Isnin, 26 Ogos 2013

Mestikah pimpinan baru Kelantan mencari idea baru?

Oleh DINSMAN
Polemik atau kekecohan yang ditimbulkan oleh Dr Mohd Agus Yusoff mengenai tiada “keghairahan baru” dalam kepimpinan baru kerajaan Kelantan baru-baru ini – apa yang menariknya? Bagi saya yang menariknya ialah persoalan yang ditimbulkan oleh Dr Agus itu sendiri. Apa persoalan yang saya maksudkan? Persoalannya ialah – bahawa pimpinan baru mestilah ada idea baru

Itu satu perkara. Satu perkara lagi yang ditimbulkannya ialah: beberapa projek yang telah diumumkan atau dilancarkan oleh pimpinan dulu, seperti Lebuhraya Rakyat dan Stadium baru, tidak nampak pun kemajuannya. Yakni: Dr Agus tidak nampak kemajuannya.
(Saya teringat kepada puak-puak yang menentang Morsi di Mesir, dengan memberi alasan tidak nampak kemajuan dilakukan Morsi untuk memulihkan ekonomi Mesir setelah setahun memimpin kerajaan. Maka itu mewajarkan kudeta. Bezanya Dr Agus mempersoalkan pimpinan Ustaz/Datuk Ahmad Yaakob di Kelantan itu setelah 100 hari memimpin.)
Jadi hal itu kuranglah menarik bagi saya. Dalam tempoh 100 hari itu kenapakah mesti dilihat pada perkara-perkara seperti itu? Dr Agus mengiranya penting maka dia hendak melihatnya – itu hak dialah. Tapi saya menganggapnya tidaklah penting. Begitu juga dengan hal kambing Jamnapari itu. Tapi tak mengapalah. Biarkanlah!
Balik kepada persoalan yang menarik di atas tadi. Bahawa kepimpinan baru mestilah ada idea baru. Seperti Najib apabila jadi Perdana Menteri dia kemukakan idea 1Malaysia; Abdullah Ahmad Badawi apabila jadi Perdana Menteri dia kemukakan idea Islam Hadhari; (dengan segala pembaziran dan penyelewengan wang, tenaga dan masa bersama dengannya). Ustaz Ahmad Yaakob apabila jadi Menteri Besar menggantikan Nik Abdul Aziz, apa idea barunya?
Persoalan saya – kenapa mesti ada idea baru seperti itu? Atau kenapa mesti ada keghairahan baru seperti yang dikatakan oleh Dr Agus itu? Tak bolehkah kalau Ustaz Ahmad Yaakob mengatakan dia akan meneruskan pelaksanaan dasar dan perjuangan “Membangun Bersama Islam” berprinsipkan ‘Ubudiyah, Mas’uliyah dan Itqan (UMI) seperti yang telah diasaskan oleh pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz?

Sombong meruntuhkan jemaah

Oleh Ustaz Idris Ahmad
SOMBONG sifat iblis, tawaduk sifat para nabi-nabi. Iblis dihalau dari syurga kerana sombong dan angkuh tidak mahu menurut Nabi Adam a.s. Ini kerana Adam dijadikan daripada tanah, dia dijadikan daripada api. 

 Akhirnya iblis dihalau dari syurga kerana keangkuhannya. Allah merakamkan di dalam al-Quran bermaksud: "Allah berfirman; " Apakah yang menghalangmu sehingga kamu tidak bersujud ( kepada Adam) ketika Allah menyuruhmu (iblis) menjawab: "aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah."

Nabi s.a.w. juga memberi amaran bahawa; "Tidak akan masuk syurga siapa yang memliliki di dalam hatinya sifat sombong."

Sifat mazmumah ini tidak kenal siapakah individu tersebut, sama ada dia ulama atau bukan ulama, kaya atau miskin, cerdik atau jahil. Penyakit ini meninggalkan kesan yang paling bahaya kepada individu dan jemaah

Betullah pesanan Nabi kepada kita supaya jangan bersifat sombong. Lebih- lebih lagi kita di dalam jemaah jangan ada sifat sombong dan angkuh terutama sesama ahli dan orang ramai. Sombong sesama ahli akan merenggangkan ukhwah dan melemahkan gerak kerja parti.  Tidak ada siapa di dalam jemaah suka kepada individu yang sombong.

Jika sikap sombong di luar jemaah, lagi parah. Orang sombong sukar untuk didekati, orang tawaduk senang didampingi. Macam mana kita hendak sebarkan pengaruh PAS ke luar jika individu PAS bersikap sombong dengan orang ramai. Islam akan tersebar apabila da'inya tawaduk dan tidak sombong. Siapa hendak dekat dengan kita jika persepsi awal sudah dbentuk sehingga menjauhkan orang ramai dengan dakwah kita.

Ini kerana sombong  akan dipalingkan daripada melihat kebenaran. Firman Allah SWT bermaksud: "Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong dan takabbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar."  (al-A'raf:146)

Nauzubillah, moga terhindar kita daripada penyakit ini kerana bimbang kebenaran dilindungi dengan takabbur. Perkara inilah yang paling ditakuti kerana ia  boleh membawa kepada kemurkaan Allah.

Menjelang Muktamar Pas Dan Pemilihan Tahun Ini

Oleh Khalid Samad
Sudah lama saya tidak menulis. Sepanjang Ramadhan saya hanya meletakkan tulisan orang lain serta beberapa video ucapan saya untuk tatapan pengunjung. Saya sedar ada banyak yang diperkatakan tentang saya, oleh mereka yang ingin ‘menyelamatkan PAS’ dan ‘menyelamatkan Presiden’ (kononnya) tetapi saya memilih untuk mendiamkan diri, buat seketika. 


Biarlah bulan Ramadhan diisi oleh usaha mentarbiyyahkan jiwa dan menundukkan nafsu. Bagi mereka yang merasakan diri mereka dijamin syurga, biarlah mereka teruskan dengan kerja memfitnah dan menabur dusta. Itu ‘hak’ mereka untuk menempah kemurkaan Allah sambil manusia lain berusaha mencari keredhaanNya.

Ada yang kata, “mereka tidak pun menyebut nama kamu...”. Adakah mereka anggap Allah tidak tahu siapa yang mereka maksudkan apabila mereka menaburkan fitnah dan tuduhan tersebut kepada hadirin dan hadirat yang tidak tahu hujung pangkal? Juga budaya baru dari yang ingin ‘menyelamatkan PAS’ dan ‘menyelamatkan Presiden’ (kononnya).

Alhamdulillah diucapkan. Semoga dusta dan nista mereka menambahkan lagi pahala sepanjang Ramadhan. Apa lagi boleh dilakukan? Sudah dinasihati tetapi tidak mahu mendengar. Kedegilan manusia yang inginkan dosa sedangkan Allah dan RasulNya menyeru kepada kebajikan dan keampunan. Saya yakin mereka ini samada merupakan agen UMNO dalam PAS atau telah termakan dengan propaganda UMNO sehingga menganggap ‘PAS dan Presiden perlu diselamatkan’. Sedangkan kedua-duanya tidak menghadapi sebarang ancaman. Sepertimana juga melayu tidak diancam oleh PR. Taktik pembohongan sama yang diguna-pakai. Mungkin dari penasihat yang sama?

Pada pertengahan bulan Syawal ini biarlah saya pula membuka cerita. Merongkai kembali segala fitnah yang ditabur oleh mereka sehingga akhir Ramadhan. Tidak, bukan untuk membela diri tetapi untuk melepaskan mereka yang tertipu supaya tidak menjadi pemanjang lidah fitnah dan dusta.

