Ahad, 11 Ogos 2013

Muslims celebrate Eid amid bombs, threat of violence

Car Bombs Kill Nearly 80 In Iraq, Target Eid Festivities

Floods leave more than dozen dead in Sudan

Air strike kills dozens in Syria's Latakia

Demi sukan bola sepak, FAM perlu dirombak


KUALA LUMPUR: Tidak dinafikan dalam perihal bola sepak, ia perlu rombakan bukan saja dalam pasukan atau jurulatih tetapi organisasi FAM itu sendiri.

Bagi Penyelaras SAMM Melaka, Zuraidi Abdullah, cukuplah puluhan tahun tanpa kejayaan bermakna, tiada konsistensi maka sampai masanya bola sepak negara diberi nafas baru.

“Jika dilihat pada sejarah, sejak tahun 1980-an bola sepak kita merundum, tidakkah terfikir apakah sebabnya?” tanya beliau dalam satu kenyataan, seperti di bawah.

Kehadiran kelab bintang ternama dunia Barcelona semalam mengundang perhatian dalam dan luar negara. Banyak pihak lontar perbagai bentuk komen selepas perlawanan semalam.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menghormati usaha gigih pasukan Malaysia dalam aksi semalam, namun SAMM tetap berpendapat aksi tersebut diumpamakan sebagai pertunjukkan ‘sarkis’. Tidak banyak faedah yang diperolehi dari perlawanan ini, tiada markah untuk perbaiki kedudukan pasukan kebangsaan dan hanya membiarkan kejatuhan moral pasukan apabila dibuli sedemikian.

Tidak dinafikan dalam perihal bola sepak ini ia perlu rombakan bukan saja dalam pasukan atau jurulatih tetapi organisasi FAM itu sendiri. Cukuplah puluhan tahun tanpa kejayaan bermakna, tiada konsistensi maka sampai masanya bolasepak negara diberi nafas baru. Jika dilihat pada sejarah, sejak tahun 1980-an bolasepak kita merundum, tidakkah terfikir apakah sebabnya?

SAMM tidak hanya komen berdasarkan prestasi pasukan Harimau Malaya tetapi ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia melihat di satu sudut, bagaimana regim penguasa ini kalau mahu mudah boleh dipermudah tetapi kalau mahu susah ia cukup menyusahkan. Perubahan venue ini cukup memudahkan bagi mereka yang berkepentingan apabila jualan tiket tiada sambutan maka diubah ke Stadium Shah Alam. Dari jumlah kehadiran semalam, sepatutnya perlawanan berlangsung di Stadium Darul Makmur sudah memadai.

Pilihanraya: SPR mahu ubah sistem BARU ?

Satu harapan baru ? Atau ia nya sekadar gimik politik baru SPR. Selepas rakyat segenap lapisan membelasahnya kecuali orang kampung yang sayang dan cinta buta dengan Umno dan Noh Omar serta MP Kulim Bandar Baru serta Lenggong sahaja, SPR adalah TERBAIK kalangan orgaanisasi pengendali pilihanraya. Yang masih menganggap sistem pilihanraya negara ini adalah yang terbaik di dunia.

Apakah motif dan tujuan Najib 1Malaysia yang beliau mahu buat. dan apakah mimpi Aziz SPR. Mungkin Umno dan MP Umno masih lagi berbangga dengan kekuatan Umno yang menang banyak kerusi Melayu dan Umno pada hakikat adalah parti tunggal kuat orang Melayu. Umno berjaya 'kecundangkan PAS' pda PRU lepas.

PRU13 yang lalu keputusannya adalah memberikan 'episod' malang bagi PAS. Malah kalangan pembangkang DAP dan PKR , parti PAS adalah parti yang 'paling merosot' jumlah kerusi yang dimenangi berbanding dengan jumlah kerusi yang ditandinginya.

Justeru, kita perlu melihat apakah 'bentuk baru sisitem SPR ' mahu perkenalkan. ia masih terlalu awaal. SPR minta bentangkan dahulu cadangannya ?

SPR bentang cadangan ubah sistem pilihan raya

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membentangkan kepada parti-parti politik berhubung cadangan mengubah sistem pilihan raya negara yang diamalkan ketika ini bagi mendapatkan persetujuan semua sebelum dilaksanakan pada masa depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum melaksanakan perubahan yang turut melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan negara.

