Isnin, 12 Ogos 2013

Opposition says study only confirms their own findings on advance, postal voters


The Merdeka Centre, which revealed that the Barisan Nasional could not have formed the government if it was not for the controversial postal and advanced votes, only confirmed the opposition’s findings.
Parti Keadilan Rakyat strategic director Rafizi Ramli (pic) disclosed that the party had carried out its own analysis and the result was similar.

"We knew this all along. Our study showed that at least 30 parliamentary seats were won by BN because of advance and early voting," said the Pandan MP.

The BN government, he said, cannot deny that the advance and postal voting had come in as a huge advantage to them.

The Merdeka Centre study had showed that two MIC Cabinet Ministers - Datuk Seri S.Subramaniam  (Segamat) and Datuk Seri G. Palanivel (Cameron Highlands) - would have lost their parliamentary seats without the advance and postal voting and several seats in Johor and the Federal Territory would have also fallen to Pakatan Rakyat (PR).

The advance and postal votes alone gave BN victory in 22 parliamentary seats. Without those 22 seats, BN would have tied with opposition PR at 111 seats.

“There is nothing that can explain why the BN got more than 80% of advance and postal votes. It is absurd and it is almost like a cartoon-like situation," Rafizi said today.

DAP's Zairil Khir Johari said that the study was further proof that the BN government had no legitimacy, noting that advance and postal voting was something only the BN benefited from.

"Not only did they (BN) not get the majority of votes, but they would have lost had they not benefited from the advance voting."

Kenapa Kuan Yew seronok BN terus perintah M’sia?

Baru-baru ini secara terbuka mantan Perdana Menteri Singapura menyatakan bahawa beliau dan negara Singapura yang dipimpin oleh anak sulungya lebih selesa dan seronok jika UMNO/BN terus menjadi parti pemerintah di Malaysia jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat.

Beliau amat mengharapkan agar UMNO/BN terus menjadi parti pemerintah di Malaysia.

Sedang mencari alasan-alasan mengapa Lee Kuan Yew berkata sedemikian rupa..

Mengikut tafsiran dan pandangan Omak Kau dengan bersandarkan kepada sejarah dan pengalaman sudah antara kedua buah negara...maka dapatlan disimpulkan seperti berikut:-

1. Kerana UMNO Negara Singapura Tergadai Pada Lee Kuan Yew pada tahun 1965.

2. Kerana UMNO Pulau Batu Putih Tergadai Pada Singapura.

3. Kerana UMNO air terus dijual 3sen Seribu Galen  pada Singapura.

4. Kerana UMNO , Malaysia takut nak robohkan Tambak Johor.

5. Kerana UMNO, Tanah KTMB di Tanjung Pagar tergadai kepada Singapura.


6. Kerana UMNO Wilayah Iskandar bakal jadi Wilayah Singapura

7. Kerana UMNO Ekonomi Singapura akan Terus Mengatasi Malaysia

9. Kerana UMNO Banyak Syarikat-syarikat Malaysia akan terus dikuasai Singapura.

10. Kerana UMNO Matawang Malaysia akan terus jatuh dan lemah dari mata wang Singapura, menjadikan kuasa membeli rakyat Singapura sentiasa lebih kuat dan gagah dari rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di Johor.

Jadi tidak hairanlah mengapa begitu beriya-iya dan bersungguh-sungguh Lee Kuan Yew mau UMNO terus kekal sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Akhirnya tawaran Najib kepada Anwar terdedah juga

Aku kurang pasti samada perkara ini pernah disuarakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pimpinan PKR Pusat atau tidak..

Tapi yang aku pasti ialah perkara ini tidak disuarakan oleh Anwar dalam Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri tetapi telah disuarakan dalam satu perjumpaan tertutup antara beliau dan beberapa AJK Cabang Permatang Pauh selepas PRU13 yang lalu.

Aku pasti ianya tidak dibincangkan dalam Mesyuarat MPN Pulau Pinang bila seorang sahabat yang turut berada dalam mesyuarat tersebut telah bertanya kepada aku kenapa Anwar tak sebutpun akan tawaran itu dalam mesyuarat MPN?

Dia bertanya kepada aku bila aku nyatakan Najib tawarkan Pakatan Rakyat lima jawatan penting dalam kabinetnya kepada Anwar dan PR melalui wakilnya..

Jawab aku.. mungkin dalam mesyuarat MPN tu semuanya 'yes man', jadi bila Anwar minta pandangan semua akan setuju begitu saja.. ya lah nak lawan takut kepentingan tergugat.

Kalau bukan kerana ramai 'yes man' dan kaki bodek masakan hanya laporan yang indah-indah saja sanpai ketelinga Anwar dalam mesyuarat itu..

Tak akan timbul kisah Raja zaman dulu dalam mesyuarat tu.. antara ayatnya "Ampun Tuanku.. beribu-ribu ampun.. sembah patik harap diampun.. sukacita hamba maklumkan bahawa segala lanun-lanun yang bermaharaja lela telah berjaya dikawal...."

Hakikatnya lanun yang bermaharaja lela yang kononnya telah berjaya dikawal itu masih mengganas.. kah.. kah..kah.. nak bodek punya pasal diberitahu kepada Raja kononnya semua terkawal padahal sebaliknya..

Pak Lah sudah jelaskan, tunggu jawapan Mahathir


KUALA LUMPUR: Walaupun dengan adanya penafian Pak Lah buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, jawapan daripada Mahathir mengenai perkara-perkara yang disebut secara langsung dan melibatkan dirinya sebagaimana yang cakapkan oleh Pak Lah sendiri dalam wawancaranya itu, ia tetap memerlukan jawapan balas daripada Mahathir.

Shahbudin Husin di dalam blognya berpandangan, Mahathir tetap tidak boleh berdiam diri atau melupakan saja serangan-serangan Pak Lah terhadapnya itu.

Malahan, baginya apabila beberapa hari lalu Mahathir menangguhkan untuk memberi reaksi mengenai buku ini atas alasan belum membaca dan mahu mengkajinya terlebih dahulu, ia sebenarnya semakin meningkatkan keinginan orangramai untuk mengetahui apa pula jawapan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

“Dalam beberapa hari ini, reaksi Mahathir adalah paling ditunggu-tunggu kerana tidak ada sesiapa yang percaya Mahathir akan terdiam oleh serangan Pak Lah ini,” tulis beliau lagi.

Tulisan penuh sebagaimana di bawah.

Bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali dengan Pak Lah hari ini tampil memberi penjelasan mengenai buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia yang telah menjadi kontroversi dan perbualan hangat sejak beberapa hari yang lalu. Bahkan disebabkan berita mengenai buku itu keluar sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, ada yang bercakap mengenainya lebih banyak berbanding topik-topik lain ketika berjumpa kawan-kawan atau saudara-mara di Hari Raya kali ini.

