Rabu, 4 September 2013

Kibar Sang Saka Malaya tak hina Jalur Gemilang

Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) mengecam sekeras-kerasnya penahanan Sasterawan Negara A Samad Said, Hishamuddin Rais dan Adam Adli kononnya menghina Jalur Gemilang.

KsJT memandang serius penahanan ini kerana kami percaya ia sebahagian dari rekayasa jahat penguasa supaya rakyat dibelenggu climate of fear seterusnya menyebabkan kegelisahan tanpa sebab munasabah serta tidak berasaskan fakta tepat.

Rentetan isu anti Syiah, surau yang digunakan bukan Muslim di Johor, filem Tanda Putera dan kini kononnya ada yang menghina Jalur Gemilang ternyata sedang dieksploitasi penguasa untuk mengolah persetujuan rakyat serta keresahan terutamanya di kalangan Melayu-Muslim.

Komunite Seni Jalan Telawi percaya tindakan yang tidak bertanggungjawab ini adalah projek Umno-Barisan Nasional untuk mengekang orang Melayu dan rakyat Malaysia daripada pelbagai tafsiran sejarah terutamanya berkaitan kemerdekaan.

Umno-BN sememangnya mahu memonopoli tafsiran sejarah kemerdekaan supaya terus mengekalkan mitos kononnya hanya pemimpin mereka yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Pak Samad OK, makin bersemangat selepas dibebas

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berada dalam keadaan yang baik malah kelihatan lebih bersemangat selepas dibebaskan polis jam 2.30 pagi tadi.

A Samad atau lebih dikenali sebagai Pak Samad dibebaskan selepas dua jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Penahanan tersebut susulan kepada soal siasat ke atas aktivis Hishamuddin Rais dan Adam Adli yang disoal siasat di bawah Akta Hasutan 1948 Isnin lalu berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya di Dataran Merdeka pada malam ambang kemerdekaan Jumaat lalu.

"Pak Samad baik-baik sahaja. Malah saya boleh katakan dia lebih bersemangat kini. Tentang dipanggil balik atau didakwa masih tidak diketahui," kata anak beliau, Helmy Samad ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bagaimanapun Helmy berkata, beliau belum bertanya mengenai soalan-soalan yang diajukan pihak polis kepada Pak Samad.

"Tidak saya tanyakan lagi (mengenai soal siasat)," katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan Pak Samad disiasat di bawah Akta Hasutan.

Tidak mustahil mansuh RON95, guna RON97

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad tidak menolak spekulasi mengatakan kerajaan ingin mewujudkan petrol RON92 adalah bagi memansuhkan RON95 yang dinaikkan harga sebanyak 20 sen kelmarin.

Katanya kepada Harakahdaily, adalah terlalu sukar untuk kerajaan menyediakan tiga jenis minyak bagi kegunaan pemandu apatah lagi ia melibatkan kos pengubahsuaian yang besar kepada pengusaha stesen minyak.

"Saya tidak menolak dan ada kemungkinan besar bila wujudnya minyak RON92 atau nama lain regular, ia bagi tujuan untuk memansuhkan minyak RON95.

Tambah beliau, jika ini keputusan yang diambil oleh kerajaan maka ia telah memberi tekanan kepada pengguna minyak RON95 untuk beralih kepada RON97 yang harganya lebih mahal.

Menurutnya RON92 hanya sesuai kepada kenderaan yang lama dan penggunaan minyak tersebut tidak sesuai dengan kenderaan keluar terbaru yang disarankan menggunakan RON95.

"Mereka tidak mahu kerosakkan berlaku kepada kenderaan mereka sebab RON97 juga sesuai untuk kereta yang mengguna RON95.

Rafizi: Potong elaun minyak menteri

SHAH ALAM - Cara paling mudah untuk mengurangkan defisit negara dan membantu menjana ekonomi adalah dengan memotong elaun minyak yang diberikan kepada menteri, timbalan menteri dan pegawai-pegawai kerajaan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, ada hampir 70 menteri dan timbalan. Setiap menteri ada hampir lima pegawai, menjadikan jumlah mereka seramai 350 orang.

"Jika setiap orang diberikan elaun petrol RM1,000 selama sebulan, ia akan menjadi RM350,000 dan untuk tempoh setahun kerajaan perlu mengeluarkan RM4 juta untuk mereka.

"Jika elaun ini dipotong, ia dapat membantu kerajaan untuk perkara lain yang lebih bermanfaat kepada rakyat, ini juga akan mengajar mereka supaya lebih berhati-hati dalam merancang perjalanan dan program mereka." katanya kepada Sinar Harian, pada Rabu.

Beliau berkata, sudah tiba masanya semua menteri sama-sama merasai bebanan yang ditanggung rakyat kesan daripada kenaikan harga minyak.

Zaman Khan: Bekas ketua kongsi gelap masuk politik

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan mendedahkan seorang bekas banduan, yang juga bekas ketua kumpulan kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat bawahan dalam sebuah parti politik di Pulau Pinang.

Katanya, beliau yang ketika itu masih dalam perkhidmatan polis, telah menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini.

Menurutnya, bekas banduan itu pernah menjadi ketua kongsi gelap di negara ini dan aktifnya dalam politik sehingga memegang jawatan penting dalam parti adalah satu perkembangan yang tidak sihat kepada politik negara.

Beliau yang ditemui Bernama di sini, bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemimpin itu tetapi berkata, individu berkenaan kini merupakan ketua di peringkat bawahan sebuah parti politik di negeri itu.

Zaman Khan menggesa pihak polis menyiasat perkara itu kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi oleh orang ramai terhadap penglibatan ahli politik dalam dunia kongsi gelap.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya sedia menyiasat dakwaan pembabitan anggota kongsi gelap dalam arena politik mahupun memegang jawatan penting dalam sesebuah parti politik di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak menerima apa-apa laporan mahupun maklumat untuk mengaitkan pembabitan anggota kongsi gelap dalam parti politik mahupun banduan yang telah dibebaskan.

