Ahad, 25 Ogos 2013

Leaders mull response to Syria allegations

UN to probe Sri Lanka 'war crimes'

Egyptian court postpones Brotherhood trial

Deadly bombing targets Yemeni troops

Egypt's Mubarak appears in court

Bersatu tangani ajaran Syiah, jangan dipolitikkan

Kerajaan negeri juga hendaklah tegas dalam isu ajaran Syiah kerana ia ditolak oleh Majlis Fatwa Kebangsaan serta negeri-negeri. 

DUN Kedah
ALOR SETAR: Semua pihak perlu bersatu dalam menangani penularan ajaran Syiah dan tidak mempolitikkan isu itu, kata Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.
Tunku Annuar berkata kerajaan negeri juga hendaklah tegas dalam isu ajaran Syiah kerana ia ditolak oleh Majlis Fatwa Kebangsaan serta negeri-negeri.
Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mengamalkan ajaran Sunnah Wal Jamaah dan ajaran selain daripada ajaran itu yang bercanggah dengan hukum syarak, adalah dilarang, ucap beliau ketika merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang Ke-13 di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Beliau berkata tanggungjawab semua pihak sangat signifikan dalam mengekang ajaran Syiah dan masa untuk berbalah berhubung perkara yang sudah disepakati bersama itu sudah berlalu.
Tunku Annuar berkata pihak kerajaan dan pembangkang perlu mengetahui peranan masing-masing dan ruang yang ada harus diisi bagi memacu agenda transformasi agar tanggungjawab kepimpinan terlaksana selain program pembangunan dapat dijalankan.
“Persoalan sejarah, kemuliaan Islam, kewibawaan institusi, kedaulatan Raja-raja, hak-hak kaum yang dijamin dalam kerangka Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah, hendaknya jangan disentuh atau diperdebatkan,” katanya.
Lembah Ilmu

AES serlah kegagalan kerajaan BN

Kerajaan tidak menjalankan penilaian serta penyelidikan yang teliti sebelum melaksanakan sistem AES. 

SEREMBAN: Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong mengecam kerajaan kerana tidak menjalankan penilaian serta penyelidikan yang teliti sebelum melaksanakan Automated Enforcement System (AES).
Teo berkata bahawa keputusan pihak kerajaan untuk menilai semula pelaksanaan dan pengurusan AES telah menunjukkan bahawa pihak kerajaan tidak menjalankan penilaian serta penyelidikan yang teliti sebelum melaksanakan sistem AES.
“Kalau pihak kerajaan bercadang untuk mengambil-alih pengurusan AES daripada syarikat konsesi, saya mengalu-alukan keputusan tersebut.
“Tetapi persoalan yang timbul sekarang ialah mengapakah pihak kerajaan tidak mengkaji secara mendalam dan teliti sebelum melaksanakan sistem penguatkuasaan (AES) ini?
“Sekarang pula pihak kerajaan kata sebab mendapat banyak rungutan daripada rakyat, mereka mahu  menilai semula pengurusannya.
Pada hal, Pakatan Rakyat serta ramai rakyat Malaysia telah membantah sejak awal pelaksanaan AES lagi, tetapi pihak kerajaan tetap berkeras meneruskan pelaksanaan projek tersebut.
“Kita sedia maklum, cuma dua syarikat konsesi diberi kontrak untuk melaksanakan sistem AES.

Keganasan Al-Sisi: Siapakah Yang Akan Bertindak?

Di mana PBB?
Di mana OIC?
Kaherah: Satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Kaji Selidik Media dan Pendapat Awam Mesir semalam menunjukkan 79 peratus rakyat Mesir percaya keganasan Rabu lalu yang meragut lebih 600 nyawa penyokong presiden yang digulingkan, Mohamed Mursi adalah kejahatan terhadap kemanusiaan.
Dalam pada itu, 73 peratus responden berkata, menteri pertahanan yang juga panglima tentera Mesir, Jeneral Abdul Fattah Al-Sisi bertanggungjawab ke atas keganasan di dua kubu penyokong Mursi , Rabiah Adawiyyah dan Dataran An-Nahda, pada hari berkenaan.
Kajian itu dilakukan pada Khamis dan Jumaat dengan membabitkan 3,678 responden di beberapa wilayah dan bandar serta menggunakan cara pengambilan sampel dengan tingkat kepercayaan 95 peratus.
Hasil kajian itu juga menunjukkan 19 peratus penduduk menganggap tindakan itu diperlukan untuk menegakkan hukum negara sementara dua peratus lagi responden memilih untuk berdiam diri, sebahagian besarnya penyokong Parti Nour, parti Islam yang menyokong penggulingan Mursi. - Agensi

Detektif Conan: Perbicaraan Semula Kes Pembunuhan Altantuya - Tan Sri Khalid

PORT KLANG - Mahkamah Rayuan sepatutnya mengembalikan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan semula.
Pandangan peribadi Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu adalah selari dengan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, yang juga berpendapat bahawa perbicaraan semula adalah lebih sesuai.
“Jika Mahkamah Rayuan mendapati proses itu tidak betul, mereka boleh mengambil langkah yang lebih pro-aktif dengan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi,” kata Khalid kepada pemberita di majlis rumah terbuka Hari Raya Port Klang, Ahad. Pada Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya.
Panel tiga hakim sebulat suara mengenepikan hukuman mati yang dikenakan ke atas mereka oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tahun 2009.
Zaid dilaporkan berkata bahawa jika perbicaraan semula diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan, ia akan membolehkan kedua-dua pihak melihat semula kes itu. -mStar

Syeikh Khatib: “Kudeta Di Mesir Adalah Usaha Untuk Tumbangkan Islam”



Wakil ketua gerakan Islam di Gaza, Syeikh Kamal Al-Khatib menyatakan rasa optimisnya tentang keamanan di Mesir. Beliau yakin bahawa Mesir akan kembali stabil dan pemerintahan kejam tentera itu akan segera disingkirkan.

Syeikh Khatib mengatakan kepada Quds Press, bahawa pembantaian yang dilakukan terhadap warga awam dan pendukung gerakan Islam di Mesir adalah sebuah kekhuatiran pemerintah tentera. Mereka khuatir jika kudeta gagal, maka tidak ada pilihan lain selain meninggalkan Mesir atau diadili di negara sendiri.

Beliau juga menambahkan bahawa warga pendukung Mursi, pada gilirannya, tahu betul bahwa penarikan mereka dari jalan-jalan berarti kembalinya pemerintahan zalim tentere di Mesir, yang berlangsung 60 tahun sejak zaman Jamal Abdul Naser.

Menurutnya, apa yang terjadi di Mesir bukanlah konflik politik sebagaimana dakwaan media. Tetapi merupakan konflik agama dan budaya yang dipimpin oleh dunia barat dan perangkat pemerintahan Mesir, yang diwakili oleh para pemimpin tentera, parti-parti sekular dan beberapa media.

PENYOKONG BOLASEPAK TANAH AIR YANG MENYOKONG PENDERITAAN RAKYAT MESIR!


Rakaman-rakaman gambar di Stadium Larkin, Johor Bahru dan Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah malam tadi dalam perlawanan bolasepak Piala Malaysia.