Syria - A close call for al-Assad?

Air strike kills dozens in Syria's Latakia

Children join Egypt's protests despite risks

Turf war: Why are police not acting against gangs?

Amidst the recent spate of shootings and killings, police attitude towards ensuring public safety is puzzling.
GEORGE TOWN: The sudden surge in shootings and killings across the country suggests that our society could well be heading towards a wild wild west social landscape.
Recent happenings appear to indicate that Malaysians are trigger happy and turning violent, especially after the 13th General Election.
Police however have blamed the shootings and fatalities on gangland rivalries.
The law enforcers claim gangs like 036, 04, 08 are fighting for territorial control.
Police have produced past criminal records of these victims as if to justify the killings.
But not many among the public believe it.
Some concerned citizens here believe that the shootings and killings were carried out systematically by powerful hidden hands.
They claimed gangs would not engage themselves in an open warfare because it would only be detrimental to their interests.
Public view is that gangsters may attempt to kill each once or even twice just to send their message across.
But finally gangsters would rather sit at a table and clinch a truce for a win-win situation to safeguard mutual interests and benefits.
“Such shootings won’t go on and on,” opined some concerned citizens.
Why are victims Indians?
Another point raised was the gunmen’s precison. They hardly missed their victims.
A Chinese businessman pointedly noted that the incidents indicated that the gunmen were a specially trained ‘squad’ executing a systematic hit list.

Rekod Dunia: Pembaziran kementerian, sekolah 12 murid 12 guru ..??


Usaha kerajaan memperkasa sistem pendidikan dan memberi peluang kepada rakyat menimba ilmu pengetahuan melalui pembinaan sekolah-sekolah rendah di kawasan pedalaman memanglah sesuatu yang seharusnya dihargai kerana ia akhirnya akan berupaya meningkatkan kadar celik huruf serta meningkatkan taraf hidup di kalangan rakyatnya.

Langkah ini lebih memberi makna terutamanya di Sabah dan Sarawak di mana begitu banyak sekali sekolah-sekolah dibina di kawasan pedalaman untuk membolehkan mereka yang terpisah dengan arus pembangunan negara agar dapat sama-sama mendapat peluang menimba ilmu sebagaimana mereka yang tinggal dibandar-bandar dan akhirnya mampu lahir sebagai insan yang berpendidikan tinggi.

Seiring dengan pembinaan sekolah-sekolah itu, Kementerian Pendidikan juga turut menempatkan guru-guru dari Semenanjung untuk mengejar di kedua-dua negeri tersebut.

Dalam penempatan guru-guru ijazah lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) pada 1 Julai lalu, daripada lebih 3,000 yang menamatkan pengajian mereka, kira-kira 1,200 orang daripada mereka ditempatkan di Sarawak saja, manakala selebihnya di Sabah dan lain-lain negeri yang didapati memerlukan penambahan tenaga pengajar.

Ini dipercayai bukan saja menunjukkan iltizam kerajaan yang tinggi untuk terus membangunkan negeri Sarawak, bahkan mungkin sebagai "imbuhan balas budi" kepada negeri Sarawak yang menyumbang sebahagian besar kerusi kepada kemenangan BN dalam pilihanraya umum lalu.

Namun, di sebalik usaha mahu memberi pendidikan kepada penduduk Sarawak melalui penempatan guru-guru ini, Kementerian Pendidikan yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin terlihat tidak cerdik dalam susun-atur penempatan guru-guru tersebut sehingga berlaku banyak sekali pembaziran tenaga guru-guru kerananya.

Guru-guru lepasan IPG ini seperti sengaja mahu didera dengan menghantar mereka mengajar di sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman Sarawak sedangkan keperluan tenaga pengajar berbanding dengan jumlah murid tidaklah begitu memerlukan guru tambahan lagi.

Dari Alam Lain: 2 hari lagi untuk Father Augustus Chen muncul..??


KUALA LUMPUR: Hanya tinggal dua hari masa yang diberikan untuk “Father Augustus Chen” yang kononnya menulis risalah “The Equity Report CEC Election Fraud” yang penuh pembohongan itu untuk menampilkan diri dan membuktikan dia benar-benar wujud.

Menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, sehingga saat ini, belum ada tanda-tanda bahawa “Father Augustus Chen” akan muncul kerana sememangnya orang sedemikian tidak wujud bukan saja di Malaysia, malah di dunia ini.

