Isnin, 19 Ogos 2013

Egypt: Eyewitness claims dead detainee's bodies show torture signs

Surprise court .. Patent Hosni Mubarak - Video acquitted Mubarak pronunciation

MEDIA LIDAH BIAWAK RASMI UMNO, UTUSEKS MELOYA LAPOR PELAMPAU PUNCA MESIR BERGOLAK!

Langsung tiada akhlak punya media lidah biawak rasmi UMNO....Bertambah benci dan meluatlah rakyat kepada UMNO...Utusan ingat rakyat ini bodoh baghal macam para penyokong tegarnya.

Semalam akhbar Utusan menyiarkan satu laporan agensi berita yang bertajuk ‘Pelampau punca Mesir bergolak’ yang memetik kenyataan penasihat Presiden sementara Mesir, Mostafa Hegazy yang merujuk gerakan Ikhwan Muslimin yang menyertai perhimpunan pro Morsi sebagai pelampau.

Berita itu disiarkan di muka surat 20 dan juga di Utusan Online.


Oleh itu Ikatan Muslimin Malaysia menggesa akhbar Utusan agar menarik balik satu laporan berita yang disiarkan dalam akhbar itu yang mengatakan gerakan Ikhwan Muslimin sebagai pelampau yang menjadi punca pergolakan Mesir.


Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman berkata, laporan itu disifatkan sebagai laporan yang berat sebelah dan tidak benar sama sekali.


Beliau juga menggesa agar Utusan dan media tempatan lain lebih berhemah dalam membuat laporan dan tidak hanya berpandukan kepada laporan berita agensi-agensi berita barat sahaja.


Sebaliknya mengambil kira sama laporan dari media baru seperti facebook dan twitter yang mendedahkan keadaan sebenar kekejaman tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak bersalah namun ia tidak mendapat liputan media arus perdana tempatan dan antarabangsa..


Itu pasal Utusan yang juga merupakan Lidah Rasmi UMNO, berikut pula apa yang telah dikesan sebagai berita bohong..


Laporannya mengenai gambar di bawah.. yang kononnya digambarkan sebagai apa yang berlaku pada hari Jumaat lalu.


Menurut 'Menteri Luar Mesir' pada satu sidang akhbar yang turut dihadiri oleh wartawan-wartawan akhbar luar negara, gambar di bawah ini adalah penyokong Morsi yang bersenjata..


Hakikatnya ialah yang kononnya didakwa sebagai penyokong Morsi masih memakai baju musim sejuk sedangkan sekarang musim panas di Mesir.


UTUSAN MALAYSIA KAKI PENIPU DAN PEMFITNAH NOMBOR SATU DALAM DUNIA!!!!!.. BELUM PERNAH JUMPA LAGI MEDIA SEJIJIK UTUSAN MALAYSIA YANG KERJA DIA SIANG MALAM MENIPU DAN MEMFITNAH!!!!

Mahathir Hantar Mesej Perang Kepada Najib..!!

Oleh Mohd Sayuti Omar
Mahathir mencadangkan MAS diswastakan untuk mengelakkan kerugian. Ramai terkejut kenapa tiba-tiba bekas PM itu mencadangkan demikian. Apakah dia sudah ada cadangan atau angan-angan untuk memiliki MAS? Sudah ada prokasi? Selama dia menjadi PM, MAS sudah pun rugi tetapi tidak dibuat cadangan itu.

Saya melihat cadangan Mahathir itu bukan main-main. Ia ada maksud tersirat. Apakah dia mahu memberi apa-apa mesej kepada Najib Razak? Sebelum ini Mahathir mengeluarkan pendapatnya yang BR1M yang diberikan Najib kepada rakyat tidak memberi kesan. UBN tetap kalah juga. Mahathir juga dalam nada sinikal mengatakan dia tidak sangka UBN kalah teruk ditangan Najib.
Apakah cadangan Mahathir itu untuk memperli Najib? Walaupun sudah ada usaha dibuat Najib untuk menyelamatkan MAS dari bankrup tetapi Mahathir tetap memahat yang bunyinya menyenakan Najib. Apakah Mahathir ada maksud lain?
Hari ini Najib membuat kenyataan menjelaskan yang MAS tidak akan diswastakan kerana ia sudah disenaraikan di Brusa Saham dan menjadi milik Khazanah Nasional dan berkepentingan awam? Apakah tindakan Mahathir itu sengaja untuk mengusik Najib atau menghulurkan mesej agar Najib bersiapa sedia untuk ditentang? Begitukah. Mahathir sedang mencari point untuk bergaduh dengan Najib kemudian mengarah Muhyiddin lawan Najib.

Jakim minta umat Islam solat hajat untuk Mesir

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini meminta seluruh umat Islam Malaysia mengadakan solat hajat dan qunut nazilah pada bila-bila masa bagi mendoakan supaya Allah SWT mengembalikan keamanan dan menghentikan kezaliman di bumi Mesir.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata sempena Syawal ini, Jakim menyeru seluruh umat Islam di negara ini agar tidak melupakan musibah yang sedang menimpa saudara seagama di Mesir yang kini bergolak.

"Dengan berita-berita kematian amat menyedihkan yang dilaporkan saban hari, Jakim mengajak masjid-masjid di seluruh negara agar mengadakan solat jenazah ghaib dengan harapan semoga Allah SWT mengampunkan dan merahmati para jenazah kaum muslimin yang gugur dalam krisis tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Othman berkata sebagai umat Islam yang bernaung di bawah negara Islam seperti Malaysia, adalah tidak wajar sama sekali jika terlupa dan terlalai walaupun seketika dalam membantu saudara seMuslim di mana pun mereka berada biarpun dengan sepotong doa.

Situasi keselamatan di Mesir kini tidak menentu apabila bilangan angka korban semakin meningkat selepas pasukan keselamatan Mesir melancarkan tindakan kekerasan ke atas penyokong bekas presiden yang digulingkan, Dr Mohammed Mursi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al-Nahda di Kaherah minggu lepas. - Bernama

Negara Aman: 5 maut berbalas tembak dengan polis

GEORGETOWN: Polis mengesahkan lima lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Sungai Nibong di sini awal pagi tadi terbabit dalam beberapa jenayah senjata api.
Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata mereka yang mati dikenali sebagai J Gobinath, 31, R Ramesh, 27, A Vinut, 23, M Suresh, 25, dan M Gobinath, 21.
Polis juga menemui tiga pucuk pistol yang digunakan oleh penjenayah terbabit iaitu jenis Noricho berwarna perak, Revolver .38 berwarna perak dan Walther PPK berwarna hitam.

Kesemua mereka mempunyai alamat terakhir di negeri ini.

Beliau berkata para penjenayah terbabit dapat ditumpaskan hasil maklumat awam dan risikan apabila sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan Khas (D9) Pulau Pinang dengan bantuan JSJ D9 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta D9 Kedah menyerbu sebuah apartmen sewaan di Century Bay di Sungai Nibong pada jam 4.30 pagi.

Negara Aman: ‘Bom’ dari siling Pulak, macam-macam hal....

Kota Bharu: Seorang kanak-kanak hancur tangan kiri selepas sebuah bungkusan yang jatuh dari siling rumah tiba-tiba meletup ketika sedang mengira duit raya di ruang tamu rumah neneknya di Kampung Bukit Awang, Pasir Puteh, Jumaat lalu.
Kejadian jam 8.45 malam itu menyebabkan Mohd Harith Danial Errman, 8, dikejarkan ke Hospital Besut sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini.