Sama ada sedar atau tidak, sebenarnya fitnah ini semua ada kena-mengena dengan pemilihan muktamar yang bakal tiba. Dan ada juga kena mengena yang rapat dengan hala-tuju yang ingin dibawa golongan yang ingin ‘menyelamatkan PAS dan menyelamatkan Presiden’ (kononnya). Ada yang tidak senang dengan sikap saya mempertahankan Pakatan Rakyat walau dalam apa jua keadaan. Apa jua yang saya katakan, ianya untuk membela dan mempertahankan PR. Sehingga sanggup menyanggah semua tindakan, termasuk yang melibatkan PAS, yang boleh menjejas hubungan PAS dan PR. Apa boleh buat? Bukankah keputusan muktamar empat kali berturut-turut adalah untuk mengukuhkan PR?

Respon saya terhadap tuduhan mereka akan saya kemukakan dalam 4 bahagian seperti berikut:

Bantu Husam di peringkat nasional, redakan politik Kelantan

OLEH ZULKIFLI SULONG,

Peristiwa Datuk Husam Musa (gambar) tidak menjadi Exco kerajaan negeri Kelantan disifatkan sebagai kesedihan yang membawa tuah untuk tokoh berkenaan dan juga PAS sendiri, kata bekas Ahli Parlimen Kota Baru, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Menurut veteran politik Kelantan itu, Husam sangat bernilai untuk PAS dan salah satu calon yang layak untuk dipilih sebagai Perdana Menteri. "Oleh itu, bagi saya peritiwa dia tidak menjadi exco adalah blessing in disguise kepada dia dan kepada PAS. Datuk Husam boleh memberikan tumpuan kepada politik di peringkat nasional sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider. Selepas menjadi Exco utama kerajaan negeri Kelantan sejak 2004, Husam yang juga Naib Presiden PAS tidak terpilih dalam barisan kabinet Kelantan yang baru di bawah pimpinan Datuk Ahmad Yakub.
Ia berlaku selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatannya sebagai menteri besar (MB) Kelantan.
Pelbagai tafsiran diberikan kepada peristiwa ini namun Wan Rahim mahu melihat ke depan dengan semua apa yang berlaku itu.
Wan Rahim adalah setiausaha politik pertama kepada Nik Aziz apabila mula menjadi MB Kelantan selepas PAS dan Semangat 46 menang Kelantan pada 1990.
Ketika beliau menjadi Setiausaha Politik, Husam adalah Setiausaha Akhbar MB Kelantan itu.
Peranan Wan Rahim sebelum PAS berjaya mentadbir Kelantan iaitu pra-1990 adalah besar dan berterusan sehinggalah PAS mula-mula mentadbir Kelantan sehingga kini.
Menurut Wan Rahim, rakannya dalam DAP dan PKR melihat Husam antara calon yang layak untuk menggalas tugas besar untuk negara.

Menteri BN ‘perang mulut’, masalah orang India tak selesai

AzminAMPANG 26 Ogos: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, ‘perang mulut’ antara menteri kabinet BN adalah akibat daripada pelantikan berasaskan kepada kepentingan undi sesuatu kaum.
“BN tidak ada tokoh yang dapat membicarakan soal bukan satu kaum sahaja.
“Meletakkan Waythamoorthy sebagai Menteri hanya untuk memancing undi masyarakat India,” kata Azmin ketika ditemui di majlis hari raya parlimen Ampang, malam tadi.
Beliau mengulas isu reaksi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi terhadap kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy.
Waythamoorthy sebelum ini mempersoalkan tindakan polis berhubung kes tembakan ke atas lima penjenayah yang disyaki ahli kongsi gelap 04 di Pulau Pinang.
Waythamoorthy dicabar meletakkan jawatan ekoran kritikannya.

Pentadbiran sekolah halang murid guna komputer sumbangan Pakatan

halang murid guna komputer sumbangan Pakatan
SHAH ALAM 26 OGOS: Pentadbiran sebuah sekolah di sini dikatakan menghalang muridnya menggunakan komputer sumbangan kerajaan Selangor berikutan perbezaan fahaman politik.
Hal itu didedahkan seorang Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), R Panner Selvam kepada TV Selangor selepas dimaklumkan guru besar sekolah berkenaan.
“Tindakan tidak masuk akal itu merugikan murid kerana kita ada makmal komputer yang lengkap tetapi tidak digunakan hanya disebabkan alasan politik,” katanya.
Beliau berkata, larangan itu bermula kira-kira lapan bulan lalu sejak pelantikan muka baru PIBG atas alasan makmal itu didakwa beroperasi haram.
Katanya, pentadbiran sekolah itu dikatakan mengenakan yuran RM70 setahun terhadap murid bagi menampung kos penyelenggaraan makmal komputer itu.
“Yuran dikutip dari Januari atau Februari tetapi kelas tak jalan,” katanya yang turut mendakwa kelas komputer itu tidak mengikut jadual.

Buat macam mana pun salah...

Oleh SELENA TAY
Parti DAP telah mengambil langkah untuk mengadakan semula pemilihan untuk ahli jawatankuasa pusat pada bulan November ini. Langkah tersebut diambil memandangkan bahawa wujudnya bahaya parti ini akan digugurkan pendaftarannya sebagai sebuah parti politik jika pemilihan semula tidak diadakan.

Namun demikian, DAP telah menghadapi berbagai kritikan dari pihak BN dalam isu ini. Sebelum pemimpin DAP membuat keputusan untuk mengadakan pemilihan semula, pemimpin DAP telah dituduh sebagai "degil" dan "tidak mematuhi undang-undang". Tetapi selepas keputusan dibuat untuk mengadakan semula pemilihan untuk ahli jawatankuasa pusat, pemimpin DAP pula telah dituduh sebagai "mengaku bahawa terdapat kesilapan besar dalam pemilihan pada bulan Disember lalu".
Nampaknya untuk pihak DAP, buat macam mana pun salah juga.

Endless Possibilities - Ditiru Dari Israel Atau Mongolia?

Oleh Shahbudin Husin
Sehingga ini Najib masih berdiam diri mengenai kontroversi slogan Endless Possibilities, terutama daripada mana asalnya slogan itu sejak ia didedahkan lebih seminggu yang lalu. Ketika dikatakan bahawa slogan itu bakal menggantikan 1Malaysia yang dianggap gagal dan kabur, Najib kemudiannya menjelaskan bahawa slogan Endless Possibilities bukan menggantikan 1Malaysia tetapi akan menjadi pelengkap kepadanya.

Tetapi apabila kemudiannya didedahkan oleh blog-blog bahawa slogan itu ditiru daripada Israel berikutan Kementerian Pelancongan Israel turut menggunakan slogan yang sama, hanya Jabatan Perdana Menteri yang memaklumkan slogan itu telah diperkenalkan oleh Najib pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland pada Januari 2013 lagi sedangkan Kementerian Pelancongan Israel didakwa oleh JPM hanya menggunakan slogan yang sama empat bulan kemudiannya.

Dalam erti kata lain, kalau mengikut penjelasan JPM itu, Israellah yang meniru slogan Najib dan bukannya Najib yang meniru Israel!!

Hebatlah Malaysia kalau Israel boleh meniru slogan kita!!

