Selasa, 27 Ogos 2013

PAS anjur Multaqa Ulama Se-Malaysia 14 Sept

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat akan mengadakan Multaqa Ulamak Se-Malaysia di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar pada 14 September bermula 8.00 pagi hingga 12.00 malam.

Pengarah Multaqa, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib (gambar) berkata, program tersebut bakal menghimpunkan para ulama PAS di semua peringkat dari seluruh tanah air bagi memperkasakan peranan ulama dalam mengaktifkan diri kepada masyarakat.

Katanya lagi, multaqa itu penting untuk penyatukan fikrah, kefahaman dan tindakan  para ulama ke arah yang lebih tersusun dan bersistematik.

“Multaqa ini akan memberi suntikan semangat kepada ulama pelapis dalam memastikan wujudnya kesinambungan perjuangan ulama yang terdahulu yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah,” ujarnya yang juga Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.

Tentera Mesir Terdesak Mahu Haramkan Ikhwan Muslimin, Guna Ulamak Upahan Keluar Fatwa



Kaherah - Kemelut politik antara Ikhwanul Muslimin (IM) dan tentera di Mesir, memasuki babak baru. Gelanggang konfrontasi kedua pihak kini berjalan lebih sistematik.

Tentera Mesir mencanangkan propaganda perang terhadap IM dan pendukung Presiden yang digulingkan Muhammad Mursi, pascapertentangan faksi Islam terbesar di Timur Sementara itu. Pihak tentera telah sedia maklum bahawa, perlawanan terhadap rejim sementara belum mencapai titik puncaknya.

Pemburuan terhadap tokoh penting IM, tidak menjamin ketegangan politik akan berakhir. Apalagi tamat. New York Times menyatakan, pihak tentera telah mula menebarkan jala politiknya ke kelompok umat Islam yang jahil dan anti-Mursi.

Dalam analisisnya, New York Times menyatakan Panglima Tentera Abdel Fattah el-Sisi memberikan "senjata politik" kepada cendikiawan Muslim untuk "membunuh" fahaman dan bawaan politik IM. Pihak tentera meminta ulama upahan untuk memberi fatwa haram melawan pemerintah dan komandan keselamatan negara yang diketuai pihak tentera.

Surat khabar ternama menemukan banyak tayangan mirip iklan yang dibuat dalam bentuk tayangan agama di semua saluran television Mesir, dengan menampilkan tokoh agama dan ulama. Anehnya, tayangan tersebut menempatkan Jabatan Tentera sebagai sponsor

. "Mereka (IM dan Mursi) adalah pengganas. Mereka tidak dihormati di sini," kata Salem Abdel Galil, Isnin (26/8).

Rampasan dadah RM11.56 juta terbesar Pulau Pinang

Significant and meaningful Merdeka

At the end of this week, the nation will be celebrating its 56th year of independence. In all these years, there is no doubt that the nation has had tremendous physical growth, with plentiful development projects from super skyscrapers to highways, economic corridors to our very own submarines, to show that we have done well in having first world infrastructure. The Merdeka frenzy has once again started with ministers calling for the national flag to be flown with fervour, and for the national anthem to be sung or played at schools and cinemas. But is this what Merdeka means to us? First world infrastructure still stuck in a third world mentality? And a misplaced passion and zest by wrongly assuming this is how one displays his patriotism?
Recent events have sent chilling effect to Malaysians. A deep political divide, increasing gun violence, rampant crime, open domestic abuses, a total lack of religious and racial understanding where selective prosecution seems apparent, annual fatal bus crashes followed by annual knee jerk reactions to stop such tragedies, and most recently, a seven-year-old high profile murder case where no one seems to be responsible.

Tahniah TV3 kerana telah menjadi jurucakap Regim Syiah Basyar!

Serangan kimia yang telah dilancarkan oleh rejim Basyar dan sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan.


Persoalannya, adakah kita cakna?
Ucapan 'Tahniah' kami ucapkan kepada media tanah air terutamanya TV3 kerana terus menerus menyiarkan berita penafian rejim Basyar terhadap serangan kimia yang mengorbakan ribuan rakyat Syria.

TV3 lebih suka menyiarkan penipuan tersebut berbanding berita-berita tentang keperitan saudara kita di Syria akibat serangan kimia tersebut. Tahniah TV3 kerana telah menjadi jurucakap musuh!

Tulisan Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

DIMANA DUNIA?
Dilaporkan rejim Basyar lambat memberi kebenaran kepada pemeriksa PBB dan berterusan menyerang kawasan serangan kimia yang didakwa untuk merosakkan bukti.

Serangan demi serangan, dunia masih diam membisu.

SERANGAN SENJATA KIMIA TERBURUK DI SYRIA
Mereka kelihatan seperti sedang tidur. Tetapi mereka sebenarnya telah mati..!

Pemimpin atau rakyat yang perlu bina semangat patriotisma?

‘National Anthem Act’ 1968 akan berkuat kuasa tidak berapa lama lagi didalam pawagam. Semua penonton mesti bangun dan menghormati ‘Negara Ku’ yang akan dimainkan sebelum tayangan sesebuah filem itu.. Sesiapa yang melanggarnya boleh di denda tidak lebih dari seratus ringgit atau dipenjara tidak melebihi satu bulan. Ini adalah kandungan yang ada di dalam Akta itu yang digubal pada tahun 1968 dahulu.
Tujuannya, kata Menteri yang bertanggungjawab ialah untuk membina semangat patriotik terhadap negara dikalangan penonton pawagam itu dan rakyat keseluruhannya. Ramai yang menghubungi saya untuk memberikan komen tentang undang-undang baru ini. Maka saya bersetuju untuk memberikan komen pendek tentang undang-undang baru ini.
Selepas ini akan ramailah orang yang akan masuk penjara sebaik sahaja keluar dari pawagam-pawagam di seluruh negara. Jangan dipersoalkan niat Kementerian Penerangan itu dan Menterinya sekali. Niat mereka baik dan jujur untuk melihat pembangunan semangat patriotisma dikalangan rakyat  Jika dengan Akta baru ini boleh membinanya kita terima dan kita akur dengannya. Lagi pun sememangnya kita wajib berdiri semasa lagu Negara Ku itu dimainkan.  Tetapi kenapa mainkan di dalam pawagam?
Tetapi persoalannya adakah ini cara yang baik dan betul untuk membina semangat patriotisma itu? Jika itu cara yang terbaik adakah terfikir oleh kita apakah elemen-elemen yang akan membantutkan kempen patriotisma ini? Adakah dengan berdiri menghormati Negara Ku itu secara paksa seperti ini akan terbina semangat patriotisma yang di kehendaki kerajaan itu?
Dalam posting saya semalam saya dengan jelas memberikan pandangan yang membina semangat sayangkan negara tidak boleh semata-mata ditempelkan sahaja. Ia perlu datang dari keikhlasan dan kejujuran rakyat dari lubuk hati dan nurani mereka. Cara yang paling baik untuk membinanya ialah dengan kerajaan bersama dengan pimpinan keseluruhannya menunjukkan patrotisma itu dengan jelas.

Sinar Harian: Kenapa kami siar kenyataan Prof Dr Mohammad Selim?


Muka depan

SINAR HARIAN mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda sekalian di atas pandangan mahu pun juga kritikan hangat terhadap paparan Sinar Harian bertarikh 26 Ogos yang berjudul 'Dalang konflik Mesir didedah.'

Wawancara dengan seorang saintis politik Mesir, Profesor Dr Mohammad Selim, adalah untuk memberi ruang dari sudut pandang berbeza berkenaan krisis yang melanda negara itu.

Sebelum ini, kami memuatkan pelbagai laporan di muka hadapan Sinar Harian dengan tajuk 'Rakyat Tentang Tentera', 'Sapu Bersih' yang menggambarkan kekejaman Al-Sisi terhadap rakyat Mesir termasuk bagaimana 'Sumpah Ikhwanul Muslimin' bagi menjawab penentangan rakyat terhadap rampasan kuasa sehingga berakhir dengan pertumpahan darah.

