Sabtu, 17 Ogos 2013

Egypt presidency: Anti-coup alliance 'waging war of attrition against state'

Kutuk Mesir: 'Najib jangan bimbang, kita akan sokong' - DAP

Anthony Loke Siew Fook 
KUALA LUMPUR - DAP hari ini menyatakan akan memberi sokongan kepada kerajaan sekiranya ada usaha untuk mengutuk kekejaman kerajaan Mesir terhadap rakyatnya yang sedang berlaku.

Setiausaha Pengelolanya, Anthony Loke Siew Fook turut memberi sokongan dan menggesa usul untuk mengutuk kekejaman kerajaan Mesir dibahas pada pesidangan Parlimen pada minggu depan.

Tambahnya, perdana menteri tidak perlu gentar untuk membawa usul mengutuk kekejaman kerajaan Mesir terhadap rakyatnya.

"Kita desak Najib beranikan diri bawa usul di Parlimen, kita akan bersama kerajaan memberi sokongan yang berusaha untuk kutuk kerajaan Mesir.

"Jangan bimbang kita tak sokong usul itu, kita akan sokong," katanya pada Himpunan Munajat 100K, di Padang Merbok, di sini, hari ini.

Semalam, DAP telah menggesa sidang khas Parlimen kutuk pembunuhan di Mesir.

Konflik Mesir: Pemuda Pas lobi negara Arab

Nasrudin Hassan
KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Malasysia (DPPM) akan meneruskan usaha melobi pihak antarabangsa untuk bersama-sama memberi tekanan kepada rejim Mesir yang menindas rakyat negara itu. 
 
Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, DPPM akan melobi negara yang berada dalam Liga Arab, OIC dan sebagainya bagi tujuan itu.
 
Menurutnya, pemerintahan sementara di Mesir mencabul hak demokrasi, tambahan pula dengan kezaliman yang dilakukan.
 
"Kita akan melobi di peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media selepas Himpunan Munajat 100K, di sini.
 
Beliau menambah, DPPM juga akan menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat dan Dun untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahas isu kekejaman kerajaan sementara Mesir.
 
"Kita minta Dewan Rakyat dan Dun adakan sidang tergempar, itulah langkah yang sepatutnya diambil bagi menekan rejim tentera di bumi Mesir.
 
"Kita akan hantar surat pada Isnin ini, kita telah draf surat itu," katanya.

PAS rally condemns Egyptian army’s violence


The crowd performing Asar prayers before the event starts. The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim, August 17, 2013.The crowd performing Asar prayers before the event starts. The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim, August 17, 2013.
PAS has called for an emergency sitting of the Malaysian parliament to condemn the violence against supporters of ousted Egyptian President Mohamad Morsi by the Egyptian army.
Its vice president Salahuddin Ayub said convening the parliament would offer members from both sides of the divide to express their disgust over events in Egypt.
“We have  seen this type of violence once before in Bosnia and we thought we will never see it again. But it has happened,” he told a crowd of some 2,000 people this evening at a rally organised by the Islamist party at Padang Merbok in Kuala Lumpur.
DAP organising secretary Anthony Loke, while calling for an emergency sitting of the parliament, criticised Putrajaya over its silence regarding the events in Egypt.
He said Prime Minister Datuk Seri Najib Razak could find time to comment on alleged irregularities in DAP's party elections but not to condemn Egypt's military government.
PAS deputy president Mohamed Sabu said the violence by the Egyptian army and police on the Morsi’s supporters was a "shameful" act against its fellow citizens.
“The police and army in any country are supposed to protect its citizens, not kill them. Mohamad Morsi was elected democratically,” Mat Sabu said at a solidarity rally in Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Mohamad Sabu called on

Dasar pembangunan kerajaan abai golongan miskin

ChubadakKUALA LUMPUR, 17 Ogos: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, kerajaan Umno-BN hanya berjanji mendahulukan keperluan rakyat bagi menikmati kediaman mampu milik. tetapi gagal melaksanakannya.
“Sebelum pilihanraya, Umno-BN berjanji untuk membina sejuta rumah mampu milik.
“Tetapi selepas membentuk kerajaan, janji hanya tinggal janji. Sehinggalah berlaku bencana kebakaran di Kampung Chubadak Jaya.
tian-chua-13march“Kerajaan tidak bersungguh-sungguh membantu dan lepas tangan dengan memindahkan mangsa jauh ke tempat lain,” katanya kepada Keadilandaily.
Pada 8 dan pada 10 Ogos lalu, hampir 50 rumah di kawasan di Kampung Chubadak, Sentul dan Kampung Puah Bahagia, Bandar Baru Sentul terbakar mengakibatkan 300 orang kehilangan tempat tinggal.
Tian berkata, rumah penduduk yang terbakar merupakan deretan rumah panjang yang dibina secara sejak 20 tahun lalu.
Difahamkan, ketika itu kerajaan memperkenalkan dasar ‘setinggan sifar’ menyebabkan banyak tanah yang diswastakan kini dimiliki pemaju pembangunan.
Manakala penduduk dijanjikan kediaman di Projek Prumahan Rakyat (PPR) dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

Disiasat bawah Akta Hasutan, namun disoal status perkahwinan

cynthia_gabrielKUALA LUMPUR, 17 Ogos: Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Cynthia Gabriel berkata, beliau ditanya soalan tidak berkaitan, iaitu berhubung status perkahwinannya ketika disoalsiasat Polis.
“Saya dipanggil di bawah Akta Hasutan. Tapi soalan ditanya langsung tiada kaitan.
“Ia termasuklah adakah saya sudah berkahwin.. dan beberapa soalan peribadi lain,” kata Cynthia kepada Keadilandaily.
“Ini jelas bermotifkan politik bertujuan mengelak rakyat membicarakan isu pokok, iaitu penglibatan Datuk Seri Najib Razak dan proksinya dalam skandal Scorpene,” tegas Cynthia.
Pada 7 Ogos lalu, Cynthia dipanggil ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya untuk membantu siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.
Ia berhubung majlis makan malam anjuran Suaram bagi mengutip dana membiayai kes mahkamah di Perancis berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia pada 2002.
Namun kata Cynthia, provokasi itu tidak menjejaskan fokus Suaram untuk mendesak Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan badan kehakiman menyiasat kembali kes tersebut.
“Isu pokok ialah jika benar Najib tidak terlibat, beliau wajar ke Mahkamah Perancis untuk membersihkan dirinya,” kata Cynthia.

