Ahad, 18 Ogos 2013

Saham Mas Tinggal 3 Kupang, Ini Bukti BN Gagal Mengurus GLC

Dari zaman Tun M memerintah berapa puluh RM bilion telah digunakan untuk menyelamatkan Mas. Padahal pada zaman beliau Mas telah diswastakan kepada Tajuddin Ramli tetapi masih gagal sehingga Kerajaan terpaksa hapus kira hutang Tajuddin daripada Khazanah.

Maknanya tun M hanya pandai bercakap tetapi gagal kerana pemilikan oleh kroni-kroni yang tidak layak menguruskan GLC dengan cekap dan telus.


Hari ini bila MAS rugi memanjang, idea pengswastaan tun M hanya merapu dan mengarut. Adakah beliau kini sudah lupa atau nyanyuk......seperti kata-kata pedas beliau Melayu Mudah Lupa....


MAS perlu diswastakan, kata Dr Mahathir




Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) perlu diswastakan kerana berdepan dengan kerugian, kata Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).

Bekas Perdana Menteri itu berkata selagi MAS dikendalikan oleh kerajaan ianya tidak akan menjana keuntungan kerana wujud kebergantungan.

"MAS sudah lama beroperasi, macam-macam percubaan dilakukan supaya mendapat keuntungan.

Politik Wang: Tolak pemimpin naik dengan kekuatan 'poket' dalam UMNO - Rais...!!!

Pemilihan pucuk pimpinan Umno pada Oktober ini wajar menghormati Fasal 3 perlembagaan parti dengan mengutamakan perjuangan dan matlamat parti, kata anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Tan Sri Dr Rais Yatim.

Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata ini bermakna Umno mesti diiktiraf sebagai penyambung wadah bagi agama, bangsa dan negara dengan mekanisme perpaduan utuh orang Melayu.

NONE"Walau apa pun, Umno akan mempunyai pemimpin tetapi sekiranya kita berpecah dalam menentukan siapa akan memimpin maka kuasa di tangan orang Melayu akan lurut dan akhirnya habis disebabkan desakan politik.

"Petua yang diberi oleh presiden Datuk Seri Najib Tun Razak supaya sepakat. Orang Melayu mesti berpegang kepada petua lama iaitu seperti pantun ini 'Baju Melayu Berbutang Lima, Ada Juga Berbutang Suasa, Orang Melayu Jangan Lupa, Hilang Kuasa Hilang Semua'," katanya yang turut mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan MT dan Ketua Umno Bahagian Jelebu pada pemilihan kali ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anggota Dewan Undangan Negeri Pertang Datuk Jalaludin Alias di padang awam Simpang Pertang di Jelebu, malam tadi.

Fasal 3 Perlembagaan Umno menyenarai tanggungjawab dan matlamat perjuangan Umno sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.

Rais yang juga Penasihat Kerajaan bagi Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan berkata kuasa itu kini dilihat oleh pihak-pihak lain dan mereka suka Umno berpecah.

Oleh itu, beliau menasihatkan pemimpin yang hendak naik ke atas supaya jangan begitu ghairah atau mencerca dan memberikan imej yang salah kepada parti.

"Saya sebagai veteran berdoa sangat supaya pucuk pimpinan berusaha mencari formula menyatukan Melayu dalam PAS dan Umno. Ini sahaja formulanya dan jika ini tidak dapat dilaksanakan saya bimbang kita tidak lama memegang kuasa mengikut maksimum tahun dan zaman," katanya.

Beliau turut menasihatkan mereka yang bertanding supaya hindarkan diri daripada politik sogok menyogok.

"Kita tidak mahu pemimpin naik ke atas sebab kekuatan 'poketnya' (wang). Kita mahu pemimpin naik ke atas sebab cerdiknya dan kebolehan memimpin...musuh Umno ialah politik wang dan jika ini dapat diatasi, saya percaya kita (Umno) akan survive," katanya.

Mazlan gesa Selangor bantu Suhaimi Said (Ketua Cabang Kuala Krau)



Mazlan (tengah) bersama Md Jusoh mendengar penjelasan Suhaimi.

TEMERLOH: “Saya harapkan Kerajaan Negeri Selangor membantu rawatan susulan Haji Suhaimi perlukan kepakaran memandangkan keadaannya yang kian uzur kerana beliau adalah bekas pegawai Taskforce Felda Kerajaan Negeri Selangor,” kata Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Beliau hari ini menziarahi  Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini yang dimasukkan ke wad sejak 29 Julai lalu, disyaki terkena jangkitan kuman pada tulang belakangnya.

Turut menziarahi ialah Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pahang, Md Jusoh Darus, Ahli Badan Perhubungan PAS Pahang, Hasanudin Salim dan beberapa orang ahli Anak negeri Pahang.

Suhaimi yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Krau, merupakan pejuang masyarakat warga Felda sejak tahun 1980-an termasuk pernah terlibat dalam tragedi berdarah semasa Pilihan Raya Kecil di Lubuk Merbau, Kedah.

‘DDD’: Pergelutan antara hidup atau mati DAP

KUALA LUMPUR: DAP sedang berdepan dengan pergelutan yang akan menentukan hidup atau mati parti ini dengan bermulanya fasa ketiga kempen ‘DDD’ Umno BN untuk memusnahkan DAP.

Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata sejak beberapa bulan lalu, juru propaganda dan cybertrooper skuad ‘DDD – Demonise/Destroy DAP’ telah melancarkan dua fasa serangan ke atas DAP, iaitu:


-       Pertama, menuduh DAP telah menaja “Tentera Kacang Merah” dengan peruntukan sebanyak RM100 juta hingga 1 bilion sejak enam tahun lalu untuk memburuk-burukkan para pemimpin Umno BN; dan

-       Kedua, menyebarkan pembohongan tentang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung pada bulan Disember lalu, dan mencapai kemuncak dengan penerbitan risalah yang penuh pembohongan oleh seorang penulis rekaan bernama “Father Augustus Chen”. Risalah berkenaan antara lain mendakwa bahawa sebanyak “753 perwakilan (sebahagian besar berketurunan India)” tidak diberikan notis tentang Kongres DAP dan “543 perwakilan hantu (sebahagian besar dari Pulau Pinang)” telah mengundi dalam kongres berkenaan, padahal kedua-dua dakwaan itu semata-mata bohong dan dusta.

Menurutnya, dalam kedua-dua fasa kempen ‘DDD’ itu, juru propaganda dan cybertrooper Umno BN telah mereka-reka dan mengitar semula ratusan pembohongan dan pendustaan tentang DAP, khususnya dalam media Umno BN seperti Utusan Malaysia dan New Straits Times.

Nazri buat kementerian sesuka hati, tukar anak bila dikecam

SHAH ALAM 18 OGOS: Pemimpin Umno BN kerap berbuat perangai sesuka hati dalam pentadbiran dan hanya membuat pembetulan selepas dikecam rakyat, kata  Tian Chua.
Naib Presiden PKR itu merujuk penukaran jawatan anak lelaki Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ke Parlimen Padang Rengas.
NazriNadeemAhli Parlimen Batu itu berkata, Nazri hanya membuat kenyataan mengelirukan dan menukar jawatan anaknya, Nedim untuk menutup isu berkenaan dari kritikan rakyat.
“Dia kata anak dia sudah kaya dan tidak perlu dibayar. Itu perkara yang agak pelik. Kita tak tahu sama ada dia kerja percuma atau hanya datang bantu.
“Nazri buat kementerian sebagai hak peribadi. Dia nak letak anak, dia nak letak siapa-siapa sesuka hati. Itu nampaknya perangai menteri Umno BN,” katanya kepada TV Selangor, hari ini.
Nedim adalah pegawai khas Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebelum ditukar kepada pegawai khas Ahli Parlimen Padang Rengas, selepas pelantikan itu menjadi perdebatan ramai.
Perubahan kepada jawatan Nedim dipercayai dibuat berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan seseorang menteri tidak boleh mengambil ahli keluarganya bertugas di kementerian.