Sinar Harian sentiasa mengambil pendirian untuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak bagi memastikan maklumat yang disampaikan adalah seimbang.

Untuk itu mulai esok,  Sinar Harian akan mendapatkan pula pandangan seorang pakar akademik yang mempunyai pengetahuan mengenai gerakan Ikhwanul Muslimin.

Pensyarah fitnah penyokong Morsi


KUALA LUMPUR: Seorang aktivis pelajar Mesir, Muhd. Abdul Malik Abdul Karim menyifatkan laporan Sinar Harian hari ini bertajuk "Dalang Konflik Mesir Didedah" sebagai boleh mencetus kekeliruan.

Menurut beliau, laporan yang memuatkan temubual dengan seorang pensyarah Universiti Kaherah, Prof.Dr.Mohammed Salem itu sarat dengan fitnah dan penipuan kepada Ikhwan Muslimin dan seluruh rakyat Mesir yang menuntut hak.

"Seriusnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh profesor yang saya tidak kenali ini suatu yang bahaya dan akan meracuni sekian ramai pembaca Sinar Harian di seluruh negara.

"Kenapa Sinar Harian tidak menemubual ribuan lagi pensyarah-pensyarah dan pakar yang tidak berpihak kepada mana-mana golongan yang cukup dikenali seperti Dr.Bakeenam Syarqawi, Dr.Jamal Gibril, Dr.Saifuddin Abdul Fattah yang sumber mereka ini boleh dipercayai tanpa memihak kepada Ikhwan atau Mursi," katanya melontar persoalan.

Dalam temubual itu, Mohammed Salem dilapor berkata, para peserta himpunan yang membantah rampasan kuasa di Mesir didapati bersenjata dan mengancam pihak keselamatan.

AG kena jawab mengapa motif tidak penting dalam kes Altantuya

gobindsingh400px_2KUALA LUMPUR 27 OGOS: Peguam Gobind Singh Deo (gambar) kesal kerana saksi penting seperti DSP Musa Safri tidak dipanggil memberi keterangan sepanjang berlangsungnya perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu.
“Isu asas ialah mengapa saksi penting seperti Musa Safri tidak dipanggil sedangkan beliau memberi kesan penting dalam kes itu,” soalnya ketika dihubungi.
Musa Safri ialah Ketua Pengawal Peribadi semasa Datuk Seri Najib Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri, ketika Altantuya dibunuh di Shah Alam, 20 Oktober 2006.
Manakala pada 23 Ogos lalu, Kamarul Hisham Kamaruddin, peguam Sirul berkata, tindakan hakim tidak memanggil Musa menyebabkan terdapat ‘lompong besar’ dalam kes itu.
“Dari rekod pihak pendakwaan, Musa memainkan peranan penting dan boleh membantu menjelaskan banyak perkara seperti motif. Ini penting untuk kes pendakwaan,” Kamarul dipetik berkata.
Mengulas lanjut, Gobind menuntut Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Ghani Patail memberi respon isu itu mengapa motif tidak penting dalam kes itu.
“Sebab itu saya cadang agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) ditubuh bagi menyiasat dan mengenalpasti pembunuh sebenar Altantuya. RCI juga mesti menjawab beberapa perkara penting berikut.
“Pertama siapa yang mengarahkan Altantuya dibunuh. Kedua mengapa wanita Mongolia itu dibunuh dan ketiga Peguam Negara mesti beri respon mengapa motif tidak penting dalam kes ini,” kata Ahli Parlimen Puchong itu yang pernah dihalang menghadiri Dewan Rakyat 12 Mac 2009 ekoran tindakannya mengaitkan Najib dalam kes bunuh Altantuya.

Mungkin PM ada jawapan siapa bunuh Altantuya..!!

ZuraidaKUALA LUMPUR 27 OGOS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mungkin ada jawapan bagi merungkai misteri di sebalik kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.
Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Perdana Menteri perlu bertanggungjawab terhadap wanita malang seperti Altantuya sebagai menghormati slogan ‘Respek Wanita: Masyarakat Sejahtera’, sempena sambutan Hari Wanita yang dianjurkan kerajaan pada tahun ini.
“Mungkin Perdana Menteri ada jawapan kepada ‘rantaian kes yang hilang’ dan dapat memberi petunjuk kepada siapakah pembunuh sebenar Altantuya” ujar Ahli Parlimen Ampang itu.
Sekiranya apa yang diucap Najib tentang perlunya untuk respek wanita, maka Wanita KEADILAN menuntut agar PM berani memberi arahan agar kes pembunuhan Altantuya harus diselesaikan.
Malah Perdana Menteri itu sendiri digesa untuk tampil ke mahkamah sebagai saksi terhadap kes pembunuhan Altantuya.
“Memandangkan Sirul dan Azilah dibebaskan maka persoalannya ‘siapa pembunuh Altantuya sebenar?
“Mungkin PM ada jawapan kepada ‘missing link’(kebuntuan) dalam kes ini dan dapat memberi petunjuk (clue) kepada siapa pembunuh sebenar,” katanya kepada Keadilan Daily.

Kelemahan M’sia tangani kes Altantuya memalukan negara

altantuyaKUALA LUMPUR 27 OGOS: Keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar daripada tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu hanya mengulang plot pembebasan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, seperti kes Razak yang juga rakan karib Perdana Menteri, pendakwaan terhadap kedua-dua UTK itu mempunyai banyak kecacatan yang menyebabkan peluang untuk mereka bebas makin jelas.
“Dalam kes Razak Baginda, hakim membebaskannya selepas mendapati pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau dan tindakan pendakwa itu memang sudah dijangka oleh ramai pihak memandangkan hubungan rapatnya dengan tokoh tertinggi negara.

Lensa terkini TG Haji Hadi semasa melawat TG Nik Aziz




Begitu hormatnya Tok Guru Haji Hadi kepada Tok Guru Nik Aziz.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka dalam mentadbir dan menguruskan agama islam di Malaysia tercinta.

Persidangan Tergempar Krisis Mesir 30 Ogos


 KUALA LUMPUR: Mapim dan jaringan organisasinya menganjurkan Persidangan Tergempar Pembunuhan Massa, Demokrasi dan Hak Rakyat Mesir pada 30 Ogos ini di Dewan Seminar Masjid Al Falah, USJ Seksyen 9, Subang Jaya.

Persidangan itu dianjurkan oleh Komiti Bertindak Bebaskan Mesir (REACT Free Egypt) dengan kerjasama, Mapim, Citizens International, Universal Justice Network dan rakan kerjanya termasuk Abim, Shura, PUM, Ilmuan, Salimah, Teras dan Lujnah Antarabangsa Parti Islam Se-Malaysia.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata tema persidangan itu ialah ‘Hentikan Pembunuhan, Pulihkan Demokrasi Mesir’ ekoran tindakan ganas tentera Mesir terhadap kelompok pro Morsi dan anti kudeta yang membunuh dan mencederakan ribuan yang telah mengejutkan dunia.

Sebab Rakyat Malaysia Tidak Memasang Bendera Sambut Merdeka Terbongkar!!

Malaysiakini telah melaporkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek melahirkan kekesalannya yang amat berikutan di Putrajaya sendiri masih kurang bendera dipasang. 

Walaupun menjadi pusat pendaftaran, Putrajaya sendiri tidak mendepani langkah mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, katanya..

Beliau berkata, perkara itu paling dikesalinya memandangkan di kuaters kerajaan sendiri masih kurang bendera dipasang.

"Mereka masih tunggu kerajaan beri bendera," katanya dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Shabery berkata, keadaan itu sama sekali berbeza dengan keadaan di negara jiran apabila semua orang menunjukkan patriotisme masing-masing walaupun mempunyai perbezaan pandangan politik... negara jiran yang mana satu entahlah..

