Khamis, 22 Ogos 2013

Anjing dan isu masyarakat Malaysia


Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul.
Sememang inilah reality masyarakat era baru kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas. Umpamanya apabila isu video anjing yang dikaitkan dengan umat Islam menyambut hariraya timbul, pelbagai reaksi lahir. Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata video itu hina umat Islam.
Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.
Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut.
Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.
Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).
Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.
Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dua Orang Insan yang BODOH dalam menganalisis Isu Mesir

Gambar: Dua Orang Insan yang BODOH dalam menganalisi Isu Mesir,  Kiri : Khiri Jalalluddin sebagai Atase Pendidikan Akademik (Perubatan), Unit Penyelidikan dan Pengkomersilan di Education Malaysia Egypt. pegawai kerajaan.  kanan : Mohd Faizal Sabhon Graduan Ijazah Sarjana Muda Universiti Al-Azhar dalam bidang syariah dan sekarang menuntut di Universiti Cairo dalam bidang Perundangan Islam di peringkat Sarjana (MA) tokoh yang beliau kagum adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad, Blog : http://www.ezoegypt.blogspot.com  boleh lihat pada WALL FACEBOOK mereka.   Disaat sahabat-sahabat seperjuangan kita memperjuangkan Syariah dan Syariyyah, dua individu ini boleh mengatakan mereka pengganas, jika mereka pengganas sudah lama mereka mengganas sejak 30 Jun yang lalu, mengapa mereka tidak lakukan, malah sebulan lebih mereka bermunajjat di dua medan Nahdah dan Rab'ah.  Dalam Al-Quran menyebut seseorang berhak malah wajib mempertahankan diri mereka apabila mereka diserang dengan syarat tidak dahulukan serangan.  Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (Al-Baqarah 2:190)  Jika ada bukti yang jelas bahawa pihak Penyokong Dr. Mursi melakukan serangan dahulu sila kemukakan...jangan hanya tayang video pendek dan ambil berita yang telah dimanipulasi.
Kiri: Khiri Jalalluddin sebagai Atase Pendidikan Akademik (Perubatan), Unit Penyelidikan dan Pengkomersilan di Education Malaysia Egypt. pegawai kerajaan.

kanan: Mohd Faizal Sabhon Graduan Ijazah Sarjana Muda Universiti Al-Azhar dalam bidang syariah dan sekarang menuntut di Universiti Cairo dalam bidang Perundangan Islam di peringkat Sarjana (MA) tokoh yang beliau kagum adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad, Blog : http://www.ezoegypt.blogspot.com/

boleh lihat pada WALL FACEBOOK mereka.

Disaat sahabat-sahabat seperjuangan kita memperjuangkan Syariah dan Syariyyah, dua individu ini boleh mengatakan mereka pengganas, jika mereka pengganas sudah lama mereka mengganas sejak 30 Jun yang lalu, mengapa mereka tidak lakukan, malah sebulan lebih mereka bermunajjat di dua medan Nahdah dan Rab'ah.

Dalam Al-Quran menyebut seseorang berhak malah wajib mempertahankan diri mereka apabila mereka diserang dengan syarat tidak dahulukan serangan.

Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.
(Al-Baqarah 2:190)

Jika ada bukti yang jelas bahawa pihak Penyokong Dr. Mursi melakukan serangan dahulu sila kemukakan... jangan hanya tayang video pendek dan ambil berita yang telah dimanipulasi.

MUBARAK DALAM PROSES DIKELUARKAN DARIPADA PENJARA TORA

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/q73/s720x720/1012496_651979821503029_1554680523_n.jpg

Selepas keputusan Mahkamah untuk membebaskan Presiden Diktator, Husni Mubarak. Pihak keselamatan dan pentadbiran Penjara Tora, tempat Husni Mubarak dipenjarakan sedang dalam proses akhir untuk mengeluarkan beliau.

Diberitakan helikopter yang akan membawa beliau keluar telah siap dilengkapi dengan peralatan rawatan. Dan dijangka berlepas ke Hospital Maadi di Kaherah petang ini.

Sumber : Al-Arabiya, Rassd.com

Antara Sebab Morsi Digeruni Yahudi


FMT Padam Laporan Berita Palsu Kematian Fattah Al Sisi...!!

Berita pasal kematian Fattah Al Sisi di laman web portal berita Free Malaysia Today ataupun dikenali sebagai FMT telah dipadamkan sebentar tadi.
Sebelum mahgrib FMT update yang jeneral tentera Mesir Fattah Al Sisi dah mati akibat serangan jantung.
Selepas sejam ada orang mesej bagitau aku yang FMT dah padamkan berita tersebut. FMT tak nyatakan kenapa berita tersebut ditarikbalik dari laman web mereka tetapi boleh jadi berita tersebut palsu kot.
Aduhai.
Aku baru nak happy2 sebab Fattah mati. Sekali bukan la pula.
Demmit.
Ku sangka redup sampai ke malam rupanya ribut hujan petir banjir di waktu petang. Itula perasaan aku sekarang.
Haha.
Apa pun berita mengenai kematian Fattah tue adalah palsu. Harap maklum.
Bai.

Lawan Balik: Kerajaan Pak Lah kaya, tapi rakyat tetap tolak BN, kata Dr M


Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 adalah sebuah kerajaan yang kaya, namun rakyat masih tetap memilih pembangkang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).
Dalam blog miliknya hari ini www. chedet.cc, Dr Mahathir berkata, walaupun Abdullah, yang juga dikenali dengan panggilan Pak Lah mampu membuatkan kerajaan menyimpan berbilion ringgit duit kerajaan, rakyat tetap menyerahkan lima negeri kepada pembangkang dan BN hilang majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.
"Kerajaan yang melalui Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) adalah kerajaan yang kaya, namun amat menyedihkan rakyat tidak menghargainya.
"Mereka tolak parti kerajaan, memberikan lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan kepada pembangkang, dan majoriti kecil kepada parti," kata Dr Mahathir yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai perdana menteri sebelum memilih Pak Lah sebagai pengganti.
Pak Lah dalam bukunya, Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia,  sebelum ini berkata, Malaysia akan jatuh muflis sekiranya beliau mengikut jejak langkah berbelanja secara boros seperti Dr Mahathir.
Namun beliau kemudiannya berkata kenyataan itu adalah tafsiran penulis dan bukannya dirinya sendiri.
"Cuba bayangkan berapa bilion ringgit akan dapat diselamatkan jika saya bersara lebih awal," kata Dr Mahathir secara sinis dalam blognya, dan menamakan beberapa projek mega yang telah dilaksanakannya, seperti Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, KLIA, Pelabuhan Barat, Putrajaya, Cyberjaya, dan Menara Berkembar Petronas.
"Kita akan duduk di atas gunung-ganang dipenuhi Ringgit," katanya secara sinis.
Dr Mahathir bagaimanapun turut menjelaskan, perbelanjaan besar juga terpaksa ditanggung kerajaan apabila Pak Lah membatalkan projek yang dirangkanya apabila terpaksa membayar pampasan kepada kontraktor.
"Ya ... saya akui saya berbelanja besar semasa menjadi perdana menteri yang menyiapkan semua projek dengan duit kerajaan.

BN tidak berminat dalami masalah hutang anak muda


KUALA LUMPUR: BN tidak pernah berminat mendalami masalah keberhutangan golongan muda dan mengambil pendekatan kasar dengan memukul rata kononnya semua peminjam PTPTN yang menghadapi kesukaran tidak bersyukur dan tidak bertanggungjawab.

Justeru, PKR memandang berat cadangan PTPTN yang dibawa oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh untuk menyenaraikan peminjam PTPTN di dalam CCRIS yang diumumkan minggu ini.

Demikian ditegaskan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Ahmad dalam satu kenyataan media, sebagaimana di bawah.

PKR memandang berat cadangan PTPTN yang dibawa oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh untuk menyenaraikan peminjam PTPTN di dalam CCRIS yang diumumkan minggu ini. Walaupun Barisan Nasional akhirnya tunduk kepada bantahan mendadak rakyat, cadangan yang dibawa menteri itu menunjukkan bahawa Barisan Nasional begitu terpisah dari realiti kepayahan hidup golongan muda yang dibebankan oleh PTPTN ini.