Adun DAP Selangor seru bukan Islam bantah kezaliman rejim tentera Mesir

Lau weng san
KUALA LUMPUR 18 OGOS: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku dari DAP, Lau Weng San antara yang lantang mengutuk pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir.
Sekalipun bukan beragama Islam, beliau menyuarakan kecaman itu ketika berucap pada Perhimpuan Munajat Perdana Untuk Mesir di Padang Merbok semalam,
atas nama kemanusiaan.
“Saya bukan Muslim tetapi sebagai umat manusia, kekejaman terhadap rakyat Mesir oleh tentera mereka sendiri itu harus dikutuk. Ini soal kemanusiaan.
“Peristiwa pembunuhan beramai-ramai juga pernah berlaku di China. Kita sebagai manusia yang ada naluri kemanusiaan sedih dengan peristiwa itu,” katanya.
Weng San menyifatkan penggulingan Mursi tidak wajar kerana membelakangkan keputusan yang dibuat rakyat Mesir dan mendesak rejim tentera menghormati kemenangan Ikhwanul Muslimin pada pilihan raya negara itu.

Bekas DO Sandakan: BTN daftar imigran sebagai pengundi

hassnarKUALA LUMPUR, 18 Ogos: Saksi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kad pengenalan Sabah, Hassnar Ibrahim berkata, Biro Tata Negara (BTN) bertanggungjawab mendaftar warga asing sebagai pengundi selepas diberikan kad pengenalan biru.
Hassnar (gambar) berkata demikian 16 Ogos lalu ketika ditanya secara terperinci dalang sebenar dalam pendengaran suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah.
Beliau juga saksi utama dalam petisyen pilihan raya kecil (PRK) Likas pada 1999 melibatkan imigran yang didaftar secara meragukan sebagai pemilih untuk memenangkan BN.
Katanya, projek IC Sabah terbahagi kepada dua fasa – sebelum dan selepas 1985 ekoran kekalahan parti BERJAYA pimpinan Ketua Menteri ketika itu, Datuk Harris Salleh dalam pilihan raya negeri.
Bekas pegawai daerah Sandakan itu antara pemimpin kontroversi di Sabah ekoran pelbagai kenyataan dan pendedahannya yang menjejaskan kekuatan politik Umno di negeri itu.
Hassnar pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 60 hari pada 1988 dan diletak di bawah kediaman terhad sehingga 1990.

Najib berunding dengan Anwar tentang kerajaan perpaduan?

Oleh Aspan Alias
Berbagai-bagai spekulasi yang berlaku dalam politik tanah air. Isu yang paling kuat berlegar sekarang ialah isu kerajaan campuran yang di usahakan oleh dua orang pemimpin ‘famous’ negara kita, iaitu Najib dan Anwar. Kedua-dua yang sangat ‘famous’ ini telah berperang sebelum dan semasa pilihanraya tetapi dalam masa mereka berperang mereka berjumpa dan berunding dan merancang beberapa hal politik masing-masing. 

Mereka berunding bukan untuk mencari penyelesaian masalah negara seperti rasuah dan salah guna kuasa, tetapi bagaimana mereka boleh mempertahankan kuasa dan menikmati kuasa dalam politik tanahair. Dalam pada itu rakyat telah berbelah dan bermusuhan dengan ‘team’ masing-masing, BN dan Pakatan Rakyat. Apabila diketahui ramai yang mereka berdua pernah berjumpa dan bertemu dan berunding untuk kepentingan mereka, sudah lihat kecenderungan rakyat sudah mula yakin yang pimpinan samada dipihak BN atau pun Pakatan Rakyat adalah sama…iaitu untuk kuasa peribadi. Mereka berpakat kerana kedua-dua mereka dalam ‘desperation’ untuk kembali menjadi relevan.
Ramai yang merasa tertipu dan merasa yang mereka di permainkan oleh pimpinan masing-masing. mereka yang ramai ini sedar yang mereka hanya digunakan oleh pimpinan masing-masing sebagai ‘kuda pelejang’ sahaja. Berdemo di sana, berdemo disini, memekik disana sini menaikkan serta menegakkan pimpinan masing-masing. Akhirnya mereka sedar mereka telah dijadikan perkakas semata-mata. Ada yang berkata dibawah-bawah ini yang mereka tidak akan membiarkan diri mereka untuk jadi ‘anjing salak’ sahaja.
Pendeknya penyokong-penyokong Pakatan hanya diperguna oleh Anwar sebagai ‘parang bengkok’ untuk menebas semak dan samun yang menghalang Anwar untuk maju mendapatkan kehendak dan kemahuan beliau. Begitu juga di pihak BN, Najib hanya menjadikan penyokong-penyokong beliau untuk dijadikan ‘parang bengkok’ untuk menebas pihak yang cuba menerajang beliau dari Putrajaya.
Ramai yang berkata yang sebahagian besar meereka di dalam UMNO tidak bersetuju dengan kerajaan perpaduan itu kerana mereka bukan sesungguhnya mahu mencari formula untuk negara sebaliknya ‘kerajaan perpaduan’ itu hanyalah helah untuk mendapatkan kuasa peribadi mereka sahaja. Kedua-dua Najib dan Anwar adalah dua orang pemimpin yang tidak sampai hajat mereka walaupun sebahagian doa mereka telah terkabul.

Gantung Mesir, desak PAS

Hadi Awang membuat gesaan itu ketika berucap pada majlis Munajat Membantah Kekejaman Kudeta Mesir di Padang Merbok malam tadi.

KUALA LUMPUR: PAS menggesa pertubuhan antarabangsa menggantung keanggotaan Mesir sebagai suatu tekanan politik terhadap negara itu sehingga rejim tentera yang merampas kuasa kembali kepada demokrasi dan mengembalikan hak rakyat.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat gesaan itu ketika berucap pada majlis Munajat Membantah Kekejaman Kudeta Mesir di Padang Merbok, di sini malam tadi.
Katanya, desakan masyarakat antarabangsa akan menyebabkan berlaku perubahan kepada negara itu, dipetik dari harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, tindakan demikian perlu dilakukan sebagaimana yang diambil oleh Kesatuan Afrika menggantung keanggotaan Mesir.
“Kehadiran malam ini cukup ramai, menandakan simpati kita terhadap rakyat Mesir, mereka yang dizalimi. Himpunan pada malam ini insya Allah akan dilapor media antarabangsa,” ujarnya.
Beliau menegaskan himpunan yang diadakan itu menandakan PAS bersama dengan masyarakat antarabangsa membantah kezaliman yang dilakukan oleh rejim tentera Mesir terhadap rakyat negara itu.
Turut berucap ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan Siti Zailah Mohd Yusoff, Setiausaha Dewan Ulama dan AJK PAS Pusat, Dr Kahiruddin Aman Razali dan Datuk Abu Bakar Chik.
Majlis yang bermula sejak petang diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah, solat ghaib, solat hajat, ucapan pemimpin dan diakhiri dengan solat Isyak berjemaah.

Mesir Berdarah: Kabinet haram As Sisi sedia berbincang..??

Mohamed ElBaradei  
KABINET Mesir hari ini bersedia membincangkan krisis di negara itu selepas beratus-ratus orang awam meninggal dunia dalam pertempuran yang berlaku kebelakangan ini.

Perdana Menteri sementara Mesir, Mohamed ElBaradei telah mengemukakan cadangan untuk membubarkan undang-undang Ikhwan Muslimin.

Sementara itu, kumpulan Ikhwan Muslimin mengatakan akan fokus kepada demostrasi yang dirancang hari ini.

Semalam, siaran televisyen menunjukkan gambar penunjuk perasaan di bandar kedua terbesar negara itu.

Sabtu lalu, pihak keselamatan Mesir telah mengarahkan kawasan Masjid Al-Fath 'dibersihkan' setelah penyokong Ikhwan Muslimin bersembunyi di dalamnya.

Konfrontasi itu ditersukan apabila berlaku tembak menembak di antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan.

Kumpulan penyokong Ikhwan Muslimin  yang mengadakan demontrasi setiap hari sejak tindakan keras dilakukan kepada penujuk perasaan itu telah mengorbankan beratus-ratus orang.

Dalam pertembungan pada Jumaat, sekurang-kurangnya 173 terbunuh.

Perikatan Anti-Rampasan Kuasa Pro-Mursi mengumumkan rancangan mengadakan enam perarakan di Giza, berhampiran Kaherah, hari ini.

Mereka mula berarak dari masjid selepas solat dan berkumpul di Mahkamah Perlembagaan Agung di Maadi.