Pak Lah: I will never abandon Umno

Himpunan Hijau to collect 1 million signatures for 'Kuburkan Lynas' campaign

Anwar Ibrahim: The Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) Is Not in Our National Interest

Anwar Ibrahim: Downgrade Of Malaysia's Ratings Will Have Adverse Economic Impacts

Keputusan mahkamah kes petisyen pilihan raya jelik dan mengaibkan

Penolakan petisyen pilihan raya yang dibuat mahkamah disifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai keputusan yang sangat jelik dan mengaibkan nama institusi kehakiman negara.
Menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu keputusan yang dibuat hakim berkenaan petisyen adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal.
"Badan kehakiman memberi gambaran yang cukup membimbangkan. Pertama menolak dengan asas yang paling tidak bertanggungjawab.
"Antara alasan yang diberikan hanya kerana orang yang memohon petisen tidak menghantar sendiri. "Adakah alasan itu boleh diterima kerana selama ini berpuluh kes yang saya hadapi tidak pernah saya hantar sendiri semua diwakili peguam, "kata beliau kepada wartawan dalam sidang media hari ini di Ibu Pejabat PKR.
Kata Anwar, tambah mengecewakan apabila mahkamah langsung tidak melihat senario penyataan itu sendiri apabila petisyen dikemuka kerana kegagalan pengurusan PRU lalu yang tidak telus dan bebas.
"Kita terima majoriti undi memihak pada Barisan Nasional namun majoriti dan suara dimenangi PR , kerana itu beberapa kes yang diragui kita minta bicarakan," katanya.
Bagaimanapun, katanya, tindakan tersebut sengaja dielakkan kerana tidak mahu isu yang membabitkan kegagalan SPR tidak mahu diketengahkan.
Anwar berkata, penolakan itu tidak bermaksud PR akan menghentikan usaha untuk mendedahkan kegagalan SPR.
Katanya, PR akan mengemukakan beberapa lagi kes ke mahkamah termasuk kes penipuan SPR mengenai dakwat kekal dan undi pos yang akan dibentangkan 2 September kelak.
Ini kerana dakwanya, melalui Kajian Merdeka Center dengan jelas menyatakan BN menang kerana undi pos dan undi awal, tanpa undi itu maka BN akan kecundang.
"Sebab itu kita ambil keputusan untuk tidak bantah di jalanan kita bantah di mahkamah namun dipukul dan terpaksa menerima bayaran tinggi," kata Anwar.

Saya Tidak Tulis, Taja Atau Minta Buku Itu Diterbitkan' - Pak Lah


Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi Isnin menafikan bahawa beliau menulis, menaja atau meminta supaya buku 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia' diterbitkan.
Dalam kenyataan media hari ini, Abdullah atau lebih kerap dengan panggilan mesra "Pak Lah" berkata beliau sedia diwawancara oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh atas prinsip keterbukaan demi perdebatan seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.
Justeru, beliau meminta agar tiada pihak membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh "Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri".
"Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat Umno terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat.

Pemuda Umno Perak: Haramkan penjualan buku Pak Lah..!!!

Satu cadangan yang cukup baik,,, konon-kononnya nak tutup satu bau busuk yang cucuk meloyakan,,, namun bila ditutup ia bakal meletop....


Barisan Pemuda Umno Perak merasakan buku ini mempunyai unsur sebotaj namun kita menyeru KDN untuk mengkaji dan membaca isi kandungan buku ini dan sekiranya ia selari dengan apa yang kita rasakan, penjualannya haruslah diharamkan





IPOH: Pemuda Umno Perak mahu Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penjualan buku ‘Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia.
Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Haron berkata langkah itu wajar kerana buku tersebut mempunyai unsur untuk mensabotaj dua mantan Perdana Menteri Malaysia.
“Barisan Pemuda Umno Perak merasakan buku ini mempunyai unsur sebotaj namun kita menyeru KDN untuk mengkaji dan membaca isi kandungan buku ini dan sekiranya ia selari dengan apa yang kita rasakan, penjualannya haruslah diharamkan,” katanya.
Beliau yang juga calon Naib Ketua Pemuda Umno berkata demikian kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Pemuda Umno Perak di Kompleks Belia dan Sukan, semalam.
Buku itu yang disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin telah menimbulkan kontroversi apabila ada kandungannya mengandungi temuramah bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi memperlekehkan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat umum sebagai usaha untuk melaga-lagakan bekas pemimpin utama negara.
“Saya masih belum membaca isi kandungan buku tersebut, walaubagaimanapun saya telah mengkaji buku ini di internet memang terdapat unsur sabotaj terhadap Tun Abdullah dan Tun Mahathir,” katanya.

I wasn't asleep when I criticized Dr M:Pak Lah clarifies book amid UNPRECEDENTED Umno heat

I wasn't asleep when I criticized Dr M:Pak Lah clarifies book amid UNPRECEDENTED Umno heatKUALA LUMPUR - In a bid to quell speculation about his motives in criticizing predecessor Mahathir Mohamad in a soon-to-be-launched book, Malaysia's former prime minister Abdullah Badawi said he did it so because he wanted Umno to reform and become a more open party.
The book titled Awakening: The Abdullah Badawi Years has stirred all sorts of reactions and speculation especially in his Umno party. Many party members especially his rivals fear it could influence the outcome of their party election for a new central leadership.
In particular, supporters of Mahathir have launched an all-out vicious counter attack against Abdullah as well as begun a whispering campaign against him to in their bid to 'defend' Mahathir.
Some even accused Abdullah of shifting allegiance to the Opposition because MP for Lembah Pantai Nurul Izzah had been invited by the book's editors to officiate at the Singapore launch.
Many also believed the book was Abdullah's way of signalling that he would throw his support behind Prime Minister Najib Razak, who may face a serious challenge to his presidency at Umno's upcoming party election by factions controlled by Mahathir.
Hence the unprecedented assault against Abdullah to the extent that he has been forced to issue a statement on the matter. It is telling that Abdullah, while mentioning the Opposition in the statement, sidestepped the very pregnant and unanswered questions on his perceived support for Najib.
"Do not make assumptions that the book was written by Pak Lah who has supposedly conspired with the opposition against his own party. That is a distortion of facts and slander,” Abdullah said in the statement released on Monday.

"Whatever criticism I made in my interview was because I want to see Umno continue receiving the rakyat's mandate and trust."
Wide awake when he made the comments
Abdullah acknowledged knowing that the book would contain articles that are unflattering of his administration.

Awakening: Biar kata-kata saya diingati pembaca, kata Pak Lah


Tuduhan yang mendakwa penerbitan buku "Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia" adalah usaha mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) untuk menyerang Umno dinafikan sekeras-kerasnya pemimpin itu sambil meminta pembaca memberi fokus kepada jawapannya dalam buku tersebut tentang pentadbiran beliau di antara 2003 dan 2009.

Abdullah berkata beliau hanya menjawab soalan yang diajukan oleh pengarang dan bukan keseluruhan buku.

