Jumaat, 6 September 2013

MUKTAMAR: SIAPA PRESIDEN, TIMBALAN DAN NAIB PRESIDEN PAS YANG BARU?

Teka-teki tentang siapa Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS yang baru selepas Muktama PAS Pusat November ini. September ini PAS di peringkat kawasan (Parlimen) akan mula menjalankan mesyuarat agung masing-masing di mana semasa atau selepas mesyuarat agung mereka akan membuat pencalonan untuk semua jawatan dalam parti.

Setakat ini tidak nampak berlakunya lobi-melobi dan kempen yang hebat sebagaimana yang berlaku dalam Umno. Malah tidak ada seorang pun pemimpin PAS yang mengumumkan untuk menawarkan diri bertanding apa-apa jawatan tidak seperti yang berlaku di dalam Umno. Siang-siang lagi pemimpin mereka samada yang mempertahankan jawatan atau yang tergila-gila kepada jawatan mengumumkan hajat dan nafsu masing-masing. Setakat ini hanya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sahaja yang tidak ada orang yang menawarkan diri, jawatan lain berlumba-lumba mereka 'menjual' diri perasan mereka layak untuk jawatan-jawatan tertentu.

Berbeza dengan PAS setakat ini tidak ada seorang pemimpin pun yang 'declare' untuk bertanding apa-apa jawatan ...........

Syria Dakwa Perang Dunia III Meletus Jika Amerika Menyerangnya

Panel Senat bersepakat memberi kuasa penuh kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menggunakan kekerasan terhadap Syria.

Media tempatan melaporkan, keputusan itu diperoleh selepas 18 ahli Jawatankuasa Hubungan Luar Senat mengundi dengan 10 - 7 manakala seorang senator hanya memilih sebagai hadir.

Resolusi membenarkan pentadbiran Obama melancarkan serangan tentera ke atas Syria akan memasuki fasa akhir sebelum kedua-dua dewan Kongres melakukan undian akhir minggu depan.

Menurut resolusi itu, tindakan ketenteraan melibatkan misi tentera darat mesti tidak melebihi 90 hari.

Kali terakhir Kongres melakukan undian adalah semasa pemerintahan bekas Presiden George W Bush ketika keputusan menyerang Iraq pada Oktober 2002.

Sementara itu, kerajaan Syria melaporkan, sekiranya peperangan ini tercetus maka ia disifatkan sebagai Perang Dunia ke tiga.

Timbalan Menteri Luar Faisal Muqdad menegaskan, Syria mengambil langkah agresif untuk melakukan serang balas.

“Tentera kami tidak takut dan tidak akan mengalah, walaupun perang dunia ketiga meletus,” katanya dalam laporan Al Jazeera.

TGNA | Kuliah Jumaat 6 Sept 2013

Ustaz Nassuruddin Daud | Kuliah Jumaat 6 Sept 2013

Kick out corruption to mend the economy, Ku Li tells Najib

Berkecuali: Najib perlu jelas pendirian

AS: Jangan guna alasan senjata kimia serang Syria

Pemuda dan Pemandu Teksi protest harga minyak naik

NGO desak kerajaan BN batal hasrat potong subsidi Minyak

Minyak naik, RM jatuh, rakyat miskin

Al Jazeera's correspondent reports from Cairo

Rizab BNM RM428.1 bilion setakat 30 Ogos 2013

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM428.1 bilion atau US$134.8 bilion pada 30 Ogos, 2013.
  
Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.3 bulan import tertangguh dan ialah 3.7 kali hutang luar negeri jangka pendek. - Bernama

Muktamar: Nik Aziz mahu Hadi kekal Presiden PAS

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden Pas dalam Muktamar Tahunan Pas kali ke-59, November  ini, sekali gus memberi signal kepada perwakilan supaya jawatan itu tidak dipertandingkan.

Dalam masa yang sama beliau menyerahkan kepada ahli Pas untuk  memilih calon Timbalan Presiden yang kini disandang Mohamad Sabu, namun menegaskan ia perlu diangkat dari golongan ulama.

“Saya berdoa dan minta Haji Hadi yang banyak pengalaman dan ilmu, kalau boleh, biar dia teruskan jadi Presiden, tetapi timbalan atas undi dan tentulah saya nak orang ulama jadi timbalan beliau,”katanya selepas kuliah mingguan di Dataran Ilmu,  disini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan portal berita yang memetik twitter Yang Dipertua Pas Padang Serai, Fauzi Tahir mahu menawarkan diri bagi mencabar Abdul Hadi merebut jawatan nombor satu itu pada muktamar kali ini.

Fauzi berkata, penawarannya itu bukan ingin berlawan atau mencabar Abdul Hadi tetapi adalah untuk menguji ahli Pas seluruh Malaysia tentang kefahaman mereka terhadap perlembagaan parti.

Nik Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan itu mengakui mempunyai calon pilihan sebagai timbalan presiden,  namun tidak mahu mendedahkan sebaliknya menyerahkan kepada ahli Pas untuk membuat keputusan terbaik.

Penduduk luar bandar Selangor akan dapat nafas baru, kata Saifuddin

Penduduk kawasan luar bandar di Selangor akan mendapat nafas baru ekoran tindakan kerajaan negeri memberikan tumpuan khas dalam membangunkan mereka.

Tumpuan utama adalah untuk mendekatkan jurang antara mereka dengan penduduk bandar dan pinggir bandar di negeri yang paling maju di negara ini sekarang.

"Selepas dua bulan menjadi tugas saya untuk mempastikan usaha ini mula dilihat dan dirasai oleh rakyat negeri ini," kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar), orang yang ditugaskan khas untuk menjayakan tugas ini oleh kerajaan negeri Selangor.

Saifuddin, Setiausaha Agung PKR, dilantik menjadi Ketua Staff Pejabat Menteri Besar Selangor Julai lalu.