Najib dijangka akan melancarkan slogan Endless Possibilities pada 17 September depan dan semua menteri sudah pun diberi taklimat mengenainya. Logo berkaitan slogan itu juga sudah siap untuk diperkenalkan.

Beberapa pihak termasuk Anwar Ibrahim sendiri menuntut Najib memberi penjelasan lanjut mengenai slogan itu dan kaitannya dengan negara Israel. Walaupun JPM sudah memberi penjelasan tetapi dengan pelbagai pihak terus mempertikaikan slogan itu, adalah penting penjelasan yang lebih detail keluar daripada mulut Najib sendiri. Najib tidak seharusnya berdiam diri.

Apatah lagi sejak Najib menjadi Perdana Menteri dan APCO dilantik sebagai perunding medianya, kaitan beberapa isu dengan Israel begitu kerap kedengaran. Ada saja isu yang berlaku, sering terkait dengan Israel seolah-olah peranan APCO cukup besar dan bukan sekadar perunding media sahaja.

Endless Possibilities bukan saja dipertikaikan kerana kaitannya dengan Israel tetapi juga dipercayai kempennya yang dijangka turut menelan belanja yang besar. Peranan penasihat-penasihat Najib dalam memilih slogan itu turut menjadi pertikaian dan ini mengingatkan kepada teguran Daim Zainuddin kepada Najib agar menukar para penasihatnya itu kerana gagal memberikan nasihat yang betul semasa pilihanraya umum lalu.

Kerajaan dingatkan jangan gopoh laksana GST

KUALA LUMPUR 26 Ogos: Kerajaan Umno BN diingatkan agar tidak gopoh untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan mengundang bebanan ke atas rakyat.
Ahli Majlis Perwakilan Pusat (MPP) KEADILAN, Azan Ismail berkata, kerajaan perlu sedar GST belum sesuai dilaksanakan ketika ini kerana ekonomi negara belum bersedia ke arah itu.
“Kuasa beli rakyat semakin rendah dan ekonomi Malaysia pula tidak begitu memberangsangkan. Jika GST dilaksanakan kerajaan, saya tidak nampak kebajikan rakyat akan terpelihara seperti dislogankan kerajaan.
“Maka saya nasihatkan Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah supaya tidak terlalu mengikut kehendak kerajaan dengan melaksanakan GST,” ujarnya ketika dihubungi.
Adun Bandar itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan kerajaan yang tetap mahu melaksanakan GST dengan pengecualian terhadap lebih 40 barangan keperluan asas.
“Kita jangan terkeliru, walaupun kerajaan dakwa 40 barangan itu dikecualikan tetapi itu bukan jaminan yang kekal, mungkin dikecualikan untuk beberapa tahun sahaja tetapi akan dikenakan GST selepas itu.
“Saya faham sikap gopoh kerajaan mahu melaksanakan GST hanyalah kerana mereka sedar tahap kewangan negara berada pada tahap yang rendah selepas berbelanja besar sebelum PRU lalu,” katanya.

Hapuskan campur tangan politik dalam MAS

KUALA LUMPUR 26 Ogos: Syarikat Penerbangan Malaysian Airlines (MAS) tidak perlu melantik tenaga asing dalam beberapa jawatan penting untuk memulihkan syarikat itu kerana Malaysia mempunyai banyak kepakaran tempatan.
Sebaliknya, kata Ahli Majlis Perwakilan Pusat (MPP) KEADILAN, Datuk Johari Abdul, MAS perlu menghakis campur tangan ahli politik dalam syarikat penerbangan negara itu.
“Kita mempunyai banyak contoh seperti syarikat penerbangan AirAsia yang dikendalikan oleh Tan Sri Tony Fernandes dan AirAsia X yang juga dimiliki oleh anak tempatan tetapi mereka berjaya mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa,” ujarnya ketika dihubungi.
Beliau mengulas kontroversi berhubung pelantikan PlaneConsult sebagai perunding dan melantik lapan warga asing untuk memegang beberapa jawatan penting dalam MAS.
Menurut Johari, beliau tidak menolak keperluan mendapatkan kepakaran asing sekiranya diperlukan tetapi tindakan itu tidak seharusnya mengabaikan potensi anak tempatan.
Menurutnya lagi, masalah yang dihadapi MAS bukan berpunca daripada pengurusan syarikat sebaliknya hasil campurtangan politik kerajaan.

Dahulu pemimpin PR, sekarang ahli biasa Umno


KOTA BHARU: “Bukan tidak sayangkan PKR atau PAS, namun tidak senang hati dengan pemimpin tertentu. Saya lihat suara Melayu dalam parti semakin kurang,” kata seorang bekas pemimpin PKR Kelantan.

Beliau sudah lama meninggalkan PKR, kini meneruskan perniagaan sendiri di Kuala Lumpur.

Namun katanya hubungan peribadi dengan pemimpin PAS dan PKR Kelantan masih seperti dahulu.

Hujahnya lagi semua parti ada kelemahan masing-masing. Kalau dalam Umno semua orang tahu, semua berlumba-luma mendapat kontrak dan projek.

Oleh itu beliau berharap suasana seperti itu tidak wujud dalam PAS. Biar pun begitu bisiknya tidak dinafikan ada orang menggunakan nama parti bagi mengambil kesempatan bisnes.

“Teguran saya sebelum ini sama ada melalui kenyataan media atau ucapan hanya fokuskan kelemahan yang terkesan dalam sesuatu projek di Kelantan.

“Saya hanya bercakap kalau ada maklumat,” ujarnya ketika ditemui di sini. Ketika bersama PKR, beliau pernah dilantik menganggotai anggota lembaga pengarah agensi kerajaan negeri.

Beliau seperti memperlihatkan leluhurnya, mahu agensi kerajaan negeri diurus berkesan berkesan, tanpa berkompromi dengan segelintir pihak yang cuba mengambil peluang.

KDN akan umum senarai nama kongsi gelap - Ahmad Zahid


Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan mereka, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata ia akan diumum dalam waktu terdekat selepas proses pewartaan selesai dibuat.
"Kami dah ada senarai nama kumpulan yang dikategorikan sebagai pertubuhan haram serta senarai aktiviti jenayah dilakukan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ahli kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega di Putrajaya hari ini.
Ahmad Zahid berkata langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.
"Ia juga untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu bersama-sama mendokong usaha polis membanteras jenayah," katanya.
Menerusi senarai itu juga, beliau berkata masyarakat dapat mengetahui bahawa kegiatan kongsi gelap bukan hanya membabitkan sesuatu kaum sebaliknya melibatkan kaum-kaum lain.
"Ramai yang mengatakan kongsi gelap hanya membabitkan kaum India sedangkan kongsi gelap Melayu dan Cina juga banyak," katanya.

Jenayah: Mampat bimbang M’sia jadi ‘bandar koboi’


KUALA TERENGGANU: Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail melahirkan kebimbangan dengan penularan jenayah senjata api di negara ini.

Katanya, jika jenayah melibatkan penggunaan senjata api tidak dibendung Malaysia akan menjadi seperti “cowboy town” (bandar koboi).

Menurutnya, kes jenayah bunuh bersenjata api semakin menjadi-jadi dan tidak terkawal memerlukan perhatian serius pihak polis.

“Tapi sedihlah, dulu kita tidak pernah dengar perkara-perkara ini berlaku dan kita orang Islam jauh dari berlaku perkara-perkara yang macam ini.

Detektif Conan: Mahkamah terima rayuan, Sirul mungkin dianiaya..!!

