Selasa, 6 Ogos 2013

Photo Rasul yg diperjual-belikan di Negara Syiah Iran

NEGARA AMAN: KERETA AUDI Q5 SUV BERHARGA RM350,000 HANGUS TERBAKAR KENA LONTARAN MOLOTOV KOKTEL!



PUCHONG:- Dua
lelaki yang memakai topi keledar muka penuh telah melontar Molotov koktel pada Audi Q5 SUV berharga RM350,000 terbakar  hangus yang diletakkan berhampiran deretan kedai di Taman Equine di sini petang tadi.

Seorang saksi berkata kira-kira jam 4.00 petang dia melihat dua orang lelaki memakai topi keledar muka penuh  berjalan ke arah kereta berkenaan , menyalakan bom petrol dan melemparkan kearah kereta tersebut.  Mereka kemudiannya terus melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Sebuah kereta bomba telah tiba ditempat kejadian kira-kira sepuluh minit kemudian dan berjaya memadamkan kebakaran dengan pantas namun semuanya sudah terlambat kerana kereta tersebut habis hangus terbakar.

Tuan punya kereta tersebut telah pun membuat laporan polis.

MCA Mahu Belajar daripada KOMUNIS China, TS Muhyiddin Yasin Raikan Presiden SYIAH Iran, Bayangkan Jika...!!!

Sekadar hiasan.
MCA Mahu Belajar daripada Parti Komunis China
[MK] MCA akan menggabungkan kekuatan Parti Komunis China (CCP) dalam usaha memulihkan parti selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.
Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata, kekuatan struktur CCP, sistem pendaftaran anggota dan pengurusan maklumat Internet dikenal pasti selepas lawatan enam hari ke China.
"Lawatan ke China bagi mempelajari kekuatan struktural CCP dan menggabungkannya dengan rangka dasar transformasi MCA," kata Liow dalam sidang media di ibu pejabat MCA hari ini.
Liow yang mengetuai pasukan petugas transformasi MCA bagaimanapun menegaskan parti itu bukannya melihat kepada fahaman Komunisme.
"Lawatan itu tidak menyentuh langsung soal ideologi," katanya.
Liow berkata, CCP merupakan parti yang "terbuka dan liberal" dalam mendekati masyarakat dan kekuatan stukturnya membolehkannya wujud dan berfungsi untuk lebih 90 tahun.
TPM di Tehran Hadiri Pelantikan Presiden Baharu Iran
[Bernama] Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Tehran pada Ahad untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran.

Ikhwan Tidak Berganjak: Kembalikan Mursi Sebagai Presiden Sebagai Syarat Penyelesaian


Mesir: Ikhwan Muslimin menegaskan tidak akan menerima sebarang solusi yang dicadangkan mana-mana pihak kecuali pihak tentera bersetuju dengan syarat bahawa Dr Muhammad Morsi perlu dikembalikan sebagai Presiden Mesir yang sah.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Parti Kebebasan dan Keadilan, sayap politik Ikhwanul Muslimin sebagai menjawab kepada pertemuan Wakil Menteri Luar Negeri AS, William Burns yang mahu memujuk Ikhwan menerima solusi damai terhadap krisis politik yang berlaku di Mesir.

Kunjungan utusan AS itu sendiri adalah yang terbaru dalam penerusan langkah diplomatik menjadi orang tengah antara pendukung Mursi dan pemerintah sementara yang dikuasai tentera.

Ikhwan mendakwa, pendirian mereka tidak berubah, agar pihak tentera yang merampas kuasa mengembalikan legitimasi Mesir dengan menyerahkan kembali pemerintahan kepada Morsi yang telah dipilih oleh rakyat negara itu secara sah.

Dalam pada itu, Ahram Online melaporkan, Menteri Luar Negeri UEA Abdullah Zayed bersama rakannya dari Qatar Khalid Al-Attiyah serta William Burns telah mengunjungi orang kedua Ikhwanul Muslimin Khairat Asy-Syatir di penjara Tora malam tadi.

Rencana Siri pembunuh upahan tonjol kejahatan sempurna?