Syria: Perancangan barat serangan bom kimia?


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) tidak menolak konflik berlaku di Syria mempunyai modus operandi yang diatur oleh pihak barat untuk menyerang negara itu.

Menurut Penyelaras Kempen Selamatkan Mesir, Aiman Athirah Al Jundi suasana di Syria hari ini tidak ubah sepertimana yang berlaku di Iraq dan Afghanistan.

"Misalnya isu di Syria, kita mengambil sikap berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan termasuk gas kimia yang dilepaskan menyebabkan lebih 2,500 rakyat termasuk kanak-kanak terbunuh," katanya.

Ini kerana, jelasnya penggunaan bom kimia itu dipercayai ada unsur-unsur sabotaj daripada pihak barat kononnya tindakan itu adalah kesalahan Basyar Al Assad dan tenteranya.

Ekoran itu, katanya US merancang untuk menyerang Syria kononnya tentera Basyar telah melancarkan serangan bom kimia menyebabkan ribuan terbunuh.

Ada perancangan licik ketepi kes Altantuya – Johari Abdul

johari-abdulKUALA LUMPUR 27 OGOS: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul tidak menolak ada kemungkinan perancangan bagi memastikan mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu ini dibebaskan melalui kesilapan-kesilapan teknikal.
Menurut beliau, sudah pasti perancangan itu dilakukan dari mula dan dilakukan secara licik.
“Saya yakin terdapat perancangan untuk sengaja membebaskan semua yang terlibat dalam kes ini.
“Saya katakan seseorang yang licik  merancang supaya yang  terlibat terlepas atas sebab teknikal yang sengaja dirancang dari awal,” tegasnya kepada Keadilan Daily.
Selain itu, sejak awak lagi prosiding mahkamah yang berlaku sepanjang perbicaraan pembunuhan Altantuya adalah janggal dan pelik.
Menurutnya, perkara pelik itu ialah apabila beberapa saksi penting seperti DSP Musa Safri dan Pegawai Najib, Nasir Safar tidak dipanggil dari awal proses perbicaraan.
Selain itu, motif pembunuhan juga tidak pernah dibangkitkan.

Sanggupkah Najib mohon maaf pada keluarga Altantuya?

altantuya_najibKUALA LUMPUR 27 OGOS: Datuk Seri Najib Razak perlu memohon maaf kepada keluarga mendiang Altantuya Shaariibu dan Kerajaan Mongolia ekoran kegagalan institusi kehakiman Malaysia menyelesaikan kes pembunuhan model kelahiran negara itu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Azan Ismail berkata, Perdana Menteri kena bertanggungjawab kerana kes pembunuhan itu melibatkan rakyat negara luar.
“Sebagai Perdana Menteri, Najib perlu bertanggungjawab. Jika gagal, sudah pasti imej Malaysia akan tercalar sekaligus mengundang persepsi negatif terhadap jaminan keselamatan dan kelemahan penghakiman di negara ini,” tegasnya menyarankan Kerajaan Malaysia mencontohi penanggungjawaban seperti Kerajaan Britain.

Pertubuhan Syiah M'sia diisytihar haram

Menteri Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang, berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

NONEKetua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi (kiri) berkata, walaupun permohonannya untuk didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ditolak, badan itu tetap bergerak aktif.

Malah, katanya, kegiatan itu memudaratkan ketenteraman awam serta mencetuskan keresahan di negara ini yang sebahagian besarnya berfahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

Menurut Abdul Rahim lagi, pengikut Syiah di Malaysia memohon mendaftarkan mendaftarkan pertubuhan itu pada 16 Jun 2011 dan tolak pada 4 Ogos tahun yang sama.

Rayuannya kepada menteri berkaitan juga ditolak pada 31 Oktober 2011, menurut kenyataan itu lagi.

Bukti betapa sombong dan tidak prihatinnya pemimpin Umno BN terhadap masalah rakyat Malaysia

Ramai pemimpin Umno BN kerap mengeluarkan kenyataan tidak siuman kerna mereka tidak merasai kecelaruan kehidupan masyarakat lantaran kebanjiran warga asing terutama warga Afrika yang banyak membawa masalah kepada rakyat negara ini.

Berita berkaitan kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan
Menteri: Larang warga Afrika menyewa perbuatan 'gila'

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan tindakan badan pengurusan sebuah kondominium di Sunway, Subang Jaya yang dilaporkan mengeluarkan perintah melarang pemilik menyewakan rumah kepada warga Afrika merupakan satu perbuatan "gila".

Kertas siasatan pembunuhan Altantuya perlu dibuka semula

Suhaimi_ShafieiKUALA LUMPUR 27 Ogos: Keputusan Mahkamah Rayuan yang melepaskan dan membebaskan Chief Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar boleh mengundang pelbagai persepsi negatif, kata Ahli Dewan Undangan Sri Muda, Suhaimi Shafiei.
Katanya, keputusan itu meletakkan institusi keadilan negara dalam keadaan dipertikaikan kewibawaannya.
“Kita melihat dari awal perbicaraan itu agak pincang. Beberapa saksi penting tidak dipanggil memberikan keterangan di mahkamah.
“Itu membuatkan rakyat tertanya-tanya tentang ketelusan sistem pendakwaan dalam negara kita,” kata Shuhaimi kepada Keadilandaily.
23 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya mengetepikan hukuman bersalah yang dijatuhkan ke atas kedua tertuduh.
Dalam rumusan penghakiman empat muka surat, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka.

Kes tembakan pengerusi Mywatch dikatakan temui petunjuk baru

KUALA LUMPUR 27 Ogos: Polis dikatakan menemui petunjuk baru yang akan mengheret penjenayah yang menembak Pengerusi MyWatch, S Sanjeevan ke muka pengadilan, kata ahli badan pemantau jenayah MyWatch, S Gobikrishnan.
Ia berdasarkan laporan semasa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Ku Chin Wah yang menyatakan polis hanya menunggu Sanjeevan pulih dari kecederaan untuk diambil keterangan.
s_gobikrishnan“Datuk Ku Chin Wah maklumkan sudah menemui beberapa petunjuk terbaru. Tetapi menunggu keterangan dari Sanjeevan sebelum tindakan lanjut boleh diambil.
“Namun beliau tidak beritahu pula bagaimana petunjuk yang dimaksudkan kerana masih dalam siasatan polis,” ujar Gobikrishnan (gambar) kepada Keadilandaily.
Siasatan diambil alih ibu pejabat polis Bukit Aman selepas mendapat desakan kuat ahli keluarga Sanjeevan ekoran kelewatan tindakan polis Negeri Sembilan.
Menurut Gobikrishnan, ia berkemungkinan akibat kritikan Sanjeevan terhadap beberapa pegawai polis negeri yang didakwa mempunyai masalah moral dan disiplin.
“Saya juga syak kelembaban ekoran ‘conflict of interest’.

Anak muda berhak dapat pendidikan tanpa hutang


KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal sistem pendidikan tinggi di Malaysia meneruskan bebanan kepada generasi muda yang terpaksa berhutang untuk mendapat pendidikan tinggi.

Akibatnya, kata Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghasilkan generasi muda yang berhutang walaupun dengan tujuan untuk menuntut ilmu.

“Malangnya mereka yang tamat pengajian terpaksa berhadapan bebanan hutang sebelum berpeluang untuk mendapat pekerjaan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, sebagaimana di bawah.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal sistem pendidikan tinggi di Malaysia meneruskan bebanan kepada generasi muda yang terpaksa berhutang untuk mendapat pendidikan tinggi.

Akibatnya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  menghasilkan generasi muda yang berhutang walaupun dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Malangnya mereka yang tamat pengajian terpaksa berhadapan bebanan hutang sebelum berpeluang untuk mendapat pekerjaan.

Merdeka: Di Putrajaya sendiri masih kurang bendera berkibar



Walaupun menjadi pusat pendaftaran, Putrajaya sendiri tidak mendepani langkah mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek.