Tugas khas yang diamanahkan kepada beliau oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah melaksanakan pembangunan luar bandar.

Dalam pilihan raya umum 2013 lalu, Pakatan Rakyat (PR) kalah di lima kerusi Parlimen di Selangor yang kesemuanya adalah kerusi luar bandar dan tidak dicapai oleh internet secara meluas.

Kawasan itu adalah Tanjung Karang, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Sabak Bernam dan Sungai Besar.

Kesemua kerusi ini terletak di utara Selangor yang juga dikenali sebagai Anjung Utara Selangor.

Nurul Izzah: PDRM jangan ulangi sikap kuku besi

SHAH ALAM - "Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus bersikap terbuka dan jangan ulangi langkah kuku besi," demikian reaksi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkenaan kes penahanan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Menurut Nurul Izzah, PDRM perlu menyatakan perubahan dalam prosedur supaya penjenayah berat yang sepatutnya didahulukan siasatan dan diberi lebih tumpuan berbanding kes Sasterawan Negara itu.

“Bagi saya PDRM harus terbuka dalam hal ini (penahanan Samad).

“Sepatutnya penjenayah berat yang didahulukan siasatannya,” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online hari ini.

Dalam nada sama, Nurul Izzah turut menegaskan PDRM harus bersikap adil dalam menangani sesuatu kes tanpa mengira kepentingan pihak tertentu demi menjaga nama baik PDRM dan golongan-golongan tertentu.

“Jangan dizalimi mana-mana suspek sekalipun, semua orang sepatutnya diadili dengan betul.

“Jangan  hanya semata-mata untuk menjaga nama baik dan kredibiliti PDRM, sehingga berlaku kezaliman terhadap seseorang yang tidak bersalah,” tegasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, senada dengan Nurul Izzah, mahu PDRM memberi tumpuan membanteras jenayah yang menggangu gugat keselamatan rakyat terlebih dahulu, berbanding memburu Samad.

PPPM:Murid Bertaraf Dunia..!!!

KUALA LUMPUR – Murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran bertaraf dunia, nilai moral yang tinggi serta berupaya bersaing dengan rakan sebaya dari negara lain merupakan antara impak daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Menurut pelan itu yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan, impak yang didapati daripada murid ialah golongan ini akan belajar dalam persekitaran yang mempunyai kepercayaan asas bahawa semua murid boleh belajar dan boleh berjaya selain mempunyai lebih hak bersuara dalam membentuk pengalaman mereka.

“Murid juga akan mempunyai pembelajaran yang kaya dari segi akademik dan bukan akademik kerana lebih banyak projek dan tugasan berkumpulan dilakukan bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid serta keupayaan untuk bekerja secara individu dan berkumpulan,” menurut pelan berkenaan.

Menurut pelan itu dari sudut kesannya kepada guru, golongan ini akan menikmati laluan kerjaya yang lebih baik serta proses penilaian yang telus dan adil serta berkait dengan keupayaan dan prestasi yang relevan.

“Guru akan mendapat sokongan yang diperlukan untuk berjaya dan menikmati persekitaran kerja yang lebih sesuai, ganjaran berasaskan prestasi dan laluan kerjaya yang lebih baik serta didedahkan dengan budaya kerjasama dan kecemerlangan profesional,” jelas laporan itu.

SEGERA: Berikut Nama-nama ‘Kepala’ Geng 04, 08 Dan 36


SEGERA: Berikut Nama 'Kepala' Geng 04, 08 Dan 36

KDN mendedahkan nama ‘kepala’ tiga kumpulan kongsi gelap iaitu 04, 08 dan 36 masih aktif di kawasan masing-masing.
Kumpulan 04 yang turut dikenali sebagai Tiram Sasi di Johor, Sungai Way Sugu (K.L), Green Line Samy (Pulau Pinang), Prai Bala (Pulau Pinang) dan Langkap Sasi (Perak dipercayai terlibat dalam kes tembak di Kampar Perak melibatkan anak dan bapa), Selvam (Batu Gajah) yang dipercayai mempunyai kelab 04 di Taman Perdana Batu Gajah, Ragu (Ayer Tawar), Sudha (Sitiawan).
Kumpulan 08 juga dikenali sebagai Indren di Pulau Pinang, Jiva (Pulau Pinang), Dark (KL), Siva Guru (Kuala Lumpur), Muthu (Ipoh), Skey (Johor), Shoby (Kuala Lumpur) dan Gobi (Kuala Lumpur).
Kumpulan 36 dikenali sebagai Cendol Kanna (Kuala Lumpur), Ratenan (Kuala Lumpur), Devan (`kepala’ 36 Kuala Lumpur yang juga jutawan dan pembekal dadah), Kajang Balan (Kajang dan orang kanan bagi Devan), Seremban Denial (Seremban), Pelai (Taiping yang terlibat dalam kes tembak di Relau melibatkan seorang lelaki yang pernah ditahan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas dari Taiping berpunca daripada masalah dadah dan sama kumpulan dengan bekas tentera ditembak sebelum ini).
Nama ‘kepala’ lain, M.G Buntong (Perak), Satia (Perak), Kajang Kalai (Kajang diperrcayai orang rapat dengan Devan), Santhanem (Kuala Lumpur), Ulu Tiram Api (Johor Baharu), Rama (Johor Baharu), Sadam (Butterworth), Satish (Butterworth), Arvin (Kulim), Avi @ Avinash (Kulim dan Kuala Lumpur) dan Alavanthan (Kulim).
Ops Cantas Khas bermula 17 Ogos lepas bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit jenayah berat di seluruh negara setelah jenayah keganasan melibatkan pembunuhan, rompakan, rogol dan pergaduhan dilaporkan meningkat termasuk pembunuhan dan cubaan bunuh golongan berprofil tinggi.
KDN sebelum ini mengharamkan 49 kongsi gelap yang menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, membunuh, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara. — BERNAMA

Tinjauan Kesan Kenaikan Harga Minyak Terhadap Rakyat Oleh Kerajaan BN

Penyamun politik curi wang negara RM51 bilion setahun, apa kerajaan UMNO@BN buat..!!