Ismail Hashim Yahaya

Sama ada ia suatu jenayah berat  atau fononema baru dalam siri pembunuh upahan di Malaysia, apa yang berlaku memperlihat bentuk realiti menakutkan atau realiti yang `horror’.
Munkin perkara ini boleh disimpulkan melalui tajuk akhbar Singapura, The New Paper iaitu `Welcome to Malaysia: Where Death is cheap and staying alive is costly’.
Ini juga berdasarkan kepada bayaran kepada pembunuh upahan dengan harga yang rendah sebanyak RM1,000 untuk mencabut nyawa manusia. (Sinar Harian, 5 Ogos 2013)
Namun fenomena yang berlaku ini seolah-olah memberikan gambaran jenayah berat yang berlaku adalah kejahatan yang gagah, besar, begitu raksaksa sehingga melampaui kemampuan undang-undang untuk mengatasinya. Cuba kita fikirkan pembunuhan menggunakan senjata api begitu berleluasa terutamanya membabitkan golongan berprofil tinggi.
Kejahatan yang begitu banyak memakan korban sehingga melampaui apa yang dapat kita bayangan oleh akal sihat kita  sebagai bangsa yang beradab dan berbudaya; kejahatan dilakukan dengan cara yang mengerikan (mengerat anggota badan dan pembunuh upahan) sehingga melampaui apa yang dibayangkan oleh nilai luhur kita.
Kejahatan begitu tega dilakukan (membunuh di restoran atau di hadapan sekolah atau di lampu trafik) sehingga melampaui nilai kemanusiaan; kejahatan begitu rapi direncanakan sehingga melampaui undang-undang : seolah-olah tiada bahan bukti, tiada moral dan tiada pelaku.
Kedahsyatan kejahatan ini  adalah contoh dalam siri pembuhan upahan yang seolah-olah begitu sempurna dirancan dan disembunyikan.
Jean Braudrillard dalam bukunya “The Perfect Crime”  mengatakan kejahatan yang berlaku  melampaui realiti kejahatan itu sendiri (pembunuh upahan dan kematian) sehingga ia kini menemukan bentuk hiperkriminaliti.
Kejahatan melalui pembunuh upahan yang dapat dilihat melalui kes membabitkan mereka yang berprofil tinggi dan orang awam:
  • 26 April - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Shaharuddin Ibrahim yang mati ditembak dua lelaki bermotosikal di Putrajaya.
  • Pembunuhan Hussain Ahmad  Najadi, Pengasas Bank Arab Malaysia
  • Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.
  • Dua kes tembak dilaporkan -- satu di ibu negara dan satu di Bukit Mertajam -- menyebabkan seorang maut dan dua cedera.
  • 18 Julai - Seorang guru maut ditembak dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi, Kulim, Kedah.
  •  8 Julai - seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, maut selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, Kelantan.
  •  13 Mei - Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Dato Suleiman, Johor Baharu, Johor.
  •  11 Mei - Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, Pulau Pinang, dipercayai berkaitan perniagaan.
  •  11 Mei - seorang pembantu kedai barang-barang lusuh ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas.
  •  7 Mei - seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat ketika sedang minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai makan di Sungai Daun.
  • Sepanjang bulan April pula, sebanyak 10 kes tembak melibatkan kematian dan cedera dilaporkan media. - Bernama, 30 Julai, 2013.

Jenayah di atas adalah suatu bentuk “kejahatan sempurna” kerana kejayaaan menyempurnakan tugasan mereka yang diupah oleh seseorang atau kumpulan yang di belakang tabir untuk melakukannya.

Umno guna kes bunuh-tembak untuk kembalikan Ordinan Darurat

surendran speech mic 02
SHAH ALAM 6 OGOS: Terdesak untuk mengembalikan Ordinan Darurat (EO) mendorong Umno BN menggunakan muslihat jahat sekalipun rakyat terdedah kepada bahaya, kata Naib Presiden PKR, N Surendran.
Merujuk lambakan kes bunuh menggunakan senjata api di lokasi awam, beliau menyifatkan tindakan Umno BN yang menangguk di air keruh itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berkepentingan politik semata-mata.
“Kita ada isu besar dan serius melibatkan keselamatan dan nyawa rakyat yang merunsingkan, sebaliknya Umno BN mengambil peluang untuk mengembalikan undang-undang penahanan tanpa bicara.
“Umno BN tidak peduli terhadap keselamatan rakyat sehingga sanggup mengambil kesempatan dalam isu ini untuk mengembalikan semula EO supaya dapat digunakan terhadap pembangkang,” katanya.
Kes tembak-bunuh kerap berlaku kebelakangan ini, sama ada melibatkan individu profil tinggi mahupun orang awam hingga menyebabkan segenap lapisan rakyat bimbang akan keselamatan mereka.
Antara kes yang mendapat perhatian ialah cubaan bunuh Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan, diikuti pembunuhan pengasas Arab-Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi 75, pada 29 Julai lalu.
Terbaru, seorang penoreh getah, Amirul Tajo Nasir 40, maut ditembak ditembak di kampung Telosan, Pasir Puteh, Kelantan awal pagi semalam.

Malaysia kehilangan bakat besar kerana dominasi kaum, kata Kuan Yew


Malaysia telah bersedia kehilangan bakat besar apabila polisi berasaskan kaum diamalkan bagi menjaga kelangsungan bangsa tertentu, kata Lee Kuan Yew dalam buku barunya yang dilancarkan malam tadi di Singapura.
Meskipun Malaysia menyedari akan hal ini dan cuba membawa pulang pakar dari luar negara, usaha ini sudah terlambat, katanya.
“Ini faktor yang melemahkan negara. Ia seakan menafikan peluang bagi pembentukan bakat besar yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
“Mereka sudah bersedia kehilangan bakat muda bagi mengekalkan dominasi bangsa tertentu,” katanya menerusi buku 400 muka surat itu yang bertajuk “One’s Man View of the World” (Pandangan Terhadap Dunia Luar).
Buku tersebut memuatkan perbualan di antara Lee dan idolanya, Helmut Schmidt, bekas pemimpin Jerman Barat. Mereka membincangkan tentang hal sedunia sewaktu Schmidt melawat Singapura tahun lalu.
Dalam buku itu juga, Lee menerangkan Malaysia kehilangan punca dan memberikan negara lain peluang bersaing dalam persekitaran bebas.
Kira-kira 400,000 daripada satu juta rakyat Malaysia bekerja di Singapura, menurut rekod Bank Dunia.