Tiga perarakan lain adalah di Kaherah pada masa yang sama menuju ke Heliopolis.

Tembak Lagi: Suami isteri nyaris terkena peluru sesat

PASANGAN SUAMI ISTERI NYARIS TERKENA PELURU SESAT
KOTA TINGGI - Sepasang suami isteri nyaris terkena peluru sesat yang dilepaskan oleh orang yang tidak dikenali dalam kejadian di Taman Daiman Jaya dekat sini awal hari ini. 
  
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Mohd Nor Rasid berkata, kejadian berlaku kira-kira 9.40 pagi ketika kedua-dua mangsa yang mengusahakan katering sedang memasak di dapur.
  
"Siasatan awal mendapati suspek menggunakan pistol jenis 9 milimeter dan kami percaya mangsa bukanlah sasaran tembakan jarak jauh itu," katanya kepada pemberita di sini. 
  
Menurutnya seorang penduduk juga terlihat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna kelabu tanpa nombor pendaftaran beredar dalam keadaan tergesa-gesa sejurus selepas tembakan itu.
  
Berikutan kejadian itu, Mohd Nor berkata polis akan meningkatkan rondaan di kawasan perumahan berkenaan.

Ambiga: Bersih 4.0 pasti jika SPR terus berdiam

SHAH ALAM – Berakhirnya PRU13, 5 Mei lalu, pembangkang dan beberapa NGO masih tidak dapat menerima keputusan yang diperoleh memihak kepada kerajaan BN.

Mereka mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan bersekongkol sehingga PR kalah dalam keadaan yang tidak dijangka.

Rentetan itu, Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga mengumumkan Bersih 4.0 akan diteruskan seandainya SPR tidak memberi tindak balas terhadap kepincangan sistem pilihan raya.

Ambiga yang dipetik daripada sebuah portal berita turut menegaskan demonstarasi jalanan akan diadakan jika SPR melaksanakan persempadanan semula di kawasan Parlimen dan negeri, sebelum daftar pemilih dibersihkan.

"Ini bukan satu ancaman tetapi janji. Kita perlu menunjukkan kesungguhan kita dan membuatkan mereka sedar yang kita benar-benar maksudkannya.

"Kita boleh melihat bukti dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) di Sabah bahawa daftar pemilih di Sabah dan di seluruh Malaysia memerlukan pembersihan. Jika persempadanan dilakukan sekarang, kita akan terperangkap untuk tempoh lapan tahun akan datang dan tidak akan ada perkara yang akan berubah," katanya.

Sekali Lagi Mahathir Tegaskan, Hanya Yang Bodoh Kini Bersama UMNO..

Suatu masa lalu Tun Mahathir pernah mendedahkan bahawa UMNO dipenuhi oleh golongan orang-orang bodoh kerana yang lebih cerdik dari mereka akan dihalang dari menyertai UMNO.

Dan jika ada sekalipun yang cerdik di dalam UMNO berbagai usaha akan dilakukan oleh penyokong-penyokong UMNO bagi menghalang individu tersebut dilantik sebagai pemimpin.

Hari ini sekali lagi Tun Mahathir tegaskan hanya orang-orang yang bodoh kini berada dalam UMNO kerana dakwanya ahli-ahli UMNO tak suka orang yang lebih pandai daripada pemimpin mereka.

Contohnya begini.. Ketua Cawangan akan menyokong sesiapa sahaja yang lebih bodoh dari dirinya sebagai Ketua Bahagian..

Ketua Bahagian pula akan menyokong sesiapa sahaja yang lebih bodoh dari dirinya sendiri untuk mengetuai negeri.. seterusnya begitulah sehingga ke peringkat yang lebih tinggi..

Jadi tak hairanlah jika kebelakangan ini kita sering mendengar dan membaca kenyataan-kenyataan bodoh dan juga idea-idea bodoh dikemukakan oleh pemimpin UMNO yang ada..

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi nasihat supaya Umno dikaji semula agar ia relevan menjelang pemilihan parti itu tidak lama lagi, secara tidak langsung memberi gambaran pemilihan kali ini sengit kerana sistem baru yang diperkenalkan.

Bekas Presiden Umno itu menggesa agar perwakilan dan kepimpinan memberi laluan kepada muka baru supaya tidak ketandusan di masa depan.

"Mereka perlu kaji diri mereka sendiri, parti tersebut telah menjadi tua dan banyak pemimpin yang berada di dalamnya terlalu lama.

"Ia sebabkan orang muda tidak mendapatinya ia menarik lagi," kata Dr Mahathir dalam sidang media di rumah terbukanya di Mines Resort City.

Dr Mahathir menyifatkan Umno tidak menyediakan peluang dan keterbukaan untuk mengetengahkan pemimpin muda supaya menonjol.

"Jadi nampak seolah-olah generasi muda ini nak main peranan yang lebih berkesan.

"Tapi dilihat kepada kepimpinan yang ada sekarang, di cawangan, negeri, nasional… kita tak bagi peluang," ujarnya lagi.

Kenyataan beliau turut disokong oleh anaknya Datuk Mukhriz Mahathir yang ditemui apabila menegaskan pemimpin muda dalam Umno tidak wajar dipinggirkan walaupun prestasinya tidak menyerlah tetapi peluang mestilah diberikan.

"Pemimpin muda Umno wajar diberi peluang dan tidak dipinggirkan kerana mereka tidak menyerlah.

"Harus buka pintu untuk mereka menyerlah," kata Muhkriz.

Disamping itu, Dr Mahathir memberi amaran sekiranya perkara tersebut tidak diteliti akan menyebabkan lebih ramai bakat muda cenderung beralih menyertai parti pembangkang.

"Yang jadi masalah lagi, Umno tak suka orang yang lebih pandai daripada pemimpin mereka.

"Jadi orang yang berkemampuan tak masuk Umno. Itu pasal ramai sekarang masuk PAS," katanya lagi.

'BN' really means "Bankrupt Nation"

KUALA LUMPUR - The writing is already on the wall and easily evident in daily life in Malaysia with every progressing day that the economy is beginning to spew and sputter and it should really be a matter of time before it begins to stall and go in a downward spiral.
'BN' really means "Bankrupt Nation"What Malaysians suspected and feared all along prior to the 13th GE became a stark reality when Fitch Rating’s revision of the country’s outlook was downgraded from “stable” to “negative” in late July 2013 that gave the clearest indication that international investors have run out of patience.
In response to Fitch’s downgrading, a visibly shaken Najib Tun Razak said early this month that the forthcoming Budget 2014 on Oct 25 will contain strategies to reduce Malaysia’s fiscal deficit which currently stands at 53.9 per cent of GDP as at the First Quarter of this year.
This is just a fraction below the 55 per cent level that is deemed prudent compared with 39.8 per cent just five years ago or in 2008. As a result, Najib has announced the setting up of a fiscal policy committee in a move to cut Malaysia’s budget deficit to 3 per cent by 2015 for which the prime minister’s advisers want details worked out in the coming months.
But analysts contend that Malaysia’s mounting debt burden is worrisome and difficult to reduce owing to much off-balance sheet nonsense and bad procurement practices by the government as often highlighted in the Auditor-General’s report.
A burgeoning debt burden
In all levels of the strata of Malaysian society from households to corporates, the state and federal government, there is to be found and discovered much debt and the figures are escalating as spending is more than earnings due to the easy availability of credit and a great lack of financial discipline.
But at the end of the day what happens is that debt has to be repaid, one way or another, and the higher the amount of your monthly pay cheque goes towards servicing debt, the less money people will have remaining to spend and save for the future.
This is what that has led to the government introducing pump priming measures as a large number of households are finding it difficult to deal with the rising cost of living forcing the government to continue with its multi-billion ringgit subsidies and other handouts thus causing the debt of the federal government to soar even higher.
In reality, it really is a vicious cycle. But the actual reason for this debt phenomenon is due to the fact that the BN government’s corrupt ways in the mismanagement of public funds and projects have created a ripple effect of creating waves of debt to rise.
This certainly doesn’t augur well for the future of the nation. What is envisaged is an impending collapse of the financial system that will cause Malaysia to regress and degrade the Quality-of-Life unless serious bids and measures are made to eradicate corruption, mismanagement of funds and projects and the use of austerity drives.
These are measures the BN government are loathe to use as it goes against the grain of their governance and will cause much hurt and suffering among the people whom the government envisages will cause them to lose further the popular vote.
The debt crisis is set to deepen