Malaysia bantah serangan ketenteraan ke atas Regim Syiah Syria

Malaysia mengambil pendirian menentang sebarang kuasa luar melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Syria, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata campur tangan ketenteraan bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan konflik dalaman di Syria malah akan mengorbankan penduduk yang tidak berdosa dan kemusnahan harta benda di negara itu.

"Penyelesaian politik adalah yang terbaik. Kami tidak pernah percaya campur tangan ketenteraan akan menyelesaikan masalah... seperti dilihat di Libya, Iraq dan Afghanistan.

"Pendirian kami jelas iaitu kita perlu beri peluang kepada pihak yang bertelingkah supaya duduk semeja untuk berdialog dan berunding serta mencari penyelesaian yang memberi manfaat kepada negara terbabit," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Anifah berkata demikian bagi mengulas rancangan Amerika Syarikat untuk melancarkan serangan ketenteraan ke atas Syaria, yang didakwa menggunakkan senjata kimia terhadap penentang rejim pimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Anwar: Polis biadap, tahan Pak Samad tengah malam

KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER: Penahanan polis ke atas Datuk A Samad Said tindakan biadap kerana mengheret Sasterawan Negara (SN) itu pada tengah malam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tindakan biadap! (SN) A Samad Said umur 80 tahun diheret jam 12 malam?” tempelak Ketua Umum KEADILAN itu di twitter sebaik mengetahui Pak Samad ditahan.

Pak SamadEkoran itu, beliau menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi memohon maaf kepada Pak Samad di atas penahanan itu.

Tegas Anwar, Zahid wajib mohon maaf kepada Sasterawan Negara itu kerana pada usianya 80 tahun, beliau dibawa tiga polis pada jam 12 tengah malam ke ibu pejabat polis.

“Tak dapat soal siasat siang hari? (Mana) Perikemanusiaan?” katanya lagi.

Penahanan itu turut mendapat reaksi rakan seperjuangan Pak Samad dalam Bersih, Datuk S Ambiga yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0.

Ambiga: Tergamak mereka layan Pak Samad begitu

Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga mempersoal tindakan polis menahan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said pada lewat tengah malam tadi semata-mata untuk disoal siasat polis.

Polis boleh memilih masa lain untuk menyoal siasat tokoh sastera itu, katanya yang menyifatkannya tindakan tersebut sebagai satu "gangguan".

"Tergamak mereka buat begitu kepada seorang individu yang sangat dihormati.

"Perlukah ke rumah beliau pada jam 12.30 tengah malam semata-mata untuk menahannya bagi soal siasat dan membebaskannya dua jam kemudian?" soal Ambiga.

"Ia satu bentuk gangguan, dan sama sekali tidak perlu... polis tahu yang mereka tidak perlu mengganggu beliau dengan cara demikian hanya kerana perkara yang sebegitu sifatnya," katanya kepada Malaysiakini.

Bekas pengerusi Majlis Peguam itu juga menggesa Ketua Polis Negara memohon maaf kepada A Samad kerana menuduhnya menyorok daripada ditangkap.

A Samad Said yang lebih mesra sebagai Pak Samad yang juga merupakan pengerusi bersama BERSIH, menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan beliau berada di rumah semalaman kelmarin dan tiada anggota polis datang ke rumahnya.

Peniaga: Kami terpaksa naikan harga

Kenapa RON 97 Lebih Murah daripada RON 95

Naik Minyak: Najib tidak perlu perbodohkan rakyat

Hutang negara paras kritikal: Malaysia berdepan krisis ekonomi?

KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER: Hutang dalam dan luar negara yang mencecah RM1,200 bilion mengundang perasaan cemas para penganalisis ekonomi. Mereka membayangkan ekonomi Malaysia akan berdepan krisis dalam sedikit masa lagi sekiranya langkah-langkah perlu tidak diambil mengurangkan jumlah hutang.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tidak menolak krisis ekonomi seburuk krisis matawang pada 1997 berikutan penyusutan nilai ringgit berbanding dollar Amerika. Matawang negara itu jatuh melebihi 7.0 peratus tahun ini, kepada RM3.30 bagi setiap AS$1.

Rafizi“(Masalahnya) dalam keadaan hutang mencecah 53 peratus daripada KDNK, kerajaan masih berbelanja mewah dan membazirkan wang rakyat.

“Apabila hutang kita sampai tahap maksimum, kalau ada sedikit kekacauan kewangan di peringkat antarabangsa negara akan menghadapi masalah. Sebab itu kita tidak boleh menolak krisis ekonomi sedang menghantui Malaysia.

“Apa yang berlaku (analogi hutang) seperti berbelanja menggunakan kad kredit. Apabila kita guna hingga had maksimum, tiba-tiba dalam bulan itu kereta kemalangan, habislah. Pasti ansuran kereta, rumah dan sebagainya tak boleh dibayar.

Rampas subsidi minyak milik rakyat bukti kejayaan ‘Najibnomics’

KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER: Penarikan subsidi minyak kepada rakyat bertepatan dengan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam menangani masalah ekonomi melalui kaedah dikenali sebagai ‘Najibnomics’, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

“Subsidi minyak kepada rakyat Najib rampas, sedangkan subsidi kepada kroni-kroni yang menjadi tuan-tuan punya penjana kuasa bebas (IPP) tidak diusik sedikit pun, hutang setengah bilion ringgit (Tan Sri) Tajuddin Ramli dihapuskan manakala pemerasan kroni-kroni yang menjadi pemegang-pemegang konsesi tol di lebuhraya-lebuhraya diteruskan.


“Subsidi kepada golongan kapitalis diteruskan, contohnya melalui geran-geran Dana Mudahcara (Facilitation Fund) yang dikendalikan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan juga Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjangkau berbilion ringgit,” katanya.

Selain dari itu, kata Salahuddin, ratusan juta boleh pula diberikan kepada konsultan-konsultan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di bawah JPM, tetapi kalau kepada rakyat, subsidi yang tidak seberapa bagi setiap individu pun dirampas atau dikurangkan oleh kerajaan Najib.