Sehingga kini, kita tidak pernah dimaklumkan sama ada sebarang kajian khusus telah dibuat oleh PTPTN atau Barisan Nasional untuk memahami apakah sebab-sebab sebenar kenapa majoriti peminjam PTPTN menghadapi kesukaran untuk membayar PTPTN.

Kerajaan Persekutuan juga tidak pernah mengumumkan perincian-perincian berikut yang sangat penting untuk memahami masalah ini dengan menyeluruh agar langkah susulan itu tepat dengan punca masalahnya, iaitu:

Polis S'gor tahan 3 lelaki disyaki Geng 08

Polis Selangor memberkas tiga lelaki dipercayai anggota Geng 08 di Padang Jawa, Klang selepas kejadian tembakan di Subang Perdana dan Lebuhraya Koridor Guthrie dekat Shah Alam, awal pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata polis turut merampas sepucuk pistol jenis Smith & Wesson serta beberapa butir peluru hidup daripada mereka.

"Ketiga-tiga suspek adalah individu dikehendaki oleh IPD Klang Selatan dan seorang darinya mempunyai empat rekod jenayah lampau bersabit kes dadah dan samun," katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 26 dan 27 tahun dan berasal dari Klang dan Shah Alam itu akan ditahan reman esok, katanya.

Menceritakan detik sehingga membawa kepada penahanan ketiga-tiga suspek, Thaiveegan berkata sebuah kereta peronda polis terserempak dengan kereta Perodua Viva yang dinaiki tiga suspek itu dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah restoran di Subang Perdana kira-kira 2.30 pagi.

Beri pendidikan percuma, tolak PTPTN – Pemuda PR

KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Rakyat menganggap keputusan kabinet semalam yang menolak cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam PTPTN mulai bulan ini adalah hasil kejayaan perjuangan rakyat sehingga kerajaan tunduk dengan tekanan semua pihak.

Demikian kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua DAPSY, Teo Kok Siong dalam kenyataan bersama.

Bagi Pemuda PR, keputusan kabinet belum cukup melegakan peminjam PTPTN kerana mereka masih lagi terbelenggu dengan hutang yang perlu dijelaskan.

“Pengumuman kerajaan ibarat hanya melepaskan batuk di tangga atau sekadar tindakan politik bagi meredakan kemarahan rakyat,” ujarnya mereka.

Kenyatan penuh seperti di bawah.

Pemuda Pakatan Rakyat menganggap keputusan kabinet semalam yang menolak cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam PTPTN mulai bulan ini adalah hasil kejayaan perjuangan rakyat sehingga kerajaan tunduk dengan tekanan semua pihak.

Bagi Pemuda PR, keputusan kabinet belum cukup melegakan peminjam PTPTN kerana mereka masih lagi terbelenggu dengan hutang yang perlu dijelaskan.

CEC: Ahli DAP yang dipecat, digantung boleh mengundi

dap annouce sept 29 re-election 220813 03Ahli DAP yang dipecat atau digantung layak untuk kembali sebagai perwakilan dan mengundi dalam pemilihan semula jawatankuasa kerja pusat (CEC) parti itu pada 29 September depan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan hari ini bahawa semua ahli yang sama ada dipecat atau digantung oleh CEC yang dipertikaikan itu, selepas Disember 2012, akan dibenar mengundi mengikut senarai perwakilan lama.

Pemilihan semula CEC akan berlangsung di lokasi yang belum disahkan di sekitar Lembah Klang, kata Lim.

"Semua 17 ahli yang sama ada dipecat atau digantung, boleh kembali sebagai perwakilan jika mereka mahu dan mengundi," katanya dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat DAP hari ini.

Senarai calon juga akan mengikut senarai calon yang sama ketika pemilihan CEC 2012 pada bulan Disember tahun lepas di Pulau Pinang.

"Senarai calon adalah akan sama, kecuali satu nama," kata Lim.

Satu-satunya perbezaan dalam senarai calon itu ialah tanpa John Fernandez, bekas MP Seremban yang meletak jawatan dari parti sebelum pilihan raya umum Mei lalu.

Pemilihan semula CEC DAP pada 29 September


Pemilihan semula Jawantankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP akan diadakan pada 29 September di Lembah Klang, kata Lim Guan Eng (gambar).
Setiausaha Agung DAP itu mengatakan, tempat pemilihan masih belum ditetapkan selepas mesyuarat tertutup CEC di Ibu Pejabat DAP hari ini.
Lim mengatakan hanya calon sama yang bertanding dalam pemilihan lalu di Pulau Pinang pada 15 Disember layak untuk bertanding dalam pemilihan semula itu.
Lim juga mengatakan, hanya delegasi yang terlibat dalam pemilihan lalu boleh hadir dan mengundi.
“Sesetengah delegasi yang digantung juga dibenarkan untuk terlibat dalam pemilihan semula itu untuk mengundi, jika mereka memilih untuk melakukannya,” katanya.

DAP :Mengapa perjanjian syarikat swasta AES jadi ‘rahsia negara’

KUALA LUMPUR , 22 OGOS: Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng membidas tindakan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang merahsiakan status operasi Automated Enforcement System (AES) dengan menyatakannya sebagai ‘rahsia negara’.
aes lim lip engBeliau berkata demikian merujuk kepada pengumuman Hishammuddin baru-baru ini bahawa kerajaan merancang untuk mengambilalih AES dari dua syarikat swasta dan akan membayar pampasan kepada syarikat tersebut.
Menurut beliau, dalam sidang Parlimen 17 Julai lalu, soalan yang dikemukakan berhubung kandungan kontrak AES enggan dijawap Hishammudin dengan mendakwa ianya bertentangan dengan Peraturan 23(1)(f): Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat.
“Saya rasa semua rakyat Malaysia ingin tahu berapa banyak pampasan yang akan dibayar kepada kedua-dua syarikat dan apakah syarat-syarat perjanjian konsesi asalnya.
“Tapi malangnya soalan saya tidak mahu dijawap Hishammuddin kerana kononnya sebarang dokumen-dokumen perjanjian AES sudah dikelaskan sebagai ‘rahsia negara’
“Apakah pemasangan kamera di tepi-tepi jalan adalah rahsia negara? Rahsia sehingga Ahli Parlimen turut tidak mempunyai hak untuk mengetahuinya?,” soalnya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP Kebangsaan, semalam.
Lip Eng berkata beliau akan membangkitkan isu ini sekali lagi dalam sesi Parlimen akan datang dan menggesa Hishammuddin agar memberikan jawapan sewajarnya.lim lip eng

PTPTN KAN ADO....!!: PKR lancar soal selidik esok

SHAH ALAM - PKR akan melancarkan kaji selidik berhubung tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenaraikan pemimjam ingkar ke dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS).

Tiga pemimpin, Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli, dan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata dalam satu kenyataan bersama berkata, kaji selidik mengenai keberhutangan peminjam PTPTN dilancarkan bagi mengumpul maklumat mengenai jumlah pendapatan, profil kerjaya dan kualiti institut pengajian tinggi swasta (IPTS).

Menurut PKR, kaji selidik itu boleh disertai oleh semua peminjam PTPTN dan boleh dicapai di internet bermula esok.

"...maklumat yang sangat diperlukan untuk membentuk satu pemahaman yang adil mengenai masalah keberhutangan golongan muda.

"Kaji selidik ini akan disebarkan melalui laman-laman sosial, Twitter dan blog," katanya.

Selain itu, katanya, keputusan dari kaji selidik awal itu akan dibentangkan dalam satu perjumpaan tweetup #PTPTN yang akan diadakan pada 29 Ogos depan.