Amateur video of pro-Morsi supporters inside besieged Cairo mosque

Mesir Berdarah: Desak Suruhanjaya Bebas ditubuhkan

Siri 2: Usaha Mursi yang disembunyi

Oleh Dr Maszlee Malik
Bahagian akhir

Pihak Tamarrod dan media Barat juga sering menggambarkan IM membolot kuasa dan ingin meng’Ikhwan’kan Mesir dengan penguasaan terhadap kesemua institusi politik di Mesir.

Sebagai contohnya, IM memenangi hampir 50 peratus daripada kerusi parlimen, IM juga memenangi majoriti besar daripada Majlis Shura Mesir, IM juga mendominasi ahli majlis penggubalan perlembagaan yang baru, dan paling utama berjaya mendapatkan kerusi presiden untuk akil mereka, iaitu Mursi. IM dan Mursi juga dituduh sebagai tidak bersikap inklusif dan terlalu eksklusif dalam menentukan hala tuju negara tersebut.

Amat pelik alasan yang dikemukakan ini jika dilihat dari sudut sistem demokrasi. Bukankah yang memilih IM adalah rakyat melalui jalan demokrasi yang bersih dan adil? Bukankah itu yang diminta rakyat semasa revolusi 25 Januari 2011?

Bukankah mereka yang dipilih rakyat wajib menjalankan tanggungjawab mereka demi membawa aspirasi rakyat?

Jika ketepikan logik demokrasi pun kita akan dapati tuduhan yang dilemparkan ke atas IM tidak berasas sama sekali. Jika dilihat kepada komposisi gabenor-gabenor yang dilantik, walaupun Mursi berhak meletakkan kesemua gabenor daripada kalangan IM, namun hanya 35 peratus gabenor di seluruh Mesir adalah daripada anggota IM.

Dalam bidang birokrasi pula, hanya 100 orang IM yang terlibat dalam jawatan tertinggi kerajaan. Lebih menarik, dalam Kabinet kerajaan, hanya empat kementerian sahaja dijawat IM, malah jawatan perdana menteri pun diberikan kepada Hesham Qindil,
yang bukan ahli IM.

Berbalik kepada isu inklusif, bukankah sewaktu Mursi memulakan tugasnya sebagai presiden beliau pernah menawarkan timbalan presiden kepada Hamdy Sabahin, tetapi ditolak mentah-mentah oleh Sabahin.

Lebih pelik sejurus selepas beliau menolak jawatan tersebut, beliau mengadakan sidang akhbar mengatakan Mursi dan IM ingin membolot kesemua jawatan penting dalam kerajaan.

Mursi juga pernah menawarkan jawatan yang sama kepada Baradei, tetapi ditolak mentah-mentah oleh al-Baradei.

Siri 1 :Usaha Mursi yang disembunyi

Oleh  Dr Maszlee Malik
Bahagian Pertama
Semenjak penggulingan presiden pilihan rakyat Mesir, Dr Mohamed Mursi pada 3 Julai lepas, lebih 300 nyawa terkorban, lebih 2,000 yang lain cedera, manakala lebih 1,700 individu ditahan tanpa bicara termasuk presiden Mesir yang pertama dipilih secara demokratik.

Bagi ramai pihak di Mesir, mereka melihat konflik berlaku adalah rampasan kuasa pihak tentera yang disokong golongan Tamarrod daripada rakyat Mesir yang telah memberikan legitimasi kekuasaan kepada Mursi dan Kabinet yang dibentuknya.

Bagi pihak tentera dan Tamarrod pula, penggulingan Mursi merupakan satu langkah demi menyelamatkan sistem demokrasi yang telah dicabul oleh Mursi dan kumpulan Ikhwanul Muslimin dengan beberapa tindakan mereka yang telah mencemarkan mandat rakyat kepada mereka.

Maka, untuk menjustifikasikan hujah mereka yang telah menyebabkan perhimpunan kemuncak pada 30 Julai lalu, dua isu utama ditimbulkan, pertamanya kegagalan Mursi untuk memulihkan keadaan sosioekonomi Mesir, dan yang keduanya, usaha licik Mursi dan Ikhwan untuk membolot semua kuasa di Mesir (Ikhwanatu Misr atau mengikhwankan Mesir) untuk menegakkan agenda radikal mereka yang tidak menjaga kepentingan golongan minoriti.

Maka, demi menyelamatkan Mesir dari diperintah oleh golongan radikal, mereka terpaksa keluar beramai-ramai memaksa agar Mursi meletakkan jawatan walaupun setelah memenangi Pilihan Raya Presiden setahun lalu dengan undian hampir 52%, dan walaupun belum cukup tempoh mandat diberikan kepadanya. Persoalannya, apakah benar Mursi gagal dan apakah benar beliau menjadi alat kepada Ikhwan untuk membolot semua kuasa di Mesir?


Gagal pulih ekonomi?

Hakikatnya, Mursi menerima bebanan yang terlalu besar daripada rejim Mubarak untuk diperbaiki. Amat mustahil untuk menyelesaikannya dalam tempoh setahun. Sewaktu mengambil tampuk pemerintahan, Dr Mursi terpaksa menanggung hutang kerajaan Mesir yang lepas dianggarkan sebanyak 1,300 billion Egyptian Pound. Sewaktu Dr Mursi mengambil alih tampuk kepimpinan, seramai lima juta rakyat Mesir tidak memiliki tempat tinggal; kadar rakyat yang keciciran pelajaran melebihi 30 juta orang; tujuh juta ibu tunggal rata-ratanya tidak ada pekerjaan tetap dan mengharapkan sepenuhnya bantuan kerajaan. Ini hanya secebis dari isu sosioekonomi di Mesir, ribuan lagi masalah terpaksa Mursi hadapi dalam menjadikan Mesir negara stabil.

