Isnin, 2 September 2013

Adam Adli dan Hishamuddin Rais ditahan kerana kibar ‘Sang Saka Malaya’


Bendera 'Sang Saka Malaya' yang di kibarkan oleh kedua-dua tertuduh pada malam hari Jumaat, semasa menyambut Hari Merdeka di Dataran Merdeka.Bendera 'Sang Saka Malaya' yang di kibarkan oleh kedua-dua tertuduh pada malam hari Jumaat, semasa menyambut Hari Merdeka di Dataran Merdeka.Aktivis Adam Adli Abdul Halim dan Hishamuddin Rais telah ditahan polis kira-kira jam 8.50 malam tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
The Malaysian Insider berjaya menghubungi dua aktivis itu dan mereka telah mengesahkan ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 dipercayai kerana mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" pada malam sambutan kemerdekaan pada Jumaat.
"Kami ditahan kira-kira jam 9 malam tadi sewaktu sedang menikmati makan malam di Kampung Baru.
"Kami kini masih berada di IPD Dang Wangi dan dibenarkan menghubungi peguam. Kami masih menunggu kehadiran peguam, namun masih belum pasti siapakah yang akan mewakili kami," kata Hishamuddin apabila dihubungi The Malaysian Insider.
Agensi berita nasional, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berkata polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera "Sang Saka Malaya" jika ada laporan dibuat mengenainya.

Daftar kongsi gelap, PAS minta penjelasan ROS


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) membuat penjelasan berhubung tiga daripada 49 kumpulan kongsi gelap yang diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) merupakan pertubuhan yang sah.

Jelasnya lagi, tindakan tersebut turut membuktikan ROS tidak membuat penilaian dan penyelidikan yang sewajarnya dalam memberi kelulusan pendaftaran sesebuah pertubuhan.

"Kenyataan tersebut amat mengejutkan, bagaimana sebuah pertubuhan kongsi gelap itu boleh diberikan kelulusan pendaftarannya.

"Jelas sekali ROS tidak melakukan penyelidikan mahupun kajian dengan teliti apabila ada pertubuhan baru yang ingin mendaftar, kita mahu Ketua Pengarah ROS tampil memberi penjelasan atau insiden tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Sang Saka Malaya: KPN sahkan Adam Adli, Hishamudin Rais ditahan

Ketua Polis Negara,  Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan aktivis Hishamudin Rais dan Adam Adli ditahan sebentar tadi untuk membantu siasatan kes mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang Merdeka.

Sementara itu, Adam Adli melalui laman mikro Twitternya menulis, "Saya dan Hishamuddin Rais baru ditahan polis. Akan dibawa ke IPD Dang Wangi."

Dua hari lalu, dua video yang menunjukkan Hishamuddin menyatakan bahawa bendera Sang Saka Malaya adalah bendera sebenar Malaysia dan bukannya Jalur Gemilang tersebar di internet.

Manakala sebuah lagi video menunjukkan seorang lelaki merampas bendera Sang Saka Malaya yang sedang dikibarkan ketika Sasterawan Datuk A Samad Said berucap.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu serta motif tindakan individu tersebut.

Sang Saka Malaya: Adam Adli, Hishammudin Rais ditangkap

Aktivis Adam Adli Abdul Halim dan Hishamuddin Rais hari ini ditangkap polis selepas gesaan supaya pihak berkuasa bertindak tegas kepada mereka kerana mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya'.

Menurut seorang pegawai gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH, beliau pada jam 9 mendapat SMS daripada Adam, berbunyi:

"Aku dan Isham (Hishamuddin) kena tahan. OTW (dalam perjalanan) ke (ibu pejabat polis) Dang Wangi," SMS itu dipetik.

NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) turut menulis maklumat sama di laman Twitter mereka.

Price Hike Fever

CrossTalk: Syrian Domino

Obama, Congress deal with Syria quagmire

NATO: Chemical weapons use inexcusable

Understanding Syria's Assad family

Syrians say US military strike too little, too late

Kongsi Gelap: Isu salah guna gelaran 'Ayahanda'

CERITA NAIK MINYAK ...!!!

HA..HA..PANGKAH LAH LAGI DACING BERKARAT TUE...!!
LAYAN VIDEO BAWAH NI...KI..KI...!!!

TIPU RAKYAT SELEPAS PRU

Rakyat tidak serik-serik ditipu oleh Najib dan kerajaan UMNO BN.