Jelas sekali rata-rata rakyat Johor dan Kedah memberikan sokongan padu kepada para pengikut pro Mursi di Mesir dan bukannya berjiwa macam "ulama" muda UMNO yang menyeru rakyat Mesir yang menyokong keganasan dan kezalim tentera Mesir dibawah pimpinan Jeneral As Sisi agar semua penyokong pro Musrsi balik kerumah kerana haram menumbangkan kerajaan Mesir yang sedia ada.

Inilah bezanya rakyat yang berjiwa merdeka dan benci kepada kezaliman dengan individu yang ada ilmu agama tetapi sanggup putar belitkan segala nas-nas Islam demi jawatan dan kedudukkan.

Campur tangan politik punca polis gagal selesaikan banyak kes profail tinggi

n-surendran copySHAH ALAM 25 OGOS: Naib Presiden, N Surendran kesal berikutan polis sejak dulu gagal menyelesaikan banyak kes profail tinggi termasuk kes pembunuhan Altantuya Shariibuu akibat campur tangan politik.
Beliau percaya kegagalan polis menyelesaikan kes sedemikian disebabkan pihak berkuasa itu tidak memberi perhatian khusus untuk mempertingkat kecekapan dalam aspek penyiasatan dan pendakwaan.
Sebaliknya, beliau berkata, polis diperalat kerajaan Persekutuan sebagai alat politik untuk mmebuat risikan terhadap aktiviti parti pembangkang dan aktivis sosial.
“Kerajaan perlu berhenti segera daripada menggunakan cawangan khas (SB) untuk merisik aktiviti pembangkang dan gunakan perisikan untuk tangkap penjenayah,” katanya kepada TV Selangor.
Beberapa kes berprofail tinggi seperti pembunuhan Altantuya, Norita Shamsuddin dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim menyaksikan siasatan tidak selesai untuk tempoh panjang.
Ia berikutan tiada individu didakwa sebagai pelaku atau dibebas begitu sahaja ataupun motif kejadian tidak diketahui.

Undang-Undang Pilihanraya: SPR patut panggil parti politik bincang

SHAH ALAM - PR mahu Suruhanhaya Pilihan Raya (SPR) memanggil semua parti politik untuk berbincang mengenai sebarang perubahan dalam undang-undang pilihan raya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berpendapat, perbincangan itu penting bagi menyalurkan pandangan masing-masing.

“SPR perlu maklumkan dahulu pada parti-parti politik sebelum mereka buat apa-apa keputusan.

“Setakat ini, kita tak nampak lagi, apakah bentuk ataupun draf rang undang-undang itu,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai usaha SPR itu, beliau akui masih terlalu awal untuk pihaknya menyokong atau menolak undang-undang tersebut.

“Terlalu awal untuk kita menyokong atau menolak undang-undang itu. Sebab itu penting untuk kita tahu apa kandungannya.

“Undang-undang mana yang hendak dibaiki, undang-undang mana yang hendak diganti. Kita tak tahu apa-apa,” katanya.

Tidak tahu bila perubahan sebenar boleh berlaku di Malaysia..!!

Pemimpin yang sebenar dan yang 'natural', tidak akan bermatlamatkan untuk mengekalkan nama atau legasi mereka. Pemimpin seperti ini akan melaksanakan tanggungjawabnya secara jujur dan tidak akan melakukan sesuatu untuk legasinya sendiri. Legasinya akan dengan sendirinya wujud secara natural. Pemimpin seperti ini mempunyai sahsiah yang tinggi dan tidak akan mempunyai kesanggupan untuk menjatuhkan keunggulan negara dan rakyatnya serta nama buruk bagi nya selepas persaraan.
Pemimpin yang unggul bagi sesebuah negara itu tidak akan membenarkan dirinya di pengaruhi oleh unsur untuk kepentingan peribadi dan keluarganya. Pemimpin yang mempunyai unsur kepentingan peribadi yang tinggi ia akan membawa negara kekancah perpecahan kerana setiap keputusannya tidak akan lagi keputusan yang betul dan tepat.
Selalunya pemimpin seperti ini adalah seorang yang ‘gentleman’ dan mempunyai etika yang tinggi. Pemimpin yang beretika itu tidak perlu bertindak atau tidak bertindak kerana takutkan kepada undang-undang kerana pemimpin yang beretika yang tinggi itu tidak akan mudah melanggar undang-undang. Etika yang tinggi itu dengan sendirinya mengelak mereka dari terlanggar undang-undang itu. Mereka seperti ini mempunyai maruah dan mempunyai sikap malu terutamanya kepada rakyat yang dipimpinnya itu.
Etika itu lebih tinggi dari undang-undang kerana ia terbit dari kemulian hati dan nuraninya dan sentiasa peka dengan apa yang baik dan yang tidak baik dalam segala tindakannya. Pimpinan yang mempunyai etika yang tinggi selalunya tidak menghadapi masalah besar kerana pemikiran mereka tidak mempunyai kepentingan peribadi yang tinggi.
Sesungguhnya itulah yang membezakan diantara sebuah negara yang maju dan yang belum maju. Ia bukan terletak kepada bangunan yang tinggi sampai kelangit, atau jambatan yang terpanjang di dunia atau mempunyai tiang bendera diantara yang tertinggi didunia ini. Pembangunan fisikal seperti ini hanyalah merupakan sekelumit dari apa yang dikatakan sebagai ‘nation building’ itu.

Mesir: Doktrin Islam-Politik dicabar

Pertembungan doktrin

Kedudukan Mesir sebagai hub intelektual dunia Islam telah menyaksikan kelahiran berbagai aliran Islam yang berupaya menguasai kelompok yang  bersaing atas nama Islam. Mendasari perkembangan di Mesir adalah pertembungan doktrin Sekular-Liberal dan Islam.

Salafiyah vs Islahiyah

Jika kita melusuri perjuangan pemikiran Islam pasca Khilafah, kelompok Islam membentuk dua aliran antara Salafiyah yang rigid interpretasi teksnya dan Islahiyah yang agak kontemporari fahaman teksnya mengikuti perkembangan semasa. Muncul dalam kelompok Islahiyah ini individi-individu di kalangan ulamak yang mempelopori pemikiran Islam terkini dengan suntikan makna pada zaman yang dilaluinya.

Tokoh seperti Mohd Abduh, Rasyid Redha dan sebelumnya Jamaludin Al Afghani menjadi mercu tanda pemikiran pada persimpangan umat Islam mencari identiti politik yang hilang dengan proses kejatuhan Khilafah sehingga tahun 1924.

Namun kemunculan seorang tokoh yang bernama Hassan Al Banna bukan sahaja meninggalkan bekas perbahasan intelektual tetapi yang lebih penting telah membentuk satu pergerakan yang mempunyai organisasi paling tersusun yang menguasai pemikiran massa di atas nama Ikhwan Al Muslimun atau Muslim Brotherhood.