Dia turut menerima beberapa jahitan apabila turut tercedera di mulut.

Ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah kerana pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti sempena Aidilfitri.
FotoMOHD Harith Danial turut cedera di mulut.

Bagaimanapun, bapanya, Errman Mohd Yusof, 35, yang bekerja sebagai pemandu lori bergegas pulang melihat anaknya di hospital sebaik dimaklumkan kejadian itu.

Mike Hanna discusses EU statement about Egypt

Mengenang Setahun Pemerintahan Dr Morsi

Klik Link : "https://www.facebook.com/video/embed?video_id=1412033569016699"

Klik Link: "https://www.facebook.com/video/embed?video_id=1411730019047054"

Ops cantas: Polis tahan 200 individu

GEORGETOWN - Polis menahan 200 orang dalam operasi besar-besaran dipanggil Ops Cantas di seluruh negara sejak Sabtu lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, operasi itu bagi mengesan bekas banduan di bawah Ordinan Darurat.

"Mereka yang ditahan sedang disiasat menurut Akta Pencegahan Jenayah dan boleh ditahan sehingga 72 hari dan selepas itu kes dikemukakan di mahkamah," kata Khalid pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontijen Pulau Pinang, di sini hari ini.

"Bermula Sabtu lepas, kita mulakan satu gerakan operasi besar-besaran terhadap geng kongsi gelap, sarang-sarang pengedar dadah, sekatan jalan raya dan pemeriksaan mengejut di pusat hiburan serta restoran 24 jam yang menjadi tempat berhimpun kumpulan-kumpulan kongsi gelap," katanya.

Beliau berkata pihaknya sedang berunding dengan Jabatan Peguam Negara untuk menjalankan perintah sekatan dengan menggunakan alat pemantau elektronik pada mereka yang ditahan.

"Kita juga mahu pelanggaran di bawah Akta Pencegahan Jenayah dianggap satu kesalahan serius yang boleh dikenakan hukuman berat supaya menjadi pengajaran kepada pesalah," katanya. - Bernama

Mahfuz: Gagal lunas hutang Kuin tanda k'jaan BN lemah

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan alasan Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir yang tidak mampu untuk membayar hutang pembinaan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) membuktikan kerajaan negeri lemah.

NONEMahfuz (kiri) yang juga pesuruhjaya PAS Kedah berkata, kerajaan BN negeri boleh memohon bantuan pusat bagi melunaskan hutang pembinaan kampus induk di Kuala Ketil yang menurutnya berjumlah kira-kira RM50juta setahun.

"Dia kerajaan negeri BN, dan kerajaan pusat BN. Takkan dia tidak mampu untuk mendapat back up daripada kerajaan pusat untuk membayar hutang.

"Memang kita (kerajaan Pakatan Rakyat) akui membuat (pinjaman) hutang dengan Bank Islam dan Affin Bank untuk membina kampus baru KUIN untuk menaik taraf jadi universiti penuh.

"Tiba-tiba, kerajaan sekarang berundur ke belakang. Kosongkan kampus sana dengan alasan tak mampu bayar hutang. Saya fikir, menteri besar tak mampu nak bayar hutang, (jadi) kerajaan (negeri ni) lemah betullah," katanya dalam sidang media hari ini.

Malah, katanya, berdasarkan rekod, kerajaan Pakatan melunaskan hutang kerajaan pusat berjumlah RM25juta yang ditinggalkan oleh BN sebelum 2008 bagi pembiayaan pembinaan bangunan baru pentadbiran di Wisma Darul Aman.

Mahfuz juga ahli parlimen Pokok Sena mengulas keputusan kerajaan negeri memutuskan untuk memindahkan semula semua fakulti di kampus Kuala Ketil ke kampus Kuin di Alor Setar.

Dedah minit penubuhan Insaniah Holdings

Persatuan Bekas Polis S’wak bakal keluar daripada Persatuan Pusat

Permohonan kita melalui persatuan pusat tidak sampai kepada pihak kementerian kerana pergolakan kepimpinan.
KUCHING: Pergolakan kepimpinan di peringkat pusat menyebabkan Persatuan negeri mengambil langkah bergerak sendiri bagi memudahkan urusan untuk ahli.
Presiden Persatuan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wan Junaidi Tunku Jaafar mengumumkan perkara ini berkata PBPM Sarawak masih berada dalam badan pusat sehingga kajian perlembagaan yang dibuat sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan mengenainya dibuat.
“Keputusan ini selari dengan usul dibuat PBPM Sarawak pada Ogos 2009 di mana 10 cawangan persatuan dari sepuluh bahagian seluruh negeri setuju untuk keluar daripada badan pusat itu,”katanya.
Beliau menegaskan bahawa masalah pergolakan kepimpinan membuatkan tuntutan ahli dalam hal tertentu tertangguh.

ADUN Kadamaian sertai PBRS?

Ada ahli PBRS mendakwa Uku sudah bertemu dengan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup

Oleh: Nuraniz Ghaus

KOTA BELUD : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Jeremy Uku Malajad, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikhabarkan akan menyertai Barisan Nasional (BN) melalui Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Khabar angin tersebut mula bertiup di pekan ini hari ini dan bertambah kencang sebab ada ahli PBRS di sini mendakwa Uku sudah bertemu dengan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Setakat ini PBRS hanya mempunyai seorang ADUN iaitu Datuk Ellron Angin dari Sook dan seorang anggota parlimen iaitu Kurup sendiri dari Pensiangan.
Menurut desas-desus di Kadamaian sekarang, Kurup dikatakan dijangka mengumumkan penyertaan Uku ke parti itu minggu depan.
Ketika dihubungi FMT petang ini mengenai desas-desus itu, Uku mengesahkan bahawa desas-desus itu hanyalah khabar angin buat masa ini.
“Belum ada. Itu khabar angin,” jawab Uku dalam teksnya bila ditanya ada khabar menyatakan beliau akan menyertai PBRS tidak lama lagi.

Mana janji Zahid kepada tahanan ISA?

SUARAM mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab itu

PETALING JAYA: NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempersoalkan janji Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini mahu mengumumkan berita baik kepada keluarga tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Namun, sehingga sekarang tiada sebarang tanda daripada Naib Presiden Umno itu sebaliknya dilihat hanya mengguris sensitviti tahanan dan keluarga dengan hanya memberikan janji palsu.
“Jika niat Zahid hanya sekadar ingin mempermainkan perasaan para keluarga tahanan ISA dan meraih populariti murahan, maka SUARAM
mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan menyifatkan ia sebagai kejahilan Menteri dalam menjaga sensitiviti
tahanan ISA dan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zahid pada 11 lalu dalam laporan media berkata anggota keluarga kepada tahanan ISA yang kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan 2012 (Langkah-langkah Khas) (Sosma) bakal menerima “berita baik” menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Namun tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia bermaksud mahu membebaskan kesemua tahanan selaras dengan pemansuhan akta lapuk tersebut.
Penyelaras Suaram Syukri Razab berkata, sehingga hari ini lapan orang tahanan ISA masih berada di Kem Tahanan Kamunting, lima daripadanya warga tempatan, seorang warga Sri Lanka, seorang Indonesia, dan seorang Filipina.
Katanya, ini merupakan kali kedua tahanan ISA dan keluarga diberikan harapan palsu; kali pertama semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemansuhan ISA pada 15 September 2011 yang disambut penuh gembira oleh tahanan ISA dan keluarga.