“Shahrizat (Jalil) boleh dilantik sebagai Penasihat Perdana Menteri bertaraf menteri dengan gaji menteri dan segala nikmat dengan jawatan tersebut, tetapi kapada rakyat marhaen ‘no subsidy’. Inilah Najibnomics,” katanya dipetik Harakah Daily.

Taib: Harga minyak naik demi kepentingan kewangan..!! Kewangan kroni..??

Keputusan kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan diesel dibuat demi kepentingan kedudukan kewangan negara, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata keputusan yang dibuat Perdana Menteri itu juga adalah keutamaan tepat untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara.

"Kerajaan tidak mempunyai pilihan, daripada kita menghadapi masalah kedudukan kewangan lebih besar, lebih elok kita turunkan subsidi sikit.

"Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak di bangunan lama DUN, Petra Jaya hari ini.

Abdul Taib berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan menaikkan harga harga minyak RON 95 and diesel naik 20 sen mulai 3 September.

Otak Pemimpin UMNO: Kerajaan PR bagi sahaja bantuan subsidi minyak kepada rakyat masing-masing - Pengerusi PAC Dan Akauntan Bertauliah

Selepas empat bulan memenangi PRU13, kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan berdepan dengan realiti ekonomi dunia dengan tidak lagi dapat menanggung subsidi minyak petrol RON95 dan diesel yang terus meningkat, menyebabkannya ia dinaikkan sebanyak 20 sen, tengah malam Selasa lalu.

Maka riuhlah ‘netizen’ dalam laman sosial di facebook, blog dan twitter mengenai keputusan ini, ada yang menyokong dan ada yang tidak.

Tidak perlulah hendak dihuraikan sebab atau mengapa harga minyak dinaikkan, banyak angka dan penerangan yang begitu teknikal digunakan sehingga pada mulanya mudah difahami menjadi sukar difahami.

Saya tidak menyatakan bahawa langkah kerajaan menaikkan harga minyak adalah satu langkah wajar atau cuba menidakkan fakta mengapa kerajaan perlu berbuat sedemikian.

Pada masa sama, saya juga cuba mencari rasional atas keputusan kerajaan yang dikatakan terlalu drastik membuat keputusan menaikkan harga minyak itu. Rasanya sudah cukup dengan segala penerangan mengenai kewajaran kenaikan harga komoditi berkenaan daripada pihak kerajaan dan juga “serangan” balas daripada pembangkang yang menentang kenaikan itu.

Apa yang saya ingin sentuh di sini, adalah mengenai langkah kurang cermat kerajaan yang dilihat terburu-buru dan tidak bersifat proaktif dalam menyediakan rakyat berhadapan dengan kenaikan berkenaan.

Sejujurnya, saya merasakan bahawa majoriti rakyat tidak bodoh untuk memahami mengapa kerajaan bertindak menaikkan harga minyak RON95 dan diesel tetapi apa yang mereka “riuhkan” adalah mengapa tidak dimaklumkan lebih awal.

Akibat daripada langkah serta tindakan kurang cermat ini, menyebabkan ramai terutama sekali di pihak pembangkang menjadi pakar ekonomi “mi segera”, semata-mata mahu bertindak sebagai populis tanpa mahu mengakui bahawa kerajaan terpaksa berdepan dengan realiti ekonomi dunia.

Nak Naik Lagi: SPAD kaji kadar tambang pengangkutan darat...!!!

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengkaji kadar tambang industri pengangkutan darat secara menyeluruh ekoran kenaikan harga petrol dan diesel, semalam.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya peka dengan kenaikan itu dan kini sedang meneliti kesan langsung dan tidak langsung terhadap kenaikan itu.

"Kajian ini akan mengambil kira komponen kos operasi seperti bahan api, upah, kos penyelengaraan dan insurans," katanya.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa SPAD akan memastikan hasil kajian itu tidak membebankan rakyat atau pengendali pengangkutan awam.

Syed Hamid juga memaklumkan bahawa SPAD tidak mempunyai sebarang halangan jika pengendali industri pengangkutan awam memohon agar tambang dinaikkan mengikut perkembangan terkini.

"Namun, keputusan untuk menaikkan kadar tambang hanya boleh dibuat selepas SPAD selesai mengkaji kadar tambang tersebut secara menyeluruh dan holistik untuk kerajaan membuat keputusan yang sewajarnya," katanya. - Bernama

Minyak orang kaya naik 15 sen seliter...Minyak orang miskin naik 20 sen seliter..!!

SHAH ALAM - Selang beberapa hari harga petrol RON 95 dan diesel diumumkan, esok bermula kenaikan secara menyeluruh untuk harga bahan api apabila RON97 turut dinaikan sebanyak 15 sen seliter.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng yang dihubungi satu portal berita hari ini.

Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini.

Kenaikan itu lebih rendah berbanding peningkatan 20 sen untuk harga diesel dan petrol RON95 yang diumumkan kerajaan semalam.

KPDNKK: Tindakan tegas terhadap peniaga naik harga..!! Tembak Angin Nampak....

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melaksanakan penguatkuasaan maksimum bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan kenaikan harga minyak.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, kementerian sentiasa bersedia berdepan dengan apa jua keadaan termasuk melakukan penguatkuasaan secara menyeluruh terhadap kawasan-kawasan tertentu yang terdapat laporan kenaikan harga barangan.

"Peniaga tidak boleh sesuka hati menaikkan harga barang, mereka yang berdegil, kementerian tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas mengikut Akta Kawalan Harga dan Akta Pencatutan 2011.

"Kajian bahagian dasar dan penguatkuasaan kementerian mendapati pengurangan subsidi minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, tidak memberi kesan drastik kepada kos perniagaan, hanya sekitar 0.1 hingga 1.3 peratus sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 1,845 anggota penguatkuasa dan 1,071 pegawai pemantau termasuk individu tertentu yang dilantik kementerian telah mula dikerah untuk tujuan itu.