Selepas mendapat kemenangan di dalam pilihanraya yang lepas, hari ini Najib mengumumkan kenaikan harga minyak petrol yang sepastinya akan mencerut leher rakyat.

Lingkaran ganas juga akan berlaku dimana kenaikan harga minyak akan menyebabkan kenaikan harga barang keperluan lain kerana kenaikan harga minyak petrol akan meningkatkan kos pengangkutan barang-barang-barang keperluan yang lain.

Jeng.Jeng..!!!: Tarif elektrik ambil kira keselesaan rakyat...ha..ha..Pangkah la lagi Dacing Karat tue...!!!

SERI MANJUNG - Aspek keselesaan rakyat menjadi perkara utama sebelum kerajaan memutuskan cadangan penyemakan semula tarif elektrik, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.
  
Beliau berkata cadangan itu masih dikaji dengan meneliti pelbagai sudut pengguna kerana kerajaan tidak mahu rakyat terbeban.
  
"Kita perlu lihat semua sudut, kalau kita laksanakan, kita perlu lihat macam mana industri, pengguna di rumah pula macam mana, berapa hadnya, berapa (harga) yang murah. Sekarang pun ada beberapa harga, ada yang murah... kerajaan perlu cari 'kusyen' untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas melawat Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah Tenaga Nasional Berhad (TNB) Janamanjung hari ini.
  
Mahdzir berkata kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya setuju menaikkan tarif elektrik, sebaliknya perlu memikirkan kaedah terbaik agar rakyat tidak terbeban, jika semua kos hidup meningkat.
  

Pesta di stesen minyak......


Sebaik sahaja pengumuman kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini, kebanyakan stesen minyak mula diserbu pemilik kenderaan.
Keadaan di stesen minyak bagaikan suasana di rumah terbuka Aidilfitri namun masing-masing cuba memenuhkan tangki kenderaan sebelum harga baru berkuat kuasa.
Seorang pemilik kenderaan persendirian, Khairul Anwar Abdullah Sani berkata, sebaik sahaja pengumuman harga minyak, beliau mengambil kesempatan memenuhkan tangki kenderaannya.

Menurutnya, suasana di setiap stesen minyak ketika ini seperti pesta dan seolah-olah seperti perjalanan pulang ke kampung sempena cuti perayaan.

"Mula-mula harga minyak ini naik hanya dikatakan sebagai khabar angin, tetapi sebaik ia disahkan pihak kerajaan saya terus ke sini untuk penuhkan tangki kereta," katanya kepada Sinar Harian Online.

Lewat petang tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman tersebut.
Bagaimanapun kata Najib, bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah, menaikan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) akan dibuat dalam Bajet2014 tidak lama lagi.

Dalam pada itu, seorang penunggang motorsikal, Ridwan Malek turut mengakui mengambil kesempatan mengisi petrol.

"Saya memang telah agak, kawasan stesen minyak mesti akan penuh sebaik perdana menteri membuat pengumuman. 
"Saya pun tak lepaskan peluang kali terakhir untuk penuh tangki minyak motorsikal saya," katanya

Minyak Naik: Belanja boros, bebankan rakyat - Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kerajaan menaikkan harga minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20sen, seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

anwar ibrahim and the petrol price hike"Belanja boros bebankan rakyat!" begitu reaksi ringkas dan segera Anwar (kiri) di akaun Twitternya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi seorang pengguna @Abd_Rhmn22 kepadanya berhubung langkah terbaru kerajaan itu.

Individu itu menulis kepada Anwar: "Minyak naik- tarikh DS (kena) pecat 15 tahun lalu. Semua salah DS ;p"

Anwar dipecat daripada kerajaan pada 2 September 1998, sama seperti tarikh pengumuman kenaikkan harga minyak hari ini.

Sementara itu, Anwar juga menyindir Putrajaya dengan berkata: "Negara eksport minyak; hasil tinggi!"

It’s finally here, fuel price up tonight. New taxes next?

