja pemerintah untuk mendapatkan kepingan roti atau cebisan tulang.
Apabila diperhatikan pada masa sekarang, satu-satunya SN yang lantang bersuara mewakili masyarakat, rakyat dan orang biasa dengan penuh berani ialah Datuk A Samad Said (Pak Samad). Kenyataan ini mungkin boleh dipertikaikan dan dibahaskan, tetapi tidak boleh dinafikan.
Tanyalah kepada sesiapa sahaja yang berfikiran rasional dan matang; mereka akan menyebut nama Pak Samad sebagai sasterawan yang berjiwa rakyat. Beliau berjiwa pejuang sejati tanpa mengharapkan “pulangan” dengan menyokong penguasa secara membuta.
Akibatnya, apa-apa sahaja yang dilakukan oleh Pak Samad dipandang serong oleh Badut Paul Lathic, konco-konco dan anjing-anjing belaan mereka. Perkara ini sedang berlaku secara amat nyata di depan mata. Salakan kedengaran di mana-mana; termasuk ruang siber.
Bersembunyi di pentas terbuka?
Terkini, Pak Samad ditahan pada tengah malam buta 3 September 2013 bagi soal siasat dan diambil keterangan berhubung tindakan individu tertentu mengibarkan bendera Sang Saka Malaya berdekatan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada malam kemerdekaan.
Sebelum ditahan, polis meminta Pak Samad menyerah diri dengan memberikan alasan kononnya pengarang novel “Salina” itu bersembunyi. Pak Samad menafikan dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, kononnya polis telah ke rumah beliau pada petang Selasa tetapi beliau tiada.
Pada 1 September 2013, Pak Samad yang juga Penasihat Agung Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) berada di pentas terbuka Galeri Shah Alam, Persiaran Tasik, Shah Alam seawal pukul 2:15 petang bagi menyertai acara “Baca Cerpen Kavyan: Sedekad Kemudian”.

Are the Malays going back to BN?

There is a vast difference between the Umno Malay and the Pakatan Malay.

The latest survey that concluded in mid-August revealed that the Malays have gone back to supporting Barisan Nasional.
According to Bukit Gantang MP Ustaz Idris Ahmad of PAS the main reason for the Malays deserting Pakatan Rakyat (PR) is due to the coalition’s short-sightedness.
The Malays view the BR1M financial aid as their great problem-solver and therefore threw their support behind BN, not realising that the ruling coalition will get back more than what was given out to the rakyat.
Prices of goods, food and other necessities continue to go up the whole year and BR1M will not be able to cover these increases as the aid is only given at the beginning of the year.
This sadly shows that many Malays just see the bulk amount of BR1M and thus they get influenced by BN.
However, PAS’ Shah Alam MP Khalid Samad has a different view. He said the Malay support was returning to BN due to their baseless fears when they see many Chinese voting for Pakatan.
Besides that, the Chinese have been unjustly portrayed as ungrateful to the government when they voted for Pakatan.
This is untrue as the Chinese merely showed their preference for Anwar Ibrahim over Najib Tun Razak because they view the opposition leader and Pakatan as having better ideas for good governance.
The Chinese know that only a Malay can be Prime Minister and by voting for Pakatan, they merely choose one leader over another.
All these just go to show that our nation is still divided along racial lines. It is the BN politicians who use the race card well and the fear of the Malays for the Chinese has opened up endless possibilities for Umno.
Although MCA and MIC also use the race card by harping that they do a lot to help their respective races, many can see that both the parties cannot really do much as they always have to toe the line and one word from big brother Umno will immediately drive them into absolute silence.
There is a vast difference between the Umno Malay and the Pakatan Malay.
The harsh reality

Peneroka Felda Palong 2 pertikai status 3 akaun KPF

Butiran kewangan tahun 2000 hingga 2013, termasuk bagaimana wang dibelanjakan dan dividen tidak pernah diumumkan. 