Menjelang pemilihan Umno, Najib mula ditinggalkan

Najib_PeningKUALA LUMPUR, 18 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal ditinggalkan berkeseorangan dalam menghadapi kegagalan dalam pentadbirannya.
Pandangan itu dinyatakan Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail yang melihat rancangan licik pihak tertentu untuk menjadikan Najib sebagai mangsa bagi menyelamatkan imej Umno
“Menjelang pemilihan Umno ini, trendnya agak pelik. Dahulu semua berlumba-lumba mahu rebut jawatan.
“Tetapi kini sebaliknya berlaku, ramai umumkan tidak mahu bertanding,” kata Azan kepada Keadilandaily.
MadeyMedia arus perdana sebelum ini melaporkan keputusan beberapa pemimpin Umno yang mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan mereka.
“Ini satu muslihat paling licik, mereka mula menjauhkan diri daripada Najib.
“Semua kesalahan dan pentadbiran Najib terpaksa dipikulnya sendirian ” kata Azan yang juga merupakan Adun Bandar, Terengganu.
Najib Razak dilihat hilang fokus dan gagal mentadbir negara dengan baik dalam tempoh seratus hari memegang mandat sebagai Perdana Menteri.
Najib dijangka menerima tekanan kuat dari dalam parti menjelang pemilihan Umno termasuk dari bekas presiden Umno sendiri, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Khurafat: Tanpa Umno, Melayu tak akan senang, kata Dr Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tidak mungkin rakyat dapat menikmati kesenangan hidup seperti sekarang tanpa bantuan dari parti pemerintah Umno.
Dalam surat terbukanya kepada ahli parti itu, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata setiap orang Melayu dan penyokong Umno pasti mendapat sesuatu bagi diri mereka.
"Katakanlah Umno tidak berjaya kerana tidak ada sokongan daripada ahli Umno, bolehkah kita merasa nikmat sebegini?" soal beliau dalam surat terbuka disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini.
"Saya tidak fikir walau siapa pun yang memerintah orang Melayu sama baik atau lebih baik.Kita lihat di negeri-negeri tidak diperintah Umno, keadaan orang Melayu lebih daif, sedikit nikmat mereka kecapi datangnya dari kerajaan pusat diterajui Umno," tambah beliau kepada edisi Ahad Utusan Malaysia itu.
Beliau juga turut membandingkan kerajaan diperintah Umno dengan negara lain apabila tidak ada kerajaan yang mampu menawarkan seperti mana yang parti itu beri.
"Pergilah ke negara lain yang sama miskin seperti kita dulu sama dijajah dan sekarang merdeka lihat keadaan mereka masih miskin, masih tidak bersekolah sehingga rakyat dinegara mereka terpaksa berhijrah ke Malaysia demi mencari rezeki kerana kerana kerajaan mereka tidak berjaya memajukan negara,"kata beliau lagi.
Dalam surat terbukanya kepada ahli Umno itu, Dr Mahathir berkata kerajaan yang memerintah kini lalai "memegang" kaum Melayu apabila kebanyakan ahli parti lebih berminat dalam perkara boleh memberi kepentingan kepada mereka dan bukan berkhidmat kepada rakyat.

Musa Hassan: PDRM perlu tingkat risikan untuk kekang jenayah



Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu meningkatkan tindakan risikan untuk mengekang kes jenayah jalanan terutama membabitkan senjata api yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (gambar).
Katanya semua jabatan dan peringkat dalam PDRM perlu mengukuhkan tenaga untuk meningkatkan risikan terutama di kawasan yang disyaki menjalankan kegiatan haram selain tegas dalam sebarang tindakan.
Beliau berkata keselamatan negara ketika ini agak mencabar kerana hampir setiap hari terdapat kes pembunuhan menggunakan senjata api dilaporkan dan jika tidak diatasi, boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

Jenayah tembak, kontroversi TPPA selubungi 100 Hari selepas PRU 13

tembak-01
SHAH ALAM 17 OGOS: Prestasi Datuk Seri Najib Razak goyah dan dianggap paling buruk dalam sejarah tanah air apabila Perdana Menteri itu hilang kawalan dalam mengendalikan negara.
Selepas 100 Hari pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) selesai, Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata Najib gagal mengendalikan isu kontroversi Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) manakala jenayah tembakan berleluasa.
“Masalah jenayah dan kes tembak saban hari meningkat, kerajaan langsung tidak dapat menangani isu ini dengan sempurna.
“Begitu juga pendemokrasian yang dijanjikan Najib sebelum ini turut terbatal apabila kerajaan bercadang mengembalikan undang-undang Ordinan Darurat (EO),” katanya.
Bercakap kepada TV Selangor, Surendran berkata, kegagalan Najib itu membuktikan rakyat berdepan dengan sebuah kerajaan yang hilang kawalan.
“Tidak pernah dalam sejarah, saya tengok kerajaan yang begitu lemah dan tidak efektif mahupun prihatin dengan masalah rakyat.
Sehubungan itu, katanya, Najib perlu bertindak seperti seorang negarawan dan memikirkan kebaikan rakyat dan negara jika mahu kekal berkuasa.

‘Kejayaan’ 100 hari BN, jenayah meningkat


KUALA LUMPUR: Seratus hari pentadbiran Barisan Nasional (BN) selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu menyaksikan peningkatan kadar jenayah yang amat membimbangkan terutamanya melibatkan senjata api.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, selain meningkatnya kadar jenayah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga gagal memenui kehendak rakyat apabila rakyat terus terbeban dengan kenaikan harga barang.

"Saya melihat sepanjang seratus hari pendatbiran BN, Najib gagal melakukan satu tranformasi baru kepada kebajikan rakyat terutamanya dalam soal kehidupan harian mereka.

"Apa yang kita lihat rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang dan turut berada dalam ketakutan serta tidak selamat apabila jenayah melibatkan senjata api kian meningkat," jelasnya kepada Harakahdaily ketika dihubungi.

Malah menurut beliau lagi, seratus hari pentadbiran Najib tidak ada satu pembaharuan dilakukan selain daripada menyelamatkan kroni demi kepentingan peribadi.

PBB, OIC perlu bertindak henti jenayah perang di Mesir


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mendesak Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertindak segera terhadap jenayah perang yang tidak berperikemanusiaan di Mesir mutakhir ini.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, keadaan di Mesir amat kritikal jenayah perang yang tidak mengenal sesiapa termasuklah wanita, kanak-kanak dan orang tua turut menjadi mangsa.

Tegasnya, ianya berlaku terhadap orang awam dan yang paling dahsyat adalah umat Islam itu sendiri.

"Apa yang berlaku di Mesir, menyaksikan umat Islam yang tiba-tiba bangkit menentang ketidakadilan tanpa sebarang senjata sebaliknya mereka ditembak tanpa perikemanusiaan. Yang turut menjadi mangsa adalah wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa," katanya ketika berucap di Perhimpunan Munajat Membantah Kudeta Mesir di Padang Merbok, malam tadi.

Katanya, secara terang-terangan umat Islam di Mesir digempur dengan peluru hidup kerana mereka  menentang rampasan kuasa hanya kerana menyatakan bantahan terhadap penggulingan kerajaan yang mereka pilih.

Malangnya, soal beliau di mana suara-suara badan antara bangsa yang sebelum ini sentiasa melaungkan keadilan dan keamanan ketika umat Islam Mesir ditembak hidup-hidup.

Mesir: Situasi lebih buruk jika haram Ikhwan


KUALA LUMPUR: Tindakan rejim kudeta Mesir pimpinan tentera yang bercadang untuk mengharamkan Ikhwanul Muslimin tidak akan menyelesaikan konflik berdarah di negara itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi berkata, keputusan tersebut sebaliknya akan terus memburukkan lagi keadaan di Mesir apabila pihak yang menyokong Presiden dipilih rakyat, Dr Mohamed Morsi bertindak menyatakan bantahan.

"Tindakan untuk mengharamkan Ikhwan telah saya jangkakan sebelum ini dan ini sebagai satu usaha mereka untuk menghapuskan terus pergerakan tersebut.