Hilang sokongan Punca Rakyat Dingin Kibar Jalur Gemilang


benderaSHAH ALAM, 19 OGOS: Kegagalan kerajaan menyediakan peluang ekonomi yang baik selain majoroti rakyat tidak menyokong kerajaan sedia ada menjadi kayu pengukur hilangnya minat rakyat untuk mengibar jalur gemilang disaat menjelang hari kemerdekaan hujung bulan ini.
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata perkara ini berlaku apabila pemimpin yang menjadi pemerintah tidak menghiraukan kebuntuan rakyat terhadap ekonomi dan keadaan hidup yang menekan.
Menurut Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda (AMK) berkata sikap kerajan yang mempolitikkan segala isu menyebabkan rakyat muak dan menolak Umno/BN.
“Rakyat telah menolak kerajaan minoriti BN selain sejarah yang di momokkan kepada rakyat semuanya berkisar kepada sejarah perjuangan pemimpin Umno dan bukannya sejarah pejuang kemerdekaan negara.
“Walhal rakyat sekarang yang celik mula memahami sejarah merasakan bahawa ianya tidak betul kerana fakta-fakta lain menyatakan kumpulan lain turut terlibat namun tidak dinyatakan dalam elemen kemerdekaan,” katanya kepada Tv Selangor.

Demokrasi ‘Mati’ dalam Umno


johari abdul-umnoSHAH ALAM, 19 OGOS – Kesediaan Umno untuk membuat perubahan dalam pemilihan agung parti Oktober ini dilihat tidak mampu diterjemahkan memandangkan masih ada permintaan ahli untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Keadaan ini nyata meletakkan Umno ditakuk lama meskipun melaungkan agenda perubahan parti agar terus kekal relevan dalam politik tanah air.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, peraturan baru pemilihan Umno yang menetapkan sesiapa ingin bertanding perlu mempunyai pengalaman menjawat jawatan tertinggi di dalam sekurang-kurangnya tiga penggal boleh menggagalkan usaha menaikkan calon berwibawa.
“(Keadaan ini) sekaligus mematikan proses demokrasi dalam parti tersebut kepada pendatang baru yang tidak boleh bertanding seperti anak mantan Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir,” katanya kepada Tv Selangor.
Sebelum ini beberapa tokoh akademik membuat saranan agar dua jawatan tertinggi Umno tersebut dipertandingkan bagi membuktikan parti tersebut benar-benar demokrasi.
Namun isu tersebut cuba ditenggelamkan dengan kenyataan balas beberapa pemimpin Umno yang menggesa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
Ini disebabkan bimbang berlakunya perpecahan dalam parti.

Ganu Kite: Bot RM2j untuk angkut pelawat Tasik Kenyir - Mat Said

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata sebuah bot Catamaran bernilai RM2 juta yang ditempah kerajaan negeri, tiba di perairan Kuala Terengganu untuk kegunaan mengangkut penumpang di Tasik Kenyir.

"Bot Catamaran yang dibuat di Johor itu sampai di Jeti Dataran Shahbandar Kuala Terengganu pada Rabu lepas dengan mengambil masa perjalanan melalui laut selama 20 jam 40 minit manakala sebuah lagi akan sampai tidak lama lagi.

"Kami tempah dua bot berkenaan untuk memberi perkhidmatan mengangkut penumpang di pulau-pulau dalam kawasan Tasik Kenyir apabila tasik itu dijadikan kawasan bebas cukai tahun depan," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya di Kemaman.

Ahmad berkata bot Catamaran itu, untuk 100 penumpang bagi satu perjalanan, boleh dijadikan model pembelian bot lain kerana bot-bot yang sedang beroperasi di tasik itu kini ada yang sudah tidak sesuai dan perlu dinaik taraf.

Dengan adanya bot berkenaan, ia akan mengubah suasana perkhidmatan bot di Tasik Kenyir kerana ia memberi imej baharu sesuai dengan kawasan zon bebas cukai tasik buatan manusia itu, katanya.

- Bernama

Nasib dua bekas polis sabit kes pembunuhan Altantuya diketahui Jumaat


Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan Jumaat ini berhubung nasib dua bekas anggota polis yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu di hutan simpan berhampiran Shah Alam pada 2006.
Kaunsel Datuk Hazman Ahmad yang mewakili bekas polis Azilah Hadri berkata kepada The Malaysian Insider hari ini beliau dimaklumkan oleh pendaftar mahkamah rayuan berhubug tarikh keputusan tersebut.
Azilah disabitkan bersama dengan Koperal Sirul Azhar Umar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja antara 19 hingga 20 Oktober, 2006.
Kedua-duanya merupakan anggota Pasukan Khas Bukit Aman, dan juga pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak, yang ketika itu merupakan timbalan perdanna menteri dan juga Menteri Pertahanan.
Wakil peguam bagi Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin, turut mengesahkan tarikh berkenaan.
Ketika permohonan itu dibuat, Kamarul menggesa kegagalan memanggil pembantu Najib, Timbalan Superitendan Musa Safri sebagai saksi dalam perbicaraan.
Beliau berhujah Musa adalah hanya individu yang boleh mengenal pasti transaksi telefon antara dirinya dan Abdul Razak Baginda. Abdul Razak ketika itu adalah penganalisis politik untuk Najib.
Abdul Razak didakwa bersekongkol dengan dua anggota polis tersebut.

Hosni Mubarak Dibebaskan Oleh Regim Zionis As Sisi - Ujian Besar Untuk Rakyat Mesir


Mantan Presiden Mesir Husni Mabarak dibebaskan dari penjara. Pembebasan tersebut berlaku di saat kekecohan politik di Negeri Piramid tersebut.

Diktator yang berkuasa selama 30 tahun itu menghirup nafas lega, Isnin (19/8) waktu tempatan. New York Times menyatakan, pembebasan tersebut berdasarkan atas keputusan Mahkamah Agung di Ibu Kota Kaherah. The Guardian pula melaporkan Hosni Mobarak akan dibebaskan dalam tempoh 48 jam lagi selepas pihak pendakwa telah membersihkan beliau dari tuduhan korupsi, demikian kata peguamnya, Fareed el-Deeb.

Spekulasi beredar sebelumnya mengenai pembebasan tersebut. Dikatakan, pembebasan Mubarak adalah puncak dari strategi tentera mengembalikan kekuasaan para diktator.

Mubarak terlucut dari kerusi kekuasaannya sewaktu revolusi Mesir 2011. Kelompok Ikhwanul Muslimin dan kumpulan lainnya memaksa penguasa 30 tahun ini untuk turun..

Kejatuhannya Mubarak membuka pintu revolusi di negara-negara Timur Tengah. Sejak 2011, Mubarak ditahan di Penjara Torah di Kaherah.

ADUN: Derhaka jika pertikai keputusan negeri isu surau

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid memberi amaran keras kepada ahli politik di peringkat persekutuan agar tidak mempertikai sebarang keputusan kerajaan negeri dalam isu surau di Tanjung Sedili, Johor.

NONETindakan itu jika dilakukan dianggap "derhaka" kepada kerajaan Johor kerana mencampuri urusan yang terletak di bawah bidang kuasa jabatan agama negeri, katanya.

Amaran keras itu yang dilontarkannya sewaktu membahas titah pembukaan Sultan Johor dalam mesyuarat pertama penggal pertama sidang DUN ke-13 turut ditujukan kepada ahli-ahli politik BN.