“Saya hanya menjawab soalan yang ditanya. Biar jawapan saya nanti menjadi fokus pembaca,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Buku yang disusun oleh Dr Bridget Welsh dan Dr James Chin dilancarkan minggu lalu dan telah menerima kritikan oleh penulis blog pro Umno dan Utusan Malaysia.

“Jangan membuat andaian buku tersebut ditulis oleh Pak Lah bagi mengundang konspirasi yang saya bekerjasama dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan parti. Itu penyelewengan fakta dan berbaur fitnah.

“Apa jua kritikan yang saya buat semasa temubual tersebut adalah kerana saya mahu melihat Umno terus mendapat mandat dan kepercayaan rakyat,” katanya.

Mantan presiden Umno itu berkata beliau tidak sekali-kali akan meninggalkan parti majoriti Barisan Nasional (BN) itu.

“Saya tidak pernah meninggalkan Umno dan Insya Allah, hingga ke akhir nafas nanti, saya masih ahli Umno yang cintakan negara,” ujar Abdullah.

Perjanjian TPPA bakal rampas RM27 juta wang rakyat

PETALING JAYA 12 OGOS : Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bakal mengaut wang rakyat berjumlah kira-kira RM27 bilion menerusi cukai pendapatan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, Pakatan Rakyat sudah melahirkan kebimbangan berhubung hal itu sejak isu berkenaan dibincang
“Melihat kepada cara kaedah rundingan dan kerahsiaan yang dibuat, terpapar beberapa perkara yang akan memberi kesan negatif terhadap bidang perubatan, pertanian dan perkhidmatan
“Maka, kita pada dasarnya menolak rundingan diteruskan sebelum isu pokok diperjelas. Kerajaan BN pula berdolak dalik dengan memberi gambaran positif pada awalnya dan biarpun kini mula negatif.
“Akan tetapi rundingan itu tetap juga diteruskan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
TPPA adalah rundingan perjanjian dicadangkan FTA yang berlangsung antara 12 negara rantau Asia Pasifik, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Filipina, Amerika Syarikat, Vietnam dan Jepun ada gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) melebihi AS$33 trilion akhir tahun lalu.

KPN sangka pemimpin DAP jahil peranan polis, kata Ahli Parlimen Kluang


Kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang meminta beberapa pemimpin DAP untuk berjumpa dengan ketua polis tempatan bagi memahami peranan polis membayangkan beliau ingat pemimpin DAP jahil peranan polis.

Anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong (gambar) berkata, ia boleh dilihat apabila Khalid meminta pemimpin DAP berjumpa polis tempatan untuk memahami peranan Cawangan Khas, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasukan polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Strategis DAP itu menggambarkan Khalid bersetuju untuk berjumpanya berdasarkan kiriman twitternya  dan beliau sendiri telah mengirim satu surat rasmi kepada Khalid bagi berjumpa dengan pemimpin nombor satu dalam pasukan keselamatan berkenaan.

Namun kenyataan Khalid itu menggambarkan beliau tidak bersetuju untuk berjumpa mereka dan meminta para pemimpin DAP itu berjumpa dengan ketua polis tempatan.

Chin Tong berpendapat, bagi memerangi jenayah, polis perlu memberi perhatian kepada kualiti siasatan dan memastikan kepimpinan polis sentiasa bersedia mendengar pemasalahan rakyat.

“Sebagai contoh, anggota PGA boleh dikerah bagi memerangi jenyah bagitu juga sebahagian anggota FRU yang boleh menggalas tanggungjawab tersebut.

GST hasil kegagalan Menteri Kewangan

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa rancangan kerajaan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas rakyat adalah hasil dari kegagalan Menteri Kewangan dan kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara.

Kata Ketua Pembangkang itu, isu defisit yang dihadapi negara dilaporkan semakin kritikal menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah untuk mengimbang kembali ekonomi iaitu dengan mewujudkan GST.

"Setiap tahun apabila bajet dibentangkan kerajaan berjanji akan menangani isu defisit ini, sekiranya defisit berlaku kerana memberi tumpuan memperbaiki isu kemiskinan, pertanian itu tidak mengapa.

"Tetapi sekarang defisit berlaku akibat dari salah pengurusan kerajaan sendiri, rasuah yang berleluasa, pembaziran maka ia mendatangkan impak yang serius pada ekonomi negara,"kata Anwar kepada media.

Menurut Anwar, bekas Menteri Kewangan ketika dalam kerajaan dahulu,   apa yang jelas kegagalan kerajaan menangani isu defisit akibat dari perbelanjaan tidak bertanggugjawab kerajaan ini akan memberi kesan negatif kepada rakyat iaitu kenaikan harga barang mendadak.

"Apabila barang dinaikkan maka cukai juga turut dinaikkan dan kerajaan akan membangkitkan kembali pelaksanan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kononnya bagi mengawal defisit bajet negara," kata Anwar lagi.

Adakah Zahid bertindak adil terhadap polis?


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu risau tentang orang awam berlaku tidak adil terhadap pihak polis dalam penentangannya terhadap penjenayah tegar di Malaysia.

Itu sebabnya, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kenapa rakyat Malaysia menuntut supaya lebih banyak sumber diperuntukkan dalam bentuk kelengkapan dan kakitangan;  terutamanya apabila hanya 9% daripada kekuatan anggota polis berjumlah 112,583 orang atau 10,150 anggota sahaja yang memerangi jenayah.

“Sebaliknya rakyat turut menuntut supaya Ahmad Zahid menambahkan bilangan anggota polis yang menentang jenayah dan membuat rondaan sehingga 50% daripada jumlah keseluruhan anggota, atau 56,000 orang; demi memastikan tugas tersebut dapat dilakukan dengan sebaik mungkin,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Soalnya, kata beliau ialah sama ada Ahmad Zahid bertindak adil terhadap pasukan polis dengan mengalihkan kekuatan mereka daripada tugas utama membasmi jenayah dengan mengarahkan mereka melaksanakan tugasan lain, termasuklah memantau dan menangani pihak lawan politik BN.

Negara Selamat: Langgar sebelum lempar bom


Langgar sebelum lempar bom

GEORGETOWN - Seorang pegawai bank menempuh detik cemas selepas keretanya bukan sahaja dilanggar dari arah belakang malah turut dilempar mercun yang dipercayai buatan sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang semalam, Ong Kok Kwang, 23, yang memandu kereta jenis Honda Civic bersama rakannya sedang melalui Lebuh Farquhar sebelum sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina yang dinaiki dua lelaki mengekori mereka.

Menurut sumber, mangsa dan rakannya dalam perjalanan pulang ke tempat kerja selepas menikmati makan tengah hari sebelum berlaku insiden yang turut mengejutkan orang ramai di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, ketika membelok ke arah Love Lane untuk balik ke tempat kerja, kereta terbabit masih mengekorinya dan mangsa cuba memberikan ruang sebaliknya kenderaan terbabit terus melanggar bahagian belakang keretanya beberapa kali.