Beliau berkata, perkara itu paling dikesalinya memandangkan di kuaters kerajaan sendiri masih kurang bendera dipasang.

"Mereka masih tunggu kerajaan beri bendera," katanya dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Shabery berkata, keadaan itu sama sekali berbeza dengan keadaan di negara jiran apabila semua orang menunjukkan patriotisme masing-masing walaupun mempunyai perbezaan pandangan politik.

Abdul Ghani Salleh dilantik setiausaha baharu SPR


Pengarah di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Abdul Ghani Salleh (gambar) dilantik Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu, berkuat kuasa 19 Ogos ini.
Menurut kenyataan SPR hari ini, Abdul Ghani, 55, menggantikan Datuk Kamaruddin Mohamed Baria yang bersara pada 13 Ogos lepas.
Kamaruddin dilantik ke jawatan itu pada 1 Okt 2010.
"SPR berharap dengan pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam, pelantikan Abdul Ghani sebagai Setiausaha SPR yang baharu dapat memimpin Urus Setia SPR dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan dasar yang ditetapkan SPR dengan cekap dan berkesan," kata kenyataan itu.
Abdul Ghani mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 9 Jan 1984.
Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan di peringkat negeri, termasuk Pegawai Daerah Gombak pada 1 Ogos 2006, dan Pengarah di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor mulai 2 Mei 2008.
Dalam pada itu, SPR merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kamaruddin atas sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada badan berkenaan. – Bernama

Zeina Khodr discusses Syria crisis from Beirut

Syria responds to Western intervention option

No action if Negaraku not observed by cinema-goers

Parents transfer kids from Seri Pristana to avoid harassment

Putrajaya not leading by example with flags

Post-GE13: Bersih pushes for Malaysia's first People's Tribunal

Masyarakat dan keselamatan - Lensa

Malaysia Boleh: Anggota polis antara yang dipercayai terbabit kes samun

Dendam Politik: Hanafiah berkorban walaupun gajinya makin kecil

Saya rasa susah hati kerana Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said telah memotong peruntukan untuk DUN Chukai

KEMAMAN : Bukan senang menjadi wakil rakyat. Walaupun gaji sebagai ADUN tidak banyak mana, tetapi itulah pengorbanan yang perlu dibuat oleh seorang ahli politik.
Bagi ADUN Chukai, Hanafiah Mat, sebelum jadi wakil rakyat, gaji beliau ialah RM11,000.00
“Tetapi sekarang saya dapat RM4,112.00 sahaja dan campur sedikit elaun dapatlah RM5,000.00,” kata beliau ketika berucap di majlis sambutan hari raya anjurannya kepada masyrakat Cina di sini baru-baru ini.
Katanya, dahulu beliau berjanji jika beliau menang, beliau akan tolong semua orang yang mengira fahaman politik mereka, sama ada orang Cina, orang India atau orang Melayu.
“Tapi hari ini, saya rasa susah hati kerana Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said telah memotong peruntukan untuk DUN Chukai,” katanya lagi.

UMNO@BN berniat jahat, dengki kejayaan DAP

Oleh Noor Jaafar
UMNO dan Barisan Nasional (BN) boleh dianggap jahat dan dengki sebab itu parti yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini semakin kurang diminati termasuk oleh orang Melayu, Cina dan India. 

UMNO/BN kekal memerintah negara hingga kini kerana mengamalkan ‘pecah dan perintah’ (divide and rule) kerana tidak senang hati dan tidak boleh tengok parti lain terus mendapat tempat dan sokongan rakyat, jadi ada saja usaha mereka untuk memusnah dan menghancurkan parti lawan sebagaimana yang dilakukan terhadap DAP. Tindakan UMNO/BN itu membuatkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang kini menganggap DAP sedang berdepan dengan pergelutan yang akan menentukan hidup atau matinya parti itu apabila UMNO/BN memulakan kempen fasa ketiga ‘DDD’ untuk memusnahkan DAP.
Sebelum ini, PAS dan PKR turut mengalami nasib yang sama cuba dihancurkan UMNO/BN dengan pelbagai fitnah dan menakutkan orang ramai supaya parti berkenaan tidak mendapatkan sokongan rakyat.
PAS juga sudah beberapa kali dipujuk ‘bergabung’ dengan UMNO, kononnya demi perpaduan Melayu dan Islam dan setelah gagal memujuk PAS kini mereka (UMNO/BN) mengubah haluan cuba pula ‘memancing’ PKR untuk membentuk kerajaan perpaduan.
UMNO/BN sejak dulu menyusahkan parti lain
Memang perangai UMNO/BN sejak dulu lagi akan melakukan apa saja samada cara baik atau jahat asalkan parti itu dapat kekal berkuasa dan terus memerintah negara.
Satu ketika dulu UMNO/BN dikatakan memain perana mengurangkan pengaruh PAS sehingga terbentuk parti serpihan PAS iaitu Hamim dan Berjasa. PAS juga dikatakan turut menjadi mangsa penganiayaan UMNO/BN apabila lambang bulan bintang dilarang penggunaannya sehingga memaksa PAS kini menggunakan lambang bulan purnama.
Sekarang ini, DAP pula sedang diusaha oleh UMNO/BN untuk mengurangkan pengaruh dan sokongan rakyat selepas DAP mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.
Pada PRU-13 lalu, DAP memenangi 38 kerusi Parlimen dan 107 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara berbanding sebelum ini hanya 30 kerusi, manakala BN kini hanya tinggal 133 kerusi Parlimen berbanding 140 yang dimenangi ketika era penerajuan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada PRU-12 2008.
ini bermakna pencapaian Najib lebih buruk daripada Pak Lah dan ini yang membuatkan UMNO/BN tidak senang hati serta bimbang akan kehilangan kuasa memerintah pada PRU-14 nanti.
UMNO/BN tertekan selepas kekalahan teruk PRU-13
PIC ORG RAMAI (8)Kemenangan cemerlang DAP itu membuatkan UMNO/BN ‘dengki’ dan mencipta pelbagai kerenah dan fitnah yang ke arah memusnahkan DAP daripada arena politik Malaysia selepas MIC dan MCA tidak lagi berupaya membantu menguatkan BN seperti sebelum ini.
Kalau nak kira kesalahan DAP tidaklah seberapa sehingga membuatkan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang mengikut telunjuk UMNO/BN mengarahkan parti lawan itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) apabila ia tidak mengiktiraf pemilihan CEC yang diadakan pada Disember tahun lalu.

Zahid Paling Popular Tapi Belum Tentu Menang Bergaya

Oleh Shahbudin Husin
Jawatan Menteri Dalam Negeri benar-benar membawa untung lumayan buat Zahid Hamidi. Berbanding jawatan Menteri Pertahanan yang membuatnya hampir tenggelam dan kurang menonjol, Zahid sebaliknya menuai publisiti hampir setiap hari melalui jawatan yang disandangnya sekarang.

Daripada penentangannya terhadap pemansuhan Akta Hasutan dan Ordinan Darurat, peningkatan kejadian jenayah, kekurangan anggota polis, jangkaannya mengenai rangkaian jenayah bekas pesalah Ordinan Darurat, cabarannya kepada Waythamoorthy dan sehinggalah kepada tindakanya mahu mendedahkan senarai nama-nama kongsi gelap, semuanya mengundang sorotan publisiti di pelbagai media massa.

Malah, ketika memberitahu secara bergurau bahawa kumpulan samseng turut datang ke rumah terbukanya dan meminta wang perlindungan pun turut dijadikan berita besar.

Pendeknya, apa saja yang keluar dari mulut Zahid sekarang pasti merupakan bahan yang boleh diolah menjadi berita.

Semua publisiti yang melimpah ini secara automatiknya menjadikan Zahid paling popular. Di mata perwakilan UMNO pula, beliau dianggap sebagai menteri yang sedang membuat kerja dengan betul dan dilihat lebih baik daripada Menteri Dalam Negeri sebelumnya iaitu Hishammuddin Hussein.