Datuk Seri Najib Razak broke through the psychological barrier of not slashing subsidies today when announcing a 20-sen increase for both RON95 petrol and diesel, setting the stage for new taxes and other price hikes.
The move also suggests Putrajaya has concerns over revenue and likelihood of the country being punished by ratings agencies and foreign investors if no attempt is made to tackle structural problems, such as the high rate of subsidies.
Among other moves being hinted at are the introduction of the goods and services tax (GST), and reforms in the electricity tariffs.
Today, the Prime Minister personally announced that the price of RON95 and diesel will be increased by 20 sen as of 12.01am tonight, adding the new prices will save the government at least RM1.1 billion.
In order to reduce the burden of the increase on the public, Najib said the Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) payouts will be increased this year.
"The social safety net will be widened to ensure that low-income families aren't burdened by the increase in the price of fuel," he said.
However, Najib declined to reveal how much the payments would be this year, saying he would make the announcement in Parliament when he presents the 2014 Budget.
The government has allocated a total of RM24.8 billion this year on fuel subsidies and Najib said they would save RM1.1 billion with the increase of 20 sen in the price of RON 95 and diesel.

NGO tuntut siasat kaitan pemimpin BN dengan gengster..!!

Sebuah NGO hari ini membuat laporan polis berhubung kewujudan sepucuk surat yang mendakwa tiga pemimpin BN hadir dalam sebuah majlis anjuran kumpulan kongsi gelap 'Geng 36'.

Anggota Tamilar Action Force S Murali, yang menjumpai surat itu di Facebook, mendesak polis menyiasat kesahihan dakwaan itu.

Murali berkata, siasatan itu wajar dilakukan kerana 'Geng 36' merupakan kumpulan haram.

Menurut surat itu, yang diedarkan kepada media oleh Murali, acara itu berlangsung di The Mines, Seri Kembangan pada 3 Disember 2011, melibatkan antara 6,000 hingga 7,000 orang.

Kecuali seorang pemimpin MIC, Malaysiakini tidak menyebut nama pemimpin terlibat sementara menunggu reaksi masing-masing.

Rafizi Dah Tunjuk Macam Mana Nak Turunkan Harga Minyak..Tapi Depa Pangkah BN Jugak...!!!

RON95, diesel naik 20 sen seliter, hadiah BN kepada rakyat

KUALA LUMPUR 2 SEPT: Kerajaan Umno BN menghadiahkan kepada rakyat kenaikan harga minyak, yang dilihat akan terus membebankan rakyat di negara ini, lapor Keadilan Daily.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20 sen seliter mulai tengah malam ini.
Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.
Pengumuman berkenaan disifatkan sebagai hadiah PRU kepada rakyat, khususnya kepada ahli Umno dan BN yang mengundi parti itu pada pilihan raya umum lalu.
Sejak Najib menjadi PM pada April 2009, kenaikan Ron 95 ini adalah yang ketiga. Sebelum ini, pada 16 Julai 2010 harga minyak itu naik 5 sen menjadi RM 1.85 seliter dan pada 3 Disember 2010 naik lagi 5 sen menjadi RM 1.90/liter.
Manakala kenaikan Diesel itu pula sebanyak empat kali. Masing-masing pada RM1.70 seliter pada 1 September 2009, RM1.75 (16 Julai 2010), RM1.80 (3 Disember 2010) dan kini terus melonjak menjadi RM2.00 seliter

PM: Kenaikan harga minyak proses pengukuhan ekonomi.....!!! Ekonomi Kroni Lah Jib...!!!

Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan di sesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik.

fuel hike chart 020913Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020, kata beliau.

"Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan negara, kalau ekonomi terjejas ia akan datangkan kesan buruk kepada rakyat," kata Perdana Menteri dalam persidangan media di bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Bung: Minyak naik tak mudaratkan orang kampung..ha..ha...cerita lawak 2 Sept..!!!

Kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam ini mencetuskan kekecewaan di alam maya.

Bagaimana tweet daripada seorang ahli politik dilihat menambah minyak kepada kemarahan itu.

NONE"Minyak petrol naik (harga), pastinya tidak memudaratkan rakyat kerana yang ada kereta besar adalah orang-orang besar dan berkemampuan, (sedangkan) orang kampung ada tidak berkereta," kata anggota Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin (kanan).

Tidak puas hati dengan perkara itu, beliau terus dihujani kemarahan, antaranya seorang pengguna Twitter dikenali @ayeemin berkata:

"Kereta bukan hanya untuk orang kaya. Hari ini, ia keperluan. Tetapi beristeri dua hanya untuk orang kaya."

Bung sebelum ini mendapat liputan meluas selepas mengambil pelakon Zizie Izette sebagai isteri kedua pada 2010.

Tampil tidak dikenali, alam Twitter turut dihujani dengan pesanan-pesanan berunsur jenaka.