“Mustahil dan tidak masuk akal ada orang seperti itu yang sanggup membenarkan namanya digunakan untuk penerbitan penuh pembohongan seperti itu tetapi takut untuk tampil ke depan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan.

Kenyataan penuh seperti di bawah.

Hanya tinggal dua hari masa yang diberikan untuk “Father Augustus Chen” yang kononnya menulis risalah “The Equity Report CEC Election Fraud” yang penuh pembohongan itu untuk menampilkan diri dan membuktikan dia benar-benar wujud.

Sehingga saat ini, belum ada tanda-tanda bahawa “Father Augustus Chen” akan muncul kerana sememangnya orang sedemikian tidak wujud bukan saja di Malaysia, malah di dunia ini.

Mustahil dan tidak masuk akal ada orang seperti itu yang sanggup membenarkan namanya digunakan untuk penerbitan penuh pembohongan seperti itu tetapi takut untuk tampil ke depan!

Siapa saja yang tampil ke depan untuk mengakui dirinya sebagai penulis “The Equity Report” perlu bersedia bukan saja untuk berdepan dengan beberapa saman fitnah tetapi juga perbicaraan kes jenayah atas segala pembohongan yang terdapat dalam risalah itu.

Jika “Father Augustus Chen” tidak tampil untuk membuktikan kewujudannya, maka media Umno/BN perlu bersedia untuk berdepan dengan saman fitnah kerana mereka telah menggunakan risalah tersebut sebagai asas untuk meneruskan fitnah terhadap DAP dan pimpinannya, seolah-olah segala dusta dan nista di dalamnya adalah kebenaran yang hakiki (walaupun risalah itu diterbitkan secara haram tanpa mencatatkan nama pencetak dan penerbit seperti yang diwajibkan undang-undang).

Bagaimanapun, persoalan lebih penting ialah mengapa Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS) bertindak terhadap DAP dengan tidak memperakui pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dan mengarahkan supaya diadakan pemilihan semula berasaskan pembohongan dan kepalsuan yang terdapat dalam risalah “Father Augustus Chen” itu?

C4 Malaysia: Seorang Maut Letupan BOM di Kelantan..

(Gambar Sekadar Hiasan)
TUMPAT: Seorang kerani sekolah maut selepas bungkusan dipercayai bahan letupan yang diambil di atas bumbung Naza Citra milik abang iparnya meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, kampung periuk, di sini, kira-kira11 pagi tadi.
Mangsa, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32 dari Kampung Kenor, Kuala Krai putus kedua-dua pergelangan tangan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dilakukan mengenai bungkusan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pak Lah's Awakening triggers 'SEISMIC SHIFTS': Umno DELAYS election for top posts

Pak Lah's Awakening triggers 'SEISMIC SHIFTS': Umno DELAYS election for top postsKUALA LUMPUR - In what appears to be a bid to quell the rising storm blown in by the shock comments made by former Umno president Abdullah Badawi against his predecessor Mahathir Mohamad, the party has decided to delay by a good 2 weeks its much-awaited and intensely-watched internal elections to October 19 from October 5.
Not only that, the date for the nominations of candidates - which are crucial - has been pushed back by 3 weeks to September 28 from September 7.
Apart from the topmost posts, nominations for the Wanita (women's wing), Youth and Puteri (women's youth wing) were also postponed to September 21 from September 7.
Although Umno secretary-general Tengku Adnan explained in a statement issued on Sunday that the postponement was due to the upcoming visits to Malaysia by US President Barack Obama and China President Xi Jinping, news of the election delay sent another shudder through the ruling party.
RED ALERT
Supporters as well as the anxious aspirants for the Umno supreme council's 25 seats, the Youth chief post, Women's chief and Women's Youth chief positions are all on alert.
Not to mention the star events or main contests - the Umno presidency, deputy presidency and three vice presidencies.
Indeed stakes are high because the central leadership of Umno, which holds the most seats in Parliament, will by convention also fill the bulk of the Cabinet and other top government posts. Whoever wins the Umno presidency is usually named the prime minister and the deputy president made the deputy prime minister.
In Badawi's book Awakening: The Abdullah Badawi Years, the former prime minister had revealed how Mahathir had tried to push through dubious mega-projects even after he had left office.