"Tetapi kita perlu melihat dengan tindakan tersebut ia tidak akan menyelesaikan apa yang berlaku di Mesir.

"Saya merasakan kesan akan lebih teruk apabila wujud ketidakpuasan hati dari penyokong Ikhwan apabila kerajaan tentera Mesir mengambil tindakan tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Mesin Hasrat Raksasa dalam pembunuhan beramai-ramai di Mesir (Part 2)

Ismail Hashim Yahaya



Felix Guattari dalam Molecular Revolution menggunakan istilah “mesin” untuk menjelaskan tatanan pengeluaran semula atau pengulangan tingkah laku yang bersifat relatif terhadap “ketunggalan” yang tidak dapat diubah atau diganti.
Apa yang ditekankan Guattari adalah pandangan bahawa mesin mengeluarkan dan menghasilkan semula sesuatu secara berulang-ulang dan secara banyak dan pengulangan-pengulangan tersebut diatur atau dikuasai oleh sebuah kekuatan tunggal untuk mencapai suatu tujuan tertentu dan mencetuskan kesan tertentu.
Meskipun sebuah mesin data mengeluarkan bentuk yang pelbagai akan tetapi yang mencirikan mesin adalah pengulangan (repetition) kepada prosesnya.
Oleh itu pengoperasian sebuah mesin dikuasai oleh satu prinsip kawalan tertentu; maka ia beroperasi berdasarkan prinsip kawalan tersebut: ada kawalan pengeluaran, terdapat kawalan produk, kawalan mutu, kawalan harga dan kawalan piawaian.
Namun istilah mesin yang digunakan Guattari dalam “Chaosophy” merangkumi pengertian yang luas. Dalam pengertian yang luas tiada lagi perbezaan antara manusia dan “mesin”, misalnya antara sebuah kenderaan dan pemandu kenderaan tersebut.
Keduanya tidak lebih daripada komponen sebuah mesin dan pengendalinya. Apa yang disebut mesin oleh Guattari ialah sebuah kesatuan yang menyeluruh daripada elemen-elemen yang heterogen seperti sebuah kesatuan dalam okestra. Misalnya kesatuan menyeluruh yang dibentuk oleh manusia dalam sesebuah organisasi, syarikat, negeri atau negara.
Dalam pengertian ini pemandu kenderaan tidak dilihat fungsinya sebagai sesuatu yang berada di luar mesin kerana ia merupakan sebahagian daripada mesin itu juga.
Apa yang membentuk sebagai suatu ensemble (susunan) atau kesatuan daripada mesin menurut Guattari ialah komponen-komponen mesin tersebut yang di dalamnya manusia merupakan salah satu komponen saja daripada mesin tersebut. Manusia ketika digabungkan dengan sesuatu yang lain di luar dirinya dapat membentuk sebuah mesin.
Semuanya sebagai satu ensemble atau susunan tertentu menciptakan mesin-mesin – mesin keganasan, mesin horror, mesin rasuah, mesin nepotisme, mesin parasit, mesin fuedalisme, mesin pembunuhan beramai-ramai atau massacre dan seumpamanya.
Manusia menciptakan sebuah mesin ketika dia bersama unsur-unsur lain yang bersifat heterogen membentuk sebuah kesatuan yang menyeluruh dalam menghasilkan satu kesan tertentu – sebuah susunan dan dia menjadi sebahagian daripada susunan tersebut dalam keadaan tertentu.
Dalam pengertian inilah apa yang disebut dengan mesin keganasan tidak lain daripada kesatuan menyeluruh manusia sebagai penghasut, penyebar fitnah, propagandis, pembunuh, penyebar fikiran jahat serta hasrat kekuasaan di dalam diri penggunanya yang secara bersama mengeluarkan pelbagai bentuk keganasan.
Mesin hasrat adalah sebuah mesin yang tidak dapat berdiri sendiri tanpa dihubungkan dengan mesin lain sebagai media pelepasannya dayanya.
Mesin hasrat tidak dapat melepaskan desakan daya hawa nafsunya tanpa ada saluran pelepasannya. Mesin hasrat harus dihubungkan dengan mesin-mesin lainnya dan kemudian menjadi sebahagian daripada mesin-mesin tempat dia beroperasi.

Arab Saudi taja keganasan..!!

Mereka bertindak sedemikian bagi melayan nafsu serakah dan memenuhi kehendak tuan-tuan politik mereka, Amerika Syarikat dan Israel.

Dengan memiliki kekayaan petrol dan gas yang melimpah ruah dan bernilai berbilion dollar itu, Arab Saudi di bawah pemerintahan Raja Abdullah Abdul Aziz al Saud kini sedang menaja keganasan dan membiayai aktiviti pengganas di Syria, Iraq dan Mesir serta beberapa negara Islam yang lain.
Negara monarki bermazhab Wahbi itu, menyalah guna kekayaan minyak yang dianugerah Allah SWT itu, bagi melemahkan negara-negara umat Islam yang lain semata-mata kerana mahu melayan nafsu serakah dan memenuhi kehendak tuan-tuan politik mereka, Amerika Syarikat dan Israel di samping mahu mengekalkan kedudukan mereka sendiri sebagai pemerintah diktator.
Negara-negara Islam yang kuat dipandang sebagai berpotensi untuk mencabar kerajaannya dan juga mengancam negara Israel yang menjadi sekutunya dan sekaligus mengancam kedudukannya sebagai kepala pemerintah di negara terbesar pengeluar minyak itu.
Adalah sesuatu yang amat malang apabila memikirkan kenapa umat Islam begitu mudah diperbodoh dan dilaga-lagakan sesama sendiri demi untuk memenuhi cita-cita Barat untuk menguasai dunia Islam yang kaya dengan minyak dan gas itu, melalui Arab Saudi.
Tiga negara menjadi fokus di mana Arab Saudi terlibat secara langsung dengan membantu, menaja keganasan dan membiayai aktiviti pengganas.  Negara-negara itu ialah Syria, Iraq dan Mesir:
Keganasan di Syria
Penglibatan Arab Saudi di Syria ialah bertujuan untuk menyekat pengaruh serantau Republik Islam Iran dengan membiayai para pemberontak dengan tujuan lain untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Maka dicanangkan mengenai bahaya Syiah melalui media antarabangsa pada hal Bashar bukanlah penganut mazhab Syiah tetapi seorang pendokong mazhab Alawi yang terasing dari Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni) dan Syiah.
Para pemberontak yang dibiayai oleh Arab Saudi terdiri daripada golongan Wahbi, Salafi, al-Qaeda, Takfiri dan puak sekular bagi menentang pasukan tentera Syria dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan Bashar.
Tujuan Arab Saudi melakukan kerja jahat ini ialah untuk membantu Amerika dan sekutunya mendirikan kerajaan baru di Syria yang boleh menjadi boneka kuasa Barat untuk kepentingan ekonomi dan geo-politik.

Mesin Hasrat Raksasa dalam pembunuhan beramai-ramai di Mesir (Part 1)