Malangnya, dalam keadaan getir seperti itu, pihak liberal, elitis sekular dan saki-baki rejim Mubarak menangguk di air keruh. Semenjak setahun Mursi dipilih rakyat, golongan pembangkang tidak pula berusaha untuk bersama dengan beliau membangunkan negara, jauh sekali menghargai apa telah beliau dan Kabinetnya lakukan. Apa yang berlaku sepanjang setahun pemerintahan beliau, kumpulan pembangkang hanya berjaya melakukan 50 kempen besar-besaran untuk memburuk-burukkan Mursi, di samping penghinaan dan ejekan setiap hari di media milik mereka.  Dalam tempoh setahun pihak pembangkang mengadakan sebanyak 7,709 protes di seluruh Mesir sehingga merencatkan pembangunan; sebanyak 24 kali seruan untuk perhimpunan sejuta rakyat agar keluar ke jalan mendesak Mursi untuk meletakkan jawatan bermula beberapa minggu selepas Mursi dilantik. Pemimpin dan kerajaan manakah yang boleh bertahan dalam keadaan seperti ini? Hanya kerajaan diktator sahaja mampu mengendalikan kegilaan mereka yang gila kuasa seperti ini. Namun, IM tidak sekali-kali akan menggunakan kuku besi dan juga kuasa diktator, kerana ia bertentangan dengan prinsip asas gerakan tersebut - menentang keganasan dan sistem kuku besi!

Mengutik Iktibar Tragedi Di Mesir

Oleh Mohd Sayuti Omar
Kabur berapa ramai lagi rakyat Mesir yang tidak berdosa akan ditembak, dibakar atau dibunuh hidup-hidup kerana berjihad untuk menurunkan seorang lagi anak Firaun di Mesir, Abdul Fatah As Sisi yang kini sedang kemabukan darah agar turun dari kerusi kekuasaanya yang dicuri secara buruk dari Presiden Mohamad Morsi yang dilantik secara sah oleh rakyat menerusi pilihan raya.

Mangsa kekejaman tentera Mesir.
Pembunuhan dan angka kematian di negara benua Afrika itu kian bertambah bukan dari dari hari ke hari tetapi dari jam ke jam malahan minit ke minit. Asap dan api terus mengepul dan menyala di sana. Langit Kaherah sudag gelap pekat dengan asap kezaliman. Lubang kubur tentunya bertambah lebar, darah dan air mata juga kian membanjiri kota Kaherah itu.

Dari sini kita tidak dapat menggambarkan apa yang berlaku sebenarnya. Hanya dengan melihat kiriman gambar yang dimuatkan dalam media sosial ataupun laporan rasmi agensi-agensi berita ia sudah menakutkan kita. Menggerikan. Menyaksikan mayat bergelampangan ada yang hangus dibakar penaka ikan kering, ditembak, kepala pecah bersembur otak atau tali perut terburai menyebabkan kita jadi tidak terkutik dan air mata mengalir tanpa disedari.

Dari angka yang tidak rasmi angkara kemabukan anak Firaun baru si Abdul Fattah As Sisi itu khasnya dan pasukan tentera Mesir amnya sudah menghimpun lebih 2,500 mayat, manakala lebih 15,000 yang cedera. Mereka adalah merupakan rakyat yang bangkit mempertahankan Presiden kesayagan mereka Morsi yang ditahan kini masih dalam tahanan tentera entah di mana.

Khemah penyokong Morsi dibakar.
Pastinya angka itu akan bertambah dan kesadisan demi kesadian terus berlaku. Tentera Mesir pimpinan anak Firaun baru itu bermaharajalela dan bermandikan darah. As Sisi kandati Islam tetapi jiwa dan roh Islamnya sudah hilang dirasuk syaitan atau pun jembalanag Abu Jahal, Abu Lahab atau manusia sesat dan pembunuh berketurunan.

Apabila As Sisi menjadikan perkarangan masjid Raba'ah Adawiyah sebagai pusat pembantaian. apa lagi hendak dikonotasikan perbuatan itu kalau ia lebih kemaruk dan gila dari syaitan? Rasanya syaitan jauh lebih berhati perut sebab itulah ada orang mengatakan lebih baik berkawan dengan syiatan dikenali? Haha..

Why is UMNO Baru holding 28 million people at ransom?

Why is UMNO Baru holding 28 million people at ransom?
As the days keep passing by before UMNO Baru gets into election mode, the breaking news each day gives Malaysians every reason to be worried. Hence it justifies challenging the political power brokers with soul searching questions and offer feedback in the best interest of the nation’s future.
Especially at a time when many nations are bracing for economic turmoil and potential geological challenges, UMNO Baru is bent on political survival and supremacy at all costs given its minority electoral votes. Is this right and good for Malaysia’s 28 million people?
It is crystal clear that UMNO Baru is facing a multi-pronged battle both within and outside of its yard. These can be deduced from UMNO Baru's own confessions and spilling of the beans in the process of wanting to gain battle ground.
From within is the increasing tension between the leftist and rightists. While Najib’s loyalists appear to carve promises of a ‘tranforming’ UMNO image as the way forward for Malaysia, those aligned to the Mahathir-crew are bent on kicking raging storms laced with the potent mixture of race and religion rights’ sensitivities.
From outside of UMNO Baru circles, we see the populace divided. Much as UMNO Baru would want people to believe that there is a Chinese-tsunami being created by the Opposition political bloc, we are on the contrary, witnessing growing Malay representation opposed to UMNO Baru. PAS and Keadilan is as Malay as UMNO Baru while former UMNO loyalists have also joined DAP.
National breakdown!

MESIR BERDARAH: UMNO PATUT MALU PADA DAP



KUALA LUMPUR - DAP hari ini menyatakan akan memberi sokongan kepada kerajaan sekiranya ada usaha untuk mengutuk kekejaman kerajaan Mesir terhadap rakyatnya yang sedang berlaku.

Setiausaha Pengelolanya, Anthony Loke Siew Fook turut memberi sokongan dan menggesa usul untuk mengutuk kekejaman kerajaan Mesir dibahas pada pesidangan Parlimen pada minggu depan.

Tambahnya, perdana menteri tidak perlu gentar untuk membawa usul mengutuk kekejaman kerajaan Mesir terhadap rakyatnya.

"Kita desak Najib beranikan diri bawa usul di Parlimen, kita akan bersama kerajaan memberi sokongan yang berusaha untuk kutuk kerajaan Mesir.

"Jangan bimbang kita tak sokong usul itu, kita akan sokong," katanya pada Himpunan Munajat 100K, di Padang Merbok, di sini, hari ini.

Semalam, DAP telah menggesa sidang khas Parlimen kutuk pembunuhan di Mesir.