Penghakiman bertulis dalam kes rayuan oleh dua anggota polis elit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu menunjukkan bahawa tertuduh kedua, Kpl Sirul Azhar Umar mungkin telah dianiaya.

altantuya razak baginda murder 050707 sirul azhar umarMahkamah Rayuan pada hari Jumaat lalu menggariskan bahawa Sirul dan tertuduh pertama Cif Insp Azilah Hadri dibebaskan dari tuduhan berkenaan memandangkan pembantu peribadi Datuk Seri Najib Razak, Musa Safri tidak ditampilkan sebagai saksi.

Sirul dalam kenyatannya dari kandang tertuduh telah menyebut bagaimana beliau dijadikan “kambing hitam” oleh polis untuk dikorbankan demi memelihara rancangan pasukan tersebut.
Hakim Mahkamah Rayuan Tengku Maimun Tuan Mat dalam penghakiman bertulis tersebut menjelaskan sebab mahkamah tidak menerima bukti daripada pegawai polis yang membawa Sirul ke rumah tertuduh berkenaan untuk mengecam bahan bukti.

Terdapat pengakuan bertentangan dan tidak konklusif mengenai penemuan satu jaket hitam dan barang kemas milik Altantuya dalam jaket tersebut, penghakiman itu dipetik.

Altantuya judgement confirms conflicting evidence: So why wasn't a RETRIAL ordered?

Altantuya judgement confirms conflicting evidence: So why wasn't a RETRIAL ordered?While the Court of Appeal last Friday detailed the non-calling of Najib Abdul Razak's aide-de-camp DSP Musa Safri as a factor in acquitting the two Special Action Unit officers, the written judgment also states that the second accused, Sirul Azhar Umar, could have been framed.

Sirul Azhar in his testimony from the dock had described how he had been made "a scapegoat" by the police, to be sacrificed in order to protect their plans.

In the written judgment released today, Court of Appeal judge Tengku Maimum Tuan Mat described why it was unsafe to accept the evidence from the police officers who went to Sirul Azhar's Kota Damansara home.

"There is thus a conflicting and inconclusive account of events as regards the discovery of the black jacket and (Altantuya Shaariibuu's jewellery). There is also no conclusive account of what exactly was said by Sirul as regards the jacket.

Justice Tengku Maimum said according to one of the police witnesses, ASP Zulkarnain Hassan, Sirul Azhar had told him he kept the items (jewellery) in the jacket, but the testimony of another officer did not disclose any such statement being made.

The judge said Sirul Azhar had contended that one of the police officers, who said the jewellery was kept in the black jacket, had asked the accused (Sirul Azhar) to hold the jacket for the purpose of him being photographed with it, twice.

"The same officer took out some items from inside the same jacket and placed them on the bed before forcing him (Sirul Azhar) to point, by his finger, at all those items again for his pictures to be taken.

"The second appellant is thus saying that the police had planted the jewellery in his house. Relevant to this issue is the fact that the keys to the house were in the possession of the police prior to the search for the black jacket from inside the unlocked cupboard in Sirul's unlocked room," Justice Tengku Maimum said.
Chief Inspector Azilah Hadri and Sirul Azhar were discharged and acquitted last Friday, after the Court  of Appeal ruled there were serious misdirections by the court.

The appellate court also contrasted the evidence of Zulkarnain and the other officer who were in Sirul Azhar’s house and noted conflicting and inconclusive accounts of events with regard to the discovery of the black jacket and jewellery.

Justice Tengku Maimun said the trial-within-a-trial version conducted to determine this supported Sirul Azhar’s version that it was Zulkarnain who had directed him to show the items.

Conflicting police reports

Court: Sirul could have been framed for Altantuya murder

Himpunan HIjau feel bullied, ready for Bersih 4.0

NFC Lapor 2 MP Pembangkang

Rang undang-undang baru: SPR diminta adakan sesi dialog dengan parti politik

Rioters burn down Muslim homes in Myanmar

Fact finding mission in Syria to start immediately-Ban Ki-moon

Is Egypt's judicial system on trial?

Joseph Kechichian discusses possible Western response in Syria

Myanmar Buddhists attack Muslim village

Detektif Conan: Hakim perbicaraan Altantuya tersilap, bekas polis tidak seharusnya dijatuhkan hukuman - Mahkamah Rayuan


Pihak pendakwaan mendapati hakim perbicaraan mengetahui wujudnya kepincangan dalam keseluruhan bukti akan tetapi mengharapkan Mahkamah Rayuan untuk menggunakan kuasa istimewa mereka untuk mengekalkan hukuman terhadap bekas polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.
Sebaliknya, tiga panel hakim Mahkamah Rayuan mendapati kedua-dua tertuduh seharusnya dibebaskan diperingkat perbicaraan. Hakim-hakim itu mengatakan pihak pendakwaan sedar hakim perbicaraan telah gagal untuk menganalisis bukti semasa perbicaraan.
Pihak pendakwaan mahu Mahkamah Rayuan membetulkan kekeliruan untuk mengekalkan hukuman akan tetapi pihak hakim tidak berjaya diyakinkan untuk berbuat demikian.
Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, yang menulis pendakwaan mengatakan pendakwaan menetapkan berlakunya pelbagai arahan daripada hakim perbicaraan, Mohd Zaki Md Yassin, dan menggesa tiga panel hakim menggunakan peruntukan dalan Akta Penghakiman Mahkamah 1964 untuk memperbetulkan kesalahan.
Beliau berkata mahkamah rayuan boleh menegakkan sabitan walaupun perbicaraan hilang arah.
"Bagaimanapun, melihat kepada keseluruhan bukti dan kebarangkalian kes ini, kami melihat ianya tidak sesuai dan kes yang sesuai untuk kami mencampurinya," katanya.
Tengku Maimun berkata kebarangkalian bergantung kepada pendakwaan tidak dilakukan sepenuhnya dan rantauan saksi yang tidak lengkap.

Detektif Conan: Apa jawapan Malaysia pada kerajaan Mongolia? - Azmin

KUALA LUMPUR 26 Ogos: Keputusan membebaskan dua tertuduh, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri tidak menyelesaikan persoalan utama, iaitu siapa pembunuh Altantuya, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
“Malah kerajaan Mongolia sendiri ingin tahu, siapa sebenarnya terlibat (membunuh Altantuya)?, kata Azmin kepada Keadilandaily ketika ditemui di majlis hari raya parlimen Ampang, semalam.
“Keputusan baru-baru ini menimbulkan banyak tanda tanya. Kalau Sirul dan Azilah tak bersalah, maka siapa pembunuh Altantuya?, soalnya.
Sebelum ini bapa mendiang Altantuya, Setev Shaariibuu dilaporkan berkata, sudah tiba masanya kerajaan Mongolia membuat kenyataan berhubung keputusan itu.
Setev dilaporkan bercadang membawa kes anaknya ke peringkat lebih tinggi bagi menegakkan keadilan untuk mendiang anak perempuannya itu.
Dalam pada itu, Azmin turut mempersoalkan mengapa mahkamah tidak memanggil saksi penting, iaitu DSP Musa Safri.
“Nama DSP Musa Safri disebut dalam mahkamah. Kenapa watak ini tak dipanggil beri keterangan?, soalnya.