 
GEORGE TOWN,: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, hanya dengan melaksanakan tender terbuka yang berdaya saing dan menentang rasuah negara akan dapat menjimatkan wang sebanyak RM51 bilion setiap tahun.
lge-pp Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga boleh meyakinkan orang ramai akan keikhlasan beliau dan keperluan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter untuk menjimatkan kos subsidi tahunan sebanyak RM3.3 bilion.
Beliau berkata, tanpa langkah yang menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap rasuah, orang ramai akan dengan mudah mempertikaikan keikhlasan kerajaan dan melihat tuntutan untuk mengurangkan kos sebagai palsu.
“Mengapa rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah, perlu menanggung penderitaan membayar RM3.3 bilion setahun kerana peningkatan harga petrol jika tiada tindakan diambil terhadap penyamun politik yang mencuri RM51 bilion setiap tahun daripada wang negara,” katanya ketika berucap kepada Diaspora Pulau Pinang di Hong Kong, yang diterbitkan di Komtar, semalam.
lge pasar  
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, berdasarkan pengalaman tanggungjawab fiskal dan memerangi rasuah oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang dan Selangor, sekurang-kurangnya penjimatan 25% setahun boleh dicapai daripada kontrak perolehan kerajaan.
“Lebihan bajet tahunan di Pulau Pinang, peningkatan rizab aset sebanyak 50% dan pengurangan hutang kerajaan negeri Pulau Pinang dengan rekod 95% membuktikan keberkesanan langkah integriti daripada tender terbuka yang berdaya saing kepada pengisytiharan aset awam.
“Dengan anggaran RM201 billion kontrak perolehan Kerajaan Persekutuan setiap tahun, penjimatan minimum 25% akan berjumlah RM51 bilion.
“Mengapa kerajaan Persekutuan BN bersikap berkira pada satu sisi tetapi membenarkan pembaziran yang besar pada sisi lain dengan tidak memberi tumpuan kepada potensi penjimatan RM51 bilion yang memberi manfaat kepada hanya beberapa kroni kaya dan bukannya memaksa 28 juta rakyat Malaysia menanggung RM3.3 bilion daripada kenaikan harga petrol,” tambahnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, bukan sahaja Kerajaan Persekutuan gagal melaksanakan logik mudah ini, sebaliknya mereka cuba mengalihkan perhatian daripada kesimpulan yang tidak dapat dielakkan dengan memainkan isu perkauman, sentimen agama dan pelampau.

Pengkhianat Negara: Dakwaan penipuan 6P kaitkan orang dalam k'jaan BN




Ketika ribuan pekerja asing ditahan, ratusan aduan pula timbul berhubung dakwaan penipuan bernilai jutaan ringgit dalam program pemutihan pekerja asing 6P.

Oleh kerana mangsa penipuan dibekalkan dengan salinan dokumen daripada Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri, ia dibimbangi melibatkan orang dalam kerajaan.

NONELaporan polis yang dibuat pada bulan lalu mendakwa, seorang agen sahaja mampu meraih lebih RM100,000 daripada sekumpulan 26 orang pekerja asing.

Bagaimanapun, pekerja yang diwawancara Malaysiakini-yang enggan namanya disebut-mendakwa, ia sebenarnya hanya sebahagian kecil daripada masalah yang lebih besar.

Mereka mendakwa, terdapat agen menipu kira-kira 200 pekerja asing sekitar kawasan Pudu, Kuala Lumpur sahaja.

Tenaganita, NGO yang beroperasi di Petaling Jaya mendakwa, seramai 690 orang pekerja asing melaporkan mereka ditipu oleh pelbagai agen 6P.

Bayaran RM4,000, pasport disimpan
Menurut laporan polis, agen mengenakan bayaran sekitar RM4,000 untuk setiap pekerja untuk mendaftar melalui program pemutihan itu.

Antara mereka, seorang pekerja asing wanita yang berkahwin dengan rakyat Malaysia-yang tidak termasuk dalam senarai agen sah kementerian-dilaporkan turut menyimpan pasport original pekerja yang mendaftar dengannya.

NONEEkoran kurang pendidikan dan tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeris-serta status baru tanpa dokumen-hanya 10 peratus tampil membuat laporan polis berhubung kesulitan mereka itu.

Pengarah Program Tenaganita Glorene Dass berkata, terdapat kemungkinan ribuan pekerja terjejas dengan penipuan agen, tetapi masih kurang jelas berapa yang ditahan dalam operasi yang sedang berjalan.

"Apabila mereka melaporkan kepada kami, kami berikan surat supaya mereka dapat tunjukkan kepada imigresen jika ditangkap.

"Dalam surat itu, kami minta pihak imigresen hubungi kami jika mereka ditahan kerana mereka sudah mengadu ditipu.

PAU 2013: Musim pemimpin Umno berlumba-lumba menunjuk baik

Dalam ribut-ribut orang bercakap mengenai harga minyak dan langkah kerajaan menaikkan harganya yang dilihat hanya membebankan rakyat, Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein mengejutkan banyak pihak apabila memberi reaksi cukup pantas terhadap cadangan pemotongan elaun minyak untuk menteri dan pegawai tinggi kerajaan.

Idea pemotongan elaun itu pada mulanya dicadangkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sebagai menunjukkan para menteri turut menghayati langkah berjimat cermat kerajaan. Ia kemudian turut disokong oleh Perkasa dan pelbagai pihak lain turut juga menyambut baik cadangan itu.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno merupakan menteri pertama dan satu-satunya anggota kabinet Najib yang memberi reaksi positif terhadap cadangan itu setakat ini.