Helikopter rakam Ka Siong: Polis yakin dapat tangkap suspek


Ketua Polis Negara yakin polis dapat menangkap suspek yang menghantar helikopter bagi merakam gambar rumah Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong menggunakan sebuah helikopter kawalan jauh.
Menurut Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar), pihak polis sudah menerima laporan dari bekas timbalan menteri pendidikan itu dan kini sedang menyiasat kes itu.
"Beliau ada membuat laporan kepada kita, dan kini kita kita dalam proses meneliti rakaman tersebut.
"Bagaimanapun saya yakin tiada masalah untuk menangkap suspek yang menjadi dalang dalam insiden tersebut, katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Pelancaran Desa Selamat Zon Selangor dan Majlis Sambutan Aidilfitri, di Putrajaya hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai butiran terkini perkembangan kes tersebut.
"Masih terlalu awal jadi jangan timbulkan spekulasi," tegas Khalid lagi.
Semalam Wee mendakwa terdapat sebuah sebuah helikopter kawalan jauh merakam video rumahnya di Bukit Kiara secara rahsia baru-baru ini.
Dalam sidang medianya tersebut mendedahkan helikopter dengan enam kipas (hexacopter) yang dilengkapi kamera itu ditemui di atas bumbung balkoni rumahnya pada 8 Ogos lalu oleh jirannya, seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun.

Zahid Hamidi nafi jadi broker kerajaan perpaduan, dakwa ianya ‘spekulasi’

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini menafikan menjadi broker kerajaan perpaduan antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Kenyataan Menteri Dalam Negeri itu hadir selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut membuat kenyataan sama menafikan khabar angin tentang perkara tersebut, serta menyifatkan ianya sebagai satu spekulasi yang sengaja ditimbulkan oleh pihak pembangkang.
"Tak adalah, jangan membuat spekulasi lah.
"Kalau berita itu datang daripada Perdana Menteri kita boleh tulis," kata Ahmad Zahid apabila disoal The Malaysian Insider tentang perkara tersebut dalam satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.
Najib semalam berkata dakwaan berkenaan hanyalah “daya imaginasi” kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan antara BN dan PR.
Katanya, perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat masih tidak menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan menerimanya.
“Satu-satunya perjanjian politik yang ada ialah usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihan raya.

Kerajaan Perpaduan - Siapa Bohong?

Oleh Shahbudin Husin
Isu kerajaan perpaduan antara BN dengan PKR yang telah timbul sejak hampir seminggu lalu sehingga menyebabkan ada yang deman sejuk, demam panas, migrain dan sebagainya, akhirnya mendapat jawapan daripada Pejabat Perdana Menteri yang menafikan wujud sebarang usaha ke arah itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pejabat Perdana Menteri menyatakan, usaha ke arah pembentukan kerajaan perpaduan ini tidak mungkin dilakukan ketika ini kerana Anwar dan Pakatan Rakyat masih menolak keputusan pilihanraya umum yang lalu.

Kenyataan itu juga menyebut, andaian bahawa wujudanya usaha ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan itu hanyalah rekaan dan imaginasi penulis beberapa portal berita tertentu sahaja.

Sebelum ini, Najib dilaporkan sedang mengusahakan pembentukan kerajaan perpaduan dengan PKR dengan menawarkan kepada Anwar jawatan Timbalan Perdana Menteri dan lima jawatan menteri kabinet. Dilaporkan bahawa bekas Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla menjadi orang tengah kepada usaha itu.

Kemudiannya, Anwar mengesahkannya kepada Asia Sentinel bahawa beliau dihubungi oleh Najib melalui perantara untuk pembentukan kerajaan perpaduan itu tetapi telah menolaknya sebelum sempat ia menjadi kenyataan atas alasan isu-isu perkauman yang berterusan dimainkan oleh UMNO menjadi antara penghalangnya.

Terbaru The Edge Review pula mendetailkan lagi mengenai usaha pembentukan itu dengan menyebut nama Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution sebagai orang kanan daripada UMNO dan PKR yang sedangkan merundingkan beberapa aspek teknikal bagi memungkinkan idea kerajaan perpaduan itu menjadi kenyataan.

100 hari jadi PM, Najib hilang fokus

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Datuk Seri Najib Razak hilang fokus dan tiada idea baru dalam tempoh 100 hari memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, kata ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.
Najib
Kajian dilakukan Sim sejak 5 Mei hingga 13 Ogos mendapati, Malaysia dalam keadaan ‘autopilot’, manakala kelompok konservatif Umno dilihat menguasai isu dan menjadi suara kepada pentadbiran kerajaan.
“Pejabat saya membuat kajian terhadap kenyataan terbuka PM melalui Facebook dan Twitter beliau selama 100 hari dan mengkategorikannya kepada lima tajuk utama.
“Kami terkejut kerana PM hanya tweet empat dasar baru berbanding 308 (selepas pilihan raya umum ke-13) dari keseluruhan tweet, iaitu hanya satu peratus dalam tempoh itu,” katanya Sim kenyataan.
Kajian Sim menggariskan lima pemakluman melalui laman mikro twitter Perdana Menteri, iaitu 1. Dasar Baru dan perubahan dasar, 2. Pentadbiran Seharian, 3. Ucapan Selamat, Tahniah dan Takziah, Hadir program dan 5. Lain-lain.
Bagi kategori Pentadbiran Seharian, Najib hanya tweet 49 peratus dari keseluruhan, Ucapan tahniah, dan takziah (27 peratus), Hadir Program (lima peratus) dan lain-lain 18 peratus.
Pejabat beliau juga memilih 10 isu atau cabaran paling utama dalam tempoh itu dengan merujuk keratan media, FB dan Twitter Najib.

Guna alasan teknikal, mahkamah ketepi video kecurangan PRU 13


SHAH ALAM, 16 OGOS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal berikutan Mahkamah Pilihan Raya mengetepi bukti kecurangan pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) sekalipun dalam bentuk rakaman video.
Naib Presiden PKR, N Surendran kesal kerana petisyen bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh itu disertai bukti kukuh berbentuk rakaman video yang memaparkan perbuatan merasuah RM100 kepada kira-kira 24,000 pengundi.
istana kehakiman“Memang kita kecewa dan tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah. Kita harap mahkamah tidak gunakan alasan teknikal untuk tolak petisyen. Kita tidak puas hati dan ia tidak selari dengan undang-undang.
“Petisyen tidak wajar ditolak atas sebab teknikal sehinggakan peguam pemohon membuat penyerahan, ia terus tidak diterima mahkamah, terlalu teknikal,” katanya kepada TV Selangor.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan mahkamah semalam yang menolak petisyen yang difail PKR bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh dengan alasan teknikal yang dianggap remeh.
Ini berikutan dua petisyen yang difail calon kerusi itu, Madhi Hasan dan seorang pengundi parlimen itu, Azmi Sulaiman, ditolak dengan alasan tidak disertakan nama peguam.
Mahkamah Pilihan Raya Ipoh itu dikatakan hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya memfailkan petisyen berkenaan dan bukan firma guaman.
Pada PRU 13, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperoleh majoriti 2,108 undi, mengalahkan Madhi bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh.