Naik Minyak: Khairy tolak cabaran debat Rafizi

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin  menolak pelawaan debat Rafizi Ramli berhubung isu kenaikan harga minyak, sebaliknya menyarankan Pengarah Strategi PKR itu membawanya ke Parlimen memandang beliau kini merupakan anggota Dewan Rakyat.

Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan seharusnya menggunakan platform di Dewan Rakyat memandangkan ianya melupakan pentas terbaik untuk berdebat.

"Dulu saya terima berdebat dengan dia berkenaan isu PTPTN kerana dia bukan anggota Parlimen ... tetapi sekarang dia sudah jadi ahli Parlimen," kata Khairy ketika sidang media di PWTC lewat petang tadi di Kuala Lumpur.

Naik Minyak: Caj kenderaan perdagangan naik 5 peratus hari ini

Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayan Utara menaikkan caj perkhidmatan kenderaan perdagangan sebanyak lima peratus berkuatkuasa hari ini.
   
Presidennya Datuk Yusoff Ismail berkata kenaikan caj itu mendapat persetujuan daripada 1,000 anggotanya yang juga pengusaha kenderaan perdagangan berikutan kenaikan harga minyak diesel sebanyak 20 sen yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahad lepas.
   
Beliau berkata kenaikan caj itu mengambil kira kos tambahan yang perlu ditanggung antara RM130 hingga RM150 bagi setiap perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur atau Singapura.
   
"Sebelum harga minyak naik setiap kenderaan perdagangan ini menggunakan antara 700 hingga 800 liter diesel pada kadar RM1.80 seliter. Tetapi kenaikan 20 sen ini akan menambahkan lagi kos, namun kadar lima peratus tersebut masih rendah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha lori di Kawasan Perindustrian Mergong di Alor Setar.
   
Yusoff berkata harga diesel di negara ini masih pada tahap terendah berbanding dengan Thailand iaitu RM3 dan caj pengangkutan yang dikenakan pihaknya adalah pada tahap berpatutan dan tidak membebankan orang ramai.
   

RON97 naik 15 sen mulai malam ini kerana untuk tutup aib Najib..!!

Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini lapor Malaysiakini.

Perkara tersebut disahkan oleh presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng, ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

Kenaikan itu lebih rendah berbanding peningkatan 20 sen untuk harga diesel dan petrol RON95 yang diumumkan kerajaan semalam.

Harga pasaran RON97 pada kebiasaannya ditentukan secara “apungan terurus” yang melibatkan perubahan mengikut faktor pasaran dan tidak melibatkan subsidi kerajaan.

Kerajaan menetapkan subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Ini merupakan peningkatan harga pertama untuk petrol RON97 selepas harga runcitnya meningkat 20 sen pada Mac lalu.

Harga runcit berkenaan turun 20 sen selepas pilihan raya 5 Mei.

Harga RON97 mencatat paras tertinggi RM3 seliter pada September 2012.

Dr Mahathir dan Anwar kongsi pentas isu TPPA?

Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) yang membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan menjemput mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang, Datuk, Seri Anwar Ibrahim atas satu pentas yang sama ketika jelajah bantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Kali terakhir Dr Mahathir dan Anwar bekerjasama adalah sebelum mantan timbalan perdana menteri itu dipecat dari Kabinet pada 2 September 1998.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka #bantahTPPA itu dalam kenyataan hari ini berkata, kedua-dua tokoh pemimpin itu akan dijemput ke peringkat akhir Jelajah #bantahTPPA pada 10 Oktober 2013, iaitu sehari sebalum demonstrasi besar-besaran #bantahTPPA ketika kunjungan Presiden Amerika, Barrack Obama di pusat beli-belah KLCC.

Rafizi sedia belajar dengan Nazri melalui debat..!!! Kita Nak Lihat Siapa Yang Bodoh..??

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bersedia 'belajar' daripada kepintaran Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz melalui debat atau forum.

Menurut Rafizi, beliau yakin Nazri mampu menjelaskan kepadanya sebab BN "bertindak membebankan rakyat dengan menaikkan harga minyak".

"Saya pasti beliau boleh mempamerkan kepintaran beliau kelak dengan tampil bersemuka dengan saya dan biarlah rakyat menghakimi betapa pintarnya beliau," kata Rafizi dalam satu kenyataan ringkasnya tengah hari tadi.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Nazri semalam.

Nazri semalam menyifatkan cadangan Rafizi agar menteri mengeluarkan belanja petrol untuk kenderaan rasmi mereka sebagai satu cadangan bodoh.

Mengulas perkara lain, Rafizi berkata cadangan Nazri agar menteri besar dan ketua menteri Pakatan Rakyat melaksanakan dahulu cadangan Rafizi "tidak relevan".

Naik Minyak: Usah salahkan peniaga naik harga - Ikhlas

SHAH ALAM - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap pembekal dan pemborong ekoran pelaksanaan kenaikan harga bahan bakar diesel dan petrol.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kerajaan tidak boleh menyalahkan peniaga kecil jika kenaikan harga berlaku.

Menurutnya, harga barangan jualan peniaga kecil bergantung kepada harga daripada pemborong dan pembekal.

"Kita memang tak boleh nak buat apa-apa atau halang harga naik.

"Perkara ini berpunca daripada pembekal dan pemborong yang mula menaikkan harga.

"Kerajaan dan pihak kementerian seharusnya perlu memberi amaran kepada golongan ini," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, media melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran kepada semua peniaga agar tidak menaikkan harga barang kawalan sesuka hati berikutan kenaikan harga minyak RON95 serta diesel sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 3 September.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, seramai 1,845 pegawai penguat kuasa di seluruh negara serta 1,701 pegawai pemantau harga sudahpun melakukan pemantauan bagi memastikan tiada peniaga memanipulasi kenaikan harga minyak.