Ismail Hashim Yahaya


Keindahan hasrat di dalam diri manusia umpama sebuah perhiasan yang indah ketika sedikit demi sedikit tenaga nafsunya mengalir ke nadi dan saluan-saluran darah menuju ke hati supaya segala rangsangannya dipenuhi.
Akan tetapi ketika hasrat yang memenuhi itu menjelma menjadi seekor raksasa menggerunkan yang menguasai diri manusia sepenuhnya dan mengendalikan setiap tindak tanduknya, ia akan menelan apa saja: laut, gunung, tanah, hutan, bangunan, rumah bahkan manusia dan kerajaan sekalipun, maka negara akan menjadi padang jarak padang terkukur.
Hasrat dapat menjelma menjadi sebuah kurita raksasa yang dengan sesungutnya dapat menghisap apa saja yang diinginkannya.
Hasrat juga dapat menjadi sebuah mesin penyedut hampagas raksasa yang menyedut apa saja termasuk manusia dan negara sekalipun melalui salurannya yang terbuka.
Akhirnya hasrat dapat menjelma menjadi sebuah Mesin Hasrat Raksasa yang menghasilkan dan menelan apa saja; sebuah mesin hasrat raksasa yang bukan sahaja menelan apa saja tetapi menelan dalam jumlahnya yang berlipat kali ganda.
Setelah mendapat sebuah objek pemenuhan kuasa hasrat (rakyat misalnya), ia terus melangkah dengan menelan jumlah angka pergandaaan: empat kali ganda, enam kali ganda, lapan kali ganda iaitu pergandaan hasrat yang dikenali sebagai mesin penggandaan hasrat.
Ia menggandakan penelanan kemanusiaan, kejujuran, dialog, keamanan, agama, masjid, tempat ibadat atau Tuhan sekali pun.
Apa yang dimuntahkan mesin ialah kekejaman, kekerasan, kezaliman, keganasan, pembunuhan, memancutkan darah dan melahirkan hasrat kebinatangan.
Ini gambaran yang dapat diperikan kepada apa yang berlaku di Mesir sekarang ini sama ada di Medan/Dataran Rabaah Adawiyah, Dataran Nahdah dan Ramses.
Gambaran kekejaman ini dapat dilihat kepada pembunuhan beramai-ramai yang tidak berperikemanusiaan ditembak secara sembrono pada hari Jumaat, hari kemuliaan umat Islam ke atas penunjuk perasaan yang tidak bersenjata. Ia diselang seli dengan penembak curi dari bangunan dan helikopter.
Penunjuk perasaan tidak bersenjata ditembak secara tidak berperikemanusaan di Ismailia, Mesir.
Lebih kejam lagi saudaranya Jeneral Fatteh al-Sisi, Khalid Lutfi al-Sisi, 46, seorang jurutera meninggal dunia ditembak tentera dan pasukan keselamatan di Dataran Adawiya pada Rabu lepas (sila rujuk www.middleeastmonitor.com).
Kes seorang ayah, pegawai tentera membunuh anak sendiri semasa demonstrasi harus memperlihatkan kekejaman yang berterusan.

Abstract of Egypt FM Nabil Fahmy's statement

Egypt FM says government fights acts of terror

Middle East analyst Omar Ashour discusses Egypt crisis

Mesir Berdarah: Kita Harus Adakan Himpunan Lebih Besar

PR: Malaysia perlu nyata pendirian tegas mengenai keganasan di Mesir

Sehari Dalam Kehidupan Ustaz Dato' MB Kelantan

100 Harapan Rakyat Kepimpinan Baru Negeri Kelantan

Krisis Mesir, Doakan Keamanan Kembali

Live update: Egypt's Brotherhood vow new demos

Egypt forces clear Cairo mosque of protesters

Penganalisis: Mesir di ambang perang saudara

Luahan Mak Som Supaya Anaknya (Lina Joy) Kembali ke Pangkuan Islam

Footage suggests live ammunition use in Egypt

Anak pemimpin Ikhwanul Muslimin maut

Penunjuk perasaan dakwa tentera zionis As-Sisi lepas tembakan rambang

Tentera zionis As Sisi teliti cadangan haramkan Ikhwanul Muslimin

Sirah/The story of Banu Qaynuqa(Jews of Madina) ) يهود المدينة بنو قينقاع

Tentera zionis As-Sisi serbu Masjid Al-Fatah

REUTERS
ANGGOTA-ANGGOTA tentera memasuki sebuah bilik di Masjid Al-Fatah yang menjadi tempat penunjuk perasaan berlindung semalam.

KAHERAH - Pasukan keselamatan memasuki sebuah masjid di ibu negara Mesir di sini selepas berbalas tembakan dengan penyokong Presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi semalam.
Siaran langsung televisyen tempatan menunjukkan beberapa kumpulan individu meninggalkan Masjid Al-Fatah dengan dilindungi anggota polis dan tentera.
Laporan televisyen menyatakan, sejumlah penyokong Morsi bersembunyi di beberapa menara masjid itu dan melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan yang berkawal di kawasan sekitarnya.
Anggota polis dan tentera kemudian membalas tembakan mereka.
Pasukan keselamatan kemudian menawan menara-menara tersebut.
Setakat ini, belum ada laporan berhubung kematian dan kecederaan dalam insiden itu.
Terdahulu, beberapa anggota tentera dilihat memasuki masjid berkenaan yang menjadi tempat perlindungan beberapa ratus penyokong Morsi.

Jadi Ahli Politik: Dr Ong Kian Ming pilih jalan ‘berliku’


Aura bagi pemimpin ini tidak dapat disangkal lagi, tidak dapat dinafikan Dr Ong Kian Ming (gambar) mempunyai tarikan sendiri. Maka tidak hairanlah apabila pemimpin ini menang pilihan raya umum (PRU) lalu walaupun baru pertama kali bertanding di kerusi Parlimen Serdang.
Beliau cuma lewat lima minit daripada yang dijanjikan untuk bertemu dengan The Malaysian Insider, namun pemimpin ini  tidak kekok meminta maaf atas kelewatannya itu.
Pengarah strategi pilihan raya DAP itu merupakan seorang pemegang PHD yang dahulunya perunding politik mendapat bayaran tinggi dan kini bertukar menjadi ahli politik sepenuh masa.
Terbaru beliau menunjukkan solidariti bersama umat Islam dengan berpuasa selama sebulan.
"Saya hanya mahu bersama berkongsi pengalaman berpuasa bersama rakan Muslim saya dan ia sememangnya sukar, selepas 30 hari sambutan Hari Raya benar-benar memberi makna kepada saya kerana saya rasa seperti layak untuk menyambut perayaan umat Islam ini," katanya tersenyum.
Bila dilihat kembali kehidupannya, pelajar tajaan biasiswa Asean yang berjaya belajar di Institusi Rafles, antara Institut pengajian paling berprestij, menyambung pelajaran di Universiti Cambridge dan meraih ijazah kedoktoraan dalam Sains politik di Universiti Duke, Utara Carolina sebelum bekerja sebagai perunding disebuah syarikat antarabangsa.
Menurut Ong, ketika zaman remajanya cita-cita beliau adalah untuk mengumpul kekayaan.
Namun ia tersasar setelah dua tahun, Ong kembali ke tanah air.
"Saya mahu menerokai pilihan lain dan mencuba menjadi penganalisis politik. Sudah tentu saya mengambil risiko kehilangan separuh dari gaji,  tetapi inilah yang saya inginkan iaitu menceburi dalam dunia politik," katanya lagi.
Sukan bola keranjang, Micheal Jordan dan Lim Guan Eng yang menyebabkan beliau terjerumus dalam dunia politik.
"Saya berada di Washington pada Oktober 2000 bagi menghadiri persidangan politik dan merupakan kali pertama bertemu Lim Guan Eng. Dari situ saya mengetahui Guan Eng juga merupakan peminat Micheal Jordan, jadi kami merancang untuk menonton perlawanan bersama dan ia merupakan permulaan perhubungan saya dengan DAP," kata Ong dan menambah ibu bapa dan gurunya antara pengaruh bagi beliau berkhidmat kepada masyarakat.
Menurut Ong, bapanya, Ong Meng Sing seorang arkitek. “Bapa saya dulunya sangat aktif dalam Persatuan Dewan Peniagaan Cina dan kerja-kerja komuniti.”

Padang Merbok: Lebih 4,000 sertai perhimpunan tentang keganasan tentera zonis As-Sisi di Mesir

Lebih 4,000 orang berkumpul di Padang Merbok hari ini untuk mengutuk kudeta di Mesir dan pembunuhan kira-kira 600 orang awam.

Mereka mendesak supaya Mohamed Morsi dikembalikan semula sebagai presiden kerana beliau telah dipilih secara demokratik.

pas youth protest against egypt coup mohamad mat sabuTimbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang berucap di perhimpunan
tersebut menegaskan oleh rakyat Mesir mahu kerajaan Islam.

Katanya, sayap politik Ikhwanul Muslimin - Parti Kebebasan dan Keadilan -  telah dipilih untuk berkuasa walaupun dengan sumber-sumber parti yang kecil.

Tegasnya, tidak ada perhimpunan Black 505 (seperti di Malaysia), bermakna beliau telah memenangi pilihan raya yang sah.

Turut hadir dalam bantahan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS ialah Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke, yang mendesak supaya sidang tergempar parlimen diadakan untuk mengutuk keganasan di Mesir.