Serangan Medan Rabaah dedah kekejaman tentera zionis As-Sisi

Tentera Islam pada zaman Rasulullah saw dikenali membawa rahmat dan keadilan, bukannya memusnahkan segala yang dimiliki pihak lawan.

Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim
Tindak-tanduk dan taktik serangan merupakan identiti kepada tentera atau pihak yang menyerang.
Sepertimana seorang manusia dikenali identitinya melalui cara dia berinteraksi dengan manusia lain, begitulah sekelompok tentera atau pihak yang menyerang dikenali, iaitu melalui cara mereka ‘berinteraksi’ atau taktik serangan mereka ke atas pihak yang diserang.
Sebagai contoh, sikap menghormati rumah ibadat dan strategi tidak menghapuskan tanaman telah menjadi identiti kepada tentera Islam semenjak zaman Rasulullah s.a.w. Tentera Islam dikenali membawa rahmat dan keadilan, bukannya menghancurkan dan memusnahkan segala yang dimiliki pihak lawan.
Di dalam penggempuran kejam yang berlaku pada 14 Ogos lalu di Medan Rabaah dan Nahdhah, pelbagai bentuk serangan telah berlaku.
Selain penembakan rambang dan penembakan spesifik menggunakan penembak tepat (sniper), taktik serangan yang juga dilakukan ialah taktik ‘scorched earth’ dan ‘demolition’.
Strategi ‘scorched earth’ ialah strategi penghapusan sebarang bentuk infrastruktur atau aset yang menjadi kekuatan pihak lawan.
Strategi ini dilaksanakan melalui bakar atau roboh (demolition) infrastruktur dan sumber (air/elektrik/perubatan) yang dijangka memberi kelebihan (advantage) kepada pihak lawan.
Strategi ini telahpun dilarang menurut salah satu protokol di dalam Konvensyen Geneva 1977. Hanya beberapa negara yang tidak mengikuti larangan ini, antaranya Amerika Syarikat dan Israel.
Disebabkan mereka tidak terikat dengan peraturan ini, strategi ‘scorched earth’ dan ‘demolition’ ini amat kerap digunakan oleh mereka terutamanya di dalam peperangan-peperangan yang terkini seperti yang terjadi ke atas Iraq, Afghanistan dan Gaza.
Strategi ini juga sebenarnya merupakan strategi yang telah digunakan oleh ramai pemimpin kejam seperti Stalin pada tahun 1941, Hitler pada tahun 1945 melalui Nero Decree, dan yang terkini oleh Bashar Al-Assad di dalam perang sivil yang sedang berlaku di Syria.
Masjid dibakar

Mesir Berdarah: Raja Saudi sokong keganasan tentera zionis As-Sisi

Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah semalam, menyeru negara-negara Arab supaya berdiri bersama-sama menentang ‘usaha menjejaskan kestabilan’ Mesir, dalam satu mesej bagi menyokong kepimpinan tentera negara itu.

“Arab Saudi, rakyatnya dan kerajaan hari ini berdiri bersama saudara kami di Mesir dalam menentang keganasan.

“Saya menyeru kepada mereka yang jujur di Mesir dan negara-negara Arab serta negara Islam berdiri sebagai seorang lelaki dan satu hati dalam menghadapi cubaan untuk menjejaskan kestabilan negara yang berada di barisan hadapan negara Arab dan sejarah Islam,’’ katanya dalam siaran televisyen negara ini.

Arab Saudi merupakan sekutu rapat bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dan mempunyai hubungan yang sukar dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin. – REUTERS



LANGIT Kawasan Abbasiyyah sudah dipenuhi gas air mata, belum lagi helikopter-helikopter yang melayang-layang bersama para sniper—penembak jitu di dalamnya.

Helikopter militer Mesir pun sudah menurunkan ‘sniper’ di puncak salah satu bangunan di atas kawasan Abbasiyyah yang siap menembak banyaknya massa pendukung Mursi seperti semut yang berkeliaran.

Dan Abbasiyyah sebentar lagi akan menyusul kawasan-kawasan lainnya yang banjir darah oleh para syuhada di Mesir.

Lalu apakah kesalahan yang dilakukan oleh anak kecil dan orang-orang di sana yang dibunuh sebegitu kejam?.

Mesir Berdarah: Semua dah jadi Balachi Assisi...!!!

Mesir bermandi darah... Ribuan rakyat Mesir yang mempertahan & memperjuangkan kebenaran syahid ditangan Tentera & Kerajaan Mesir sendiri, saudara sesama Islam sendiri...
Kerajaan Malaysia masih berdiam diri...
Pakatan Rakyat sekadar berdemo & mengeluarkan kenyataan mengutuk mengutuk & mengutuk... Kedutaan Mesir di Malaysia masih beroperasi seperti biasa... Hubungan Diplomatik antara Malaysia & Mesir masih berjalan seperti biasa...
Pembangkang (Pakatan Rakyat) sama-sama bengong... Langsung x de desakan atau usaha untuk beri tekanan pada Kerajaan Malaysia Pimpinan UMNO/BN supaya putuskan terus apa saja hubungan dengan Mesir... Halau Duta Mesir di Malaysia, hentikan serta-merta apa sahaja hubungan ekonomi & lain-lain dengan Mesir.
Wake up Muslim, Wake up Malaysian...!!!

Mesir Berdarah: Pas terus desak Malaysia nyatakan pendirian

Husam
KOTA BHARU - Pas mendesak Malaysia menyatakan pendirian terhadap tindakan kejam rejim tentera di Mesir susulan kekejaman yang berlanjutan lebih sebulan lalu.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, Malaysia perlu bertegas menentang amalan tidak demokratik itu dengan apa cara sekalipun termasuk melalui persidangan Parlimen.

“Bila Pas minta, Presiden Pas buat tuntutan, minta supaya persidangan Parlimen tergempar diadakan, kita nak nyatakan pendirian Malaysia, ini adalah amalan tidak demokratik, negara-negara EU, negara-negara Eropah, panggil duta-duta Mesir, ke London, Belgrate, Paris, duta Mesir kena panggil menyatakan bantahan keras,” katanya.

