Khamis, 5 September 2013

TGNA: Berjimat suruhan Islam, bukan kerana defisit tinggi

Saya membaca saranan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di muka hadapan Sinar Harian hari ini yang menggesa kerajaan agar berjimat cermat dan jangan boros apabila berbelanja. Katanya, negara kita kini mengalami defisit dalam perbelanjaan, jadi tidak ada cara lain untuk mengawal keadaan kecuali berjimat cermat.

Barangkali Tun Dr Mahathir baru sedar bahawa selama ini kerajaan Malaysia sudah banyak membazir di dalam perbelanjaannya. Apabila minyak terpaksa dinaikkan 20 sen hanya untuk mendapatkan pulangan sebanyak RM3.3 billion yang lebih daripada itu dihabiskan untuk tujuan lain, barulah Tun bersuara.

Suka untuk saya menyebut bahawa berjimat cermat ini ialah perintah Islam. Ia bukan kerana defisit tinggi atau harga minyak naik, tetapi kerana ia memang merupakan suruhan Islam. Di waktu mewah pun Islam memerintahkan agar kita berjimat apatah lagi di waktu susah. Inilah didikan Rasulullah SAW kepada para sahabat. Bacalah teguran Rasulullah SAW kepada seorang sahabat yang bernama Saad Radhiallahuanhu ketika beliau sedang berwudhuk, setelah dilihat ada unsur pembaziran di dalam wudhuk Saad Radhiallahuanhu, Rasulullah SAW bersabada :

مَا هَذَا السَّرَفُ فَقَالَ أَفِي الْوُضُوءِ إِسْرَافٌ قَالَ نَعَمْ وَإِنْ كُنْتَ عَلَى نَهَرٍ جَارٍ

Yang bermaksud : Apakah pembaziran in? Lalu Saad berkata : Adakah di dalam wuhduk pun ada pembaziran? Rasulullah SAW bersabda : Ya, sekalipun kamu berada di dalam sungai yang mengalir - Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad.

Jika di dalam sungai yang mengalir pun, mengambil wudhuk dengan air yang berlebihan dianggap membazir, apatah lagi jika di dalam keadaan air yang tidak mencukupi. Demikianlah perbelanjaan negara, projek-projek besar yang terbengkalai, pelaburan di luar negeri yang menggunakan duit rakyat yang merugikan bernilai ratusan juta ringgit akhirnya dipaksakan ke atas bahu rakyat untuk menanggungnya jelas sekali merupakan satu pilihan yang zalim dan tidak kena pada tempatnya.

Ketika saya mula-mula mentadbir negeri Kelantan pada tahun 1990, dasar jimat cermat inilah yang saya arah digunapakai dalam semua urusan kerajaan. Gaji bulanan Menteri Besar, ahli exco dan wakil rakyat kerajaan dipotong, sebahagiannya dijadikan sumbangan tetap untuk parti. Saya mengarahkan agar amalan memberikan cenderamata kepada pemimpin kerajaan ketika lawatan rasmi ke jabatan dan agensi kerajaan. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk untuk mengelakkan pembaziran dan perbelanjaan ke atas tujuan yang tidak perlu.

Saya menolak peruntukan untuk keraian Hari Raya dan Juadah Berbuka Puasa yang masing-masing berjumlah RM30,000 dan RM15,000 setiap tahun bermula tahun 1990. Saya tidak mendiami kediaman rasmi Menteri Besar di JKR10 bagi mengelakkan perbelanjaan mengurustadbir rumah tersebut dan menyelamatkan kantung kerajaan. Pada masa itu, Tun Dr Mahathir masih Perdana Menteri Malaysia yang seringkali mempertikaikan apa jua langkah positif yang dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan.

DENGAR TAK NAJIB? 'Kita pinjam terlalu banyak wang' - Dr M

PUTRAJAYA - Kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya bagi membantu menurunkan defisit negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan penjimatan itu barulah kerajaan mampu menampung pemberian subsidi yang tinggi.

“Seperti yang kita tahu sekarang, negara kini mengalami defisit. Kita pinjam terlalu banyak wang.

“Kalau kita tak pinjam wang, itu lebih baik. Jika boleh, kurangkan perbelanjaan kerajaan (kerana) subsidi kita sangat tinggi,” katanya dalam sidang media Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2013, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang melihat tindakan kerajaan meningkatkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter sebagai satu mungkir janji yang terpaksa dilakukan ekoran perbelanjaan boros dan salah guna kewangan negara semasa PRU13.

Ambik Kau..!! Bantuan kepada IPP adalah subsidi untuk rakyat supaya tak bayar Bil Elektrik mahal..!!!

 Kroni IPP

KUALA NERANG - Kerajaan persekutuan tidak memberikan subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) untuk menghasilkan bekalan elektrik, sebaliknya bantuan yang diberikan itu adalah subsidi kepada rakyat.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid bantuan sebanyak RM13.70 bagi Juta Unit Termal British (MMBtu) yang diberikan kepada IPP adalah untuk membantu rakyat mengurangkan tarif elektrik.

"Kalau ikut pasaran harga gas ialah RM44 bagi setiap MMBtu dan kerajaan beri subsidi sebanyak RM13.70 MMBtu.

"Jika tiada subsidi ia akan membebankan rakyat kerana terpaksa membayar bil elektrik pada kadar mungkin sehingga RM800, RM900 setiap bulan. IPP dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa melepaskan keuntungan itu," katanya kepada pemberita di sini hari.

Harga Minyak :Menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat

Oleh Mohammad Agus Yusoff

Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara."


Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat.

Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia? Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata?

Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita. Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32). Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak ata sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita? Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat.

Untuk pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada aspek yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain. Misalnya, kenapa tidak kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau Indonesia? Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios, mereka buat teksi sahaja. Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen.

Terimalah ‘hadiah’ atas kemenangan BN

Oleh Abd Shukur Harun

Kenyataan seorang menteri bahawa, “jika harga ayam naik, jangan makan ayam,” kini menjadi kata-kata popular dalam kalangan orang ramai dan menjadi analogi baru pula, “jika harga minyak naik, jangan pakai minyak.”


Kata-kata ini banyak didengar di pasar-pasar, di warung roti canai, di hentian teksi, dan di banyak tempat rakyat biasa berada.  Tetapi bukan dalam kalangan golongan ahli korporat kaya atau super kaya yang berlegar di padang golf, di lobi hotel mewah atau super mewah, di bilik mesyuarat para pembesar negara atau di bilik mesyuarat ahli korporat di kompleks mereka.

Golongan elit ini tidak tersentuh dengan harga minyak naik, justeru mereka disediakan segalanya percuma oleh syarikat mereka, sementara pembesar negara juga segalanya percuma disediakan oleh kerajaan.

Golongan elit ini kebanyakannya tidak pernah ke pasar, ke kedai barangan keperluan harian, tidak pernahpun ke stesyen minyak, jauh sekali hendak menjenguk meter harga minyak. Segalanya dilakukan oleh pemandu mereka. Keluarga mereka biasanya hanya menghantar orang gaji mereka untuk pergi ke pasar membeli barang keperluan, atau van khusus yang menghantar barang keperluan itu ke banglo mewah mereka.

Golongan super kaya ini tidak akan tersentuh dengan kehidupan rakyat biasa yang kini merasakan amat tertekan dengan kenaikan harga minyak. Kepada siapa rakyat ini hendak mengadu, melainkan derita itu ditelan sendiri.