Salafiyah

Golongan salafi yang fahaman teks Al Quran dan Hadisnya yang agak kaku tidak banyak melahirkan tokoh-tokoh besar kerana kemunculan mereka adalah merupakan status-quo kepada mainstream yang ada semasa kejatuhan Khilafah tetapi ia telah melahirkan kelompok yang anti kemodenan dan Barat lalu menjadi benih awal kepada kemunculan ekstrimism dan militan dalam perjuangan mereka.

Kelompok Gamaah Islamiyah, Hijrah Wa Takfir dan terkini Al Qaeda adalah sebenarnya manifestasi kebencian kepada Barat dan disokong dengan interpretasi totok kepada teks-teks Al Quran dan Hadis yang ada.

Liberal-Sekular

Kelompok ini mahukan Islam dalam bentuknya yang bebas dari hambatan institusi kawalan moral lantas meletakkan hak individu untuk memilih gaya dan cara hidupnya mengikut pilihannya dan tidak mahu dipaksa dan dipantau oleh polis moral.

Mereka melihat aspek syariah sebagai diskriminasi terhadap kaum wanita. Mereka mahukan interpretasi Islam yang bebas dan menganggap politik dan Islam tidak boleh bersatu. Mereka tidak menolak agama, tetapi menolak parti Islam dan negara Islam yang mereka dakwa teokratik.

Kempen sejuta tanda tangan selamatkan Mesir



KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) melancarkan kempen sejuta tanda tangan kesedaran Selamatkan Mesir di rumah terbuka PAS hari ini.

Para pengunjung rumah terbuka menurunkan tanda tangan mereka di atas kain rentang berwarna putih sebaik sahaja memasuki pekarangan padang Kelab Sultan Sulaiman.

Menurut Penyelaras Kempen Selamatkan Mesir Aiman Athirah Al Jundi berkata, kempen ini sebagai inisiatif Muslimat sebagai menyatakan solidariti kepada rakyat Mesir.

Bahkan katanya, pelancaran ini akan disusuli dengan beberapa siri program yang berkaitan dan kutipan tanda tangan akan diteruskan di peringkat negeri.

"Acara kemuncak program ini, kita akan teruskan dalam Muktamar Muslimat PAS akan datang," katanya.

Pelancaran kempen ini disempurnakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff di mana beliau turut mengedarkan kad 'Doa Qunut Nazilah' erta button 'Save Egypt' kepada pengunjung rumah terbuka.

Simbol 4 jari, protes terhadap tentera Mesir



KAHERAH: Simbol 4 jari yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Turki, Recap Tayyib Erdogan sewaktu berucap dalam satu himpunan kini menjadi lambang protes seluruh rakyat Mesir terhadap kekejaman junta tentera yang membunuh rakyat awam.

Himpunan yang diadakan di Istanbul itu, bagi mengecam pembunuhan beramai-ramai rakyat awam Mesir di Dataran Rabaa Adawiya juga merupa tanda sokongan kerajaan Turki terhadap kerajaan Presiden Mohamad Morsi yang dipilih oleh rakyat Mesir sendiri.

Sekarang ini, kemana-mana sahaja kita pergi di seluruh Mesir, lambang ‘4 jari Rabaa’ ini dapat dilihat ditampal di merata-rata tempat termasuk juga yang dibawa oleh rakyat awam di dalam demonstrasi-demonstrasi aman yang dianjurkan hampir setiap hari.

Penyokong Presiden Morsi serta NGO-NGO yang menentang rampasan kuasa tentera di Mesir melihat lambang ‘4 Rabaa’ ini sebagai sumber inspirasi dan kekuatan mereka bagi berhadapan dengan kekejaman junta tentera.

Perdana Menteri Erdogan yang mencetus simbol 4 jari tersebut, menyebutnya sebagai simbol bagi mengenang medan Rabiatul Adawiyah (Raba’ah) yang telah dihancurkan oleh rejim tentera Mesir secara rakus.

Selangor beri Anugerah Integriti kepada TG Nik Aziz

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor memberikan Anugerah Integriti kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Anugerah khas itu disampaikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada anak Mursidul Am PAS itu, Nik Omar yang mewakilinya sempena sambutan Hari Belia Selangor bertemakan Tolak Rasuah Anak Muda Merdeka di Dataran Kemerdekaaan, Shah Alam, malam tadi.

Menurut Abdul Khalid, anugerah tersebut adalah sebagai penghargaan terhadap pentadbirannya Tuan Guru yang bersih dari rasuah selama lebih 23 tahun mentadbir negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah itu.

Tuan Guru tidak dapat hadir ke majlis itu malam tadi, berikutan kesihatannya tidak mengizinkan dan baru keluar hospital.

Bagaimanapun beliau menyampaikan rasa kesyukurannya melalui anaknya terhadap penganugerahan itu.

“Bapa saya menyatakan kesyukuran atas anugerah ini dan teruja dengan kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor,” kata Nik Omar dipetik Selangorku.

Tak betul dakwaan PAS hanya fokus undi Cina


 AMPANG: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat hanya memfokuskan undi Cina pada Pilihan Raya Umum (PRU13) 5 Mei lalu.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat khususnya PAS tidak menyisihkan mana-mana bangsa untuk memastikan kemenangan mereka.

"Adalah tak betul kalau katakan kita terlalu fokus undi Cina walaupun keputusan menunjukkan begitu," kata beliau dalam Majlis Makan Malam dan  Syarahan Datuk Fadzil Nor di Hotel De Palma, dekat sini malam tadi.

Bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berkata, semua parti dalam Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk tidak dilihat sebagai parti yang ekstrim kaum.

"DAP juga sebenarnya secara jujur saya melihat  tokoh muda mereka mencuba bersungguh-sungguh untuk tidak dilihat fanatik Cina.

"Kita cuba lunakkan pandangan bahawa PAS parti yang ekstrim dan sebenarnya dari dekad ke dekad semua pihak bersungguh-sungguh membuktikan PAS parti yang wujud dalam persada politik Malaysia yang ada dengan berwajah Malaysia dan dasar Islam yang tak pernah luntur daripada perjuangan kita," katanya yang turut bertanding di Parlimen Kulai dan Dun Nusa Jaya pada PRU13.

Bukit Bintang pusat pelancongan, bukan hanya tumpuan Cina, kata Ahli Parliman Pakatan


Jalan Bukit Bintang popular dengan hotel-hotel untuk pelancung. 25 Ogos, 2013.Jalan Bukit Bintang popular dengan hotel-hotel untuk pelancung. 25 Ogos, 2013.Ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) mengingatkan Utusan Malaysia Bukit Bintang merupakan pusat tumpuan pelancong dan usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ukan satu isu besar jika ingin membangunkan hab makanan Cina di Jalan Alor.
Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui berkata DBKL menghidupkan lagi kawasan Jalan Alor yang memang terkenal dengan syurga makanan kerana kawasan berkenaan terdapat banyak hotel didiami pelancong.
“Banyak pilihan hotel di sana dari hotel bajet ke lima bintang. Ini adalah usaha DBKL membantu kerajaan menggiatkan aktiviti pelancongan negara,” katanya kepada The Malaysian Insider sambil menjelaskan kawasan berkenaan dipenuhi kira-kira 133 buah hotel.
“Jangan seperti kebudak-budakan mempolitikkan hab makanan di Bukit Bintang. Utusan gagal melihat kawasan itu telah menjadi syurga makanan antarabangsa.”
“Projek ini bukan sahaja membantu kaum Cina di kawasan itu bahkan pelancong yang singgah di sana. Makanan Cina mempunyai peminatnya serata dunia dan bukan sahaja di Malaysia,” katanya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata pembangunan DBKL selaras dengan pembangunan bahagian lain di Kuala Lumpur.