Detektif Conan: “Suami saya lihat Altantuya dibawa pergi mereka berdua” – Isteri PI Bala

isteri pi balaKUALA LUMPUR 26 Ogos: Isteri mendiang PI Balasubramaniam, A Santamil Selvi berkata, suaminya menceritakan sendiri kepadanya bagaimana model Mongolia Altantuya Sharibuu ‘dibawa’ oleh Sirul Azhar dan Azilah Hadri.
“Saya tahu Altantuya dibunuh. Mendiang suami saya menceritakan sendiri kepada saya.
Isteri mendiang PI Balasubramanian, A Santamil Selvi (Gambar fail)
“Dia melihat Altantuya dibawa pergi oleh mereka berdua, sebelum mayat Altantuya dijumpai telah diletupkan,” katanya kepada Keadilandaily.
Azilah Hadri, bekas Cif Inspektor Unit Tindakan Khas (UTK) dan Koperal Sirul Azhar dibebaskan daripada tuduhan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu 23 Ogos lalu oleh Mahkamah Rayuan.
“Dimanakah keadilan untuk mangsa? Mereka yang melakukan jenayah itu dibebaskan hanya kerana masalah teknikal dalam perbicaraan.
“Ini menyedihkan saya,” katanya.

Detektif Conan: Kesilapan besar pendakwa kes Altantuya menyebabkan dua polis bebas

Timbalan Superintendan Polis (DSP) Musa Safri yang tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan adalah kunci untuk membongkar kes pembunuhan model Mongolia  Altantuya Shaariibuu, menurut laporan penghakiman 47 muka surat yang dikeluarkan hari ini.
Laporan itu juga mendedahkan kegagalan hakim perbicaraan menimbang notis alibi sebagai punca kepada pembebasan dua komando polis, ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar pada Jumaat lalu.
Kedua-dua tertuduh sebelum ini disabitkan dengan kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006.
Laporan penghakiman oleh salah seorang hakim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat juga menekankan wujud percanggahan dalam afidavit oleh penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dengan keterangan Sirul di mahkamah berkaitan pembabitan Musa dalam kes itu.
"Ia tidak boleh terlepas pandang episod buruk dan dasyat ini bermula dengan permintaan Razak kepada Musa sebelum pembabitan Azilah dan Sirul.
"Bukti yang diperoleh menunjukkan tugas Azilah dan Sirul adalah meronda sekitar rumah Razak dan kehadiran mereka di sana pada malam itu atas permintaan Razak kepada Azilah," tulis Tengku Maimun dalam penghakimannya.
Hanya Musa akan membongkar semua ini, katanya.

Polis panggil anak bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam bantu siasatan


Akhtar Shaharuddin (kanan), anak kepada bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam yang ditembak mati April lalu berjalan keluar bersama peguamnya, Khairul Faizi selepas disoal siasat. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Ogos, 2013.Akhtar Shaharuddin (kanan), anak kepada bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam yang ditembak mati April lalu berjalan keluar bersama peguamnya, Khairul Faizi selepas disoal siasat. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Ogos, 2013.Disebabkan kenyataan kepada The Malaysian Insider hujung minggu lalu, anak kepada Datuk Shaharuddin Ibrahim, bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam, dipanggil polis hari ini untuk disoal siasat.
Akhtar Shaharuddin, 30, hadir bersama peguamnya Khairul Faizi Mohammad Muhsin, tiba di unit Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Putrajaya kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
"Saya cuma hadir untuk memberi pengesahan kepada polis setiap kenyataan yang dibuat dalam The Malaysian Insider," katanya ketika ditemui selepas disoal siasat polis.
Khairul Faizi berkata, soal siasat yang berlangsung kira-kira sejam itu dikendalikan DSP Hamzah Buman dan ia berjalan dengan baik.
"Semuanya baik, kita beri kerjasama yang baik dengan polis dan polis pun begitu, apa yang saya tekankan kenyataan anak guam saya cuma pandangan peribadi beliau.

DAP mahu Zahid buktikan jenayah terancang kerja bekas tahanan EO


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengakui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terkhilaf berhubung 90 peratus jenayah terancang dilakukan oleh bekas tahanan Akta Ordinan Darurat (EO) yang ditahan di Simpang Renggam, kata Tony Pua (gambar).
Setiausaha Publisiti DAP itu menjelaskan, awal Julai lalu, Ahmad Zahid mengakui mempunyai statistik terbaru jenayah itu dan akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang bagi melihat keperluan mengembalikan EO supaya polis dapat menahan suspek tanpa bicara untuk tempoh dua tahun.
“Namun baru-baru ini Ahmad Zahid memberi kenyataan berbeza apabila meminta bersabar dan beliau pasti membentangkan statistik itu,” katanya.
Pua berkata, Menteri Dalam Negeri itu berkata media perlu difahamkan terlebih dahulu dengan pendedahan itu sebelum maklumat berkaitan bekas tahanan EO didedahkan.
Bagaimanapun, katanya, Gani berkata selepas pemansuhan EO pada 2011, tiada bukti menyatakan 1,567 kertas siasatan yang dibuka dilakukan bekas tahanan itu, malah bukan sebahagian atau sedikit tetapi langsung tiada bukti.
“Peguam Negara dengan penuh yakin berkata polis hanya bergantung kepada EO bagi menahan suspek jenayah berat dan sudah ketagih dengannya. Ahmad Zahid dilihat membuat cerita rekaan berhubung kenyataan itu dan jika benar mempunyai statistik itu mengapa menunggu selama dua bulan untuk dibentangkan ke Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Waytha: Maka, kita tembak semua gengster?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy berkata keganasan bukan satu jalan untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi masyarakat India berhubung peningkatan kadar jenayah.

“Di setiap bandar utama di pantai barat, saya pasti ada beberapa kumpulan dan mungkin sama ramai seperti di Pulau Pinang. Itu jumlah yang besar dan menggusarkan.

“Adakah timbul cadangan supaya kita tembak semua anak muda yang tidak terkawal ini untuk membersihkan jalanan kita dari jenayah?,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kritikan ke atas kenyataannya sebelum ini berhubung tindakan polis menembak lima orang pemuda di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Episod tersebut mungkin menghapuskan lima orang dari jalanan dengan cara tersebut, tapi adakah ia benar-benar menyelesaikan masalah jenayah?” soalnya.

Majalah The Week dedah siapa Al-Sisi

 MESIR: Amerika Syarikat akhirnya secara tidak langsung membuat pengakuan terang-terangan bahawa mereka terlibat secara langsung dalam rampasan kuasa tentera terhadap Presiden Mesir Dr Muhammad Morsi.

Pengakuan itu dapat dilihat apabila majalah The Week yang berpengkalan di negara itu meletakkan gambar Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi Al-Sisi di muka hadapan dengan tajuk "Our Man in Cairo - Should US cut off aid to Egypt military?".

Sebelum ini, campur tangan Amerika dalam isu rampasan kuasa Mesir dilihat secara jelas melalui kenyataan-kenyataan yang cenderung menyokong tindakan tentera, biarpun tidak mengiktiraf penggulingan Morsi secara rasmi.

Biarpun cuba berselindung disebalik kenyataan yang mendesak Morsi dibebaskan, namun ianya tidak sama sekali memdamkan fakta bahawa kuasa barat itu sememangnya dalang kepada apa yang berlaku di Mesir ketika ini.

Dalam kenyataan terbaru kelmarin, Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki berkata mereka juga menghormati keputusan kerajaan membebaskan Hosni Mubarak.

Umum sudah maklum bahawsa, Amerika Syarikat sebelum ini penyokong kuat rejim Mubarak, sepanjang 30 tahun pemerintahannya sebagai presiden Mesir.