"Saya menyarankan kepada pihak-pihak tertentu di peringkat pusat agar jangan memandai-mandai hendak menyoal keputusan yang dibuat oleh jabatan agama Islam dan kerajaan negeri Johor Darul Takzim.

"Jangan ada dari peringkat pusat waima dari barisan kita juga yang cuba membuat kenyataan derhaka terhadap tindakan kerajaan negeri Johor lebih-lebih lagi terhadap isu-isu yang menghina agama Islam di bumi ini.

"Kalau kita ini tukang kasut, jangan pula kita hendak mengajar tukang gunting bagaimana hendak mendandan," katanya.

Beliau bagaimanapun sebelum itu menyokong tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melucutkan status pemastautin tetap pemilik resort yang suraunya dijadikan tempat bermeditasi sekumpulan penganut fahaman Buddha itu.

Beliau turut mengalu-alukan KDN mengambil tindakan lanjut terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan keistimewaan imigresen itu.

"Saya juga alu-alukan tindakan selanjutnya oleh Kementerian Dalam Negeri ke atas individu-individu yang diberikan keistimewaan bermastautin di negara ini tetapi menyalahgunakan keistimewaan itu," katanya.

Pengkritik Perdana Menteri boleh disiasat bawah Akta Hasutan?

Suren lagiKUALA LUMPUR, 19 Ogos: Peguam N Surendran berkata, siasatan tehadap Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah membuktikan tiada siapa boleh mengkritik atau mempersoalkan Perdana Menteri.
“Izzah disiasat kerana ucapannya mengkritik serta mempersoalkan kemungkinan penglibatan Perdana Menteri dalam rasuah kapal selam.
“Maknanya jika sesiapa mempersoalkan Perdana Menteri, akan disiasat bawah Akta Hasutan,” kata peguam N Surendran.
Manakala soalan dikemukakan pegawai penyiasat seolah mengaitkannya Nuru Izzah untuk disiasat di bawah Akta Hasutan.
“Polis bertanya dua soalan kepada Izzah; Adakah kamu memberi ucapan mengenai kes Altantuya dan kapal selam Scorpene?
skandal scorpene najib“Dan; adakah kamu menghasut mereka yang hadir dalam majlis tersebut?, soal Surendran.
Kata Surendran, Akta Hasutan digunakan untuk mendiamkan ahli politik dan menyekat maklumat kepada orang ramai.
“Jelas polis cuba mengheret Izzah di bawah Akta Hasutan.
“Tindakan ini bertujuan menutup isu tersebut daripada diperkatakan sesiapa,” ujar Surendran.

Altantuya murder: Appeal of Najib's EX-BODYGUARDS to be decided on Friday

Altantuya murder: Appeal of Najib's EX-BODYGUARDS to be decided on FridayThe Court of Appeal on Friday will deliver its ruling on the appeal of two former police commandos who were convicted for the murder of Mongolian model and translator Altantuya Shaariibuu in 2006.
Counsel Datuk Hazman Ahmad, who is representing former chief inspector Azilah Hadri said today that he was informed by the court of appeal registrar about the judgement date.
Azilah was jointly charged and convicted with Corporal Sirul Azhar Umar by the High Court in Shah Alam in 2009 for murdering Altantuya, 28, at a forest reserve in Shah Alam in October, 2006.
Both were then with the Bukit Aman Special Action Squad and were in Datuk Seri Najib Razak’s security team. Najib was then the deputy prime minister and defence minister.
Counsel Kamarul Hisham Kamaruddin, who is representing Sirul, also confirmed the date.
During the appeal, Kamarul had argued that the failure to call Najib’s aide-de-camp, Deputy Superintendent Musa Safri as a witness in the trial, constituted a mistrial.
He had argued that Musa was the only person who could shed light on the numerous phone interactions between himself and Abdul Razak Baginda. Abdul Razak was then the political analyst and a confidante of Najib.
Abdul Razak was initially charged with abetting the two former policemen in the murder of Altantuya but was later acquitted by the High Court on October 31, 2008, without his defence being called.

Penswastaan MAS, Tun M digesa sedar kesilapan lalu

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengimbas kembali kegagalan Malaysia Airline System Bhd (MAS) yang diswastakan sebelum ini, sebelum mengeluarkan pendapat baru untuk penswastaan semula.

Jelasnya, MAS sudah pun mengalami kegagalan dan kerugian yang besar sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri akibat penswastaan yang dilakukannya ketika MAS diambil alih oleh ahli perniagaan, Tan Sri Tajuddin Ramli.

"Saya hairan bagaimana Mahathir boleh bersetuju untuk menswastakan kembali MAS, beliau tak tengok ke kegagalan yang dilakukan olehnya sendiri apabila MAS diserahkan kepada Tajuddin.

"Kita tengok bagaimana kerajaan terpaksa mengambil balik MAS dari ahli perniagaan tersebut setelah syarikat penerbangan itu mengalami kerugian besar.

"Lebih rugi lagi apabila kerajaan terpaksa membayar kos yang lebih tinggi di saat MAS mengalami kerugian," jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Najib: 'Bagaimana nak tangkap jika tak lakukan jenayah?'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengulangi janjinya untuk mencapai keseimbangan dalam usaha melindungi hak asasi manusia dan kepentingan awam bagi mengurangi kadar jenayah.

Beliau mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad pada Khamis lalu berhubung "harga yang perlu dibayar" daripada penghapusan undang-undang pencegahan.

Katanya, kerajaan sedang meneliti agar hak asasi manusia tidak dicabuli dalam usaha untuk melindungi kepentingan dan ketenteraman awam.

"Perlu ada keseimbangan," kata Najib dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga masih belum memutuskan sekiranya akan mengembalikan undang-undang yang membolehkan pihak berkuasa menahan suspek bagi mencegah jenayah.

Kerajaan juga masih berbelah bagi sama ada undang-undang pencegahan tersebut boleh diterima, katanya.

"Belum lagi. Kita tidak membuat apa-apa keputusan muktamad. Kita mahu melihat sama ada undang-undang sedia ada sudah memadai. Pada masa ini kita mempunyai perbincangan yang sangat intensif.

"Satu-satunya masalah dalam undang-undang pencegahan ialah, jenayah itu tidak dilakukan lagi. Bagaimana anda boleh menangkap seseorang jika orang itu tidak melakukan jenayah?

"Jika disebabkan syak wasangka semata-mata, adakah ia alasan yang mencukupi bagi asas undang-undang pencegahan?

"Jadi, ini perbahasan yang kita adakan pada masa ini,” katanya ketika ditanya.

"Rakyat perlu sedar bahawa kita mengambil berat untuk menurunkan kadar jenayah. Kita juga mengambil berat tentang penyalahgunaan hak asasi manusia di negara ini," katanya.