“Can you imagine, if I had succumbed to Mahathir’s continued pressure to spend when the deficit was already so high, how could Malaysia have weathered the oil and financial crisis which subsequently came in 2008?" Badawi said in the book of 35 essays.
“The deficit which we brought down to 3.2 percent crept up again due to subsidies for oil and essentials and hovered again at the 5 percent level. If we had not been prudent then, continued to spend, I can tell you we would be bankrupt by now."
Floodgates open, Najib tries to clamp shut
That comment unnerved Umno, a party that Opposition Leader Anwar Ibrahim has described as being obsolete, feudalistic and unable to question its own leaders.
According to Anwar, it was a healthy development for Badawi to open up on the issues and problems he had faced as this could help Umno to change its culture to a more "questioning" one.
Badawi's criticism of Mahathir who still wields a very powerful influence, is also seen by many party insiders as signalling he would support Prime Minister Najib Razak's defense of the top Umno post.
"Anwar has said it in a very diplomatic way but this is the key to the floodgates. Once Umno members start to question their leaders, the power of the old-boys-club will be broken. Najib is now trying to clamp down and suppress challenges to his power," an Umno watcher told Malaysia Chronicle.
"Not only Mahathir will have to reassess his position, Najib may be the one in the more precarious perch. He has the most to lose since he is the incumbent PM and president. From now on, you can be sure the Najib camp will go all out to throw roadblocks in the way of his rivals. Obviously, this is not very healthy and Najib might end up destroying Umno by insisting on clinging to power at all costs."
Hide-and-seek again

‘Cops must fight crime, not politics’

Growing concern over the easy availability of guns, spate of shootings and rise in gangs has aroused the concern of foreign countries, says an MP. 

KOTA KINABALU: Public fear for their personal safety and the effect it is having on the baseline economy is a blaring accusation against the Malaysian police force across the country.
Recent shootings in Peninsular Malaysia and in Kota Kinabalu and reports of easy availability of guns and firearms are a stark signal that the police must evaluate their enforcement measures in the appropriate context.
“They simply must do their core job – fight crime and prevent further deterioration,” said Sandakan MP Wong Tien Fatt.
He said between 2007 and 2012, the government had increased the budget for police funds by 65.17% yet there was no improvement in public security.
“In fact  national security seems to have plunged and continue to slide.
“The police should  evaluate again their existing working system.
“They cannot just blame the repeal or revocation of ISA and Emergency Ordinance for the cause of the situation. It’s just an excuse,” he said.
Wong said the recent shooting incidents had frightened the public and had caused them to panic, preferring to avoid public places, evening and late night gatherings.
“But it’s not just growing public fear. The situation has also aroused the concerns of foreign countries, “ he added.
According to the latest national statistics, there were 23 shooting incidents last month. Ten people were shot dead while another 13 were injured.
“On the average there was one person shot every three days. This is alarming.