Minta bantuan PAS, ramainya melarat bawah BN


TEMERLOH: “Kemenangan berganda di Parlimen Temerloh pada pilihan raya lalu menyedarkan PAS bahawa betapa ramainya rakyat yang melarat di bawah kerajaan BN,” kata Yang Dipertua PAS kawasan, Md Jusoh Darus.

Berucap dalam majlis penyampaian sumbangan raya di kampung Batu Satu dekat sini, beliau berkata selama ini di bawah kekuasaan BN kita tidak tahu rupa-rupanya ramai rakyat yang tidak terbela nasib mereka sehinggalah PAS menang di Parlimen Temerloh.

Beliau yang juga wakil peribadi Ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasrudin Hassan berkata, ini berdasarkan apabila begitu ramai penduduk yang melarat begitu ramai datang ke pejabat PAS dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen memohon bantuan.

“Dulu PAS menumpukan khidmat dan program turun padang di Dun Kuala Semantan saja iaitu sebahagian besarnya kawasan bandar kerana PAS menang di situ.

“Kini dengan menang di parlimen kami dapati banyak kampung dalam Dun Mentakab dan Lanchang dengan pelbagai bangsa yang dilanda kemiskinan tegar ditinggalkan BN dan sebahagian besarnya kawasan kediaman Melayu,” katanya.

Pak Lah bangun jelaskan masalah tidurnya





 
Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikritik atas kecenderungan terlelap dalam majlis akhirnya tampil menjelaskan punca kejadian itu.

Dalam buku baru mengenainya Awakening, the Abdullah years in Malaysia (Kebangkitan, tahun-tahun Abdullah di Malaysia) beliau mendedahkan, beliau sebenarnya menderita masalah kesihatan dikenali "apnea tidur".

Abdullah, yang menulis menggantikan Dr Mahathir Mohamad pada 2003 berkata, beliau kemudian mendapatkan rawatan perubatan apabila bekas isterinya Endon Mahmood dan rakannya memaklumkan perkara itu.

"Isteri saya ketika itu, kakitangan dan rakan terdekat memberitahu bahawa saya ada kecenderungan untuk terlelap.

"Saya kemudian berunding dengan rakan baik Dr Balvinder di Putrajaya yang kemudiannya mencadangkan untuk membuat kajian pada tidur saya," tambahnya.

Pak Lah: Dr M lelaki penuh kontradiksi



 
Dianggap sebagai "Mr Clean", beliau dipilih sebagai pengganti Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, hubungan mereka bertukar sebaliknya. Ini berkaitan isu menantu dan penasihatnya, yang dikenali "budak tingkat empat".

Bimbang legasinya terjejas, Mahathir kemudian memulakan genderang perang dan mula mengkritik kepimpinan Abdullah, yang dilihatnya sebagai pemimpin yang lemah.

Dan selepas kemerosotan teruk dalam pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan sokongan pada BN mula retak, Mahathir memutuskan merobek kerjaya politik Abdullah.

Dalam wawancara dengan sebuah buku baru, Awakening, the Abdullah Badawi years in Malaysia, Abdullah melontarkan kenyataan pedih kepada pendahulunya, dengan menggambarkan Mahathir sebagai lelaki yang penuh kontraldiksi.

NONEAntara lain, Abdullah (kiri) berkata, jika beliau mengikuti hasrat Mahathir dengan projek-projeknya seperti landasan berkembar RM14.5 bilion, negara ini mungkin akan muflis.

"Boleh kamu bayangkan jika saya mengalah pada Mahathir dengan terus tekanan berterusan untuk berbelanja ketika defisit sudah amat tinggi, bagaimana Malaysia akan mengharungi krisis kewangan dan minyak yang kemudiannya melanda pada 2008.

"Jika tidak tidak berhemat dan terus berbelanja, saya boleh katakan kita mungkin sudah muflis sekarang," katanya dalam wawancara yang disiarkan dalam buku baru yang dijadual dilancarkan pada bulan ini.

"Saya tidak suka apa yang Mahathir buat. Saya beri peluang kepada Mahathir untuk meluahkan pandangannya. Saya pergi bertemunya tetapi dia memilih menyerang saya dan pentadbiran saya secara terbuka," tambahnya.

Disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin, buku setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur.

Pengisytiharan Harta oleh Exco dan Adun Pulau Pinang- 6 OGOS 2013

Cult group tries to capture Istana Negara, 10 detained

Cadangan Penubuhan ESSCOM dan Isu Kejadian Tembak | Yab Ustaz Ahmad Yakob |

Abdullah vows not to treat Najib the way Mahathir treated him

Perutusan Idulfitri TG Hadi Awang

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1434H YB Hjh Mumtaz Md Nawi

Lawyer questions prohibition of rallies near mosques after trio charged

Tony Pua : Jangan Hukum Rakyat Dengan GST

Asia : Granny Loan Shark

Police identify AmBank founder's killer

Apa lagi Perkasa mahu sebenarnya?