Secara kasarnya, dalam pemilihan UMNO 19 Oktober ini Zahid ternampak tiada masalah untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden nombor satu yang diraihnya dalam pemilihan 2009 lalu.

Sehingga ini, selain Zahid yang sudah mengumumkan akan mempertahankan jawatannya, dua lagi Naib Presiden UNNO iaitu Hishammuddin dan Shafie Apdal turut mengumumkan akan mempertahankan jawatan masing-masing.

Pemimpin lain yang sudah mengumumkan akan menyertai persaingan ialah Isa Samad, Pengerusi Felda manakala Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dan bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dijangka akan turut menyertai perebutan kerusi Naib Presiden dan akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi.

Ini menjadikan sekurang-kurangnya tujuh orang akan bertanding merebut tiga kerusi Naib Presiden UMNO kali ini.

Kedamaian rimba dan “hantu” Altantuya

A Kadir Jasin


Hujung minggu di Pulau Banding dan Tasik Temengor, Hulu Perak, melapangkan dada seolah-olah lebih jauh dari Kuala Lumpur dan Putrajaya lebih melegakan.
Terima kasih kepada Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, kerana meminta pandangan orang luar – badan-badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, penyelidik dan wartawan tua – dalam usaha beliau membangunkan Pulau Banding sebagai gerbang Taman Diraja Royal Belum.
Hujung minggu yang baru berlalu ahli sains, penyelidik, pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri serta sahabat alam semula jadi hadir simposium anjuran Yayasan Pulau Banding bagi membincangkan hasil ekspedisi ke Sungai Enam pada akhir tahun 2011. Yayasan Pulau Banding dibiayai oleh Mustapha dan para penderma.
Hatta ucapan dari lubuk hati exco muda Kerajaan Perak, Nolee Ashilin Mohammed Radzi, turut melapangkan dada. Bahasa Melayunya bagus, bahasa Inggeris tidak ada cacat cela.
Alhamdulillah masih ada pemimpin muda politik yang idealistik dan bercakap dari hati. Doa saya orang muda seperti beliau tidak akan dirosakkan dan menjadi korup akibat kuasa atau dicantas oleh politikus tua yang tamak kuasa.
Kalau pemilihan kepemimpinan parti-parti politik, khasnya Umno, pasca PRU13 tidak menghasilkan lebih banyak pemimpin muda, kita harus menganggapnya sebagai satu kegagalan dan tanda nyata bahawa suara generasi muda masih tidak dihargai.
Generasi lama yang idealistik dan bergiat cergas atas dasar perjuangan tidak banyak lagi yang tinggal. Generasi yang berkuasa semakin korup dan tandus semangat perjuangan. Harapan kita adalah kepada generasi muda – kepada anak-anak dan cucu-cucu kita.

Tok Guru Nik Aziz bersemangat cerita isu Mesir



KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelihatan bersemangat sambil meluah rasa kesal terhadap pergolakan politik di Mesir.

“Segalanya bermula kejahatan Yahudi. Sejak zaman Rasulullah s.a.w. orang Yahudi sudah memusuhi Islam.

“Pakatan jahat Amerika dan Yahudi di belakang krisis penggulingan Presiden Dr Mohammad Morsi yang dilantik secara demokrasi.

“Ini semua dalam usaha mereka menggagalkan kebangkitan Islam di Timur Tengah dan Mesir khususnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka hari ini.

Sebelum itu beliau menerima kunjungan beberapa NGO yang datang bertanya khabar mengenai keadaan kesihatannya.

Beliau keluar wad kelmarin. Beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian selama seminggu kerana sedikit gangguan kesihatan.

Semalam beliau juga dikunjungi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Boleh: Anak ketua menteri Sarawak punyai anak bersama wanita Australia, kata bekas isteri


Bekas isteri anak Taib Mahmud (dua dari kiri) mendakwa Bekir mempunyai anak dengan wanita Australia. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Ogos, 2013.Bekas isteri anak Taib Mahmud (dua dari kiri) mendakwa Bekir mempunyai anak dengan wanita Australia. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Ogos, 2013.Mahkamah Tinggi Syariah hari ini mendengar kes anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dikatakan telah berlaku curang sejak dua dekad lalu.
Shahnaz A. Majid, 50, berkata Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib telah membawa wanita Australia dan Rusia ke perhimpunan keluarga semasa masih ada hubungan perkahwinan.
Beliau difahamkan Mahmud telah mempunyai seorang anak lelaki bersama wanita Australia itu.
“Dia membawa wanita itu ke majlis perkahwinan adik perempuannya sama ada pada tahun 2000 atau 2001 di Kuching,” katanya sewaktu ditanya peguam Akbardin Abdul Kader hari ini.
“Nama wanita itu Louisse Hiley. Saya tidak tahu status pernikahan mereka tetapi mereka mempunyai anak bernama, Adam.”
Shahnaz kemudian diberitahu Hiley dan Mahmud telah berpisah dan Adam mengikut ibunya.
Shahnaz adalah kakak kepada penyanyi jazz Datuk Sheila Majid telah memberi keterangan kepada mahkamah bagi mendapatkan pampasan RM300 juta dan RM100 juta tuntutan mutaah atas penceraian itu.

Malaysia is ready: Say No To Racism

Jenayah: Waythamoorthy wajar letak jawatan


KUALA LUMPUR: Percanggahan pendapat antara Menteri-menteri Kabinet hanya akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat, bukan menyelesaikan masalah jenayah yang semakin berleluasa, kata Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS N. Balasubramaniam.

Beliau berkata, P Waythamoorthy wajar meletakkan jawatan ekoran kenyataannya yang bercanggah dengan dasar BN.

"Waytamoorthy dilantik mewakili BN, jadi dia wajar ikut segala dasar BN.

"Kita tak kisah kalau dia bersuara sebagai mewakili NGO tapi sekarang dia kena sedar dia mewakili BN," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau juga berkata, kaum India sendiri tidak bersetuju Waythamoorthy dilantik sebagai timbalan menteri dan tindakan beliau itu semakin menimbulkan ketidakyakinan bahwa beliau boleh membela kaum itu.

"Orang India memang tidak suka Waythamoorthy jadi timbalan menteri.

Dakwaan Zahid buktikan pihaknya ketagih EO


KUALA LUMPUR: Dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kononnya rumah beliau diganggu samseng membenarkan pendedahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bahawa pihaknya ketagih dengan Akta Ordinan Darurat (EO).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yakin, tujuan Zahid membuat dakwaan sedemikian adalah untuk mempengaruhi rakyat supaya mewajarkan penggunaan EO.

"Kita memahami keinginan Zahid dan pihaknya supaya dikembalikan EO, tetapi janganlah buat dakwaan tidak masuk akal kononnya samseng pergi ke rumah terbukanya di Bagan Datoh meminta wang perlindungan.

"Kedai makan polis pencen pun gangster tidak berani datang memeras ugut wang, tidak masuk akal langsung samseng berani minta wang perlindungan dari menteri yang menjaga urusan dan pasukan polis," katanya.

Kalaupun benar mahu memperbodohkan rakyat, Mahfuz berharap Zahid tidak melampau sangat sehingga dia pula yang kelihatan bodoh.

Menteri UMNO: Larang warga Afrika menyewa perbuatan 'gila'


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan tindakan badan pengurusan sebuah kondominium di Sunway, Subang Jaya yang dilaporkan mengeluarkan perintah melarang pemilik menyewakan rumah kepada warga Afrika merupakan satu perbuatan "gila".

NONETambahnya, ia akan menghantar isyarat yang salah kepada masyarakat antarabangsa tentang industri hartanah Malaysia.

"Anda tidak boleh nafikan sesiapa untuk membeli hartanah berdasarkan kaum. Ia gila dan tidak betul.