Persoalan sebenar mengenai buku Pak Lah


Hanya di Malaysia wujudnya sebuah buku yang menilai pencapaian bekas Perdana Menteri.
Siapakah penerbitnya? Adakah editor buku ini mempunyai hubung kait dengan pembangkang? Jadi mengapakah Nurul Izzah dilihat hadir semasa pelancaran buku ini di Singapura? Apakah motif disebalik penulisan buku ini?
Ia menimbulkan spekulasi politik apabila kedua-dua editornya merupakan ahli akademik James Chin dan Bridget Welsh membangkitkan beberapa teori mengenai buku ini.
Pertama buku ini bukan merupakan buku biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kedua buku ini tidak dibuat bersamanya dan tidak dibiayai oleh bekas perdana menteri kelima itu.
Ironinya pemimpin yang mempunyai tempoh lima tahun pentadbirannya bukanlah merupakan penulis sebenar yang menulis buku Awakening : The Abdullah Badawi Years di Malaysia.
Manakala Tengku Razaleigh Hamzah yang menyaksikan kebangkitan Umno menulis pendahuluan buku berkata "Mungkin beliau ( Abdullah) jatuh dalam perangkap sama seperti pemimpin Dunia Ketiga lain yang akhirnya tunduk dalam kecederungan kuasa korupsi.
Kewujudan buku tersebut mencetuskan kekeliruan adakah ahli politik dan para blogger mempunyai kaitan dengan seorang lagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu buku tersebut dilihat sebagai kerjasama antara Abdullah dan pembangkang dimana akan menerima banyak kritikan dan ditolak Umno.
Juga ia mungkin  strategi untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, iaitu orang yang sama mahu percaya pihak pembangkang mempunyai kaitan dalam isu ini.
Terlalu banyak tanda tanda menyelubungi siapakah dalang disebalik pengumpulan koleksi artikel dan wawancara Abdullah ketika tahun pemerintahannya sebagai menteri.
Bagaimana kalau kita meneliti kandungan buku ini? Ia sentiasa merupakan permulaan terbaik bagi meneliti sesebuah buku.
Tanpa ragu bahagian paling menarik dalam buku ini ialah dari muka surat tiga hingga 38, dimana memaparkan wawancara Abdullah  disifatkan sebagai pemimpin yang dilantik bagi mengalihkan serangan Dr Mahathir dimana memberi kesan kepada dinamik Umno ketika itu hingga mengakibatkan ketegangan kaum di negara ini.
Selebihnya buku ini mengandungi beberapa wawancara dan artikel Abdullah mengenai pencapaiannya yang dibuat oleh para komentar dan ahli akademik.
Rakyat Malaysia disarankan membaca buku berkenaan bagi mendapat gambaran sebenar tentang pemimpin yang berjanji akan membawa perubahan ketika mengambil alih dari Dr Mahathir dan mengapa akhirnya ia tidak dapat melaksanakan.
Bagaimanapun yang jelas tentang buku ini dimana bekas pemimpin ini sangat terharu dengan harapan negara.
Juga ia juga menerangkan rintangan yang terpaksa dihadapi bagi mengubah dan membentuk kembali Umno semasa tahun Abdullah.
Bahagian ini merupakan paling penting untuk rakyat Malaysia membaca dan memahami kerana ia jelas membuktikan politik elit yang tidak bersedia berbuat apa.

Elektrik diputuskan, penyokong Morsi khuatir serangan Tentera Zionis Al-Sisi


 
(Mendan Rabaah bergelap dan terpaksa menggunakan lampu yang dihidupkan menggunakan generator)
MESIR: Menjelang pagi tadi, medan Raba'ah Adawiyah yang menjadi pusat kepada himpunan penyokong demokrasi dan legitimasi Mesir terputus bekalan eletrik.

Ianya dipercayai angkara pihak berkuasa yang mahu memberi tekanan berterusan kepada penyokong Dr Muhammad Morsi yang berkampung dan menakluki kawasan di situ sejak sebulan lalu.

Ekoran pemotongan itu, jutaan mereka di sini terpaksa menunaikan solat Subuh menggunakan lampu malap yang dihidupkan menggunakan generator.

Dalam pada itu, para penyokong Morsi dari Madinah Nasr berturut-turut tiba di Medan Rabiatul Adawiah.

Sumber Ikhwan Online menyebut, kumpulan demi kumpulan dari penduduk Madinah Nasr serta kawasan-kawasan berdekatan dari Medan Rabiatul Adawiah tiba di lapangan tersebut bagi membantu rakan mereka kerana bimbang berlaku serangan selepas pemotongan arus elektrik.

Begitu juga perarakan-perarakan dengan menggunakan kereta dari pelbagai kawasan Kaherah telah bertolak menuju ke Medan Rabiatul Adawiyah selepas pemotongan arus elektrik pagi tadi.

" Kerajaan Negeri Kekurangan Idea": Prof Agus jawab soalan Timbalan MB Kelantan


Agus Yusoff

SEMALAM saya menulis untuk menegur kerajaan Kelantan setelah 100 hari pilihan raya umum berlalu.

Hujah utama saya ialah tiada perubahan ketara dalam politik Kelantan selepas pilihan raya tersebut kerana keringnya idea kepemimpinan baru dalam merancang agenda pembangunan negeri.

Maka, pelbagai pandangan dan komen yang saya terima.

Saya mengucapkan terima kasih kepada komen yang diberikan. Ada komen yang berkaitan dengan posting saya dan ada yang tersasar.

Ada rakan yang menulis di inbox supaya saya membuang komen-komen yang tidak berkaitan. Tapi saya tidak buang kerana saya ingin serahkan kepada kawan-kawan untuk menilai setiap komen yang diberi.