As-Sisi Menuju Episod Terakhir

Oleh Dr. Raghib Sarjani
Sejarawan Mesir

Kalau mengkaji sejarah Fir’aun, terdapat persamaan antara apa yang dilakukannya dengan yang dilakukan As-Sisi saat ini. Skenario yang mereka berdua tempuh juga sama. Setidaknya scenario tersebut bisa dibagi menjadi lima episode:


Pertama, episode kudeta. Terdapat dalam Al-Qur’an dalam surat Asy-Syu’ara: 40 “Semoga kita mengikuti ahli-ahli sihir jika mereka adalah orang-orang yang menang.” Ini sama dengan pernyataan As-Sisi yang katanya merespon tuntutan rakyat dalam demo-demo 30 Juni.
Kedua, episode pemberian mandat. Terdapat dalam ayat “Dan berkata Firaun (kepada pembesar-pembesarnya): “Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya, karena sesungguhnya aku khawatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerusakan di muka bumi.” [Al-Mu’min: 26]. As-Sisi meminta pendukungnya turun jalan besar-besaran untuk memberikan mandat agar bisa membubarkan demonstrasi dengan kekerasan. Katanya untuk meluruskan revolusi, karena Presiden Mursi sudah berbuat kerusakan.
Ketiga, episode ancaman pembubaran dengan paksa. Terdapat dalam ayat “(Fir’aun berkata), “Maka sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kaki kamu sekalian dengan bersilang secara bertimbal balik, dan sesungguhnya aku akan menyalib kamu sekalian pada pangkal pohon kurma dan sesungguhnya kamu akan mengetahui siapa di antara kita yang lebih pedih dan lebih kekal siksanya.” Mereka berkata: “Kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu daripada bukti-bukti yang nyata (mukjizat), yang telah datang kepada kami dan daripada Tuhan yang telah menciptakan kami; maka putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan.  Sesungguhnya kamu hanya akan dapat memutuskan pada kehidupan di dunia ini saja.” [Thaha: 71-72]. Berkali-kali As-Sisi dan pejabatnya mengancam pembubaran paksa. Namun para pendukung Mursi bergeming, jumlah demonstran semakin besar saja.

Pakatan tubuh jawatankuasa kaji belanjawan 2014



PETALING JAYA, 22 OGOS: Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi menjalankan kajian sebelum satu belanjawan bayangan dibentangkan sebelum Belanjawan 2014 dibentangkan.
MPJawatankuasa itu ditubuhkan bagi mendapatkan satu formula terbaik untuk dimasukkan dalam belanjawan bayangan Pakatan Rakyat sekaligus mencabar Belanjawan 2014 yang dijangka akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 25 Oktober nanti.
Jawatankuasa yang dikordinasikan institut rakyat itu dibahagikan kepada sembilan kumpulan yang diketuai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berdasarkan kementerian tertentu dan bidang kepakaran masing-masing.
Sembilan kumpulan tersebut, kajian isu nasional dan antarbangsa; ekonomi dan kewangan; keselamatan; pendidikan dan pekerjaan; pertanian, perladangan dan pembangunan luar bandar; pengangkutan dan pembangunan bandar; pengurusan sumber dan kelestarian; masyarakat, kebajikan dan gender serta polisi berkaitan Sabah dan Sarawak.
“Parti-parti dalam Pakatan Rakyat akan memberikan pandangan mereka dalam isu tertentu di kementerian tertentu,” kata Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming di sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat hari ini.
Penubuhan jawatankuasa kajian itu juga bagi memberi penekanan terhadap keberkesanan sesuatu projek kerajaan kepada rakyat terbanyak.
“Kita akan cuba jadikan bajet bukan sahaja efisyen habiskan bajet sahaja tetapi mesti efisyen mencapai objektif memberi manfaat secara maksima kepada rakyat.
“Kos yang begitu tinggi tidak mencapai matlamat sebenar tidak wajar diteruskan, juga dengan projek rundingan terus tanpa tender terbuka kerana banyak projek yang diberi secara terus mengalami kegagalan dan rakyat terpaksa menanggung kos dua, tiga kali ganda,” kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Kamarul Bahrin Shah dalam sidang media sama.

Najib terpaksa tumpang populariti Shahrizat..!!


SHAH ALAM, 22 OGOS – Cadangan melantik Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai Penasihat Khas dalam hal ehwal wanita kepada Perdana Menteri dilihat tindakan Najib menumpang populariti Ketua Wanita Umno itu yang masih kuat menerima sokongan dari sayap parti itu.
najib-shahrizatBerdasarkan perlantikan tersebut kedudukan Shahrizat dijangka akan bertaraf menteri walaupun beliau terpaksa melepaskan jawatan menteri sebelum ini ekoran skandal NFC yang membabitkan keluarga beliau.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata secara moralnya beliau tidak bersetuju sekiranya Shahrizat dilantik kepada jawatan tersebut yang juga bertaraf menteri.
Beliau berpendapat, Shahrizat disokong mungkin berdasarkan perkhidmatan beliau dalam parti tersebut tetapi penglibatan keluarga beliau dalam mendapatkan projek kerajaan dalam NFC membuktikan amalan kronisme yang mengguris hati rakyat dan pembayar cukai.
Menurut Dr Mariah tindakan Perdana Menteri memilih Shahrizat bertujuan membolehkan sokongan wanita terhadap beliau ketika pemilihan nanti berikutan prestasi kepimpinan Najib yang merosot setelah gagal menawan Selangor.
Menjelang pemilihan dalam Perhimpunan Agung Umno Oktober ini, Shahrizat mendapat pencalonan hampir kebanyakan negeri untuk mengekalkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno.

Mengapa gengster Malaysia fikir mereka kebal?


Ketua polis negara dan barisan pegawai kanannya berang dengan tindakan gengster yang seolah-olah mempersendakan pasukan pertahanan negara apabila menayang warna geng di tempat awam dan menulis nombor geng di banyak tempat menggunakan semburan cat.
Mereka memang patut marah. Ini bukan Tijuana atau Sinaloa di Mexico yang membolehkan kartel dadah seperti Los Zetas mengawal semua aspek kehidupan.
Ini Malaysia di mana gengster sepatutnya takut dengan geng yang lebih besar iaitu 100,000 anggota Polis Di Raja Malaysia yang gagah, memegang senjata secara sah dengan kuasa menggunakannya dan mendapat mandat untuk menjaga keselamatan negara daripada apa juga serangan.
Jadi, bagaimana keadaan ini boleh berlaku?
Ini adalah pertunjukan tidak tahu malu yang dilakukan ahli geng 04 selepas lima ahlinya dipercayai termasuk ketua kumpulan itu terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan polis di Pulau Pinang pada Selasa.
Mereka memakai nombor dan warna mereka secara terbuka, membawa bendera dan menghalang lalu lintas ketika proses pengkebumian berlangsung di tengah pulau negeri itu.
Dan ini bukan satu-satunya kejadian membabitkan gengster yang berlaku.
Di Sentul, ahli geng 08 dua minggu lalu mengambil alih kawalan lalu lintas dan mengadakan perarakan mereka, lengkap dengan bendera.
Tanya Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) dan mana-mana polis kanan bagaimana kumpulan seumpama itu begitu berani, dan mereka nampaknya akan menunding jari terhadap pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO), perundangan yang membenarkan tahanan pencegahan.

'Endless Possibilities' ... in Malaysia and Israel?

Aug 22: Whether or not it is a cruel coincidence that has befallen prime minister Najib Razak, Malaysians can brace themselves for another political storm.

This time, it centres on the government's latest 'branding plan' called "Endless Possibilities", which Najib said would complement the 1Malaysia slogan.

But several blogs have been busy surfing the net, with possibly disastrous outcome for Najib. Harakahdaily can now confirm that this is exactly the phrase used by the Israeli tourism ministry (right), as shown on its mini website to promote the Zionist state to outsiders (see here).


Not long ago, '1Malaysia' had put government leaders on the defensive, and it was not only due to the involvement of an Israeli-linked public relations firm Apco Worldwide, which billed the government millions of dollars in fees to polish Barisan Nasional's image shortly after Najib took over as prime minister in 2009.

It was the discovery a year later of a similar slogan, "One Israel", used by former Israeli leader Ehud Barak, which provided plenty of ammunition to cynics.

Then, opposition leader Anwar Ibrahim told parliament that Apco had played a similar advisory role in conceptualising Barak's "One Israel", a charge strongly denied by the public relations giant, whose list of clients is populated by dictators and governments suffering from legitimacy issues among their peoples.

When first reported by news site The Malaysian Insider that the slogan “Endless Possibilities” was to replace the failed 1Malaysia battlecry, Najib quickly assured that 1Malaysia was here to stay, and that "Endless Possibilities" was just to complement it.

"Endless Possibilities" will officially take off on September 17, a day after Malaysia Day celebrations. But will it land safely without crashing on the political landscape? That is a possibility Malaysians can only wait and see.

'Endless Possibilities' pun Najib ciplak dari Israel?


Menurut Najib semalam.. 'Endless Possibilities' bukanlah bagi menggantikan '1Malaysia' tetapi ianya adalah pelengkap kepada slogan '1Malaysia'..