Kuantan: Pemandu lori mogok disaman SPAD

Bila disamakan kesilapan dengan jenayah

Saya tertarik dengan segelintir yang mendakwa diri mereka beraliran 'salaf' tetapi bersikap jauh dari jalan salaf.  Apabila politik yang mereka bernaung di bawah ketiaknya menyokong rejim tentera di negara yang sedang bergolak itu, mereka pun menari rentak yang sama. Seakan mereka melupai pembunuhan, pembakaran masjid, gas yang meragut anak-anak tidak berdosa dan segala macam kezaliman lain, yang mereka sibuk ia membaca dalil pengharaman demonstrasi.

Dalil pembunuhan bagai dilupakan. Kemudian mereka mengiktiraf pula perampasan kuat secara tentera yang jauh lebih ganas dari demonstrasi. Tambahan lagi, mereka cari dalil-dalil menunjukkan golongan islamist yang menang secara peraturan itu tidak tepat akidahnya dan ada kesalahan fekahnya.

Malangnya, dalam masa yang sama, tidak pula mereka bertanya tentang akidah sosialis, sekularis, liberalis dan segala macam lagi yang dianut regim yang zalim itu. Seakan al-Quran, al-Sunnah dan ajaran salaf itu hanya terpakai untuk menilai golongan Islamist sehalus-halusnya tetapi dibiarkan mereka yang zalim bermaharajalela.

Kesalahan dan kesilapan golongan Islamist bagaikan dosa yang tidak ampun sehingga pembunuhan dan penyiksaan ke atas mereka seakan sesuatu yang ringan. Sementara regim pula tidak ditanya apakah akidah dan fekah yang mereka anuti.

Dosa dan silap

Manusia yang melakukan 'dosa' dan kesalahan itu terbahagi kepada dua kelompok. Pertama; orang yang tidak berniat untuk menuruti jalan yang benar. Sesuatu yang betul itu bukan hasrat yang ingin dicapainya. Dia hanya memikirkan tentang kepentingan dirinya sahaja sehingga dia terjatuh dalam kesalahan ataupun dosa.

Kedua; orang ingat mencari kebenaran. Berusaha untuk menuruti jalan yang benar. Itulah hasratnya. Pun begitu, telah berlaku kesilapan atas pandangan ataupun tindakan yang diambil lalu dia kelihatan berdosa dan salah.

Golongan yang pertama adalah golongan pengikut hawa nafsu. Mereka pembuat dosa dan penderhaka kepada Allah. Mereka meminggirkan larangan Allah semata-mata untuk kepuasan diri. Golongan ini ditempelak oleh al-Quran dalam ayat-ayatnya. Antaranya, Allah menempelak golongan 'ulama yahudi' yang menolak hujah yang benar semata-mata kerana ingin menurut hawa nafsu mereka. Firman Allah: (maksudnya)  "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalau demikianlah sikap kamu maka bawalah sebuah kitab dari sisi Allah yang dapat memberi panduan lebih daripada keduanya (Taurat dan al-Quran) supaya aku menurutnya. (Bawalah) jika betul kamu orang-orang yang benar. Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (Wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim" (Surah al-Qasas: 49-50).

Polis: Ketua gangster bukan lagi ahli politik MCA..!!

Bekas ketua gangster yang didakwa kini menceburi dunia politik dalam MCA tidak lagi berada dalam parti tersebut, kata polis.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Kongsi Gelap dan Perjudian Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata bekas ketua bahagian parti itu juga merupakan ketua gangster Sio Sam Ong.

Polis mendedahkan nama gangster tersebut Ong King Ee @ Jackie Chan bekas Ketua Bahagian Gurney MCA, Pulau Pinang dan juga ketua gangster.

Chan ditahan dibawah Akta Ordinan Darurat (EO) pada 1990 dan kemudiannya dibebaskan dua tahun selepas itu dia kemudiannya memasuki dunia politik," kata Abdul Jalil hari ini mengulas mengenai dakwaan yang dibuat Bekas Ketua Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.

Zaman memberitahu Bernama semalam bahawa beliau telah menangkap ketua gangster berkenaan di Thailand sebelum ia dibawa ke sini.

Identiti Chan dalam parti terdedah apabila terdapat satu gambar pada 2001 menunjukkan ketua gangster itu berjabat tangan dengan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting sewaktu kemuncak krisis parti tersebut.

Ia selepas Ketua Pemuda pada ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat mendakwa MCA dipengaruhi kongsi gelap.

Ka Ting kemudiannya mengakui mengenali Chan dan beliau juga tahu bahawa lelaki itu mempunyai rekod tahanan EO ketika menyertai MCA pada 2000.

SPRM berat sebelah isu GLC Kedah?

Oleh Zulkifli Yahaya

Pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kedah didiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pecah amanah wang syarikat berjumlah lebih RM2 juta untuk menaja dana politik pada PRU-13 lalu.

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata, SPRM menerima beberapa aduan dan menjalankan siasatan berhubung penyelewengan wang syarikat bagi dana politik khususnya menjelang PRU-13.


Berita tersebut menjadi tajuk utama akhbar Berita Harian 27 Ogos 2013. Laporan akhbar yang menjadi 'suara' BN itu dipanjangkan dengan menggambarkan bahawa GLC yang dimaksudkan ialah Kedah Corporation Berhad (KCB) anak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar yang pernah dilaporkan mengalami kerugian oleh Ketua Audit Negara semasa di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
"Pengarah syarikat terbabit mengeluarkan wang syarikat sebanyak RM500 ribu dan dimasukkan ke dalam satu akaun miliknya dipercayai bagi kegunaan peribadi dan kempen parti," Mohd Jamidan menyebutnya secara terang-terangan.

Jika benar GLC yang dimaksudkan itu ialah KCB, maka 'penyelewengan wang bagi dana politik menjelang PRU-13' pastilah merujuk kepada parti politik yang memerintah Kedah, iaitu dari Pakatan Rakyat. Jika ianya masih di peringkat siasatan maka apakah pengarah operasi khas SPRM itu sengaja mempunyai niat busuk terhadap Pakatan di sebalik pendedahan tersebut?

Ia mengingatkan kita kepada isu dakwaan rasuah oleh pihak tertentu terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu agihan 46 ekor lembu korban pada Disember 2008 kepada surau-surau di sekitar Bandar Tun Razak.

Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mendakwa terdapat asas untuk mendakwa Tan Sri Khalid berhubung isu tersebut. Kenyataan itu memalukan Khalid kerana ia dibuat kerana kononnya ketika siasatan dijalankan, walhal hingga beberapa waktu beliau tidak dapat diheret ke mahkamah kerana memang 'tiada kes' untuk pendakwaan. Lantas Menteri Besar Selangor itu mengemukakan saman malu terhadap Ahmad Said yang akhirnya termonyeh di mahkamah apabila terpaksa membuat kenyataan memohon maaf terhadap Khalid.

Zahrain Jadi Duta Ke Indonesia, Pejuang Setia UMNO Dapat Apa?

Bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Zahrain Hashim dilaporkan akan dilantik sebagai duta ke Indonesia. Perkara ini juga sudah pun disahkan oleh Menteri Luar, Anifah Aman petang tadi. Zahrain adalah salah seorang pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu selepas pilihanraya 2008 dan sejak itu beliau antara yang aktif menyerang Anwar Ibrahim dan membela Najib.

Walaupun Zahrain menafikan perlantikannya sebagai ganjaran kerana meninggalkan Anwar dan menyokong kepimpinan Najib, tetapi rata-rata kalangan dalam UMNO percaya tiada ada sebab atau merit lain yang boleh dijadikan sandaran kepada perlantikannya itu melainkan sebagai upah atas pengorbanannya itu.