Bagi saya, teruskan memberi komen tetapi jangan sampai ke tahap memfitnah seseorang. Itu sahaja nasihat yang boleh saya beri.

Dari banyak komen yang diterima, saya teruja untuk memberi pandangan kepada jawapan balas Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan dalam Malaysian Insider dan juga komen dari Setiausaha Akhbar MB Kelantan.

TMB menyatakan kenyataan saya tentang “kerajaan negeri kekeringan idea” menyimpang jauh kerana apa yang boleh dibuat dalam masa 100 hari. Katanya, “Dalam 100 hari nak bina bangunan pun tak siap.”

Betul, sangat mustahil untuk siapkan sebuah bangunan dalam masa 100 hari. Tetapi itu bukan maksud saya dengan ‘kekeringan idea.’

Yang saya maksudkan ialah saya tidak melihat satu ‘cetak biru’ jangka pendek dan jangka panjang kerajaan negeri setelah 100 hari memerintah. Yang saya katakan pendekatan baru kerajaan negeri ialah “membenarkan wanita menyertai musabaqah Al-Quran,” hanyalah contoh sahaja.

Ada banyak lagi contoh yang boleh saya berikan, tetapi sengaja saya padamkan kerana tidak mahu melukakan hati banyak pihak dan tidak wajar untuk saya menegur secara keras.

Oleh sebab itulah dalam tulisan saya, tidak saya timbulkan isu-isu yang dihadapi oleh kerajaan negeri dan krisis dalaman PAS. Saya tidak mahu fikirkan soal krisis parti kerana fokus tulisan saya ialah pembangunan negeri dan kebajikan rakyat negeri.

Lagi pun saya faham, menegur pemimpin ini perlu bijak, seperti menarik rambut dalam tepung. Dan itulah yang saya buat. Sebab itulah saya gunakan istilah menegur, bukannya mengkritik atau membidas.

Saya mahu menegur untuk kebaikan rakyat negeri Kelantan yang telah memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk menguruskan dasar bagi pihak mereka. Soal diskriminasi kerajaan pusat, jika ada, itu akan saya tulis dalam posting yang lain.

Pulak Dah: Polis kurang antara punca kes jenayah meningkat - Zahid...!!!


Kekurangan jumlah anggota polis selain dari aset dan peralatan yang tidak mencukupi  antara punca peningkatan jenayah berat yang tidak terkawal dinegara ini demikian menurut Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi.
Memetik dalam wawancara bersama Menteri itu dari akhbar Utusan hari ini , Zahid berkata sejak kerajaan memansuhkan Akta Ordinan EO dan Akta Kediaman Terhad masih belum ada sebarang langkah yang dilakukan bagi menampung kekurangan yang dihadapi polis.
"Pertamanya ialah dari segi kecanggihan aset dan peralatan PDRM yang harus diselaraskan apabila EO dan Akta Kediaman Terhad tidak ada. Jumlah anggota polis dan aset mesti ditambah, tetapi ia belum dapat dilaksanakan," kata Zahid seperti yang dipetik dalam Utusan.
Tambah beliau selain dari faktor kekurangan peralatan dan jumlah anggota polis yang terhad kebanyakkan kes jenayah berlaku adalah disebabkan penjenayah yang dulu ditahan di Penjara Simpang Renggam kembali membalas dendam berikutan penghapusan EO.
Malah katanya kebanyakkan penjenayah yang dilepaskan dari tahanan mempunyai pengikut tegar kerana mengikut perangkaan Polis Diraja Malaysia PDRM daripada 2,600 orang yang dilepaskan mereka ini mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang kanan.