FELDA PALONG: Seramai 107 peneroka Felda Palong 2 mahu pihak pengurusan memberi penjelasan berhubung status tiga akaun pelaburan dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang melibatkan wang simpanan mereka.
Selain pihak pengurusan, mereka juga mahu Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) Felda Palong 2 menjelaskan perkara sama berhubung wang mereka yang dilabur dalam KPF.
Wakil peneroka, Awalludin Samah, 59, dari Blok 5, berkata terdapat tiga akaun tabung peneroka yang dilabur di dalam KPF.
“Akaun pertama ialah akaun JKKK yang mempunyai simpanan sebanyak RM193,733.51 setakat ini manakala akaun kedua ialah Tabung Ladang.
“Status tabung ini masih tidak diketahui sama ada masih beroperasi atau tidak. Simpanan dalam KPF setakat ini ialah sebanyak RM15,974.17.
“Akuan ketiga ialah Tabung Khairat Kematian yang mempunyai simpanan sebanyak RM15,239.83 dalam KPF sehingga kini,” jelas beliau.
Dividen tidak diumum
Bagaimanapun katanya, dari tahun 2000 hingga 2013, butiran kewangan termasuk bagaimana wang dalam ketiga-tiga akaun ini dibelanjakan dan berapakah jumlah dividen yang diterima tidak pernah diumumkan kepada 534 peneroka Felda Palong 2.
“Selama 13 tahun tidak pernah diadakan Mesyuarat Agung. Ke mana pergi dan bagaimana dividen ini dibelanjakan? Kami semua kabur berhubung perkara ini.
“Ada Ketua Blok yang hadir dalam mesyuarat Ketua-Ketua Blok dengan JKKK. Tetapi Ketua Blok sendiri tidak jelas tentang status kewangan ketiga-tiga akaun dalam KPF itu,” kata Awalludin.
Seorang lagi wakil peneroka, Dahlan Khatib, 61, berkata mereka tahu tentang jumlah terkini ketiga-tiga akaun KPF itu pun selepas mereka berpakat pergi beramai-ramai ke Ibu Pejabat KPF di Wisma Felda, Kuala Lumpur dan mendapatkan sendiri penyata kewangan ketiga-tiga akaun KPF tersebut.
“Selama 13 tahun membuat pelaburan, kami tidak pernah mendapat dividen dari ketiga-tiga akaun ini. Sekurang-kurangnya pengurusan Felda atau JKKK harus menjelaskan status akaun dan dividen akaun ini. JKKK tidak pernah membentangkan butiran terperinci ketiga-tiga akaun ini,” ujar Dahlan.
Mesyuarat Agung
FMT mendapatkan reaksi daripada pihak pengurusan Felda Palong 2, Kamarudin Hassan berhubung rasa tidak puas hati peneroka Felda terbabit.

Muktamar: Ulama perkukuh kedudukan dalam PAS?

Menantu Hadi dan anak Nik Aziz bakal diketengahkan oleh golongan ulama dalam PAS.

PETALING JAYA: Kumpulan ulama dalam PAS bakal memperkukuhkan kedudukan mereka di dalam barisan kepimpinan parti Islamik menerusi  ahli keluarga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut sumber dalaman parti, kumpulan ulama akan mengetengahkan iaitu Nik Abduh Nik Aziz untuk bertanding di dalam perebutan jawatan jawatankuasa kerja PAS Pusat.
Nik Abduh ialah timbalan ketua pemuda PAS dan turut sama menyokong ketua pemuda PAS Nasrudin Tantawi yang juga merupakan pemimpin pro-ulama.
Selain jawatan dalam PAS, Nik Abduh juga ialah ahli parlimen kali pertama Pasir Mas. Beliau mengalahkan penyandang kerusi tersebut, Datuk Ibrahim Ali dengan memperoleh 33,431 undi.
Ibrahim pula tersungkur dengan 25,384 undi.
Seorang lagi tokoh baru yang akan ditonjolkan ialah anak menantu Hadi Awang, Zaharuddin Muhammad yang disebut-sebut bakal bertanding untuk kedudukan di dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat.
Beliau menonjol ketika musim pilihanraya ke 13 yang dijalankan dalam bulan Mei lalu.
Zaharuddin dituduh oleh seorang blogger pro-PAS Tulang Besi sebagai punca berlakunya pertindihan calon Pakatan Rakyat di tiga kerusi DUN di Selangor iaitu Kota Damansara, Paya Jaras dan Taman Templer.
Tulang Besi mendedahkan bahawa Zaharuddin mendapatkan surat watikah yang ditandatangani oleh Hadi Awang meskipun surat watikah lazimnya ditandatangani oleh setiausaha PAS.
Zaharuddin juga ialah ahli Majlis Syura Ulama PAS yang dilantik pada tahun 2011 dan ialah ahli exco Pemuda PAS.

Kerajaan Malawi Jual Pesawat Kepresidenan Untuk Beri Makan Rakyat Lapar ......Kerajaan Malaysia Terus Cekik Rakyat Yang Lapar....!!!

 
Lilongwe, - Wow! Pemerintah Malawi menjual pesawat kepresidenan untuk memberi makan lebih dari 1 juta rakyatnya yang kelaparan. Dana yang diperoleh dari penjualan pesawat itu sebesar US$ 15 juta. Bahkan puluhan kereta mewah para menteri juga terpaksa dijual untuk menyokong program ini.

Presiden Joyce Banda menjadikan penjualan pesawat tersebut sebagai prioriti  pemerintahannya.

"Dana US$ 15 juta yang kami dapat dari penjualan jet kepresidenan akan digunakan untuk membeli jagung tempatan untuk membantu memberi makan rakyat yang menderita, dan sebagian lagi digunakan untuk produksi kacang-kacangan," kata juru cakap Kementerian Kewangan Malawi Nations Msowoya seperti dilansir The Nation, Jumaat (6/9/2013).