Selain itu, perlantikannya sebagai duta ke Indonesia juga dikhabarkan untuk mengekang pengaruh Anwar di negara tersebut memandangkan Ketua Pembangkang itu dipercayai mempunyai pengaruh serta simpati yang besar di kalangan tokoh-tokoh politik di negara tersebut. Anwar dan beberapa pemimpin PKR juga kerap berkunjung dan mengadakan pertemuan dengan pelbagai tokoh politik di Indonesia sejak beliau dipecat pada 1998 dahulu.

Malahan ketika era reformasi, beberapa penyokong setia Anwar seperti Ezam, Saifuddin Nasution dan Rahim Ghouse berada bertahun-tahun di negara itu untuk mendapatkan perlindungan dan mengelakkan daripada ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.

Dengan ganjaran yang diterima Zahrain itu, beliau merupakan seorang lagi pemimpin PKR selepas Ezam Mohd Nor yang dijadikan Senator selepas turut meninggalkan PKR dan bersedia menyerang serta memaki-hamun Anwar Ibrahim. Walaupun tidak disenaraikan sebagai calon pilihanraya, Zahrain kini menerima khabar gembira sebagai duta ke Indonesia sebagai imbalan pengorbanannya selama ini.

Beberapa pemimpin PKR yang lain juga turut diberikan anugerah yang berbeza-beza atas kesediaan meninggalkan PKR dan memaki-hamun Anwar seperti Zulkifli Nordin dijadikan calon BN di Shah Alam, manakala ada pula diberikan jawatan di agensi kerajaan, sebagai pegawai khas pemimpin tertentu, diberi peluang perniagaan dan sebagainya.

Di kebanyakan peringkat dalam UMNO, perlantikan Zahrain ini bukan saja dipertikaikan dari segi kemampuannya tetapi juga kewajarannya. Jika ingin mengekang pengaruh Anwar di Indonesia melalui peranan yang akan dimainkannya sebagai duta, sebenarnya Zahrain bukanlah orangnya yang tepat.

Zahrain Hashim: Belum Setahun Jadi Ahli Umno Dah Dapat Habuan Dari Najib..!!

TIDAK sampai setahun, mantan Pengerusi PKR Pulau Pinang dan mantan MP Bayan Baru masuk Umno, Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim  bakal dinamakan sebagai duta Malaysia ke Indonesia yang baru, dan pelantikan itu dilihat sebagai habuan kepadanya kerana menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan tugas hebat sebagai pemegang jawatan diplomatik ke Indonesia itu kepadanya, terutama ketika ramai diplomat yang menyatakan hubungan dengan Jakarta perlu diuruskan dengan halus dan berhati-hati.

Zahrain keluar dari PKR pada Februari 2010 selepas DAP, parti komponen Pakatan Rakyat (PR) mengkritiknya kerana mengeluarkan kenyataan menentang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sebulan sebelum itu, pada Januari 2010, Zahrain menyerang Lim dengan berkata ketua menteri itu seorang `diktator, chauvinis dan berfikiran komunis’, dan menyatakan beliau lihat kegagalan Lim menyempurnakan janji pilihan rayanya.

Zahrain yang pernah menjadi rakan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kemudiannya menubuhkan Konsensus Bebas bersama beberapa ahli PKR yang berpaling tadah dan kemudiannya menyokong BN.

Anwar lancar buku karya tokoh Ikhwan Muslimin

SHAH ALAM 5 SEPT: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan buku ‘Di sebalik Ikhwan Muslimin: Hakikat tentang Pergerakan Politik Terkuat Dunia’ di Hotel Quality di sini.

Karya Youseff Nada bersama Douglas Thompson ditulis bagi menyanggah pembohongan dan mitos mengenai pergolakan di beberapa negara Islam yang kini menjadi bualan hangat.

anwara1Antaranya ialah berkaitan pengebom berani mati dan pertikaian mengenai Palestin dan Israel sebagai dua negeri.

Pelancaran itu dihadiri hampir 100 hadirin termasuk Exco Selangor, Dr Daroyah Alwi dan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Youssef Nada adalah tokoh Ikhwan Muslimin yang berpengaruh besar dalam menentukan hala tuju di peringkat antarabangsa.

Douglas Thompson pula penulis berpengalaman dan menulis banyak buku termasuk beberapa biografi selebriti dan tokoh terkenal dunia.

Minyak: Naik 20 sen tapi rakyat kena tambah RM22 sebulan

Kenaikan harga petrol dan diesel di negara ini dilihat memberi kesan kepada pelbagai perspektif kehidupan terutama kepada golongan kelas pertengahan dan bawah.

Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr Nor Ghani Md Nor menyentuh soal kesan yang berkait-kait ekoran kenaikan harga bahan api itu,  meskipun nilai 20 sen dianggap kecil oleh segelintir pihak.

“Yang jelas, ada kesan langsung kepada harga barangan. Saya tak dapat nak jangkakan berapa peratus tetapi, tentu ada kesan sebab melibatkan diesel dan petrol, terutama diesel yang menjadi input kepada proses pengeluaran dan pengangkutan.

“Kesan seterusnya kepada kesejahteraan rakyat. Terutama mereka yang berpendapatan rendah. Sebab 20 sen itu, peningkatannya 11 peratus daripada harga sekarang,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Menurutnya, pengurangan subsidi oleh kerajaan boleh mengurangkan defisit kerajaan sehingga RM3.3 bilion, tahun depan, namun itu bukan satu jumlah yang besar.

“Defisit kerajaan boleh dikurangkan sedikit. Implikasinya tak banyak saya rasa sebab jumlahnya tidak berapa besar," katanya.

Beliau menganggarkan berlaku pertambahan perbelanjaan sekitar RM22 setiap bulan bagi setiap pengguna ekoran kenaikan harga RON95 dan diesel.

“Sebenarnya beginilah. Memang kita boleh kata kita kena pandai berbelanja dan sebagainya tetapi hakikatnya, jika sekarang kita keluarkan RM200 sebulan untuk petrol, sekarang kena tambah lagi RM22 untuk sebulan, jika kita tak ubah cara penggunaan kenderaan dan sebagainya.

Naik Minyak: Rakyat hentam Najib di laman Facebook, gesa letak jawatan

KUALA LUMPUR 5 SEPT: Langkah terbaru kerajaan Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, terus mendapat kecaman dari rakyat Malaysia yang berang dengan keputusan tersebut.

Terbaru, di laman Facebooknya, orang ramai meluahkan rasa marah dan kesal  di atas kenaikan harga bahan bakar tersebut yang dilihat menjerut leher mereka.

Najib hentamMalah ramai antara mereka meminta perdana menteri itu meletak jawatan kerana gagal menguruskan ekonomi ketika negara kini menanggung hutang lebih RM 622  bilion.

Tidak kurang yang mencadangkan agar gaji dan elaun beliau dan barisan kabinet dipotong, selain mengurangkan perbelanjaan untuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor

Pengendali laman tersebut pada awalnya meminta rakyat Malaysia menyampaikan idea bagi pembentangan Belanjawan 2012 dengan menghantar idea berkenaan di  laman 1Malaysia.com.

Bagaimanapun, kiriman status itu menerima kritikan  orang ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan diambil kerajaan, Isnin lalu.

Ada antaranya juga menyesal kerana memilih BN pada Pilihan Raya Umum akan datang, selain tidak kurang juga yang menyindir pengundi BN kerana memilih parti itu, pada PRU lalu.

Sehingga berita ini ditulis, lebih 1200 menulis komen di ruangan tersebut dengan 99 peratus mengecam keputusan kerajaan.