"Baik potong elaun saya sekarang kalau itu boleh bantu kukuhkan ekonomi, saya tidak teragak-agak dan sanggup lakukannya", demikian lebih kurang kata-kata yang diucapkan oleh Hishammuddin.

Baik betul ada pemimpin macam Hisham ni, walaupun anak bangsawan dia memahami derita rakyat, kata seorang ahli jawatankasa bahagian memberi komen tentang kemuliaan hati yang dilihatnya daripada kesediaan Hishammuddin itu.

Bukankah dia asyik bagi amaran saja sebelum ini, kata seorang teman yang lain.

Ini musim pemilihan, semua pemimpin kena tunjuk baik dan berjiwa rakyat, selalunya begitulah. Ada makna semua tu, pintas seorang ketua cawangan yang agak veteran menjelaskan kepada rakan-rakannya.

Mereka kemudian ketawa berdekah-dekah dan perbualan seterusnya meleret kepada pelbagai lagi karenah pemimpin yang cuba menunjuk baik yang mereka ketahui, bukan saja di musim pemilihan kali ini tetapi juga di musim-musim pemilihan sebelumnya.

Sementara idea pemotongan elaun minyak ini disanggah oleh seorang lagi menteri iaitu Nazri Aziz, bahkan menyifatkannya sebagai idea bodoh, Hishammuddin sebaliknya menunjukkan sikap baik dan budiman dalam hal ini.

Nazri tidak bertanding apa-apa jawatan dalam MT, bolehlah cakap begitu. Hisham pula perlukan undi, ketua cawangan veteran tadi menghuraikan dengan ringkas perbezaan kepentingan antara Hishammuddin dan Nazri Aziz. Mereka kemudian ketawa lagi dan gelihati apabila mengenangkan begini rupanya wajah pemimpin semata-mata untuk mendapatkan undi.

Dedah bagaimana hasil Petronas dibelanjakan

KUALA LUMPUR: Kerajaan  pimpinan Dato’ Seri Najib Razak disaran meminda Akta  Pembangunan Petroleum 1974 untuk menjadikan syarikat minyak negara Petronas  bertanggungjawab kepada Parlimen dan bukan sekadar bertanggungjawab kepada Perdana  Menteri.



Langkah ini penting bagi menjamin ketelusan tadbir urus kewangan kerajaan dan  syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu di samping  mempertahankan kepentingan Petronas daripada  terus 'diperah' oleh kerajaan dengan dipaksa menyerahkan keuntungannya tanpa  ketelusan, malah dapat menjawab persoalan mengapa harga runcit petrol tidak  diturunkan apabila harga minyak mentah di pasaran antarabangsa mencatat kenaikan.



Gesaan ini dibuat sebuah badan pemikir bebas, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dalam kenyataan media dikeluarkan Pengarah Eksekutif Kajian Politiknya, Ooi Heng.



Menurut Oii, Najib ketika merasmikan Seminar Minyak dan Gas Asia 2013 (AOGC) di Pusat  Konvensyen Kuala Lumpur, 10 Jun lalu mengakui industri minyak dan gas menyumbang  lebih 40 peratus kepada pendapatan negara.

Malah Petronas dijangka menjana RM131.4 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK).



Bagaimanapun pada 27 Ogos lalu, syarikat minyak itu mengumumkan bayaran dividen RM27  bilion kepada kerajaan bagi 2013, susut RM3 bilion berbanding tahun lalu.

Minyak naik, rumah jadi mahal tapi subsidi kroni tak dipotong

SHAH ALAM 6 SEPT: Kenaikan harga rumah yang heboh di kalangan rakyat, adalah rentetan kesempitan rakyat yang bertambah selepas kenaikan harga minyak, kata Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Pandan itu, berkata pasti pembekal bahan binaan dan pemaju terpaksa mengambil langkah menaikkan harga rumah, selain faktor pertambahan kos tenaga buruh.

Beliau juga percaya ada syarikat yang menaikkan harga demi kelangsungan perniagaan ataupun ‘tumpang sekaki’ mengambil kesempatan.

The Star yang memetik Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Datuk Seri Michael Yam Kong Choy, melaporkan peningkatan harga minyak dijangka turut menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus.

Bagi mengelak masalah itu, Rafizi berkata, kerajaan perlu memotong subsidi kepada syarikat kroni sebelum meletakkan beban kewangan itu kepada rakyat.

Blogger Umno gelar Najib “sewel”

Menjelang perhimpunan agung Umno tidak lama lagi, serangan atas Datuk Seri Najib Razak (gambar) semakin ketara oleh para blogger Umno sehingga ada yang menggelarkannya sebagai “sewel”.

Syed Akbar Ali melalui blognya, OutSyed The Box, menggunakan nama Datuk “Sewel” Najib Tun Razak merujuk kepada presiden Umno itu.

Menurut kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sewel bermaksud tidak begitu waras atau tidak siuman.

Serangan Syed Akbar dalam tulisannya bertajuk “The PM's Screwup Team - Senarai Pegawai Pemandu, Bersih Supporters Etc" itu disiarkan juga di blog Rocky Bru, milik Datuk Ahirudin Atan, blogger yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kedua-dua mereka sepakat pembentukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), badan yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau pelaksanaan polisi kerajaan, adalah membazirkan wang negara.

Mereka memaparkan bagaimana staf-staf Pemandu diberikan gaji tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan lain yang jauh lebih lama bertugas dari mereka.

Selain itu, mereka mempertikaikan gaji tinggi diberikan kepada staf Pemandu walaupun mereka gagal dalam memacukan ekonomi hingga keadaan ekonomi negara semakin teruk yang menyebabkan kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter baru-baru ini.

Menurut Ahirudin, sejak ditubuhkan, Pemandu tidak disenangi oleh para blogger pro-Barisan Nasional (BN).