Selepas kebangkitan di rantau Arab, Washington menerima pelantikan Morsi tetapi mengenakan tekanan ke atas presiden itu supaya membawa pembaharuan ekonomi dan sistem demokrasi.

Mahathir: Jangan tandatangan TPPA.!!

Kerajaan patut berhenti "berahsia" berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA) dan mendedahkan kandungan terperincinya kepada awam, kata Dr Mahathir Mohamad.

"Kerajaan tidak patut berahsia kerana ia melibatkan rakyat Malaysia," kata bekas perdana menteri dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat meja bulat berkaitan TPPA anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini.

"Menyembunyikannya daripada pengetahuan awam bermaksud terhadap perkara dalam perjanjian itu yang (perunding) tidak mahu orang awam tahu," kata Mahathir, yang telah membaca keseluruhan 29 bahagian dalam perjanjian itu.

"Perjanjian ini akan meningkatkan import kita dan mengurangkan eksport. Ia tidak bagus untuk kita. Saya secara tidak langsung memberitahu kerajaan supaya tidak tandatangan perjanjian ini.

'US fixing intelligence around Syria as unsure who's behind chemical attack'

Al Jazeera talks to Wesley Clark on Syria crisis

Dr M, experts speak out against TPPA at forum

NFC lodges police reports against MPs for slander

Egyptians concerned for detained relatives

Anwar Ibrahim: Amerika Syarikat Diam, Kita Pun Diam?

Bicara semula kes Altantuya - Hanipa Maidin

Ibu Jeneral As-Sisi keturunan Yahudi...Anak berperangai Yahudi Laknatullah..!!!


Pelbagai rahsia terdedah yang menunjukkan bahwa Israel terlibat lansung dengan rampasan kuasa tentera Mesir yang menggulingkan Presiden Dr. Muhd Mursi lebih sebulan yang lalu.

Rancangan untuk menggulingkan Dr. Mursi ini telah lama dilakukan oleh tentera, walaupun ketuanya – Jeneral Abdel-Fattah As-Sisi – adalah orang yang dilantik oleh Dr. Mursi sendiri sebagai Menteri Pertahanan. As-Sisi berpura-pura menyokong presiden baru itu yang datang dari Ikhwan Muslimin, pada hal sudah ada rancangannya untuk meletakkan tentera sebagai pemegang kuasa mutlak Mesir sama seperti di zaman Hosni Mubarak dulu.

As-Sisi sendiri diberitakan adalah keturunan Yahudi. Ini telah disahkan oleh sebuah laporan oleh Al-Jazeera baru-baru ini. Laporan itu menyebut kenyataan bekas Setiausaha Media Murshidul Am Ikhwan Muslimin, Gamal Nassar, bahawa As-Sisi adalah keturunan Yahudi.

Menurutnya, sangat mengejutkan apabila membaca laporan akhbar Algeria, Al-Watan yang menyebutkan bahawa As-Sisi keturunan Bani Israil di Mesir. Ibunya seorang Yahudi bernama Mulaika Titani dan abang Mulaika adalah anggota Haganah, sebuah pertubuhan militan Yahudi di Israel yang turut bersama memerangi umat Islam di Palestin.

Menurut Al-Watan, dalam perhitungan apapun, nyatalah As-Sisi sedang melaksanakan tugas zionis yang hendak memecahbelahkan Mesir. Selanjutnya, menurut Gamal Nassar, dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir yang dilakukan oleh As-Sisi, nyatalah ia penjenayah paling kejam yang akan menghancurkan Mesir.

Gamal Nassar menambah, As-Sisi berpura-pura konon hendak menyelamatkan Mesir sebagai wira negara itu, tetapi dia sebenarnya hendak memecahbelahkan Mesir supaya negara itu lemah dan tidak akan mengancam Israel.

Sebab itu dilaporkan, seorang diplomat kanan Israel di Mesir,  Yaakov Amitai memberitahu tentera Mesir bahwa “Rakyat Israel menganggap Abdel-Fattah As-Sisi adalah pahlawan nasional Israel kerana tindakannya terhadap Ikhwan Muslimi.”  Selepas ini, kata diplomat kanan itu, Israel dan Mesir akan bekerjasama lebih erat di bidang pertahanan, ekonomi, pertanian dan lain-lain. Ini yang dikehendaki Israel di mana Amerika mengetahui hal ini.

PKR tidak halang Azmin tanding jawatan presiden, kata Nurul Izzah


Azmin Ali belum buat keputusan untuk bertanding jawatan Presiden PKR. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Ogos, 2013.Azmin Ali belum buat keputusan untuk bertanding jawatan Presiden PKR. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Ogos, 2013.Nurul Izzah Anwar (gambar bawah) menegaskan beliau tiada masalah jika Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mahu bertanding jawatan presiden parti yang kini disandang ibunya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Terdapat ura-ura Azmin mahu bertanding jawatan presiden PKR berikutan kekosongan selepas Dr Wan Azizah bersara tidak lama lagi.
"Itu haknya untuk bertanding selepas tempoh yang disandang pengerusi sekarang tamat," kata Nurul Izzah kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Lembah Pantai sambil menjelaskan ibunya memegang jawatan itu selama tiga penggal.
Katanya, perkara berkenaan tidak menjadi perhatian buat masa ini kerana parti baru sahaja selesai menjalani pilihan raya umum ke 13 (PRU13).
"PKR adalah parti yang mengamalkan demokrasi maka sesiapa sahaja berhak untuk bertanding.
“Seseorang pemimpin itu dinilai dari segi karakter dan pencapaiannya maka biar ahli yang memutuskannya," katanya.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia baru-baru ini melalui kolumnisnya Awang Selamat melihat Azmin sebagai calon yang layak membawa perubahan dalam PKR bagi memecahkan kepompong keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam parti itu.

Waytha Moorthy pertahan pendirian bantah polis, mahu Zahid bekerjasama dengannya


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy kekal dengan pendiriannya membangkang tindakan polis menembak mati lima pemuda di Pulau Pinang baru-baru ini meskipun dikecam dua anggota Kabinet, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau menegaskan pelantikannya ke dalam kerajaan adalah untuk menangani masalah kaum India kerana perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menjelaskan tugasnya adalah bagi mencari penyelesaian dan pembangunan kepada masalah sosio-ekonomi masyarakat India.
“Bilangan mereka semakin bertambah dan membimbangkan. Adakah pihak yang pasti dengan menembak suspek ini dapat membasmi kadar jenayah negara?
“Saya menggesa Ahmad Zahid bekerjasama dengan saya bagi menangani isu ini supaya langkah pencegahan dapat diambil dengan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, pembabitan belia India dalam jenayah adalah disebabkan lemahnya pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India dan menjadi tugasnya membantu kerajaan dan kaum India bagi menangani isu ini.
“Berhubung kenyataan saya membabitkan insiden tembakan lima pemuda India baru-baru ini di Pulau Pinang, adakah dengan terbunuhnya lima pemuda itu dapat menyelesaikan masalah jenayah negara? Kejadian itu memberi lebih publisiti kepada masyarakat namun tidak mendatangkan penyelesaian.

Anwar Ibrahim: 'Endless Possibilities' Sama Dengan Kempen Israel, Tak Mungkin Secara Kebetulan

Yahudi Itu Saud, Saud Itu Yahudi?

Yahudi dan Saud berganding bahu menghumbankan Islam
Layakkah Keluarga Saud diharap menjaga dua Tanah Haram?