Berikut sebahagian daripada komen pengguna FB berkenaan yang sempat dipetik:

Azahar Md Said:  Najib Razak PM xguna… Selagi kau jadi PM dkt Malaysia ni mmg rakyat susah smpai bila2.. Yg hidup senang kroni2 kau je bukan nye rakyat… Puih!!!

Mohd Talha: Bayar hutang negara la Najib, malukan Malaysia je”

BAD MOVE, NAJIB! Fuel prices - the people need to be made richer, not POORER!

In February this year, Prime Minister Najib Razak stated that the price of RON95 would be sustained in spite of the rise in global oil prices.

Come April, Ismail Sabri Yaakob, formerly minister of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism stated “Petrol is a major essential item and if the government increases the price, it will result in traders resorting to hiking their prices as well and this will burden the people,” said Ismail.

That month, Najib assured Malaysians that subsidies would continue under his administration as he was focused on controlling the rising cost of living. Then Barisan Nasional won the general elections in May. Four months later their promises have evaporated.

There are several problems with Barisan Nasional's excuses for this week’s fuel price hike. These are typical for its 'act first, deal with the problems later' approach:

1. Shifting to more targeted assistance for the poor

If the motivation to help those who earn below RM3,000 is genuine, then why make them suffer higher prices for goods and fuel in the months between now and when Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) x.0 is implemented?

Going by past performance, there is typically a lead-in time of about one to three months between tabling a budget and the distribution of BR1M handouts. How will the poor deal in the interim?

Furthermore, BR1M handouts are occasional ad hoc affairs, whereas fuel consumption is an ongoing daily expenditure for the rakyat. BR1M is not a solution for those experiencing an uncomfortably high cost of living from increased fuel prices. We also should remember that many Malaysians are out of pocket following Hari Raya festivities.

Anwar gesa Zahid Hamidi minta maaf kepada A Samad

Perkasa: Potong gaji menteri, timbalan menteri 5% untuk kurang perbelanjaan

Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menggesa Putrajaya memotong gaji kakitangan kerajaan, menteri dan timbalan menteri, pengarah dalam syarikat kerajaan sebanyak 5% untuk sebagai langkah penjimatan.

Menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar), kerajaan juga perlu turut berjimat-cermat, bukannya hanya dengan mengambil langkah memotong subsidi minyak untuk mengatasi defisit negara.

"Serentak dengan kenaikkan minyak 20 sen baru-baru ini, kerajaan sepatutnya juga mengumumkan pemotongan gaji pegawai kerajaan, menteri dan pengarah dalam GLC sebanyak 5%.

"Perlulah ada penjimatan kos daripada sebelah kerajaan, selain itu majlis-majlis yang menggunakan wang rakyat juga perlu dikurangkan," kata Ibrahim dalam satu sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Ibrahim, semasa mengumumkan pemotongan subsidi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu turut mengumumkan program penjimatan dalam agensi-agensi kerajaan.

"Perkasa mendapat maklum balas daripada rakyat yang rata-ratanya gelisah.

"Kalau kerajaan mahu kurangkan defisit negara, beliau sepatutnya serentak mengumumkan penjimatan belanja negara dalam agensi-agensi kerajaan," katanya.

Pak Samad rela dilucut gelaran SN, kerakyatan

Darell Leiking on bridging the Peninsular-Sabah divide

Muslim Brotherhood seeks to rejuvenate group

Hadiah PRU13: Harga minyak naik, rakyat mengeluh

TEST 1SHAH ALAM 5 SEPT : Rakyat Selangor kita temui melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenaikan harga petrol dan diesel yang diumum Kerajaan Persekutuan 2 September lalu. Umumnya bersetuju kenaikan RM0.20 ini lebih memburukkan lagi kos kehidupan yang cukup menghimpit.
Hafiz Rashid, 27 “Kenaikan bahan bakar tentunya menyebabkan perbelanjaan setiap keluarga meningkat. Saya harap kerajaan mengkaji kembali kerana mereka yang berpendapatan rendah pasti terkesan,”
TEST 3Rosliana Abdul Samad, 34 “Petrol dan diesel sememangnya satu keperluan. Kesannnya kenaikan harga barangan kemungkinan besar akan berlaku. Kerajaan wajar beri perhatian. Saya juga rasakan cadangan supaya rakyat menggunakan pengangkutan awam juga sukar dipraktikkan kerana perkhidmatan yang tidak menyeluruh,”
Azrim Azmi, 26 “Saya yakin baik yang menggunakan kenderaan sendiri mahupun pengangkutan awam akan terasa dengan kenaikan ini. Mungkin bagi golongan berada akan menganggap ia biasa tetapi tidak bagi kami yang kurang berkemampuan,”

Hadiah PRU13: Salah kerajaan, tapi marahkan rakyat

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh menyalahkan sesiapa dalam masalah kenaikan harga barang dan makanan selepas mereka sendiri yang mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen kelmarin, demikian menurut Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof.

Katanya, punca utama adalah kenaikan bahan bakar kemudian memberi kesan kepada peningkatan kos akhirnya risiko yang ditanggung dilepaskan kepada pengguna.

"Peniaga kedai makan dan restoran adalah pengguna yang mendapat bahan mentah mereka melalui peniaga, pula menggunakan pengangkutan seperti lori. Jadi macam mana hendak ambil tindakan dan salahkan mereka yang menaikan harga makanan," katanya.

Ini seolah-olah katanya, hendak mengandung tetapi tidak mahu perut buncit, harga minyak dinaikkan tetapi marahkan peniaga naikkan harga barang.

Hadiah PRU13: Harga rumah bakal naik 10%

Peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen yang diumumkan kerajaan pada hari Isnin lalu dijangka akan turut menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus.

Laporan The Star yang memetik kenyataan wakil pemaju perumahan menyebut, peningkatan harga minyak itu menyebabkan kos bahan binaan meningkat.

Selain itu, peningkatan harga rumah berkenaan juga berpunca dari kekurangan jumlah tenaga kerja asing ekoran operasi besar-besaran yang dijalankan kerajaan untuk membasmi pendatang asing tanpa izin.

Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Datuk Seri Michael Yam Kong Choy dalam laporan itu berkata, kontraktor akan memindahkan kos yang ditanggung akibat kelewatan projek berkenaan kepada pembeli.

“Operasi ke atas tapak pembinaan juga menakutkan pekerja asing yang sah,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu,”katanya.

Pak Samad rela dilucut gelaran Sasterawan Negara dan kerakyatan oleh Kerajaan BN

Pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said berkata beliau mengalu-alukan sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan kumpulan pendesak agar gelaran Sasterawan Negara yang diterimanya pada 1985 ditarik balik.

Tidak cukup dengan itu, tokoh sastera itu berkata beliau juga tidak kisah jika kewarganegaraannya juga dilucutkan.

"Soal tarik balik anugerah Sasterawan Negara itu sangat bapak alu-alukan. Teruskanlah.

"Malah kalau ingin tarik balik warga negara saya pun, saya alu-alukan,” katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Kenyataan itu timbul ketika polis menggiatkan siasatan ke atas beliau, yang berucap dalam satu perhimpunan bersama individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang kemerdekaan Jumaat lalu.

Beliau juga mengulas desakaan yang timbul, seperti yang diulas oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, agar gelaran tersebut ditarik balik.

Kumpulan berhaluan kanan Melayu PERKASA pula dilaporkan menuntut agar tindakan tegas dikenakan ke atas individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya.