Beliau berkata, kementerian amat tegas dalam menangani masalah itu dan bertindak berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Saya akan memberi nasihat terlebih dahulu kepada peniaga yang ingkar, tetapi kalau tidak ikut, saya akan beri amaran dan mengambil tindakan kalau masih berdegil," katanya

"Mengekalkan Lagi Najib Sebagai PM Umpama Menambah Dosa"

Kenaikan harga minyak yang diumumkan Najib semalam telah menimbulkan keributan yang bukan sedikit rupanya. Tidak saja rakyat biasa yang mengeluh dan meluahkan kemarahan, kalangan ahli dan pemimpin UMNO juga mempunyai rasa yang senada. Mereka turut kecewa dengan kenaikan itu, bukan saja kerana tiada angin atau ribut yang mengatakan harga minyak dunia meningkat tetapi juga kerana kenaikan itu diumumkan begitu pantas iaitu hanya kira-kira lebih sedikit daripada 100 hari selepas kemenangan tipis yang diraih BN dalam pilihanraya umum lalu.

Di tambah pula, dengan kemeriahan sambutan Hari Raya yang masih terasa dengan Perdana Menteri dan semua menteri kabinet dilihat begitu bergembira dengan pesta rumah terbuka berserta jamuan yang hebat-hebat di sana-sini dengan menggunakan wang rakyat, tiba-tiba rakyat mahu dibebankan pula dengan kenaikan harga minyak yang tentunya juga akan diiringi dengan pelbagai kenaikan lainnnya dalam perkhidmatan dan barangan pengguna.

Oleh kerana tahun ini tahun pemilihan UMNO, gah dan meriahnya majlis rumah terbuka para menteri lebih jelas dapat dirasakan, terutamanya mereka yang mahu bertanding jawatan lebih tinggi atau mempertahankan jawatan sedia ada. Sudahlah ada rumah terbuka Perdana Menteri bersama menteri-menteri kabinet, ada pula rumah terbuka kementerian, kemudian semua agensi pula turut mengadakan rumah terbuka. Di kawasan Parlimen juga, menteri dan timbalan menteri mengadakan rumah terbuka.

Habisnya, sebulan Syawal ini jadual menteri dan timbalan menteri hanya asyik dengan rumah terbuka saja. Oleh kerana tahun pemilihan juga dan bimbang undi berkurangan, para menteri turut mengambil kesempatan hadir ke rumah-rumah terbuka kementerian lainnya.

Tentulah terlihat tidak sopan, setelah para pemimpin berpesta dan menghabiskan duit rakyat manakala rakyat hanya dapat menatapnya melalui tv dan akhbar, tiba-tiba bebannya mahu dilonggokkan ke bahu rakyat.

Bagi sesetengah pihak, ini merupakan diskriminasi dan penindasan yang tiada tolok bandingnya. Jika diambil kira dengan pelbagai kemewahan dan perbelanjaan lainnya yang dilakukan oleh para pemimpin, termasuk kos lawatan Najib ke luar negara hampir RM50 juta, keghairahan kerajaan menukar jenama baru untuk kereta rasmi para menteri dan sebagainya, kerajaan dilihat seolah-olah tidak punya perasaan langsung apabila menaikkan harga minyak ini.

Nilai 20 sen besar bagi rakyat biasa

KUALA LUMPUR: Kebanyakan orang awam yang ditemui mengakui terkesan dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tinjauan yang dilakukan Harakahdaily, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, hari ini mendapati kebanyakan mereka menyedari kesan berantai yang terpaksa dihadapi ekoran kenaikan harga minyak.

Seorang pesara, Tan Kok Seng, berkata apabila kerajaan menaikkan harga minyak, secara automatik harga barangan lain akan meningkat, sekaligus ia membebankan rakyat.

"Orang kaya tidak kisah naik 20 sen, 30 sen. Tapi orang bawah, orang makan gaji mesti susah. Bila harga minyak naik, semua kos akan meningkat dan juga harga barangan naik. Memang susah lah," kata beliau ketika ditemui.

Tambah beliau, dalam keadaan sistem pengangkutan awam masih belum di tahap memuaskan, kenaikan harga minyak ini menambahkan lagi beban sedia ada.

"Minyak naik, kos operasi mesti naik. MRT pun belumn sedia lagi. Macamana?" soal beliau.

Beliau turut mencadangkan kerajaan memotong terlebih dahulu subsidi korporat yang bernilai berbilion-bilion ringgit sebelum bertindak menaikkan harga minyak.

"Sepatutnya, potong dulu subsidi korporat. Lepas itu, kalau tidak cukup, mahu naik harga, naiklah," kata beliau dengan nada kesal.

Seorang pekerja swasta, Morhd Izzat, berkata kenaikan harga minyak sudah tentu akan menyebabkan harga barangan keperluan meningkat selepas ini.

"Harga minyak naik, harga barang tentu naik. Tapi gaji tidak naik, maka sudah tentu ia akan membebankan rakyat kerana melibatkan kos sara hidup yang meningkat," kata beliau.

RM80b wang Petronas gagal tampung subsidi RON95

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter yang berkuat kuasa tengah malam, 3 September lalu menimbulkan tanda tanya berhubung keberkesanan dasar fiskal dan tabiat berbelanja kerajaan.

Tidak seperti negara-negara jiran (kecuali Indonesia) yang bukan negara pengeluar  minyak, kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa sebenarnya memberikan impak  positif kepada Malaysia memandangkan industri petroleum menjadi penyumbang besar  kepada ekonomi negara.

Sebagai contoh pada 2012, syarikat minyak negara, Petronas menyumbang RM80 bilion  (RM80,000 juta) kepada kerajaan persekutuan dan negeri.

Jumlah ini merangkumi RM28 bilion (RM28,000 juta) pembayaran dividen, cukai (RM38.3  bilion), hasil kutipan petroleum atau 'petroleum proceeds' (RM12.5 bilion) dan duti  eksport (RM1.2 bilion).

Laporan Tahunan Petronas 2012 juga menyebut, sejak penubuhannya, Petronas telah  menyumbang sejumlah RM733 bilion kepada kerajaan persekutuan dan negeri. Ia juga  mencatat pelepasan pendapatan (foregone revenue) berjumlah RM182.8 bilion sejak  penyelarasan harga gas (regulated gas prices) dikuatkuasakan kerajaan mulai Mei 1997.  Sebagai contoh, pelepasan pendapatan Petronas membabitkan Pengeluar Tenaga Bebas  (IPP) yang membekalkan tenaga elektrik kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) adalah  berjumlah RM9.5 bilion pada 2012 ataupun 71.9 bilion sejak 1997.