Secara sulit, para menteri di dalam Kabinet Najib sendiri juga tidak senang dengan Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mengetuai Pemandu, kata Ahirudin bekas pengarang di beberapa akhbar pro-BN.

Hishamuddin Rais: IGP buat lawak pagi hari

Aktivis politik Hishamuddin Rais menyindir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendakwa Sasterawan Negara Datuk A Samad Said "menyorok dan menyelinap" sebelum beliau ditahan oleh polis.

Sambil ketawa sinis, Hishamuddin yang juga bekas tahanan ISA menyifatkan Khalid sebagai "seorang yang pandai membuat lawak" waktu pagi, berhubung kenyataannya mengenai pencarian dan penahanan A Samad.

NONE"Pagi-pagi lagi, (beliau) kata Pak Samad menyorok. Rasa saya, Pak Samad nak menyorok dekat mana, umurnya sudah 80 tahun. Dia bukan ada ilmu ghaib. Jadi lawak. Bagus juga buat lawak sekali-sekali. IGP ini seorang yang pandai buat lawak," kata Hishamuddin sinis (atas).

"Tadi (kelmarin) saya baca lagi, dia buat lawak lagi. Masa tu Pak Samad nak menyelinap masuk. Nak menyelinap masuk macam mana, dia buka kunci. Tak munasabah. Rumah dia juga naik lif. Tak munasabah," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam.

Beliau menjawab soalan berhubung penahanan A Samad yang juga pengerusi bersama BERSIH pada awal pagi Rabu lalu bagi membantu siasatan berhubung isu mempamerkan bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang kemerdekaan.

NONEMengakui pegawai polis boleh melakukan tangkapan untuk menyiasat pada bila-bila masa, Hishamuddin bersetuju dengan seorang lagi pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga (kiri) bahawa penahanan pada lewat malam itu sebagai satu bentuk "gangguan" kepada A Samad.

"Rasa saya tindak laku ini tidak harus berlaku kepada orang tua dan tidak harus dilakukan kepada sesiapa warga negara walaupun dia kanak-kanak atau budak-budak kecil.

"Kita ini nak menuju masyarakat sivil. Jadi kelakuan begini seharusnya kita tinggal belakang dan masukkan dalam tong sampah sejarah," katanya.

Bukan di Jerman tahun 1943

Ku Li sokong kerajaan terima dialog terbuka Anwar


Ku Li menjawab soalan pemberita pada sidang medianya di Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 September, 2013.Ku Li menjawab soalan pemberita pada sidang medianya di Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 September, 2013.Walaupun majoriti pemimpin Umno menolak tawaran dialog Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan tawaran itu perlu dipertimbangkan.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, sekiranya ia mendatangkan manfaat tidak salah untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak merebut peluang tersebut.
"Mengenai dialog tersebut, ia terpulang kepada kerajaan untuk menentukannya.
"Jangan fikir siapa kalah atau menang, kerana pada akhirnya jika ia bermanfaat untuk rakyat terutama bagi yang miskin, saya rasa peluang itu perlu direbut," katanya pada sidang media dirumahnya di Langgak Golf, Kuala Lumpur.

Harga minyak naik, Fomca desak mansuh cukai jalan

fomca ron97
SHAH ALAM 6 SEPT: Gabungan Persatuan Pengguna- pengguna Malaysia (Fomca) mendesak kerajaan memansuh cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans berikutan kenaikan harga minyak.
Senada dengan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM),  Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusuf Abd Rahman berkata,  ia perlu sebagai alternatif berikutan rakyat tertekan ekoran kenaikan harga minyak.
“Semua maklum kesan besar dari kenaikan ini melibatkan peningkatan kos rantaian barangan.
“Ia menjadi inisiatif meringankan beban rakyat apabila dikurangkan cukai lain termasuk cukai jalan,” katanya kepada TV Selangor.
Sebelum ini, PDAM mencadangkan kerajaan memansuh cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans bagi kenderaan berkapasiti kurang 2,000cc.
Yusof berkata, cadangan itu wajar dipertimbang memandangkan kenaikan mendadak harga minyak mengakibatkan pengguna dihimpit kos sara hidup yang tinggi.
Beliau juga yakin langkah itu mampu mereda kemarahan rakyat berikutan kenaikan harga bahan api.
“Walaupun cukai jalan hanya kesan sementara sebab rakyat bayar cukai jalan hanya sekali setahun. Ini melegakan mereka. Segera umumkan inisiatif lain,” katanya.

Ku Li: Tangani rasuah, bukan hanya naik harga minyak

Tengku Razaleigh Hamzah membidas langkah Putrajaya menaikkan harga minyak, sebaliknya menggesa Datuk Seri Najib Razak menangani isu rasuah yang disifatkan lebih utama untuk mengatasi defisit fiskal negara.

Pemimpin veteran Umno tersebut berkata kesan rasuah adalah lebih buruk kerana ia juga melibatkan pengguna yang lebih terkena tempias.

"Kesan rasuah akan terkena kepada pengguna, wang akan mengalami kesan buruk.

"Sepatutnya mereka yang rasuah perlu ditangani dahulu," katanya dalam sidang media di kediamannya di Langgak Golf hari ini.

"Rasuah adalah perkara utama kita hadapi," tambahnya.

Beliau juga mencabar semua menteri dan timbalan menteri, termasuk dirinya untuk mengisytiharkan aset supaya orang ramai boleh membuat penilaian.

"Menteri, bekas menteri termasuk saya, ayuh isytiharkan harta masing-masing," cabar beliau.

Kos hidup naik, k’jaan tak boleh fikir, tanya Dr Agus


KUALA LUMPUR: Tidakkah kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol, BR1M yang diberikan kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan mereka?

Ini kerana kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian.

“Tidakkah ini tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?” tanya penganalisis politik, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menerusi facebooknya.

Berikut ialah tulisan penuh beliau.