TGHA: KHUTBAH EIDULFITRI 1434H

Teresa Kok: A one-woman Malaysian Book of Records


A depiction of Teresa Kok in various martial arts stance from a calendar printed by a DAP supporter. August 11, 2013.A depiction of Teresa Kok in various martial arts stance from a calendar printed by a DAP supporter. August 11, 2013.The 49-year-old in the gold blouse and brown slacks leans forward, pushes her gold-rimmed glasses up her nose and quotes an old Chinese saying by way of response to her many, many critics in the crushing bloodsport that is Malaysian politics.
It’s like “refrying fried rice", says Seputeh member of parliament Teresa Kok. "It's like they have a script and once they're done, they start at the beginning again.”
What she has had to live through for her political beliefs all of Malaysia knows, from detention without trial to Molotov cocktails thrown into her family home (her parents and siblings were there, but thankfully no one was hurt).
Not at all what a younger Teresa expected when the eldest of four children was in her mid-20s. She really had no interest in politics then and so, yes, no enemies either.
She learnt of the Democratic Action Party (DAP) only when she helped out in the 1990 general election as political secretary to Lim Kit Siang. But nearly a quarter of a century later, here she is with the biggest majority in votes in the 13th general election in May this year.
In fact, the way her majority climbed with every election itself tells a story. Starting in 1999, her majority in Seputeh was first 5,200, then 12,895 – the largest winning margin among any of the MPs from her party in 2004.
Four years later, it was 36,492, becoming the largest majority for any MP.
This year, it was a whopping 51,552. If your salary climbed the way Teresa Kok’s popularity climbs, your company could go bust.

Mahathir ada cara tersendiri bidas Pak Lah, kata Awang Selamat


Kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia Awang Selamat melalui terbitan Mingguan Malaysia mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menegaskan bekas Perdana Menteri itu akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan caranya tersendiri yang dijangka sinis dan lebih berbisa.
Katanya, harapan untuk melihat Abdullah dan Dr Mahathir berbaik semula menjelang Aidilfitri ini tidak kesampaian kerana agenda bangsa dan agama memerlukan permuafakatan pemimpinnya.
“Awang mendoakan perdebatan yang lebih sihat bakal berlaku dan tidak membawa kemudaratan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN),” tulis beliau hari ini.
Abdullah yang juga dikenali sebagai Pak Lah dalam buku memaparkan detik-detik beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia bertajuk “Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia” menjelaskan sekiranya beliau mengikut kehendak dan tekanan Dr Mahathir supaya berbelanja tanpa kawalan dan meneruskan projek mega, Malaysia pasti akan jatuh muflis.
Katanya, Dr Mahathir hanya mahu pendapatnya didengari dan tidak mendengar pendapat orang lain sebagai contoh, beliau berjumpa dengan bekas Perdana Menteri itu untuk menjelaskan penangguhan beberapa projek mega disebabkan bajet defisit namun cadangan itu ditolak kerana katanya, kerajaan perlu terus berbelanja.
Beliau menjelaskan Dr Mahathir mengamuk apabila beberapa projek mega seperti landasan berkembar terpaksa ditangguhkan kerana merasakan itu adalah projek angkatnya.

Jasbir: Perancang perolehan Scorpene kata beliau bukan broker..??

Anugerah kontrak Scorpene telah dibuat secara telus kepada pihak yang paling layak dari segi teknikal pada harga komersial paling kompetitif berpandukan asas rundingan, menurut perancang
perolehan kapal selam.

Jasbir Singh Chahl juga menegaskan kontrak antara Kerajaan Malaysia dan Perimekar Sdn Bhd bagi nilai bersamaan 115 juta Euro adalah untuk skop tugas terperinci, dan penyediaan perkhidmatan seumpama itu adalah mengikut norma-norma komersial. 

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata bayaran itu dibuat di bawah Perjanjian Pembekal Perkhidmatan dan perjanjian berkaitan lain mengikut garis panduan Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD). 

"Oleh itu, saya berpendapat fakta-fakta dan data yang ada dan tidak dapat dipertikaikan di khalayak awam menyokong hujah bahawa keistimewaan tawaran teknikal dan komersial yang dibentangkan kepada Kerajaan Malaysia tidak langsung memerlukan sebarang perbuatan melobi, bagi mempengaruhi proses membuat keputusan," kata beliau.

Jasbir berhujah bahawa harga yang dirundingkan adalah menarik, memandangkan keistimewaan Program Penyertaan Industri Malaysia dan Perdagangan Timbal balik dan Program Imbangan yang disyorkan sebagai sebahagian daripada cadangan keseluruhan.

Beliau mengambil perhatian harga sebuah kapal selam Kelas Scorpene hari ini, adalah dalam lingkungan RM6 bilion.

"Kami membeli dua unit pada harga lebih murah berbanding harga satu unit sekarang," kata beliau. Malaysia membeli kapal selam itu pada kira-kira RM4.2 bilion.