Khairy: Najib tak akui laporan Utusan..!!!

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memperakui laporan akhbar Utusan Malaysia bertajuk 'Apa lagi Cina mahu' yang mencetus kontroversi sejurus selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Bagaimanapun, laporan berhubung peralihan sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan Rakyat itu berbeza dengan kenyataan Najib ketika mengulas keputusan pilihan raya tersebut, kata Khairy.

Khairy berkata demikian dalam sesi soal jawab di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh di Kuala Lumpur petang ini.

"Beliau hanya membuat pemerhatian dan tidak menyalahkan mana-mana komuniti. Tajuk utama akhbar itu dan pendirian perdana menteri adalah berbeza," katanya.

Mengulas perkara tersebut, Khairy menegaskan bahawa Utusan bertindak dengan salah apabila menyiarkan laporan seperti itu.

Enam ditahan, polis rampas bom dan peluru di Pulau Pinang


Polis rampas parang, bom di Pulau Pinang dalam Ops Cantas awal pagi ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 25 Ogos, 2013.Polis rampas parang, bom di Pulau Pinang dalam Ops Cantas awal pagi ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 25 Ogos, 2013.Enam orang termasuk dua wanita ditahan dan polis merampas sebutir bom, sejumlah peluru dan sebilah pedang samurai selepas menyerbu sebuah rumah flat di Machang Bubuk di sini awal pagi ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kesemua mereka berusia 21 hingga 48 tahun itu ditahan dalam Ops Cantas Khas pada pukul 1.30 pagi ini.
"Berdasarkan maklumat dan intipan yang diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) menyerbu rumah berkenaan. Terdapat empat lelaki dan dua wanita dalam rumah itu," katanya katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata hasil pemeriksaan dalam rumah itu, polis menemui sebutir bom, masing-masing 10 butir peluru berwarna perak bertulis NCCR .38 SPL dan berwarna kuning bertulis THAI ARMS .38 SPL serta sebilah parang samurai dengan ukiran naga.
"Dua lelaki yang ditahan dalam operasi itu memang dikehendaki polis manakala yang lain mempunyai beberapa rekod jenayah lampau," katanya sambil memberitahu polis akan menyiasat sama ada mereka adalah anggota kumpulan kongsi gelap.
Bernama difahamkan mereka yang ditahan itu merupakan anggota sindiket pengedaran dadah dan menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat berkumpul serta menjalankan aktiviti haram kumpulan itu.

Sambutan Aidilfitri PAS Pusat meriah

Egyptian tunnels destroyed

Syria medics see rise in amputations

Leaders discuss response to chemical weapon use in Syria

Syria's 'red lines' and shameful milestones

Tunisian protesters protest against Islamist government

Live updates about Hosni Mubarak's retrial

Tunisians protest against government

Egyptian court postpones Brotherhood trial

Pemikiran luar tabie Ustaz Fathul Bari

Oleh Zulkifli Yahaya
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sokongan yang diberikan oleh beberapa negara Arab terhadap kerajaan sementara Mesir yang merampas kuasa tidak semestinya bermakna mereka juga menyokong kezalimannya terhadap rakyat.
“Arab Saudi yang mengiktiraf kerajaan Mesir, tak semestinya menyokong kekejamannya,” katanya.
 
Hairan kita berpanjangan sebenarnya. Sehebat mana pun ulamak, bila kemudiannya menyertai parti sekular maka mereka lantas jadi dungu untuk memahami situasi semasa. Kadangkala cakap-cakap mereka tampak lebih jahil dari golongan yang jahil.
Semua tahu bahawa kerajaan Arab Saudi (bukan rakyatnya) dari awal menyokong penuh tindakan tentera menumbangkan sebuah kerajaan yang sah pimpinan Presiden Mohamed Morsi melalui rampasan kuasa. Saudi mengumumkan akan menyumbang sebanyak USD5 bilion kepada kerajaan haram yang merampas kuasa itu.
Bahkan pemerintah Saudi, Raja Abdullah Raja Abdullah Arab Saudi secara terang-terangan menyeru bangsa Arab untuk berdiri bersama-sama menentang "cubaan untuk menjejaskan kestabilan Mesir" (merujuk pada himpunan pro demokrasi) sewaktu kerajaan haram Mesir itu membunuh beribu-ribu rakyatnya, menyerang dan membakar masjid. Bagaimana Fathul Bari boleh keluar kenyataan; Arab Saudi iktiraf kerajaan tentera Mesir tidak semesti iktiraf kekejamannya. Ulamak muda Umno seorang ini butakah?
Fathul Bari turut seterusnya mengambil contoh kerjasama yang dilakukan PAS dengan parti yang bukan berlandaskan Islam iaitu DAP dan PKR.
Katanya, kerjasama itu bukan bermakna PAS menyokong Kristian, amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan pluralisme.
“Sepertimana orang Pas yang mengiktiraf KeADILan dan DAP, tak bererti sokong Kristian, LGBT dan pluralisme,” katanya.
PAS menolak LGBT dan pluralisme atau tidak menganut ajaran Kristian itu betul tetapi adakah KeADILan dan DAP menjadikan kristian sebagai dasar perjuangan dan menerima LGBT? Bila pula KeADILan terima pluralisme? Fathul Bari sudah jadi ulamak pemfitnah!

Altantuya murder: Public inquiry needed

There have been too many inconsistencies in the Altantuya case which warrant truthful answers.

By Kua Kia Soong

Nothing short of a full public inquiry into the Altantuya murder and the motive for her murder will do.
The acquittal of the two former bodyguards of then defence minister Najib Tun Razak by the Appeal Court is the ultimate in the farce that has typified the Altantuya murder trial since 2006.
The prosecution of the case has been disgraceful from the start, with the failure to establish the motive for Altantuya’s murder the most questionable of all.
Through the case, the labored attempts by both prosecution and defence to obstruct the probe into any involvement of the then defence minister were also most bewildering.
The prosecution has said they will appeal to the Federal Court but are Malaysians going to be treated to more of the same farce?
We need the equivalent of the 2004 Hutton Report when a public inquiry was held in Britain over the death of Dr David Kelly, a Ministry of Defence biological weapons expert who knew the truth about the British government’s claim that Saddam Hussein could launch his weapons of mass destruction in 45 minutes as had been claimed by the Blair administration.
And this time, let us ensure that there is a fair composition of independent members to make such an inquiry believable.
Too many inconsistencies

Altantuya’s murder: Endless possibilities

The cast of this murder mystery – including the prime minister himself – are not yet off the hook, pending appeals and a civil suit that promises more answers.