NAJIB PICKING UP DR M'S GAUNTLET? Unlikely despite 'no' to MAS, new detention laws

NAJIB PICKING UP DR M'S GAUNTLET? Unlikely despite 'no' to MAS, new detention laws KUALA LUMPUR - In what critics say may be a calculated move with an eye on the upcoming Umno election, Prime Minister Najib Razak distanced himself from the demands expressed recently by many of his party's conservatives, including former premier Mahathir Mohamad.
Najib not only snubbed Mahathir's suggestion offered over the weekend that the government privatizes national airline MAS, but also stood firm against demands for new detention laws to curb violent crime.
"I wish to make it clear that MAS will not be privatized. Even though MAS is still suffering losses, the turnaround process has done a lot of good and there is a downward trend to the huge losses from before," Najib told a press conference at Putrajaya on Monday.
"We are doing our best to find a good balance to ensure that human rights are not affected but to defend public interest as well. This is what is needed for a more matured society," was Najib's response when asked about Mahathir's criticism that his repeal of the Emergency Ordinance and Internal Security Act was to blame for the spike in violent crime.
Najib even added that the government would be “mindful” of human rights when drafting new laws to fight crime.
Not enough courage to fight against 'Triple-M Axis'
His comments are bound to be seen as a challenge to Mahathir, to whom he has deferred to on all major issues since become Umno president and prime minister in 2009.
Some believe he was trying to show he was his "own man" and capable to taking on Dr M in any party challenge. In Umno, there is talk of a Triple-M Axis consisting of Mahathir, son Mukhriz and Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin out to make a stab for the Umno presidency and deputy presidency.
To some party watchers, it looks like Najib has drawn battle lines and will fight the Triple-M Axis for the top Umno posts. However, others disagreed, saying that Najib was just trying to exploit Mahathir's rather overblown comments made carelessly over the weekend.
"Highly unlikely because Najib, sorry to say, has no gumption to fight Dr M and will never have. My view is that he is just trying to win over the middle ground in Umno. Let's not forget there is a large middle ground in Umno, it is not just the Perkasa hot-heads or Mahathir-types who dominate in Umno. Najib is playing good cop while arranging with Zahid Hamidi (the Home Minister) to play bad cop. Zahid's job is to win over the right-wing," MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Testing the ground in Umno

Robert Fisk talks to Al Jazeera's Inside Story on Egypt crisis - 3

Robert Fisk talks to Al Jazeera's Inside Story on Egypt crisis - 2

Robert Fisk talks to Al Jazeera's Inside Story on Egypt crisis - 1

5 penjenayah maut ditembak

PM terdiam laporan Shahrizat dilantik penasihatnya

Mike Hanna reports from Cairo about killings

Rakaman anak pemimpin Ikhwan Muslimin Asma' Mohammad Baltagi ditembak



Detik cemas wartawan dikepung tentera zionis As Sisi

 
(Polis menangkap penyokong Morsi yang berlindung dalam Masjid Fath)

MESIR: Seorang wartawan perempuan Agensi Anadolu, yang turut terkepung di Masjid Fath, Ramsis, Sabtu lalu, berkongsi detik cemas yang dihadapi beliau dan ratusan penyokong legitimasi yang berlindung di masjid tersebut.

Menyifatkan kejadian itu sebagai "detik paling sukar" dalam hidupnya, Heba Zakariya (gambar) mendakwa ianya bermula dengan satu kunjungan biasa beliau ke Medan Ramsis untuk membuat liputan himpunan penyokong Morsi di situ.

Secara tiba-tiba katanya, suasana seperti pertempuran meletus apabila pihak tentera melepaskan tembakan peluru hidup yang memaksa para penyokong Morsi dan mereka yang cedera mencari perlindungan di Masjid Fath di medan itu.

Sebuah hospital sementara juga telah dibuka bagi merawat mereka yang terdera dan bagi menempatkan jenazah mereka yang terkorban.

"Saya menuju ke Masjid Fath untuk meninjau keadaan. Terdapat banyak mayat dan mangsa yang cedera di dalam masjid," katanya menceritakan.

"Saya masih ingat seorang kanak-kanak 11 tahun yang ususnya telah terkeluar selepas ditembak dengan peluru sniper," katanya sambil menangis.

"Tidak lama selepas itu, kenderaan tentera, pasukan polis dan helikopter mengepung tempat itu dan cuba untuk mengheret penunjuk perasaan ke luar masjid dengan kekerasan. Pada masa ini, kami berpendapat pembunuhan beramai-ramai mungkin berlaku," katanya.

Bagaimanapun ujarnya, ramai yang mengambil sikap enggan keluar dari masjid kerana bimbang diserang oleh samseng upahan, dan pihak polis.

(Polis menyerbu masuk ke masjid, memaksa penyokong Morsi agar keluar dari masjid)

Selepas itu katanya, pasukan keselamatan mengetatkan kawalan di seluruh kawasan, dan mengepung masjid semalaman.

“Umno pun pernah cuba haramkan PAS”- Idris Ahmad


 SHAH ALAM 19 OGOS : Cubaan kerajaan sementara Mesir yang merampas kuasa untuk mengharamkan parti Ikhwanul Muslimin yang memenangi pilihanraya di negara itu sebelum ini pernah dilakukan oleh Umno terhadap Parti Islam Semalaysia (PAS) di negara ini.
bendera PASPengarah Jabatan Tarbiah dan Pengkaderan PAS, Ustaz Idris Ahmad, berkata Umno ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad pernah sedaya upaya untuk mengharamkan penggunaan nama Islam dalam pertubuhan termasuk PAS.
“Namun usaha buruk Umno tersebut gagal disebabkan Majlis Raja-Raja yang bersidang menolak usaha Umno dan Dr Mahathir.” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang
Menurut Idris, tragedi rusuhan yang sedang berlaku di Mesir tidak mungkin berlaku di Malaysia sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara ini.
“Senario penggulingan Mantan Presiden Mesir Dr Morsi oleh tentera negara itu agak sukar berlaku di negara ini kerana Malaysia mempunyai sistem pemerintahan yang agak unik.
“Sistem demokrasi berpelembagaan di negara ini dengan Raja merupakan sebahagian daripada sistem demokrasi akan menghalang perkara sedemikian.
“Dari sudut negara ini penggulingan tentera seperti itu agak rakus, cara kekerasan yang berlaku seperti di Mesir mungkin tidak akan berlaku,” kata beliau ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian ketika diajukan soalan jikalau PAS berjaya mentadbir Malaysia apakah senario di Mesir akan berlaku di negara ini.

20,000 tandatangani petisyen polis bantuan di Lembah Klang desak KDN dan KPN luluskan


SHAH ALAM , 19 OGOS : Sebanyak 20,000 tandatangan berjaya diperolehi untuk petisyen kepada Ketua Polis Negara (KPN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar meluluskan permohonan dari PBT-PBT di Lembah Klang untuk menubuhkan Polis Bantuan.
POLISDua minggu selepas kempen itu dilancarkan, desakan orang-ramai mendorong PDRM memberi kelulusan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk menubuhkan pasukan Polis Bantuan dengan kekuatan merekrut 50 anggota.
Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata usaha akan terus dipertingkatkan bagi mencapai sasaran sebanyak 100,000 tandatangan dalam masa terdekat.
“Kita akan meneruskan kempen ini dari masa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran awam berkenaan keperluan polis bantuan bagi pencegahan jenayah,” kata beliau ketika dihubungi.
Kempen itu yang dilancarkan pada 4 Julai lepas di Dewan Negeri Selangor (DNS) bertujuan mendesak Kerajaan Persekutuan membenarkan Kerajaan Selangor membentuk pasukan polis bantuan.
Orang ramai boleh menyertai kempen dengan mendapatkan borang di pejabat Adun Pakatan Rakyat atau dari laman web : www.safercity.com.my
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai petisyen ini, Sila hubungi:
No Telefon : +6016 878 2472
Alamat E-mail : morepolice.safercity@gmail.com
Alamat Surat Menyurat :
Petisyen Polis Bantuan55M,
Jalan SS21/1A, Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor

Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan 1983) membenarkan polis menahan suspek untuk tempoh 72 hari



Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan 1983) membenarkan polis menahan suspek untuk tempoh 72 hari untuk membantu siasatan, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Polis bagaimanapun masih perlu memohon arahan penahanan daripada mahkamah, katanya di Pulau Pinang hari ini.

