Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man 
SHAH ALAM - Seiring dengan cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya kepimpinan tertinggi PR mengisytiharkan harta, saranan sama turut dikemukakan kepada pimpinan tertinggi BN.

Menurut Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, cadangan tersebut adalah sangat signifikan kerana rakyat Malaysia harus tahu hasil dapatan pemimpin negara.

“Bagi memastikan tiada keraguan terhadap hasil dapatan pemimpin negara, mereka perlu mengisytiharkan harta mereka.

“Tindakan ini akan memberi contoh tauladan yang baik kepada rakyat,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Baru-baru inian Karpal menyeru pemimpin dalam PR mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan Pulau Pinang.