"Jika anda mahu kata sesetengah penyewa bermasalah, jangan kaitkannya dengan latar belakang kaum mereka," katanya.
Menurutnya, urusniaga pembelian rumah juga perlu ditangani secara satu persatu dan bukannya dikelaskan berdasarkan latar belakang kaum atau negara asal mereka.

MCA mahu pengarah Tanda Putera bertanggungjawab jika berlaku ketegangan kaum


MCA menggesa pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba bertanggungjawab sekiranya khalayak yang menonton filem berkenaan tidak berpuas hati dan mencetuskan ketegangan kaum.
Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong (gambar) berkata, adegan sekumpulan pemuda Cina kencing di laman Menteri Besar Selangor Datuk Idris Harun akan menyebabkan penonton berasa kurang senang dan pihak penerbitan harus bersedia menerima kritikan.
Wee berkata, meletakkan kesalahan sesuatu kaum dengan menggambarkan babak yang tidak tepat berhubung tragedi 13 Mei 1969 adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.
"Pihak penerbitan Tanda Putera membantutkan usaha pendamaian nasional yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apatah lagi dengan sambutan hari kemerdekaan negara yang akan tiba tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Pengarah tidak sewajarnya menggunakan alasan sejarah bagi membuat penipuan dan kebencian antara kaum di Malaysia. Filem cereka atau berdasarkan kisah benar seharusnya boleh dibezakan oleh pengarah filem itu," katanya.
Hari ini DAP menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969 dalam mesyuarat Kabinet esok.

Lebih ramai murid bukan Islam tinggalkan SK Seri Pristana kerana intimidasi


Gambar fail yang mencetuskan kontroversi apabila murid bukan Islam SK Sri Pristana dikatakan diarahkan makan dalam tandas pada bulan puasa.Gambar fail yang mencetuskan kontroversi apabila murid bukan Islam SK Sri Pristana dikatakan diarahkan makan dalam tandas pada bulan puasa.Sekurang-kurangnya tiga murid bukan Islam meninggalkan SK Seri Pristana dan 10 lagi akan menyertai mereka kerana intimidasi selepas insiden makan di bilik persalinan.
Tiga murid yang meninggalkan sekolah itu mendakwa mereka diintimidasi dan dibuli pihak berkuasa sekolah selepas isu murid bukan Islam diarahkan untuk makan di bilik persalinan timbul.
Dalam sidang akhbar hari ini, ibu bapa kepada 10 lagi murid yang akan berpindah sekolah mendedahkan, keputusan mereka disebabkan salah seorang ibu bapa ditahan kerana mendakwa diintimidasi oleh guru besar sekolah.
Setiausaha Kebangaan Malaysia Tamilan Today Welfare, K Gunasegaran, berkata semua ibu bapa hilang kepercayaan kepada guru besar dan guru.
“Kami tidak melihat cara lain oleh kerana murid diganggu dan dibuli di sekolah, hanya kerana ibu bapa mereka bersuara,” katanya.

Detektif Conan: Pendakwaan fail rayuan kes Altantuya

Keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan dan melepaskan Cif Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar dari tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu akan berlarutan ke Mahkamah Persekutuan.

Pendakwaan dalam kes tersebut telahpun memfailkan notis rayuan pada Jumaat lalu sebaik Mahkamah Rayuan membuat keputusan tersebut.

Timbalan Peguamcara Negara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dalam satu kiriman SMS mengesahkan bahawa notis berkenaan telah difailkan.

“Notis berkenaan (untuk rayuan) difailkan pada hari yang sama dengan keputusan tersebut,” kata Tun Majid.

Technical error; thieving cops back on duty

However, Petaling Jaya district police chief Arjunaidi Mohamed refuses to reveal details of the 'technical error', saying that it will jeopardise investigation.

PETALING JAYA:  The two policemen who were allegedly moonlighting as snatch thieves were not detained because of a ‘technical error’, Petaling Jaya district police chief Arjunaidi Mohamed said here today.
The senior police officer however, refused to elaborate on the ‘technical problem’ faced by the police in detaining the two lower rank policemen.
“There was a problem during the identification parade. That is why the duo were back on duty after the incident. I can’t tell you about the problem as it would jeopardise our investigation,” Arjunaidi told a press conference at the police headquarters.
However, Arjunaidi assured that there would be no cover-up in the investigation.
“We are not protecting anyone. At the moment we are looking for more evidence and taking down more statements,” he said.
He also revealed that the two policemen were not attached to any police station in Selangor.
“The two cops are not from Selangor but I can’t tell you which unit or state they belong to,” said Arjunaidi.
When contacted, complainant B Saravanan insisted he had not made any mistake during the identification parade.
“As far as I can remember I did nothing wrong. In fact I straight away pointed at the two thieves (police officers) when I saw them lining up,” he said.
Thaiveegan promises probe

Perusuh Fanatik ‘Buddha’ Bakar Lagi Rumah Muslim Di Myanmar

Perusuh fanatik yang anti-Islam membakar kedai dan rumah penganut Islam di Myanmar dalam satu pertempuran terbaru antara dua penganut agama itu, kata polis, semalam.

Gerombolan 1,000 penganut buddha telah membakar berpuluh-puluh rumah-rumah dan kedai-kedai di Htan Gone, sebuah kampung 16km selatan bandar Kantbalu dalam wilayah Sagaing.

Ia berikutan khabar angin bahawa seorang lelaki Islam telah ditangkap didakwa kononnya cuba melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita muda, menurut pegawai-pegawai dan saksi.

Menurut stesyen TV pemerintah Myanmar, kira-kira 42 rumah dan 15 kedai serta sebuah kilang beras telah dibakar dalam satu pergeseran berlaku Sabtu malam kelmarin.

“Kira-kira 150 orang berkumpul di balai polis semalam (malam kelmarin), sambil menggesa supaya tahanan itu diserahkan kepada mereka. Apabila polis tidak mengendahkannya, mereka mula membakar kedai-kedai berdekatan,” kata seorang pegawai kepada agensi berita AFP.

GST tak perlu jika kerajaan cekap urus wang negara

SHAH ALAM 27 OGOS : Kerajaan tidak perlu melaksanakan Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat jika berupaya mengurangkan ketirisan perbelanjaan wang negara dan membanteras rasuah.
gst grafik 01Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menegaskan melalui penjimatan wang negara melalui mekanisme pengurusan yang cekap dan telus maka kerajaan boleh menggunakannya untuk program kebajikan rakyat.
“Apabila kerajaan tidak mempunyai wang maka mereka terpaksa melaksanakan dasar GST,” kata Charles ketika dihubungi TVSelangor.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bahawa apabila GST dilaksanakan maka kira-kira 40 barangan keperluan asas rakyat terutama makanan dan minuman tidak akan dikenakan sebarang cukai .
Antara barangan keperluan asas yang dikecualikan cukai termasuk tepung, beras, gula dan ikan.
Menurut Charles lagi tiada jaminan daripada kerajaan tidak akan berlaku kenaikan harga barangan makanan apabila GST dilaksanakan walaupun mereka menyatakan akan memberikan pengecualian.

Rohingya refugees suffer in Thailand

PRU13: PAS lapor polis pemalsuan Borang 14 oleh SPR

Pak Samad, Adam Adli hadir memberi sokongan kempen tolak lynas

Perang ROS-DAP: DAP ambil untung yang akhirnya rugi?

Oleh Timmy Say
Bahagian II
Perang antara Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan DAP bermula secara rasminya pada awal tahun ini.Perang tidak rasmi bermula daripada kenyataan Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng pada 10 Januari 2013 yang menyatakan partinya tidak akan mengadakan pemilihan semula untuk mengesahkan keputusan pemilihan parti 15 Disember 2012 di Pulau Pinang.