"Selepas melanggarnya, seorang lelaki yang dilihat di tempat duduk penumpang kereta Nissan Grand Livina itu membuka cermin dan membaling sesuatu disyaki mercun buatan sendiri ke bahagian belakang kereta mangsa.

"Kejadian itu menyebabkan bumper kereta mangsa terjatuh dan pecah akibat dilanggar dan terkena mercun," katanya.

Penjenayah Bermaharajalela: SB sibuk tanya YB Idris Ahmad berbuka di masjid mana..??

Ustaz Idris Ahmad ,Ahli Parlimen Bukit Gantang dan YB Chua Yee Ling, Adun Kuala Sepetang menyantuni penduduk termasuk  penyokong tegar UMNO pada  29 Ramadhan lalu. Pihak polis melalui  cawangan khas (SB) sering bertanya pergerakan DS Nizar dan  Ustaz Idris Ahmad.Sehingga hendak berbuka puasa bersama penduduk pun mereka hendak tahu sebab apa?

Changkat Jering-12 Ogos: PAS Kawasan Bukit Gantang berasa kesal dengan pihak SB (Cawangan Khas) yang bertanya pergerakan Ahli Parlimen Bukit Gantang untuk berbuka puasa (iftar),dalam bulan Ramadhan lalu  bersama penduduk di masjid-masjid dalam Parlimen Bukit Gantang.
PAS Kawasan Bukit Gantang mengharapkan pihak polis lebih baik bekerja keras menangkap penjenayah atau suspek yang telah membunuh beberapa orang penduduk dalam Bukit Gantang. Setakat ini dalam tempoh sebulan dua ini kerap benar berlaku kejadian pembunuhan menggunakan senjata api di sekitar Simpang dalam DUN Changkat Jering.

PAS kemuka pelan tindakan atasi jenayah berat


KUALA LUMPUR: PAS akan berusaha mengemukakan pelan tindakan yang praktikal bagi menghadapi berleluasanya jenayah berat termasuk yang melibatkan pembunuhan menggunakan senjata api, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"Saya akan berusaha untuk mencadangkan langkah-langkah yang sewajarnya dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkaitan perkara itu," katanya.

Apa yang penting, kata beliau, ialah PAS mesti mengemukakan pelan tindakan mengatasi jenayah yang praktikal sama ada kepada pihak berkuasa atau rakyat.

"Bagi mencapai tujuan itu, antara langkah pertama yang akan dilaksanakan oleh PAS ialah menggemblengkan pengalaman dan pemikiran bekas-bekas pegawai tinggi polis dan tentera yang kini berada di dalam PAS dan Pakatan Rakyat untuk menggariskan pelan tindakan yang benar-benar responsif kepada masalah tersebut," kata Salahuddin.

PAS, katanya lagi, tidak akan mengemukakan pelan tindakan itu kepada kerajaan sahaja malah kepada rakyat seluruhnya bagi memastikan manfaatnya yang meluas.

Jenayah Berat: Anwar minta Zahid jangan tutup kesilapan dengan salah pihak lain


Menteri Dalam Negeri tidak seharusnya menutup kegagalan kerajaan dalam menangani kes jenayah yang tidak terkawal dengan menunding jari mencari salah akibat pemansuhan Akta Ordinan Darurat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).
Katanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seharusnya mencari penyelesaian segera dengan mengambil pendekatan berbincang dengan semua pihak untuk membanteras jenayah daripada menyalahkah pihak lain.
Anwar berkata, menunding jari kerana gagal menutupi kesalahan adalah perkara biasa dilakukan oleh Umno.
"Menteri Dalam Negeri patut cari jalan bersama dengan semua pihak tangani jenayah berat bukan hendak guna kegagalan dia dengan mengenakan undang-undang kejam, "katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Keadilan hari ini.
Beliau mendakwa, isu jenayah berat ini bukan disebabkan undang -undang yang dimansuhkan kerana undang-undang yang lain sudah mencukupi.
"Ini bukan soal undang-undang. Ia sudah jelas banyak negara yang tidak memakai Akta Ordinan Darurat dan isu sebegini tidak timbul di negara mereka.

TPP: Anwar saran analisis menyeluruh dan adil

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) 
KUALA LUMPUR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar kerajaan mengendalikan satu analisis kos-faedah yang menyeluruh dan tidak berat sebelah ke atas Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) sebelum ia ditandatangani.
  
Dengan mengambil kira kebimbangan utama orang ramai, beliau menggesa perunding-perunding Malaysia "mempertahankan hak dan keistimewaan kita, tidak kira betapa sukar dan sensitifnya isu-isu tersebut" dalam pusingan-pusingan TPP yang tinggal lagi.
  
Beliau berkata tiada sebab yang sah kenapa Malaysia harus tergesa-gesa menandatangani TPP.
  
"Hasil analisis kos-faedah ini haruslah disebar luaskan kepada orang ramai, dan perkara-perkara utama TPP perlu dimaklumkan kepada semua pihak berkepentingan, terutamanya ahli-ahli Parlimen, agar perjanjian muktamad diperbetulkan sewajarnya oleh perundangan kita," katanya pada satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
  

Anwar: Gov't using Bush's sledgehammer approach to security

Pecah Dah: Anwar sahkan, Najib tawar kerajaan perpaduan dengannya, lapor Asia Sentinel

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dalam wawancaranya dengan laman web Asia Sentinel, Anwar berkata, usaha itu dibuat oleh Najib namun beliau menolaknya melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan.
Ini ekoran serangan yang dibuat oleh Utusan Malaysia ke atas masyarakat Cina dan India.
"Saya berkata, isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan," kata Anwar.
Namun, sehingga itu, Anwar tidak menerima sebarang balasan dari Najib.
Usaha kerajaan perpaduan ini dibuat melalui bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang melibatkan beberapa siri lawatannya ke Kuala Lumpur, yang terakhirnya beberapa minggu lalu.
Awal tahun ini, Jusuff Kalla gagal dalam usahanya untuk mendapatkan komitmen Najib dan Anwar menerima keputusan Pilihan Raya ke 13.
Sehingga kini tidak pasti kenapa Najib mahu menghantar wakil bagi membincangkan kerajaan perpaduan sedangkan Anwar bukannya mempunyai nama yang baik dalam Umno di samping masalah dalam Pakatan  Rakyat sendiri.
Di kalangan Umno, ramai yang berpendapat walaupun Barisan Nasional lemah, tetapi parti komponen utama itu tetap kuat, menguasai 88 dari 133 kerusi parlimen selepas PRU13.
Dalam suasana yang ada, pemimpin Umno berpandangan, menawarkan sebarang hubungan dengan pembangkang akan melambangkan kelemahan Umno.
Dalam hal ini, Asia Sentinel membuat andaian tentang kerajaan perpaduan sebagai,"Ia adalah usaha Najib untuk membuka gelanggang baru melawan Mahathir, yang banyak membiarkan blogger kawalannya menyerang perdana menteri yang cedera itu."