NONE"Apa saja kesalahan bawah Akta Pencegahan Jenayah dianggap serius, dan pihak terlibat harus dikenakan hukuman berat," katanya.

Khalid berkata, polis menahan 200 suspek di seluruh negara bawah akta itu, atas langkah tegas terbaru bagi membendung jenayah.

Ditanya sama ada suspek ditahan bekas tahanan Ordinan Darurat, beliau berkata, pihak berkuasa masih belum mempunyai maklumat itu.

"Kami akan beritahu kemudian," katanya.

Hadiah PRU13 Dari UMNO@BN: PTPTN laksana CCRIS, senarai peminjam ingkar mula bulan ini - Idris Jusoh



Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.
Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.
Beliau ditemui pemberita pada majlis mesra bersama pelanggan dan sambutan Aidilfitri PTPTN, di sini hari ini.

DAP akan saman Utusan berhubung penipuan Father Augustus Chen

Satu saman bakal dikemukakan kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, kerana menyiarkan fitnah risalah “Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC)” oleh penulis rekaan Father Augustus Chen, menurut Lim Kit Siang.
Penasihat DAP itu telah pun mengarahkan peguamnya untuk meneruskan saman ke atas akhbar berkenaan atas satu artikel yang ditulis oleh wartawannya Kasthuri Jeevendran melalui edisi Ahad, Mingguan Malaysia, mengulangi penipuan dan fitnah oleh Father Augustus Chen.
Beliau menjelaskan Laporan Ekuiti bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai saman fitnah tetapi turut perbicaraan jenayah kerana fitnah dan niat jahat risalah berkenaan.
Katanya, penulis risalah itu telah membuat pertuduhan tidak berasas bagi membolehkan Barisan Nasional (BN), Umno dan Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengambil tindakan kepada DAP.
“Father Augustus Chen mendakwa seramai 753 pewakilan, yang kebanyakannya kaum India, tidak dimaklumkan Kongres DAP di Pulau Pinang dan terdapat kira-kira 547 pengundi hantu yang kebanyakannya dari Pulau Pinang merupakan satu fitnah dan berniat jahat ke atas pemimpin DAP.
“Tempoh tujuh hari yang diberikan kepada penulis risalah itu telah lama tamat namun beliau tidak juga menampilkan diri," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nazri melawan; gelar pengkritik ‘bodoh’

Menteri Kabinet yang dilanda kontroversi, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) menggelar golongan yang melemparkan kritikan terhadapnya sebagai “bodoh” berikutan pelantikan anaknya sebagai pegawai khas di Padang Rengas.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang terkenal dengan ketegasannya itu berkata beliau telah menjelaskan isu berkenaan kepada pihak atasannya, Datuk Seri Najib Razak.
“Saya tidak khuatir. Saya akan tentang mereka. Ia tak beri kesan kepada saya,” katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.
Serangan terbaru ke atas Nazri datang dari penulis blog dan kumpulan hak Melayu yang menggelar menteri berkenaan sebagai angkuh kerana mempertahankan keputusan berhubung pelantikan anaknya, Nedim Mohamed Nazri sebagai pegawai khasnya.
Golongan tersebut turut mencabar Nazri untuk bertanding dalam pemilihan Umno yang akan datang untuk membuktikan popularitinya.
Nazri telah pun menjelaskan Nedim tidak dibayar kerajaan dan pelantikannya bagi membantu pelaksanaan aktiviti belia di Padang Rengas.
Selain itu, penulis blog Umno mendakwa, “Nazri sekali lagi berkata perkara tidak masuk akal. Pada mulanya memberitahu anaknya bekerja sukarela namun kemudian menjelaskan membayar sendiri gaji anaknya.
“Jika gaji dibayar, itu bukan sukarela. Tidak kira siapa yang membayarnya. Sukarela bermakna tiada bayaran,” jelas penulis blog itu.
Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia Hamdan Mohd Salleh meminta menteri itu untuk meletak jawatan dan pergi melancong jika terlalu kaya.

Mike Hanna reports from Cairo

Militants kill 24 policemen in Egypt's Sinai as country gripped by violence

Najib mum on Shahrizat's cabinet comeback

Kuin: Mukhriz perlu tanggungjawab

Pentadbiran 100 Hari BN Masih Samar

100 hari Najib jenayah berleluasa

DAP kesal ROS ketepi bukti

Guan Eng-ROS Is Crazy

PAS hairan dengan cadangan penswastaan MAS

Najib: MAS won't be privatised, AirAsia's Malaysian too

ISA: 1 Syawal sudah berlalu, mana ‘berita baik’


KUALA LUMPUR: Jika niat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi hanya sekadar ingin mempermainkan perasaan para keluarga tahanan ISA dan meraih populariti murahan, maka Suaram mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan menyifatkan ia sebagai kejahilan menteri dalam menjaga sensitiviti tahanan ISA dan keluarga.

Penyelaras Suaram, Syukri Razab berkata, kenyataan menteri itu yang mengatakan keluarga tahanan ISA bakal mendapat ‘berita baik’ menjelang hari raya yang lepas nyata sekadar kenyataan yang tidak tanggungjawab dan tidak peka dengan sensitiviti tahanan dan keluarga tahanan.

Tambahnya, tidak cukup dipisahkan secara berpanjangan, para tahahan dan keluarga semestinya lebih menderita dengan kenyataan Menteri yang seolah-olah memberi janji palsu.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan pada 11 Julai itu hanya menyebabkan keluarga tahanan ISA semakin terluka akibat harapan yang dipermainkan.

Sehingga hari ini, jelasnya 8 orang tahanan ISA masih ditahan di Kem Tahanan Kamunting.

“Data ini adalah berdasarkan rekod perintah tahanan yang dimiliki Suaram. Daripada 8 tersebut, 5 adalah warga tempatan, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Indonesia dan seorang warga Filipina,” ujarnya dalam satu kienyataan.

Ini, katanya merupakan kali kedua para tahanan dan keluarga diberikan harapan palsu oleh pihak yang bertanggungjawab.

Katanya, kali pertama ialah sewaktu Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA pada 15 September 2011 yang disambut penuh gembira oleh tahanan ISA dan keluarga.

Namun, kata Syukri tahanan terus hampa apabila mereka terus ditahan walaupun selepas 2 tahun pengumuman itu dibuat.

Krisis Mesir: Indonesia tetap pendirian....Malaysia...???

Susilo Bambang Yudhoyono
JAKARTA - Indonesia mengumumkan pendirian tegas dalam  usaha mencari penyelesaian terhadap konflik di Mesir.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata, Indonesia menyelar tindakan menggunakan kuasa tentera dan keganasan untuk menyuraikan perhimpunan di Mesir.

“Tindakan tentera bertentangan dengan nilai demokrasi dan kemanusiaan. Mereka perlu mengawal diri. Kami sangat prihatin dengan apa yang berlaku di Mesir ketika ini,” katanya.

Menurutnya, beliau telah dipanggil untuk menghentikan konflik berdarah di negara itu dengan segera.

“Keadaan di Mesir sangat kompleks. Bagaimanapun, jika semua pihak bertelagah bersedia untuk berkompromi mencari penyelesaian menang-menang, kami yakin krisis ini dapat ditamatkan,” katanya menurut Antara.