Ini kerana, dakwa Guan Eng, keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC)  itu ialah “versi yang diperbetulkan, diaudit dan disahkan oleh akauntan bertauliah bebas.” Namun, kenyataan Guan Eng tidak dapat menghalang kontroversi kesilapan teknikalnya terus dihidupkan dan dihangatkan bukan sahaja daripada kalangan musuh, tapi dari ahlinya sendiri.
Ketika itu juga, Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman mengingatkan DAP untuk mengemukakan penyata tahunan dalam masa 60 hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan wujudnya penyelewengan dalam pemilihan itu.
Pada 14 Januari 2013, Naib Presiden DAP - Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham dan setiausaha, Mahendran Krishnan membuat laporan ROS terhadap DAP. Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang bertanggungjawab terhadap ROS, berkata jabatan itu akan mengambil keterangan daripada dua ahli terbabit.
Kemudian, DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang pula dilaporkan membuat laporan ke ROS dan mendesak pemilihan diadakan semula.
“DAP asyik menyebut perihal bersih di luar parti, sedangkan rumah sendiri kotor. Bersihkan rumah kita dahulu, baru negara. Jika kepimpinan tinggi DAP masih enggan mengadakan pemilihan semula CEC, usahlah bercakap soal demokrasi dalam DAP, ubahlah nama DAP kepada AAP (`Autocratic Action Party'). Jika benar parti ini mengamalkan demokrasi, buatlah pemilihan semula," kata pengerusi cawangan itu, Richard Francis.
Pandangan Richard secara ironisnya senada dengan sindiran yang diberikan Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun berkata pemilihan DAP itu mengarut dan hanya satu helah politik.
“Tak kan lah begitu bodoh sekali sehingga hendak kira undi pun tidak tahu. Kalau dia (DAP) tidak tahu hendak kira undi, tak payah lah nak jadi kerajaan,” sindirnya lagi.
Pada 22 Januari 2013, Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan bahawa partinya tidak bermasalah untuk disiasat ROS. Beliau dengan penuh yakin menyatakan ROS tidak boleh mengharamkan DAP tanpa bukti. Paling hebat pun katanya, ROS hanya boleh mengarahkan DAP membuat pemilihan semula, tapi mesti dengan hujah yang kuat.
11 hari sebelum tarikh akhir 15 Februari 2013 untuk mengemukakan laporan kepada ROS, Guan Eng berkata tiada apa yang perlu dirisaukan dan mengesahkan bahawa parti itu akan menghantar laporan berkenaan sebelum tarikh akhir.
Sinar Harian melaporkan bahawa DAP menghantar laporan penyata tahunannya pada 8 Februari, sebelum Tahun Baru Cina yang jatuh pada 10 Februari. Ia berdasarkan kenyataaan Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke.
Ketika diminta mengulas mengenai tempoh masa yang agak lama diambil oleh DAP untuk menghantar penyata itu, Loke berkata persoalan itu tidak timbul kerana DAP perlu menghantar dalam tempoh 60 hari seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.
Loke berkata, laporan itu hanya laporan biasa dan berharap pihak ROS dapat bertindak adil kepada DAP yang sudah membuat kenyataan secara terbuka bahawa ada kesilapan mengira dan DAP membaiki kesilapan itu.

Akibat silap kira 1,823 undi, DAP dalam dilema

Oleh Timmy Say
Pengiraan silap terhadap 1,823 undi semasa konvensyen pada 15 Disember 2012 terus menjadi alat panas pada DAP.  Ketika keputusan Kongres Nasional DAP dikeluarkan ketika itu yang menyaksikan kegagalan semua calon Melayu menyertai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengundang pelbagai kritikan daripada musuh, terutama Umno, yang menyatakan ini bukti DAP adalah sebuah parti perkauman dan chauvinis Cina.


Dua hari sebelum mengundi, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak mendesak perwakilan DAP untuk mengundi sekurang-kurangnya lima calon Melayu. Alasannya mudah – memastikan DAP tidak dilabel sebagai parti anti Melayu, perwakilan perlu memastikan calon Melayu dipilih, bukan sekadar dilantik selepas pemilihan parti.
Keputusan 15 Disember sememangnya menghampakan Rahmad. Dengan pilihanvraya umum ke 13 yang dirasakan sudah bakal menjelang ketika itu, Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng terus membuat kawalan kerosakan (damage control) dengan melantik Zairil Khir Johari dan Senator Ariffin SM Omar ke dalam CEC.
Lim berkata perlantikan itu adalah berdasarkan kebolehan mereka dan mereka juga berperanan untuk mendekati rakyat Malaysia merentasi sempadan perkauman. Ketika itu juga, Lim memberikan jaminan bahawa DAP akan meletakkan calon Melayu di PRU13.
Langkah itu terpaksa diambil Lim untuk menangkis serangan Umno yang semakin tajam bahawa DAP sememangnya anti-Melayu. Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika itu juga mengeluarkan satu kenyataan untuk menguatkan sokongan Melayu kepada Umno-BN dengan menyatakan bahawa pemilihan CEC menyaksikan bahawa “DAP bukan sahaja didominasi oleh satu kaum, iaitu Cina, tetapi juga oleh dinasti keluarga di mana Lim Kit Siang mendapat undi tertinggi manakala anaknya Lim Guan Eng di tempat kedua.”

Polemik PTPTN dan kecurangan sistem pendidikan negara

Oleh Zairil Khir Johari

zairil khir johariPolemik PTPTN harus dibaca bersama dengan kualiti pendidikan tinggi negara, kerana pemahaman isu ini secara berasingan hanya akan menyebabkan kita menyalahkan para graduan dan mengutuk mereka sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur serta lari daripada tanggungjawab membayar hutang. Kita juga akan gagal mencermati bahawa para graduan sebenarnya merupakan mangsa kecurangan sistem pendidikan negara ini.
Sebagai mengiringi penggubalan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta pada tahun 1996, skim pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah diperkenalkan pada tahun seterusnya. Ekoran daripada itu, alam pengajian tinggi di Malaysia telah menampakkan percambahan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dengan begitu pesat.
Setakat 30 November 2012, terdapat sejumlah 478 buah IPTS yang diperincikan kepada 37 universiti swasta, 20 kolej universiti swasta, tujuh kampus cawangan universiti luar negara dan 414 kolej swasta di negara ini.
Memang tidak dinafikan, ketersediaan pinjaman PTPTN sekaligus membuka pintu pengajian tinggi kepada ramai pelajar yang dahulunya tidak mampu dari segi kewangan. Namun pada masa yang sama, ia juga memberi ruang kepada kolej-kolej swasta untuk mengambil kesempatan ke atas kemudahan tersebut.
Akibat proses permohonan dan pemberian pinjaman PTPTN yang begitu mudah dan longgar (lulus SPM dengan 1 kredit atau kelayakan yang setaraf dengannya untuk kursus sijil dan lulus SPM dengan 3 kredit atau kelayakan yang setaraf dengannya untuk kursus diploma), jumlah kemasukan siswazah pun meningkat dengan mendadak.
Akan tetapi, gara-gara lambakan graduan ini, beberapa masalah telah muncul. Pertamanya, bilangan graduan yang dihasilkan adalah melebihi kehendak pasaran, suatu masalah yang pernah diakui oleh mantan Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Khaled Nordin.