Alasan tolak petisyen jelek, hakim patut ‘masuk kuliah’

PETALING JAYA 12 OGOS: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perbuatan mahkamah menolak petisyen pilihan raya yang difail Pakatan Rakyat (PR) dan memihak kepada kerajaan Umno BN, memberi gambaran yang jelek.
Pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, beliau kesal kerana ada petisyen ditolak semata-mata kerana ia tidak dihantar oleh pemohon sebaliknya dilakukan peguam.
Menyatakan ia mengaibkan institusi kehakiman negara, Ketua Pembangkang itu berkata, berkata keputusan hakim juga tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima akal.
“Pertama, menolak kes dengan asas paling tidak bertanggungjawab. Rakyat Malaysia yang waras boleh berfikir akan perkara ini bagaimana ia boleh ditolak.
“Berpuluh-puluh kes tidak pernah saya bawa sendiri, semuanya melalui peguam. Bagi saya, hakim begitu patut masuk kuliah semula,” katanya yang kesal kerana aspek kegagalan pengurusan pilihan raya, tidak diteliti.
“Ini seolah-olah sengaja dielak perbicaraan kerana tidak mahu fakta itu diketengah melainkan beberapa kes yang membabitkan petisyen Umno BN seperti di Sabah dan Kelantan.
Anwar berkata, Pakatan memfail petisyen ke mahkamah melalui saluran sah bagi dapat mengelak insiden seperti di Thailand dan Mesir tetapi sebaliknya berlaku.
“Kita dipukul dengan alasan tidak munasabah dan didera dengan bayaran yang cukup tinggi,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, beberapa permohonan lain didengar pada 2 Disember akan datang seperti penipuan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam kes penggunaan dakwat kekal.
Katanya, majoriti pengundi memilih Pakatan sebagai kerajaan tetapi kekurangan kerusi pada PRU 13 dan ia terbukti melalui kajian Merdeka Centre, sebuah badan penyelidik bebas yang membuktikan Umno BN menang kerana undi awal dan pos.

SPR perlu jawab isu penipuan PRU 13, bukan alih isu

anwar-pc-2013
PETALING JAYA 12 OGOS : Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu memberi respon terhadap hasil kajian Merdeka Centre mengenai penipuan pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) tanpa mengalihkannya kepada isu lain.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, SPR mesti menyelesaikan isu itu supaya intergritinya tidak dipertikai atau cuba menyimpang dari persoalan pokok termasuk mengubah sistem pilihan raya sedia ada.
“SPR sepatutnya diyakini sebagai badan bebas. Kalau sebahagian besar rakyat mempertikai pilihan raya, jangan cuba teruskan dengan cara sombong dan angkuh seolah-olah kamu boleh teruskan (sesuka hati).
“Orang ramai perlu dipulihkan keyakinan itu. Kalau diteruskan juga maka di Parlimen nanti, kita akan bertempur habis habisan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas cadangan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada parti politik mengenai cadangan mengubah sistem pilihan raya di negara ini.
Anwar berkata, Abdul Aziz perlu menjawab dakwaan penipuan PRU 13 yang ditunjukkan dalam laporan Merdeka Centre, bukannya mengalih persoalan kepada isu lain selepas kewibawaan SPR dipertikai.
Merdeka Centre mengesahkan kemenangan Umno-BN kerana faktor undi awal dan undi pos sekaligus tanpa kaedah itu, BN akan hilang 22 kerusi Parlimen.

Pemimpin Umno tidak berani secara berdepan


PERMATANG PAUH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika berbahas di parlimen kebanyakan pemimpin Umno berselindung di sebalik meja tetapi di belakang mereka mengumpat, memfitnah yang bukan-bukan.

Itulah resam dunia, sambung Anwar, manusia tidak berani berhadapan dengan golongan yang memperjuangkan kebenaran di mana mereka tetap mencari kepalsuan dengan merobek demokrasi yang adil.

"Dulu lagi saya dah katakan pemimpin Umno ni bukan bijak sangat, bila ajak berdebat lari lintang pukang takut berhadapan tapi bab kata kat belakang mombor satu.

“Rata-rata buat fitnah bagi tahu masyarakat yang pembangkang punya jahat. Kalau menang habislah orang Melayu menderita di bumi sendiri," tegasnya semasa berucap di majlis Aidil Fitri anjuran Pemuda Qariah Kubang Semang semalam.

Awakening: Pak Lah kini bersuara

SEJAK dua tiga hari yang lepas, banyak berita diterbit mengenai 'buku Pak Lah'.

Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen.

Sebelum saya memberi apa-apa komen, mungkin saya perlu memberi sedikit penjelasan tentang buku tersebut.

Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya.

Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri.

Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal.

Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh.

Wawancara ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri.

Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan.

Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah.

Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut.

Keempat, oleh kerana saya bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, saya tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab diatas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut.

Siri 2 : 'The awakening', Dr Mahathir dan Abdullah

Oleh Aspan Alias
Permintaan agak ramai dari pengikut blog ini ini untuk saya meneruskan menulis isu tentang Pak Lah dan Mahathir seperti yang dihebohkan hasil dari terbitnya buku ‘The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia’ yang saya sentuh semalam. Seperti yang di jangkakan isu perkelahian Dr Mahathir dengan Pak Lah ini pastinya menjadi isu hangat kerana sememangnya kedua-duanya sememangnya dalam keadaan bermusuhan dan seteru ‘intra-politics’ dalam UMNO itu sendiri. 

Perbalahan diantara kedua-dua pemimpin ini tidak terkejut berlaku kerana ia didasarkan kepada niat dan politik peribadi yang disalut dengan kepentingan dan kemahuan peribadi masing-masing. Kalau tidak kerana politik tidak mungkin mereka berdua berkelahi kerana perkelahian diantara mereka yang sudah tua ini amat buruk pada pandangan yang melihatnya.
Dr Mahathir bukan sahaja berjaya menurunkan Hussein Onn yang melantik beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO. Sebelum itu Dr Mahathir juga merupakan pemain penting yang telah memaksa Tunku Abdul Rahman turun dari kepimpinan negara. Tunku semasa akhir hayatnya mengaku yang beliau telah terlebih masa duduk dipuncak kepimpinan dan ini meresahkan Tun Razak yang telah menjadi Timbalannya selama lebih dari satu dekad.
Dr Mahathir telah menganyang Tunku pada tahun 1969 dahulu dengan berbagai-bagai cara dan akhirnya pada penghujung tahun 1970 telah meletakkan jawatan dan memberikan laluan kepada Tun Razak untuk mengambil alih kepimpinan negara. Tun Razak telah memberikan Dr Mahathir jawatan kabinet sebagai Menteri Pelajaran setelah beliau  kembali diterima sebagai ahli UMNO.
Boleh dikatakan kenaikan Dr Mahathir sedikit sebanyak oleh Tun Razak adalah kerana membalas budi Dr Mahathir kerana menurunkan Tunku pada tahun 1969 dan 1970 dahulu. Ramai telah menyangkal pandangan ini kerana di masa itu cara permainan politik begitu halus dan susah hendak difahami oleh orang awam kerana hendak menjaga perpecahan dari berlaku.
Semasa Dr Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri Hussein Onn begitu tertekan dengan apa yang dilakukan oleh Timbalannya dan yang paling menyayat hati Hussein ialah apabila beliau (Hussein) ditandingi diperingkat Presiden parti oleh Sulaiman Palestin pada tahun 1977 atau tahun 1978 dahulu. Sebagai seorang yang begitu memnetingkan sokongan padu sedikit undi yang diperolehi oleh Sulaiman Palestin itu mencukupi bagi Hussein untuk meletakan jawatan.