Oleh itu selepas dilancarkan logo baru tersebut November ini slogan '1Malaysia' akan menjadi '1Malaysia, Endless Possibilities'.. sebut betul-betul.. '1Malaysia, Endless Possibilities'.

Ada sahabat yang bertanya.. macam mana Makcik- makcik dan Pakcik-pakcik kat Felda nak sebut slogan tu?.. aku pun tak tahu macam mana nak jelaskannya.

Dari segi strategi pemasaran, perlu kita akui bahawa tindakan Najib menggunakan slogan dengan Bahasa Inggeris itu adalah satu tindakan yang bijak dan tepat tambahan pula ianya bertujuan untuk pasaran global.

Jangan kita pertikaikan kebijaksanaan Najib dalam hal pemasaran untuk kebaikkan negara ini, lagipun kebijaksanaan Najib telah terbukti dalam mentadbir ekonomi negara..

Beliau telah berjaya meningkatkan hutang negara secara drastik.. satu pencapaian yang luar biasa tu, Anwar Ibrahim pun tak sanggup melakukan apa yang Najib dah buat tu..

Berbalik kepada slogan 'Endless Possibilities' itu semula..

Ada yang mendakwa firma consultant atau 'Con-Sultan' yang mencipta logo atau tema tersebut khusus buat Najib telah dibayar sebanyak RM30 Juta untuk tujuan itu, dan ianya belum dapat dipastikan lagi jumlah sebenar yang dihabiskan untuknya.

Walaupun berapa yang dibayar untuk mencipta logo tersebut ianya bukanlah menjadi masaalah jika kerja-kerja itu diserahkan kepada kroni Najib.

Tapi jika mereka dibayar sebanyak RM30Juta untuk menciplak dan mendakwa ianya adalah hasil kerja mereka, jumlah itu langsung tidak wajar..

Tahukah anda sebagaimana slogan '1Malaysia' yang didakwa berasal dari slogan '1Israel'.. 'Endless Possibilities' juga adalah slogan yang diciplak dari Israel?

'Endless Possibilities' adalah slogan yang telah digunapakai oleh Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosikan negara itu pada 22 April 2013..

Tengok ni..

Tak percaya klik di SINI

Ini kenyataan media dari Kementerian Pelancongan Israel itu.. Tajuknya 'Israel. One Place.Endless Possibilities'..



Alahai Najib.. apalah malang nasib Perdana Menteri ku ini dah kena kencing dengan con-sultan dia lagi rupanya.. kah.. kah.. kah..

Buat macai-macai UMNO yang nak menafikan bahawa slogan 'Endless Possibilities' itu diciplak oleh Najib..

Nasihat aku ialah sebelum nak hentam aku.. baca juga apa ulasan Blogger Pro UMNO Syed Akbar Ali, Admin OutSyed The Box dan juga Jebat Must Die tentang perkara ini..

Kesimpulannya dalam perkara ini ianya menyerlahkan betapa pentingnya untuk Ahli-ahli UMNO melantik orang-orang yang lebih bodoh daripada mereka sebagai pemimpin..

Tujuannya ialah supaya senang untuk mereka perbodohkan.. contohnya dalam hal slogan ini..

Najib dengan jayanya telah diperbodohkan oleh 'con-sultan' nya... kah.. kah. kah..

'Simbol 4 Jari' Simbol Perlawanan dan Keteguhan Rakyat Mesir

ANKARA -  Perdana Menteri Turki Recep Tayip Erdogan kembali mengecam keras pembantaian yang dilakukan junta militer Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung junta Militer lalu
Pada kesempatan itu, Erdogan juga 'melaunching' simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dibumi hanguskan oleh junta militer

. Secara sederhana simbol 4 jari untuk menunjuk icon Rabi'ah (dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah = Empat). Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai Simbol Keteguhan dann Perlawanan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

Simbol 4 jari dan hashtag #R4BIA ini sudah ramai dipakai oleh pengguna social media (twitter, fb) mulai Sabtu kemarin. #R4BIA menjadi simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan. Rab'ah berarti 4, maka simbolnya jari angka 4.

Berikut isi pidato Erdogan dihadapan massa demo pro Mursi di Turki
(disampaikan oleh @AryaSandhiyudha) :

Sekarang kita tuit 'speech' Erdogan terkait situasi trbaru: militer Mesir yg masuk ke Masjid Fatih menembaki & membunuhi demonstran.

Erdogan: Mereka yg gulingkan pemerintah sah di Mesir & telah abaikan suara rakyat, kini mulai membantai rakyat mereka sendiri.

Erdogan: Ribuan warga Mesir berjalan menuju syahid berhadapan dengan tank para pelaku kudeta militer.

Erdogan: Anda bisa nonton TV (live). Seorang Mesir berdiri di depan tank, tanpa ada batu di tangannya. Tapi dia tetap ditembak.

Erdogan: (Anda paham?) Tidak ada yg membantu pemerintah Mesir saat Morsi 1 tahun berkuasa. Baik Barat maupun Arab Teluk.

Erdogan: Kini. $16 Miliar bantuan dikirim segera oleh negara2 ArabTeluk bagi pemerintah kudeta. Kenapa semunafik itu? Mau sampai kapan?

Erdogan: Mereka (negara2 ArabTeluk) yang kirim bantuan $ 16 miliar kepada pemerintah kudeta di Mesir adalah mitra kudeta.

Erdogan: Jumlah martir yg dibantai kemarin & hari ini (di Ramses Square) sudah 600 jiwa. Mereka menembakinya di tempat ibadah selama berminggu-minggu.

Erdogan: Mereka membunuh 53 saudara Mesir kami saat mereka melakukan shalat subuh. Muslim macam apa ini?

Erdogan: Mereka tanpa ampun membunuhi anak-anak, perempuan, dan membakar rumah sakit.

Erdogan: Saya mengutuk semua serangan (militer) terhadap masjid dan gereja.

Erdogan: Muslim Brotherhood is protecting churches. But those "well-known Gezi media" (Western media) say 30 churches were burned.

Erdogan: They also burned our mosques in Syria and Egypt. Bashar or Sisi, they have no difference.

Erdogan: Kebuasan di Mesir mungkin juga dilakukan di negara lain, mungkin "mereka" inginkan kekacauan di Turki juga.

Erdogan: Sebab mereka tak ingin Turki digdaya di kawasan ini. Saudara-saudaraku, kita akan gagalkan semua rencana itu dengan kesabaran.

Erdogan: Mari do'akan Suriah & Mesir. 100.000 rakyat Suriah juga telah dibunuhi diktator di Suriah.

from istanbul to #r4bia, resistance symbol of all muslims #egyptmassacre #egypt #egyanticoup #anticoup

Emre Belözoğlu,  Turkish football player makes the resistance sign of #R4BIA after scoring.

Supporters of President Mohamed Mursi and the Muslim Brotherhood wave Egyptian flags during a rally in protest against the recent violence in Egypt, outside of the Eminonu New mosque in Istanbul August 17, 2013. REUTERS

Avatar simbol #R4BIA yang dipakai supporters Pro Mursi di social media (twitter, fb) silakan ganti ava sbg bentuk solidarity dan kepedulian anda !!

Kekuatan Ikhwan Muslimin luar biasa

Oleh Abd Shukur Harun
BEBERAPA anak muda pendukung Ikhwan Muslimin Mesir menulis nama dan alamat keluarga di lengan mereka sebagai persediaan jika terkorban di tangan tentera, maka mudahlah keluarga mengenalinya.
Ini adalah gambaran keberanian luar biasa pendukung Ikhwan menentang rejim tirani tentera yang membunuh ribuan penyokong Presiden Mesir yang sah, Dr Mohamad Morsi di Medan Raba’a Adawiyah dan kawasan lain.