Beliau juga mengkritik sikap sepi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu, tetapi ada pula masa untuk mengulas mengenai dakwaan penyelewengan dalam pemilihan parti DAP, tetapi tiada masa untuk mengutuk kerajaan tentera Mesir.

pas youth protest against egypt coup 1Perhimpunan itu dimulakan dengan solat pada kira-kira jam 5.40 petang oleh kira-kira 300 peserta, diikuti dengan ucapan oleh kira-kira 20 penceramah - terutamanya daripada PAS, serta NGO sehinggalah solat Maghrib pada kira-kira jam 7.30 malam.

Pada masa itu, jumlah hadirin meningkat kepada lebih 4,000 orang  walaupun penganjur mendakwa ia berjumlah sekitar 10,000.

Sementara itu, dalam ucapannya, Presiden PAS Hadi Awang mengutuk Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) kerana berdiam diri terhadap krisis tersebut, serta beberapa pemimpin dunia yang menyokong tindakan keras tentera Mesir.

Mesir berdarah: NGO desak campur tangan PBB

Mohd Azmi Abdul Hamid 
ALOR SETAR - Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) segera campur tangan bagi menghentikan pergolakan yang berlaku di Mesir, yang menyaksikan berlaku pertumpahan darah sesama Islam.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, desakan perlu dibuat terhadap PBB agar Setiausaha Agungnya, Ban Ki Moon memanggil Majlis Keselamatan PBB untuk mengadakan mesyuarat tergempar.

“PBB wajar ambil tindakan serta merta untuk menghentikan keganasan dan pembunuhan beramai-ramai selain untuk memulihkan semula demokrasi di Mesir,” katanya.

Menurutnya, piagam itu mengizinkan PBB untuk mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan sanksi dan tindakan ketenteraan untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera dan polis Mesir.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Samsudin berkata, desakan wajar dikenakan terhadap Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Liga Arab untuk mengutuk dan menggantung keahlian Mesir daripada OIC dan Liga Arab, seperti yang dilakukan oleh Kesatuan Afrika.

Ikhwanul Muslimin Bakal Diharamkan Untuk Sekat Morsi Kembali Sebagai Presiden

Dalam satu usaha yang dipercayai untuk menyekat Dr.Mohamad Mursi kembali ke jawatan Presiden, Kabinet Mesir telah mengeluarkan kenyataan keras menyangkut Ikhawanul Muslimin. Mereka mennganggap Ikhwanul sebagai organisasi yang tidak sah dan justeru itu bakal diharamkan.

Tuduhan yang diutarakan oleh Kabinet Mesir itu dilandasi oleh status Ikhwanul Muslimin sebagai organisasi pendukung Morsi dimana pemerintah baru Mesir menganggap Morsi sebagai "teroris" dan juga penjahat perang.

Ketika ini, ada rancangan pembubaran Ikhwanul Muslimin. Menurut warta AP pada Sabtu (17/8/2013), Perdana Menteri Interim (sementara) Hazem al-Beblawi sudah secara rasmi mengajukan cadangan untuk membubarkan Ikhwanul Muslimin. "Cadangan itu kini sedang diteliti," kata juru bicara kabinet.

Ikhwanul Muslimin yang didirikan oleh Hassan al-Bana pada 1928, ketika Revolusi 2011 adalah pertubuhan yang sah. Sehingga kini, Ikhwanul Muslimin mempunyai sekitar 600,000 anggota. Ikhwanul Muslimin di Mesir dinilai memiliki sistem organisasi terbaik. Ikhwanul Muslimin telah berkembang dan tersebar ke beberapa negara yang berpenduduk majoriti Muslim.

"Pihak keselamatan akan terus berjuang untuk melawan unsur yang bersangkutan dengan terorisme dan pelanggaran undang-undang. Kami akan melakukan penangkapan bagi anggota teroris yang merujuk pada organisasi Ikhwanul Muslimin," demikian bunyi kenyataan pihak Kabinet Mesir, seperti dikutip APA, Sabtu (17/8/2013).

Mesir: Ini! Senyuman Sebelum & Selepas Syahid..

Bezakan senyuman semasa hidup dan setelah syahid


















Dr Hisham Saqr

 
Asmaa Ummu Rahmah ibu muda, antara 2 perindu syahid

DIA membenarkan janjinya dengan Tuhannya... maka Tuhannya menyambut janji dengannya. Kita mengharapkan begitu tetapi kita tidak mensucikan sesiapa melebihi kesucian kpd Allah swt..

Puteriku yang cantik Asmaa ummu Rahmah dan Yahya telah trpilih menjadi syahidah semalam dari peluru yang ditembak oleh pembunuh tepat yang kejam, ditembak kepadanya sedangkan sepatutnya ditembak kepada yahudi dan musuh-musuh Mesir.

Aku menjadi saksi bahawa Asmaa' selalu mengharapkan shahadah dan selalu berkata "aku mahu pergi menuju tuhanku"

Asmaa' pernah bermimpi selepas syahidnya mujahid Said Siyam, beliau berkata kepada Asmaa' "mari bersamaku", lalu Asmaa' mahu mengikuti beliau, tetapi dihalang oleh ibunya dan suaminya. Mereka berkata kepada Asmaa' "bukan sekarang Asmaa', lain kali.."

Asmaa' sentiasa mengikati mimpinya sehinggalah ketika ini, Asmaa' berkata  "inilah waktunya!"

Asmaa' menidurkan kedua anaknya sebelum bergerak ke medan raba'ah pada malam hari. Aku berkata padanya..  "berpada-padalah turun ke medan. Kau masih ada anak-anak kecil yang perlukan kau".

Asmaa' lantas membalas "adakah aku patut menyia-nyiakan peluang untuk syahid semata-mata kerana anak-anak?!"

Isu Mesir : Nah!! Kenyataan abang JIB yg ditunggu2?

Komen abang jibby:
Perdana Menteri berkata apa yang berlaku di Mesir itu perlu dijadikan iktibar kerana tuntutan perubahan yang dilakukan rakyat tidak semestinya membawa kepada perubahan seperti yang diharapkan.

"Ini adalah sebagai pengajaran yang boleh diambil iktibar kepada sesiapa yang diberi kepercayaan, bukan sahaja proses demokrasi berlaku, tapi apa yang boleh kita lakukan setelah dapat kepercayaan dari rakyat...kalau kita tuntut perubahan, tapi penyudahnya tidak seperti yang kita harapkan," katanya.

Najib berkata rakyat di negara ini perlu sedar bahawa sebarang perubahan terutamanya hasutan untuk berubah oleh pihak-pihak tertentu tidak semestinya akan membawa perubahan yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Ada perubahan yang membawa kebaikan, dan mungkin yang akan membawa kepada keadaan yang lebih buruk, pengajarannya, rakyat kita jangan terpedaya dengan hasutan seperti 'ubah', 'ini kali lah', kita tak tahu apa kesudahan sama ada pihak yang kita beri kepercayaan itu mampu tadbir negara kita lebih baik daripada yang dikecapi sebelum itu," katanya. - Pakatan Rakyat Supporters

Nazri Aziz mula jadi beban kepada Umno?