An exotic model murdered by explosives. A prime minister linked by the court of public opinion. A jilted lover living in exile. And a shady, multi-multibillion ringgit deal between two countries.
They sound like tropes Sydney Sheldon would dream up of  – the perfect ingredients for a cheesy mystery-cum-romance novel one could breeze through on a lazy Sunday afternoon.
But there is no ending for this mystery; on the contrary, the saga has taken on a new twist with the acquittal of Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar – two men who were originally convicted of her murder, but who now walk free.
So we move on to the next chapter of this novel that is now seven years in the making: Who killed Altantuya?
With Azilah and Sirul’s guilty convictions overturned, and no one to pin the murder on, we are now back to square one, when bits of Altantuya’s remains were found near the Subang Dam in Puncak Alam, Shah Alam in 2006.
Oh, but there are many players in this murder case. First up on the list is Abdul Razak Baginda, a political analyst and Atantuya’s one time lover, who brokered the controversial deal between Malaysia and France for the two Scorpene submarines with her help.
Altantuya admitted in a letter found after her murder that she had been blackmailing Abdul Razak, who ended their relationship, US$500,000 in return for her silence over the deal.
Flanked by her sister and cousin, she arrived in Malaysia on Oct 9, 2006, and reportedly engaged a private investigator to track him down.
A worried Abdul Razak contacted Deputy Superintendent Musa Safri to seek assistance to prevent Altantuya from disturbing him and his family, according to evidence revealed in court.
DSP Musa helpfully introduced Azilah to Abdul Razak, and the rest is history: Altantuya was murdered between Oct 19 and Oct 20 2006 – her body blown up to conceal all evidence.

‘Endless Possibilities’ Najib sama dengan Israel, bukan kebetulan

Slogan terbaru diperkenal Perdana Menteri, Endless Possibilities yang sama dengan kempen Kementerian Pelancongan Israel bukannya kebetulan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sekarang kita ada bukti cukup. Sama macam kempen 1Israel. Dia (Najib) kena jelaskan,” kata Anwar ketika ditemui pemberita di majlis hari raya KEADILAN Lembah Pantai, hari ini.
“Sekarang lebih berat. Ia tak mungkin secara kebetulan” tegas Anwar.
Endless Possibilities adalah slogan yang diguna Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosi negara itu pada 22 April 2013.
Manakala Najib dijangka melancarkan kempen ’1Malaysia, Endless Possibilities‘ pada 17 September depan.
Justeru kata Anwar, penggantungannya dari Dewan Rakyat selama enam bulan pada Disember 2010 kerana mendedahkan pengaruh Israel dalam pentadbiran Malaysia membuktikan hipokrasi pentadbiran Umno-BN.
“Dulu saya ada bawa (isu ini) di Parlimen, (mengapa) pilih 1Malaysia. Saya dikenakan (gantung) enam bulan kerana bangkitkan 1 Malaysia.
“Sampai sekarang dia kata kebetulan. Ternyata ada pengaruh asing, termasuk apa didakwa ‘pengaruh Israel’,” kata Anwar.
Tegasnya, slogan baru Endless Possibilities (Kemungkinan Berterusan) hanyalah semata-mata strategi perhubungan awam (public relation).
“Yang kita bangkitkan isu jenayah, pertikaian pada kehakiman dan pelbagai masalah (lain).
“Yang dia (Najib) hanya hentam pembangkang,” kata Anwar.

Tiru Israel: Tiada PM sehebat Najib, kata Mahfuz

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar secara sinis melahirkan "rasa kagum" dengan keberanian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penggunaan slogan "Endless Possibilities".

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, ini kerana slogan tersebut adalah meniru slogan yang digunakan kerajaan haram Israel.

"Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri yang begitu luar biasa keberaniannya meniru dan menciplak slogan dan falsafah yang dipelopori oleh entiti haram Zionis Israel.

"Tidak ada mana-mana Perdana Menteri negara kita sebelum ini yang mempunyai keberanian yang begitu unggul seperti Najib untuk memperlihatkan betapa terpaut dan terikatnya hati kepada Israel," katanya sinis.

Tambah Mahfuz lagi, tidak ada mana-mana pemimpin negara umat Islam yang lain yang seberani Najib meniru dan menghayati slogan dan falsafah Israel.

"Falsafah 1Malaysia dia tiru dari One Israel setelah Dewan Rakyat diberitahu jutaan ringgit wang rakyat dibelanjakan untuk khidmat  firma Israel, Apco Worldwide.
"Sekarang 'Endless Possibilities' pula dia tiru.

Waytha, tunggu apa lagi?


Semalam Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang lebih berupa cabaran terhadap pemimpin Hindraf yang dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waythamoorthy berikutan pendiriannya yang mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang.
Kata Zahid, Waytha bukan saja tidak harus mempertikaikan kerja polis, bahkan juga tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan dasar yang ditentukan kerajaan.
"Beliau jangan ingat beliau masih pemimpin NGO, beliau bukan pemimpin Hindraf lagi dan jangan campur kerja polis,"tegas Zahid.
Tambah Zahid, jika ada pemimpin NGO yang kini sudah menyertai kerajaan masih mengeluarkan kenyataan negatif dan bertentangan dengan dasar kerajaan, letak jawatan dan kembali kepada NGO semula.
Serangan Zahid terhadap bekas pemimpin Hindraf itu jelas menunjukkan beliau tidak senang dengan cara Waytha yang masih terkongkong dengan sentimen Hindraf apabila cuba mempertahankan lima penjenayah India yang ditembak mati di Pulau Pinang dengan mengatakan beliau tidak percaya berlaku kejadian tembak-menembak antara polis dengan suspek, sebaliknya mengesyaki penjenayah itu ditembak dari jarak dekat.
Lantaran itu, Zahid segera melontarkan serangan terhadap kenyataan Waytha yang bukan saja bersifat negatif dan bertentangan dengan sifatnya sebagai seorang timbalan menteri, malah lebih dari itu seolah-olah menunjukkan simpati terhadap penjenayah.
Bagi Zahid yang merupakan pemimpin nombor tiga dalam UMNO, pendirian dan kenyataan Waytha itu amat tidak wajar dan menggesanya supaya meletakkan jawatan daripada kerajaan jika terlalu inginkan berpendirian seperti Hindraf semula.

Hishammuddin sokong Zahid, Waytha Moorthy wajar letak jawatan kerana keluar kenyataan bercanggah kerajaan


Hishammuddin bercakap kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 Ogos, 2013.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menyokong kenyataan keras rakan Kabinetnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa P. Waythmoorthy perlu meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekiranya berfikir seperti pemimpin badan bukan kerajaan (NGO).
Menteri Pertahanan berkata, Waythmoorthy perlu berfikir secara rasional dan mengetepikan emosi kerana berfikir menggunakan emosi bukanlah kaedah kepimpinan yang waras.
"Saya setuju dengan Datuk Zahid ... 101 peratus, kita anggota Kabinet bertanggungjawab bersama, tiada mana-mana pihak letakkan kepentingan politik melebihi pertimbangan politik kolektif," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
"Bersandarkan kepada emosi dalam melaksanakan sesuatu keadaan tidak melambangkan situasi dan emosi tidak menunjukkan kepimpinan yang waras," kata pemangku Menteri Pengangkutan itu tegas.
Ahmad Zahid semalam berkata pemimpin bekas Hindraf yang kini merupakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu harus melepaskan jawatannya sekira masih berfikiran umpama NGO apabila mempertikaikan tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menembak mati lima suspek penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini.