Menurut sebuah laporan, jumlah pendukung Ikhwan melebihi 50 peratus penduduk Mesir yang berjumlah 83 juta orang. Belum lagi jumlah ahli Ikhwan di negara Arab lain. Apa yang berlaku di Mesir sekarang adalah siri tribulasi yang dialami oleh Ikhwan sejak ditubuhkan 80 tahun yang lalu dan terserlah lagi kehebatan ahli Ikhwan sejak berlaku rampasan tentera itu.
Pada Jumaat lalu demikian hebatnya ahli Ikhwan mempertahankan masjid di Medan Raba’a Adawiyah, tetapi akhirnya tentera membakar masjid itu dan ratusan orang tewas.
Hari berikutnya tentera menyerang pula Masjid Al-Fath di Ramsis dan membunuh ratusan lagi jemaah serta merosakkan masjid tersebut.
Pemimpin Ikhwan telah menyeru supaya semua ahli Ikhwan dan penyokong berhimpun di seluruh bandar di Mesir dalam apa yang dipanggil ‘Jumaat Yang Marah’. Arahan ini dipatuhi segera oleh mereka dan ketika rencana ini ditulis, berjuta-juta ahli Ikhwan sedang menuju di bandar-bandar besar untuk berhimpun. Beberapa pemuda Ikhwan memberitahu wartawan, “Kami sedang bersedia untuk syahid.”
Inilah keberanian dan tekad luar biasa pendukung Ikhwan.
Mereka sedang berjuang dengan darah dan air mata, pada ketika yang sama pemimpin dunia Arab yang kaya sedang bermewahmewah dengan makan minum dan berhibur.
Dalam masa yang sama, Amerika telah memberi bantuan tahunan sebanyak AS$1.5 bilion, kebanyakannya untuk memperkukuh tentera Mesir, sementara Arab Saudi, Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berjanji membantu Mesir sebanyak AS$12 bilion.
Inilah gambaran siapakah sebenaranya yang menentang Ikhwan dan rakyat Mesir yang menyokong Dr Morsi. Dalam masa yang sama Ikhwan menghadapi bukan saja rejim tentera yang selamanya memusuhinya tetapi juga golongan Kristian Koktip, golongan sosialis pendukung Gamal Abd Naseer, golongan Salafi dan golongan sekular yang lain.
Adapun pembunuhan beramairamai terhadap rakyat yang dilakukan oleh tentera Mesir pimpinan Abdel Fatah As-sisi adalah rancangan tentera untuk memulihkan kembali kuasanya seperti yang berlaku di zaman Gamal Abd Naseer, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak.
Menurut rancangan, tentera akan kembali menguasai sepenuhnya kehidupan rakyat Mesir dan ia akan disokong oleh Amerika, Israel dan negara Arab yang kaya, justeru semua negara itu amat takut kepada Ikhwan.

Egypt’s New Leader Is Unfit to Rule

TIME
Al-Sisi’s recent decisionmaking suggests a character that is deeply flawed, rash and dangerous
Yesterday, Egypt’s ruling authorities made two symbolic yet important decisions. The first is that former Egyptian President Hosni Mubarak, detained since the February 2011 coup that toppled him from power, is to be freed. The second is that the supreme guide of the Muslim Brotherhood, Mohamed Badie, is heading in the other direction. He’s going to jail, where he’ll join another former President, Mohamed Morsi, Egypt’s first elected Commander in Chief who was deposed last month by Defense Minister Abdul Fattah al-Sisi, the man who now calls the shots in Cairo.
Perhaps al-Sisi believes he is following Machiavelli’s advice to rulers, that people must either be caressed or crushed. However, showing leniency to Mubarak and baring his teeth at the Brotherhood, along with other decisions al-Sisi has taken over the past 40 days, give us an insight into the nature of the man and suggest a character deeply flawed, rash and dangerous.
We don’t have many biographical details about al-Sisi. The 58-year-old general was born and raised in Cairo. He received his commission in 1977, so he fought in none of Egypt’s wars. He trained in the U.K. in 1992, served as military attaché in Saudi Arabia and in 2006 attended the U.S. Army War College. The fact that he regularly consultswith Mohamed Hassanein Heikal, the 89-year-old Egyptian journalist who was a close confidante of Gamal Abdel Nasser, perhaps the greatest Arab nationalist hero, suggests al-Sisi is ambitious. A profile in the Daily Beast reveals little about al-Sisi that couldn’t be said of much of Egypt’s, or indeed all of the world’s, male population — he’s religious, conservative, keeps his own counsel and believes he is born to lead rather than follow. A professor who taught al-Sisi at the Army War College recalls that among all the Arab officers still reeling from the 2003 U.S. invasion of Iraq, the Egyptian officer exhibited more self-control than the rest.

Zionis Al Sisi sudah MAMPOS akibat serangan jantung ??

PETALING JAYA: Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dan kerajaan pimpinannya telah meninggal dunia akibat serangan jantung.
Rakyat Mesir, dunia Arab dan seluruh penduduk dunia meraikan kematian beliau, demikian menurut The Egyptian Gazette di bawah tajuk “General ‘Hitler’ Sisi has died” hari ini.Al Sisi dianggap sebagai penjenayah perang kerana terlibat dalam pembunuhan ribuan rakyat Mesir dan menghancurkan demokrasi di Mesir. Ramai yang merasakan bahawa keadilan telah terlaksana.
Beliau dilaporkan telah merancang untuk menjatuhkan Morsi sejak hari pertama beliau dilantik presiden dan Al Sisi mendapat bantuan kewangan sebanyak US$1 bilion dari Arab Saudi bagi melakukan kerja-kerja bagi menggulingkan Morsi.
Seorang yang dipercayai berbangsa Yahudi, al Sisi merupakan ketua pasukan tentera Mesir dan juga Menteri Pertahanan sejak 12 Ogos2012.Sebagai kepala tentera, beliau memainkan peranan penting dalam kudeta pada Julai lalu yang menyaksikan Morsi tersingkir berikutanprotes terhadap kerajaan pimpinannya yang hanya bertahan selama setahun.
Al Sisi kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Pertama, di samping mengekalkan jawatan Menteri Pertahanan.


 

sumber FMT

Ulama dunia perlu kutuk kekejaman As Sisi – Ulama Azhar

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Ulama Al-Azhar, Dr Hassan Shafie menyeru kepada ulama seluruh dunia di Arab Saudi,negara-negara Teluk, Syam, Iraq, Pakistan, India, Malaysia, Indonesia, Maghribi dan Benua Afrika bersuara bagi mengutuk kekejaman tentera Mesir terhadap penyokong Dr Mohamed Morsi.

“Wahai hamba Allah! dengarlah… ribuan cedera dan ratusan terbunuh, bukan berperang dengan zionis yang menceroboh tanah suci tapi membedil rakyat yang tidak bersenjata. “Kita tidak pernah menyaksikan peristiwa sebegini meskipun di zaman diktator tegar Presiden Jamal Abdul Nasir. Beliau tidak membedil penunjuk perasaan yang menentangnya pada tahun 1967,” kata Dr Hassan dalam satu kenyataannya baru-baru ini.
Beliau juga mempertikaikan suara- suara hak-hak asasi manusia di dalam dan di luar negara yang mendiamkan diri, sedangkan penyokong Morsi adalah manusia yang  telah ditumpahkan darahnya.
“Di mana perginya Dr Mohamed Baradie yang mengatakan bahawa Dr Morsi telah hilang kemuliaannya ketika seorang rakyat Mesir terbunuh pada zaman pentadbirannya?,” soal Dr Hasan lagi.

Mubarak keluar dari penjara, jadi tahanan rumah

Kaherah - Perdana Menteri Mesir Hazem al-Bablawi mengeluarkan keputusan memindahkan mantan Presiden Hosni Mubarak menjadi tahanan rumah pada Rabu 21 Julai waktu tempatan.

Mubarak "dibebaskan" setelah lebih dari dua tahun berada dalam sel tahanan. Demikian disiarkan Associated Press, Khamis (23/8/2013).

Pengumuman rasmi mengenai pembebasan Mubarak dibuat satu jam setelah pihak kehakiman Mesir mengajukan permohonan supaya Mubarak yang ditahan sejak April 2011 dibebaskan.

Pembebasan Mubarak bukan berarti tanpa adanya kontroversi, kebebasan ini justeru dikhuatirkan membuat keadaan Mesir semakin buruk. Langkah tersebut semakin memberikan petunjuk penggulingan Morsi Julai lalu adalah untuk mengembalikan rejim lama ke tampuk pemerintahan.

PM el-Beblawi dalam kenyataan rasminya mengaku jika "pembebasan" Mubarak sebagai salah satu langkah sukar untuk diambilnya pada bulan ini. Keputusan ini seperti membuka ruang kritik lebih besar pada pemerintah tentera Mesir dan kritikan dianggap akan muncul pada penghakiman terhadap Mubarak yang dijadual minggu depan.