Najib must not be simplistic, TPPA is not a "godsend" - Anwar warns

Ganu Kite: Politik diskriminasi dan balas dendan merugikan rakyat

Researcher Tarek Radwan speaks to Al Jazeera on Egypt

Pro-Morsi supporters brace for crackdown

No attempt to bridge ties - Nurul on Pak Lah book invite

Don't sacrifice M'sia just to curry favor with Obama - Nurul warns Najib

Najib may sign TPPA when Obama visits - Anwar warns

Anwar on GE13 results: We've yet to exhaust legal avenues

Analisa: BN menang PRU13 kerana undi pos dan undi awal yang kontroversi


Terima kasih kepada undi awal dan undi pos yang  kontroversi kerana membolehkan Barisan Nasional (BN)  menang 22 kerusi Parlimen dan seterusnya menguasai lagi Putrajaya, kata badan penyelidik bebas, Merdeka Centre.
Tanpa undi pos dan undi awal juga, MIC tidak akan ada dua wakilnya dalam kabinet iaitu Datuk Seri Dr S Subramaniam (Segamat) dan presidennya, Datuk Seri G Palanivel (Cameron Higland).
Tanpa undi jenis ini, BN juga akan hilang beberapa kerusi di Johor dan Wilayah Persekutuan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Apa yang lebih penting lagi, tanpa 22 kerusi Parlimen ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai jumlah kerusi 111 sahaja iaitu jumlah kerusi yang sama dengan kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat.
Maklumat ini diperolehi The Malaysian Insider melalui kajian bentuk pengundian dalam pilihan raya 5 Mei lalu yang dibuat oleh Merdeka Centre.
Data dari semua saluran mengundi di 222 kerusi parlimen dikaji menggunakan dua langkah sistem cluster yang direka khas untuk mengenalpasti kumpulan atau clusters.
Kajian menunjukkan bentuk pengundian pilihan raya 2013 dan mengesahkan pembezaan antara bandar dan luar bandar di Malaysia di samping swing 20 peratus pengundi Cina dari BN.
Merdeka Centre mengesahkan tanpa undi awal dan undi pos, BN akan hilang 22 kerusi Parlimen.
Penemuan ini sudah tentu menyedihkan ahli politik pembangkang kerana sejak beberapa tahun lepas mereka berkempen supaya undi pos dimansuhkan dengan alasan ia membuka ruang untuk menipu.
Ekoran keputusan pilihan raya 5 Mei lalu, PKR, DAP dan PAS telah memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan di beberapa kerusi.
Bantahan utama mereka adalah tentang penipuan dalam undian pos dan undi awal, dengan menunjukkan bagaimana mereka hanya mendapat undi yang sangat sedikit dalam undi ini berbanding pengundian biasa di seluruh negara.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, terdapat 372,000 pengundi awal dan pengundi pos di seluruh negara di kalangan petugas keselamatan, petugas SPR dan media.

Antara Indon, Mesir, Palestin...

Oleh AHMAD MUHAJIR
APA akan jadi dengan krisis dan kudeta tentera Mesir di bawah pimpinan Jeneral Abdul Fatah as-Sisi terhadap pemerintahan sah Presiden Dr Mohamed Morsi?
Kita tidak boleh berandai-andai dan terlalu awal membuat kesimpulan, yang pasti apa pun gerakan 'jahat' ini namanya, apakah tamarrud (pembangkang), atau tajarrud (tidak Fatah dan tidak Morsi) ataupun talibarut, yang pastinya mereka ada kaitan rapat dengan Amru Musa, bekas menteri luar Mesir, yang merupakan ejen Mossad di Mesir.

Belum lagi Muhammad el Baradey, semasa dia menjawat ketua pengarah Badan Tenaga Atom Antarabangsa, ikut memusnahkan Iraq sebelum kejatuhan Saddam Hussein dengan fitnah adanya bom nuklear di bawah simpanan pemerintahan diktator itu. Apa yang pasti Dr Morsi, dijatuhkan secara batil dan tidak sah. Mereka yang menjatuhkan beralasan kerana 'dosa' Morsi terlalu banyak. Padahal 'dosa-dosanya' adalah jasa-jasa pemerintahan Morsi yang baru setahun jagung, yang sangat luar biasa:
1. Menghantarkan Mesir dalam masa setahun, ke arah persediaan bahan makanan yang mencukupi.
Padahal zaman Hosni Mubarak berkuasa 31 tahun, gandum hanya boleh diproduksi sebanyak 20 peratus, sekarang baru setahun sudah mencapai 60 peratus.
Dulu banyak mengimpot gandum dari Amerika, namun kini bahan makanan diimport dari negaranegara yang patut, yang lebih banyak menguntungkan rakyat, sekali gus mampu menjimat belanja negara sampai beberapa juta dolar Amerika setahun sekali gus meningkatkan ekonomi rakyat.
2. Memajukan Terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia, yang Antara Indon, Mesir, Palestin...
dahulu di zaman Mubarak hanya menghasilkan wang AS$5.6 juta setahun, ini akan meningkat menjadi AS$100 juta setahun.
3. Menaikkan gaji kakitangan awam dan bersara kepada 200 peratus lebih, sementara harga barang boleh dipertahankan tidak boleh naik, sehingga kakitangan awam mampu hidup selesa dan lebih makmur dan sejahtera.

Kena BOM: Objek disangka lampu suluh

FotoTumpat: “Saya meletakkan kereta ini sejak jam 9 malam tadi (kelmarin) selepas pulang daripada menghadiri kenduri kahwin rakan di Kota Bharu. Ibu mentua yang keluar rumah pada jam 4 pagi tadi (semalam) tidak nampak sebarang objek di atas bumbung kereta itu.
“Bagaimanapun, pagi tadi jam 10.30 pagi, saya menyelak langsir dan ternampak satu objek di atas kereta suami,” kata Norliana Nazihah Mohd Nasir, 28, biras Mohd Yusrizal Mat Zain, 32 yang maut apabila objek dipercayai bahan letupan diambil di atas bumbung MPV Naza Citra meletup, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, di sini, mangsa mengambil objek di bumbung kenderaan milik abang iparnya, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kulim, Kedah, Lans Koperal Mohd Hafiz Mohd Nawi, 29.