Perkasa bersuara lagi. Kali ini ia mencadangkan agar kerajaan menarik kerakyataan Namewee yang didakwanya "biadap" dan "kurang ajar" berikutan posting videonya di youtube yang mengkritik kerajaan kerana bersikap "double standard" berhubung penangguhan tayangan filem New Village yang sudah ditetapkan tariknya oleh Finas.

Berikutan tindakan kerajaan itu, Namewee telah berleter panjang lebar dalam video terbarunya mengenai sikap kerajaan yang didakwanya "double standard" bukan saja dalam isu filem New Village tetapi juga dalam beberapa isu lain berkaitan dirinya yang pernah berhadapan dengan pelbagai karenah ketika berurusan dengan kerajaan.

Namawee yang sebelum pilihanraya lalu pernah menghina lagu Negaraku tetapi tidak diambil apa-apa tindakan kerana ketakutan Najib akan kehilangan sokongan pengundi Cina, kini menerima nasib yang sebaliknya. Hanya kerana mengkritik kerajaan bersikap "double standard", kerakyatannya dicadang ditarik balik oleh Perkasa.

Bahkan Nazri Aziz yang dulunya membentangkan karpet merah untuk Namewee datang ke Parlimen dengan pakaian ala ke konsert rock, turut berubah sikap. Beliau kali ini melabelkan Namewee sebagai bodoh, buta sejarah dan tidak sensitif terhadap masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sebenarnya jika dulu Najib, kerajaan dan Nazri tidak memanjakan Namewee, mungkin hari ini beliau menjadi seorang pemuda dan pengarah filem yang lebih bersopan jadinya. Bukankah P Ramlee dalam filem Anakku Sazali sudah memberi kiasan bahawa orang yang dimanjalan secara berlebih-lebihan cenderung untuk bersikap kasar, biadap dan kurang ajar.

Istimewanya..!!!: BN menang petisyen kerusi DUN Klias


Mahkamah pilihan raya di Kota Kinabalu hari ini membenarkan petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang pertama setakat ini dan sekaligus memberi laluan kepada pilihan raya kecil di Sabah bagi kerus DUN Klias.
Keputusan itu pastinya akan menyebabkan bantahan daripada Pakatan Rakyat (PR) yang setakat ini, semua petisyen difailkan pakatan itu dibuat dengan dikenakan kos tinggi.
Ini adalah petisyen pertama yang berjaya di antara 69 petisyen difailkan pembangkang PR dan Barisan Nasional (BN) selepas tamat PRU13 pada 5 Mei lalu.
Kerusi Klias dimenangi ketua pembangkang Sabah, Datuk Lajim Ukin dengan majoriti 342.
Petisyen itu difailkan calon BN, Isnin Aliasnih yang memperolehi 6,182 undi berbanding Lajim, 6, 324 undi.
Hakim Yew Jen Kie bagaimanapun membuang petisyen difailkan Lajim yang mencabar keputusan kerusi Parlimen Beaufort. Lajim tewas di kerusi itu apabila calon BN, Datuk Azizah Mohd Dun memenanginya.
Yew turut membuang petisyen Isnin yang difailkan terhadap pegawai pilihan raya (RO) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan memerintahkannya membayar kos RM10,000 setiap seorang.
Hakim berkata, Isnin dalam permohonannya tidak menjelaskan bagaimana tindakan RO dan SPR memberi kesan terhadap keputusan kerusi Klias.
Lajim boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap kedua-dua keputusan itu.
Dalam pilihan raya lalu, bagi negeri Sabah, BN memenangi 48 kerusi sementara pembangkang menang 12.

Sambut raya: Kos hidup rakyat bertambah mahal


KUALA LUMPUR: Hari Raya kali ini disambut dalam keadaan kos hidup rakyat negara ini dijangka akan bertambah mahal dan menekan mereka, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Saya diberitahu, apabila agensi penarafan yang berpangkalan di Amerika Syarika Fitch Rating meletakkan prospek Malaysia daripada stabil kepada negatif, ia akan mencetuskan banyak kesan termasuk kejatuhan nilai ringgit.

"Keadaan itu sangat membimbangkan kerana Malaysia adalah negara pengimport makanan," kata beliau.

Salahuddin berkata, berikutan penarafan tahap negatif itu, mereka yang mengkaji ekonomi menjangkakan keadaan akan menjadi bertambah buruk kerana ringgit Malaysia telah pun berada pada tahap terendah dalam masa tiga tahun berbanding dollar Amerika.

"Harga barangan import sudah tentu akan bertambah mahal dan ia akan memberi kesan kepada hampir kesemua perniagaan dan industri dalam negara ini," katanya.

Ringgit Malaysia juga, katanya lagi, berada pada kadar terendah dalam masa 15 tahun berbanding dollar Singapura.