@Panlusi Anwar dipecat pada 2 September (1998). Hari ini (2 September 2013) harga petrol naik 20 sen #salahanwar

@HaziqAbdAziz Kalau kamu tak suka harga petrol, boleh berambus dari Malasia!

@klubkiddkl Jadi berapa kali harga petrol naik sejak pilihan raya umum ke-13? #EndlessPossibilities

@napiez Kini tiba (masa) membalas budi, kita potong subsidi!

PKR claims DBKL desecrated temple, accusing Ku Nan of lying

Dyana Sofya: From UMNO supporter roots to DAP rising star

Najib umum kenaikan RON95, Diesel naik 20 sen mulai tengah malam ini







Diesel, RON95 naik 20 sen seliter....jangan bising ah...nanti dapat BR1M...!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.

Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan,

Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.

Ini kenaikan pertama sejak kenaikkan sama pada Disember 2010.

Hadiah PRU13: RON95, diesel naik 20 sen mulai tengah malam ini

PUTRAJAYA 2 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.
Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini. - BERNAMA

3 kumpulan kongsi gelap sah berdaftar dibawah ROS..!!

Wujud persamaan antara logo dan nama kumpulan terbabit dengan senarai pertubuhan yang ada dalam sistem ROS.


PUTRAJAYA: Tiga daripada 49 kumpulan kongsi gelap yang disenarai hitam
Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lalu merupakan pertubuhan
berdaftar yang sah di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata, dua daripadanya
kumpulan Sabah dan satu Semenanjung.
Katanya, wujud persamaan antara logo dan nama kumpulan terbabit dengan
senarai pertubuhan yang ada dalam sistem ROS.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama tiga kumpulan berkenaan.
“Ada tiga yang berdaftar tapi kita kena sahkan balik senarai nama mereka dengan polis sama ada mereka benar-benar kongsi gelap atau
pertubuhan biasa,” katanya.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata pihaknya sedang dalam proses membuat semakan dengan polis mengenai status sebenar tiga kumpulan berkenaan sebelum membuat sebarang tindakan.

Merdeka dan jiwa tak merdeka

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
SEBAGAIMANA lazim, tanggal 31 Ogos kembali menemui rakyat Malaysia. Bagi kebanyakan daripada kita ia perlu diraikan dan dirayakan dengan semeriah mungkin. Justeru, meninggalkan tanggapan kepada generasi rakyat Malaysia sekiranya ia tidak diusahakan oleh segolongan manusia yang menubuhkan Umno maka, Inggeris tidak akan membebaskan Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu) ketika itu sebagai tanah jajahannya.

Untuk sekian lamanya, lebih dari separuh abad, tanggapan ini tidak dicabar. Namun hari ini kian banyak pihak mempertikaikan perihal Umno-BN mendakwa ‘hak-milik’ eksklusif ke atas kemerdekaan dan prosesnya yang telah bermula lama sebelum krisis MalayanUnion atau dalam lain perkataan lama sebelum Umno itu sendiri dilahirkan. Umno begitu beriya-iya mempertahankan hak-milik terutamanya menjelang tarikh 31 Ogos. Begitupun, di masa lain, terutama apabila timbulnya sesuatu isu, maka Umno menafikan pula negara kita pernah dijajah.
Pasti tidak ramai yang lupa perdebatan mengenai status seorang pejuang Melayu yang terlibat dalam Tragedi Bukit Kepong 1950. Perdebatan berlarutan sehingga menjurus kepada persoalan sama ada Malaysia pernah dijajah oleh British. Oleh kerana sekiranya jawapan ‘Malaysia tidak pernah dijajah’ akan menguntungkan Umno-BN dalam pertikaman lidah dan media ini, maka muncullah kenyataan daripada pelbagai pihak terpaksa beberapa orang ahli akademik terkemuka termasuk satu dua profesor emeritus mengeluarkan kenyataan betapa ‘Malaysia tidak pernah dijajah’ British.

Kita akan lawan Umno sampai ia kalah....