Mangsa meninggalkan seorang balu, Dayang Idayu Mohd Nawi, 26, dan bayi perempuan berusia empat bulan, Dhia Raiyani Aisyfrina.

Menurutnya, objek itu seperti lampu suluh dan dia segera memaklumkan kepada Dayang Idayu.

“Saya bertanya kepada Dayang Idayu siapa yang tertinggal lampu suluh. Mungkin biras saya mendengar perbualan kami dan keluar mengambil objek itu.

“Tiba-tiba saya terdengar letupan kuat dan lihat biras saya terbaring berlumuran darah,” katanya.

Kena BOM: Siapa yang hendak dibunuh?

FotoTumpat: Siapa yang hendak dibunuh? Itu tanda tanya mengenai kejadian letupan satu objek dipercayai mengandungi bahan letupan yang diletakkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra sehingga mengorbankan seorang kerani sekolah dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, di sini, semalam.
Kejadian jam 11 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, dari Kampung Kenor, Kuala Krai, putus kedua-dua pergelangan tangan serta perut terburai dan meninggal dunia di tempat kejadian.

MPV itu bukan milik mangsa sebaliknya milik abang iparnya yang pulang bercuti menyambut Aidilfitri di rumah mentuanya.

Kejadian berlaku di pekarangan rumah mentua mangsa dan letupan menyebabkan MPV berkenaan rosak teruk, manakala sebuah kereta Perodua Alza yang diparkir bersebelahan turut rosak terkena serpihan bahan letupan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan masih dilakukan mengenai bungkusan berkenaan serta motif kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, abang ipar mangsa yang enggan dikenali berkata, isteri mangsa melihat objek hitam di atas MPV berkenaan ketika membuka pintu rumah sebelum memaklumkan kepada mangsa.

Mangsa mengambil objek itu, tetapi tiba-tiba berlaku letupan.

Letupan berkenaan menyebabkan mangsa tercampak dan serpihan daging mangsa turut tercampak beberapa meter dari tempat kejadian.

Selain isterinya, mangsa meninggalkan seorang bayi perempuan berusia empat bulan.

Malaysia Selamat: Azab kaki dihiris lima penculik

Kuala Lumpur: “Daging jari kaki kanan saya dihiris setiap hari manakala tangan kanan dan belakang badan ditoreh dengan pisau apabila keluarga enggan memberikan wang kepada mereka,” kata pemuda hanya mahu dikenali sebagai Am, 23, yang menjadi mangsa culik kenalannya sendiri menceritakan pengalaman ngeri dialaminya ketika umat Islam bergembira menyambut Aidilfitri.
Am mendakwa diculik kira-kira jam 1 pagi Khamis lalu oleh sekumpulan lima penjenayah berusia 22 dan 31 tahun yang mahukan wang tebusan RM3,000 sebelum dikurung dalam beberapa rumah sekitar ibu negara termasuk di Jalan Pahang, di sini, dan diseksa sepanjang dijadikan tawanan.

Penderitaan tiga hari Am berakhir apabila dia dapat diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Setapak, di sini, diketuai Asisten Superintendan Shan Gopal kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Malah, kelima-lima suspek turut diberkas ketika urusan pertukaran antara mangsa dan wang tebusan dilakukan di sebuah restoran di Setapak selepas pihak berkuasa menerima laporan kejadian itu, Jumaat lalu.
Foto

Menceritakan semula kejadian itu, Am berkata, dia mengenali tiga daripada lima suspek melalui kenalannya sejak beberapa bulan lalu

Malaysia Selamat: Rakyat Tidak Keluar Makan Lewat Malam Atas Faktor Keselamatan.....




PETALING JAYA: Perut mereka mungkin meragam kelaparan ramai rakyat Malaysia yang melepaskan makan lewat malam dan berada di alam rumah kerana bimbang terhadap keselamatan mereka.
Pelajar universiti Joseph Gan, misalnya, lebih suka melepak di rumah rakan-rakan hari ini dan bukannya pergi keluar untuk minum teh tarik pada tengah malam.
makanroticanai“Saya pernah lepak di restoran-restoran nasi kandar di Bangsar kerana suasananya tetapi kini saya dan rakan-rakan hanya berkumpul di tempat masing-masing,” katanya yang berusia 22 tahun.
“Tempat makan yang selalu kami kunjungi tidak lagi meriah, dan kini terlalu sunyi,” katanya. Gadis-gadis, terutamanya, takut untuk keluar.”
Pesara K. Balan, 61, dari Batu Caves, berkata, dia hanya akan makan di luar pada lewat malam sekiranya bersama dengan sekumpulan rakan-rakan.
“Saya tidak akan pergi seorang diri. Saya terlalu takut. Lihatlah beberapa kes tembakan yang dilaporkan baru-baru ini,” katanya.
“Jika anda lihat di gerai nasi kandar kita, hampir kebanyakannya kosong selepas pukul 9 malam.”
Warga Pulau Pinang, Ang Bah Nee, 30, berkata, nasi kegemarannya adalah bekas pasar Sia Boey di George Town, yang tidak lagi dibuka sehingga awal pagi.
“Saya dan rakan-rakan biasanya pergi ke sana pada pukul 3 pagi selepas ke kelab, tetapi hari ini ia ditutup seawal 10.30 malam,” katanya.
“Kini saya di bilik tidur pada tengah malam, jadi tidak ada makan malam yang lebih berat. Selain bimbang tentang keselamatan, makan lewat juga tidak sihat,” katanya.
Satu tinjauan The Star di Lembah Klang mendedahkan bahawa beberapa tempat makan lewat malam popular di Kota Damansara, Kelana Jaya, SS2, Seksyen 17, Cheras, Old Klang Road dan Bangsar, mempunyai sejumlah kecil pelanggan selepas pukul 10 malam, walaupun pada malam cuti umum dan hujung minggu.

Malaysia Kita: Depa bom pula,Anwar dah 66,Pak Lah mula mengamuk,KL jadi kota Banglasia dan bayi diselamatkan dari kereta terbakar...


Seorang kerani sekolah maut selepas bungkusan dipercayai bahan letupan yang diambil di atas bumbung Naza Citra milik abang iparnya meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, kampung periuk, di sini, kira-kira11 pagi tadi.

Mangsa, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32 dari Kampung Kenor, Kuala Krai putus kedua-dua pergelangan tangan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dilakukan mengenai bungkusan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.







Happy Birthday AnwarIbrahim ! semoga Allah membri kekuatan kpd anda & keluarga menempuh dugaan mendatang.didoakan terus istiqamah dalam perjuangan, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa diberi kemenangan dalam kes2 saman...

Malaysia Selamat: Kenapa Senjata Api Tiba-Tiba Mudah Didapati ?