Apabila Datuk Seri Najib menyeru kepada Islam

Teruja? Memang teruja bila mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru untuk rakyat menerokai kandungan kitab suci al-Quran dengan membaca dan memahami ayat demi ayat seterusnya mengajak umat Islam menjadikan generasi sekarang sebagai generasi al-Quran.

Memetik daripada laporan Bernama 5 Ogos 2013 sewaktu merasmikan pusat percetakan Mashaf al-Quran di Kuala lumpur, antara lain beliau menyebut, "Jadikanlah pembacaan al-Quran itu sebagai budaya kita, mudah-mudahan kita akan memperolehi keberkatan dan petunjuk,".

Biarlah entah berapa kali kata-kata sedemikian telah dilontarkan oleh Datuk Seri Najib, saya tetap teruja dengan gesaan tersebut. Dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, saya mendoakan kata-kata yang dilafazkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tersebut mampu menusuk ke jantungnya, tertanam di lubuk hati beliau yang paling dalam untuk beliau mendahului yang lain melaksanakan dan mengotakan apa yang dikata.

Biarlah ucapan beliau tersebut umpama manisnya kempen pilihan raya, itu tidak kisah. Nama pun ahli politik. Apatah lagi laporan tersebut juga dipautkan dalam ruang politik.

Mendahului gesaan tersebut sehari sebelumnya, dalam ucapan beliau di Pekan, Datuk Seri Najib telah menyeru agar seluruh umat Islam di negara ini bersatu dengan mencari titik pertemuan biarpun berbeza ideologi politik. Beliau nyatanya sedar bahawa politiklah antara punca membawa kepada umat Islam di negara ini berpecah lantaran gagal memahami al-Quran dan menhayati isi kandungannya.

Sejurus selepas Pilihan Raya Umum PRU 13 lalu, seorang ulama Umno ada menyebut kepada saya. “Alangkah baiknya apabila orang-orang PAS masuk Umno. Orang-orang PAS ni baik. Mereka berpegang kepada Islam. Masuk Umno, dakwahlah orang-orang dalam Umno supaya semua orang Umno jadi baik dan berpegang kepada Islam”.

Pembangkang berpaut pada mahkamah pendapat umum tonjol penipuan pilihan raya


Ambiga berkata tribunalrakyat tidak ada kuasa undang-undang tetapi sebagai desakan moral untuk dedahkan kepada umum penipuan pilihan raya. Gambar fail.Ambiga berkata tribunalrakyat tidak ada kuasa undang-undang tetapi sebagai desakan moral untuk dedahkan kepada umum penipuan pilihan raya. Gambar fail.Selepas gagal dalam mahkamah undang-undang, Pakatan Rakyat kini berpaling kepada mahkamah pendapat umum untuk menekankan kesnya terhadap penipuan pilihan raya.
Pembangkang akan membentangkan buktinya di hadapan dua suruhanjaya inkuiri dan Tribunal PRU Bersih untuk mendedahkan salah laku yang berlaku pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Pakatan pembangkang berkata, ini adalah laluan yang perlu diambil apabila petisyen yang difailkan di mahkamah dibuang walaupun sebelum merit kes didengar.
Pakatan yang merangkumi parti PKR, PAS dan DAP, dan Barisan Nasional (BN) memfailkan 69 petisyen dan hampir semuanya dibuang di peringkat bantahan permulaan.
Pempetisyen juga dikenakan bayaran kos tinggi, isu yang menimbulkan kebimbangan peguam, parti politik dan kumpulan berkenaan.
Mahkamah pilihan raya menganugerahkan RM150,000 kepada responden selepas membenarkan bantahan permulaan bagi kerusi DUN Kuala Berang di Terengganu.
Kes sama, hakim yang mendengar petisyen kerusi DUN Pasir Panjang, Perak, memerintahkan pempetisyen membayar RM120,000 kos kepada tiga responden, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Lawak Ramadhan: 'Beri wang tanpa dapat undi bukan rasuah'


Tindakan calon pilihan raya memberikan wang kepada pengundi tanpa menjanjikan akan mengundinya bukan rasuah, Mahkamah Pilihan Raya diberitahu hari ini.

Peguam DP Vijandran yang mewakili calon BN G Palanivel berkata demikian ketika membangkitkan bantahan awal terhadap petisyen pilihan raya Cameron Highlands yang difailkan calon DAP yang tewas M Manogaran.

mic and palanivel"Kalau itu janji, perlunya janji balas. Perlunya tawar menawar," beliau berhujah dalam sesi pendengaran di Kuala Lumpur pagi ini.

"Jika mengambil wang tanpa berjanji untuk mengundi... (jika seorang berkata) 'undilah saya' dan beri wang, ia bukan rasuah. Ia mestilah ada respons."

Antara perkara dibangkitkan dalam petisyen itu, Palanivel yang juga presiden MIC didakwa memberikan wang tunai RM200 untuk ketua-ketua kampung.

Ang Pau 2x: Dakwat kekal juga boleh diguna pada Hari Raya


KUALA LUMPUR: Rupa-rupanya dakwat kekal bukannya berguna pada pilihanraya sahaja, tetapi ia berguna pada Hari Raya Puasa juga, tulis Aspan Alias.