Ulama PAS dakwa Umno petualang dimuka bumi ini...

Dewan Ulama PAS mengajak rakyat negara ini bangkit untuk satu lagi perjuangan kebebasan, iaitu perjuangan membebaskan Malaysia daripada Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Mereka adalah petualang di muka bumi ini,"  kata Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS, Muhammad Ismi Mat Taib dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau mendakwa, rakyat dizalimi, ditindas dan paling ketara ialah maruah rakyat tergadai kerana RM500, wang bantuan BR1M, sedang kepahitan yang ditanggung adalah lima tahun lamanya.

Katanya, selama 55 tahun merdeka, nilai kepentingan rakyat di sisi Umno-BN hanyalah RM500.

Kenyataan Dewan Ulama PAS itu adalah antara yang paling vokal dalam menentang pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga minyak 20 sen kelmarin.

Najib mengumumkan kenaikan harganya petrol RON95 sebanyak 20 sen menjadikannya RM2.10 dan diesel juga 20 sen menjadikannya RM2.00.

Ekoran itu, laman sosial aktif kembali selepas reda ekoran selesainya PRU ke-13.

Ismi mendakwa, Malaysia memang sudah merdeka, tetapi masih perlu bebas daripada Umno-BN.

"Sejarah menceritakan segala-galanya. Jika sejarah diteliti, kita akan dapati bahawa Umno-BN ini sebenarnya bukan parti orang Melayu, tetapi Parti British berbangsa Melayu. Orang Melayu diperalat untuk kepentingan “pewaris” takhta penjajah ini," katanya.

Beliau berkata, Umno - BN juga  gagal mempertahankan kepentingan orang Malayu.

"Perlembagaan yang kita guna pada hari ini, segala akta drakonian yang dilaksanakan, sebenarnya adalah antara warisan penjajah yang sangat hebat dipertahankan oleh Umno," katanya.

Ali Rustam mahu kasino Genting Highlands ditutup..!! Ada Berani..???

Bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggesa kerajaan menutup resort kasino Genting Highlands.

Laporan Nanyang Siang Pau hari ini menyebut, Ali mendakwa kasino berkenaan mewujudkan pelbagai masalah sosial dan jenayah.

rustam ali silat group bersih 4Beliau juga mendakwa menerima banyak aduan berhubung isu tersebut.

Ali dalam sidang media selepas satu taklimat bersama usahawan bumputera di Melaka semalam berkata Genting Group tidak memberi sebarang sumbangan kepada ekonomi Melaka walau dengan pendapatan tinggi dari kasinonya.

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) itu berkata kerajaan masih boleh mengenakan levi cukai ke atas resort lain dan tidak perlu berganting kepada kasino Genting Highlands.

Gesaan itu dengan tangkas disanggah oleh setiausaha agung Pemuda MCA Chai Kim Sen yang mendakwa kenyataan Mohd Ali itu sebagai usaha untuk memperbodohkan rakyat dengan mempermudahkan masalah terbabit.

Beliau juga mendakwa Mohd Ali membuat kenyataan tersebut bagi menghadapi pemilihan dalam parti Umno.

Chai berkata keputusan mengenai Genting Highlands perlu dibuat oleh kerajaan.

Naik Minyak: Kenapa RON97 lebih murah daripada RON95 - Fomca

SHAH ALAM: Kerajaan perlu memberikan penjelasan kepada rakyat berkenaan harga Petrol RON97 yang lebih murah berbanding RON95, tegas Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca).

Menurut Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, rakyat keliru keadaan itu berlaku kerana harga RON 95 sepatutnya lebih murah jika kerajaan serius untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dalam pemberian subsidi bahan api itu.

“Keadaan itu menunjukkan kerajaan tidak telus dalam penstrukturan subsidinya,” kata Mohd Yusof ketika dihubungi TVSelangor.

Sebelum ini, harga bagi RON95 selepas dinaikkan sebanyak RM0.20 ialah RM2.10 seliter dicampur dengan subsidi sebanyak RM0.63 seliter, jadi jumlah harganya ialah RM2.73 seliter.

Manakala RON97 pula berharga RM2.70 seliter lebih berkualiti tapi lebih murah sebanyak RM0.03 seliter yang akan menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM0.03 bagi seliter minyak diberikan subsidi.

Naik minyak: Kerajaan BN ulangi janji tidak tertunai sejak 7 tahun lalu

Tujuh tahun lalu, iaitu pada tahun 2006, ketika menaikkan harga minyak, kerajaan pernah membuat janji yang sama dengan apa yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini.

Ketika itu, kerajaan berjanji akan menggunakan penjimatan RM4.3 bilion dari kenaikan harga minyak untuk meningkatkan taraf pengangkutan awam di negara ini.

Namun, ia tidak pernah dilaksanakan. Pengangkutan awam di negara ini tetap pada kadar yang sama di mana rakyat tidak boleh bergantung kepadanya.

Jalan raya di Malaysia penuh dengan kenderaan persendirian dan kesesakan berlaku di mana-mana kerana jalan raya penuh dengan kenderaan.

Hari ini, Putrajaya berjanji akan menggunakan sebahagian hasil daripada potongan subsidi minyak sebagai ganjaran kepada penduduk luar bandar yang membantu mengekalkan kuasa Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu, melalui pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kata Datuk Ahmad Maslan.

Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, kerajaan juga sedang melihat cara membangunkan kawasan berkenaan.

"Lebihan itu akan diagihkan ke banyak kawasan. Kerajaan akan memfokuskan kepada pembangunan kawasan pedalaman," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Will anyone save Syria's lost generation?

Egypt's president says road map on track

Egypt's Interim President has defended the overthrow of Mohamed Morsi.