Sementara itu, Menteri Luar, Marty Natalegawa berkata, kerajaan Indonesia telah berhubung dengan kerajaan sementara Mesir untuk menghentikan konflik itu.

“Kami menggesa rakyat Indonesia di Mesir supaya menjauhkan diri dari kawasan konflik dan mengelakkan diri daripada terjebak dalam konflik itu,” katanya.

Mesir Berdarah: Mahukah Najib ikut nasihat Bung, Khairy


KUALA LUMPUR: Mungkin agak mustahil bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mendegar desakan pemimpin Pakatan Rakyat agar memanggil Sidang Khas Parlimen berhubung isu Mesir.

Terbaru, biarpun agak lambat sedikit dari Pakatan Rakyat, desakan serupa mula kedengaran dari pemimpin dan ahli parlimen BN sendiri dan terbaru oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin.

Bung Mokhtar seperti dilaporkan sebuah akhbar versi online mendesak, ianya segera diadakan kerana agak terlambat jika menunggu persidangan Parlimen akan datang yang hanya akan bersidang 23 September depan.

"Sehari suntuk memadai bagi membincangkan perkara ini," katanya.

Sebelum ini, sejak berlaku insiden pembunuhan beramai-ramai yang menyaksikan lebih 2,500 terbunuh di Medan Raba'ah 14 Ogos lalu, pemimpin Pakatan Rakyat dengan nada tegas mengutuk kekejaman itu.


Mereka turut mendesak Najib selaku ketua parlimen Malaysia segera memanggil sidang khas parlimen bagi membincangkan kemelut itu.

Desakan itu sebelum ini dilontarkan Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar dan turut disokong Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pas: Pentadbiran 100 hari BN masih samar

KUALA LUMPUR - Tempoh 100 hari pentadbiran BN selepas PRU13 masih tidak memberi gambaran jelas untuk meringankan beban rakyat.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, kegagalan itu terpamer berikutan peningkatan kos sara hidup dan jenayah berat yang berlaku.

Dakwanya lagi, pemimpin Umno-BN mengenepikan tanggungjawab kepada rakyat sebaliknya hanya memikirkan cara untuk mengukuhkan kedudukan dalam pemilihan Majlis Tertinggi (MT) parti itu pada Sepetember depan.

"Mereka nak fikir kedudukan mereka sahaja dalam pemilihan Umno nanti, sehingga tak dapat kenal pasti masalah rakyat," katanya pada sidang media, di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.

Berlaga Angin: Najib tak setuju kembalikan tahan tanpa bicara untuk kekang jenayah

Datuk Seri Najib Razak tidak bersetuju dengan desakan mengembalikan penahanan tanpa bicara untuk mengekang peningkatan jenayah kerana penambahbaikan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) wajar seiring dengan hak asasi manusia dan tahanan tanpa bicara bercanggah kerana penjenayah tidak boleh dibuktikan melakukan jenayah.
Perdana Menteri menegaskan kerajaan memandang serius peningkatan kadar jenayah dan polis sedang menanganinya menggunakan akta sedia ada.
"Kita cuba cari keseimbangan sebaik-baiknya daripada segi kesan hak asasi manusia dan kepentingan awam berdasarkan kepada hasrat kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat, kepentingan awam termasuk ketenteraman awam.
"Oleh itu, kerajaan sedang melihat keadaan ini supaya hak asasi individu tidak terjejas di samping kepentingan awam dilindungi," katanya ketika menjawab isu rancangan kerajaan untuk menambahbaik Akta PCA dalam sidang media di Kementerian Kewangan hari ini.
Kenyataan Najib dilihat bertentangan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan selepas pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) lebih kurang 260,000 penjenayah bebas di luar sana.
Najib menekankan walaupun ketenteraman awam menjadi keutamaan, hak asasi manusia juga tidak boleh diabaikan.
"Ini adalah keseimbangan yang perlu kita capai dalam hasrat kita mewujudkan masyarakat  lebih matang,"katanya. -

Kita Lihat Siapa Yang Kena: Najib tolak cadangan Dr M untuk swastakan MAS..!!!

Datuk Seri Najib Razak menolak cadangan penswastaan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mengatakan langkah tersebut akan mengelakkan berlaku lebih banyak kerugian.
Perdana Menteri berkata langkah pemulihan yang sedang diambil sudah menampakkan hasil dan kerugian yang dialami MAS juga sudah berkurangan.
"Saya nak jelaskan bahawa MAS tidak akan diswastakan.
"Walaupun MAS masih terus mengalami kerugiaan, bagaimanapun pelan pemulihannya sudah pun menampakkan hasil dan trennya adalah jumlah kerugian sudah berkurangan," kata Najib semasa sidang media di rumah terbuka Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini bagi menjawab gesaan Dr Mahathir semalam.
Najib juga mempertahankan pengurusan MAS sedia ada yang disifatkannya sebagai telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.
"MAS sudah pun menjadi sebuah syarikat yang disenaraikan dan dikuasai oleh Khazanah serta kepentingan awam, segala urusan dalam MAS ini berjalan seperti sebuah badan komersil mengikut prinsip-prinsip urus tadbir yang baik," tegas beliau lagi.

Mesir Berdarah: Pemimpin Ikhwan ditahan, orang kesayangan syahid



KUALA LUMPUR: Para pimpinan Ikhwanul Muslimin berada di dalam tahanan, manakala orang-orang kesayangan mereka berada di senarai teratas dalam senarai syuhada revolusi Mesir.

Facebook Mesir Kini menyiarkan gambar (atas) empat anggota keluarga pemimpin Ikhwanul Muslimin yang terkorban syahid di bumi anbiya’ itu.

Dari kanan:
- Asy Syahid Ammar Muhammad Badie
(anak Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Muhammad Badie),

- Asy Syahidah Asmaa' Muhammad Baltaji
(anak pemimpin atasan Ikhwan Muslimin Muhammad Baltaji)

- Asy Syahidah Habibah Ahmad Abdul Aziz
(anak penasihat Presiden Muhammad Mursi)

- Asy Syahid Khalid Firnas Al-Banna
(cucu pengasas Ikhwan Muslimin Hassan Al-Banna)

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar". [At Taubah: 111]

Keganasan Regim Zionis As-Sisi: Raba'ah, Ramsis jadi medan berdarah


 
(Samseng bersenjata, dan polis mengepung Masjid Al-Fath, Ramsis)

MESIR: Selepas berjaya "membersihkan" Medan Raba'ah, yang menyaksikan ribuan rakyat Mesir terkorban digempur tentera Rabu, 14 Ogos lalu, pihak tentera terus memburu rakyat yang berkumpul dan berlindung di Medan Ramsis.

Pada Jumaat lalu, Medan Ramsis menjadi pusat himpunan "Jumaat Kemaraan" oleh penyokong legitimasi bagi membantah pembunuhan beramai-ramai rakan mereka oleh tentera di Medan Raba'ah sebelum ini.

Himpunan itu bagaimanapun juga turut berdepan serangan peluru hidup pihak keselamatan Mesir yang kononnya atas alasan mahu "menyuraikan himpunan" yang mengakibatkan ratusan penyokong Morsi terkorban dan ribuan lagi cedera.

Masjid Al Fath, yang menjadi tempat berlindung dan tempat pengumpulan jenazah yang terkorban juga di kepung dan diserang oleh samseng upahan dan pihak polis.

(Kepulan asap gas pemedih mata yang ditembak ke dalam masjid Al-Fath)

Mereka memaksa penyokong Morsi termasuk wanita dan kanak-kanak yang berlindung didalamnya keluar, dengan melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid.