Mulai 3 September 2013, harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara."

Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat.

Nilai RM jatuh, harga minyak naik, rakyat makin miskin

SHAH ALAM 6 SEPT: Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia menyebabkan rakyat semakin miskin berikutan kuasa beli menurun ekoran kenaikan harga barangan diimport khususnya makanan.
Ahli Ekonomi Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin berkata, suasana ekonomi itu berlaku apabila nilai mata wang negara mengecil berbanding mata wang asing sekali gus kemampuan rakyat berbelanja terjejas.
“Rakyat mengalami masalah untuk mendapatkan barang pada harga sama sebelum kejatuhan nilai mata wang negara
“Ini menyebabkan kemampuan rakyat membeli barangan itu semakin merosot, ” kata bekas Ketua Ekonomi Bank Islam itu kepada TV Selangor, hari ini.
Nilai ringgit jatuh melebihi tujuh peratus tahun ini, paling rendah berbanding tiga tahun lalu kepada 3.3 setiap Dollar dan ia merupakan rekod terburuk.
Kesan kenaikan harga barangan bertambah parah apabila kerajaan Umno BN  bertindak menaikkan harga minyak RON 95 dan RON 97 baru-baru ini.
Azrul berkata, penurunan nilai mata wang itu juga menyebabkan barangan import seperti barangan keperluan rakyat turut mengalami peningkatan harga.
Katanya, kerajaan digesa membuat penilaian dan mencari penyebab kepada punca kejatuhan nilai mata wang dan bertindak proaktif menangani masalah itu.
“Kerajaan perlu menumpukan usaha menangani ketirisan bagi mengelakkan pertambahan hutang negara dan defisit perbelanjaan,” katanya.

Hishammuddin setuju cadangan Rafizi, bersedia dipotong gaji

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) bersetuju dengan cadangan supaya elaun menteri dan timbalan menteri dipotong sebagai langkah penjimatan kerajaan dan tidak kisah sekiranya elaun sebagai menteri dan wakil rakyat dipotong.
Hishammuddin berkata, cadangan itu boleh dibincang dan dipertimbangkan sekiranya ia dapat menurunkan defisit negara.
“Sebagai wakil rakyat  dan menteri saya sanggup elaun saya dipotong dalam usaha untuk berjimat. Jika pemotongan elaun saya boleh boleh membantu mengukuhkan ekonomi, saya tidak teragak-agak dan bersedia melakukannya.
“Pada saya secara peribadi saya tidak akan berkira sekiranya elaun saya dipotong kerana kita sebagai wakil rakyat perlu menjadi contoh sekiranya kita bersama dalam konteks penjimatan, rakyat dapat melihat,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

U.S. ready for Syrian counterattack

France and Turkey join the U.S. in effort against Syria

Syria spurs political "identity crisis"

Why Arab Nations won't get involved in Syria

Darell Leiking: Greater recognition for September 16 as Malaysia's birthday

Salah Siapa..??: Kelemahan daftar pemilih bukan salah SPR - Bekas Pengerusi SPR

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui bahawa daftar pemilih di negara ini mungkin “bersih” tetapi tidak “mengikut piawai antarabangsa”.

Bagaianapun, SPR tidak harus dipersalahkan dalam hal tersebut kerana undang-undang berhubung pendaftaran pemilih tidak menyeluruh kerana tidak meliputi perkara tertentu, katanya.

Abdul Rashid berkata anggota SPR tidak seharusnya diminta meletak jawatan.

Sebaliknya, SPR harus dipuji kerana melindungi hak kesemua warganegara dan parti politik untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya, tambahnya.

Katanya lagi, beliau memberi markah tinggi kepada SPR atas tugas yang dijalankan dengan baik, walau organisasi itu tidak dilengkapi dengan undang-undang yang sebaiknya.

Beliau melihat bahawa SPR antara lainnyna tidak mampu memindahkan pengundi, melainkan pengundi tersebut memohon sendiri untuk menukar tempat mengundi.

Bekas Ketua Gangster Dan Bekas Pemimpin MCA, Kalau DAP....44 Hari Tak Selesai....!!!

Kalaulah bekas ketua gangster ni ahli atau pemimpin DAP sudah tentu 7 hari 7 malam media-media tunggangan UMNO/BN termasuk blog-blog Pro UMNO akan memainkan perkara ini..

Tapi sayangnya bekas ketua gangster yang didedahkan terlibat dalam politik oleh Bekas Ketua Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan bukan ahli atau pemimpin DAP tapi MCA..

Maka macai-macai UMNO pun tak berani nak mainkan isu ini...


Ketua gangster bukan lagi ahli politik MCA


Bekas ketua gangster yang didakwa kini menceburi dunia politik dalam MCA tidak lagi berada dalam parti tersebut, kata polis.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Kongsi Gelap dan Perjudian Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata bekas ketua bahagian parti itu juga merupakan ketua gangster Sio Sam Ong.

Polis mendedahkan nama gangster tersebut Ong King Ee @ Jackie Chan bekas Ketua Bahagian Gurney MCA, Pulau Pinang dan juga ketua gangster.

Chan ditahan dibawah Akta Ordinan Darurat (EO) pada 1990 dan kemudiannya dibebaskan dua tahun selepas itu dia kemudiannya memasuki dunia politik," kata Abdul Jalil hari ini mengulas mengenai dakwaan yang dibuat Bekas Ketua Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.

Zaman memberitahu Bernama semalam bahawa beliau telah menangkap ketua gangster berkenaan di Thailand sebelum ia dibawa ke sini.

Identiti Chan dalam parti terdedah apabila terdapat satu gambar pada 2001 menunjukkan ketua gangster itu berjabat tangan dengan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting sewaktu kemuncak krisis parti tersebut.

Ia selepas Ketua Pemuda pada ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat mendakwa MCA dipengaruhi kongsi gelap.