Menurutnya, kalau semasa pilihanraya dakwat kekal digunakan untuk mengelak sesiapa dari mengundi dua kali, semasa hari raya pula ia digunakan untuk mengelak kanak-kanak datang menuntut duit raya berulang kali.

“Jadi kepada pemimpin PKR, ingat dakwat kekal ini sangat penting, ia boleh digunakan oleh semua orang baik semasa pilihanraya tetapi juga semasa pilihanraya,”

Posting kali ini adalah posting yang relaks dan tidak tertumpu kpada isu serius seperti politik dan keselamatan negara yang terancam dengan siri pembunuhan bersenjata yang berlaku 9 hari berturut-turut itu. Kita sedang berada di ambang Hari Raya Aidulfitri yang sangat ditunggu-tunggu setelah sebulan beribadah di bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun hijrah 1434 ini.

Saya terjumpa seorang yang baru keluar dari bank untuk mengeluarkan wang kertas satu ringgit (RM1) yang agak banyak juga. Wang kertas seringgit itu tentulah untuk dijadikan sebagai wang untuk diberikan kepada kanak-kanak yang sangat bergembira di hari raya ini. Dia berkata yang dia ramai anak-anak saudara dan kanak-kanak kampungnya selalu akan datang ke rumahnya untuk mendapatkan duit raya semata-mata.

Mahkamah tolak permohonan timbalan pengerusi SPR

Wan Ahmad Wan Omar KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar untuk membatalkan pembelaan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dan empat lagi dalam kes saman fitnah melibatkan artikel di Harakah.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Norhazira Abu Haiyan yang mewakili Wan Ahmad dan peguam Azhana Mohd Khairuddin, yang mewakili kesemua defendan.

Azhana memberitahu pemberita bahawa mahkamah menolak permohonan (membatalkan) yang difailkan pada 15 Mei itu dengan kos RM5,000 dan menetapkan 25 September untuk pengurusan kes.

Pada 5 Mac lepas, Wan Ahmad (plaintif) memfailkan saman fitnah itu terhadap lima defendan iaitu Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu; Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali; pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd; ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Wan Ahmad mendakwa Mohamad telah mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR-Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' yang telah dilapor dan diterbitkan oleh akhbar Harakah edisi Jumaat 1-3 Februari 2013 selepas ditemu ramah oleh penulis artikel itu pada 29 Januari lepas.

Doktor wanita terlibat Syiah ditahan di Taiping...





 
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) menahan dua individu, termasuk seorang doktor wanita, di Kamunting, Taiping hari ini kerana terlibat dengan fahaman serta ajaran Syiah.

Pengarah JAIPK Datuk Mohd Yusop Husin berkata mereka yang ditahan ialah Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, dan Mohammad Ridzuan Yusof, 51.

Dr Nur Azah ditahan di Medan Kamunting, Taiping manakala Mohammad Ridzuan ditahan di sebuah premis di Kampung Klian Pauh Baru, Jalan Kamunting Lama, Taiping dalam serbuan yang bermula pukul 11.25 pagi.

"Dalam serbuan itu, JAIPK merampas buku, cakera padat (CD) dan poster," katanya melalui khidmat pesanan ringkas.

Beliau berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 16, Enakmen Jenayah Perak 1992 iaitu mengingkari fatwa mufti kerana memiliki buku dan dokumen berkaitan Syiah.

- Bernama

Siasatan Scorpene juga siasat kemasukan Najib ke Perancis

Hakim siasatan Perancis yang menyiasat dakwaan sogokan dalam jualan dua kapal selam kelas Scorpene - oleh DCNS, pembuat kapal berpangkalan di Paris, kepada Malaysia - juga menyiasat kemasukan tiga individu ke negara itu sejak 1999, kata sumber.

Ketiga-tiga mereka Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu dikatakan ada melawat Perancis tetapi urusan masuk-keluar tidak direkodkan dalam dokumen imigresen.

Jasbir Singh Chahl, bekas broker, mendakwa rekod Perancis menunjukkan Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dan tidak terlibat juga dalam rundingan itu.

Berdasarkan dokumen mahkamah Perancis bernombor 54, yang boleh diperoleh di Internet, hakim siasatan Scorpene mahu tahu sama ada ketiga-tiga nama di atas "dicatat pada fail rentas sempadan dan sama ada mereka melalui wilayah Perancis sejak 1999".

Sumber berkata, mahkamah telah bertanya perkara itu melalui faks bertulis kepada ‘Staff of the Central Directorate of the Frontier Police'.

Intercepted al Qaeda message prompted terror alert

Analysis: Is al Qaeda back?

Polis kenal pasti suspek beberapa kes bunuh senjata api: KPN

ALOR SETAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti suspek terlibat dalam beberapa kes pembunuhan dengan senjata api yang dilaporkan banyak berlaku kebelakangan ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan khas yang ditubuhkan telah melakukan tugas dengan baik untuk mengenal pasti pembunuh-pembunuh terlibat terutama yang melibatkan pengasas kumpulan perbankan Arab Malaysian, Hussain Ahmad Najadi.