Jasbir menjelaskan bertentangan dengan fakta yang sengaja diputar belit dan percubaan yang melabelkan beliau sebagai 'broker' atau 'ejen komisen', realitinya ialah beliau bekerja dengan pegawai Thales di Malaysia selama beberapa tahun dalam projek berkaitan pertahanan.

Katanya, beliau telah diminta oleh Thales menganalisis, menilai dan memajukan cadangan untuk membekal kapal selam bukan nuklear termoden, kepada Kerajaan Malaysia.

Aidilfitri yang tidak bermakna....

Oleh Norlaila Othman
"Kak, suami udah telefon tadi....menteri kata tiada pembebasan tahanan di Aidilfitri ini...."

 Sayu saya baca sms tersebut yang datangnya dari Pn Zoharna, seorang ibu anak lima yang suaminya telah lebih 20 bulan ditahan di bawah iSA dan dikurung di Kem Kamunting.


Saya tak tahu nak tulis apa...akhirnya saya sms saja text berikut" Asm, GMI dah di masukkan RM1000 ke akaun anda, moga ianya dapat memeriahkan sambutan Aidilfitri"

"Walau wang beribu, tak sama dengan kehadiran seorang suami kepada isteri, kehadiran ayah kepada anak-anak terutama ketika seluruh umat Islam menyambut lebaran yang penuh makna ini...."

Aduh....luluh perasaan ku membaca sms tersebut.....

Menjelang Aidil fitri semalam, Pn Nashita Md Noor telah masukkan wang sumbangan orang ramai kepada 6 keluarga tahanan berjumlah RM1.5k setiap orang, dan 5 bekas tahanan bernilai purata RM400 setiap orang, seorang bekas tahanan yang sakit tenat serta dua orang mangsa akta SOSMA.Ada beberapa keluarga bekas tahanan yang di hubungi tidak dapat di kesan , mungkin telah menukar no telefon masing-masing.

'The awakening': Peluang mentelaah sejarah pimpinan UMNO (preamble)

Oleh Aspan Alias
Perihal ‘The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia’ yang diterbitkan oleh professor James UH Chin dan Bridget Welsh itu sudah mula membawa bahangnya dengan begitu ramai yang memberikan komen negatif terhadap Abdullah. Ia menjadi panas kerana buku itu dikeluarkan serta diterbitkan semasa perhimpunan agung UMNO yang sangat besar akan berlangsung tidak berapa lama lagi.


Ramai berpendapat penerbitan buku ini merupakan satu sau isu politik dalaman UMNO kerana ia dilancarkan semasa perhimpunan agung UMNO semakin hampir.
Sesungguhnya kita wajar mengetahui kenyataan yang buku ini bukanlah buku tulisan Abdullah Badawi tetapi buku yang diterbitkan oleh dua orang ahli akademik dan Abdullah hanyalah menjawab persoalan yang timbul semasa temu bual diantara editor penerbitan ini dengan Abdullah Badawi sahaja.
Tetapi isunya bukan siapa yang menulis dan hal siapa yang ditulis dalam buku itu. Isunya sekarang apa yang disebut oleh Abdullah dalam temubual yang di selitkan didalam buku tersebut. Dalam temubual itu Abdullah telah memberikan pandangan peribadi beliau tentang apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir terhadap beliau (Abdullah). Abdullah hanya menjawab bagaimana beliau dibenci dan tidak disukai oleh Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri, sebagai pengganti kepada Dr Mahathir yang telah ‘meraja’ selama 22 tahun di negara kita ini.
Yang sangat menarik, Abdullah telah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan terhadap beliau dan memberikan pandangan beliau dengan nyata dan jelas tanpa ada halangan. Jika ada pihak yang menggunakan isu ini sebagai bahan perbahasan dalam menghadapi perhimpunan agung UMNO nanti, itu bukan hal bagi saya dan yang ‘sebalok’ dengan pandangan saya. Biarlah UMNO atau perwakilannya membahaskannya.
Bagi saya, yang penting ialah isu sebenar yang menjadikan pertelingkahan diantara Dr Mahathir dan Abdullah yang sangat serius seolah-olah dua orang pemimpin yang telah berputus arang sekarang ini. Bagaimana berpatah arang itu berlaku perlu diketahui umum kerana ia melibatkan ego dari satu pihak dan maruah bagi satu pihak yang lagi satu.
 

Pro-Morsi sit-in protests continue in Cairo