Menurutnya, pergolakan yang berlaku di Mesir tidak boleh dibiarkan tanpa ada usaha menentangnya apabila begitu banyak nyawa terkorban.

Husam berkata demikian ketika menghadiri majlis solat Hajat, munajat dan membaca qunut nazilah sebagai simpati terhadap nasib umat Islam di Mesir yang menjadi mangsa kerakusan tentera Mesir sekarang.

Kekejaman tentera Mesir dikutuk seluruh dunia


Himpunan Munajat

RAKYAT Malaysia hari ini terus melahirkan rasa simpati dan kebersamaan dengan rakyat Mesir yang terus bersabung nyawa demi sebuah demokrasi. 
 
Bermula jam 4 petang tadi telah berlangsungnya himpunan yang digelar Himpunan Munajat Perdana 100k yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur. 
 
Himpunan diadakan bagi membantah sekeras-kerasnya kekejaman tentera Mesir ke atas rakyatnya sendiri. 
 
Tindakan membunuh rakyat sendiri dengan menggelarkannya sebagai "operasi pembersihan" tidak mampu diterima dan dianggap sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan. 
 
Himpunan yang dianjurkan oleh Pemuda Pas ini turut menyeru negara menyatakan pendirian tegasnya di atas pembunuhan beramai-ramai di Mesir.

Enggan kecam kezaliman di Mesir, Najib tunduk kepada kuasa besar

Mesir-2013
SHAH ALAM 17 OGOS: Tindakan kerajaan Umno BN yang membisu terhadap tragedi pembunuhan rakyat Mesir membuktikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dayus dan penakut.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie, berkata Malaysia sepatutnya berani membuat kenyataan tegas dan keras mengutuk tindakan kudeta tentera Mesir yang mengorbankan lebih 3, 000 orang awam.
“Tindakan berdiam diri ini seolah-olah mengiya suara-suara yang menyatakan kerajaan Malaysia tunduk kepada kuasa besar dan merestui perbuatan kejam tentera Mesir.
“Di sebalik laungan Malaysia sebagai negara Islam, kesenyapan pemimpin negara dalam tragedi itu mencerminkan pemimpin negara ini, penakut dan pengecut.
“Sedangkan kenyataan mengutuk dan mengecam pun tidak berani dibuat, apatah lagi menghantar bantuan kepada saudara seagama di sana,” katanya kepada TV Selangor, hari ini.
Sehingga kini, kerajaan Malaysia belum membuat kenyataan rasmi berhubung pendirian terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir.

Firaun moden ulangan sejarah Firaun zaman Nabi Musa

Tindakan ganas oleh regim pemimpin diktator General Abdel Fatah el-Sisi di Mesir dilakukan dengan nada sunyi yang memekakkan dari Amerika dan Israel lahir daripada kebimbangan mereka terhadap kebangkitan Gerakan Islam di Mesir dan kemunculan semula sistem khilafah yang telah berjaya dihapuskan pada tahun 1923 di Turki.

Ketakutan mereka ini mengingatkan kita kepada tindakan ganas dan kejam di era pemerintahan Firaun. Oleh sebab takut dan yakin akan munculnya seorang anak lelaki yang bakal menjatuhkan kerajaan mereka, lalu Firaun telah bertindak ganas terhadap mana-mana anak lelaki yang lahir dan terus mereka dibunuh.

Namun pembunuhan tersebut gagal menghalang lahir dan kemunculan Nabi Musa sehingga akhirnya Firaun dijatuhkan. Kini di dalam era moden ini, ketakutan itu muncul kembali.

Kalau Firaun dahulu hanya membunuh kanak- kanak lelaki, kini semua peringkat umur dibunuh kerana semua pihak menjadi penyumbang kepada kesedaran rakyat bagi mempertahankan pemimpin yang dipilih.

Nyata firaun moden lebih zalim dari firaun di era Nabi Musa. Firaun el-Sisi langsung tidak mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku. Halangan dan tindakan ganas akan pasti gagal seperti usaha menahan kemunculan 'Nabi Musa' di zaman dulu.

Mesir: Malaysia perlu tegas, hantar nota bantahan

KUANTAN: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu kerajaan Malaysia membantah keras pembunuhan yang dilakukan oleh kerajaan Mesir terhadap rakyatnya sendiri.

Katanya, kerajaan Malaysia perlu bertegas atau sekurang-kurangnya menghantar nota bantahan terhadap kerajaan Mesir.

Menurut Tuan Ibrahim kekejaman pemerintah Mesir itu lebih kejam daripada Firaun yang membunuh kanak-kanak.

Firaun, katanya hanya membunuh kanak-kanak lelaki tetapi Firaun moden ini membunuh dan membakar hospital dan masjid dan sebagainya untuk menghilangkan bukti kekejaman mereka.

Tuan Ibrahim berucap dihadapan kira-kira 500 warga Pahang termasuk muslimat yang membantah kekejaman kerajaan sementara Mesir terhadap penyokong Presiden Mursi yang digulingkan diperkarangan Masjis al Fatah, dekat sini semalam.

Puisi buat rakyat Mesir: Nil, kau tak sendiri



Ku terbangkan buatmu, Nil
kata-kata yang bersayap
berseru, bertitah, bergoncang di alam merah
semerah darah syuhadamu, memekari tanah gersang
yang roboh dipaku dendam
yang lebam diremuk kejam

Ku taburkan buatmu, Nil
benih-benih hijau berpohon Nazilah
mengharum di awan basah
lebih deras dari peluru bertirus
lebih agam dari mahkota al-yahud

Mereka itu hanya bertopengkan dendam
hatinya hitam kecut dan dayus
bila kau berseru "lailaha illAllah"
sebesar mana letupan terletus
seramai mana nyawa terhapus
semangatmu masih mengapung
keberanianmu masih gah di persada sejarah

Bukankah kau tak tahu, Nil
dihujungnya sudah ada janji
yang pasti, kau tak sendiri