Pakatan akan berbincang dengan BN, tetapi bukan untuk Kerajaan Perpaduan, kata Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu Pakatan Rakyat (PR) akan berbincang dengan Barisan Nasional (BN) berhubung beberapa isu berkaitan kepentingan rakyat akan tetapi menafikan berkenaan dengan Kerajaan Perpaduan.
Beliau menjelaskan antara topik perbincangan yang boleh diketengahkan adalah dari segi ekonomi, jenayah dan kewibawaan badan kehakiman.
“Kami belum berbincang tentang kerajaan perpaduan namun PR sememangnya terbuka bagi membincangkan isu yang berkaitan rakyat,” katanya semasa ditemui pemberita di majlis sambutan Aidilfitri di Bangsar hari ini.
Anwar semasa ditemubual portal berita asing Asia Sentinel mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah menghubunginya untuk mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan di antara Umno dan PR.
Dalam wawancara itu Anwar berkata, usaha itu dibuat oleh Najib namun beliau menolaknya melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan.
Ini ekoran serangan yang dibuat oleh Utusan Malaysia ke atas masyarakat Cina dan India.
Ketua pembangkang itu menjelaskan isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia memerlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan.
Namun, sehingga itu, Anwar tidak menerima sebarang balasan dari Najib.
Sementara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan Anwar berhubung wujudnya rundingan kerajaan perpaduan di antara pihak kerajaan BN dan PR.
Menurut Najib, dakwaan berkenaan hanyalah “daya imaginasi” kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

Anwar mahu Najib jelaskan secara lanjut kaitan “Endless Possibilities” dengan Israel

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi penjelasan lanjut berhubung tema “endless possibilities” kerana tema yang diangkat itu mirip slogan yang digunakan kerajaan Israel, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum PKR itu menjelaskan beliau pernah digantung selama enam bulan sidang Parlimen kerana menyentuh persamaan 1Israel dengan 1Malaysia dan kali ini kerajaan Barisan Nasional (BN) tidakn sesekali dapat lari dengan mendakwa slogan itu diambil secara kebetulan.
Katanya, Najib hanya pandai mengambil kesempatan dan mencari perhatian umum mengenengahkan slogan tanpa diketahui dari mana munculnya slogan berkenaan.
“Sekarang kita telah pun membuktikan “endless possibilities” turut digunakan oleh kerajaan Israel. Justeru tidak dapat tidak, Najib harus segera menjawab slogan yang sememangnya menggambarkan BN cuba mencari perhatian,” katanya semasa ditemui di majlis sambutan Aidilfitri ahli parlimen Lembah Pantai hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjelaskan beliau pernah meminta penjelasan kerajaan untuk menafikan slogan 1Malaysia datangnya dari cadangan APCO berdasarkan apa yang pernah dilakukan di Israel, namun  beliau telah dikecam oleh pemimpin Umno dan mendakwa perkara itu hanya kebetulan.
Beliau menjelaskan slogan yang dipilih Malaysia kali ini lebih berat kerana Israel sendiri menggunakan slogan "Endless Possibilities" sebagai moto dan Najib telah mengakui akan melancarkan slogan ini di Malaysia.
Katanya, pemilihan slogan itu bukanlah secara kebetulan maka Najib perlu menjelaskan kepada rakyat, pemilihan slogan itu mempunyai pengaruh asing dan dibayar untuk memberi nasihat serta mempengaruhi kepimpinan negara.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan pada Jumaat menegaskan kempen “Endless Possibilities” dilancarkan Malysia empat bulan sebelum Israel iaitu pada Januari tahun ini selepas Najib mengumumkan kempen itu di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland tahun ini.

Wan Saiful: '1Malaysia jadi jenama untuk rasuah rakyat'

Seorang pengkaji sosiopolitik Wan Saiful Wan Jan berkata beliau melihat bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan tidak lama dahulu kini lebih sinonim dengan kebajikan.

Ketua pegawai eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi itu juga berkata konsep yang sepatutnya menyatukan rakyat Malaysia kini tidak lebih daripada "jenama untuk merasuah rakyat".

"Ia kini menjadi cara untuk kerajaan merasuah rakyat dan ini sangat malang.

"Ia menukar rakyat Malaysia menjadi satu masyarakat yang bergantung bantuan kerajaan yang dijenamakan sebagai 1Malaysia," katanya pada forum di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh di Kuala Lumpur pagi tadi.

Turut bercakap pada forum bertajuk "1Malaysia: Adakah Toleransi Mencukupi buat 1Malaysia" adalah ahli majlis tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam slot berkenaan, Saifuddin menjawab soalan hadirin tentang kemampuan sekolah satu aliran untuk mewujudkan perpaduan.

Pembangkang patut hormat keputusan mahkamah menolak petisyen PRU13, kata SPR

Utusan UMNO pertikai projek 12 juta hab makanan Cina di Kuala Lumpur


Datuk Bandar KL, Phesal Talib dikritik Utusan Malaysia kerana projek hab makanan Cina Bukit Bintang. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2013.Datuk Bandar KL, Phesal Talib dikritik Utusan Malaysia kerana projek hab makanan Cina Bukit Bintang. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2013.Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melalui kolumnisnya Awang Selamat meneruskan serangan terhadap masyarakat Cina selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13), kali ini dengan mempertikai hak kaum Cina untuk mendapat keistimewaan dan bantuan pihak kerajaan.
Utusan melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia mengecam kaum Cina dengan mempertikai keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membina hab makanan Cina betaraf antarabangsa di Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
"Mengapa tidak diwujudkan hab makanan semua kaum? Kuala Lumpur bukan milik kaum tertentu sahaja. Awang sedih sepatutnya pihak berkuasa memulakan hab makanan Melayu terlebih dahulu jika mahu mewujudkan konsep berkenaan di ibu negara.
"Perlu diingat Malaysia adalah negara pelbagai kaum yang Melayu dan bumiputera masih menjadi teras. Sama ada suka atau tidak, itulah hakikatnya," katanya dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini mengulas tentang projek bernilai RM12 juta itu sambil menempelak DBKL kerana hanya memfokuskan keutamaan satu kaum.

Mesir: 2 dibunuh samseng As Sisi pada himpunan Jumaat


MESIR: Sekurang-kurangnya dua lagi penyokong legitimasi terkorban dalam insiden serangan terbaru pihak samseng dan tentera pada himpunan anti kudeta di beberapa wilayah, Jumaat kelmarin.

Menurut sumber Ikhwan, di Delta Nil, Tanta, seorang lelaki dikenali sebagai Mohamed Abdullah Gad al-Rab telah dibunuh oleh samseng semasa mengambil bahagian dalam himpunan tersebut.