Furious temple leaders deny demolished area was canteen

DBKL enforcers wore shoes in temple; it's SOP says deputy minister

Najib, Kabinet Dicabar Bayar Petrol Sendiri Tanpa Ditanggung Kerajaan - Bhg 2

Najib, Kabinet Dicabar Bayar Petrol Sendiri Tanpa Ditanggung Kerajaan - Bhg 1

Ron 95, Diesel Naik 20sen Seliter, Hadiah BN kepada Rakyat

Reaksi Rakyat: Minyak naik, pendapatan tak naik

TIBA-TIBA PENYOKONG KUAT UMNO/BN NI RASA DIRINYA BODOH

Fuziah: Tambah BR1M bukan tindakan bijak untuk selesaikan bebanan rakyat


Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh 

KUANTAN  -  Keputusan kerajaan menaikkan harga petro dan diesel kerana ingin meningkatkan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan satu langkah bijak dalam menangani bebanan yang ditanggung rakyat.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, peningkatan jumlah BR1M bukan penyelesaian terbaik memandangkan tidak semua rakyat dapat menikmatinya selain ia adalah dasar kurang bijak oleh kerajaan.

Menurutnya, ia bukan penyelesaian mutlak apabila kerajaan membuat keputusan menaikkan harga minyak bermula semalam.

Harga minyak naik, hadiah BN kepada Rakyat

Parti Islam SeMalaysia (PAS) melihat bahawa kenaikan harga minyak yang bermula pada hari ini 3 September 2013 adalah siri pemberian hadiah kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat kerana mengundi BN. Rakyat telah dinafikan hak demokrasi yang sebenar melalui penipuan dan penyelewengan proses pilihanraya, sehingga hak untuk beramal dan mengamalkan logik dalam demokrasi tertutup. Hasil penyelewengan inilah maka rakyat ditipu untuk menolak tawaran PR yang jauh lebih berkebajikan, termasuk menurunkan harga minyak.

Kenaikan terbaru harga minyak ini adalah sesuatu yang pelik. Ini kerana hasil penelitian PAS, tidak berlaku trend kenaikan harga minyak mentah sejak 2 tahun lalu. Malah kuota pengeluaran Pertubuhan Negera Pengeluar Minyak (OPEC) tidak menunjukkan perubahan. OPEC mengekalkan kuota pengeluaran pada 30 juta tong sehari dan trend ini kekal sejak 2 tahun lalu. Ini ditambah dengan pengeluaran Shale Oil yang semakin meningkat dari Amerika Syarikat yang kini mengeluarkan 7 juta tong sehari dari simpanan Shale Oil. Kadar pengeluaran ini dilaporkan akan terus  meningkat ke 9 juta tong sehari dalam tempoh terdekat. Sebagai pengimpot dan pengguna minyak terbesar dunia, sudah pasti ini akan menstabilkan lagi pasaran minyak dunia lantas harga minyak pasti lebih mapan. Berdasarkan fakta ini, tidak logik Malaysia menaikan harga minyak kerana tidak wujud suasana tekanan pasaran.

I LUV PM: Caj pengangkutan meningkat sehingga 5 peratus...Nak jimat kita hantar dengan beca roda 3..!!!

ALOR SETAR - Kenaikan harga minyak jenis RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa semalam akan meningkatkan caj perkhidmatan pengangkutan perdagangan antara empat hingga lima peratus.

Presiden Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayah Utara, Datuk Yusoff Ismail berkata, kenaikan itu memberi impak besar kepada syarikat pengangkutan perdagangan termasuklah pengusaha bas ekspres.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan pengusahanya menaikkan tambang atau sewa perkhidmatan pengangkutan bagi mengelakkan kerugian kerana terpaksa menanggung kos kenaikan bahan api.

“Pengusaha pengangkutan perdagangan terpaksa menanggung kos kenaikan bahan api yang lebih membebankan dan mereka berkemungkinan menaikkan tambang atau kadar sewa kos perkhidmatan pengangkutan.

“Saya terima laporan daripada pengusaha syarikat pengangkutan perdagangan, bahawa mereka jangka caj perkhidmatan pengangkutan perdagangan akan naik sebanyak 4 hingga 5 peratus," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Makanan hanya naik 0.1%, BN jangan tipu rakyat

TEMERLOH: PAS melihat karenah kerajaan menyeru para peniaga tidak menaikkan harga barangan khususnya makanan ekoran kenaikan harga minyak sebagai sesuatu yang membinggungkan.

Bagi Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, kalau kerajaan tidak mahu peniaga menaikkan harga barangan, elok kerajaan jangan menaikkan harga minyak kerana peningkatan kos akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat.

"Apakah kerajaan BN lupa apa yang terjadi di 2010, di mana mereka membuat keputusan untuk membuat kenaikan 5-dalam-1, yakni RON95, RON97, diesel, gula dan juga gas cecair memasak.

"Ketika itu, PEMANDU juga telah mengeluarkan kertas “Subsidy Rationalisation Factsheet1” untuk menunjukkan bahawa impak kenaikan itu akan mempunyai kesan minima pada harga makanan,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek yang berkata kenaikan harga minyak hanya akan menyebabkan harga makanan meningkat 0.1 peratus.

Hasan turut dilaporkan berkata kementerian “tidak melihat apa-apa sebab untuk mereka (para peniaga) untuk menaikan harga makanan sebagai kesan dari kenaikan petrol.”