"Kami hanya tunggu masa untuk tutup kes. Kami faham tentang kebimbangan masyarakat, kegusaran berkenaan kes tembakan dan pembunuhan guna senjata api yang nampak berleluasa sejak kebelakangan ini.

"Ingin dijelaskan setiap kes ada latar belakang sendiri, ada fakta tersendiri. Kita bukan menghadapi seorang orang gila yang ada senjata api tembak ikut sesuka hati," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir di pejabat Menteri Besar Kedah, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat negara ini supaya tidak gusar dengan dakwaan negara ini tidak selamat berikutan kejadian pembunuhan dengan senjata api itu.

"Ada sebab kenapa berlaku kes-kes tembakan itu. Kita melihat seperti ada kebanjiran senjata api dalam negara kita. Pihak kami memantau rapat perkara ini dan tindakan sepatutnya akan kami ambil.

Penarik kereta suspek utama kes bunuh Hussain




KUALA LUMPUR – Penarik kereta sambilan dikenal pasti sebagai suspek utama kes pembunuhan pengasas kumpulan perbankan Arab-Malaysia, Hussain Ahmad Najadi di Jalan Ceylon di sini baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah (gambar) berkata, pihaknya telah menyerbu sebuah rumah yang dipercayai tempat tinggal lelaki berusia 44 tahun itu di Cheras namun suspek menghilangkan diri.
“Setakat ini, kita masih mengesan lelaki itu dan yakin dia masih berada di dalam negara. Dia tidak memiliki rekod jenayah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Pemakaian Pangkat Jabatan Siasatan Jenayah di Bukit Aman di sini semalam.

Maut ditembak pembunuh upahan

PASIR PUTEH – Seorang penoreh getah seakan-akan dapat menjangkakan kematiannya sebelum dia maut akibat ditembak ketika bersahur di sebuah warung di Kampung Gong Mengkeleh di sini semalam.
Amirul Tajo Nasir, 40, yang cedera parah akibat terkena enam das tembakan meninggal dunia pada pukul 1.20 petang selepas lapan jam dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Dalam kejadian pada pukul 5.15 pagi itu, dua lelaki yang menunggang motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan merah berhenti dua meter dari tempat mangsa duduk minum dan melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai dada, perut dan punggung lelaki itu.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, tembakan yang dilepaskan pembonceng itu turut terkena seorang wanita, Norhadiyana Zakaria, 25.

PAU: Buang semua atur-peraturan perlembagaan, kekalkan BAB 3 saja

UMNO sebuah parti yang teramat unik sekali dalam pembacaan kita yang berada di dunia ini. UMNO adalah sebuah parti lemah kepimpinannya tetapi tetap memegang kuasa kerana keunikan politik di negara ini. UMNO perlu diubah hanya dalam keadaan tertentu sahaja.
Semasa UMNO lemah ia tidak perlu diubah kerana kelemahan itu dilakukan oleh semua yang berkuasa. UMNO terpaksa mengubah kepimpinannya apabila parti itu hanya mendapat 140 kerusi dan hilang dua pertiga. Itu yang dihadapi oleh Abdullah Badawi pada PRU ke 12 dahulu. Jika mendapat rendah dari angka itu UMNO tidak perlu diubah.
Dalam pilihanraya yang akan datang pula UMNO mesti mendapat kemenangan jauh rendah dari 133 seperti yang diperolehinya pada PRU yang ke 13 baru-baru ini dan ia tidak perlu berubah. Yang perlu diubah jika parti itu mendapat 140 kerusi sahaja.
Sekarang ini jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak boleh ditandingi maka jawatan Naib Presiden juga tidak perlu ditandingi dan hanya mengekalkan ketiga-tiga yang menyandang jawatan itu sahaja. Ada suara lagi, iaitu jawatan Ketua Pemuda dan Wanita juga jangan dipertandingkan.
Jika begitu keadaannya elok semua jawatan yang dipegang oleh penyandang dari semua lapisan kepimpinan parti itu jangan dipertandingkan. Alasannya ialah supaya tidak ada perpecahan dalam parti. UMNO hanyalah satu-satu parti yang akan bersatu jika tidak ada pertandingan jawatan. Saya pernah mencadangkan agar UMNO itu di ubah Perlembagaan nya. Jawatan kosong itu hanya boleh dipertandingkan jika penyandangnya mati atau sudah bercakap seorang diri (gila).
Buku perlembagaan parti itu dipenuhi dengan atur peraturan mesyuarat dan cara serta kaedah untuk memilih kepimpinan setiap peringkat sahaja. Oleh kerana terlalu banyak suara-suara yang tidak membolehkan ahlinya melaksanakan atur peraturan perlembagaannya elok hanya kekalkan BAB 3 (Asas dan Tujuan) perlembagaan itu sahaja dan yang lainnya dibuang sahaja melalui satu Perhimpunan Agung khas.
Dengan cara ini ia akan membolehkan kumpulan dan ‘warlords’ yang tertentu sahaja menentukan semua kes pertelingkahan dalam parti. Banyak parti dalam negara ini mempunyai perangai dan nilai seperti ini dan ia tentunya satu fenomena yang tidak akan mampu menjaga kebaikan ahli-ahli parti dan seterusnya akan melemahkan kepimpinan negara. Justeru, itu lah sebabnya berlaku situasi jika 140 kerusi dimenangi maka pimpinan perlu diubah jika lain dari angka 140 malahan lebih kurang dari itu, pimpinan semua peringkat tidak perlu diubah.
Di negara ini kuasa itu ialah untuk pimpinan dan orang tertentu sahaja. Hanya mereka yang mempunyai otot yang keras dan kuat sahaja boleh melakukan apa-apa yang mereka kehendaki. Ada parti yang melakukan kesilapan dan kesalahan dalam pengkiraan undi dalam partinya,  tidak mahu akur kepada ROS kerana hendak tahu mana undang-undang yang diguna-pakai untuk meminta pemilihan parti dibuat sekali lagi.