Penjualan pesawat ke perusahaan Virgin Islands, Bohnox Enterprise itu telah diumumkan Mei lalu. Jet mewah itu memang cukup menguras kas negara. Sebabnya, biaya pemeliharaan dan asuransinya mencapai US$ 300 ribu se tahun.

Tanda Putera bukan 100% sejarah tapi propaganda

KUALA LUMPUR: Tanda Putera merupakan filem yang mempunyai unsur sejarah, tetapi tidak memaparkan sejarah secara keseluruhan, kata Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam.

Bagaimanapun beliau berkata, sama ada bersetuju atau tidak dengan fakta yang dikemukakan dalam filem tersebut, masyarakat harus menyokong usaha penerbitan filem yang mengangkat nilai sejarah dan memartabatkan akal manusia.

"Nak kata (Tanda Putera) sejarah seratus-peratus pun salah, tiga suku sejarah pun susah nak sebut tapi dia ada nilai sejarah dan kita kena sokong filem yang macam ini daripada filem-filem komedi, hantu, yang aksi mengada-ngada.

"Kita tak suka tafsiran Tanda Putera itu soal lain. Saya sendiri pun tak setuju tapi kita kena sokong filem yang mengangkat martabat akal kita, tidaklah setiap kali buka tv setiap kali itulah kita rasa diperbodoh," katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum 'Tanda Putera: Sejarah atau Fitnah?' di Restoran Nasi Kandar Pelita, dekat sini malam tadi.

Forum anjuran bersama Universiti Terbuka Anak Muda dan Sekolah Pemikiran Asy-Syatibi itu turut menampilkan dua lagi ahli panel iaitu Editor Dewan Sastera dan pengkritik filem, Fadli Al-Akiti dan anak kepada Allahyarham Tun Dr Ismail, Tawfik Tun Dr Ismail.

Mengulas lanjut, Muhaimin berkata, filem sejarah tidak akan menjadi filem yang benar-benar memaparkan sejarah sebaliknya merupakan propaganda dan menjadi medium untuk penonton menyokong pihak yang membikin sesuatu filem.

Namun katanya, sebagai orang yang berakal, masyarakat seharusnya tidak bimbang dengan agenda yang dibawa penerbit filem kerana tidak semua fakta dalam filem atau dari buku akan diterima.

Berita Sedih Buat Warga Pendidik Dan Pelajar Melayu Islam

Ramai pelajar yang gagal SPM nanti gara-gara gagal subjek Bahasa Inggeris jadi subjek wajib lulus terutamanya pelajar melayu. Akhirnya pelajar melayu yang bakal terpinggir.

Kenapa subjek Agama Islam tidak di jadikan subjek wajib lulus SPM, bukankah itu lebih bagus. dulu subjek Pendidikan Islam jadi mata pelajaran pilihan bersama Pendidikan Seni.

Betapa rendahnya kesedaran beragama di kalangan pemimpin Umno. Dan akibatnya gejala jenayah dan sosial di kalangan rakyat makin meningkat.

    Bahasa Inggeris Subjek Wajib Lulus SPM 2016

Bahasa Inggeris akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang 2016. Pengumuman itu dibuat Menteri Pendidikan,Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) sempena pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di Kuala Lumpur hari ini.

Naik Minyak: Upah hantar gas lonjak RM1

Ipoh: “Harga petrol naik hanya 20 sen, tetapi harga penghantaran tong gas memasak naik mendadak sehingga RM1 untuk sekali penghantaran,” keluh peniaga makanan, Salmah Hashim, 40, berhubung kenaikan harga penghantaran bahan api itu di sekitar bandar raya ini sejak kelmarin.

Menurut Salmah, harga penghantaran gas memasak didapati naik mendadak sejurus kenaikan harga minyak diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2 September lalu.


“Harga bagi satu tong gas seberat 12 kilogram (kg) adalah RM25.50, manakala 14 kg pula RM29.50. Ini tidak dikira bersama kos penghantaran yang dinaikkan sehingga RM1 bagi satu penghantaran walaupun di kawasan berdekatan,” katanya ketika ditemui di premis makanannya di Pasar Besar Ipoh, di sini, semalam.

Clashes Erupt in Alexandria

Syrians brace for possible US airstrikes

U.S. tightens embassy security in Lebanon and Turkey, warns Americans

U.S. envoy to U.N. says Syria's Assad barely dented chemical weapons stockpile

Syria crisis creates two million refugees

G20 ends with no consensus on Syria

Voters vent frustrations over Syria

Strikes on Syria if Congress votes no?

High Stakes in Congress on Syria

If Congress says no on Syria, then what?