Menurut NGO tersebut, individu berkenaan tidak layak menjadi warganegara Malaysia kerana perbuatan itu didakwa menghina bangsa dan negara.

Kenapa kerajaan BN tak umum kenaikan RON97 ??

Ketika rakyat masih lagi geram dan marah dengan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel, negara malam tadi sekali dikejutkan dengan kenaikan harga minyak RON97.

Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang pengumuman khas dibuat bagi memaklumkan kepada rakyat berhubung kenaikan 15 sen bahan api, menjadikan harga semasanya RM2.85 seliter.

Sebelum itu pada Mei 2013, harga petrol RON97 ialah RM2.70 seliter, turun 20 sen berbanding sebelumnya.

Harga bahan api ini pernah mencecah RM3 seliter pada 2012.

Walaupun tidak membabitkan rakyat kebanyakan, kenaikan harga RON97 malam tadi turut menimbulkan pertikaian mengapa ia tidak diumumkan serentak dengan kenaikan harga RON95.

Kenaikan harga petrol RON95 dan diesel diumumkan Isnin lalu.

Menurut sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) - yang turut mengesahkan kenaikan harga RON97 itu, pengumuman sepatutnya dibuat oleh Kementerian Kewangan.

"Memang RON97 sudah naik mulai hari ini. Sepatutnya, kerajaan umumkan perkara ini. Ia bukan bidang kuasa KPDNKK," katanya kepada Sinar Harian Online.

20 Sen Punya Hal...!!!

Belum kering air liur yang tersembur keluar dari mulut Menteri jaga barang-barang keperluan beri amaran "keras" akan ambil tindakan tegas kepada mana mana peniaga menaikkan harga barang sewenang-wenangnya ... tetiba secara terus terang para peniaga restoran mamak mengumumkan harga teh tarik naik 20 sen segelas dan harga roti canai naik 20 sen juga sekeping.

Nak tanya kepada Pak Menteri yang beri amaran keras ini ....Bila nak ambil tindakan? .. Atau amaran itu sekadar peluru kapor atau meriam bulu ke? .. Bunyinya amat kuat berdentum tapi debu sikit pun tak melekat!!!

Kepada para pembela dan pengampu Najib ... masih mau mempertahankan tindakan zalim Najib menaikkan RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter dan RON97 15 sen seliter?

Masih mau menafikan kenaikan itu bakal diekori dengan susulan rantaian yang bertindih-tindih yang memedihkan?

Bangunlah dari dibuai mimpi hanya disebabkan kalian menganut anutan politik yang sama ... cuitkan sedikit minda anda .. Rakyat kini sedang menjerit kerana keperitan hidup yang semakin menghimpit.

HARGA MINYAK MENTAH SELURUH DUNIA TURUN TAPI HARGA MINYAK DIMALAYSIA NAIK!

Ikut hukum logik kalau harga minyak mentah didunia turun sepatutnya harga minyak di pam turut juga turun.

Tapi di Malaysia berlainan sikit .. jenis bersongsang dengan hukum akal logik ... lagi murah minyak mentah lagi dinaikkan harga minya dipam.

Kalau alasan terpaksa harga minyak dipam dinaikkan kerana harga minyak mentah turun munasabah dan bolehlah rakyat terima.

RON95 dan Disel dinaikkan kerana nak kurang subsidi .. Tapi RON97 yang ditetapkan harga mengikut harga pasaran minyak apa pula ceritanya?

Lagi sekali kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak sudah terkantoi tergigit lidah terkedu nak berikan jawapan!!!!

APA LAGI UMNO NAK TIPU RAKYAT!!!!!

Sembunyi Dalam Rumah Sendiri: Pak Samad nafi sembunyi, dakwa polis reka cerita....!!!

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said (gambar) menafikan bersembunyi, mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sengaja mereka cerita, kononnya telah pergi ke rumahnya lebih awal pada petang Selasa untuk menangkap beliau.

Khalid hari ini dilaporkan menuduh Samad ataupun lebih dikenali sebagai Pak Samad secara senyap-senyap pulang ke rumahnya lewat malam sehingga memaksa polis menangkapnya pada lewat pagi.

"Saya ada di rumah sahaja, saya tidak bersembunyi.

"Saya memang ada di rumah sahaja, kemudian saya bersiar-siar sekitar Bangsar dan minum teh di kedai mamak berhampiran rumah saya," kata beliau apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Samad juga berkata sepanjang hari berada di rumah pada petang Selasa, tiada seorang pun anggota polis yang datang ke rumahnya.

"Tiada, masa saya di rumah tiada polis pun yang datang," katanya lagi.

Siapa Shabery nak ugut Pak Samad?

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS melihat kenyataan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mengatakan bahawa gelaran Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said boleh ditarik balik sebagai suatu ugutan yang tidak wajar.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Yusapiza Yaacob berkata, adalah tidak adil ugutan sebegitu keluar dari mulut seorang menteri terhadap tokoh sastera yang hanya hadir membaca puisi bersama kumpulan yang mengebarkan bendera Sang Saka Malaya.

"Ini merupakan suatu kezaliman. Malaysia kini berada di ambang hilangnya hak kebebasan memilih dan bersuara.

"Apa lagi yang kerajaan Umno mahu dari tokoh sasterawan ini selepas ini," soalnya.

Munurut Yusapiza, usaha menggugurkan gelaran Sasterawan Negara ini akan dilihat sebagai tidak menghargai jasa yang ditaburkan oleh Pak Samad dalam mengangkat martabat sastera negara.

Beliau mempersoalkan, adakah kerana tidak menyokong kezaliman kerajaan Umno maka seluruh jasa bakti Pak Samad mahu dilupuskan.

"Tidak mustahil pada masa akan datang, nama beliau akan dipadam terus oleh kerajaan dalam sistem pendidikan negara kita.

Shabery: Gelaran ‘Sasterawan Negara’ Samad Said boleh ditarik balik

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak menolak kemungkinan gelaran Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (gambar) boleh ditarik balik berhubung insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan Jumaat lalu.

Menteri Penerangan dan Komunikasi itu berkata, tindakan sedemikian hanya boleh ditentukan oleh pihak yang memberikan gelaran tersebut.

"Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak menjejaskan gelaran itu dan tidak mustahil jika orang tidak lagi pandang tinggi kepada Sasterawan Negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 'Saya Sayang Malaysia' atau #MYSyg di Petaling Jaya, malam tadi.

Samad atau nama sebenarnya Abdul Samad bin Muhammad Said dianugerahkan Sasterawan Negara pada 1985 atas sumbangan beliau memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu.

Dalam insiden di Dataran Merdeka itu, Samad dikatakan sedang mendeklamasikan sajak berhampiran bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris dalam empat jalur yang kemudiannya dirampas seorang lelaki.

Ahmad Shabery berkata, tindakan individu yang mengibarkan bendera berkenaan disifatkan sebagai perbuatan orang yang dahagakan perhatian dan 'perlu diberikan rawatan'.

PAS: Kerajaan BN jangan serang Pak Samad hanya untuk alih isu minyak

PAS mengecam tindakan melampau kerajaan dan pihak berkuasa terhadap Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang dianggap sebagai cubaan mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu kenaikan harga minyak.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata tindakan ugutan untuk menarik balik gelaran Sasterawan Negara adalah satu penghinaan kepada Samad yang banyak menyumbang kepada negara.

"PAS melihat ada pihak yang semakin rancak bertindak melampau terhadap sasterawan negara itu.

"Kenyataan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan menarik balik gelaran Sasterawan Negara daripada A Samad Said sangat menghina," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, layanan hina sedemikian hanya semata-mata kerana Samad tidak menyokong kerajaan, bukan kerana kebenaran yang dinyatakan sasterawan itu.