Tentera Mesir ganasi saudara sendiri

Oleh Abu Firdaus
Hujah utama tentera Mesir membunuh para penunjuk perasaan yang menuntut supaya kedudukan Presiden Mohammad Mursi dipulihkan adalah kerana mereka menyifatkan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas yang perlu dibanteras. Tetapi siapakah yang menjadi pengganas dalam krisis ini? Adakah Ikhwanul Muslimin atau Angkatan Tentera Republik Mesir itu sendiri?

Yang banyak terbunuh dan kematian mereka akibat tempabakn langsung secara besar-besaran oleh pihak tentera Mesir adalah penunjuk-penunjuk perasaan itu. Maka yang pengganas sebenar ada;ah tentera Mesir dan bukannya Ikhwanul Muslimin. Sememangnya benar ada kelihatan orang tertentu yang menembak balik kepada polis dan tentera Mesir, tetapi mereeka tidak semestinya orang Ikhwanul Muslimin. Lebih-lebih lagi Ikhwanul Muslimin secara rasmi meminta anggotanya supaya tidak melakukan tindakan kekerasan. Tasmbahan pula, menembak balik terhadap tentera itu adalah tindakan mempertahankan diri kerana pihak tentera yang menyerang dan membunuh. Kini dilaporkan kerajaan yang merampas kuasa sedang menimbang untuk mengharamkan pertubuhan Ikhwanul Muslimin atas sebab disifatkannya sebagai pengganas. Sedangkan apa yang patut berlaku ialah tentera Mesir itulah yang patut diharamkan. Mereka bukan saja jentera keganasan tretapi juga pelanggar amanat rakyat dan negara Mesir apabila telah menggulingkan kerajaan Mursi.
Ini kerana Mursi menyandang jawatan presiden melalui proses demokrasi yang merupakan suara amanat rakyat Mesir. Kedudukan beliau itu adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang baru hendak dinikmati oleh Mesir. Tanggungjawab Mursi adalah untuk Mesir bagi pihak rakyat negara itu. Tentera Mesir sewajarnya tunduk kepada kerajaan pilihan rakyat yang berada pada kedudukan itu atas nama negara.
Memang benar bahawa sebahagian besar rakyat Mesir menolak Mursi. Dalam sebuah demokrasi mereka berhak untuk mengadakan tunjuk perasaan aman. Tetapi mereka tidak berhak untuk mengguloingkan kerajaan pilihan rakyat. Tunggulah sampai habis tempoh dan mereka pilihlah calon lain. Tetapi sebahagian besar mereka bukan saja menyokong tetapi mendokong penggulingan kerajaan sah oleh pihak tentera.
Ini bukan semangat demokrasi yang mencerminkan kehendak rakyat. Golongan ini yang antaranya dari kalangan liberal , sekular dan Kibti bukanlah pendokong demokrasi sebenar. Mereka hanya mahu demokrasi jika yang berkuasa adaalh golongan mereka. Tetapi apabila rakyat majoriti memilih prmimpin dari kalangan Ikhwanul Muslimin, mereka tidak dapat menerima dan melancarkan usaha menggulingkannya walaupun ia mengorbankan demokrasi dan negara Mesir itu sendiri.
Penentang Mursi yang terbesar adalah dari kalangan anak-anak muda liberal dikenali sebagai Tamarud. Golongan ini mengakui pejuang demokrasi dan menuduh Ikhwanul Muslimin sebagai sebuah gerakan Islam yang anti-demokrasi kerana mahu menegakkan negara Islam. Tetapi apa salahnya menubuhkan negara Islam yang sifat asasnya ialah demokratik juga. Kalaulah Ikhwanul Muslimin ini tidak demokrat, sudah lama ia berjuang mengangkat senjata dan menolak untuk melibatkan dfiri dalam proses pilihan raya dan demokrasi.
Tetapi Ikhwanul Muslimin menubuhkan partiu politiknya Parti Keadilan dan Kebebasan (JFP). Perkataan kebebasan itu sendiri menunjukkan ia bersifat inklusif mahu mengak serta semua golongan rakyat di Mesir. Namun bukanlah bererti Mursi, JFP dan Ikhwanul Muslimin tidak membuat kesilapan yang wajar dibantah. Tetapi pada keseluruhannya Ikhwanul Muslimin adalah pertubuhan yang menerima demokrasi sebagai jalan politik Islam. Walaupun JFP dan Mursi bukanlah menerima sokongan besar sangat dalam pilihan raya, tetapi mereka tetap berjaya meraih undiyang terbanyak dan berhak untuk mentadbir negara.

More outrage over Syrian amateur video

Persidangan khas Isu Mesir dan Timur Tengah

Pihak berkuasa Mesir teruskan operasi tahanan

Revolution Reversed: Egypt winds back clock as Mubarak to be freed

Mubarak to be placed under house arrest

Al Jazeera talks to Egyptian protestor

Kantoi..!!: Mitshubishi tiru proton wakaka!!

Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil Nasional Proton Taman Inderawasih dan kemudian muncul brader tak hensem bersama jentera Mitsubishi Lancer Sportback 2.4 Mivec warna biru parking tepi Proton Suprima S 1.6 Turbo Campro warna biru yang test-drive hanya untuk tangkap sekeping gambar kemudian berambus sambil tersenyum lebar.

wakakakaka ini serius menyayat hati gua sebab brader tu mungkin tak tau Mitsubishi yang tiru Proton! -Khairul Nadzmi

Kalaulah Kerajaan Negeri Kelantan, Pasti dikutuk, dicerca dan dimaki oleh UMNO

K'jaan Johor kawal pemilikan hartanah warga asing
Kerajaan Johor hari ini menyangkal dakwaan kenaikan harga rumah di negeri itu berpunca daripada pembelian oleh warga asing.


Sebaliknya kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Abd Latiff Bandi, kenaikan disebabkan banyak faktor termasuk harga tanah dan bahan binaan seperti simen, bata dan besi yang semakin meningkat.

Malah katanya bagi tempoh 10 tahun setakat Jun lepas, hanya 9,826 warga Singapura diberi kelulusan memiliki hartanah berbentuk kediaman dan rumah kedai di Johor.

Jumlah pemilikan hartanah oleh warganegara asing di negeri ini sentiasa dikawal mengikut peruntukan Bahagian 33 (A) Kanun Tanah Negara 1965 dan peruntukan Seksyen 433B undang-undang itu pula menetapkan warganegara asing hanya boleh memiliki hartanah selepas permohonan mereka diluluskan oleh kerajaan negeri, katanya.

Beliau menjawab soalan Ayub Jamil (BN-Rengit) pada sesi soal jawab isan, persidangan Dewan Undangan Negeri di Nusajaya.

Pada masa yang sama, beliau tidak menafikan kewujudan spekulator asing yang bertindak membeli kediaman dan menjualnya dalam tempoh singkat untuk mendapat keuntungan mudah sehingga menyebabkan peningkatan harga.

Bagaimanapun katanya bilangan mereka tidak ramai dan kerajaan menangani perkara itu dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Ayub yang ingin tahu sama ada kenaikan harga kediaman juga disebabkan kewujudan kegiatan spekulator asing.

Mesir Berdarah: Dataran Nahdhah jadi padang jarak padang terkukur



MESIR: Beginilah keadaan Dataran Nahdhah yng terletak di daerah Giza ditengah-tengah Kota Kaherah. Ia kini bagaikan ‘padang jarak padan tekukur’. Tiada lagi ribuan penyokong presiden Morsi yang berkhemah secara aman di kawasan yang terletak berhadapan Universiti Kaherah ini.

Serangan berdarah dengan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan oleh pihak tentera dan polis menyaksikan beratus-ratus rakyat awam yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam.

Khemah-khemah sementara telah dirobohkan oleh pasukan polis. Hospital bergerak yang terletak dalam kawasan Nahdhah yang berterusan menerima mangsa yang terkorban dan ratusan yang cedera juga telah dirobohkan.

Jumlah kematian di Dataran Nahdhah ini dianggarkan melebihi 300 orang dan beratus-ratus lagi rakyat awam yang cedera parah akibat tembakan dan gas pemedih mata.