Pas desak kerajaan batal kenaikan harga minyak

Kerajaan digesa menurunkan kembali harga petrol RON95 dan diesel yang dinaikkan 20 sen seliter, dua hari lalu.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, langkah itu perlu kerana kerajaan tidak boleh meletakkan bebanan ekonomi ke atas bahu rakyat susulan kegagalannya menguruskan ekonomi dengan baik.

“Penurunan itu haruslah disusuli dengan pembentangan sekurang-kurangnya tiga alternatif lain untuk dipertimbangkan oleh rakyat bagi meningkatkan hasil dan menambahkan penjimatan akaun negara.

“Kenaikan ini secara lazimnya akan menyebabkan kesan gandaan drastik kepada harga barangan dan perkhidmatan yang pastinya membebankan masyarakat khasnya golongan marhaen dan kelas menengah yang sedia tertekan dengan peningkatan kos sara hidup tinggi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, kenaikan minyak bukan alasan mengurangkan subsidi dan defisit negara sedangkan negara masih boros.

“Anggaran penjimatan RM 1.1 billion untuk 2013 dan RM 3.3 billion untuk 2014, bahkan RM 10 bilion sekali pun dari pemotongan subsidi petrol atau diesel tidak memberi makna sekiranya perbelanjaan fiskal negara tiris dengan keborosan, rasuah dan ketidakcekapan.

Antara air dan minyak

DR AMINUDIN MANSOR

Air dan minyak kedua-duanya nikmat anugerah ALLAH. Jika tidak diurus dengan betul kedua-dua nikmat ini akan bertukar menjadi bala dan malapetaka yang menyukarkan kehidupan kita seharian.

Terbaru lebih sejuta penduduk dan pengguna air di Lembah Klang mengalami masalah gangguan bekal air. Empat loji rawatan air (LRA) yang diuruskan oleh Puncak Niaga Holdings Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) di Selangor terpaksa dihentikan sementara operasinya akibat tumpahan minyak diesel yang berlaku di hulu sungai sekitar kawasan Rawang.

Operasi empat loji yang terjejas terpaksa dihentikan sementara. Ini kerana tumpahan diesel yang dipercayai berpunca daripada sebuah bengkel menyebabkan pencemaran sumber air kepada empat loji berkenaan.

Penutupan sementara operasi ini telah menjejaskan bekalan air kepada 240,000 akaun atau hampir sejuta orang pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terjejas. Banyak restoran terpaksa menyimpan bekalan air, begitu juga rumah terbuka dan majlis kenduri terpaksa ditangguhkan.

Tidak lama selepas itu hujan lebat yang mencurahkan air melanda beberapa kawasan di Selangor dan menyebabkan beberapa buah rumah di Subang Jaya mengalami banjir kilat apabila air tidak dapat mengalir ke longkang dengan lancar. Air dan minyak memanglah nikmat ALLAH yang seharusnya diurus dengan cermat dan teliti.

Begitulah bahana apabila air dan minyak bercampur. Jika sesekali difikirkan sebagai pengguna kita sewajarnya bertanggungjawab menjaga kebersihan sungai, tidak membuang sampah-sarap ke longkang dan tidak membuang minyak atau bahan-bahan yang boleh mencemarkan kehidupan kita ke sungai.

Berita terbaharu harga RON 95 dan diesel naik 20 sen. Ini dikatakan kerajaan dapat menjimatkan RM1.1 bilion peruntukan kewangan negara tahun ini, seterusnya membolehkan dana tersebut disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

PR sedia bantu kerajaan BN pulih ekonomi - Rafizi

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sedia membantu kerajaan bagi mengurangkan defisit negara dengan tidak menuntut elaun perjalanan yang diberikan kepada semua Ahli Parlimen.

Kata beliau, langkah itu supaya kerajaan tidak terbeban sekurang-kurangnya untuk menanggung pembiayaan elaun.

“Saya tidak pernah menuntut sebarang elaun dan tidak akan berbuat demikian. Semenjak saya memegang status Ahli Parlimen, saya masih belum menggunakan apa-apa kemudahan.

“Memandangkan saya hanya di Kuala Lumpur sahaja, jadi tiada keperluan untuk saya tuntut apa-apa elaun. Tetapi Ahli Parlimen lain saya tidak pasti,” katanya kepada Sinar Harian.

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, keistimewaan yang diberikan kepada menteri, timbalan menteri dan pegawai khas mereka berbeza daripada Ahli Parlimen.

“Seseorang Ahli Parlimen hanya terima gaji lebih kurang RM6,000 sahaja, untuk elaun pemandu lebih kurang RM1,200 sahaja.

“Tapi berlainan dengan menteri, timbalan dan pegawai khas kerana mereka disediakan kenderaan rasmi dan boleh mengisi minyak bila-bila masa sahaja untuk ke mana-mana sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, Rafizi mencadangkan kerajaan untuk mengurangkan defisit negara dan menjana ekonomi dengan memotong elaun minyak yang diberikan kepada menteri, timbalan menteri dan pegawai-pegawai kerajaan.

Umno simpan prasangka serong terhadap Ikhwan Muslimin – Anwar

SHAH ALAM, 6 SEPT: Umno BN tidak mampu menjalinkan kerjasama erat dengan Ikhwan Muslimin kerana parti pemerintah itu menyimpan prasangka serong terhadap mana-mana gerakan Islam.
Berdasarkan pengalamannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau pernah dinasihati supaya tidak bertemu wakil gerakan itu.
anwaBagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri itu tidak mengendahkan ‘nasihat perisikan’ itu, sebaliknya sekadar menukar lokasi pertemuan.
“Bila Mursyidul Am Ikhwan di Malaysia, Muhammad Mahdi’ Akif, saya dinasihati perisikan supaya tidak bertemu (mereka) kerana mereka kononnya ekstrimis Islam, radikal dan sebagainya.
“Saya terpaksa berbincang dengan Abdul Hamid Abu Suleyman dengan bertemu di pejabatnya.
“Saya, Timbalan Perdana Menteri ketika itu datang ke pejabat Hamid untuk makan tengah hari,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas acara perasmian buku ‘Di sebalik Ikhwan Muslimin: Hakikat tentang Pergerakan Politik Terkuat Dunia’ petang semalam.