Oleh Sakmongkol
Ia tidak mendatangkan kerugian apa-apa. Jika tawaran Anwar Ibrahim untuk berdamai tidak dilayan, tidak mengapa. Jika pimpinan Umno enggan, janganlah puak Anwar Ibrahim hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
Umno akan terbenam dalam PRU14 nanti. Kita akan lawan Umno sampai ia kalah. Apa yang perlu dilakukan ialah menunjukkan dasar yang Umno jalankan menyusahkan orang Melayu.
 75 peratus daripada penduduk Melayu akan mendiami bandar dan separuh bandar. Hampir 10 juta Melayu hidup dengan pendapatan RM1500 sebulan manakala 30 peratus Melayu kaya menguasai 70 peratus kekayaan orang Melayu. Jadi mana untungnya orang Melayu berada bawah pemerintahan Umno? Budak-budak Umno yang diupah penasihat Najib untuk ptui sana ptui sini dalam blog ini - kita sengaja membenarkan komen mereka disiarkan supaya dunia boleh melihat inilah kualiti perkerja Najib. Kualiti ludahan dan kahak. Masa depan Umno semakin muram kerana punca sokongannya akan berkurangan. Perpindahan rakyat ke bandar disusuli dengan perbandaran minda mereka. Pengalaman dan perjalanan hidup yang lain yang mereka tempuhi tidak meletakkan Umno itu sebagai punca segalanya. It’s a matter of time.  Umno hanya hidup selagi orang Melayu mengucap solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Umno.
Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataannya bukan untuk suka-suka apatah lagi menghiburkan hati orang seperti KJ aau Mukhriz. Tapi jika saya faham Najib, Anwar Ibrahim membuat kenyataan tersebut tentu sudah ada lampu hijau dari Najib. Entah-entah mereka sudah buat deal. Najib pun mahukan kerajaan perdamaian untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing. Najib boleh tahu sesiapa yang menentang projek ini dan ramai mana mereka. Setakat ini hanya KJ dan pimpinan second class sahaja yang bising dan sangsi. Pada suatu ketika dahulu yang sangsi dan tidak sangsi semua mencium kaki Anwar dan kalau boleh buntut Anwar pun mahu mereka cium. Ramai orang lupa bahawa Najib dan Anwar digunting dari kain yang sama.

ROS tolak daftar Pakatan Rakyat kerana perubahan pimpinan

Sehingga sekarang pihaknya tidak menerima status terkini pembaharuan permohonan daripada Pakatan Rakyat.

PUTRAJAYA: Pakatan Rakyat masih gagal didaftarkan sebagai satu pertubuhan sah kerana mereka hanya pernah memohon sekali sahaja dan
tidak pernah membuat tindakan susulan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya tidak dapat memproses kelulusan buat masa ini memandangkan Pakatan Rakyat telah pun menukar pucuk pimpinan sejak tahun 2009, namun tidak memaklumkan status terkini mereka kepada ROS.
“Pakatan pernah hanya mohon sekali pada tahun 2009, mereka sepatutnya maklum kepada kita berhubung perubahan pucuk pimpinan parti.
“Tapi mereka tak maklum kepada kita. Kita hanya dengar daripada media.
“Macam ni tak bolehlah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil pendaftaran kepada 20 pertubuhan parti politik baru di ibu pejabat ROS di sini hari ini.
Katanya, sehingga sekarang pihaknya tidak menerima status terkini pembaharuan permohonan daripada Pakatan Rakyat.
“Paling elok maklumkan pada kita. Kita akan pertimbangkan. Ini kita tidak tahu mereka masih berminat atau tidak,” katanya.
Parti Keadilan Rakyat (PKR),  PAS dan DAP telah bergabung sebagai satu pakatan pada tahun 2009 namun sehingga kini pertubuhannya masih dianggap ‘haram’.

ROS luluskan 20 parti politik baharu

Pihaknya meluluskannya setelah meneliti dan berpuas hati dengan permohonan 

PUTRAJAYA: Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini meluluskan 20 permohonan pertubuhan parti politik baharu berkuatkuasa 28 Ogos lalu, 11 daripada Sabah, Sarawak (5) dan Semenanjung (4).
Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya meluluskannya setelah meneliti dan berpuas hati dengan permohonan
selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan telah menjalani tapisan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Ini merupakan ‘hadiah’ daripada pihak kerajaan untuk hak berpersatuan.
“Kita harap mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik,” katanya di ibu pejabat ROS di sini hari ini.
Beliay menjelaskan, masa yang lama diambil untuk meluluskan permohonan mereka yang tertangguh sejak tahun 2008 kerana mahu memperhalusi dan meneliti keupayaan sesebuah pertubuhan parti.