"Apakah kerajaan boleh menidakkan sumbangan Pak Samad memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu hanya kerana apa yang diperjuangkan Pak Samad kini tidak mesra kerajaan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan ketika ini terdesak dengan tekanan oleh rakyat yang semakin marah ekoran kenaikan harga minyak sehingga terpaksa mengalihkan isu itu dengan menyerang Samad.

Pemaju: Harga minyak naik, harga rumah juga naik

Peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen yang diumumkan kerajaan pada hari Isnin lalu dijangka akan turut menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus.

Laporan The Star yang memetik kenyataan dari wakil pemaju perumahan menyebut, peningkatan harga minyak itu menyebabkan kos bahan binaan meningkat.

Selain itu, peningkatan harga rumah berkenaan juga berpunca dari kekurangan jumlah tenaga kerja asing ekoran operasi besar-besaran yang dijalankan kerajaan untuk membasmi pendatang asing tanpa izin.

Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Datuk Seri Michael Yam Kong Choy dalam laporan itu berkata, kontraktor akan memindahkan kos yang ditanggung akibat kelewatan projek berkenaan kepada pembeli.

“Operasi ke atas tapak pembinaan juga menakutkan pekerja asing yang sah,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Cuepacs sokong harga petrol naik kerana ia memberi faedah pada rakyat..!!

SEREMBAN - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyokong tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen, sekiranya memberi faedah kepada rakyat untuk masa hadapan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs bersetuju sekiranya kenaikan dibuat dapat membantu rakyat, terutamanya dalam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang dijangka akan dibentangkan dalam bajet pada penghujung tahun ini.

“Kita menyokong dengan kenaikan tersebut sekiranya kerajaan mengambil langkah memberi manfaat kepada rakyat dalam bentuk lain, seperti pemberian BRIM yang berganda iaitu daripada RM500 kepada RM1,000, juga bantuan lain kepada rakyat.

“Selain itu, kita juga mahu agar bantuan yang diberi kerajaan perlulah dilakukan secara berterusan, bagi memastikan rakyatnya tidak rasa terbeban dengan kenaikan tersebut, kerana kita khuatir ada barang lain pula yang akan naik nanti.

Kerajaan BN Gagal: 11 tahun negara dalam hutang


Sumber: www.tradingeconomics.com I Kementerian Kewangan, Kerajaan Malaysia
RAMAI orang meluahkan rasa geram, mengapa kerajaan perlu kurangkan subsidi petrol dan diesel sedangkan harga minyak dunia tidak meningkat mendadak, dan Malaysia pula adalah negara pengeluar minyak.

Tetapi keputusan mengurangkan subsidi itu, jika dibaca melalui kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, nyata tidak berkait dengan kenaikan harga minyak dunia atau jumlah minyak yang dieksport Malaysia setiap tahun.

Apa yang jelas, keputusan kerajaan mengurangkan subsidi minyak buat pertama kali dalam tempoh dua tahun ini adalah bagi mengurangkan defisit dalam belanjawan negara yang mencecah 4.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu.

Itu adalah tahap yang dianggap agak membimbangkan oleh pakar ekonomi dan pelabur luar, menyebabkan Fitch Ratings pada Julai lalu menurunkan prospek ekonomi Malaysia daripada stabil kepada negatif.
Mengikut pakar ekonomi Barclays Plc di Singapura, Rahul Bajoria, pengurangan subsidi petrol dan diesel adalah langkah positif dan tanda pentadbiran Najib mula mengakui terdapat masalah berhubung kedudukan kewangan Malaysia.

“Mereka mula bergerak ke arah yang betul. Lebih banyak perlu dilakukan,” menurut Bajoria seperti dilaporkan Bloomberg, kelmarin.

Menurut majalah perniagaan Forbes pula, Malaysia, sebagai pengeksport minyak dan gas, telah mendapat keuntungan daripada harga minyak dunia yang semakin tinggi, namun kenaikan kos petrol dan diesel di dalam negara serta kewangan kerajaan yang semakin lemah memaksa kerajaan mula mengurangkan subsidi kerajaan.

Jika dilihat kepada statistik, Malaysia mencatatkan defisit bajet secara berterusan sejak 11 tahun lalu.

Forum: Panelis setuju hanya di Malaysia “Allah” bukan milik semua


Panel dan moderator forum, (dari kiri), Khalid Samad; Dr Asri Zainul Abidin; Dr Muamar A Haris dan Dr Yusri Mohamad. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 September, 2013.Panel dan moderator forum, (dari kiri), Khalid Samad; Dr Asri Zainul Abidin; Dr Muamar A Haris dan Dr Yusri Mohamad. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 September, 2013.Dalam kehangatan forum `Nama Allah eksklusif atau tidak: Hukum asal, dakwah dan siasah’, ahli panel daripada pelbagai latar belakang politik tidak menolak fakta sejarah mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, tetapi dibimbangi akan mendekatkan orang Islam kepada agama Kristian.
Pensyarah Pusat Kajian Lanjutan Islam Sains dan Tamadun UTM, Dr Khalif Muammar A Harris berkata, pihak Kristian mempunyai agenda apabila meminta untuk menggunakan kalimah Allah dalam kitab Injil mereka.
"Agama Kristian dikatakan berusia 2,000 tahun, oleh itu mereka sepatutnya mempunyai perkataan lain yang boleh dipilih untuk merujuk tuhan mereka,” kata Khalif dalam forum anjuran Mysuara.net semalam.
"Motif mereka memilih kalimah Allah membuktikan mereka mempunyai agenda. Memang betul kalau lihat menerusi sejarah banyak yang menggunakan kalimah Allah sebelum Islam," katanya.
Katanya, kedatangan Muhammad sebagai rasul kepada umat Islam menyebabkan perkataan Arab itu mengalami Islamisasi.
"Begitu juga nama Allah, difahami maknanya berbeza semasa zaman jahilliah. Tetapi dengan kedatangan Islam yang dibawa oleh Muhammad, ia telah merubah konsep makna Allah itu," katanya.
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam ucapan pembukaannya sebagai moderator menerangkan penggunaan kalimah Allah di negara Arab digunakan oleh bukan Islam secara meluas dan tidak dipertikaikan.

Minyak naik: Rakyat terus jadi mangsa

Setiap kali kenaikan harga minyak berlaku, sudah pasti ramai pengguna kenderaan akan berpusu-pusu membeli minyak di stesen minyak yang berdekatan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Akibat pengumuman secara mengejut dari pihak kerajaan tentang kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter pada 2 september yang lalu, ramai pengguna menjadi kelam kabut di saat akhir untuk mendapatkan bahan bakar itu.


Mereka terpaksa beratur panjang di semua stesen minyak semata-mata mahu memenuhkan tangki petrol mereka agar dapat mengurangkan sedikit pembelanjaan disebabkan harga petrol akan naik keesokkan harinya.

Ada diantara pengguna yang mengadu, mereka yang hendak membeli minyak pada waktu petang disekat kononnya minyak sudah habis. Mengapa perkara semacam ini boleh berlaku?

Sepatutnya pihak kerajaan membuat pengumuman lebih awal agar pengguna tidak menjadi kelam kabut akibat tergesa-gesa hendak membeli minyak di saat akhir.

Penduduk yang tinggal di luar bandar dan pedalaman Sarawak yang masih belum mendapat bekalan elektrik sepenuhnya juga akan menerima kesan dari kenaikan harga bahan api ini.