Tidak cukup dengan itu, penyokong Morsi yang bertindak keluar dari masjid itu akibat kelemasan asap gas pemedih mata, dupukul pula oleh pihak samseng upahan serta polis sebelum ditahan.

Pasukan tentera dan polis menempatkan penembak tepat di atas bangunan-bagunan termasuk di menara masjid bagi memudahkan "operasi pembunuhan" tersebut.

Pihak Hospital Lapangan Ramsis menyebut, lebih 150 korban dicatatkan dan ratusan lagi cedera akibat serangan terbaru di Ramsis itu.

Cucu Hassan Al-Banna antara terkorban

Mesir Berdarah: Ahli Parlimen Jerman beri penghormatan roh syuhada


Allahuakbar!! Orang bukan Islampun tahu hormat orang yang telah mati, Tentera Mesir pulak boleh bakar mayat-mayat para syuhada!!
Kelihatan keseluruhan Ahli Parlimen Jerman berdiri beberapa minit sebagai tanda berkabung kepada roh-roh rakyat Mesir yang syahid sekaligus mengutuk tindakan yang dilakukan oleh Jeneral As-Sisi dan tenteranya.

Harga minyak naik akibat krisis Mesir


KUALA LUMPUR: Harga minyak naik sedikit dalam dagangan di Asia akibat kebimbangan akan menularnya krisis di Mesir ke negara-negara Timur Tengah lain sehingga menyebabkan bekalan disekat.

Dagangan di West Texas Intermediate di New York naik AS$0.04 (13 sen) menjadikan harganya AS$107.50 untuk penghantaran September dalam dagangan pertengahan pagi.

Dagangan minyak mentah di Brent North Sea untuk penghantaran Oktober juga naik AS$0.04 menjadikan harganya AS$110.44.

"Harga minyak terus dipengaruhi oleh situasi di Mesir dengan kebimbangan ia boleh merebak ke tempat-tempat lain di Timur Tengah," AFP memetik Desmond Chua, penganalisis pasaran di CMC Markets di Singapura.

"Masih terdapat kebimbangan terhadap bekalan yang melalui Terusan Suez dan saluran minyak Sumed," katanya.

Krisis berdarah di Mesir telah pun mengorbankan sehingga 800 orang dalam masa lima hari, menurut angka rasmi, di mana semalam sahaja 36 orang tahanan dilaporkan terbunuh di dalam apa yang didakwa oleh kerajaan yang merampas kuasa sebagai percubaan untuk melarikan diri dari penjara.

Kerajaan BN Kedah sudah 4 bulan kakitangan Kuin tidak dibayar gaji


KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah sehingga sekarang gagal menyelesaikan gaji kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang telah tertunggak selama empat bulan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media menjelaskan tindakan tersebut umpama mendera 268 orang kakitangan yang terpaksa berdepan dengan kesulitan kerana tidak mendapat gaji.

Menurut beliau lagi, Kerajaan Kedah sepatutnya lebih perihatin dan mengambil tindakan segera untuk menyelesai tunggakan gaji yang memasuki bulan keempat.

"Saya kesal dengan tindakan kerajaan BN Kedah yang sehingga sekarang gagal menyelesaikan tunggakan empat bulan gaji kepada 268 kakitangan KUIN.

"Ini merupakan satu penderaan kepada mereka, yang mana kebanyakkan mereka terpaksa berhadapan dengan tunggakan hutang, apatah lagi pada Hari Raya lepas mereka menyambut dalam keadaan kewangan yang tidak mencukupi," jelasnya di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang berdiam diri tanpa memberitahu jawatan mereka yang berada di dalam Kuin.

Mesir: Tiba masa Malaysia nyatakan pandangan..!!

SHAH ALAM –  Keganasan tentera Mesir terhadap rakyatnya perlu dibincangkan secara serius melalui sidang khas Parlimen, kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bong Mokhtar Radin.
Datuk Bong Mokhtar Radin
Beliau meminta ia segera diadakan, bersesuaian dengan tuntutan semasa.

“Parlimen hanya akan bersidang pada 23 September depan. Agak terlambat membincangkan isu ini jika menunggu persidangan Parlimen akan datang,” katanya.

Oleh itu, beliau melihat keperluan untuk sidang khas Parlimen itu diadakan segera.

"Sehari suntuk memadai bagi membincangkan perkara ini," katanya.

Menurut Bong Mokhtar, Malaysia perlu menyatakan pandangan lebih tegas, meskipun sebelum ini telah menyatakan pendirian menolak keganasan oleh kerajaan sementara Mesir.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga perlu digesa bertindak dalam menamatkan segera konflik yang berlaku di Mesir, katanya.

Gabungan NGO kutuk serangan ke atas rakyat Mesir

Egypt: 36 Dead in Prison Truck Escape Attempt

Profile: Egypt's military leader Sisi

36 pro-Morsi detainees killed during escape attempt

Mesir Berdarah: Dr Siti Mariah sebak dengan keganasan Tentera Zionis As Sisi

Mesir Berdarah: PAS Kesal KL mendiamkan diri

Defiant protesters march in Egypt capital

Tentera Zionis As Sisi ulangi amaran keras untuk gempur rakyat Mesir

Protes rakyat lawan keganasan pihak berkuasa regim As Sisi

Anwar meets Turkish PM Erdogan, joint-call to Indonesia's SBY to play bigger role

Anwar meets Turkish PM Erdogan, joint-call to Indonesia's SBY to play bigger roleKUALA LUMPUR - Opposition Leader Anwar Ibrahim returned to Malaysia on Sunday after a high-level meeting in Turkey, where both he and Prime Minister Recep Tayyip Erdogan had urged Indonesia's President Susilo Bambang Yudhoyono to take a bigger role in the Islamic world.
"Our focus was on the atrocities against the masses in Egypt and Syria," Anwar said on Twitter.
"I proposed he called President SBY."
The meeting was held over the weekend and comes as Muslim nations around the world condemn the latest eruption of violence in Egypt.
The Egyptian crisis is expected to escalate and the bloodbath to continue as chaos swept through the country last week, leaving nearly 900 dead in four days of unrest and threatening to stall a political transition.
Even as Anwar flew into the region, the central al-Fateh mosque became the new battleground for unrest as military forces tried to stop supporters of ousted president Mohammed Morsi as they marched to Ramses Square in a self-declared "Friday of Anger."
The Arab Spring bogeyman in Malaysia
Malaysia's own government led by Prime Minister Najib Razak appears hesitant to wade into the complex Middle East conundrum for fear of stepping onto US toes.
Additionally, the Najib administration has been politicizing the Arab Spring uprisings as a warning to the people here not to challenge the establishment, otherwise they claim chaos and anarchy would result in Malaysia as was being seen in Egypt.
"It is shameful to remain silent with atrocities in Syria, Egypt, Palestine," Anwar said, in a swipe at the Najib administration for its deafening silence.
Malaysia, the next to shed the shackles of a despotic regime?
The 66-year-old Anwar is also close to Indonesia's Susilo and had met up with him in June to discuss Malaysia's controversial and fraud-tainted general elections.
Malaysia has been ruled by Najib's Umno-BN coalition since 1957 and there are unmistakable signs the people want change, although through peaceful means and not ala the Arab uprisings.
The Arab uprising were people's movements that began peacefully, fueled by a sense of gross injustice, but spun wildly out of control due to the refusal of the then existing regimes to give up power peacefully.