Menurut saksi-saksi kejadian, Dataran Nahdhah ini kebanyakannya menghimpunkan anak-anak muda mahasiswa dari pelbagai universiti di seluruh Mesir. Dataran ini juga merupakan tempat perhimpunan kedua terbesar penyokong presiden Morsi selepas Dataran Rabaa. Ia mula di serang sebaik sahaja selepas solat Fajr di mana pihak polis dan tentera mengambil kesempatan kerana jumlah penyokong presiden Morsi di dataran ini berkurangan selepas solat Subuh.

Mesir telah bangun dari tidurnya..!!!

Kegagalan tentera memahami demokrasi merupakan satu kesilapan paling besar.

Oleh Abu Hamzah
Peristiwa berdarah pembantaian rakyat oleh tentera rejim Mesir yang baru adalah satu pelanggaran hak asasi manusia. Satu jenayah berat yang langsung tidak diendahkan oleh badan-badan dunia besar seperti Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Negara-Negera Islam (OIC), Liga Arab dan badan-badan dunia lain walaupun peristiwa itu sudah melewati seminggu.
Keadaan huru-hara di Mesir, tidak seperti peristiwa-peristiwa berdarah lain yang selalunya mendapat kecaman terus menerus. Umum juga perlu memahami bahawa warga awam yang terkorban itu tidak semestinya orang beragama Islam tetapi juga penganut Kristian dan lain-lain lagi.
Persoalan sedikit atau banyak bukan lagi isu. Yang utama ialah kenapa pembantaian begini berlaku di dalam sebuah negara yang dikatakan mempunyai sejarah tamadun bangsa yang lama? Malah tidak pula dikecam oleh sesiapa pun yang kononnya mendokong hak-hak asasi manusia?
Saya pernah mengikuti proses pendemokrasian di Mesir sebagai pemantau pilihanraya pasca rejim Hosni Mubarak. Rata-rata rakyat Mesir yang berpesta menyambut demokrasi adalah anak muda kelas pertengahan yakni golongan yang arif berkomunikasi secara berinternet.
Berbanding dengan keadaan dan gaya hidup penduduk Mesir di luar kota-kota besar atau pusat-pusat pelancongan yang mana kehidupan harian berkisar cucuk tanam, berkeldai dan beratur untuk mendapatkan gas memasak seperti di Assiut, Sohag dan negeri-negeri Delta Nil.
Orang-orang kampung tidak mendapat impak dari apa yang berlaku di Tahrir Square. Bagi mereka, ibu kota Kaherah adalah satu negara lain. Kalau dulu di zaman Mubarak, seseorang yang ingin keluar dari daerah perlu mendapat pengesahan pihak polis.
Checkpoint polis dan tentera ada di mana-mana sahaja. Melawat Piramid Giza samalah seperti orang kampung di Malaysia melawat Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon!
Ketika Tahrir Square dipenuhi warga yang berprotes aman mahukan sebuah kepimpinan baru yang lebih baik, masyakarat golongan tani terus diketepikan. Protes di Tahrir Square diadakan atas sambutan solidariti kepada warga Tunisia yang memprotes pentadbiran rejim Ben Ali. Mereka lantang menyuarakan kebencian terhadap Feloul (anggota dan ahli Parti Demokratik Nasional).
Gelanggang politik
Ketika ini, pilihan mereka bukanlah sesiapa pun. Melihat akan peluang untuk dilihat relevan dan mahu menjadi moderator, institusi tentera  – Supreme Council of Armed Forces -  mula masuk gelanggang politik secara langsung – meminta Hosni Mubarak berundur selepas beberapa peristiwa berdarah yang melibatkan 200 nyawa.
Pada mulanya, tentera Mesir dikagumi kerana memihak kepada rakyat lalu mereka dianggap neutral. Rakyat yang pernah hidup di zaman Presiden Gamal Abdel Naseer mula beromantisan agar Mesir terus dipimpin pemimpin nasionalis, berwawasan yakni berlatar-belakangkan ketenteraan. Tongkat kuasa telah beralih tangan.
Memang diketahui bahawa kelompok Ikhwanul Muslimin yang diharamkan pemerintah Mesir selama enam dekad telah jitu berpersatuan demi tuntutan wadahnya. Begitu sampainya proses demokrasi yang dituntut majoriti rakyat, maka bermulalah pengembaraan Ikhwanul Muslimin di dalam dunia yang serba tak menentu. Tarikh pilihanraya dipersetujui. Saf dirapatkan. Dana dicari. Kempen bermula.
Pengalaman berpersatuan dan berstruktur sewaktu diharamkan dijadikan asas kemenangan besar di dalam dua pilihan raya (Dewan Parlimen dan Majlis Shura). Kuasa yang diingini mulai dikecapi sedikit demi sedikit.
Tiba pula pilihanraya Presiden yang mana selepas berkempen lebih dari dua bulan dan melalui dua proses saringan, wakil Ikhwanul Muslimin – Dr Mohammed Morsi menang dengan majoriti undi kecil dengan lawannya Ahmed Syafik, mantan menteri di bawah pentadbiran Mubarak.

Syiah yang bunuh Husain bukan Yazid

Maut Untuk Morsy! Maut Untuk al-Qaradhawi! Maut Untuk Musuh Syiah!

Video Serangan Tentera Zionis As Sisi Di Masjid As-Salihin Mesir !

Isu CCRIS & PTPTN: Siapa buat drama Melayu?

Awal minggu ini anak muda terutama peminjam PTPTN dikejutkan dengan UGUTAN Menteri Pendidikan Dato Idris Jusoh yang mahu blacklist nama peminjam PTPTN yang tidak membayar hutang PTPTN di sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) Bank Negara.
Apa itu CCRIS?
Jika nama peminjam tersenarai  dalam CCRIS ini maka anda tidak boleh membuat sebarang pinjaman  daripada bank atau institusi kewangan kerana nama telah disenaraihitamkan. Jadi, anda tidak boleh membeli kereta, rumah dan membuat pinjaman peribadi.
Drama Politik
Cadangan ugutan CCRIS ini telah mendapat kritikan keras anak muda di Twitter sejak Isnin lps dan antara politikus yang terawal membantah dan menerangkan bab CCRIS ini ialah Rafizi Ramli.
Kemudian harini Menteri KBS, Khairy Jamaluddin  juga membantah cadangan pengunaan CCRIS ini dan isu ini juga telah dibincangkan pada Mesyuarat Kabinet.
Apa yang menarik selepas mesyuarat Kabinet, Khairy Jamaluddin dengan bangganya mengumumkan pembatalan langkah penggunaan CCRIS ke atas peminjam PTPTN.
Persoalan di sini :
1) Siapa KJ mendahului Menteri Pendidikan dalam membuat pengumuman soal pembatalan CCRIS ini?
Orang lain yang umum orang lain pula yang menjawab?
2) Kerajaan BN sendiri buat keputusan, kerajaan sendiri yang batal ? Yang dapat nama ialah Khairy Jamaluddin KJ.
Konon dengar suara anak muda atau ini strategi politik menjelang pemilihan?

AES :Lagi ‘flip-flop’ BN untuk untungkan kroni



aes-johariSHAH ALAM, 22 OGOS: Tindakan ‘flip-flop’ Kerajaan Umno-BN dalam beberapa isu yang melibatkan pengambilan wang rakyat dilihat seolah-olah sengaja dilakukan bagi membolehkan pemimpin-pemimpin Umno/BN menyalurkan keuntungan kepada para kroni.
Ini termasuklah pengumuman terbaru kerajaan yang bercadang untuk mengambilalih Operasi Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti yang diumumkan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata tidak mustahil kerajaan sudah merancang pengambilalihan operasi AES sebelum sistem perangkap had laju berkamera itu memulakan operasinya tahun lalu.
Johari yakin tindakan kerajaan tersebut diambil ekoran respon dari bantahan yang dibuat rakyat dan pembangkang.
Beliau juga menjangkakan pengambilalihan ini akan melibatkan pengaliran dana kerajaan kira-kira RM1 bilion kepada dua syarikat pengendali terbabit, sekaligus merugikan rakyat.
“Ini bukan dasar ‘flip-flop’, tetapi memang ‘di-design’ untuk ‘flip-flop’ sebab sepatutnya projek seperti ini perlukan tata kelola yang betul, kajian mendalam termasuk ahli akademi dan respon dari persatuan berkaitan.