Di mana masih ramai pengguna di luar bandar yang menggunakan genset atau penjana yang menggunakan diesel atau petrol untuk mendapatkan bekalan elektrik sudah pasti kehidupan golongan ini akan bertambah susah disebabkan kenaikan kos minyak untuk menjana tenaga elektrik akan meningkat.

Subsidi rakyat ditarik, pemimpin BN hidup mewah

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengambil perhatian kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan menarik subsidi minyak secara mengejut.

Alasannya adalah untuk mengelakkan aktiviti spekulasi harga yang dijangka akan menimbulkan pelbagai isu sampingan yang lain.

Namun, kata Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, yang menjadikan kejutan rakyat ialah apabila pengumuman itu tidak menjelaskan kenapa ia harus berlaku secara mendadak.

“Jika tujuannya adalah untuk merasionalisasikan aliran perbendaharaan kerajaan bagi menangani bajet defisit, maka bagi kami apabila PM menyatakan bebanan rakyat boleh ditampung melalui menambah kuatum BR1M, bagi kami ini adalah polisi yang salah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, BR1M hanya merupakan ubat ‘tahan sakit’ yang boleh menghilang rasa sakit untuk waktu yang sebentar.

Namun, ujarnya dalam jangka masa panjang ia bukan satu ubat yang mujarab terutama bila pesakit berada dalam keadaan yang kritikal.

Apabila di mata Nazri semua orang bodoh belaka

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz terus menjadi bahan sorotan media sejak kebekalangan ini. Jika dulu beliau kerap menjadi perhatian kerana tugasnya sebagai menteri yang menjaga Parlimen, kemudian disusuli dengan pelbagai hal berkaitan anaknya, kini kerana kekerapannya mengeluarkan perkataan "bodoh" pula.

Beliau menggelar Pengarah Strategik PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai "bodoh" apabila menyarankan menteri kabinet menggunakan duit sendiri untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing sebagai tanda mahu bersama mengurangkan beban kewangan kerajaan, di samping merasai sedikit keperitan rakyat yang terpaksa mengalami peningkatan kos hidup.

Sebelum itu, Nazri juga menggelarkan Lim Kit Siang sebagai "bodoh" apabila veteran DAP itu mencadangkan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung peristiwa 13 Mei bagi mengelakkan isu itu menjadi polemik yang berterusan dan menjadi bahan propaganda politik pihak tertentu.

Jika anak begitu dilarang menggunakan istilah "bodoh" sama ada kepada adik-beradik atau rakan sepermainannya, begitu juga ia dianggap tidak sopan digunakan di sekolah, Nazri sebaliknya mungkin mencatat rekod sebagai pemimpin negara yang paling kerap melafazkan perkataan "bodoh" itu.

Yang dicatat media, mungkin hanya Rafizi dan Lim Kit Siang yang "dibodohkannya" tetapi mungkin lebih ramai orang yang disanggahnya atau tidak sependapat dengannya, turut dilabelnya "bodoh" juga. Kepada Rafizi dan Lim Kit Siang, ungkapan "bodoh" yang ditujukan kepada kedua-dua mereka oleh Nazri pula mungkin bukan sekali, malah berkali-kali.

Jimatkan Wang Negara: Potong elaun menteri, kurangkan majlis keramaian

Memotong elaun menteri dan mengurangkan penganjuran majlis keramaian berbajet besar antara langkah yang boleh diambil kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaannya. Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, cara tersebut pernah digunakan khalifah pemerintahan Islam suatu ketika dulu bagi mengawal perbelanjaan negara.

“Langkah pengurangan subsidi untuk berjimat hanya berkesan dalam jangka masa pendek. Sebaliknya, kerajaan perlu memikirkan cara yang lebih komprehensif.

“Kerajaan boleh mencontohi khalifah terdahulu yang memotong kemudahan orang besar dan mengurangkan majlis keramaian yang tidak penting dan melibatkan belanja yang banyak. Jika dilaksanakan dengan bersungguh, kerajaan mampu untuk berjimat dan mempunyai lebihan peruntukan kewangan untuk negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya lagi, pendekatan tersebut mungkin dilihat tidak signifikan dari sudut ekonomi, tetapi dapat memberi contoh di mata masyarakat.

Minyak naik lagi, gaji bagaimana?

Oleh Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail

Tersentak apabila mendapat berita bahawa harga RON 95 dinaikkan 20 sen seliter. Kenaikan itu agak tinggi dan boleh membebankan rakyat yang sudah pun terbeban dengan masalah harga barang keperluan harian yang melambung tinggi sedangkan gaji dan pendapatan keluarga masih ditahap hampir-hampir termasuk didalam kategori sebagai rakyat termiskin di negara ini.


Untuk menyedapkan hati rakyat maka Pak-Pak Menteri saperti biasa akan berkatalah kononnya harga petrol lebih jauh lagi murah daripada negara jiran. Ada Menteri pula beri amaran supaya jangan naikkan harga barang-barang keperluan harian termasuk di pusat-pusat beli-belah dan ada pula mengatakan ia untuk menaikkan lagi ekonomi rakyat Malaysia.

Agak keliru juga dibuatnya, namun setahu saya memanglah harga petrolnya di negara jiran berlipat kali ganda tinggi tetapi kerajaan mereka mampu membayar gaji seimbang dengan kos sara hidup di negara berkenaan dan bukannya gaji masih ditahap lama tetapi harga barangan semakin meningkat sesuka hati itu.

Begitu juga apabila seorang Menteri dengan lantang memberikan amaran supaya jangan ambil kesempatan menaikkan harga barang keperluan kerana akan mengundangkan inflasi.Dalam hal ini, untuk pengetahuan Pak Menteri berkenaan dan mereka yang bersependapat dengannya bahawa harga barang sudah pun naik melambung dan kami rakyat berpendapatan rendah ini terasa sangat akan bahangnya itu.

15 tahun Reformasi, menteri cap ayam dan RON95

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Saya mulanya mahu mengimbau kembali nostalgia 15 tahun lalu: Refomasi. Tragedi pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan semua jawatan dalam kerajaan pada 2 September 1998, yang disusuli penyingkirannya daripada keahlian Umno, telah mengubah lanskap politik tanahair.

Majoriti rakyat, khususnya orang Melayu, yang sebelum itu nampak mudah "dijinakkan" dan kelihatan tidak sukar dilentur pendirian politik, tiba-tiba dengan berani bangun menyatakan sikap walaupun diketahui berbeda dengan elit penguasa. Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitarnya, yang panas dengan tembakan gas pemedih mata dan belantan FRU, menjadi gelanggang bermulanya babak politik baru.

Waktu itu, awalnya, saya sendiri agak kebingungan untuk mentafsirkan, apatah lagi mendefinisikan fenomena yang berlaku. Anwar yang menjadi sasaran kritikan dan belasahan dalam siri tulisan saya semasa menjawat Timbalan Perdana Menteri, diangkat sebagai ikon istimewa; bukan sekadar simbol penentangan terhadap kediktatoran, kezaliman, korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

Dalam masa singkat, hanya dalam tempoh kira-kira 18 hari, yakni sebelum ditangkap pada malam 20 September, Anwar berjaya menyampaikan "pendidikan politik" dengan cukup berkesan kepada audien yang membanjiri kediamannya di Jalan Setiamurni, Bukit Damansara dan yang memeriahkan siri jelajahnya di seluruh negara.