Tubuh RCI untuk sembuh luka rusuhan 13 Mei 1969, bukan hukum sesiapa: DAP


lks (4)
adegan tanda putra (4)KUALA LUMPUR, 27 OGOS: DAP hari ini menyeru Kabinet supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) dengan segera esok agar dapat menyembuhkan luka paling buruk dalam rusuhan kaum yang berlaku dalam insiden 13 Mei 1969.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, RCI ini bukan bertujuan menghukum pesalah tapi untuk bergerak ke hadapan dan memecahkan tembok perkauman yang tidak berpenghujung dalam negara.
poster tanda putra (3)“Dalam ucapan pertama saya di Parlimen 42 tahun lalu iaitu 23 Februari 1971, saya telah menyeru agar RCI ditubuhkan bagi menangani peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 untuk mengetahui punca bagaimana ia boleh berlaku, menilai polarisasi kaum dan mengambil langkah pencegahan supaya tidak berulang.
“RCI juga harus di dilaksanakan untuk menghapuskan hantu-hantu 13 Mei daripada terus digunakan pada setiap Pilihan Raya Umum (PRU) sejak 1969 sehingga sekarang untuk mengugut pengundi dari bebas menjalankan hak perlembagaan mereka.
“Daripada menghabiskan dana awam dengan memberikan ‘lesen kreatif’ kepada seorang pengarah filem untuk mencipta peristiwa palsu berkenaan rusuhan 13 Mei 1969, saya menyeru Kabinet menubuhkan RCI esok. Ia adalah satu-satunya cara generasi muda Malaysia akhirnya dapat mengetahui bagaimana dan mengapa peristiwa hitam dalam sejarah ini boleh berlaku,” katanya dalam kenyataan.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen DAP Gelang Patah turut menggesa pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba menyenaraikan kejadian cereka dan tidak sah 13 Mei yang dipaparkan dalam filem itu supaya tidak mengeliru serta menghasut rakyat.
“Memandangkan beliau sendiri mengakui bahawa filem arahannya itu adalah filem cereka sekitar rusuhan kaum, jadi beliau harus mempertimbangkan dengan serius nasihat saya.

Tipu PRU13: PAS buat laporan polis terhadap SPR kerana palsukan borang 14


Beberapa pemimpin PAS di IPD Dang Wangi hari ini.Beberapa pemimpin PAS di IPD Dang Wangi hari ini.PAS membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berikutan tindakan petugas badan pengendali pilihan raya itu memalsukan borang 14 di kebanyakan kawasan pilihan raya yang dicabar dengan petisyen oleh parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.
Pemimpin kanan PAS seperti Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahamd, Dr Hatta Ramly dan Datuk Kamaruddin Jaafar adalah di antara yang hadir ke di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membuat laporan polis beramai-ramai.
Laporan polis dibuat kerana dalam kebanyakan hujah mahkamah untuk menolak petisyen pilihan raya mengatakan tindakan memalsukan borang 14 adalah kesalahan jenayah.

Detektif Conan: Episod Pembunuhan Altantuya Penuh Misteri....

Rakyat Malaysia bukan sahaja dikejutkan dengan persoalan siapakah pembunuh sebenar wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu bahkan pelbagai keraguan timbul sepanjang prosiding perbicaraan kes pembunuhan berprofil tinggi ini.
gambar hiasanSetelah hampir 7 tahun kes pembunuhan ini dibicarakan, akhirnya mahkamah memutuskan bahawa ‘pembunuh’ Altantuya didakwa tidak bersalah dan terlepas dari hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan sebelum ini.
Kepincangan dalam sistem Kehakiman dapat dilihat bukan setakat ini sahaja, bahkan di awal perbicaraan lagi.

RAZAK BAGINDA DIBEBASKAN, SIAPA ARAH SIRUL DAN AZILAH BUNUH ALTANTUYA?
Di Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin memutuskan kenyataan pembuktian tidak bersalah yang terkandung dalam afidavit seorang penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda dimana dibatalkan pertuduhan bersubahat yang dihadapinya yang turut menyeret dua suspek utama anggota dari Unit Tindakan Khas (UTK) iaitu Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri.
Jelas menunjukkan penglibatan Razak Baginda dalam kes ini tetapi afidavit yang difailkannya menyokong permohonan bagi diikat jamin sebelum perbicaraan dengan niat untuk menunjukkan beliau tidak bersubahat dalam pembunuhan itu.
Maka dengan itu, secara mudah Razak Baginda dibebaskan daripada pertuduhan terhadap beliau dalam pembunuhan Altantuya pada 31 Oktober 2008 tanpa dipanggil membela diri.
Jika Razak Baginda dianggap tidak bersubahat, siapa pula yang mengarahkan Sirul dan Azilah melakukan pembunuhan Altantuya?

KETERANGAN DSP MUSA SAFRI TIDAK RELEVAN
Kedua, DSP Musa Safri yang merupakan pengiring Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak dipanggil memberi keterangan dalam kes ini.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah adalah tidak relevan untuk memanggil DSP Musa memberikan keterangan kerana beliau (Musa) tidak hadir pada pertemuan antara Azilah dan Abdul Razak dan beliau sudah pasti tidak tahu apa yang berlaku.
Sehubungan itu hak untuk menyoal balas DSP Musa diketepikan kerana dilihat wujudnya ketiadaan konsisten bukti.

BUNUH ALTANTUYA TUGAS RASMI UTK?
Kes yang mendapat liputan meluas media termasuk media antarabangsa ini terus mencetuskan keraguan ramai apabila ia melibatkan anggota UTK Bukit Aman. Apa yang dipersoalkan di sini adakah misi membunuh wanita Mongolia itu turut menjadi sebahagian daripada tugas rasmi anggota UTK? Sedangkan kita maklum akan anggota UTK yang hanya akan bertindak setelah menerima arahan daripada pihak atasan.
Pada 15 November 2006, Sirul dan Azilah, dituduh membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam, 19 Oktober 2006 dan 1 pagi 20 Oktober 2006 di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pada 9 April 2007, Mahkamah Tinggi Shah Alam akhirnya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Azilah dan Sirul kerana didapati bersalah membunuh Altantuya. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata pihak pendakwaan telah membuktikan tanpa keraguan munasabah kes terhadap mereka.

What framed, Sirul CONFESSED! Siva slams suggestions from Appeals Court judgement

KUALA LUMPUR - PKR leaders rubbished suggestions that the former bodyguards of Prime Minister Najib Razak had been framed for murder, pointing out that one of them had confessed to the killing - once from the dock during the murder trial and before that in a statement made to the police.
What framed, Sirul CONFESSED! Siva slams suggestions from Appeals Court judgement"It is ridiculous to make such a suggestion. With all due respect, we would remind that Sirul confessed to the murder. So how can the Appeals Court focus on evidence that it says was contradictory but ignore the confessions. Again, this only strengthens the view that a retrial should have been ordered to trash out the truth rather than acquit the wrongdoers," MP for Subang Sivarasa Rasiah told Malaysia Chronicle.
"It is very obvious that investigation and prosecution was very shoddy. In fact, we had previously warned that the prosecution's carelessness would invite a retrial. The judges should have borne that in mind and question whether such extraordinary incompetence on the part of the Attorney General was deliberate so as to pave the way for an acquittal. Why let the executioners as well as those who ordered and paid for the murder escape?"
Rehabilitating Najib's image?
In a shock decision sharply criticized by the media all around the world, Malaysia's Court of Appeal had acquitted two of Najib's bodyguards for the sensational 2006 murder of Altantuya Shaariibuu.
So far Najib has refused to make any comment on the case and this has added to the belief that a high-level conspiracy was underway to rehabilitate his image, which has been badly dented by the murder case, and at the expense of the integrity of the Malaysian courts which are already suffering from the poor-image that they are subservient to the top politicians in the country.
Last Friday, the Appeals Court had cited misdirection by the lower court and pointed that it had failed to summon a key witness - Najib's former aide-de-camp Musa Safri - to take stand.
Former corporal Sirul Azhar Umar and ex-chief inspector Azilah Hadri were sentenced to hang by the High Court in 2009 but their appeal was delayed time and again, with many political observers opining that this was deliberate so as to get the just-concluded May 5 general election out of the way before freeing the duo.
Najib and wife Rosmah Mansor have been accused ordering the two men to execute Altantuya, a 28-year-old Mongolian woman who was alleged to have been Najib's former lover and whose dad had said came to Malaysia to see Najib to "discuss something with him".

Discrepancies all the more reason for ordering a retrial
In the written judgment released on Monday, Court of Appeal judge Tengku Maimum Tuan Mat detailed why her 3-member panel had found it unsafe to accept the evidence from the police officers who had gone to Sirul's home in Kota Damansara during the investigation.