Israel dan Saud Gesa Sokong Tentera Mesir


Jurusalem sedang melancarkan kempen bagi menggesa Eropah, US untuk memberi sokongan terhadap kerajaan tentera di Mesir, mengikut lapuran New York Times. Pegawai Israel menyatakan, " Apakah pilihan yang ada? Sama ada tentera atau ketidakstabilan". Iaitu mereka merujuk kepada kebimbangan jika Ikhwan yang berjuang mengembalikan syiar Islam di Mesir.

Israel dan Saudi berkongsi pandangan yang sama berkenaan dengan sokongan terhadap Tentera Mesir yang mengamalkan dasar ultra-sekular iaitu menolak ajaran Islam dari diamalkan. Di satu pihak, Saudi tidak lagi dapat berpura-pura kononnya sebagai pembela Islam sejati apabila mengesahkan dan memberi sokongan sepenuhnya terhadap pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Mesir yang menentang rampasan kuasa terhadap kerajaan Islam yang sah.

Minggu lepas Saudi memberi amaran terhadap US kononnya kerana ingin menarik balik bantuan ketenteraan terhadap Mesir, dan berjanji memberi bantuan berbillion-billion dolar bagi menjamin Ikhwan tidak lagi berkuasa di Mesir. Tetapi semalam Jabatan Pertahanan US mengumumkan akan membekalkan sebanyak 1300 bom berangkai bernilai $641 juta. Saudi dan US kononnya menunjukkan pertelingkahan dalam isu Mesir, padahal permainan mereka ini hanyalah untuk mengabui umat Islam.

 Inilah jahatnya permainan Yahudi dan sekutunya yang menjadikan nyawa umat Islam sebagai taruhan bagi memperluaskan pengaruh mereka.

AL AQSA DIRAMPAS YAHUDI : MANA PERGINYA KERAJAAN NEGARA UMAT ISLAM?



Media semalam dan hari ini memaparkan bahawa tempat suci Islam iaitu Masjidil Aqsa bakal dirampas oleh Yahudi laknatullah dalam masa terdekat. Sejak sekian lama ianya menjadi rebutan dan Yahudi mendakwa kawasan tanah suci adalah miliknya.
Sudah berpuluh tahun umat Islam seluruh dunia mengadakan bantahan demi bantahan tetapi itu tidak memberikan kesan kepada Yahudi dan kuncu-kuncunya kerana bantahan itu hanyalah umpama jeritan kita terhadap bukit atau gunung yang sedikitpun tidak menjejaskan bukit tersebut.
Malangnya kerajaan negara-negara umat Islam hanya diam membisu tidak berani membantah maupun mengutuk Yahudi dan sekutu utamanya iaitu Amerika dan Britain. Mana perginya kerajaan Saud Arab Saudi; kerajaan negara-negara Arab lain dan kerajaan-kerajaan Malaysia, Indonesia dan lain-lain. Sedih sungguh mengenangkan sikap mereka yang menjadi 'kerbau' dicucuk hidung tidak berani bersuara mengutuk kerakusan Yahudi. 
Hendak diharapkan kepada PBB, OIC, Liga Arab dan lain-lain, jangan harap ............semuanya menjadi budak suruhan Amerika dan Yahudi.
Untuk kesekian kalinya kita menyeru dan mencadangkan kepada semua negara-negara umat Islam supaya bersatu dan mengambil ketetapan yang tegas dan drastik bagi mempertahankan Tanah Suci Umat Islam ini.

Asia Barat ‘lebur’ jika AS serang Syria

Damsyik: Kerajaan Syria menuduh pemberontak menggunakan senjata kimia kelmarin dan memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya tidak menyerang Damsyik sambil menegaskan tindakan itu akan menyemarakkan keganasan di Asia Barat.

Tuduhan rejim Presiden Bashar al-Assad terhadap pembangkang dibuat ketika kumpulan bantuan antarabangsa berkata, pihaknya mengesahkan 355 kematian setakat ini akibat serangan senjata kimia Rabu lalu di Ghouta, pinggir Damsyik.
Berjiran dengan Israel

Syria mempunyai kaitan dengan Iran, gerila Hizbullah dan pergerakan pejuang Palestin. Negara itu juga bersempadan dengan musuh lama dan sekutu kuat AS, Israel.

Tidak dapat dipastikan bagaimana kesan yang akan dihadapi negara itu jika Amerika Syarikat meneruskan tindakannya

Keganasan di Syria kini merebak ke Lubnan, Turki, Iraq dan Bukit Golan yang ditawan Israel. Anggota Hizbullah menyertai peperangan dengan menyebelahi tentera Assad.

Sementara itu, unit tentera laut AS semakin menghampiri Syria ketika Presiden Barack Obama mempertimbangkan tindak balas tentera terhadap dakwaan penggunaan senjata kimia oleh kerajaan Assad.
Pegawai pertahanan Amerika memberitahu The Associated Press, tentera laut menghantar kapal perang keempat dilengkapi peluru berpandu balistik ke Laut Mediterranean tetapi tanpa arahan lanjut mengenai pelancaran sebarang peluru berpandu ke Syria.

Obama menegaskan campur tangan segera dalam perang saudara di Syria akan menjadi satu masalah, kerana pertimbangan antarabangsa perlu mendahului serangan tentera.

Asmaa el-Beltagi, syuhada Mesir

Gadis pintar berumur 17 tahun ini mempunyai masa depan yang cerah, namun akibat tindakan kejam tentera Mesir dia tidak sempat merealisasikan cita-citanya.
Asmaa el-Beltagi, anak perempuan tunggal kepada Setiausaha Agung Gerakan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Beltagi adalah salah seorang daripada 525 yang syahid selepas pihak berkuasa kerajaan sementara bertindak menyerbu dua kem penunjuk perasaan di ibu negara, 14 Ogos lalu.

Sebelum insiden dia ditembak, remaja berjiwa kental itu sempat melaungkan kata-kata semangat: Jangan berganjak! Kemenangan akan berpihak kepada kita tidak lama lagi. Jangan biarkan tentera menamatkan revolusi ini!

Ketika tentera melancarkan operasi mengusir kumpulan penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed  Mursi, Asmaa bersama ibunya sedang membantu mangsa cedera yang ditempatkan berhampiran khemah di Dataran Rabaa al-Adawiya.

Walaupun masih berumur belasan tahun, perwatakan dan sikapnya mencerminkan tingkah lakunya sebagai gadis yang matang. Asmaa tidak gentar dengan ancaman tentera, dia meneruskan usaha membantu saudaranya yang cedera hingga akhirnya remaja itu rebah berhampiran podium di dataran tersebut selepas ditembak pada bahagian dada dan belakangnya.

Menurut abangnya, Asmaa meninggal dunia kerana tidak dapat menjalani pemindahan darah akibat kecederaan yang dialaminya. Impiannya untuk melanjutkan pengajian di sekolah perubatan dan menyertai aktiviti bantuan global terpaksa berkubur.

Asmaa juga pernah bercita-cita untuk menyertai misi kemanusiaan, Freedom Flotilla dengan menaiki Mavi Marmara bersama bapanya. Teman baiknya, Ethar Yousef menyatakan Asmaa menjadi insan bertanggungjawab yang meniup semangatnya untuk menyertai tunjuk perasaan aman membantah rampasan kuasa oleh tentera.

"Dia percaya, rakyat akan kembali menderita jika tentera kembali memerintah negara itu," katanya.