Muncul ramai aktor baru politik, yang selama ini bagai tidak peduli dengan perkembangan siasah, dan mungkin membencinya. Anak-anak muda, lelaki dan wanita, termasuk golongan berpendidikan tinggi dan kelas menengah, bersuara lantang di jalan-jalan raya. Gema "reformasi" seakan berjaya menggoncang Seri Perdana serta membingitkan telinga Dr Mahathir Mohamad.


Zaman rakyat akur apa saja titah pemerintah sudah berlalu. Daleh Dr Mahathir berkaitan kejijikan akhlak untuk memecat Anwar ditolak mentah-mentah. Umum dapat memahami bahawa punca kepada segala konflik dan pertembungan ketika itu adalah KUASA. Kuasa mewajarkan fitnah, penipuan, pembohongan, penindasan dan pengkhianatan. Seorang rakan karib boleh bertukar seteru ketat hanya kerana mempertahankan takhta.

Isu-isu yang sebelumnya dianggap abstrak dan sukar difahami (juga pernah mengecewakan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1995), seperti hak asasi manusia, kewibawaan badan kehakiman, manipulasi jentera kerajaan, kebebasan akhbar, rasuah, keadilan, kronisme, transparensi pengurusan dana awam dan integriti institusi awam, misalnya PDRM dan SPRM (waktu itu BPR), menjadi basahan bibir.

Petroleum murah: "Petronas mengeksport minyak Tapis blend dan mengimport minyak kurang berkualiti untuk penggunaan dalam negara"

PETRONAS hari ini menjelaskan mengenai tanggapan salah sebilangan rakyat bahawa Malaysia dapat mengeluarkan produk petroleum yang lebih murah seperti gasoline dan diesel jika ia mengeluarkan dan menggunakan sendiri minyak mentah.

Bagaimanapun perbadanan minyak negara itu berkata, minyak mentah Tapis blend yang ditemui di perairan Malaysia, merupakan bahan mentah yang sangat mahal.

Oleh itu, dengan mengeksport minyak Tapis blend dan mengimport minyak kurang berkualiti untuk penggunaan dalam negara, Malaysia meraih manfaat lebih besar daripada sumber minyak mentah semula jadinya, dan pada masa yang sama memastikanjaminan tenaga untuk penggunaan domestik.

Petronas, dalam satu kenyataan malam ini mengulas mengenai rasionalisasi subsidi kerajaan baru-baru ini yang telah menimbulkan kebimbangan dan tanggapan salah sebilangan rakyat.

Mereka berpendapat rakyat sepatutnya menikmati produk petroleum, terutama gasoline dan diesel, pada harga minimum selari dengan status negara sebagai negara pengeluar minyak, katanya.

Ini bertentangan dengan negara seperti  Arab Saudi dan negara Timur Tengah yang menghasilkan minyak mentah murah dalam kuantiti yang besar.

BR1M bersifat politik, didik rakyat bergantung pada pemerintah yang korup

 KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER: Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenal Datuk Seri Najib Razak gagal menyelesaikan masalah asas kos sara hidup, tetapi mewujudkan budaya pergantungan rakyat miskin terhadap pemerintah, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

“BR1M bersifat politik kerana mewujudkan budaya pergantungan rakyat termiskin sedangkan yang mereka perlukan adalah subsidi menurunkan kos sara hidup, pendidikan dan peluang pekerjaan lebih baik serta bebas dari kemiskinan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenaikan jumlah BR1M yang akan diumum kerajaan pada Bajet 2014 Oktober ini, bertujuan meredakan kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel RM0.20 sen seliter berkuatkuasa 3 September lalu.

Rafizi berkata, kos ditanggung rakyat ekoran peningkatan harga minyak jauh lebih tinggi ekoran barangan lain turut melonjak berbanding pemberian BR1M setahun sekali.

BN“Pertama, BR1M (kalaupun dinaikkan nilainya) tidak berpadanan dengan tanggungan belanja isi rumah. Selain dari belanja petrol dan diesel meningkat RM752 setahun (nilainya lebih tinggi dari BR1M), setiap isi rumah juga berdepan kenaikan harga barang secara keseluruhan akibat inflasi.

Punca Utama RON97 Naik 15 Sen Hari Ini


Dinegara-negara LAIN DIDUNIA waima dinegara paling tidak maju sekali pun dalam dunia ... barang yang berkualiti lebih tinggi sudah pasti harganya lebih mahal dari barang yang kualiti lebih rendah ... 
itu adalah hukum dan amalan universal yang logik .... tepai di Malaysia negara yang diperintah oleh UMNO berketuakan Najib Razak lain dari yang lain .. pelik lagi menghairankan ...BARANG BERKUALITI RENDAH LEBIH MURAH DARI BARANG KUALITINYA LEBIH TINGGI.
Ini bermakna negara Malaysia yang diurus tadbir oleh UMNO/BN berketuakan Najib Razak adalah yang paling hampeh dan teruk sekali dalam dunia??????
Ini terjadi pada RON95 dan RON97 ... Harga RON95 tanpa subsidi jika diambil kira apa yang dipekikkan oleh para pemimpin UMNO jika tiada subsidi berharga RM2.73sen seliter .. 
Iaitu RM2.10 seliter harga pam dan ditambah 63sen seliter harga subsidi yang dihebohkan oleh kerajaan UMNO/BN ....Sedangkan harga RON97 kini yang sedikit pun tidak menerima subsidi harga dipam ialah sebanyak RM2.70sen seliter .. 3 sen lebih murah dari RON95.

Terima Kasih BN: Roti canai, teh tarik naik 20 sen...dan banyak lagi akan naik..!!!



GUAT SENG menjual pelbagai barang keperluan di Pasar Awam Maharani, Muar semalam.



GEORGE TOWN - Para pelanggan kedai mamak dan restoran nasi kandar di negeri ini mendakwa mereka kini terpaksa membayar lebih 20 sen bagi setiap harga makanan dan minuman yang dijual di kedai-kedai itu sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak Isnin lalu.
Tinjauan Kosmo! di sekitar Bayan Baru, Bayan Lepas dan George Town mendapati lima buah kedai nasi kandar di kawasan terbabit telah menaikkan harga makanan seperti roti canai, nasi lemak serta pelbagai lauk selain menaikkan harga minuman teh tarik dan minuman berais.
Sekeping roti canai kini perlu dibayar RM1 berbanding 80 sen sebelum ini, teh tarik RM1.20 berbanding RM1, nescafe ais RM1.90 berbanding RM1.70, milo ais RM1.90 berbanding RM1.70 manakala jus buah-buahan pula RM2.70 berbanding RM2.50.
Penyelia sebuah restoran nasi kandar di Bayan Baru memberitahu, harga baharu itu diputuskan oleh pihak pengurusan dan berkuat kuasa serta-merta tetapi dia menolak kenaikan tersebut ada kaitan dengan kenaikan harga petrol.




"Kenaikan harga makanan dan minuman tidak dapat dielakkan kerana kos operasi semakin bertambah. Senarai harga baharu di restoran kami akan dipaparkan sedikit masa lagi," kata penyelia restoran itu yang enggan dikenali.

Clashes in Bahrain over activist's death

Is Russia providing chemical weapons to Syria

Putin Talks US-Russia Relations, Snowden

Putin says he could support strike on Syria given "obvious"

Can Obama sway Sweden on Syria?

No pause for debate as war rages in Syria

Kerry: Riskier to not act against Syria

Kerry: Syria's al-Assad behind "outrageous attack

Not acting in Syria would send wrong message to Iran: French PM

Putin: Russia doesn't defend Assad, we defend international law

Rubio opposes, but Senate committee okays Syria resolution

Obama: Congress, World Credibility at Stake

Senate panel approves resolution on Syria military strikes