Main Hall CAC, IIUM

PAS, NGO Islam berhimpun, gesa kerajaan kutuk kudeta Mesir


Hadirin terlebih dahulu solat Asar beramai-ramai di Padang Merbok sebelum program bermula. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 Ogos, 2013.Hadirin terlebih dahulu solat Asar beramai-ramai di Padang Merbok sebelum program bermula. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 Ogos, 2013.PAS dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bergabung di bawah Gerakan Bertindak Malaysia berhimpun di ibu negara sebagai solidariti terhadap pergolakan di Mesir dan menggesa agar kerajaan Malaysia mengutuk rampasan kuasa tentera di negara Timur Tengah itu.
“Himpunan Munajat 100 ribu” di Padang Merbok, Kuala Lumpur itu turut menggesa bekas Presiden Dr Mohamed Morsi dikembalikan ke tampuk kepimpinan negara itu.
Hadirin terlebih dahulu solat Asar beramai-ramai di Padang Merbok sebelum program bermula dengan keadaan lalu lintas di kawal oleh beberapa anggota polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Mohamed Morsi dipilih secara pilihan raya bersih bukan seperti di Malaysia, lampu padam, tong undi di bawa lari, pengundi hantu.
“Tetapi kuasa Morsi dirampas tentera dan rakyat Malaysia harus ingat, polis dan tentera tidak boleh kuasai rakyat,” kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam ucapannya di hadapan lebih kurang 500 hadirin sambil disambut oleh hadirin dengan laungan “Jahanam Sisi”.
Bulan lalu, Morsi digulingkan dalam satu rampasan kuasa oleh pihak tentera.
Sehingga kini pertempuran antara penyokong Morsi dari gerakan Ikhwanul Muslimin dan pemerintah tentera masih belum berhenti walaupun sudah mengorbankan banyak nyawa.

Himpunan munajat tanda sokongan pada rakyat Mesir



KUALA LUMPUR: Padang Merbok yang menjadi lokasi Himpunan Munajat 100 ribu mula dilimpahi hampir 2000 hadirin, petang ini bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Mesir yang dizalimi.

Program bermula dengan solat asar diikuti pidato daripada para pemimpin PAS.

Antara pimpinan PAS yang berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah.

Ketika ini, wakil kerajaan negeri Kelantan sedang menyampaikan pidatonya.

Selain rakyat Malaysia, kelihatan juga beberapa rakyat Mesir turut bersama-sama menyertai himpunan ini.

Pergolakan di Mesir bermula apabila pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir, Dr. Mohamed Morsi dan menahan beliau di suatu tempat yang tidak diketahui.

Berikutan penggulingan tersebut, ribuan rakyat Mesir, khususnya penyokong Morsi berhimpun di beberapa lokasi bagi menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa tersebut.

Will the US penalise Egyptian military?

Abstract of interview with witness inside Fateh Mosque, Egypt

Egyptian PM: No conciliation with ones firing at civilians

Padang Merbok: 2,000 rally against violence in Egypt

US condemns Egypt bloodshed, but maintains $1.3bn military aid

Behind Barricades: Cairo mosque under siege, turned into morgue

Ustaz Azhar Idrus Kemalangan l 17 AUG 2013 l Alhamdulillah semuanya selamat

Mesir: DPPM tubuh jawatankuasa khas

Protesters besieged in Cairo mosque

Hezbollah warns of major Lebanon conflict

Morsi supporters await end of curfew

Tentera As Sisi dan penyokong anti Morsi bergabung serang rakyat Mesir

Tentera Mesir guna penembak tepat tembak penunjuk perasaan

Agenda Awani : Mesir Berdarah

Egyptian family mourns over protester's death

World leaders react to bloody events in Egypt

Interior snipers on the roofs of buildings in the killing of demonstrators

Egyptian security forces in 'predicament'

GO WASH YOUR MOUTH, KU NAN: 'No need to help fire victims in Opposition area'

Despite being placed at the helm of the Federal Territories and Urban Well-being Minister ,when majority of the constituencies have voted for Pakatan, Tengku Adnan has no qualms to say that the Federal Government has no obligation towards the fire victims who come from a constituency that is under the Opposition.
GO WASH YR MOUTH, KU NAN: 'No need to help fire victims in Opposition area'May I repeat, what kind of a pariah minister does Najib Tun Razak have in his present cabinet? Where did Tengku Adnan obtain his education? Did he get a recycled degree from the University of Pudu Raya?
I am appalled that such a senior Umno Baru minister could say such a thing. This is the result of many years of Umno Baru culture being cultivated by the Mamak Prime Minister. They have no brains and no qualms to shoot out of their mouths.
No service? Then don't tax the people
I wish to reiterate that, if the Federal Government has no obligations towards a constituency that had voted for Pakatan, then the Federal Government should not collect taxes from the constituents in 89 parliamentary seats that have voted against the pariah Federal Government.
When their Member of Parliament, Chua Tian Chang (aka Tian Chua) appealed on the behalf of a group of fire victims from Sentul who were moved out of their temporary shelter at Pusat Komuniti Taman Ibukota today, at the very least Tengku Adnan should try to look for a few suitable locations and help to solve the plight of the victims.
Tian is right that the victims have every reason to be upset, if not disgusted, when the pariah minister visited the constituency. In fact, they should even kick Tengku Adnan out of the constituency given his attitude as a federal cabinet minister!
As Rakyat of this country, we strongly demand Tengku Adnan to retract his statement, which is a dangerous precedent when someone of his low IQ is allowed to set for future leaders.
This is one major reason why UMNO Baru, the monster created by Dr Mahathir Mohamad, is now a four-letter word in most households than what it used to be during the late Tunku’s era.

MESIR BERDARAH: TENTERA KUDETA MESIR JAUH LEBIH KEJAM DAN ZALIM DARI TENTERA ZIONIS ISRAEL

Wael Qandil (Penulis tersohor di Mesir) berkata-kata sambil mengalirkan air mata :
Bilangan orang-orang yang dibunuh oleh tentera Mesir berganda-ganda daripada yang dibunuh oleh tentera Yahudi dalam Perang Oktober.

Tentera Mesir membunuh 750 Yahudi semasa perang enam hari 1967.
Tentera Mesir dibunuh 1000 Yahudi dalam tempoh enam tahun Perang pergeseran.
Tentera Mesir dibunuh 2500 Yahudi semasa keseluruhan satu tahun usia perang 1973.

Tentera Mesir telah membunuh lebih 5000 orang Islam Mesir dalam satu bulan sejak rampasan kuasa bermula, termasuk lebih daripada 3000 dibunuh dan terbakar kebanyakan bahagian badan-badan mereka semasa "beberapa jam" di Medan Rabiatul Adawiyah.

Ajarlah anak-anak anda bahawa orang-orang yang dibunuh oleh tentera Mesir dalam satu bulan lebih banyak daripada bilangan orang-orang Yahudi yang membunuh lebih 25 tahun.!