PETALING JAYA: DAP mahu mengetahui mengapa dilihat adanya bekalan bersedia senjata api di Malaysia, berikutan peningkatan kejadian tembakan baru-baru ini.

Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng berkata, walaupun hukuman berat terhadap pemilikan senjata haram, ia tidak kelihatan menghentikan kongsi gelap daripada menggunakan senjata api.

"Menyalahkan pemansuhan Ordinan Darurat yang mengeluarkan banyak penjenayah yang lebih serius dalam masyarakat bukanlah menjelaskan sepenuhnya bagaimana bekalan senjata secara tiba-tiba meningkat di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad, semalam..

Mengenai pemansuhan Ordinan Darurat, Lim berkata, ia tidak menjelaskan apa yang beliau sifatkan sebagai "lonjakan" secara tiba-tiba terhadap bekalan senjata tempatan. Lebih 20 orang terbunuh dalam beberapa kes tembakan di seluruh negara sejak 12 April tahun ini.

Pemimpin atasan DAP mengambil berat perkara ini secara serius, dan akan mengadakan mesyuarat tergempar malam Ahad bagi membincangkan, antara lain, peningkatan dalam jenayah kekerasan baru-baru ini yang telah menjejaskan perniagaan tempatan dan pelancongan, kata Lim. Lim berkata, mesyuarat itu akan diadakan walaupun beberapa pemimpin bercuti.

Malaysia Selamat: Selepas Kes Tembak & Bom, Kini Simbahan Asid, 2 Wanita Cedera

Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat

Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di Kuala Lumpur malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat.

Beliau berkata kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa.

"Rakan wanita mangsa memaklumkan kepada polis pada 1.28 pagi tadi, pada masa kejadian dia dan wanita itu dalam perjalanan ke rumah," katanya katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Amiruddin berkata akibat panik, rakan mangsa tidak sempat mengenal pasti kewarganegaraan suspek, jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek.

Malaysia Selamat: Industri pelancongan terjejas dengan kes tembakan selepas jerebu


Industri pelancongan Malaysia terjejas pada bulan Jun akibat jerebu dan bulan ini dengan kes tembakan yang semakin menjadi-jadi.

Warga Singapura merupakan kumpulan yang memandang serius akan isu ini ekoran merekalah mencatatkan separuh daripada jumlah pelancong yang tiba ke Malaysia pada tahun lalu iaitu seramai 13 juta.

Pihak yang bertanggungjawab melahirkan kebimbangan dan meminta kerajaan mengambil pendekatan untuk melindungi industri pelancongan yang menyumbang RM60 bilion tahun lalu.

Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang mewakili sebahagian daripada 3,000 operator pelancongan berkata sudah tiba masa satu langkah pencegahan diambil sebelum jenayah yang sedang berleluasa ini terus memberi impak dari bilangan pelancong yang tiba ke tanah air.

Pengerusinya, Datuk Mohd Khalid Harun berkata peningkatan kadar jensyah bakal memberi kesan kepada industri pelancongan namun kadar kemerosotan belum sampai ke tahap yang membimbangkan.

Malaysia Selamat: Mati Kena Bom Atas Kereta Abang Ipar


TUMPAT – Kegembiraan kerani sekolah berkumpul di rumah mertua sempena Aidilfitri yang masuk hari keempat semalam tidak berpanjangan apabila lelaki itu maut terkena letupan bom yang diletakkan di atas bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) milik abang iparnya di Taman Sri Periok di sini.
Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, Mohd. Yusrizal Mat Zain, 32, kerani Sekolah Kebangsaan Manek Urai di Kuala Krai mati dengan kedua-dua belah tangan putus manakala perutnya terburai.
Badan mangsa terkena letupan itu ketika dia mencapai satu bungkusan dipercayai mengandungi bahan letupan yang diletakkan di atas kenderaan Naza Citra yang diletakkan di hadapan rumah mertuanya.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas 20 minit terkena letupan tersebut.
Ketika anggota unit pemusnah bom melakukan siasatan di kawasan tersebut, berlaku letupan kedua pada pukul 4.40 petang. Letupan di kawasan sama itu dipercayai berpunca daripada serpihan bahan letupan yang menyebabkan Yusrizal terbunuh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian mangsa ternampak satu objek di atas Naza Citra milik abang iparnya yang merupakan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal. Mangsa keluar dari rumah untuk mengambil objek tersebut.

Where are the guns coming from?

DAP sec-gen Lim Guan Eng has brushed aside claims that release of EO detainees factored in the recent crime rate hike.
PETALING JAYA: Despite harsh death penalty laws for possession of guns and bullets in Malaysia, the supply of guns in the hands of secret societies are so common that Malaysia appears to be like America where guns can be simply bought off retail stores, said Penang Chief Minister Lim Guan Eng.
“How did the guns enter Malaysia? The police must trace and stop the source that supplies such weapons,” he said in a statement today
Lim, who is DAP secretary general, also anounced that his party would be holding an emergency central working committee meeting tomorrow to discuss the deteriorating crime situation.
In June, a foreign website called 10awesome.com listed Kuala Lumpur as the sixth most dangerous city in the world.
Since July 26, there have been more than 10 public shooting incidents throughout Malaysia, some involving former Emergency Ordinance (EO) detainees.
The police have claimed that the repeal of the EO had contributed to the rise of the current spate of crime.
Inspector General of Police Khalid Abu Bakar yesterday also dispelled allegation that only 10% of the total police force are working on crime cases.
In a tweet reply he said: “The responsibility to handle and contain crime is shouldered by all police personnel, regardless of the department. The allegations that only 10% are involved is untrue.” he said.

Malaysia Selamat: Keluarga kongsi detik sebelum bom meletup

Keluarga kongsi detik sebelum bom meletup di Tumpat TUMPAT - Mohd Yusrizal Mat Zain mengalihkan objek yang diletak di bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) tanpa disuruh sesiapa sebelum mangsa maut apabila objek itu meletup dalam kejadian di Tumpat, Kelantan hari ini.
  
Biras kepada Mohd Yusrizal, Norliana Nazihah Mohd Nasir, 28, berkata beliau ternampak objek mencurigakan itu pada kereta Naza Citra milik suaminya semasa menyelak langsir pintu hadapan rumah ibu mertuanya sejurus sebelum 11 pagi.
 
"Saya kemudian beritahu isteri arwah, Dayang Idayu Mohd Nawi, 26, mengenai objek itu dan tanya jika ada sesiapa yang tertinggal bungkusan itu.
  
"Barangkali arwah terdengar perbualan kami sebelum keluar dari rumah untuk periksa objek itu sebelum kami terdengar letupan kuat dan melihat Mohd Yusrizal terbaring berlumuran darah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini.
  
Dalam kejadian 11 pagi itu, Mohd Yusrizal, 32, kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, maut selepas cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Protests Erupt As Egypt Set to Clear Camps

Crackdown on Cairo protests reportedly imminent

Police set for Cairo protests action