Tidak sampai dua hari, PM Najib terpaksa menukar pendiriannya berhubung tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz yang melantik anaknya sebagai pegawai khasnya di kementerian itu.
Jika semalam Najib menyatakan tidak menjadi salahnya Nazri berbuat demikian asalkan tidak melibatkan pembayaran gaji oleh kerajaan tetapi hari ini beliau mengubah kenyataannya itu dengan mengatakan ahli keluarga menteri hanya boleh diletakkan sebagai pembantu di kawasan Parlimen masing-masing dan bukannya di kementerian.
"Inilah prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh diletakkan di pejabat menteri," katanya.
Tindakan Nazri melantik anaknya sebagai pegawai khas telah mengundang keresahan orangramai, bukan saja kerana anaknya, Nedim itu terlibat dengan kontroversi sebelum ini, bahkan cara Nazri mempertahankan anaknya memperlihatkan keangkuhannya yang melampau.
Selain mengatakan anaknya tidak dibayar gaji oleh kerajaan, sebaliknya melalui duit poketnya sendiri, Nazri dengan nada sombongnya juga berkata, "ini kementerian saya, saya boleh boleh lantik sesiapa saja."
Dalam hal ini Nazri barangkali terlupa bahawa kementerian bukanlah milik individu. Kementerian bukan seperti syarikat sendirian berhad. Kementerian adalah milik kerajaan dan menteri duduk di situ hanyalah atas ehsan Perdana Menteri melantiknya setelah beliau dipilih sebagai wakil rakyat.
Hanya setelah menjadi wakil rakyat atau dewan negara, barulah seseorang itu boleh dilantik sebagai menteri. Ini menjadikan seseorang menteri sebenarnya sentiasa terikat kepada sokongan dan undi rakyat.
Selagi rakyat menyokongnya, dapatlah jadi menteri tetapi setelah tidak lagi mendapat sokongan rakyat, kedudukan menteri terpaksa dilepaskan dan kementerian juga kena ditinggalkan.
Jadi, janganlah sombong dan bongkak sangat kerana dapat jadi menteri seolah-olah boleh melakukan apa saja.
Ingatlah bahawa menjadi menteri adalah atas pertanggungjawaban bersama sebagai sebuah kerajaan setelah diberi mandat oleh rakyat. Jika menteri bersikap sombong dan angkuh, parti dan kerajaan yang akan menerima kesan penolakan daripada rakyat.
Oleh sebab itu, menjadi seorang pemimpin dan menteri haruslah menjauhi sikap sombong dan angkuh bagi memastikan sokongan rakyat berterusan.

Catatan doktor di Medan Raba’ah Adawiyah


Sebagai salah seorang peserta demonstrasi yang telah biasa berkhemah di Rabaah, saya memang berada di situ sejak Rabu pagi.
Seawal jam 6 pagi, arahan dikeluarkan kepada semua agar meninggalkan khemah dan berada di dataran, dan sudah ada tanda-tanda kecemasan.
Sekitar jam 6.30 pagi, saya mula mengalami masalah dengan isyarat talian internet menyebabkan saya termangu-mangu, dan ketika saya tiba di belakang “Tiba Mall” jam 6.40 pagi, barulah saya menyedari serangan telah bermula dengan lontaran bertalu-talu gas pemedih mata yang dilontarkan tepat ke tengah-tengah kawasan di mana peserta demonstrasi aman duduk.
Dalam tempoh beberapa minit, saya dapat melihat mangsa pertama dilumuri darah dari luka yang parah di tangan yang kelihatannya telah melibatkan sebahagian besar otot tangan kanannya. Sebagai pakar bius dan pakar perubatan kecemasan (critical care physician), saya mengambil keputusan untuk menawarkan diri bertugas di hospital Medan Rabaah sejak awal perhimpunan diadakan, iaitu selepas Presiden Morsi digulingkan.
Hospital medan agak tersusun. Ia barangkali telah belajar daripada dua episod pembantaian lepas. Walaubagaimanapun, mangsa bertali arus masuk dan dengan segera, keadaan menjadi kelam kabut.
Saya tidak merasai sendiri pengalaman ketika pembantaian “Republican Guards" atau pembantaian Al-Azhar, maka saya berasa sangat terkesan melihat betapa ramainya mereka yang mengalami kecederaan pada hari ini.
Dalam masa kurang dari 3 jam, hospital dan ruang-ruang dewan berhampiran hampir penuh dengan mayat dan mereka yang cedera.
Kecederaan yang dialami adalah sama ada dari peluru tabur (birdshot) kepada peluru hidup (live bullet).
Kebanyakan luka dari peluru hidup dijumpai di bahagian atas badan dengan sebahagian besarnya di kepala dan leher yang langsung mengakibatkan kematian.
Sekitar jam 10-10.30 pagi, gas pemedih mata mula dilemparkan ke arah hospital, menyebabkan udara sekitar amat melemaskan dan semua kakitangan hospital mula memakai topeng mulut.
Oleh kerana saya tidak berdaftar di hospital tersebut, saya tidak mempunyai bekalan topeng.
Sukar bernafas, saya tinggalkan aras pertama, aras di mana pesakit diterima, dan cuba naik ke aras kedua untuk mencari topeng tersebut di bilik bekalan.
Di aras kedua, saya terjumpa sebuah bilik di mana kaum ibu membawa anak-anak kecil mereka berlindung dari asap pemedih mata yang cukup pekat itu.
Saya akhirnya hanya menjumpai topeng biasa dan bukan topeng yang dapat melindungi dari asap pemedih mata.
Saya menyambung tugas membantu mangsa-mangsa baru yang tiba di hospital, tetapi keadaan semakin teruk dengan pertambahan jumlah mangsa.
Ini termasuk kes-kes yang parah, asap pemedih mata (saya mendapat tahu kemudiannya botol gas ini dilemparkan dari atas oleh helikopter). Bunyi tembakan juga semakin hampir dengan hospital.
Jam 12.00 tengahari, terdapat arahan untuk mengosongkan hospital kerana terdapat kebimbangan serangan di situ. Semua staf di arah menyorokkan tag pengenalan identiti perubatan mereka, menyorokkan kot putih atau sarung tangan bagi mengelakkan tangkapan atau soal siasat.
Saya meninggalkan hospital tersebut dan melintasi satu dewan yang dipenuhi mayat-mayat mangsa serangan, dan kemudiannya melalui satu dewan lain yang penuh juga dengan mereka yang tercedera yang dikategorikan sebagai kurang teruk (apabila saya maksudkan kurang teruk, ini hanyalah bermaksud mereka ada beberapa jam untuk mengharungi kecederaan tanpa pemerhatian rapi, tapi sebenarnya, dalam keadaan normal, mereka adalah pesakit yang memerlukan pembedahan segera).
Hati saya sangat tersentuh tatkala saya melihat senario wanita dan orang tua yang hanya mampu menangis di samping anak-anak atau saudara mereka yang tercedera kerana memang tidak ada siapa yang dapat menolong mereka di tengah-tengah serangan berdarah ini.
Saya berdiri di sebuah koridor di belakang hospital, yang berdekatan dengan Masjid Rabaah. Di sini juga beberapa mangsa di kalangan pemprotes berlindung setelah mereka tiada lagi tempat di hospital.
Salah seorang dari mereka yang cedera (ditembak di kaki) berkata kepada saya “Dr, kenapa berdiri sebegini? Pergilah dan pindahkan atau tolong pesakit lain”. Saya berasa sangat simpati kepada anak muda ini, yang tidak pedulikan kecederaan dirinya sendiri sebaliknya memikirkan sahabat-sahabat lain di tengah-tengah serangan berdarah ini.
Saya sendiri tidak tahu hendak ke mana setelah arahan mengosongkan hospital, jadi saya terus berlindung di situ, hampir dengan masjid di mana wanita dan orang tua berada. Bunyi tembakan peluru bersambungan dan semakin dahsyat, asap terus memenuhi ruang.
Selepas beberapa minit saya lihat gas pemedih mata menguasai koridor di mana saya berdiri tadi, saya teringatkan pemuda yang menegur saya tadi dan yang lain yang tercedera, adakah mereka sempat dipindahkan atau tidak? Orang ramai mengipas-ngipas ruang udara mereka dengan baju dan kain untuk cuba mengusir asap dan bau yang cukup melemaskan itu.
Selepas sejam, saya berjumpa seseorang dari hospital medan tadi, dan dia memberitahu sebuah hospital dari badan kebajikan Rabaah telah dibuka untuk menerima pesakit. Saya segera ke situ dan segera bertugas kembali, saya merasakan sedikit lega kerana dapat bekerja di hospital sebenar, apatah lagi sahabat-sahabat sekerja saya berjaya mendapatkan bekalan perubatan dari hospital medan tadi. Kami mula bekerja dan saya gembira kadar mangsa baru yang datang berkurang. Saya mula terfikir yang tentera telah memberhentikan serangan mereka.

Mesir Berdarah: Ucapan TG Haji Abdul Hadi Awang Bhg 2

Violence erupts in Egypt

Cairo protester: 'They're shooting inside the mosque'

Shooting causes panic during Cairo mosque standoff

Jacky Rowland reports from Paris on European recations on Egypt

Analyst Gerges: We are likely to witness more escalation in Egypt

Egypt forces clear Cairo mosque of protesters

Mesir Berdarah: Ucapan TG Haji Abdul Hadi Awang Bhg.1