Ingat Ini Harta Ahmad Albab Yang Punya, Bukan Kau Yang Punya. Hahaha...

Kalau kita pernah menonton filem hitam putih lakonan dan arahan P Ramlee berjudul "Ahmad Albab" kita akan menyaksikan satu segmen di dalam gua dimana seorang pengembala kambing bernama Shawal yang masuk ke dalam gua untuk mencari kambingnya yang hilang tiba-tiba berjumpa dengan harta karun.


"Jangan kau sentuh, ini harta Ahmad Albab yang punya."
Shawal tidak pun berhajat untuk mencari harta karun tetapi apa yang dicari seekor anak kambing yang dijaganya tersasar dan hilang dari kawanan. Shawal ternampak anak kabingnya berada di atas batu di dalam gua itu dan beliau terus mengejarnya. Sebaik beliau merapat anak kambing itu, ia hilang dan diganti dengan selonggok harta karun.

Shawal teruja dengan harta itu dan cuba hendak menyentuhnya. Baru dia hendak menghulur tangan tiba-tiba terdengar suara melarangnya dengan berkata; hai manusia jangan kau sentuh harta itu, bukan kamu yang punyai tetapi Ahmad Albab yang punya. 

Shawal yang terkejut dengan laungan itu terus menghentikan niatnya. Sekilas itu juga harta karun itu ghaib dari pandangannya. Bagaimana pun karun itu tetap menjadi milik Shawal menerusi anaknya Ahmad Albab. Apabila Shawal mendapat cahaya mata, kebetulan anaknya bernama Ahmad Albab. Nama itu diberi oleh bapa mertuanya. Shawal teringat pesanan jin itu lalu membawa anaknya ke gua berkenaan.

Jin memberi syarat sekiranya Shawal hendakkan harta itu untuk anaknya, Ahmad Albab, dia kena membawa Ahmad Albab datang ke gua itu sesekali bermain dengan anak perempuannya. Jin tinggal tiga beranak di dalam gua berkenaan.

Apakah relatif segmen itu dengan apa yang hendak saya catatkan dalam posting ini. Ambilllah iktibar dari apa mesej yang dihendak disampai dari babak berkenaan. Kita jangan mudah merasakan harta yang kita jumpa itu sebagai hak kita seorang diri. Walaupun ia boleh dimanfatkan tetapi ada cara dan kaedah untuk mendapatkan agar ia diperolehi secara benar dan betul.

Nah, begitu juga dengan harta atau kekayaan negeri Kelantan, ia tidak bermakna ia hak penguasa Kelantan hari ini. Ia adalah hak rakyat Kelantan. Dalam konteks hari ini bukan hak mana-mana pemimpin Pas walaupun mereka yang menguasai ke atas harta itu menerusi berkuasa sebagai kerajaan. Dengan kuasa itu boleh diluluskan apa saja. Tetapi apa yang penting kelulusan itu biarlah mengikut prosuder agar tidak berlaku penyelewengan dan kekayaan dan harta rakyat dijamin dibelanjakan demi kepentingan rakyat.

Sah, “pewaris agung” sakit mental, lihat FB mereka!! Ha..ha...depa suka kat UMNO pulak...!!!


Sepuluh individu telah ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira  4 petang semalam. Mereka mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong yang sah.
EmpayarLangkasukaNusantara1Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta. Mereka mendakwa dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.
Ketika ditahan tiada senjata ditemui kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah.
Semakan di FB menunjukkan kumpulan ini mempunyai page mereka sendiri iaitu https://www.facebook.com/pages/RajaNusantaragroup-Empayar-Langkasuka-Nusantara/. Boleh tahan juga dengan lebih 14 000 like dan https://www.facebook.com/RajanusantaragroupEmpayarLangkasukaNusantara.
Membaca page mereka, sahlah puak-puak ni dah sakit mental dan kerana itu jugalah mendakwa mereka pewaris Agung yang sah. Minat Umno juga, lihat gambar ubahsuai, kononnya dia di Persidangan Agung Umno…

New fears of al Qaeda-linked terror attack...???

US involvement criticised in Egypt