Gesaan Pengerusi Tabung Haji pakai baju Melayu bersamping di Mekah dipermainkan


Gesaan Pengerusi Tabung Haji (TH) yang baru, Datuk Abdul Azeez Rahim agar jamaah haji dari negara ini memakai baju Melayu bersamping ketika berada di Tanah Suci Mekah dipermainkan oleh pelbagai pihak.
Ia bukan sahaja dibawa bercakap antara satu sama lain di kedai-kedai kopi tetapi disyarahkan dalam majlis-majlis tazkirah oleh ustaz-ustaz yang biasanya menguruskan jamaah haji di negara ini.
"Bagi saya, ini gesaan bukan cadangan. Bila gesaan dari Pengerusi Tabung Haji, ia satu arahan," kata Ustaz Tarmizi Shamsul Arif (gambar) ketika memberikan kuliah di Surau At Taqwa, Taman Bertam Indah baru-baru ini.
Video tazkirah beliau itu kini berlegar di alam maya di laman sosial YouTube.
Abdul Azeez baru-baru ini menggesa jamaah haji Malaysia memakai baju Melayu bersamping ketika ke Tanah Suci iaitu semasa pergi ke masjid atau menziarahi tempat-tempat bersejarah di sana.
"Pakaian kebangsaan itu adalah lambang kenegaraan dan kita juga boleh buat promosi pakaian tradisional negara," kata anggota Parlimen Baling, Abdul Azeez yang dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji 1 Julai lalu.
"Kita kat Malaysia susah nak pakai. Tuan-tuan pernah pergi zoo pakai Baju Melayu?...sakit jiwalah kadang-kadang memikirkannya," sindir  Ustaz Tarmizi sambil tersenyum sinis lalu tersandar ke kerusinya.
Menurutnya, jamaah haji biasanya memakai jubah atau baju lain yang sesuai semasa di Mekah kerana ia dikatakan pakaian sunnah dan juga sesuai dengan suasana tempat itu.
Bagi beliau, ini semua berlaku kerana orang yag bukan ahli duduk di kerusi berkenaan.

Anwar lebih disanjung jika terus melawan..!!


Sehingga kini dialog PR dengan BN yang diusulkan Anwar Ibrahim masih lagi menjadi misteri. Misteri dalam erti kata sama ada ia sekadar dialog untuk kepentingan rakyat dan negara atau dialog itu petanda awal ke arah kerjasama dan penyatuan antara Najib dan Anwar. Hanya Anwar yang tahu apa isi hatinya yang sebenar.
Sementara tawaran Anwar itu disambut dingin kebanyakan pemimpin Umno dengan ada yang mempertikaikan niat dan tujuannya manakala ada pula yang mahu cadangan dialog itu dibawa ke Parlimen, Najib sehingga ini masih lagi berdiam diri mengenainya.
Anwar pula, sebagaimana pendirian awalnya, kekal bahawa dialog itu semata-mata membincangkan isu kepentingan rakyat dan negara seperti mengenai agama, kaum, keselamatan dan ekonomi serta menolak sama-sekali menjurus ke arah penubuhan kerajaan perpaduan.
Namun pendirian kebanyakan pemimpin Umno yang menolak tawaran Anwar itu menampakkan kebimbangan mereka terhadap kerjasama Najib dengan Anwar dan juga penubuhan kerajaan perpaduan yang mungkin akan terlaksana kiranya dialog itu menjadi kenyataan.
Di pihak Pas dan DAP pula, mereka juga nampaknya tidak memberi respon dan keghairahan terhadap tawaran dialog yang diusulkan Anwar itu. Pimpinan kedua-dua parti itu belum lagi memberi sebarang kenyataan atau ulasan, baik mengalu-alukan atau pun menolak cadangan Anwar itu walaupun ia dibuat atas nama Pakatan Rakyat.
Mungkin Pas dan DAP mahu berhati-hati dan tidak mahu terjebak dalam percaturan yang masih belum diketahui siapa untung dan siapa ruginya ini.
Tetapi usul atau tawaran yang dibuat Anwar kepada Najib ini, walaupun atas nama menyuburkan amalan demokrasi dan demi kepentingan rakyat dan negara, ia sedikit-sebanyak mencalarkan keteguhan perjuangan Anwar selama ini dan membuatkan ramai orang mulai curiga terhadapnya.
Sesudah 15 tahun melakar tanda aras baru dalam politik Malaysia sejak dipecat pada 2 September 1998, terutama dengan merangsang kebangkitan anak muda serta menimbulkan kesedaran mengenai pelbagai aspek dalam kepimpinan dan kenegaraan, ramai yang mengharapkan Anwar tidak cepat mengalah dan meneruskan apa yang diasaskannya itu.
Slogan reformasi, perubahan, lawan tetap lawan dan sebagainya yang sering menjadi basahan bibir Anwar selama ini sebenarnya masih diperlukan lagi.
Walaupun usaha menubuhkan kerajaan masih belum berhasil tetapi dengan peningkatan kejayaan PR yang jelas ketara sejak 2008 manakala dalam pilihanraya 2013 pula hanya kekurangan 23 kerusi tetapi berjaya mendapatkan majoriti hampir 52 peratus sokongan rakyat, masa depan Anwar dan PR dipercayai lebih cerah dalam pilihanraya empat atau lima tahun lagi.