Jenazahnya telah dibawa ke Hospital Teba, dan kematian itu kemudian disahkan oleh Kementerian Kesihatan, yang menyatakan bahawa 35 orang lain juga turut cedera dalam serangan itu.

Kisah budak nakal kini menjadi bos DAP Sarawak


Chong dahulunya budak nakal. Kini merupakan bos DAP Sarawak. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2013. 
Chong dahulunya budak nakal. Kini merupakan bos DAP Sarawak. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2013.

Chong Chieng Jen dikenali baru-baru ini sebagai orang yang mendakwa kejadian tembakan berlaku baru-baru ini sebagai satu drama Barisan Nasional (BN) untuk memperkenalkan undang-undang baru bagi menggantikan Ordinan Darurat (EO).
Chong, 42, merupakan Pengerusi DAP Sarawak yang mengambil alih jawatan itu daripada penyandangnya Wong Ho Leng atas sebab kesihatan. Beliau turut lantang mendedahkan dakwaan rasuah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.
"Saya tiada cita-cita semasa kecil dahulu. Saya seperti ahli politik 'bidan terjun' yang tidak diberi pilihan," katanya.
Beliau tertawa apabila menceritakan bagaimana beliau boleh terjebak ke kancah politik semasa pertemuan di antara pemimpin parti Lim Kit Siang dan bapanya yang turut terlibat dalam arena politik.
"Saya berusia 28 tahun semasa Lim berjumpa ayah. Lim ketinggalan pesawat ke Sibu jadi saya dan ayah bertemunya di sebuah hotel di Kuching.
"Mereka berbual sehingga jam 3 pagi dan pada akhir perbualan saya berasa minat dalam arena politik tanpa dipaksa.
"Saya tidak pernah berbicara tentang politik sebelum itu. Saya juga tidak terlibat dengan persatuan pelajar ketika itu dan tidak menyertai unit beruniform. Malah politik merupakan bahagian terakhir yang saya baca di surat khabar.
Bapa kepada tiga orang ini mendapati politik bukanlah sesuatu yang buruk tetapi bidang yang memberi peluang berjumpa masyarakat dan membetulkan perkara yang tidak kena dalam masyarakat.
"Saya bukanlah pelajar pintar di sekolah malah pernah terlibat dalam pergaduhan.
Beliau menuntut di Sekolah Menengah St Patrick dan ke Kolej Victoria di Singapura sebelum melanjutkan ke peringkat ijazah di Unversiti Kebangsaan Australia di Canberra.
Beliau mendapat dua ijazah iaitu dalam bidang undang-undang dan perdagangan.
"Saya gemar melepak bersama rakan-rakan di hostel malah sewaktu zaman universiti di Singapura beliau gemar berjaga malam dan menghabiskan masa di kelab malam.

Selepas 100 hari mentadbir: MB Kelantan ikrar selesai masalah rakyat


Ahmad Yakub masih belum berfikir sama ada mahu bertanding dalam Muktamar PAS tahun ini. - Gambar-gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2013. 
Ahmad Yakub masih belum berfikir sama ada mahu bertanding dalam Muktamar PAS tahun ini. - Gambar-gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2013.

Datuk Ahmad Yakub adalah Menteri Besar Kelantan. Pada 20 Ogos lepas, beliau baru melepasi 100 hari pertama sebagai pemimpin utama negeri Che Siti Wan Kembang itu.
Pelbagai persepsi diberikan terhadap beliau berikutan kedudukan yang sangat tinggi telah dibuat oleh orang yang beliau gantikan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Wartawan The Malaysian Insider, Zulkifli Sulong dan Elizabeth Zachariah telah menemubual beliau di JKR 10, rumah rasmi Menteri Besar (MB) Kelantan pada awal minggu iniuntuk mendengar sendiri dari mengenai apa yang berlaku di Kelantan selepas beliau memimpin.
1) Macam mana ustaz boleh mula terlibat dalam politik?
Ahmad Yakub:  Saya sebenarnya anak seorang ahli politik, iaitu ulama tapi berkecimpungan politik peringkat guru pondok. Saya  belajar di sekolah agama aliran Arab dan guru-guru saya di zaman Datuk Asri (Muda) banyak terlibat dalam politik. Antara guru saya adalah Ustaz Yahaya Osman. Saya berhasrat untuk membantu jemaah Islam bila balik ke Kelantan di mana  ketika itu YAB Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dilantik menjadi Menteri Besar di Kelantan. Saya mula terlibat dalam PAS kawasan Tumpat sebagai bendahari. Itulah asalnya penglibatan saya dalam politik dari bendahari kawasan hingga ke hari ini.
2) Macamana boleh jadi Timbalan Menteri Besar dan seterusnya Menteri Besar?
Ahmad Yakub: Yang itu panjang ceritanya. Asasnya saya ini guru, tidak memikirkan banyak tentang menjadi ahli politik. Menjadi menteri besar pun tak pernah saya terfikir. Yang ada dalam kepala saya adalah untuk membantu perjuangan Islam. Saya dipilih sebagai MB dalam satu mesyuarat harian (Dewan Harian PAS Kelantan) pada 6 Mei sehari selepas pilihan raya ke 13 lalu.  YAB Tok Guru telah mendapat persetujuan daripada Presiden PAS terlebih dahulu rupa-rupanya. Nama saya disebut sebagai mengambil alih tempat beliau sebagai Menteri Besar. Nama saya satu orang sahaja disebut. Pada mulanya saya menolak balik supaya dapat ditentukan mana-mana sahabat lain yang layak kerana saya agak jauh dari segi kedudukan dengan Tok Guru..dari segi ilmunya, dari segi keupayaannya. Walau bagaimanapun, sebab oleh kerana ia keputusan syura, yang tidak diminta oleh saya sebagai ahli. Saya teringat satu hadis yang bermaksud, "Engkau jangan minta jawatan jadi pemimpin. Kalau kau minta jawatan pemimpin, orang akan tidak tolong. Tapi kalau kau dilantik menjadi pemimpin dengan tidak meminta, kau akan dibantu." Jadi atas dasar itu, saya harus terima.
3) Sekarang dah lebih 100 hari ustaz menjadi Menteri Besar. Jadi macam mana pengalaman setakat ini?
Ahmad Yakub: Pengalaman 100 hari jadi menteri besar ini amat-amat hebat, sebab kita dulu sebagai timbalan sahaja. Timbalan ini menerima apa-apa keputusan yang dibuat oleh ketua kita atau oleh menteri besar. Sekarang saya terpaksa menimbang sendiri. Saya menggunakan pendekatan kolektif ataupun melalui mesyuarat. Pada peringkat awalnya, saya masukkan semua program yang ditawarkan kepada rakyat, kita bincang dalam mesyuarat exco dahulu. Lebuhraya rakyat,  stadium dan kebajikan antara fokus kita. Ini adalah program yang telah diterima oleh kerajaan dan telah diputus oleh exco. Kita terus..apa cara sekalipun kita mesti terus. Cuma pada peringkat awal, ada isu-isu dan ia tertangguh jadi kita bincang..itu saja. Dari segi hasrat, ini harapan rakyat dan semua rakyat Kelantan terutamanya, anak Kelantan yang berada di perantauan sangat mengharap.  Apabila ramai orang beritahu bahawa jalan jam dari Kota Bharu ke Kuala Krai, saya pun terus bertolak ke sana untuk mencubanya. Ia mengambil masa empat jam dari Kota Bharu ke Kuala Krai. Ini membuatkan saya sedih dan ini merupakan satu cabaran yang besar untuk menyempurnakan kebajikan kepada rakyat dan supaya rakyat tidak tentekan dan menghadapi masalah. Saya akan bincang sekali lagi supaya lebuhraya ini benar-benar dapat dipercepatkan. Sama ada kita sendiri yang buat sebagaimana yang disaran dengan duit rakyat dimana kita telah kutip derma melebihi RM2 juta hingga kini atau kemungkinan kita gunakan cara lain. Sebab ini sebenarnya kewajipan kerajaan pusat.
4) Pencapaian projek ini setakat mana?