Satira Harga Minyak RON95 dan Diesel

 Debat harga minyak RON95 dan RON97



Puteri UMNO sanggup naik lori lembu demi Pembangunan Negara
 

 Najib Razak penipu besar kepada rakyat Malaysia. Sebelum PRU cakap tak naik harga minyak , 
sekarang dah naik ?
 
 Rafizi Ramli mendapat pangkat "Bodoh" secara percuma oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, DS Nazri Aziz disebabkan menyarankan  membatalkan elaun minyak kepada Menteri dan Pegawai Kerajaan.

Naik Minyak:"Kita Akan Pantau Peniaga Kata"

Bertukar menteri, ingatkan makin cerdik. Tapi masih jadi balaci geng kapitalis laknat.

Wow!

Sampai bila nak pantau? Apa tindakan yang kamu ambil?

Nak suruh kami pulau?

NAIK MINYAK: KERANA 20 SEN, TAMBANG BAS SEKOLAH NAIK SEBANYAK RM25..!!

 


seorang anak rm25 kalau ramai anak bertambahlah beban...janji ditepati....

Naik Minyak: Harga ayam di Chow Kit naik 90 sen sekilogram

KUALA LUMPUR - Para peniaga ayam di Pasar Chow Kit di sini, didapati telah menaikkan harga jualan ayam antara 30 sen hingga 90 sen sejak Selasa lalu dengan mendakwa kenaikan itu terpaksa dilakukan ekoran kos penghantaran yang meningkat.

Tinjauan Kosmo! di pasar tersebut semalam mendapati, harga ayam proses telah dinaikkan dari RM7.50 ke RM7.80 sekilogram manakala harga ayam segar pula meningkat dari RM7.70 ke RM8.60 sekilogram.

Rata-rata peniaga yang ditemui memberitahu, mereka terpaksa menaikkan harga jualan ayam tersebut berikutan kos penghantaran ayam yang meningkat antara RM1 hingga RM2 bagi setiap trip.

Naik Minyak: 'Apa lagi Rosmah mau?'

Kenderaan yang lalu di sepanjang Jalan Sultan Azlan Shah di George Town hari ini membunyikan hon sebagai tanda menyokong bantahan kenaikan harga bahan api oleh kerajaan persekutuan.

protest against fuel price hike 050913 04Bantahan selama 45 minit itu yang disertai beberapa kumpulan mesra Pakatan Rakyat, membawa poster di bawah jejambat menuju ke bulatan Bayan Baru, mengutuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas apa yang mereka sifatkan sebagai 'Janji tidak ditepati'.

Poster tersebut berbunyi 'Apa lagi Rosmah mau? Tambang bas dah
naik. Tarif electrik dah naik. Tak Cukup lagi ke duit nak shopping?'

Ramai pemandu bukan sahaja membunyikan hon tetapi menunjukkan isyarat bagus kepada peserta bantahan tersebut. Seorang pemandu dalam Myvi menurunkan cermin dan melambai kepada kumpulan tersebut, sambil memegang syiling 20 sen.

protest against fuel price hike 050913 02Harga RON95 telah dinaikkan sebanyak 20 sen, manakala RON97
sebanyak 15 sen.

Poster lain pula sinis degan nada menyindir 'Terima Kasih BN' dan 'Wawasan 20 (sen) 20 (sen)', merujuk kepada visi bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.

Poster lain pula berbunyi 'Rakyat kena C4 20 sen, Janji di Capati', 'BN = Barang Naik, Kita lagi kena buli' dan 'Subsidi Rakyat atau subsidi Kroni?

Minyak Malaysia kelapan termurah di dunia?

Dr Mohd Agus Yusoff

Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen.

PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara.

Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara."

Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh.

Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan.

Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat.

Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia?

Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata?

Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita. Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32). Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak ata sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita? Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat.

Ada Cerita...: Bekas KPN Musa Hassan tinggalkan MyWatch, tubuh NGO baru

Kisah tembakan pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R Sri  Sanjeevan menimbulkan pelbagai cerita.

Terbaru, bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan  yang juga penaung MyWatch meninggalkan badan pemantau jenayah itu untuk mengetuai badan bukan kerajaan (NGO) baru.

Musa sendiri tidak mahu bercakap apa-apa mengenainya, tetapi dua sumber berbeza mengesahkannya kepada The Malaysian Insider.

Penasihat Mywatch, S Gobi Krishnan dan bekas setiausaha agung badan itu V Ravindran memberitahu The Malaysian Insider mengenai perkara itu.

Ravindran akan menyertai Musa yang akan mempengerusikan badan pemantau jenayah baru, Malaysia Community Crime Care Association.

“Semuanya akan didedahkan dalam mesyuarat pertama kami hari ini,” kata Ravindran dan menambah organisasi itu didaftarkan pada April lalu.

Ravindran memberitahu, beliau meninggalkan MyWatch kerana sebagai setiausaha agung beliau tidak diberitahu mengenai pelbagai perkara melibatkan badan pemantau jenayah itu.

Syria rebels remain divided

US ambassador to the UN speaks about the situation in Syria

Egyptian minister survives assassination bid

U.S. envoy sees no viable path forward on Syria in U.N. Security Council

US congressman gauges public opinion on Syria

Humans of Accra; Syrians face hardship in Egypt

Obama, Putin Handshakes and Smiles at G20 Summit

Al Jazeera's Barnaby Phillips reports from St Petersburg

Egypt Minister Survives Bomb Attack

Egypt: The unfolding crisis