DAP minta PM perjelas status hutang 1MDB sebanyak RM38.4 bilion...


DAP hari ini meminta penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung faedah serta pertumbuhan ekonomi yang dinikmati rakyat Malaysia daripada pinjaman bernilai RM38.4 bilion oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menyumbang kepada peningkatan kadar hutang kerajaan persekutuan dalam KDNK sehingga mencapai 70 peratus.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar), berkata jaminan pinjaman yang begitu besar dan tidak dijelaskan oleh kerajaan persekutuan mengakibatkan agensi Fitch Ratings menyemak semula unjuran kredit Malaysia daripada ‘stabil’ menjadi ‘negatif’.
“Fitch mempersoalkan hutang yang tidak disenarai rasmi melalui  jaminan kerajaan sehingga mencecah hampir RM150 bilion, yang meningkatkan jumlah hutang rasmi kerajaan daripada RM502 bilion menjadi RM650 bilion pada penghujung 2012.
“Kerajaan Malaysia mengecilkan jumlah hutang kerajaan persekutuan dengan tidak mengambil kira hutang yang tidak disenarai secara rasmi sebagai sebahagian daripada hutang kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LGE: Apa faedah dari pinjaman RM38.4b 1MDB?



Kementerian Kewangan mesti telus tentang faedah serta pertumbuhan ekonomi yang dinikmati rakyat Malaysia daripada pinjaman bernilai RM38.4 bilion oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menyumbang kepada peningkatan kadar hutang kerajaan persekutuan kepada KDNK sehingga 70 peratus.

Jaminan pinjaman yang begitu besar dan tidak dijelaskan oleh kerajaan persekutuan mengakibatkan agensi Fitch Ratings untuk menyemak semula unjuran kredit Malaysia daripada ‘stabil' menjadi ‘negatif'.
Fitch mempersoalkan penggunaan hutang tidak yang tidak disenarai rasmi melalui jaminan kerajaan sehingga mencecah hampir RM150 bilion.

Ia sekali gus meningkatkan jumlah keberhutangan rasmi kerajaan daripada RM502 bilion menjadi RM650 bilion pada penghujung tahun 2012.

Unjuran kredit negatif Fitch terhadap Malaysia boleh memberi kesan buruk kepada negara dalam bentuk peningkatan kos untuk pinjaman selain mengakibatkan peningkatan kadar inflasi.
Kerajaan Malaysia mengecilkan jumlah hutang kerajaan persekutuan dengan tidak mengambil kira hutang-hutang yang tidak disenarai secara rasmi sebagai sebahagian daripada hutang kerajaan.

Dialog kebangsaan bukan baru bagi PAS - TG Hadi

Tuan Guru Abdul Hadi beserta kepimpinan PAS Pusat menikmati hidangan pada Majlis Jamuan Hari Raya Harakah.

KUALA LUMPUR: Menyertai dialog isu-isu kebangsaan dengan mana-mana pihak termasuk kerajaan, bukan perkara baru bagi PAS, tegas Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sebaliknya menurut Tuan Guru, PAS telah terlibat dengan rundingan kebangsaan ini sejak zaman bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak lagi.

"PAS sudah buat lama. Bukan sahaja dengan parti-parti politik malah juga dengan pertubuhan NGO dalam pelbagai isu.

"Kita berdialog dengan kerajaan dalam isu ekonomi, kita juga menyertai dalam Majlis Perunding Ekonomi Negara (Mapem)," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Harakah hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya diadakan dialog terbuka dengan kerajaan bagi membincangkan 'isu-isu kebangsaan' yang perlu ditangani atas semangat merdeka.