Obama mulls Syria options after 'gas attack'

Altantuya: Bawa saksi penting, baru kes selesai

SHAH ALAM -Sebaik dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang sebelum ini disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu dilepas dan dibebaskan Mahkamah Rayuan, timbul persoalan siapa pembunuh sebenar wanita itu.

Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri disahkan telah meninggalkan penjara, pagi semalam .

Dalam rumusan penghakiman mahkamah memutuskan bahawa hakim telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka.

PKR antara parti yang konsisten membuat pelbagai pendedahan dalam isu wanita Mongolia ini mendesak agar kes dibuka dan disiasat semula bagi mencari pembunuh sebenar.

"Ini menunjukkan kegagalan Jabatan Peguam Negara dan juga Pendakwa Raya. Mereka harus jawab.

"Seolah-olah ada satu perancangan awal yang sengaja membolehkan suspek-suspek dalam kes pembunuhan Altantuya ini, semua terlepas," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua kepada Sinar Harian Online.

Beliau turut menekankan soal kes yang kelihatan lemah ekoran bukan semua saksi terlibat dipanggil.

"Bukan semua yang terlibat sebagai saksi dipanggil. Jadi, ia menunjukkan seolah-olah kes ini lemah.

“Apabila Razak Baginda dibebaskan, Pendakwa Raya juga tidak merayu," katanya.

Altantuya: Keputusan Azilah, Sirul sebahagian proses keadilan

Prof Dr, Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood  
Prof Dr, Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood
SHAH ALAM – Keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada pertuduhan membunuh warga Mongolia, Altantuya
Shaariibuu, kelmarin, dianggap sebagai sebahagian daripada proses keadilan.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr, Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, semua orang perlu terima keputusan itu.

Menurutnya, selepas ini kita akan menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.

“Hakikatnya, keputusan tersebut sukar diterima. Jabatan Peguam Negara akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

“Jika mengikut laporan akhbar, pembebasan kerana Mahkamah Tinggi melakukan kesilapan teknikal semasa perbicaraan,” katanya.

Altantuya: Keluarga Sirul harap tiada lagi umpat keji

Keluarga Sirul harap tiada lagi umpat keji 
 Ibu Sirul, Piah

TAIPING – Ahli keluarga Koperal Sirul Azhar Umar beranggapan pembebasan anggota polis itu daripada hukuman gantung, kelmarin akan menghentikan tohmahan yang dilemparkan orang ramai kepada keluarga itu sejak 2006 lalu.
Ibunya, Piah Ahmad, 70, berkata, selama ini mereka hanya bersabar dengan umpat keji masyarakat yang menganggap anaknya pembunuh.

Menurutnya, sikap saling mempercayai antara ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain membolehkan mereka berjaya menempuh kehidupan sepanjang lapan tahun kebelakangan ini.

"Makcik bersyukur kerana selama ini sokongan ahli keluarga amat kuat. Selama ini kami bersabar mendengar umpat keji orang. Jadi selepas ini, harap tidak ada lagi yang buruk sangka kepada kami,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Batu 8, Trong, di sini, semalam.

Bagaimanapun, kelibat Sirul Azhar, 42, anak keempat daripada lapan beradik itu, tidak kelihatan sepanjang kunjungan Sinar Harian ke rumah berkenaan.

Piah memaklumkan bahawa mereka sekeluarga belum mendapat perkhabaran terkini berkenaan tarikh sebenar Sirul Azhar akan pulang ke kampung.
"Mungkin dalam sehari dua lagi. Saya tidak kisah bila dia nak balik. Kami sekeluarga sentiasa menanti kepulangannya dan syukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa kami.

"Hari Sirul dibebaskan dari hukuman (kelmarin), adalah hari paling gembira untuk kami sekeluarga," katanya.

Kenyataan DR M kepada Pak Lah, hanya gimik politik

DR MOHD AZIZUDDIN 
SHAH ALAM- Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang membuat kenyataan balas berhubung pernyataan penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dimuatkan dalam buku The Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia sekadar gimik politik.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani bagaimanapun berkata, kenyataan Tun Mahathir itu bukan untuk mengajak ‘bergaduh’ sebaliknya normal bagi menjawab kenyataan Abdullah.

“Kenyataan balas Tun Mahathir tidak akan beri kesan apa pun, itu saya anggapnya sebagai lebih kepada gimik politik.

“Kalau mahu bercakap soal hubungan mereka, kita sedia maklum yang mereka berdua memang tidak sebulu,” katanya kepada Sinar Harian.

Penagih La Plak..!!: EO tak membantu perangi jenayah, polis “ketagih” dengannya, kata Peguam Negara

Buat pertama kalinya, peguam utama Putrajaya secara umum mengatakan tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namum polis menggunakannya kerana mereka "ketagih" dengannya.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kebanyakan suspek yang ditahan tanpa bicara akan dibebaskan namun tidak meningkatkan tahap keselamatan awam.
"Ini kerana tahanan kembali kepada aktiviti lama mereka selepas dibebaskan," katanya kepada The Malaysian Insider selepas satu forum pencegahan jenayah semalam di Petaling Jaya.
Beliau bagaimanapun berkata kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana mereka "ketagih" dengannya.
Sejak menghentikan penggunaan EO, Bukit Aman menggesa penggunaan semula akta itu yang membenarkan tahanan tanpa bicara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menggesa pengenalan akta serupa bagi mengekang jenayah yang semakin meningkat di negara ini.
Sejak Mei, 35 kes tembakan dilaporkan diseluruh negara yang mengorbankan 24 nyawa.
Melalui penggunaan semula EO, tahanan boleh ditahan di pusat tahanan sehingga dua tahun.
Menteri Dalam Negeri boleh memperbaharui arahan penahanan selama dua tahun dan meneruskan kitaran berkenaan tanpa henti.
Gani berkata kepada forum pihak berkuasa perlu memadamkan rekod tahanan tiga bulan selepas mereka dibebaskan daripada pusat tahanan di bawah EO dan ia bermakna tiada sebarang tindakan boleh dilakukan pihak polis.

Syrian troops claim to find chemical agents used by rebels

Syria releases video of chemical agents as Obama meets with security team

Kerajaan BN lulus pemasangan peranti EMD..!!