Up goes petrol: From milk to curry powder to pampers to tenggiri, PRICES WILL RISE

Up goes petrol: From milk to curry powder to pampers to tenggiri, PRICES WILL RISEPetrol, Prime Minister Najib Razak announced, will go up by 20 cents. In a clear sign of the vast gap that separates him from the everyday life of Malaysians, he added that it was not much. That, of course, is not at all true.
Raising the price of petrol raises the price of everything else, from milk to curry powder to pampers to tenggiri. The ordinary Malaysian, stuck with a stagnant paycheck thanks to BN’s incompetence in running Malaysia, will suffer. He will need to borrow ever more to get through the month. Some will resort to loan sharks, who proliferate unpoliced.
This then is life under the Barisan Nasional. They are bereft of ideas. Their projects are all failures, resulting only in large sums of money going into the pockets of expatriates who whoop it up in Bangsar, while Malaysians have to hang their head as they make their way to fly-ridden restaurants.
Wastage and mismanagement

Mat Sabu diberi penghormatan rasmi forum Institut Integriti Malaysia


Mohamad Sabu (gambar) diberi penghormatan merasmikan Forum Pengukuhan Integriti Politik anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) yang dijadualkan pada 7 September ini.
Timbalan Presiden PAS itu dijadualkan memberi ucap utama di program yang turut membariskan Prof Madya Dr Shahruddin Badaruddin daripada Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi UiTM; Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Hajah Sutinah Haji Sutan; Pengarah Latihan PKR, Mustafa Kamil Ayub dan Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Ketika dihubungi petang semalam, Mat Sabu berkata beliau amat berbesar hati diberi penghormatan untuk merasmikan kursus itu.
“Kali ini mereka mahu PAS terbabit. Saya amat gembira," katanya.
Bagi Mohamad, gerakan Islam masa kini kurang memberi perhatian pada soal integriti.
"Mereka tumpu Fiqah semata-mata,” katanya yang turut kenali sebagai Mat Sabu ketika ditanya harapan beliau terhadap program ini.

Terima kasih Datuk Seri Najib, tuan menceriakan hidup kami

Terima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak, Pengerusi Barisan Nasional (BN) kerana menaikkan harga minyak malam kelmarin. Kerana jasa baik Datuk Seri, laman-laman sosial aktif semula. Kerana jasa baik Datuk Seri, hidup kami berseri semula selepas Facebook dan Twitter kami berdentung-dentang dan berkicau riang.
Inilah sudut baik pengumuman kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen itu. Sebaik saja selesai pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu, kemeriahan laman sosial khasnya Facebook dan Twitter hilang sama sekali, tidak sebagaimana menjelang pilihan raya lalu.
Kalau ada pun pada awal-awal sebaik sahaja selesai PRU13. Itu pun kerana masing-masing ghairah dengan pelantikan pimpinan negara dan negeri yang baru.
Namun selepas selesai pembentukan kerajaan negeri Selangor (kerana Selangor paling lewat membentuk kerajaan) keghairahan itu hilang. Hingga semalam selepas 'hadiah' diumumkan Datuk Seri Najib.
Tindakan Najib ini bertepatan dengan formula mentadbir negara menjelang dan selepas kempen pilihan raya berdasarkan kehendak kerajaan dan kehendak rakyat.
Untuk tahun pertama, 100 peratus kehendak kerajaan dipenuhi manakala kehendak rakyat kosong pun tidak ada. Untuk tahun kedua, 80 peratus kehendak kerajaan, 20 peratus kehendak rakyat.
Untuk tahun ke tiga, 50 peratus kehendak kerajaan dan 50 peratus kehendak rakyat. Untuk tahun ke empat, 20 peratus kehendak kerajaan dan 80 peratus kehendak rakyat.
Bagi tahun kelima iaitu menjelang pilihan raya, kosong peratus kehendak kerajaan dan 100 peratus kehendak rakyat akan dipenuhi.
Inilah yang dilakukan kerajaan Najib. Menjelang pilihan raya lalu, apa sahaja kehendak rakyat pun akan dipenuhi. Ketika itu kehendak pemimpin tidak penting.
Kalau rakyat hendak jambatan, kerajaan akan bagi jambatan. Kalau tidak ada sungai untuk dibina jambatan di atasnya, kerajaan akan membina sungai untuk membolehkan jambatan dibina. Pendek kata semua kehendak rakyat akan dipenuhi, tetapi itu menjelang pilihan raya.
Kini musim segala kehendak kerajaan akan dipenuhi pula. Hampir setiap hari harga barangan naik. Inflasi negara meningkat.

Ban Ki-moon on Possible Use of Force in Syria

Naik Minyak: RON 92 mungkin kembali dijual



KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan kembali minyak petrol RON92 bagi menawarkan alternatif sumber bahan api yang jauh lebih murah kepada para pengguna.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar), bagaimanapun berkata, cadangan tersebut masih di peringkat awal dan pengumuman selanjutnya akan dilakukan selepas menerima maklum balas daripada pelbagai pihak.
“Kita akan mengambil kira pendapat daripada semua pihak terutamanya rakyat sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.
“Oleh itu, orang ramai boleh menyuarakan pendapat dan cadangan mereka kepada kerajaan bagi membantu menghadapi kenaikan harga petrol RON95 dan diesel,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Penilai Harta Intelek kepada tujuh penerima di sini semalam.

Dengan RON 97/95 pun NAJIB boleh putar alam

 
Harga terkini minyak RON95 RM2.10 seliter kerajaan menanggung RM0.63 subsidi setiap liter.

Harga minyak (Ron 97) yang bermutu tinggi pula RM2.70 seliter, tiada subsidi kerajaan.

Dengan kata lain Harga RON97, RM2.70...

Harga RON95 RM2.10 + (Subsidi RM0.63) = RM2.73

Kenapa harga minyak RON95 lebih mahal berbanding minyak bermutu tinggi RON97?

Kenapa tak diberi sahaja subsidi RM0.60 kepada minyak bermutu tinggi RON97 supaya harganya RM2.10 seliter?

Bukankah kerajaan boleh jimat RM0.03 setiap liter?

Mywatch Adviser: 'Bring back Param'

'What's Merdeka without freedom'

Egypt jamming Al Jazeera signals

Syrian refugees at risk for rape

UN: Syrian refugee numbers cross two million

Syrian opposition speaks to press

Christiane Amanpour to Syria diplomat: Nobody believes you

Amanpour to Syrian amb: How do you sleep?

Ban Ki-moon on chemical weapons

Kerry, Hagel warn against consequences of inaction on Syria

Syrian ambassador defends Assad regime

U.N.'s Ban casts doubt on legality of unilateral U.S. plans to punish Syria

Kerry: This is about humanity's red line

Obama's Hard Sell on Syria Continues

US Senate foreign relations committee debates Syria military action