PCA 1959: Peguam negara dan polis belum sepakat


Pejabat Peguam Negara dan pasukan polis masih tidak mencapai kata sepakat mengenai penggunakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) untuk digunakan bagi menangani peningkatan jenayah kejam di semenanjung.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar), berkata beliau sudah bertemu dengan barisan kepimpinan polis, termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, baru-baru ini untuk menjelaskan mengapa undang-undang itu masih berdaya maju walaupun digubal pada 1959.
“Undang-undang ini lebih telus daripada Akta Ordinan Darurat (EO) dan menawarkan periksa dan imbang,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata, PCA juga melindungi hak asasi suspek dan mencegah penyalahgunaan.
Gani berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kenyataannya dalam portal berita, Malaysia Gazette, yang menyatakan pejabat peguam dan polis masih bertelingkah mengenai penggunaan PCA.
“Mereka (polis) tidak mahu melalui kami. Mereka mahu melakukannya cara mereka,” katanya kepada Malaysia Gazette.
Gani berkata, perkara itu membimbangkannya dan mempersoalkan sama ada polis tidak ada keyakinan terhadap mahkamah.
“Jika mereka tidak yakin, maka mereka boleh buat cara mereka. Mereka tidak memerlukan Pejabat Peguam Negara,” katanya.
Polis mahu undang-undang pencegahan diperkenalkan semula, mirip kepada EO yang dimansuhkan, iaitu suspek boleh ditahan 60 hari untuk melakukan siasatan.
Di bawah EO, polis boleh mengemukakan laporan kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengeluarkan perintah tahanan sehingga dua tahun.
Gani berkata, pejabat peguam negara tidak ada kaitan di bawah EO, tetapi, terpaksa mempertahankan kerajaan apabila tahanan mencabar secara undang-undang sebaik saja mereka memfailkan writ habeas corpus.

400 skuad khas polis untuk uruskan persepsi, atau jenayah?


Cukup-cukuplah dengan PERSEPSI ini.
Apabila orang ramai mengadu secara berterusan tentang jenayah yang berleluasa, lebih setahun lalu Putrajaya mengatakan ia hanyalah PERSEPSI.
Cerita mengenai PERSEPSI ini sekali lagi timbul baru-baru ini, kali ini oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau mengatakan dua skuad khas terdiri daripada 400 anggota terlatih ditubuhkan bagi menangani jenayah. Mereka akan memberi laporan secara langsung kepada Bukit Aman dan bukan kepada kontinjen polis negeri atau daerah.
"Ia diwujudkan bagi pengurusan persepsi... kononnya polis semua rasuah," kata Ahmad Zahid dalam satu forum pada Sabtu. Perkataan PERSEPSI keluar lagi.
Sudah pasti 400 anggota polis ini diberikan tugas untuk menamatkan festival jenayah di Malaysia. Secara jujurnya Zahid harus bercakap secara terus terang: rasuah berleluasa dalam pasukan polis menyebabkan dua skuad khas itu terpaksa ditubuhkan.
Tiada masalah PERSEPSI. Rakyat Malaysia tahu apa yang berlaku. Mereka tahu aksi ganas geng 04, 08 dan apa yang terjadi, tidak berlaku dalam masa satu malam. Bos-bos gangster ini bukan dalam masa satu hari mampu memandu Ferrari, mempunyai banyak wang dan terdapat 20,000 pengikut di bawah mereka.
Mereka dibenarkan menjadi besar oleh ahli-ahli politik dan polis yang sama ada sekutu mereka atau yang membuat keputusan untuk tidak mengendahkannya.
Tetapi nasib baik akhirnya kerajaan Barisan Nasional (BN) mengakui negara kita tidak lagi selamat, dan tinggal di kawasan berpagar dan mempunyai pengawal keselamatan tidak menjamin keselamatan kita.

IT'S EASY to find Altantuya killers : A close knit group, no endless possibilities at all!

IT'S EASY to find Altantuya killers : A close knit group, no endless possibilities at all!
KUALA LUMPUR - Although the Appeals Court judges did not give many details for their decision to acquit the Altantuya killers except to say that there had been serious misdirection by the lower court, there is little doubt the most glaring flaw was why did they fail to order a retrial, and instead so 'kindly' dished out an acquittal - which would mean the killers can never be charged again for the same crime?
This is why apart from the public outcry, there is a lot of unease in the legal fraternity. To almost everyone in the country, it is like the powers that be are trying to shield Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah Mansor.
And to add salt to the country's wound, these ruthless 'invisible hands' are once again using the nation's court system to get themselves and their cronies out of a sticky situation. It is beyond shocking, how could they?
Silence and responsibility to the nation
It is also most unfortunate that the first couple have not dared to utter a word so far despite the public outrage. Both have been implicated and have made denials in the past when accused of involvement in the murder. Now that their ex-bodyguards Azilah Hadri and Sirul Umar Azhar have been freed of their death sentences for killing Altantuya, how can Najib and Rosmah pretend it doesn't involve them and continue to stay silent?
Yes, the Umno-controlled newspapers are trying to whitewash the acquittal, saying that it was the right decision. But how can that be when Sirul, a former corporal, had admitted killing Altantuya and even said he did so because he had been paid? Obviously since Najib is the Umno president, Utusan, Berita Harian and even the NST might bend over backwards to find excuses for Sirul and Azilah.
But what are about the learned 3-member Appellate panel? What is their excuse? Where is their sense of national responsibility? Do they not think it is important for national integrity to get to the bottom of Altantuya's missing Immigration record? Surely, if there was any confusion, a retrial is the only solution. How can they straightaway jump to an acquittal?
Justice not seen to be done
This is why there is so much outrage. As the maxim goes, justice must not only be done but be seen to be done.  It is no wonder that people have considered our courts as 'Kangaroo Courts'.
In the 5 years since Najib took over the leadership of the country, the slide in Malaysia's judicial integrity has never been greater. It began with the Perak crisis, which forced the Malaysian top courts to become a standing joke with the international legal academia for twisting our own Federal Constitution like a rubber belt just so that Najib and Umno could retain control of the state.
Then, Malaysians were forced to go through with Najib's Sodomy II case against Opposition Leader Anwar Ibrahim, the acquittal of Najib's close friend Razak Baginda who was also accused of murdering Altantuya, the completely inadequate sentences levied against the Datuk T trio who practically compelled the nation to watch pornography together.
Now after the Altantuya acquittal, the next battering to the Malaysian judicial system will no doubt be the government's appeal against Anwar's Sodomy II acquittal. There is no end in sight for so long as Najib is scandal-tainted and is willing to use the courts to achieve his political objectives.
Many say the deterioration in our justice system began with the Lingam tape case when cronies of former prime minister Mahathir Mohamad were filmed trying to fix the outcome of certain court cases. Of course, no action was taken against any of the cronies or Mahathir himself despite a Royal Commission of Inquiry finding them guilty.

'Special For Jibby " - Mongolia Endless Possibilities by CNN

Ceramah Mesir berdarah Batu 6; Mohamad Sabu Part3

Ceramah Mesir berdarah Batu 6; Mohamad Sabu Part2

Ceramah Mesir berdarah Batu 6; Mohamad Sabu Part1

Ceramah Mesir berdarah Batu 6; Ustaz Abdul Malik Part2

Ceramah Mesir berdarah Batu 6; Ustaz Abdul Malik Part1

Syria releases video of chemical agents as Obama meets with security team

Russia reacts to Syria inspections

Mubarak trial adjourned until september