Mesir: Media asing berdepan ancaman serangan regim zionis As Sisi

 
(Antara jurufoto media asing yang membuat liputan pembantaian di Medan Raba'ah pada 14 Ogos lalu)

MESIR: Kerajaan sementara Mesir yang kini sedang berusaha menutup kekejaman mereka terhadap rakyatnya, bertindak mengancam media asing yang didakwa mereka sebagai berat sebelah dalam membuat laporan khususnya berhubung beberapa siri serangan dan pembunuhan yang berlaku.

Sehingga kini sejumlah wartawan telah ditahan, diserang malah ada yang terkorban ditembak penembak tepat sewaktu sedang merakam gambar dan membuat liputan siri-siri serangan tentera terhadap rakyat.

Beberapa laporan media menyebut Agensi Maklumat Negeri telah mengeluarkan kenyataan kepada wartawan pada Sabtu lepas, menjelaskan isu-isu yang dilihat sebagai media berlaku tidak adil.

Laporan itu antara lain menyebut bahawa pihak kudeta merasakan kepahitan dan keperitan terhadap beberapa saluran media Barat yang berpihak kepada Ikhwanul Muslimin dan tidak mengendahkan keganasan yang telah dilakukan oleh kumpulan ini.

Krisis Mesir: Firaun moden bakar masjid, hospital

US, UN Demand Information on Alleged Gas Attack

UN holds emergency meeting on Syria attack

Al Jazeera's Bernard Smith on Mubarak trial

Malaysiaku: Atuk, nenek brutal..!!!

Sungai Siput: Hanya kerana wang RM36 yang hilang, satu pasangan suami isteri warga emas bergaduh hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah dalam kejadian di kampung baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, pasangan terbabit ‘berperang’ apabila si isteri berusia 66 tahun menuduh suaminya yang berusia 73 tahun mencuri wang.
Sumber polis berkata, tuduhan isterinya menyebabkan si suami menetak kepala isterinya dengan parang, manakala si isteri mempertahankan dirinya dengan tukul besi.

Berdasarkan siasatan awal, si isteri berjaya merampas parang yang digunakan suaminya itu sebelum membalas serangan dengan menetak suaminya pula.

“Tidak cukup dengan itu, si isteri turut menyimbah minyak panas ke atas suaminya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan yang didengari jiran mereka.

Apa kaitan tidak bayar saman dengan kemalangan..??


KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan pihak berkuasa supaya tidak sesekali menduga kemarahan rakyat apabila sering kali menghadirkan cadangan yang tidak berperikemanusiaan.

Justeru, SAMM melihat pengumuman Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam bahawa seramai 1.7 juta pemandu yang disenarai hitam oleh polis trafik supaya dibatalkan lesen memandu jika enggan membayar baki tertunggak saman lalu lintas, adalah keterlaluan dan umpama hilang kewarasan.

“Cadangan 'jahat' ini dilihat lebih menjengkelkan dengan alasan kononnya tidak berpuas hati dengan keputusan statistik kemalangan Ops Selamat ketika Aidilfitri lalu.

“Apakah kaitan antara tidak bayar saman dengan peningkatan jumlah kemalangan?” tanya beliau dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, jika KPN tidak berpuas hati dengan statistik kemalangan, sila buat kajian lebih terperinci punca kemalangan berlaku, sudah pasti bukan kerana pemandu tidak membayar saman.

Namun, ujarnya pemikiran yang mungkin dipengaruhi oleh kedudukan kantung kewangan kerajaan maka lahirlah idea yang menafikan hak untuk rakyat memandu.

“Apalah nasib rakyat Malaysia, dari menteri sampai ke polis, semuanya seolah berniat untuk menganiaya rakyat,” ujarnya.

Syiah:Betul atau salah serah kepada masyarakat?

Zahiruddin Zabidi

Islam adalah agama yang menetapkan umatnya bersikap wasath. Meskipun wasatiyyah kemudian diterjemahkan sebagai kesederhaan atau moderate namun ia tidak menepati dimensi wasath yang dijelaskan oleh al-Qur’an dan yang dipraktiskan dalam al-Sunnah. Prof Dr Shaykh Yusuf al-Qaradawi antara yang banyak menulis dan memberikan komentar terhadap konsep pemikiran wasatiyyah dalam bukunya.
Al-Wasath menurut Imam Ibn Kathir r.h. dalam tafsirnya adalah ‘pilihan yang terbaik’, ummatan wasath adalah umat yang sentiasa membuat pilihan yang terbaik berdasarkan neraca al-Qur’an dan al-Sunnah. Seerti dengannya adalah khayra ummah yakni umat yang terbaik. Wasath juga seringkali dinisbahkan sebagai al-`Adl (keadilan) dan al-Hikmah (kebijaksanaan). Semuanya berkenaan dengan melakukan sesuatu pada tempat yang terbaik, masa terbaik, keadaan terbaik, pemilihan terbaik dan seumpama.
Semua sifat dan sikap di atas hanya dapat dicapai dengan ilmu, dan sebagai seorang Muslim yang mana Islam adalah agama yang meletakkan ilmu dan aktiviti keilmuan (intelektual) di tempat sangat utama dan tinggi, istilah murid (mim-waw-ra-ya-dal) yang bermaksud orang yang berkehendak (barangkali istilah ini kemudian dipinjamkan dalam bahasa Melayu menjadi ‘murid-murid’) adalah istilah yang sesuai bagi seorang Muslim yang sentiasa cintakan ilmu secara kolektif dan bukan secara partikal sahaja.
Justeru sebagai seorang murid paling tidak ada empat perkara yang mesti dihapuskan dalam diri seseorang itu:
1. Taqlid buta: Mengikuti seseorang, amalan atau pemikiran tanpa ilmu yakni hujah dan dalil yang sahih daripada al-Qur'an dan al-Sunnah khususnya dalam bab aqidah dan ibadah 2. Ta`asub: Kepada diri sendiri, individu (biasanya dalam ajaran sesat dan pengikut memang dimanipulasi untuk ta`asub kepada kesaktian yang direka-reka, kumpulan (biasanya dalam jemaah atau parti politik) dan ideologi (Komunisme, Nasionalisme, Liberalisme, Feminisme dll.) 3. Jumud: Menyempitkan ajaran agama yang luas berdasarkan kefahaman sendiri yang tidak menepati Islam sebagai agama rahmat 4. Ghuluw: Melampau dalam segenap segi sama ada dalam memudahkan dan menyusahkan, menghalalkan pertumpahan darah atas nama agama dan melakukan sesuatu atas nama agama sedangkan tidak menepati langsung ajaran agama itu sendiri.
Apabila bertaqlid buta tanpa ilmu yang sahih berasaskan al-Qur’an dan al-Sunnah, seseorang akan menjadi ta`asub secara membabi buta, seterusnya menjadi sangat jumud dan akhirnya membuahkan tindakan ekstrem/melampau yang mungkin diyakininya atas nama agama namun hakikatnya atas kehendak nafsu individu yang berkepentingan.
Keempat-empat ciri ini adalah antara berpunca daripada kejahilan individu dan masyarakat yang akhirnya menyebabkan fitnahnya terpalit kepada Islam semula. Banyak perkara yang terpesong daripada aqidah dan syariat Islam berpunca daripada empat sikap ini yang menguasai individu dan masyarakat Muslim. Contoh yang paling mudah adalah dengan meninjau modus operandi ajaran sesat yang muncul selama ini.
Syria, Syiah dan Malaysia
Krisis kemanusiaan di Syria yang masih berlanjutan menyebabkan pelbagai persoalan muncul dalam mencerap apakah isu sebenar di sana dan apakah pula jalan penyelesaiannya? Secara umum ada tiga isu berlegar di sana iaitu; 1. Pertembungan Syiah dan Sunni, 2. Pertembungan negara blok Sosialis dan blok Kapitalis, 3. Pertembungan mauqif (ketetapan pendapat) sesama ulama sunni sendiri termasuk gerakan Islam dalam isu Syria.

Dasar Flip-Flop: Bincang dahulu, jangan kelirukan rakyat


TEMERLOH: Kabinet perlu berbincang semasak-masaknya dahulu sebelum mengumumkan sesuatu dasar supaya tidak mengelirukan rakyat, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta menulas mengenai penarikan balik Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) yang menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) oleh kabinet.

Katanya, ini penting supaya pengumuman yang tergesa-gesa kemudian ditarik balik, tidak mengelirukan rakyat.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata demikian pada sidang media sselepas mempengerusikan mesyuarat PAS negeri di sini, semalam.

CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.