Ajarlah anak-anak anda bahawa tentera Mesir menjaga Yahudi dan tidak menjaga orang-orang di Mesir.!

Ajarlah anak-anak anda bahawa tentera Mesir memijak rakyat Mesir, membuang mereka ke dalam tong sampah, dan membunuh orang-orang yang tunduk dan sujud kepada Allah dan berdiri secara aman, dan mereka membakar mayat-mayat dan masjid.

Ajarlah anak-anak anda bahawa pemerintahan tentera mengkafirkan ayat-ayat Allah.

Kes tembak : Alasan polis terdapat perang antara kongsi gelap tidak diterima


Alasan polis peningkatan kes jenayah tembakan yang menggemparkan negara baru-baru ini akibat pergeseran antara kumpulan kongsi gelap, satu alasan yang tidak rasional menurut parti pembangkang DAP.
“Mereka patut jalankan siasatan dan menjadikan usaha memerangi jenayah sebagai satu keutamaan,” kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.
Beliau turut mempersoalkan apakah benar terdapat perang antara kongsi gelap seperti dijelaskan polis melibatkan bekas tahanan Akta Ordinan Darurat (EO).
“Polis tidak mengumumkan secara spesifik penglibatan bekas tahanan yang dibebaskan pada tahun lalu, lima tahun lalu atau lebih lama dari itu.
Pua memberi contoh kes ahli perniagaan yang keretanya dibom pada Isnin dan polis tidak mwmberi banyak maklumat tentang mangsa kejadian.
“Tanpa maklumat berkenaan, adalah terlalu awal membuat kesimpulan bekas tahanan EO yang terlibat dalam kes tersebut.”
Penganalisis jenayah, Profesor Madya P. Sundramoorthy dari Universiti Sains Malaysia (USM) turut sependapat dengan Pua.
“Ada yang berpendapat jenayah yang berlaku membabitkan krisis antara penjenayah namun hal ini tidak wajar berlaku dalam masyarakat,” kata Sundramoorthy yang menjelaskan kadar jenayah yang berlaku sebelum ini meningkat dengan ketara.
“Belum pernah berlaku kejadian tembakan yang berleluasa di Malaysia sejak zaman darurat menentang komunis. Bezanya komunis adalah satu ideologi dan kali ini kes jenayah.”
“Kami menyarankan agar pindaan undang-undang pencegahan dibuat bagi memastikan ia tidak disalahgunakan,” katanya.

Chilling account from frantic witness trapped inside Cairo mosque

Mesir: Umat Islam Perak suarakan bantahan



IPOH: Ratusan umat Islam berhimpun selepas solat Jumaat di Masjid Negeri Ipoh bagi mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman terhadap kekejaman kerajaan kudeta Mesir yang bertindak kejam membunuh rakyat di negara itu ketika ini.

Program anjuran Dewan Pemuda PAS Perak itu dihadiri oleh disertai oleh Ketuanya, Ustaz Zawawi Abu Hassan dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss serta pimpinan pemuda PAS negeri.

Turut bersama ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Norazli Musa dan beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) termasuklah Angkatan Belia Insan Malaysia (Abim).

Pelbagai sepanduk dinaikkan dan laungan bergema tanda solidariti terhadap nasib umat Islam yang sedang dizalimi di bumi anbia itu.

Ustaz Zawawi dalam ucapannya berkata tindakan yang dilakukan oleh tentera Mesir adalah sangat tidak berperikemanusiaan dan harus dihentikan segera.

Katanya, pihak keselamatan Mesir sewajarnya mengutamakan nyawa dan keamanan orang awam daripada menjadi mangsa korban yang semakin meningkat.

Bantah kekejaman Mesir, 1000 berhimpun di P.Pinang


PERMATANG PAUH: Kira-kira 1000 Umat Islam mengambil bahagian dalam perhimpunan membantah kudeta Mesir yang diadakan di perkarangan Masjid Jamek Permatang Janggus, di sini selepas solat Jumaat hari ini.

Antara yang berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Mohd Noor Harun dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudin,

Turut serta, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Fauzi Mohd Yusuf, Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hasbul  Nizal Zakaria dan Ketua Lajnah Tarbiah Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Ridwan Ramli.

Kedatangan Umat Islam hari ini bukan setakat menunaikan solat fardhu Jumaat namun juga untuk bersolidariti buat rakyat Mesir.

Tindakan Kerajaan Mesir melancarkan operasi ganas sejak dua hari lalu mengakibatkan kematian lebih 2500 orang yang tidak berdosa.

Mesir: Umat Islam Melaka turut nyatakan bantahan


MELAKA: Kira-kira 1000 umat Islam Melaka berhimpun di hadapan Masjid Negeri Al Azim hari ini bagi mengutuk keganasan kerajaan haram tentera membunuh rakyat Mesir.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dalam ucapannya pada himpunan itu melahirkan kekesalan dan kesedihan di atas kezaliman dan keganasan kerajaan haram Mesir yang membunuh rakyat yang tidak berdosa dan merampas kuasa dari Presiden yang sah iaitu Dr Mohamad Morsi.

"Kita mengutuk pembunuhan terhadap saudara kita rakyat Mesir yang tidak berdosa yang dilakukan oleh rejim tentera pimpinan Jeneral Al Sisi'

'Umat Islam juga menuntut supaya kuasa Presiden Morsi dikembalikan kerana beliau dilantik secara sah oleh rakyat melalui pilihanraya"ujar Kamaruddin.

Beliau juga menggesa kerajaan haram Mesir menghentikan pembunuhan, pemusnahan masjid dan harta benda awam.

Konflik Mesir - Rejim Kerajaan "Kudeta" Bertindak Kejam Terhadap Rakyatnya Sendiri

Keganasan Terhadap Rakyat Mesir | Dato' Husam Musa

Keganasan Terhadap Rakyat Mesir | Ust Nik Abduh

Gunfire, Clashes on Cairo Bridge

Eyewitness describes Cairo street scenes

Dozens dead as clashes rage throughout Egypt

Dozens dead in Egypt's 'day of rage' clashes

Protester claims helicopters fired on crowds in Cairo

The fate of democracy in Egypt

CNN reporter sees injured men in streets of Cairo

Scores dead in Egypt's 'day of rage' clashes

Egypt goverment spokesperson speaks to Al Jazeera

Witness from inside Cairo mosque speaks to Al Jazeera